45
1 KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI DADAH HABIS- HABISAN (PDH) 2016 Prof. Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah 1 , Dr. Mohd Rafidi Jusoh 2 , Dr Mohamad Isa Amat 3 , Dr Amin Al Haadi Shafie 4 , Prof Datuk Dr Mizan Adiliah Bt Ahmad Ibrahim 5, Mohd Arief Sadik 6 1 Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA INTERNATIONAL) ABSTRAK-Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program perangi dadah habis- habisan (PDH) 2016. Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program PDH melalui enam program utama yang ditentukan berasaskan kepada tujuh indikator penilaian berikut: pertama : Jumlah penagih baru yang dikesan di 14 kawasan tumpuan. Kedua : Jumlah sarang penagihan yang berjaya dibersihkan. Ketiga : Impak program perangi dadah habis- habisan secara kuantitatif dan kualitatif. Keempat : Komitmen pemegang taruh terhadap semua program yang dijalankan dalam program. Kelima : Keterangkuman komuniti terhadap aktiviti program perangi dadah habis-habisan. Ketujuh : Kesediaan masyarakat terhadap program perangi dadah habis-habisan. Kajian ini bersifat kuantitatif yang melibatkan nombor dan angka, namun begitu, data kualitatif juga telah dikumpul melalui temubual separa berstruktur (semi-strctured interview) dan dianalisis untuk menyokong dan meperkukuhkan dapatan kuantitatif. Kaedah pengumpulan data untuk kajian ini adalah berbentuk teknik pensampelan berstrata atau stratified sampling technique. Dalam kajian ini, strata adalah mengikut hot-spot di setiap negeri. 150 orang sample meliputi 6 segmen dipilih daripada setiap strata. Maka jumlah sampel yang terlibat adalah sekitar 2100 orang. Data-data kuantitatif diperoleh daripada pelaporan aktiviti mengikut KPI yang ditetapkan untuk dianalisis supaya objektif 1,2,4 dan 6 tercapai. Sementara untuk mencapai objektif ke 3 yang mengukur impak program PDH, satu set soalselidik telah dibangunkan bagi tujuan pengumpulan Kejayaan dan keberkesanan kempen ini adalah berdasarkan kepada dapatan berikut. Penurunan kadar penagih baru yang dikesan di kawasan tumpuan Jika digeneralisasikan kepada kadar penagih baru kebangsaan, dapatan kajian ini adalah jauh lebih rendah atau pengurangan sebanyak 55.0%.. Pembersihan sebanyak 71.4% daripada jumlah sarang penagihan yang didaftar dan diprofilkan di kawasan-kawasan tumpuan dalam tempoh lapan bulan. Impak program secara keseluruhan adalah sebanyak 80.4% ke atas komuniti berdasarkan ukuran terhadap pembolehubah kebolehcapaian (accessible), boleh dilihat (visible), kesediaan (readiness), kesedaran (awareness), pengetahuan (knowledge) dan kemahiran (skills) dalam kalangan pemimpin dan ahli komuniti. Program pengesanan dan penahanan (operasi cegah, sarang dan bersepadu) paling tinggi memberi impak ke komuniti, diikuti oleh program omnipresence, media dan ikon antidadah. Komitmen yang ditunjukkan oleh pemegang taruh (stakeholder) kepada Kempen PDH adalah amat tinggi. Keterangkuman komuniti berlaku di 85.7% kawasan tumpuan PDH, melibatkan peranan semua pihak iaitu badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, individu persendirian dan pemimpin komuniti. Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin komuniti memainkan peranan paling penting dengan kadar penglibatan sebanyak 78.6%, diikuti NGO (57.1%), sektor swasta (35.7%) dan individu persendirian (35.7%). Secara keseluruhan, dapatan-dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kempen perangi dadah habis-habisan amat berjaya dan berkesan dalam mengurangkan masalah penagihan dadah.

KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

1

KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI DADAH HABIS-HABISAN (PDH) 2016

Prof. Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah1, Dr. Mohd Rafidi Jusoh2, Dr Mohamad Isa

Amat3, Dr Amin Al Haadi Shafie4, Prof Datuk Dr Mizan Adiliah Bt Ahmad

Ibrahim5, Mohd Arief Sadik 6

1Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA INTERNATIONAL)

ABSTRAK-Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program perangi dadah habis-habisan (PDH) 2016. Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program PDH melalui enam program utama yang ditentukan berasaskan kepada tujuh indikator penilaian berikut: pertama : Jumlah penagih baru yang dikesan di 14 kawasan tumpuan. Kedua : Jumlah sarang penagihan yang berjaya dibersihkan. Ketiga : Impak program perangi dadah habis-habisan secara kuantitatif dan kualitatif. Keempat : Komitmen pemegang taruh terhadap semua program yang dijalankan dalam program. Kelima : Keterangkuman komuniti terhadap aktiviti program perangi dadah habis-habisan. Ketujuh : Kesediaan masyarakat terhadap program perangi dadah habis-habisan. Kajian ini bersifat kuantitatif yang melibatkan nombor dan angka, namun begitu, data kualitatif juga telah dikumpul melalui temubual separa berstruktur (semi-strctured interview) dan dianalisis untuk menyokong dan meperkukuhkan dapatan kuantitatif. Kaedah pengumpulan data untuk kajian ini adalah berbentuk teknik pensampelan berstrata atau stratified sampling technique. Dalam kajian ini, strata adalah mengikut hot-spot di setiap negeri. 150 orang sample meliputi 6 segmen dipilih daripada setiap strata. Maka jumlah sampel yang terlibat adalah sekitar 2100 orang. Data-data kuantitatif diperoleh daripada pelaporan aktiviti mengikut KPI yang ditetapkan untuk dianalisis supaya objektif 1,2,4 dan 6 tercapai. Sementara untuk mencapai objektif ke 3 yang mengukur impak program PDH, satu set soalselidik telah dibangunkan bagi tujuan pengumpulan Kejayaan dan keberkesanan kempen ini adalah berdasarkan kepada dapatan berikut. Penurunan kadar penagih baru yang dikesan di kawasan tumpuan Jika digeneralisasikan kepada kadar penagih baru kebangsaan, dapatan kajian ini adalah jauh lebih rendah atau pengurangan sebanyak 55.0%.. Pembersihan sebanyak 71.4% daripada jumlah sarang penagihan yang didaftar dan diprofilkan di kawasan-kawasan tumpuan dalam tempoh lapan bulan. Impak program secara keseluruhan adalah sebanyak 80.4% ke atas komuniti berdasarkan ukuran terhadap pembolehubah kebolehcapaian (accessible), boleh dilihat (visible), kesediaan (readiness), kesedaran (awareness), pengetahuan (knowledge) dan kemahiran (skills) dalam kalangan pemimpin dan ahli komuniti. Program pengesanan dan penahanan (operasi cegah, sarang dan bersepadu) paling tinggi memberi impak ke komuniti, diikuti oleh program omnipresence, media dan ikon antidadah. Komitmen yang ditunjukkan oleh pemegang taruh (stakeholder) kepada Kempen PDH adalah amat tinggi. Keterangkuman komuniti berlaku di 85.7% kawasan tumpuan PDH, melibatkan peranan semua pihak iaitu badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, individu persendirian dan pemimpin komuniti. Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin komuniti memainkan peranan paling penting dengan kadar penglibatan sebanyak 78.6%, diikuti NGO (57.1%), sektor swasta (35.7%) dan individu persendirian (35.7%). Secara keseluruhan, dapatan-dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kempen perangi dadah habis-habisan amat berjaya dan berkesan dalam mengurangkan masalah penagihan dadah.

Page 2: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

2

PENDAHULUAN

Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke empat pada 19 Februari 1983 bersempena dengan sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan. Pihak kerajaan telah mendapati bahawa masalah dadah bukan lagi sekadar masalah sosial tetapi telah mula dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Menyedari akan bahana dadah, Dasar Dadah Kebangsaan telah diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan untuk mewujudkan negara Malaysia bebas daripada gejala ancaman dadah menjelang 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.

Dalam tahun 2015, seramai 26,668 penagih dadah telah dikenalpasti di seluruh negara melalui Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (MYAADK) di mana, 20,289 orang merupakan penagih pertama kali dikesan dan selebihnya 6,379 orang merupakan penagih berulang. Majoriti pesalah adalah daripada golongan lelaki iaitu seramai 25,655 orang (96.20%) dan 1,013 orang (3.80%) adalah golongan wanita. Manakala mengikut kategori etnik, kaum Melayu masih mengekalkan majoriti daripada keseluruhan angka penagih dadah yang mencatatkan sebanyak 21,335 orang (80.00%), diikuti oleh kaum Cina 2,117 orang (7.94%) dan India sebanyak 2,113 orang (7.92%). Kaum-kaum lain menyumbang sebanyak 4.14%.

Masalah penyalahgunaan dadah turut dikenalpasti memberi kesan kepada pelbagai masalah lain dari sudut sosial, ekonomi dan kesihatan yang telah memberi tekanan kepada orang awam bagi mendesak untuk melakukan semakan semula bagi melihat pendekatan rawatan kesihatan dan pengambilalihan kuasa kepada pegawai kesihatan untuk memainkan peranan mereka dalam menguruskan pesakit yang bergantung kepada dadah tersebut. Malahan, masalah ketagihan dadah ini turut dikaitkan dengan masalah sosial yang lain seperti jenayah jalanan, gejala rasuah, kemalangan, pelacuran dan masalah ponteng sekolah. Bahana kegiatan penyalahgunaan dadah juga boleh menjadi salah satu faktor kemerosotan perkembangan sumber manusia di negara ini. Ini adalah kerana majoriti penagih dadah adalah dalam lingkungan umur yang masih muda dan produktif dimana pada usia ini mereka diharapkan mampu menyumbangkan tenaga dan kemahiran kepada negara pada masa akan datang. Berdasarkan laporan daripada AADK (2015), golongan yang berumur 40 tahun dan ke atas adalah merupakan penagih dadah, dengan angka sebanyak 6,373 (23.90%). Ketagihan dalam kalangan golongan muda yang berumur 13-19 tahun dilaporkan sebanyak 1,375 (5.16%). Jumlah bagi penagih dadah bagi golongan yang berusia 25-29 tahun iaitu sebanyak 4,977 (18.66%) manakala bagi golongan dewasa yang berumur 50 tahun dan ke atas dilaporkan seramai 6,373 (23.90%). Penyalahgunaan dadah ini telah memberi kesan kepada belanjawan negara bukan hanya disebabkan oleh kekurangan tenaga pekerja, malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang berikutan jenayah yang timbul.

Page 3: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

3

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada bulan Februari 2016, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, mengumumkan tahun 2016 sebagai tahun kempen besar-besaran untuk memerangi jenayah berkaitan dadah. YAB Timbalan Perdana Menteri membuat pengisytiharan tersebut setelah mengambil kira isu dan masalah yang dikenalpasti dalam trend penyalahgunaan dan penagihan dadah masa kini, yang mana:

(a) Peningkatan jumlah penagih yang dikesan pada tahun 2015 yang meningkat kepada 26,668 orang, dengan komposisi penagih baru yang membimbangkan iaitu sebanyak 76.1%;

(b) Penglibatan generasi muda yang berada dalam kumpulan umur 18 hingga 39 tahun yang menyumbang kepada 73.4% daripada jumlah keseluruhan;

(c) Peningkatan jumlah keseluruhan penagih dikesan sehingga tahun 2016 kepada 282,660 orang;

(d) Penurunan umur mula (onset age) menyalahguna dadah kepada seawal 7 tahun; dan

(e) 178 kawasan di seluruh negara dikenalpasti sebagai kawasan berisiko tinggi.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, peningkatan golongan muda termasuk murid sekolah dengan paling muda berumur tujuh tahun telah dikesan menjadi penyalahguna dadah pada tahun lalu, memerlukan langkah baharu lebih berkesan bagi memerangi gejala itu. Saranan ini diumumkan pada Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2016 di Lawas, Sarawak. Mantan Ketua Pengarah pada 15 Mac 2016 menjelaskan bahawa lebih banyak program daripada pihak AADK akan dilaksanakan kepada pelajar sekolah dan masyarakat yang melibatkan kerajaan negeri, pemimpin masyarakat, dan komuniti untuk mengambil peduli dalam usaha membanteras dadah.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai agensi peneraju dalam usaha memerangi ancaman dadah dalam negara telah mengambil langkah awal menyahut seruan perang ini dengan menganjurkan mesyuarat dan bengkel khas bagi merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang komprehensif sesuai dengan hasrat kerajaan, melalui strategi Perangi Dadah Habis-habisan (PDH). Perancangan awal program dan aktiviti PDH memberi tumpuan kepada tiga (3) focus point iaitu pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, dan penguatkuasaan. AADK mengetuai usaha perancangan ini dengan melibatkan penyertaan, perbincangan dan perkongsian input-input daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan lain yang relevan antaranya seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Bahagian Perkhidmatan Farmasi (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Jabatan Pendidikan, di semua peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan daerah.

Page 4: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

4

Perancangan program dan aktiviti dalam pelaksanaan PDH yang tersusun telah dibentuk dan digerakkan bersama iaitu:

(a) Penubuhan “war room” sebagai penyelaras dan pemudahcara semua program dan aktiviti yang dilaksana di bawah inisiatif PDH di peringkat ibupejabat, negeri dan daerah;

(b) Perlantikan individu-individu berpengaruh dalam komuniti sebagai “focal person” untuk memberi impak kepada pelaksanaan program dan aktiviti PDH;

(c) Penentuan dan penyediaan profiling kawasan tumpuan atau “focal area” bagi pelaksanaan program dan aktiviti PDH; dan

(d) Perlantikan pakar-pakar rujuk yang berpengetahuan dan berkemahiran luas dalam bidang pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, dan penguatkuasaan dadah (subject matter experts) di peringkat ibupejabat dan negeri.

