9
| 130 | Proceeding/AiCAD#1/09/2017 Hamidi Abdul Hadi | Nor Azlin Hamidon | Zahirah Harun Universiti Teknologi Mara (1 & 3) | Universiti Malaya (2) e-mail: [email protected] | [email protected] | [email protected] ABSTRACT Kajian ini mengenai perkembangan gaya karya seni cetak moden awal di Singapura dan Pulau Pinang pada sekitar tahun1950an. Kedua-dua negeri ini adalah bekas tanah jajahan kesultanan Melayu iaitu Kesultanan Johor dan Kesultanan Kedah di Semenanjung Tanah Melayu. Kedua negeri ini adalah Tanah jajahan British sebelum Penubuhan Malaysia. Negeri ini dikenali sebagai Negeri-negeri Selat 1 digunakan sebagai konteks lokasi dan masa penelitian. Perkembangan gaya aliran Sosial Realisme dan Sosialis-Realisme adalah antara gaya karya seni cetak di kalangan seniman tempatan awal di Singapura dan Pulau Pinang khususnya selepas perang dunia kedua. Dipercayai pembangunan seni cetak aliran ini dipengaruhi oleh kumpulan Seni Cetak Cungkilan Kayu Kreatif Cina (Creative Woodblock Movement China) dan peranan akhbar , institusi seni, individu dan kumpulan seni. Walaupun ketiak itu, perkembangan gaya eropah “seni untuk Seni” dan seni yang meraikan keindahan menurut Barat telah wujud lebih awal. Namun, natijah suasana perkembangan politik dan keadaan masyarakat tempatan menjadikan “Seni dan Masyarakat” dan “Seni untuk Politik” menjadi idea seni ketika itu. Subjek gologan kelas pekerja, buruh kasar adalah tema utama aliran ini. Ia juga bukan sahaja sebagai medium merakam realiti kehidupan malah dijadikan sebagai alat politik dan ideologi kumpulan. Seni cetak aliran ini telah digunakan sebagai alat subversif anti- kolonial. Kesimpulan dari perkembangan ini, dapat dikatakan beberapa karya yang dihasilkan pada dekat ini cenderung kepada prinsip Seni aliran Sosialis Realism menurut model Sosialis China. Namun begitu hubungan langsung seniman secara peribadi dengan aliran sosialis China masih ragu. Kata Kunci: Seni Cetak, Sosial Realism, Stail dan Tema, Politik PENGENALAN Penelitian ini bertujuan menghimpun dan menganalisis maklumat pustaka berkaitan perkembangan awal seni cetak moden tempatan pada sekitar 1950an iaitu sebelum kemerdekaan. Berdasarkan daripada kajian, dalam tempoh ini memperlihatkan terdapatnya karya cetakan asli (khususnya cetakan cungkilan Kayu) oleh segelintir seniman seni rupa tempatan di Negeri Selat khususnya Singapura dan Pulau Pinang yang menampilkan gaya pengaruh aliran Sosial Realisme dalam karya cetakan mereka. Gaya dan aliran seni ini dipercayai adalah pengaruh idea Sosialis Realisme yang didokong dan dibawa oleh Creative Woodblock Movement, China. Di samping itu, penelitian ini turut mempersembahkan secara ringkas faktor peranan media cetak, institusi seni, kumpulan seni dan peranan individu dalam membangunkan aliran ini. Berdasarkan perbandingan dua aliran tersebut ditinjau terdapat penggunaan dua istilah yang sedikit berbeza dan kemiripan iaitu antara Sosial Realisme dan Sosialis Realism yang sering digunakan dalam penelitian ini. Definisi Sosialis Realisme menurut (Todd, 2009): “Social Realism”. Art Terms. Museum of Modern Art, 2009 dalam wikipedia; “Socialist realism is a style of realistic art that was developed in the Soviet Union and became a dominant style in that country as well as in other socialist countries. Socialist realism is characterized by the glorified depiction of communist values, such as the emancipation of the proletariat, by means of realistic imagery. Although related, it should not be confused with social realism, a type of art that KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI NEGERI SELAT SEBELUM MERDEKA realistically depicts subjects of social concern” Pada asasnya sebagaimana aliran Sosial Realisme seperti penyataan sebelumnya, merujuk kepada seniman yang berkarya adalah lebih perhatian kepada isu dan hal yang berkaitan kemasyarakatan secara umumnya. Sebagai contoh isu kemiskinan yang digambarkan secara realistik. Manakala, Aliran seni sosialis adalah satu gerakan yang berupa dan berunsur propaganda politik yang lahir di Russia dalam sekitar tahun 1920an dan 1930an. Aliran ini turut berkembang di China ketika Revolusi budaya pada sekitar 1930an. Menurut (Tju, 2015) aliran ini adalah gabungan konsep iaitu seni untuk masyarakat dan seni untuk politik. Elemen seni yang berbau propaganda dengan nilai sosialisme melalui karektor ikonik figura pemimpin, golongan kelas pekerja khususnya, pelajar dan cerdikiawan ini dimajukan ketika era Mao Zedong pada sekitar 1930an. Aliran ini mula merosot disekitar awal 1960an. Ciri dan karektor aliran seni ini menurut sosialis- realisme (Art Term Tate) mestilah berlandaskan seperti berikut: “(1) Proletarian: art relevant to the workers an understandable to them; (2) Typical: scenes of everyday life of the people; (3) Realistic: in the representational sense (4) Partisan: supportive of the aims of the State and the Party.” Berdasarkan daripada landasan sosialisme yang telah digariskan ini, dilihat terdapat segelintir seniman tempatan dengan karya bercirikan ideologi ini dikesan pada sekitar sebelum Merdeka.

KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI ... - · PDF filealiran seni di Tanah Melayu daripada aliran “Seni Demi Seni”, wujud satu lagi aliran “Seni untuk Masyarakat”. Peranan Institusi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI ... - · PDF filealiran seni di Tanah Melayu daripada aliran “Seni Demi Seni”, wujud satu lagi aliran “Seni untuk Masyarakat”. Peranan Institusi

| 130 |

KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISMEDI NEGERI SELAT SEBELUM MERDEKA

Proceeding/AiCAD#1/09/2017

Hamidi Abdul Hadi | Nor Azlin Hamidon | Zahirah HarunUniversiti Teknologi Mara (1 & 3) | Universiti Malaya (2)e-mail: [email protected] | [email protected] | [email protected]

