77
BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Bahasa merupakan sistem atau alat komunikasi yang amat penting bagi manusia dalam perhubungan sehari-hari. Menurut Asmah Haji Omar (2004), “bahasa yang digunakan merupakan sistem lambang yang mengaitkan maksud atau fikiran manusia dengan sesuatu benda yang konkrit ataupun sesuatu yang abstrak, supaya demikian pengguna bahasa dapat memahami sesuatu benda yang diperkatakan itu”. Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang lain. Bahasa juga merupakan suatu unsur yang dinamik, yakni sentiasa berubah-ubah mengikut situasi dan zaman atau perkembangan semasa. Oleh hal yang demikian, menurut S. Nathesan, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. 1

Kata Ganda Dalam HHT

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kata Ganda Dalam HHT

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bahasa merupakan sistem atau alat komunikasi yang amat penting bagi manusia

dalam perhubungan sehari-hari. Menurut Asmah Haji Omar (2004), “bahasa yang

digunakan merupakan sistem lambang yang mengaitkan maksud atau fikiran manusia

dengan sesuatu benda yang konkrit ataupun sesuatu yang abstrak, supaya demikian

pengguna bahasa dapat memahami sesuatu benda yang diperkatakan itu”.

Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat

perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu

dengan individu yang lain. Bahasa juga merupakan suatu unsur yang dinamik, yakni

sentiasa berubah-ubah mengikut situasi dan zaman atau perkembangan semasa. Oleh

hal yang demikian, menurut S. Nathesan, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati

dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya.

Tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan

dan proses pembinaan ayat iaitu penyusunan kata dalam ayat dan lain-lain. Secara

umumnya, tatabahasa Bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu bidang Morfologi

iaitu kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan dan bidang

Sintaksis iaitu kajian tentang pembentukan ayat.

Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang

mengkaji tentang kata dan pembentukan kata termasuk infleksi, terbitan dan

pemajmukan. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi. Antara

1

Page 2: Kata Ganda Dalam HHT

bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam

pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.

Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang

mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah

Hj.Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa

yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob pula menyatakan morfologi ialah

kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu

bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh

perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.

Terdapat pelbagai aliran yang cuba menghuraikan proses ini antaranya, aliran

sistemik-fungsional bagi Asmah Hj. Omar (2004), aliran tagmemik untuk Abdullah

Hassan (2006) dan aliran transformasi generatif bagi golongan Nik Safiah Karim

(1996). Dalam hal ini, proses morfologi yang dirasakan sesuai dari mana-mana aliran

akan digunakan bagi menjelas pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Bidang

morfologi meliputi tiga (3) aspek iaitu…

i) Penggolongan Kata

ii) Proses Pembentukan Kata

iii) Bentuk Kata Terhasil

Seperti yang kita sedia maklum bahawa morfologi ialah bidang kajian

linguistik yang mengkaji bahasa dari aspek pembentukan dan penggolongan

perkataan. Namun begitu, secara amnya, penggolongan kata dalam bahasa Melayu

masih rencam atau masih kabur kerana terdapat beberapa penggolongan kata yang

masih belum tuntas (sempurna). Ini sedikit sebanyak akan menimbulkan salah faham

dan perbezaan pendapat di kalangan ahli dan pelajar bahasa berhubung penggolongan

kata.

Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat (4) bentuk kata asas dalam

bahasa Melayu iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk,

2

Page 3: Kata Ganda Dalam HHT

dan bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut

prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itu melalui

proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Para sarjana bahasa mempunyai pandangan yang agak sama mengenai penggunaan

kata ganda dalam pembentukkan ayat. Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir oleh

Asmah Hj. Omar (menyatakan bahawa kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan

dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut

diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan

imbuhan atau tanpa imbuhan. Arbak Othman (1985) menyatakan bahawa

penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya

diulang.

Jika dilihat pada pandangan tentang pembentukan kata ganda atau proses

penggandaan kata yang dinyatakan oleh ahli bahasa seakan-akan sama maknanya.

Namun terdapat beberapa perbezaan sebenarnya dari segi penggolongan kata ganda

diutarakan oleh kalangan ahli bahasa, dan ini telah menimbulkan pertindihan antara

golongan kata ganda yang berbeza.

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) penggandaan merujuk

kepada proses yang menggandakan kata dasar. Melalui proses demikian, kata dasar

hanya akan mengalami tiga proses penggandaan, iaitu ia boleh mengalami proses

penggandaan penuh, penggandaan berentak atau penggandaan separa. Namun dalam

buku berjudul Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu karya Asraf (2007) jelas

menunjukkan sedikit kelainan dengan penambahan kata ganda bersajak dan kata

ganda berimbuhan.

Asmah Hj. Omar (2008) berpendapat penggandaan dalam bahasa Melayu

terdiri daripada enam jenis iaitu penggandaan seluruh kata, penggandaan kata akar,

penggandaan suku kata pertama, penggandaan suku kata akhir, penggandaan berima

dan penggandaan menyaling.

3

Page 4: Kata Ganda Dalam HHT

Teks klasik Hikayat Hang Tuah adalah satu bahan bacaan bahasa klasik yang

dijadikan bahan rujukan dalam pembelajaran sama ada di sekolah, di universiti atau

juga oleh individu-individu tertentu dari semasa ke semasa. Terdapat banyak kajian-

kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dalam teks HHT ini. Namun

didapati tiada kajian yang dibuat untuk mengkaji kata ganda yang melibatkan teks

bahasa Melayu klasik ini.

Di sini, pengkaji lihat kepentingan untuk mengkaji tentang kata ganda yang

terdapat di dalam “Hikayat Hang Tuah” ini, di mana pengkaji telah menggunakan

proses penggandaan yang diambil daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)

kerana perinciannya lebih mudah pada pandangan pengkaji.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan terhadap kata ganda yang terdapat dalam teks ‘Hikayat

Hang Tuah’ secara terperincinya adalah untuk..

i) menganalisis kata ganda mengikut jenis-jenis kata ganda seperti kata ganda

seluruh, kata ganda separa, kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak

mengikut peratusan.

ii) menganalisis kekerapan penggunaan bagi setiap kata ganda.

iii) menganalisis peranan kata ganda mengikut pergolongan kata di dalam ayat.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian-kajian terhadap teks klasik Hikayat Hang Tuah telah banyak dilakukan. Walau

bagaimanapun, kebanyakkan pengkajian sebelum ini hanya tertumpu kepada bidang

pragmatik, semantik dan juga kajian dari aspek sosial dan ekonomi masyarakat

Melayu, sikap dan pemikiran serta watak-watak pahlawan Melayu yang ada

hubungannya dengan kedudukan teks tersebut. Oleh yang demikian, dalam kajian

yang dibuat ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada bidang ilmu bahasa

khususnya yang berkaitan dengan penghuraian berkenaan kata ganda dalam bahasa

Melayu.

4

Page 5: Kata Ganda Dalam HHT

Hasil daripada kajian ini juga diharapkan dapat memenuhi dan melengkapkan

tatabahasa Melayu dengan cara mengenal pasti semua jenis kata ganda yang terdapat

dalam bahasa Melayu iaitu kata ganda seluruh, kata ganda separa, kata ganda

berimbuhan dan kata ganda berentak dengan lebih mendalam serta menjelaskan

fungsi-fungsinya dalam kajian linguistik. Dengan yang demikian, ini dapat membantu

dalam kefahaman tentang kata ganda dengan lebih baik dan berkesan.

Kajian ini juga berkepentingan untuk memberi manfaat kepada pengguna

bahasa Melayu secara umumnya. Secara khusunya, ia boleh dijadikan sebagai bahan

rujukan kepada para pelajar yang sedang mempelajari makna dan jenis-jenis kata

ganda yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Bagi guru-guru bahasa Melayu, kajian ini diharap dapat membantu mereka

menjelaskan dan menerangkan jenis-jenis dan fungsi penggunaan kata ganda yang

sesuai dengan lebih efektif agar mudah difahami oleh pelajar. Bagi penggubal

kurikulum pula mdiharapkan kajian ini mampu memberi panduan yang jelas dan

membantu mereka menentukan hala tuju pendidikan bahasa Melayu yang berkaitan

dengan penggunaan kata ganda dalam tatabahasa Melayu secara jitu dan seterusnya

memberi manfaat terhadap kepentingannya.

Secara keseluruhannya, kajian ini diharap dapat menjadi satu landasan dan

panduan untuk kajian-kajian akan datang, sama ada ingin menambah atau meluaskan

kajian kepada aspek-aspek nahu yang lain.

1.5 SKOP KAJIAN

Secara amnya, pengkajian terhadap teks klasik Hikayat Hang Tuah ini sangat luas dan

sentiasa terbuka kepada pengkaji untuk melaksanakan kajian. Melalui pembacaan dan

perbincangan-perbincangan yang diadakan, pengkaji mendapati bahawa penelitian

permasalahan kajian terdahulu banyak memfokuskan kepada aspek semantik,

morfologi, kesusasteraan dan nilai-nilai budaya serta senario kehidupan masyarakat

Melayu lama berdasarkan penceritaan dalam teks klasik ini.

5

Page 6: Kata Ganda Dalam HHT

Kajian pada teks klasik Hikayat Hang Tuah ini adalah kajian dalam bidang

morfologi iaitu untuk pembentukan dan pergolongan kata sahaja iaitu Kata Ganda. Ia

tidak melibatkan pengkajian keseluruhan teks. Skop kajian hanyalah pada sepuluh

(10) halaman terawal, sepuluh (10) halaman di pertengahan dan sepuluh (10) halaman

terakhir pada teks Hikayat Hang Tuah, di mana pengkaji hanya menyenaraikan

kesemua kata ganda yang terdapat pada tiga puluh (30) halaman yang dinyatakan

untuk dianalisis secara kuantitatif mengikut jenis kata ganda, kekerapan

penggunaannya dan peranan kata ganda itu dalam ayat.

1.6 DEFINISI KAJIAN

1.6.1. Definisi dan Konsep Kata Ganda

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama

ada secara sepenuh, separa atau berentak. Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda

ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar,

sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-

bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana

suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang.  Bahagian yang diulang ini

dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya. Terdapat tiga

jenis kata ganda iaitu:-

a) Penggandaan penuh - proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda.

Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata

kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-

cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga

boleh digandakan sepenuhnya, seperti pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih

dan sebagainya.

b) Penggandaan separa - proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata

dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa

6

Page 7: Kata Ganda Dalam HHT

boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya kekura,

pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan. 

c) Penggandaan berentak - proses yang menggandakan kata dasar mengikut

rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak,

seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah, di

mana penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:-

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal - penggandaan yang

mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu

terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.

Contohnya: sayur-mayur, selok-belok, hina-dina.

ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu penggandaan

yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan

tertentu.

Contohnya : gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.

iii) Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak

mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.

Contohnya; susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.

Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata iaitu:-

i) gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-

meja, bukit-bukau.

ii) gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan

kupu-kupu.

iii) gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula.

iv) gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih.

v) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa. 

1.6.2. Definisi Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman

naik turun kerajaan Empayar Melaka. Ia merupakan epik Melayu yang bukan sahaja

terkenal di kalangan bangsa Melayu tetapi juga di seluruh rantau Nusantara.

7

Page 8: Kata Ganda Dalam HHT

Manuskrip Hikayat Hang Tuah ini menggambarkan wira agung Melayu yang

diperlihatkan mempunyai ciri-ciri hebat sebagai seorang wira pada zaman kesultanan

Melayu iaitu Hang Tuah. Beliau merupakan seorang laksamana yang terutama serta

pahlawan Melayu yang amat taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan 

Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15.

Di dalam Hikayat Hang Tuah ini mencatatkan keperwiraan Hang Tuah di

samping gambaran bangsa Melayu dalam tiga zaman. Zaman permulaan sesebuah

kerajaan, zaman kegemilangan dan zaman kejatuhannya diperikan secara jelas dalam

hikayat ini. Hang Tuah mewakili zaman dan bangsanya merupakan tokoh yang

gemilang dari segi perjalanan hidup dan pencapaiannya.

Hikayat Hang Tuah pada dasarnya juga menceritakan sejarah serta kenyataan

hidup bangsa Melayu itu sendiri. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700

(Leiden manuscript Cod.Or.1762) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849.

Manuskrip ini juga telah diiktiraf sebagai Memory of the World pada tahun 2001.

1.7 KERANGKA ILMU

Dalam konteks disertasi, kajian yang dipilih ini merupakan satu kajian yang berbentuk

kajian diskriptif. Maksud kajian diskriptif ialah kajian yang telah ditetapkan (set)

untuk melihat dan melaporkan perkara seperti adanya (to determine and report the

way things are now). Kajian ini tidak cuba untuk mengawal pemboleh ubah (does not

try to control a variable). Dengan sebab itu, pengkaji hanya mengumpulkan maklumat

iaitu kata ganda dan juga ayat-ayat yang mengandungi kata ganda yang terdapat dalam

teks “Hikayat Hang Tuah” untuk dianalisis dan dilaporkan dengan dua cara iaitu

kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif.

Sehubungan itu, untuk menghasilkan satu kajian yang boleh

dipertanggungjawabkan atau disahkan hujahnya, maka perlulah bersandarkan kepada

data yang komprehensif dan releven dengan perkara yang dikaji.

8

Page 9: Kata Ganda Dalam HHT

Labov (dalam Harimurti 1988:23) telah menyifatkan bahawa terdapat lima kaedah

memperolehi data dan di antaranya ialah mengikut teks, intuisi dan juga pemerhatian.

Dengan hal demikian, Kamus Tatabahasa Edisi Keempat terbitan DBP serta beberapa

buah buku rujukan tatabahasa Bahasa Melayu telah pun dijadikan oleh pengkaji

sebagai bahan teks yang banyak memberi input tentang maklumat morfologi,

khususnya berkenaan kata ganda yang hendak dikaji.

1.8 KESIMPULAN

Di dalam linguistik atau tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu bidang

morfologi dan sintaksis. Morfologi iaitu kajian tentang struktur kata dan

pembentukan kata, pergolongan kata dan imbuhan manakala bidang sintaksis iaitu

kajian tentang pembentukan dan struktur ayat. Morfologi suatu bidang ilmu bahasa

yang mengkaji struktur, pembentukan dan penggolongan kata. Struktur kata

bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang

bermakna. Pembentukan kata pula ialah merupakan unit tatabahasa sama ada bentuk

tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan

bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Kata ganda merupakan kata yang terhasil daripada hasil penggandaan sesuatu

perkataan. Kata Ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata

dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Dengan kata lain, kata

ganda ialah kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar,

sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-

bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Manuskrip Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik kepahlawanan yang

merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Ia adalah epik

Melayu yang bukan sahaja terkenal di kalangan bangsa Melayu tetapi juga di seluruh

rantau Nusantara. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript

Cod.Or.1762) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849 dan manuskrip ini juga

telah mendapat pengiktirafan sebagai Memory of the World pada tahun 2001.

9

Page 10: Kata Ganda Dalam HHT

Hasil dapatan daripada kajian kata ganda dalam teks Hikayat Hang Tuah ini

adalah mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) ini adalah untuk

menganalisis jenis kata ganda mengikut dan kekerapan penggunaannya dan peranan

kata ganda itu mengikut pergolongan kata dalam sesuatu ayat dalam bahasa Melayu.

10

Page 11: Kata Ganda Dalam HHT

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bahasa terdiri daripada pelbagai komponen. Apabila kita membicarakan mengenai

pembentukan dan pergolongan kata dalam Bahasa Melayu, kita dapat melihat kata

dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan

juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang

mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi

kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.

Morfologi ialah bidang kajian linguistik yang mengkaji bahasa dari aspek

pembentukan kata dan penggolongan perkataan. Salah satu golongan perkataan

bahasa Melayu ialah kata ganda. Amnya penggolongan kata dalam bahasa Melayu

masih rencam (kabur) kerana terdapat beberapa penggolongan kata yang masih belum

tuntas (sempurna). Ini menimbulkan salah faham dan perbezaan pendapat di kalangan

ahli dan pelajar bahasa berhubung penggolongan kata.

Seperti yang kita ketahui, penggolongan kata dalam bahasa Melayu telah

mengenalpasti beberapa golongan perkataan. Antaranya ialah kata ganda yang

terhasil daripada proses penggandaan. Penggandaan merupakan antara proses umum

pembentukan perkataan bahasa Melayu yang terbahagi kepada penggandaan penuh,

separa, berima dan bebas (juga dikenali sebagai penggandaan berentak bebas (Nik

Safiah et al, 2006).

11

Page 12: Kata Ganda Dalam HHT

Pembentukan kata dalam bahasa Melayu juga mempunyai beberapa cara

dalam membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal,

contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang

dibentuk adalah hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan

meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah sapu

tangan dan kapal terbang. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara

penggandaan ialah masing-masing dan kereta-kereta.

Penggandaan kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata

dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau

penggandaan separa. Kata dasar boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan

rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, kata ganda adalah merupakan kata yang

terhasil melalui proses mengulangi kata dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh

melibatkan seluruh kata dasar itu atau juga digandakan secara berima.

2.2 Literatur Dari Aspek Linguistik

Dalam pelbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ‘ilmu bahasa’ atau

‘belajar ilmiah mengenai bahasa’ (Matthews 1997). Dalam The New Oxford

Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut:

“The scientific study of language and its structure, including the study of

grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include

sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics,

comparative linguistics, and structural linguistics”.

Petikan di atas membawa maksud “kajian saintifik bahasa dan struktur,

termasuk kajian tatabahasa, sintaksis, dan fonetik. Pecahan tertentu linguistik

termasuk sosiolinguistik, dialektologi, psikolinguistik, linguistik pengiraan, bahasa

perbandingan, dan linguistik struktur.

Ilmu bahasa yang dipelajari keika ini bermula dari penelitian tentang bahasa

sejak zaman Yunani (abad 6 SM). Secara amnya, belajar tentang bahasa dapat

12

Page 13: Kata Ganda Dalam HHT

dibezakan antara tatabahasa tradisional dengan linguistik moden. Seterusnya,

linguistik dapat dibahagikan kepada beberapa cabang atau bidang iaitu, bidang

fonologi, bidang morfologi, bidang sintaksis, dan bidang semantik. Jadi, dapatlah

disimpulkan di sini bahawa morfologi adalah merupakan satu cabang kepada

linguistik iaitu untuk mempelajari pola pembentukan kata dalam bahasa, dan berusaha

merumuskan aturan yang menjadi acuan pengetahuan penutur bahasa tersebut.

2.2.1 Tinjauan Literatur Di Malaysia

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan

kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010:43). Menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat (2005), morfologi membawa maksud gabungan atau kesatuan bunyi

yang mengandungi atau menyampaikan pengertian atau makna tertentu. Struktur kata

yang dimaksudkan dalam definisi morfologi di atas adalah susunan bentuk bunyi

ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Ia juga

mendefinisikan morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu

bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan.

Menurut Ahmad Khair Mohamad Nor (2009), morfologi bermaksud bidang

ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata yang menjadi kajian. Ia merupakan satu

cabang ilmu linguistik yang merujuk kepada kajian tatakata yakni bagaimana sesuatu

kata dibentuk.

Mengikut Kamarudin Haji Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian

Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa (1997:83) morfologi ialah disiplin

ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini

merujuk kepada bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

Abdullah Hassan (2006) pula menegaskan bahawa morfologi ialah satu bidang

ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjamkan daripada biologi yang

bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini

diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia. Menurut beliau lagi, ada empat

proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan,

13

Page 14: Kata Ganda Dalam HHT

Contoh :tupai – tupai-tupai

Perubahan Maksud Kata

Contoh :cari – pencarian

Perubahan Golongan Kata

Contoh :beri – pemberian

Perubahan Struktur Kata

penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Proses ini dilakukan kepada bentuk

dasar. Dasar ini akan membentuk imbuhan apabila mengalami proses pengimbuhan,

bentuk yang digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses

pemajmukan. Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa

Bahasa Melayu - Perkataan, (1996:17) telah menyatakan satu teori morfologi iaitu

morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang

berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna

kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk

kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga telah

merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem

itu bergabung untuk membentuk ayat.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) dalam buku Kajian Bahasa

Untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang

dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara

pembentukkannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut

morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau

yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi

mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.

