Keberkesanan Strategi Pengajaran Melalui Kerja Lapangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Keberkesanan pengajaran berasaskan kerja lapangan sangat membantu pelajar untuk lebih memahami subjek yang mereka ikuti diuniversiti kerana pengalaman yang mereka timba sepanjang menyiapkan kerja lapangan merupakan bonus yang tidak dapat dikutip di dewan kuliah.

Citation preview

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN TINDAKAN (UKM-PTS-075-2009)

KEBERKESANAN STRATEGI KERJA LAPANGAN BAGI KURSUS ZZZT 2343 ISU-ISU KEKELUARGAANOLEH

JOHARI TALIB MAHARAM MAMAT MAZNAH IBRAHIM ROOSFA HASYIM

PUSAT PENGAJIAN UMUM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2011

ABSTRAKKajian tindakan ini adalah merupakan satu penilaian tentang keberkesanan strategi kerja lapangan yang dijalankan oleh 250 orang pelajar universiti melalui laporan jurnal refleksi berkaitan dengan pengalaman pembelajaran yang mereka perolehi semasa menjalankan kerja lapangan. Pelajar melaporkan pengalaman mereka menjalankan kerja lapangan secara

berkumpulan sebayak tiga kali melalui jurnal refleksi bersesuaian dengan tiga tahap strategi kerja lapangan iaitu tahap pengumpulan data, analisis data dan penulisan laporan akhir kerja lapangan. Laporan jurnal refleksi ini adalah merupakan asas analisis data berkaitan dengan keberkesanan strategi kerja lapangan. Pada tahap pengumpulan data pelajar mengemukakan pelbagai masalah bagi menemuduga responden, menggabung tenaga secara berkumpulan, membahagi tugas dan menyelesai masalah berkaitan dengan pengumpulan data. Masalah itu berjaya mereka selesaikan dan menganggap pengalaman tersebut sebagai pengalaman pembelajaran yang berguna. Pada tahap analisis data pelajar menghadapi pelbagai masalah berkaitan dengan pemerosesan data termasuklah keperluan pengetahuan statistik asas, analisis data secara kuantitatif dan kualitatif serta pelbagai masalah berkiatan dengan struktur dan kemahiran menulis analisis data. Semua masalah diselesaikan bersama-sama melalui

perkongsian pengalaman dan bimbingan dari pensyarah. Tahap penulisan laporan kerja lapangan menunjukkan pelajar merumuskan bahawa tugasan yang mereka jalankan sebagai tugasan yang memberi banyak pengalaman pembelajaran positif, menemukan fakta primer yang mereka hayati sebagai maklumat yang amat berguna serta realisitk. Pada keseluruhannya kajian tindakan ini menjelaskan keberkesanan strategi kerja lapangan dan memberi panduan langkah-langkah yang perlu diambilkira jika strategi ini hendak dijalankan pada masa akan datang.

i

ISI KANDUNGAN

Halaman ABSTRAK ISI KANDUNGAN SENARAI LAMPIRAN BAHAGIAN I : PERNYATAAN MASALAH Pernyataan Masalah BAHAGIAN II : REVIEW LITERATUR Konsep Kerja Lapangan Teori Konstruktivisme Tinjauan Kajian Lepas Objektif Kajian Persoalan Kajian BAHAGIAN III : METODOLOGI KAJIAN Pendekatan Kajian Kerja Lapangan Pelajar ZZZT 2343 Kaedah Penilaian Sampel Kajian Kerangka Kajian BAHAGIAN IV : ANALISIS DATA Analisis Tahap I Analisis Tahap II Analisis Tahap III i ii iv 1 1 7 7 8 9 13 13 14 14 15 17 19 19 21 21 31 41

ii

Analisis Penilai Laporan Kerja Lapangan

45

BAHAGIAN V

:

PERBINCANGAN Perbincangan Kesimpulan

48 48 55 58

BIBLIOGRAFI

iii

LAMPIRAN A Kertas kerja dibentang di Kongres Pengajaran dan Pembelajaran di Pulau Langkawi 2009 Kertas kerja dibentang di Kongres Pengajaran dan Pembelajaran di Melaka 2010 Aktikel bab dalam buku Mercu Kesarjanaan Pengajaran dan Pembelajaran. Sijil Anugerah Kertas Kerja Terbaik

iv

BAHAGIAN 1

PERNYATAAN MASALAH

PERNYATAAN MASALAH

Kursus Isu-Isu Kekeluargaaan ZZT2343 adalah kursus U2 yang ditawarkan kepada semua pelajar oleh Pusat Pengajian Umum. Objektif utama kursus ini ialah bagi membolehkan pelajar membuat analisis tentang isu-isu kekeluargaan semasa. Kursus ini memberi penekanan kepada topik-topik yang merangkumi permulaan kepada kesedaran seseorang individu untuk membina perhubungan sesama manusia, membina dan mengekalkan hubungan antara manusia, berkahwin dan membentuk keluarga yang berkembang daripada tahap pertama pembentukan keluarga hinggalah tahap akhir iaitu apabila pasangan suami-isteri menjadi warga emas.

Pelbagai isu telah dikenalpasti di sepanjang perkembangan sebuah keluarga dan antara isu-isu tersebut ialah: pemilihan pasangan, putus hubungan, penekalan hubungan dan berkahwin, hak dan tanggung-jawab kekeluargaan, pelbagai masalah keluarga berpendapatan rendah, komunikasi, stres sepanjang hayat, tangungjawab terhadap anakanak, kepuasan berumah tangga, seks dalam perkahwinan, perpecahan keluarga dan konflik, masalah suami dan isteri bekerja sepenuh masa, keibubapaan, cabaran-cabaran semasa yang memberi kesan kepada keutuhan keluarga dan pelbagai masalah sosial yang melibatkan anak-anak yang turut mencabar keutuhan sesebuah keluarga.

Kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Pada setiap semester, terdapat dua kumpulan pelajar yang mengambil kursus ini dan tiap kumpulan mempunyai purata pelajar berjumlah 100 orang. Saiz kelas yang besar menyebabkan pensyarah kurang mempunyai pilihan bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran. Kaedah dan strategi pengajaran yang biasa digunakan ialah kaedah kuliah/syarahan terbuka. Pada setiap masa interaksi, pensyarah akan memberi kuliah dengan berpandukan kepada 1

power point. Kebanyakan interaksi pengajaran adalah berbentuk sehala. Dalam masa yang terbatas dan saiz bilik darjah yang besar apakah pilihan lain yang boleh dilakukan?

Di samping memberi kuliah terbuka, interaksi pensyarah dengan pelajar juga diwarnai dengan forum dan perbahasan berdasarkan topik-topik yang hangat dan kontroversial, misalnya dalam bentuk forum di antara ahli panel yang belum berkahwin dengan ahli panel yang sudah berkahwin. Forum biasanya mencapai rumusan yang menjadi asas kepada hubungan manusia: igauan perkahwinan atau jangkaan terhadap perkahwinan lawan realiti dalam perkahwinan. Perbahasan dan perdebatan pula biasanya berkaitan isu-isu sensasi di antara suami dan isteri, misalnya isteri lebih banyak memikul tanggung jawab terhadap keluarga berbanding dengan suami, tugas isteri adalah mengurus dan mengendalikan rumah tangga dan keluarga serta juga isu-isu berkaitan dengan hubungan suami isteri termasuk poligami. Secara keseluruhan kaedah forum dan perbahasan lebih diminati pelajar. Tumpuan dan penghayatan mereka lebih jelas kerana ramai yang mengambil bahagian dalam sesi soal jawab. Kaedah ini bagaimana pun dibatasi oleh masalah masa interaksi yang terhad dan sukatan kursus yang agak luas.

Kursus ini dinilai berdasarkan kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama, mempunyai peruntukan jumlah skor 50 peratus merupakan penilaian sumatif dengan mengguna soalan objektif. Penilaian ini dijalankan pada akhir semester. Bahagian ke dua merupakan penilaian yang berasaskan tugasan berkumpulan yang membawa 50 peratus daripada keseluruhan skor penilaian. Tugasan bahagian ini pula dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu kertas kerja kumpulan yang menyumbang sebanyak 30 peratus markah, rumusan terhadap lima topik kuliah kursus bernilai 10 peratus dan pembentangan kertas kerja secara berkumpulan membawa 10 peratus markah. Bagi kertas kerja yang disiapkan secara berkumpulan, pelajar akan diminta memilih satu topik yang berkaitan dengan isu-isu kekeluargaan dan menghuraikannya secara terperinci.

Selepas dua tahun penilaian seperti ini dijalankan bagi kursus ini, penyelidik mulai merasaikan bahawa kaedah penilaian berkenaan agak kering dan membosankan. Walaupun sambutan pelajar terhadap kursus ini masih berlangsung seperti biasa tetapi 2

semasa pembentangan kertas kerja secara kumpulan dijalankan, didapati bahawa fakta yang dikemukakan oleh pelajar bersifat steroetaip, yakni fakta yang dirujuk adalah fakta yang diperolehi daripada sumber sekunder. Data yang dikemukakan adalah data sekunder yang hanya menunjukkan kekerapan berlakunya sesuatu kes atau sesuatu isu tentang kekeluargaan. Di samping itu, ruang lingkup topik yang dibincangkan juga adalah hampir sama tahun demi tahun. Kadangkala, terdapat kumpulan pelajar yang membentang isu yang hampir sama tetapi di bawah topik yang berbeza. Penyelidik berpendapat bahawa perubahan perlu dilakukan bagi membaiki pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini. Perubahan yang dimaksudkan adalah merangkumi aspek-aspek strategi pembelajaran, penilaian dan penglibatan pelajar. Strategi yang dicadangkan ialah strategi pembelajaran kerja lapangan. Kaedah pembelajaran kerja lapangan ini akan mengambil kira faktor-faktor kekurangan yang terdapat dalam pengajaran yang menggunakan kaedah kuliah terbuka, seterusnya meneliti kekuatan-kekuatan yang terdapat dalam kaedah

pengajaran berasaskan kerja lapangan.

Kaedah kuliah terbuka adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan dalam bilik kuliah bagi universiti dan kolej (Butler, 1992). Kaedah kuliah begini sangat menjimatkan kerana hanya melibatkan seorang tenaga pengajar tetapi dengan jumlah pelajar yang besar. Bligh (1998) dalam analisisnya terhadap 191 penyelidikan tentang keberkesanan kuliah terbuka yang pernah dilakukan, mendapati bahawa kaedah kuliah sesuai untuk menyebarkan maklumat. Sungguh pun begitu, kaedah ini kurang menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Butler (1992) mencadangkan bahawa keberkesanan kuliah terbuka bergantung kepada jangkamasa kuliah dijalankan dan penggunaan pelbagai kaedah dan strategi lain semasa kuliah dijalankan seperti perbincangan, percambahan fikiran dan sesi buzz. Walau bagaimanapun, kaedah kuliah seperti ini kurang menggalakkan interaksi dua hala antara pengajar dengan pelajar.

Menurut Bligh (1998), fungsi utama kuliah sepatutnya membimbing pelajar bagaimana untuk meneroka pengetahuan yang dibincangkan selepas kuliah selesai dijalankan. Jika pelajar hanya menyalin sahaja setiap baris nota yang dipapar oleh 3

pengajar/guru, pelajar akan menjadi pelajar yang sangat bergantung kepada pengajar dan gagal membentuk keyakinan diri. Kaedah ini adalah berorientasikan kaedah pembelajaran berpusatkan guru. Pada tahap pembelajaran di peringkat kolej dan universiti, pelajar sepatutnya didedahkan kepada strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang boleh membentuk mereka menjadi seorang pembelajar berdikari dalam jangka masa panjang. Greenfield (2000) menerangkan bahawa pelajar bukanlah pembelajar pasif terutama pada tahap kolej dan universiti. Sama seperti kanak-kanak, pelajar adalah pembelajar yang aktif, jadi aktiviti-aktiviti yang sesuai diperlukan untuk diguna sebagai ransangan ke arah pembelajaran yang bermakna, iaitu pembelajaran aktif. Pendapat ini disokong oleh Moran (1997) yang menurutnya, pembelajaran aktif yang menggalakkan penglibatan pelajar adalah lebih berkesan berbanding bentuk pengajaran yang hanya menghafal nota yang disalin daripada pengajar. Pengajar memanglah telah menjalankan usaha membuat persediaan secukupnya untuk pengajaran kuliah tetapi keseluruhan kaedah kuliah atau syarahan adalah berorientasikan proses pembelajaran behavioris yang hasilnya ialah pelajar hanya tahu beberapa aspek dalam konteks yang disuapkan sahaja. Pada peringkat apapun dalam proses pembelajaran, kanak-kanak dan pembelajar dewasa sepatutnya digalakkan membina atau konstruk pengetahuannya sendiri, bukannya satu proses memindahkan maklumat daripada pengajar kepada pembelajar (Greenfield, 2000).