ABSTRACT

Kajian ini mengenai perkembangan gaya karya seni cetak moden awal di Singapura dan Pulau Pinang pada sekitar tahun1950an. Kedua-dua negeri ini adalah bekas tanah jajahan kesultanan Melayu iaitu Kesultanan Johor dan Kesultanan Kedah di Semenanjung Tanah Melayu. Kedua negeri ini adalah Tanah jajahan British sebelum Penubuhan Malaysia. Negeri ini dikenali sebagai Negeri-negeri Selat1 digunakan sebagai konteks lokasi dan masa penelitian. Perkembangan gaya aliran Sosial Realisme dan Sosialis-Realisme adalah antara gaya karya seni cetak di kalangan seniman tempatan awal di Singapura dan Pulau Pinang khususnya selepas perang dunia kedua. Dipercayai pembangunan seni cetak aliran ini dipengaruhi oleh kumpulan Seni Cetak Cungkilan Kayu Kreatif Cina (Creative Woodblock Movement China) dan peranan akhbar , institusi seni, individu dan kumpulan seni. Walaupun ketiak itu, perkembangan gaya eropah “seni untuk Seni” dan seni yang meraikan keindahan menurut Barat telah wujud lebih awal. Namun, natijah suasana perkembangan politik dan keadaan masyarakat tempatan menjadikan “Seni dan Masyarakat” dan “Seni untuk Politik” menjadi idea seni ketika itu. Subjek gologan kelas pekerja, buruh kasar adalah tema utama aliran ini. Ia juga bukan sahaja sebagai medium merakam realiti kehidupan malah dijadikan sebagai alat politik dan ideologi kumpulan. Seni cetak aliran ini telah digunakan sebagai alat subversif anti-kolonial. Kesimpulan dari perkembangan ini, dapat dikatakan beberapa karya yang dihasilkan pada dekat ini cenderung kepada prinsip Seni aliran Sosialis Realism menurut model Sosialis China. Namun begitu hubungan langsung seniman secara peribadi dengan aliran sosialis China masih ragu.

Kata Kunci: Seni Cetak, Sosial Realism, Stail dan Tema, Politik

PENGENALAN

Penelitian ini bertujuan menghimpun dan menganalisis maklumat pustaka berkaitan perkembangan awal seni cetak moden tempatan pada sekitar 1950an iaitu sebelum kemerdekaan. Berdasarkan daripada kajian, dalam tempoh ini memperlihatkan terdapatnya karya cetakan asli (khususnya cetakan cungkilan Kayu) oleh segelintir seniman seni rupa tempatan di Negeri Selat khususnya Singapura dan Pulau Pinang yang menampilkan gaya pengaruh aliran Sosial Realisme dalam karya cetakan mereka. Gaya dan aliran seni ini dipercayai adalah pengaruh idea Sosialis Realisme yang didokong dan dibawa oleh Creative Woodblock Movement, China. Di samping itu, penelitian ini turut mempersembahkan secara ringkas faktor peranan media cetak, institusi seni, kumpulan seni dan peranan individu dalam membangunkan aliran ini.

Berdasarkan perbandingan dua aliran tersebut ditinjau terdapat penggunaan dua istilah yang sedikit berbeza dan kemiripan iaitu antara Sosial Realisme dan Sosialis Realism yang sering digunakan dalam penelitian ini.

Definisi Sosialis Realisme menurut (Todd, 2009):

“Social Realism”. Art Terms. Museum of Modern Art, 2009 dalam wikipedia; “Socialist realism is a style of realistic art that was developed in the Soviet Union and became a dominant style in that country as well as in other socialist countries. Socialist realism is characterized by the glorified depiction of communist values, such as the emancipation of the proletariat, by means of realistic imagery. Although related, it should not be confused with social realism, a type of art that

KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI NEGERI SELAT SEBELUM MERDEKA

realistically depicts subjects of social concern”

Pada asasnya sebagaimana aliran Sosial Realisme seperti penyataan sebelumnya, merujuk kepada seniman yang berkarya adalah lebih perhatian kepada isu dan hal yang berkaitan kemasyarakatan secara umumnya. Sebagai contoh isu kemiskinan yang digambarkan secara realistik. Manakala, Aliran seni sosialis adalah satu gerakan yang berupa dan berunsur propaganda politik yang lahir di Russia dalam sekitar tahun 1920an dan 1930an. Aliran ini turut berkembang di China ketika Revolusi budaya pada sekitar 1930an. Menurut (Tju, 2015) aliran ini adalah gabungan konsep iaitu seni untuk masyarakat dan seni untuk politik. Elemen seni yang berbau propaganda dengan nilai sosialisme melalui karektor ikonik figura pemimpin, golongan kelas pekerja khususnya, pelajar dan cerdikiawan ini dimajukan ketika era Mao Zedong pada sekitar 1930an. Aliran ini mula merosot disekitar awal 1960an.

Ciri dan karektor aliran seni ini menurut sosialis-realisme (Art Term Tate) mestilah berlandaskan seperti berikut:

“(1) Proletarian: art relevant to the workers an understandable to them; (2) Typical: scenes of everyday life of the people; (3) Realistic: in the representational sense (4) Partisan: supportive of the aims of the State and the Party.”

Berdasarkan daripada landasan sosialisme yang telah digariskan ini, dilihat terdapat segelintir seniman tempatan dengan karya bercirikan ideologi ini dikesan pada sekitar sebelum Merdeka.

Page 2: KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI ... - · PDF filealiran seni di Tanah Melayu daripada aliran “Seni Demi Seni”, wujud satu lagi aliran “Seni untuk Masyarakat”. Peranan Institusi

| 131 |

Hamidi Abdul Hadi | Nor Azlin Hamidon | Zahirah Harun

Proceeding/AiCAD#1/09/2017

PERKEMBANGAN AWAL SENI CETAK DI NEGERI SELAT (Singapura dan Pulau Pinang)

Kegiatan Seni Cetak Cungkilan Kayu secara umumnya lebih dikenali dan dipopularkan oleh Pelukis-pelukis Akademi Nanyang di Singapura pada akhir tahun 1940-an yang menjadi pelopor kepada perkembangan awal seni cetak kontemporari di Negara (Malaysia) (Karim, Tai, Peng, & Hsi, 2005; Muliyadi Mahamood, 2003). Akademik seni Nanyang (Nanyang Academic of Fine Art, (NAFA) dipelopori oleh Lim Hak Tai. Beliau menerima pendidikan di Chip Bee, Amoy dan Amoy Academic of Art di Shanghai. Dengan sokongan dari saudagar kaya Cina, Lim Hak Tai telah membuka sekolah seni NAFA (Redza Piyadasa, 2000). Beliau juga memberi sokongan dan galakkan kepada perkembangan seni cetak kayu pada dekad 1940an, sehingga lahirnya ramai artis cetakan dari NAFA. Malah terdapat segelintir yang cenderung kepada gaya sosial realism sebagai genre pada sekitar tahun 1950an dan 1960an di Singapura. Antara seniman yang lahir seperti Choo Keng Kwang, Koeh Sia Yong, Ang Chee Theng dan ramai lagi. Permasalahan kehidupan masyarakat bawahan dan kelas menengah menjadi subjek seniman sosial Realism. Realiti kehidupan golongan kelas pekerja disekitar mereka menjadi tarikan utama. Menurut (Koeh,2016) Singapura dan Malaysia ketika ini secara peribadi menurut ramai adalah sebagai sebuah Negara, setiap seniman dan sesiapa sahaja adalah bebas kemana sahaja tanpa sekatan, tiada kastam atau imigrasi. Malah, seniman berkarya bukan sahaja di Singapura malah di Semenanjung (Malaya). Menurut beliau lagi, Semenanjung lebih banyak sumber inspirasi karya. Kawasan ladang getah, lombong dan pelombong, para nelayan yang mengambarkan subjek buruh dan pekerja menjadi sumber maklumat dan subjek karya mereka.

