14
140 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar Mengingat 13 Rukun Solat Norzira Binti Ahmad Unit Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pengajian Am, PTSS [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran mengingat 13 Rukun Solat menggunakan kaedah “SINGONIM”. Kaedah ini menggabungkan nyanyian dan salah satu kaedah mnemonic iaitu melalui pembentukkan akronim. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 38 orang pelajar semester dua Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK), Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS). Pelajar-pelajar ini didapati tidak dapat mengingati 13 rukun solat dan membezakan antara rukun qalbi, qauli dan fi’li. Bagi membantu kajian ini, beberapa instrumen telah digunakan oleh pengkaji iaitu ujian, pemerhatian tidak berstruktur serta soal selidik. Hasil analisis data mendapati hampir kesemua responden menunjukkan peningkatan positif dalam mengingat 13 rukun solat ini. Peratusan responden menguasai rukun-rukun tersebut telah meningkat daripada 0% semasa ujian pra kepada 82% selepas ujian pos. Manakala berdasarkan pemerhatian dan soal selidik penggunaan kaedah SINGONIM untuk menguasai 13 rukun solat berupaya meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Keputusan kajian tindakan menunjukkan penggunaan kaedah SINGONIM dapat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan responden dalam kemahiran mengingat. Kata kunci: Kaedah SINGONIM, 13 rukun solat, kemahiran mengingat PENGENALAN Solat merupakan salah satu topik ibadah yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar muslim yang berada di semester dua setiap politeknik di Malaysia. Dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah ini, pelajar tidak dapat lari daripada menggunakan kemahiran mengingat, menghafal, memahami dan membezakan sesuatu fakta. Kemahiran ini mudah bagi pelajar yang memiliki daya ingatan yang kuat, namun sukar bagi pelajar yang lemah ingatannya. Dalam bab solat ini ianya menuntut para pelajar menguasai beberapa pekara seperti syarat sah dan wajib solat, perkara yang membatalkan solat dan yang terpenting ialah mengetahui tentang 13 rukun solat itu sendiri. Bagi mengatasi masalah ini proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memerlukan para pensyarah memahami peranannya, pelajarnya dan persekitarannya. Oleh itu, pensyarah perlu menguasai pelbagai model, kaedah dan strategi pengajaran serta berusaha menggunakannya mengikut keadaan dan kesesuaian (Reece, 1997; Norasmah, 2000; Zamri, 2004). Pengajaran yang berjaya dan berkesan boleh dinilai apabila pelajar menunjukkan perubahan pada tingkahlaku (Zaidatol & Habibah, 2000). Oleh itu, menyedari akan hakikat bahawa remaja masa kini amat gemar dengan muzik dan nyanyian serta sifat manusia yang sukakan hiburan, pengkaji telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam mengatasi masalah pelajar yang sukar mengingati perkara-perkara penting dalam bab solat. Latar Belakang Masalah Fokus kajian ini adalah berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran pengkaji sendiri yang telah berpengalaman selama beberapa tahun mengajar bab solat kepada pelajar semester

Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

140 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar Mengingat 13 Rukun Solat

Norzira Binti Ahmad

Unit Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pengajian Am, PTSS

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran mengingat 13 Rukun Solat menggunakan kaedah “SINGONIM”. Kaedah ini menggabungkan nyanyian dan salah satu kaedah mnemonic iaitu melalui pembentukkan akronim. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 38 orang pelajar semester dua Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK), Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS). Pelajar-pelajar ini didapati tidak dapat mengingati 13 rukun solat dan membezakan antara rukun qalbi, qauli dan fi’li. Bagi membantu kajian ini, beberapa instrumen telah digunakan oleh pengkaji iaitu ujian, pemerhatian tidak berstruktur serta soal selidik. Hasil analisis data mendapati hampir kesemua responden menunjukkan peningkatan positif dalam mengingat 13 rukun solat ini. Peratusan responden menguasai rukun-rukun tersebut telah meningkat daripada 0% semasa ujian pra kepada 82% selepas ujian pos. Manakala berdasarkan pemerhatian dan soal selidik penggunaan kaedah SINGONIM untuk menguasai 13 rukun solat berupaya meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Keputusan kajian tindakan menunjukkan penggunaan kaedah SINGONIM dapat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan responden dalam kemahiran mengingat. Kata kunci: Kaedah SINGONIM, 13 rukun solat, kemahiran mengingat PENGENALAN

Solat merupakan salah satu topik ibadah yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar muslim

yang berada di semester dua setiap politeknik di Malaysia. Dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah ini, pelajar tidak dapat lari daripada menggunakan kemahiran mengingat, menghafal, memahami dan membezakan sesuatu fakta. Kemahiran ini mudah bagi pelajar yang memiliki daya ingatan yang kuat, namun sukar bagi pelajar yang lemah ingatannya. Dalam bab solat ini ianya menuntut para pelajar menguasai beberapa pekara seperti syarat sah dan wajib solat, perkara yang membatalkan solat dan yang terpenting ialah mengetahui tentang 13 rukun solat itu sendiri.