Rajah 1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

14

MORFOLOGI

Page 15: Kata Ganda Dalam HHT

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), terdapat enam bidang kajian morfologi

iaitu morfem, alomorf, morfem kosong, struktur kata, penggolongan kata dan

pembentukan kata. Justeru, dapat dirumuskan bahawa bidang morfologi adalah kajian

tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau

unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan

penggolongan kata sebagai proses pembinaanya, menjadi bentuk kata yang kukuh.

Mengikut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah satu bidang ilmu yang

mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur

kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi

unit tatabahasa yang bermakna.

Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi

Baharu , (2004 :43) berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji

struktur , bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan

bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil

daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata

ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan

anggota lain dalam kumpulan yang sama.

Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji

struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Tumpuan utama

kajian ini adalah untuk mengkaji dan melihat definisi, asal-usul, jenis dan ciri binaan

kata ganda. Dapatlah dirumuskan disini bahawa, kata ganda boleh dibahagikan

kepada tiga  jenis iaitu kata ganda penuh, separa dan berentak kerana ketiga-

tiga elemen ini sudah kukuh dan tidak dapat disangkal lagi.

Kajian yang dijalankan ini adalah berada di bawah aspek penggolongan kata

iaitu proses untuk menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan atau persamaan

fungsi. Kata nama dipilih kerana ia merupakan salah satu kelas kata yang penting dan

sering kali wujud dalam komunikasi harian. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah

15

Page 16: Kata Ganda Dalam HHT

untuk mengenal pasti dan menjelaskan jenis-jenis dan struktur kata ganda dan melihat

kekerapan penggunaan kata ganda dalam teks Hikayat Hang Tuah.

2.2.2 Tinjauan Literatur Di Luar Negeri

Pada peringkat awal, usaha mengkaji penggolongan kata dalam bahasa Melayu

telah dilakukan oleh sarjana Barat. Usaha ini telah dilakukan sejak awal abad ke-19

lagi, antaranya Marsden (1812), Crawfurd (1852), Maxwell (1882), Winstedt (1927),

Payne (1970) dan Lewis (1969). Ia merupakan bahagian dari kompetensi linguistik

termasuk pengetahuan mengenai morfologi bahasa, yang meliputi pembentukan kata,

pengucapan kata tersebut, maknanya, dan bagaimana unsur-unsur tersebut

digabungkan (Fromkin & Rodman, 1998:96).

Selain itu, usaha menggolongkan kata turut dilakukan oleh orang-orang

Melayu. Menerusi buku-buku tatabahasa yang dihasilkan golongan kata dihuraikan

secara ringkas, antaranya Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah

Abdul Rahman; Senjuh Suratan, (1922) oleh Mohd. Shah Yusof; Kitab Punca

Bahasa, (1928) oleh Abdullah Talib: Kitab Penanggam Bahasa, (1936) oleh Syed

Muhammad Othman Yahya; Jalan Bahasa Melayu, (1937) oleh Md. Said Sulaiman,

dan Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1, (1940) oleh Zainal Abidin Ahmad. Di

samping itu, Kitab Pengetahuan Bahasa (1857), yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji

turut memuatkan penggolongan kata (dalam Harimurti Kridalaksana, (1975: 526-532).

O`Grady & Guzman (2000:121) menyatakan pendapat dalam buku yang

disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan-rakannya, (2004:36) iaitu morfologi adalah

merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. Manakala ahli

bahasa barat juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah

diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.

Noor, menyatakan bahawa “morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk-

bentuk terikat antara konsituen-konsituennya. Morfologi meliputi konstruksi kata-

kata dan bahagian kata.

16

Page 17: Kata Ganda Dalam HHT

Antara penahu-penahu dan pengkaji barat yang tergolong dalam peringkat

pergolongan dan pembentukan kata dalam menghuraikan kata ganda adalah seperti

Abdullah Hassan (1974, 1984), Arbak Othman (1981), Hashim Musa (1993), Liaw

Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994), Nik Safiah Karim et.al (1997), Za’ba (2000),

W. Marsden (1812), R.O Winstedt (1917, 1957) dan C.N Maxwell (1932,1933).

Kesemua mereka bersetuju mengkategorikan kata ganda kepada kata ganda penuh,

berentak dan separa (Nor Hashimah Hj. Jalaluddin, (2003:27).

Dalam buku tatabahasa kini, khususnya buku untuk kegunaan sekolah aspek

golongan kata turut dibincangkan dan huraiannya memperlihatkan pendekatan ilmu

linguistik moden. Lazimnya, golongan kata ini dibincangkan bersama-sama aspek

lain seperti imbuhan, penggandaan, pemajmukan dan sintaksis.

Antara yang membincangkan aspek ini juga ialah Abdullah Hassan, The

Morphology of Malay, (1972); Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia, (1986);

Asmah Hj. Omar, Words Classes in Malay, (1968/1993a); Nahu Melayu Mutakhir,

(1993b); Arbak Othman, Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981); Nik Safiah Karim et

al., Tatabahasa Dewan, (1986) dan Hashim Musa, Binaan dan Fungsi Perkataan

dalam Bahasa Melayu: Satu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif, (1993).

Bagaimanapun, buku-buku ini hanyalah menyatakan golongan kata yang terdapat

dalam bahasa Melayu, tetapi kriteria penggolongan kata tidak banyak dibincangkan.

Menurut Teeuw (1962:412), kriteria atau kaedah penggolongan kata dalam

bahasa Melayu hanya dihuraikan pada tahun 1949 oleh Gonda menerusi artikelnya

“Proglegomena tot een theorie der woordsoorten in Indeonesische talen”.

Bagaimanapun, hasil kerja Gonda ini tidak sistematik kerana kriteria semantik,

sintaksis dan morfologi yang digunakan olehnya terlalu arbitrari sifatnya. Oleh

sebab itu, Teeuw sekali lagi telah menghasilkan artikel lain yang bertajuk “Some

Problems In The Study of Word Classes in Bahasa Indonesia” (1962).

Bagaimanapun, kaedah yang dikemukakan oleh Teeuw hanya atau lebih tertumpu

kepada kata sifat tanpa membincangkan golongan kata yang lain.

2.3 Literatur Dari Aspek Teks Hikayat Hang Tuah

17

Page 18: Kata Ganda Dalam HHT

Menurut Kassim Ahmad, Hikayat Hang Tuah ini mempunyai pengaruh yang besar

kepada jiwa, pemikiran dan cara hidup orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu

mengetahui cerita Hang Tuah. Mereka mengaguminya kegagahan ‘perwira’ Melayu

seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Intipati utama teks ini ialah mengenai sifat dan ketokohan individu yakni

sumbangan “keperwiraan” kerana menumpaskan segala ancaman musuh dari dalam

dan luar negeri sehingga telah mengharumkan nama kerajaan Melayu Melaka sebagai

sebuah negara-empayar yang kuat dan besar. Di samping itu, teks ini turut

mengandungi unsur-unsur pergolakan politik dalaman, seperti perselisihan dua

sabahat Tuah dan Jebat kerana perbezaan pendapat mengenai erti konsep taat setia dan

penderhakaan kepada pemerintah.

2.3.1 Kajian Berkaitan Hikayat Hang Tuah (HHT)

Hikayat ini juga telah menarik minat para sarjana dari luar negeri untuk menelitinya

dari pelbagai aspek dan pendekatan, seperti Valentijn (1726) dan Overbeck (1920) di

mana mereka menyifatkan hikayat ini sebagai khazanah sastera Melayu paling

berharga dan mempunyai mutu seni sastera yang tinggi, serta berjaya menggambarkan

keperwiraan orang Melayu. Parnikel (1960) dengan pendekatan Marxisnya melihat

hikayat ini sebagai gambaran perjuangan antara kelas pemerintah feudal yang diwakili

oleh Hang Tuah dan kelas yang diperintah (rakyat) yang diwakili oleh Hang Jebat.

Crawford (1820) pula menyifatkan hikayat ini sebagai suatu yang tidak masuk

akal dan bersifat dongeng. Winstedt (1939) berpendapat bahawa hikayat ini bukan

karya Melayu asli kerana terdapatnya pengaruh asing menguasai jalan ceritanya.

Teeuw (1964) bersependapat dengan Crawford dan Winstedt - menganggap hikayat

ini banyak mengandungi unsur-unsur khayalan dan mitos, meskipun hikayat ini telah

berjaya menggambarkan keperwiraan pahlawan Melayu.

Menurut Parnikel (1976), keistimewaan teks HHT, selain sebagai teks Sejarah

Melayu adalah terletak pada kejayaan mengungkapkan pelbagai persoalan dan nilai-

18

Page 19: Kata Ganda Dalam HHT

nilai budaya orang Melayu abad ke-15. Terdapat dua nilai budaya utama orang

Melayu disampaikan dalam HHT iaitu konsep kesetiaan kepada raja (melalui watak

Hang Tuah) dan konsep penderhakaan (melalui watak Hang Jebat).

Kassim Ahmad & Abu Hassan Sham melihat HHT menjadikan konsep

keperwiraan sebagai persoalan utama. Mohd. Taib Osman melihat HHT sebagai

karya yang berjaya mengambarkan sistem budaya hidup masyarakat Melayu secara

realistik. Watak Hang Tuah lahir dan merupakan pahlawan sebuah masyarakat feudal

yang mempertahankan dan mendaulatkan feudalisme itu sendiri.

Inti ‘ketokohan’ ini menurut Sulastin Sutrisno, terletak pada petikan ayat

pertama dalam naskhah tertua iaitu Cod. Or 1762 yang tersimpan di Perpustakaan

Universiti Leiden, berbunyi;

“Inilah hikayat Huah Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu

sangat berbuat kebaktian kepada tuannya”.

Petikan ayat tersebut menjelaskan tema utama cerita HHT iaitu ‘kebaktian’

Hang Tuah terhadap rajanya. Ia juga bererti kepahlawanan dan kecintaannya kepada

kerajaan Melaka.