Natijah dari perkembangan ini, tema seni cetak lebih banyak menggambarkan realiti suasana kehidupan seharian masyarakat seperti kehidupan pekerja buruh dan kehidupan harian penduduk.

Sementara itu, Pulau Pinang pada dekad sekitar 1930an, berdasarkan beberapa karya yang ditemui kini dan dipercayai, turut terdapat karya cetakan yang bertemakan kehidupan golongan kelas pekerja seperti petani, pekerja bina jalanraya. Seniman tersebut Chuah Thean Teng (1912-2008). Beliau yang berasal dari Fujian yang berhijrah ke Pulau Pinang pada 19322. Beliau telah menghasilkan karya cetakan antaranya bertajuk “Break Time” yang dihasilkan pada sekitar tahun 1936 (Rujuk Rajah 1). Setakat ini dipercayai ia adalah antara karya cetakan yang terawal dan karya bertajuk “Working”, yang dihasilkan pada sekitar tahun 1938 (Rajah2).

Manakala, pada dekad 1950an, NAFA, Singapura telah melahirkan seniman muda yang segelintirnya giat dengan karya cetakan kayu gaya sosial realisme. Menurut (Tju, 2015) Lim Hak Tai, NAFA mempunyai peranan tidak langsung dengan perkembangan ini perlu diberi kepujian kerana memberi galakkan kepada penghasilan karya cetakan ini. Sehingga lahirlah ramai seniman seni cetak. Isu kolonialisme sama ada oleh pendudukan British dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mencetuskan rasa kepertanggungjawaban sosial dari seniman muda. Dorongan ini berkemungkinan turut mempunyai kaitan dengan pengaruh seni cetakan kayu Cina. Ini berdasarkan ciri formal pemilihan tema karya mereka. Antara seniman yang cenderung pada aliran ini seperti Choo Keng Kwang, Koeh Sia Yong, Ang Chee Theng, Lim Mu Hue, Tan Wee Huan,

Tan Tee Chie (sekadar menyebut sebahagian seniman yang giat menghasilkan karya seni cetak kayu ketika itu).

Justeru dilihat, bentuk karya gaya seni sosial realism ini mempengaruhi seniman ketika itu di Tanah Melayu dan Singapura3 (Malaysia) dan bertahan sehingga sekitar akhir 1960an. Manakala, pada sekitar tahun 1970an akan menyaksikan perubahan baru dalam gaya dan tema seni cetakan tempatan. Daripada seni untuk Masyarakat kepada Seni demi Seni di Singapura. Manakala, perkembangan aliran seni di Tanah Melayu daripada aliran “Seni Demi Seni”, wujud satu lagi aliran “Seni untuk Masyarakat”.

Peranan Institusi Seni, Akhbar Tempatan dan Pengaruh Media Cetak; Buku “Woodcut Print from the 8-year War Against The Invander”, Seniman Muda dan Parti Politik.

Dalam perkembangan awal seni cetak yang tertumpu kepada peranan NAFA, wujud kumpulan seniman yang kegiatannya diluar daripada peranan rasmi NAFA. Gaya lazimnya cenderung kepada pengolahan karya yang bersifat romantik dan pengaruh eropah dengan gambaran bertemakan pemandangan yang indah dan romantik

Rajah 1. (A) Lim Mu Hue, ‘love’, 1962. 154 x 206 mm. Cetakan cungkilan Kayu. Diterbitkan dalam karya Lim Mu Hue. (B) Koeh Sia Yong, ‘Complaint- Pineapples Plantation Incident’, 1957. 300 x 300 mm, Cetakan Cungkilan Kayu. (C) Choo Keng Kwang, ‘Charity Ride

of Nantah’, 1954. 461 x 342 mm. Cetakan Cungkilan Kayu.(Sumber: Penulis)

Rajah 2. The development of the advertising function(Sumber: Penulis)

Page 3: KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI ... - · PDF filealiran seni di Tanah Melayu daripada aliran “Seni Demi Seni”, wujud satu lagi aliran “Seni untuk Masyarakat”. Peranan Institusi

| 132 |

KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISMEDI NEGERI SELAT SEBELUM MERDEKA

Proceeding/AiCAD#1/09/2017

khususnya sering dilihat pada catan. Pengolahan sebegini adalah sebaliknya pada kebanyakan karya cetakan. Sebagaimana menurut (Koeh, 2016) dalam Howie Lau. Koeh Sia Yong yang sebagai pelajar di NAFA sekitar tahun 1950an dan turut sebagai ahli Equator Art Society yang ditubuhkan pada 1956 secara rasmi bagi mempromosikan gaya sosial realisme di Singapura. Berdasarkan segelintir karya gaya aliran ini menunjukkan tarikh dihasilkan lebih awal daripada tarikh tertubuhnya Equator art Society. Ini menandakan pengaruh aliran ini bertapak lebih awal. Seniman berkarya secara individu dan berkumpulan secara tidak rasmi sebelumnya. Di masa yang sama, aliran seni di Tanah Melayu dan Singapura lebih berkiblatkan Eropah. Karya aliran seperti Impresionis Perancis adalah model dan aliran seni ketika itu4. Menurut penyelidik, Seni untuk estetika atau seni untuk seni dipercayai telah wujud ketika itu. Ini berdasarkan perkembangan seni dalam pelbagai bidang seni samada seni visual, seni teater dan penulisan sastera (Mariappan, 1997) di mana wujud persaingan pengaruh seni untuk seni dengan seni demi masyarakat di Tanah Melayu ketika itu, khususnya selepas Perang Dunia Kedua. Begitu juga dalam konteks seni rupa wujud segelintir golongan seniman muda yang memberi lebih perhatian terhadap aliran sosial Realisme sebagai pendekatan genre seni ini. Mereka ini adalah sekumpulan seniman yang turut menghasilkan karya grafis (seni cetak) yang dianggap radikal, berhaluan kiri dari sudut perspektif pihak Barat. Mereka adalah seniman muda yang tertarik dengan idea sosialis yang dibawa dari China dan Rusia.

Seniman ini banyak menerima pengaruh Seni Cetak Potongan Kayu Cina (Creative Woodblok Movement). Namun, terdapat juga seniman yang langsung merujuk pada karya seniman Sosialis Russia antaranya seniman Koeh Sia Yong yang meminati karya seniman Repin dari Russia. Disebabkan perbezaan ideologi dan budaya masyarakat tempatan menurut (Tju, 2015) Justeru dilihat aliran ini kurang popular di Semenanjung Tanah Melayu berbanding Singapura disebabkan perbezaan budaya dan kepercayaan masyarakat setempat khususnya orang Melayu dan beragama Islam. Maka tambahan pula banyak karya ini kurang diberi perhatian sewajarnya oleh pemerintah disebabkan tema dan ideologi yang dianggap bertentangan dengan inspirasi Inggeris. Di mana Inggeris sebagai watak penjajah yang perlu ditentang. Penentangan secara subversif dari seniman dan media cetak seperti surat khabar berbahasa Cina dan Inggeris seperti Nanyang Siang Pao dan News Strait Times, Singapore serta akhbar tempatan lain. Surat Akhbar memuatkan karya dengan simbol dan indek sebagai tanda visual kesusahan masyarakat kelas menengah Middle Class. Kegiatan dan tema cetakan kayu ini lebih kepada mengambarkan masalah kehidupan masyarakat kelas pekerja dan karya yang mempromosikan idealism sosialis ini secara langsung dan tidak langsung digunakan sebagai medium perang saraf. Antaranya karya Choo Keng Kwang “Charity Ride of Nantah” dan “incident’, 1954; Koeh Sia Yong ‘Complaint–Pineapple plantation incident’, 1967; Tan Tee Chie ‘Maintain’ dan ‘united’,1954.(sekadar menyebut beberapa karya). Subjek ini digunakan sebagai simbol kesatuan dalam menentang penjajahan.

