3
Mohamad Aimi b Maikol Jamek Tingkatan 6 Atas 1 2010 Kajian Tentang Faktor Kemerosotan Kualiti Air Kemerosotan kualiti air telah berlaku sejak sekian lama. Ia telah berlaku di serata tempat di Negara kita tanpa kita sedari. Kadang kala, aktiviti harian kita juga boleh mempengaruhi kemerosotan kualiti air. Kawasan yang kami pilih bagi menjalankan kajian untuk menyelidik tentang tahap kemerosotan kualiti air ialah di kawasan hilir Sungai Muar. Terdapat banyak faktor telah menyebabkan kadar kualiti air di sungai ini terjejas. Faktor utama yang menyebabkan kemerosotan kualiti air di kawasan ini ialah proses perbandaran yang pesat. Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Bandar Muar ini menyebabkan banyak bangunan-bangunan dibina. Bangunan-bangunan ini dibina berhampiran dengan sungai Muar. Ini menyebabkan banyak sistem saliran mereka yang bercampur dengan sisa domestik disalirkan terus memasuki aliran sungai. Contoh kegiatan ekonomi yang dimaksudkan ialah pembinaan bangunan bazaar, bangunan pasar basah , gerai-gerai serta restoran makanan dan lain-lain. Kesan kemerosotan kualiti air sungai Muar ini menyebabkan air sungai berubah 1 Hak cipta terpelihara. Oleh kumpulan 1

Kajian Tentang Faktor Kemerosotan Kualiti Air, geografi stpm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian Tentang Faktor Kemerosotan Kualiti Air yang dijalankan di sekitar Hilir Sungai Muar,Geografi STPM 2010

Citation preview

Page 1: Kajian Tentang Faktor Kemerosotan Kualiti Air, geografi stpm

Mohamad Aimi b Maikol Jamek Tingkatan 6 Atas 1 2010

Kajian Tentang Faktor Kemerosotan Kualiti Air Kemerosotan kualiti air telah berlaku sejak sekian lama. Ia telah berlaku di serata tempat di Negara kita tanpa kita sedari. Kadang kala, aktiviti harian kita juga boleh mempengaruhi kemerosotan kualiti air. Kawasan yang kami pilih bagi menjalankan kajian untuk menyelidik tentang tahap kemerosotan kualiti air ialah di kawasan hilir Sungai Muar. Terdapat banyak faktor telah menyebabkan kadar kualiti air di sungai ini terjejas.

Faktor utama yang menyebabkan kemerosotan kualiti air di kawasan ini ialah proses perbandaran yang pesat. Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Bandar Muar ini menyebabkan banyak bangunan-bangunan dibina. Bangunan-bangunan ini dibina berhampiran dengan sungai Muar. Ini menyebabkan banyak sistem saliran mereka yang bercampur dengan sisa domestik disalirkan terus memasuki aliran sungai. Contoh kegiatan ekonomi yang dimaksudkan ialah pembinaan bangunan bazaar, bangunan pasar basah , gerai-gerai serta restoran makanan dan lain-lain. Kesan kemerosotan kualiti air sungai Muar ini menyebabkan air sungai berubah warna hingga dapat dilihat melalui imaj satelit yang dirakamkan (http://wikimapia.org/#lat=2.0496287&lon=102.5648403&z=16&l=0&m=b). Air tersebut telah bertukar kepada warna kehitaman dikawasan kegiatan ekonomi tersebut.

Faktor kedua yang menyebabkan kemerosotan kualiti air ialah faktor perkembangan pengankutan air. Sungai Muar ini adalah antara sungai yang tersibuk di johor kerana ia menjadi laluan utama bagi kapal dan bot –bot nelayan. Sumber air sungai ini tercemar melalui enap cemar serta aktiviti membersihkan kapal dan bot-bot ini. Tompok-tompok dan tumpahan minyak juga dikesan. ia berpunca daripada kapal dan bot-bot nelayan yang tidak diselenggara dengan baik yang mengakibatkan kebocoran minyak. keadaan laluan pengankutan air di sungai Muar yang sesak ini juga telah mengakibatkan perlanggaran antara bot-bot nelayan. ia menyebabkan

1Hak cipta terpelihara. Oleh kumpulan 1

Page 2: Kajian Tentang Faktor Kemerosotan Kualiti Air, geografi stpm

Mohamad Aimi b Maikol Jamek Tingkatan 6 Atas 1 2010

tumpahan minyak disekitar sungai ini. sumber protein akan terjejas disebabkan oleh kandungan oksigen didalam air semakin berkurangan. Seterusnya, minyak-minyak ini akan menjadi ketulan-ketulan tar/minyak mentah yang terperangkap pada jaring-jaring sangkar pengusaha ikan air tawar. Ikan ternakan pengusaha ini juga tidak terkecuali daripada menerima kesan daripada kemerosotan kualiti air.

Pembangunan tanah secara besar-besaran sama ada untuk pelancongan, perbandaran, perindusrian mahupun untuk pembinaan jambatan kedua telah menghapuskan banyak kawasan paya bakau di sekitar hilir sungai ini. akibat daripada pemusnahan kawasan hijau ini maka, partikel-partikel tanah akan mudah terhakis dan seterusnya akan dibawa oleh larian air permukaan dan seterusnya akan memasuki sungai.kemerosota kualiti air ini dikesan melalui kandungan terampai (SS) dan juga kekeruhan dan perubahan warna air.

Kawasan sekitar sungai Muar ini merupakan dataran tanah pamah yang luas. Kawasan hulu sungai ini telah dibangunkan untuk dijadikan kawasan pertanian. Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia telah digunakan secara berleluasa menyebabkan kualiti air sungai disini telah tercemar. Ia sering berlaku terutama selepas hujan apabila bahan kimia tersebut dilarutresapkan oleh air hujan dan dibawa oleh larian air permukaan terus memasuki dan bercampur dengan air sungai. Akibatnya air sungai ini menjadi berasid dengan bacaan nilai pH nya yang kurang daripada pH7

2Hak cipta terpelihara. Oleh kumpulan 1