8
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 6(1): 63 - 70 (1998) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu Terhadap Peningkatan Motivasi Pencapaian Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Sembilan SIDEK MOHD j OAH dan MOHD ALI JAAj\tlAT Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor, Malaysia Katakunci: keberkesanan, modul motivasi, motivasi pencapaian ABSTRAK Kajian ini untuk menguji keberkesanan penggunaan Modul Perkembangan Keljaya Bersepadu dalam meningkatkan motivasi pencapaian pelajar disalah sebuah sekolah menengah di Jelebu, Negeri Sembilan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk 'true experimental', ujian pasca, kelompok kawalan rawak. Subjek kajian terdiri daripada 50 pelajar Tingkatan 4 yang kemudiannya diagihkan kepada tiga kumpulan secara rawak mudah menggunakan prosedur pemadanan. Tiga kumpulan tersebut ialah kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan secara kelompok, kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan secara kumpulan besar atau mass dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan Modul Perkembangan Keljaya Bersepadu yang mengandungi lima fasa yang telah diperkenal oleh Sidek. Ketiga-tiga kumpulan telah diberikan Ujian Pencapaian Mehrabian sebelum dan selepas rawatan. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian-t, dua sampel bersandar dan ANOVA sehala. Keputusan-keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa Modul Perkembangan Keljaya Bersepadu telah dapat meningkatkan motivasi pencapaian di kalangan pelajar. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperoleh beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan. ABSTRACT The purpose of this study was to test the effectiveness of the Integrated Career Development Module in increasing the achievement motivation amongst secondary school students in Jelebu, Negeri Sembilan. The research design used in this study was the true experimental, pre-test, post-test randomised control group design. The subjects of this study were 50 Form Four students who were divided into three groups using simple random sampling, matching procedure. The groups were an experimental group which was given the treatment using group procedures, another experimental group which was given the treatment using mass procedures and, lastly, the control group. The experimental groups were given the treatment using the the five-phase Integrated Career Development Module formulated by Sidek. All three groups were given the Mehrabian Achievement Scale before and after the treatment. The data collected were then analysed using the two-sample dependent t-test and the AJ'IOVA. The results of this study showed that the Integrated Career Development was effective in increasing achievement motivation among the students. Pertaining to the research findings, several implications and recommendations are put forward. PENGENALAN Menurut pandangan ahli teori behavioristik, motivasi tidak akan wujud tanpa matlamat. Sehubungan itu semakin kuat keinginan seseorang itu untuk mencapai matlamatnya, semakin besar pula kemungkinan seseorang itu mencapai matlamat tersebut (dalam Sidek 1996). Menurut Sidek (1993) pula, motivasi berasal dari dua kata kunci iaitu motive dan action. Motif adalah matlamat sementara aksi pula adalah usaha yang dicurahkan untuk mencapai matlamat tersebut. Sementara itu teori dikemukakan yang oleh Atkinson (Atkinson and Raynor 1974) dan McClelland (1961, 1965, 1985) menjelaskan bahawa kecenderungan untuk menghasilkan sesuatu pencapaian adalah bergantung kepada dua faktor motif, iaitu motif untuk mencapai kejayaan dan motif untuk mengelakkan kegagalan di samping empat faktor situasi iaitu

Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu · PDF fileNamun begitu kajian­ kajian khusus berbentuk eksperimen yang ... Kesahan dan kebolehpercayaan modul clan alat ukuran Mehrabian

  • Upload
    vunhan

  • View
    251

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu · PDF fileNamun begitu kajian­ kajian khusus berbentuk eksperimen yang ... Kesahan dan kebolehpercayaan modul clan alat ukuran Mehrabian

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 6(1): 63 - 70 (1998) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya BersepaduTerhadap Peningkatan Motivasi Pencapaian

Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Sembilan

SIDEK MOHD j OAH dan MOHD ALI JAAj\tlATFakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia43400 Serdang, Selangor, Malaysia

Katakunci: keberkesanan, modul motivasi, motivasi pencapaian

ABSTRAK

Kajian ini bertl~uan untuk menguji keberkesanan penggunaan Modul Perkembangan Keljaya Bersepadudalam meningkatkan motivasi pencapaian pelajar disalah sebuah sekolah menengah di Jelebu, NegeriSembilan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk 'true experimental', ujian pral~ian pasca,kelompok kawalan rawak. Subjek kajian terdiri daripada 50 pelajar Tingkatan 4 yang kemudiannya diagihkankepada tiga kumpulan secara rawak mudah menggunakan prosedur pemadanan. Tiga kumpulan tersebutialah kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan secara kelompok, kumpulan eksperimen yang mendapatrawatan secara kumpulan besar atau mass dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diberikan rawatanmenggunakan Modul Perkembangan Keljaya Bersepadu yang mengandungi lima fasa yang telah diperkenaloleh Sidek. Ketiga-tiga kumpulan telah diberikan Ujian Pencapaian Mehrabian sebelum dan selepas rawatan.Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian-t, dua sampel bersandar dan ANOVA sehala.Keputusan-keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa Modul Perkembangan Keljaya Bersepadu telahdapat meningkatkan motivasi pencapaian di kalangan pelajar. Sehubungan dengan keputusan kajian yangdiperoleh beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

