38
KPT 6044 KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN KONSEP PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA FROG (FROG VLE) DI KALANGAN MURID SK HAJI MAHMUD CHEMOR, PERAK. OLEH: IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN NOMBOR MATRIK : M20121000502 KEPADA: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN GAPOR TARIKH SERAHAN : 30 NOVEMBER 2013

KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

KPT 6044

KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN KONSEP PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA FROG (FROG VLE) DI KALANGAN MURID SK HAJI MAHMUD CHEMOR, PERAK.

OLEH:

IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN

NOMBOR MATRIK : M20121000502

KEPADA:

PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN GAPOR

TARIKH SERAHAN : 30 NOVEMBER 2013

Page 2: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 3

ABSTRAK 4

1.0 PENDAHULUAN 5

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 APA ITU PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA? 6

2.2 KONSEP DAN KOMPONEN ASAS VLE 7

2.3 PERBANDINGAN 8

2.4 APA ITU FROG VLE? 9

3.0 TINJAUAN ORGANISASI 10

4.0 OBJEKTIF KAJIAN 14

5.0 METODOLOGI KAJIAN 15

6.0 DAPATAN KAJIAN 16

6.1 Berapa kali dalam seminggu penggunaan aplikasi ini?

6.2 Adakah ia sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah?

6.3 Apakah faedah atau kebaikan yang diperolehi ?

6.4 Apakah cabaran dan halangannya?

7.0 PERBINCANGAN

7.1 PERUBAHAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 17

7.2 APLIKASI FROG VLE DI SEKOLAH 20

8.0 CADANGAN 23

9.0 KESIMPULAN 24

RUJUKAN

2

Page 3: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

PENGHARGAAN

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang berkenaan kerana tugasan ini dapat

disiapkan dengan jayanya. Jesteru saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada

semua pihak yang terlibat dalam membantu dan menyokong saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih kepada Allah yang memberikan kesihatan yang baik, masa dan kematangan fikiran

sepanjang melaksanakan kajian dan menyiapkan kajian ini dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan

terima kasih kepada penyelia bagi kursus Kaedah Tinjauan KPT 6044 saya, Profesor Madya Dr.

Abd Latif bin Gapor atas bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna.

Penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Haji Mahmod

Chemor, Perak kerana kerjasama anda dan tidak lupa juga kepada murid 4 Jaya tahun 2013 dari

Sekolah Kebangsaan Haji Mahmod Chemor, Perak yang memberi kerjasama kepada cikgu untuk

menjalankan kajian ini.

Terima kasih juga di atas sokongan ahli keluarga dan kawan-kawan atas dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Semoga anda mendapat rahmat dariNya. Amin.

IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN

NOVEMBER 2013

3

Page 4: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN

KONSEP PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA FROG (FROG VLE)

DI KALANGAN MURID SK HAJI MAHMUD CHEMOR, PERAK.

Ida Norini binti Mahamad Tajudin

Fakulti Pendidikan dan Sumber Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Selama berdekad lamanya teknologi telah menjadi sebahagian daripada pengajaran dan

pembelajaran. Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

telah menghadapi gelombang perubahan saban hari. Artikel ini bertujuan untuk melihat konsep

pengajaran maya atau virtual learning yang bakal mengubah cara pembelajaran murid masa kini

dan juga sedang diaplikasikan di SK Haji Mahmud Chemor, Perak serta seluruh sekolah-sekolah di

Malaysia. Artikel ini akan mengupas berkenaan dengan definisi ‘virtual learning environment’

atau persekitaran pembelajaran maya, komponen asas di dalam persekitaran pembelajaran maya,

konsep pembelajaran persekitaran maya serta perbandingan antara pembelajaran tradisional dan

pembelajaran maya. Pengkaji juga melalui teknik temubual dan pemerhatian ke atas kelas 4 Jaya

yang terdiri daripada 32 murid akan melihat kesesuaian aplikasi ini ke atas mereka, faedah dan

kebaikan yang diperolehi dengan menggunakan aplikasi ini serat cabaran dan halangan dalam

penggunaan aplikasi ini. Kajian ini turut menyentuh cadangan boleh dipertimbangkan oleh

kepimpinan sekolah dalam usaha untuk membangunkan dasar menyeluruh sekolah bagi tujuan

pelaksanaan VLE. Ia juga memberikan rasional kenapa pembelajaran maya perlu dilaksanakan di

sekolah-sekolah di Malaysia. Antara contoh aplikasi yang sedang diaplikasikan di sekolah-sekolah

di Malaysia ialah Frog VLE yang bakal membuka minda orang ramai mengenai cara pembelajaran

maya di dalam mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian

ini akan menerangkan tentang aplikasi Frog VLE ini dan diharap kaedah ini dapat diperluaskan

lagi di sekolah-sekolah agar ia dapat menyaingi perubah-perubahan pendidikan masa kini.

