Click here to load reader

Kedah-hubungan Kedah-siam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah

Text of Kedah-hubungan Kedah-siam

SEMINAR KESULTANAN NEGERI KEDAHAnjuran Kerajaan Negeri Kedah dan Muzium Negeri Kedah Darul Aman10-11 September 2013

HUBUNGAN KESULTANAN KEDAH DENGAN SIAM

Mohamad Muzammil Mohamad Noor, Ph.D.Pusat Pengajian Pendidikan Jarak JauhUniversiti Sains [email protected]

PengenalanKedudukan geografi negeri Kedah di utara Tanah Melayu yang bersempadan dengan negara Siam di selatan negara itu telah memberi faktor hubungan erat Kesultanan Kedah dengan Kerajaan Siam tidak dapat disangkalkan lagi. Hubungan erat ini meliputi hubungan politik sesama kerajaan ataupun hubungan diplomatik, penaungan, penaklukan, perekonomian, perdagangan, perkahwinan diraja ataupun berlakunya krisis dalam hubungan dua hala sehingga tercetusnya peperangan serta gerakan protes rakyat. Siam menganggap negeri Kedah sebuah negeri jiran kecil yang perlu dinaungi olehnya.Sebagai dinaungi, negeri naungan dihendaki menghantar tanda dinaungi seperti ufti berupa bunga emas dan perak, pertukaran hadiah-hadiah serta surat-menyurat. Mengikut adat, perkara ini perlu dilakukan tiga tahun sekali. Negeri-negeri naungan juga dikehendaki memberi pelbagai perkhidmatan kepada Siam seperti perkhidmatan tentera, tenaga buruh dan bekalan makanan.1Muhd. Yusuf Hashim,Syair Sultan Maulana: Suatu Penelitian Kritis Tentang Hasil Pensejarahan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1980, h. 75.

Sebaliknya, Kedah menganggap Kerajaan Siam tidak lebih sebagai sahabat sahaja yang perlu dihormati dengan cara memberi hadiah sebagai tanda persahabatan.Hubungan AwalSejak zaman Kerajaan Shukotai lagi, Kedah telah ditakluk oleh Siam. Negeri itu bersama-sama dengan Negeri-negeri Melayu Utara lain ditakluk sejak abad ke-12. Olehsebab penaklukannya memakan masa yang panjang, pemerintah Siam merasakan keadaan sosial Kedah telah sebati dengan budaya Siam yang meliputi seagama, sebangsa dan sebudaya dengan Siam.2Paul Wheatley,The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula Before A.D. 1500,Kuala Lumpur:University of Malaya Press,h. 91-103.

Disebabkan penaklukan tersebut, Kedah perlu menghantar ufti sebagai tanda dinaungi. Namun begitu, Rollins Bonney merasakan agak sukar menjelaskan sejauh manapenghantaran ufti tersebut membawa maksud penguasaan kedaulatan ke atas Kedah.3R. Bonney,Kedah, 1771-1821: the Search for Security and Independent,Kuala Lumpur, Oxford University Press,1971, h. 13.

Walau bagaimanapun, melalui Hikayat Merong Mahawangsa pula mencatatkan penghantaran bunga emas dan perak ke Siam dibuat sebagai hadiah kepada Raja Siam yang baru mendapat anak lelakidan pastinyatidak bermotifkan politik.4Mohd Isa Othman,Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1999, h. 21.

Kedah menghadapi tekanan berat daripada pihak Burma dan Siam pada abad ke-18 dan awal abad ke-19 kerana kedua-dua kerajaan tersebut mahu menguasai negeri-negeri Melayu diutara Tanah Melayu. Bagi menghadapi situasi itu, Kedah terpaksa menjalankan dasar suai-faedah.5Muhd. Yusuf Hashim,Syair Sultan Maulana.

Keadaan ini menyebabkan Kedah berada di tengah-tengah kuasa dan mahu berada di tengah-tengahkuasa yang besar. Bagi menghadapi keadaan ini juga, iaitu persaingan antara kerajaan Burma dan Siam, Kedah terpaksa mengambil sikap mengakui kedua-dua pertuanan. Malah menjadi kecenderungan negeri-negeri Melayu membebaskan diri jika peluang terbuka.6Mohd Isa Othman,Gerakan Protes.

Sekitar abad ke-18, Siam berperang dengan kerajaan Burma (Ava). Ketika dua kuasa ini berperang, Sultan Kedah menghantar bunga emas dan bunga perak kepada mereka. Misalnya, tahun 1767, Kedah hantar bunga emas dan bunga perak ke Awak, panggilan kepada Avaoleh Kedah. Penghantaran bunga tersebut adalah disebabkan kekalahan Ayuthia oleh Raja Burma yang bernama Hsinbysin. Sultan Kedah juga cuba mengukuhkan negerinya apabila membuat perjanjian dengan Inggeris bagi menghadapi tekanan kuasa-kuasa di utaranya. Kedah meminta bantuan ketenteraan. Apabila pihak Siam melalui Phraya Taksin berjaya menentang kembali Burma, mereka mengambil tindakan mengancam negeri-negeri Melayu yang memberi sokongan kepada Burma sebelum ini. Namun begitu, demi keamanan negerinya, Sultan Muhammad Jiwa mengambil tindakan segera menghantar bunga emas dan bunga perak kepada Siam. Seterusnya, Siam melalui Rama I yang menjadi Raja Siam pada tahun 1782 hingga 1802 melancarkan dasar perluasan wilayahnya di negeri-negeri Melayu Utara yang diketuai oleh Wang Na Surasi.7KobkuaSuwannathat-Pian,Sejarah Thai Zaman Bangkok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, h. 36.

