65
KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERANCANG JALAN KEMENTERIAN KERJA RAYA Disediakan oleh JURUTERA PERUNDING JTTS SDN BHD MOHD JAMRY BIN ABD JAWAS A86474 SAIFUDDIN BIN HASHIM A86582 MOHD TERMIZI BIN HASHIM A86507 MOHD TAUFIK BIN SHAARANI A86506

KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI

KERAJAAN MALAYSIA

JABATAN PERANCANG JALAN KEMENTERIAN KERJA RAYA

Disediakan oleh

JURUTERA PERUNDING JTTS SDN BHD

MOHD JAMRY BIN ABD JAWAS A86474

SAIFUDDIN BIN HASHIM A86582

MOHD TERMIZI BIN HASHIM A86507

MOHD TAUFIK BIN SHAARANI

A86506

Page 2: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Jurutera Perunding JTTS, telah dilantik oleh Kementerian Kerja Raya melalui surat

perlantikan bertarikh pada 29 Julai 2005, no. rujukan (23)KKR.PJ(S)08/1630/130

membuat cadangan pembangunan pengangkutan di Bandar Baru Bangi. Tarikh

permulaan awal kajian adalah pada 1 Ogos 2005.

1.2 Objektif Kajian

Antara okjektif kajian yang dijalankan dalam cadangan perancangan pembangunan

pengangkutan Bandar Baru Bangi adalah:

• Menentukan perancangan

• Melakukan audit keadaan semasa

• Menyediakan cadangan jangka pendek

• Mendapatkan pemintaan perjalanan pada masa hadapan

• Menyediakan plan jangka panjang

• Menganggarkan kos semua projek yang dicadangkan

• Menyediakan plan perlaksanaan

• Menyediakan kos aliran projek

Page 3: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

3

1.3.1 Kawasan Kajian: Bandar Baru Bangi (BBB)

Kawasan kajian utama bagi projek yang dijalankan ini seperti dalam rajah 1. kawasan

kajian dihubungkan dengan beberapa jaringan lebuhraya dan jalan persekutuan.

Antara lebuhraya yang menghubungkan Bandar Baru Bangi dengan zon-zon sekitar

adalah lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang

(SILK). Jalan persekutuan melibatkan rankaian laluan Kajang-Bangi, Bangi-Dengkil-

Seremban, Bangi-Sungai Merab-Putrajaya.

Rajah 1.1 Pelan Laluan Masuk Ke Bandar Baru Bangi

Page 4: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

4

1.4 Sistem Pengangkutan Sedia Ada Di Bandar Baru Bangi (BBB)

sistem pengangkutan yang terdapat di Bandar Baru Bangi Melibatkan Jalanraya dan

kemudahan pengangkutan awam. Sistem rangkaian jalanraya yang sedia ada

ditunjukkan seperti dalam rajah 2. rangkaian jalanraya sediada telah menghubungkan

semua seksyen yang terdapat dalam Bandar baru bangi (BBB).

Jalanraya sedia ada telah direkabentuk pada keupayaan menerima isipadu aliran trafik

pada keadaan minima serta tahap yang rendah.

Rajah 1.2 Pelan Struktur Bandar Baru Bangi

Page 5: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

5

1.5 Latar Belakang Bandar Baru Bangi (BBB)

Bandar Baru Bangi telah dimajukan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1974.

Bandar ini meangkumi lebih kurang 2925 hektar (7228 ekar). Matlamat utama

pembukaan Bandar ini adalah untuk mejadikannya sebagai sebuah pusat pertumbuhan

wilayah bagi selatan Lembah Kelang, memberi peluang kepada bumiputra dalam

kegiatan ekonomi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara, serta menjadikan

bandar ini sebagai Bandar unversiti dan seterusnya pusat kajian sains.

Sebanyak 16 seksyen dan sebuah pusat bandar yang terletak dalam kawasan Bandar

Baru Bangi. Rajah menunjukkan lokasi seksyen yang terdapat dalam Bandar Baru

Bangi.

Rajah 1.3 Bandar Baru Bangi

Page 6: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

6

1.5.1 Guna Tanah Sediada

Bandar Baru Bangi mempunyai pelbagai komponen fizikal. Antara komponen

tersebut adalah perumahan, tanah perusahaan, tanah institusi, kerja-kerja infrastruktur,

tanah perdagangan dan kemudahan awam.