ABSTRACT

The purpose of this study was to test the effectiveness of the Integrated Career Development Module inincreasing the achievement motivation amongst secondary school students in Jelebu, Negeri Sembilan. Theresearch design used in this study was the true experimental, pre-test, post-test randomised control groupdesign. The subjects of this study were 50 Form Four students who were divided into three groups usingsimple random sampling, matching procedure. The groups were an experimental group which was given thetreatment using group procedures, another experimental group which was given the treatment using massprocedures and, lastly, the control group. The experimental groups were given the treatment using the thefive-phase Integrated Career Development Module formulated by Sidek. All three groups were given theMehrabian Achievement Scale before and after the treatment. The data collected were then analysed usingthe two-sample dependent t-test and the AJ'IOVA. The results of this study showed that the Integrated CareerDevelopment was effective in increasing achievement motivation among the students. Pertaining to theresearch findings, several implications and recommendations are put forward.

PENGENALAN

Menurut pandangan ahli teori behavioristik,motivasi tidak akan wujud tanpa matlamat.Sehubungan itu semakin kuat keinginanseseorang itu untuk mencapai matlamatnya,semakin besar pula kemungkinan seseorang itumencapai matlamat tersebut (dalam Sidek 1996).Menurut Sidek (1993) pula, motivasi berasaldari dua kata kunci iaitu motive dan action. Motifadalah matlamat sementara aksi pula adalah

usaha yang dicurahkan untuk mencapai matlamattersebut.

Sementara itu teori dikemukakan yang olehAtkinson (Atkinson and Raynor 1974) danMcClelland (1961, 1965, 1985) menjelaskanbahawa kecenderungan untuk menghasilkansesuatu pencapaian adalah bergantung kepadadua faktor motif, iaitu motif untuk mencapaikejayaan dan motif untuk mengelakkankegagalan di samping empat faktor situasi iaitu

Page 2: Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu · PDF fileNamun begitu kajian­ kajian khusus berbentuk eksperimen yang ... Kesahan dan kebolehpercayaan modul clan alat ukuran Mehrabian

Sidek ~'lohd :'-Ioah dan IVlohd Ali Jaamat

kemungkinan untuk beljaya dan gagal dan insentif­insentif untuk beljaya clan gaga!. Kajian olehMcClelland (1961) juga menunjukkan bahawapencapaian akademik yang tinggi seringkaliclikaitkan dengan inclividu yang mempunyaimotivasi pencapaian yang tinggi. Umumnyaindiviclu yang mempunyai motivasi pencapaiantinggi akan mempunyai kecenclerungan untukmencapai matlamat yang diinginkan serra berusahauntuk mencapai kepuasan melalui pemilihanbiclang kerjaya yang bersesuaian.

Berclasarkan perspektif semasa, kebanyakanpelajar sekolah mempunyai pelbagai matlamat,matlamat ticlak jelas atau tiada matlamar. Inisebahagian besarnya adalah clisebabkan olehincliviclu kabur tentang keupayaan dirinya disamping ticlak jelas clari segi hubungan an tarakeupayaan diri clengan pemilihan keljaya. Nowak(1986) menyatakan bahawa incliviclu yangmempunyai maklumat diri yang jelas mengenaipersonaliti, minat, nilai dan pencapaian selalunyamempunyai arah clan matlamat yang jelas juga.Individu yang tahu apakah bidang akademikatau keljaya yang patut ia terokai yang selarasdengan potensi yang climiliki selalunyabermotivasi tinggi dan gembira denganpilihannya sendiri. Sebaliknya individu yangmempunyai maklumat diri yang kabur dan tidakjelas selalunya mempunyai banyak matlamattetapi matlamat mereka kabur dan tidak terfokus.Mereka selalunya kurang bermotivasi atau tiadamotivasi untuk mencapai sesuam matlamar.

Banyak kajian telah dUalankan untuk melihathubungan an tara pembolehubah motivasipencapaian clengan pembolehubah lain sepertipencapaian akaclemik, pencapaian kelja, prestasikelja dan procluktiviti. Namun begitu kajian­kajian khusus berbentuk eksperimen yangmelibatkan rawatan benujuan untukmeningkatkan tahap motivasi pencapaian agakterhad dan terbatas. Antara kajian yang telahdijalankan ialah k~ian oleh Habibah (1991),Zarina (1991), Azliza (1992) dan Zalina (1994).

TUJUAN

Kajian llll dijalankan benujuan untukmenentukan keberkesanan penggunaan ModulPerkembangan Kerjaya Bersepaclu yangcliperkenal oleh Sidek Mohd Noah (Sidek 1992)terhadap peningkatan motivasi pencapaian dikalangan pelajar sekolah menengah. Untukmencapai tujuan tersebut, persoalan kajianberikut telah dikemukakan:

Aclakah penggunaan modul motivasi yang clikenalisebagai Ylodul Perkembangan Kerjaya Bersepadudapat meningkatkan motivasi pencapaian pelajar?

