25
BAB 1 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PENGAJARAN SEJARAH TINGKATAN SATU KE ATAS PENCAPAIAN PELAJAR. SATU KAJIAN DILAKUKAN. Pengenalan Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan insan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ( Falsafah Pendidikan Negara ) Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran teras kepada semua pelajar sekolah menengah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ).Melalui pelaksanaan ini, ianya telah mengubah kedudukan mata pelajaran Sejarah dalam pembelajaran harian. Sejarah wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Penekanan tentang kepentingan mata pelajaran ini dalam konteks pendidikan negara merupakan satu usaha positif dalam usaha mengikis sikap pelajar terhadap mata pelajaran ini. Mata pelajaran ini juga telah dirangka dan diselaraskan dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara ( Omar 1992 ). Mata pelajaran Sejarah mempunyai pelbagai idea yang abstrak serta pelbagai konsep yang adakalanya sukar difahami. Melalui konsep, ianya penting dalam mencorakkan daya pemikiran dan membentuk daya intelektual pelajar. Pelajar tidak akan memahami sesuatu konsep sekiranya tidak mengetahui makna atau maksud tertentu sesuatu perkataan. Fakta mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat atau data yang membentuk, membina dan mengembangkan sesuatu konsep ( Abd Rahim 2000). Oleh kerana pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu elemen penting dalam proses berfikir, penekanan terhadap teknik pengajaran yang boleh membantu pelajar dalam menguasai sesuatu konsep dalam mata pelajaran Sejarah adalah wajar 1

Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian

Citation preview

Page 1: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

BAB 1

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PENGAJARAN SEJARAH TINGKATAN SATU KE ATAS PENCAPAIAN PELAJAR. SATU KAJIAN

DILAKUKAN.

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan insan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ( Falsafah Pendidikan

Negara )

Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran teras kepada semua pelajar sekolah

menengah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ).Melalui pelaksanaan

ini, ianya telah mengubah kedudukan mata pelajaran Sejarah dalam pembelajaran harian.

Sejarah wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah dari tingkatan satu hingga

tingkatan lima. Penekanan tentang kepentingan mata pelajaran ini dalam konteks pendidikan

negara merupakan satu usaha positif dalam usaha mengikis sikap pelajar terhadap mata

pelajaran ini. Mata pelajaran ini juga telah dirangka dan diselaraskan dengan hasrat dan

Falsafah Pendidikan Negara ( Omar 1992 ).

Mata pelajaran Sejarah mempunyai pelbagai idea yang abstrak serta pelbagai konsep

yang adakalanya sukar difahami. Melalui konsep, ianya penting dalam mencorakkan daya

pemikiran dan membentuk daya intelektual pelajar. Pelajar tidak akan memahami sesuatu

konsep sekiranya tidak mengetahui makna atau maksud tertentu sesuatu perkataan. Fakta

mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat atau data yang

membentuk, membina dan mengembangkan sesuatu konsep ( Abd Rahim 2000). Oleh kerana

pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu elemen penting dalam proses berfikir,

penekanan terhadap teknik pengajaran yang boleh membantu pelajar dalam menguasai

sesuatu konsep dalam mata pelajaran Sejarah adalah wajar dilakukan. Oleh itu, penggunaan

peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah satu teknik yang sesuai.1

Page 2: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

Orientasi pendidikan Sejarah peringkat sekolah menengah bertujuan memberikan

pemahaman ilmu dan memupuk pemikiran sejarah negara. Pemahaman ilmu membawa

maksud pemerolehan fakta dan penguasaan idea – idea serta kaedah sejarah. Kandungan

kurikulum Sejarah dianggap sebagai satu kumpulan maklumat dan juga sebagai satu

pendekatan ilmu. Sejarah juga dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang mempunyai cara

tersendiri untuk meninjau dan memberikan makna kepada pengalaman masa silam.

( Kementerian Pendidikan Malaysia 1990, halaman 3 )

Melalui penggunaan peta minda ianya secara tidak langsung akan dapat membantu

pelajar lebih fokus,mampu membuat intepretasi dan memahami dengan lebih mudah topik

yang dipelajari. Selain itu, penggunaan peta minda yang menarik dan beraneka warna juga

akan menarik minat pelajar dan tidak merasakan bahawa Sejarah ialah satu mata pelajaran

yang membosankan. Dalam proses P&P, ianya dapat memudahkan pemikiran pelajar melalui

pengukuhkan daya ingatan terhadap sesuatu peristiwa, mengingati fakta – fakta penting dan

sejurus pelajar akan mampu untuk membuat huraian dengan lebih baik dan tepat.

Oleh yang demikian, penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah akan dapat

mengubah persepsi pelajar terhadap kurikulum ini. Secara tidak langsung teknik ini akan

memberikan kesan positif terhadap mata pelajaran ini. Mata pelajaran Sejarah akan lebih

diminati dan pengajaran akan mudah difahami, pembelajaran lebih berkesan dan akhirnya

dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini. Justeru itu, kajian ini

dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan peta minda dalam pengajaran

Sejarah dapat meningkatkan prestasi pelajar tingkatan satu.