4

Page 5: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

1.0 PENDAHULUAN

Sejak kemunculan teknologi internet, ianya telah mengubah corak hidup komuniti dan

masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, politik, sosial

dan sebagainya. Penggunaan internet terus berkembang dari masa ke semasa. Di antara bidang

yang turut berkembang dalam era internet ini ialah pembelajaran maya (virtual learning). Zaman

teknologi maklumat dalam bidang pendidikan ini berkembang pesat selari dengan era

globalisasinya. Ledakan teknologi dan perkembangan komunikasi menyebabkan wujudnya

pelbagai konsep yang dihasilkan oleh banyak pihak yang boleh dimanfaatkan oleh warga

pendidikan. Ini memberi impak yang besar kepada pendidikan masa kini khususnya sekolah

dalam membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar.

Menurut KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012), setiap murid perlu mempunyai

akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang mencorak dunia masa kini, Sejajar dengan

itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bekerjasama dengan 1BestariNet memperkenalkan Frog

Virtual Learning Environment atau Frog VLE dan memperluaskan teknologi ini untuk

meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya.

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications juga telah menyediakan

Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta Frog VLE yang efektif ke semua sekolah di

seluruh Malaysia.

Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih

fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991).

Oleh yang demikian, tidak hairanlah di dalam sistem pendidikan pada hari ini menekankan

pelajar dan juga warga pendidiknya supaya celik IT. Justeru, pada hari ini setiap sekolah di

Malaysia perlu menggunakan aplikasi FROG VLE ini bagi tujuan memudahkan sistem PdP

(Pengajaran dan Pembelajaran) di dalam bilik atau di luar waktu persekolahan.

Aplikasi ini boleh didefinisikan sebagai pintu gerbang (Ismail Din, 2003). Ia adalah

pusat sehenti atau one stop center di mana pelajar boleh mendapatkan pelbagai bahan dan

maklumat yang dikehendaki. Ia juga dirujuk kepada aplikasi e-pembelajaran dan pengajaran

5

Page 6: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

atau dikenali pembelajaran elektronik yang berasaskan web. Ia juga merupakan perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi yang membawa satu senario pembelajaran yang

mempunyai pelbagai aspek seperti perkongsian maklumat, interaktif , kandungan terkini dan kos

interaktif.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 APA ITU PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA/ VIRTUAL

LEARNING ENVIRONMENT (VLE)?

Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah rendah adalah satu konsep

pembelajaran yang baru tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom, Ireland,

Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura ia sudah lama bertapak dan diamalkan.

Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah berasaskan internet,

yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka

berbincang, berkerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Semua ahli komuniti yang

terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya mesti ada komputer dan boleh mengakses

secara talian (on-line) dari mana-mana tempat. Ahli komuniti boleh terlibat secara aktif

seperti bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan pada masa hadapan, berkongsi

pandangan dalam perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan

tugasan mereka.

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) bagaikan sebuah bilik darjah online dan

ruang sosial di sekolah dan juga sebagai adalah sistem pembelajaran berteras laman web

yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep maya dalam

pendidikan konvensional. Ia mempunyai kalendar, laman sembang atau ruang forum (social

network), ruang kerja (shared workspace) dan ruang penilaian (online assessment). Sebagai

contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara

maya manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE.

Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini

kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada

bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

6

Page 7: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

Seterusnya Rheingold (2004), menyatakan bahawa di dalam persekitaran

pembelajaran maya mestilah memberikan peluang yang banyak kepada setiap ahli

komuniti, untuk mengakses bahan-bahan perbengkelan dan maklumat yang berkaitan

dengan tajuk yang diberikan. Dokumen-dokumen seperti bahan persembahan, artikel dan

juga senarai tambahan sumber yang boleh diperolehi secara on-line dari laman-laman web

lain harus disertakan.

Pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, di mana berlaku

komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan di antara murid dengan murid yang

lain. Namun yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka tetapi

bertemu di ruang maya. Seterusnya, di dalam pembelajaran maya juga ada proses

pemantauan dan penilaian.

Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar

memberikan bahan-bahan pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan semula

melalui peperiksaan. Pembelajaran maya seharusnya lebih berfokuskan pelajar, di mana

pelajar secara aktif menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan melalui penerokaan,

perbincangan dan berfikir pada tahap tinggi.

2.2 KONSEP DAN KOMPONEN ASAS BAGI PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN MAYA

7

AKSES INTERNE

TMURIDGURU

Page 8: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

Terdapat tiga komponen asas di dalam persekitaran pembelajaran maya iaitu;

Sumber Bahan : Ahli komuniti atau peserta boleh mendapatkan maklumat dengan

membaca melalui sumber pembelajaran yang di muat naik (uploaded) kepada

persekitaran pembelajaran maya tersebut. Secara mudah, semua bahan yang

diperlukan dalam perbengkelan atau perbincangan boleh diperolehi dan dibuat

penilaian dengan mudah.

Perhubungan: Persekitaran Pembelajaran Maya menyediakan peralatan yang

membolehkan perserta mendaftarkan diri untuk membimbing di antara satu sama

lain dan untuk bertukar-tukar pendapat serta pandangan secara on-line. Peserta

boleh menghantar dokumen, dan ahli yang lain boleh memberikan maklum balas

melalui perbincangan dan sebagainya. Oleh itu peralatan seperti, Bulletin Board, E-

Mail, File Sharing, Discussion Forum atau Kelas Maya adalah diperlukan. Alat

komunikasi tersebut seharusnya berfungsi seperti pertemuan secara semuka di

dalam persekitaran pembelajaran tradisional.