Awal abad ke-19, hubungan Kedah dengan Siam agak erat. Pada awal abad ini, Kedah di bawah tampuk pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II (1803-1842). Zamanpemerintahan baginda, Kedah membantu Siam dalam banyak perkara seperti membekal anggota tentera, makanan dan membantu Siam menyerang wilayah lain. Contohnya, pada tahun 1808, Siam meminta Kedah membantu Singgora menentang Patani. Selain itu, dalam tahun 1810 dan 1818, Kedah diminta menyerang Perak bagi pihak Siam. Pada tahun yang sama juga Siam meminta Kedah menghantar tentera ke Tongkah bagi menghadapi tentera Burma. Tujuan baginda berbuat demikian adalah bagi menyelamatkan Kedah daripada penjajahan oleh tentera Siam. Bagi menghargai bantuan dan kesetiaan baginda kepada Siam, Siam membalas jasanya itu dengan dianugerahkan gelaran Chao Phraya. Walau bantuan dan permintaan Siam ditunaikan oleh Sultan Ahmad Tajuddin II, namun kesetiaan baginda tetap dipandang sepi malah merasa curiga kerana dikatakan Kedah berkomplot dengan Burma sekitar tahun-tahun 1820-an.Bunga EmasBunga emas merupakan alat diplomatik yang diamalkan oleh negeri yang dinaungi menghantar bunga emas itu kepada negeri naungan sebagai tanda penghormatan dan persahabatan. Bunga emas akan dikaitkan melalui perhubungan kuasa Siam dengan negeri-negeri Melayu Utara termasuk Kedah. Negeri-negeri Melayu ini menghantar bunga emas bagi dielak Bangkok menyerang negeri mereka. Selain bunga emas, bunga perak juga mengambil tempat yang sama sebagai tanda penaungan sesebuah wilayah yang dinaungi. Negeri di Asia Tenggara bersifattributariiaitu negeri kecil bernaung di bawah negeri yang besar seperi Kedah bernaungan di bawah Siam. Tanda hubungan antara dua negeri tersebut dibuat melalui penghantaran ufti bunga emas dan bunga perak. Walaupun negeri yang kecil seperti Kedah menghantar bunga emas kepada Siam, Kedah juga mendapat hadiah balasan daripada kuasa besar itu sebagai tanda kebesaran dan kemuliaan Raja Siam dan negerinya itu.8Rujuk, KobkuaSuwannathat-Pian,Sejarah Thai Zaman Bangkok, h. 77-78.

Dari ulasan di atas, menunjukkan penghantaran ufti bunga emas dan bunga perak berdasarkan hubungan politik dan diplomatik semata-mata demi kepentingan negara yang dinaungi dan menaungi. Namun, berlainan pula yang disebut dalam sebuah hikayat istana Kedah iaituHikayat Merong Mahawangsabahawa penghantaran bunga emas bukanlah bermotifkan politikatau melindungi negerinya tetapi semata-mata bersifat sosial sahaja, seperti sebagai tanda ingatan atau persahabatanataupun sekadar hadiah. Keterangan hikayat itu melalui pandangan istana Kedah dan tidak kepada Siam. Pandangan yang berbeza-beza inilah yang menyebabkan sering berlaku pertelingkahan sehingga menimbulkan peristiwa peperangan antara dua belah pihak, Kedah-Siam.Salah satu sebab Kedah menjadi negeri naungan Siam atau menerima pertuanan Siam adalah disebabkan ingin mempertahankan negerinya daripada diserang dan ditakluki oleh kuasa-kuasa lain ataupun ancaman luar, lebih-lebih lagi daripada Burma. Oleh itu, apabila Kedah mempunyai hubungan dengan Siam, statusnya agak tinggi dan mempunyai kelebihan lain supaya pihak luar tidak mengganggu kestabilan politiknya. Bagi sejarawan Barat, mereka mempunyai pandangan berbeza iaitusalahsatu sebab Kedah berada dalam naungan Siam adalah kerana terdapatnya krisis dalaman yang berlaku dalam pentadbiran negeri mahupun dalam istana. Oleh itu, pada awal tahun 1800-an, golongan pentadbir dan istana meminta bantuan, nasihat dan sokongan kepada pemerintah Siam dan bukannyamemintamenakluk Kedah.9Mohd Isa Othman,Gerakan Protes, h. 22; dan, Mohammad Isa Othman,Politik Tradisional Kedah 1681-1942, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1990, h. 25.

Semasa zaman pemerintahanSultan Ahmad Tajuddin II bermula tahun 1803, bunga emas dan bunga perakperludihantar ke Bangkok tiga tahun sekali.10Rujuk, Abdullah Zakaria Ghazali, Bunga Emas: Satu Tinjauan Dalam Hubungan Trengganu-Siam.Malaysia In History. XXI (I), 1978, h. 32-37; dan, Ismail Bakti, Bunga Emas-Golden Flowers or Tribute,Malaysia In History, VI, 1960, h. 40-42.

Penghantaran bunga emas dan bunga perak ini sebagai tanda Kedah dinaungi oleh Siam. Andai kata, Kedah mengengkari Siam supaya tidak menghantar ufti tersebut besar kemungkinan tercetus peperangan seperti berlaku kepada Perak. Perak gagal mengutuskan bentuk ufti tersebut kerana tidak merasakan ianya duduk di bawah Siam. Oleh itu, Siam mengkehendakkan Kedah menyerang Perak pada tahun 1813 melalui bantuan tenteranya. Kedah juga turut menyediakan bantuan tentera seramai kira-kira dua ribu lima ratus orang bagi menyerang Burma di Tongkah. Kesetiaan yang tinggi sultan tersebut terhadap maharaja Siam telah dihargai dan menerima pangkat atau gelaran Chao Phraya.11Mohd Isa Othman,Gerakan Protes, h. 23.

Penghantaran ufti bunga emas dan bunga perak kepada Siam berakhirmenjelangtahun 1909setelah Kedah diletakkan naungan di bawah British melalui Perjanjian Inggeris-Siam. Bunga emas dan bunga perak yang sepatutnya dihantar kepada kerajaan Bangkok pada tahun itu telah berpindah tangan ke pihak British di Singapura.12KobkuaSuwannathat-Pian,Sejarah Thai Zaman Bangkok.

Pendudukan SiamPada awal zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II bermula 1803, hubungan Kedah-Siam agak erat dari segi hubungan diplomatik dan politik. Namun, pada satu tahap pemerintahan baginda, berlaku kesangsian Raja Siam kepadanya. Kecurigaan Siam bertambah kuat apabila baginda tidak mahu mengadap Rama III apabila diminta berbuat demikian. Ia bermula akibat persengketaan dalam istana sendiri apabila Tunku Daud, Tunku Bisnu, Tunku Ibrahim dan Tunku Yaakop mencabar kedudukan baginda.Ada dalam kalangan mereka berbalah semasa sendiri sehinggaterjadinya peristiwapemberontakan bersenjata, iaitu datangnya daripada Tunku Daud dan Tunku Ibrahim. Namun dapat ditumpaskan. Dua orang lagisaudara bagindabercadang mencabar takhtanya setelah memfitnah baginda kepada kerajaan Bangkok melalui gabenor di Singgora dan Ligor.13Mohd Isa Othman,Gerakan Protes.

