23
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET KEBAIKAN Mesej terlalu cepat. Menyokong multimedia atau hypermedia. Boleh berkomunikasi secara global. Menggunakan capaian komputer jarak jauh. Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala. KEBURUKAN Kurang kepastian maklumat tepat. Banyak perubahan disaat akhir perancangan. Bahan perlu ditapis. Interaksi subversif tidak terkawal. Kebocoran maklumat rahsia/peribadi. Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara. Penggodaman mudah berlaku. Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi. KEPENTINGAN INTERNET Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik. Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh. Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat. Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik. Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat. Kebaikan Internet Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET

KEBAIKAN

Mesej terlalu cepat. Menyokong multimedia atau hypermedia. Boleh berkomunikasi secara global. Menggunakan capaian komputer jarak jauh. Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.

KEBURUKAN

Kurang kepastian maklumat tepat. Banyak perubahan disaat akhir perancangan. Bahan perlu ditapis. Interaksi subversif tidak terkawal. Kebocoran maklumat rahsia/peribadi. Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara. Penggodaman mudah berlaku. Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi.

KEPENTINGAN INTERNET

Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik. Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh. Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat. Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik. Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.

Kebaikan Internet

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .

Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :

Pendidikan dalam Internet

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet

Page 2: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

Perubatan dalam Internet

Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Keburukan Internet

Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.

Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :

Medium penyebaran dakyah jahat

Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian ini yang menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan dalam Bahasa Malaysia. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.

Pornografi

Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.

Kebaikan dan keburukan komputer (Daripada 40 tajuk perbualan)

Salaam...Pada zaman sekarang yang mordern, saya pasti kebanyakan daripada kamu semua memiliki sebuah komputer di rumah masing-masing. Terdapat pelbagai jenis komputer di dunia ini. Komputer telah banyak berjasa kepada kami kerana ia boleh mengurangkan kerja-kerja kami yang akan mengambil lebih masa dan tenaga tanpa kehadirannya.

Komputer adalah sumber yang sangat penting di setengah kerja-kerja manusia. Contoh yang saya dapat memikirkan ialah menyimpan sijil kelahiran manusia, pengenalan peribadi (IC) dan yang lain-lain. Ini semua telah disimpan dengan betul dengan pertolongan komputer. Komputer juga boleh menolong manusia dalam segi kerja-kerja pejabat atau sekolah dan juga boleh mengecilkan kerja keras seseorang itu seperti memberi persembahan.

Page 3: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

Sebagai seorang pelajar, saya sering menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah seperti sekarang. Guru melayu saya, Cikgu Ismail, juga telah bermula menyuruh murid-muridnya menggunakan komputer bagi kerja-kerja yang tertentu. Guru subjek yang lain juga sebergitu. Kebanyakan menggalakkan murid-murid mereka untuk membuat sebuah persembahan denga kegunaan komputer.Sekarang, internet sudah menjelma. Dengan menggunakan komputer dan internet, kami dapat memhabiskan kerja-kerja kami dengan masa yang lebih singkat. Saya pula boleh berbicara dengan guru dan rakan-rakan saya melalui komputer dan internet.Saya juga menggunakan komputer untuk membuang masa dengan bermain permainan komputer.

Semua benda pasti ada keburukannya. Oleh itu, komputer juga boleh menyebabkan keburukan kepada penggunaannya. Salah satu contohnya adalah di waktu seseorang remaja seperti saya sedang membuat kerja sekolah di biliknya. Semasa membuat kerja sekolah, remaja itu boleh terganggu oleh kehadiran komputer di depan matanya. Fikirannya akan sering memikirkan benda-benda yang lebih menyeronokkan daripada kerja sekolahnya seperti permainan komputer. Disebabkan itu, jika iman remaja itu tidak kuat, dia akan berhenti membuat kerja sekolah lalu meneruskan bermain komputernya.

Pada pendapat saya, pelajar perlu mengetahui tentang kegunaan komputer kerana dengan pengetahuan tersebut, pelajar akan tahu bila masanya untuk menggunakan komputer dan sebaliknya. Kerja-kerja seseorang pelajar akan tidak terhabis.

Pengenalan

Saya telah memilih tajuk Opium dan Penghasilan Heroin sebagai menjalankan tugasan saya bagi memenuhi keperluan matapelajaran Etnobotani. Selain daripada perbincangan mengenai tajuk ini, saya juga bercadang untuk memberi pengenalan secara am mengenai dadah serta bahaya dadah. Tugasan yang saya jalankan ini terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian pertama meliputi pengenalan asas mengenai dadah. Dalam bahagian ini, saya juga turut membincangkan mengenai dari mana asalnya dadah, penyelidikan dadah secara biologi dan sintetik, bagaimana dadah bertindak serta reaksi terhadap dadah.

Bahagian kedua pula membincangkan mengenai dadah sebagai bahan yang boleh membawa kesengsaraan di samping kebaikan yang boleh diperolehi. Di dalam bahagian ini, perbincangan bukan sahaja meliputi dadah semata mata, tetapi sebahagiannya juga meliputi tumbuhan tumbuhan yang beracun yang boleh menyebabkan kerosakan kepada fungsi fungsi di dalam bahagian badan. Di dalam bahagian ini kita akan dapat melihat bagaimana kesengsaraan yang boleh dialami oleh seseorang akibat pengambilan yang tidak dikawal.

Bahagian ketiga merupakan bahagian yang membincangkan mengenai opium dan penghasilan heroin. Saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai opium, opium sintetik, penghasilan heroin, Peperangan Opium serta kesan penyalahgunaan heroin.

Pengenalan Dadah

Ahli perubatan menggunakan sebatian kimia tertentu untuk mendiagnos, menghalang atau merawat pelbagai jenis penyakit. Sebatian yang digunakan oleh mereka ini dikenali sebagai dadah. Istilah yang lebih saintifik untuknya ialah farmaceutikal.

Sejak dari zaman dahulu lagi, terapat beberapa penemuan seperti penulisan atau hiroglifik Mesir yang mencatatkan bebarapa rujukan rujukan yang menggunakan dadah

Page 4: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

yang telah dicadangkan untuk digunakan sebagai pelbagai ubatan untuk menyembuhkan penyakit. Namun sehingga kurun ke 20, hanya terdapat beberapa sahaja dadah yang disebutkan tadi atau digunakan yang benar benar terbukti berkesan. Dadah dadah ini didapati berkesan berdasarkan penemuan sefara pemerhatian yang diperolehi secara tidak sengaja ataupun kebetulan. Penemuan secara kebetulan ini telah berjaya menunjukkan beberapa unsur unsur tumbuhan boleh mengurangkan kesakitan atau membantu bagi merawat penyakit. Sebagai contohnya, pada tahun 1776, seorang ahli botani dan juga ahli perubatan berbangsa British, William Withering telah mendapati bahawa the herba yang dibuat oleh seorang petani wanita yang tua adalah terbukti efektif untuk merawat penyakit badan yang menjadi bengkak akibat dipenuhi oleh air atau lebihan air yang berada di dalam tisu .

Penyakit ini dikenali sebagai dropsy. Penyakit ini adalah berpunca akibat ketidakupayaan jantung untuk mengepam sepenuhnya dengan kuat. William bagaimanapun telah mendapati bahawa satu kandungan di dalam the tersebut iaitu daun tumbuhan foxglove telah berjaya menguatkan lagi kemampuan jantung untuk mengepam. Dadah yang dibuat daripada tumbuhan foxglove untuk menguatkan lagi kekuatan jantung untuk mengepam ini kemudiannya dikenali sebagai digitalis.