Za’aba berpendapat, HHT merupakan lambang kesatriaan dan kepahlawanan

bangsa Melayu dan Hang Tuah adalah satu contoh yang tinggi dan mulia dalam

mengabdikan diri kepada raja dan negara. Secara amnya, menurut Sulastin Sutrisno

(1983), sebilangan besar para sarjana luar negeri melahirkan rasa kekaguman mereka

terhadap HHT dan menganggapnya sebagai sebuah epik yang penting.

2.3.2 Pelbagai Versi Teks

Teks Hikayat Hang Tuah (HHT) yang bertulis sudah dikenali sejak dari abad ke-18

lagi dan ianya semakin mendapat tempat istimewa pada abad ke-20 apabila ia menjadi

satu bahan kajian para sarjana luar. Terdapat lebih kurang dua puluh (20) versi HHT

yang bertulisan tangan telah ditemui dan kumpulkan dan berada di England dan

Netherlands.

19

Page 20: Kata Ganda Dalam HHT

Menurut Sulastin Sutrisno (1983), kebanyakan naskhah HHT tidak lengkap

sebagai sebuah hikayat dan setakat ini hanya 3 buah edisi sahaja yang lengkap

ceritanya telah diterbitkan iaitu Edisi Shellabear, Edisi Balai Pustaka dan Edisi Dewan

Bahasa Dan Pustaka. Edisi Shellabear yang diterbitkan pada tahun 1909 adalah

berdasarkan naskhah yang dimiliki oleh Raja Muda Perak iaitu Raja Abdul Jalil,

Putera Sultan Idris. Walau bagaimanapun, menurut Sulastin Sutrisno, terdapat 3 buah

naskhah di Perak, iaitu naskhah Wan Muhammad Isa (orang kaya Menteri negeri

Perak), naskhah Muhammad Salleh (Orang Kaya Sri Andika Raja Negeri Perak), dan

naskhah R.J.Wilkinson (setiausaha Residen British di Perak).

Edisi Balai Pustaka pula berdasarkan naskhah kepunyaan Koninklijik

Bataviaasch Genootschap yang ditulis dalam tulisan Jawi, Edisi DBP yang diterbitkan

pada tahun 1964 berdasarkan naskhah yang pada asalnya dimiliki oleh Almarhum

Tengku Ibrahim Ibni Tengku Muhammad @ Tengku Seri Utama Raja iaitu anggota

kerabat Diraja Kelantan.

Menurut Sulastin Sutrisno lagi, ketiga-tiga edisi HHT tersebut memiliki

struktur cerita, susur galur peristiwa, perwatakan yang baik serta gaya bahasa yang

sama. Pada dasarnya, semua naskah HHT sama ada tersimpan di dalam dan luar

negara memiliki banyak persamaan. Pendek kata, tidak banyak berlaku

pengubahsuaian dari versi yang asal.

2.4 Penghuraian Proses Penggandaan Dan Kata Ganda

Proses penggandaan kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata

dasar. Kata ganda pula ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses menggandaan kata

dasar yang disebut penggandaan penuh, penggandaan separa seperti negeri-negeri,

pensyarah-pensyarah, buku-buku, lelaki, jejari, kekura dan pelbagai lagi. Di bawah

ini dihuraikan proses penggandaan kata dalam bahasa Melayu.

2.4.1 Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008).

20

Page 21: Kata Ganda Dalam HHT

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) terbitan DBP, proses penggandaan

dalam bahasa Melayu merujuk kepada proses yang menggandakan kata dasar. Dalam

proses yang demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau

penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu

berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan,

iaitu ;

i) Penggandaan penuh,

ii) Penggandaan separa, dan

iii) Penggandaan berentak.

2.4.1.1 Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar atau

mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :-

Penggandaan penuh yang melibatkan kata dasar yang tidak mempunyai apa-apa

imbuhan atau kata tunggal.

Contohnya :

sekolah sekolah-sekolah

makan makan-makan

besar besar-besar

baju baju-baju

Penggandaan penuh yang melibatkan kata dasar berimbuhan.

Contohnya :

Berimbuhan dengan awalan

pelari pelari-pelari

kekasih kekasih-kekasih

pelatih pelatih-pelatih

Berimbuhan dengan akhiran

amalan amalan-amalan

lakonan lakonan-lakonan

jaring jaringan-jaringan

21

Page 22: Kata Ganda Dalam HHT

Berimbuhan dengan apitan

perbualan perbualan-perbualan

Kemalangan kemalangan-kemalangan

Kejadian kejadian-kejadian

2.4.1.2 Penggandaan Separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.

Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar iaitu:-

i) Pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata

pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata

dasar.

Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan,

menjadikannya vokal ‘e’ pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang

berikut :

jari jejari jejari

Siku sisiku sesiku

Sungut susungut sesungut

Pohon popohon pepohon

Laki lalaki lelaki

ii) Pada kata dasar yang berimbuhan.

Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak

melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata

adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di

bahagian hadapan kata dasar.

22

Kata Dasar Berimbuhan Imbuhan

tersenyum tersenyum-senyum

bercakap bercakap-cakap

setinggi setinggi-tinggi

membantu bantu-membantu

mencuit cuit-mencuit

menari tari-menari

mengejar kejar-mengejar

Page 23: Kata Ganda Dalam HHT

2.4.1.3 Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak

bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar

digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan

dan pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak terbahagi

kepada tiga jenis, iaitu :-

a) Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal

b) Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

c) Penggandaan Berentak Bebas

a) Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal

Dalam penggandaan jenis ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai

ciri-ciri keharmonian vokal,

Contohnya :

Kata Nama sayur-mayur, lauk-pauk

Kata Kerja gotong-royong, cerai-berai

Kata Adjektif ramah-tamah

b) Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

Dalam penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri persamaan

pada bunyi-bunyi konsonan tertentu,

Contohnya :

Kata Nama kayu-kayan, tanah-tanih

Kata Kerja kumat-kumit

Kata Adjektif huru-hara

c) Penggandaan Berentak Bebas

23

Page 24: Kata Ganda Dalam HHT

Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri persamaan

pada bunyi vokal mahupun bunyi konsonan.

Contohnya :

Kata Nama anak-pinak

Kata Kerja ulang-alik

Kata Adjektif simpang-siur

2.4.2 Penggandaan Berdasarkan Nahu Kemas Kini

Dalam Nahu Kemas Kini (2008), terdapat enam jenis penggandaan iaitu:

i) Penggandaan Seluruh Kata

ii) Penggandaan Kata Akar

iii) Penggandaan Suku Kata Pertama / Gandaan Separa/ Dwipurwa

iv) Penggandaan Suku Kata Akhir

v) Penggandaan Berima / Berentak / Bersajak

vi) Penggandaan Menyaling

2.4.2.1 Penggandaan Seluruh Kata

Kata-kata selapis atau satu fonem dari semua golongan kata boleh digandakan

seluruhnya. Misalnya: anak-anak, makan-makan, cantik-cantik, satu-satu dan

sebagainya. Proses ini berlaku untuk perkataan dalam semua golongan seperti kata

nama, kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Bagi kata polimorfemik iaitu kata

terdiri daripada dua morfem atau kata kompleks hanya boleh digandakan pada kata

nama sahaja seperti kementerian-kementerian dan makanan-makanan.

2.4.2.2 Penggandaan Kata Akar

Sebahagian besar kata gandaan jenis ini merupakan kata kerja. Contohnya, bermain-

main, melambai-lambai, dibelek-belek dan seumpamanya.

2.4.2.3 Penggandaan Suku Kata Pertama / Gandaan Separa/ Dwipurwa

Jika diperhatikan kata lelaki bandingkan dengan laki dan bentuk-bentuk yang serupa

itu, dapat disimpulkan bahawa tiap-tiap satunya terdiri daripada Penambah + Kata

Akar. Ini bermakna bahawa < le- > setaraf dengan morfem terikat yang berfungsi

24

Page 25: Kata Ganda Dalam HHT

sebagai awalan. Oleh itu, kata-kata demikian adalah kata kompleks. Ini berdasarkan

struktur fonologi kata gandaan:

S₁ + S₂ + X (misalnya lelaki)

S₁ = suku kata pengulang

S₂ = suku kata yang diulang

X = suku kata lainnya

S₂ + X = kata akar (A)

Laki ―> lalaki ―> lelaki

Rumusannya, ada penggantian < a > dengan < e >, yakni e-pepet. Perubahan

pada kualiti vokal berlaku berasaskan peraturan fonotaktik bahasa Melayu yang tidak

gemarkan adanya vokal selain e-pepet pada suku kata pertama pada kata-kata yang

terdiri daripada tiga suku kata di samping mengutamakan keindahan bunyi yang

dihasilkan.

Proses penggandaan dwipurwa yakni pengulangan suku kata pertama pada

kata akar dengan atau tanpa perubahan dalam nilai bunyi vokal yang terdapat pada

kata pengulang. Penggandaan jenis ini hanya berlaku pada golongan kata nama

misalnya tetamu, lelipan, lelangit, kekura, lelabu, sesiku, bebawang, pepijat, jejari,

bebenang dan pelbagai lagi. Ia berfungsi sebagai penetap dan pengubah golongan. Di

samping itu, ia boleh mendapat akhiran-an seperti dedaunan, bebuahan.

Namun mengikut perspektif Abdullah Hassan (2007), penggandaan separa

juga berlaku terhadap kata kerja, kata adverb dan kata adjektif. Contohnya lelari (kata

kerja), lelambat (kata adverba) dan memerah (kata adjektif).

2.4.2.4 Penggandaan Suku Kata Akhir

Hanya ada dua perkataan sahaja yang membuktikan adanya penggandaan jenis ini

iaitu segala-gala dan pertama-tama. Jika kita tidak mengetahui asal-usul perkataan

ini, sudah tentu ramai yang beranggapan bahawa kedua-duanya merupakan hasil

penggandaan kata akar yang mendapat awalan {per-} dan {se-}.

25

Page 26: Kata Ganda Dalam HHT

Sebenarnya perkataan ini berasal daripada bahasa Sanskrit dan ditegaskan di

sini, suku kata pertama bagi kedua-duanya bukanlah awalan tetapi merupakan

bahagian keseluruhan kata. Justeru dapat dirumuskan bahawa penggandaan jenis ini

terhasil apabila perkataan ini masuk ke dalam bahasa Melayu dan ia digunakan

apabila sesuatu penegasan dalam ucapan diperlukan.

