29
1.0 Pengenalan : Pemikiran berkesan bergantung kepada keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pembacaan boleh dipertingkatkan melalui latihan dan amalan. Penguasaan kemahiran berfikir semasa membaca boleh dibantu dengan alat berfikir yang tertentu. Antara alat-alat berfikir yang digunakan dalam aktiviti pembacaan ialah: 1.1 Pengurusan Grafik 1.2 CoRT 1 1.3 Soalan dan Penyoalan 1.4 Peta Minda Penggunaan alat-alat berfikir bertindak sebagai sistem penyokong amalan pemikiran berkesan. Selain itu, alat- alat berfikir membantu kita menguasai isi bahan bacaan yang dibaca secara sistematis, tersusun dan jelas. Kekerapan penggunaan alat-alat berfikir dapat menambahkan keyakinan pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak dalam pelbagai situasi. 2.0 Pengurusan Grafik (PG) Pengurusan grafik (PG) ialah satu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan pemikiran selepas membaca. PG dapat menggambarkan secara mudah dan jelas tentang sesuatu idea atau perkara dengan perhubungannya dalam pembacaan dengan aspek-aspek yang berkaitan. Pemilihan sebuah PG akan bergantung kepada tujuan, situasi dan fungsi penggunaannya selepas menjalankan aktiviti membaca. Antara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan. 1 KBKK DALAM PEMBACAAN

KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

1.0 Pengenalan :

Pemikiran berkesan bergantung kepada keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pembacaan boleh dipertingkatkan melalui latihan dan amalan. Penguasaan kemahiran berfikir semasa membaca boleh dibantu dengan alat berfikir yang tertentu. Antara alat-alat berfikir yang digunakan dalam aktiviti pembacaan ialah:1.1 Pengurusan Grafik1.2 CoRT 11.3 Soalan dan Penyoalan1.4 Peta Minda

Penggunaan alat-alat berfikir bertindak sebagai sistem penyokong amalan pemikiran berkesan. Selain itu, alat-alat berfikir membantu kita menguasai isi bahan bacaan yang dibaca secara sistematis, tersusun dan jelas. Kekerapan penggunaan alat-alat berfikir dapat menambahkan keyakinan pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak dalam pelbagai situasi.

2.0 Pengurusan Grafik (PG)

Pengurusan grafik (PG) ialah satu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan pemikiran selepas membaca. PG dapat menggambarkan secara mudah dan jelas tentang sesuatu idea atau perkara dengan perhubungannya dalam pembacaan dengan aspek-aspek yang berkaitan.

Pemilihan sebuah PG akan bergantung kepada tujuan, situasi dan fungsi penggunaannya selepas menjalankan aktiviti membaca. Antara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan.

2.1 Contoh-contoh Pengurusan Grafik:2.1.1 Pengurusan grafik membanding dan membeza2.1.2 Pengurusan grafik membuat kategori2.1.3 Pengurusan grafik menerangkan sebab2.1.4 Pengurusan grafik membuat ramalan2.1.5 Pengurusan grafik mengusul periksa andaian2.1.6 Pengurusan grafik meneliti bahagian-bahagian dan

keseluruahan2.1.7 Pengurusan grafik membuat keputusan2.1.8 Pengurusan grafik menyelesaikan masalah2.1.9 Pengurusan grafik menjana idea

1

KBKK DALAM PEMBACAAN

Page 2: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

2.1.10 Pengurusan grafik rantai urutan2.1.11 Pengurusan grafik menyusun mengikut keutamaan2.1.12 Pengurusan grafik pengkelasan ( Contoh Borang Pengurusan Grafik dilampirkan ).

2.2 Alat CoRT 1

CoRT 1 dipelopori oleh Edward de Bono. CoRT adalah singkatan bagi perkataan “COGNITIVE RESEARCH TRUST”. CoRT1 menggalakan individu untuk berfikir secara meluas.

CoRT 1 adalah terdiri daripada alat-alat berikut:PMI Kebaikan, Keburukan dan Menarik(Plus, Minus, Interesting)

CAF Mengambil kira semua faktor( Consider all Factor )

C&S Kesan Mengikut jangkamasa( Consequences & Sequel)

AGO Tujuan, Matlamat dan Objektif( Aims, Goals and Objectives )

FIP Keutamaan mengikut kepentingan( First Important Priority)

APC Alternatif, kemungkinan dan pilihan( Alternatives, Possibilities and Choices )

OPV Pandangan Orang Lain( Others People Views )

3.0 Peta Minda (Mandala Ingatan dan Ilustrasi)

Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu. Ia menjadikan yang tersirat kepada tersurat. Peta minda memainkan peranan penting dalam merangka dan memcatat nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat sesuatu persembahan dan sebagainya dalam aktiviti bacaan.