1.0 Latar Belakang Kajian

Mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang wajib kepada semua

pelajar tingkatan satu hingga lima. Kurikulum Sejarah Tingkatan Satu ini telah dirancang agar

pelajar mengetahui sejarah – sejarah awal negara. Melalui kurikulum ini juga, pihak

Kementerian Pelajaran mengharapkan agar pelajar dapat mengrekonstruksi peristiwa –

peristiwa yang telah berlaku. Melaluinya pelajar dapat memberikan gambaran tentang sesuatu

peristiwa yang berlaku pada masa lalu dengan mengumpul dan menggabungjalinkan

maklumat tersebut. Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui sejarah awal tentang zaman pra

2

Page 3: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

sejarah sehinggalah munculnya era modenisasi. Di sini, pelajar dapat membuat perbandingan

mengenai kehidupan sekarang berbanding dengan dahulu kala.

Namun, terdapat segelintir pelajar yang tidak berminat dengan mata pelajaran

ini.Selain itu terdapat juga pelajar yang mempunyai persepsi negatif terhadap mata pelajaran

Sejarah. Pada pandangan mereka, Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang amat

membosankan.Sejarah telah dilihat sebagai satu mata pelajaran yang sukar untuk difahami. Ini

kerana mata pelajaran Sejarah mempunyai pelbagai idea yang abstrak serta pelbagai konsep

dan fakta yang perlu difahami. Tanpa pemahaman yang menyeluruh, pelajar tidak akan dapat

membuat huraian yang tepat.Oleh yang demikian, sebagai seorang guru yang terlatih, guru

mestilah mempunyai kemahiran dan mengetahui teknik ataupun pendekatan yang sesuai bagi

menangani golongan pelajar yang mempunyai masalah demikian. Guru perlu memastikan apa

yang hendak disampaikan kepada pelajar mencapai objektif.

1.2 Pernyataan Masalah

Walaupun mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran wajib kepada semua

pelajar sekolah menengah, namun terdapat juga segilintir pelajar yang tidak berminat dengan

mata pelajaran ini. Kementerian Pelajaran Malaysia (1990) telah mengubah mata pelajaran

Sejarah sebagai satu kurikulum wajib kepada pelajar sekolah menengah agar ianya dapat

mengubah persepsi negatif pelajar terhadap mata pelajaran ini. Pada pandangan mereka mata

pelajaran ini sangat membosankan dan paling kritikal mereka menganggap Sejarah terlalu

sukar untuk difahami. Ini kerana mata pelajaran sejarah mempunyai pelbagai fakta untuk

diingati dan difahami. Sejarah juga dilihat sebagai mata pelajaran yang memerlukan pelajar

menghafal. Oleh yang demikian hal ini menimbulkan kesukaran kepada segelintir pelajar.

Memandangkan terlalu banyak fakta dan konsep yang perlu dihafal pelajar

menghadapi kesukaran untuk menghuraikan kembali fakta – fakta tersebut. Kegagalan

mengingat kembali fakta – fakta tersebut akan menyukarkan pelajar untuk menjawab soalan

esei. Ini menyebabkan mereka hanya menghurai fakta yang mereka fikirkan logik. Senario ini

juga bertepatan dengan kenyataan Noh & Schmann 1997, kebanyakan pelajar sukar untuk

memahami konsep,tetapi mempunyai kefahaman secara intuitif. Berdasarkan maklumat

daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia 2003, secara keseluruhan pelajar masih lemah dalam

menyusun jalin konsep dan fakta secara sistematik. Kelemahaman ini berpunca daripada

3

Page 4: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

ketidakfahaman pelajar tentang fakta dan juga konsep – konsep yang wujud dalam mata

pelajaran Sejarah.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda

dalam meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan satu dalam pembelajaran Sejarah.

Kurikulum Sejarah selain berfungsi sebagai mata pelajaran wajib kepada semua pelajar

sekolah menengah, ianya juga telah dirancang agar pelajar dapat mengenal asal – usul dan

jati diri. Namun, terdapat juga pelajar yang tidak berminat dengan mata pelajaran ini dan

menganggap ianya terlalu sukar untuk dikuasai dan difahami. Oleh itu, proses pembelajaran

dan pengajaran Sejarah menggunakan peta minda diharapkan dapat meningatkan pencapaian

pelajar. Menurut Tony Buzan, penggunaan peta minda mampu menghubungkan sel – sel otak

terutamanya dalam kalangan pelajar.

Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk melihat perbezaan dari segi

pencapaian antara pelajar yang diajar menggunakan peta minda dan pelajar yang diajar

menggunakan kaedah tradisional. Pembelajaran Sejarah memerlukan pemahaman tentang

konsep dan fakta. Justeru itu, penggunaan peta minda merupakan satu teknik yang secara

langsung akan membantu pelajar dalam peningkatkan pemahaman dan proses mengingat

kembali. Hal ini selaras dengan pendapat Abd Rahim ( 2000 ) mengenai peta minda yang

dilihat sebagai agen dalam membantu mengukuhkan daya ingatan, mengingati fakta-fakta

penting dan akhirnya dapat menghurainya dengan baik.

Melalui penggunaan peta minda ianya memberi ruang dan peluang kepada pelajar.

Penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah merupakan satu teknik

yang baik bagi tujuan kefahaman antara konsep dan fakta. Menurut Enzio dan rakan –

rakannya (1996) peta konsep dapat memberikan maklumat tentang apa yang pelajar tahu

dengan memaparkan apa yang ada dalam minda mereka.pelajar akan mengorganisasi struktur

kognitif selepas aktiviti pembelajaran. Ini akan membantu pelajar dalam mengingat kembali

apa yang telah mereka pelajari.