Komponen perumahan di Bandar ini merangkumi jenis kos tinggi, kos sederhana dan

kos rendah atau sederhana rendah. Rumah-rumah kediaman yang telah dirancang

adalah seperti berikut:-

Bil Jenis Rumah Unit Peratus, %

1 Kos Tinggi 5890 38

2 Kos Sederhan 3410 22

3 Kos Rendah / Sederhana Rendah 6220 40

Jumlah 15500 100

Jadual 1.1 Komponen Perumahan Bandar Baru Bangi

Keseluruhan kawasan perusahaan di Bandar Baru Bangi ialah seluas lebih kurang

216.24 hektar (534.36 ekar). Kawasan perusahaan ini terletak di seksyen 10,13 dan 16.

Kawasan institusi terletak di seksyen-seksyen 11, 12, 14, 15 dan 16 Bandar Baru

Bangi. Keseluruhan tanah di kawasan ini meliputi kawasan seluas 343.09 hektar

(847.8 ekar). Institusi yang berada di kawasan ini terdiri daripada agensi Kerajaan

Persekutuan, Badan-Badan Berkanun dan Institusi-Institusi kewangan Swasta. Berikut

adalah jadual 1.2 yang menunjukkan tentang institusi-institusi di setiap seksyen di

Bandar Baru Bangi.

Page 7: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

7

Kawasan Institusi

Seksyen 11 • Kementerian Kerja Raya

• Tenaga Nasional Berhad

• Pusat Latihan Kemajuan Desa

• Malayan Banking Berhad

• Bank Bumiputra Commerce Malaysia

• Pos Malaysia

• Jabatan Pertahanan

• Porim

• Risda

• Bank Pertanian Malaysia

• Bank Simpanan Nasional

• Public Bank

• RHB Bank

• Kementerian Kewangan (Jabatan Penilaian)

• Petronas

• UMBC

Seksyen 12 • Maktab Perguruan Islam

• Kementerian Kebajikan Malaysia (Orang-Orang Cacat)

• Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam)

Seksyen 14 • Jabatan Hasil Dalam Negeri

• MARA

Seksyen 15 • Kementerian Undang-Undang

• Jabatan Imegresen

• Kementerian Sumber Manusia (Jab. Kilang Dan Jentera)

• Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Jadual 1.2 Kawasan Institusi Bandar Baru Bangi

Page 8: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

8

Kerja-kerja infrastruktur di Bandar Baru Bangi meliputi kerja-kerja tanah, pembinaan

jalan, pembetungan, perparitan dan kemudahan-kemudahan lain.

Kemudahan-kemudahan bagi tanah perdagangan meliputi kawasan di seksyen 1, 2, 5

dan 16. selain itu, terdapat juga kemudahan pasar awam, pasar tani dan pasar malam

yang dijalankan setiap hari secara bergilir. Perdagangan fizikal BBB dijalankan secara

beperingkat mengikut seksyen dan permintaan pasaran bagi rumah-rumah kediaman,

lot-lot perniagaan, tanah-tanah perusahaan dan institusi oleh orang ramai, agensi-

agensi kerajaan dan pihak swasta.

Kemudahan-kemudahan infrastruktur asas dan rekreasi juga disediakan. Di antara

kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

• Padang Permainan Kanak-Kanak - seksyen 1, 2,4 dan 16

• Pasar - seksyen 1

• Balai Polis - seksyen 16

• Klinik Kesihatan - seksyen 1

• Surau - seksyen 1,2 3, 4, 5 dan 16

• Sekolah Rendah - seksyen 1 dan 16

• Sekolah Menengah - seksyen 1

• Sekolah Agama Rendah - seksyen 16

• Kedai - seksyen 1, 2, 4, 5 dan 16

• Bank - seksyen 9, 16

• Pejabat Pos - seksyen 16

• Balai Bomba - seksyen 16

• Pejabat Daerah Hulu Langat - seksyen 9

• Kompleks Beli Belah - seksyen 9

• Masjid - seksyen 9

Page 9: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

9

2.0 AUDIT KEADAAN SEMASA

2.1 Laporan Berdasarkan Pandangan

Penilaian keadaan fizikal dan operasi pengangkutan di Bandar Baru Bangi adalah

sangat penting dalam sesuatu kajian dan perancangan Bandar. Ia akan memberikan

gambaran yang jelas mengenai masalah sebenar tentang pengangkutan yang dihadapi

oleh pelaku-pelaku perjalanan.

Bagi memperolehi isu-isu pengangkutan yang sedang dihadapi di Bandar Baru Bangi,

maka maklumat telah diperolehi dengan membuat roandaan menggunakan motorsikal

semasa waktu puncak dan bukan puncak.

