8
Kanang cerita seorang pahlawan 1. TEMA Tema novel ini mengangkat tema patriotik yang mengkhusus kepada perjuangan dan semangat kental serta keberanian Kanang dalam melaksanakan tanggungjawabnya bagi membanteras Komunis. Semangat cinta akan negara begitu jelas terutamanya ketika Kanang bertempur dengan musuh dalam Gerakan Pukat Tanah Hitam, Perak. Walaupun dirinya sudah cedera parah tetapi Kanang tetap mengarahkan anggotangya terus menyerang musuh durjana. 2. PERSOALAN Persoalan kegigihan dan keberanian. Keberanian Kanang jelas dalam setiap operasi terutamanya sebagai pakar menjejak, mengenal tanda kehadiran musuh serta mematikan jerangkap samar. Persoalan pentingnya disiplin dan semangat tidak mahu mengalah. Hal ini terpancar melalui moto bahasa Iban “Agi idup agi ngelaban” yang bermaksud selagi masih hidup, selagi itulah melawan. Hal ini jelas semasa Kanang bertempur dalam Gerakan Pukat. Walaupun Kanang telah cedera parah terkena peluru musuh di perutnya Kanang tetap mengarahkan anggotanya terus menyerang. Persoalan adat istiadat masyarakat Iban. Kanang memang begitu mempercayai mimpi dan tafsirannya. Selain itu, pantang larang amalannya juga dikatakan membantunya untuk melakukan sebarang tindakan agar dirinya sentiasa selamat.

Kanang Cerita Seorang Pahlawan

Embed Size (px)

Citation preview

Kanang cerita seorang pahlawan

1. TEMA

Tema novel ini mengangkat tema patriotik yang mengkhusus kepada perjuangan dan semangat kental serta keberanian Kanang dalam melaksanakan tanggungjawabnya bagi membanteras Komunis. Semangat cinta akan negara begitu jelas terutamanya ketika Kanang bertempur dengan musuh dalam Gerakan Pukat Tanah Hitam, Perak. Walaupun dirinya sudah cedera parah tetapi Kanang tetap mengarahkan anggotangya terus menyerang musuh durjana.

2. PERSOALAN

Persoalan kegigihan dan keberanian. Keberanian Kanang jelas dalam setiap operasi terutamanya sebagai pakar menjejak, mengenal tanda kehadiran musuh serta mematikan jerangkap samar.

Persoalan pentingnya disiplin dan semangat tidak mahu mengalah. Hal ini terpancar melalui moto bahasa Iban “Agi idup agi ngelaban” yang bermaksud selagi masih hidup, selagi itulah melawan. Hal ini jelas semasa Kanang bertempur dalam Gerakan Pukat. Walaupun Kanang telah cedera parah terkena peluru musuh di perutnya Kanang tetap mengarahkan anggotanya terus menyerang.

Persoalan adat istiadat masyarakat Iban. Kanang memang begitu mempercayai mimpi dan tafsirannya. Selain itu, pantang larang amalannya juga dikatakan membantunya untuk melakukan sebarang tindakan agar dirinya sentiasa selamat.

3. WATAK UTAMA & WATAK SAMPINGAN

a) Kanang Anak Langkau Nakal dan buas semasa kecil

Tabah dan gigih Cekal dalam perjuangan Pemarah Bertanggungjawab menjalankan perintah Berdikari Amat teliti dalam strategi menyerang Sayang akan nyawa Mematuhi arahan Berani tidak membuta-tuli Kebanyakannya pantang larang menjadi amalannya dan membantu

apabila menjadi tentera Menganggotai Batalion Pertama Rejimen Renjer Malaysia (Rejimen 1

Renjer) Berkhidmat selama 21 tahun dalam angkatan tentera pelbagai unit Bersara dalam tentera pada 30 Mei 1986 Mempunyai 6 orang anak Isterinya bernama Helen Tidak boleh melihat orang lebih susah daripadanya.

b) Helen Latai anak Intie Isteri Kanang anak Langkau

4. BINAAN PLOT

PermulaanDalam usia yang muda, Kanang anak Langkau telah mengenal erti keperitan hidup. Dia telah mengenal erti keperitan hidup. Dia telah dapat berdikari dan tabah menghadapi segala onak dan ranjau yang bakal menimpanya.