4.0 Membanding dan Membeza

Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran berfikir yang membolehkan kita meneliti persamaan dan kelainan antara dua watak, idea,

2

Page 3: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

peistiwa, dan sebagainya berdasarkan aspek-aspek tertentu di dalam sebuah buku.

4.1 Langkah-langkah penyoalan membanding dan membeza

4.1.1 Apakah perkara-perkara yang hendak dibanding dan dibezakan?

4.1.2 Apakah persamaan antara kedua-dua pekara itu?4.1.3 Apakah perbezaan antara kedua-dua pekara itu?4.1.4 Apakah kesimpulan atau rumusan yang boleh dibuat

berdasarkan persamaan dan perbezaan yang penting yang kita telah kenal pasti?

4.1.5 Selepas mendapat jawapan di atas, pelajar diminta mengisi borang Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza seperti dilampirkan.

5.0 Menerangkan sebab

Kemahiran menerangkan sebab adalah kemahiran menjana idea mengenai kemungkinan sebab-sebab berlakunya sesuatu perkara, memberikan kemungkinan-kemungkinan bukti yang menjelaskan sebab berlaku sesuatu perkara, menyatakan bukti sebenar yang mengukuhkan kemungkinan bukti yang dikemukakan tadi dan akhirnya membuat keputusan untuk menentukan sebab sebenar berdasarkan bukti-bukti yang sah.

5.1 Langkah-langkah penyoalan menerangkan sebab.5.1.1 Apakah kemungkinan-kemungkinan sebab perkara itu berlaku?5.1.2 Apakah kemungkinan bukti yang menjelaskan sebab kepada

perkara yang berlaku?5.1.3 Apakah bukti sebenar yang mengukuhkan kesahan

kemungkinan bukti?5.1.4 Manakah sebab sebenar berlakunya perkara itu?

5.2 Mengisi borang Pengurusan Grafik Menerangkan Sebab dari buku yang dibaca.

6.0 Membuat Ramalan

Membuat ramalan membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkataan atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang yang dibuat berdasarkan bukti dan maklumat tertentu.

6.1 Langkah-langkah penyoalan Membuat Ramalan.

3

Page 4: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

6.1.1 Apakah yang mungkin berlaku?6.1.2 Apakah kemungkinan-kemungkinan bukti yang memungkinkan

ramalan-ramalan itu berlaku?6.1.3 Apakah bukti sebenar yang menunjukkan ramalan itu mungkin

berlaku?6.1.4 Berdasarkan bukti-bukti yang ada, adakah ramalan ini mungkin

berlaku, tidak mungkin berlaku atau belum tentu berlaku?

6.2 Mengisi borang pengurusan grafik Membuat Ramalan.

7.0 Mengusul Periksa Andaian

Kemahiran Menyusul Periksa Andaian memandu pelajar mempersoal dan mencari ketepatan sesuatu andaian yang dibuat sebelum sesuatu tindakan atau keputusan diambil. Ini adalah untuk mengelakkan membuat keputusan yang merugikan.

7.1 Langkah-langkah penyoalan Mengusul Periksa Andaian.7.1.1 Adakah tindakan atau kesimpulan yang dibuat itu berdasarkan

hanya andaian pada beberapa andaian?7.1.2 Adakah andaian yang dibuat itu tepat atau tidak?7.1.3 Apakah bukti-bukti yang menyokong ketepatan andaian itu?7.1.4 Dapatkan bukti-bukti ini diselidiki secara lebih mendalam untuk

menentukan ia benar atau tidak sebelum keputusan yang tepat dibuat?

7.2 Mengisi borang Pengurusan grafik mengusul periksa Andaian.

8.0 PMI (Kebaikan, Keburukan dan Menarik)

PMI adalah satu cara bagaimana pelajar melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan yang dikemukakan. Penggunaan PMI akan menolong pelajar lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. PMI juga menolong memperluaskan pandangan dan mengelakkan pelajar dari pemikiran yang sempit dan beremosi.

Dalam membuat keputusan sama ada sesuatu idea di dalam buku itu baik atau tidak, adalah lebih baik pelajar mencari perkara-perkara yang baik, tidak baik dan menarik tentang idea itu.