Bagi mengatasi masalah ini proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

memerlukan para pensyarah memahami peranannya, pelajarnya dan persekitarannya. Oleh itu, pensyarah perlu menguasai pelbagai model, kaedah dan strategi pengajaran serta berusaha menggunakannya mengikut keadaan dan kesesuaian (Reece, 1997; Norasmah, 2000; Zamri, 2004). Pengajaran yang berjaya dan berkesan boleh dinilai apabila pelajar menunjukkan perubahan pada tingkahlaku (Zaidatol & Habibah, 2000). Oleh itu, menyedari akan hakikat bahawa remaja masa kini amat gemar dengan muzik dan nyanyian serta sifat manusia yang sukakan hiburan, pengkaji telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam mengatasi masalah pelajar yang sukar mengingati perkara-perkara penting dalam bab solat.

Latar Belakang Masalah

Fokus kajian ini adalah berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran pengkaji sendiri

yang telah berpengalaman selama beberapa tahun mengajar bab solat kepada pelajar semester

Page 2: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

141 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

dua Jabatan Perdagangan, PTSS yang mengikuti kursus DUA 2022 Pengurusan Dalam Islam. Berdasarkan refleksi tersebut, masalah para pelajar tersebut dapat diperincikan seperti di bawah:

i. Pelajar tidak dapat menjawab soalan berkaitan 13 rukun solat dengan betul apabila

diajukan soalan di dalam kelas. Pengkaji telah menanyakan soalan bagi topik yang telah mereka pelajari sejak daripada sekolah rendah dan menengah.

ii. Pelajar juga tidak dapat menyebut dan membezakan antara rukun qalbi, qauli dan fi’li dengan baik.

iii. Pelajar masih bermasalah apabila pengkaji meminta mereka menghafal rukun-rukun tersebut dengan kaedah hafalan biasa. Berdasarkan Ujian Amali Solat (20% markah bagi Penilaian Berterusan Pelajar) dan

pemerhatian yang dilakukan, masalah ini meninggalkan impak yang tidak baik terhadap kualiti solat para pelajar. Kelemahan ini menyebabkan ramai pelajar tidak dapat melaksanakan ibadah solat dengan betul dan turut memberi kesan kepada bacaan-bacaan semasa solat itu sendiri. Apabila pengkaji meminta para pelajar tersebut menghafal dengan cara tradisional, terbukti masih terdapat ramai pelajar yang gagal memperbaiki ingatan dan hafalan mereka untuk menguasai perkara terpenting dalam ibadah solat tersebut.

Malahan berdasarkan pemerhatian pengkaji, pelajar juga telah menunjukkan reaksi tidak

seronok dan bosan apabila diminta menghafal dengan kaedah lama tersebut. Pencapaian pelajar yang tidak memuaskan ini, telah mencabar pengkaji untuk mencuba satu kaedah yang merupakan gabungan antara dua kaedah yang berbeza. Kaedah ini diaplikasikan bagi menyahut cadangan (Ghaffar, 2003) yang mencadangkan agar seorang pendidik perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran untuk mengelakkan pelajar merasa jemu dan menjadikan pengajaran pendidik lebih berkesan. Oleh itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk mengunakan kaedah yang diberi nama “SINGONIM”. Kaedah ini merupakan gabungan antara teknik nyanyian dan penggunaan mnemonik melalui pembentukkan akronim. Objektif Kajian

i. Kaedah ‘SINGONIM’ dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap rukun solat. ii. Kaedah ‘SINGONIM’ dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap perbezaan

antara rukun qalbi, qauli dan fi’li. iii. Kaedah ‘SINGONIM’ dapat meningkatkan minat pelajar terhadap topik yang dipelajari.

Soalan Kajian

i. Adakah kaedah ‘SINGONIM’ dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap rukun solat

ii. Adakah kaedah ‘SINGONIM’ dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap perbezaan antara rukun qalbi, qauli dan fi’li.

iii. Adakah kaedah ‘SINGONIM’ dapat meningkatkan minat pelajar terhadap topik yang dipelajari.

Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran bagi kajian kaedah “SINGONIM” ini ialah seramai 38 orang pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Semester Dua yang mengikuti kursus DUA 6022 Pengurusan Dalam Islam di PTSS.

Batasan Kajian

Kajian pengkaji menggunakan kaedan SINGONIM ini hanya melibatkan 38 orang pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan, Jabatan Perdagangan PTSS sahaja. Ini kerana pengkaji hanya

Page 3: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

142 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

mengajar satu kelas sahaja bagi sesi semasa (Sesi Disember 2018) bagi kursus Pengurusan Dalam Islam yang meliputi topik solat. Pada masa hadapan pengkaji amat berharap agar berpeluang menggunakan kaedah ini untuk pelajar-pelajar kelas yang berlainan dan daripada jabatan yang berbeza.

TINJAUAN LITERATUR

Nyanyian merupakan gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara, bunyi atau suara yang berirama dan berlagu (Kamus Pelajar, 1995). Manakala menurut Wagner dan Zeigler (1982) lagu merupakan penyampaian informasi serta pernyataan perasaan dalam bentuk berirama. Menurut kajian-kajian yang lepas, penggunaan kaedah nyanyian di dalam kelas terbukti berkesan dalam meningkatkan minat pelajar untuk belajar, mengurangkan tingkah laku pasif serta menggalakkan penglibatan aktif pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain menjadi mekanisma menyampaikan informasi, kaedah nyanyian turut dibuktikan

mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan. Hal ini selaras dengan kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994) yang mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, pembelajaran akan menjadi seronok, daya pemusatan dan daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Selain itu, nyanyian juga dapat membantu pelajar dalam memperkembangkan kemahiran

sosial mereka apatah lagi aktiviti nyanyian tersebut dilakukan secara berkumpulan. Selain daripada menjadi terapi (Mok, SS.2010) ia merangsang sifat kerjasama dan bertolak ansur serta berusaha menerima pandangan orang lain apabila pelajar melibatkan diri bersama rakan-rakan lain ketika aktiviti nyanyian ini dilakukan. Malahan, daripada aspek intelek pula pelajar perlu mengingati dan memahami lirik lagu tersebut.

Manakala kaedah mnemonik adalah sejenis alat bantu yang boleh digunakan untuk

meningkatkan daya ingatan. Menurut Mohammad & Saed (2011) perkataan mnemonik (mnemonic) adalah daripada perkataan Greek iaitu “mnemosyne” yang berkaitan dengan pemikiran atau minda. Perkataan mnemonik moden merujuk kepada teknik memacu ingatan untuk mengingati fakta-fakta dengan mengaitkannya dengan maklumat dan data sedia ada yang lebih ringkas dan mudah.

Daripada teknik ini, apa yang difahami ialah apabila ia digunakan untuk mengingati

sesuatu, proses ingatan akan menjadi lebih mudah. Ini selaras dengan pendapat Ahmad Mohd Salleh (2008) yang mengatakan beliau sepenuhnya percaya kaedah mnemonik ini boleh membantu pelajar-pelajar mengingat dengan lebih baik dan tahan lama. Di Malaysia, para pendidik telah sekian lama menggunakan kaedah ini dalam pendidikan samada di peringkat sekolah rendah, menengah atau pengajian tinggi. Antara teknik mnemonik yang biasa digunakan ialah kaedah akronim, kaedah loci, sistem kata kunci, teknik menghubungkan dan teknik akrostik.

Selain daripada memudahkan ingatan, teknik ini sangat membantu mengingati fakta-fakta

yang banyak dan rumit serta meningkatkan input ingatan, mengurangkan tekanan minda dan membantu meluaskan skop ingatan dalam kadar yang maksima. Hal ini disokong oleh kajian Jefrey & Cynthia (2011) yang menjelaskan mnemonik adalah suatu cara untuk meningkatkan memori dan membina maklumat dengan lebih berkesan.

Oleh itu, setelah meneliti dan mengkaji bahawa dua teknik nyanyian dan mnemonik ini

memberikan impak yang berkesan terhadap keupayaan pelajar memahami, menghafal dan mengingat sesuatu fakta dengan cepat dan tepat selain memendekkan tempoh masa bagi proses kognitif tersebut, pengkaji telah membuat keputusan untuk menggabungkan kaedah

Page 4: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

143 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

nyanyian dan mnemonik melalui pembentukkan akronim. Kedua-dua kaedah ini digabungkan menjadi kaedah “SINGONIM” iaitu daripada perkataan “SINGING” iaitu nyanyian dan “AKRONIM” (SING + AKRONIM = SINGONIM) yang digunapakai oleh pengkaji untuk membantu para pelajar mengatasi masalah mengingat dan menghafal 13 Rukun Solat serta membuat perbezaan antara 1 rukun qalbi, 5 rukun qauli dan 7 rukun fi’li.

