12
E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 169 KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL Zainora binti Daud Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] Mustaffa Abdullah Jab.al-Quran dan al-Sunnah Universiti Malaya [email protected] Abstrak Kurikulum qiraat ialah satu bidang yang membincangkan perselisihan bacaan yang berlaku antara imam-imam dan perawi-perawi Qiraat Sab’ah yang bertepatan dengan tiga rukun bacaan Qiraat dan dipelajari secara talaqqi dan musyafahah. Kurikulum Qiraat telah diperkenalkan di DQ sejak penubuhannya lagi pada tahun 1966 hingga kini dan telah melalui pelbagai bengkel pemurniaan dan perubahan dari aspek tempoh pengajian, isi kandungan dan kaedah penilaian.. Justeru itu, Kajian ini dijalankan untuk menganalisa tahap keberkesanan kurikulum Qiraat. Kajian ini memfokuskan kepada para pelajar semester enam di Darul Quran. Bagi mencapai tujuan tersebut, reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriftip melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan metode soal selidik. Kesemua instrumen pengutipan data telah diubahsuai oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperoleh bagi semua instrumen adalah tinggi (>0.9). Seramai 30 orang pelajar semester 6 daripada Darul Quran di Selangor telah dipilih untuk kajian rintis. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian ini berguna kepada penggubal polisi dalam usaha pemantapan kurikulum Qiraat dan meningkatkan pengukuhan penguasaan Qiraat di kalangan pelajar Darul Quran selaras dengan misi dan visi penubuhan Darul Quran. Bidang Kajian: Keberkesanan, Kurikulum Qiraat dan Darul Quran ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pendahuluan Kurikulum ilmu qiraat al-Quran merupakan ‘ulūm aqdam di dalam perkembangan Islam dan ia adalah semulia-mulia ilmu daripada ‘ulum al-din yang pertama dipelajari oleh para sahabat dari aspek talaqqy serta musyāfahah dan hifȥ.(al-Zarkasy, 1972). Namun begitu apabila berlaku perselisihan wajah-wajah qiraat dan bacaan al-Qur’an,( Abd al-Fattah al-Qadhi, 1955), ia memerlukan satu ilmu yang membezakan antara qiraat shahih yang mutawātir dan qiraat syadh (Khayr al-Din Sayyb, 2008) yang nadīr sehingga mewujudkan qiraat yang boleh dibaca atau qiraat tidak boleh dibaca yang menjadi satu benteng atau garis panduan daripada sebarang penyelewengan atau perubahan di dalam ayat-ayat al-Qur’an dan lahirlah ilmu Qiraat yang telah disusun oleh para ulama mutaqaddimīn. Penyusunan ilmu Qiraat ini memberi impak yang besar di kalangan umat Islam untuk memberi kemudahan di dalam pembacaan kalimah-kalimah al-Qur’an.

Keberkesanan Kurikulum Qiraat Di Kalangan Pelajar Darul Quran Satu Tinjauan Awal

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian Zainora

Citation preview

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 169

    KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

    Zainora binti Daud

    Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

    [email protected]

    Mustaffa Abdullah Jab.al-Quran dan al-Sunnah

    Universiti Malaya [email protected]

    Abstrak

    Kurikulum qiraat ialah satu bidang yang membincangkan perselisihan bacaan yang berlaku antara imam-imam dan perawi-perawi Qiraat Sabah yang bertepatan dengan tiga rukun bacaan Qiraat dan dipelajari secara talaqqi dan musyafahah. Kurikulum Qiraat telah diperkenalkan di DQ sejak penubuhannya lagi pada tahun 1966 hingga kini dan telah melalui pelbagai bengkel pemurniaan dan perubahan dari aspek tempoh pengajian, isi kandungan dan kaedah penilaian.. Justeru itu, Kajian ini dijalankan untuk menganalisa tahap keberkesanan kurikulum Qiraat. Kajian ini memfokuskan kepada para pelajar semester enam di Darul Quran. Bagi mencapai tujuan tersebut, reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriftip melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan metode soal selidik. Kesemua instrumen pengutipan data telah diubahsuai oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperoleh bagi semua instrumen adalah tinggi (>0.9). Seramai 30 orang pelajar semester 6 daripada Darul Quran di Selangor telah dipilih untuk kajian rintis. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian ini berguna kepada penggubal polisi dalam usaha pemantapan kurikulum Qiraat dan meningkatkan pengukuhan penguasaan Qiraat di kalangan pelajar Darul Quran selaras dengan misi dan visi penubuhan Darul Quran.

    Bidang Kajian: Keberkesanan, Kurikulum Qiraat dan Darul Quran

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    1. Pendahuluan

    Kurikulum ilmu qiraat al-Quran merupakan ulm aqdam di dalam perkembangan Islam dan ia adalah semulia-mulia ilmu daripada ulum al-din yang pertama dipelajari oleh para sahabat dari aspek talaqqy serta musyfahah dan hif.(al-Zarkasy, 1972). Namun begitu apabila berlaku perselisihan wajah-wajah qiraat dan bacaan al-Quran,( Abd al-Fattah al-Qadhi, 1955), ia memerlukan satu ilmu yang membezakan antara qiraat shahih yang mutawtir dan qiraat syadh (Khayr al-Din Sayyb, 2008) yang nadr sehingga mewujudkan qiraat yang boleh dibaca atau qiraat tidak boleh dibaca yang menjadi satu benteng atau garis panduan daripada sebarang penyelewengan atau perubahan di dalam ayat-ayat al-Quran dan lahirlah ilmu Qiraat yang telah disusun oleh para ulama mutaqaddimn. Penyusunan ilmu Qiraat ini memberi impak yang besar di kalangan umat Islam untuk memberi kemudahan di dalam pembacaan kalimah-kalimah al-Quran.