Kempen strategi perangi dadah habis-habisan ini melibatkan pembersihan di 178 kawasan berisiko tinggi dengan memberi fokus kepada 14 kawasan utama seluruh negara yang telah ditentukan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pihak AADK bagi menghapus/mengurangkan permintaan dan penawaran dadah. Kempen ini menggunakan tiga strategi utama iaitu, pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, dan penguatkuasaan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan, NGOs dan komuniti dalam membantu menggerakkan semua agensi yang terlibat untuk sama-sama menjalankan kesemua strategi yang terdapat dalam program Perangi Dadah Habis-habisan.

Program-program yang dijalankan di semua 14 kawasan tumpuan tersebut adalah :

Program omnipresence, iaitu program dan aktiviti bagi menunjukkan kehadiran pihak berkuasa atau pasukan bertugas dalam sesuatu kawasan tumpuan bagi meningkatkan rasa selamat dan keyakinan ahli komuniti;

Program operasi pengesanan dan penahanan, iaitu program dan aktiviti mengesan dan menahan penagih-penagih di kawasan port yang dikenalpasti dan memproses mereka yang disahkan penagih untuk menjalani rawatan dan pemulihan di institusi atau komuniti;

Program operasi bersepadu (penyertaan dalam operasi “sarang” PDRM), iaitu program dan aktiviti pengesanan dan penahanan pengedar-pengedar dan penagih-penagih dadah secara bersepadu, termasuk memproses mereka yang disahkan penagih untuk menjalani rawatan dan pemulihan di institusi atau komuniti;

Program media baru, luar dan statik, iaitu program dan aktiviti pendidikan pencegahan melalui sebaran maklumat, dan pengetahuan bagi meningkatkan kesedaran bahaya dadah dan promosi gaya hidup sihat kepada pelbagai kumpulan sasar;

Program pemberdayaupaya komuniti (community empowerment), iaitu program memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah, dan menyedarkan

Page 5: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

5

ahli komuniti termasuk pemimpin-pemimpin komuniti mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam merancang, menggerak dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan seta rawatan dan pemulihan dadah di dalam komuniti; dan

Program ikon antidadah, iaitu program dan aktiviti pendidikan pencegahan melalui perantara tokoh atau personaliti berpengaruh sebagai agen promosi dan kempen, duta antidadah dan role-model kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program perangi dadah habis-habisan melalui enam program utama yang ditentukan berasaskan kepada tujuh indikator penilaian berikut:

(a) Jumlah penagih baru yang dikesan di 14 kawasan tumpuan

(b) Jumlah sarang penagihan yang berjaya dibersihkan

(c) Impak program perangi dadah habis-habisan secara kuantitatif dan kualitatif

(d) Komitmen pemegang taruh terhadap semua program yang dijalankan dalam program

(e) Keterangkuman komuniti terhadap aktiviti program perangi dadah habis-habisan

(f) Kesediaan masyarakat terhadap program perangi dadah habis-habisan

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang akan dijawab dalam kajian ini ialah adakah program-program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melalui strategi PDH berkesan dalam:

(a) Mengurangkan jumlah penagih-penagih baru yang dikesan

(b) Mengurang dan menghapuskan sarang-sarang penagihan

(c) Memberi impak kepada keseluruhan pelaksanaan PDH di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan

(d) Meningkatkan komitmen pemegang taruh dalam memerangi dadah secara habis-habisan

(e) Melibatkan semua pihak berkepentingan dari segi keterangkuman komuniti dalam memerangi dadah secara habis-habisan

(f) Meningkatkan kesediaan pemimpin dan ahli komuniti dalam memerangi dadah secara habis-habisan

Page 6: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

6

DEFINISI OPERASI

Bagi membantu proses pemahaman kontekstual, setiap pemboleh ubah dalam kajian ini perlu dijelaskan dengan lebih lanjut, termasuk beberapa instilah yang digunakan dalam Kempen PDH.

Program Omnipresence

Program Omnipresence ialah merujuk kepada program dan aktiviti yang dilakukan bagi menunjukkan kehadiran pihak berkuasa atau pasukan bertugas dalam sesuatu kawasan tumpuan bagi meningkatkan rasa selamat dan keyakinan ahli komuniti terhadap sesuatu perkara. Rasa selamat dan keyakinan ini berasaskan kepada persepsi dan pandangan ahli komuniti mengenai visibilti dan accessibility kepada perkhidmatan yang diberikan atau tujuan program diadakan.

Program Operasi Cegah

Program ini merujuk kepada program dan aktiviti mengesan dan menahan penagih-penagih di kawasan sarang penagihan yang dikenalpasti dan memproses mereka yang disahkan penagih untuk menjalani rawatan dan pemulihan di institusi atau komuniti. Program operasi ini dijalankan oleh Pegawai-pegawai AADK.

Program Operasi Sarang/Bersepadu

Program ini merujuk kepada program dan aktiviti pengesanan dan penahanan pengedar-pengedar dan penagih-penagih dadah secara bersepadu, termasuk memproses mereka yang disahkan penagih untuk menjalani rawatan dan pemulihan di institusi atau komuniti. Operasi Sarang adalah program yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang disertai oleh Pegawai-pegawai AADK, manakalaOperasi Bersepadu ialah program operasi yang dianjurkan oleh AADK bersama rakan strategik lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya.

Program Media Baru, Luar Dan Statik

Program ini merujuk kepada program dan aktiviti pendidikan pencegahan serta rawatan dan pemulihan melalui kaedah sebaran maklumat dan pengetahuan bagi meningkatkan kesedaran bahaya dadah dan promosi gaya hidup sihat kepada pelbagai kumpulan sasar.

Program Pemdayaupaya Komuniti (Community Empowerment)

Program ini merujuk kepada program memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah dan menyedarkan ahli komuniti termasuk pemimpin-pemimpin komuniti mengenai peranan serta tanggungjawab mereka. Program yang dilaksanakan meliputi merancang, menggerak, melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan serta rawatan/pemulihan dadah di dalam komuniti.

Program Ikon Antidadah

Program ini merujuk kepada program dan aktiviti pendidikan pencegahan serta rawatan dan pemulihan melalui perantara tokoh atau personaliti berpengaruh sebagai

Page 7: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

7

agen promosi dan kempen. Ikon akan bertindak sebagai duta antidadah dan role-model kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti dalam melaksanakan program.

Profiling Kawasan

Profiling kawasan merujuk kepada program dan aktiviti yang dilakukan oleh Pegawai-pegawai AADK bagi memprofilkan kawasan tumpuan Kempen PDH berasaskan kepada maklumat-maklumat yang diperlukan seperti keluasan kawasan, jumlah populasi penduduk, jumlah unit keluarga, jumlah institusi pendidikan termasuk sekolah dan institusi pengajian tinggi, dan sebagainya.

Sarang Penagihan

Sarang penagihan atau port adalah merujuk tempat yang digunakan oleh penagih-penagih dadah melebihi dua orang untuk menggunakan dadah sama ada secara tetap atau sementara, atau tempat yang berlaku aktiviti jual-beli dadah.

Page 8: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

8

Rondaan 24 Jam

Rondaan 24 merujuk kepada aktiviti membuat roandaan secara berkumpulan yang dilaksanakan oleh Pegawai-pegawai AADK bersama komuniti setempat dan agensi kerajaan seperti Sistem Rondaan Sukarela (SRS), Kumpulan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Penduduk (JKKK), PDRM, RELA, JPNIM dan lain-lain bagi tujuan menunjukkan kehadiran pihak berkuasa dalam sesuatu tempat dan mengumpul maklumat berkaitan penagihan dadah.

Walkabout

Walkabout adalah merujuk kepada aktiviti turun padang yang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin setempat bagi menyampaikan mesej, maklumat dan kesedaran kepada ahli-ahli komuniti mengenai bahaya dadah, peranan mereka dalam memerangi dadah, dan sebagainya.

Walking Message

Walking message adalah aktiviti yang dilaksanakan Pegawai-pegawai AADK, pemimpin komuniti dan individu-indidivu berpengaruh, termasuk ikon, untuk memberi maklumat dan pengetahuan mengenai masalah dadah yang dihadapi dalam kawasan tumpuan, khususnya kepada kumpulan sasar.

War Room

War Room adalah merujuk kepada bilik gerakan ditubuhkan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah bagi tujuan merancang, melaksana, menyelaras dan memantau setiap program dan aktiviti yang dijalankan di kawasan tumpuan.

Community Engagement

Community engagement adalah merujuk kepada proses penglibatan semua segmen masyarakat dalam program dan aktiviti yang dilaksanakan dalam membasmi masalah dadah di kawasan tumpuan. .

Perancangan awal program dan aktiviti PDH memberi tumpuan kepada tiga (3) focus point iaitu pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, dan penguatkuasaan. AADK mengetuai usaha perancangan ini dengan melibatkan penyertaan, perbincangan dan perkongsian input-input daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan lain yang relevan antaranya seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), RELA, Bahagian Perkhidmatan Farmasi (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Jabatan Pendidikan Malaysia, di semua peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan daerah.

Perancangan program dan aktiviti yang dirumus dan dipersetujui bersama bagi merealisasikan PDH ini telah dibentangkan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri melalui Bahagian Dasar Kepenjaraan, Antidadah dan Rela (PDR) pada 30 Mac dan 10 Mei 2016 untuk proses pelaksanaan. Selain mempersetujui perancangan yang telah digariskan, satu mekanisme pelaksanaan PDH yang tersusun telah dibentuk dan digerakkan bersama, iaitu:

Page 9: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

9

(a) Penubuhan “war room” sebagai penyelaras dan pemudahcara semua program dan aktiviti yang dilaksana di bawah inisiatif PDH di peringkat ibupejabat, negeri dan daerah;

(b) Perlantikan individu-individu berpengaruh dalam komuniti sebagai “focal person” untuk memberi impak kepada pelaksanaan program dan aktiviti PDH;

(c) Penentuan dan penyediaan profiling kawasan tumpuan atau “focal area” bagi pelaksanaan program dan aktiviti PDH; dan

(d) Perlantikan pakar-pakar rujuk yang berpengetahuan dan berkemahiran luas dalam bidang pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, dan penguatkuasaan dadah (subject matter experts) di peringkat ibupejabat dan negeri.

Enam program dan 27 aktiviti utama telah dipersetujui untuk dilaksanakan bagi mencapai matlamat PDH seperti berikut:

Program Omnipresence

Definisi

Program Omnipresence ialah program atau aktiviti yang dilakukan bagi menunjukkan kehadiran pihak berkuasa atau pasukan bertugas dalam sesuatu kawasan tumpuan bagi meningkatkan rasa selamat dan keyakinan ahli komuniti terhadap sesuatu perkara. Rasa selamat dan keyakinan ini berasaskan kepada persepsi atau pandangan ahli komuniti mengenai visibility dan accessibility kepada perkhidmatan yang diberikan atau tujuan program ini diadakan.

Objektif

Objektif-objektif yang ditetapkan melalui pelaksanaan program ini ialah:

(a) Menunjukkan kehadiran dan komitmen pihak berkuasa dalam mencegah penyalahgunaan dan penagihan dadah, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan dadah di dalam komuniti.

(b) Meningkatkan rasa selamat ahli-ahli komuniti dalam menghadapi ancaman penyalahgunaan dan penagihan dadah.

(c) Meningkatkan keyakinan ahli-ahli komuniti mengenai keberkesanan program dan aktiviti pencegahan, rawatan dan pemulihan, dan penguatkuasaan dadah.

Aktiviti-aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di bawah program ini ialah:

(a) Rondaan – iaitu merujuk kepada aktiviti rondaan dan tinjauan oleh anggota penguatkuasa bersama ahli-ahli komuniti dalam sesuatu kawasan.

Page 10: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

10

(b) Walkabout – iaitu merujuk kepada aktiviti lawatan dan ramah mesra pemimpin dan pegawai agensi pencegahan, rawatan dan pemulihan, dan penguatkuasaan dadah ke kawasan tumpuan awam seperti kawasan perumahan, pasar, rumah ibadat, tempat-tempat hiburan dan sebagainya.

(c) Papan iklan atau mesej statik di kawasan strategik dan tumpuan – iaitu merujuk kepada aktiviti memasang dan mempamer mesej secara statik di tempat-tempat strategik dan tumpuan bagi menyatakan pesanan, etika, nilai dan norma hidup sihat atau peraturan dan undang-undang khusus bagi memberi pengetahuan dan kesedaran komuniti. Paparan mesej adalah berkaitan pencegahan, rawatan dan pemulihan, dan penguatkuasaan.

(d) Walking message – aktiviti menyebarluas mesej atau maklumat antidadah kepada kumpulan sasar secara lisan dan bukan lisan, sama ada mesej pencegahan, rawatan dan pemulihan, atau penguatkuasaan dadah.

Program pengesanan dan penahanan penagih melalui Operasi Cegah

Program pengesanan dan penahanan penagih melalui Operasi Cegah atau Ops Cegah ialah program dan aktiviti mengesan dan menahan penagih-penagih di kawasan sarang penagihan (port) yang dikenalpasti dan memproses mereka yang disahkan penagih untuk menjalani rawatan dan pemulihan di institusi atau komuniti. Operasi ini biasanya hanya melibatkan pegawai dan anggota AADK sahaja.

