14
SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG SELANGOR. LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Tahun 2012 MENINGKATKAN PRESTASI PENCAPAIAN PELAJAR MELALUI KAEDAH , MODUL STRATEGIK DAN NOTA BERFOKUS DALAM SUBJEK STPM SEJARAH 940 OLEH:

Kajian tind 3 rohani 2012

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian  tind 3 rohani  2012

MENINGKATKAN PRESTASI PENCAPAIAN PELAJAR MELALUI KAEDAH , MODUL STRATEGIK DAN NOTA BERFOKUS

DALAM SUBJEK STPM SEJARAH 940

Oleh:Rohani bte Othman

SMK BANDAR BARU SALAK TINGGISEPANG SELANGOR.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Tahun 2012

MENINGKATKAN PRESTASI PENCAPAIAN PELAJAR MELALUI KAEDAH ,

MODUL STRATEGIK DAN NOTA BERFOKUS DALAM SUBJEK STPM SEJARAH 940

OLEH:

ROHANI BTE OTHMANPENOLONG KANAN TINGKATAN 6

GURU PENGAJIAN AM.SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI

Page 2: Kajian  tind 3 rohani  2012

SMK Bandar Baru Salak Tinggi.Sepang, Selangor.

Abstrak

(belum diedit)

Dasar dalam negeri dan dasar luar negeri dalam sukatan Pengajian Am merupakan salah

satu elemen penting yang wajar dikuasai oleh para pelajar ..Hal ini demikian kerana soalan

objektif dalam dasar tersebut amat penting dan pelbagai tema terkandung di dalam sukatan

pelajaran tersebut. Malangnya, ramai dalam kalangan pelajar kurang mahir dalam bahagian

ini kerana ruang lingkupnya yang sangat luas. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan kepada

para pelajar prauniversiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi bagi

meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap dasar dalam negeri dan dasar luar Negara. Hal

ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti kelulusan dalam subjek ini. Satu

jawatankuasa telah dibentuk oleh pihak sekolah untuk menjalankan kajian terhadap murid-

murid Tingkatan 6, iaitu sebanyak 13 orang. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini ialah

murid-murid kelas 6A1 sahaja.yang merupakan pelajar kumpulan kelima yang akan

menduduki peperiksaan STPM akhir November 2011.. . Penguasaan dan pencapaian dalam

peperiksaan.Subjek Pengajian Am ini juga sangat penting kerana subjek tersebut sebagai

prasyarat untuk memohon Institut Pengajian Tinggi Awam dan berhasil melahirkan insan

yang cemerlang dan terbilang selaras dengan visi sekolah, iaitu ‘SMK BBST Terus

Cemerlang dan Terbilang’. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membantu murid-murid

membiasakan diri dengan pelbagai bentuk soalan yang dijadikan bank soalan agar dapat

meningkatkan kelemahan utama melalui pelbagai jenis soalan dalam dasar luar dan dalam

negara melalui kaedah Satu Murid Satu Bank Soalan .

1.0 REFLEKSI MASALAH

Subjek Pengajian Am memang merupakan mata pelajaran yang luas sukatan

pelajarannya dan merupakan kertas wajib bagi semua pelajar yang mengambil Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia ( STPM ). Mata pelajaran ini dimestikan lulus pada tahap sekurang-

kurangnya C, untuk menentukan pelajar dapat diberikan Sijil penuh bagi peperiksaan

tersebut Pengajian Am terbahagi kepada dua kertas iaitu Kertas 1 dan Kertas 2. Dasar 2

Page 3: Kajian  tind 3 rohani  2012

Luar Negara dan Dasar dalam negara terkandung dalam Pengajian Am kertas 1. Soalan

Dasar Dalam Negara dan dasar Luar Negara merupakan soalan yang penting kerana

soalan ini dikemukakan mulai soalan 1 hingga soalan 20-25. Kebanyakan pelajar tidak

dapat menguasai sukatan pelajaran Pengajian Am kertas 1 kerana kertas ini yang meliputi

aspek yang sangat luas. Tambahan pula Pengajian kertas 1 memerlukan pelajar menjawab

enam puluh soalan objektif serta perlu memberikan satu jawapan yang tepat daripada

empat pilihan jawapan iaitu pilihan A,B,C atau D. Peruntukkan masa bagi menjawab

soalan Kertas 1 ialah dua jam sahaja . Oleh itu dari segi pembahagian masa , pelajar perlu

memperuntukkan masa yang seimbang untuk menjawab sesuatu soalan dan setiap satu

soalan mesti dijawab tidak lebih daripada dua minit sahaja.