Kerajaan Bangkok juga merasa curigakepada bagindaapabila menuduh baginda berkomplot dengan Burma menentang Siam. Bagi mengelak tekanan Siam, baginda menukar kota pemerintahannya ke satu tempat di Merbok iaitu Pulau Tiga. Apabila mendapat tahu hal itu serta dendam semakin kuat, dengan berperahu tentera Siam dari Trang seramai tujuh ribu orang melancarkan serangan pada bulan November 1821 dan berjaya menawan Kuala Kedah dalam keadaan rakyat Kedah tidak bersedia untuk berperang,malah Bendahara dan Laksamana memberi layanan baik kepada tentera Siam kerana menganggap satu lawatan biasa.Walaupunberkeadaan sedemikian, Sultan Kedah dan keluarga dapat menyelamatkan diri dan diterima suaka politik di Pulau Pinang yang kedudukannya berhampiran dengan Kota Merbok. Gabenor Ligor diperintah menjalankan pentadbirannya di Kedah. Gabenor Ligor, Nakhon Sri Thammarat (Noi) yang mencemburui baginda sultan kerana dianugerahi Chao Phrayaakhirnyaberjaya menawan Kedah. Anaknya, Phra Pakdi yang dikenali dengan Saeng dilantik sebagai Gabenor di Kedah dan Nai Nut membantunya.14Cyril Skinner,Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 54 (2), h. 85. Lihat juga, Cyril Skinner,Rama III and the Siamese Expedition to Kedah in 1839, the Dispatches of Luang Udomsombat, Clayton: Centre for Southeast Asian Studies, Monash University, 1993.

Dikatakan bahawa setelah Kedah tumbang dan Siam menakluk negeri itu, Siam melakukan pelbagai kezaliman dan penyeksaan kepada rakyat baginda sultan sehingga mengakibatkan rakyat bangkit menentang kezaliman itu dengan pelbagai cara termasuk perang gerila.Disebabkan sultan mereka berpindah ke Pulau Pinang, para pembesar danramairakyat jelatanya turut berhijrah termasuk ke Seberang Perai. Dikatakan seramai tujuh puluh ribu orang berhijrah ke koloni Inggeris bagi menyelamatkan diri dari penyeksaaan Siam.15Untuk melihat jumlah pelarian Kedah ke Pulau Pinang, lihat T.S. Bradell,Statistics on British Possessions in the Straits of Malacca, Penang 1861.

Di Kedah pula, rakyat tempatan mula melancarkan serangan balas terhadap Siam melalui dua bentuk peperangan, iaitu perang gerila dan perang terbuka pada tahun 1823, 1828 dan 1829. Disebabkan perang gerila yang berterusan kerana tidak menyerah pemerintahan kepada sultan, Siam menukar haluannya dengan menyerah kembali pemerintahan Kedah tetapi penyerahan itu diberi kepada Tunku Anum Paduka Raja Jambangan dan dibantu oleh Tunku Hassan. Namun demikian, langkah tersebut gagal menyelesaikan ketegangan politik di Kedah. Bagi mengatasi keadaan kemelutan itu, Gabenor Bonham mewakili pihak Inggeris berusaha mendapat kembali takhtabaginda yang terancam itu.16J.M.Gulick,Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 56 (2), h. 31-86.

Walau bagaimanapun, beberapa wilayah Kedah terpaksa dikorbankan apabila Kubang Pasu, Perlis dan Setul dipisahkan dari Kedah tetapi perpisahan Kubang Pasu tidak mengambil masa yang lama keranadiserahkan kembali kepada pertuanan Kedah oleh Rama IV.Kemelut yang berlaku antara dua wilayah berjiran itu telah dapat diatasi dan memberi pengajaran berguna kepada Kedah-Siam supaya mereka tidak melakukan perkara yang sama iaitu berperangsehingga meninggalkan kesan yang buruk kepada rakyat Kedah. Mereka mulai sedar bahawa keamanan dalam perhubungan politik lebih membawa kebaikan. Dengan bantuan pihak Inggeris, baginda Sulltan Ahmad Tajuddin II kembali mendapat takhtanya melalui Rama III. Dalam masa yang sama juga, pihak pentadbir Kedah sentiasa mengawal keadaan supaya Siam tidak mengganggu gugat negeri mereka. Baginda sultan tersebut telah mangkat pada tahun 1843 dan diganti pula oleh anaknya, Sultan Zainal Rashid Muazzam Syah mulai tahun tersebut hingga 1854. Seterusnya,Sultan Kedah terus berganti lagi kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah sampai ke tahun 1879.

Hubungan Selepas Tahun 1842Selepas Kedah dan Siam mengalami krisis yang berpanjangan dan usaha pendamaian dilakukan, hubungan mereka bertambah baik dan menjadi erat kembali. Hubungan dua hala kerajaan ini menjadi lebih kukuh apabila Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah yang memerintah Kedah dari tahun 1854 hingga 1879 membuka lembaran baru hubungan diplomatik. Hubungan yang erat ini disebabkan baginda Sultan mengahwini anak angkat Perdana Menteri Thai Chao Phraya, Sri Suriyawong (Samdet Chao Phraya) yang bernama Wan Jah binti Luang Nik Abidin pada tahun 1955. Perkahwinan politik ini membawa kesan yang positif kepada baginda dalam hubungan Kedah-Siam. Bagi memudahkan hubungan dua hala ini, Sultan Ahmad Tajuddin menitahkan membina jalan bagi menghubungkan negeri baginda dengan Singgora,di selatan Siam pada tahun 1862. Pembinaan jalan itu memakan masa kira-kira tiga tahun dan memberi impak yang besar bagi pertumbuhan ekonomi dua kerajaan itu.Ikatan hubungan diplomatik tersebut menjadi lebih erat lagi apabila para pembesar negeri Kedah membuat lawatan diplomatik ke negeri Siam dan Siam juga membuat lawatan balas ke negeri Kedah. Misalnya, baginda Sultan Ahmad Tajuddin kerap kali mengadakan lawatan rasmi atau tidak rasmi ke selatan Siam dan ke Bangkok apabila upacara-upacara rasmi diadakan. Begitu juga Raja Chulalongkorn buat pertama kalinya pada tahun 1871 bersama rombongannya datang melawat Kedah selepas bagindamelawat India.17KobkuaSuwannathat-Pian,Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil. 17, 1989, h. 69-81.