Objektif

Objektif-objektif yang ditetapkan melalui pelaksanaan program ini ialah:

(a) Menyediakan sistem profiling kawasan penagihan yang komprehensif

(b) Membersihkan port atau sarang penagihan

(c) Membina dan mengekalkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan dadah dalam operasi mengesan dan menahan penagih-penagih dadah

(d) Mengurangkan permintaan terhadap dadah melalui penahanan penagih dan membawa mereka menjalani rawatan dan pemulihan

Aktiviti-aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang ditetapkan di bawah program ini ialah:

(a) Mengenalpasti sarang penagihan atau port dan penyediaan profil dalam kawasan tumpuan

(b) Membuat dan mengumpul maklumat risikan

(c) Mengesan dan menahan penagih-penagih yang disyaki

(d) Mengeluarkan perintah menjalani rawatan

(e) Membawa penagih-penagih yang diperintah menjalani rawatan ke pusat-pusat pemulihan

Page 11: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

11

(f) Menjalankan siasatan dan pendakwaan ke atas penagih-penagih yang melanggar syarat atau perintah pengawasan

Program pengesanan dan penahanan penagih melalui Ops Sarang atau Bersepadu

Program pengesanan dan penahanan penagih melalui Operasi Sarang (Ops Sarang) atau Operasi Bersepadu (Ops Bersepadu) ialah program dan aktiviti mengesan dan menahan pengedar-pengedar dan penagih-penagih di kawasan sarang penagihan (port) yang dikenalpasti atau mana-mana kawasan lain dan memproses mereka yang disahkan penagih untuk menjalani rawatan dan pemulihan di institusi atau komuniti. Program Ops Sarang akan diketuai oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia, manakala Ops Bersepadu merupakan operasi melibatkan kerjasama pelbagai jabatan penguatkuasa. AADK akan menyertai program operasi ini melalui kerjasama dan hanya terhad kepada kumpulan sasar penagih dadah dan memproses mereka yang disahkan penagih untuk menjalani rawatan dan pemulihan di institusi atau komuniti.

Objektif

Objektif-objektif yang ditetapkan melalui pelaksanaan program ini ialah:

(a) Membersihkan port atau sarang penagihan

(b) Membina dan mengekalkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan dadah dalam operasi mengesan dan menahan penagih-penagih dadah

(c) Mengurangkan permintaan terhadap dadah melalui penahanan penagih dan membawa mereka menjalani rawatan dan pemulihan

Aktiviti-aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang ditetapkan di bawah program ini ialah:

(a) Mengenalpasti port atau sarang penagihan dan penyediaan profil dalam kawasan tumpuan

(b) Membuat dan mengumpul maklumat risikan

(c) Mengesan dan menahan penagih-penagih yang disyaki

(d) Mengeluarkan perintah menjalani rawatan

(e) Membawa penagih-penagih yang diperintah menjalani rawatan ke pusat-pusat pemulihan

(f) Menjalankan siasatan dan pendakwaan ke atas penagih-penagih yang melanggar syarat atau perintah pengawasan

(g)

Program media baru, luar dan konvensional

Page 12: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

12

Program media ialah program dan aktiviti pendidikan pencegahan serta rawatan dan pemulihan melalui kaedah sebaran maklumat dan pengetahuan bagi meningkatkan kesedaran bahaya dadah dan promosi gaya hidup sihat kepada pelbagai kumpulan sasar. Saluran atau medium media yang digunakan ialah sama ada media baru (seperti YouTube, Twitter, Instagram dan Facebook), media luar (seperti pameran, brosur, papan iklan dan poster), atau media konvensional (seperti televisyen, radio dan media cetak).

Objektif

Objektif-objektif yang ditetapkan melalui pelaksanaan program ini ialah:

(a) Memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai pendidikan pencegahan dadah dan rawatan dan pemulihan dadah mengikut kumpulan sasar

(b) Memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab mencegah penyalahgunaan dadah dan rawatan dan pemulihan dadah mengikut kumpulan sasar

(c) Menggerakkan komitmen dan penglibatan aktif kumpulan sasar dalam memerangi ancaman dadah dalam kawasan tumpuan

Aktiviti-aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di bawah program ini ialah:

(a) Penyediaan bahan-bahan media mengikut kesesuaian kawasan tumpuan

(b) Menjalin kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan media bagi penyebaran mesej antidadah

(c) Membina dan mengoperasi rangkaian media antidadah khas di peringkat negeri dan daerah

(d) Pameran statik dan booth di lokasi utama dalam kawasan tumpuan

Ikon Antidadah

Program ikon antidadah ialah program dan aktiviti pendidikan pencegahan serta rawatan dan pemulihan melalui perantara tokoh atau personaliti berpengaruh sebagai agen promosi dan kempen, duta antidadah dan role-model kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti. Ikon antidadah memainkan peranan menyebarkan pengetahuan dan kemahiran berdasarkan kepakaran yang dimiliki atau sebagai agen penyampai maklumat yang dibekalkan oleh pegawai antidadah.

Objektif

Objektif-objektif yang ditetapkan melalui pelaksanaan program ini ialah:

(a) Meningkatkan kesedaran mengenai peranan dan tangungjawab kumpulan sasar dalam memerangi ancaman dadah melalui perantara tokoh atau personaliti berpengaruh

(b) Menjadikan ikon antidadah sebagai agen pengaruh dan role model bagi mempromosi gaya hidup sihat

Page 13: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

13

(c) Meningkatkan keberkesanan penyampaian mesej antidadah kepada kumpulan sasar

Aktiviti-aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang ditetapkan di bawah program ini ialah:

(a) Mengenalpasti dan melantik ikon antidadah daripada kalangan tokoh atau personaliti berpengaruh dalam kawasan tumpuan

(b) Merancang dan melaksana aktiviti-aktiviti antidadah bagi melibatkan ikon antidadah

(c) Melibatkan focal person dalam aktiviti-aktiviti pencegahan dan rawatan dan pemulihan mengikut kesesuaian kawasan tumpuan

Pendayaupayaan Komuniti

Program memdayaupayakan komuniti atau community empowerment ialah program memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah, kemahiran dalam aktiviti antidadah dan menyedarkan ahli komuniti termasuk pemimpin-pemimpin komuniti mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam merancang, menggerak dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan serta rawatan dan pemulihan dadah di dalam komuniti.

Objektif

Objektif-objektif yang ditetapkan melalui pelaksanaan program ini ialah:

(a) Memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah kepada semua peringkat lapisan komuniti

(b) Memberi kemahiran-kemahiran asas dalam pendidikan pencegahan dan rawatan dan pemulihan dadah kepada pemimpin-pemimpin komuniti yang dipilih

(c) Melibatkan ahli komuniti secara aktif dalam merancang, menggerak dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan pencegahan dan rawatan dan pemulihan dadah di dalam komuniti

Aktiviti-aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang ditetapkan di bawah program ini ialah:

(a) Aktiviti-aktiviti bagi mengaktifkan komuniti

(b) Aktiviti-aktiviti bagi membangunkan keupayaan (capacity building) komuniti

(c) Aktiviti-aktiviti bagi membangunkan kemahiran pengurusan (management skills development) bagi membolehkan komuniti merancang, melaksana dan memantau aktiviti pencegahan dan rawatan

(d) Aktiviti-aktiviti bagi membina persekitaran yang suportif (supportive environment)

Page 14: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

14

Pelaksanaan program

Pelaksanaan program-program di bawah PDH di 14 kawasan utama adalah berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

Program PDH menerapkan konsep kolaborasi dan ketrangkuman komuniti (community collaboration and engagement) sebagai asas dalam mekanisme pelaksanaannya. Lima mekanisme utama digunakan dalam menggerakkan konsep ini, iaitu:

(a) Profiling

Profiling merupakan mekanisme pelaksanaan awal yang perlu dilakukan oleh pegawai AADK Negeri dan Daerah yang terlibat dalam PDH. Ia merupakan langkah pemetaan kawasan PDH bagi mengenalpasti dan menetapkan secara geografi dan populasi sesebuah kawasan mengikut input-input yang diperlukan bagi pelaksanaan program. Setiap kawasan PDH perlu dilengkapkan dengan maklumat atau input yang ditetapkan, dengan menggunakan format seperti di Lampiran A: Profiling Kawasan Tumpuan Program Perangi Dadah Habis-habisan.

(b) Penilaian keperluan komuniti

Pelaksanaan enam program utama PDH di 14 kawasan utama bergantung sepenuhnya kepada analisis keperluan (need assessment) yang dibuat di dalam komuniti berkenaan. Analisis keperluan merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk memahami keperluan-keperluan dan aset-aset dalam komuniti, termasuk maklumat mengenai tahap penyalahgunaan dadah dalam komuniti, kesannya kepada komuniti, aktiviti-aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan yang sedang dan telah dilakukan, dan jurang sumber atau aset dalam komuniti yang boleh diperolehi. Dapatan analisis akan membolehkan suatu usaha dan pelan tindakan dirangka dan dilaksanakan bagi mengatasi isu dan masalah yang dihadapi komuniti menggunakan enam program PDH yang ditetapkan. Proses pelaksanaan analisis adalah seperti di Lampiran B: Garis Panduan Analisis Keperluan Komuniti Program Perangi Dadah Habis-habisan.

(c) Penilaian kesediaan komuniti

Penilaian kesediaan komuniti merujuk kepada penilaian untuk mengetahui sejauhmana pemimpin dan ahli komuniti bersedia untuk mengambil tindakan dalam menangani masalah dadah di dalam komuniti mereka. Maklumat mengenai tahap kesediaan ini boleh membantu agensi pelaksana program merangka pelan tindakan program PDH yang ditetapkan, khususnya apabila melibatkan program pendayaupayaan komuniti. Proses penilaian ini dibincangkan secara terperinci di dalam bab metodologi.

(d) Mendayaupayakan komuniti

Mekanisme mendayaupayakan komuniti dalam pelaksanaan program-program PDH merujuk kepada usaha untuk memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada pemimpin dan ahli komuniti untuk merancang, melaksana dan memantau program dan aktiviti pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan,

Page 15: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

15

dan penguatkuasaan dadah di dalam komuniti. Matlamat akhir kepada mekanisme ini ialah pemimpin dan ahli komuniti menjadikan program dan aktiviti sebagai hak milik komuniti (pemilikhakkan program). Terdapat empat fasa mekanisme ini dilaksanakan iaitu pengaktifan komuniti, pembangunan keuupayaan, pembangunan kemahiran pengurusan program dan pembinaan persekitaran suportif.

(e) War room dan subject matter expert

Setiap peringkat pelaksana PDH sama ada Ibupejabat AADK, AADK Negeri dan Daerah (kawasan PDH) dikehendaki menubuh dan menyelenggara operasi sebuah bilik gerakan atau war room sebagai satu mekanisme memantau, menyelaras dan memudahcara semua program dan aktiviti yang dilaksanakan di bawah program PDH. Di samping itu, seorang pegawai AADK perlu dilantik sebagai seorang subject matter expert yang berfungsi sebagai pakar rujuk kepada pelaksanaan, khidmat nasihat dan pemudahcara kepada program-program PDH, di peringkat ibupejabat dan negeri.

METHODOLOGI

Metodologi kajian memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan sesuatu kajian. Nachmias dan Nachimias (1976) berpendapat setelah objektif, soalan kajian atau hipotesis serta pemboleh ubah kajian ditentukan, pengkaji perlu menentukan reka bentuk kajian yang dapat mencapai objektif dan menjawab soalan kajian. Reka bentuk kajian adalah program yang membimbing kajian dalam proses pengumpulan data, membuat analisis data dan menginterpretasikan data.

Reka Bentuk Kajian

Walizer dan Wienir (1978) menyatakan reka bentuk kajian sebagai ’Ways of collecting data are often referred to as research designs’. Manakala Majid Konteng (2000) menerangkan bahawa reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. Khususnya, reka bentuk sesuatu penyelidikan membincangkan tentang bagaimana untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan. Reka bentuk merupakan keseluruhan rangka projek penyelidikan yang menyatakan apakah corak atau jenis kajian yang hendak dilaksanakan, jenis maklumat yang di kumpul, dari mana sumber maklumat boleh didapati dan dengan apa maklumat boleh diperolehi.

Singleton dan Straits (2005) melihat reka bentuk kajian sebagai strategi awal dalam menjalankan kajian. Pada asasnya, mereka berpendapat dengan pernyataan dan permasalahan kajian yang jelas, ia perlulah melibatkan perancangan untuk mengumpul, menginterpretasikan dan pemerhatian yang diperlukan untuk menyelesaikan permasalahan yang dimaksudkan.

Chua Yan Piaw (2006) juga menyatakan dalam dunia penyelidikan, hasil kajian ditentukan oleh kaedah kajian dan reka bentuk kajian, dan reka bentuk kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian. Tidak ada satu reka bentuk kajian yang boleh digunakan dalam semua kajian, tetapi satu kajian boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa reka bentuk kajian yang berbeza. Oleh itu, pengkaji harus merancang kajiannya dengan reka bentuk kajian yang sesuai berpandukan tujuan kajiannya. Jika reka bentuk yang tidak sesuai digunakan, hasil kajian yang diperolehi mungkin tidak

Page 16: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

16

benar dan akan mendatangkan kesan negatif kepada mereka yang membuat rujukan nanti.

Jelasnya, pakar-pakar penyelidikan melihat reka bentuk kajian sebagai salah satu elemen yang sangat penting bagi sesuatu kajian terutama bagi memastikan matlamat kajian tercapai dengan sempurna. Kajian yang dijalankan ini berbentuk berbentuk kajian penilaian di mana ia adalah “ an applied form of research that involved finding out how well a programme, practice, procedure or policy is working” (Polit & Hungler 1999:201). Tujuan kajian penilaian adalah untuk menilai atau mentaksir kejayaan sesuatu amalan, program atau polisi dan ia selari dengan objektif utama kajian ini untuk menilai keberkesanan program Perangi Dadah Habis-habisan (PDH).

Walaupun pada dasarnya kajian ini bersifat kuantitatif yang melibatkan nombor dan angka, data kualitatif telah dikumpul melalui temubual separa berstruktur (semi-strctured interview) dan dianalisis untuk meperkukuhkan dapatan kuantitatif.