2.4.2.5 Penggandaan Berima / Berentak / Bersajak

Penggandaan jenis ini berlaku seluruhnya pada unsur dasar, tetapi pada masa yang

sama berlaku juga penggantian salah satu konsonan atau vokal atau kedua-duanya

dalam salah satu suku kata pada unsur yang menggandakan itu. Penggantian bunyi-

bunyi ini menghasilkan kesan gerincingan atau juga rima di mana memberi keindahan

bunyi atau euni.

Menurut Asraf (2007), penggandaan bersajak berlaku pada kelas kata kata

nama, kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan. Ia boleh berlaku dalam tiga

keadaan yakni mengalami persamaan bunyi di hujung seperti hinggar-binggar,

seterusnya mengalami persamaan bunyi di pangkal misalnya suku-sakat dan keadaan

ketiga ialah persesuaian bunyi di tengah seperti beras-petas.

Contohnya:

Kata Nama awan-gemawan, sorak-sorai

Kata Kerja bongkar-bangkir, kumat-kamit

Kata Adjektif serba-serbi, compang-camping

Kata Keterangan lintang-kedak, serta-merta

Di samping itu, terdapat contoh yang sukar ditentukan mana satu unsur

dasarnya dan mana satu merupakan hasil daripada penggandaan. Misalnya dolak-

dalik, porak-peranda dan huru-hara.

2.4.2.6 Penggandaan Menyaling

Dalam proses ini, unsur yang diulang (A) mendapat awalan {me-} atau {me-i} dan

menghasilkan unsur pengulang (B).

26

Page 27: Kata Ganda Dalam HHT

A B

karang mengarang

sayang menyayangi

sebelah menyebelahi

tutup menutupi

kasih mengasihi

Melalui penggandaan ini, makna yang timbul adalah ‘menyaling’ atau

‘perbuatan menyaling’. Penggunaan tanda sempang tidak diperlukan kerana jika

digunakan sempang ini menghasilkan kata yang sangat panjang. Rumusannya,

gandaan ini lebih sesuai dikenal pasti sebagai gandaan dalam frasa disebabkan adanya

{me-} pada unsur B membuktikan hakikat ini.

2.4.3 Penggandaan Berimbuhan

Berdasarkan Asraf (2007), kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang memperoleh

imbuhan baik berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Antara contohnya:

Kata Nama jadi-jadian, rumah-rumahan

Kata Kerja berura-ura, bertikam-tikaman

Kata Adjektif keanak-anakan, kecil-kecilan

Kata Keterangan buat-buatan, setidak-tidaknya

2.4.4 Kata Ganda Bilangan

Nor Hashimah (2002) dalam tulisannya mengenai Kata Ganda Bahasa Melayu,

Analisis Semantik dan Pragmatik telah membuktikan bahawa kata ganda boleh

bermaksud bukan sahaja jamak tetapi juga boleh memaparkan maksud khusus dan

tidak khusus. Kata adjektif, kata nama dan kata kerja apabila digandakan boleh

memperlihatkan ketidakkhususan maknanya. Contohnya adalah seperti berikut:-

Kata Nama (Khusus) Kata Ganda (Tidak Khusus)

siapa siapa-siapa

27

Page 28: Kata Ganda Dalam HHT

apa apa-apa

mana mana-mana

Kata Kerja (Khusus) Kata Ganda (Tidak Khusus)

main main-main

gila gila-gila

makan makan-makan

Kata Adjektif (Khusus) Kata Ganda (Tidak Khusus)

gemuk gemuk-gemuk

sakit sakit-sakit

tinggi tinggi-tinggi

Rumusannya, siapa-siapa tidak mempunyai rujukan yang khusus kerana tiada

fokus yang spesifik. Begitu juga dengan gemuk-gemuk yang gambaran tidak khusus

tergambar di sini. Pendekatan yang digunakan oleh Nor Hashimah adalah bersifat

deskriptif yang menekankan aspek nahu praktis berdasarkan korpus bahasa Melayu.

2.5 Kesimpulan

Daripada huraian di atas, penelitian tentang pembentukan kata bukanlah suatu kajian

yang baru, malahan, aspek ini telah dikaji sejak zaman Yunani lagi. Bagi bahasa

Melayu, aspek pembentukan kata merupakan salah satu aspek yang telah lama dikaji

oleh ahli-ahli bahasa sama ada ahli bahasa barat mahupun tempatan. Menerusi buku-

buku tatabahasa yang dihasilkan, didapati aspek ini telah wujud sejak abad ke-19 lagi.

Sejak itu, aspek ini terus dibincangkan dalam menentukan pembentukan kata dalam

bahasa Melayu dan beberapa kaedah serta perananya telah diterapkan.

28

Page 29: Kata Ganda Dalam HHT

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian mengkaji tentang kata ganda yang terdapat dalam

teks ‘Hikayat Hang Tuah’. Berdasarkan tujuan kajian, maka bab ini menerangkan

mengenai rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, prosedur

pengumpulan data dan prosedur menganalisis data.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk satu kajian diskriptif. Maksud kajian diskriptif ialah

kajian yang telah ditetapkan (set) untuk melihat dan melaporkan perkara seperti

adanya (to determine and report the way things are now). Kajian ini tidak cuba untuk

mengawal pemboleh ubah (does not try to control a variable). Dengan sebab itu,

pengkaji hanya mengumpulkan maklumat iaitu kata ganda dan juga ayat-ayat yang

mengandungi kata ganda yang terdapat dalam teks “Hikayat Hang Tuah” untuk

dianalisis dan dilaporkan.

Kajian ini juga tidak melibatkan pengkajian pada keseluruhan teks. Dengan

menggunakan kaedah perpustakaan, pengkaji telah menyenaraikan kesemua kata

ganda dan juga ayat yang mengandungi kata ganda yang terdapat pada tiga puluh (30)

halaman yang dikaji iaitu pada sepuluh (10) halaman terawal, sepuluh (10) halaman di

pertengahan dan sepuluh (10) halaman terakhir pada teks Hikayat Hang Tuah untuk

dianalisis secara kuantitatif mengikut jenis kata ganda, kekerapan penggunaannya

serta peranan kata ganda itu mengikut pergolongan kata dalam sesuatu ayat dalam

bahasa Melayu.

29

Page 30: Kata Ganda Dalam HHT

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Oleh kerana kajian ini merupakan kajian diskriptif, tiada responden dilibatkan sebagai

sampel dalam kajian ini. Ini merupakan salah satu masalah jika pengkaji menjalankan

penyelidikan diskriptif di mana kajian jenis ini akan melibatkan kurang responden

atau langsung tidak melibatkan responden manakala hasil atau keputusan yang

didapati juga adalah merupakan keputusan yang biasa.

3.4 Instrumen Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, oleh kerana pengkaji hanya menggunakan kaedah

perpustakaan, maka hanya bahan-bahan bacaan atau rujukan yang diperolehi daripada

internet atau buku-buku sahaja yang digunakan sebagai instrumen kajian iaitu:

i) Bahan bacaan Bahasa Melayu iaitu manuskrip Hikayat Hang Tuah.

ii) Bahan Rujukan Bahasa Melayu iaitu Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)

terbitan DBP.

iii) Buku-buku ilmiah seperti linguistik, morfologi dalam BM dan sumber-sumber

dari internet.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur bermaksud kaedah atau cara yang sistematik digunakan oleh penyelidik atau

pengkaji sama ada berupa individu atau berkumpulan dalam menyelesaikan sesuatu

masalah. Dalam suatu kajian, kaedah yang hendak digunakan tidak ditetapkan.

Pengkaji sendiri boleh memilih atau menetapkan apa kaedah yang ingin digunakan

olehnya dalam menjalankan kajiannya. Ia adalah bergantung kepada kesesuaian

dengan kajian yang dijalankan.

Untuk menyiapkan kertas kerja ini saya telah membuat rujukan dengan

menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku dan artikel telah saya guna

sebagai bahan rujukan dan panduan. Segala maklumat yang diperolehi daripada

pelbagai sumber telah dianalisis dan disusun mengikut keperluan sub-topik kertas

kerja ini.

30

Page 31: Kata Ganda Dalam HHT

3.6 Prosedur Analisis Data

Data yang dikumpul dari instrumen kajian telah dianalisis oleh pengkaji dengan dua

cara iaitu kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif ialah

penyelidikan yang tidak memerlukan penggunaan pendekatan statistik. Ia hanya

memerlukan pengkaji menganalisis ayat yang mengandungi kata ganda untuk

dianalisis atau dikategorikan mengikut peranan atau mengikut pergolongan kata dalam

bahasa Melayu. Pengkaji juga menggunakan kaedah kuantitatif iaitu analisis yang

melibatkan kuantiti data yang diperolehi. Data-data yang diperolehi telah dianalisis

oleh pengkaji mengikut peratusan. Dalam analisis ini, pengkaji telah menggunakan

jadual dan juga carta bagi menunjukkan hasil dapatan kajian.

3.6 Rumusan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang kata ganda dalam teks Hikayat Hang

Tuah. Kajian adalah untuk menganalisis kata ganda mengikut jenis kata ganda,

kekerapan penggunaan satu-satu kata ganda serta peranan kata ganda mengikut

pergolongan kata dalam ayat. Kajian ini merupakan kajian diskriptif di mana tiada

langsung responden yang dilibatkan sebagai sampel kajian dan hanya menggunakan

instrumen kajian. Pengumpulan data adalah melalui kaedah perpustakaan dan data

dianalisis dengan dua cara iaitu data mengikut peratusan dan peranan kata ganda

dalam ayat mengikut pergolongan kata.

31

Page 32: Kata Ganda Dalam HHT

BAB IV

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini mengandungi analisis dan hasil kajian yang diperolehi berdasarkan teks

Hikayat Hang Tuah tertumpu kepada kata ganda yang terdapat pada halaman-halaman

3 hingga 12 iaitu sepuluh (10) halaman terawal, halaman 270 hingga 279 iaitu sepuluh

(10) halaman pertengahan dan halaman 540 hingga 549 iaitu sepuluh (10) halaman

terakhir sahaja. Kajian telah dilakukan berdasarkan halaman-halaman tersebut dan

didapati bahawa pada setiap halaman muka surat tersebut ada mengandungi kata

ganda dan telah pun dikategorikan kat-kata ganda tersebut mengikut jenis dan

kekerapan penggunaannya.