Selain itu, model penyelidikan tindakan yang telah dipilih oleh pengkaji untuk dijadikan

sebagai rujukan dalam kajian ini adalah Model Kurt Lewin (1948). Kurt Lewin merupakan pelopor kepada kajian tindakan (action research). Model beliau yang dikenali sebagai Kurt Lewin’s Action Research Spiral bertujuan menunjukkan penambahbaikkan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji. Model Kurt Lewin ini biasanya digunakan apabila masalah atau isu kajian telah dikenal pasti oleh pengkaji, iaitu pelajar tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam model ini, Lewin telah menjelaskan bahawa dalam satu penyelidikan tindakan terdapat satu kitaran yang terdiri daripada empat peringkat iaitu refleksi, merancang, bertindak dan memerhati dan seterusnya kembali kepada refleksi semula seperti dalam gambar rajah 1 di bawah:

Rajah 1 Model Kajian Tindakan Lewin

METODOLOGI KAJIAN

Daripada tinjauan dan pemerhatian yang dilakukan, pengkaji membuat kesimpulan ketidakupayaan mengingat dan menghafal rukun-rukun tersebut perlu diatasi dalam usaha membantu para pelajar melaksanakan ibadah solat dengan sempurna. Tiga jenis intstrumen telah digunakan bagi mendapatkan data kajian iaitu ujian (ujian pra dan ujian pos), soal selidik dan pemerhatian. Untuk makluman kajian ini juga merupakan inovasi penyelidik dalam pengajaran dan pembelajaran bagi topik tersebut. Secara terperinci, pengkaji telah melaksanakan kajian dengan mengikut beberapa langkah di bawah:

i. Semasa sesi P & P bagi tajuk rukun solat pengkaji telah memberikan soalan (ujian pra)

yang berkaitan untuk dijawab oleh semua pelajar di dalam kelas. (Rujuk Lampiran 1) ii. Selepas kertas jawapan dikutip dan ditandakan pengkaji akan mengasingkan pelajar yang

dapat menjawab semua soalan dengan betul dan tidak dapat menjawab dengan betul iii. Bagi pelajar yang tidak dapat menjawab dengan betul mereka akan dibahagikan kepada

beberapa kumpulan kecil. Pelajar yang dapat menjawab dengan betul dianggap telah menguasai topik rukun solat.

iv. Setiap kumpulan tersebut dikehendaki memilih satu lagu yang telah disepakati oleh setiap ahli kumpulan (masa persediaan adalah selama seminggu) dan menyanyikan semula 13 rukun solat mengikut rentak lagu yang telah dipilih. Kaedah nyanyian ini bagi

Page 5: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

144 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

memudahkan mereka mengingati rukun-rukun tersebut. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 13 rukun solat dan akronim yang seragam. (Rujuk lampiran 2)

v. Kemundian setiap kumpulan perlu mencipta akronim tertentu bagi membezakan 1 rukun qalbi, 5 rukun qauli dan 7 rukun fi’li. Kaedah mnemonik akronim ini dipilih bagi memudahkan pelajar membezakan rukun-rukun solat tersebut.

vi. Kemundian setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan nyanyian rukun solat dan akronim kumpulan masing-masing di hadapan kelas.

vii. Selepas selesai, pelajar diminta menjawab sekali lagi soalan yang sama seperti yang telah diberikan sebelum ini (ujian pos).

viii. Para pelajar juga perlu menjawab soal selidik selepas menjawab ujian pos. ix. Semua data sebelum dan selepas penggunaan kaedah “SINGONIM” telah direkodkan

dan dianalisis sebagai bukti keberkesanan kaedah tersebut. x. Selepas kertas jawapan dikutip dan ditandakan, pengkaji telah mendapati peratusan

pelajar mengingati 13 rukun solat dan membuat perbezaan antara rukun qalbi, qauli dan fi’li telah meningkat.

xi. Melalui pemerhatian terhadap perlaksanaan kaedah “SINGONIM” tersebut, pengkaji turut mendapati pelajar menunjukkan tingkah laku yang menyeronokkan terhadap topik yang mereka pelajari.

xii. Semua langkah yang dirancang dilaksanakan dengan merujuk kepada model Kurt Lewin. xiii. Pengkaji turut memilih pemenang dan memberikan hadiah kepada kumpulan terbaik.