Semasa membuat soalan latih tubi dan menyemak tugasan-tugasan tutorial pelajar

tingkatan 6 Atas, saya dapati mereka kurang mahir berkenaan dasar luar negara dan dasar

dalam negara. Pada pandangan saya, antara punca para pelajar tidak dapat menguasai

kedua-dua dasar dalam sukatan pelajaran Pengajian Am 1 ini adalah disebabkan terlalu

banyak dasar yang diperkenalkan dan dijalankan oleh negara kita sejak zaman sebelum

merdeka hinggalah zaman sekarang. Walaupun sebahagian kecil daripada sukatan

pelajaran ini merupakan lanjutan daripada sukatan pelajaran sejarah menengah rendah

tetapi bagi kebanyakan pelajar kurang membaca dan tidak mendapat pendedahan dalam

pelaksanaan dasar kerajaan pada peringkat usia tersebut. Oleh itu, teknik memperbanyak

soalan melalui kaedah Satu Murid Satu Bank Soalan diharapkan dapat memperbanyak

koleksi soalan dan pelajar boleh membuat latihan bagi mengukuhkan ingatan dan

penguasaan para pelajar serta boleh menjawab soalan objektif dengan lebih tepat. Pelajar

didedahkan dengan soalan-soalan yang dari segi kekerapan, sering dikemukakan dalam

peperiksaan supaya pelajar sudah dibiasakan dengan bentuk dan kandungan soalan.

Dengan perkataan lain, pendekatan ini bersifat ”serampang dua mata” iaitu berlatih dan

memperoleh maklumat dalam satu masa.

2.0 MASALAH YANG DIKAJI

Ramai dalam kalangan pelajar yang berpendapat bahawa sukar untuk mengingati

perkembangan sejarah negara kita serta kronologi dasar-dasar yang dijalankan oleh

negara kita. Pada peringkat awal selepas perang, sesuatu dasar lebih mudah difahami

berbanding selepas negara kita merdeka. . Dasar yang diperkenalkan amat banyak dan ,

sukar untuk diingat dan terlalu luas ruang lingkup sukatan pelajarannya. Oleh sebab itu

3

Page 4: Kajian  tind 3 rohani  2012

pelbagai teknik perlu dilaksanakan bagi menanam minat para pelajar terhadap dasar

yang dijalankan dalam mata pelajaran Pengajian Am 1 ini. Pelbagai usaha dan

pelbagai cara telah diambil oleh para penerbit dan penulis buku rujukan Pengajian Am

untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran ini. Guru Pengajian Am pula

kurang diberikan pendedahan dari segi pedagogi terhadap mata pelajaran ini . Para guru

juga terpaksa membimbing pelajar membuat nota sendiri di samping penggunaan

kaedah peta minda dan membuat nota ringkas ,banyak membuat rujukan untuk

memudahkan pelajar mengingat fakta-fakta, berkaitan dasar yang dijalankan. Pada

pandangan saya, jika pelajar sudah berjaya membuat bank soalan sendiri , peta minda

dan memiliki nota ringkas, menunjukkan pelajar itu sudah separuh bersedia untuk

meneruskan persiapan akhir bagi menghadapi peperiksaan.

Walaupun banyak lagi kelemahan dalam menangani masalah penguasaan sukatan

ini, pelajar seharusnya perlu didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan berkaitan dasar

tersebut bagi menangangi kelemahan-kelemahan yang sedia ada. Hal ini supaya tidak

menjadi masalah utama yang menjadi penghalang kepada kecemerlangan pelajar dalam

mata pelajaran Pengajian Am 1. Oleh yang sedemikian, tidak hairanlah apabila peratus

mata pelajaran Pengajian Am pada setiap tahun mengalami naik turun. Walaupun

semua pelajar sedar wajib menguasai subjek Pengajian Am , namun mereka masih

tidak dapat mengekalkan peratusan kelulusan yang baik , malah masih beranggapan

mata pelajaran ini sangat susah untuk dikuasai. Oleh itu, bagi memastikan pelajar peka

terhadap soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan pada tahun-tahun sebelumnya,

bahagian soalan popular juga disediakan di samping kekerapan soalan yang dibina oleh

pelajar. Hal ini memang sesuai dengan keperluan memupuk kemahiran kognitif yang

tinggi dalam kalangan pelajar serta meningkatkan perkembangan individu yang

menyeluruh selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Tegasnya, kajian ini

bukan sahaja bermatlamat memenuhi keperluan peperiksaan tetapi pelajar mencapai

keputusan yang cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti dalam STPM.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap Dasar Dalam Negeri dan Dasar Luar

Negara.

3.2 Menambahkan koleksi soalan sebagai latih tubi samada latih tubi untuk individu

mahupun untuk kumpulan.

4

Page 5: Kajian  tind 3 rohani  2012

3.3 Membiasakan para pelajar menjawab soalan berkaitan dasar dalam Negeri dan

Dasar Luar Negara.

3.4 Berfikir secara kritis dan analisis serta meningkatkan usaha para pelajar membina

dan menjawab soalan STPM.