4.2 Analisis Jenis Kata Ganda Dan Kekerapan

4.2.1 Kata Ganda Seluruh

Kata Ganda Seluruh digunakan pada kata dasar yang diulang atau digandakan

seluruhnya, contohnya dewa-dewa, tuan-tuan dan sebagainya. Cara penulisan kata

ganda ini mesti diberi tanda sempang (-). Ia juga digunakan untuk menyatakan

makna....

a)      Jamak atau banyak, contohnya tuan-tuan.

b)      Tunggal atau satu, contohnya laki-laki.

c)      Banyak yang bersifat, contohnya indah-indah dan besar-besar.

d)     Menguatkan keterangan, contohnya sangat-sangat dan baik-baik.

Di bawah ini, dihuraikan dapatan daripada analisis kata ganda seluruh.

32

Page 33: Kata Ganda Dalam HHT

Jadual 1 menunjukkan Senarai Kata Ganda Seluruh

Jenis Kata Ganda Seluruh Kekerapan Data

Kata Nama raja-raja

tuan-tuan

dewa-dewa

laki-laki

siapa-siapa

10

5

2

8

1

5 daripada 20

kata ganda.

Kata Adjektif indah-indah

besar-besar

sama-sama

kaya-kaya

baik-baik

sedikit-sedikit

tua-tua

9

6

3

2

2

1

1

7 daripada 20

kata ganda.

Kata Kerja baling-baling

kira-kira

1

2

2 daripada 20

kata ganda.

Kata

Keterangan

masing-masing

kalau-kalau

sangat-sangat

9

3

1

3 daripada 20

kata ganda.

Kata

Bilangan

satu-satu

berapa-berapa

tiga-tiga

1

2

1

3 daripada 20

kata ganda.

Bilangan perkataan Kata Ganda Seluruh 70 20 kata ganda

33

Page 34: Kata Ganda Dalam HHT

Berdasarkan analisis kata ganda seluruh mengikut peratusan pada jadual di

atas, sebanyak lima daripada 20 kata ganda seluruh adalah melibatkan kategori kata

nama manakala dalam kategori kata kerja mencatat 2 perkataan kata ganda. Kata

adjektif pula menunjukkan bilangan kata ganda yang tertinggi dengan 7 perkataan dan

bagi kategori kata keterangan dan kata bilangan masing-masing mencatat 3 perkataan

kata ganda.

Analisis kekerapan penggunaan kata ganda yang terdapat pada tiga puluh (30)

halaman yang dianalisis dalam teks ‘Hikayat Hang Tuah’ ini, terdapat lima kata ganda

yang termasuk di dalam kategori kata nama iaitu kata ganda ‘raja-raja’ paling banyak

ditulis iaitu sebanyak 10 kali penggunaan, diikuti dengan penggunaan kata ‘laki-laki’

iaitu sebanyak 8 kali, manakala kata ganda ‘tuan-tuan’ dan ‘dewa-dewa’ masing-

masing ditulis sebanyak 2 kali dan kata ‘siapa-siapa’ didapati hanya sekali

penggunaannya.

Analisis kekerapan bagi kata adjektif pula, kata ganda ‘indah-indah’ adalah

sebanyak 9 kali penggunaan, diikuti kata ‘besar-besar’ digunakan sebanyak 6 kali

manakala ‘sama-sama’ sebanyak 3 kali. Bagi kata ganda ‘kaya-kaya’ dan ‘baik-baik’

masing-masing mencatat 2 kali penggunaan dan bagi kata ganda ‘sedikit-sedikit’ dan

‘tua-tua’ didapati hanya mencatat sekali penggunaanya.

Dalam menganalisis kata ganda seluruh bagi kategori kata kerja, terdapat

hanya dua sahaja perkataan kata ganda iaitu kata ganda ‘baling-baling’ yang mencatat

hanya sekali penggunaan dan 2 kali penggunaan bagi kata ganda ‘kira-kira’.

Analisis kekerapan penggunaan kata ganda bagi kategori kata keterangan, kata

ganda ‘masing-masing’ dicatat sebanyak 9 kali, ‘kalau-kalau’ dicatat 3 kali manakala

‘sangat-sangat’ hanya sekali penggunaan.

Bagi kategori kata bilangan pula, kata ganda ‘berapa-berapa’ dicatat sebanyak

2 kali manakala kata ganda ‘satu-satu’ dan ‘tiga-tiga’ didapati hanya ada sekali

penggunaan.

34

Page 35: Kata Ganda Dalam HHT

Rajah 1: Analisis Bilangan Kata Ganda Seluruh Mengikut Peratusan

20%

35%10%

15%

15%

Kata NamaKata AdjektifKata KerjaKata KeteranganKata Bilangan

Daripada dapatan kajian dalam rajah 2 mengikut peratusan, data menunjukan

bahawa bilangan kata ganda seluruh yang tertinggi adalah daripada kategori kata

adjektif iaitu sebanyak 35% daripada bilangan perkataan, diikuti dengan kata ganda

seluruh dari kategori kata nama iaitu sebanyak 20% bilangan perkataan. Bagi kata

ganda dalam kategori kata keterangan dan kata bilangan, masing-masing mencatat

15% bilangan perkataan manakala kata ganda seluruh dari kategori kata kerja hanya

mencatat 10% daripada bilangan perkataan kata ganda seluruh.

4.2.2 Kata Ganda Separa (Berimbuhan)

Kata Ganda Separa Berimbuhan adalah merupakan kata ganda yang diberi imbuhan

pada kata dasarnya. Kata ganda berimbuhan mesti disertai tanda sempang (-).

Imbuhan boleh diletakkan..

a)      Di awal,

b)      Di akhir,

c)      Di awal dan di akhir (apitan), dan

d)      Di tengah sebagai sisipan.

35

Page 36: Kata Ganda Dalam HHT

Jadual 2 menunjukkan Senarai Kata Ganda Berimbuhan

Imbuhan Kata Ganda Berimbuhan Kekerapan Data

Di awalan Beribu-ribu

Berseri-seri

Bermain-main

Bersama-sama

Berjaga-jaga

Sehari-hari

Sekali-kali

Bersungguh-sungguh

Berlari-lari

Digertak-gertak

Sekonyong-konyong

Berdebar-debar

Berkata-kata

Perlahan-lahan

Bergurau-gurau

Digurau-gurau

Berganti-ganti

Tertawa-tawa

Bertambah-tambah

Beribu-ribu

Bertimbun-timbun

Semata-mata

Sejauh-jauh

Berturut-turut

Seikut-ikut

Berpuluh-puluh

Sehabis-habis

Beratus-ratus

Berketi-keti

Digamak-gamak

Dipertubi-tubi

1

1

3

5

1

1

2

4

3

2

4

1

1

1

1

1

1

1

3

2

5

2

1

1

1

1

1

1

1

1

1

31 daripada 48 kata

ganda

36

Page 37: Kata Ganda Dalam HHT

Di akhiran Bunyi-bunyian

Kayu-kayuan

7

1

2 daripada 48 kata

ganda

Dengan

apitan

Berumbai-umbaikan

Berkata-katalah

Berkasih-kasihan

Bersuka-sukaan

Bersembur-semburan

Mengalu-alukan

Kemalu-maluan

Dihayam-hayami

Beranggap-anggapan

Kebudak-budakan

Dikedang-kedangkan

Berkasih-kasihkanlah

Terkira-kirakan

2

1

4

1

1

1

3

1

1

1

1

1

1

13 daripada 48 kata

ganda

Dengan

sisipan

Saudara-bersaudara

Anak-beranak

1

1

2 daripada 48 kata

ganda

Bilangan perkataan Kata Ganda

Berimbuhan 84 48 kata ganda

Jadual 1 di atas menunjukan senarai kata ganda berimbuhan yang didapati

pada 30 halaman dalam teks HHT yang dikaji. Dapatan kajian menunjukan bagi

analisis kekerapan perkataan yang digunakan secara keseluruhan, kata ganda ‘bunyi-

bunyian’ mencatat kekerapan yang tertinggi digunakan iaitu sebanyak 7 kali, diikuti

dengan kata ganda ‘bersama-sama’ dan ‘bertimbun-timbun’ iaitu sebanyak 5 kali

digunakan. Bagi kata ganda ‘bersungguh-sungguh’, ‘sekonyong-konyong’ dan

‘berkasih-kasihan’ menunjukkan kekerapan penggunaan sebanyak 4 kali, kata ganda

37

Page 38: Kata Ganda Dalam HHT

‘bermain-main’, ‘berlari-lari’, bertambah-tambah’ dan ‘kemalu-maluan’ mencatat 3

kali penggunaan. Bagi kata ganda ‘sekali-kali’, ‘digertak-gertak’, ‘beribu-ribu’,

‘semata-mata’ dan ‘berumbai-umbaikan’ menunjukkan 2 kali penggunaan manakala

kata ganda yang selebihnya, setiap satu kata ganda berimbuhan itu masing-masing

hanya menunjukkan sekali penggunaan.

Rajah 2: Analisis Kata Ganda Separa Berimbuhan

Di Awalan

Di Akhiran

Dengan Apitan

Dengan Sisipan

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70%

65%

4%

27%

4%

Analisis Kata Ganda Separa Berimbuhan

Kata Ganda Berimbuhan

Berdasarkan carta di dalam rajah 2 di atas, analisis kata ganda separa

berimbuhan menunjukkan bahawa kata ganda separa berimbuhan di awalan

menunjukkan peratusan 65% iaitu peratusan bilangan kata yang tertinggi sekali di

mana sebanyak 31 kata ganda telah dicatatkan, diikuti dengan kata ganda berimbuhan

dengan apitan sebanyak 27% atau 13 kata ganda, manakala bagi kata ganda

berimbuhan di akhiran dan dengan sisipan masing-masing mencatat bilangan yg sama

iaitu sebanyak dua kata ganda atau 4 peratus.