Pencarian dadah melalui penemuan penemuan mahupun penemuan secara kebetulan telah banyak melahirkan ubatan serta vaksin yang baru. Sehinggalah pada abad ke 20, barulah ahli perubatan dapat mencipta dadah dengan menggunakan kaedah baru yang lebih berkesan untuk merawat pelbagai penyakit yang menjangkiti manusia. Bagi menghasilkan dadah yang betul betul berkesan, maka adalah perlu untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai fungsi fungsi badan, bagaimana badan bekerja, mengapa penyakit terjadi dan kenapa dan bagaimana bahan kimia bertindak di dalam badan. Bidan kajian dan penyelidikan ini dipanggil farmakologi.

Dari Mana Asalnya Dadah

Dadah diperolehi daripada berbagai sumber yang berbeza. Sesetengah dadah diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan yang selebihnya datang daripada binatang atau galian. Disebabkan tisu tumbuhan dan haiwan tidak sama antara satu sama lain, maka timbul masalah yang dihadapi oleh kalangan ahli farmakologi . Masalah yang timbul ini ialah bagaimana untuk menyeragamkan dos. Sebagai contohnya, dadah dari jenis belladonna adalah merupakan sejenis dadah yang digunakan untuk merawat kekejangan perut. Ia didatangkan daripada tumbuhan yang dipanggil 'nightshade' . Masalah yang dihadapi ialah semua tumbuhan 'nightshade' ini tidak mengandungi amaun belladonna yang sama. Kesannya, ahli perubatan tidak dapat mengenalpasti sama ada dos belladonna yang mereka gunakan itu adalah terlalu kuat atau lemah. Untuk menyelesaikan masalah ini, para penyelidik mengandaikan bahawa hanya bahagian bahagian tertentu dadah tersebut mempunyai kemampuan untuk bertindak ke atas badan. Mereka kemudiannya menggelarkan bahagian tersebut sebagai 'prinsip aktif' (active principle). Mereka akan melakukan tugasan berdasarkan penyelidikan dan piawai mengikut 'prinsip aktif' yang telah mereka andaikan tadi.

Bahan bahan yang dikenali sebagai 'prinsip aktif' daripada pelbagai dadah yang dipilih akan diasingkan. Pengasingan ini dilakukan dengan melaksanakan pengukuran. Kuantiti tertentu kemudiannya dihasilkan dalam bentuk tablet, kapsul dan sebagainya. Dadah yang telah dihasilkan di dalam bentuk bentuk ini boleh di dapati dengan mudahnya samada di kedai kedai farmasi ataupun melalui ahli perubatan. Doktor juga kini dapat menganggar dengan tepat mengenai julah dadah yang perlu diberikan kepada pesakit

Page 5: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

serta boleh meberitahu apakah kesan kesan pemngambilah dadah tersebut ke atas pesakit. Kerja kerja pengasingan yang telah disebutkan tadi yang menjadikan dadah dalam bentuk tablet ataupun kapsul telah menjadikan kerja kerja perubatan lebih mudah.

Hari ini, kebanyakan dadah tidak lagi diperolehi daripada pengasingan dan penyulingan tumbuhan tumbuhan ataupun tisu. Sebaliknya, ia dilakukan dengan proses sintesis atau dihasilkan di dalam makmal kimia. Sebagai contohnya, apabila kortison ditemui, ia telah dihasilkan dengan perbelanjaan yang besar untuk memperolehinya daripada kelenjar adrenal haiwan yang mati. Akibat kos yang terlibat adalah besar, maka para saintis mengkaji bagaimana untuk menciptanya daripada hempedu seladang yang disembelih. Cara ini nyata lebih menjimatkan kos. Cara ini kemudiannya diperbaiki dengan mensistesiskan daripada pelbagai tumbuhan yang mudah dan senang dijumpai.

Dadah sintetik yang menduplikasikan 'prinsip aktif' tumbuhan haiwan atau mineral adalah bahan semulajadi kerana ia mengandunghi hanya 'prinsip aktif' dan bahan bahan yang tidak berguna serta kekotoran di dalamnya akan dibuang.

Penyelidikan secara Biologi

Sesetengah bahan yang dihasilkan daripada sumber haiwan dan digunakan sebagai dadah tidak diperolehi daripada haiwan yang telah mati. Sebaliknya, bahan bahan tersebut diperolehi secara biologi. Ia dihasilkan daripada badan haiwan yang masih hidup. Toksid Tetanus, yang mana digunakan untuk mengimunisasi pesakit terhadap tetanus atau kancing gigi diperolehi secara biologi. Ia dibuat secara biologi melalui kaedah yang berikut :

Kuantiti kecil organisma tetanus disuntik ke dalam kuda. Organisma tetanus akan menghasilkan toksin tetanus di dalam badan haiwan tersebut. Satu sampel darah kuda tersebut diambil. Toksin tetanus di dalam kandungan darah akan dirawat secara kimia untuk menhasilkannya secara tidak membahayakan. Namunm, toksin yang tidak beracun ini atau toksid akan mengekanlkan keupayaan untuk mengstimulasi di dalam darah serta membentuk antibodi yang digunakan bagi menangkis penyakit toksin tetanus . Oleh itu, ia akan disuntik ke dalam badan pesakit untuk mengimunisasikan pesakit tersebut daripada wabak tetanus.

Penyelidikan secara sintetik

Berbagai dadah sintetik tidak diduplikasikan daripada sumber semulajadi. Semenjak penciptaan dadah daripada penemuan secara kebetulan atau tidak sengaja, sains kini berkeupayaan untuk menghasilkan dadah baru yang tidak ditemui daripada bahan semulajadi.

Satu cara bagaimana dadah baru direkacipta ialah dengan mengubah suai struktur molekul bahan dadah yang lain. Dadah yang diubahsuai itu, yang dipanggil sebagai analog adalah lebih efektif, menyebabkan kesan sampingan yang kurang dan boleh disediakan secara murah daripada dadah dari jenis biasa. Oleh itu, untuk memusnahkan kesan sampingan yang serius akibat kortison, serta meningkatkan potensinya, saintis mengubahsuai struktur molekul dadah tersebut untuk mendapatkan prenisone, hydrocortisone dan beberapa analog yang lain. Pemanipulasian molekul ini merupakan kaedah yang penting bagi penghasilan dadah yang baru. Selain itu, terdapat juga kedah lain untuk mencipta ubat baru.

Page 6: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

Teknik yang baru dibangunkan ini membabitkan pengubahan kod genetik sesuatu bakteria yang kemudiannya dijual dalam bentuk dadah yang halus. Kaedah ini membolehkan bakteria melakukan tugas yang lebih berkesan daripada bakteria biasa. Contohnya seperti membuat hormon pertumbuhan manusia, insulin atau hormon untuk otak manusia, somatostatin.