Secara semulajadi, jika menurut teori pembelajaran humanistik (Rogers, 1961), kanak kanak dan orang dewasa lahir dengan pelbagai potensi bagi mencapai matlamat hidup dan kesempurnaan kendiri dan ini termasuklah mengembangkan tahap potensi pembelajaran pada aras tinggi. Menurut Brown (1997), potensi pembelajaran kendiri boleh berkembang melalui rangsangan dan ransangan tersebut pula hendaklah melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. Semakin banyak kaedah pembelajaran digunakan dalam dewan kuliah, semakin jelas pelajar memahami dan mampu membuat perkaitan makna, membina tema, membuat rumusan dan melihat trenda. Kaedah kaedah yang berkaitan dengan pembinaan konsep dan pembinaan ilmu pengetahuan adalah berkaitan dengan pendekatan pembelajaran berorientasikan konstruktivisme. Kaedah ini menghendaki pengajar berperanan untuk menggalakkan perluasan metakognitif, yang

4

akan turut menggalakkan pelajar memahami proses pembelajarannya sendiri (Hodson, 1998).

Butler (1989) dalam rumusannya terhadap keberkesanan kaedah kuliah/syarahan dalam pengajaran mendapati bahawa kuliah terbuka adalah kurang berkesan. Bagi mengatasinya, Ross (1989) dan Wiske (1998) mencadangkan bahawa kaedah kuliah boleh dibaiki dengan membuat persediaan rapi dimana pengajar akan menggalakkan pelajar mengambil bahagian termasuk memberi maklum balas terhadap isi pelajaran. Butler (1992) turut mencadangkan untuk memperbaiki kuliah berbentuk tradisional supaya menjadi satu mekanisme pembelajaran yang menarik bagi pelajar peringkat kolej dan universiti dengan membuat perubahan terhadap pendekatan kuliah itu sendiri. Antara lain, pengajar hendaklah lebih berperanan sebagai fasilitator yang membuat persediaan supaya kuliah menjadi menarik, provoking dan menggalakkan pelajar mengambil bahagian dengan mempelbagaikan kaedah dan strategi pembelajaran yang berasaskan konsep multiple-intelligence (Gardner, 1999). Penyelidikan yang dijalankan oleh Bonwell & Eosson (1991), misalnya, menunjukkan bahawa strategi lain seperti sesi buzz semasa kuliah dijalankan dapat menggalakkan pelajar meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan. Dalam sesi ini, pelajar boleh berinteraksi dan menyoal pengajar dengan soalan yang releven. Sebelum pelajar rmeninggalkan kelas, mereka diberi kerja tambahan atau kerja susulan dan jawapan kepada isu yang akan dibincang pada kuliah berikutnya. Pelajar bukan sahaja mempunyai matlamat pembelajaran tetapi juga berfikir dengan luas apakah yang mereka fahami tentang isi pelajaran berkenaan. Mereka juga mulai berbincang dengan rakan sebaya, membuat penilaian dan menganlisis maklumat yang dikumpulkan sebelum benar-benar yakin untuk mempersembahkannya dalam bentuk bertulis.

Aktiviti ini telah menyebabkan jumlah kedatangan pelajar semakin meningkat. Pembelajaran aktif dalam bilik darjah telah berlaku melibatkan pembabitan dan interaksi para pelajar. Sanders (2004) mencadangkan bahawa pada tahap kolej dan universiti, ruang pembelajaran sepatutnya dipindahkan kepada situasi yang lebih realistik dengan menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam seluruh proses pembelajaran. Proses 5

pembelajaran ini perlu merangkumi pada semua tahap berfikir dengan melaksanakan strategi pembelajaran berasaskan kerja lapangan. Strategi kerja lapangan ini termasuk kerja lapangan, kerja lapangan berorientasikan projek kumpulan, kerja lapangan berasaskan lawatan (field trip), kerja lapangan berbentuk internship, kerja lapangan berasaskan penyelesaian masalah dan kerja lapangan dengan menyumbang tenaga dan fikiran dalam komuniti (community learning). Berdasarkan kekurangan-kekurangan kaedah pengajaran di dewan kuliah, penyelidik telah memilih strategi kerja lapangan sebagai satu kaedah bagi mempelbagaikan kaedah pembelajaran sedia ada kursus Isi-Isu Kekeluargaan. Kajian tindakan ini adalah satu usaha untuk membuat penilaian sejauhmanakah keberkesanan penggunaan strategi pengajaran berasaskan kerja lapangan.

6

BAHAGIAN II

REVIEW LITERATUR

Konsep Kerja Lapangan

Kerja lapangan ialah satu kaedah pembelajaran yang menggalakkan pelajar belajar di luar bilik darjah. Bilik darjah bagi pelajar dalam kes ini ialah tempat mereka menjalankan kerja lapangan, bergantung kepada bidang pengkhususan dan objektif pembelajaran. Jika bidang sains sosial, kerja lapangan pelajar mungkin sebuah komuniti, sebuah kampung pendalaman, sebuah penempatan di kawasan miskin atau sebuah pusat pemulihan.

Dalam kerja lapangan, pelajar akan diberikan tugasan. Pelajar bertanggungjawab untuk mengumpulkan maklumat, meneroka pelbagai isu dan masalah, membuat tinjauan terhadap persepsi populasi tentang sesuatu isu, mencari dan membuat pertimbangan untuk menyelesaikan masalah, membuat sintesis dan anlisis maklumat, memilih dan menyususn maklumat yang sesuai dan menyediakan laporan kerja lapangan secara menyeluruh dalam bentuk tulisan akademik. Walaupun terdapat pelbagai nama yang digunakan untuk strategi ini berdasarkan fokus yang diketengahkan, namun ciri-cirinya adalah hampir sama sahaja. Bellefeulle (2006) menjelaskan bahawa kaedah kerja lapangan merupakan strategi pembelajaran yang boleh meluaskan pengalaman pelajar. Kerja lapangan tidak menyediakan pelajar dengan jalan tertutup mengenai salah atau benar tentang sesuatu perkara, sebaliknya memberikan mereka peluang membuat ekperimen dan refleksi tentang batasan serta kelebihan sesuatu konsep semasa berada dalam situasi pembelajaran yang realistik. Kerja lapangan juga dijalankan melalui

berbagai-bagai bentuk berdasarkan kesesuaian bidang dan objektif yang dijalankan.

7

Teori Konstruktivisme

Konsep pembelajaran melalui kaedah kerja lapangan adalah sesuai dengan prinsip teori pembelajarn konstruktivisme Piaget (1972) dan konstruktivisme sosial (Vygotsky,

1978). Teori konstruktivisme membuat andaian bahawa seseorang individu akan belajar melalui aktiviti sosial dan komuniti. Kanak-kanak dan individu bukanlah pembelajar pasif, mereka adalah pembelajar aktif yang mempunyai potensi bagi membina kefahaman mereka sendiri. Piaget (1978) menerangkan bahawa seseorang individu yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan boleh diakomodasi dan diasimilasikan dengan maklumat pengetahuan baru. Penyesuaian dilakukan berdasarkan pengalaman terdahulu dengan pengalaman baru merupakan pembinaan/konstuk maksud dan melibatkan proses berfikir.

Pendapat ini diperteguhkan lagi oleh Vygotsky (1978) yang mengemukakan konsep konstruktivisme sosial. Konsep ini memberi penekanan kepada kepentingan interaksi sosial antara individu dengan orang lain di sekeliling mereka terutama orang yang lebih matang. Pada pendapat Vygotsky (1978), proses berfikir kanak-kanak berlaku serentak dengan perkembangan bertutur. Dalam proses ini, kemahiran bertutur dan berfikir berlaku secara serentak. Maksudnya, semakin cepat kanak-kanak mempunyai kesediaan untuk bertutur, semakin luas pula ruang fikir mereka. Walau bagimanapun, proses perkembangan berfikir dan bertutur memerlukan kanak-kanak menerima pendedahan yang lebih luas berdasarkan pengaruh persekitaran mereka. Persekitaran yang paling mudah untuk membantu kanak-kanak bertutur ialah melalui interaksi dengan anggota keluarga yang lebih matang. Konsep ini telah mewujudkan satu bentuk hubungan antara pembelajar mula dengan pembelajar matang (novice-expert learner). Walaupun pada dasarnya semua bentuk proses pembelajaran adalah merupakan pembinaan /konstruk maksud tetapi perkembangannya adalah berasaskan interaksi sosial. Ini

bermaksud, sesuatu perkara itu terbentuk dan terbina/konstruk melalui perbincangan dengan rakan sebaya dan pelajar yang lebih matang apabila melakukan pelbagai aktiviti, membuat imbas kembali atau refleksi apa yang telah dikuasai.

8

Proses

ini

menunjukkan

hubungan

antara

pembinaan

maksud

dengan

pembelajaran. Pengajar atau guru hendaklah prihatin dengan proses pembinaan pengetahuan dan maksud. Jadi, guru hendaklah merancang strategi pembelajaran yang mencabar berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Walau bagaimanapun, pelajar hendaklah juga diberi autonomi bagi mengembangkan potensi mereka dengan dipandu oleh pengajar dan pembelajar matang. Keadaan ini boleh membentuk pembelajaran yang berkesan (Bruner, 1996). Peranan pengajar adalah memberi bimbingan dan panduan dalam satu bentuk perkongsian maksud. Vygotsky (1978) mencadangkan konsep zone of proximal development bagi menerangkan wujudnya jurang di antara pencapaian pelajar tanpa dibantu dengan potensi pencapaian pelajar dibantu rakan yang lebih matang atau berlakunya hubungan novice-expert learner. Pembelajar matang berperanan sebagai penyokong/scaffolding kepada pembelajar mula. Sokongan yang baik boleh membentuk pemahaman dan pembentukan maksud dengan lebih berkesan. Guru dan pengajar juga merupakan individu yang memberikan scaffolding kepada pelajar dengan memberikan mereka tugasan yang sesuai, bimbingan serta panduan pada masa yang perlu serta memberhentikan bimbingan apabila sampai masanya. Semasa proses pembelajaran berlaku, guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar dan menggalakkan pelajar membuat hubung kait pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. Proses ini akan membentuk kefahaman baru yang lebih tekal kerana pelajar membina kefahaman mereka sendiri melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh guru (Driver et al. 1994). Gabungan interaksi sosial dengan pengalaman sedia ada dapat memberikan kefahaman yang lebih luas dan proses ini dapat memberikan maklum balas yang boleh dikongsi oleh kedua-dua belah pihak.

Tinjauan Kajian Lepas

Kajian yang dilakukan oleh ramai pengkaji lepas menunjukkan bahawa pengajar perlu membuat perancangan yang teliti sebelum sesuatu kerja lapangan dilaksanakan. Thompson (1982) mencadangkan supaya setiap kerja lapangan perlu mengambil kira 9

kemahiran pelajar, kemahiran praktikal semasa menjalankan kerja lapangan dan keperluan memupuk minat serta sikap yang baik terhadap kerja lapangan. Perincian kerja lapangan handaklah juga memasukkan keperluan peralatan, garis panduan, strategi menjalankan kerja lapangan dan perancangan kelompok pelajar. Keperluan untuk membentuk objektif yang sesuai sangat penting untuk diterangkan kepada pelajar bagi mencapai matlamat kerja lapangan supaya pelajar dapat memberi fokus terhadap tugasan mereka. Compiani & Carneiro (1996) telah menggariskan objektif asas bagi kerja lapangan adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. memperluas pengetahuan sedia ada, mengenalpasti isu dan fenemona, mencadangkan masalah semasa menjalankan kerja lapangan, menstruktur hipotesis dan menyelesai masalah, memperkembang upaya menjalankan praktikal, dan memperkembang sikap dan nilai yang baru.