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 170

    2. Keberkesanan

    Keberkesanan merupakan perihal berkesannya sesuatu tindakan atau pun perubahan dengan kata lain sesuatu tindakan itu dapat dilihat hasil yang diperoleh sesudahnya(Noresah Baharom, 2005). Ee Ah Meng (1994) mengemukakan tiga bentuk untuk mendapat jawapan keberkesanan iaitu melalui pengujian, pengukuran dan penilaian di mana pengujian dibuat bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku dengan mengemukakan satu set soalan yang berkehendakkan satu tindak balas bertujuan mengesan hasil pelajaran yang telah dicapai, pengukuran pula merupakan proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan penilaian pula untuk mentafsir sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Penyelidik telah menggunakan teknik yang telah dicadangkan oleh Ee Aa Meng melalui sampel soalan bagi mendapat tindak balas berkaitan keberkesanan kurikulum Qiraat.

    3. Kurikulum Qiraat

    Kurikulum merujuk kepada segala yang berlaku dalam bilik darjah termasuk pengajaran, pembelajaran, penilaian dan bahan-bahan. Ia juga merujuk kepada keseluruhan aktiviti yang dikendalikan di sekolah termasuk aktiviti-aktiviti permainan dan persatuan (Sivachandralingham Sundar, 1999).

    Menurut Wan Muhammad (1995), kurikulum Qiraat telah mula dilaksanakan sejak program Diploma Tahfiz al-Quran diperkenalkan di Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat pada tahun 1966 yang beroperasi di Masjid Negara di bawah anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) di Jabatan Perdana Menteri sehingga dinaiktaraf pada tahun 1997 di bawah pentadbiran kerajaan pusat iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengurus berkaitan hal ehwal Islam secara umum di Malaysia dan diberi nama Darul Quran dan kini bertempat di Kuala Kubu Bharu (Darul Quran 2007).

    Kurikulum Qiraat di DQ merangkumi Qiraat Ilmi dengan memberi pendedahan asas ilmu qiraat tujuh, mendedahkan kepada pelajar ilmu qiraat secara teori dan penggunaan istilah dalam pengajian tersebut, memberi kefahaman kepada pelajar tentang wujudnya bacaan qiraat yang lain selain riwayah Hafs, mengkaji ilmu Usul Qiraat serta Qiraat Amali iaitu Memberi pendedahan kepada pelajar tentang bacaan Qiraat Sabah secara praktikal. Sukatannya ialah surah al-Fatihah dan 2 rubu dari awal surah al-Baqarah, memberi kefahaman dan pendedahan tentang sebutan qiraat secara tepat dan betul secara musyafahah dan memberi pengetahuan dan kemahiran tentang perbezaan sebutan dan istilah qiraat di antara imam-imam seperti shilah mim al-jam, shilah ha al-dhamir, al-naql, al-imalah, al-taqlil dan lain-lain.

    4. Darul Quran

    DQ memainkan peranan sebagai sebuah pusat pengajian yang menawarkan program pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan, merancang dan melaksanakan program pengajian serta kursus dan latihan secara bersistematik serta berkualiti sama ada dari segi akademik dan tenaga kepakaran dalam bidang pengkhususan tahfiz al-Quran dan qiraat. Malahan DQ juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan penerbitan hasil-hasil kajian dalam bidang al-Quran dan qiraat (Darul Quran, 2005).

    Falsafah Program Kurikulum Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat ialah membentuk generasi al-Quran yang bertakwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan ummah. Manakala antara objektif khas Darul Quran ialah untuk melahirkan Qurra (Qari dan Qariah) yang mahir lagi berwibawa dalam seni bacaan al-Quran dan ilmu qiraat. (Darul Quran 2005). Pada tahun 2012 objektif khas program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat telah digubal dan dikemaskini sehingga menjadi sembilan objektif iaitu melahirkan huffaz yang beriman, bertakwa, berkebolehan menguasai dan mempraktikkan ilmu asas pengajian Islam dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah, berkebolehan memiliki ilmu-ilmu Islam yang mendalam dalam bidang pengajian al-Quran dan al-Sunnah,

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 171

    berkebolehan mengenal pasti permasalahan Hal Ehwal Islam yang berkaitan al-Quran dan al-Sunnah serta dapat menanganinya dengan lebih cekap, berkebolehan mereka cipta bentuk dan menjalankan penyelidikan dalam al-Quran dan al-Sunnah serta mampu menganalisis dan menginterpretasikan data, berkebolehan berfungsi dengan baik dan berkesan dalam kepimpinan secara individu dan kumpulan, mempunyai etika dan tanggungjawab dalam pembangunan Negara, berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan, menyedari kepentingan mendalami ilmu pengetahuan dan menjalani pembelajaran sepanjang hayat, berpengetahuan untuk menceburkan diri dalam bidang pentadbiran, pengurusan dan keusahawanan (Darul Quran, 2012)

    5. Teoretikal Kajian

    Rajah 1 : Teoritikal kajian Sumber: Diadaptasi dan diubahsuai Vincent Pang 2010

    Berdasarkan objektif dalam kajian untuk, a) Mengenal pasti kurikulum Qiraat, b) Menilai persepsi pelajar terhadap keberkesanan kurikulum Qiraat dan c) Mencadangkan langkah-langkah atau polisi yang boleh meningkatkan mutu kurikulum Qiraat.