Apakah kaedah penyampaian modul yanglebih berkesan sama ada secara kelompok atausecara mass?

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk trueexperimental, di mana l~ian pra clan ujian pascakumpulan kawalan rawak cliaplikasikan. Rekabentuk tl1le experimental clipilih kerana kajianeksperimental merupakan satu pendekatan untukmenentukan kesan sesuatu olahan (Tuckman1978). Perubahan yang berlaku pada pemboleh­ubah bersandar aclalah clisebabkan olehpembolehubah tidak bersandar. Dalam kajian iniperubahan pada rahap motivasi pencapaian adalahdisebabkan oleh penggunaan modul motivasi.

Populasi dan Sampel

Populasi kajian terdiri claripada pelajar TingkaranEmpat, Sekolah Menengah Undang ]elebu,Negeri Sembilan. Subjek kajian terdiri daripada50 orang Tingkatan 4 yang kemudiannyadiagihkan kepada tiga kumpulan secara rawakmudah menggunakan prosedur pemadanan.Kumpulan tersebut ialah kumpulan eksperimenyang mendapat rawatan secara kelompok (10orang), kumpulan eksperimen yang mendapatrawatan secara kelompok besar atau mass (30orang), dan kum pulan kawalan (l0 orang).

Instrumentasi

Alat kajian yang digunakan tercliri claripacla samset soal selidik yang mengandungi clua bahagian.Bahagian pertama menganclungi soalan-soalanuntuk memperolehi maklumat diri. Bahagiankedua pula ialah alat ukuran PencapaianMehrabian yang digunakan untuk menentukantahap motivasi responden. Alat ukuranPencapaian Mehrabian telah dibentuk berasaskankepacla model motivasi pencapaian oleh Atkinson(1964). AJat ukuran pencapaian Mehrabian inipula terbahagi kepada clua borang iaitu untuklelaki dan wanita serta mengandungi 26 itempositif clan negatif.

Kesahan dan Kebolehpel'cayaan Modul dan AlatUkul'an Mehmbian

Kesahan dan kebolehpercayaan modul clan alatukuran Mehrabian adalah tinggi. Kesahan dan

64 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998

Page 3: Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu · PDF fileNamun begitu kajian­ kajian khusus berbentuk eksperimen yang ... Kesahan dan kebolehpercayaan modul clan alat ukuran Mehrabian

Keberkesanan Modlll Perkembangan Keljaya Bersepadll Terhadap Peningkatan Motiyasi Pencapaian

Kebolehpercayaan Modul Perkembangan KeljayaBersepadu yang diperolehi melalui kajian rintisoleh Zurina (1992) berasaskan pekalikebolehpercayaan alpha Cronbach adalah antara.78 hingga .88. Alat ukuran Mehrabian telahdiuji kesahan, kebolehpercayaan dankesesuaiannya dalam konteks Malaysia olehAminuddin 1975; Mohd Nor, 1976; Abd. Jalil1976; Suriyati 1989 (dalam Mohd Ali 1996).Pekali kebolehpercayaan untuk alat ukuran iniialah .83.

Rawatan

Kumpulan eksperimen diberikan rawatanmenggunakan Modul Perkembangan KeljayaBersepadu yang telah diperkenal oleh Sidek(1992). Ketiga-tiga kumpulan diberikan ujianPencapaian Mehrabian sebanyak dua kali iaitusebelum dan selepas rawatan.

Modul Perkembangan Keljaya Bersepadumengandungi lima submodul kecil iaitusubmodul 1,2,3,4 dan 5 seperti yang terkandungdalam Rajah 1. Setiap submodul dalam modulini mewakili fasa-fasa tertentu.1. Submodul 1, Fasa I ialah KenaI Diri. Sub­

modul II1t adalah berkaitan denganmengenalpasti potensi diri daripada segipersonaliti, minat, nilai dan pencapaianindividu. la mengandungi tiga unit iaitu KenaIDiri: Ujian Personaliti, Kenal-Diri: Ujian MinatKeljaya; clan Kenal-Diri: Ujian Nilai Pekeljaan.

2. Submodul 2, Fasa II ialah Bina Matlamat. laadalah berkaitan dengan proses membina

matlamat berasaskan potensi cliri. Sub-modulini mengandungi dua unit iaitu MaklumatKeljaya dan Membina Matlamat Keljaya.

3. Submodul 3, Fasa III ialah Beri Motivasi .Sub-modul ini aclalah berkaitan denganaktiviti memberi motivasi kepacla inclividusecara luaran melalui ceramah motivasi. lamenganclungi dua unit iaitu TeknikMemotivasikan Diri dan PerkongsianMaklumat oleh Individu Berjaya.

4. Submodul 4, Fasa IV ialah Teknik Asas. Sub­modul ini aclalah berkaitan denganpemberian teknik asas kepacla inclividu untukmencapai matlamat yang telah ditentukan.la mengandungi tiga unit iaitu Teknik Belajardan Mengambil Nota; Teknik MenghadapiPeperiksaan; dan Teknik Mengurus Masadan Mengurus Ketegangan.