Pemilihan objektif yang tepat mempengaruhi jenis kerja lapangan dan pendekatan pembelajaran yang hendak dicapai oleh pelajar. Keberkesanan dan kualiti sesuatu projek kerja lapangan dipengaruhi oleh begaimana kerja lapangan di strukturkan, kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakan semasa sesi pengenalan dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran yang dipilih (Orien & Hofstein, 1994). Orien (1993) mencadangkan bahawa kerja lapangan sesuai dijalankan pada awal pengenalan sesuatu kursus supaya pelajar benar-benar dapat menghayati isi kandungan kursus. Hawley (1996) dalam kajiannya merumuskan bahawa kerja lapangan boleh dijalankan dengan berkesan berdasarkan langkah-langkah berikut: i. ii. iii. mengenalpasti objetkif kerja lapangan yang sesuai, membina matlamat kerja lapangan dengan jelas supaya difahami pelajar membuat kepastian bahawa pelajar telah mempunyai kemahiran yang diperlukan semasa menjalankan kerja lapangan, iv. mensturktur kerja lapangan secara menyeluruh termasuk tugas dan tanggung jawab pelajar, dan

10

v.

mengembang minat mengambil bahagian dalam kerja lapangan dalam kalangan pelajar.

Walaubagaimanapun, menjalankan kerja lapangan tanpa melakukan perancangan yang teliti boleh menyebabkan kerja lapangan berkenaan sukar dijalankan (Grattan, Gilbertson & Horgan, 2004).

Penyelidikan yang dijalankan berkaitan keberkesanan kaedah kerja lapangan dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak dijalankan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti sains sosial, komunikasi, kerja sosial, sains dan matematik. Lonergan & Andressen (1988) mneyatakan bahawa kerja lapangan adalah strategi pembelajaran yang unik dan memberi hasil positif kepada pelajar, iaitu: berpeluang mengaplikasikan teori yang sukar dijalankan dalam bilik darjah, memberi peluang pelajar berhubung secara langsung dengan subjek kajian, melihat persepsi pelajar dan bagaimana mereka berinteraksi; meransang kefahaman pada tahap tinggi dalam bidang yang dikaji dan merangsang sikap dan minat yang baik terhadap pembelajaran serta menghargai ilmu pengetahuan dan memupuk kesedaran realiti kehidupan berdasarkan nilai-nilai yang baik. Mcguire (2004) turut memberikan dapatan yang hampir sama, iaitu, kerja lapangan sangat menarik untuk dijalankan, memupuk pembelajaran koperatif dan kerjasama sesama ahli, pembelajaran yang penuh dengan motivasi dan belajar melalui refleksi pengalaman.

Penyelidik lain (Gibbs & Habeshaw, 1989; Tobin, 2004) juga mendapati bahawa kerja lapangan boleh membentuk pembelajaran dalam kumpulan yang berkesan dan boleh dikaitkan dengan pembelajaran koperatif. Pelajar yang melakukan kerja lapangan secara berkumpulan akan menyelesaikan masalah dengan meneroka bukti secara koperatif. Dalam aktiviti membina konsep klasifikasi tumbuhan, misalnya, pelajar akan menjalankan kerja lapangan di luar bilik darjah, menyenaraikan semua jenis tumbuhan yang mereka temui dan mengklasifikasikannya menurut cara pembiakan. Semasa kerja lapangan dijalankan, pelajar berkongsi pengalaman sedia ada dan bagi mereka yang lebih 11

arif pula dapat menerangkannya kepada rakan lain yang kurang faham. Apa yang penting ialah cara mereka membuat penerangan menurut tahap kefahaman mereka bersama. Tobin (2004) menjelaskan bahawa kerja lapangan memberi peluang kepada semua pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang luas ruang cakupannya. Kerja lapangan yang melibatkan lawatan pula menunjukkan bahawa berlaku peralihan tempat dari bilik darjah ke persekitaran luar bilik darjah yang realistik atau dalam sebuah makmal semulajadi. Seterusnya, pelajar akan belajar secara realistik. Proses pembelajaran berlaku pada tahap maksimum. Ia turut menggalakkan pembentukan komuniti pembelajar (communities of learners) dan membentuk budaya kolaboratif (Zilberztain & Gilbert, 1981; Brown, 1997).

Kerja lapangan yang berbentuk praktikal pula dapat memberikan peluang kepada pelajar mengaplikasi pengetahuan yang didapati dalam bilik darjah ke dalam situasi yang realistik. Dalam situasi ini pengetahuan dan teori akan disesuaikan dan diaplikasikan ke dalam dunia sebenar dan dapat membentuk amali serta kefahaman berbentuk prosedur. Dalam siatusi kerja yang sebenar, kefahaman tentang prosedur sangat penting. Peluang pembelajaran yang dijalankan oleh pelajar semasa kerja lapangan adalah pengalaman yang tulin (McGlinn & Roth, 1999). Disamping itu, pelajar juga diberikan cabaran kognitif, membuat keputusan secara berdikiari yang melibatkan proses berfikir secara luas iaitu membuat pemerhatian, berbincang, memujuk, berunding serta melakukan tawar-menawar, berdebat, berkomuniasi, tidak bersetuju dan bersetujuasertif. Apa yang lebih penting dalam penyelidikan ini ialah, kerja lapangan merupakan kaedah unik yang memberi peluang pembelajar berkomunikasi dalam bidang mereka sendiri secara luas atau proses membuat refleksi yang boleh menghasilkan satu rumusan bahawa penerokaan ilmu adalah melibatkan proses berfikir, membuat ramalan, membuat andaian, mengukur, menguji, menerang, melapor, mempertahankan konsep dalam satu huraian dengan menggunakan wacana akademik yang sesuai (Hodson, 1998).

12

Objektif Kajian

Berdasarkan huraian dalam bahagian pernyataan masalah dan tinjauan penyelidikan lepas, kajian ini mempunyai objektif seperti berikut: 1. mengenalpasti kekuatan strategi pengajaran berasaskan kerja lapangan. 2. mengenalpasti kekurangan strategi pengajaran berasaskan kerja lapangan. 3. mengenalpasti cabaran dan masalah yang dihadapi pelajar semasa menjalankan kerja lapangan. 4. mengenalpasti implikasi kajian terhadap perkembangan pedagogi.

Persoalan Kajian

Kajian ini mempunyai empat persoalan utama yang perlu dijawab iaitu: 1. Apakah kekuatan utama strategi pengajaran kerja lapangan? 2. Apakah kekurangan yang terdapat dalam strategi kerja lapangan? 3. Apakah cabaran dan masalah yang dihadapi pelajar semasa menjalankan kerja lapangan? 4. Apakah implikasi kajian terhadap perkembangan pedagogi yang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi?

13

BAHAGIAN III

METODOLOGI KAJIAN

Pendekatan Kajian

Kajian ini dijalankan berasaskan pendekatan teori konstruktivisme yang dipelopori Piaget (1974) serta Vygotsky (1978). Aspek penting dalam aplikasi teori ini kepada strategi kerja lapangan ialah konsep scaffolding dan situated learning yang berlaku di antara pengajar (expert-learner) dengan pelajar (novice). Pengajar merangkakan model kerja lapangan dengan langkah-langkah yang jelas dan secara beransur-ansur tugasan itu diberikan kepada pembelajar/pelajar (Presseley, Hogan, Wharton-McDonald, & Misretta, 1996). Menurut Guzdial & Kehoe (1998), kekuatan kerja lapangan bergantung kepada strategi sokongan bagi memastikan rutin kerja lapangan berjalan dengan lancar.

Terdapat tiga strategi utama bagi memastikan keberkesanan scaffolding (Guzdial & Kehoe, 1998; Kinzie & Berdel, 1990) iaitu; (i) modeling, pengajar membina model yang distrukturkan menurut objektif pembelajaran, (ii) sokongan yang dirancang bagi pembelajar termasuk saling berkomunikasi dan memberi maklum balas tentang perjalanan kerja lapangan sehingga pelajar mampu mengendalikannya secara berdikari, dan, (iii) fading atau melepaskan secara beransur-ansur, iaitu sokongan akan dikurangkan menurut masa kepada pelajar dan mereka akan bergerak dengan bebas dan self-reliant.

Semua strategi ini diintegrasikan ke dalam struktur model kerja lapangan yang hurai dan bincangkan dengan pelajar secara terperinci. Pembelajar juga diberikan huraian tentang masalah komunikasi dan pelbagai jangkaan lain apabila bertembung dengan klien semasa kerja lapangan dijalankan. Maklum balas tentang perkembangan kerja lapangan akan dirujuk kepada pengajar melalui interaksi secara bersemuka atau menggunakan e14

mail. Apabila perlu, perbincangan bersemuka dijalankan dengan semua anggota kumpulan. Akhirnya sokongan scaffolding dikurangkan secara beransur-ansur bagi membolehkan pembelajar bergerak bebas dan berdikari.

Kerja Lapangan Pelajar ZZZT 2343 Semester 3 sesi 2009/2010 Kerja lapangan ini berasaskan tema Hubungan Remaja dengan Ibu Bapa. Jangka masa aktiviti ini dijalankan selama sepuluh minggu. Model bagi kerja lapangan ini mengandungi lima bahagian utama iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (v) persepsi remaja terhadap ibu dan bapa, hubungan remaja dengan ibu bapa, komunikasi remaja dengan ibu bapa, masa ibu bapa dengan remaja, dan kawalan ibu bapa terhadap remaja.

Setiap bahagian mempunyai alat pengukuran yang berbentuk kualitatif, soal selidik berbentuk kuantitatif serta soalan-soalan bersifat terbuka. Alat pengukuran dibina berdasarkan tinjauan penyelidikan berkaitan dengan tema yang sama, manakala bagi alat pengukuran pada bahagian kawalan ibu bapa seluruhnya adalah berasaskan typologi keibubapaan Baumrind (1977). Pengajar juga menyediakan garis panduan bagaimana laporan akhir kerja lapangan disediakan. Tempoh kerja lapangan secara keseluruhan adalah selama sepuluh minggu. Setiap kumpulan pelajar pula mengandungi 7-8 orang ahli. Mereka akan mengumpulkan maklumat dengan menemuduga 15 orang responden berusia antara 13 hingga 16 tahun terdiri daripada kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan.

15

Objektif Pembelajaran Pelajar

Berikut ialah objektif pembelajaran yang ditentukan menurut sudut pandangan pelajar iaitu: Menjalankan kajian dalam situasi sebenar. Meneroka pola hubungan remaja dengan ibu bapa dalam lima aspek utama. Meningkatkan kefahaman melalui sumber primer yang dikumpulkan secara inkuiri saintifik. Menilai peranan dan status maklumat dalam pembinaan ilmu pengetahuan. Berfikir, merancang, membuat refleksi dan memantau pembelajaran kendiri.

Objektif Pembelajaran Pengajar Memberikan tugasan pembelajaran. Menggalakkan komunikasi antara pelajar sesama sendiri dan komunikasi antara pengajar-pembelajar. Memberi motivasi kepada pelajar, meningkatkan rasa ingin tahu pelajar, mengutarakan persoalan, menjadi model contoh dan membimbing pelajar berfikir bagaimana menjawab persoalan.

Hasil Pembelajaran Pelajar dapat mendemontrasikan kemahiran pembelajaran mereka berkaitan hubungan ibu bapa dengan remaja dalam situasi sebenar. Pelajar berupaya membuat pemerhatian, merekod, mengumpul maklumat, memproses dan menganalisis maklumat dan membuat tafsiran tentang maklumat yang dikumpul. Pelajar akan menggarap pengalaman dan kefahaman dalam strategi pembelajaran yang berbeza dengan situasi bilik darjah.

16

Kaedah Penilaian

Penilaian bagi keberkesanan kerja lapangan ini adalah berbentuk formatif yang dijalankan selama tiga peringkat: peringkat permulaan pengumpulan data, peringkat pemerosesan data dan peringkat menyediakan laporan akhir. Ini bersesuaian dengan objektif utama kajian ini iaitu:

i. ii. iii. iv.

mengenalpasti kekuatan strategi kerja lapangan, mengenalpasti kekurangan strategi kerja lapangan, mengenalpasti cabaran dan masalah dalam menjalankan kerja lapangan, dan mengenal pasti implikasi kajian terhadap perkembnagan pedagogi.