Hubungan yang kukuh kedua-dua pihak raja ini dapat dibuktikan lagi setelah Raja Chulalongkorn menganugerahkan Sultan Ahmad Tajuddin dengan pangkat Chao Phraya Ritthisongkram-rampakdi Sri Sultan.Selepas Sultan Ahmad Tajuddin mangkat, bermula tahun 1881, takhta diraja Kedah diganti oleh Sultan Abdul Hamid sehingga tahun 1943. Zaman sultan yang baru ini terus mengadakan hubungan diplomatik yang baik dengan Siam apabila baginda mengahwini empat puteri Siamtermasuk Spechandra, Larasih dan Manjalara. Hubungan dengan Siam dibuat terus ke Bangkok melalui konsul Siam di Pulau Pinang. Melalui dasar Siam, pengiktirafan Sultan Kedah tidak dilupa. Maharaja Siam melalui Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan dasar 'Thesaphiban' pada tahun 1882. Dasar tersebut adalah bagi melaksanakan dasar pemusatan kuasa iaitu beberapa daerah disatukan ke dalam 'monthon' yang dikawal oleh 'Khaluang Thesaphiban' seperti Pesuruhjaya Tinggi. Jawatan itu dilantik leh Menteri Dalam Negeri. Negeri-negeri Melayu Utara juga tidak ketinggalan dalam dasar ini apabila Setul, Perlis dan juga Kedah dicantum semula ke dalam satupemusatan kuasa yangdikenali 'Monthon Saiburi' dan Sultan Abdul Hamid dilantik sebagai 'Khaluang Thesaphiban'nya.Semasa zaman pentadbiran Sultan Abdul Hamid, berlaku suasanakegawatan ekonomi. Suasana kegawatan ekonomi itu berlaku pada awal abad ke-20. Disebabkan hubungan yang erat dengan kerajaan Siam, maka Maharaja Siam telah membantu baginda sultan tersebut dengan bantuan kewangan sebanyak $2,600,000(dalam nilairinggit Selat)dengan kadar faedah 6%.18James Allen,Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. XLI (1), 1968, h. 66; dan, W.G. Maxwell,Treaties and Engagements Affwcting the Malays States and Borneo, Suffolk: Jus Truscotts, 1924, h. 101-102.

Bantuan kewangan yang diberikan itu telah dimaterikan melalui satu perjanjian pinjaman. Melalui perjanjian tersebut, Kedah terpaksa menerima Penasihat Kewangan Siam pada bulan Mac 1905. Kedah menerima dua orang penasihat tersebut iaitu W. F. Williamson dan digantikan pula oleh G. C. Hart. Hart merupakan bekas pentadbir British di India.Sultan Abdul Hamid juga telah diminta mengadakan satu badan khas bagi melicinkan pentadbiran baginda di Kedah. Badan khas tersebut ialah Majlis Negeri dan baginda memperkenan 'Edict Diraja'(perisytiharan diraja)dikuatkuasakan pada 23 Julai 1905. Majlis Negeri merupakan badan perundangan di negeri ini. Melalui badan perundangan ini, peranan Raja Muda turut dipertingkatkan. Ketika itu jawatan tersebut dipegang oleh Tunku Abdul Aziz ibni Sultan Ahmad Tajuddin yang bertindaksebagai Presiden. Ahli-ahli lain ialah Penasihat Kewangan Siam (G.C. Hart), Setiausaha Sultan (Md. Ariffin), Ketua Hakim (Haji Ahmad), dan Bendahari Negeri (Syed Abdullah al-Mahdali).19Yearly Report on the Administration of the State of Kedah, September 1905 hingga Ogos 1906, h. 8.

Pada tahun 1908, ditambah seorang lagi, Pengarah Tanah (Syed Hassan) sebagai ahlinya.Pembentukan Majlis Negeri ini wujud semasa Kedah dalam naungan Siam danberperananbagi membolehkan Siam memantau hal pentadbiran Kedah terutama hal ehwal kewangan negeri melalui penasihatnya bagi memastikan pinjaman kewangan dapat dibayar dengan lancar. Begitu juga majlis ini terus wujud hingga zaman British.

Perjanjian Inggeris-Siam 1909 (Perjanjian Bangkok)Siam merancang hendak mengubah pertuanan Negeri-negeri Melayu Utara ke bawah naungan Inggeris.20Mohammad Isa Othman,Politik Tradisional Kedah 1681-1942, h. 87.

Negeri Kedah juga termasuk dalam dasar tersebut, namun pembesar Kedah tidak bersetuju Kedah dimasukkan dalam naungan British. Disebabkan Kedah sudah berada lama dalam naungan Siamdan dalam situasi yangselesa dengan peranan pembesarnya yang luas dalam politik negeri. Para pembesar Kedah menyaksikan berlakunya penyusutan kuasa para pembesar di Negeri-negeri Melayu Utarayang lainselepas diserah kepada British, dan hal ini akan membimbangkan mereka. Oleh sebab itu baginda Sultan Abdul Hamid mahu perkara ini dirunding terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat dalam perkara yang menyentuh negerinya tetapi pihak Siam menganggap tidak perlu rundingan diadakan kerana kemerdekaan Kedah masih boleh dipersoalkan.21Ibid., h. 88.

Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909 telah meletakkan Kedah di bawah naungan British.22Lihat Lampiran Tiga bagi mengetahui syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Siam 1909.

Bagi Siam, Kedah bukan lagi bawah jajahan takluknya lagi dan oleh sebab itu, sistem penghantaran ufti bunga emas dan bunga perak tidak dilaksanakan selepas termeterainya perjanjian tersebut. Melalui perjanjian itu juga, Inggeris mula menjalankan dasar dan pengaruhnya ke atas Kedah. Dalam pentadbiran Inggeris, mereka mengambil sikap lembut tetapi tegas dan berbeza dengan Siam yang lebih bercorak tradisional dalam hal pentadbiran. Kedah menerima Penasihat British pertama iaitu George Maxwell pada 15 Julai 1910.23Fail Pesuruhjaya Tinggi no. 921/1909 surat George Maxwell kepada Pesuruhjaya Tinggi, 16 Julai 1909.

Pada awal Kedah dinaungi British, berlaku pergolakan politik antara golongan pentadbir dan istana Kedah dengan pegawai British tersebut sehingga berlaku ketegangan politik antara mereka kerana pihak British mula campur tangan secara langsung. Misalnya, persoalan dan isu pemodenan pentadbiran dan cabarannya, masalah perlantikan pemangku raja, pertegangan dalam pentadbiran dan juga bersangkutan dengan golongan agama.24Mohammad Isa Othman,Politik Tradisional Kedah 1681-1942, h. 108.