Bagaimana Dadah Bertindak

Dadah bertindak dengan mengubah tingkahlaku beberapa sel di dalam badan. Walaupun ramai orang hanya bercakap mengenai kesan dadah, apa yang sebenarnya dapat diperhatikan ialah perubahan di dalam cara badan bekerja. Sebagai contohnya, aspirin tidak dengan sendirinya mengurangkan demam. Tetapi, ia secara sementara mempengaruhi sel saraf di dalam otak yang mengawal suhu badan. Perubahan yang dilakukan disini merangkumi dorongan serta tekanan ke atas tindakan sesebuah sel atau tisu.Dadah yang bertindak dengan cara ini dipanggil ejen pharmacodynamic. Cara yang satu lagi ialah dadah yang bertindak untuk memusnahkan atau memperlahan pertumbuhan wabak penyakit tanpa mempengaruhi sel normal badan. Dadah yang bertindak seperti penisilin, streptomycin, tetracyline dan dadah sulka adalah merupakan ejen chemoutherapeutic.

Reaksi Terhadap Dadah

Untuk sesebuah bahan kimia dianggap sebagai dadah, ia mesti mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi cara bagaimana badan bekerja untuk menjadi aktif secara biologi. Tiada bahan bahan yang mempunyai kekuatan untuk melakukannya didapati selamat secukupnya, dan dadah hanya diperakui selepas ianya terbukti selamat digunakan seperti yang diarahkan serta kebaikan yang diperolehi akibat daripada penggunaan dadah tersebut adalah lebih besar daripada risiko yang boleh dihadapi oleh pesakit. Namun, terdapat juga dadah yang amat bahaya yang diperakui untuk digunakan kerana ianya diperlukan untuk merawat pesakit yang mengalai kesakitan yang serius.

Digitalis, yang menyebabkan otot jantung untuk menguncup, adalah merupakan dadah yang cukup merbahaya, tetapi para doktor dibenarkan untuk menggunakannya kerana ianya penting untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah otot jantung. Dadah yang mujarab seperti digitalis ini mungkin tidak akan mendapat perakuan untuk merawat kesakitan minor seperti keletihan sementara kerana risiko yang akan diterima oleh pesakit akan lebih besar.

Ramai orang menderita kesakitan akibat penggunaan dadah walaupun mereka telah mengikuti arahan arahan penggunaan tersebut dengan baik. Populasi manusia, tidak seperti serangga atau semut dan lebah, kerana mempunyai pelbagai cariasi genetik yang hebat. Dadah diuji ke atas beribu ribu manusia. Apabila diuji keatas orang yang berlainan, terdapat sesetengan orang yang tidak bertindakbalas seperti yang dijangkakan setelah mereka menggunakan dadah tersebut. Seseorang yang mempunyai tindakbalas idiosyncratic terhadap ubat penenang (sedative) tertentu, sebagai contohnya, mungkin akan mengalami keadaan yang menyeronokkan berbanding keadaan rehat. Orang lain pula mungkin berada di dalam keadaan hypersensitif, atau sensitif yang ekstrem atau mungkin mengalami reaksi yang teruk akibat alergi apabila menggunakan ubat yang sama.

Seseorang pesakit mungkin akan memerlukan ubat berasaskan dadah berulang ulang kali untuk mendapatkan hasil yang mereka inginkan. Ini bermaksud dos dalam kuantiti

Page 7: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

yang lebih besar diperlukan untuk menghasilkan kesan therapeutik yang diperlukan.Sifat tolerance atau memerlukan ubat yang sama berulang ulang kali mungkin kelamaannya akan menjadi kebiasaan yang mana seseorang pesakit akan mengalami keadaan ketagihan. Ketagihan akan mengakibatkan gangguan psikologi dan fizikal yang teruk apabila dadah itu tidak diambil dengan betul. Morfin, Kokain dan Benzedrine adalah dadah yang membentuk tabiat ketagihan.

Dadah juga selalunya dikaitkan dengan kesan sampingan yang tidak diingini. Ia selalunya mengakibatkan ketidakselesaan tetapi yang kecil sahaja seperti keadaan ruam, pening kepala dan mengantuk. Sesetengah dadah mempunyai kesan sampingan yang serius. Ini termasuklah kesan berbalik yang mengancam nyawa. Sebagai contohnya, dadah yang dikenali sebagai Thalidomide pernah dahulunya dianggap sebagai dadah dari jenis penenang yang paling selamat pernah dibangunkan oleh para saintis. Walaupun begitu, beribu ribu wanita di United Kingdom yang mengambil dadah ini semasa mengandung, melahirkan anak yang mengalami kecacatan yang serius. Kesan berbalik juga didapati berpunca daripada campuran dadah. Oleh itu, pengambilan aspirin yang boleh mengurangkan kesakitan pening kepala, akan menjadi lebih merbahaya sekiranya seseorang mengambil dadah yang berlainan untuk mengurangkan kesakitan yang sama seperti heparain atau dicumarol.

Dadah : Kesengsaraan Disebalik Kebaikan

Dadah selain membawa kebaikan untuk mengubati penyakit, juga mempunyai keburukan yang boleh membawa kesengsaraan yang cukup menyeksakan akibat penggunaannya. Kesengsaraan yang di hadapi bukan sahaja terdiri daripada penyakit, malahan boleh berakhir dengan kematian. Sebenarnya terdapat berbagai bahan kimia yang memberikan kesan toksik ke atas tumbuhan tumbuhan dadah ini yang menyebabkan ia boleh menjadi beracun. Kebanyakan unsur atau bahan kimia ini adalah alkaloid. Sesetengah toksin tumbuhan adalah terdiri daripada polipeptida yang mengandungi unsur nitrogen dan sesetengah pula mengandungi unsur glikosid yang terdiri daripada molekul gula yang terikat dengan molekul lain yang selalunya toksik. Apabila terurai secara kimia, kebanyakkan glikosid akan mengeluarkan asid prusik yang boleh membawa maut. Dibawah ini akan dapat kita ikuti kesan dadah dan tumbuhan yang beracun akibat penggunaannya yang tidak teliti.

Keracunan Darah

Mempengaruhi kemampuan darah untuk membawa oksigen atau menggangu fungsi sistem pengaliran darah. Glikosid menghasilkan berbagai spesies buah ceri yang didapati berpotensi sebagai toksin darah. Namun, buah tersebut mesti digunakan dalam kuantiti yang banyak untuk menjadi toksik. Benih castor bean (Ricinis communis) mengandungi risin toxalbumin.

Tumbuhan castor bean di tanam dengan banyaknya di kawasan temperat di Amerika Syarikat. Toksin tumbuhan tersebut boleh menyebabkan mulut, tekak dan perut terasa seperti terbakar, diikuti dengan muntah, cirit birit serta kekejangan sistem abdomen. Kesusahan untuk bernafas juga berlaku. Satu benih sahaja sudah cukup untuk membawa kematian kepada kanak kanak. Tumbuhan rosary pea (Abrus precatorius) yang tumbuh di kawasan tropika menghasilkan toksin darah yang dipanggil abrin yang seakan toksik seperti risin.

Keracunan Saraf

Page 8: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

Secara langsung bertindak dengan mempengaruhi sistem saraf. Bunga dan benih jimsonweed (Datura stramonium) mengandungi racun saraf yang paling merbahaya di samping hyoscine dan atropin. Jimsonweed di tanam di sekitar Eropah dan Amerika Selatan. Tumbuhan yang berbunga putih ini menyebabkan kanak kanak mudah tertarik kepadanya. Kesan toksik di dalamnya boleh menyebabkan pening kepala, nausea, kehausan serta kulit yang mudah menjadi kering dan terasa seperti terbakar.