Sesuai dengan pendekatan konstruktivisme yang menjadi panduan kajian ini, kaedah penilaian adalah sepenuhnya berbentuk kualitatif, dirangka secara formatif dan dihuraikan secara deskriptif. Pengumpulan persepsi pelajar berkenaan keberkesanan strategi kerja lapangan berdasarkan laporan penilaian mereka dalam bentuk penulisan jurnal refleksi (reflective journal) pada setiap peringkat. Penggunaan jurnal refleksi pelajar, nota harian pelajar serta catatan komen pelajar terhadap kerja lapangan telahpun dilakukan oleh penyelidik semasa mengkaji keberkesanan kerja lapangan (Orien, 1993; Mcguire, 2004; Talbot-Jones & Alban, 2004). Ini bersesuaian dengan saranan Frazer (1998) bahawa pelajar dalam persekitaran pembelajaran adalah berada dalam keadaan baik untuk membuat penilaian tentang projek mereka, kerana mereka sedang mengalami proses tersebut dalam pelbagai situasi pembelajaran. Hodson (1998) pula berpendapat bahawa laporan mereka adalah lebih telus kerana mereka sedang mengalaminya atau berada dalam situasi mendapatkan semua maklumat yang dikehendaki.

Laporan Jurnal Refleksi merupakan aktiviti pembelajaran yang penting untuk dilakukan bagi membentuk pelajar yang berfikiran reflektif. Dalam jurnal refleksi, pelajar akan melaporkan pengalaman mereka; apakah insiden yang manarik perhatian semasa kerja lapangan dijalankan, apakah pendapat mereka mengenai proses pembelajaran yang 17

dilalui, apakah pendapat mereka mengenai maklumat yang dikumpul, apakah yang mereka dapati atau perhatikan dan cabaran yang dihadapi. Penulisan jurnal refleksi dapat membentuk pelajar menjadi seorang pemikir yang kritikal dan konstuktif (Schn 1987; Brookfield, 1995). Dalam konteks kerja lapangan, jurnal refleksi adalah berbentuk laporan pembelajaran tindakan yang menggerakkan pelaja membuat refleksi, berfikir, membuat penilaian perancangan dan tindakan susulan. Penulisan jurnal refleksi bersifat laporan tentang perjalanan pengalaman pembelajaran. Sesuai dengan objektif dan saranan Schn (1987) dan Brookfield (1995), laporan jurnal refleksi bagi kerja lapangan ini mengandungi: Rekod peristiwa pengumpulan maklumat dan tindakan yang dilakukan. Data yang dikumpul dan dibincang dalam bentuk refleksi, termasuk ketekalan data, data sebagai maklumat yang sangat berharga. Persepsi tentang kekuatan dan kekurangan kerja lapangan. Cabaran yang dihadapi semasa menjalankan kerja lapangan. Cadangan bagi membaiki dan memperkemaskan lagi kerja lapangan pada masa akan datang. Pandangan terhadap proses pembelajaran yang dilalui. Pandangan terhadap status maklumat yang dikumpulkan.

Pada minggu ke 12, semua laporan kerja lapangan akan serahkan kepada pengajar dan dibentangkan dalam bilik kuliah. Semasa pembentangan, tiga orang pensyarah akan membuat penilaian tentang hasil kerja lapangan tersebut. Penilaian adalah berasaskan empat aspek utama iaitu : kelancaran pembentang mengemukakan dapatan mereka, memberikan bukti, implikasi dapatan serta rumusan keseluruhan hasil kerja lapangan (Bruner,1996; Brown, 1997).

18

Sampel Kajian

Sampel bagi kajian tindakan ini melibatkan 185 orang pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang fakulti. Dari jumlah ini, seramai 41% (76) pelajar adalah dari Fakulti Pengajian Islam, 23.2% (43) dari Fakulti Pendidikan, 15.1% (28) orang dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 11.35% (21) dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dan 11.35% (21) dari Fakulti Sains Teknologi. Dari segi taburan tahun pengajian pula, hanya 0.05% (1) pelajar adalah dari tahun pertama, 13.5% (25) dari tahun kedua, 79.1% (146) dari tahun ketiga dan selebihnya 7.0% (13) dari tahun keempat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 75.1% (139) adalah pelajar perempuan dan 19.4% (36) adalah pelajar lelaki. Min bagi umur responden ialah 22 tahun 6 bulan dengan julat antara 19 hingga 26 tahun. Daripada jumlah ini, pelajar dibahagikan kepada 25 kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi 7 atau 8 orang ahli. Pelajar digalakkan membentuk kumpulan yang mempunyai ciri-ciri gabungan lelaki dan perempuan, berbeza fakulti pengajian dan berbeza tahun pengajian. ini bertujuan untuk memastikan supaya setiap kumpulan mempunyai ahli-ahli yang boleh menyumbangkan pelbagai kepakaran.

Kerangka Kajian

Kajian ini bermula dengan kuliah pengenalan kursus pada awal Semester 3 sesi 2009/2010. Dalam kuliah pengenalan ini, pelajar telah diterangkan tentang rangka kursus yang bakal mereka ikuti. Pelajar diberitahu bahawa tugasan mereka bagi semester tersebut adalah berasaskan kerja lapangan yang mempunyai tema Hubungan Remaja Dengan Ibu Bapa. Pelajar Seterusnya telah diberikan penerangan dan huraian tentang konsep dan struktur keseluruhan tentang kerja lapangan yang hendak dijalankan. Terdapat tiga bahan edaran yang diberikan kepada pelajar semasa sesi perbincangan dijalankan iaitu contoh menyediakan laporan kerja lapangan, borang soal selidik yang akan pelajar gunakan apabila menemuduga responden dan langkah-langkah menganalisis data. Borang temuduga merupakan alat kajian yang akan digunakan pelajar, mengandungi enam bahagian utama iaitu: latar belakang demografi responden, deskripsi 19

remaja terhadap ibu dan bapa (esei pendek), masa bersama ibu bapa, komunikasi dengan ibu dan bapa, konflik remaja dengan ibu dan bapa dan kawalan ibu bapa terhdap remaja berdasarkan persepsi remaja. Model yang menjadi alat kajian adalah berdasarkan model yang telah digunakan oleh Amato (1987).

Bagi menjalankan kajian ini, pelajar diminta menyediakan tiga laporan jurnal refleksi menurut tahap kerja lapangan dijalankan iaitu: Tahap Pengumpulan Data, Tahap Memproses Data dan Tahap Menyediakan Laporan Kerja Lapangan. Laporan jurnal refleksi ini akan digunakan bagi tujuan analisis data yang turut dijalankan selama tiga pusingan menurut perjalanan kerja lapangan. Setiap tahap mempunyai fokus laporan yang hampir sama tetapi berdasarkan perincian berbeza, iaitu Tahap 1: memfokuskan kepada pengalaman mereka mendapatkan responden dan mengumpul data, Tahap 2: memfokuskan kepada pengalaman mereka semasa pemerosesan data dan Tahap 3: memfokuskan kepada pengalaman mereka menyediakan laporan akhir kerja lapangan berdasarkan contoh yang telah diberikan.

Kerangka kajian ini adalah berdasarkan pendapat Cohen & Manion (1994) dan Denzin (1970) yang mencadangkan supaya menentukan kesahan data dalam kajian berasaskan pendekatan kualitatif perlulah dijalankan penilaian berulang kali terhadap sampel yang sama. Mathison (1988) pula berpendapat bahawa kajian yang lebih menarik adalah mempunyai alat kajian yang merupakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kerangka kajian ini adalah mengandungi ciri-ciri yang dicadangkan oleh penyelidikpenyelidik tersebut.

20

BAHAGIAN IV

ANALISIS DATA

Data analisis bagi kajian ini adalah dijalankan secara kualitatif sepenuhnya. Ia diperolehi melalui rumusan pelajar dalam laporan jurnal refleksi yang disediakan sebanyak tiga kali menurut tahap kerja lapangan dijalankan. Analisis sepenuhnya adalah mengandungi tiga bahagian utama iaitu: i. ii. iii. Tahap 1: Analisis Tahap Pengumpulan Data, Tahap 2: Analisis Tahap Memproses Data, dan Tahap 3: Analisis Tahap Akhir Penulisan Laporan.

Laporan ini walau bagaimanapun hanya mengemukakan analisis pada Tahap 1 sahaja.

Analisis Tahap 1

Berdasarkan laporan jurnal refleksi yang mewakili 25 kumpulan kerja lapangan terdapat keseragaman fakta yang boleh dikategorikan kepada lima bahagian berkaitan dengan keberkesanan strategi pembelajaran kerja lapangan iaitu; i. ii. cabaran mendapatkan responden, cabaran dan pengalaman pembelajaran semasa menjalankan sesi temuduga, iii. iv. v. pengalaman menyelesai masalah dan kerjasama, penghargaan terhadap maklumat, dan cadangan menjalankan kerja lapangan dengan berkesan.

21

Cabaran Mendapatkan Responden

Semua kumpulan telah menjalankan kerja lapangan ke dalam komuniti sebenarnya. Lokasi yang dipilih adalah tempat yang menjadi tumpuan golongan remaja seperti terminal bas, premis makanan segera, kompleks membeli belah, surau sekolah, sekolah dan lawatan ke rumah responden. Untuk mendapatkan responden dalam kawasan sekolah, pelajar perlu mendapatkan kerjasama dan kebenaran daripada pihak pentadbiran terlebih dahulu dan terdapat pihak sekolah memerlukan surat permohonan yang disokong oleh pengajar. Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak sekolah yang memberikan keizinan dengan mudah tanpa perlukan surat kebenaran bagi pelajar mendapatkan responden kerana mereka menganggap projek kerja lapangan pelajar adalah satu latihan pembelajaran yang perlu diberi kerjasama.

Tempat yang dipilih bagi mendapatkan responden memberikan cabaran yang berbeza kepada pelajar. Responden yang dipilih daripada sekolah lebih mudah memberikan kerjasama berbanding dengan responden yang dipilih di tempat awam. Di sekolah, guru memberikan arahan kepada responden supaya mereka memberikan kerjasama dan mereka melakukannya tanpa banyak soal. Perkara yang sama juga berlaku kepada kumpulan pelajar yang berjaya mendapatkan responden di surau-surau sekolah. Responden telah memberikan kerjasama dengan baik. Responden yang berada dalam surau mungkin terdiri daripada golongan pelajar yang mudah memberikan kerjasama kerana surau adalah rumah ibadat.

Cabaran pembelajaran bagi mendapatkan repsonden mungkin lebih kuat dugaannya di premis-premis perniagaan dan terminal bas. Pelajar terpaksa berusaha memujuk responden untuk memberikan kerjasama. Masalah utama dalam kerja lapangan ini adalah untuk mendapatkan kerjasama responden di tempat awam dan hal ini menjadi cabaran kepada pelajar untuk menyelesaikannya. Responden tersebut pula tidak diketahui lataerbelakang mereka. Cabaran yang ditempuhi termasuklah berhadapan dengan responden yang enggan memberikan kerjasama terutama responden lelaki, reponden bermasalah sosial seperti sedang melepak dan responden yang lari dari rumah. 22

Responden yang ditemui di terminal bas pula mempunyai kekangan masa kerana mereka mempunyai masa yang singkat. Apabila bas tiba mereka gagal memberikan kerjasama. Kumpulan pelajar ini bagaimanapun berjaya memujuk repsonden yang berada di premis makanan segera dan premis perniagaan lain. Mereka menyelesaikan masalah dengan memberikan ganjaran kepada responden. Semasa menjalankan sesi temuduga, terdapat tuan punya premis perniagaan memberikan kerjasama dan galakan, tetapi di samping itu terdapat juga tuan punya premis yang enggan memberikan kerjasama kerana mengganggu perniagaan mereka. Pelajar pada masa yang sama terpaksa mengikis perasaan malu dan takut serta menggunakan pelbagai kaedah penyelesaian masalah seperti memujuk, komunikasi berkesan, sabar, gigih, berani dan memberi ganjaran.