Lokasi Kajian

Lokasi kajian yang dipilih ialah perkampungan nelayan, tanah rancangan (Felda/Felcra) dan perumahan rakyat (PPR) yang dikenal pasti berdasarkan empat kriteria iaitu jumlah aduan kegiatan dadah tertinggi, jumlah besar penagih baru dikesan, kadar jenayah yang tinggi dan jumlah orang kena pengawasan (OKP) di setiap negeri. Berdasarkan kriteria tersebut, 14 kawasan daripada 178 kawasan berisiko tinggi dipilih dalam Kempen PDH 2016 adalah seperti berikut Kangar, Perlis ,Kawasan Kuala Kedah, Kedah, Kepala Batas, Pulau Pinang, Sitiawan, Perak, Kawasan Petaling Jaya, Selangor, Kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur Kawasan Jempol, Negeri Sembilan,Kawasan Tanjung Kling, Melaka, Kawasan Pasir Gudang, Johor, Kawasan Kuantan, Pahang, Kawasan Gong Badak, Terengganu Kawasan Pasir Mas, Kelantan, Kawasan Samariang, Sarawak dan Kawasan Merotai, Sabah

Sampel Kajian

Kaedah pengumpulan data untuk kajian ini adalah berbentuk teknik pensampelan berstrata atau stratified sampling technique. Pensampelan strata ini adalah dengan membahagikan populasi ke dalam kumpulan-kumpulan berbeza supaya sampel mewakili satu dan hanya satu strata sahaja (Bless & Higson-Smith, 1995). Neuman (2006) menyatakan bahawa teknik pensampelan berstrata berbeza dengan tetapi lebih berkesan daripada teknik pensampelan kebarangkalian atau probability. Teknik pensampelan berstrata adalah seperti berikut :

(a) Pengkaji membahagikan populasi kepada beberapa sub populasi atau strata untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang populasi.

(b) Setelah membahagikan populasi kepada strata tertentu, teknik pensampelan rawak digunakan untuk setiap strata. Cara ini dapat membantu pengkaji untuk mengawal dan memastikan sampel yang dipilih dalam setiap strata.

Page 17: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

17

(c) Kaedah ini akan mendapat sampel yang betul-betul mewakili populasi daripada menggunakan teknik pensampelan rawak (random sampling technique) yang sukar dikawal oleh pengkaji.

Dalam kajian ini, strata adalah mengikut hot-spot di setiap negeri. Sebanyak lebih kurang 150 orang sample meliputi 6 segmen komuniti iaitu guru sekolah, ketua kampung atau penghulu, pengerusi atau persatuan penduduk/ taman perumahan/kejiranan, anggota/ pegawai penguatkuasa undang-undang, imam/ketua agama, dan pegawai/ profesional perubatan dipilih daripada setiap strata. Maka jumlah sampel yang terlibat adalah sekitar 2100 orang. Jadual 3.1 memaparkan sampel kajian mengikut negeri, jantina dan bangsa.

Sampel Kajian Mengikut Negeri, Jantina dan Bangsa

BANGSA JANTINA

JUM LELAKI PEREMPUAN

MELAYU NEGERI JOHOR 65 66 131

MELAKA 79 44 123

SABAH 33 13 46

KUALA LUMPUR 87 35 122

SELANGOR 75 51 126

KEDAH 83 55 138

TERENGGANU 109 38 147

KELANTAN 89 60 149

PAHANG 67 68 135

PERLIS 76 52 128

NEGERI SEMBILAN 139 17 156

SARAWAK 70 33 103

PULAU PINANG 85 29 114

PERAK 43 38 81

Jumlah 1100 599 1699

CINA NEGERI JOHOR 1 2 3

MELAKA 5 8 13

SABAH 1 3 4

KUALA LUMPUR 2 0 2

SELANGOR 3 6 9

KEDAH 6 5 11

TERENGGANU 0 1 1

PAHANG 6 6 12

PERLIS 8 6 14

NEGERI SEMBILAN 2 1 3

SARAWAK 5 3 8

PULAU PINANG 13 6 19

PERAK 7 0 7

Jumlah 59 47 106

INDIA NEGERI JOHOR 4 6 10

MELAKA 1 0 1

SABAH 1 0 1

KUALA LUMPUR 20 2 22

SELANGOR 6 7 13

KEDAH 0 1 1

KELANTAN 1 0 1

Page 18: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

18

PAHANG 1 2 3

PERLIS 3 4 7

NEGERI SEMBILAN 4 0 4

SARAWAK 16 22 38

PULAU PINANG 15 1 16

PERAK 1 1 2

Jumlah 73 46 119

BUMIPUTRA SABAH SARAWAK

NEGERI JOHOR 0 3 3

MELAKA 1 1 2

SABAH 52 34 86

KUALA LUMPUR 1 2 3

SELANGOR 1 1 2

TERENGGANU 1 1 2

PAHANG 1 0 1

PERLIS 1 0 1

NEGERI SEMBILAN 1 0 1

PERAK 20 37 57

Jumlah 79 79 158

LAIN-LAIN NEGERI JOHOR 2 0 2

MELAKA 0 1 1

SABAH 9 2 11

KUALA LUMPUR 1 0 1

SELANGOR 1 0 1

PULAU PINANG 1 0 1

PERAK 1 1 2

Jumlah 15 4 19

JUMLAH NEGERI JOHOR 72 77 149

MELAKA 86 54 140

SABAH 96 52 148

KUALA LUMPUR 111 39 150

SELANGOR 86 65 151

KEDAH 89 61 150

TERENGGANU 110 40 150

KELANTAN 90 60 150

PAHANG 75 76 151

PERLIS 88 62 150

NEGERI SEMBILAN 146 18 164

SARAWAK 91 58 149

PULAU PINANG 114 36 150

PERAK 72 77 149

Jumlah 1326 775 2101

Selain itu, teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan untuk menentukan responden temu bual separa berstruktur agar data kualitatif dapat diperoleh sebagai pengukuhan kepada dapatan kuantitatif. Menurut Maxwell (1997), persampelan bertujuan yang membabitkan “particular settings, persons, or events are deliberately selected for the important information they can provide that cannot be gotten as well from other choices’’. Dalam kajian ini, seorang responden dipilih untuk mewakili setiap enam segmen komuniti. Oleh demikian, sebanyak 84 (6x14) orang responden terpilih sebagai sumber data kualitatif kajian ini.

Page 19: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

19

Instrumen Kajian Kuantitatif

Given dan Lisa (2008) menyatakan data kuantitatif adalah data yang melibatkan nombor (numerical) seperti statistik, peratusan dan lain-lain lagi. Pengumpulan data kuantitatif pula, merangkumi kaedah pengumpulan data dengan menggunakan alat ujian dengan soalan dan respons yang terkini, mengumpul data yang numerikal dan mengumpul data daripada kelompok individu yang besar. Walter (2008) menjelaskan data kuantitatif adalah satu set data numerikal yang di rekod dan diperolehi daripada tinjauan dunia sosial. Data-data kuantitatif diperoleh daripada pelaporan aktiviti mengikut KPI yang ditetapkan untuk dianalisis supaya objektif 1,2,4 dan 6 tercapai.

Sementara untuk mencapai objektif ke 3 yang mengukur impak program PDH, satu set soalselidik telah dibangunkan oleh sepasukan pakar bidang berdasarkan kerangka berikut untuk memastikan kesahan item soalselidik.

Jadual 3.2 : Kerangka Pembinaan Item Impak Program PDH

Enam komponen yang perlu diukur dalam item-item setiap program :

1. Accessible 2. Visible 3. Readyness 4. Awareness 5. Knowledge 6. Skills

Omnipresence

1. Anda dapat melihat kehadiran pihak berkuasa dalam memerangi ancaman dadah dalam komuniti anda

2. Anda merasa lebih selamat dengan kehadiran pihak berkuasa dalam komuniti anda

3. Anda mudah membuat aduan mengenai isu dadah kepada pihak berkuasa

4. Anda tahu bagaimana mendapatkan perkidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa

Mukaddimah menjelaskan isu semasa kepada sampel

Ops Sarang / Operasi Bersepadu

1. Anda sedar ada tindakan oleh pihak berkuasa dalam komuniti anda

2. Anda sedar ada tindakan memerangi ancaman dadaholeh pihak berkuasa ditempat anda

3. Anda bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa

4. Tindakan pihak berkuasa berjaya menghapuskan sarang-sarang penagihan(port) dalam komuniti anda

Accessible & visible

Page 20: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

20

Media Baru, Luar dan Konvensional

1. Anda sedar mengenai kempen perangi dadah habis habisan melalui media massa

2. Anda melihat peningkatan kempen perangi dadah di media massa

3. Anda mendapat pengetahuan kempen perangi dadah melalui media massa

4. Media massa membantu anda untuk bertindak memerangi dadah habis-habisan

Accessible Visible Readyness Awareness Knowledge Skills

Ikon Anti Dadah

1. Anda tahu penglibatan individu berpengaruh/tokoh dalam komuniti anda dalam kempen perangi dadah habis habisan

2. Penglibatan individu/tokoh berpegaruh berupaya meningkatkan keberkesanan kempen perangi dadah habis habisan

3. Mesej yang disampaikan individu berpengaruh memberi kesan kepada diri anda

4. Anda berpendapat penglibatan pemimpin kerajan penting dalam kempen perangi

Accessible Visible Readyness Awareness Knowledge Skills

Community empowerment

1. Anda sedar peranan dan tanggungjawab anda dalam usaha memerangi dadah

2. Anda mempunyai pengetahuan untuk membantu memerangi dadah habis habisan

3. Anda berupaya menyampaikan maklumat tentang isu penyalahgunaan dalam komuniti

4. Anda berupaya memberi kesedaran mengenai kesan dan bahaya dadah kepada ahli komuniti anda

Awareness Knowledge

Pembinaan item soal selidik mengikut program PDH dan juga tahap kesedaran, pengetahuan dan kemahiran telah menghasilkan set item berikut.

Jadual 3.3 : Taburan item mengikut program dan tahap impak

Program Omnipresence Tahap Impak

1. Anda dapat melihat kehadiran pihak berkuasa dalam memerangi ancaman dadah dalam komuniti anda

Awareness

2. Anda merasa lebih selamat dengan kehadiran pihak berkuasa dalam komuniti anda

Awareness

3. Anda mudah membuat aduan mengenai isu dadah kepada pihak berkuasa

Knowledge

4. Anda tahu bagaimana mendapatkan perkidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa

Skill

Page 21: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

21

Program Ops Sarang/Bersepadu

1. Anda sedar ada tindakan oleh pihak berkuasa dalam komuniti anda

Awareness

2. Anda sedar ada tindakan memerangi ancaman dadaholeh pihak berkuasa ditempat anda

Awareness

3. Anda bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Skill

4. Tindakan pihak berkuasa berjaya menghapuskan sarang-sarang penagihan(port) dalam komuniti anda

Knowledge

Program Media Baru

1. Anda sedar mengenai kempen perangi dadah habis habisan melalui media massa

Awareness

2. Anda melihat peningkatan kempen perangi dadah di media massa

Awareness

3. Anda mendapat pengetahuan kempen perangi dadah melalui media massa

Knowledge

4. Media massa membantu anda untuk bertindak memerangi dadah habis-habisan

Skill

Program Ikon Anti Dadah

1. Anda tahu penglibatan individu berpengaruh/tokoh dalam komuniti anda dalam kempen perangi dadah habis habisan

Awareness

2. Penglibatan individu/tokoh berpegaruh berupaya meningkatkan keberkesanan kempen perangi dadah habis habisan

Awareness

3. Mesej yang disampaikan individu berpengaruh memberi kesan kepada diri anda

Knowledge

4. Anda tahu penglibatan individu berpengaruh/tokoh dalam komuniti anda dalam kempen perangi dadah habis habisan

Knowledge

Kesemua item telah diperkemaskan setelah mendapat maklumbalas daripada ujian rintis yang dijalankan. Sila rujuk lampiran untuk melihat soal selidik Penilaian Impak Program PDH yang sebenar. Ujian Cronbach’s Alpha ke atas kesemua 16 item soal selidik menunjukkan bacaan .916, satu tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Selain data kuantitatif, data kualitatif melalui temu bual separa berstruktur telah dilakukan. Analisis data kualitatif adalah untuk memperkukuhkan dapatan impak kuantitatif. Sila rujuk lampiran untuk soalan Instrumen Temubual Berstruktur PDH.

Akhir sekali, untuk mencapai objektif ke 6, data yang diperlukan telah diperoleh melalui soalselidik Tahap Kesediaan Komuniti. Sepasukan pakar bidang telah terlibat dalam pembinaan instrumen ini. Prosedur dan prosesnya dijelaskan seperti berikut.

Page 22: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

22

Langkah 1: Laksana dan rekodkan temuduga

Apabila anda melaksanakan proses temuduga bagi menilai tahap kesediaan komuniti ini, pastikan:

(a) Paling mudah dan terbaik dilakukan temuduga melalui telefon, namun ia bergantung kepada kesediaan responden. Kaedah temuduga secara bersemuka juga boleh digunakan.

(b) Bagi mengelak maklumat tidak tercicir, gunakan perakam untuk merekod jawapan responden (pastikan kebenaran merakam diperolehi daripada responden).

(c) Atur temujanji dengan responden terlebih dahulu, dan maklumkan responden dengan maklumat berkaitan kajian ini.

(d) Hadkan setiap sesi temuduga mengambil masa 20 hingga 60 minit sahaja. Jika soalan masih tindak lengkap, atur sesi kedua dan seterusnya.

(e) Jangan beri/bekalkan soalan temuduga kepada responden sebelum proses temuduga dilakukan.

(f) Penemuduga perlu mahir dengan skala pemarkatan dan proses pemarkahan bagi instrumen ini.

Selepas selesai proses temuduga, pastikan jawapan responden disalin semula (transcribe) dalam bentuk ayat demi ayat bagi setiap soalan, khususnya apabila dilakukan dengan menggunakan perakam.