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Bagi instrumen pertama pengkaji telah menggunakan instrumen ujian. Ujian pra dan pos

telah dilakukan oleh pengkaji bagi mengetahui keberkesanan kaedah yang digunakan. Ujian tersebut menggunakan soalan mengenai 13 rukun solat dan perbezaan antara rukun qalbi, qauli dan fi’li. Soalan tersebut digunakan dalam ke dua-dua ujian kerana pengkaji ingin melihat perubahan pencapaian daripada jawapan responden.

Jadual 1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

_________________________________________________________________________ Responden Ujian Pra (%) Ujian Pos (%) _________________________________________________________________________ 38 Pelajar DSK 2 0 % 82% _________________________________________________________________________

0

82

0

50

100

%

Analisis % Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 2 Analisis Perbandingan % Dapat Menjawab/Tidak Dapat Menjawab Soalan Ujian Pra dan Pos

Page 6: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

145 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

Jadual 1 dan Rajah 2 di atas menunjukkan pencapaian bagi semua responden dalam ujian pra dan pos yang telah dijalankan. Markah yang diperoleh bagi kesemua responden meningkat secara mendadak setelah kaedah SINGONIM dilaksanakan oleh pengkaji di dalam kelas iaitu daripada 0% peratus kepada 82%. Ini menunjukkan perubahan peratusan yang cukup tinggi dan pertunjuk bahawa kaedah SINGONIM berkesan untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar.

Bagi instrumen kedua, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada setiap responden untuk mengetahui minat responden terhadap kaedah SINGONIM selepas kaedah tersebut diaplikasikan di dalam kelas.

Jadual 2 Analisis Soal Selidik Minat Pelajar Mempelajari Rukun Solat Dan Pembahagiannya

Dengan Kaedah “SINGONIM”

BIL ITEM PERATUS 1 2 3 4 5

1. Saya berasa seronok selepas mengikut pelajaran hari ini menggunakan kaedah “SINGONIM”

- - - - 100

2. Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini dengan menggunakan kaedah “SINGONIM”

- - - - 100

3. Saya berasa mudah untuk menghafal rukun solat dan pembahagiannya menggunakan kaedah “SINGONIM”

7.52 92.48

4. Pengajaran pensyarah membosankan

00

- - - -

5. Saya berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang akan diperkenalkan selepas ini menggunakan kaedah yang sama

100

6. Saya berasa semangat untuk belajar kursus ini.

100

7. Saya sangat suka dengan kaedah pembelajaran hari ini

100

8. Saya boleh menggunakan kaedah “SINGONIM” yang diperkenalkan untuk tajuk lain

8.9 91.10

Analisis borang soal selidik menunjukkan kesemua pelajar iaitu 100% pelajar menandakan “5”

bagi item 1 (Saya berasa seronok selepas mengikut pelajaran hari ini menggunakan kaedah “SINGONIM”), item 2 (Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini dengan menggunakan kaedah “SINGONIM”, item 5 (Saya berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang akan diperkenalkan selepas ini menggunakkan kaedah yang sama), item 6 (Saya berasa semangat untuk belajar kursus ini) dan item 7 (Saya sangat suka dengan kaedah pembelajaran hari ini). Peratusan ini jelas menunjukkan bahawa setelah pengkaji mengamalkan kaedah “SINGONIM” ini dalam menguasai rukun solat dan pembahagiannya, para pelajar sangat seronok dan teruja untuk mempelajari topik dan melaksanakan kaedah “SINGONIM”.

Bagi item 3 (Saya berasa mudah untuk menghafal rukun solat dan pembahagiannya

dengan menggunakan kaedah “SINGONIM”) seramai 92.48% pelajar menjawab 5 manakala 7.52% menjawab 4. Seramai 91.1% menjawab 5 dan 8.9% menjawab 4 bagi item 8 (Saya boleh menggunakan kaedah “SINGONIM” yang diperkenalkan untuk tajuk lain). Selebihnya ialah seramai 100% menjawab 1 bagi item 4 iaitu (Pengajaran pensyarah membosankan).

Berdasarkan analisis soal selidik di atas, jelas menunjukkan bahawa pelajar berasa seronok

megikuti pembelajaran setelah pengkaji menggunakan kaedah “SINGONIM” (item 1). Pelajar juga

Page 7: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

146 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

tertunggu-tunggu aktiviti yang bakal diperkenalkan seterusnya dengan menggunakan kaedah yang sama (item 5) serta mereka amat bersemangat untuk belajar topik rukun solat. Oleh itu, dapatlah disimpulkan pelajar-pelajar sangat suka dan berminat dengan kaedah pembelajaran “SINGONIM” untuk menguasai dan mengingati rukun solat dan pembahagiannya samada rukun qalbi, qauli dan fi’li.