Berbeza situasinya apabila pelajar berjaya mendapatkan kerjasama yang baik semasa menemuduga pelajar di rumah mereka. Ibu bapa responden memberikan kerjasama yang baik. Contoh-contoh pernyataan pelajar berkenaan perkara ini dinyatakan seperti berikut: Cabaran kedua ialah apabila sampai ke sekolah tersebut. Pengetua sekolah tiada dan kami terpaksa menunggu pengetua pulang bagi mendapatkan keizinan.. Bila pengetua memberi keizinan kami dibawa kerani sekolah ke kelas tingkatan empat dan pelajar memberi kerjasama dengan baik (K17) Responden tidak mahu memberikan kerjasama. Di Pusat Komputer pekerja enggan melayan pertanyaan kami, setelah menerangkannya barulah kami diberi keizinan (17 Selain dari itu kami dapati responden tidak berminat untuk menjawab soal selidik kerana mereka beranggapan tidak memberi faedah dan membuang masa. Meski pun begitu kami berusaha memujuk mereka sehingga mereka bersetuju(K15) Kami menghampiri remaja perempuan berpakaian sekolah di Metro Kajang. Remaja tersebut mengelak diri dan bergerak ke tempat lain. Untuk mengelakkan perkara ini berulang lagi kami cuba beramah mesra dahulu. Selepas kami menerangkan tujuan yang sebenar baru mereka memahami tetapi tidak berminat untuk memberi kerjasama. Selepas dipujuk seorang pelajar telah menawarkan diri(K13) 23

Cabaran dan Pengalaman Pembelajaran Semasa Menjalankan Sesi Temuduga

Semasa menjalankan sesi temuduga bagi mengumpulkan data, pelajar turut mengalami pelbagai masalah yang menjadi cabaran kepada mereka menyelesaikan masalah. Memandangkan jumlah pelajar adalah agak besar iaitu 7 hingga 8 orang, mereka telah membahagikan tugasan sejak awal seperti setiap dua orang pelajar akan menemuduga seorang responden. Responden memberi pendapat bahawa sesi temuduga mengambil masa yang agak panjang terutama bagi penulisan tentang deskripsi mereka terhadap ibu dan bapa. Bahagian ini menghendaki responden menulis esei pendek tentang ibu bapa mereka. Terdapat juga responden kurang faham bahagian ini dan memerlukan pelajar memberikan bimbingan.

Respoden

juga memerlukan bimbingan bagi memahami perkataan-perkataan

tertentu dalam borang soal selidik walau pun jumlahnya kecil. Pelajar telah membuat keputusan serta-merta bahawa mereka perlu berada di samping responden sepanjang masa sesi temuduga dijalankan termasuk semasa responden memberi gerak balas terhadap borang soal selidik. Pelajar juga berpendapat bahawa semasa sesi temuduga, mereka perlu memberikan galakan kepada responden di samping menggunakan gaya komunikasi yang berkesan supaya responden memberikan kerjasama. Contoh-contoh pernyataan pelajar tentang perkara ini adalah seperti berikut: Sepanjang menjawab soalan pelajar mengemukan soalan. Dia memerlukan bantuan untuk menjawabnya. Sebagai contoh, apabila apabila ditanya tentang masa yang perlu dibaiki bersama ibu bapa, pelajar memerlukan beberapa contoh pilihan (K18) Semasa responden menjawab soal selidik tersebut, beberapa masalah telah timbul. Kami mendapati bahawa responden kami agak perlahan menjawab soal selidik terutamanya responden tingkatan bawah. Beberapa ketika reponden bertanyakan soalan kerana tidak memahami apa yang dikehendaki soalan tersebut. Oleh itu kami telah menejelaskan kepada responden apa yang dikehendaki oleh soalan-soalan tersebut (K14) Meskipun pelbagai halangan dan rintangan dalam mendaptkan maklumat, kami berpushati dengan kerja-kerja tersebut. Pengalaman dan 24

pengetahuan kami dapat daripada kerja lapangan ini amatlah berharga dan semestinya tidak dapat kami lupankaan (K14) Selain dari itu kami juga berhadapan dengan individu-individu yang bersikap kasar apabila mereka diminta memberi kerjasama. Kebanyakan remaja lelaki akan cuba melarikan diri apabila ahli kumpulan menghampiri mereka bagi mengajukan soal selidik berkenaan(K11) Kami turut memperolehi pengalaman berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali dan cuba untuk mendapat kerjasama daripada mereka (K21) Semasa menjalankan sesi soal selidik banyak pengalaman yang kami lalui antaranya kami dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan responden yang terdiri daripada berbilangan kaum (K22) Kami berasa sangat puashati terhadap kerjasama yang diberikan dan mereka juga berasa senang hati. Pengalaman ini menjadikan kami semua semakin bersemangat untuk menjalankan kerja lapangan (K8) Semasa menjalankan kajian ini kami merasa amat gembira kerana dapat menimba banyak pengalaman untuk mendekati remaja-remaja yang bermasalah (K9) Semasa menjawab borang soal selidik yang diberikan, responden juga bertanya kepada kami beberapa soalan yang tidak difahami yang terdapat dalam borang soalselidik Kami memberi respon terhadap soalan-soalan mereka yang terdapat dalam borang soal selidik yang diberikan(K8)

Pengalaman Menyelesai Masalah dan Kerjasama

Pelajar menganggap kerja lapangan yang mereka jalankan adalah pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan walaupun cabaran yang dihadapi penuh dengan dugaan. Mereka berpendapat, pembelajaran yang melibatkan mereka dalam komuniti adalah merupakan pengalaman pembelajaran yang amat berharga. Pengalaman pembelajaran yang dialami mencabar kepimpinan mereka. Sejak awal lagi mereka telah merancang strategi mengumpulkan data dan paling penting ialah memupuk semangat kerjasama sesama anggota kumpulan. Kerjasama ini menjurus kepada pembelajaran 25

koperatif dan kolaboratif. Sejak daripada awal mereka merancang untuk memilih komuniti yang sesuai bagi menjalankan kerja lapangan, urusan pengendalian pengangkutan, kos keseluruhan, pembahagian tugas semasa menjalankan sesi temuduga, ganjaran kepada responden, penulisan jurnal refleksi kerja lapangan dan pembahagian tugas bagi menulis laporan akhir kerja lapangan. Di samping itu mereka juga menganggap kerja lapangan merupakan latihan pembelajaran yang sangat berguna kerana mereka terpaksa berhadapan dengan realiti sebenar kerenah responden semasa mengumpul data. Antara pernyataan-pernyataan mereka berkaitan perkara ini adalah seperti berikut: Pada mulanya kami merancang untuk menjalankan soal selidik ini di sekolah menengah di sekitar Kajang tetapi setelah memikirkan ianya sukar mendapatkan kerjasama pihak sekolah, jadi kami buat keputusan untuk menjalankan soal selidik tersebut di tempat lain yang menjadi tumpuan pelajar setelah tamat sesi persekolahan(K23) Daripada pemerhatian kami, ada sebilangan responden yang pada mulanya enggan memberi kerjasama, tetapi setelah kami menerangkan tujuan sebenarnya mereka memberi maklum balas yang positif. Apabila mereka benar-beanr faham barulah kami mengedarkan borang soalselidik (K22) Kami berjalan ke arah sekumpulan pelajar dan salah seorang dari kami memberi salam, mereka seolah-oleh terkesima dengan kehadiran kami yang tidak diundang. Apabila melihat keadaan mereka sedemikian rupa kami menerangkan tujuan kedatangan kami sebenar iaitu untuk menjalankan kajian soal selidik kepada remaja tentang hubungan mereka dengan ibu bapa. Mereka lantas memberikan kerjasama (K9) Dalam perbincangan tersebut kami telah berbincang tentang kajian berkaitan dengan tempat, masa dan memahami soalan-soalan yang terdapat dalam borang soal selidik agar memudahkan kami menemubual responden. Akhirnya kami semua mencapai kata sepakat untuk memilih Sekolah Menengah Agama Al-Amin Kajang yang merupakan sebuah sekolah swasta. (K8) Kami telah pun merancang dengan lebih awal untuk tiba di sekolah pada waktu rehat pelajar kerana pada waktu itu, pelajar sedang rehat dan mempunyai masa untuk menjawab soal selidik kami (K8) Pada 5/09/2009, satu perjumpaan diadakan bagi mengumpul, menganalisis dan mengagihkan tugasan kepada setiap ahli kumpulan. Sebelum perjumpaan ini diadakan masalah yang sama berlaku iaitu mengumpulkan 26

ke semua ahli kumpulan pada satu masa. Walau bagaimana pun masalah ini tidak menjadi halangan kepada kami untuk menyelesaikan tugasan yang diberi (K8) Selepas beberapa perbincangan dan pengiraan kos dan faktor-faktor terlibat kesemua ahli bersepakat memilih Plaza Metro Kajang sebagai lokasi utama tinjauan persampelan. Selepas yakin dengan pilihan yang dibuat, ahli kumpulan mencari tarikh yang sesuai bagi melaksanakan tinjauan. Tarikh yang dipilih adalah pada 21 Julai, 2009. Tarikh ini dirasakan sesuai kerana ianya sehari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan semua ahli mempunyai kelapangan (K11) Kami juga terpaksa mencari waktu dan tempat yang sesuai bagi menjalankan kajian selidik ini terhadap responden kerana bimbang pemilihan waktu yang kurang sesuai akan menyukarkan kami mendapatkan golongan responden yang dikehendaki. Oleh itu kami telah menjalankan soal selidik ini selepas waktu tamat sekolah bagi memeudahkan kami mengesan responden yang bersesuaian dengan apa yang dikehendaki (K11)

Penghargaan Terhadap Maklumat

Pada keseluruhannya pelajar menganggap bahawa maklumat yang mereka dapati adalah maklumat yang sangat berharga kerana mereka sendiri melibatkan diri dalam proses pengumpulan maklumat tersebut, seterusnya memproses maklumat menjadi satu bentuk fakta yang bermakna. Di samping itu, mereka juga menerima maklumat tambahan di luar daripada skop projek kerja lapangan seperti maklumat tentang remaja lari dari rumah, remaja ponteng sekolah dan remaja yang mempunyai masalah sosial. Mereka berpendapat kerja lapangan memberikan maklumat yang realistik, asli, terkini dan menarik. Maklumat yang mereka kumpulkan adalah maklumat yang amat bermakna yang memberikan mereka kefahaman sebenar tentang topik kerja lapangan. Maklumat ini adalah maklumat primer yang mungkin sukar didapati dari sumber lain. Antara pernyataan pelajar tentang perkara ini adalah seperti berikut: Namun begitu kami merasa puas hati dapat bersemuka dengan responden dan berbincang dengan mereka, justeru menjadikan hasil penyelidikan kami datang dari sumber primer. Adalah diharapkan bahawa pengetahuan yang

27

akan didapati daripada hasil kajian ini akan mencapai objektif kajian ini (K14)

apat membantu dalam

Walau pun kami mengharungi pelbagai cabaran semasa menjalankan kerja lapangan kajian soal selidik ini menghasilkan maklumat yang amat berharga kepada kami bagi menghasilkan analisis data yang tepat dan berkesan (K11) Hasil dari kerja lapangan ini, kami mendapat pendedahan perihal kekeluargaan yang bersangkut paut dengan aspek komunikasi, konflik dan hubungan antara responden dengan keluarga. Selain itu, yang paling penting adalah memperolehi maklumat dengan tepat dan terkini (K21) Sesi temuramah dan soal selidik berjalan lancar. Kami berpuashati dan bersyukur kerana maklumat yang diperlukan untuk kajian ini dapat dikumpulkan. Maklumat ini adalah amat berharga kerana maklumat sebenarnya yang kami hasilkan dengan titik peluh kami sendiri. Maklumat ini memberikan kefahaman yang mendalam kepada kami(K23) Kerja lapangan adalah amat menarik. Tugas ini bukan sahaja memberikan maklumat mengenai perkara yang kita kaji tetapi juga maklumat ampingan yang sangat menarik. Misalnya, semasa temuramah dijalankan rupa-rupanya mereka adalah remaja kurang bernasib baik dan dilahirkan dalam keluarga porak peranda. Dia memberitahu bahawa sering digigit ibunya apabila berkonflik dengan ibu(K23)

Cadangan Terhadap Strategi Pengumpulan Data

Berdasarkan masalah dan realiti yang dihadapi semasa menjalankan kerja lapangan pelajar turut memberikan cadangan bagaimana untuk menjalankan kerja lapangan dengan lebih berkesan pada Tahap 1. Asas utama bagi menjalankan kerja lapangan ialah dengan mempunyai sikap berani, cekal, tabah dan mengikis perasaan malu. Pada peringkat permulaan pelajar mencadangkan supaya mereka bekerjasama merancang strategi bagi menjalankan kerja lapangan supaya perjalanan kerja lapangan berjalan dengan teratur dalam masa yang ditetapkan.