5. Sub-modul 5, Fasa V ialah Teknik Lanjutan.Submoclul ini berkaitan dengan pemberianteknik lanjutan kepada individu untukmencapai matlamat yang telah clitentukan.la mengandungi dua unit iaitu TeknikMenghadiri Temu cluga dan Teknik MenulisResume.

HIPOTESIS KAJIANHI: Terclapat peningkatan skor ujian pasca bagi

kumpulan eksperimen yang mana rawatandilakukan secara kelompok bagipembolehubah motivasi pencapaian.

H 2 : Terdapat peningkatan skor ujian pasca bagikumpulan eksperimen yang mana rawatan

KenaI Diri

(Fasa I)

BinaYIatlamat(Fasa II)

BeriYlotivasi(Fasa III)

TeknikAsas

(Fasa IV)

TeknikLanjutan(Fasa V)

Ylotivasi Dalaman MotivasiLuaran

• Personaliti• Nilai• Minat• Pencapaian

~i(eneroka

Kekuatan cliridan kelemahandiri sendiri

• PelanTindakan

• Ceramah• Kursus

Motivati• Bengkel

• Belajar• Mengambil

Nota• Menghadapi

Peperiksaan• Pengurusan

Masa• Mengurus

Ketegangan

• Temu dllga• ~Ilenlliis

Resume

RAJAH 1 Model Perkembangan kerjaya bersepadu(Sumber: Sidek 1992)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No. I 1998 65

Page 4: Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu · PDF fileNamun begitu kajian­ kajian khusus berbentuk eksperimen yang ... Kesahan dan kebolehpercayaan modul clan alat ukuran Mehrabian

Sidek Mohd Noah dan Mohd Ali Jaamat

dilakukan secara mass bagi pembolehubahmotivasi pencapaian.

H3

: Terdapat peningkatan skor ujian pascakumpulan kawalan bagi pembolehubahmotivasi pencapaian.

H~: Terdapat perbezaan yang signifikan antaraskor t~ian pasca kumpulan eksperimensecara kelompok, kumpulan eksperimensecara mass dan kumpulan kawalan bagipembolehubah motivasi pencapaian.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian A

Bahagian ini mengemukakan dapatan kajianberkaitan pengujian hipotesis HI' H 2, dan H 3·

Untuk tt~uan pengujian ketiga-tiga hipotesis ini,min skor t~ian pra dan ujian pasca bagi ketiga­tiga kumpulan yang dikaji dit~i menggunakanujian-t, dua sampel bersandar dengan arassignifikan ditetapkan pada .05.

Hipotesis HI menyatakan terdapatpeningkatan skor ujian pasca kumpulaneksperimen secara kelompok bagi pembolehubahmotivasi pencapaian. Skor min bagi bagi t~ian

pra ialah 124.0, manakala skor min bagi ujianpasca ialah 130.9 iaitu pertambahan sebanyak6.90. Apabi1a perbezaan skor min ujian pra danpasca dit~i dengan t~ian-t, dua sampel bersandaruntuk menentukan kesignifikanannya, keputusanyang diperolehi ialah [I (9) = 2.583, P < .05]seperti yang terdapat dalam Jadual 1. Dengankeputusan ini, hipotesis HI yang menyatakanterdapat peningkatan skor t~jian pasca kumpulaneksperimen secara kelompok bagi pembolehubahmotivasi pencapaian adalah diterima. Ela2 berni1ai

.425 yang diperolehi melebihi .25 menunjukkanbahawa skor ujian pra dan pasca adalah berbezadan perbezaannya adalah besar.

.Hipotesis H 2 menyatakan terdapatpenmg.katan skor ujian pasca bagi kumpulanekspenmen secara mass bagi pembolehubahmotivasi pencapaian. Skor min bagi bagi ujianpra lalah 124.0, manakala skor min bagi ujianpasca ialah 129.13 iaitu penambahan sebanyak5.13. Apabila perbezaan skor min ujian pra danpasca diuji dengan ujian-t dua sampel bersandaruntuk menentukan kesignifikanannya, keputusanyang diperolehi ia1ah [t (29) = 3.404, P < .05](si1a rujuk Jadua1 1). Dengan keputusan ini,hipotesis H 2 yang menyatakan terdapatpenlDgkatan skor ujian pasca kumpu1aneksperimen secara mass bagi pembolehubahmotivasi pencapaian ada1ah diterima. Ela2 bernilai.285 yang dipero1ehi melebihi .25 menunjukkanbahawa skor ujian pra dan pasca adalah berbezadan perbezaannya ada1ah besar.

