2
Kampung Budaya Monsopiad ialah sebuah destinasi pelancongan yang terletak di Penampang. Monsopiad ialah nama seorang pahlawan terkenal yang memenggal kepala musuhnya dan menggantungkan tengkorak-tengkorak tersebut di halaman rumahnya sebagai amaran kepada musuh-musuhnya yang lain. Nama "Penampang" diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang. Nama "penampang" berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud "batu besar". Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Taman Laut Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia . Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu , ibunegeri Sabah . Pelancong dapat melihat keindahan pantai dan panorama maritim iaitu gugusan pulau yang kekal keindahan alam semula jadinya dan dasar laut kaya dengan terumbu karang . Ia merupakan kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Para pelancong juga berpeluang mengembara merentasi hutan melalui denai-denai kecil di Pulau Gaya dan Sapi. Taman Tunku Abdul Rahman meliputi lima buah pulau, iaitu Pulau Gaya , Pulau Manukan , Pulau Mamutik , Pulau Sapi , dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhan 4,929 hektar serta jaraknya dari Kota Kinabalu antara tiga hingga lapan kilometer. Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun atau Megapode yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing. Taman Laut Tunku Abdul Rahman Taman Laut Tunku Abdul Rahman mengandungi lima buah pulau dan terletak hanya 20 minit dari Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah. Taman laut ini merangkumi kawasan seluas 4,929 hektar dan dua pertiga daripada kawasan ini ialah laut.

Kampung Budaya Monsopiad Ialah Sebuah Destinasi Pelancongan Yang Terletak Di Penampang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kampung Budaya Monsopiad Ialah Sebuah Destinasi Pelancongan Yang Terletak Di Penampang

Kampung Budaya Monsopiad ialah sebuah destinasi pelancongan yang terletak di Penampang. Monsopiad ialah nama seorang pahlawan terkenal yang memenggal kepala musuhnya dan menggantungkan tengkorak-tengkorak tersebut di halaman rumahnya sebagai amaran kepada musuh-musuhnya yang lain.

Nama "Penampang" diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang. Nama "penampang" berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud "batu besar". Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut.

Taman Laut Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah.

Pelancong dapat melihat keindahan pantai dan panorama maritim iaitu gugusan pulau yang kekal keindahan alam semula jadinya dan dasar laut kaya dengan terumbu karang. Ia merupakan kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Para pelancong juga berpeluang mengembara merentasi hutan melalui denai-denai kecil di Pulau Gaya dan Sapi.

Taman Tunku Abdul Rahman meliputi lima buah pulau, iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhan 4,929 hektar serta jaraknya dari Kota Kinabalu antara tiga hingga lapan kilometer. Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun atau Megapode yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing.

Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Taman Laut Tunku Abdul Rahman mengandungi lima buah pulau dan terletak hanya 20 minit dari Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah. Taman laut ini merangkumi kawasan seluas 4,929 hektar dan dua pertiga daripada kawasan ini ialah laut.

Lima buah pulau indah yang terdapat di sini iaitu Manukan, Mamutik, Sulug, Gaya dan Sapi mempunyai pantai yang putih bersih dan perairan dipenuhi pelbagai jenis ikan dan terumbu karang.

Ia kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Pulau Gaya dan Sapi turut mempunyai denai-denai kecil membolehkan anda mengembara di hutan sekitar kawasan ini.

Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun atau Megapode yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing.

Page 2: Kampung Budaya Monsopiad Ialah Sebuah Destinasi Pelancongan Yang Terletak Di Penampang

Pulau Manukan mempunyai kemudahan yang terbaik seperti calet yang cantik untuk anda bermalam serta tempat makan dan kemudahan barbeku berhampiran pantai.