    Instrumen yang digunakan telah diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian-kajian lepas oleh Abd Rahman Abd Ghani et al (2012,2010), Aishah Juri (2009) dan Shahrun Nizam (2006).

    6. Metodologi

    6.1 Sampel dan Metode Pengumpulan Data

    Pelajar semester enam dalam Diploma Tahfiz al-Quran di Darul Quran kerana mereka terlibat dengan kurikulum Qiraat dan mempunyai maklumat di dalam bidang kurikulum qiraat di DQ. Kajian ini merupakan kajian rintis Doktor Falsafah yang telah dijalankan di Darul Quran. Seramai 30 orang pelajar semester enam yang dipilih menjadi responden kajian ini yang terlibat dengan pengajian Qiraat. Sebanyak 30 set soal selidik diedarkan sendiri oleh pengkaji di dalam kelas yang telah disetkan oleh pihak pentadbiran DQ selepas mendapat kebenaran daripada pihak JAKIM dan pentadbiran DQ serta pensyarah yang terlibat.

    6.2 Instrumen

    Keberkesanan

    Objektif Mata Pelajaran

    Kandungan Kurikulum

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 172

    Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik kerana ia bersesuaian dengan kaedah tinjauan. Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik jawapan dipilih. Dalam kajian ini penyelidik telah memilih untuk menggunakan kaedah pemungutan data secara skala jawapan jenis Likert lima mata sebagai skala jawapan responden terhadap semua penyataan yang digunakan dalam instrumen kajian ini. Skala Likert adalah sesuai digunakan bagi mengukur pandangan yang diberikan oleh responden dalam ruang tertentu secara berterusan tentang suatu amalan persepsi dan sikap (Cohen et. al 2000). Dalam instrumen kajian ini, responden diminta memilih jawapan mereka dengan menandakan salah satu nombor dari 1 hingga 5 berdasarkan keterangan bagi nombor-nombor tersebut iaitu Sangat Tidak Setuju (1) hingga kepada Sangat Setuju (5).

    Bagi menentukan kesahan dalam soal selidik telah dirujuk kepada tujuh orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang pendidikan qiraat dan penyelidikan. Manakala kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik ini, satu analisis data telah dilakukan untuk mendapatkan nilai alpha Cronbach. Didapati instrumen soal selidik pelajar ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu nilai alpha Cronbach ialah 0.93. Ini satu petunjuk yang baik tentang kebolehpercayaan instrumen tersebut dalam mengukur item-item yang hendak diukur.

    Interpretasi Skor Min

    Skor Min Interpretasi Skor Min

    1.00 hingga 2.00 Rendah 2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah 3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi 4.01 hingga 5.00 Tinggi

    Sumber : Stufflebeam (1971)

    7. Dapatan Kajian

    7.1 Analisis Profil Responden

    Dapatan kajian yang dilaporkan ini adalah sebahagian kajian rintis daripada kajian calon Doktor Falsafah. Laporan dapatan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama akan menjelaskan profil responden, manakala bahagian kedua akan menjelaskan tentang dapatan hasil pembelajaran pengajian Qiraat dalam kajian ini. Kesemua pelajar yang menjadi responden kajian rintis ialah pelajar perempuan semester enam daripada Darul Quran. Taburan responden berdasarkan kelulusan memasuki DQ ialah:

    Jadual 1: Taburan responden berdasarkan kelulusan memasuki DQ

    Berdasarkan Jadual 1 di atas, seramai 29 orang responden (96.7%) yang memiliki SPM dan seorang responden (3.3) memiliki STAM. Manakala taburan responden berdasarkan pernah belajar Qiraat sebelum memasuki DQ/MTQN sebagaimana dalam Jadual 2:

    Jadual 2: Taburan responden berdasarkan pernah belajar Qiraat sebelum memasuki DQ/MTQN

    A4.PERNAH BELAJAR QIRAAT SBLM DQ/MTQN

    KELULUSAN MEMASUKI DQ

    Frequency Percent Valid Percent

    Cumulative Percent

    Valid SPM 29 96.7 96.7 96.7

    STAM 1 3.3 3.3 100.0

    Total 30 100.0 100.0

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 173

    Frequency Percent Valid Percent

    Cumulative Percent

    Valid ADA 8 26.7 26.7 26.7

    TIADA 22 73.3 73.3 100.0

    Total 30 100.0 100.0

    Berdasarkan Jadual 2 di atas, terdapat 8 orang responden (26.7%) yang pernah belajar Qiraat dan 22 orang pelajar (73.3%) yang tidak pernah belajar Qiraat sebelum memasuki DQ/MTQN. Manakala taburan pernah mendengar bacaan Qiraat selain Riwayat Hafs sebelum ke DQ/MTQN sebagaimana dalam Jadual 3:

    Jadual 3: Taburan pernah mendengar bacaan Qiraat selain Riwayat Hafs sebelum ke DQ/MTQN

    Berdasarkan Jadual 3 di atas, terdapat 16 orang responden (53.3%) yang pernah mendengar qiraat selain Qiraat Hafs dan 14 orang responden (46.7%) yang tidak pernah mendengar Qiraat lain selain Qiraat Haafs. Manakala taburan responden terhadap pendorong mempelajari Qiraat sebagaimana dalam Jadual 4 :

    Jadual 4: Taburan responden terhadap pendorong mempelajari Qiraat

    Berdasarkan Jadual 4 di atas, terdapat 8 orang responden (26.7%) yang minat mempelajari Qiraat diri sendiri, 1 orang responden (3.3%) disebabkan ibu bapa, Rakan sebagai pendorong seramai 2 orang responden (6.7%), 13 orang responden (43.3%) adalah guru dan faktor lain-lain seramai 6 orang responden (20%). Manakala taburan responden berdasarkan tahap penguasaan Qiraat sebagaimana dalam Jadual 5:

    Jadual 5: Taburan responden berdasarkan tahap penguasaan Qiraat

    A7.TAHAP PENGUASAAN QIRAAT

    A5.PERNAH DENGAR QIRAAT SELAIN HAFS

    Frequency Percent Valid Percent

    Cumulative Percent

    Valid ADA 16 53.3 53.3 53.3

    TIADA 14 46.7 46.7 100.0

    Total 30 100.0 100.0

    A6.PENDORONG QIRAAT

    Frequency Percent Valid Percent

    Cumulative Percent

    Valid DIRI SENDIRI 8 26.7 26.7 26.7

    IBU/BAPA/PENJAGA 1 3.3 3.3 30.0

    RAKAN 2 6.7 6.7 36.7

    GURU 13 43.3 43.3 80.0

    LAIN-LAIN 6 20.0 20.0 100.0

    Total 30 100.0 100.0

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 174

    Frequency Percent Valid Percent

    Cumulative Percent

    Valid .00 1 3.3 3.3 3.3

    SANGAT BAIK 1 3.3 3.3 6.7

    BAIK 3 10.0 10.0 16.7

    SEDERHANA 15 50.0 50.0 66.7

    LEMAH 8 26.7 26.7 93.3

    SANGAT LEMAH 2 6.7 6.7 100.0

    Total 30 100.0 100.0

    Berdasarkan Jadual 5 di atas, terdapat seorang responden (3.3%) berada di tahap yang sangat baik, 3 orang responden (10%) baik, 15 orang responden (50%) adalah sederhana, 8 orang responden (26.7) adalah lemah dan 2 orang responden (6.7%) adalah sangat lemah. Manakala taburan responden berdasarkan tahap penguasaan al-Quran sebagaimana dalam Jadual 6 iaitu:

    Jadual 6: Tahap penguasaan al-Quran

    Berdasarkan Jadual 6 di atas, terdapat 2 orang responden (6.7%) berada pada tahap sangat baik, 21 orang responden (70%) berada pada tahap baik dan 7 orang responden (23.3%) adalah sederhana. Manakala tahap penguasaan tajwid pula sebagaimana Jadual 7 iaitu:

    Jadual 7: Tahap Penguasaan Tajwid

    Berdasarkan Jadual 7 di atas, terdapat 3 orang responden (10%) berada pada tahap sangat baik, 21 orang responden (70%) ialah baik, 4 orang responden (13.3%) ialah sederhana, 2 orang responden (6.7%) ialah lemah.

    Kesimpulan daripada dapatan profil pelajar yang terlibat dengan kurikulum Qiraat merupakan majoriti pelajar daripada lulusan SPM serta tidak mempunyai pendedahan ilmu dalam kurikulum Qiraat sebelum memasuki DQ tetapi sebahagian daripada mereka pernah mendengar Qiraat-qiraat

    A8.TAHAP PENGUASAAN AL-QURAN

    Frequency Percent Valid Percent

    Cumulative Percent

    Valid SANGAT BAIK 2 6.7 6.7 6.7

    BAIK 21 70.0 70.0 76.7

    SEDERHANA 7 23.3 23.3 100.0

    Total 30 100.0 100.0

    A9.TAHAP PENGUASAAN TAJWID

    Frequency Percent Valid Percent

    Cumulative Percent

    Valid SANGAT BAIK 3 10.0 10.0 10.0

    BAIK 21 70.0 70.0 80.0

    SEDERHANA 4 13.3 13.3 93.3

    LEMAH 2 6.7 6.7 100.0

    Total 30 100.0 100.0

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 175

    lain. Manakala guru merupakan aspek utama yang mendorong minat mereka mempelajari kurikulum Qiraat. Begitu juga dengan aspek tahap penguasaan Qiraat menunjukkan di tahap yang sederhana berbanding dengan tajwid dan al-Quran berada di tahap yang baik. Gabungan antara minat dan ketiga-tiga tahap penguasaan akan menentukan kejayaan dan kualiti pembelajaran di dalam Kurikulum Qiraat.