28

Pelajar juga mencadangkan supaya memilih lokasi dan masa yang sesuai untuk mendapatkan responden. Apabila berhadapan dengan responden yang dipilih, pelajar hendaklah memberi penerangan yang jelas tentang matlamat kerja lapangan dan peranan penting responden supaya mereka memahami mengapa kerjasama daripada mereka

sangat diperlukan. Responden juga perlu diberitahu bahawa semua maklumat yang dikumpul akan dirahsiakan. Sebarang bentuk laporan tentang maklumat yang didapati daripada responden tidak akan merujuk kepada nama mereka yang sebenar. Untuk lebih mudah, pelajar hendaklah menggunakan gaya komunikasi yang sesuai apabila berhadapan dengan repsonden yang semuanya terdiri daripada golongan remaja. Ini termasuk komunikasi yang bersifat memujuk dan memberi motivasi supaya mereka memberikan kerjasama. Akhirnya pelajar mencadangkan supaya pelajar sentiasa berada di samping responden semasa sesi temuduga dijalankan untuk memberi bimbingan dan menjelaskan sebarang masalah yang dihadapi responden semasa memberi gerak balas terhadap soal selidik. Antara pernyataan responden tentang perkara ini adalah seperti berikut; Berdasarkan pengalaman ini, saya mendapat pengajaran yang perlu diperbaiki terutama yang melibatkan sikap, dan menagguh kerja. Rasa kurang keyakinan diri untuk bertanya dengan orang yang tidak dikenali perlu dikikis untuk mencapai sesuatu tujuan. (K18) Antara faktor menyebabkan saya gagal mendapat responden adalah kerana faktor malu dan takut untuk memulakan teguran (K18) Pada mulanya pelajar tersebut agak keberatan untuk menjawab soalan selidik, pelajar bimbang sekiranya namanya akan didedahkan dan kehidupan peribadinya akan diketahui oleh khalayak ramai. Saya beritahu dia namanya tidak akan didedahkan dan menerangkan kembali tujuan soal selidik kami. Saya cadangkan bahawa semua responden hendaklah diberitahu matlamat kajian dan nama mereka akan dirahsiakan (K13). Berdasarkan pemerhatian kami agak sukar mendapatkan responden dalam keadaan cuaca panas dan kesesakan orang ramai di sekitar bandar Kajang, lawatan ke rumah dan tempat lain mungkin lebih sesuai (K12) Antara usaha untuk merealisasikan penyiapan kerja lapangan kami ialah cuba beramah mesra dengan repsonden pada awal pertemuan supaya mereka memberikan kerjasama yang baik. Sebelum kami meminta responden

29

menjawab soalan soalselidik kami, kami terlebih dahulu memperkenakan diri dan menyatakan tujuan soal selidik kai(K21) Sebelum memulakan sesi soal selidik kami menetapkan bilangan responden mengikut kaum dan jantina. Kami juga berbincang membahagikan tugas supaya kerja lapangan berjalan dengan lancar (K22) Sebelum kerja lapangan dijalankan adalah perlu perancangan diadakan. Selepas sesi memperkenalkan ahli-ahli kumpulan kami telah membahagikan tugas untuk mendapakan makumat bagi kajian kepustakaan. Semua ahli kumpulan diberikan tugas masing-masing. Pergerakan secara dua-dua dilakukan bagi memudahkan proses mengumpul maklumat. Selain daripada kajian kepustakaan kajian dari laman web juga dilakukan. Kesemua maklumat dikumpulkan bagi mendapatkan teori-teori yang berkaitan. (R10).

Tindakan yang di ambil bagi mengatasi masalah

Terdapat beberapa tindakan telah diambil berdasarkan laporan jurnal yang disediakan responden dan cadangan responden sendiri bagi mengatasi masalah mereka mengumpulkan data. Tindakan yang dijalankan adalah berdasarkan masalah yang mereka hadapi sebagai usaha untuk melancarkan proses mengumpul data. Strategi awal yang dijalankan ialah membincangkan semula garis panduan menjalankan kerja lapangan yang telah diedarkan kepada responden pada awal semester. Repsonden diberikan maklumat tentang strategi mendapatkan pelajar pada dan masa yang sesuai dalam garis panduan berkenaan. Tempat yang dipilih ialah sekolah dengan mendapatkan kebenaran dari pihak pentadbir. Masa yang sesuai bagi menemuduga adalah menurut persetujuan pihak kaunselor sekolah. Disamping itu, responden juga diberikan maklumat tentang bagaimana sesi temuduga dijalankan dengan menggunakan kemahiran interpersonal. Pembelajaran bagi kemahiran ini dilakukan dengan menggunakan kaedah demonstrasi di hadapan bilik darjah.

Bagi kumpulan yang beanr-benar mempunyai masalah untuk mendapatkan responden, mereka telah dibimbing secara personal mengikut kumpulaan. Penyelidik juga

30

turut mengadakan sesi kaunseling berkelompok bagi kumpulan yang bermasalah bagi mendapatkan kerjasama setiap ahli. Dalam kaunseling berkelompok dan aktiviti dalam bilik darjah, aspek kerjasama telah diberi perhatian kerana tanpa kerjasama sesama aggota kumpulan, kerja lapangan ini tidak dapat dijalankan dengan lancar.

Analisis Tahap II

Tahap II adalah tahap menganalisis data. Responden telah mengemukakan empat kategori maklumat iaitu; i. ii. masalah yang dihadapi, cadangan-cadangan berdasarkan pengalaman yang menjadi asas kejayaan analisis kerja lapangan, iii. iv. pengalaman yang dihayati semasa menganalisis data, dan, penghayatan terhadap dapatan kerja lapangan itu sendiri.

Dalam bahagian masalah yang dihadapi, responden menyatakan terdapat dua masalah utama sepanjang menjalankan kajian iaitu; masalah dalaman kumpulan dan masalah kemahiran untuk menganalisis data. Masalah dalam kumpulan berkaitan dengan isu mendapatkan kerjasama semua anggota kumpulan, manakala masalah berkaitan dengan kemahiran untuk menganalisis data meliputi sebahagian besar kemahiran yang diperlukan bagi menganalisis data-data yang telah dikumpulkan.

Masalah Menganalisis Data

Pada bahagian ini, responden memberikan laporan bahawa mereka menghadapi pelbagai masalah bagi menganalisis data. Masalah tersebut antaranya sukar mendapatkan kerjasama antara ahli kumpulan kerana mereka datang dari fakulti yang berbeza. Masalah 31

lain yang dihadapi adalah berkaitan dengan data mentah yang dikumpul kurang tepat atau kurang memenuhi kehendak penyelidik dan pelbagai masalah berkaitan kemahiran menulis termasuk kemahiran menganalisis data secara kualitatif, penjadualan maklumat, mengklasifikasi maklumat, kemahiran membuat rumusan dan kemahiran membuat kesimpulan. Contoh-contoh skrip responden berkaitan perkara ini adalah seperti berikut; Kumpulan kami datang dari fakulti yang berbeza. Antara kesukaran yang kami hadapi sepanjang tugasan ini adalah kesuntukan masa, oleh sebab itu kami terpaksa mengorbankan sedikit masa pada hari minggu serta hari lain yang ada kelapangan bersama-sama rakan-rakan sekumpulan R6. Semasa ini juga pelbagai masalah yang dihadapi kerana kami jarang berjumpa disebabkan kesibukan masing-masing dengan aktiviti harian mereka. Walau bagaimana pun kami komited dalam melaksanakan tugas masing-masing. Untuk melakukan tugasan berkumpulan seperti ini, kita memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulan, dan kami mendapat sokongan yang baik daripada setiap anggota kumpulan R11. Soalan berstruktur tidak dijawab dengan baik oleh responden. Puncanya kemungkinan kerana mereka tidak memahami soalan atau sengaja tidak mengisinya kerana tidak mengetahui kerjaya ibu bapa mereka dengan baik R4 Bagi seoalan deskripsi pula kebanyakan responden menulis karangan yang sangat pendek tentang ibu bapa mereka. Apa yang ditulis terlalu ringkas seperti: Bapa sangat baik R5 Di samping itu, data yang berupa karangan pendek mengenai pandangan terhadap ibu bapa mereka tidak secara terperinci, hanya sekadar pandangan umum. Ini membuat proses seterusnya menghadapi sedikti masalah, iaitu dalam proses menghuraikan deskripsi R7. Dalam proses menganalisis data-data yang berbentuk kuantitatif kami menggunakan jadual untuk menyususn maklumat agar lebih mudah difahami. Contohnya ialah dalam bahagian kawalan ibu bapa. Terdapat tiga bentuk kawalan ibu bapa iaitu autoritarian , permisif dan autoritatif. Keadaan ini memeningkan kepala kami R5. Selepas kami berjaya menyelesaikan tugasan pertama, kami menghadapi pula pelbagai kesukaran dalam proses memganalisis data dan pemindahan maklumat. Pelbagai kesukaran yang kami hadapi semasa memproses maklumat kerja lapangan ini. Antaranya ialah terdapat beberapa orang responden yang sukar untuk menulis deskripsi mengenai ibu bapa mereka R17 32

Setelah semua data diisi ke dalam semua jadual, terdapat kesukaran dalam merumuskan semua maklumat daripada hasil penganalisisan kami. Akan tetapi berkat bimbingan demi bimbingan dari pensyarah kami, proses analisis data berjaya disempurnakan R17. Oleh itu, kerja memproses maklumat dari data yang telah dikumpul dan membuat kesimpulan bukanlah sesuatu yang mudah bagi kami. Bahkan untuk menyiapkan tugasan ini kami perlu bekerjasama, berkongsi idea, membahagi tugasan serta saling bertukar pendapat antara satu sama laim. R18. Masalah yang kami hadapi dalam menganalisis data ialah kesukaran mengkategorikan data mengikut kelas-kelas jawapan yang berbagai. Kami perlukan bimbingan khusus untuk menyelesaikan masalah ini .R17.

Tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah

Pada peringkat awal apabila kerja lapangan hendak dilaksankan, penyelidik telah pun menjangkakan berlaku masalah-masalah yang bakal ditempuhi oleh responden. Pada awal Tahap II, penyelidik telah mengedarkan garis panduan asas bagi menganalisis data. Sungguhpun begitu, garis panduan tersebut kurang difahami bagi kumpulan pelajar tertentu. Mungkin pada masa tersebut mereka masih tidak dapat membayangkan apakah sebenarnya yang harus mereka lakukan.

Bagi menerangkannya dengan lebih jelas, penyelidik telah mengambil beberapa contoh kes dari responden sendiri dan membincangkan kes tersebut dalam bilik kuliah. Hasil perbincangan umum sememangnya telah dijangka kurang berkesan kerana kebanyakan pelajar tidak berpengalanan terutama aspek-aspek yang merujuk kepada pelabagai kemahiran menulis seperti membina jadual, menafsir data, menganalisis data, asas analisis kuantitatif, asas analisis kualitatif, kemahiran membuat rumusan dan kemahiran membuat kesimpulan. Sesuai dengan teori konstuktif sosial yang menjadi asas kajian ini, penyelidik telah mengarahkan supaya semua kumpulan datang berjumpa dengan penyelidik secara bersemuka bagi menerima bimbingan. Kemahiran berkaitan 33

penulisan dan membina sturktur penulisan laporan kerja lapangan telah diberikan dalam kumpulan yang kecil sebagai satu usaha membantu responden berkenaan menyiapkan laporan akhir.

Dalam bimbingan secara kumpulan ini, penyelidik telah memberi komen terhadap hasil laporan yang ditulis oleh responden. Komen yang diberi diikuti dengan cadangan penambahbaikan. Penyelidik seterusnya memberik bimbingan berdasarkan model atau contoh hasil kerja yang berkaitan, terutama dari jurnal keluarga. Bimbingan yang hampir seragam diberikan kepada semua kumpulan adalah merangkumi penyusunan struktur laporan, penulisan tinjauan literatur, penyesuaian teori yang dipilih dengan topik kerja lapangan, objektif dan persoalan kajian, penjadualan maklumat, analisis data berasaskan kuantitatif mudah, analisis data secara kualitatif, menulis rumusan, membuat kesimpulan serta menulis rujukan gaya Universiti Kebangsaan Malaysia dan American Psychology Association (APA).