Langkah 2: Lakukan pemarkahan temuduga

Pemarkahan temuduga dibuat bagi setiap dimensi, bukannya mengikut soalan. Gunakan dua orang penemuduga untuk memberi markah bagi setiap dimensi, kemudian dapatkan skor purata bagi setiap dimensi. Secara terperinci, ikuti panduan berikut:

(a) Baca keseluruhan jawapan yang diberikan bagi setiap soalan dalam setiap dimensi sebelum anda memberikan skor markah mengikut pertimbangan anda

(b) Gunakan skala markah yang disediakan untuk membantu anda memberikan skor markah. Skor markah bagi setiap dimensi ialah antara 1 hingga 10 (cth: 1 sangat tidak aktif kepada 10 sangat aktif)

(c) Masukkan skor markah dalam ruang pemarkahan yang disediakan mengikut #temuduga (sekurang-kurangnya enam responden temuduga)

Langkah 3: Kira skor purata setiap dimensi

Apabila anda telah memberi pemarkahan bagi setiap dimensi dan bilangan temuduga (#temuduga), gambarannya adalah mungkin seperti jadual berikut:

Page 23: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

23

Jadual 3.4: Pengiraan skor purata

Dimensi #1 #2 #3 #4 #5 #6 Skor Purata

Dimensi 1 3 4.25 2 2.5 3 3.5

Dimensi 2 3.5 3.5 4 3 2.5 4

Dimensi 3 3.5 2.5 1.5 3.25 2 3

Dimensi 4 2.5 2.5 3 2.5 3 2.25

Dimensi 5 4 3.5 2.5 3 4 3.5

Jumlah keseluruhan skor

Dapatkan nilai skor purata bagi setiap dimensi, dengan mencampurkan semua skor mengikut #temuduga dalam dimensi yang sama, dan isikan nilai skor purata yang di ruang yang disediakan.

Contoh: Dimensi 1 = 3 + 4.25 + 2 + 2.5 + 3 + 3.5 / 6 = 3.04

Dimensi #1 #2 #3 #4 #5 #6 Skor Purata

Dimensi 1 3 4.25 2 2.5 3 3.5 3.04

Kemudian, dapatkan jumlah keseluruhan skor dengan mencampurkan semua nilai skor purata dan dibahagikan dengan jumlah dimensi.

Dimensi #1 #2 #3 #4 #5 #6 Skor Purata

Dimensi 1 3 4.25 2 2.5 3 3.5 3.04

Dimensi 2 3.5 3.5 4 3 2.5 4 3.42

Dimensi 3 3.5 2.5 1.5 3.25 2 3 2.63

Dimensi 4 2.5 2.5 3 2.5 3 2.25 2.63

Dimensi 5 4 3.5 2.5 3 4 3.5 3.42

Jumlah keseluruhan skor 3.03

Pengiraan jumlah skor keseluruhan (JKS) ialah:

JKS = 3.04 + 3.42 + 2.63 + 2.63 + 3.42 / 5 = 3.03

Nilai jumlah keseluruhan skor yang diperolehi ialah 3.03. Berdasarkan nilai ini, tahap kesediaan komuniti yang diperolehi ialah kesedaran kabur (rujuk jadual di bawah).

Skor JKS

Tahap Kesediaan Skor JKS

Tahap Kesediaan

1 Tiada kesedaran/toleran 6 Mengambil inisiatif

2 Penafian/penentangan 7 Stabilisasi

Page 24: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

24

3 Kesedaran kabur 8 Pengembangan/pengesahan

4 Pra-perancangan 9 Pemilikhakkan komuniti

5 Persediaan

3.6 Analisis Data

Data kuantitatif dianalisis menggunakan software SPSS Ver. 21. Memandangkan objektif kajian tidak membabitkan statistik inferential, hanya statistik descriptif dilakukan. Data kualitatif pula dianalisis secara manual di mana setiap respondent telah diberi kod identiti mengikut kawasan dan segmen komuniti seperti dalam Jadual 3.4 Kod Identiti Responden Temubual. Contohnya ID 8.1 adalah Tanjung Kling, Guru, 12.4 adalah Pasir Mas, Penguatkuasa dan sebagainya.

Jadual 3.4: Kod Identiti Responden Temubual

Kod Kawasan

Kawasan Kod Segmen Komuniti

Segmen Komuniti

1 Kangar 1 Guru Sekolah

2 Kuala Kedah 2 Ketua Kampung / Penghulu

3 Kepala Batas 3 Pengerusi / Ketua Persatuan Penduduk / Taman Perumahan / Kejiranan

4 Sitiawan 4 Anggota / Pegawai Penguatkuasa

5 Petaling Jaya 5 Imam / Ketua Agama

6 Pantai Dalam 6 Pegawai Profesional Perubatan

7 Jempol

8 Tanjung Kling

9 Pasir Gudang

10 Kuantan

11 Gong Badak

12 Pasir Mas

13 Samariang

14 Merotai

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Analisis deskriptif

Analisis deskriptif akan membincangkan dapatan kajian berdasarkan kepada profiling kawasan tumpuan PDH mengikut input-input yang dilaporkan, dan pencapaian KPI kawasan tumpuan PDH mengikut kawasan dan keseluruhan.

Profiling kawasan

Page 25: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

25

Analisis profiling kawasan PDH dibuat berdasarkan laporan yang disediakan oleh semua kawasan PDH mengikut format yang telah ditetapkan. Jadual 4.1 berikut menunjukkan profiling keseluruhan kawasan PDH mengikut input utama.

Berdasarkan Jadual 4.1, program PDH yang dilaksanakan di 14 kawasan seluruh negara sebagai kawasan tumpuan utama membasmi masalah dadah, adalah meliputi keluasan kawasan sebanyak 201,781.04 kilometer persegi dengan jumlah populasi seramai 1,501,931 orang, atau dalam unit keluarga adalah sebanyak 319,532 unit. Dalam kawasan ini juga mempunyai sebanyak 405 buah institusi pendidikan (sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi) dengan jumlah pelajar seramai 392,047 orang.

Jadual : Profiling keseluruhan 14 kawasan PDH

Maklumat profiling Jumlah

1. Keluasan kawasan 201,781.04 km2

2. Populasi penduduk 1,501,931 orang

3. Keluarga 319,532 unit

4. Institusi pendidikan 405 buah

392,047 orang

5. Focal area

Felda 12

Nelayan 27

PPR/Taman 9,025

6. Anggaran penagih 8,747 orang

7. OKP 6,091 orang

8. Sarang penagihan 85 buah

Berdasarkan focal area yang menjadi sasaran program pula, kawasan-kawasan PDH ini juga mempunyai 12 kawasan penempatan tanah rancangan seperti FELDA dan FELCRA, 27 kawasan perkampungan nelayan, dan 9,025 buah penempatan projek perumahan rakyat (PPR), projek perumahan awam (PPA), taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisional. Dari segi kumpulan sasar pula, kawasan ini dianggarkan mempunyai seramai 8,747 orang penagih aktif, 6,091 orang bekas penagih yang sedang menjalani program pengawasan (OKP) dan 85 buah sarang penagihan (port) yang aktif.

Pencapaian KPI

Analisis deskriptif pencapaian KPI mendapati secara keseluruhan kawasan mencapai sasaran melebihi 100 peratus dalam tempoh pelaksanaan selama lapan bulan. Jadual 4.2 menunjukkan prestasi pencapaian KPI mengikut program yang ditetapkan.

Page 26: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

26

Jadual : Pencapai KPI mengikut program utama

Program KPI Pencapaian

KPI Peratus

1. Omnipresence 896 956 106.7

2. Ops Cegah 336 371 110.4

3. Ops Sarang/Bersepadu 112 131 117.0

4. Ikon antidadah 112 128 114.3

5. Media 1,904 2,148 112.8

6. Community Empowerment 448 448 100.0

Jumlah 3,808 4,182 109.8

Jadual menunjukkan bahawa secara keseluruhan pencapaian KPI nasional ialah sebanyak 109.8 peratus, iaitu pelaksanaan sebanyak 4,182 aktiviti berbanding KPI yang ditetapkan sebanyak 3,808 kali. Semua program PDH yang dilaksanakan telah mencapai KPI yang telah ditetapkan. Program paling tinggi pencapaian KPI ialah program Ops Sarang/Bersepadu iaitu sebanyak 117.0 peratus dan paling rendah ialah program Community Empowerment, iaitu sebanyak 100 peratus.

Analisis lanjut dibuat bagi melihat pencapaian KPI mengikut jenis program dan kawasan-kawasan PDH. Jadual 4.3 hingga 4.9 berikut menunjukkan pencapaian KPI setiap program mengikut kawasan tumpuan PDH dan pencapaian secara keseluruhan.

Berdasarkan analisis pencapaian KPI yang dibuat bagi program omnipresence, Jadual 4.3 menunjukkan bahawa sebanyak sembilan kawasan PDH (64.3 peratus) telah mencapai KPI yang ditetapkan. Kawasan Kuala Kedah mencapai prestasi KPI terbaik iaitu telah menjalankan sebanyak 114 aktiviti di bawah program omnipresence berbanding 64 aktiviti ditetapkan (pencapaian sebanyak 178.1 peratus), diikuti oleh kawasan Sitiawan (85 aktiviti, 132.8 peratus) dan kawasan Gong Badak (73 aktiviti, 114.1 peratus). Lima kawasan PDH (35.7 peratus) tidak mencapai sasaran KPI yang ditetapkan. Kawasan Jempol menunjukkan prestasi pencapaian KPI yang terendah iaitu hanya menjalankan sebanyak 48 aktiviti berbanding 64 aktiviti yang ditetapkan (75.0 peratus), diikuti oleh kawasan Petaling Jaya (51 aktiviti, 79.7 peratus) dan kawasan Kuantan (60 aktiviti, 93.8 peratus).

Jadual 4.3: Pencapaian program Omnipresence mengikut 14 kawasan

Kawasan KPI Pencapaian

KPI Peratus

1. Kangar 64 64 100.0

2. Kuala Kedah 64 114 178.1

Page 27: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

27

3. Kepala Batas 64 61 95.3

4. Sitiawan 64 85 132.8

5. Petaling Jaya 64 51 79.7

6. Pantai Dalam 64 64 100.0

7. Jempol 64 48 75.0

8. Tanjung Kling 64 62 96.9

9. Pasir Gudang 64 64 100.0

10. Kuantan 64 60 93.8

11. Gong Badak 64 73 114.1

12. Pasir Mas 64 67 104.7

13. Samariang 64 72 112.5

14. Merotai 64 71 110.9

Jumlah 896 956 106.7

Bagi program ops cegah pula, analisis seperti Jadual 4.4 menunjukkan bahawa 11 kawasan PDH (78.6 peratus) telah mencapai atau melebihi sasaran KPI yang ditetapkan, manakala empat kawasan PDH (21.4 peratus) tidak mencapai sasaran KPI. Mengikut prestasi, kawasan Samariang mencapai KPI paling tinggi, iaitu melaksanakan sebanyak 46 aktiviti berbanding 24 aktiviti mengikut KPI (191.7 peratus), diikuti oleh kawasan Kangar dan Sitiawan (33 aktiviti, 137.5 peratus). Dari segi prestasi pencapaian KPI terendah, kawasan Merotai hanya mencapai 62.5 peratus prestasi pencapaian KPI (15 aktiviti), dikuti oleh kawasan Kuala Kedah (17 aktiviti, 70.8 peratus) dan kawasan Gong Badak (20 aktiviti, 83.3 peratus).

Jadual 4.4: Pencapaian program Ops Cegah mengikut 14 kawasan

Kawasan KPI Pencapaian

KPI Peratus

1. Kangar 24 33 137.5

2. Kuala Kedah 24 17 70.8

3. Kepala Batas 24 25 104.2

4. Sitiawan 24 33 137.5

5. Petaling Jaya 24 26 108.3

6. Pantai Dalam 24 24 100.0

Page 28: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

28

7. Jempol 24 24 100.0

8. Tanjung Kling 24 25 104.2

9. Pasir Gudang 24 25 104.2

10. Kuantan 24 26 108.3

11. Gong Badak 24 20 83.3

12. Pasir Mas 24 32 133.3

13. Samariang 24 46 191.7

14. Merotai 24 15 62.5

Jumlah 336 371 110.4

KPI yang ditetapkan bagi program ops sarang atau bersepadu ialah sebanyak lapan kali sepanjang PDH. Berdasarkan keputusan analisis seperti di Jadual 4.5, hanya lapan kawasan PDH (57.1 peratus) telah mencapai atau melebihi sasaran KPI yang ditetapkan, manakala enam kawasan (42.9 peratus) gagal mencapai sasaran KPI yang ditetapkan. Bagi kawasan yang mencapai sasaran KPI, kawasan Sitiawan menunjukkan prestasi terbaik dengan melaksanakan 24 aktiviti, iaitu tiga kali ganda sasaran KPI yang ditetapkan (300.0 peratus). Kawasan kedua terbaik ialah kawasan Gong Badak, iaitu melaksanakan 14 aktiviti (175.0 peratus), dan ketiga, kawasan Pasir Gudang dan Pasir Mas, masing-masing melaksanakan 13 aktiviti atau pencapaian 162.5 peratus. Bagi kawasan PDH yang tidak mencapai prestasi KPI yang ditetapkan pula, kawasan Samariang merupakan kawasan paling sedikit melaksanakan aktiviti iaitu hanya dua aktiviti atau 25.0 peratus daripada sasaran KPI. Kawasan kedua paling rendah prestasi ialah kawasan Merotai (empat aktiviti, 50.0 peratus) dan kawasan ketiga ialah kawasan Kepala Batas iaitu hanya melaksanakan lima aktiviti atau mencapai 62.5 peratus pencapaian KPI.