Perkara-perkara yang diperhatikan dan dicatatkan semasa membuat pemerhatian

adalah ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Page 10: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

10

Jadual 2.1 laporan Berdasarkan Pandangan

Kumpulan Parameter Paramate Fizikal Parameter Operasi

Jalan Laluan Jumlah lorong 4 Penggunaan lorong 4

Lebar lorong 3 Kelajuan kenderaan 80

Lebar pembahagi jalan 1

Persimpangan

Jumlah persimpangan 15

Kecekapan persimpangan rendah

Jenis persimpangan Bulatan Hubungan persimpangan-

simpang 3

simpang 4

Rekabentuk geometri persimpangan

Belok

Pusingan -U

Peraturan dan larangan Jalan sehala Tiada Letak kereta ditepi jalan

Halangan berhenti/letak kereta

Menunggu dan memunggah

Had laju Kesan kenderaan berat

Halangan berat dan tinggi

Larangan membelok

Pengangkutan awam

Jumlah perhentian bas 20 Operasi bas memuaskan

Rekabentuk hentian bas Piawai Penumpang menunggu 20 minit

Lorong bas 0 Operasi teksi

Jumlah hentian teksi 1 Kesan kenderaan awam

Rekabentuk hentian teksi kepada kenderaan lain

Pejalan kaki Lebar siar kaki 5' Aktiviti pejalan kaki

Jumlah orang menyeberang 10 Penggunaan tempat rendah

jalan menyeberang

Rekabentuk tempat Pertembungan pejalan kaki/

menyeberang kenderaan

Guna tanah Jenis guna tanah Penjana lalu lintas utama pekerja

Jalan keluar/masuk Penjana pejalan kaki utama industri

kesan kepada lalu lintas kepadatan

Page 11: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

11

2.2 Laporan Peluang dan Halangan

Tujuan utama laporan ini adalah untuk memberikan maklumat yang jelas berkenaan

dengan peluang –peluang untuk memperbaiki keadaan pengangkutan dan juga

halangan-halangan yang akan timbul. Maklumat ini diperolehi dari maklumat dan data

sedia ada serta daripada pemerhatian. Ini adalah penting untuk memastikan perjalanan

yang lebih lancar.

Daripada pemerhatian yang dijalankan, terdapat beberapa masalah pengangkutan yang

perlu diperbaiki antaranya adalah :

1. Tiada lintasan pejalan kaki dipersimpangan lampu isyarat UKM yang

membahayakan pejalan kaki terutamanya daripada UKM untuk melintas ke

perhentian bas diseberang jalan.

Page 12: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

12

2. Sistem pengangkutan bas yang tidak terancang. Pengangkutan bas tidak

disediakan pada laluan Kompleks Membeli Belah Bangi Utama dan kompleks

PKNS.

3. Laluan masuk dari jalan utama ke fasa 1 Bandar Baru Bangi terlalu kecil agak

sukar untuk kenderaan besar untuk membelok masuk.

4. Tiada susur keluar ke kanan di persimpangan jalan dari fasa 1

Page 13: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

13

5. Tiada jalan perhubungan dari fasa 11 ke fasa 12

6. Isipadu pengguna jalan raya yang melebihi muatan dari persimpangan

dihadapan PKNNS ke persimpangan lebuhraya SILK (Kajang)

7. Tiada papan tanda berhenti dan garisan berhenti pada setiap persimpangan

bulatan.

Page 14: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

14

2.3 Laporan Lalu Lintas

2.3.1 Kajian Kesan Lalu Lintas Oleh Pembangunan Di Bandar Baru Bangi (BBB)

Setiap pembangunan samada untuk bangunan untuk bangunan tempat kediaman,

pejabat atau pusat membeli belah akan melibatkan isu pengangkutan. Kondominium

yang dibina di atas sebidang tanah kosong akan menjanakan laulintas yang besar pada

waktu pagi.

Kawasan kajian ialah Bandar Baru Bangi yang mempunyai 16 seksyen.seksyen 1

hingga 5 meliputi kawasn perumahan manakala seksyen 11 hingga 16 meliputi

kawasan institusi dan kawasan industri. Berdasarkan jenis pembangunan ini,

penjanaan perjalanan waktu pagi adalah besar manakala pada waktu petang adalah

sederhana.

Kajian lalu lintas ini bertujuan melihat samada rangakaian jalanraya di sekitar Bandar

Baru Bangi mampu menampung tambahan beban lalu lintas apabila pembangunan

Page 15: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

15

baru siap. Jika rangkaian jalan itu tidak mampu menampung beban tambahan itu,

cadangan-cadangan mestilah dibuat untuk mengatasi masalah ini.

2.3.2 Objektif kajian Kesan Lalulintas.

Kawasan yang memerlukan kajian kesan lalulintas adalah mengikut syarat yang telah

ditetapkan oleh Dewan Bandaraya dengan syarat kajian kesan lalu lintas boleh

dijalankan hanya kepada pembangunan yang mempunyai luas lantai melebihi 200,000

meter persegi sahaja. Bagi Bandar Baru Bangi (BBB) syarat ini dipatuhi.