Walau bagaimanapun, kedudukan golongan elit politik tradisional Melayu ini dapatstabildan pihak penjajah memberi kerjasama yang baik selepas itu.Namun begitu, kesan daripada peralihan kuasa ini turut memberi beberapa kemudahan dan pengenalan pentadbiran modenoleh pihak British. Salah satunya ialah kemunculan satu kelompok elit baru iaitu golongan sekular Inggeris dan Melayu selain golongan istana dan aristokrat yang telah berada dalam masyarakat Kedah. Kemunculan mereka adalah disebabkan impak sistem pendidikan moden yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu dan Kedah tidak ketinggalan diperkenalkan walaupun agak lambat.25Keterangan lanjut tentang sejarah sosioekonomi dan pendidikan Melayu di Kedah, rujuk Mohamad Muzammil Mohamad Noor,Guru Melayu dan Politik di Kedah 1940-1960, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2012, h. 1-18.

Selain itu, dasar British yang membawa masuk imigran dari China dan India juga turut berlaku ke atas negeri Kedah sehingga menimbulkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.Dari satu sudut, hubungan erat antara Kesultanan Kedah dan Raja Siam turut berlaku dalam bidang pendidikan. SultanBadlishahpernah menuntut ilmu di Bangkok dan kemudiannya mendapat biasiswa daripada kerajaan Bangkok bagi melanjutkan pelajarannya ke England. Sebagai menghargai penganugerahan biasiswa tersebut, baginda perlu membalas jasa baik dengan Kerajaan Siam untuk bertugas di Bangkok sebelum dipanggil balik berkhidmat di negerinya pada tahun 1926. Adiknya, Tunku Abdul Rahman Putra juga pernah belajar di Bangkok semasa kekandanya Tunku Yusufyang akhirnya Tunku Yusuf turutberkhidmat dengan angkatan tentera Thai.Hubungan Selepas Perjanjian Inggeris-SiamTanah Melayu telah diserang oleh tentera Jepun bermula di pantai timur pada waktu malam 7 Disember 1941, dan di Kedah pula bermula pada 10 Disember tahun yang sama. Mereka menyeberangi sempadan berhampiran Bukit Kayu Hitam, Changlun dan terus mara kearah Asun dengan mengalahkan pasukan Gurkha Punjab. Tiga hari kemudian, Pekan Jitra pula berjaya ditawan bagi meneruskan kemaraan mereka keesokan harinya ke arah Alor Setar dan Gurun pada 16 Disember.Satupersatutentera Britishdapat ditewaskan dalam masa enam hari. Melihat keadaan ini menjelaskan bahawa tentera British tidak sekuat mana kerana kurang bersedia bagi mengharungi musuhdi tanah jajahannya.Golongan istana Kedah juga tidak terkecuali daripada menerima penangan tentera Jepun. Apabila pihak British mengetahui tentera Jepun makin mara ke arah Alor Setar, mereka bercadang memindahkan Sultan Abdul Hamid dan keluarganya ke Pulau Pinang dengan alasan bagi menyelamatkannya. Walaupun begitu, anakandanya, Tunku Abdul Rahman Putra tidak menyetujui cadangan British itu, lalu menculik ayahandanya semasa dalam perjalanan dan menuju ke arah Kulim kerana baginya,perjalanan baginda Sultan ke Pulau Pinangtidakmenjaminkan bagindaakan selamat. Tambahnya lagi, sebagai sultan di negeri Kedah, baginda perlu bersama rakyatnya pada saat-saatgenting. Setelah Kedah ditakluki Jepun, tentera Jepun telah dapat mengesan lokasi persembunyian baginda dan membawanya pulang ke istana.Dasar pentadbiran Jepun adalah bersifat imperialistik dan bertujuan bagi menegakkan hegemoni tentera.26Mohamad Isa,1992,op.cit., h. 33.

Nama Kedah ditukar kepadaSyaiburidan Tanah Melayu pula kepadaMalai. Kedudukan sultan pula, pihak Jepun tidak mengiktiraf sultan seperti pada zaman pemerintahan kolonial British. Sultan diarah menyerahkan gelaran, negeri dan rakyatnya kepadaMaharaja Jepun melalui pemerintahan tentera.27Ibid.,h. 36.

Oleh sebab itu, Sultan Abdul Hamid tidak ada pilihan lain, baginda terpaksa menandatangani perjanjian menerima pertuanan Jepun pada 19 Disember 1941 di Kulim.28Harry Miller.Putera Raja dan Perdana Menteri. (Kuala Lumpur : Straits Times Press), h. 62.

Kedudukan baginda pada masa itu agak terpinggir kerana pada peringkat awal Jepun mengadakan kerjasama erat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang jelas berhaluan kiri.29Mohamad Muzammil Mohamad Noor,Guru Melayu dan Politik di Kedah,h. 40.

Pihak Jepun telah menyusun pentadbiran negeri dengan mencantumkan Kedah dan Perlis di bawah satu pusat yang dikenali sebagaiKedah Shusei-Chao Soshiki.30FailSUK (K) 298/2602.

Gabenor Jepun di Kedah ialah Oyama Kikandankemudian diganti olehMejar Jeneral Seiji Sukegawa.Para pegawai tadbir terpaksa berkompromi pentadbiran dengan pihak Jepun dan dimulai oleh Tunku Mohamad Jiwa ibni Sultan Abdul Hamid yang merupakan Pesuruhjaya Monopoli dan Kastam serta Ismail Harun yang juga Setiausaha Rendah 2.Peranan sultan agak terbatas semasa zaman pendudukan Jepun. Mereka berusaha mengambil hati masyarakat Melayu dengan cara mengekalkan kedudukan sultan tetapi bukan sebagai ketua negeri hanya sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Dalam masa yang sama, jumlah elaun dan pencen politik sultan telah turut dikurangkan sehingga separuh daripada jumlah yang diterima baginda semasa sebelum perang.31FailSUK (K) 86/2602.