Jadual 4.5: Pencapaian program Ops Sarang/Bersepadu mengikut 14 kawasan

Kawasan KPI Pencapaian

KPI Peratus

1. Kangar 8 10 125.0

2. Kuala Kedah 8 6 75.0

3. Kepala Batas 8 5 62.5

4. Sitiawan 8 24 300.0

5. Petaling Jaya 8 8 100.0

6. Pantai Dalam 8 7 87.5

7. Jempol 8 7 87.5

Page 29: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

29

8. Tanjung Kling 8 8 100.0

9. Pasir Gudang 8 13 162.5

10. Kuantan 8 10 125.0

11. Gong Badak 8 14 175.0

12. Pasir Mas 8 13 162.5

13. Samariang 8 2 25.0

14. Merotai 8 4 50.0

Jumlah 112 131 117.0

Jadual 4.6: Pencapaian program Ikon Antidadah mengikut 14 kawasan

Kawasan KPI Pencapaian

KPI Peratus

1. Kangar 8 7 87.5

2. Kuala Kedah 8 12 150.0

3. Kepala Batas 8 10 125.0

4. Sitiawan 8 4 50.0

5. Petaling Jaya 8 3 37.5

6. Pantai Dalam 8 5 62.5

7. Jempol 8 6 75.0

8. Tanjung Kling 8 22 275.0

9. Pasir Gudang 8 11 137.5

10. Kuantan 8 11 137.5

11. Gong Badak 8 7 87.5

12. Pasir Mas 8 11 137.5

13. Samariang 8 14 175.5

14. Merotai 8 5 62.5

Jumlah 112 128 114.3

Page 30: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

30

KPI yang ditetapkan bagi pelaksanaan program ikon anti dadah adalah sebanyak 8 kali bagi setiap kawasan, atau 112 kali secara keseluruhan sepanjang Kempen PDH. Jadual 4.6 menunjukkan bahawa sebanyak tujuh kawasan telah mencapai KPI yang ditetapkan dan tujuh kawasan tidak mencapai KPI yang ditetapkan. Kawasan paling tinggi pencapaian KPI ialah kawasan Tanjung Kling yang telah mencapai KPI sebanyak 22 kali atau pencapaian sebanyak 275%, diikuti oleh Samariang (14 kali, 175%), Kuala Kedah (12 kali, 150%), Pasir Gudang, Kuantan dan Pasir Mas (masing-masing sebanyak 11 kali, 137%) dan Kepala Batas (10 kali, 125%). Manakala bagi kawasan yang tidak mencapai KPI, kawasan Petalin Jaya merupakan paling sedikit melaksanakan aktiviti, iaitu sebanyak 3 kali (37.5%), kedua ialah kawasan Sitiawan (4 kali, 50%) dan ketiga paling sedikit ialah Merotai dan Pantai Dalam (masing-masing 5 kali, 62.5%).

Jadual 4.7: Pencapaian program Media mengikut 14 kawasan.

Kawasan KPI Pencapaian

KPI Peratus

1. Kangar 136 139 102.2

2. Kuala Kedah 136 147 108.1

3. Kepala Batas 136 104 76.5

4. Sitiawan 136 203 149.3

5. Petaling Jaya 136 182 133.8

6. Pantai Dalam 136 181 133.1

7. Jempol 136 328 241.2

8. Tanjung Kling 136 136 100.0

9. Pasir Gudang 136 130 95.6

10. Kuantan 136 125 91.9

11. Gong Badak 136 164 120.6

12. Pasir Mas 136 147 108.1

13. Samariang 136 41 30.2

14. Merotai 136 121 89.0

Jumlah 1,904 2,148 112.8

Bagi program media pula, sebanyak 136 aktiviti media dijadikan KPI bagi setiap kawasan, atau keseluruhan 1,904 bagi keseluruhan 14 kawasan. Keputusan analisis di Jadual 4.7 menunjukkan bahawa sebanyak 2,148 aktiviti media telah dilaksanakan, iaitu pencapaian sebanyak 112.8%. Sembilan kawasan berjaya mencapai sasaran KPI, manakala lima kawasan gagal mencapai sasaran KPI yang ditetapkan. Kawasan

Page 31: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

31

Jempol merupakan kawasan terbaik dalam pencapaian pelaksanaan program media iaitu melaksanakan sebanyak 328 kali (241.2%), diikuti kawasan Sitiawan (203 kali, 149.3%) dan Petaling Jaya (182 kali, 133.8%). Manakala kawasan yang paling rendah pencapaian KPI ialah kawasan Samariang, iaitu hanya berjaya melaksanakan 41 aktiviti (30.2%), diikuti kawasan Kepala Batas (104 kali, 76.5%) dan kawasan Merotai (121 kali, 89.0%).

Jadual 4.8: Pencapaian program Pendayaupayaan komuniti mengikut 14 kawasan.

Kawasan KPI Pencapaian

KPI Peratus

1. Kangar 32 31 96.9

2. Kuala Kedah 32 28 87.5

3. Kepala Batas 32 63 196.9

4. Sitiawan 32 38 118.8

5. Petaling Jaya 32 34 106.3

6. Pantai Dalam 32 17 53.1

7. Jempol 32 18 56.3

8. Tanjung Kling 32 34 106.3

9. Pasir Gudang 32 34 106.3

10. Kuantan 32 29 90.6

11. Gong Badak 32 25 78.1

12. Pasir Mas 32 36 112.5

13. Samariang 32 32 100.0

14. Merotai 32 29 90.63

Jumlah 448 448 100.0

Bagi program pendayaupayaan komuniti, sebanyak 32 aktiviti dijadikan KPI bagi setiap kawasan, atau keseluruhan sebanyak 448 aktiviti di semua kawasan. Analisis keputusan di Jadual 4.8 menunjukkan bahawa hanya tujuh kawasan telah berjaya mencapai KPI yang ditetapkan, manakala tujuh kawasan lagi gagal mencapai KPI yang ditetapkan. Bagi kawasan yang mencapai KPI, kawasan Kepala Batas merupakan kawasan terbaik dengan pelaksanaan sebanyak 63 kali (196.9%), diikuti oleh kawasan Sitiawan (38 kali, 118.8%) dan kawasan Pasir Mas (36 kali, 112.5%). Manakala bagi kawasan yang tidak mencapai KPI, kawasan Pantai Dalam merupakan kawasan paling sedikit melaksanakan program pendayaupayaan komuniti, iaitu hanya sebanyak 17 kali atau 53.1% daripada KPI yang ditetapkan, diikuti kawasan Jempol (18 kali, 56.3%) dan Gong Badak (25 kali, 78.1%).

Page 32: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

32

Jadual 4.9: Perbandingan pencapaian KPI keseluruhan program mengikut kawasan

Kawasan KPI Pencapaian

KPI Peratus

1. Kangar 272 284 104.4

2. Kuala Kedah 272 324 119.1

3. Kepala Batas 272 268 98.5

4. Sitiawan 272 387 142.2

5. Petaling Jaya 272 304 111.8

6. Pantai Dalam 272 298 109.6

7. Jempol 272 431 158.5

8. Tanjung Kling 272 287 105.5

9. Pasir Gudang 272 277 101.8

10. Kuantan 272 261 96.0

11. Gong Badak 272 303 111.4

12. Pasir Mas 272 306 112.5

13. Samariang 272 207 76.1

14. Merotai 272 245 90.1

Jumlah 3,808 4,182 109.8

Kempen PDH menetapkan setiap kawasan tumpuan perlu melaksanakan sebanyak 272 aktiviti melibatkan enam program utama, atau secara keseluruhan sebanyak 3,808 aktiviti. Analisis pelaksanaan dan pencapaian KPI bagi setiap kawasan di Jadual 4.9 menunjukkan bahawa 10 kawasan (71.4%) mencapai sasaran KPI yang ditetapkan, manakala empat lagi kawasan (28.6%) gagal mencapai sasaran KPI. Kawasan PDH Jempol merupakan kawasan terbaik dari segi pencapaian KPI iaitu melaksanakan sebanyak 431 aktiviti, atau pencapaian sebanyak 158.5% berbanding sasaran KPI, diikuti oleh kawasan Sitiawan (387, 142.2%) dan kawasan Kuala Kedah (324, 119.1%). Bagi kawasan yang gagal mencapai sasaran KPI pula, kawasan Samariang adalah kawasan yang paling sedikit mencapai sasaran KPI iaitu sebanyak 207 aktiviti atau pencapaian sebanyak 76.1% berbanding sasaran KPI, diikuti oleh kawasan Merotai (245, 90.1%), dan kawasan Kuantan (261, 96.0%).

Page 33: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

33

Jumlah penagih baru dikesan

Keputusan analisis deskriptif di Jadual 4.4 dan 4.5 menunjukkan bahawa sebanyak 502 operasi pengesanan dan penahanan, iaitu meliputi 371 kali ops cegah dan 131 kali ops sarang/bersepadu, telah dilakukan di 14 kawasan tumpuan PDH sepanjang tempoh Kempen PDH selama lapan bulan (Mei hingga Oktober) pada tahun 2016. Hasilnya seramai 2,459 orang penagih telah berjaya ditahan dan disahkan positif pelbagai jenis dadah.

Keputusan di Jadual 4.10 menunjukkan bahawa jumlah penagih baru yang dikesan dan ditahan sepanjang Kempen PDH ialah seramai 518 orang atau 21.1%, lebih rendah berbanding jumlah penagih berulang iaitu seramai 772 orang (31.4%) dan jumlah kes baru dikesan iaitu seramai 1,169 orang (47.5%). Keputusan ini membuktikan bahawa Kempen PDH telah berjaya mengurangkan kadar penagihan baru yang dikesan di kawasan-kawasan PDH. Berdasarkan kepada kawasan pula, keputusan analisis menunjukkan bahawa kawasan Pasir Gudang mencatatkan kadar penagih baru paling tinggi iaitu seramai 158 orang atau 30.5% daripada jumlah penagih baru keseluruhan, diikuti oleh kawasan Petaling Jaya iaitu seramai 72 orang (13.9%) dan kawasan Tanjung Kling iaitu seramai 60 orang (11.6%). Kawasan paling kurang pengesanan dan penahanan penagih baru pula ialah kawasan Merotai iaitu kosong (0.0%), diikuti oleh kawasan Samariang iaitu seramai satu orang (0.2%) dan kawasan Gong Badak iaitu seramai empat orang (0.8%).

Jadual 4.10: Jumlah penagih dikesan

Kawasan

Jumlah kes/penagih

Penagih Baru

Penagih Berulang

Kes Baru Dikesan

1. Kangar 24 47 72

2. Kuala Kedah 36 89 158

3. Kepala Batas 5 30 8

4. Sitiawan 12 54 66

5 Petaling Jaya 72 69 102

6. Pantai Dalam 46 109 86

7. Jempol 44 130 71

8. Tanjung Kling 60 66 35

9. Pasir Gudang 158 32 14

10. Kuantan 38 77 279

11. Gong Badak 4 26 59

12. Pasir Mas 18 38 72

13. Samariang 1 1 31

Page 34: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

34

14. Merotai 0 4 116

JUMLAH 518 772 1,169

Majoriti penagih yang dikesan dan ditahan sepanjang tempoh ops cegah dan ops sarang/bersepadu ialah kes baru dikesan, iaitu penagih dadah yang telah lama menagih tetapi baru dikesan dan ditahan semasa Kempen PDH. Kawasan Kuantan mencatatkan jumlah kes baru dikesan paling tinggi iaitu seramai 279 orang atau 23.9%, diikuti oleh kawasan Kuala Kedah iaitu seramai 158 orang (13.5%) dan kawasan Merotai iaitu seramai 116 orang (9.9%). Manakala bagi penagih berulang pula, kawasan Jempol mencatatkan pengesanan dan penahanan penagih berulang paling tinggi iaitu seramai 130 orang atau 16.8%, diikuti oleh kawasan Pantai Dalam iaitu seramai 109 orang (14.1%) dan kawasan Kuala Kedah iaitu seramai 89 orang (11.5%).

i. Jumlah sarang penagihan dibersihkan

Bagi menilai keberkesanan Kempen PDH juga, AADK telah menetapkan agar semua sarang penagihan diprofilkan di semua kawasan tumpuan. Berdasarkan Jadual 4.11, sebelum Kempen PDH bermula, sebanyak 85 buah sarang penagihan telah dikenalpasti dan didaftarkan di 14 kawasan, dengan kawasan PDH Kangar mendaftarkan sebanyak 12 buah sarang penagihan, diikuti kawasan Jempol iaitu sebanyak 11 buah sarang penagihan, dan Pasir Mas sebanyak 9 buah sarang penagihan.

Jadual 4.11: Jumlah penagih dikesan

Kawasan

Jumlah Sarang Penagihan

Dikenalpasti Berjaya

Dibersihkan Baru

Dikesan

1. Kangar 12 12 1

2. Kuala Kedah 6 4 0

3. Kepala Batas 5 2 0

4. Sitiawan 8 12 4

5 Petaling Jaya 1 1 2

6. Pantai Dalam 5 5 1

7. Jempol 11 4 0

8. Tanjung Kling 3 3 1

9. Pasir Gudang 7 2 1

10. Kuantan 4 4 2

Page 35: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

35

11. Gong Badak 6 6 0

12. Pasir Mas 9 9 1

13. Samariang 5 3 0

14. Merotai 3 3 0

JUMLAH 85 70 13

Dalam tempoh lapan bulan Kempen PDH, sebanyak 13 lagi sarang penagihan telah dikenalpasti menjadikan semuanya berjumlah 98 buah. Sebanyak 70 buah sarang penagihan atau 71.4% sarang penagihan telah berjaya dibersihkan, manakala bakinya sebanyak 28 buah atau 28.6% masih belum berjaya dibersihkan. Kawasan Kangar dan Sitiawan masing-masing berjaya membersihkan 12 buah sarang penagihan (17.1%), adalah dua kawasan paling berkesan menghapus dan membersihkan sarang penagihan, diikuti oleh kawasan Pasir Mas, iaitu sebanyak 9 buah sarang penagihan atau 12.9%.

ii. Impak program

Impak program PDH diukur dengan Instrumen Impak Progam PDH yang mengandungi 16 item (4 item untuk setiap 4 program) meliputi program Omnipresence, Pengesanan (gabungan Ops Cegah dan Ops Sarang/bersepadu), Media dan Ikon pada aras kesedaran, pengetahuan dan kemahiran berdasarkan skala Likert 5 mata. Mata 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju dan 5 = Sangat Setuju. Setiap program diukur dengan 4 item. Saiz sampel adalah 2101 meliputi kesemua 14 kawasan hot spot. Butiran sampel kajian telah dibentangkan pada perkara 3.4 dalam Bab 3. Analisis statistik deskriptif telah dilakukan untuk mengukur impak PDH berdasarkan program, dan kemudian berdasarkan program untuk setiap kawasan.