4

Page 5: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

9.0 Menyelesaikan Masalah

Menyelesaikan masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan kreatif, mencari idea-idea alternatif dan langkah tertentu untuk mengatasi halangan atau kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi.9.1 Proses Penyelesaian Masalah

9.1.1 Menyedari masalah

9.1.2 Memahami masalah

9.1.3 Mendefinisikan Masalah

9.1.4 Mencari alternatif-alternatif penyelesaian terbaik (menggunakan model, perbandingan, analogi sebagai asas rancangan penyelesaian)

9.1.5 Merumuskan penyelesaian

9.1.6 Menilai Penyelesaian

9.2 Dalam proses pelajar menyelesaikan masalah, pelajar boleh juga menggunakan CoRT1, misalnya untuk menganalisis masalah, pelajar boleh menggunakan PG Menjana Idea supaya pelajar dapat menghasilkan penyelesaian masalah yang kreatif.

10.0 Contoh-contoh tambahan aktiviti KBKK dalam Pembacaan

10.1 Penilaian WatakPelajar memastikan dan mendapatkan maklumat dari cerita yang dibaca serta dapat menilai dan menyenaraikan bukti-bukti.

10.2 Diari BacaanPelajar dibimbing untuk mendapatkan idea baru serta melatih mereka untuk mengarang cerpen atau cerita pendek.

10.3 Penulisan Berdasarkan Tema CeritaPelajar dapat mencari tema dan mempelbagaikan aktiviti penulisan daripada tema cerita tersebut. Contohnya menulis berita, rencana, forum dan sebagainya. Pelajar juga melakonkan dialog dari buku yang dibaca.

10.4 Mencari tema berdasarkan gambar

5

Page 6: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

Pelajar dapat menentukan sesuatu tema berdasarkan gambar dan mengaitkan tema berdasarkan buku yang telah dibaca.

10.5 Menukarkan bahan bacaan kepada bentuk puisi seperti sajak, syair, pantun dan lain-lain.

LAMPIRAN

Lampiran 1: Aktiviti KBKK

Anda perlulah membaca bahan petikan di bawah sebelum anda boleh memahami Pengurusan Grafik yang disediakan.

Dalam sebuah kampung, ada seorang petani yang tinggal bersama isteri

dan seorang anak yang masih kecil. Mereka mempunyai seekor kucing yang sering

menemani anak petani itu jika beliau dan isterinya pergi ke bendang.

Pada suatu petang, petani dan isteri pulang ke rumah setelah seharian

bekerja di bendang. Apabila masuk ke dalam rumah, mereka sangat terkejut.

Mereka lihat darah memerah di lantai ruang tamu. Dengan perasaan cemas dan

bimbang mereka mencari sambil melaung-laung nama anak mereka. Tiba-tiba

petani itu terlihat anaknya sudah terbaring di lantai dalam keadaan berlumuran

darah. Di sebelah anaknya itu, dia ternampak kucing kesayangannya juga

berlumuran darah di bahagian mulutnya. Petani itu menjadi sangat marah lalu

segera mengambil parang dan menetak kucing itu.

Petani itu kemudiannya membawa anaknya ke dalam bilik. Beliau sungguh

terkejut apabila mendapati seekor ular sawa yang sudah mati di atas lantai. “Ya,

Tuhan, apa yang telah aku lakukan!”

6

Page 7: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

LAMPIRAN 2

MENGUSUL PERIKSA ANDAIAN

Tajuk: Bahan/Situasi/Peristiwa: Petani dan Kucing

Tindakan/Pegangan: Petani membunuh kucing

Andaian: Kucing mencederakan anaknya

Peristiwa dan alas an Apakah yang Adakah tindakan itu dibuat?yang menyebabkan seharusnya Ya/Tidak andaian dibuat. dibuat?

1. Anaknya ber- Teliti bahagian Tidaklumuran darah. tubuh anak untuk

menentukan kecederaan.

2. Mulut kucing Teliti kucing danBerdarah. kenal pasti jenis Tidak

darah.

3. Hanya kucing Siasat sekelilingberada di situ. rumah untuk menen-

tukan sama ada orang atau binatanglain berada di situ.

1. Adakah tindakan yang diambil:Munasabah / Tidak munasabah

2. Apakah kesan atau akibat daripada tindakan itu?

LAMPIRAN 3

7

Page 8: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

KBKK DALAM PEMBACAAN

Latihan 2 (Sinopsis daripada buku / petikan yang dibaca)

MANDALA INGATAN

LAMPIRAN 4

8

APA?

BAGAIMANA? BILA?

KENAPA? SIAPA?

DI MANA?

Page 9: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

Baca dan faham cerita di bawah ini.