Identiti karya kumpulan ini dipengaruhi oleh gerakan sosialis-realism China. Menurut (Tju, 2015) Kebanyakan karya ini diharamkan dan dihapuskan oleh Penjajah Inggeris kerana sikap anti- kolonial. Berdasarkan daripada fakta visual dan beberapa bukti bertulis yang mengarah kepada kerjasama antara seniman dan parti PAP.

Pada tahun 1955, Karya Tan Wee Huan “Thousand of Hearts Beats as One-for Democracy and Freedom” telah diterbitkan dalam“ People’s Party 1st Anniversarry Celebration Souvenir”. Mungkin ketika ini memperlihatkan kerjasama seniman dan parti dalam memperjuangkan kemerdekaan. Namun, selepas 1965, menurut (Tju, 2015) pihak pemerintah PAP telah cuba mengalih kiblat gaya seni daripada sosial realisme yang dianggap radikal dan tidak sesuai dalam pembinaan bangsa telah mendorong gaya seni untuk seni berbanding seni untuk politik . Seni abstrak dimajukan (Tju, 2015).

Sebagaimana menurut (Long Thien Shih, 1993) bahawa pada 1947, sebuah buku yang dikenali sebagai Woodcut Print from the 8-year War Against The Invander dari China telah menarik perhatian ramai seniman seni rupa di Singapura dan Tanah Melayu ketika itu. Buku ini juga dipercayai dihasilkan ekoran peristiwa gerakan pelajar yang menentang penindasan dan menuntut pembaharuan dalam revolusi intelektual, sosiopolitik, kebebasan individual, kemerdekaan dan pemodenan budaya yang dikenali sebagai May Fourth Movement5. Manakala, menurut (Tju, 2015) seni cetak cukilan kayu yang dikenali sebagai “Creative Woodblok Movement”telah menarik perhatian pengamal seni khususnya di Singapura pada sekitar 1930an lagi. Keadaaan ini natijah daripada gerakan Revolusi yang menuntut pembaharuan kebangkitan China moden dan menentang penjajahan yang aktif di China.

Pergerakan Creative Woodblock Movement dipercayai mendokong idelogi sosialis ini. Karya-karya aliran sosialis realism ini popular di blok komunis Russia dan China serta beberapa Negara sosialis yang lain. Perspektif seniman Seni cetak aliran ini melihat seni bukan sahaja sebagai objek estetik tetapi ianya perlu berperanan sebagai wadah sosial dan politik dalam seni. Idea ini sama seperti pemikiran aliran Moa Zedong tentang peranan seni dan politik. Di sini Moa berpendapat seni dapat berfungsi sebagai media untuk penguasaan politik. Menurut (Scott Minick. Jiao Ping, 2010):

“Foremost in the mind of Mao was the belief that art should not exist for purely artistic reason, but rather that it should serve both political and ideological ends’.

Menurut (Tju, 2015):

“woodcut artist in Singapore were heavily influenced by the Creative Woodblock Movement, as well as by Mao Zedong’s concept of the social and political role of art.It is perhaps not surprising that the history of Chinese woodblock prints in Singapore is not well-documented, as a result of political sensitivities especially about the post-war prints, which played a part in the anti-colonial movement of the 1950s”.

Kenyataan ini menyokong lebih kuat tanggapan peranan cetakan sebagai alat ideologi. Justeru kita lihat karya cetakan ketika itu lebih terdorong kepada tema-tema masyarakat bawahan dan buruh. Pada tahun sekitar 1940an, pengaruh politik tentang idea kebangkitan rakyat menentang penjajahan yang dibawa oleh para cendikiawan China mendapat perhatian seniman tempatan. “May Fourth Uprising Movement” yang dipromosi oleh Lu Shun atau Lu Xun menarik minat seniman seni rupa tempatan yang mana melihat situasi yang sama juga berlaku di Tanah Melayu dan Singapura.

Page 4: KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI ... - · PDF filealiran seni di Tanah Melayu daripada aliran “Seni Demi Seni”, wujud satu lagi aliran “Seni untuk Masyarakat”. Peranan Institusi

| 133 |

Hamidi Abdul Hadi | Nor Azlin Hamidon | Zahirah Harun

Proceeding/AiCAD#1/09/2017

Berdasarkan daripada Tan Tee Chie (Long Thien Shih, 1993) yang juga pernah menjadi tenaga pengajar di NAFA ketika itu menyatakan pengaruh gaya dan tema seni cetakan kayu itu telah menjadi ikutan artis muda ketika itu, malah perkembangan cetakan kayu telah melebar kepada masyarakat awam apabila mendapat permintaan dari akhbar-akhbar tempatan pada awalnya. Menurut (Koeh, 2016) berkaitan pengalaman beliau yang dari keluarga susah selepas perang pada sekitar tahun 1950an, berkarya dengan hasil cetakan. Karya cetakan dijual dengan bayaran 12 Dollar pada akhbar seperti Nanyang Siang Pao untuk diterbitkan dengan ini sedikit sebanyak menampung keperluan hidup dan kelansungan untuk terus berkarya.

Perkembangan seni cetak ini mendapat suntikan dari akhbar tempatan. Antaranya akhbar-akhbar tempatan (Long Thien Shih, 1993; Tju, 2015). Peranan ini dilakukan oleh editor akhbar tempatan khususnya akhbar berbahasa Cina. Akhbar-akhbar ini memberi ruang kepada seniman cetakan menghasilkan karya dan diterbitkan. Seniman bukan sahaja dapat mempamerkan malah mendapat bayaran dari akhbar. Antaranya sebagai contoh karya seniman Fu Sen, yang bertajuk “United”, mengunakan media Cetakan Potongan Kayu yang dihasilkan pada tahun 1956. Diterbitkan dalam Shi Dai Bee, 1 May 1956.

Peranan seni cetak terutama cetakan potongan kayu telah mendapat tempat di dalam media percetakan disekitar tahun 1940an. Menurut (Long Thien Shih, 1993, Lim Cheng Tju, 2004). Surat akhbar cina seperti Nanyang Hong Weekly, Nanyang Siang Pao Singapore dalam ruangan Wenman Gie (World of culture and Cartoons) (Rajah 3, 4) merupakan media percetakan di singapura pada sekitar tahun 1930an - 1940an memberi ruang kepada seniman cetak. Keterbukaan akhbar ketika itu yang memberi ruang untuk hasil karya seni. Secara tidak langsung surat khabar ketika itu berperanan memperkembangkan media dan fungsi disiplin cetakan ini melalui ilustrasi dalam akhbar harian6.