Keadaan ini akan diikuti oleh kekeliruan mental serta kehilangan daya ingatan. Belladona (Atropa belladonna) serta black henbane (Hyoscyamus niger) adalah herba beracun yang menghasilkan alkaloid yang lebih kurang sama seperti yang boleh dijumpai di dalam tumbuhan jimsonweed.

Keracunan Neuromuskular

Berkaitan dengan gangguan ke atas transmisi impuls daripada saraf ke otot. Foxglove (Digitalis purpurea) mengandungi beberapa bahan kimia beracun, termasuklah digitoxigen dan beberapa glikosid. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan temperat di seluruh dunia. Di antara simptom awal keracunan adalah kehilangan selera makan, nausea serta mengantuk. Simptom ini diikuti dengan degupan jantung yang perlahan dan tidak normal, pening kepala dan kesakitan di bahagian abdomen. Dadah jenis digitalis dihasilkan daripada tumbuhan foxglove dan digunakan di dalam kuantiti yang kecil untuk merawat sakit jantung.

Curare adalah nama bagi alkaloid yang diguanakan oleh suku kaum asli India Amerika Selatan. Ia digunakan sebagai bahan untuk merehatkan otot serta bertujuan untuk merawat penyakit tremor dan tetanus. Selain itu ia digunakan untuk meracun bahagian hujung anak panah. Tumbuhan ini diambil daripada batang sesetengah pokok terutamanya moonseed vine (genus Chondodendron) dan Strychnos toxifera. Racun yang begitu kuat ini boleh menyebabkan kelumpuhan berlaku dengan serta merta.

Kerancunan Muskular

Mempengaruhi tisu otot. Sebagai contohnya, false hellebore (Veratum vivide) mengandungi beberapa alkaloid yang bertindak secara langsung dengan tisu otot. Simptom termasuklah muntah, kesakitan abdomen serta otot menjadi lemah.

Kerengsaan Kulit

Poison ivy (Rhus toxicodendron) dan poison sumac (R. Venix) ditannam di Amerika Selatan, manakala poison oak (R. diversiloba) dijumpai di Barat. Daun, batang dan akar pohon ini menghasilkan minyak yang dipanggil urushiol.

Kes keracunan boleh terjadi di dalam semua keadaan dan musim apabila seseorang memegang bahagian bahagian yang tertentu. Namun, menghidu pohon poison ivy atau poison oak yang terbakar juga sudah cukup untuk menyebabkan keracunan di bahagian bahagian tertentu di anggota badan. Dalam masa 12 jam selepas terdedah kepada keadaan itu, kesan melecur yang kecil berwarna putih akan timbul dikulit dan akan diikuti dengan kegatalan kulit. Apabila keadaan melecur ini pecah, kulit akan menjadi lembap dan bengkak.

Opium

Page 9: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

Jus kering daripada benih keras yang tidak matang sesebuah popi opium (Papaver somniferum) adalah merupakan dadah narkotik yang dipanggil opium. Nama saintifik bagi opium diperkenalkan oleh Carl Linnaeus yang membawa erti 'tidur'. Opium digunakan sebagai ubat untuk melegakan kesakitan. Jika penyalahgunaan opium berlaku, ia akhirnya boleh membawa padah ke atas kesihatan fizikal, menyebabkan gangguan serta ketidakseimbangan mental dan boleh tercetusnya ketagihan.

Popi opium dengan bunga berwarna merah, putih atau ungu berkembang dengan subur pada musim panas. Selepas ianya berbunga, pekerja ladang akan mengumpul jus seperti susu yang terdapat pada hirisan dalam kulit keras pokok tersebut. Jus putih tersebut akan membeku dan bertukar menjadi warna coklat apabila terdedah kepada udara. Opium mentah dipasarkan dan mempunyai pelbagai kegunaan seperti kek, membuat batu dan sebagainya setelah direka atau di dalam bentuk bentuk tersebut.

Disebabkan setiap tumbuhan popi menghasilkan jus yang sedikit dan juga tempat tanaman popi dikerjakan secara manual dan ia mesti selalu diracun rumpai, maka popi selalunya boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ditanam di tanah atau apabila tenaga buruh adalah murah, contohnya di Asia. Penanaman opium yang dijalankan secara sah atau tidak kebanyakkannya dijalankan di Asia. Dua negara utama yang menghasilkan opium dan mengeksport opium di dunia adalah India dan Turki.Walaupun wujud kemunculan dadah sintetik seperti Methadone yang boleh menggantikan penggunaan opium tetapi opium masih diperlukan kerana keperluan perubatan meningkat setiap tahun. Keperluan perubatan dunia meningkat sehingga 1,700 tan pada tahun 1980 .

Kulit keras yang dihiris untuk dijadikan opium

'Prinsip aktif' opium berada di dalam alkaloidnya, atau asas organiknya. Alkaloid ini terdiri daripada 2 jenis, satu mungkin boleh membawa ketagihan dan boleh bertindak ke atas sistem saraf, dan satu lagi tidak ada ketagihan dan bertindak untuk merehatkan otot luar kawalan atau melembutkan otot otot di badan. Penggunaan opium yang sah adalah untuk perubatan dan ini termasuklah alkaloid yang telah dibersihkan seperti morfin dan kodein serta derivatif alkaloid seperti laudanum, dilaudid serta apomorphine.

Opium selain digunakan secara mentah atau dalam bentuk derivatif juga digunakan secara haram. Penghisapan opium dipercayai diperkenalkan di Amerika Syarikat dalam tahun 1850-an dan 1860-an oleh buruh pembinaan jalan keretapi berbangsan Cina. Sejak dahulu lagi penggunaan opium merupakan masalah yang besar terutamanya di negara Timur. Sejak kebelakangan ini, penggunaan opium secara haram di dapati telah menurun, kecuali bagi penggunaan derivatif heroin.

Heroin dalam bentuk asli adalah merupakan serbuk putih yang mudah cair dan larut di dalam air. Heroin juga dikenali dengan nama lain seperti smack, junk, skag, shit, 'H', Brown,Horse,Harry dan Boy .Terdapat beberapa opium sintetik yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan (painkiller) seperti pethidine dan methadone yang mana boleh menyebabkan ketagihan. Secara amnya opium atau opium sintetik ini dipanggil opioids.

Serbuk opioid boleh ditelan atau dicarikan dalam air dan disuntik, terutamanya ke dalam urat atau pembuluh darah untuk mendapatkan kesan yang maksima. Heroin

Page 10: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

kadangkala disedut atau haba daripada serbuk yang diwapkan akan dihidu. Kaedah ini kadangkala dipanggil 'Chasing The Dragon'.

Heroin apabila dijual di jalanan telah dipotong atau dicairkan dalam pelbagai serbuk yang berasing tetapi mempunyai kandungan serta kesan yang sama. Heroin yang dicairkan yang utama ialah glukos. Namun, penggunaan bahan lain seperti kafein, tepung atau serbuk talkum yang digunakan untuk menipu pembeli boleh membawa padah kepada penggunanya.

Heroin membawa nilai antara 15 paun hingga 40 paun sebungkus. Heroin juga digemari oleh golongan penagih kerana keupayaannya untuk bertindak pantas terutamanya apoabila disuntik atau dihisap. Heroin yang disuntik mencapai ke otak dalam masa 15 hingga 30 saat. Heroin yang dihisap mencecah otak dalam masa 7 saat. Kemuncak dalam menggunakan heroin ialah keadaan khayal dan keseronokan yang hebat. Apabila seseorang menggunakan heroin, dia akan menggunakannya dengan lebih banyak pada masa akan datang untuk mendapatkan kesan yang sama.