Pada zaman perang itu juga Sultan Abdul Hamid telah mangkat. Baginda mangkat pada 13 Mei 1943 dan digantikan oleh Sultan Badlishah apabila ditabalkan pada keesokan harinya. Tahun seterusnya, Kedah diserahkan kepada Siam Thailand semula. Penyerahan rasmi diadakan di Alor Setar pada 18 Oktober 1943.32Lihat, Fail SUK (K) 243-2603, dan,Syonan Simbun, 21 Ogos 2603 (1943).

Penyerahan ini adalah kerana untuk membalas jasa kerajaan pimpinan Phibun Songgram yang memberi laluan masuk tanpa halangan kepada pihak Jepun ke utara Tanah Melayu melalui perjanjian sulit menjelang Perang Pasifik itu.33Pada 20 Ogos 1943, satu perjanjian sulit penyerahan wilayah telah ditandatangani di Bangkok antara Perdana Menteri Thai, Field Marshal Phibun Songram dengan Duta Jepun ke Thai, Teiji Tonbukami. Syarat termeteri antaranya:Jepun mengiktiraf penyatuan semula negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan pulau-pulau milik negeri tersebut sebagai wilayah Siam.

Jepun akan menyerahkan pentadbiran kawasan seperti yang tersebut dalam fasal 1 dan 2 dalam masa 60 hari selepas perjanjian dimeteraikan.

Hal-hal yang lebih mendalam dalam pelaksanaan perjanjian ini akan diputuskan menerusi rundingan.

Malai Sinpo, 21 Ogos 1943. Mohamad Isa,op.cit., h. 49-50. Lihat juga, Chin Kee Onn.Malaya UpsideDown, Singapura: Fitts & Co. Ltd., 1946, h. 2. Ahmad bin Md. Saman, Persatuan Guru-guru Melayu Kedah (PGMK) Pergerakan Dan Perjuangannya 1946-1958, Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Sastera, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1977/78, (tidak diterbitkan), h. 59.

Walaupun Kedahdiletakkan di bawah pentadbiran kerajaan Thai, namun soal keselamatan dan ketenteraman awam masih juga di bawah kuasaKempeitai. Kerajaan Thai hanya berkuasa dalam hal ehwal pentadbiran dan pemerintahan awam sahaja. Dengan peralihan kuasa ini, kerajaan Thai telah mengambil langkah untuk menubuhkan satu pentadbiran khas di Kedah. Pegawai-pegawai negeri bertugas dengan pihak Jepun sebelum ini masih terus berkhidmat dengan kerajaan Thai. Gabenor Jeneral Thai yang bertanggungjawab bagi keempat-empat negeri itu ialah Khun Rongchat dan di Kedah pula diketuai oleh Khun Pramot Chong Charem serta pembantunya Khun Chat.34Lihat juga Ahmad bin Md. Saman, h. 59.

Mereka ini menetap di Alor Setar kerana bandar ini adalah pusat pentadbiran bagi keempat-empat negeri utara itu.Kerajaan Thai telah menghidupkan semula Majlis Mesyuarat Negeri yang di panggilMontri Sabha.Ia diketuai oleh seorang presiden yang dilantik oleh baginda Sultan.35Fail SUK(K) 52/87.

Ahli-ahliMontri Sabhaterdiri daripada Sultan Badlishah sebagai Presiden, Tunku Yaakop pula dilantik Naib Presiden dan seterusnya HajiMd. Sharif Osman menjadi Setiausaha. Bagaimanapun,pihak Thai tidak begitu mengambil berat tentang perjalananMontri Sabhaini oleh sebab semua keputusan yang keluarkan olehMontri Sabhaini mesti diluluskan oleh Pesuruhjaya Tinggi Thai. Di dalam majlis negeri ala Thai ini terdapat anggota-anggota yang dipilih terdiri daripada wakil-wakil Melayu, Cina dan juga India. Penasihat undang-undangnya ialah En. Ismail Marican Vappoo Merican Nordin. Maktab Mahmud yang terletak berdekatan dengan Sekolah Sungai Korok di sini telah dijadikan kem utama tentera Thai dan Rumah Pelamin di belakang Balai Besar diwujudkan sebagai ibu pejabat Thai.36CeramahDi Atas Pengalamannya Di Masa Pemerintahan Jepun oleh Tunku Abdul Rahman, Ceramah Di Atas Pengalamannya Di Masa Pemerintahan Jepun, hlm. 9.

Secara keseluruhannya, semasa pentadbiran Thai di Kedah, tidak ada apa-apa perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Bangkok untuk pembangunan di Kedah termasuk dalam bidang pertanian. Hanya sedikit beras dan pakaian yang diimport masuk. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat menampung segala keperluan masyarakat Melayu di Kedah yang masih dilanda peperangan. Menurut pendapat Mohamad Isa Othman;Peralihan pentadbiran kepada Siam lebih kepada namanya sahaja. Penerusan penguasaan ketenteraan dan pentadbiran penting kepada Jepun untuk mengeksploitasi ekonomi tempatan bagi memastikan matlamat ekonomi Jepun yang dirancang sejak awaldapat dilaksanakan.37Mohd Isa Othman.Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (tumpuan khusus di Negeri Kedah),Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1992, h. 56.

Kekuasaan Thai di sini berakhir bersama-sama dengan kekalahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua pada Kuasa Berikat bertarikh 15 Ogos 1945 setelah pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.

KesimpulanHubungan kerajaan negeri Kedah dengan Siam telah lama berlangsung dengan silihberganti sultannya dan begitu juga raja Siam sejak zaman Shukotai lagi. Hubungan dua hala kerajaan ini juga berlaku dalam pelbagai cara seperti hubungan diplomatik, perkahwinan, bantuan tentera, pinjaman kewangan, pentadbiran dan penaklukan. Siam menganggap Kedah sebuah negeri kecil yang lemah perlu dinaungi dan ditakluki. Tetapi berlainan pula bagi kerajaan Kedah bahawa sebagai negeri berjiran, mereka perlu mengadakan hubunganyang erat dengan kuasa kuat sepertiSiamuntukdijadikan tempat perlindungan bagi negerinya. Sebenarnya, Kedah perlu mengharungi cabaran sebagai negeri yang kuasanya lemah jika dibandingkan dengan Siam.Setiap kali berlaku peristiwa pergolakan seperti peperangan, yang pasti Kedah menerima nasib yang malang.Ada kalanyajugaKedah perlu mengikut kehendak Siambagi memenuhi tuntutan Siamseperti bantuan tentera dan disuruh menyerang kerajaan lain walaupunlawannya berketurunanMelayudan agamayang serupaserupa seperti menyerang Perak. Kedah terpaksa menurut perintah Siam kerana dipihaknya mempunyai kepentingan tertentu. Penaklukan Siam kepada Kedah berakhir apabila pihak Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua.