.Hipotesis H3

menyatakan bahawa terdapatpenmgkatan skor ujian pos kumpulan kawalanbagi pembolehubah motivasi pencapaian. Skormin bagi bagi ujian pra ia1ah 124.0, manakalaskor min bagi lIjian pasca ia1ah 125.8 iaitupertambahan sebanyak 1.80. Apabila perbezaanskor min ujian pra dan pasca diuji dengan ujian­t untuk menentukan kesignifikanannya,keputusan yang diperolehi ialah [I (9) = .6564,p> .05] (sila rujuk Jadua1 1). Dengan keputllsanini, hipotesis H

3yang menyatakan terdapat

peningkatan skor ujian pasca kumpulan kawalanbagi pembolehllbah motivasi pencapaian adalahditolak. Ela 2 berni1ai .046 yang diperoleh

JADUAL 1. . Keplltllsan analisis ujian-t, skor lIjian pra dan ujian pasca

bagl uga kumpulan yang dikaji bagi pembolehubah motivasi pencapaian

Ujian-Pra Ujian-PascaKumpulan

Min SP Min SP

EksperimenKelompok 124.0 6.66 130.90 10.57

EksperimenMass 124.0 9.78 129.13 14.43

Kawalan 124.0 6.66 125.80 10.48

Nota: Aras signifikan pada oc .05

dk

9

9

9

2.583

3.404

0.656

Sig. 1

.001

.000

.712

.425

.285

.046

66 Pertanikaj. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998

Page 5: Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu · PDF fileNamun begitu kajian­ kajian khusus berbentuk eksperimen yang ... Kesahan dan kebolehpercayaan modul clan alat ukuran Mehrabian

Kebel'kesanan Modul Perkembangan Kelja}'a Bersepadu Terhadap Peningkatan Motiyasi Pencapaian

menunjukkan bahawa perbezaan skor ujian pradan pasca adalah kecil.

Bahagian B

Babagian ini mengemukakan dapatan kajianberkaitan pengujian hipotesis H•. Untuk tluuanpengluian bipotesis ini, min skor luian pascabagi ketiga-tiga kumpulan yang dikaji dilUimenggunakan ujian ANOVA dengan arassignifikan ditetapkan pada .05.

Hipotesis H. menyatakan terdapat perbezaanyang signifikan antara skor ujian pasca kumpulaneksperimen secara kelompok, kumpulaneksperimen secara mass dan kumpulan kawalanbagi pembolebubah motivasi ,pencapaian.Keputusan yang diperolehi ialab [F (2,47) =

.381, P > .05] (sila rujuk Jadual 2). Dengankeputusan ini rumusan yang boleh dibuat ialahtidak tedapat perbezaan yang signifikan antaraskor luian pasca kumpulan eksperimen secarakelompok, kumpulan eksperimen secara massdan kumpulan kawalan bagi pembolebubahmotivasi pencapaian. Eta2 bernilai .007 yangdiperolehi menunjukkan bahawa tiada perbezaanskor min dalam lUian pasca untuk ketiga-tigakumpulan yang dikaji.

PERBINCANGAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kumpulanrawak, ujian pra, luian pasca di mana duakumpulan eksperimen dan satu kumpulankawalan telab digunakan. Menurut Isaac danMicbael (1984), reka bentuk ini mempunyaikekuatan di mana pembolehubah extraneous yangberlaku antara dua pengukuran iaitu ujian pradan pasca dikawal kerana walaupun ia berlaku,ia memberi kesan kepada semua kumpulan yangdikaji. Ini termasuklah kesan kematangan dan

pralUian. Kesan daripada perbezaan pemilihanpula dikawal dengan kaedah pemiliban secararawak, sementara regresi statistik dikawal denganskor yang ekstrim diagibkan secara ra\\lak kedalam ketiga-tiga kumpulan (Isaac dan Michael1984) .

Pengluian hipotesis HI dan H o menunjukkanterdapatnya peningkatan yang signifikan dalamskor luian pasca berbanding skor ujian pra bagikedua-dua kumpulan bagi pembolehubahmotivasi pencapaian. Pertambahan sebanyak 6.90untuk kumpulan eksperimen secara kelompokdan sebanyak 5.13 untuk kumpulan eksperimensecara mass jelas menunjukkan peningkatan ini.Ini bermakna para pelajar yang telab menerimarawatan menggunakan Modul PerkembanganKetjaya Bersepadu sama ada secara kelompokatau secara mass telah memperlihatkanpeningkatan dalam skor motivasi pencapaianmereka. Dapatan ini juga menunjukkan bahawapenyampaian modul menggunakan kaedahkelompok dan kaedah mass telab memberikankesan yang lebih kurang sama dengan perbezaanhanya sebanyak 1.77.

Hipotesis H3

menyatakan terdapatpeningkatan skor ujian pasca kumpulan kawalanbagi pembolehubah motivasi pencapaian.Pengluian hipotesis ini menunjukkan bahawatiada peningkatan skor motivasi pencapaianberlaku di kalangan para pelajar dari kumpulankawalan yang tidak menerima apa-apa rawatan.Ini jelas apabila keputusan analisis ujian-t untukmenguji perbezaan skor min luian pra (124.0)dan luian pasca (125.8) bagi pembolehubahmotivasi pencapaian telah menunjukkan tidakwujud perbezaan yang signifikan.