4

Page 5: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian persoalan – persoalan kajian adalah seperti

berikut:

a) Adakah penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah tingkatan satu dapat

meningkatkan pencapaian pelajar?

b) Adakah terdapat perbezaan dari segi peningkatan pencapaian antara pelajar yang

diajar menggunakan peta minda dan pelajar yang diajar tidak menggunakan peta

minda.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah menengah di daerah Kepala Batas Pulau

Pinang. Ianya melibatkan 70 orang pelajar tingkatan satu yang mempunyai persamaan dari

segi latar belakang pendidikan. Memandangkan kajian ini hanya dilakukan di daerah Pulau

Pinang dan melibatkan sampel hanya daripada pelajar tingkatan satu ianya tidak dapat

digeneralisasikan ke seluruh negeri dan juga kepada semua pelajar dari tingkatan yang

berlainan.

1.6 Kepentingan Kajian

Dalam mempelajari kurikulum Sejarah ianya menuntut kefahaman dan daya ingatan

yang jitu terhadap konsep serta fakta – fakta penting. Kegagalan pelajar dalam memahaminya

akan menimbulkan kesukaran untuk membuat hubung kait dan menggabungjalin setiap fakta

dengan peristiwa – peristiwa penting. Menurut Mat Jamaludin 2002, penggunaan peta minda

mampu membantu pelajar dalam proses menghubungkait setiap pengalaman pembelajaran

lampau.

Justeru itu, kepentingan penyelidikan ini adalah untuk melihat sama ada adakah

terdapat keberkesanan penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sejarah tingkatan satu

terhadap pencapaian pelajar. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk melihat adakah

terdapat perbezaan dari segi pencapaian antara pelajar yang diajar mengggunakan peta minda

dengan yang diajar menggunakan kaedah tradisonal. Oleh yang demikian, pengkaji

5

Page 6: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

mengharapkan penggunaan peta minda dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian

pelajar tingkatan satu dalam mata pelajaran Sejarah.

1.7 Definisi Istilah

1. Peta Minda - Rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat,

idea atau huraian.

- Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai

kertas, idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea

lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan

menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan

sebagainya.

2. Sejarah - Asal-usul,salasilah,perkara yang benar-benar berlaku.

3. Abstrak - Sifat kebendaan yang tidak dapat dirasa atau dilihat.

4. Konsep - Pengertian am,idea yang mendasari sesuatu.

5. Intuitif - Berasaskan kesedaran dan pemahaman oleh gerak hati.

6. Ujian pra - ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan

7. Ujian pasca - ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan

8. Ujian rintis - ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak

terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.

9. Kumpulan rawatan - ialah kumpulan murid yang diajarkan dengan menggunakan

kaedah peta minda.

10. Kumpulan kawalan - ialah kumpulan murid yang diajar dengan kaedah konvensional

1.8 Penutup

Melalui penggunaan peta minda, secara tidak langsung dapat membantu pelajar dalam

menggabung pemahaman baru dan lama dengan cara membuat gambaran melalui lakaran.

Lakaran tersebut merupakan hasil pembelajaran yang telah mereka perolehi. Dengan

meringkaskan segala huraian,fakta dan konsep Sejarah yang kebiasaannya padat ianya akan

6

Page 7: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

membantu pelajar untuk lebih mengingati isi pelajaran. Penggunaan peta minda juga akan

membantu pelajar mengingat kembali pelajaran lampau tanpa perlu banyak

menghafal.Dengan ini, secara tidak langsung penggunaan peta minda akan dapat membantu

dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

7

Page 8: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

Pendahuluan

Dalam bab ini pengkaji akan menerangkan secara terperinci mengenai definisi konsep peta

minda,teori – teori yang berkaitan dan juga hasil dapatan dari kajian lampau.

2.0 Peta Minda

Peta minda merupakan bahan grafik yang mewakili simbol pemikiran dan pengetahuan

individu terhadap sesuatu pengalaman mahupun maklumat yang telah diperolehi. Ia juga

merupakan sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat,idea,tugasan mahupun

huraian yang padat. Peta minda juga boleh diklasifikasikan sebagai satu pembinaan item -

item yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama

dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat

kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya.Dalam proses pembelajaran,

penggunaan peta minda dapat mengorganisasi pengetahuan dan membantu mengukuhkan lagi

kefahaman.Kaedah ini juga dapat membantu pelajar dalam menjana kembali pengetahuan

lampau dan membantu dalam menghubungkait setiap satu fakta berkenaan dengan sesuatu

tajuk pembelajaran. Peta minda juga turut berfungsi sebagai sebagai satu cara untuk melihat

pemikiran dan juga daya pemikiran seseorang.Witkin,et al (1971) telah mentakrifkan peta

minda sebagai satu gaya kognitif yang berfungsi secara kendiri yang ditunjukkan oleh

seseorang individu dalam aktiviti-aktiviti persepsi dan intelek.