Jadual 3 Tema dan Aspek yang Diperhatikan di Dalam Pemerhatian

TEMA ASPEK Minat dan respon pelajar a) Pelajar memberikan kerjasama yang

amat baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah SINGONIM berlangsung

b) Pelajar menunjukkan tingkahlaku seronok dan amat gembira dengan kaedah yang digunakan oleh pengkaji

c) Pelajar juga meminta pengkaji menggunakan kaedah yang sama untuk topik-topik lain

Tingkah laku pasif a) Membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan pelajaran

b) Tidak fokus atau tidak menunjukkan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah lain

Penglibatan pelajar a) Melaksanakan arahan untuk menggunakan kaedah yang digunapakai oleh pengkaji mengikut prosedur

Kerjasama pelajar a) Bekerjasama sepenuhnya dengan

rakan lain bagi menjayakan kaedah tersebut

b) Saling tolong-menolong antara ahli kumpulan bagi meyempurnakan tugasan yang diberikan oleh pengkaji

Berdasarkan jadual 3 di atas, empat tema utama telah dibahagikan kepada 8 aspek oleh

pengkaji semasa membuat pemerhatian. Tema-tema tersebut ialah minat dan respon pelajar, tingkah laku pasif, penglibatan dan kerjasama pelajar. Pengkaji telah memberi masa selama seminggu untuk pelajar mereka lirik dan memilih lagu serta akronim yang bersesuaian untuk rukun solat dan perbezaan antara rukun-rukun tersebut. Setelah pelajar bersedia sesi pengajaran dan pembelajaran selama dua jam yang melibatkan 38 orang pelajar yang membentuk 7 kumpulan telah diadakan. Dalam sesi tersebut semua kumpulan perlu membuat persembahan menggunakan kaedah SINGONIM. Dalam sesi pengajaran tersebut pengkaji telah membuat pemerhatian secara rawak dan merekod tingkah laku pelajar berdasarkan tema dan aspek yang

Page 8: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

147 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

dinyatakan iaitu dengan kadar selang 10 minit. Rekod tersebut adalah seperti dalam jadual 4 di bawah (Rujuk lampiran 3) :

Jadual 4 Analisis Kekerapan Tingkah Laku Pelajar Berdasarkan Pemerhatian Pensyarah

TEMA KEKERAPAN TINGKAH LAKU PELAJAR

Minat dan respon pelajar

36

Tingkah laku negatif

3

Penglibatan pelajar

30

Kerjasama pelajar

35

36

3

30

35

0

5

10

15

20

25

30

35

40

%

Peratusan Tingkah laku Pelajar

Analisis Kekerapan Tingkah Laku Pelajar

Minat & Respon T.Laku Pasif Penglibatan Kerjasama

Rajah 3 Carta Menunjukkan Peratusan Bagi Setiap Tingkah Laku Pelajar

Rajah 3 di atas menunjukkan bagi tema 1, kekerapan minat dan respon pelajar semasa kaedah SINGONIM digunakan adalah tinggi iaitu sebanyak 94.7%. Ini adalah pertunjuk bahawa kaedah ini telah meningkatkan minat dan respon pelajar bagi mengingat dan membezakan rukun solat yang mereka pelajari. Ini membuktikan mereka seronok dan gembira menggunakan kaedah SINGONIM malahan terdapat ramai pelajar yang meminta pengkaji menggunakan kaedah ini untuk topik-topik yang lain.

Bagi tema kedua iaitu tingkahlaku pasif, hanya terdapat 3 pelajar yang menunjukkan

tingkahlaku pasif semasa kaedah SINGONIM ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sebanyak 7.8% sahaja. Peratusan ini menunjukkan kaedah yang digunakan oleh pengkaji berjaya merangsang penglibatan aktif para pelajar dan mengurangkan tingkah laku pasif dalam kalangan pelajar tersebut. Ini menunjukkan mereka berminat dengan kaedah ini berbanding dengan kaedah biasa sebelum ini.

Page 9: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

148 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

Seterusnya bagi tema ketiga iaitu penglibatan pelajar, terdapat 30 pelajar yang melibatkan diri secara aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah SINGONIM dijalankan yang mewakili sebanyak 78.9%. Peratusan ini menunjukkan para pelajar berminat dengan kaedah baru yang diperkenalkan oleh pengkaji bagi menguasai topik.