PUTERI SANTUBUNG, PUTERI SEJENJANG

Pada suatu masa dahulu, tinggallah dua orang puteri. Mereka ialah Puteri Santubung dan Puteri Sejenjang. Paras mereka cantik seperti bidadari. Hubungan mereka sangat mesra bagai adik-beradik kembar. Mereka sentiasa sepakat dan tolong menolong. Mereka tidak pernah bergaduh. Kerja Puteri Santubong ialah menumbuk padi.

Pada suatu hari, ketika sedang bekerja, mereka berbual-bual tentang kecantikan dan kelebihan masing-masing.

“Sejenjang, tidakkah kau lihat diriku yang tiada cact celanya ini? Dengan duduk menenun seperti ini, wajah dan seluruh tubuhku akan sentiasa cantik. Aku pasti bahawa suatu hari nanti, apabila anak raja datang ke sini, dia pasti akan melamar dan mengahwini aku. Bahagianya aku pada saat itu.” Kata Puteri Santubung.

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mula berasa marah. Dia mencuba menentang kata-kata Puteri Santubung yang menganggap bahawa dirinyalah yang paling rupawan.

“Tidakkah engkau tahu, Santubung, bahawa dengan cara berdiri menumbuk padi begini, tubuhku akan tegap dan menawan, leherku menjadi jenjang, dan betisku seperti bunting padi? Menumbuk padi inilah yang menjadikan jari-jariku halus dan lenganku lebih tegap jika dibandingkan dengan engkau yang asyik membongkok menenun kain, jangan-jangan anak raja itu melamar aku dahulu” balas Puteri Sejenjang.

Apabila mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubung enggan mengalah. Akhirnya, pertelingkahan antara mereka semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan lagi. Pertelingkahan dan caci-mencaci berlarutan.

“Sejenjang, kalau asyik memegang padi, jangan berharap bahawa betis engkau akan menjadi bunting padi. Oleh sebab antan itu jugalah jari-jari engkau itu menjadi kasar dan kesat, tidak seperti jari-jariku yang halus serta runcing” kata Puteri Santubung dengan bangga.

Dengan penuh perasaan dendam dan marah, Puteri Sejenjang yang kehilangan sabar tu pun menyerang Puteri Santubung dengan antan di tangannya. Pukulan Puteri Sejenjeng itu amat kuat dan cepat lalu mengenai pipi Puteri Santubung yang sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.

Puteri Santubung bertambah marah. Dia tidak berdiam diri lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya. Tikaman itu tepat mengenai kepala Puteri Sejenjang. Maka, menjeritlah Puteri Sejenjang sekuat hatinya akibat tikaman tersebut. Sejak kejadian itu, berakhirlah persahabatan dan persaudaraan mereka yang sudah terjalin sekian lama.

Akibat ayunan Puteri Sejenjang yang mengenai pipi Puteri Santubung, maka Gunung Santubung pecah menjadi dua. Tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai kepala Puteri Sejenjang pula menyebabkan Bukit Sejenjang pecah lalu bertaburan menjadi pulau-pulau kecil berhampiran dengan Puteri Santubung.LAMPIRAN 5

9

Page 10: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

MEMBANDING DAN MEMBEZA

ARAHAN:Bandingkan perbezaan antara kedua-dua watak yang terdapat di dalam petikan yang diberikan.

DARI SEGI

RUMUSAN DAN KEPUTUSAN BARU

LAMPIRAN 6

10

PUTERI SANTUBUNG PUTERI SEJENJANG

BAGAIMANA SERUPA?

1.2.3.4.5.

BAGAIMANA BERBEZA?

Page 11: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

SITUASI

Berpandukan petikan ‘Puteri Santubung’ anggaplah anda sebagai orang tengah

yang ditugaskan untuk menyelesaikan pergaduhan yang berlaku. Selesaikan

masalah tersebut dengan bijak.

PENYATAAN MASALAH

KEMUNGKINAN PILIHAN PENYELESAIAN

PILIHAN PENYELESAIAN

PENYELESAIAN BARU

Pilihan itu perlu diperbaiki

LAMPIRAN 7

ARAHAN

11

1.2.3.4.

KESAN SOKONGAN NILAIApakah akan berlaku jika atau Penting atau tidak kesan itu?diambil pilihan itu? TIDAK ( + / - ) Mengapa?

Sokong

Sokong

Sokong

Page 12: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

Gunung Santubung dan Gunung Sejenjang berasal daripada cerita lagenda.

Buatkan urutan isi cerita hingga wujudnya lagenda tersebut.

LAGENDA GUNUNG SANTUBUNG

DAN BUKIT SEJENJANG

LAMPIRAN 8

ARAHAN

12

Page 13: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

Kelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Puteri Santubung dan Puteri

Sejenjang berdasarkan petikan yang diberikan.