Sebelum kajian dibuat, beberapa isu perlu dipersetujui dengan pihak penguasa

tempatan. Isu-isu itu ialah:

• Kenalpasti kawasn di sekitar pembangunan yang perlu dimasukkan

dalam kawasan kajian. Dewan bandaraya Kuala Lumpur mengenakan

syarat kajian seluruh bandar bagi pembangunan yang mempunyai luas

lantai melebihi 200,000 meter persegi.

• Masa-masa yang perlu dibuat kajian, seperti masa puncak pagi dan

petang, jumaat tengah hari atau sbtu tengah hari dan sebagainya.

• Menentukan pertambahan latar belakang lalu lintas atau pertambahan

lalu lintas bagi kawasan yang berkenaan walaupun tiada pembangunan

yang dimaksudkan.

• Mengenalpasti pembangunan kemudahan pengangkutan di kawasan

kajian yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa.

• Kaedah kajian, terutama mengenai kadar penjanaan perjalanan.

• Keperluan kajian-kajian tambahan seperti kemalangan, kenderaan

beratur dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Page 16: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

16

2.4 Data Trafik

2.4.1 Kawasan Pengambilan Data Trafik Di Persimpangan

Tujuan pengambilan data bagi kawasan persimpangan yang ada di Bandar Baru Bangi

bagi merekod perjalanan kenderaan dipersimpangan bagi menentukan corak trafik

bagi masa puncak dan bukan puncak.

Pengambilan data trafik diambil pada 4 persimpangan yang ada iaitu:

• Persimpangan Usahawan

• Persimpangan Shell

• Persimpangan Tasik Selaman

• Persimpangan PKNS

Daripada data yang diperolehi dapat ditunjukkan melalui graf yang diplot bagi isipadu

perjalanan waktu puncak iaitu waktu pagi dan waktu petang. Data perjalanan diambil

pada waktu pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi sehingga 9.00 pagi manakala pada waktu

petang dari pukul 17.00 sehingga pukul 19.00 pm. Data diambil berdasarkan kelas

kenderaan iaitu daripada kelas ringan sehingga kelas berat.

Page 17: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

17

2.4.1.1 Persimpangan Usahawan

Pagi

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

1600

7 7.5 8 8.5 9 9.5

Masa

Isip

ad

u

Petang

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

1600

16 16.5 17 17.5 18 18.5 19 19.5

Masa

Isip

ad

u

Page 18: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

18

2.4.1.2 Persimpangan Shell

Pagi

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

7 7.5 8 8.5 9 9.5

Masa

Isip

ad

u

Pagi

Petang

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

16.5 17 17.5 18 18.5 19 19.5

Masa

Isip

ad

u

Petang

Page 19: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

19

2.4.1.3 Persimpangan Tasik Selaman

Pagi

0

500

1000

1500

2000

2500

3000

3500

7 7.5 8 8.5 9 9.5

Masa

Isip

ad

u K

en

d.

Pagi

Petang

0

500

1000

1500

2000

16.5 17 17.5 18 18.5 19 19.5

Masa

Isip

ad

u K

en

d.

Petang

Page 20: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

20

2.4.1.4 Persimpangan PKNS

Pagi

0

500

1000

1500

2000

7 7.5 8 8.5 9 9.5

Masa

Isip

ad

u K

en

d.

Pagi

Petang

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

1600

16.5 17 17.5 18 18.5 19 19.5

Masa

Isip

ad

u K

en

d.

Petang

2.4.2 Aliran Lalu lintas Di Persimpangan-persimpangan Jalan.

Page 21: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

21

Pengaliran lalu lintas di empat persimpangan-persimpangan yang dicerap data

ditunjukkan seperti dalam jadual diatas. Kiraan lalu lintas yang diperlukan hanyalah

pada waktu puncak iaitu waktu pagi ketika perjalanan keluar bekerja. Rajah di bawah

menunjukkan pengaliran di persimpangan-persimpangan jalan di Bandar Baru Bangi

(BBB).

2.4.2.1 Persimpangan Usahawan

Page 22: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

22

2.4.2.2 Persimpangan Shell

2.4.2.3 Persimpangan Tasik Selaman

Page 23: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

23

2.4.2.4 Persimpangan PKNS

Page 24: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

24

2.4.3 Perbandingan Isi padu lalu Lintas Dengan Muatan Persimpangan

2.4.3.1 Persimpangan Usahawan

Arah Isipadu Masa Hijau

(saat)