Bagi tema terakhir iaitu penglibatan pelajar, sebanyak 35 orang pelajar iaitu mewakili 92.1%

menunjukkan kerjasama yang baik dalam menjayakan kaedah SINGONIM tersebut. Ini menunjukkan kaedah gabungan nyanyian dan akronim yang terangkum dalam kaedah SINGONIM berjaya menarik kerjasama kebanyakkan pelajar kelas tersebut.

Berdasarkan peratusan yang diperolehi bagi setiap tema, ia menunjukkan objektif pengkaji

melakukan pemerhatian iaitu bagi menarik minat pelajar dalam menguasai topik rukun solat dan perbezaannya telah tercapai. Penggunaan kaedah tersebut ternyata amat berkesan dan terbukti meningkatkan minat pelajar terhadap topik, mengurangkan tingkah laku pasif dalam kalangan pelajar serta meningkatkan penglibatan dan kerjasama antara pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

REFLEKSI, KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan, dapatan kajian

menunjukkan penerimaan responden terhadap kaedah SINGONIM adalah sangat positif dan menggalakkan. Dapatan daripada ujian pra dan pos menunjukkan peningkatan peratusan yang tinggi terhadap penguasaan pelajar dalam mengingat dan membuat perbezaan antara rukun qalbi, qauli dan fi’li. Selain itu minat, penglibatan dan kerjasama pelajar terhadap topik tersebut juga dapat dipertingkatkan berdasarkan soal selidik dan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji terhadap mereka. Hal ini telah memenuhi 3 objektif kajian yang telah dinyatakan oleh pengkaji sebelum ini iaitu;

i. Kaedah ‘SINGONIM’ dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap rukun solat. ii. Kaedah ‘SINGONIM’ dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap perbezaan

antara rukub qalbi, qauli dan fi’li. iii. Kaedah ‘SINGONIM’ dapat meningkatkan minat pelajar terhadap kursus yang diikuti.

Pengkaji juga mendapati kaedah ini amat mudah untuk dikendalikan di dalam kelas

malahan penggunaan kaedah ini juga dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Di samping membantu pelajar mengingat fakta daripada topik yang dipelajari, kaedah ini juga dapat membantu pelajar mengenengahkan bakat mencipta lirik lagu yang menarik dan menghiburkan. Tambahan lagi pengkaji turut menyediakan hadiah kepada kumpulan terbaik yang membuat persembahan dengan kaedah tersebut.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan impak yang terbaik terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran, para pendidik perlu lebih kreatif dan inovatif menghasilkan pelbagai kaedah dan teknik yang terbaik untuk diaplikasikan di dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat penting bagi menarik minat para pelajar dalam usaha para pendidik memberi kefahaman yang paling maksima kepada pelajar mereka. Pelajar yang belajar dalam suasana gembira dan menyeronokkan sudah pasti akan dapat meningkatkan motivasi dan penguasaan mereka terhadap sesuatu topik. Oleh itu, bagi pengkaji penggunaan kaedah SINGONIM ini amat tepat bagi meningkatkan ingatan dan memaksimakan penguasaan dan minat pelajar terhadap topik yang dipelajari di dalam kelas. Melalui kaedah ini juga, para pelajar dapat melalui suatu pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan disamping mendapat input yang paling berkesan ketika menguasai sesuatu topik. Hal ini sudah pasti meningkatkan tahap motivasi mereka untuk belajar pada tahap yang paling tinggi.

Page 10: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

149 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

Setelah berjaya menggunakan kaedah SINGONIM ini kepada 38 orang pelajar yang berkenaan, pengkaji mempunyai beberapa cadangan penambahbaikkan yang boleh diguna pakai pada masa-masa hadapan seperti:

i. Memberikan ujian teka silang kata berkaitan topik rukun solat dan perbezaannya. Teka

silang kata ini bagi tujuan pengukuhan terhadap apa yang telah dipelajari oleh pelajar dalam topik tersebut. Ia juga dapat menguji tahap ingatan pelajar bagi kali ke 2.

ii. Menggunakan kaedah SINGONIM bagi topik, subjek dan kelas yang berlainan. iii. Menggunakan instrumen temu bual bagi mendapatkan maklumat tambahan dan

memantapkan lagi kajian pengkaji. iv. Menyebar luaskan kaedah SINGONIM kepada pendidik yang berminat.