Messick (1976 ),sikap,kecenderungan atau strategi tabiat yang stabil akan menentukan

gaya kebiasaan seseorang menganggap,mengingat,berfikir dan menyelesaikan

masalah.Melalui alat bantuan kognitif, ianya akan dapat membantu kefahaman lama dan baru

saling berinteraksi menjadi satu proses yang bermakna.Dalam aspek kognitif, penggunaan

peta minda mengandungi beberapa siri transformasi psikologi di mana seseorang yang

menerima maklumat melalui proses pembelajaran akan menerima, mengkod,mengingat

kembali dan menyatakan informasi berhubung dengan lokasi serta ciri –ciri berkaitan dengan

fenomena pembelajaran yang dialami di sekitar mereka.Oleh yang demikian kaedah

penggunaan peta minda adalah merupakan satu proses untuk mengingat kembali maklumat 8

Page 9: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

yang telah diberikan oleh guru dan maklumat itu akan diproses kembali oleh pelajar melalui

catatan nota yang berkesan. Antara perkara yang akan ditulis hanyalah fakta-fakta penting

terhadap sesuatu pembelajaran.Konsep pemetaan ini merupakan satu gambaran ataupun

persepsi pelajar yang merupakan kefahaman dari hasil pembelajaran dan bukannya hanya

mengeluarkan kembali fakta – fakta yang dihafal. Fakta yang dihafal sebenarnya tidak

menggambarkan kefahaman seseorang. Semasa membina peta minda, maklumat penting yang

akan disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat

menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses

maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka

panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota

dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu

gambaran mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati

2.1 Ciri – Ciri Peta Minda yang Berkesan

Pelbagai penyelidikan telah dilakukan untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran

yang berkesan terhadap pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang

kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak

sesuai lagi pada zaman yang serba maju seperti hari ini.Seorang kanak-kanak yang masih

kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan

pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui

interpretasi yang dibuat di bahagian otak.Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan

jelas sekiranya diransang oleh pancaindera. Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang

haruslah melalui strategi yang berkesan agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat

diproses oleh otak dengan lebih mudah. Secara saintifik elemen yang mampu merangsangkan

fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut melalui pancaindera

mata. Menurut Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui

pemetaan minda seseorang itu dapat belajar lebih daripada pembelajaran secara

deduktif.Selain itu, beliau dalam bukunya juga turut menyatakan beberapa slogan mengenai

konsep peta minda. Antaranya ialah “ learn more, remember more, use less paper, invest

lessS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu

pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu

banyak kertas serta tenaga. 9

Page 10: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

2.20 Teks yang Berkesan

Peta Minda yang berkesan mempunyai ciri – ciri seperti mempunyai teks yang ringkas

dan mudah difahami serta saiz yang bersesuaian.Peta minda yang digunakan mestilah

memaparkan kaedah penulisan yang berkesan. Keberkesanan ini dapat dilihat melalui saiz tulisan

yang bersesuai dan juga ditulis dengan jelas, tepat dan ringkas. Berdasarkan paparan pada imej,

warna, frasa serta garisan anak panah yang sesuai akan membantu murid-murid untuk

menguasai kemahiran yang dipelajari dan menghindarkan rasa bosan semasa pembelajaran.

Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat

yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak

berbanding dengan syarahan guru. Tony Buzan (2006) berpendapat, secara nyata peta minda

merupakan penggunaan kata kunci.Kata kunci ini selalunya dihasilkan dalam bentuk

gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk

pola.

2.21 Bahan Grafik

Bahan grafik yang terdapat dalam peta minda mestilah merupakan satu jaringan yang

memudahkan pemahaman bagi sesuatu tajuk.Dari segi gambarajah pula,ianya melambangkan

kepadatan sesuatu isi dalam teks yang membantu mengukuhkan daya ingatan serta

mencerdaskan minda.Ini kerana gambar mahupun gambar rajah merupakan salah satu media

yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks.Melalui ilustrasi juga juga

dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan

kreatif. Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah

memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan

sesuatu yang bermakna. Melalui bahan grafik juga dapat memberikan pelbagai interpretasi

yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.

2.22 Lakaran Simbol Pada Peta Minda

Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu

bulatan dan diikuti dengan beberapa anak panah yang melambangkan perkaitan antara tajuk.

Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan

idea ini.

10

Page 11: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

2.3 Penggunaan Peta Minda dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan kaedah peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu

kaedah yang membantu pelajar dalam mengingati apa yang telah diajar oleh guru.

Penggunaan peta minda juga dalam pembelajaran akan membantu pelajar dalam

meningkatkan pemahaman pelajar. Ini kerana, Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang

menuntut pelajar mengkaitkan segala fakta dan juga konsep – konsep yang ada dan perlu

difahami. Enzio etal,1996, Novak 1990,penggunaan peta minda sebagai alat pengajaran akan

mendatangkan kesan yang positif dalam pembelajaran. Penggunaan peta minda merupakan

satu strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Penggunaan peta minda dapat menarik minat pelajar disamping dapat meningkatkan

kefahaman pelajar terutamanya pelajar yang berpencapaian rendah. Dengan menggalakkan

pelajar melukis peta minda bukan sahaja mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif tetapi

juga dapat melatih mereka melaksanakan sesuatu tugasan secara terancang dan teratur. Di

samping itu, aktiviti ini dapat memupuk sikap bekerjasama antara kumpulan dan dapat

menajamkan ingatan mereka dalam mengingati sesuatu fakta. Mereka juga dapat bantu

membantu antara satu sama lain.Menurut Mok Soon Sang, seorang guru merupakan jentera

penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, guru haruslah bertindak

sebagai seorang pendidik yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan telah terlatih dalam

menyampaikan ilmu pengetahuan.Justeru itu, guru yang terlatih haruskah mempunyai

pendekatan dalam membantu pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan

Proses ini dapat disempurnakan melalui pembinaan peta minda dalam p&p.Abu

Hasan,2003, peta minda dapat membantu pelajar dalam mengimbas kembali apa yang telah

dipelajari,mengolah kata kunci yang akan digunakan dalam proses pembelajaran serta

merancang pembelajaran mereka dengan lebih mudah dan berkesan. Menurut Enzio dan

rakan-rakannya(1996),peta minda dapat memberikan maklumat tentang apa yang pelajar tahu

dengan memaparkan konsep yang ada dalam minda mereka.Konsep – konsep ini terdiri

daripada bagaimana pelajar mengorganisasikan struktur kognitif mereka selepas selesainya

satu sesi pembelajaran.Fenomena ini akan mengukuhkan lagi ingatan pelajar terhadap input

pembelajaran mereka.

