KARANGAN UPSR -MENYUDAHKAN CERITA 1

Embed Size (px)

Citation preview

Carta Pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan

SBC

TOPIKSesuai Baik Cemerlang

PENULISAN

IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

5

Karangan Menyudahkan Cerita

Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ... Mulakan karangan kamu dengan Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...

! ISI-ISI KARANGAN ! ! ! ! ! !taman permainan di tempat saya bersih dan cantik pengguna bertanggungjawab selalu berkunjung ke taman permainan lokasinya sesuai sibuk pada hari minggu pelbagai jenis alat permainan contoh alat permainan ada kalanya, main bola sepak peluang berkenalan rakan-rakan berbilang kaum menjalin perhubungan, perpaduan senja, suasana beransur sepi melangkah pulang ke rumah pasti berkunjung lagi tempat perjumpaan tidak rasmi aktiviti sukan dan riadah, menjana semangat kejiranan

IK PK SA PI TB SE

- 10 - 3 - 3 - 3 - 3 - 3

* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

KARANGAN CONTOH : JENIS MENYUDAHKAN CERITAKawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap para penggunanya yang bertanggungjawab dan berdisiplin. Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman permainan ini. Oleh sebab, taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman ini menjadi tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hari minggu. Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya ialah papan lungsur, jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring, dan lain-lain lagi. Ada kalanya saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang yang berhampiran. Saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru. Di samping itu, rakanrakan yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang bangsa. Sehubungan dengan itu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra. Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan beransur sepi. Saya dan rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jika ada kesempatan, kami akan mengunjungi taman permainan ini lagi. Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi penduduk setempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman permainan ini mampu sedikit sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan.

SKEMA

3

ISI / IDEA KETERANGAN

3 3 3 3 2

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN

! MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)1. Bapanya adalah guru besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan. (salah) Bapanya ialah guru besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan. (betul){Ialah Kata pemeri yang menghubungkan benda (subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat}

25/25

2. Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes itu ialah rekaan semata-mata. (salah) Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes itu adalah rekaan semata-mata. (betul){Adalah Kata pemeri yang menghuraikan lebih lanjut tentang benda (subjek) yang disebut sebelumnya}

! MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)CARTA : KARANGAN MENYUDAHKAN CERITA

5

IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG Public Educational Supplies Sdn. Bhd.(638673-X) (638673-X 638673-X)