Perkembangan politik dan Serangan Jepun ke atas China 1936 dan “May Fourth Uprising Movement” (Long Thien Shih, 1993) dan peranan sekolah seni Lu Xun Academy, Shanghai yang di pimpin oleh Lu Shun atau Lu Xun7 yang menentang penjajahan asing di China melalui percetakan. Mempengaruhi seni di Tanah Melayu. Menurut

(Tju, 2015) seorang yang bernama Dai Yulang, 1907 dari keluarga Hakka yang dikatakan berasal dari Kuala lumpur. Meminati seni cetak gaya Lu Shun academy dan mungkin mempelajari teknik cetakan ketika sebuah bengkel cetakan yang dianjurkan oleh Lu Shun Academy (Tju, 2015). Dai kembali ke Singapura pada 1935. Dai Yulang merasakan idea ini perlu dipraktikan di Singapura bagi menentang penjajahan. Karya bercirikan gabungan seni, karikatur, aktivisme, politik dibawa ke Singapura. Di Singapura beliau telah bersama Salon Art Society dan mengadakan aktiviti pemeran seni. Beliau juga telah dilantik sebagai penaung kepada Society of Chinese Artist. Beliau juga turut menyumbangkan karya kartunis satira pada akhbar tempatan Nanyang Hong Weekly. 1936 beliau telah diberi kesempatan dalam ruang akhbar utama Nanyang Siang Pau dengan menerbitkan ruang seni mingguan yang dikenali sebagai Wenmen Gie (Dunia budaya dan kartun) secara mingguan. Justeru di sini mulanya Creative Woodcut Movement di Singapura diperkenalkan.

Menurut Long Thien Shih“the popularity of the wood cut illustration among the editors of the chinese dailies can be traced back to the traditional practice of news paper publishing in China”. Juga sebagaimana menurut Lim Cheng Tju, 2004: 268.

“In May 1936 Dai8 was given an opportunity to start a new Sunday Art supplement in Nanyang Siang Pao, the leading chinese newspaper in Singapore and he named Wenman Gie (world of Culture and Cartoons). This is a turning point, as it can be said to have introduced he creative Woodblock movement into Singapore”.

Teknik cetakan potongan kayu dengan hanya penguasaan dakwat hitam menjadi pilihan artis pada sekitar tahun akhir 1930an dan 40an. Menurut Kathe Kollwitz, karya cetakan kayu adalah karya seni yang polos. Hasilnya yang bersahaja, simple, murah dan anti-elitis di mana setiap orang mampu memilikinya adalah idea demokrasi yang sebenar menurut beliau.Karya sosial realism berkisar tentang kehidupan golongan tertindas yang perlu diperjuangkan menjadi agenda seni. Diego Rivera seorang seniman sosialis berbangsa Mexico turut berpendapat “seni adalah senjata”. Justeru pengaruh

Rajah 3. Ruangan Akhbar “Wenman Gie” dalam Akhbar Nanyang Siang Pau, Keluaran ke 5, Julai 1936. Memuatkan karya cetakan

Kathe Kollwitz, seniman berbangsa Jerman(Sumber: Penulis)

Rajah 4. Keratan akhbar dalam ruangan Wenman Gie (World of Culture and Cartoons) dalam akhbar Nanyang Siang Pao Singapura,

keluaran 25 oktober 1936(Source: Sumber: Penulis)

Page 5: KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI ... - · PDF filealiran seni di Tanah Melayu daripada aliran “Seni Demi Seni”, wujud satu lagi aliran “Seni untuk Masyarakat”. Peranan Institusi

| 134 |

KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISMEDI NEGERI SELAT SEBELUM MERDEKA

Proceeding/AiCAD#1/09/2017

aliran seni ini mendapat tempat seniman dan aktivis pergerakan politik ketika itu dalam menuntut kebebasan dan kemerdekaan (Rujuk rajah 4). Di mana karya Kathe Kollwitz pada ruangan akhbar Nanyang Siang Pao, 1936. Berdasarkan daripada perkembangan seni di China gaya sosial realism tidaklah asing9. Di mana, gaya sosial realism seperti ini diamalkan kebanyakan sekolah seni di Shanghai, China. Subjek dan tema seperti imej-imej pekerja masyarakat bawahan, golongan kelas pekerja (working-Class People) seperti imej-imej pekerjaan seperti tukang kunci, golongan petani dan pekerja kilang.

Peristiwa serangan Jepun ke atas China 1936 dan “May Fourth Uprising Movement” yang di pimpin oleh Lu Shun atau Lu Xun10 adalah gerakan bagi menentang penjajahan asing di China. Di era ini ramai artis dari China berulang-alik datang berhijrah ke Tanah Melayu sebelum merdeka. Media cetak menjadi alat media sosial sangat berpengaruh dalam menyampaikan ideologi. Keadaan ini dapat dilihat media cetak menjadi instrumen politik di Russia, begitu juga China. Buku pameran oleh seni Cetak-kayu China atau Creative Woodcut Movement berasal dari China ke Singapura

pada 1936 memberi kesan kepada seniman muda tempatan secara tidak langsung. Menurut penyelidik penerimaan aliran ini kemungkinan ekoran pengalaman yang sama yang dilalui oleh penduduk tempatan tentang anti-penjajahan. Tekanan hidup akibat perang dan penjajahan mencetuskan keperluan seni digambarkan secara realistik. Justeru, genre seni sosial realism adalah difikirkan paling tepat. Di mana tema dan gaya karya gerakan ini berkisar kehidupan realiti masyarakat. Namun, kesedaran terhadap anti-kolonial ini tidak hanya pada keupayaan mengambar realiti masyarakat. Idealogi politik juga turut berperanan dalam seni aliran ini. Gaya seni sosialis realism yang digabungkan dengan fahaman idealism dan politik sebagaimana yang dilihat pada karya kebanyakan seniman China yang didokong oleh Parti Komunis China-Mao Zedong. Membentuk satu aliran seni Sosialis Realisme.

Justeru, kita lihat bagaimana perubahan politik mempengaruhi hala tuju seni cetak, gaya sosial realism menjadi pilihan genre ketika itu. Sebagaimana menurut (Koeh. 2016), kerana aliran ini lebih rapat dan menjadi mata dan lidah masyarakat bawahan. Cetakan di era ini mirip kepada gaya persembahan dan semangat seni pra dan pasca-perang ekpresionis Jerman yang menggambarkan tema-tema kesukaran, kesensaraan kehidupan akibat perang dan tekanan ekonomi. Khususnya sebagai mana karya yang dihasilkan oleh Kathe Kollwitz (1876-1945) iaitu sebagaimana menurut (Long Thien Shih, 1993:8) kesedaran seniman terhadap isu permasalahan sosial di Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura disekitar tahun 1960an mempengaruhi tema-tema cetakan. Tema tentang kehidupan di kampong seperti petani, peniaga kecil di jalanan menjadi subjek perhatian seniman ketika itu.