Fungsi Pentadbiran: Pendaftaran peserta adalah diperlukan untuk peserta

menghantar maklumat tentang pengenalan mereka dan tugasan serta membolehkan

mereka melihat dan menguruskan maklumat orang lain yang menyertai

pembelajaran tersebut.

2.3 PERBANDINGAN ANTARA PENGAJARAN TRADISIONAL DAN

PENGAJARAN MAYA

Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru

dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada

muridnya. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan murid

terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja. Selain itu, sekiranya murid tidak faham

di dalam kelas dan malu bertanya maka murid tersebut akan kekal tidak memahami isi

pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara individu kerana

8

Page 9: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

bilangan murid yang ramai di dalam kelas. Jika kelas dipecahkan, bilangan guru perlu

ditambah. Penyampaian isi pelajaran bergantung kepada guru untuk mewujudkan

persekitaran belajar yang menarik dan menyeronokkan. Pengajaran & pembelajaran hanya

dijalankan secara formal iaitu di dalam bilik darjah.

Di dalam pembelajaran maya fokus utamanya adalah murid. Suasana pembelajaran

ini akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana

murid boleh berbincang dengan guru atau rakan mereka secara maya. Pelajar tidak perlu

rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan

pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Selain itu, masa lebih

fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada

kemudahan komputer dan internet.

2.4 APA ITU FROG VLE?

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi

sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Kemudahan ini dibangunkan

secara berperingkat mulai Disember 2011 dan semua sekolah rendah kerajaan dijangka

menerima akses Internet dan VLE pada pertengahan tahun 2013. VLE yang telah

dilancarkan pada Mac 2012 ini akan terus dilakukan secara berperingkat. Setiap sekolah

akan diberi akses VLE selepas latihan dijalankan kepada setiap guru dan seterusnya kepada

murid.

Banyak sekolah-sekolah di negara maju telah mengaplikasikan Frog VLE ini di

dalam pentadbiran dan pengajaran sekolah mereka. Aplikasi ini juga menjadi pemenang

untuk ‘Education Investor Awards 2012’ bagi aplikasi pembelajaran maya terbaik pada

tahun ini. Sekolah-sekolah ini dipanggil 'model technology schools' seperti Grove Junior

and Infant School di Handsworth, UK di mana pengajaran dan pembelajaran maya telah

dijalankan dengan jayanya untuk matapelajaran bahasa dan matapelajaran lain-lainya.

Sekolah-sekolah ini menjalankan pengajaran dan pembelajaran berbentuk maya telah

menjadi ikutan dan dipraktikan oleh sekolah lain. Di dalam sistem pendidikan di negara

9

Page 10: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

kita pengajaran dan pembelajaran maya ini baru mula dipraktikkan. Frog VLE adalah

platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses di mana-mana jua dari luar

kawasan sekolah juga. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana

sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet.

3.0 TINJAUAN ORGANISASI

Kajian tinjauan yang dipilih adalah di sebuah sekolah iaitu SK Haji Mahmud Chemor,

Perak atau lebih dikenali sebagai SKHMC. Seramai 32 orang pelajar dari kelas 4 Jaya iaitu kelas

pertengahan yang terdiri dari 30 orang murid Melayu dan 2 orang murid India. Sekolah ini juga

telah menetapkan misi dan visi untuk meningkatkan kecemerlangan dan antaranya adalah

peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Salah satu usaha yang dijalankan untuk

peningkatan kualiti ini adalah dengan melihat keberkesanan aplikasi laman web interaktif

iaitu FROG VLE di kalangan murid 4 Jaya SK Haji Mahmud Chemor,

Saya telah meminta murid untuk membina dashboard mereka sendiri di dalam aplikasi

FROG VLE. Saya juga telah memberi latihan ke dalam laman web interaktif FROG VLE ini

untuk menghubungkan guru dan murid secara maya. Di sini, guru menyediakan nota serta

soalan dan murid menjalankan latihan secara maya atau online pada bila-bila masa. Di samping

itu, murid boleh berinteraksi dengan guru secara langsung di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini

secara tidak langsung memberi satu era baru dalam meningkatkan percambahan minda pelajar

yang tidak terhad kepada bacaan buku semata dalam menajam ilmu pengetahuan bagi menjana

daya intektual mereka.

10

Page 11: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

Sebelum memulakan aplikasi ini, pelajar diberi ID log masuk (password) peribadi sendiri

dan akses percuma ke VLE setiap kali log masuk ke Frog VLE. Mereka akan mendaftar di laman

web FROG VLE yang telah didaftarkan oleh sekolah. Bagi sekolah SK Haji Mahmud Chemor,

alamat laman web FROG VLE ialah http://aba2008.1bestarinet.net. Selepas pendaftaran, murid

akan mempunyai laman sendiri atau My Dashboard iaitu halaman pertama yang akan ditemui

selepas log masuk ke dalam Frog VLE.