Sejarah Opium

Sejak dari dahulu lagi, sejarah telah mengaitkan tentang penemuan opium ini. Di dalam teks berusia 6,000 tahun yang ditulis oleh orang Sumeria, mereka merujuk popi opium sebagai 'tumbuhan seronok' (joy plant). Telah dipercayaui bahawa pedagang pedagang Arab yang bertanggungjawb membawa opium ke China dalam dalam kurun ke 7 atau ke - 8 selepas Masihi. Pengenalan kepada opium telah membuktikan bahawa opium pada awalnya digunakan sebagai ubat. Sehinggalah pada kurun ke 17 yang mana barulah manusia menyedari bahawa opium sebenarnya boleh dihisap.

Tahun tahun terkemudian menunjukkan kuasa kuasa penjajah seperti Portugis dan British yang terlibat di dalam mengedarkan opium yang terbesar di China. Ini menjadikan Syarikat British seperti Syarikat Hindia Timur Ingeeris untuk menjadi pengedar terbesar di dunia. Opium dijual di India dan kemudiannya digunakan untuk diseludupkan ke China. Dari segi kuasa penjajah seperti British, mereka menjadikan opium sebagai barang yang sah untuk diedarkan. Kerajaan China walaubagaimanapun bertindak untuk memusnahkan segala opium yang diimport oleh British sebelum ianya memasuki China.

Maka dengan usaha usaha tersebut, tercetuslah beberapa siri siri peperangan yang singkat dan bermulalah perjanjian yang telah ditandatangani diantara kerajaan China dan penjajah British. Semasa pemerintahan Victoria, pengambilan opium dalam bentuk laudanum iaitu opium yang dilarutkan bersama dengan alkohol serta opium di dalam bentuk pil telah menjadi bahan yang paling polular di antara kelas kelas penggunaan opium.

Heroin dicipta pada tahun 1874, dan secara asalnya telah dipasarkan sebagai bahan yang selamat, tidak membawa ketagihan serta bahan yang boleh menjadi pengganti kepada morfin. Namun begitu, masyarakat mulai sedar bahawa heroin juga meninggalkan kesan ketagihan yang cepat di kalangan individu. Heroin dan opiates kemudiannya dijadikan bahan larangan dalam tahun 1920 dalam Akta Dadah Merbahaya.

Opium Di China (1700 - 1860 )

Page 11: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

Kronologi

1700

Pengenalan bagi penggunaan campuran tembakau dan opium (madak) bermula di India Timur dan kemudiannya berkembang ke Foirmosa, Fukien dan pantai China Selatan. Dalam tahun 1689, Engelberg Kaempfer telah menjumpai tempat pembuatan serta tempat pembancuhan campuran tadi.

1729

Laporan peraturan penguatkuasaan yang pertama telah sampai ke Peking yang menerangkan penegasan penghisapan opium yang membawa kesan kematian awal di Formosa dan Fukien. Emperor Yung Chen mula melarang sebarang penjualan opium dan semua operasi rumah rumah penghisapan opium ditutup.

1750

Syarikat India Timur British mengawal Bengal dan Bihar, iaitu kawasan penanaman opium di Timur India. Syarikat perkapalan British mula mendominasi perdagangan opium di Bengal yang dieksport keluar dari Calcutta

1767

Kadar Import Opium meningkatkan lagi harga Opium daripada Bengal yan gterus menerus memasuki China. Faktor peningkatan ini adalah disebabkan undang undang tahun 1729 yang melarang keras penghisapan opium. Is meningkat dari harga 200 chests setahun dari tahun 1729 hingga menjadi 1000 chests dalam tahun 1967. Namun opium masih lagi kebanyakannya digunakan sebagai ubatan pada ketika itu. Tahun ini juga menunjukkan tariff mula dikenakan ke atas opium.

1772

Syarikat India Timur mengumumkan monopoli terhad ke atas opium Bengal, syarikat tersebut hanya mempunyai kawalan asas sahaja tetapi segala operasi berkaitan opium adalah di dalam penguatkuasaan kontraktor. Kontraktor tersebut yang membayar upah, membeli segala opium yang dihasilkan dan menjualnya kepada Syarikat India Timur yang kemudiannya Syarikat India Timur tersebut akan melelong kepada pedagang pedagang di Calcutta. Syarikat British merupakan satu satunya syarikat yang mengapalkan opium tersebut.

1773 - 1786

Warren Hasting, General Gabenor yang pertama di India, mengenalpasti bahawa opium adalah membahayakan. Pada awalnya beliau cuba menghalang pertambahan pengeluaran opium. Kemudiannya beliau menggalakkan pengawalan opium oleh Syarikat India Timur dan berharap dengan pemonopolian tersebut akan menghadkan penawaran yang akan mengurangkan penggunaannya. Cara ini telah berkesan semasa pemerintahan beliau dan pemerintahan seterusnya, tetapi apabila pasaran China mula dibuka, sifat monopoli yang mulanya bercadang untuk mengawal pengeluaran opium telah mengubahkan pendirinya untuk menambahkan lagi semaian opium.

Page 12: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

1779

Cara dagangan opium di Canton ditulis dalam "Opium Imported First".

1780

Larangan terhadap segala perniagaan berasaskan opium telah menyebabkan cubaan pedagang pedagang British untuk membuka gedung simpanan di Macau. Undang undang baru diperkenalkan untuk melarang penggunaan opium dan dengan tegas melarang penjualannya berulang kali.

1787

Dagangan opium oleh British telah berkurang disebabkan bangkangan China terhadap opium dan melarang keras eksport opium dari India ke China. Namun begitu, wakil syarikat di Canton berkata bahawa negara China tidak jujur di dalam penegasan mereka terhadap larangan opium. Negara China hanya menyatakan hasrat bangkangan tersebut tetapi rasuah tetap boleh diberikan untuk menyeludup serta memperdagangkan opium yan telah diharamkan itu ke negara tersebut.

1796

Undang undang yang melarang opium semakin menggugat kerana walaupun ia berkuatkuasa namun penggunaan opium tetap bertambah. Oleh itu, Emperor China sekali lagi menyarankan larangan keras terhadap penggunaan opium dan kali ini melarang kerasa pengekspotan perak dari China yang pada ketika itu digunakan sebagai alat pertukaran dengan opium. Namun pembelian secara haram tetap juga berlaku.

1797

Syarikat India Timur British sekali lagi mengumumkan kawalan penuh ke atas opium di Bengal.

1799

Undang undang yang lebih ketat dijalankan di Canton iaitu dengan mengharamkan penanaman opium. Undang undang ini diperketatkan lagi ekoran dari sokongan yang diberikan ke atas usaha Emperor China yang melarang dagangan opium di pelabuhan tersebut dalam tahun 1796. Opium kini menjadi komoditi yang diharamkan.

Cara dagangan dipesongkan disebabkan undang undang yang melarang penyeludupan opium. Macau dan juga kawasan kawasan yang berada di bawah kawalan kerajaan merupakan kawasan yang telah menjadi larangan di dalam penyeludupan tersebut. Oleh itu, untuk menyeludup juga opium, British menggunakan taktik kotor dengan hanya mengesahkan bahawa mereka membawa barang barang yang sah dari sisi undang undang China. Sebaliknya opium di atas kapal tersebut akan diambil oleh pedagang cina yang menyeludupnya ke dalam bot yang kecil dan laju.