Kathe Kollwitz, seorang seniman Jerman dengan gaya sosial realism yang mengambil tema kesensaraan, peperangan, penindasan terhadap golongan bawahan dihasilkan penuh ekspresi. Dengan memaparkan emosi ketegangan melalui imej yang ekpresif, mewakili kesan kehidupan akibat penindasan melalui persembahan gaya garisan yang tegas, keras, bergerigi dengan tonal hitam putih (rajah 5). Rujuk 5 terdapat ilustrasi gambar karya Kathe Kollwitz, boleh dianggap menjadi rujukan gaya kepada ramai artis tempatan Singapura. Ini dapat dilihat di mana karya-karya cetakan berbau politik menjadi gaya karya ketika itu seperti (Rujuk rajah 6) karya Tan Wee Huan, Thousands of Heart Beat as One- for Democracy and Freedom, 1955, Cetakan Kayu. Karya ini dihasilkan sempena hari ulang tahun parti People’s Action Party PAP, di Punggo yang diketuai oleh atas permintaan Lim Chin Siong, tahun 1955 (Lim Chin Siong adalah salah seorang Ahli PAP yang radikal dengan fahaman sosialis. Beliau telah keluar dari Parti PAP pada awal 1960an membentuk Parti Baru “Barisan Sosialis” yang menentang cadangan gabungan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia). Dikatakan karya ini dibeli sebanyak 2 Pound seniman oleh Lim Kwan Yew di Tanjung Pagar (Tju, 2015).

ANALISIS KARYA

Karya hitam putih yang mengambarkan perhimpunan berdasarkan figura dan gambaran diatas. Dibahagian belakang dalam gambar digambarkan logo parti politik. Berdasarkan daripada bentuk ia seperti logo simbol parti bagi PAP (Pari Tindakan Rakyat). Gambaran figura yang gagah bersaiz besar dihadapan karya digambarkan dengan

Rajah 5. (A) Potret .Lu Xun (Lu Shun), 1935. (B) Karya cetakan oleh Li Qun, 1936 Cetakan Cungkilan Kayu, bertajuk “Potrait of Lu Xun”. (C) Ilustrasi Potret Lu Xun yang diambil dari akhbar Nanyang Siang Pao

dalam ruangan Wenmen Gie, 1936.(Sumber: Scott Minick & Jiao Ping (Chinese Graphic Design in the

Twentieth Century) dan Lim Cheng Tju(Artikel; Political Prints in Singapore)

Rajah 6. Tan Wee Huan, “Thousands of Heart Beat as One- for Democracy and Freedom”,1955. Cetakan Kayu.

(Sumber: Lim Cheng Tju)

Page 6: KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI ... - · PDF filealiran seni di Tanah Melayu daripada aliran “Seni Demi Seni”, wujud satu lagi aliran “Seni untuk Masyarakat”. Peranan Institusi

| 135 |

Hamidi Abdul Hadi | Nor Azlin Hamidon | Zahirah Harun

Proceeding/AiCAD#1/09/2017

tubuh sasa dengan mengangkat kedua belah tangan keatas sambil mengenggam erat. Karya ini satu bentuk ikonik hero. Ideologi sosialis yang mengambil kelas pekerja dan bawahan sebagai “engineer of society” menurut Moa Zedong yang dilukis dengan gambaran hebat dan idealis “images of workers painted with great uniformity and imagery of the heroicized”(http://www.theartstory.org/movement-social-realism.htm.).

Mengambarkan kejayaan parti PAP. Manakala, Rajah 7. Karya Tan Tee Chie, bertajuk “United”, Cetakan Potongan Kayu yang dihasilkan pada tahun 1954 mengambarkan suatu gambaran idealism Sosialis Realisme.

Tema masyarakat, tema politik, perpaduan rakyat menjadi tema utama dan berkait rapat dengan peristiwa penting yang berlaku di Negeri selat, Singapura. Peristiwa proses pilihanraya umum Singapura yang membawakan kemenangan bagi Parti PAP. Seperti karya bertajuk “united” oleh Fu Sen (rajah 7) yang dihasilkan pada tahun 1956. iaitu setahun sebelum Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Karya ini mengambarkan masyarakat pelbagai lapisan bangsa dan perbezaan jantina lelaki dan wanita, Melayu, Cina dan India berada dijalanan bersama-sama dalam persediaan kempen untuk kemerdekaan. Gambaran seorang lelaki dan wanita yang sedang mengambil nama dan tandatangan sebagai kode tanda sokongan. Pada 1963 yang akhirnya membentuk gabungan “Malaysia Raya” yang terdiri daripada Negeri-negeri Borneo antaranya Sarawak dan Sabah, termasuk bekas Negeri-negeri Selat iaitu Singapura. Singapura memperolehi kemerdekaan dari British melalui gabungan penubuhan Malaysia.

Beberapa karya lain berbau sosialis turut dikesan. Antaranya Peristiwa demostrasi pelajar ini dirakam secara simbolik dalam karya cetakan kayu, sebagai contoh, karya Tan Tee Chie yang bertajuk “united” dan “Maintain” (rajah 7 dan 8). Karya ini dihasilkan dengan menggunakan media cetakan cungkilan kayu, saiz karya tidak diketahui. Dihasilkan pada 1954. Menggunakan dakwat hitam atas kertas. Karya ini menampilkan sekumpulan figura manusia yang bergerak beramai-ramai dari satu titik perpektif di tengah karya menuju ke bahagian hadapan gambar. Kumpulan ini dipercayai daripada golongan pekerja dan pelajar berdasarkan indek dan kod pakaian dan imej kilang dibahagian belakang gambar. Figura digambarkan berada dalam kumpulan yang besar bersama-sama yang

sedang berkerjasama , berusaha mengangkat, mengalihkan seketul batu yang sangat besar. Di sebelah bawah batu tersebut terdapat benih atau anak pokok. Daun dan pucuk pokok adalah sangat popular dalam karya aliran sosialis realisme. Ia adalah simbol harapan. Gambaran sebagai indek kepada Kumpulan tersebut cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak pokok tersebut agar dapat hidup dan selamat dari himpitan batu tersebut.Menurut (Tju, 2015) ia adalah bunga yang menjadi simbol kepada pendidikan, bahasa dan budaya Cina. Karya ini digambarkan secara realistik adalah antara ciri karya sosial realisme dan pergerakan tubuh figura yang penuh ekpresi dan batu besar yang menghimpit menunjukkan suatu gerakan tenaga yang kuat yang datang dari dalam kumpulan dan dari luar yang disimbolkan pada batu. Seniman cuba menyampaikan mesej “bersatu teguh bercerai roboh”, segala halangan, tekanan, penindasan walaupun sebesar mana akan dapat diatasi dengan bersatu bagi mencapai matlamat bersama. Karya begini memasukkan idea olahan pendekatan sosial realisme. Pendekatan ini berbeza dari pendekatan sosial realisme. Pendekatan ideologi berunsur propanganda dan politik terdapat pada karya ini. Begitu juga dengan karya “maintain”, 1954 oleh Tan Tee Chie yang mengunakan format, subjek dan pendekatan idea yang sama.