11

Page 12: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

Halaman ini boleh diubahsuai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS Feeds, atau

notifikasi. Murid boleh menggunakan Widgets untuk mengubah rupa dan kandungan Dashboard

mengikut kesesuaian di mana murid boleh memilih senarai yang ada untuk menetapkan

latarbelakang Frog VLE atau memuat naik imej sendiri.

Sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan

pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet

menerusi Frog VLE. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog

VLE ini juga ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran

dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah

maya. Terdapat 16 pautan dalam ruangan utama Frog VLE seperti:

Assignments School Dashboard Booking Calendar Community

Department Sites Lesson Resources Frogstore Forums

The Pond School Documents My Documents Sites

E-Mail Resource Manager My Dashboard Calendar

12

Page 13: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

Guru boleh mengakses segala-galanya yang mereka perlukan dalam sehari dengan beberapa

klik sahaja di mana Frog VLE ini menghubungkan semua sistem sekolah bersama-sama. Sekolah-

sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini

merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran

dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Walaupun murid

secara mudahnya dapat mengakses maklumat dari internet, tetapi kandungan Internet juga ditapis

secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses

murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh

KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.

13

Page 14: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pembelajaran maya membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan

lebih berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang, disediakan secara

profesional dan baik dengan mengunakan ciri-ciri multimedia yang berupaya

menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. SK Haji Mahmud Chemor,

Perak menetapkan beberapa objektif dalam pelaksanaan aplikasi FROG VLE ini.

Antaranya ialah:

a. Meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru-guru.

b. Mewujudkan minat di kalangan guru dalam bidang ICT melalui penyampaian

dalam laman sesawang antara sekolah dan ibu bapa.

c. Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dua hala di luar dan di dalam waktu

persekolahan antara guru, murid dan ibu bapa.

14

Page 15: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Di dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah secara temubual dan pemerhatian.

Temubual dibuat dengan 32 orang pelajar dari 4 Jaya di Haji Mahmud Chemor, Perak.

Berdasarkan kepada temubual dan pemerhatian tersebut, kajian ini menumpukan kepada

beberapa persoalan.

1. Berapa kali dalam seminggu penggunaan laman aplikasi ini?

2. Adakah ia sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah ini?

3. Apakah faedah atau kebaikan yang diperolehi dengan menggunakan aplikasi ini?

4. Apakah cabaran dan halangan dalam penggunaan aplikasi ini?

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Berapa kali dalam seminggu penggunaan aplikasi ini?

Tinjauan mendapati bahawa pelajar jarang menggunakan aplikasi ini

memandangkan jumlah minit matapelajaran yang lain menghadkan kekerapan mereka ke

makmal komputer. Kesemua daripada murid ini iaitu sebanyak 100% sangat suka ke

makmal komputer kerana mereka dapat satu suasana pembelajaran yang baru. Daripada

pemerhatian guru juga, murid sangat teruja apabila dapat memasuki makmal komputer

dan menggunakan aplikasi ini.

Selain itu juga kekurangan alatan komputer juga adalah faktor yang

menyebabkan pelajar jarang menggunakannya. Hanya sebanyak 40 biji komputer

sahaja di SK Haji Mahmud Chemor iaitu 20 komputer dari makmal A dan 20 komputer

lagi di makmal B. 95 % daripada murid ini menyatakan bahawa mereka akan memasuki

makmal komputer hanya 2 minggu sekali dan 5% lagi seminggu sekali. Ini kerana guru

mendapati 5% dari 32 orang murid ini adalah ahli Kelab Komputer. Mereka terpaksa

menunggu giliran mereka untuk memasuki makmal komputer tersebut memandangkan

15

Page 16: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

terdapat murid yang ramai di SK Haji Mahmud Chemor iaitu sebanyak 745 orang murid

di sesi pagi.

Bagi mengakses aplikasi FROG VLE ini, murid hanya tertumpu di sekolah

dan waktu sesi persekolahan sahaja. Ini adalah di sebabkan sebilangan murid akan

menggunakan jaringan internet YES di sekolah untuk mengakses aplikasi FROG VLE.

Sebilangan besar keluarga murid di SK Haji Mahmud Chemor mempunyai pendapatan

perkapita tahunan yang sederhana dan rendah. Justeru untuk melanggan talian internet

yang mempunyai pelbagai pakej menjadi beban kepada sara hidup mereka. Maka yang

demikian murid hanya boleh tertumpu di pusat-pusat siber dengan waktu yang terhad

untuk menggunakan rangkaian internet di luar waktu sekolah dengan kos yang murah

bagi mereka.

6.2 Adakah ia sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah?

Keseluruhan 32 orang dari murid 4 Jaya ini amat bersetuju bahawa penggunaan

aplikasi ini amat sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran selari dengan

perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih. Malah mereka berharap

penggunaannya dapat diperluaskan dan dikemaskini agar lebih menarik, efisen dan

mudah guna.

6.3 Apakah faedah atau kebaikan yang diperolehi dengan menggunakan

aplikasi ini?

Antara kebaikan aplikasi ini kepada pelajar ialah pelajar boleh membuat latihan

yang diberikan melalui online di rumah. Pembelajaran di dalam kelas terikat dengan

waktu yang singkat menyebabkan pelajar menjalankan proses pembelajaran dengan

memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru. Oleh itu penggunaan aplikasi

ini dapat memudahkan pelajar membuat latihan mereka selepas waktu pembelajaran.