BIBLIOGRAFICeramahDi Atas Pengalamannya Di Masa Pemerintahan Jepun oleh Tunku Abdul Rahman, Ceramah Di Atas Pengalamannya Di Masa Pemerintahan Jepun.Abdullah Zakaria Ghazali, Bunga Emas: Satu Tinjauan Dalam Hubungan Trengganu-Siam.Malaysia In History. XXI (I), 1978.Ahmad bin Md. Saman,Persatuan Guru-guru Melayu Kedah (PGMK) Pergerakan Dan Perjuangannya 1946-1958, Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Sastera, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1977/78, (tidak diterbitkan).Bonney, R.,Kedah, 1771-1821: the Search for Security and Independent,Kuala Lumpur, Oxford University Press,1971.Bradell, T.S., Statistics on British Possessions in the Straits of Malacca, Penang 1861.Chin Kee Onn.Malaya UpsideDown, Singapura: Fitts & Co. Ltd., 1946Fail Pesuruhjaya Tinggi no. 921/1909 surat George Maxwell kepada Pesuruhjaya Tinggi, 16 Julai 1909.Fail SUK (K) 243-2603FailSUK (K) 298/2602.FailSUK (K) 86/2602.Fail SUK(K) 52/87.Gulick, J.M.,Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 56 (2).Harry Miller.Putera Raja dan Perdana Menteri, Kuala Lumpur : Straits Times Press.Ismail Bakti, Bunga Emas-Golden Flowers or Tribute,Malaysia In History, VI, 1960.James Allen,Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. XLI (1), 1968, h. 66; dan, W.G. Maxwell,Treaties and Engagements Affwcting the Malays States and Borneo, Suffolk: Jus Truscotts, 1924.Malai Sinpo, 21 Ogos 1943.Mohamad Muzammil Mohamad Noor,Guru Melayu dan Politik di Kedah 1940-1960, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2012.Mohamad Muzammil bin Mohamad Noor, Guru Melayu di Kedah: Penglibatan Dalam Politik, 1940-1960, Tesis Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia), Universiti Sains Malaysia, 2005.Mohammad Isa Othman,Politik Tradisional Kedah 1681-1942, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1990.Mohd Isa Othman,Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1999.Mohd Isa Othman.Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (tumpuan khusus di Negeri Kedah),Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1992.Muhd. Yusuf Hashim,Syair Sultan Maulana: Suatu Penelitian Kritis Tentang Hasil Pensejarahan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1980.Skinner, C.Rama III and the Siamese Expedition to Kedah in 1839, the Dispatches of Luang Udomsombat, Clayton: Centre for Southeast Asian Studies, Monash University, 1993.Skinner, C.,Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 54 (2).Suwannathat-Pian,Kobkua,Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil. 17, 1989.Suwannathat-Pian,Kobkua,Sejarah Thai Zaman Bangkok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.Syonan Simbun, 21 Ogos 2603 (1943).Wheatley, P.,The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula Before A.D. 1500,Kuala Lumpur:University of Malaya Press.Yearly Report on the Administration of the State of Kedah, September 1905 hingga Ogos 1906.

LAMPIRANSATU

Peta Negeri Kedah

http://1.bp.blogspot.com/_S1ll5f5nZJE/S36NEueCuSI/AAAAAAAABpE/Hd9blPZGvOI/s320/KEDAH.GIF

LAMPIRAN DUA

Kandungan Perjanjian Bangkok 1909.
DITANDATANGANI DI BANGKOK, 10 HARI BULAN MAC 1909 (RATIFIKASI DIBUAT DI LONDON, 9 HARI BULAN JULAI 1909)

Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland dan Dominion British di seberang laut, Maharaja India, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam berhasrat untuk menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul yang menjejaskan kekuasaan masing-masing, telah membuat keputusan untuk mengikat suatu Perjanjian, dan bagi maksud ini, telah melantik Wakil Penuh Kerajaan masing-masing:

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain melantik Ralph Paget, Esquire, Utusan Khas Baginda dan Menteri Wakil Penuh Kerajaan, dll.; Duli Yang Maha Mulia Raja Siam melantik Duli Yang Teramat Mulia Putera Devawongse Varoprakar, Menteri Hal Ehwal Luar dll.; yang, setelah menyampaikan Kuasa Wakil masing-masing dan mendapati segala-galanya baik dan sewajarnya, telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut:-

Perkara I
Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Pulau-pulau Bersebelahan kepada Great Britain.

Kerajaan Siam menyerah kepada Kerajaan British segala hak dan apa-apa jua kekuasaan, naungan, pentadbiran dan kawalan yang dimilikinya ke atas Negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pedis dan pulau-pulau bersebelahan. Sempadan wilayah-wilayah ini ditentukan melalui Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.

Perkara II Tarikh Penyerahan
Penyerahan yang diperuntukkan dalam Perkara terdahulu ini hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi Perjanjian ini.

Perkara III Persempadanan Sempadan Inggeris-Siam
Suatu Suruhanjaya Bercampur, terdiri daripada kakitangan dan pegawai Siam dan British, hendaklah dilantik dalam tempoh enam bulan selepas tarikh ratifikasi

Perjanjian ini, dan hendaklah dipertanggungjawabkan bagi persempadanan sempadan yang bam. Kerja Suruhanjaya itu hendaklah dimulakan secepat mungkin, sesuai dengan musim, dan hendaklah dijalankan menurut Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.

Rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam yang tinggal dalam wilayah yangdiperihalkan dalam Perkara I yang berhasrat mengekalkan kerakyatan Siam mereka akan, dalam tempoh enam bulan selepas ratiftkasi Perjanjian ini, dibenarkan berbuat demikian jika mereka berdomisil di wilayah kekuasaan Siam. Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa mereka itu adalah bebas untuk mengekalkan harta tak alih mereka dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.

Maka adalah difahami bahawa, menurut resam biasa di mana pertukaran kekuasaan berlaku, apa-apa Konsesi dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I Perjanjian ini kepada individu atau Syarikat, yang diberikan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Siam, dan diiktirafnya sebagai masih lagi berkuat kuasa pada tarikh penandatanganan Persetiaan ini akan diiktiraf oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.

Perkara IV Hutang Awam Wilayah yang Diserahkan
Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan membayar segala hutang yang ada kepada Kerajaan Siam bagi wilayah-wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.