Rajah 9 Choo Keng Kwang, “13th May Incident”, 1954, 392 x 304 mm, Cetakan Cungkilan Kayu. Karya mengambarkan ikon figuratif realistik yang mengambarkan peristiwa pada 13 Mei 1954. Dimana demostrasi golongan aktivis pelajar yang bertembungan dengan pihak penguasa Inggeris yang digambarkan melalui tanda ikon polis yang berpakaian lengkap bertopi, bertalipingang dan berunifom sambil menghayun choota atau ‘baton’ pada figura dengan tangan kanannya sebagai tanda ugutan. Di bahagian dada polis tersebut tertulis “513” sebagai simbol kuasa dan penentangan. Nombor tersebut tidak dapat dipastikan sama ada bermaksud tarikh peristiwa berlaku. Pada 13 Mei 1954, satu peristiwa penangkap antara polis dan aktivis pelajar di sekolah menengah Cina.Ekoran keengganan aktivis pelajar melibatkan diri dalam kerahan national Service ordinance pada semua pemuda berumur 18 hingga 20 tahun yang dikuatkuasakan oleh British bermula 8 April-12 Mei 1954. Pertembungan ini, menurut maklumat telah mencederakan 20 pelajar dan 48 pelajar telah ditahan oleh polis pada gambar seorang polis berbangsa India. Karya

Rajah 7. Karya Tan Tee Chie, bertajuk “Maintain”, Cetakan Cungkilan Kayu yang dihasilkan pada tahun 1954

(Source: Sumber: Penulis)

Rajah 8. Karya Tan Tee Chie, bertajuk “United”, Cetakan Cungkilan Kayu yang dihasilkan pada tahun 1954

(Source: Sumber: Penulis)

Page 7: KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI ... - · PDF filealiran seni di Tanah Melayu daripada aliran “Seni Demi Seni”, wujud satu lagi aliran “Seni untuk Masyarakat”. Peranan Institusi

| 136 |

KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISMEDI NEGERI SELAT SEBELUM MERDEKA

Proceeding/AiCAD#1/09/2017

ini merakam bagi menunjukkan tidak setuju oleh pihak pelajar. Interpretasi peristiwa ‘513’ ini adalah pelbagai. Pihak Inggeris menganggap ianya adalah subversif dari pengaruh sosialis komunis dikalangan pelajar yang boleh mengancam keselamatan. Kedua, ianya adalah lambang anti-penjajah dan ketiga, ianya adalah tanda kepada peristiwa yang berlaku. (Rujukan lanjut)

Rajah 10 Ang Chee Theng, “Breaking Ground”, Cungkilan kayu, 1953. Karya hitam putih yang sederhana, menggunakan tanda ikon figura manusia secara jelas. Gambaran lelaki yang gagah yang sedang memecahkan tanah yang kelihatan seperti dilingkari ‘akar’ kayu. Figura difokus secara dominan berada ditengah gambar. Akar secara indeks tempatnya didalam tanah, berfungsi menguatkan tanah. Namun, dalam karya ini akar digambarkan menutupi tanah yang menyukarkan dan perlu dihapuskan. Dalam karya “Breaking Ground” adalah simbol kepada anti-kolonial. Dilihat secara teliti, perlatan yang digunakan oleh pekerja itu selain dari bentuk kapak ia juga kelihatan seperti pen untuk menulis. Karya ini membawa mesej kepentingan tindakan fizikal dan dalam pembinaan

Negara bangsa juga memerlukan peranan cerdikiawan yang diperlukan dalam pembinaan budaya bangsa

Rajah 11 Gambar A, Lim Mu Hue, ‘love’, 1962. 154 x 206 mm. Cetakan cungkilan Kayu. Diterbitkan dalam karya Lim Mu Hue. Karya ini mengambarkan peranan aktivis dalam membantu mereka pekerja yang cedera. Ciri sukarelawani sering dilihat dalam karya sosialis Realisme (rujuk Rajah 12 Gambar B). Ia salah satu bentuk propaganda mengambarkan empati kepada golongan yang lemah adalah ciri sosial realism.

Gambar B, Koeh Sia Yong, ‘Complaint-Pineapples Plantation Incident’, 1957. 300 x 300 mm, Cetakan Cungkilan Kayu. Menurut (Koeh, 2016) minatnya terhadap gaya aliran ini datangnya dari pembacaan dan rujukan dari gambar karya dalam cetakan seperti buku tentang perkembangan seni ini yang datangnya dari Tanah Besar China. Berdasarkan (Rajah 11 gambar B), Karya digambarkan golongan pekerja petani. Berdasarkan tajuk ekpresi digambarkan golongan petani yang tidak puas hati dengan hasil upah yang diperolehi. Dibahagian atas gambar di ukir perkataan yang membawa maksud “orang kaya raya semua seperti

Rajah 9. Choo Keng Kwang, “13th May Incident”,1954,392 x 304 mm, Cetakan Cungkilan Kayu.

(Sumber: Koleksi Museum Sejarah Singapura (Lim Cheng Tju))

Rajah 10. Ang Chee Theng, “Breaking Ground”,Cungkilan kayu, 1953

(Sumber: Penulis)

Rajah 11. (A) Lim Mu Hue, ‘love’, 1962. 154 x 206 mm. Cetakan cungkilan Kayu.Diterbitkan dalam karya Lim Mu Hue. (B) Koeh Sia Yong, ‘Complaint- Pineapples Plantation Incident’, 1957. 300 x 300 mm, Cetakan Cungkilan Kayu. (C) Choo Keng Kwang, ‘Charity Ride

of Nantah’, 1954. 461 x 342 mm. Cetakan Cungkilan Kayu(Source: Sumber: Penulis)

Rajah 12. (A, B & C) antara subjek dan tema bagi gaya seni cetak Lu Xun Academy. (A) Gu Yuan, “Meeting for Reduction of Rent”,1944.

Cetakan Kayu. (B) Li Qun, “Women from the Red Army helping to repair a Spinning Wheel”, 1945. Cetakan kayu. (C) Li Hua,

“Struggling to Survive”, 1947 Cetakan Kayu. (Sumber: Scott Minick & Jiao Ping (Chinese Graphic Design in the

Twentieth Century).

Page 8: KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI ... - · PDF filealiran seni di Tanah Melayu daripada aliran “Seni Demi Seni”, wujud satu lagi aliran “Seni untuk Masyarakat”. Peranan Institusi

| 137 |

Hamidi Abdul Hadi | Nor Azlin Hamidon | Zahirah Harun

Proceeding/AiCAD#1/09/2017

serigala lapar yang makan manusia’ (terjemahan oleh Jack Ting, 2 September 2017, 13:13 pm FB Messenger). Ekpresi daripada ayat diatas mengambarkan sikap anti-kolonial dan kapitalis. Ekpresi ini mirip seperti subjek pada (Rajah 3:1B Gambar A).