Murid juga dapat meningkakan kemahiran menggunakan pembelajaran secara

online/maya serta menjadikan pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan. Di

16

Page 17: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

samping itu, murid dapat mengetahui perkembangan semasa di dalam PdP yang dimuat

naik oleh guru walaupun semasa cuti sekolah. Murid juga boleh menyumbang dan

berkongsi idea dan ilmu kepada rakan yang lain sebagai bentuk komunikasi dua hala

melalui perkongsian ilmu ini.

Secara tidak langsung, aplikasi ini akan dijadikan sebagai satu aplikasi rekreasi

minda yang berfaedah dalam pautan dan jaringan aplikasi ilmiah lain. Murid juga

berpeluang untuk meluahkan kreativiti mereka dalam membina laman web yang

interaktif dan menarik.

6.4 Apakah cabaran dan halangan dalam penggunaan aplikasi ini?

Pembinaan dan pemacuan aplikasi ini adalah bertujuan untuk memudahkan

murid dalam merasai suatu pembelajaran yang baru. Akan tetapi sebilangan besar murid

tidak mahu mengambil kesempatan kemudahan ini untuk meningkatkan daya

intelektual mereka. Sikap malas dan ingin mencuba untuk memajukan diri dalam bidang

ilmu adalah antara faktor portal ini tidak dilawati dan di manfaatkan. Walaupun guru

telah mewarwarkan kewujudan aplikasi ini, hanya sebahagian sahaja yang berminat

untuk memanfaatkannya dan sebahagian yang lain memandangnya sepi.

7.0 PERBINCANGAN

7.1 PERUBAHAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI

SEKOLAH

Pengajaran secara maya ini akan mengubah secara keseluruhannya pengkaedahan

pengajaran di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran bagi setiap subjek di sekolah dapat

dipraktikkan secara interaktif dan koloboratif, bentuk pengajaran akan dapat

menghasilkan pelajar yang sentiasa melakukan eksperimen, mengaplikasi pengetahuan

dan pengalaman serta dapat membuka fikiran secara kreatif dan kritis. Faktor-faktor yang

17

Page 18: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

mengalami perubahan apabila pengajaran maya ini diaplikasikan di dalam pengajaran di

sekolah adalah seperti berikut:

Faktor pertama ialah bentuk interaksi. Pengajaran secara maya akan dapat

membantu interaksi pelajar lebih interaktif dan spontan. Soalan-soalan yang

terkandung di dalam perisian-perisian kursus dan melalui talian internet

mempunyai maklumbalas yang tepat dan cepat. Ini kerana, murid boleh membuat

perbincangan dengan guru dan rakan tanpa perlu menunggu keesokan harinya

untuk bertanya.

Faktor kedua ialah bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran boleh

diprogramkan di dalam bentuk multimedia. Bahan maklumat disampaikan

secara data, teks, imej, video, animasi, bunyi, dan suara. Kemudahan multimedia

ini membuatkan teks yang dibaca lebih menghiburkan dan seronok kerana ianya

disampaikan dengan animasi dan bunyi. Kaedah ini membantu situasi pengajaran

dan pembelajaran lebih berkesan dan hidup. Penerangan sesuatu konsep, prinsip,

dan fakta dapat dilakukan dengan lebih mudah, berkesan, dan menarik dengan

kemudahan multimedia. Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu

membawa alam kehidupan ke dalam bilik darjah dan menjadikan proses

pembelajaran lebih realistik. Guru-guru dan pelajar juga didedahkan kepada satu

himpunan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan.

Faktor ketiga ialah aktiviti kelas lebih berpusatkan kepada pelajar. Setiap

pelajar dapat mengimbangi pembelajaran masing-masing dari kecepatan,

kemahiran, tahap eksperimen dan tahap latihan. Dari segi kecepatan, pelajar boleh

melambatkan atau mempercepatkan pelajaran sesuai dengan tahap kefahaman dan

kelajuan pembelajaran masing-masing. Dari segi kemahiran, pelajar boleh

memilih pelajaran sesuai dengan tahap kemahiran mereka iaitu asas, pertengahan

atau pengukuhan dan pengkayaan (mahir). Pelajar yang mahir mungkin tidak

perlu melaku latihan peringkat asas dan terus melakukan latihan di peringkat

pengukuhan dan pengkayaan. Begitu juga sebaliknya pelajar yang lemah perlu

menumpukan latihan di peringkat asas. Dari segi latihan pula, pelajar boleh

18

Page 19: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

membuat latihan berulang kali atau membuat cubaan menjawab berulang-ulang

tanpa merasa malu dan rendah diri jika membuat kesilapan. Pelajaran yang

diulang-ulang juga tidak berubah dari segi mutu penyampaiannya.