Memandangkan setiap program diukur dengan 4 item pada skala Likert 5 mata, maka julat skor setiap program adalah di antara 4 hingga 20. Sementara julat skor keseluruhan PDH adalah 16 hingga 80. Keputusan analisis statistik deskriptif mengikut program adalah seperti dalam Jadual 4.12. Berdasarkan keputusan di Jadual 4.12, program PDH yang paling tinggi impaknya adalah program Pengesanan yang skor minnya 16.40. Program Pengesanan ini merangkumi Ops Cegah dan Ops Sarang/Bersepadu. Program PDH yang kedua tinggi impaknya adalah Omnipresence dengan skor min 16.20. Program PDH yang ketiga tinggi impaknya adalah Media dengan skor min 15.93. Sementara program Ikon didapati paling rendah impaknya dengan skor min 15.78. Pada keseluruhannya, PDH boleh dikatakan memberi impak yang baik kepada komuniti kawasan terbabit di mana skor min adalah 64.32.

Jadual 4.12: Skor impak program

Program N Skor min Skor maks Skor Purata Sisihan piawai

Omnipresence 2101 4.00 20.00 16.20 2.41

Page 36: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

36

Pengesanan 2101 4.00 20.00 16.40 2.38

Media 2101 4.00 20.00 15.93 2.94

Ikon 2101 4.00 20.00 15.78 2.79

ImpakPDH 2101 16.00 80.00 64.32 8.61

Penganalisisan statistik deskriptif seterusnya adalah untuk mengukur impak program PDH mengikut kawasan berdasarkan skor min program. Keputusannya dipaparkan di Jadual 4.13. Berdasarkan keputusan di Jadual 4.13, impak program Omnipresence paling tinggi adalah di Tanjung Kling dengan skor min 17.64 dengan ranking pertama. Impak kedua tertinggi adalah di Kuala Kedah dengan skor min 17.33 dan ketiga tertinggi adalah di Merotai dengan skor min 16.89. Tiga kawasan yang impak Omnipresence paling rendah adalah Petaling Jaya dengan skor min 15.54 iaitu pada ranking 12, diikuti Kuantan skor min 15.22 pada ranking 13 dan Samariang skor min 14.71 pada ranking terbawah, iaitu 14. Skor min Omnipresence adalah 16.20. Berdasarkan skor min ini, terdapat enam kawasan mempunyai nilai skor min kurang daripada skor 16.20 iaitu kawasan Pantai Dalam dengan skor min 15.83, kawasan Sitiawan (15.57), kawasan Jempol (15.56), kawasan Petaling Jaya (15.54), kawasan Kuantan (15.22) dan kawasan Samarian (14.71).

Bagi program Pengesanan dan Penahanan, impak paling tinggi adalah di kawasan Tanjung Kling iaitu di ranking pertama dengan skor min 17.76. Impak Pengesanan dan Penahanan kedua tertinggi adalah di kawasan Kuala Kedah dengan skor min 17.64. Kawasan Kangar pula adalah ketiga tertinggi dengan skor min 17.28. Tiga kawasan impak Pengesanan dan Penahanan paling rendah adalah di kawasan Kuantan (15.46) yang berada di ranking 12, kawasan Jempol (15.42) yang berada di ranking 13 dan kawasan Samariang (14.88) yang berada di ranking 14. Skor min Pengesanan dan Penahanan adalah 16.40. Terdapat tujuh kawasan mempunyai impak Pengesanan dan Penahanan di bawah skor min 16.40 iaitu kawasan Pantai Dalam (16.13) di ranking ke 8, kawasan Petaling Jaya (15.69) di ranking ke 9, kawasan Sitiawan (15.68) di ranking 10, kawasan Gong Badak (15.55) di ranking 11, kawasan Kuantan (15.46) di ranking 12, kawasan Jempol (15.42) di ranking 13 dan kawasan Sarariang (14.88) di ranking terbawah, iaitu 14.

Jadual 4.13: Skor min dan ranking mengikut program dan kawasan

Kawasan Omni-

presence Penge-sanan

Media Ikon ImpakPDH

Kangar

(n=150) 15.74 [4] 17.28 [3] 13.53 [14] 17.25 [1] 64.79 [7]

Kuala Kedah

(n=150) 17.33 [2] 17.64 [2] 17.68 [1] 16.06 [5] 68.71 [2]

Kepala Batas

(n=150) 16.55 [6] 16.69 [7] 16.62 [5] 15.82 [8] 65.59 [5]

Sitiawan

(n=149) 15.57 [10] 15.68 [10] 15.40 [11] 14.96 [11] 61.60 [11]

Petaling Jaya 15.54 [12] 15.69 [9] 15.54 [10] 14.27 [14] 61.03 [12]

Page 37: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

37

(n=151)

Pantai Dalam

(n=150) 15.83 [9] 16.13 [8] 15.80 [8] 15.47 [10] 63.23 [9]

Jempol

(n=164) 15.56 [11] 15.42 [13] 14.43 [13] 14.76 [12] 60.66 [13]

Tanjung Kling

(n=140) 17.64 [1] 17.76 [1] 17.66 [2] 17.12 [3] 70.18 [1]

Pasir Gudang

(n=149) 16.74 [4] 17.23 [4] 16.78 [4] 16.30 [4] 67.05 [4]

Kuantan

(n=151) 15.22 [13] 15.46 [12] 15.94 [7] 15.94 [7] 62.56 [10]

Gong Badak

(n=150) 16.23 [8] 15.55 [11] 15.65 [9] 15.99 [6] 63.43 [8]

Pasir Mas

(n=150) 16.30 [7] 16.79 [6] 16.49 [6] 15.59 [9] 65.23 [6]

Samariang

(n=149) 14.71 [14] 14.88 [14] 14.72 [12] 14.41 [13] 58.83 [14]

Merotai

(n=148) 16.89 [3] 17.11 [5] 17.08 [3] 17.20 [2] 68.34 [3]

Keseluruhan (N=2101)

16.20 16.40 15.93 15.78 64.32

• nilai ranking dinyatakan dalam [ ].

Manakala bagi program Media pula, impak tertinggi adalah di kawasan Kuala Kedah dengan skor min 17.68. Impak kedua tertinggi adalah di kawasan Tanjung Kling dengan skor min 17.66 dan yang ketiga adalah di kawasan Merotai dengan skor min 17.08. Tiga kawasan yang mempunyai impak Media paling rendah adalah kawasan Samariang dengan skor min 14.72 di ranking ke 12, kawasan Jempol dengan skor min 14.43 berada di ranking 13 dan kawasan Kangar dengan skor min 13.53 berada di ranking terbawah iaiatu ke 14. Skor min Media adalah 15.93. Terdapat tujuh kawasan yang mempunyai impak Media di bawah min 15.93 iaitu kawasan Pantai Dalam dengan skor min 15.80 di ranking ke 8, kawasan Gong Badak dengan skor min 15.65 di ranking ke 9, kawasan Petaling Jaya dengan skor min 15.54 di ranking ke 10, kawasan Sitiawan dengan skor min 15.40 di ranking ke 11, kawasan Samariang dengan skor min 14.72 di ranking ke 12, kawasan Jempol dengan skor min 14.43 di ranking ke 13 dan akhir sekali kawasan Kangar di ranking ke 14 degan skor min 13.53.

Akhir sekali adalah program Ikon, keputusan menunjukkan bahawa impak tertinggi adalah di kawasan Kangar dengan skor min 17.25 di ranking pertama. Kawasan Merotai adalah kawasan kedua tertinggi impak Ikon dengan skor min 17.20. Sementara di ranking ketiga adalah kawasan Tanjung Kling dengan sor min 17.12. Tiga kawasan impak Media paling rendah adalah di kawasan Jempol, Samariang dan Petaling Jaya di ranking masing-masing ke 12, 13 dan 14 dan skor min masing-masing ialah 14.76, 14.41 dan 14.27. Skor min Ikon adalah 15.78 dan terdapat enam kawasan yang impaknya berada di bawah skor min ini. Kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan Pasir Mas dengan skor min 15.59 di ranking ke 9, kawasan Pantai Dalam

Page 38: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

38

dengan skor min 15.47 di ranking ke 10, kawasan Sitiawan dengan skor min14.96 di ranking ke 11, dan seterusnya adalah di kawasan Jempol, Samariang dan Petaling Jaya di ranking ke 12, 13 dan 14 dengan skor min masing-masing 14.76, 14.41 dan 14.27.

Analisis impak PDH keseluruhan dengan menggabungkan impak keempat-empat program Omnipresence, Pengesanan dan Penahanan, Media dan Ikon, keputusan menunjukkan Impak PDH tertinggi berlaku di kawasan Tanjung Kling dengan skor min 70.18 di ranking pertama. Ranking kedua adalah kawasan Kuala Kedah dengan skor min 68.71. Sementara kawasan Merotai berada di ranking ketiga dengan skor min 68.34. Tiga kawasan impak PDH paling rendah adalah kawasan Petaling Jaya, Jempol dan Samarian yang berada di ranking ke 12, 13 dan 14 dengan skor min masing-masing 61.03, 60.66 dan 58.83. Skor min impak PDH yang diperolehi ialah 64.32 dan terdapat enam kawasan mempunyai impak PDH di bawah skor min ini. Kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan Pantai Dalam (9), Kuantan (10), Sitiawan (11), Petaling Jaya (12), Jempol (13) dan Samariang (14) yang masing-masing mengikut urutan mempunyai skor min 63.23, 62.56, 61.60, 61.03, 60.66 dan 58.83.

Komitmen pemegang taruh (stakeholder)

Jadual 4.14 menunjukkan keputusan analisis indikator keberkesanan Kempen PDH iaitu komitmen pemegang taruh atau stakeholder commitment. Lima komponen komitmen diambilkira dalam analisis ini iaitu komitmen kewangan, logistik, pembangunan, polisi dan tenaga kerja. Nilai yang diberi ialah 1 (ada komitmen) dan 0 (tiada komitmen) bagi setiap laporan komitmen yang diberi oleh pemegang taruh dalam program-program pendayaupayaan komuniti di setiap kawasan.

Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pemegang taruh memberi komitmen yang baik dalam usaha memerangi dadah di kawasan masing-masing, kecuali di kawasan Gong Badak dan Samariang. Komitmen pemegang taruh paling tinggi adalah dalam komponen kewangan iaitu di 10 kawasan (71.4%), diikuti oleh komitmen dalam komponen logistik dan tenaga kerja di lapan kawasan (masing-masing 57.1%), komponen polisi di tiga kawasan (21.4%), dan komponen pembangunan di dua kawasan (14.3%). Kawasan Tangjung Kling merupakan satu-satunya kawasan tumpuan PDH mendapat komitmen 100.0% daripada pemegang taruh dalam komponen yang diukur. Komitmen pemegang taruh yang cemerlang lain ialah di kawasan Jempol dan Sitiawan iaitu masing-masing mendapat komitmen 80.0%. Kawasan Kuala Kedah, Kepala Batas dan Pasir Gudang pula mendapat komitmen pemegang taruh sebanyak 60.0%.

Keputusan juga menunjukkan bahawa tiga kawasan iaitu Petaling Jaya, Kuantan dan Merotai hanya mendapat masing-masing 40.0% komitmen daripada pemegang taruh. Manakala kawasan Kangar, Pantai Dalam dan Pasir Mas pula mendapat hanya 20.0% komitmen daripada pemegang taruh, kawasan Gong Badak dan Samariang tidak mempunyai rekod komitmen pemegang taruh dalam komponen-komponen yang diukur.

Page 39: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

39

Jadual : Komitmen pemegang taruh

Kawasan

Komponen komitmen

Kewangan Logistik Pembangunan Polisi Tenaga

kerja

1. Kangar 0 0 0 0 1

2. Kuala Kedah 1 1 0 0 1

3. Kepala Batas 1 1 0 0 1

4. Sitiawan 1 1 0 1 1

5 Petaling Jaya 1 1 0 0 0

6. Pantai Dalam 0 1 0 0 0

7. Jempol 1 1 1 1 0

8. Tanjung Kling 1 1 1 1 1

9. Pasir Gudang 1 1 0 0 1

10. Kuantan 1 0 0 0 1

11. Gong Badak 0 0 0 0 0

12. Pasir Mas 1 0 0 0 0

13. Samariang 0 0 0 0 0

14. Merotai 1 0 0 0 1

JUMLAH 10 8 2 3 8

iii. Keterangkuman komuniti (community engagement)

Jadual 4.15 menunjukkan keputusan analisis indikator keberkesanan Kempen PDH iaitu keterangkuman komuniti atau community engagement. Empat komponen komuniti utama diambilkira dalam analisis keterangkuman ini iaitu badan-badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, individu persendirian dan pemimpin masyarakat. Nilai yang diberi ialah 1 (ada penglibatan) dan 0 (tiada penglibatan) bagi setiap laporan penglibatan yang diberi oleh komponen komuniti dalam program-program pendayaupayaan komuniti di setiap kawasan.