LAMPIRAN 9

ARAHAN

13

KISAH PUTERI SANTUBUNG DANPUTERI SEJENJANG

PUTERI SANTUBUNG PUTERI SEJENJANG

Page 14: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

Kelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Puteri Santubung dan Puteri

Sejenjang berdasarkan petikan yang diberikan.

LAMPIRAN 10

PMI (BAIK, BURUK, MENARIK)

SITUASI

14

CERITA RAKYAT PUTERI SANTUBUNGDAN PUTERI SEJENJANG

BAIK BURUK MENARIK

Page 15: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

Kisah Puteri Santubung dan Puteri Sejenjang merupakan cerita rakyat yang terkenal

di Sarawak. Sediakan PMI.

A. Senaraikan kebaikan yang ada pada Puteri Santubung dan Puteri

Sejenjang.

1.

2.

3.

4.

B. Senaraikan keburukan yang ada pada Puteri Santubung dan Puteri

Sejenjang.

1.

2.

3.

4.

C. Senaraikan apa yang menarik daripada cerita tersebut.

1.

2.

3.

4.

LAMPIRAN 11

PENILAIAN WATAK

15

Page 16: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

LAMPIRAN 12

TEMA:

1.

16

NILAI BUKTI

BAIK HATI Badang menolong orang kampung menebang pokok.

Page 17: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

2.

JUDUL BUKU

1.

2.

3.

4.

5.

TEMA:

1.

2.

JUDUL BUKU

1.

2.

3.

4.

5.

TEMA:

1.

2.

JUDUL BUKU

1.

2.

3.

4.

5.

LAMPIRAN 13TEMA:

1.

2.

17

GAMBAR

Page 18: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

JUDUL BUKU

1.

2.

3.

4.

5.

TEMA:

1.

2.

JUDUL BUKU

1.

2.

3.

4.

5.

TEMA:

1.

2.

JUDUL BUKU

1.

2.

3.

4.

4. 5.

LAMPIRAN 14

DIARI BACAAN

18

GAMBAR

GAMBAR

Page 19: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

LAMPIRAN 15

19

JUDUL: ……………………………………………………………………

PENGARANG: ……………………………………………………………

PENERBIT: ……………………………………………………………….

SAYA MULA MEMBACA PADA: ……………………………………...

SAYA TAMAT MEMBACA PADA: ……………………………………

PERKARA YANG SAYA SUKA: ………………………………………

…………………………………………………………………………….

KALAULAH BOLEH SAYA MAHUKAN

CERITANYA BEGINI

T.T. MURID: …………

T.T. GURU: …………..

NAMA: JUDUL BUKU:

Watak: Jalan cerita:

Teladan: Penutup:

Page 20: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

LAMPIRAN 16

PENILAIAN WATAK

20

JUDUL PENGARANG WATAK NILAI BUKTI PILIHAN SAYA

Page 21: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

PUZZLESHere is a treasure island.Can you decipher the grid to find where the treasure is

buried?

T H H E E T T H

21

Page 22: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

R I E R A D S R

U O R W E A I N

S D I D N O T W

H N E T A H R E

E F A O L U O R

C T A H T C E O

D L O U N M T N

COLOURSFind the colours listed below in the grid by reading forwards, backwards, horizontally,

vertically or diagonally but always in a straight line.

U B V L C H D A M A S K E Amber, Apricot, Auburn, Azure, Blue, Brown, Chestnut, Cream, Cyan, Damask, Green, Indigo, Lavender, Lemon, Lilac, Maroon, Olive,Orange, Pink, Purple, Red, Saffron, Sapphire, Scarlet, Sienna, Strawberry, Ultramarine,Violet, Yellow

L R M A R O O N T T A N VT O B V E R S U R A P I I

R W E E A F N A K Y P P LA N O N M T W A F K H R O

M B G D S B L U E F I V GA E C E E C F B G P R I I

R P H R L Y A U U A E O DI C R E N E E R G N B L N

N Y M I R L P N L N M E IE O F U C L R S T E A T I

N O Z U E O N X N I T Y IC A L I L W T F B S T X C

KURSUS LITERASI MAKLUMAT

22

Page 23: KBKK DALAM PEMBACAAN - PUSAT SUMBER … · Web viewAntara kelebihan penggunaan PG yang kerap dalam aktiviti membaca ialah pemikiran, penghayatan dan pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan

Kemahiran Berfikir Secara

Kritis Dan Kreatif

anjuranPSPN SELANGOR

20-23 NOVEMBER 2007HOTEL SRI MALAYSIA

GENTING HIGHLANDS,PAHANG

23