Faktor keempat ialah cara pembelajaran boleh dijalankan di dalam bentuk

pembelajaran kendiri. Pembelajaran yang menggunakan kaedah teknologi

maklumat akan menjadikan sesi pembelajaran boleh dijalankan di mana-mana

sahaja dan tidak tertumpu di dalam kelas yang formal atau di dalam makmal

komputer. Pelajar boleh mengikuti pelajaran di rumah, di perpustakaan atau di

tempat-tempat lain yang menyediakan perkakasan yang sesuai dan talian internet

di dalam suasana yang kondusif untuk pembelajran mereka. Waktu pembelajaran

juga tidak terbatas. Dominasi guru dapat dikurangkan dan ini akan membantu 

pelajar-pelajar yang malu untuk berinteraksi dan memberi maklum balas di dalam

kelas akan merasa lebih selesa berbuat demikian dengan komputer.

Faktor kelima ialah dari segi pengurusan kelas. Penggunaan teknologi

maklumat membolehkan interaksi pelajar dan guru berlaku samada di luar bilik

darjah dan di luar waktu pengajaran. Pelajar, guru, dan pentadbir sekolah boleh

berinteraksi dengan mudah dan selesa melalui penggunaan internet di waktu

sekolah dan di luar sekolah. Di bidang pentadbiran, pentadbiran sekolah boleh

mengendalikan maklumat dan aktiviti guru serta pelajar melalui komputer dengan

lebih cekap untuk membantu pengajaran dan pembelajaran.

Justeru itu, guru-guru adalah perlu lebih peka dan sentiasa bersedia untuk menggunakan

teknologi maklumat ini supaya tidak ketinggalan dengan era baru pendidikan ini. Guru-

guru juga harus berani dalam menggunakan aplikasi pembelajaran maya ini yang

sedang diperkenalkan ini agar pengajaran dan pembelajaran dapat berkembang dan

bergerak searah dengan perkembangan teknologi maklumat ini.

19

Page 20: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

7.2 APLIKASI FROG VLE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DI SEKOLAH RENDAH

Frog VLE yang merupakan satu teknologi pembelajaran maya dipercayai amat

berpotensi untuk digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran.Berikut

merupakan fungsi pautan-pautan yang terdapat dalam Frog VLE untuk diaplikasikan oleh

murid dan guru :

Aplikasi Assignments membenarkan guru memberi, menyemak, mengulas, dan

mengubah tugasan telah sediakan kepada murid. Setelah satu Site untuk tugasan telah

dihasilkan, ia dapat dihantar kepada murid sebagai tugasan melalui proses yang mudah.

Guru boleh memberi kerja rumah kepada murid secara individu ataupun berkumpulan

dan mengikut tahap murid tersebut. Ini memberikan murid bantuan yang berterusan yang

dapat memastikan kualiti tugasan yang lebih baik. Apabila murid sudah menyiapkan dan

menghantar tugasan, ia akan dipulangkan ke kawasan Assignments supaya guru boleh

menyemak dan memberi komen serta markah. Murid tidak perlu untuk menunggu pada

keesokan harinya untuk menghantar tugasan kepada guru. Sebagai contoh, jika guru

Bahasa Inggeris telah mengajar grammar di sekolah dan memberi tugasan untuk

disiapkan, murid boleh mengulangkaji topik tersebut dan menyiapkan tugasan apabila

sekembalinya mereka ke rumah.

Walaupun murid tersebut berada di luar kawasan rumah, murid tetap akan dapat

mengulangkaji topik tersebut tanpa perlu bersusah payah untuk membawa buku rujukan

mereka ke mana-mana. Jika terdapat permasalahan bagi topik tersebut, murid boleh

berbincang dengan guru mahupun rakan-rakan secara maya. Selain daripada itu, murid

juga dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan dengan hanya melalui Frog VLE

sahaja. Perhubungan ini boleh membantu murid menyelesaikan masalah dengan mudah

dan pantas yang secara tidak langsung akan meningkatkan gred bagi subjek Bahasa

Inggeris. Mengikut kajian di United Kingdom, Frog VLE ini dapat meningkatkan gred

kerana murid boleh belajar mengikut jadual mereka sendiri di rumah.

20

Page 21: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

Calendar membolehkan murid dan guru mengurus semua aktiviti mereka. Pihak

pentadbir dan guru serta murid boleh berkongsi kalendar dengan rakan-rakan dan guru-

guru mereka di mana ia boleh dihasil dan dikongsikan secara umum atau tertutup.

Contohnya, sebarang informasi tentang aktiviti persatuan dan kelab seperti Persatuan

Doktor Muda atau Kelab Komputer akan dimasukkan ke dalam kalendar oleh pihak

pentadbir dan guru. Sebarang perubahan tentang lokasi perjumpaan dan nota boleh

dimaklumkan dengan segera.

Booking Calendar pula membenarkan guru untuk menempah sebagai contoh makmal

sains, makmal komputer atau pusat sumber sekolah. Sekiranya tempahan makmal atau

pusat sumber telah dibuat, Frog VLE tidak akan membenarkan pengguna lain menempah

tempat tersebut pada masa dan tarikh yang sama. Ini memudahkan guru untuk merancang

pengajaran dan masa mereka ke tempat-tempat tersebut. Community Site adalah satu portal yang berdasarkan konsep berkumpulan di mana guru-

guru boleh mendapatkan soalan-soalan lazim, dokumentasi dan video berkaitan

pendidikan. Community Site ini memudahkan guru mencari maklumat dan video untuk

mengajar topik yang agak sukar dan memerlukan penerangan yang terperinci. Ia juga

mempunyai ruangan forum untuk guru membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan

subjek ini. Para guru boleh mencari kumpulan dan menyertai mana-mana kumpulan di

dalam dan luar negara yang menggunakan Frog VLE yang dipaparkan pada hasil carian.