11

Page 12: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

2.4 Kepentingan Penggunaan Peta Minda Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi

pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan

memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis

dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini. Mengikut teori

perkembangan kognitif Piaget ( Piaget & Inheder, 1969 ) perkembangan corak pemikiran

dari peringkat bayi ke dewasa merupakan satu proses aktif dan melibatkan interaksi individu

dan persekitarannya. Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat

memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui

mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.

Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan

pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.Oleh itu dalam proses

pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang

diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah.

2.5 Kesan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Penggunaan peta minda dalam pembelajaran akan mewujudkan situasi latihan dalam pasukan.

Peta minda digunakan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar

secara kaloboratif dan koperatif. Seterusnya ialah percambahan idea melaluilakaran yang

dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti

seseorang individu ke arah pencetusan idea.Melaluinya pelajar dapat membina idea serta

membuat hubung kait antara fakta yang terlibat. Sejurus itu, potensi individu dapat

dikembangan melalui lakaran – lakaran grafik.Di sini, pelajar akan memgembangkan

maklumat yang telah mereka perolehi ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Pelajar juga akan didedahkan dengan kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca

terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu

lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang

analitikal.

2.6 Hasil Dapatan Kajian Lampau

Berpandukan kepada hasil dapat kajian yang telah dijalankan oleh Hasmalina Hamzah dan

Hazwin Dalila Harris dalam kajian mereka mengenai Meningkatkan Pemahaman dan Suasana 12

Page 13: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

Pembelajaran Bagi Subjek Biologi Tingkatan Empat Menggunakan Kaedah Peta Minda

Secara Berkumpulan. Hasil kajian mendapati melalui penggunaan peta minda secara

berkumpulan telah membantu dalam meningkatkan prestasi pelajar tingkatan empat dalam

mata pelajaran Biologi. Sebelum kajian ini dilakukan pengkaji telah mencuba pelbagai

pendekatan dalam mengatasi masalah dalam pembelajaran Biologi. Melalui penggunaan peta

minda secara berkumpulan telah menimbulkan minat pelajar selain dapat membantu pelajar

dalam menghubungkait aspek dan juga konsep dalam Biologi.Lakaran kefahaman pelajar

dalam bentuk grafik membuatkan ianya lebih berguna kerana struktur pengetahuan menjadi

eksplisit dan kesalahan konsep yang dilakukan oleh pelajar lebih mudah dikesan. Beberapa

kajian lepas yang lain juga mendapati bahawa penggunaan kaedah peta minda dalam

pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam sesuatu

mata pelajaran (Altablig bt Ali 2006, Asma binti Ishak 2005, Rusilah Jais et. al 2004, dan Sim

Ah Hock et. al 1997).

Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani

Malik pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu.

Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam

peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia

yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan

bagi memudahkan beliau dalan mengulangkaji dan juga mengingat kembali pelajaran lampau.

Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh

Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas

dan mengelakkan pengulangan perkataan. Penggunaan peta minda pembelajaran dalam proses

pengajaran dan pembelajaran boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Seterusnya ialah

dapatan oleh Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta

minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut

melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan

kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak

26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga

meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C

menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian

pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata

pelajaran matematik adalah berkesan.Menurut Abd Fatah Hassan (1994), antaranya

mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara 13

Page 14: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep

baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan

kreativiti. Selain itu, Sarina Mohd Nor dalam tesisnya yang bertajuk Kesan Penggunaan Peta

Minda Dalam Karangan Respons Terbuka Terhadap Pencapaian Pelajar Tingkatan Satu

mendapati bahawa melalui penerapan penggunaan peta minda, telah membantu pelajar dalam

mengembangkan idea dari aspek penulisan karangan. Setelah diberikan pendedahan tentang

penggunaan peta minda, pelajar mula terlibat secara aktif sewaktu sesi pembelajaran.Hal ini

telah membuktikan bahawa melalui peta minda dapat membantu pelajar dalam menjana idea –

idea yang baru di samping tidak mengetepikan pengatahuan sedia ada.

“Mind mapping is a whole brains technique using visual images and other graphic devices

to from impession ” (Bubble DePorter.Quartem Learning )

Peta minda merupakan satu alat pengurusan yang berguna dalam menghasilkan kesepaduan

dan perhubungan terutamanya dalam menghubungkait rangka isi sesuatu penulisan. Kebaikan

peta minda antaranya ialah dapat membandingkan satu tajuk dengan tajuk yang lain secara

ringkas, tersusun antara isi dan idea utama, tajukndengan tajuk yang lain secara tersusun dan

jelas. Pemahaman konsep tentang sesuatu tajuk menjadi lebih menyeluruh dan menjimatkan

masa bagi mengolah sesuatu idea dan penyusunan maklumat dapat dilakukan dengan lebih

teratur ( Abd Rashid Omar 1999).