PerkembanganPada alam remaja, Kanang hanya bekerja sebagai pengangkut penumpang dengan menggunakan sampannya.Pernah menjadi penorehPernah bekerja sebagai seorang tukang masak kepada Mr. Ford. Juga merupakan pengangkut orang batu kepada Mr. Ford.Berjaya dalam temuduga dan mula menjalani latihan rekrut.Dia telah bersama-sama dengan tentera yang lain menentang tentera Indonesia akibat konfrantasi yang berslogankan ‘G’nyang Malaysia’ yang diisytiharkan oleh Presiden Sukarno.Berkahwin dengan Helden.Pada 4 Oktober 1965, istiadat penyiaran Batalion Pertama dan Batalion Kedua Rejimen Renjer kepada kerajaan Malaysia.Berjaya memantapkan kedudukannya. Isterinya pula seorang yang suka belajar demi pergaulan seharian. Kanang amat percaya mimpi di samping pantang larang.

PerumitanPertempuran pasukan tentera Kanang dengan pihak Namyat.Peluru telah berjaya membunuh beberapa orang pasukannya.

PuncakPeluru akhirnya berjaya menembusi badan Kanang. Kaedahnya begitu tenat sehingga dia koma.Setelah rohnya lama merantau ke dunia asing, dia pun kembali ke dunia asal. Kanang akhirnya pun sedar.

PeleraianBersara daripada pekhidmatan tentera pada 30 Mei 1986.Keadaan hidupnya miskin dan susah. Dia tidak dipedulikan walaupun telah lama berkhidmat dengan tentera dan telah menerima sijil dan pingat kepujian.

5. TEKNIK PLOT

6. LATAR

Masa Bermula dari Kanang kecil hingga tamat perkhidmatan dalam tentera dalam

21 tahun.

Tempat Nanga Meluan Sungai Kanowit Sekolah “Local Autority” Sekolah Latihan Peperangan Hutan, Ulu Tiram, Johor. Selat Tebrau, Johor Labuan Markas Tektikal, Brunei Limbang Sarawak Kota Tinggi, Johor Singapura Lapangan Terbang Changi, Singapura Mersing, Johor Lubuh Hantu Kuching Simanggang Sungai Batang Lupar Kem Sulua Line, Ipoh, Perak Batu Lintang Kem Terendak Pusat latihan Askar Wataniah

Masyarakat Masyarakat kaum Iban di pendalaman Sarawak yang masih kuat berpegang

pada adat resam mereka. Masyarakat tentera yang berlainan pangkat.

7. NILAI MURNI

Keberanian. Nilai ini terpancar pada semua watak askar yang mahu menghapuskan musuh negara.

Berdikari. Nilai ini jelas terpancar pada watak Kanang dan anggota tentera yang berdikari dalam apa jua keadaan dan kesulitan.

Kasih sayang. Nilai ini terpancar pada watak Helen yang menyayangi suaminya, Kanang.

Baik hati. Sikap ini terpancar pada watak pegawai atasan di Perak yang sanggup menemani Kanang tidur di wad hospital sebanyak tiga kali.

Kesabaran. Kanang begitu sabar menempuhi pelbagai rintangan semasa mengikuti latihan di PULADA.

Bekerjasama. Hal ini tergambar pada watak jiran-jiran Helen yang bekerjasama membantu Helen dan membawanya ke hospital ketika dia pengsan.

8. PENGAJARAN

Kita perlu bijak bertindak apatah lagi dalam menghadapi keadaan kritikal sebagaimana ketika Kanang diserang hendap oleh musuh ketika di Hutan Korbu. Sikap panik dan terburu-buru akan mendatangkan kesan negatif.

