1
IMBAS SAYA Kata Alu-aluan REKTOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Tahniah dan syabas di ucapkan kepada Jawatankuasa EKSA di atas usaha mewujudkan Portal EKSA UiTM Cawangan Perak. EKSA diterajui oleh pihak MAMPU dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam. EKSA telah diamalkan di sektor kerajaan dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dalam masa yang sama, imej korporat dapat dikekalkan. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal selain daripada berupaya mengurangkan pembaziran dari segi masa dan ruang. Secara langsung, kos operasi dapat dijimatkan. Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat sama dengan 5S dengan sedikit penambahan iaitu 5 elemen baharu. Lantaran itu, adalah wajar UiTM Cawangan Perak mengambil penekanan untuk melaksanakan program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi mewujudkan persekitaran kampus yang bersih, kemas, kondusif dan selesa pada setiap masa. Portal ini adalah bertujuan untuk memaklumkan berkenaan pelaksanaan EKSA agar dapat mewujudkan persekitaran kampus yang kondusif pada masa hadapan di samping dapat meningkatkan imej korporat UiTM Cawangan Perak serta dapat menyemarakkan aktiviti kreatif, inovasi dan mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau. Selain itu, ia juga memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan. Saya juga yakin warga UiTM Cawangan Perak dapat mengambil aura positif pelaksanaan EKSA ini dan sentiasa komited untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti dan produktiviti kerja bagi meningkatkan sistem penyampaian dan proses kerja. Semoga hasrat kita untuk memperolehi Pensijilan EKSA yang dijangkakan pada akhir tahun 2018 dapat dijayakan. Prof Madya Sr. Dr. Md. Yusof Hamid

Kata Aluan Rektor - lib.perak.uitm.edu.mylib.perak.uitm.edu.my/eksa-uitmperak/pengenalan/aluanrektor.pdf · Kata Alu-aluan REKTOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam

  • Upload
    vudung

  • View
    283

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

IMBASSAYA

Kata Alu-aluan REKTORAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Tahniah dan syabas di ucapkan kepada Jawatankuasa EKSA di atas usaha mewujudkan Portal EKSA UiTM Cawangan Perak. EKSA diterajui oleh pihak MAMPU dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam. EKSA telah diamalkan di sektor kerajaan dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dalam masa yang sama, imej korporat dapat dikekalkan.

Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal selain daripada berupaya mengurangkan pembaziran dari segi masa dan ruang. Secara langsung, kos operasi dapat dijimatkan. Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat sama dengan 5S dengan sedikit penambahan iaitu 5 elemen baharu. Lantaran itu, adalah wajar UiTM Cawangan Perak mengambil penekanan untuk melaksanakan program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi mewujudkan persekitaran kampus yang bersih, kemas, kondusif dan selesa pada setiap masa.

Portal ini adalah bertujuan untuk memaklumkan berkenaan pelaksanaan EKSA agar dapat mewujudkan persekitaran kampus yang kondusif pada masa hadapan di samping dapat meningkatkan imej korporat UiTM Cawangan Perak serta dapat menyemarakkan aktiviti kreatif, inovasi dan mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau. Selain itu, ia juga memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan. Saya juga yakin warga UiTM Cawangan Perak dapat mengambil aura positif pelaksanaan EKSA ini dan sentiasa komited untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti dan produktiviti kerja bagi meningkatkan sistem penyampaian dan proses kerja. Semoga hasrat kita untuk memperolehi Pensijilan EKSA yang dijangkakan pada akhir tahun 2018 dapat dijayakan.

Prof Madya Sr. Dr. Md. Yusof Hamid