Lakaran kefahaman pelajar dalam bentuk grafik menjadikan ianya lebih bermakna dan

berguna kerana pelajar telah berjaya mempamerkan struktur pengetahuan dan pemahaman

dalam bentuk yang lebih eksplisit.Melalui persembahan grafik, pelajar mampu untuk

mengaitkan satu maklumat dengan maklumat yang lain dan memudahkan asilimasi berlaku.

Oleh kerana lakaran grafik merupakan struktur pengetahuan yang jelas, pelajar akan dapat

menghuraikan pengalaman dan pengetahuan mereka dengan lebih jelas dan tepat.

2.7 Teori – Teori Berkaitan Dengan Peta Minda

Kajian ini telah dijalankan berlandaskan beberapa teori. Menurut Ausebel (1963)

dalam Woolfol (1994), teori pembelajaran bermaksud satu idea pembelajaran bermakna.

Dalam teori ini,maklumat dalam bentuk idea,dan hubungan antara idea – idea tersebut diambil

bersama. Pembelajaran secara menghafal tidak dianggap sebagai satu proses pembelajaran

14

Page 15: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

bermakna kerana bahan yang dipelajari tidak mempunyai hubungan expositori untuk

menunjukkan bermakna lebih baik daripada pembelajaran persepsi. Selain daripada bukti-

bukti kejayaan penggunaan peta minda terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang

sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi manfaat kepada proses

pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori Ausubel, dan Teori

Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif berpendapat, dalam

proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur

(2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala

pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.

Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang

berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola,

menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk

membolehkan dia menghubungkait pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah

dihadapi. Ausebel (1963) dalam Ee Ah Meng (2005) menyatakan segala maklumat yang

dipelajari melalui cara yang lebih bermakna dapat diasimilasikan ke dalam struktur kognitif

yang sedia ada. Struktur kognitif ini merupakan pengetahuan sedia ada yang terdiri daripada

fakta,konsep dan generelisasi pernah dipelajari oleh para pelajar.Ausebel menekankan bahawa

maklumat yang dipelajari secara bermakna lebih berkesan berbanding dengan maklumat yang

dipelajari secara hafalan.Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Novak (1993) yang

menyatakan bahawa pelajar yang menghafal maklumat hanya boleh menyimpan maklumat itu

untuk satu jangka masa yang pendek. Ini kerana seorang pelajar yang pintar hanya mampu

mengingati 7 perkara sahaja berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Teori pembelajaran konstruktivisme pula menekankan pembinaan pengetahuan

pelajar. Dalam teori ini, pelajar dapat membina kefahaman mereka sendiri dalam satu topik

yang dipelajari berbanding dengan mendapatkan kefahaman dipindahkan kepada mereka

melalui sumber – sumber lain ( Eggen dan Kaunchak 2004).Dalam teori ini, ianya

memberikan penekanan kepada pelajar supaya aktif mengaitkan pengetahua baru dengan

pengetahuan sedia ada dalam minda mereka dan mengaplikasikan pengalaman sedia ada yang

mereka fahami kepada pelbagai situasi ( Shahabuddin Hashim & Rozahini Yaakub 2004 ).

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang

boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah

(2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi 15

Page 16: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim, Mahani

Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka,

mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat

sesuatu persembahan.

Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti

seseorang.Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat

daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee

Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan

memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang

menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya. Peta minda

adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di

tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea

utama.Menurut Mintzes,Wandersee dan Novak ( 1997 ), teori ini perolehan makna sebagai

teori yang merangkumi teori pembelajaran dan epistimologi dalam pembinaan

pengetahuan.Novak telah melihat manusia sebagai individu yang mempunyai satu simbol

bahasa yang telah direncam untuk membina makna baru dengan membuat perkaitan antara

konsep yang sedia ada dalam minda mereka.

Konstruktivisme manusia telah melihat bagaimana pengetahuan sebagai satu prodik

yang dibina oeh individu dan bersifat idiosyncratic dan juga dinamik. Pengetahuan ini

seharusnya mempunyai makna sepunya tentang konsep santifik dan semasa menghasilkan

produk. Hal ini menutut guru bertindak sebagai perunding dalam usaha mencapau

matlamat.Penghasilan pembelajaran ini adalah bertepatan dengan prinsip yang tela diutarakan

oleh Ausebel ( 1963) dan Vygotsky ( 1962 ). Novak juga turut menyarankan bahawa terdapat

beberapa strategi yang berpotensi dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

mereka.`Walaubagaimana pun, terdapat juga beberapa pendapat oleh Novak yang telah

menyarankan beberapa strategi seperti pengelolaan awal, teknik konfrontasi dan juga

pebentukkan dari segi analogi.( Mat Jamaludin 2002) Teori pembelajaran kognitif telah

menekankan bagaimana individu mengekalkan maklumat dalam ikatan mereka dalam

jangkamasa yang panjang. Jika individu boleh menggunakan ingatan jangka masa yang

panjang.Ianya dapat membina satu rangkaian pengetahuan yang boleh menghubungkan yang

antara konsep dan pemahaman pelajar. Pada peringkat ini, ingatan ini akan dikenali sebagai

ingatan sensori. Menurut Lefrancois ( 2000) dan Mat Jamaluddin ( 2000 ) rangsangan perlu 16

Page 17: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

kepada deria untuk menentukan sama ada pelajar tersebut memberi tumpuan terhadap apa

yang dibincangkan. Maklumat yang diterima oleh ingatan ini berada dalam bentuk objek –

objek dan juga peristiwa di sekitarnya. Keupayaan ini merupakan ingatan yang tidak terhad

kepada bilangan maklumat yang disimpan sekiranya pemprosesan tidak berlaku dengan

segara dan maklumat tersebut akan dilupakan dengan cepat ( Lechey & Harris 1997 ).