4.2.3 Kata Ganda Berentak

Kata Ganda Berentak ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian

bunyi (rima), contohnya,

a)      Di pangkal – Contoh: batu-batan, lalu-lalang, keluh-kesah

38

Page 39: Kata Ganda Dalam HHT

b)      Di Hujung – Contoh: kuih-muih, comot-momot, segar-bugar

c)      Seluruhnya – Contoh: kusut-masai, rumput-rampai, huru-hara

Cara menulis kata ganda berentak ini juga mesti disertai dengan tanda sempang (-).

Jadual 3 menunjukkan Senarai Kata Ganda Berentak

Bunyi Berentak Kata Ganda Berentak Data / Peratusan

Di pangkal Tiada Tiada / 0%

Di hujung Tiada Tiada / 0%

Seluruhnya huru-hara 1 kata ganda / 100%

Bilangan perkataan Kata Ganda Berentak 1 kata ganda / 100%

Mengikut jadual 3 di atas, kata ganda yang didapati daripada 30 halaman atau

muka surat yang dikaji dalam manuskrip Hikayat Hang Tuah, perkataan yang

termasuk dalam kategori kata ganda berentak hanya terdapat satu perkataan sahaja

iaitu kata ganda ‘huru-hara’ di mana perkataan ini mempunyai ciri persamaan pada

bunyi-bunyi konsonannya. Kata ganda ‘huru-hara’ ini merupakan kata ganda

berentak dalam golongan pengulangan konsonan. Bagi kata ganda berentak di

pangkal atau pun berentak di hujung, tidak didapati kewujudan perkataan pada

halaman yang dikaji.

4.3 Analisis Keseluruhan Kata Ganda

Keseluruhan data di atas telah digabungkan oleh pengkaji untuk dianalisi secara

keseluruhan mengikut jenis kata ganda. Jadual 4 di bawah ini menunjukkan analisis

keseluruhan mengikut jenis kata ganda.

39

Page 40: Kata Ganda Dalam HHT

Jadual 4 : Analisis Keseluruhan Kata Ganda

JENIS KATA GANDA BILANGAN

Kata Ganda Seluruh 20 kata ganda

Kata Ganda Separa 0 kata ganda

Kata Ganda Separa Berimbuhan 48 kata ganda

Kata Ganda Berentak 1 kata ganda

JUMLAH KESELURUHAN 69 kata ganda

Dalam jadual 4 di atas, jumlah keseluruhan jenis kata ganda yang terdapat

pada 30 muka surat yang dianalisis dalam teks Hikayat Hang Tuah menunjukkan

bahawa kata ganda berimbuhan mencatat bilangan kata ganda tertinggi iaitu sebanyak

48 kata ganda daripada 69 kata ganda yang disenaraikan. Jumlah kedua tertinggi dari

jenis kata ganda seluruh iaitu sebanyak 20 daripada 69 kata ganda yang tersenarai,

manakala bagi jenis kata ganda berentak hanya 1 kata ganda yang tersenarai. Bagi

kategori kata ganda separa, tiada langsung kata ganda yang didapati dalam teks HHT

iaitu pada muka surat yang dikaji.

Rajah 3: Peratus Keseluruhan Mengikut Jenis Kata Ganda

Seluruh Separa Berimbuhan Berentak0

10

20

30

40

50

60

70

80

29%

0

70%

1%

Berdasarkan carta dalam rajah 3 di atas, jumlah keseluruhan jenis kata ganda yang

terdapat pada 30 muka surat yang dianalisis dalam teks Hikayat Hang Tuah ini

menunjukkan bahawa kata ganda berimbuhan mencatat peratusan yang paling tinggi

40

Page 41: Kata Ganda Dalam HHT

iaitu sebanyak 70%. Diikuti dengan jumlah kedua tertinggi iaitu dari jenis kata ganda

seluruh iaitu sebanyak 29% bilangan kata ganda direkodkan. Peratusan bilangan kata

ganda bagi kata ganda berentak secara keseluruhannya hanya 4% dan bagi kategori

kata ganda separa, tiada langsung kata ganda yang didapati pada muka surat yang

dikaji dan ini memberikan peratusan sifar.

4.4 Analisis Kata Ganda Dalam Ayat Mengikut Pergolongan Kata

Kata Ganda dalam bahasa Melayu ialah kata yang melalui proses mengandakan kata

dasar. Dalam proses demikian kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau

penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu

berdasarkan rentak bunyi tertentu. Di bawah ini, ditunjukkan hasil dapatan kajian

yang telah diperolehi tentang peranan atau kategori kata ganda dalam suatu ayat.

4.4.1 Penggandaan penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar atau

mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :-

4.4.1.1 Penggandaan penuh kata dasar sahaja

Penggandaan penuh kata dasar sahaja adalah penggandaan yang melibatkan kata dasar

yang tidak mempunyai apa-apa imbuhan atau kata tunggal. Di dalam kajian yang

dijalankan ini, didapati terdapat sebanyak dua puluh (20) perkataan kata ganda yang

termasuk dalam kategori penggandaan penuh yang hanya melibatkan kata dasar ini.

Antara ayat yang mempunyai kata ganda penuh ini ditunjukkan di bawah di

mana ianya telah dianalisis mengikut pergolongan kata:-

a) Kata nama

Perkataan kata ganda raja-raja, tuan-tuan, dewa-dewa, laki-laki adalah merupakan

kata ganda penuh yang berperanan sebagai kata nama.

41

Page 42: Kata Ganda Dalam HHT

Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda jenis ini:-

1) Raja itu terlalu besar kerajaannya pada segala raja-raja indera seorang pun

menyamai dia, sekalian menurut titahnya. (m/s 3, p.1)

Hai tuan-tuan, berlengkaplah keluar esok hari, kita hendak pergi berburu. (m/s 5, p.3)

Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu menengar bunyi-bunyian dan melihat

segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak dengan pakaiannya terlalu indah-

indah. (m/s 6, p.2)

Seorang jua tiadalah helat lagi daripada laki-laki dan perempuan. (m/s 540, p.3)

Kata Adjektif

Perkataan kata ganda indah-indah, besar-besar, kaya-kaya, baik-baik, sedikit-sedikit

dan tua-tua adalah merupakan kata ganda penuh yang berperanan sebagai kata

adjektif.

Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda jenis ini:-

Setelah sudah, maka Tuan Puteri Kemala Pelinggam pun dihiasi oranglah dengan

segala pakaian yang indah-indah dari keinderaan. (m/s 6, p.3)

Syahadan Bendahara Tun Mat dan Temenggung Tun Karim dan Laksamana Tun

Nadim dengan segala menteri pegawai orang besar-besar Melaka itu. (m/s 546, p.4)

Demikianlah perinya kebanyakkan rakyatnya dan saudagar dan orang kaya-kaya dan

nakhoda dalam negeri Melaka itu. (m/s 545, p.3)

Tinggallah tuan baik-baik, peliharakan segala menteri pegawai dan rakyatmu itu. (m/s

540, p.1)

42

Page 43: Kata Ganda Dalam HHT

“Daulat Tuanku Andika Betara, patik memohon ampun dan kurnia, adat hulubalang

minum juga sedikit-sedikit.” (m/s 274, p.2)

Maka Laksamana pun beriwayatlah, akan hal megat Terengganu itu habis

dipersembahkannya, kemudian dari itu maka Laksamana pun beriwayatlah pula akan

perintah orang tua-tua dahulu kala itu. (m/s274, p.2)

Kata Kerja

Perkataan kata ganda baling-baling dan kira-kira adalah merupakan kata ganda penuh

yang berperanan sebagai kata kerja.

Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda dalam pergolongan kata ini

ialah:-

Maka dilihat oleh Barit Ketika orang mengamuk datang seperti baling-baling. (m/s

271, p.2)

Bermula Puteri Gunung Ledang lari itu kira-kira sepuluh hari perjalanan jauhnya ke

negeri Melaka itu. (m/s 546, p.2)

Kata Tugas (Keterangan)

Perkataan kata ganda masing-masing, kalau-kalau dan sangat-sanga adalah merupakan

kata ganda penuh yang berperanan sebagai kata keterangan.

Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda dalam kata ini ialah:-

Setelah sudah dilihatnya, maka masing-masing pun menggerakkan kepalanya. (m/s 4,

p.2)

Kerana ayahanda bonda menaruhkan kalau-kalau sungguh seperti kata ahlul nujum

itu, tuan kelak beroleh kebesaran dan kemuliaan, supaya adalah nama ayahanda dan

bonda disebut orang akhir zaman. (m/s 5, p.2)

43

Page 44: Kata Ganda Dalam HHT

Maka kata Laksamana “Hai Rangga, adapun akan segala hulubalang Melayu itu nama

turunnya dibawa ke sebuah negeri hendaklah sangat-sangat hormat dan takut akan

nama tuannya itu”. (m/s 270, p.3)

Kata Tugas (Bilangan)

Perkataan kata ganda satu-satu, berapa-berapa dan tiga-tiga adalah merupakan kata

ganda penuh yang berperanan sebagai kata bilangan.

Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda jenis ini:-

Jikalau satu-satu peri surat nama tuannya itu, hingga mati sudahlah, yang memberi itu

sekali-kali tiada diperoleh, kerana negeri Majapahit ini negeri besar. (m/s 270, p.3)

Maka berapa-berapa kali pun disuruh larang oleh bendehara dan temenggung tiadalah

didengarnya. (m/s 544, p.4)

Maka diisinya ubat peluru tiga-tiga butir pada sepucuk meriam itu. (m/s 545, p.2)

Penggandaan penuh kata dasar berimbuhan.

Penggandaan penuh kata dasar berimbuhan adalah kata diletakkan imbuhan pada kata

dasarnya dan diulang atau digandakan keseluruhannya. Setelah dianalisis kata ganda

yang terdapat pada kesemua halaman yang dikaji, didapati tiada kata ganda yang

boleh dimasukan dalam kategori penggandaan penuh berimbuhan ini sama ada

imbuhan pada awalan, akhiran atau apitan pada kata dasar.

Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda jenis ini:

:- TIADA

4.4.2 Penggandaan Separa

44

Page 45: Kata Ganda Dalam HHT

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.

Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :

Penggandaan Separa pada kata dasar tunggal

Penggandaan Separa pada kata dasar tunggal ini lazimnya penggandaan atau kata

ganda yang melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu

pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses

pelemahan, menjadikannya vokal ‘e’ pepet. Hasil daripada analisis kajian HHT ini,

tiada kata ganda yang boleh dimasukan dalam kategori ini.

Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda jenis ini - TIADA

Penggandaan separa pada kata dasar yang berimbuhan.

Penggandaan separa pada kata dasar yang berimbuhan adalah merupakan

penggandaan separa yang berlaku dengan hanya mengulangi kata dasar dan tidak

melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan

boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.

Penggandaan Separa Berimbuhan dengan Awalan.

Penggandaan separa berimbuhan dengan awalan ialah kata ganda yang mempunyai

imbuhan di hadapan kata dasarnya. Di dalam kajian yang dijalankan, didapati

terdapat sebanyak tiga puluh satu (31) perkataan kata ganda yang terdiri daripada

pelbagai imbuhan awalan seperti yang telah pun dijelaskan dalam data di bahagian

analisis data di atas. Di bawah ini, ditunjukkan beberapa contoh ayat yang dipilih

berdasarkan jenis imbuhan.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ ber - ” di dalam

HHT.

45

Page 46: Kata Ganda Dalam HHT

Maka sekali persetua maka Sang Sapurba hendak pergi berburu bermain-main pada

sisi Bukit Seguntang itu. (m/s 9, p.3)

Perkataan main sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Maka kapitan kapal itu pun menyuruhkan kelasinya turun ke kapalnya mengambil rial,

dibawanya naik persembah akan raja bertimbun-timbun.

(m/s 544, p.2)

Perkataan timbun sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Maka penjurit itu pun berlari-lari sambil mengunus kerisnya lalu mengamuk di tengah

pesara itu. (m/s 271, p.1)

Perkataan lari sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ se - ” di dalam HHT.

Maka raja pun jagalah daripada pengsan itu lalu berjalan pula, tiadalah henti lagi,

seikut-ikut diberi Allah Taala kakinya berjalan itu dengan sangat ia insaf akan dirinya.

(m/s 542, p.3)

Perkataan ikut sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Yang lari itu tiadalah ia ingat hendak membawa hartanya lagi, melainkan semata-mata

hendak melepaskan tubuhnya juga.

(m/s 546, p.1)

Perkataan mata sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata nama.

Ditariknya empat persegi tanah itu sehabis-habis tali belulang sebidang itu, maka

diperbuatnya sebuah gedung terlalu besar dan tingginya.

(m/s 544, p.3)

Perkataan habis sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata tugas.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ di - ’ di dalam HHT.

46

Page 47: Kata Ganda Dalam HHT

1. Jangan digurau-gurau di hadapan utusan Melayu ini. (m/s 275,

p.1)

Perkataan gurau sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

2. Hanya keris panjangnya juga yang digamak-gamaknya. (m/s 274, p.3)

Perkataan gamak sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata tugas.

3. Patih dan temenggung pun sebagai beranggap kepada

Laksamana, dipertubi-tubinya anggap, tetapi Laksamana tiada mabuk.

(m/s 278, p.5)

Perkataan tubi sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata tugas.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ per - ” di dalam

HHT.

Hatta maka penjurit itu pun perlahan-lahan datang ke belakang laksamana,

disendalnya keris pendua Laksamana itu dapat ke tangan penjurit itu.

(m/s 274, p. 3)

Perkataan perlahan adalah kata dasarnya yang berperanan sebagai kata adjektif.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ ter - ” di dalam HHT.

Maka Seri Bertara pun suka tertawa-tawa melihat Patih menari itu.

(m/s 278, p.5).

Perkataan tawa sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Penggandaan Separa Berimbuhan dengan Akhiran.

Dalam Bahasa Melayu terdapat hanya tiga (3) imbuhan akhiran ini iaitu ‘ – an ’, ‘ –

kan ’ dan ‘ - i’ sahaja. Di dalam kajian yang dijalankan, didapati terdapat hanya dua

(2) perkataan kata ganda yang termasuk dalam kategori penggandaan separa

berimbuhan akhiran iaitu imbuhan ‘ – an ’. Di bawah ditunjukan contoh ayat.

47

Page 48: Kata Ganda Dalam HHT

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ – an ” di dalam

HHT.

Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu menengar bunyi-bunyian.

(m/s 6, p.2)

Perkataan bunyi sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata tugas.

Setelah sampai dilihat baginda bukit itu terlalu baik dan kayu-kayuannya pun

semuanya berbuah bermasakan.

(m/s 8, p.2)

Perkataan kayu sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata nama.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ – kan ” di dalam

HHT.

Contoh ayat : TIADA

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ – i ” di dalam

HHT.

Contoh ayat : TIADA

Penggandaan Separa Berimbuhan dengan Apitan.

Kata separa imbuhan dengan apitan ialah kata ganda yang diapit oleh dua (2) imbuhan

iaitu di hadapan dan di belakang kata dasarnya. Daripada hasil kajian yang

dijalankan, didapati terdapat sebanyak tiga belas (13) perkataan kata ganda yang

termasuk dalam kategori ini yang telah pun dijelaskan dalam data di atas. Di bawah

ini, ditunjukkan beberapa contoh ayat yang dipilih berdasarkan jenis imbuhan.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ ke – an ” di dalam

HHT.

Setelah Seri Betara menengar sembah Laksamana demikian itu, maka Seri Betara pun

kemalu-maluan. (m/s 275, p.3)

Perkataan malu sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata adjektif.

48

Page 49: Kata Ganda Dalam HHT

Maka Seri Betara pun suka tertawa-tawa melihat Patih menari itu, lakunya kebudak-

budakan. (m/s278, p.5, b.38)

Perkataan budak sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata nama.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ ber – an ” di

dalam HHT.

Beranggap-anggapanlah tuan-tuan sekalian. Maka sembah Laksamana, “Daulat

Tuanku”.

(m/s 278, p.4)

Perkataan anggap sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata tugas.

Maka Sang Petra Dewa pun duduklah pada pulau itu bersuka-sukaan dengan isterinya

dan segala pewiranya. (m/s 7, p.1)

Perkataan suka sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata adjektif.

Setelah sudah, maka Sang Perta Dewa pun berkasih-kasihan laki isteri dan barang

sesaat pun tiada bercerai. (m/s 7, p.3)

Perkataan kasih sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata adjektif.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ be – an ” di dalam

HHT.

Maka baginda pun turun mandi dengan segala pegawai ke dalam kolam itu, terlalu

ramai besembur-semburan. (m/s 9, p.3)

Perkataan sembur sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ ber – kan ” di

dalam HHT.

Hendak berkasih-kasihkanlah orang Wolanda, tiada lagi hendak mendatangkan

khianat orang Johor. (m/s 547, p.1)

Perkataan kasih sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata adjektif.

49

Page 50: Kata Ganda Dalam HHT

Di dudukkannya di atas singgasana yang bertatahkan ratna mutu manikam dan

berumbai-umbaikan mutiara. (m/s 10, p.3)

Perkataan umbai sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata adjektif.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ meng – kan ” di

dalam HHT.

1) Maka Sang Sapurba pun segera keluar dari istananya mengalu-alukan ayahanda

bondanya.

(m/s 10, p.3)

Perkataan alu sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ di – kan ” di

dalam HHT.

1. Setelah itu maka dikedang-kedangkan tangannya apabila ia melompat ke kiri dan

kanan.

(m/s 279, p.1)

Perkataan kedang sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ ter – kan ” di dalam

HHT.

1. Maka terlalulah banyak orang Wolanda dan orang Johor beroleh rampasan itu,

tiada terkira-kirakan lagi bedil senjata dan harta bertimbun-timbun.

(m/s 548, p.2)

Perkataan kira sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan “ di – i ” di dalam

HHT.

50

Page 51: Kata Ganda Dalam HHT

1. Setelah dilihat oleh Perwala akan Laksamana itu, diikutnya dihanyam-hanyami dari

jauh.

(m/s 277, p.1)

Perkataan hanyam sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Penggandaan Separa Berimbuhan dengan Sisipan.

Kata separa imbuhan dengan sisipan ialah kata ganda yang mempunyai imbuhan di

tengah-tengah kata dasarnya. Daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati terdapat

hanya dua (2) ayat yang mengandungi perkataan kata ganda yang termasuk dalam

kategori ini yang telah pun dijelaskan dalam data di atas. Di bawah ini, ditunjukkan

contoh ayatnya.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa dengan sisipan di dalam HHT.

Maka anak raja keempat itu pun terlalu berkasih-kasihan saudara-bersaudara itu.

(m/s 12, p.2)

Perkataan saudara sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata nama.

Kasad hatinya hendak bermohonkan anak raja itu hendak merajakan supaya datang

pada akhir zaman pun anak-beranaknya hendak diperbuatkan juga.

(m/s 12, p.2)

Perkataan anak sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata nama.

4.4.3 Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak

bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar

digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan

dan pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak terbahagi

kepada tiga jenis, iaitu :-

Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal.

51

Page 52: Kata Ganda Dalam HHT

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan.

Penggandaan Berentak Bebas

4.4.3.1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal

Dalam penggandaan jenis ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai

ciri-ciri keharmonian vokal. Di dalam dapatan kajian, tiada perkataan kata ganda

yang diperolehi termasuk dalam ketegori ini.

Contohnya : TIADA

4.4.3.2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

Dalam penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri persamaan

pada bunyi-bunyi konsonan tertentu dan di dapati hanya satu (1) sahaja kata ganda

dalam kategori ini iaitu kata ganda “huru-hara”.

Ayat yang terdapat dalam HHT ialah :

Maka orang Melaka pun terkejutlah terlalu huru-hara, beribu-ribu yang mati dan luka

kena bedil: ada kena peluru kena pegawai rumahnya, ada yang kena pagar, ada yang

kena pegawai jambatan. (m/s 545, p.3)

4.4.3.3 Penggandaan Berentak Bebas

Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri persamaan

pada bunyi vokal mahupun bunyi konsonan. Di dalam dapatan kajian, tiada perkataan

kata ganda yang diperolehi termasuk dalam ketegori ini.

Contohnya : TIADA

52