Maklumat yang kurang mencukupi tidak sepatutnya timbul kerana pada peringkat awal lagi mereka telah diberitahu supaya menemuduga jumlah pelajar yang lebih daripada jumlah yang ditetapkan supaya baki lebihan berkenaan boleh dijadikan gantian kepada pelajar yang tidak memberikan maklumat dengan lengkap. Bimbingan yang diberikan secara bersemuka bagi setiap kumpulan dapat memberikan responden maklumat tentang bagaimana data perlu diproses. Keberkesanan bimbingan ternyata dijelaskan melalui pernyataan-pernyataan berikut; Walau pun demikian, akhirnya, saya dan rakan-rakan dapat melakukan tugasan ini dengan sungguh sempurna sekali dengan sokongan Dr Johari yang sering memberi penerangan dalam kelas dan dalam pejabatnya mengenai perkara yang patut dilakukan semasa menyiapkan dan menyempurnakan tugasan ini R1. Kami juga telah melayari internet untuk mencari maksud-maksud perkataan yang kurang sesuai. Setelah analisis yang terperinci dijalankan, kami terpaksa pula merumuskan setiap dapatan kajian tersebut. Terdapat juga beberapa bahagian yang kurang kami fahami dan kami rujuk kepada Dr Johari yang telah memberikan bimbingan bagi menyelesaikan masalah kami: R16.

34

Kedua, Dr. Johari telah memberikan garis panduan yang lengkap tentang cara-cara yang dikehendakinya untuk menyiapkan laporan ini R16 Tugasan ini berjaya dilakukan hasil penerangan dan bimbingan dari pensyarah kami yang telah memberi panduan dan contoh bagi kami menyiapkan tugasan kerja lapangan ini R5 Kesimpulannya, kerja lapangan yang diberi Dr Johari bin Talib memberikan banyak faedah kepada kami selaku mahasiswa dalam menjadi tunggak kepimpinan negara masa depan dan sebagai persiapan untuk berdepan dengan masyarakat berbilang bangsa R14

Asas Kekuatan Kerja Lapangan

Hampir semua kumpulan telah merekodkan tentang masalah, cabaran dan pengalaman mereka menyiapkan kerja lapangan. Mereka menganggap perkara ini sangat serius kerana kebanyakan kumpulan mempunyai ahli yang datang dari fakulti dan tahun pengajian yang berbeza. Walaupun kebanyakan kumpulan cuba untuk mendapatkan ahli dari fakulti yang sama, tetapi hasrat itu kurang berjaya kecuali responden yang datang dari Fakulti Pendidikan dan Fakulti Pengajian Islam kerana jumlah mereka agak ramai. Sungguhpun mereka datang dari latar belakang fakulti yang berbeza, tetapi mereka berjaya menyiapkan kerja lapangan dengan baik berasaskan tanggung jawab bersama, kerjasama sesama aggota kumpulan, komitmen yang tinggi, penyelarasan masa untuk berbincang dan pembahagian kerja yang adil. Berikut adalah contoh skrip yang menunjukkan kerjasama serta tanggung jawab setiap anggota yang menjadi asas kekuatan kerja lapangan ini; Pelbagai kerenah daripada setiap anggota dan pelbagai pandangan disuarakan. Kami memgambil pandangan yang bernas sebagai panduan untuk membuat laporan yang efektif dan efisyen. Kami sentiasa menganggap cabaran dan halangan semasa memproses maklumat ini sebagai pengalaman dan pengajaran kepada kami untuk melakukan kerja yang lebih baik. Asas kejayaan kami ialah kerjasama semua ahli secara adil R19.

35

Oleh itu, kerja memproses maklumat dari data yang telah dikumpul dan membuat kesimpulan bukanlah sesuatu yang mudah. Bahkan bagi menyiapkan tugasan ini kami perlu bekerjasama, berkongsi idea, membahagi tugasan serta saling bertukar pendapat antara satu sama lain R`17. Daripada kerja ini kami mendapat beberapa pengajaran yang sangat berguna antaranya melihat kepada pelbagai jenis ragam manusia, cara repsonden menerima kehadiran kami, semuanya memerlukan kesabaran dan keberanian malah memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan. Selain dari itu semangat dan amalan kerjasama juga perlu ada bagi setiap orang dalam mebuat kajian dalam bentuk kumpulan. Segala kesukaran akan menjadi lebih mudah jika sesuatu masalah atau kerja itu dilakukan secara bersama bukannya secara individu dan gabungan pelbagai idea juga dapat mempercepatkan proses menyediakan jurnal tahap ini. R4. Sepanjang tempoh kajian yang dijalankan kami kurang menghadapi masalah kerana semua ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik. Semua ahli yang terlibat membuat persiapan seperti yang dirancang dan kerja dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Kerjasama sangat penting dalam menjalankan kajian ini R6. Walau pun menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran kami merasa puas dan gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan dengan sempurna secara berganding bahu semua ahli kumpulan. Selain dari itu semangat dan amalan kerjasama juga perlu ada bagi setiap orang yang membuat sesuatu kajian dalam bentuk kumpulan R4. Sikap dan kerjasama setiap ahli dalam kumpulan amatlah penting supaya proses memuat naik maklumat ini dapat dijalankan dengan baik dan teratur. Sebarang kesilapan juga akan dapat kami elakkan apabila kerjasama diberikan oleh ahli kumpulan. Dalam kerja berkumpulan banyak faedah dan pandangan di antara setiap ahli dalam kumpulan R13. Untuk menyiapkan kerja lapangan ini kami bersatu dengan teguh. Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing atau dalam pepatah Melayu yang lain gunung sama didaki, lurah sama dituruni. Apa yang menguatkan kami ialah bersatu teguh bercerai kita roboh. R12.

36

Tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah

Bahagian ini merupakan laporan tentang kepentingan kerjasama antara ahli dalam kumpulan yang menjalankan kajian tindakan. Berdasarkan pernyataan atau skrip laporan, didapati bahawa terdapat banyak pengalaman yang positif mereka alami tetapi cabaran yang mereka lalui adalah serius terutama berkaitan mendapatkan kerjasama daripada ahliahli yang berbeza latar belakang. Perkara ini telah jangka sejak awal. Pada permulaan taklimat kerja lapangan, setiap kumpulan diminta menyediakan laporan bagi setiap perbincangan atau perjumpaan. Setiap kumpulan diminta menyediakan jadual laporan yang mengandungi tarikh perjumpaan, nama ahli dan kedatangan serta tandatangan mereka. Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan terdapat ahli kumpulan yang kurang atau tidak aktif langsung dalam menjalankan tugasan. Ketua kumpulan juga diminta memberikan senarai ahli yang tidak aktif supaya tindakan dapat diambil terhadap

mereka. Ini dilakukan supaya pemberian skor akhir tugasan tidak diberikan secara mudah termasuk kepada ahli yang tidak aktif.

Pengalaman Pembelajaran Menganalisis Data

Proses menjalankan kerja lapangaan merupakan proses pembelajaran yang penting bagi responden terutama bagi mereka yang mengalaminya bagi pertama kali. Pengalaman yang ditimba adalah selari dengan pendekatan pembelajaran konstruktif (Vygotsky, 1978), iaitu pelajar membina kefahaman mereka sendiri. Pembinaan kefahaman adalah berasaskan proses mengambil bahagian atau turun ke padang dalam komuniti bagi menjana kefahaman dan kesedaran. Ini menjadikan maklumat yang dikumpul adalah maklumat berbentuk primer. Proses menyediakan laporan juga memerlukan responden turut mengalami pelbagai kemahiran lain yang berkaitan dengan perluasan pemikiran (think aloud) yang bersifat menyeluruh. Antara kepentingan pengalaman pembelajaran tersebut ialah;

37

Pengalaman pembelajaran yang didapati adalah berkaitan dengan melihat pelbagai ragam manusia, cara responden menerima kehadiran kami yang memerlukan keberanian dan kesabaran. Kesukaran akan menjadi lebih mudah jika semua ahli bekerjasama R4 Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menyiapkan analisis data kerja lapangan ini ialah, pertama dapat mempelajari cara-cara untuk menganalisis data secara manual. Yakni secara kualitatif dengan berdasarkan deskripsi responden dan juga secara kuantitatif. Kami merasa pengetahuan statistik asas amat penting dalam analisis data R3. Kesimpulannya, dalam menjalankan kerja lapangan ini, kami mendapat seribu satu pengalaman pembelajaran yang amat berharga kerana ia melibatkan hubungan dua hala iaitu antara remaja dengan responden. Seterusnya kami mendapat pengalaman yang luas bagaimana menganalisis data termasuk asas analisis berasaskan deskripsi remaja terhadap ibu bapa serta secara statistik mudah R7. Kerja lapangan ini telah mendidik kami untuk bersikap bertanggungjawab, sabar, tekun, matang untuk berfikir, matang untuk bertindak dan sentiasa bersedia untuk memberikan sumbangan idea. Pengalaman memproses kerja pula telah mengajar kami cara untuk membuat analisis data secara sistematik dan mengajar kami membuat sesuatu keputusan dengan tepat R14.

Penghayatan Terhadap Dapatan Kerja Lapangan

Semasa proses menganalisis data, disamping menyiapkan laporan, responden juga menemukan pelbagai dapatan yang turut menginsafkan mereka. Ia berkaitan dengan hubungan remaja dengan ibu bapa, konflik remaja dengan ibu bapa, deskripsi remaja terhadap ibu bapa dan perkara positif serta negatif mengenai ibu bapa menurut

pandangan remaja. Di samping itu dapatan kajian ini juga adalah merupakan dapatan primer yang menginsafkan responden. Bagi mereka yang mengalami proses perkembangan dalam keluarga yang kurang bermasalah, dapatan ini sesungguhnya memberi mereka kesedaran bahawa mereka sebenarnya lebih beruntung berbanding golongan remaja yang menghadapi masalah dengan ibu bapa mereka. Antara skrip yang dapat dijadikan contoh adalah seperti berikut; 38

Banyak pengajaran yang kami perolehi semasa melakukan soalselidik dan menganalisis data. Antara lain kami bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia serta mendapat pendidikan yang baik tanpa sebarang halangan. Ini kerana terdapat responden kami yang terpaksa bekerja demi membantu keluarga. Seharusnya,remaja tersebut mendapat kasih sayang yang cukup serta makan minum dan pakaiannnya diurus oleh ibunya. R20 Kesimpulannya, soal selidik ini sekaligus menjadi pengukur kepada kita mahu pun remaja tersebut di manakah tahap hubungan dengan ibu bapa. Melalui soa lselidik ini hubungan remaja amat mempengaruhi sifat dan perwatakan remaja apabila dewasa kelak. Sifat saling menghormati dan menyayangi menjadi faktor penting dalam sesebuah keluarga apabila masing-masing tahu akan tanggung-jawab mereka R16 Daripada maklumat tersebut, kami mendapati bahawa kebanyakan responden lebih senang berinteraksi dan lebih rapat dengan ibu dalam pelbagai keadaan berbanding dengan bapa. Namun demikian, responden mahu ibu dan bapa mereka dapat meluangkan masa bersama dengan mereka dengan lebih kerap lagi. Ini menyedarkan kami bahawa tugas ibu bapa bukanlah mudah R2 Kerja lapangan ini juga memberikan kami pengajaran yang baik. Contohnya, kami mendapat input yang berguna seperti mendidik anak-anak agar menjadi ibu bapa yang baik pada masa hadapan. Kita perlu menjadi ibu bapa moden yang berkongsi masalah dengan anak-anak R5 Selain itu, kedua ibu bapa harus komited dalam memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak, walaupun dalam kesibukan bekerja, agar tanggung jawab terhadap anak-anak tidak diabaikan R5 Antara pengetahuan yang kami dapati ialah pemahaman yang lebih mendalam tentang punca-punca konflik remaja sekarang dengan ibu bapa mereka. Walaupun punca tersebut kelihatan remeh, tetapi jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan remaja lari dari rumah R5. Kerja lapangan ini memberikan kami pengajaran yang baik. Contohnya kami mendapat input yang berguna bagaimana cara mendidik anak-anak agar menjadi ibu bapa yang baik pada masa depan. Ibu bapa perlu memberi sokongan dan berkongsi masalah dengan anak-anak. Akhir sekali, kami amat menghargai maklumat-maklumat yang diperolehi kerana ia merupakan sumber primer bagi kerja lapangan kami R5.