2.9 Kesimpulan

Penggunaan peta minda sebagai satu teknik pengajaran dalam mata pelajaran Sejarah

sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan satu. Penggunaannya

merupakan satu proses refleksi kepada pelajar pada setiap akhir sesi pengajaran selain dari

dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran ini. Justeru itu,para guru haruslah

memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknik penggunaan peta

minda.Penggunaannya bukan sekadar meningkatkan prestasi tetapi menjadi pemangkin

kepada keberhasilan pelajar yang kreatif dan kritis.Selain itu, berlandaskan kepada literatur

dan kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda dalam

sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap

pencapaian pelajar.

17

Page 18: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah

tingkatan satu. Dalam bab ini, pengkaji akan menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan.

Selain itu, pengkaji juga akan menerangkan tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel

kajian, instrument kajian, kesahan dan kebolehpercayaan dan juga tatacara pengumpulan data.

3.0 Reka bentuk Kajian

Kajian ini dilakukan berasaskan kuasi eksperimen untuk melihat adakah penggunaan peta

minda dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Penyelidikan eksperimen

merupakan satu-satunya jenis penyelidikan yang boleh menentukan hubungan berbentuk

sebab dan akibat ( Gall,Gall,& Brog,2003:Gay 1996 ). Untuk mendapatkan data, kajian ini

akan menggunakan kaedah kuantitatif .Kajian ini melibatkan dua kumpulan pelajar tingkatan

satu di sebuah sekolah menengah. Kumpulan pertama disebut sebagai kumpulan rawatan

manakala kumpulan kedua sebagai kumpulan kawalan.Kedua – dua kumpulan ini akan

diberikan ujian pra sebelum kajian dijalankan. Soalan bagi ujian pra mengandungi 50 soalan

objektif diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu a,b,c dan d.Manakala ujian pasca akan

diadakan pada minggu pertama selepas berakhirnya kajian. Jangka masa yang diperlukan

dianggarkan selama sebulan dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi kedua – dua

kumpulan ini.

Untuk menjalankan kajian ini, dua buah kelas telah dipilih di mana kumpulan rawatan

akan menerima pembelajaran menggunakan peta minda manakala kumpulan kawalan akan

diajar secara konvesional. Menurut Azizi Yahaya et.al (2007), kumpulan rawatan biasanya

menerima atau mengalami satu layanan baru yang sedang dalam kajian, sementara kumpulan

kawalan menerima layanan yang berbeza ataupun dikekalkan dalam bentuk biasa.Ujian pra

dan pasca akan diberikan sebelum dan selepas kajian dilakukan.Pemilihan sampel tidak

dilakukan secara rawak dan pengkaji telah mengenal pasti sampel bagi kedua – dua kumpulan

mempunyai kebolehan yang sama dari segi pencapaian akademik.

18

Page 19: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

Dalam kajian ini dua pemboleh ubah akan dikaji iaitu pemboleh ubah bersandar dan

pemboleh ubah bebas. Pemboleh ubah bersandar ialah pencapaian pelajar dalam mata

pelajran Sejarah yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pemboleh ubah

tak bersandar ialah kaedah pengajaran dengan menggunakan peta minda dan kaedah

konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang

dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak bersandar, manakala kesan tingkah laku

manipulasi merupakan pemboleh ubah bersandar iaitu sesuatu yang ingin diukur. Selain itu,

terdapat juga pemboleh ubah-pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang

mungkin mengganggu keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara

kumpulan, jangka masa kajian dan penyediaan soalan. Bagi mengawal pemboleh ubah-

pemboleh ubah tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan

sampel yang terdiri daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap pencapaian

yang hampir sama. Selain itu, min ujian pra untuk kedua-dua kumpulan akan dianalisis

melalui ujian-t untuk melihat bahawa tiada wujud perbezaan yang signifikan dari segi

kebolehan atau pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah sebelum kajian dijalankan.Ujian

keseragaman varians akan dijalankan untuk menentukan homogen kumpulan.

3.1 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini ialah melibatkan 300 orang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah

menengah di daerah Kepala Batas Pulau Pinang.Semua murid telah mengikuti mata pelajaran

Sejarah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan Kementerian Pelajaran

Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah kelas tingkatan satu secara

bertujuan bagi maksud kajian ini sebagai sampel. Sampel terdiri daripada 70 orang pelajar

yang hampir sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 35 orang

dikelompokkan ke dalam kumpulan rawatan, manakala 35 orang lagi dikelompokkan sebagai

kumpulan kawalan.

3.2 Instrument Kajian

Instrument kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah satu set soalan objektif mata

pelajaran Sejarah tingkatan satu untuk kegunaan ketika ujian pra dan ujian pasca dijalankan.