Pengujian hipotesis H. menunjukkan tidakterdapat perbezaan yang signifikan dalam skorujian pasca bagi pembolebubab motivasi

JADUAL 2Keputusan analisis AL'\lOVA skor ujian pasca kumpulan

kajian secara kelompok, kumpulan kajian secara mass dan kumpulan kawalan

Sumber dk Jumlah Min Kadar Signifikan Eta2

Gandadua Gandadua F F

Antara 2 137.38 68.69 .381 .320 .007KumpulanDalam 47 8470.00 180.21KumpulanJumlah 49 8607.38

Nota: Tidak signifikan pada ak .05

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998 67

Page 6: Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu · PDF fileNamun begitu kajian­ kajian khusus berbentuk eksperimen yang ... Kesahan dan kebolehpercayaan modul clan alat ukuran Mehrabian

Sidek Mohd Noah dan Mohd Ali Jaamat

pencapaian bagi ketiga-tiga kumpulan yang dikaji.Tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan iniadalah disebabkan oleh perbezaan yang terlalukecil antara skor min kumpulan eksperimensecara kelompok dengan skor min kumpulaneksperimen secara mass iaitu 1.77.

Walaupun wujud perbezaan skor min yangbesar an tara kumpulan eksperimen secarakelompok dengan kumpulan kawalan dan antarakumpulan eksperimen secara mass dengankumpulan kawalan iaitu masing-masing 5.10 dan3.33, namun perbezaan itu tidak mampumemperlihatkan perbezaan yang signifikanantara ketiga-tiga kumpulan melalui ujianANOVAkerana dipengaruhi oleh perbezaan minyang terlalu kecil antara skor min kumpulaneksperimen secara kelompok dengan skor minkumpulan eksperimen secara mass.

Untuk mengenalpasti punca kepadaperbezaan yang tidak signifikan ini ujian post hocmultiple comparison telah dijalankan. Hasildaripada ujian post hoc multiple comparisonmenunjukkan bahawa terdapat perbezaan yangsignifikan antara skor min ujian pasca kumpulaneksperimen secara kelompok dengan kumpulankawalan dan skor min ujian pasca kumpulaneksperimen secara mass dengan kumpulankawalan. Perbezaan yang tidak signifikan hanyadikesan antara skor min kumpulan eksperimensecara kelompok dengan skor min kumpulaneksperimen secara mass.

Hasil dari pengujian ke atas HI' H 2 , H 3, danH

4, yang telah dikemukakan jelas menunjukkan

bahawa kedua-dua kumpulan yang menerimarawatan sarna ada secara kelompok atau secaramass telah memperlihat peningkatan motivasipencapaian, sementara kumpulan kawalan pulatidak menunjukkan apa-apa perubahan. Melaluipengujian ke atas keempat-empat hipotesis, jelasmenunjukkan bahawa rawatan yang diberikantelah memberikan kesan kepada peningkatanmotivasi pencapaian pelajar.

Keputusan kajianjuga menunjukkan bahawapeningkatan motivasi pencapaian melalui kaedahkelompok adalah lebih kurang sarna sahajaberbanding kaedah kelompok besar atau mass.Ini bermakna kandungan modul yangdisampaikan kepada pelajar melalui kaedahkelompok memberi kesan yang sarna dalammeningkatkan motivasi pencapaian berbandingkaedah mass. Ini jelas dengan keputusan l~ian

post hoc multiple comparison yang dijalankan.Walaupun kesan Hawthorne mungkin berlaku,

beberapa langkah untuk meminimumkannyatelah dilakukan. Antaranya ialah:1. Kesemua pelajar Tingkatan 4 yang menjadi

populasi kajian ini telah diberikan ujianpra.

2. Pelajar tidak diberitahu yang mereka terlibatdalam kajian.

3. Kaunselor yang terlibat dalam menjalankanujian pra, rawatan, dan ujian pasca adalahkaunselor sekolah berkenaan yang sudahbiasa dengan pelajar-pelajar di sekolahtersebut.

4. Di sekolah berkenaan terdapat banyakkumpulan yang dibentuk untuk pelbagaitl~uan dan bagi mereka aktiviti kumpulanmerupakim suatu kebiasaan.

5. Kajian ini melibatkan tiga kumpulan.Sekiranya kesan Hawthorne memberipengaruh kepada kajian, ia akan memberipengaruh kepada ketiga-tiga kumpulan dantidak hanya kepada kumpulan tertentusah<ya.Dengan reka bentuk kajian yang dikatakan

mempunyai kekuatan oleh Isaac dan Micheal(1984) yang dapat mengawal beberapa pemboleh­ubah extraneous seperti yang telah dibincangkan disamping beberapa langkah yang dilaksanakanuntuk meminimumkan kesan Hawthorne, dapatlahdibuat kesimpulan bahawa Modul PerkembanganKeljaya Bersepadu oleh Sidek (1992) telah beljayameningkatkan motivasi pencapaian pelajar.Dapatan kajian ini adalah selaras dengan dapatanoleh Zarina (1991), Azliza (1992) dan Zalina (1994)yang juga menggunakan modul yang sarna.