Sebagai ketua kita perlu bertimbang rasa terhadap anak buah sebagaimana KSM yang memerintahkan Kanang bertugas malam, padahal Kanang baru sahaja tiba dan terlewat sampai kerana kenderaannya mengalami kemalangan.

Kita mesti berani mempertahankan negara daripada sebarang anasir sebagaimana Kanang dan para pejuang yang menentang musuh negara.

Kita perlu tabah dalam menghadapi sebarang bahaya apatah lagi yang datang daripada pihak musuh sebagaimana Kanang dan rakan-rakan seperjuangannya.

Kita sepatutnya mengamalkan sikap berdikari agar dapat bertindak sendiri walau di mana kita berada sebagaimana yang ditunjukkun oleh Kanang.

Kita perlu cinta akan tanah air dan mengutamakan kepentingan negara lebih daripada soal peribadi sebagaimana yang dilakukan oleh Kanang.

Kita perlu mengasihi suami sebagaimana yang Helen lakukan terhadap Kanang selama dia menerima rawatan di hospital.

Kita perlu bertanggungjawab seperti Kanang yang sentiasa patuh akan arahan pihak atasan walaupun pada hari dia dipanggil bertugas merupakan hari yang istimewa dalam hidupnya iaitu hari perkahwinannya.

Kita perlu bersimpati dan belas kasihan terhadap orang bawahan kita sebagaimana sikap pegawai pemerintah di Perak yang sanggup menemani Kanang selami tiga kali tidur di hospital tanpa mengira kedudukan atau pangkat.

Kita perlu sabar menghadapi pelbagai cabaran segaimana Kanang yang sabar semasa menjalani latihan di PULADA perlu diteladani kerana tanpa kesabaran kita tidak berfikir dengan bijak dan teliti.

Kita perlu mengamalkan sikap bekerjasama seperti jiran-jiran Helen ke klinik setelah pengsan patut diteladani kerana perkara itu merupakan sikap yang terpuji.

9. GAYA BAHASA

i. Diksi berkaitan ketenteraan contohnya, kawad, Mes Sarjan, Wisma Bentara, markas, kem, platun, Risik, gempur, 8 Renjer, dan 6 RAMP.

ii. Bahasa Inggeris contohnya, assault boat, All round, Iban tracker, winching point, snap link, paper potting, repelling, helmet, dan defence.

iii. Bahasa Iban contohnya capan, ampi, bubut, “Agi idup agi ngelabannnn!!”.iv. Simile contohnya, tercium bau yang wangi seakan-akan kemenyan.v. Hiperbola contohnya, air turun tanpa penghujungnya, darah membuak

keluar daripada luka dan dihujani peluru.vi. Personifikasi contohnya, Naga Meluan masih memayungi kehidupan

saya, matahari sudah mula menggigit kepala, perahu membelah sungai, dan daun-daun pohonan merosakkan kami.

vii. Pengulangan kata contohnya, “Bunuh!! Bunuh!!”viii. Peribahasa contohnya, seperti sireh pulang ke tepak.

10. BIODATA PENGARANG

MAZNAN NOORDIN dilahirkan di Kuala Lumpur. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Maznan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Semasa berkhidmat dalam angkatan tentera, beliau telah berpeluang mengikuti kursus di Sekolah Pertahanan Darat Amerika Syarikat di Fort Benjamin Harrisons, Indiana, Sekolah Tentera Darat ABRI, Jakarta, Indonesia dan di Universiti Malaya. Beliau berhenti daripada perkhidmatan tentera dengan pangkat Mejar. Dalam bidang penulisan, Maznan Noordin banyak menghasilkan sajak dan cerpen. Karya-karyanya itu tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah. Setakat ini beliau telah menghasilkan dua buah novel dan tiga buah kumpulan sajak.