Secara tidak langsung guru boleh berbincang dan melihat bagaimana subjek-subjek yang

diajar guru diajar di sekolah di negara lain.

Department Site atau Laman Bidang memaparkan notis aluan, carta organisasi, markah

peperiksaan, dan notis-notis lain yang berkaitan. Murid juga boleh mendapatkan

maklumat berkaitan seperti maklumat kurikulum, galeri video, laman profil guru,

panduan ulangkaji, soalan tahun lepas dan lain-lain di dalam Laman Bidang.

Fail-fail dalam Lesson Resources mengandungi semua sumber pengajaran dan

pembelajaran untuk sekolah. Fail yang digunakan guru semasa pengajaran akan dimuat

21

Page 22: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

naik ke dalam Lesson Resources. Ruangan ini juga boleh digunakan untuk memberi akses

kepada sumber-sumber tertentu kepada guru-guru yang lain. Dokumen-dokumen ini

terdiri daripada fail dengan format zip, MS Word, Excel, PDF, video MP4 atau fail audio.

Frog Store adalah stor dalam talian yang mengandungi aplikasi dan sumber untuk

digunakan dalam VLE. Pengguna Frog VLE boleh mencari kandungan seperti imej dan

video untuk digunakan dalam Site.

Forums memaparkan forum sekolah atau maklumat tentang hal berkaitan pendidikan

yang dihantar oleh pihak pentadbir kepada para guru dan pelajar. Setiap maklumat

mempunyai tarikh yang membolehkan guru menyemak topik perbincangan dan

mengetahui individu mana yang memberi sumbangan kepada topik tersebut. Pencipta

forum dapat mengawal semua topik, akses dan tetapan.

The Pond yang ditubuhkan khusus untuk murid ini membolehkan murid berkongsi idea

yang hebat bersama dengan pengguna Frog VLE yang lain. Segala tip dan idea untuk

menggunakan Frog VLE dengan berkesan boleh didapati dari The Pond.

Ruangan Documents pula adalah ruangan untuk murid menyimpan segala fail dan nota

bagi subjek Sains dan Teknologi. Ini memudahkan murid untuk mencapai nota dan

sumber pembelajaran mereka terutamanya jika mereka hendak membuat ulangkaji atau

rujukan.

Sites adalah halaman-halaman yang telah dihasilkan di dalam VLE oleh pencipta laman

Frog VLE. Laman-laman ini boleh diberi tag dengan memilih kata kunci untuk

membolehkan pencarian dengan mudah dan untuk memudahkan pembahagian kategori.

Laman yang dihasilkan akan disenaraikan di bahagian My Sites pada Resource Manager.

Laman yang mempunyai tag nama mata pelajaran yang spesifik akan muncul dalam

kategori Subject Sites. Guru dan murid boleh melihat sebarang maklumat tentang subjek

di dalam Subject Sites yang dimasukkan oleh pencipta laman.

22

Page 23: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

Setiap pengguna yang memiliki akaun Frog VLE mempunyai akses ke emel sendiri.

Emel boleh dihantar dan diterima ke pengguna lain, bukan sahaja antara di sekolah tetapi

di mana-mana sahaja. Guru dan murid boleh berkomunikasi dan menghantar fail secara

peribadi melalui e-mail. Sekiranya murid ingin menghubungi guru mengenai tugasan

misalnya, untuk pemahaman lanjut berkenaan dengan tugasan atau memohon supaya

guru memberi lebih masa, pelajar boleh menghantar emel kepada guru.

Aspek rangkaian sosial platform pembelajaran ini membolehkan guru-guru untuk

berkongsi sumber dengan murid mereka dari rumah. Jika pelajar mempunyai soalan

mengenai kerja rumah mereka, mereka boleh menghantar mesej kepada guru mereka

dalam persekitaran yang selamat dan terjamin. Murid yang tidak sentiasa mempunyai

keyakinan untuk bercakap di dalam kelas dan bertanya soalan boleh berbual kepada guru-

guru melalui Frog VLE. Penglibatan aktif dan interaksi adalah merupakan elemen yang

penting dalam pembelajaran berkesan (Heinich et al.,2000).

8.0 CADANGAN

Beberapa langkah boleh dipertimbangkan oleh kepimpinan sekolah dalam usaha untuk

membangunkan dasar menyeluruh sekolah bagi tujuan pelaksanaan VLE.

Pertama, pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran

pembelajaran maya. Matlamat tersebut mestilah praktikal yang boleh dicapai dan

boleh mengatasi masalah berhubung pembelajaran dan pengajaran.

Kedua, pelan pelaksanaan yang melibatkan kesemua warga, aktiviti, dan ibu bapa

perlu dibangunkan.