Jadual 4.15: Keterangkuman komponen komuniti dalam program PDH

Kawasan

Komponen komuniti

NGO Swasta Individu Pemimpin komuniti

1. Kangar 0 0 1 1

2. Kuala Kedah 1 1 1 1

3. Kepala Batas 1 0 0 1

4. Sitiawan 1 1 0 1

5 Petaling Jaya 1 1 0 1

6. Pantai Dalam 0 0 0 0

Page 40: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

40

7. Jempol 0 0 0 1

8. Tanjung Kling 1 0 1 1

9. Pasir Gudang 1 1 1 1

10. Kuantan 0 0 0 0

11. Gong Badak 1 0 0 1

12. Pasir Mas 0 0 0 1

13. Samariang 1 1 1 0

14. Merotai 0 0 0 1

JUMLAH 8 5 5 11

Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa secara keseluruhannya keterangkuman atau penglibatan komuniti berlaku dalam usaha memerangi dadah di kawasan masing-masing kecuali di kawasan Kuantan dan Pantai Dalam. Berdasarkan komponen-komponen utama komuniti yang diukur, pemimpin komuniti memainkan peranan yang aktif dalam memerangi dadah di kebanyakan kawasan, iaitu di 11 kawasan atau pada kadar keterangkuman sebanyak 78.6%, diikuti oleh komponen NGO di lapan kawasan (57.1%), sektor swasta dan individu persendirian masing-masing terlibat di lima kawasan atau 35.7%.

Kadar keterangkuman komuniti paling tinggi berlaku di kawasan Kuala Kedah dan Pasir Gudang, iaitu masing-masing mencapai 100.0% kadar keterangkuman komuniti. Empat kawasan iaitu kawasan Sitiawan, Petaling Jaya, Tanjung Kling dan Samariang pula mencapai keterangkuman komuniti sebanyak 75.0%, dan tiga kawasan mencapai keterangkuman komuniti sebanyak 50.0% iaitu kawasan Kangar, Kepala Batas dan Gong Badak. Manakala tiga kawasan lagi iaitu Jempol, Pasir Mas dan Merotai masing-masing hanya mencapai keterangkuman komuniti sebanyak 25.0% sahaja, iaitu hanya dalam komponen pemimpin komuniti. Dua kawasan mencatatkan tiada keterangkuman komuniti berlaku dalam setiap komponen komuniti yang diukur iaitu kawasan Pantai Dalam dan Kuantan (0.0%).

iv. Kesediaan Komuniti Untuk Berubah

Jadual 4.16 berikut menunjukkan keputusan survei kesediaan komuniti untuk berubah dalam kalangan pemimpin-pemimpin komuniti di peringkat ujian pra dan ujian post.

Jadual 4.16: Keputusan ujian pra dan pos kesediaan komuniti

Nama kawasan Ujian pra Ujian pos

1. Kangar 6 7

2. Kuala Kedah 6 6

3. Kepala Batas 6 8

4. Manjung 3 6

5. Petaling Jaya 6 7

Page 41: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

41

6. Pantai Dalam 5 7

7. Jempol 5 6

8. Tanjung Kling 8 9

9. Pasir Gudang 4 8

10. Kuantan 3 4

11. Gong Badak 6 7

12. Pasir Mas 7 7

13. Samariang 8 8

14. Merotai 5 8

Purata keseluruhan 6 7

Keputusan seperti di Jadual 4.16 menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap kesediaan komuniti untuk berubah meningkat satu mata, iaitu daripada mata 6 (mengambil inisiatif) pada ujian pra kepada mata 7 (stabilisasi) pada ujian pos. Keputusan menggambarkan bahawa tahap kesediaan komuniti untuk berubah meningkat dari tahap mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai program, adanya peranan aktif pemimpin komuniti, pemilikan tanggungjawab dan mencuba melaksanakan program, kepada tahap melaksanakan program dan menjadikannya sebagai satu aktiviti runtin dan berguna.

Analisis mengikut kawasan pula menunjukkan keputusan yang diperolehi mendapati semua kawasan berlaku peningkatan sekurang-kurangnya satu mata tahap kesediaan komuniti untuk berubah pada ujian pos berbanding ujian pra, kecuali kawasan Kuala Kedah, Pasir Mas dan Samariang. Kawasan Pasir Gudang menunjukkan peningkatan tahap yang paling tinggi iaitu daripada mata 4 (pra-perancangan) pada ujian pra kepada mata 8 (pengembangan) pada ujian pos, diikuti oleh kawasan Manjung, iaitu daripada mata 3 (kesedaran kabur) pada ujian pra kepada mata 6 (mengambil inisiatif) pada ujian pos. Keputusan juga menunjukkan kawasan Tanjung Kling merekodkan tahap kesediaan komuniti untuk berubah yang paling tinggi iaitu mencapai mata 9 pada ujian pos, iaitu tahap pemilikhakkan komuniti, mata maksimum bagi tahap kesediaan komuniti untuk berubah.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, dapatan-dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kempen perangi dadah habis-habisan amat berjaya dan berkesan dalam mengatasi masalah penagihan dadah. Kejayaan dan keberkesanan kempen ini adalah berdasarkan kepada dapatan-dapatan berikut:

Penurunan kadar penagih baru yang dikesan di kawasan tumpuan Kempen PDH. Dapatan kajian menunjukkan dalam tempoh lapan bulan Kempen PDH dilaksanakan, seramai 2,459 orang penagih telah ditahan dan dikesan positif dadah. Daripada jumlah ini, hanya seramai 518 orang sahaja atau 21.1% adalah penagih baru. Jika digeneralisasikan kepada kadar penagih baru kebangsaan, dapatan kajian ini adalah jauh lebih rendah atau pengurangan sebanyak 55.0%. Sebelum kempen ini dilancarkan, kadar penagih baru yang direkodkan pada tahun 2015 ialah 76.1%.

Page 42: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

42

Pembersihan sebanyak 71.4% daripada jumlah sarang penagihan yang didaftar dan diprofilkan di kawasan-kawasan tumpuan dalam tempoh lapan bulan. Tiada rekod menunjukkan sarang-sarang ini telah diaktifkan semula selepas dibersihkan.

Impak program secara keseluruhan adalah sebanyak 80.4% ke atas komuniti berdasarkan ukuran terhadap pembolehubah kebolehcapaian (accessible), boleh dilihat (visible), kesediaan (readiness), kesedaran (awareness), pengetahuan (knowledge) dan kemahiran (skills) dalam kalangan pemimpin dan ahli komuniti. Program pengesanan dan penahanan (operasi cegah, sarang dan bersepadu) paling tinggi memberi impak ke komuniti, diikuti oleh program omnipresence, media dan ikon antidadah.

Komitmen yang ditunjukkan oleh pemegang taruh (stakeholder) kepada Kempen PDH adalah amat tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemegang taruh memberi komitmen sehingga 71.4% dari segi kewangan, 57.1% dari segi logistik dan tenaga kerja, 21.4% dari segi pembentukan polisi dan 14.3% dari segi pembangunan insan dan fizikal kepada kawasan-kawasan tumpuan yang berada di bawah tanggungjawab mereka. Komitmen ini dijangka akan meningkat dari masa ke semasa, dan ukuran hanya terhad kepada komitmen selama lapan bulan kajian sahaja.

Keterangkuman komuniti berlaku di 85.7% kawasan tumpuan PDH, melibatkan peranan semua pihak iaitu badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, individu persendirian dan pemimpin komuniti. Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin komuniti memainkan peranan paling penting dengan kadar penglibatan sebanyak 78.6%, diikuti NGO (57.1%), sektor swasta (35.7%) dan individu persendirian (35.7%).

Peningkatan tahap kesediaan komuniti untuk berubah atau mengambil tindakan terhadap masalah penagihan yang berlaku dalam komuniti mereka. Secara umum, berlaku peningkatan tahap kesediaan di semua kawasan selepas ujian pos dilakukan, iaitu sekurang-kurangnya satu mata. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa 92.9% kawasan tumpuan mempunyai komuniti yang sekurang-kurangnya telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah dadah dalam komuniti mereka, 71.4% kawasan mempunyai komuniti yang stabil dari segi penglibatan komuniti dalam kempen memerangi dadah, 28.6% kawasan tumpuan mempunyai komuniti yang telah mahir/profesional dan berusaha mengembangkan program-program memerenagi dadah, dan satu kawasan telah mencapai tahap maksimum iaitu komuniti mereka telah menjadikan kempen dan program memerangi dadah sebagai hakmilik mereka (ownership).

Berdasarkan keputusan kajian ini dan limitasi kajian yang telah dikenalpasti, pengkaji mencadangkan beberapa penambahbaikan berikut perlu diambilkira bagi menjalankan kajian penilaian yang serupa pada masa akan datang, iaitu:

Lebih banyak kawasan kajian perlu dilibatkan bagi mendapatkan data yang lebih banyak untuk menjalankan proses penilaian keberkesanan program. Kajian ini hanya melibatkan 14 kawasan yang mewakili sebanyak 7.9% daripada kawasan-kawasan yang dikenalpasti berisiko tinggi.

Jumlah responden yang telibat perlu ditingkatkan berdasarkan jumlah focal area yang dipilih agar sampel kajian lebih mewakili kepada keseluruhan populasi kawasan Kempen PDH yang terlibat.

Page 43: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

43

Pengukuran tahap kesediaan komuniti perlu melibatkan lebih banyak responden dan kategori komuniti bagi membantu pengkaji memperolehi data kesediaan komuniti yang lebih menyeluruh.

Kajian perlu mendapatkan respons daripada agensi dan pegawai/kakitangan kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan Kempen PDH. Kajian ini tidak mengambilkira pandangan atau data daripada mereka. Data yang dikutip hanya terhad kepada ahli komuniti sahaja, yang menerima perkhidmatan.

Menilai faktor-faktor penyebab kepada kegagalan kawasan-kawasan tertentu untuk mencapai KPI program yang ditetapkan.

Menambah jumlah indikator penilaian bagi setiap program yang dijalankan dan menyediakan instrumen pengukuran dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif bagi setiap indikator.

Secara keseluruhan, dapatan-dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kempen perangi dadah habis-habisan (PDH) 2016 telah berjaya dilaksanakan dan berjaya mencapai kesemua KPI yang ditetapkan. Selain daripada itu, program ini juga dianggap berkesan dan mampu memberi impak besar dalam usaha mengurangkan masalah penagihan dadah.

Rujukan

Bless, C. & Higson-Smith, C. 1995. 2nded. Fundamentals of social research methods: An African perspective. Cape Town: Juta.

Creswell, J.W. 2008. Education Research : Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research, (3rd.). Upper Saddle River NJ: Pearson Education Inc.

Chua Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc-Graw Hill.

Diem (2002) Using Research Method to Evaluate Your Extension Program http://www.joe.org/joe/2002 december/a.1.php

Glaser, B. G. & Strauss, A. L. (1967). The Discovery of Grounded Theory: Strategies for Qualitative Research. Chicago: Aldine

Given, I. & Lisa, M. (2008). The Encyclopedia of Qualitative Research Methods.

Page 44: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

44

Majid Konteng (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

McLeod, S. A. 2008. Qualitative Quantitative. http://www.simplypsychology.org/qualitative-quantitative.html [29 Disember 2011]

Altheide D, Johnson J. Denzin N, Lincoln Y. Criteria for assessing interpretive validity in qualitative research, Handbook of Qualitative Research. , 1994Thousand Oaks CASage Publications Nachmias, D. & Nachimias, C. F. (1976). Research Methods in the Social Sciences.

St. Martin’s Press.

Neuman.W,L. (2014) Social Research Method: Quantitative and Qualitative Approch, Pearson Education Limited Singleton, R. A., & Straits, B. C. (2005). Approaches to social research (4thed.). New York: Oxford University Press.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement. 30. p. 607-610.

Organizational research: Determining appropriate sample size in survey research

Barlett, James E; Kotrlik, Joe W; Higgins, Chadwick C. Information Technology, Learning, and Performance Journal; Morehead19.1 (Spring 2001): 43-50.

Kimchi, J., Polivka, B. & Stevenson, J. S. (1991). Triangulation. Operational definitions. Nursing Research 40: 120-123.

Caracelli, V.J., & Greene, J.C. (1993). Data analysis strategies for mixed-method evaluation designs. Educational Evaluation and Policy Analysis, 15, 195–207

Morgan, D.L. (1998). Practical strategies for combining qualitative and quantitative

methods: Applications to health research. Qualitative Health Research, 8, 362– 376.

Walter, M. (2008). Indigenous Statistics: A Quantitative Research Methodology. Left

Coast Press.

Walizer, M. H. & Wienir, P. L. (1978). Reseach Methods and Analysis: Searching for Relationships. New York: Harper & Row.

Page 45: KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PERANGI … · malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang

45

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and psychological measurement.

http://www.adk.gov.my/web/guest/dadah // maklumat dadah. Agensi Antidadah

Kebangsaan, 2016, Statistik penagih dari januari 2014 hingga Disember 2015

http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/statistik-penyalahgunaan-dadah/ Statistik Dadah 2010 – 2016

Schinke, S.P, Botvin, G.J Trimble Orlandi, M A. Gilchrist. L.d locklear. V.S Prevention Strategies for vulnerable Pupils : social work Practices to Prevent Substnace Abuse. Urban Education Botvin G. n.d. Advances in substance abuse prevention. In National Institute on Drug Abuse (Ed.), First triennial report on drug abuse to the U.S. Congress. Washington, D.C.: Supt. of Documents, U.S. Government Printing Office, in press.

Bry B. 1978 Research design in drug abuse prevention: Review and

recommendations. The International Journal of the Addictions, 13 (7): 1157–1168.

Bry B., George F. 1979 Evaluating and improving prevention programs: A strategy from

drug abuse. Evaluation and Program Planning, 2:127–136

McAlister A. 1983 Social-psychological approaches. In Glynn T., Leukefeld C., Ludford

J. (Eds.), Preventing adolescent drug abuse: Intervention strategies. NIDA Research

Monograph 47 (DHHS publication number (ADM) 83–1280). Washington, D.C.: U.S.

Government Printing Office: 36–50