Gambar C, Choo Keng Kwang, ‘Charity Ride of Nantah’, 1954. 461 x 342 mm. Cetakan Cungkilan Kayu. Karya ini digambarkan sekumpulan pekerja dan pelajar mengadakan Rally untuk mengumpul derma bagi membina universiti. Berdasarkan tajuk “Nantah” membawa maksud Nanyang university. Karya ini sebagai simbol kepada pentingnya pendidikan. Melalui pendidikan mengingatkan generasi akan datang tentang asal-usul, budaya bangsa sebagai orang Cina. Pada tahun 1955, Nanyang university ditubuhkan dengan sumbangan dari Hokkien Huay Kuan.

Kesimpulannya, aliran sosial realisme khususnya Singapura dan Pulau Pinang adalah 2 Negeri Selat yang dilihat aktif dan terawal. Ramai seniman yang hasilkan karya cetakan di Singapura seperti Tan Tee Chie, Fu Sen,Tan Wee Huan, Koeh Sia Yong, Choo Keng Kwang (sekadar menyebut segelintir seniman). Terdapat empat aspek utama yang mendorong perkembangan awal seni cetak Sosial Realisme ini, Pertama, faktor peranan dan pengaruh Pergerakan Seni Cetak Cungkilan Kayu Kreatif China atau “Creative Woodcut Movement of China” pada sekitar tahun 1930an telah menampakan kesan dan pengaruhnya pada sekitar tahun 1950an khususnya selepas Perang Dunia II iaitu setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu. Kedua, peranan akhbar berbahasa cina tempatan dalam membantu seniman untuk terus berkarya. Ketiga, Peristiwa, suasana politik yang berlaku cenderung kepada perasaan untuk memperolehi kebebasan dan merdeka dari penjajahan dan Keempat, peranan Institusi Pendidikan dalam menyokong dan melahirkan seniman. Antara subjek popular cetakan ialah golongan kelas pekerja dan peristiwa. Subjek ini turut diolah mengikut idea Sosial Realisme dan interpretasi Sosialis mengikut kepentingan parti politik pada sesetengah karya. Ciri pengolahan seni ini seiring dengan prinsip seni menurut Sosialis Realisme iaitu 4 aspek yang digariskan. Seni harus berkaitan dengan peranan kelas pekerja dan harus mudah difahami semua orang. Subjek realiti harian dan tentang kehidupan biasa. Karya mestilah dipersembahkan secara realitik dan menyokong tujuan Negara dan parti. Walaupun, salah satu dan beberapa dari ciri tersebut terdapat pada sampel kajian. Namun hubungan peribadi seniman terhadap aliran ini tidak dan belum dapat dipastikan.

* * *

Catatan Akhir

1. Rujuk Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, tercatat dokumen dan surat perjanjian lama antara Sultan Melayu dan Pihak Inggeris berkaitan Negeri Selat.

2. Terdapat pendapat bahawa perkembangan seni cetak di Tanah Melayu sebelum merdeka telah wujud karya cetakan yang dihasilkan oleh seniman Pulau Pinang seperti Chuan Thean Teng dengan karya sosial realism yang bertarikh sekitar tahun 1930an. Seniman ini berasal dari Daerah Fujian

dan menetap di Pulau Pinang 1932. Beliau lebih dikenali dengan lukisan batik.Ini menunjukkan karya seniman ini mungkin lebih awal daripada NAFA yang ditubuhkan pada akhir dekad 1938 iaitu 1938 dan jurusan cetakan di NAFA pada sekitar tahun 1940an Oleh Lim Hak Tai. Namun, menurut penyelidik isu Authorship pemilikan hak cipta ini tidak timbul kerana seniman ketika itu adalah bebas bergerak dan tinggal di mana saja dan Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu ketika itu.

3. Singapura ketika itu masih sebahagian Malaysia. Pada 1963 Persekutuan Tanah Malayu dan Singapura bergabung membentuk sebuah Negara sebagai Malaysia. 1965 perpisahan Singapura dari Malaysia.

4. Rujuk wawancara Howie Lau dengan Koeh Sia Yong

(Diterbitkan 21 Disember 2016) dalam https://www.youtube.com/watch?v=Wif6mor7WSk

5. https://www.britannica.com/event/May-Fourth-Movement

6. Xin Art Space, 2015. Peasants and Proletariats, A Print Exhibition Tribute to Workers.

7. Lu Xun atau Lu Shun adalah Gerakan seni cetakan kayu di China yang mana ianya dipengaruhi oleh Gerakan seni cetakan kayu Russia.

8. “Dai“ adalah nama singkatan kepada Dai Yulang, yang dikatakan pelopor yang membawa Creative Woodblock Movement ke Singapura pada sekitar tahun 1930an. Beliau dikatakan berasal dan lahir di Kuala Lumpur, Tanah Melayu.

9. Terminologi bagi definisi Sosial Realism dan

Sosialis Realism mengikut definisi seni barat (rujuk MoMA Glossory Art Terms) membawa pemaknaan yang sedikit berbeza. Sosial Realism adalah gerakan sosial kumpulan atau individu yang memperjuangkan masyarakat kelas Menengah,kelas bawahan, golongan pekerja. Manakala, Sosialis Realism adalah gerakan fahaman dalam budaya yang didogmatikan oleh pemerintah ketika era Komunis. Kesatuan Soviet. Idea Seni sebagai senjata politik diselitkan dalamnya.

10. Lu Xun atau Lu Shun adalah Pengasas Sekolah seni

Akademi seni Lu Shun atau dikenali sebagai “Lugi” di Yan’na, Shanghai. Gerakan seni cetakan kayu di China dipelopori oleh sekolah ini, yang mana ianya dipengaruhi oleh Gerakan seni sosial realisme cetakan kayu Russia.

Rujukan

Karim, S. M. A., Tai, H., Peng, C. S., & Hsi, C. W.,2005 Nanyang Academy of Fine Arts, (1999).

Long Thien Shih1993 Original Print - Graphic Art. In Peasants and

Proletariats a Print Art Exhibition Tribute to

Page 9: KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISME DI ... - · PDF filealiran seni di Tanah Melayu daripada aliran “Seni Demi Seni”, wujud satu lagi aliran “Seni untuk Masyarakat”. Peranan Institusi

| 138 |

KARYA SENI CETAK SOSIAL REALISMEDI NEGERI SELAT SEBELUM MERDEKA

Proceeding/AiCAD#1/09/2017

Workers (p. 7). Kuala Lumpur: Xin Art Space.

Mariappan, A.S.,1997 Hamzah Hussin Sekitar Pemikiran Seni untuk Seni.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muliyadi Mahamood2003 Seni cetak di malaysia. Dewan Bahasa, (Julai).

Redza Piyadasa2000 Rupa Malaysia meninjau seni lukis moden Malaysia.

Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

Scott Minick. Jiao Ping.2010 Chinese Graphic Design in the Twentieth Century.

London: Thames & Hudson.

Tju, L. C.,2015 Political Prints in Singapore (Vol. 21).

www.straitstimes.com http://www.straitstimes.com/singapore/nantahs-

historical-structures.

www.theartstory.org http://www.theartstory.org/movement-social-

realism.htm