39

Pada keseluruhannya terdapat empat perkara utama yang dihuraikan responden pada tahap dua kerja lapangan iaitu tahap menganalisis data. Empat perkara itu ialah masalah yang dihadapi semasa menganalisis data, asas kekuatan analisis data, pengalaman pembelajaran yang ditimba dan penghayatan terhadap maklumat yang diproses. Dari segi aspek masalah yang dihadapi semasa menganalisis data, kebanyakan responden ternyata sangat perlu dibimbing untuk menganalisis data disamping menulis laporan keseluruhan laporan kerja lapangan. Bimbingan yang perlu adalah bimbingan secara bersemuka kumpulan demi kumpulan bersama penyelidik. Bimbingan secara menyeluruh dengan garis panduan yang dilakukan dalam bilik darjah kurang berkesan kerana terdapat responden yang pertama kali menjalankan kerja lapangan dan banyak perkara yang dibincangkan adalah di luar pengetahuan asas mereka. Responden juga menyatakan bahawa semasa menjalankan kerja lapngan secara berkumpulan anggota kumpulan hendaklah bersikap komited, bertanggung-jawab, sabar menghadapi cabaran, bersikap terbuka semasa berbincang dan perlu saling sokong menyokong antara satu sama lain.

Cabaran-cabaran yang dihadapi responden sebenarnya sangat berguna kepada responden sendiri kerana keseluruhannya merupakan pengalaman pembelajaran yang sangat berguna bagi mereka terutamanya untuk menganalisis data secara kuantitatif dan kualitatif. Responden mula diedahkan kepada kemahiran membuat rumusan, kesimpulan, membina jadual, dan mentafsir maklumat secara terperinci. Hasil daripada usaha mereka, wujudlah laporan yang mereka hayati sebagai maklumat primer yang terbentuk dalam satu huraian yang mereka fahami sendiri. Laporan ini merupakan maklumat yang konstruktif. Responden sesungguhnya telah mengalami proses pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir pada aras tinggi melalui kerjasama secara pembelajaran koperatif, dan pada masa yang sama membentuk komuniti pembelajar yang sanggup menerima cabaran.

40

Analisis Tahap 3

Analisis Tahap 3 ialah tahap penulisan laporan kerja lapangan. Pada tahap ini responden melaporkan proses penulisan kerja lapangan masing-masing yang berada pada peringkat akhir. Secara keseluruhan, terdapat tiga aspek utama yang dilaporkan responden merangkumi perkara-perkara berkaitan pengalaman pembelajaran, penghayatan terhadap dapatan kajian dan cabaran yang dihadapi dalam menyiapkan laporan kerja lapangan. Skrip berkaitan dengan aspek-aspek ini dihuraikan dalam tiga bahagian seperti berikut;

Pengalaman pembelajaran yang didapati semasa menulis laporan

Dalam bahagian ini, responden telah membuat rumusan menyeluruh berkaitan pengalaman pembelajaran yang mereka timba semasa melahirkan laporan kerja lapangan ini. Mereka mendapat pengalaman yang sangat berguna seperti; peningkatan keyakinan untuk mendekati masyarakat, berkomunikasi dengan anggota masyarakat, bertanggung jawab menyiapkan tugasan dan memupuk semangat kerjasama dalam menghasilkan laporan yang berteraskan maklumat primer. Ini digambarkan seperti berikut; Setelah bertungkus-lumus dalam menyiapkan analisis kerja lapangan ini, akhirnaya ia dapat diselesaikan dengan sempurna. Kami berasa sangat berpuas hati dengan hasil penat lelah kami sepanjang menyiapkan anlisis ini. Ternyata hal ini bukannya mudah seperti yang kami sangka dan bayangkan selama iniR8 Antara pengalaman yang kami perolehi sepanjang kerja lapangan ini ialah kami telah mempelajari bagaimana cara berkomunikasi dengan masyrakat luar terutama para remaja. Melalui pengalaman ini, kami mendapati bukan senang untuk mendekati dan berkomunikasi dengan para remaja bagi mendapatkan hasil kajian. Di sini kami menggunakan pelbagai cara untuk mendekati para remaja untuk memberi kerjasama. R17 Setelah menyiapkan ketiga-tiga jurnal yang diberikan, kami mendapati banyak ilmu dan pengalaman yang bermakna telah kami perolehi. Kerja lapangan ini mengajar kami tentang ilmu psikologi remaja. Kami terpaksa menarik perhatian para remaja untuk meminta kerjasama mereka menjawab

41

soal selidik yang diberikan. Kami juga berpeluang untuk mmepelajari dan memahami jiwa remaja yang bermasalah R14 Kerja lapangan ini, telah mendidik kami untuk bersikap bertanggung jawab, sabar, tekun, matang untuk berfikir, matang untuk bertindak dan sentiasa bersedia untuk memberikan sumbangan idea. Pengalamanm memproses kerja pula telah mengajar kami cara untuk menulis laporan kajian tindakan secara sistematikR13 Kesimpulannya, kerja lapangan yang diberikan Dr Johari bin Talib memberikan banyak faedah kepada kami selaku mahasiswa dalam menjadi tunggak kepimpinan negara masa hadapan dan sebagai persiapaan untuk berdepan dengan masyarakat dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang R12. Daripada kajian yang telah dilakukan, terdapat banyak kelebihaan yang dapat dikenalpasti. Kebaikan kerja lapangan yang kami perolehi antaranya ialah dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam diri setiap ahli kumpulan. Selain dari itu ia dapat meningkatkan tahap keyakinan kami apabila berhadapan dengan orang ramai. Kebaikan yang seterusnya adalah kami mendapat banyak pengalaman mengenai masalah sosial yang melibatkan remaja sekaligus dapat menyelami masalah remaja yang kurang bernasib baik R16. Maklumat sumber primer tidak akan dapat kami perolehi melainkan berinteraksi sendiri dengan pihak responden. Selain itu juga dengan berinteraksi dan berkomunikasi dengan pihak responden, kami dapat mempelajari dan memperbaiki cara berinteraksi secara berkesan dengan pihak responden dan bagaimana untuk menarik perhatian responden agar memberi komitmen yang diperlukan R7. Pengalaman yang kami dapat boleh diaplikasikan apabila hendak mendirikan rumahtangga. Bagaimana cara yang terbaik untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak dan boleh memberikan kebahagiaan dalam rumah tangga kelak R9. Ternyata, setiap ahli kumpulan kami telah menimba banyak ilmu dan pengalaman dalam proses mengendalikan kerja lapangan ini. Hasilnya, kami berpeluang untuk membuka minda secara lebih luas dnegan melatih diri untuk melihat dan meneliti sesuatu perkara dari pelbagai sudut R5. Setelah menyiapkaan kerja lapangan ini bukan sahaja telah memupuk kami semua supaya lebih bersikap berkerjasama, kesabaran dan bertolak-ansur. Selain itu juga dapat menyedarkan kami tentang masalah sosial yang berlaku disekeliling kami R13.

42

Pengalaman yang responden dapati pada tahap ini sangat luas, melibatkan pengalaman pembelajaran diluar bilik darjah yang merangkumi kemahiran berinteraksi sesama sendiri, bekerjasama, berinteraksi dan bekomunikasi, dengan orang ramai. Hasil daripada pengalaman pembelajaran dan cabaran yang dikuasai maka terciptalah sumber pengetahuan primer yang dapat dijadikan rujukan berkaitan hubungan remaja dan ibu bapa. Pengalaman pembelajaran telah membuka minda responden dengan lebih terbuka tentang realiti kehidupan sebenar antara remaja dengan ibu bapa. Pemahaman berasaskan tafsiran dapatan kajian menginsafkan responden. Mereka berpendapat, ilmu pengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan apabila berumahtangga nanti.

Cabaran menyiapkan laporan

Cabaran menyiapkan laporan kerja lapangan adalah besar kerana setiap kumpulan mempunyai ahli yang datang dari latar belakang fakulti yang berbeza. Walau bagaimanapun, mereka berjaya menyiapkan laporan kerja lapangan ini hasil daripada semangat kerjsama sesama ahli. Ahli-ahli tiap kumpulan perlu memberikan komitmen kepada kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan dianggap sebagai pemacu untuk menyiapkan tugasan ini. Asas rangsangan menyiapkan tugasan ini adalah juga melalui semangat kerjasama sesama ahli seperti dilaporkan dalam jurnal mereka iaitu; Sepanjang kerja lapangan ini semua ahli kumpulan telah memberi kerjasama yang sebaiknya dan ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli kumpulan R17 Setelah kami dapat menyiapkan tugasan bahagian masing-masing bagi setiap ahli kumpulan, akhirnya kami dapat menyiapkan hasil analisis kajian lapangan kami. Walau pun terdapat beberapa kesulitan yang kami tidak dapat elakkan, tetapi alhamdulilah kami dapat menyiapkan kerja lapangan ini. Analisis kajian lapangan kami mendapati bahawa sekali pun ibu bapa sibuk bekerja mereka kan tetap meluangkan masa R1 Kerjasama merupakan satu perkara yang penting dalam kerja berpasukan. Tanpa kerjasama daripada ahli kumpulan kerja berpasukan tidak akan

43

menjadi. Ahli-ahli kumpuluan kami memberikan kerjasama dalam menjalankan kajian lapangan. R2 Kami tidak nafikan bahawa kerja berkumpulan dalam sesuatu kajian lapangan amat penting untuk mempercepatkan hasil analisis sesuatu kajian lapangan. Oleh itu, kerjasama antara ahli kumpulan amat penting walau pun kesemua ahli kumpulan mempunyai komitmen yang berlainan R19

Penghayatan terhadap dapatan kajian

Sama seperti laporan pada Tahap II, pada tahap ini juga responden turut mengulangi penghayatan mereka terhadap dapatan kajian. Kali ini penghayatan mereka adalah lebih serius kerana mereka dapat melihat dapatan kajian secara menyeluruh berdasarkan maklumat yang dilaporkan berada pada tahap sudah siap. Antara lain responden berpendapat bahwa ibu bapa perlu memupuk hubungan erat dengan remaja supaya fikiran mereka tenteram. Konflik antara remaja dengan ibu bapa boleh menyebabkan remaja menghadapi masalah dalam proses perkembangan mereka. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam hubungan remaja dengan ibu bapa termasuklah komunikasi berkesan, kasih sayang dan perhatian. Semuanya adalah berkait rapat dengan keperluan asas anakanak seperti yang dinyatakan di bahwah; Selain itu, setelah siap kajian lapangaan ini, penyeldik mengetahui bahawa hubungan ibu bapa yang baik dengan remaja sangat mempengaruhi akademik dan sahsiah para remaja. Hal demikian kerana apabila anak-anak diasuh, dididik dan dihubungkan dengan hubungan yang baik oleh kedua ibu bapa mereka, maka mereka dapat menumpukan pengajian mereka dengan baik R5 Melalui kerja lapangan ini, kami juga dapat mengetahui dan menyelami perasaan sebenar yang dialami responden. Dari sini barulah kami mengetahui keadaan remaja yang sebenar bahawa ramai remaja di luar sana mengalami konflik dengan ibu bapa. Antara puncanya adalah mereka kurang mendapat perhatian yang sepenuhnya daripada kedua-dua ibu bapa kerana mereka sibuk bekerja R14

44

Kami juga amat berpuashati dengan hasil lapangan ini kerana data-data yang kami perolehi merupakan daripada sumber primer iaitu kami mendapat datadata tersebut secara langsung dari remaja sendiri R14. Daripada kajian itu, kami dapati banyak faktor yang mempengaruhi hubungan antara remaaja dengan ibu bapa. Antara faktor-faktor yang yang menyebabkan remaja bermasalah dalam hubungannya dengan ibu bapa ialaah masalah komunikasi dengan ibu bapa, kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa, kongkongan ibu bapa terhadap kemahuan remaja dan sebagainya R7.

Pada keseluruhannya, analisis yang dilakukan pada Tahap 3 mendapati bahawa responden telah memberikan rumusan akhir secara menyeluruh apakah yang telah mereka alami semasa menyiapkan laporan akhir kerja lapangan tersebut. Tiga perkara utama yang diketengahkan ialah pengalaman pembelajaran menyeluruh semasa proses membuat laporan iaitu pengalaman pembelajaran, cabaran yang dihadapi semasa menulis laporan dan penghayatan terhadap dapatan kajian secara menyeluruh. Dari segi pembelajaran, responden telah dapat menguasai pengalaman menyediakan laporan kerja lapangan secara sistematik, pengalaman bersemuka dengan anggota masyarakat, kemahiran bertolak ansur sesama anggota kumpulan, kemahiran bekerjasama dan kemahiran berfikir secara menyeluruh.

Analisis Pemeriksa Laporan Kerja Lapangan

Penilaian terhadap hasil kerja lapangan ini adalah dilakukan oleh empat orang pemeriksa ya