1800

Anti Opium diperkenalkan dan polisi rasmi rasuah, jenayah dan Persatuan Rahsia Kerajaan di bangunkan. Undang undang melarang penanaman opium tempatan serta

Page 13: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

pengulangan ketegasan yang melarang pengimportan opium, penjualannya serta penggunaannya dikuatkuasakan dalam bentuk bertulis.

1804

Dagangan di Canton tetap meneruskan jualan opium yang dilakukan di pelabuhan Canton. Walaupun penguatkuasaan undang undang masih berkuatkuasa, ia mempunyai kesan yang sedikit dan tiada perubahan yang drastik di dalam polisi yang dikeluarkan.

Opium di Britain 1800 - 1917

Ubatan yang telah dipatenkan atau penyedia opium dari jenis Pover's Powder telah berada di pasaran Britain tanpa sebarang sekatan. Laudanum (opium campuran dengan alkohol) adalah lebih murah daripada arak jenis bir dan wine dan mudah disediakan disebabkan upah buruh yang murah. Kesannya, pada abad ke 19, penggunaan opium telah meningkat dengan seragam di England, Eropah dan Amerika Syarikat.

1800 - 1820an

Penanaman opium secara domestik digalakkan disebabkan pertambahan di dalam penggunaan opium dan disokong oleh peningkatan harga serta wujudnya opium yang tidak tulen. opium merosot dalam tahun 1820an walaupun tidak ada sebarang halangan dan sekatan yang berlaku.

1834-1850

Penggunaan opium menular di kalangan golongan miskin, populasi pertanian, wanita dan bayi.

1839

Opium dan penyediaannya telah dikenalpasti menjadi punca kematian lebih awal daripada bahan kimia yang lain. Terdapat 186 keracunan yang disebabkan oleh opium yang menyebabkan kematian lebih 72 orang kanak kanak.

Peperangan Opium (1839 -1842)

Semasa abad ke 18, pasaran teh di Eropah dan Amerika telah diperkenalkan dan berkembang dengan pesat. Tambahan lagi, terdapat permintaan yang berterusan untuk sutera dan tembikar dari China. Namun, China pada masa itu masih lagi diperingkat awal untuk membangun. Jadi mereka memerlukan barang yang lebih sedikit daripada apa yang sanggup ditawarkan oleh negara Barat. Ini menyebabkan ketidakseimbagan dagangan berlaku terutamanya antara British dan China. Untuk memperbetulkan keadaan ini, pihak pedagang British membangunkan dagangan bagi pihak ketiga, menukarkan barangan mereka di India dan Asia Tenggara untuk bahan mentah serta separuh proses yang terdapat di pasaran Guangzhou.

Pada awal kurun ke 19, kapas mentah dan opium daripada India telah menjadi barang eksport ke China. Walaupun opium telah menjadi barang larangan tetapi bagi membolehkan pihak British memperolehi keuntungan yang banyak, maka mereka menggunakan rasuah dan birokrasi untuk menyeludup masuk.

Page 14: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

Tahun 1839, Gabenor Qing yang telah berusaha selama 10 tahun tetapi gagal untuk menjalankan kempen anti-opium, telah melaksanakan undang undang melarang opium secara drastik. Gabenor tersebut telah mengarahkan Pesuruhjaya Lim Zexu (1785 - 1850 ) ke Guangzhou untuk menghalan penjualan opium di situ. Lin berjaya memusnahkan simpanan haram opium yang dimiliki oleh pedagang cina dan menahan semua pedagang cina tersebut serta merampas dan memusnahkan 20,000 chest opium yang menjadi milik British.

Keadaan ini telah menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan British, lalu tercetuslah peperangan Anglo-China yang pertama dan juga dikenali sebagai Perang Opium (1839-1842).

Akibat tiada persediaan awal dan secara kasarnya tabiat China yang suka merendahkan keupayaan pihak lawannya, maka tewaslah kerajaan China ke atas tangan British dengan dahsyatnya. Imej China juga berjaya ditundukkan oleh British. Perjanjian Nanjing (1842) telah ditandatangani kemudiannya sebagai tanda perdamaian. Perjanjian ini dijalankan di atas kapal perang British oleh 2 orang pesuruhjaya Manchu dan seorang wakil British. Perjanjian ini merupakan siri pertama perjanjian dengan Barat.

Dalam perjanjian tersebut, China bersetuju untuk menyerahkan pulau Hong Kong atau Xianggang di Pinyin kepada British, menghapuskan sistem dagangan bermonopoli yang berlesen, membuka 5 pelabuhan kepada residen British dan pedagang asing, menghadkan tariff dagangan kepada 5 %, membenarkan warganegara British bebas daripada sebarang undang undang China dan membayar pampasan yang besar di atas kerugian yang dihadapi oleh pihak British. British dalam perjanjian ini mendapat keistimewaan sepenuhnya. Perjanjian ini menunjukkan satu skop ketidakseimbangan dan perhubungan yang berat sebelah yang berlaku dan kerajaan China menamakannya sebagai sesuatu yang amat memalukan bangsa mereka.

Selepas itu, beberapa siri serangan, peperangan serta perjanjian dilancarkan oleh China dan makin bertambah lagi keistimewaan dan hak terhadap bangsa asing kerana ketidakmampuan kerajaan China untuk bertahan akibat serangan British yang ternyata lebih terkini dalam perkakasan senjata api.

Cara Penanaman Opium

Artikel dibawah ini diambil dari internet. Ia ditulis oleh [email protected] pada 6 Januari 1994 pada pukul 15:51:23.Artikel yang ditulis berbunyi begini

"Artikel yang ditulis oleh saya ini hanyalah sebagai memberikan pengetahuan kepada umum sahaja dan bukan bertujuan untuk memberikan galakan kepada semua orang atau untuk melanggar undang undang. Sila ajukan soalan anda kepada kumpulan ini kerana saya tidak mahu sebarang e-mail mengenai topik ini. Terima kasih.

Pertama, anda perlu membeli beberapa benih. Papaver somniforum adalah dari jenis yang paling umum dan benihnya ada diiklankan di beberapa katalog benih yang baik. Jika anda menghadapi masalah mengenainya, Thompson dan Morgan merupakan tempat yang bagus untuk bermula . Mereka juga menjual benih untuk Peyote cactii dan beberapa benih yang menarik. Setelah memperolehinya, tanam ia. Penanamannya tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Tahun berikutnya anda tak perlu lagi menanam tanaman yang baru kerana mereka akan tersebar dengan begitu banyaknya. Terdapat

Page 15: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

lebih banyak popi opium yang tidak diperlukan melebihi rumpai di kebun saya setiap tahun.

Apabila bunga sudah menampakkan hasil untuk berkembang, gores kulit keras bunga tersebut dengan pin. Lakukannya disekeliling kulit keras tersebut. Setelah anda lakukan perkara tersebut, anda akan dapat perhatikan titis cairan berwarna putih akan keluar. Biarkan cecair tersebut untuk meresap selama beberapa jam. Dua jam kemudian, pergi kembali kesitu dan tuai opium anda.