    7.2 Kebolehpercayaan Analisis

    Menurut Pallant (2001) dalam Noraini Idris (2010), nilai indeks alpha sebanyak .7 atau ke atas adalah baik untuk skala instrumen yang mempunyai sepuluh item atau lebih item. Manakala nilai alpha sebanyak .5 pula dianggap baik untuk skala instrumen yang mempunyai kurang daripada sepuluh item. Hasil kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik menunjukkan bahawa koeffisien kebolehpercayaan bagi keseluruhan soal selidik pelajar ialah .93. Dan bagi semua item-item keberkesanan kurikulum Qiraat melebihi >.9. Ini menunjukkan satu koeffisien kebolehpercayaan yang berada dalam tahap tinggi di dalam menilai persepsi pelajar terhadap keberkesanan kurikulum qiraat.

    7.3 Analisis Keberkesanan Kurikulum Qiraat

    Dapatan menunjukkan bahawa satu item keberkesanan kurikulum mencatatkan interpretasi min pada tahap tinggi, dua puluh dua item mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana tinggi dan lima item menunjukkan interpretasi pada tahap sederhana rendah.

    Item yang mendapat interpretasi min pada tahap tinggi ialah item meningkatkan takjub keagungan al-Quran dan memelihara habl min Allah dan habl min al-Nas (min=4.10) peratus setuju dan sangat setuju (83.4%%), item yang mendapat interpretasi sederhana tinggi ialah item memahami asas kaedah Qiraat Sabah (min=3.5) peratus setuju dan sangat setuju (60%), mahir membezakan bacaan Usul Qiraat dengan Farshy Huruf (min=3.2) peratus setuju dan sangat setuju (33%), menguasai istilah-istilah penting dalam pengajian qiraat (min=3.6) peratus setuju dan sangat setuju (76.6%), memahami Qiraat Sepuluh (min=3.4) peratus setuju dan sangat setuju (53.3%), menghafaz matan-matan Qiraat Syatibiyyah dengan baik (min=3.2) peratus setuju dan sangat setuju (40%), boleh membaca ayat-ayat al-Quran mengikut Qiraat Tujuh (min=3.3) peratus setuju dan sangat setuju (53.3%), Mahir menyebut bacaan qiraat dari segi hadhaf alif dan hamzah (min=3.4) peratus setuju dan sangat setuju (30%), menguasai bacaan isymam al-Shad seperti al-zay (min=3.2) peratus setuju dan sangat setuju (40%), mahir kadar harakat mad munfashil dan mad al-muttashil (min=3.7) setuju dan sangat setuju (63.3%), mahir bacaan saktah pada alif lam tarif (min=3.5) peratus setuju dan sangat setuju (56.7%), mahir bacaan saktah pada syayy (min=3.6) peratus setuju dan sangat setuju (56.7%), mahir bacaan saktah pada al-Mafsul (min 3.4) peratus setuju dan sangat setuju (46.7%), menguasai bacaan naqal ketika waqaf (min 3.7) peratus setuju dan sangat setuju (66.7%), menguasai bacaan shilah mim jama (min 3.6) peratus setuju dan sangat setuju (63.3%), mahir bacaan ibdal (min 3.6) peratus setuju dan sangat setuju (60%), mahir bacaan tashil (min 3.6) peratus setuju dan sangat setuju (60%), mahir bacaan raum (3.5) peratus setuju dan sangat setuju (50%), mampu menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat tujuh kepada masyarakat(min=3.1) peratus setuju dan sangat setuju (33.3%), dapat menguasai ilmu qiraat dengan kaedah yang diajar oleh guru (min=3.5) peratus setuju dan sangat setuju (60%), mampu membaca al-Quran dengan pelbagai kaedah bacaan qiraat (min=3.1) peratus setuju dan sangat setuju (26.7%), yakin dengan kemampuan dalam pengajian qiraat (min=3.3) peratus setuju dan sangat setuju (40%), keperibadian unggul oleh imam Qurra menambahkan minat mendalami dan mengkaji ilmu al-Quran (3.9) peratus setuju dan sangat setuju (80%), dan item yang mendapat interpretasi sederhana rendah ialah item Mengingati matan-matan Qiraat Jazary dengan baik (min=2.7) peratus setuju dan sangat setuju (20%), menguasai teori matan al-Syatibiyy dan al-Jazari (min=2.9) peratus setuju dan sangat setuju (23%), menguasai bacaan Usul Qiraat dan Farshy Huruf (min=2.9) peratus setuju dan sangat setuju (23.3%), Mampu membaca Farsy Huruf di dalam surah al-Baqarah sehingga surah al-Tawbah (min=2.7) peratus setuju dan sangat

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 176

    setuju (16.7%) dan mampu menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat sepuluh kepada masyarakat (min=2.4) peratus setuju dan sangat setuju (6.7%).

    Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan kurikulum qiraat dapat meningkatkan takjub keagungan al-Quran dan memelihara habl min Allah dan habl min al-Nas. Pelajar merasakan keperibadian unggul oleh imam Qurra menambahkan minat mendalami dan mengkaji ilmu al-Quran tetapi kurang memahami asas kaedah Qiraat Sabah, kurang mahir membezakan bacaan Usul Qiraat dengan Farshy Huruf, kurang menguasai istilah-istilah penting dalam pengajian qiraat, kurang memahami Qiraat Sepuluh. Pelajar juga kurang berusaha menghafaz matan-matan Qiraat Syatibiyyah dengan baik, kurang mahir membaca ayat-ayat al-Quran mengikut Qiraat Tujuh kurang mahir menyebut bacaan qiraat dari segi hadhaf alif dan hamzah, kurang menguasai bacaan isymam al-Shad seperti al-zay, kurang mahir kadar harakat mad munfashil dan mad al-muttashil, kurang mahir bacaan saktah pada alif lam tarif, kurang mahir bacaan saktah pada syayy, kurang mahir bacaan saktah pada al-Mafsul, kurang menguasai bacaan naqal ketika waqaf, kurang menguasai bacaan shilah mim jama, kurang mahir bacaan ibdal, bacaan tashil dan bacaan raum. Malahan pelajar juga merasakan kurang mampu menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat tujuh kepada masyarakat dan juga mersakan kaedah-kaedah yang diajar oleh guru di dalam kurikulum qiraat masih tidak mencukupi. Pelajar juga kurang mampu membaca al-Quran dengan pelbagai kaedah bacaan qiraat dan kurang yakin dengan kemampuan dalam pengajian qiraat.

    Manakala mengingati matan-matan Qiraat Jazary, menguasai teori matan al-Syatibiyy dan al-Jazari, menguasai bacaan Usul Qiraat dan Farshy Huruf amat kurang dikuasai oleh pelajar. Pelajar juga tidak menguasai dan tidak mampu membaca Farsy Huruf di dalam surah al-Baqarah sehingga surah al-Tawbah dan pelajar amat tidak berkeyakinan untuk menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat sepuluh kepada masyarakat.

    7.4 Analisis Keberkesanan

    Dapatan kajian menunjukkan bahawa satu item keberkesanan kurikulum mencatatkan interpretasi min pada tahap tinggi, dua puluh dua item mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana tinggi dan lima item menunjukkan interpretasi pada tahap sederhana rendah.

    Item yang mendapat interpretasi min pada tahap tinggi ialah item meningkatkan takjub keagungan al-Quran dan memelihara habl min Allah dan habl min al-Nas (min=4.10) peratus setuju dan sangat setuju (83.4%%), item yang mendapat interpretasi sederhana tinggi ialah item memahami asas kaedah Qiraat Sabah (min=3.5) peratus setuju dan sangat setuju (60%), mahir membezakan bacaan Usul Qiraat dengan Farshy Huruf (min=3.2) peratus setuju dan sangat setuju (33%), menguasai istilah-istilah penting dalam pengajian qiraat (min=3.6) peratus setuju dan sangat setuju (76.6%), memahami Qiraat Sepuluh (min=3.4) peratus setuju dan sangat setuju (53.3%), menghafaz matan-matan Qiraat Syatibiyyah dengan baik (min=3.2) peratus setuju dan sangat setuju (40%), boleh membaca ayat-ayat al-Quran mengikut Qiraat Tujuh (min=3.3) peratus setuju dan sangat setuju (53.3%), Mahir menyebut bacaan qiraat dari segi hadhaf alif dan hamzah (min=3.4) peratus setuju dan sangat setuju (30%), menguasai bacaan isymam al-Shad seperti al-zay (min=3.2) peratus setuju dan sangat setuju (40%), mahir kadar harakat mad munfashil dan mad al-muttashil (min=3.7) setuju dan sangat setuju (63.3%), mahir bacaan saktah pada alif lam tarif (min=3.5) peratus setuju dan sangat setuju (56.7%), mahir bacaan saktah pada syayy (min=3.6) peratus setuju dan sangat setuju (56.7%), mahir bacaan saktah pada al-Mafsul (min 3.4) peratus setuju dan sangat setuju (46.7%), menguasai bacaan naqal ketika waqaf (min 3.7) peratus setuju dan sangat setuju (66.7%), menguasai bacaan shilah mim jama (min 3.6) peratus setuju dan sangat setuju (63.3%), mahir bacaan ibdal (min 3.6) peratus setuju dan sangat setuju (60%), mahir bacaan tashil (min 3.6) peratus setuju dan sangat setuju (60%), mahir bacaan raum (3.5) peratus setuju dan sangat setuju (50%), mampu menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat tujuh kepada masyarakat(min=3.1) peratus setuju dan sangat setuju

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 177

    (33.3%), dapat menguasai ilmu qiraat dengan kaedah yang diajar oleh guru (min=3.5) peratus setuju dan sangat setuju (60%), mampu membaca al-Quran dengan pelbagai kaedah bacaan qiraat (min=3.1) peratus setuju dan sangat setuju (26.7%), yakin dengan kemampuan dalam pengajian qiraat (min=3.3) peratus setuju dan sangat setuju (40%), keperibadian unggul oleh imam Qurra menambahkan minat mendalami dan mengkaji ilmu al-Quran (3.9) peratus setuju dan sangat setuju (80%), dan item yang mendapat interpretasi sederhana rendah ialah item Mengingati matan-matan Qiraat Jazary dengan baik (min=2.7) peratus setuju dan sangat setuju (20%), menguasai teori matan al-Syatibiyy dan al-Jazari (min=2.9) peratus setuju dan sangat setuju (23%), menguasai bacaan Usul Qiraat dan Farshy Huruf (min=2.9) peratus setuju dan sangat setuju (23.3%), Mampu membaca Farsy Huruf di dalam surah al-Baqarah sehingga surah al-Tawbah (min=2.7) peratus setuju dan sangat setuju (16.7%) dan mampu menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat sepuluh kepada masyarakat (min=2.4) peratus setuju dan sangat setuju (6.7%).

    Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan kurikulum qiraat dapat meningkatkan takjub keagungan al-Quran dan memelihara habl min Allah dan habl min al-Nas. Pelajar merasakan keperibadian unggul oleh imam Qurra menambahkan minat mendalami dan mengkaji ilmu al-Quran tetapi kurang memahami asas kaedah Qiraat Sabah, kurang mahir membezakan bacaan Usul Qiraat dengan Farshy Huruf, kurang menguasai istilah-istilah penting dalam pengajian qiraat, kurang memahami Qiraat Sepuluh. Pelajar juga kurang berusaha menghafaz matan-matan Qiraat Syatibiyyah dengan baik, kurang mahir membaca ayat-ayat al-Quran mengikut Qiraat Tujuh kurang mahir menyebut bacaan qiraat dari segi hadhaf alif dan hamzah, kurang menguasai bacaan isymam al-Shad seperti al-zay, kurang mahir kadar harakat mad munfashil dan mad al-muttashil, kurang mahir bacaan saktah pada alif lam tarif, kurang mahir bacaan saktah pada syayy, kurang mahir bacaan saktah pada al-Mafsul, kurang menguasai bacaan naqal ketika waqaf, kurang menguasai bacaan shilah mim jama, kurang mahir bacaan ibdal, bacaan tashil dan bacaan raum. Malahan pelajar juga merasakan kurang mampu menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat tujuh kepada masyarakat dan juga mersakan kaedah-kaedah yang diajar oleh guru di dalam kurikulum qiraat masih tidak mencukupi. Pelajar juga kurang mampu membaca al-Quran dengan pelbagai kaedah bacaan qiraat dan kurang yakin dengan kemampuan dalam pengajian qiraat.

    Manakala mengingati matan-matan Qiraat Jazary, menguasai teori matan al-Syatibiyy dan al-Jazari, menguasai bacaan Usul Qiraat dan Farshy Huruf amat kurang dikuasai oleh pelajar. Pelajar juga tidak menguasai dan tidak mampu membaca Farsy Huruf di dalam surah al-Baqarah sehingga surah al-Tawbah dan pelajar amat tidak berkeyakinan untuk menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat sepuluh kepada masyarakat.

    8. Kesimpulan dan Cadangan

    Keberkesanan kurikulum Qiraat dari perspektif pelajar ialah pada tahap yang sederhana kerana pelajar kurang menguasai asas-asas qiraat ilmi dan qiraat amali, walau bagaimanapun kurikulm qiraat ini berjaya meningkatkan jiwa pelajar sebagai hamlah al-Quran iaitu meningkatkan takjub keagungan al-Quran dan memelihara habl min Allah dan habl min al-Nas. Berdasarkan dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar merasakan kaedah-kaedah p&p yang dilakukan pelajar masih tidak mencukupi dan pelajar juga kurang berusaha untuk memahami serta menguasai Qiraat Sabah dan Matan al-Syatibiyy. Dapatan kajian ini disokong dengan hasil kajian Sedek Arrifin (2008) bahawa terdapat 60% para pelajar yang kurang mampu menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat Hamzah dan terdapat sebilangan pelajar yang tidak mengetahui turuq-turuq dan sanad-sanad serta biografi imam tersebut.

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 178

    Dapatan kajian juga menunjukkan tahap minat pelajar adalah sederhana, bahkan pensyarah yang banyak memainkan peranan di dalam mendorong minat pelajar kerana mereka bersetuju guru merupakan faktor utama pendorong minat mempelajari kurikulum qiraat. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian oleh Yusof Abdul Kadir (2007), Aishah Juri (2009), Sabri Mohammad (2010), Abd Rahman Abd Ghani (2010), Zainora Daud (2011) dan Abd Rahman Abd Ghani (2012). Secara umumnya, kajian ini merupakan kajian rintis serta masih di peringkat awal dan masih perlu penambahbaikan. Hasil kajian ini mendapati terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan dalam pembelajaran kurikulum qiraat. Rumusan-rumusan dan cadangan-cadangan adalah seperti berikut:

    1) Kandungan kurikulum qiraat terdiri daripada Qiraat ilmi dan Qiraat amali merupakan asas di dalam kurikulum qiraat. Perlaksanaan kurikulum qiraat dari aspek masa p&p, ABM di dalam kelas perlu dipertingkatkan kerana kandungan kurikulumnya yang banyak merupakan salah satu faktor kemampuan pelajar yang menyumbang ketidakmampuan pelajar dalam pengajian qiraat.

    Ini di sokong dengan hasil kajian Abd Rahman Abd Ghani et. al (2012) bahawa tahap penguasaan Qiraat berada di tahap yang sederhana dan kemampuan mereka untuk mengamalkan qiraat di tahap yang rendah di kalangan pelajar jabatan tahfiz di KUIS kerana kesukaran subjek Qiraat, masa tidak mencukupi, penggunaan bahasa Arab medium p&p dan kekurangan bahan-bahan rujukan.