Lorong Muatan Nisbah

Isipadu/muatan

Dari utara

- ke kanan 85 20 2 1689 0.050

- ke kiri 40 40 2 1807 0.022

Dari Timur

- terus 2640 40 2 1807 1.461

- ke kanan 16 20 1 845 0.019

Dari Barat

- terus 1732 30 2 1766 0.981

- ke kiri 32 40 1 903 0.035

Jadual 2.2 Perbandingan Isipadu Lalulintas Dengan Muatan Persimpangan

Page 25: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

25

2.4.3.2 Persimpangan Shell

Arah Isipadu Masa Hijau

(saat)

Lorong Muatan Nisbah

Isipadu/muatan

Dari

selatan

- ke kanan 161 20 2 1689 0.095

- ke kiri 52 40 2 1807 0.029

Dari Timur

- terus 2992 40 2 1807 1.656

- ke kiri 749 40 1 903 0.829

Dari Barat

- terus 1906 40 2 1807 1.055

- ke kanan 443 20 1 845 0.525

Jadual 2.3 Perbandingan Isipadu Lalulintas Dengan Muatan Persimpangan

Page 26: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

26

2.4.3.3 Persimpangan Tasik Selaman

Arah Isipadu Masa Hijau

(saat)

Lorong Muatan Nisbah

Isipadu/muatan

Dari

selatan

- ke kanan 150 20 2 1689 0.089

- ke kiri 130 40 2 1807 0.072

Dari Timur

- terus 3526 40 2 1807 1.951

- ke kiri 199 40 1 903 0.220

Dari Barat

- terus 2887 40 2 1807 1.598

- ke kanan 765 20 1 845 0.906

Jadual 2.4 Perbandingan Isipadu Lalulintas Dengan Muatan Persimpangan

Page 27: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

27

2.4.2.4 Persimpangan PKNS

Arah Isipadu Masa Hijau

(saat)

Lorong Muatan Nisbah

Isipadu/muatan

Dari utara

- terus 88 30 2 1766 0.050

- ke kiri 2141 30 2 1766 1.212

Dari

Selatan

- terus 95 30 2 1766 0.054

- ke kiri 1826 70 2 931 1.961

Dari Barat

- ke kanan 1859 30 2 1766 1.053

- ke kiri 721 70 2 931 0.774

Jadual 2.4 Perbandingan Isipadu Lalulintas Dengan Muatan Persimpangan

Page 28: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

28

2.5 Rekod-Rekod Kemalangan Jalanraya Di Kawasan Bandar Baru Bangi

(BBB).

Berdasarkan data-data yang direkodkan terdapat banyak kawasan yang mencatatkan

kadar kemalangan yang tinggi yang meliputi kawasan persimpangan-persimpangan

serta kawasan bulatan. Kawasan kajian meliputi 16 seksyen yang mempunyai jaringan

jalanraya yang banyak.

Data diperolehi menunjukkan kadar kemalangan di Bandar Baru Bangi adalah berada

pada tahap sederhana. Daripada pemerhatian yang di buat, didapati jalanraya di

persimpangan dan bulatan mempunyai risiko berlakunya kemalangan. Di dalam

kawasan kajian didapati terdapat lima persimpangan utama yang mempunyai kadar

aliran yang tinggi serta 2 bulatan jalanraya yang berada di antara seksyen 1 dan 2

Bandar Baru Bangi (BBB). Rajah 3.1 di bawah menunjukkan jumlah kecederaan kes

kemalangan mengikut tahun iaitu dari tahun 2003 hingga tahun 2005.

0

5

10

15

20

25

30

35

Bil.

Kecederaan

Mati Cedera Parah Cedera ringan

Tahap Kecederaan

Jumlah Kecederaan Kes Kemalangan mengikut Tahun

2003

2004

2005

Rajah 2.1 Jumlah Kecederaan Kes Kemalangan Mengikut Tahun

Kenderaan yang melalui kawasan bandar baru bangi meliputi kenderaan berat, ringan

serta motosikal. Daripada data yang diperolehi didapati peratus kadar kemalangan

melibatkan kenderaan motokar dan motosikal mencatatkan statistik yang tinggi

Page 29: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

29

berbanding kenderaan lain. Rajah 3.2 menunjukkan kemalangan mengikut jenis

pengguna yang disyaki di Bandar Baru Bangi (BBB).