3.5 Menanamkan semangat cinta akan negara kerana kelebihan negara kita

berbanding negara luar.

3.6 Mengenal pasti perbezaan maksud dan matlamat sesuatu pernyataan dengan

tepat dan cepat dan memilih jawapan yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Seramai 13 orang pelajar telah dipilih daripada tingkatan 6 Atas 1 . Responden kajian

terdiri daripada pelajar 11 orang pelajar berbangsa Melayu dan 2 orang pelajar

berbangsa India. Kajian ini berdasarkan keputusan markah Pengajian Am kertas 1

dalam PAT (Peperiksaan Akhir Tahun 2010) dan PKS 1 tahun 2011 yang kurang

memberangsangkan bagi pelajar Prauniversiti. Secara keseluruhannya, pelajar

prauniversiti terdiri daripada pelajar pelbagai aras pencapaian dalam penguasaan mata

pelajaran Pengajian Am dan paling ramai yang mempunyai pencapaian sederhana dan

Rendah dalam mata pelajaran .

5.0 PERANCANGAN AKTIVITI

5.1 Guru menggunakan keadah kumpulan. Empat kumpulan dibentuk iaitu

mengandungi 3 atau 4 orang ahli.

5.2 Ahli dalam kumpulan menyediakan 4 atau 5 soalan setiap individu.

5.3 Guru memberikan tajuk tugasan dasar luar negara dan dasar dalam negara bagi

kumpulan tersebut.

5.4 Secara tidak langsung dalam kumpulan menghasilkan 20 – 25 soalan dan jumlah

soalan terkumpul dibankkan menjadi lebih kurang 80-100 soalan.

.

6.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

6.1 Tinjauan masalah – Segala PEMBENTANGAN semasa pembelajaran dibukukan

oleh para pelajar. Penyemakan Modul dan kertas tugasan dibentangkan dalam

kelas, dibincangkan semasa tutorial dan dikumpulkan mengikut tajuk kumpulan.

Maklumat serta soalan yang dibina perlu dikemaskinikan dan dianalisis oleh guru

setiap kali hujung bulan.

5

Page 6: Kajian  tind 3 rohani  2012

6.2 Temubual- Guru mengadakan sesi temubual selepas tutorial untuk mendapat

maklum balas daripada para pelajar.

6.3 Ujian Pra - Guru menjalankan praujian untuk meninjau keberkesanan pada

peringkat awal kaedah pengajaran . Hal ini juga diharapkan dapat melihat sejauh

manakah para pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan

datang.

6.4 Ujian post – Guru menjalankan ujian post untuk melihat peningkatan pencapaian

pelajar selepas kaedah satu murid satu bank soalan dijalankan .

7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

7.1 Pengesanan terhadap tutorial

Guru perlu menjadi penunjuk cara dan fasilitator semasa proses pengajaran

dan pembelajaran berlangsung. Ketika sesi perbengkelan dijalankan, pelajar perlu

dipandu untuk menghasilkan soalan yang bermutu dan mempunyai idea-idea yang

berkesan, bernas dan mengikut skema jawapan yang betul. Perjalanan

pembentangan tajuk dalam kelas tutorial tidak akan bermanfaat tanpa edaran

bahan-bahan sokongan seperti soalan-soalan topikal serta soalan-soalan tahun

lepas untuk pemantapan soalan dalam bank soalan..

7.2 Refleksi pemerhatian dan penelitian sebelum dan selepas kaedah satu murid

satu bank soalan dijalankan.

Dapatan daripada pemerhatian dan penelitian sebelum dan selepas kaedaah

satu murid satu bank soalan dijalankan, dilihat daripada keputusan Ujian Pra dan

post para pelajar tersebut seperti mana dalam jadual berikut:

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra dan Post

Bil Nama Pelajar Jantina PKS1

2011

Markah

sebelum

Markah

selepas

PERCUBAAN

STPM 2011

6

Page 7: Kajian  tind 3 rohani  2012

PRINSIPAL 25 M 25 M PRINSIPAL

1 CALON A L C+ 20 23 C+

2 CALON B L B 15 16 C+

3 CALON C P B+ 19 23 C

4 CALON D P B 10 15 C+

5 CALON E P C- 9 12 C

6 CALON F P B- 10 15 C

7 CALON G P B+ 14 20 C+

8 CALON H P A- 19 23 C+

9 CALON I P C+ 10 15 B

10 CALON J P B+ 19 23 C+

11 CALON K P D 10 15 B

12 CALON L P C- 10 15 C+

13 CALON M P A 19 23 B-

7.3 Langkah-langkah Pengajaran dan pembelajaran:

Langkah 1:

Guru mengedarkan tajuk Dasar Dalam Negara ( Dasar Ekonomi ) iaitu Dasar

Ekonomi Malaysia sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan malaya

Pertama, Rancangan malaya kedua, Rancangan Malaysia Pertama hingga

sekarang, Dasar pembangunan Nasional dan wawasan 2020. Seterusnya Dasar

Dalam Negara ( Dasar Sosial ) dan Dasar-dasar Luar Negara : Faktor penentu

dasar, Dasar probarat, dasar berkecuali, Malaysia dan hubungan serantau serta

bentuk / bidang kerjasama ekonomi, politik dan sosial.