19

Page 20: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

Soalan ujian ini mengandungi 50 soalan objektif yang merangkumi 3 tajuk utama iaitu

Sejarah dan Kita, Zaman Pra Sejarah dan juga Kerajaan Awal di Asia Tenggara. Kesemua

item ujian telah dibina sendiri berdasarkan Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu.

Bagi menentukan kesahan kandungan soalan, pengkaji telah membina item-item

dalam alat kajian ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi

Bloom. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada

beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Sejarah Tingkatan Satu bagi mendapatkan pandangan dan komen mereka. Berdasarkan ulasan

guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang

kurang sesuai.

3.3 Prosedur Pelaksanaan Kajian

Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Kepala Batas Pulau Pinang

yang melibatkan 70 orang sampel kajian. Sampel kajian ini akan dibahagikan kepada dua

kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.Sebelum pengkaji menjalankan

kajian, kedua – dua kumpulan ini akan menduduki ujian pra. Ujian tersebut akan dikendalikan

sendiri oleh pengkaji.Pengkaji juga akan menyemak sendiri skor yang diperolehi oleh sampel

bagi kedua-dua kumpulan.Dalam hal ini, pengkaji turut bertindak sebagai tenaga pengajar

bagi kedua-dua kumpulan sampel. Pengkaji menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan

pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan.Kumpulan

kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional sementara kumpulan rawatan

menggunakan kaedah peta minda. Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam

masa empat minggu. Pada hari terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan akan menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set soalan yang sama

dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpul untuk dianalisis.

3.4 Penganalisan Data

Keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dikumpulkan akan dianalisis dengan

menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science, SPSS Windows Release

14.0. Untuk menjawab persoalan kajian, pengkaji menggunakan ujian-t dan ujian-F. Ujian-t

20

Page 21: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

digunakan untuk melihat perbezaan min pencapaian, manakala ujian-F digunakan untuk

melihat keseragaman varians bagi setiap kumpulan.

3.5 Rumusan

Kajian yang akan dijalankan ini adalah berbentuk kuasi eksperimen dan menggunakan kaedah

kuantitatif yang melibatkan dua kumpulan sampel, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah

menengah di Kepala Batas Pulau Pinang.Kajian ini bertujuan untuk melihat adakah

penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah Tingkatan Satu dapat meningkatkan

pencapaian pelajar. Data-data dari kedua-dua ujian tersebut dikumpulkan dan dianalisiskan

dengan menggunakan ujian-t dan ujian-F. Hasil daripada penganalisaan statistik ke atas data

yang diperolehi akan memberikan pengkaji keputusan samada proses pengajaran dan

pembelajaran menggunakan peta minda dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu

berkesan atau tidak dalam meningkatkan pencapaian pelajar.

21

Page 22: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

Rujukan

Abdul Rahim Abd. Rashid.2000.Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd Rashid Omar ( 1999 ).Pancaminda Edisi Kedua.Unit Kurikulum Jabatan Pendidikan Perak 1995

Abedah Ismail & Noraini Hassan.2004. Meningkatkan kemahiran mencari maklumat mengikut peta konsep. Jurnal Kajian Tindakan Guru 2004.

Ab. Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.Kuala Lumpur.Universiti Teknologi Mara.

Ahmad Nizar. 1997. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran dalam operasi asas matematik murid-muridtahun 5 Sek. Keb. Jabi dari aspek minat dan pencapaian.

Aminuddin Mansor (10 Mac 2006). Daya ingatan penting Semasa Belajar. http://www.islam.gov.my/e-rujukan 15.08.2010

Al Tabliq bt Ali,(2006),Asma Ishak,(2005),Rusilah Jais.Pendekatan Pengajaran Berbantukan Peta Konsep

Ausebel dalam Ee Ah Meng (2005)Jurnal Pendidikan

Enzio et al,1996,Novak 1990Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):35

Dhilip Mukerjea (1996).SuperBrain

Eggen dan Kauchak( 2004)

Hasmalina Hamzah dan Hazwin Dalila Haris.Kajian Tindakan.Penggunaan Peta Minda Secara Berkumpulan Bagi Meningkatkan Pencapaian Pelajar dalam Biology

Kementerian Pelajaran Malaysia 1990.Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lembaga Peperiksaan Malaysia.2003

Mat Jamaludin Jamrin.2002.Keberkesanan Penggunaan peta minda.Disertasi Sarjana Pendidikan.Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

http://aapps.emoe.gov.my/jpnperak/kajian 2005 (30.01.2007)

http://essaycapital.com/biology.essay.htm

http://www.uwaxlax.edu/biology/com

Noraini Idris.Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Novak. J.D 1990.Concept Maping. A useful tool for science education. Jurnal of Research in Science Teaching.27(10):937-949.

22

Page 23: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

Sarina Mohd Nor.Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Satu Dalam Karangan Respons Terbuka.Jurnal Pendidikan.

Trowbrid & Wan Dersee (1988),Noak & Govin (1988),Kinchin,et,al,2005

Tony Buzan et.al (1960 )

Wahidin,Kamisah Osman & T.Subahan Mohd Meerah.2004 Penggunaan Peta Konsep dalam meningkatkan prestasi pelajar.Jurnal Pendidikan 29,125,144

Woolfolk,A.E.1994.Educational psychology.5 ed.Boston:Allyn and Bacon Zaenab,A.E.1994.Penggunaan pembelajaran.Penyelidikan Tindakan di Sekolah Rendah.Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

23

Page 24: Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran

24