0

50

100

150

200

250

Bilangan

Kemalangan

BA

S H

EN

TI-

HE

NT

I

BA

S K

ILA

NG

BA

S S

EK

OL

AH

JIP

/ L

AN

D R

OV

ER

/ P

ICK

UP

LO

RI

(BD

M <

2.5

1 T

AN

)

LO

RI

(BD

M <

2.5

0 T

AN

)

LO

RI

TR

EL

ER

/ B

AL

AK

/

TA

NK

ER

MO

TO

KA

R /

WA

GO

N

MO

TO

SIK

AL

< 2

51C

C

TE

KS

I /

KE

RE

TA

SE

WA

TID

AK

BE

RK

EN

AA

N

TID

AK

PA

ST

I

VA

N

Jenis Pengguna

Kemalangan Mengikut Jenis Pengguna yang Disyaki Disalahkan

KMLG MAUT

KMLG PARAH

KMLG RINGAN

KMLGN ROSAK SHJ

Rajah 2.2 Kemalangan Mengikut Jenis Pengguna

Page 30: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

30

2.6 Pisah Ragaman Perjalanan Penduduk Bandar Baru Bangi (BBB)

2.6.1 Kaedah analisis pisah ragaman

Kaedah ini ialah analisis untuk menentukan pemisahan atau pembahagian pelaku

perjalanan mengikut perjalanan mengikut pilihan ragam pengangkutan masing-masing.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pisah ragaman satu-satu kawasan

diantara faktor-faktor tersebut ialah:

• Kadar pemilikan kenderaan peribadi

• Pendapan keluarga

• Hampirnya tempat tinggal dan tempat kerja dari terminal pengangkutan awam

• Masa perjalanan

• Kewujudan tempat letak kereta

Pisah ragaman pada masa sekarang boleh didapati dengan melakukan bancian lalu

lintas mengikut jenis kenderaan dan jumlah penumpang di dalamnya. Jika tidak

terdapat sebarang perubahan dasar kerajaan dan tiada perubahan yang ketara dari segi

kemudahan pengangkutan, pisah ragaman hari ini boleh dianggapkan tidak berubah

sehingga beberapa tahun yang akan datang.

Perubahan dasar yang dimaksudkan ialah seperti menaikan dengan kadar bayaran

letak kereta, mengenakan cukai yang tinggi bagi memiliki kenderaan. Bagi kawasan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, satu kajian yang tidak terlibat dengan perkhidmatan

LRT atau KTM komuter telah dilakukan. Purata pisah ragaman bagi berbagai jenis

guna tanah kawasan Bandar Baru Bangi diberikan dalam Jadual 3.1:

Pisah ragaman dalam Jadual 3.2 akan memberikan jumlah ornag menaiki masing-

masing ragam pengangkutan tetapi tidak jumlah kenderaan. Purata muatan kenderaan

di Kawasan DBKL ialah seperti Jadual di bawah. Bagi kawasan Bandar Baru Bangi,

purata muatan kenderaan dirujuk kepada Purata muatan kenderaan kawasan DBKL.

Page 31: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

31

PISAH RAGAMAN

Guna Tanah Bas (%) Kereta (%) M/sikal

(%)

Flat 49.5 28.3 21.7 Rumah teres setingkat 42.1 48.5 9.4 Rumah teres dua tingkat 42.1 48.5 9.4

Kondominum 13.7 85.1 1.2

Pangsa Puri 39.9 45 15.1

Rumah Sebuah 12.1 84 3.9

Rumah kembar 16.2 79.4 4.4 ( Sumber: JKAL, DBKL Annual Report, 1991)

Jadual 2.5 Purata Pisah Ragaman Di Bandar Baru Bangi

BIL Guna Tanah Kereta/van/Jeep M/sikal Bas

(besar) Bas

(mini)

1 Pejabat Kerajaan/swasta 1.55 1.25 75 35

2 Hotel 1.55 1.25 40 25

3 Pusat beli belah 2.14 1.3 75 35

4 Rumah Kediaman 2.05 1.38 75 35

(Sumber: JKAL, DBKL Annual Report, 1991)

Jadual 2.6 Purata Muatan Kenderaan Di Kuala Lumpur.

Bagi Kawasan Bandar Baru Bangi (BBB), bancian lalulintas dirujuk kepada guna

tanah seperti kawasan perumahan, kawasan komersial dan institusi serta kawasan

industri. Bagi menentukan pisah ragaman kawasan kajian, andaian di buat bahawa

jenis pembangunan di bandar Baru Bangi (BBB) terdiri daripada Perumahan.

Kawasan perumahan menunjukkan kadar pengeluaran pagi adalah tinggi. Jadi

Page 32: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

32

kawasan Bandar Baru Bangi (BBB) dinilai melalui pengeluaran pada waktu puncak.

Jadual 3.3 adalah rumusan kepada model pisah ragaman yang dibuat bagi Bandar

Baru Bangi (BBB).

Daripada analisis yang dibuat, didapati peratus pilihan penduduk menggunakan kereta

adalah paling tinggi diikuti menggunakan bas dan motosikal. Purata pemilikan

kenderaan di Bandar Baru Bangi (BBB) menunjukkan bagi setiap rumah mempunyai

2 buah kereta. Ini mengesahkan bahawa penggunaan kereta adalah paling tinggi.

Model analisis pisah ragaman bagi Bandar Baru Bangi (BBB) di bahagikan kepada

seksyen-seksyen dalam Bandar Baru Bangi.