Ketiga, program peningkatan kemahiran perlu diatur untuk memastikan bukan

guru yang berminat dan berkemahiran sahaja yang aktif dalam pelaksanaan.

23

Page 24: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

Keempat, pemantauan perlu dijalankan. Perlantikan pasukan yang boleh

membantu dalam strategi pemantauan adalah mustahak agar pentadbir mendapat

sokongan dan maklumbalas dari pengguna.

Kelima, maklumbalas berhubung pelaksanaan patut dikumpulkan dan dinilai bagi

tujuan pembaikan.

Keenam, menilai semula pelan berdasarkan maklumbalas dan memperbaiki

strategi pelaksanaan.

Jelas sekali, peranan kepimpinan sekolah adalah penting dalam memastikan kejayaan

dasar menyeluruh sekolah bagi program persekitan pembelajaran maya.

9.0 KESIMPULAN

Pengajaran Maya dapat menyediakan suasana pembelajaran yang kaya media, interaktif,

menyokong pembelajaran pengalaman dan dapat memautkan pelajar dengan konteks

pembelajaran. Persekitaran pembelajaran maya menawarkan lebih banyak kelebihan berbanding

teknologi multimedia lain seperti video. Perkembangan teknologi maklumat yang membolehkan

lebih banyak komputer dipasang di sekolah mewujudkan suasana kondusif untuk

mengintegrasikan realiti maya dalam pembelajaran. Penyediaan kemudahan Internet dan

rangkaian tanpa wayar meningkatkan ruang dan peluang penerapan realiti maya dalam

pembelajaran.

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) menawarkan sekolah beberapa

faedah, seperti akses pada bila-bila masa, di mana-mana, memberi motivasi yang lebih baik,

akses kepada gaya pembelajaran yang lebih tinggi, membentuk peluang untuk pembelajaran

kendiri di kalangan pelajar , konsep integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang

lebih baik dan meningkatkan penglibatan ibu bapa (Becta 2004). Dengan aplikasi Frog VLE di

sekolah-sekolah di Malaysia akan mampu menjadi contoh untuk sekolah-sekolah lain.

24

Page 25: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

Penggunaan Frog VLE mampu meningkatkan pencapaian pelajar lemah dan

meningkatkan kefahaman dalam topik yang sukar dan kompleks. Konsep pembelajaran maya ini

juga diperkenalkan untuk membolehkan seorang murid berbincang dengan seorang murid yang

lain atau melakukan perbincangan berkumpulan berkaitan subjek Sains dan Teknologi. Mereka

boleh berbincang dan memberi pendapat tentang kerja rumah yang diberikan oleh guru. Sama

seperti di dalam kelas, murid-murid akan menerima maklum balas segera terhadap kemajuan

mereka dan cubaan soalan mereka.

VLE ini juga menyediakan ciri-ciri yang sama walaupun murid berada di rumah, murid

akan diberi peluang untuk mencuba soalan yang telah dilakukan di sekolah dan mencubanya di

rumah. Di sini, murid berpeluang untuk belajar dari kesilapan dan membuat ulangkaji di rumah.

Ibu bapa juga berpeluang bersuara dengan melibatkan mereka dengan pembelajaran anak

mereka. Mereka akan diberikan akses kepada laporan kehadiran dan tingkah laku dan

memaklumkan kepada mereka dengan makluman dari pihak sekolah.

Kerjasama antara sekolah-sekolah boleh membantu ke arah meningkatkan lagi jumlah

sekolah yang melaksanakan program perintegrasian ICT yang menyeluruh. Projek yang

dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan mengubah platform pendidikan di

Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan

menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia.

Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses

Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.

Pada pendapat saya, persekitaran pembelajaran maya (VLE) akan terus mendapat tempat

kerana pengetahuan dan kebolehan pelajar menggunakan internet juga semakin meningkat. Ini

kerana, kebanyakan pelajar boleh mengakses internet melalui komputer di sekolah dan di rumah

mereka.

25

Page 26: KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN …mucaz.weebly.com/uploads/3/9/5/7/39571401/kajiantinjauanfrogvle.docx · Web viewkajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan

RUJUKAN

FrogAsia (2012). Gambaran Keseluruhan Frog VLE, Manual Pengguna (Guru, Frog

VLE Overview (User: Staff), Malaysia: FrogAsia Training

1BestariNet, YTL Communications Sdn. Bhd. (2012). Frog VLE. Dicapai pada 4 Nov,

2012, dari http://www.frogasia.com/v2/

FrogTrade Ltd, Dean Clough, Halifax. (2011). Frog Learning Platform, The UKs Most

Advanced Learning Platform. Dicapai pada 10 Nov, 2012, dari

http://www.frogteacher.com/

Rheingold, H. (2004), Virtual Learning Enviroment (VLE). Dicapai pada 10 Nov, 2012,

dari http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881

FrogAsia. (2012). Video Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar: Dicapai pada

14 Nov, 2012, dari http://www.youtube.com/watch?v=DB_sX17LGuI

Peg Saragina (1999), Creating a Virtual Learning, Dicapai pada 23 Nov, 2012, dari

http://leahi.kcc.hawaii.edu/org/tcon99/papers/saragina.html

26