Sekarang, titis cairan putih tersebut akan bertukar menjadi tar hitam yang boleh dikikis dan dikumpul dengan menggunakan pisau biasa. Ini terbukti berkesan dilakukan dan ia adalah sah untuk menanam bunga tersebut (sekurang kurangnya disini ialah UK). Namun setelah anda mula untuk menggoresnya, saya syak bahawa anda akan menjadi subahat kepada konspirasi untuk menghasilkan opium. Anda tidak begitu bijak. Jadi berhati hati. Sebagaimana jauhnya perbualan mengenai heroin ini, sayat idah tahu, tetapi seperti mereka perkatakan, di bukit di Thailand/Burma "sesiapa menghisap lebih daripada 3 paip sehari adalah penagih."

Cara Menyuntik Heroin ke Dalam Badan

Informasi ini adalah untuk mereka yang telah matang untuk menghormati betapa bahayanya terlibat di dalam penyuntikan heroin. Bahaya ini termasuklah ketagihan fizikal dan mental dan juga kemungkinan untuk dijangkiti penyakit seperti AIDS atau hepatitis jika penggunanya tidak berhati hati dan jangan berkongsi jarum suntikan.

Penyediaan bahan bahan :

Kapas alkohol boleh di dapati di dalam kotak yang mempunyai 100 helai kapas dengan harga $2 di Safeway.

Alat suntikan yang biasa digunakan ialah U-100. Ia adalah 1 CC yang dibahagikan kepada 100 unit.

Bahagian bawah tin soda pop digunakan sebagai 'sudu' untuk mencairkan heroin kerana ia melengkung ke dalam seperti sudu. Bahagian bawahnya dibuang untuk mendapatkan bahagian paling bawah yang mungkin.

Prosedur

Sudu tadi dibersihkan dengan teliti dengan menggunakan kapas alkohol. Dalam contoh ini,penyediaan heroin adalah dengan menggunakan heroin tar hitam digunakan. Di kawasan saya, ia berharga $15 sepotong bagi saiz 2 gula gula tic-tac yang mempunyai kedua dua bahagian dan ia berfungsi dengan baik. Ia tidak mempunyai bau kecuali bau vinegar. Ia dibungkus di dalam plastik di dalam belon yang kecil.

Potongan heroin tar hitam diletakkan di dalam sudu. Jarum suntikan tersebut digunakan untuk menyedut 50-74 unit air dan disemburkan ke dalam sudu. Sudu tersebut kemudian dipanaskan daripada bawah dengan menggunakan 'lighter' untuk membuatkan ia cair dengan lebih baik. Bahagian pemicit jarum suntikan dikeluarkan dan digunakan untuk mengacau heroin tadi. Penghujung bahagian pemicit mestilah dibersihkan kembali sebelum dimasukkan kembali ke dalam jarum suntikan.

Page 16: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

Secebis kapas digulungkan menjadi bola yang lebih besar sedikit daripada tic0-tac tadi. Adalah lebih baik sekiranya tangan dibersihkan dengan kapas alkohol terlebih dahulu sebelum menggulung kapas tadi. Kapas itu dijatuhkan ke dalam larutan heroin tadi dan ia mengembung seperti span. Penghujung jarum suntikan itu diletakkan di tengah tengah kapas tadi dan pemicitnya ditarik perlahan lahan untuk menyedut masuk heroin tersebut ke dalam jarum suntikan. Kapas ini berfungsi untuk menapis partikel di dalam larutan heroin tersebut. Bahagian badan yang dipilih untuk disuntik mesti dibersihkan keseluruhannya dengan kapas alkohol tadi. Saya rasa tempat di lengan selalunya digunakan kerana bahagian tersebut adalah lembut dan memudahkan jarum masuk ke dalam urat dengan dengan baik.

Jarum tersebut diletakkan secara mengiring di atas kulit, jadi ia tidak akan bergoyang dengan banyaknya. Jarum dimasukkan supaya ia masuk ke dalam saluran urat dan bukannya merintanginya. Apabila merintangi saluran urat, ia akan membuatkan jarum tadi dengan tidak sengajanya menuju ke bahagian yang lain ataupun akan tertarik keluar. Memegang jarum suntikan hampir mengiring yang mungkin. Selepas pengguna merasakan jarum tersebut telah masuk cukup dalam, pengguna harus memastikan jarum tidak merempuh etmpat lain atau jarum ditarik atau di tolak di bahagian urat yang lain.

Sekarang, bahagian yang paling mengelirukan , iaitu pengguna harus memastikan jarum berada di dalam urat sebelum menyuntik. Jika heroin disuntik apabila jarum tidak berada di tempatnya, heroin atersebut akan bergelembung dan akan mengambil masa berjam jam untuk diserap oleh badan. Selalunya ia akan meninggalkan tanda atau bekas apabila jarum tidak masuk ke dalam urat. Pengguna juga seharusnya memerhati dengan teliti untuk memastikan samaada gelembung terbentuk atau tidak. Apabila jarum dimasukkan, pemicitnya ditekan perlahan lahan untuk melihat samaada terdapatnya darah yang keluar. Ini menunjukkan samaada jarum telah memasuki urat atau tidak. Kadangkala apabila pemicit ditarik, hanya sedikit darah yang keluar dan selebihnya adalah udara. Apabila anda selalu berlatih menggunakannya, adalah lebih mudah untuk mengenalpasti keadaan ini samaada jarum dimasukkan dengan baik atau tidak.

Menyuntik heroin dengan kandungan udara (lebih kurang 8 inci) adalah merbahaya dan jika penggunanya berasa gementar mengenai perkara ini, jarum suntikan ini boleh dicondongkan supaya udara berada di penghujung yang lain. Daripada pengalama peribadi, jika 1/4 inci (lebih kurang 10 unit) udara isuntik bersama heroin adalah merbahayakan. Tetapi ia tidak perlu menjadi tabiat untuk menyuntik udara bersama heroin. Dengan sedikit latihan, penggunanya boleh memastikan dengan baik bahawa heroin telah masuk ke dalam urat tanpa perlu memeriksa untuk darah tetapi perlu untuk memeriksa jika terdapat sebarang tanda samaada ia berjaya disuntik atau tidak dengan wujudnya pembentukan gelembung.

Apabila menggunakan heroin untuk pertama kalinya, sudah tentu pengguna harus bermula dengan melihat bagaimana badannya bertindak terhadap suntikan etrsebut. Sama seperti pil pengurang kesakitan yang mana bahagian perut akan meragam apabila badan tidak biasa dengan keadaan tersebut. Di dalam kes terlebih dos pula, satu perkara yang saya tahu ialah memastikan penguna tersebut berjalan jalan di sekelilingnya untuk memastikan jantungnya tetap berjalan. Jika perubatan diperlukan, saya memang yakin bahawa paramedik akan menggunakan dadah yang dipanggil "narcan" yang menghalang kesan narkotik opiate seperti heroin.

Kesan Opium

Page 17: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

Sama seperti ubat pengurang kesakitan, dos opioids yang diambil secara sederhana akan menghasilkan berbagai kesan. Ia akan bertindak untuk menekan aktiviti aktiviti sistem saraf termasuklah gerakbalas rangsangan saraf seperti batuk ,pernafasan dan kadar degupan jantung. Ia juga menyebabkan saluran darah melebar dan akan memberikan perasaan atau keadaan kepanasan serta mengurangkan aktiviti usus atau bahagian dalam perut yang mana akan mengakibatkan sukar untuk membuang air besar.