    2) Penekanan kurikulum Qiraat perlu diberi terhadap aspek hafalan matan-matan qiraat kerana boleh membantu penguasaan qiraat di kalangan pelajar. Bahkan kemahiran-kemahiran seperti bacaan-bacaan qiraat melalui pemahaman matan-matan qiraat juga perlu diberi perhatian supaya pelajar berkeyakinan dana berkebolehan untuk menerangkan kepada masyarakat.

    3) Kajian ini menunjukkan keberkesanan kurikulum qiraat yang dipraktikkan oleh pelajar

    semester 6 di Darul Quran. Dapatan kajian ini menunjukkan juga menunjukkan tahap

    keberkesanan pelajar terhadap kurikulum qiraat berada di tahap sederhana dan masih perlu

    dipertingkatkan dan diperhalusi secara terperinci dan lebih mendalam agar langkah

    penyelesaian dapat diatasi dengan segera. Manakala kekuatan di dalam kurikulum tersebut

    perlu dikekalkan dan dikemaskini supaya kekuatan tersebut dapat menggarap

    kecemerlangan huffaz di dalam pengajian qiraat.

    Tajaan

    Kertas kerja ini di bawah tajaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

    Rujukan

    Al-Quran

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 179

    Abd al-Fattah al-Qadhi (1415H/1955M), al-Budur al-Zahirah fi al-Qiraat alAsyra al-Mutawatirah min tariq al-Syatibiyyah wa al-Durrah, Kaherah:Maktabah Isa al-Bab al-Halabi.

    Abd Rahman Abd Ghani, Zainora et. al, Prosiding Seminar Keb.Penyelidikan dan Pendidikan Qiraat, Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, KUIS, Bangi, Selangor.( 24-25 Disember 2010).

    Abd Rahman Abd Ghani, Zainora et. al, Kurikulum Pengajian dan Permasalahan Qiraat di KUIS: Kajian di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat dalam Jurnal Pengajian Islam, Unit Pembangunan dan Penyelidikan, Akademi Islam KUIS.2012.

    Aishah binti Juri. Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu Qiraat di Darul al-Quran dan KUIS, (Bangi: Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009.

    Al-Dimyati, al-Allamah al-Shaykh Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad Abd al-Ghani, 1419H/1998, Ithaf Fudala al-Bashar fi al-Qiraat al-Arba Ashar.Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

    Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkasyi, 1972. Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Kaherah :Maktabah Isa al-Bab al-Halabi.

    Darul Quran 2005.Sejarah Darul Quran. Unit Perhubungan,Darul Quran.

    Darul Quran 2007.Kurikulum Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Unit Kurikulum Darul Quran.

    Darul Quran 2009.Keputusan Peperiksaan Darul Quran 2009.Unit Peperiksaan, Bahagian Akademi, Darul Quran.

    Darul Quran 2010.Keputusan Peperiksaan Darul Quran 2010. Unit Peperiksaan, Bahagian Akadedemi, Darul Quran.

    Darul Quran 2012.Kurikulum Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Unit Kurikulum Darul Quran.

    Ee Ah Meng 1997 Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Selangor Fajar Bakti Sdn Bhd.

    Ibn al-Jazari al-Imam al-Hafiz Abu Khayr al-Dimashqi Muhammad bin Muhammad, (1400H/1980M),Munjid al-Muqri in wa Murshid al-Talibin, Kaherah:Maktabat al-Qudsi.

    Ibnu al-Jazari, 1961Taqrib al-Nasyr fi al-Qiraat al-Ashr Mesir: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih.

    Khayr al-Din Sayyb. (1429H/2008M). Al-Qiraat al-Quraniyyah wa Atharuha fi al-Ikhtilaf al-Ahkam al-Fiqhiyyah. Beirut, Lubnan:Dar Ibn Hazam.Cet.1

    Noraini Idris (2010), Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia Sdn. Bhd).

    Noresah Baharom,(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

    Sabri Mohamad, Tajuk Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat: UKM. (Prosiding Seminar Keb.Penyelidikan dan Pendidikan Qiraat, Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, KUIS, Bangi, Selangor. 24-25 Disember 2010).

    Daniel L.Stufflebeam and Anthony, J.Shinkfield. (1984). Syctematic Evalution: A Self Intructional Guide to Theory and Practice. Boston: Kluwer-Nojhoff Publishing.

  • E JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 6759) 180

    Sedek Ariffin, Kaedah Bacaan Qiraat Hamzah: Kajian di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor (Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2008M).

    Sivachandralingham Sundar raja dan Ayadurai letchumanan (1999), Tamadun Dunia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

    Vincet Pang&Denis Lajium(2010), Penilaian dalam Pendidikan, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

    Wan Mohamad Abd Aziz, Permasalahan Kurikulum Diploma Tahfiz al-Quran, (Kuala Lumpur: JAKIM, Jurnal Darul Quran. Cet.1,Bil.ke 1.1995M.

    Yusof Abdul Kadir. Analisis Diskrepansi Pelaksanaan Kurikulum Sabah di Sebuah Sekolah Menengah, (Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 2007).

    Zainora Daud.(2011)Tahap Pemahaman Pelajar-pelajar Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, KUIS Terhadap Matan Syatibi: Satu Kajian dalam Jurnal Qiraat, Pusat Pembangunan Penyelidikan:KUIS.