IMPLIKASI KAJIAN

Dapatan kajian ini menunjukkan keberkesananModul Perkembangan Kerjaya Bersepadu yangdiperkenal oleh Sidek (1992) dalam meningkat­kan motivasi pencapaian pelajar. Modul yangmengandungi 12 unit ternyata berupaya mening­katkan motivasi pencapaian pelajar ke tahapyang sangat memuaskan. Dapatan ini adalahsangat signifikan dan memberi sumbangankepada perkembangan ilmu pengetahuanterutama yang berkaitan dengan pengkajianmotivasi. Kajian ini juga telah menghasilkanmaklumat-maklumat pen ting yang bolehmemberikan kita kefahaman yang lebihmengenai variabel motivasi pencapaian serrakaedah bagaimana untuk meningkatkannya.

Dengan terhasilnya bukti-bukti empirikmengenai kesesuaian dan keberkesanan Modul

68 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998

Page 7: Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu · PDF fileNamun begitu kajian­ kajian khusus berbentuk eksperimen yang ... Kesahan dan kebolehpercayaan modul clan alat ukuran Mehrabian

Keberkesanan l'vlodul Perkembangan Keljaya Bersepadu Terhadap Peningkalan 'vloti\'asi Pencapaian

Perkembangan Keljaya Bersepadu Sidek dalammeningkatkan motivasi pencapaian, maka adalahsangat wajar modlll ini diperluas penggllnaannyac1i sekolah-sekolah. Setiap indiviclu pelajar aclalahwajar c1icleclahkan dengan teknik-teknik mendo­rong clan memotivasikan diri ke arah pencapaianmatlamat yang c1icita-citakan.

Sistem pencliclikan sekarang seharusnya tidaklagi hanya tertumpu kepada pencapaianakademik semata-mata, tetapi memberi pertim­bangan yang sewajarnya ke atas variabel lainseperti kesesuaian jenis personaliti, minat, nilaidan pencapaian individu. Keselarasan antara ciri­ciri pelajar dengan bidang pengkhllsusan ataulatihan amat penting kerana ia sering c1ikaitkandengan tahap motivasi, kepllasan, stabiliti clanpencapaian yang tinggi (Holland 1985). MelaluiModlll Perkembangan Keljaya Bersepaclu yangc1ilalui, para pelajar akan lebih menyeclari betapapentingnya mempunyai matlamat kerjaya yangbenar-benar selaras c1engan ciri-ciri c1iri.

CADANGAN

Moclul ini merupakan satu-satunya moclulperkembangan keljaya bersifat menyeluruh yangsangat sesuai bagi para pelajar sekolah menengah.Unit-unit yang terkandung di dalamnya meliputiproses mengenali diri, membina matlamat keljaya,teknik memotivasikan diri, teknik asas berkaitandengan pengajaran dan pembelajaran serta tekniklanjutan yang sangat berguna dalam kehidupanseseorang untuk mencari dan mendapatkan kelja.

Kesempatan mengenali diri secara sistematikmenggunakan teknik psikometrik melaluipenggunaan ujian-ujian psikologi, Fasa 1; membuatpenjelajahan kerjaya dan membuat keputusankeljaya, Fasa 2; dan teknik memotivasikan diri,Fasa 3 adalah amat perlu kepada para pelajar. Disamping itu moclul ini juga memberikan parapelajar peluang terbaik untuk memperoleh teknik­teknik asas seperti teknik mengambil nota, teknikbelajar, teknik menghadiri peperiksaan, teknikmengurus masa, teknik mengunls ketegangan, Fasa4; di samping teknik-teknik yang lebih khususseperti teknik menghadili temucluga dan teknikmenulis resume, Fasa 5.

Lanjutan dari itu, cadangan-cadanganberikut dikemukakan. Aclalah diharapkancadangan-cadangan ini diteliti sewajarnya olehsemua pihak meliputi para kaunselor, pakarmotivasi, pendidik, serta pengkaji akan datangyang berminat untuk memperdalamipembolehubah ini. Cadangan-cadangan itu ialah:

1. Oleh kerana Modul Perkembangan KerjayaBersepadu yang diperkenalkan oleh Sidek(1992) ini terbukti berkesan yang positifkepada peningkatan motivasi pencapaian,maka adalah sangat wajar kaunselor sekolahmelaksanakan moclul ini di sekolah masing­masing sebagai salah satu program tahunanmereka. Adalah dicadangkan agar moclul inidilaksanakan secara menyeluruh dan terancangterutama kepada pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6yang mana mereka ini secara relatifnya semakinmenghampiri dunia pekeljaan.

2. Kajian ini merupakan yang kedua seumpama­nya yang telah dijalankan c1i sekolah menengahdi negara ini menggunakan ModulPerkembangan Ketjaya Bersepadu oleh Sidek(1992, 1993, 1996). Sebeillm ini beberapakajian telah dijalankan ke atas pelajarmatrikulasi Universiti Putra Malaysia, Serclang,misalnya Zarina (1991) dan Zalina (1994) dandi sekolah oleh Azliza (1992) namlln ianyahanya melibatkan Fasa 1, Fasa 2 clan Fasa 3sahaja. Oleh yang c1emikian adalah dicadang­kan agar beberapa kajian lanjutan dijalankanterhadap sampel yang lain untuk menil~au

keberkesanan modlll dalam pelbagai settingyang berlainan c1i samping melibatkan jugaFasa 4 dan Fasa 5.