Langkah 2 :

Dalam 4 kumpulan kecil terdiri daripada 3 – 4 ahli kumpulan bagi setiap kumpulan

dan membahagikan kelas kepada 4 kumpulan kecil dan setiap kumpulan

Memilih satu tajuk darpadai dasar dalam negara dan satu tajuk daripada Dasar

Luar Negara.

Langkah 3 :

7

Page 8: Kajian  tind 3 rohani  2012

Setiap Kumpulan akan mencari bahan berkenaan dasar yang ditugaskan untuk

dibentangkan mengikut jadual pembentangan kumpulan. Di samping itu, kumpulan

pembentang juga perlu menyediakan 4 set soalan yang mengandungi soalan-

soalan dasar dalam negara dan dasar luar negara yang ditugaskan. Setiap set

soalan mengandungi 5-10 soalan.

Langkah 4:

Guru memberi garis panduan bagi penyediaan set soalan dan setiap kumpulan

diminta menyediakan mengikut format yang ditetapkan beserta cadangan jawapan

di muka surat akhir bank soalan. Guru membuat rumusan dan pelajar menghantar

set soalan dalam bentuk hard copy dan soft copy .

Langkah 5:

Guru mengumpulkan bahan-bahan dan menyelaraskan bank soalan .

Pengukuhan :

Guru memberikan markah bonus untuk penyediaan soalan dan pembentangan

kumpulan terbaik dan mencatatkan 2 markah tambahan dalam penghasilan

page layout tugasan tutorial yang menarik serta memperbanyak koleksi soalan

serta tugasan yang baik serta diedarkan kepada pelajar lain.

7.4 Penilaian dan pengukuhan

Berdasarkan maklum balas yang diterima, serta markah yang diperolehi oleh para

pelajar , didapati para pelajar mulai berminat untuk mempelajari Dasar dalam dan

luar negara serta sejarah penggubalan dasar tersebut. Di samping itu, terdapat

peningkatan markah yang diperolehi oleh pelajar dalam subjek Pengajian Am.

Mata pelajaran Pengajian AM juga menjadi lebih menyeronokkan dengan

penglibatan pembentangan pelajar secara terbuka.

Walaupun kajian ini dijalankan dalam bilangan pelajar yang kecil iaitu kurang 20

orang tetapi maklum balas yang diterima memang amat memberangsangkan.

8.0 RUMUSAN

Kepentingan mata pelajaran Pengajian Am dalam menerapkan nilai-nilai

kewarganegaraan tidak boleh dipertikaikan. Mata pelajaran Pengajian Am juga

8

Page 9: Kajian  tind 3 rohani  2012

berperanan dalam pembentukan pembangunan negara dan membina modal insan yang

cemerlang dan bersahsiah tinggi. Persaingan yang sengit dengan mata pelajaran lain

yang lebih maju merupakan cabaran yang hebat dan merupakan titik persaingan yang

perlu diatasi. Peranan pengetahuan am yang luas sebagai wadah mendidik bangsa

dan warganegara sempurna tidak boleh dikesampingkan.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi menarik minat pelajar untuk terus

mencintai negara kita dan meneruskan dasar yang baik dan positif seperti yang

diterapkan dalam subjek Pengajian Am. sebagai satu mata pelajaran di peringkat yang

lebih tinggi.

Usaha murni kerajaan yang mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata

pelajaran wajib dalam Sijil Pelajaran Malaysia amat wajar dan sangat dituntut oleh

generasi sekarang. Harapan saya agar mata pelajaran sejarah ini juga diwajibkan

untuk pelajar yang menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

LAMPIRAN:

Jadual 2 : Perbandingan Keputusan peperiksaan Pertengahan / Percubaan

dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia tahun 2011 .

9

Page 10: Kajian  tind 3 rohani  2012

Bil Nama Pelajar PEPERIKSAAN

PERTENGAHAN

TAHUN 2011

PERCUBAAN

STPM 2011

PRINSIPAL

STPM 2011

1 CALON A C B-

2 CALON B B- B

3 CALON C D C+

4 CALON D B+ B

5 CALON E D C-

6 CALON F C B-

7 CALON G C B-

8 CALON H A B+

9 CALON I B- B-

10 CALON J B B+

11 CALON K D+ C+

12 CALON L C+ B-

13 CALON M B- B-

10