Apabila menggunakan dos yang cukup banyak, ia akan menimbulkan rasa khayal dan gembira di kalangan penagih. Terdapat perubahan yang sedikit berlaku di dalam koordinasi badan, perasaan serta daya fikiran. Pada dos yang lebih tinggi, penagih berasa tenang dan jika dos yang diambil berlebihan akan menyebabkan keadaan tidak sedarkan diri, koma dan juga kematian akibat daripada kegagalan sistem pernagasan. Peluang untuk berlakunya dos berlebihan akan meningkat sekiranya dadah lain contohnya seperti alkohol dan tranquilisers digunakan pada masa yang sama.

Sikap tidak mempunyai belas kasihan serta kurang selera makan juga akan berlaku disebabkan penggunaan dadah ini. Penagih akan diserang penyakit seperti diet yang kurang sihat, pengabaian penjagaan diri yang ketara serta keadaan yang tidak terurus. Akibat keinginan untuk mendapatkan dadah yang berulang kali akan menyebabkan timbulnya masalah kewangan yang boleh menimbulkan masalah sosial.

Sekiranya dos yang banyak diambil untuk beberapa minggu, penggunaan yang mengejut boleh mengakibatkan simptom seperti ketidakselesaan yang menyamai selesema. Ini termasuklah kesakitan, berpeluh, rasa kesejukan, bersin, menguap, menggigil, kekejangan otot yang akan berlaku di antara 8 hingga 24 jam setelah dos heroin terakhir yang diambil. Walaupun kesan ini berkurangan dalam masa 7 hingga 10 hari, perasaan lemah atau hilang timbang rasa akan kekal untuk beberapa bulan.

Opioids menyebabkan penagih merasa loya, pening, kepanasan dan sikap puas hati. Ia juga melegakan tekanan dan ketidakselesaan dengan menimbulkan suasana kerehatan dengan mengasingkan kesakitan, kehendak dan juga aktiviti. Namun, apabila pengguna telah menggunakannya, keinginan untuk menggunakannya berkali kali akan timbul dan setiap kali ia akan melebihi daripada penggunaan sebelumnya dan akan meningkat sehingga ia akan menghasilkan kesan yang sama.

Selain itu, pengguna juga mengalami rasa hendak muntah atau muntah apabila menggunakan dadah ini buat pertama kalinya terutamanya selepas suntikan. Dadah ini apabila dihidu atau disedut akan menghasilkan kesan yang kurang hebat berbanding suntikan. Kesan menghisap pula akan tiba sepantak kesan menyuntik, tetapi ianya kurang sedikit. Suntikan berulangkali menggunakan jarum yang kotor akan menimbulkan wabak seperti hepatitis, AIDS dan Tetanus, terutamanya apabila berkongsi jarum suntikan.

Terdapat juga risiko menggunakan dadah tidak asli apabila ianya telah dicampurkan dengan bahan bahan yang tidak diketahui. Penghiduan berulangkali mengakibatkan kerosakan terhadap hidung. Kesan kesan lain bagi heroin adalah seperti

o Memperlahankan percakapano Gaya berjalan yang perlahano Menyesakkan anak mata, mata menjadi berat, pandangan yang kabur waktu

malam

Page 18: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

o Kulit menjadi kering, gatal, serta jangkitan pada kulito Muntah yang kerap apabila terdapat peningkatan di dalam dos pengambilano Sukar membuang air besaro Kemahuan seksual yang berkurangano Boleh menjadi komao Kesesakan sistem pernafasano Jangkitan HIVo Melemahkan sistem pertahanan badano Ketagihano Mengurangkan selera makano Kadar degupan jantung yang perlahan dan tidak normalo Tekanan darah tinggi yang tidak normalo Kematian akibat lebihan dos

Penyalahgunaan dadah serta penagihan telah menghantui manusia serta masyarakat sejak lama dahulu. Dadah telah memainkan peranan penting di dalam mempengaruhi sub budaya dan berbagai lapisan peringkat di dalam masyarakat terutamanya remaja.

Dadah tidak kira dari apa jenis sekalipun boleh membawa ancaman yang dahsyat. Dadah dari segi kesan psikologinya boleh membawa kesan kesan mental dan fizikal yang teruk seperti ketidakupayaan untuk berfikir serta hilang koordinasi badan. Selain itu, dadah juga secara aktifnya boleh terlibat di dalam merosakkan tisu tisu di dalam otak, peparu, jantung, hati dan semua tempat di dalam badan.

Kesan yang paling merbahaya sekali ialah ketagihan. Masalah ketagihan ini menyebabkan orang yang menyalahgunakan dadah tersebut akan mengulangi perbuatannya untuk mengambil dadah setiap kali dia merasa ketagih. Penggunaan kali yang seterusnya akan lebih daripada penggunaan yang sebelumnya untuk mendapatkan kesan yang lebih baik atau kesan yang sama seperti sebelumnya. Maka hasil daripada ketagihan ini, timbullah masalah sosial yang meruntuhkan institusi sosial dan juga institusi kekeluargaan yang menyebabkan gejala gejala jenayah berlaku secara berleluasa.

Dadah, selain daripada mempunyai kesan yang boleh membawa kemudaratan, juga boleh membawa kebaikan.Kesan kesan yang baik adalah dari segi perubatan, yang bertujuan untuk merawat penyakit serta kebanyakkan dadah menjadi ubat bius yang berguna yang bertindak untuk menjadi penenang. Oleh sebab kebaikan yang ditonjolkan ini, ia tetap akan kekal digunakan kerana tanpanya kesengsaraan juga akan berlaku terutamanya ketika pesakit menjalani pembedahan.

Oleh itu, berbagai pihak harus berganding bahu supaya tidak menyalahgunakan dadah ini untuk kepentingan diri sendiri. Setiap pihak juga harus nasihat menasihati di antara satu sama lain supaya gejala penagihan dadah ini dapat dibanteras. Selain itu, ilmu pengetahuan yang mendalam juga perlu disematkan di dalam jiwa setiap masyarakat supaya mereka tidak terikut sama bersubahat di dalam kancah penagihan dadah.

1. http://www.students.doc.ic.ac.uk/~vbhy/hongkong/OpiumWar.html2. http://mojo.calyx.net/~schaeffer/heroin/opichin1.html3. http://www.druglibrary.org/schaffer/heroin/opiwar1.htm4. http://ourworld.compuserve.com/homepages/OLDNEWS/opium.htm5. http://dir.yahoo.com/Health/Pharmacy/Drugs_and_Medications/

Specific_Drugs_and_Medications/

Page 19: Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Internet

6. http://www.drugfreeamerica.org/heroin.html7. http://area51.upsu.plym.ac.uk/infoserv/drugs/graphical/grphopia.html8. Compton's New Century Encyclopedia

and Reference Collection II9. Bodyworks 3.0

An Adventure 1st Anatomy 10. [email protected] 11. The Opium War Through Chinese Eyes oleh Arthur Waley. George Allen dan

Unwin Ltd, 195812. Commissioner Lin and the Opium War. Oleh Hsin-pao Chang. Harvard U.

Press, 1964.13. The Chinese Opium Wars. Oleh Jack Beeching. Harcourt Brace Jovanovich,

197514. Etnobotani - Tumbuhan, Manusia & Kehidupan. Dr. Ahmad Ismail Jabatan

Botani, 1998