RUJUKAN Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Selangor. Utusan Publication &

Distrib. Hal 88 Ahmad Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam, Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Haji Abdul Fatah Bin Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran: Keseluruhan

Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur. Utusan Publicators and Distributors Sdn. Bhd. Kamus Pelajar. (1995). Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur Mohammad Amiryousefr & Saed Ketabi. (2011). Mnemonic Instruction: A Way to Boost Vocabulary

Learning and Recall. Journal of Language Learning and Research. Finland Mok Song Sang. (2010). Psikologi dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Penerbit Multimedia Sdn.

Bhd. Selangor Norasmah.O. (2000). Keberkesanan Program keharmonian Remaja. Tesis PhD. UKM Reece, I. (1999). Teaching Training and Learning, Be Pubs. London Wagner, Detlev und Zeigner, Petra. (1982). Mit Liedern lernen. München: Verlag für Deutsch Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias. (2000). Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan

Keushawanan dan Ekonomi Asas. Serdang. UPM Zamri. M. (2004). Strategi Pembelajaran BM Pelajar Melayu. Tesis PhD. UKM LAMPIRAN 1

SOALAN UJIAN PRA DAN POS

Soalan Ujian Pra dan Ujian Pos yang perlu dijawab oleh pelajar-pelajar Diploma Sains

Kesetiausahaan (DSK 2): Soalan 1:

Page 11: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

150 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

Terdapat 13 rukun di dalam solat fardhu. Anda dikehendaki menyenaraikan 13 rukun solat tersebut.

BIL RUKUN SOLAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

Soalan 2 Terdapat 3 pembahagian rukun solat iaitu rukun qalbi, qauli dan fi’li. Nyatakan

pembahagian tersebut. Rukun Qalbi:

BIL RUKUN SOLAT

1.

Rukun Qauli:

BIL RUKUN SOLAT

1.

2.

3.

4.

5.

Page 12: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

151 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

Rukun Fi’li:

BIL RUKUN SOLAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

LAMPIRAN 2

13 Rukun Solat sebagai panduan kepada pelajar untuk mengaplikasikan kaedah SINGONIM:

BIL RUKUN SOLAT AKRONIM

1. NIAT N

2. BERDIRI TEGAK B

3. TAKBIRATUL IHRAM T

4. MEMBACA AL-FATIHAH M

5. RUKUK R

6. IKTIDAL I

7. SUJUD S

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD D

9. DUDUK TASYAHUD AKHIR D

10. MEMBACA TASYAHUD AKHIR M

11. SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW S

12. SALAM YANG PERTAMA S

13. TERTIB T

Page 13: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

152 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

1.RUKUN QALBI (1):

BIL RUKUN SOLAT AKRONIM

1. NIAT N

2. RUKUN QAULI (5):

BIL RUKUN SOLAT AKRONIM

1. TAKBIRATUL IHRAM T

2. MEMBACA AL-FATIHAH M

3. MEMBACA TASYAHUD AKHIR M

4. SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW S

5. SALAM YANG PERTAMA S

3. RUKUN FI’LI (7):

BIL RUKUN SOLAT AKRONIM

1. BERDIRI TEGAK B

2. RUKUK R

3. IKTIDAL I

4. SUJUD S

5. DUDUK ANTARA DUA SUJUD D

6. DUDUK TASYAHUD AKHIR D

7. TERTIB T

LAMPIRAN 3 BORANG PEMERHATIAN TINGKAH LAKU PELAJAR

Tandakan (/) pada tingkah laku yang berkaitan berdasarkan selang masa di dalam jadual di

bawah:

Page 14: Keberkesanan Kaedah SINGONIM Dalam Membantu Pelajar

153 | Page E-Proceeding LEC 2019 Full Paper

BIL

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

110

JUM

1..

MINAT DAN RESPON PELAJAR a) Pelajar memberikan

kerjasama yang amat baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah SINGONIM berlangsung

b) Pelajar menunjukkan

tingkahlaku seronok dan amat gembira dengan kaedah yang digunakan oleh pengkaji

c) Pelajar juga meminta

pengkaji menggunakan kaedah yang sama untuk topik-topik lain

2. TINGKAH LAKU PASIF a) Membuat kerja lain

yang tiada kaitan dengan pelajaran

b) Tidak fokus atau tidak menunjukkan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah lain

3. PENGLIBATAN PELAJAR a) Melaksanakan arahan

untuk menggunakan kaedah yang digunapakai oleh pengkaji mengikut prosedur

4. KERJASAMA PELAJAR a) Rakan lain bagi

menjayakan kaedah tersebut

b) Saling tolong-menolong antara ahli kumpulan bagi meyempurnakan tugasan yang diberikan oleh pengkaji