RUJUKAN

ABo jALIL. 1976. Keberkesanan moclul motivasiterhadap peningkatan motivasi pencapaianpelajar tingkatan 4, Sekolah Ylenengah Undangjelebu, Negeri Se1l1bilan. Latihan ilmiah,jabatan Pencliclikan, UPM, Serclang.

A\II:\CDDl:\. 1975. Keberkesanan 1l1odul 1l1otivasiterhadap peningkatan 1l1otivasi pencapaianpelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Undangjelebll, Negeri Sembilan. Latihan ilmiah,jabatan Pendidikan, UPM, Serdang.

ATK.I:\so:\, J.W. 1964. Keberkesanan 1l1odul motivasiterhadap peningkatan 1l1otivasi pencapaianpelajar tingkatan 4, Sekolah rVlenengah UndangjeJebu, Negeri Sembilan. Latihan ilmiah,jabatan Pendidikan, UPN!, Serdang.

AnJ:\so:\, ].'''1. and J.O. R\Y:\OR. 1974. Motivationand Achievement. New York: ·Winston.

AZLlz.\ ABOl·lL\H. 1992. Keberkesanan penggunaanmodul motivasi dalam meningkatkan motivasipencapaian pelajar-pelajar di salah sebuahsekolah menengah di negeri Selangor. Kajianilmiah, Universiti Pertanian :Ylalaysia.

PenanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998 69

Page 8: Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu · PDF fileNamun begitu kajian­ kajian khusus berbentuk eksperimen yang ... Kesahan dan kebolehpercayaan modul clan alat ukuran Mehrabian

Sidek :Vlohd Noah dan Mohd Ali Jaamat

HABIBAH ALI."s. 1991. Kesan latihan motivasipencapaian ke atas pelajar-pelajar universiti.Tesis PhD, jabatan Psikologi, UniversitiKebangsaan Malaysia.

Hol.l_":-':o, J.L. 1995. Making Vocational Choice: AThem) of Vocational Personalities and WorkEnvironments. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

ISA"c S., & MIClHEL, W.B. (1984). Handbook inresearch and evaluation. San Deigo: EditsPublishers.

MCCLELLA:-':O, D.C. 1961. The Achieving Societ),.Princeton: Van Nostrand.

MCCLELU:-':O, D.C. 1965. An achievement andentrepreneurship: A longitudinal study. Journalof Ps),chology 1: 389-392.

MCCLELL,,:-':O, D.C. 1985. Human motivation. USA:SCOtt, Foresman and Company.

MEHRABI.":-':, A. (1968). Male and Female scales ofthe tendency to achieve Educational andPsyhological Measurement, 28: 493-502)

MOHO ALI J-\.A~IAT. 1997. Keberkesanan modulmotivasi terhadap peningkatan motivasipencapaian pelajar tingkatan 4, SekolahYlenengah Undang jelebu, Negeri Sembilan.Latihan ilmiah, jabatan Pendidikan, UPM,Serdang.

MOHO NOR. 1976. Keberkesanan modul morivasiterhadap peningkatan motivasi pencapaianpelajar tingkatan 4, Sekolah IVIenengah Undangjelebu, Negeri Sembilan. Latihan ilmiah,jabatan Pendidikan, UPM, Serdang.

NO\\'AK, G.T. 1986. Westem klichigan Universit)' Cm'eerGuidance inventor), iVlanual. Kalamazoo,Michigan: Western Michigan University Testingand Evaluation Services.

SlDEK MOHO No.-\H. 1992. Ujian dan inventOl-i. Kertasketja dibentangkan di Seminar Pengujian danPengukuran, UPM, Serdang, Selangor, 12-14]ulai.

SlDEK MOHO NO.-\H. 1993. Remaja dan keljaya. Kertaskerja dibentangkan di Seminar Kmmseling danKemanusiaan ke-3, UPM, Serdang, Selangor.

SlDEK MOHO NOAH. 1996. ModulEDU 3105: Penilaiandalam kaunseling. Universiti Putra Malaysia,Serdang: IDEAL.

Sl·RIYATI. 1989. Keberkesanan modul motivasiterhadap peningkatan motivasi pencapaianpelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah UndangJelebu, Negeri Sembilan. Latihan ilmiah,Jabatan Pendidikan, UPM, Serdang.

TCCK..\L-\.'\, B.Y". 1978. Conducting Educational Research,2nd edn. New York: Harcourt Brace jovanovich.

ZALlX" ABC BAKAR. 1994. Keberkesanan modulkaunseling kerjaya bersepadu terhadapketidakpastian keljaya pelajar tahun samprogram matrikulasi, Kolej Pendita Za'ba,Universitj Pertanian Malaysia. Kajian ilmiah,Universiti Pertanian Malaysia.

ZARI:'\A ABo. WAH.-\B. 1991. Keberkesanan modulmotivasi terhadap peningkatan motivasipencapaian pelajar matrikulasi, Kolej PenditaZa'ba, Universiti Pertanian Malaysia. Kajianilmiah, Universiti Pertanian Malaysia.

(Diterima 15 September 1998)

70 PenanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998