Jadual 2.7 Model Pisah Ragaman Bagi Setiap Seksyen Bandar Baru Bangi (BBB)

SEKSYEN BAS (%) KERETA (%) MOTOSIKAL (%)

1 37 49.51 11.89

2 43.20 41.68 15.12

3 32.60 57.98 9.4

4 40.27 47.74 11.99

5 41.56 47.65 10.79

6 - - -

7 40.77 46.38 12.85

8 38.92 50.06 11.02

9 36.67 54.94 8.38

10 42.10 48.50 9.4

11 - - -

12 42.10 48.10 9.4

13 - - -

14 - - -

15 42.10 48.50 9.4

16 47.25 35.10 17.75

Page 33: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

33

2.6.2 Pengagihan isipadu perjalanan dalam zon-zon BBB

ZONE 2

ZONE 1

ZONE 3

ZONE 9

ZONE 8

ZONE 7

ZONE 4

ZONE 5

ZONE 6

101 102

100

Page 34: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

34

2.6.3 Pengagihan isipadu perjalanan dari BBB ke zon luaran

ZONE 1

UKM

SEREMBAN

KAJANG PUTRAJAYA

KL

200 300

100

Page 35: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

35

2.7 Laporan Pernyataan Masalah

Laporan ini merupakan titik tolak untuk mencadangkan berbagai-bagai cadangan

untuk menyelesaikan masalah pengangkutan yang ada sekarang dan juga yang

dijangka akan timbul pada masa hadapan. Laporan ini

2.7.1 Pernyataan Masalah

Masalah yang dinyatakan dibawah adalah berdasarkan laporan pemerhatian.

Masalah ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :

• Masalah kecekapan

• Masalah keselamatan

• Masalah alam sekitar

Page 36: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

36

3.0 CADANGAN JANGKAMASA PENDEK (PLAN TINDAKAN)

Penyediaan kemudahan pengangkutan merupakan satu proses yang rumit dimana ia

memerlukan perbelanjaan yang besar dan memakan masa yang lama untuk

melaksanakannya. Asas dasar inilah maka perancangan projek pembinaan yang

terancang diperlukan dalam setiap projek pembinaan kemudahan pengangkutan.

Pelan tindakan merupakan satu kaedah yang boleh digunakan dalam perancangan

projek kemudahan pengangkutan. Pelan tindakan terdiri daripada beberapa gabungan

projek kecil yang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan diselaraskan antara

satu sama lain bagi mengelakkan kerja yang bertindih atau kerja yang berlawanan

antara satu sama lain. Melaui kaedah ini perbelanjaan projek dapat dijimatkan.

Pelan tindakan merupakan pelan jangka pendek yang kebiasaannya dalam lingkungan

tiga tahun sahaja. Oleh sebab itu ia bersifat terperinci berbanding pelan jangka

panjang yang lebih bersifat umum. Projek dalam plan tindakan tindakan ini biasanya

memerlukan kos yang rendah seperti memperbaiki kerosakan yang sedia ada seperti

memperbaiki persimpangan dan pengurusan tempat letak kereta.

Perkara-perkara utama yang diambil kira dalam plan tindakan ialah:

• Hierarki jalan raya: Jalan pengagih primer

Jalan pengagih daerah

Jalan pengagih tempatan

Jalan masuk

Jalan untuk pejalan kaki

• Pengurusan lalu lintas

• Memperbaiki jalan raya

• Kawalan lalu lintas

Page 37: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

37

• Sekatan lalu lintas

• Dasar tempat letak kereta

• Pengurusan lalu lintas kenderaan berat

• Keutamaan bas

• Memperbaiki operasi bas

• Keselamatan jalan raya

3.2 Keutamaan pengguna

Keselamatan pengguna merupakan ciri utama yang perlu dititik beratkan dalam proses

penyediaan pelan tindakan. Maka dalam projek ini keutamaan kepada penguna telah

diberi perhatian yang serius mengikut kawasan-kawasan yang telah ditetapkan seperti

• Kawasan keutamaan pejalan kaki

• Kawasan keutamaan kenderaan

• Kawasan keutamaan bercampur

3.3 Proses plan tindakan

Bagi projek ini pekara yang dipertimbangkan dalam penyediaan plan tindakan ialah:

• Analisis masalah dan mengenalpasti tindakan yang sesuai.