Perkara V Penghapusan Bidang Kuasa Konsul di Siam
Bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa Siam yang ditubuhkan di bawah Perkara VIII Perjanjian bertarikh 3 hari bulan September 1883, hendaklah, di bawah syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa yang dilampirkan bersama-sama ini,4 diperluaskan supaya meliputi semua rakyat British di Negeri Siam yang berdaftar di Pejabat Konsul British sebelum tarikh Perjanjian ini.

Sistem ini hendaklah ditamatkan, dan bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa itu hendaklah dipindahkan kepada Mahkamah Siam yang biasa selepas perisytiharan dan permulaan kuat kuasa kanun Siam, iaitu Kanun Jenayah, Kanun Sivil dan Perdagangan, Kanun Tatacara dan Undang-undang bagi penubuhan Mahkamah.

Semua rakyat British lain yang ada di Negeri Siam hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Siam yang biasa di bawah syarat-syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa.

Perkara VI Hak terhadap Harta, Kediaman dan Perjalanan, Cukai, dU.
Layanan Negara - Pengecualian daripada Perkhidmatan Tentera, Pinjaman Paksa, dll.
Rakyat British di seluruh Negeri Siam boleh menikmati hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh anak watan negeri itu, terutamanya hak terhadap harta, hak kediaman dan perjalanan.

Mereka dan harta mereka hendaklah tertakluk kepada segala cukai dan perkhidmatan, tetapi ini semua tidak boleh berbeza atau lebih tinggi daripada cukai dan perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh undang-undang terhadap rakyat Siam. Maka adalah difahami secara khusus bahawa batasan dalam Perjanjian bertarikh 20 hari bulan September 1900, di mana pencukaian tanah tidak boleh melebihi tanah yang serupa di Hilir Burma, kini dibatalkan.

Rakyat British di Siam hendaklah dikecualikan daripada segala perkhidmatan tentera, sama ada dalam angkatan darat atau laut, dan daripada segala pinjaman paksa atau tuntutan atau sumbangan ketenteraan.

Perkara VII Pengesahan Perjanjian Lama
Peruntukan segala Perjanjian, Persetujuan, dan Konvensyen antara Great Britain dengan Siam, yang tidak diubah suai oleh Perjanjian ini, hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya.

Perkara VIII Ratifikasi
Perjanjian ini hendaklah diratiftkasikan dalam tempoh empat bulan dari tarikhnya. Pada menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing te1ah menandatangani
Dibuat di Bangkok, dalam dua salinan, pada 10 hari bulan Mac 1909.

(T.T.) RALPH PAGET.
(T.T.) DEVAWONGSE V AROPRAKAR.

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.112. 2

LAMPIRANTIGABunga Emashttp://i60.photobucket.com/albums/h22/nice72/BungaEmas.jpg

LAMPIRAN EMPATRentetan Sejarah KedahTARIKHPERISTIWA

Akhir Abad ke-2Kalagam yang merujuk kepada Kedah disebut dalam Syair Pattinappalai.

200 MHubungan negeri-negeri Melayu Utara Semenanjung termasuk Kedah dengan Kerajaan Funan.

500 M atau lebih awalKedah sudah mengadakan hubungan dagang dengan dunia luar terutama dengan India.

Abad ke-7 MKataka (Kedah) disebut dalam sumber zaman Dinasti Gupta, India.

Akhir Abad ke-7 MSrivijaya muncul di Sumatera. Kerajaan ini mempunyai hubungan rapat dengan Kedah, khususnya perdagangan.

1025 MRaja Chola dari pantai Koromandel, India menyerang Kedah, Temasik, Dinding dan Srivijaya.

1068 MSekali lagi Raja Chola menyerang Kedah tetapi gagal menegakkan kekuasaan.

1230 MKedah, Ligor dan Sukhotai bersama dalam kempen menentang Sri Lanka.

1277 MRama Khamheng menyerang Kedah.

1350 MMajapahit menakluk Srivijaya dan mendakwa turut menakluk Semenanjung Malaysia termasuk Kedah.

1474 MSultan Kedah menghantar utusan ke istana Melaka.

1547 MAngkatan Laut Acheh mendarat di Kuala Perlis.

1606 MHubungan awal Kedah-Belanda.

1619 MIskandar Muda Mahkota Alam menyerangKedah.

1668 MSultan Dhiauddin Mukarram Syah I menandatangani perjanjian persahabatan dengan Belanda.

1682 MPermulaan campur tangan Bugis di Kedah.

1726 MDaeng Perani terkorban di Kedah semasa membantu Sultan Muhammad Jiwa.

1767 MKedah menghantar bunga emas ke Ava, Myanmar.

1769 MPenglibatan tentera upahan Bugis di Kedah berakhir.

17 Julai 1786Francis Light mendarat di Pulau Pinang.

20 April 1791Perjanjian penyerahan Pulau Pinang kepada Francis Light.

Jun 1800Perjanjian penyerahan Seberang Prai kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris.

1808Kedah membantu Singgora menyerang Patani.

1810 dan 1818Kedah menyerang Perak.

November 1821Siam menawan Kedah dan memerintah Kedah sehingga 1842.

1823; 1828/29; 1829/31 dan 1838/39Penentangan Kedah terhadap penjajahan Siam. Tokoh-tokoh penting - Sultan Ahmad Tajuddin, Tunku Abdullah, Tunku Kudin, Tunku Long Puteh, Tunku Mohammad Saad, Wan Mohammad Ali, dll.

1862Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah membina jalan ke Singgora.

1905Kedah memeterai perjanjian pinjaman dengan Kerajaan Siam.

10 Mac 1909Perjanjian Bangkok ditandatangani di antara Kerajaan Siam dengan Britain.

15 Julai 1910George Maxwell dilantik sebagai Penasihat British pertama di Kedah.

Mei-Julai 1911Sultan Abdul Hamid dan Tunku Mahmud serta rombongan melawat England.

Julai 1913Lawatan Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu ke Kedah.

1 November 1923Perjanjian Kedah-British ditandatangani.

15 Disember 1941Kedah jatuh ke tangan tentera Jepun.

18 Oktober 1943Kedah diserahkan kepada pentadbiran Siam.

5 Disember 1945British kembali menguasai Kedah.

Sultan Kedah berhemah tinggi,Memerintah Kedah adil saksama;Rakyat Kedah takkan rugi,Raja dan rakyat bekerjasama.