• Menilai kesan tindakan yang diambil terhadap masalah tersebut

• Menyusun plan tindakan

3.4 Penyertaan orang awam

Orang awam perlu dilibatkan dalam proses perancangan pengangkutan kerana mereka

merupakan pengguna utama bagi system yang dirancang ini. Penglibatan orang awam

perlulah dari awal perlaksaan projek dan diwakili oleh orang-orang tertentu seperti

wakil persatuan penduduk. Antara kebaikan melibatkan pengguna awam adalah:

Page 38: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

38

• Membantu untuk memahami kehendak_dan pancangan orang awam

• Dapat melihat kepentingan golongan minoriti dan pengetahuan keadaan tempatan

secara terperinci

• Membantu menghargai perancangan yang dibuat yang akan mengurangkan kesan-

kesan negatif semasa peringkat perlaksanaan

• Menambahkan dan memudahkan jalan untuk

• mendapatkan data dari berbagai-bagai pihak.

3.5 Cadangan plan jangka pendek

Pembangunan pesat di sekitar Bandar Baru Bangi dan kawasan berhampiran telah

menyebabkan permintaan terhadap infrastruktur sistem pengangkutan semakin

meningkat. Penduduk memerlukan peningkatan traf terhadap system sedia ada. Ini

bagi memenuhi keperluan harian mereka.

Beberapa cadangan projek dicadangkan bagi memenuhi keperluan penduduk. Antara

projek yang dicadangkan adalah seperti dalam jadual 11.

Jadual 3.1 Cadangan Pelan Jangka Pendek

BIL PERKARA KUANTITI

1 Menyediakan laluan lintasan pejalan

kaki

Lump sump

2 Papan tanda berhenti dan membuat

garisan berhenti

4 set

3 Membaiki persimpangan jalan di

seksyen 1

2 unit

4 Melebarkan jalan daripada 4 lorong

kepada 6 lorong diseksyen 10

2.5 km

8 Menambah bilangan perkhidmatan bas 8 unit

Page 39: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

39

3.5.1 Menyediakan laluan lintasan pejalan kaki di hadapan UKM

Keselamatan pengguna jalan kaki yang ingin menyeberang jalan di persimpangan di

hadapan UKM amat merbahaya kerana jumlah kenderaan yang melalui persimpangan

tersebut banyak. Maka untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan laluan khas

bagi lintasan pejalan kaki akan dibina di hadapan UKM. Pelebaran pembahagi jalan

juga dilakukan. Rajah dibawah menunjukkan kedudukan lintasan pejalan kaki yang

akan dibina.

Rajah 3.1 Membina lintasan pejalan kaki.

Page 40: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

40

3.5.2 Membina papan tanda berhenti dan membuat garisan berhenti di

persimpangan bulatan

Pada masa sekarang, jika diperhatikan kesemua tiga buah persimpangan bulatan yang

ada di Bandar Baru Bangi tidak mempunyai garisan berhenti, tanda berhenti dan tanda

beri laluan di setiap susur keluar simpang. Ini akan membahayakan pengguna jalan

tersebut. Terdapat pengguna lain dengan terus keluar dari simpang tanpa mengambil

kira kenderaan yang dating.

Maka dicadangkan di sina agar pembinaan garisan berhenti di setiap susur keluar

simpang. Begitu juga dengan meletak papah tanda berhenti dan beri laluan. Rajah 12

menunjukkan kedudukan garisan berhenti dan petanda yang dicadangkan

pembinaannya di kesemua persimpangan bulatan yang terdapat di Bandar Baru Bangi.

Rajah 3.2 Cadangan garisan berhenti dan tanda jalan

Page 41: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

41

3.5.3 Memperbaiki persimpangan jalan di fasa 1

Sistem jalan di fasa 1 adalah tidak teratur dan menyebabkan kesukaran kepada

pengguna jalan raya. Antara masalah yang diperhatikan adalah keadaan persimpangan

tiga bagi jalan berhampiran dengan Kolej Idris Al-Marbawi dan juga tiada simpang

susur keluar ke kanan berhampiran dengan flat fasa 1. oleh itu kerja menaiktaraf jalan

dikawasan tersebut perlu dijalankan.

Rajah 3.3 cadangan menaik taraf jalan

Page 42: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

42

3.5.4 Melebarkan persimpangan jalan berhampiran PKNS ke lebuhraya SILK

Daripada kajian yang dilakukan keatas penggunaan jalan raya dikawasan antara PKNS

dan Plaza Tol Kajang didapati bahawa jumlah isipadu penguna jalan raya adalah

melebihi muatan dimana nisbah isipadu muatan yang diperolehi adalah melebihi 0.9.

keadaan ini menyebabkan waktu lengah dan beratur yang panjang. Oleh itu cadangan

seperti melebarkan persimpangan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

cadangan dibuat dari 4 lorong ditukar kepada 6 lorong.

Arah Isipadu Masa Hijau

(saat)

Lorong Muatan Nisbah

Isipadu/muatan

Dari utara

- terus 88 30 2 1766 0.050

- ke kiri 2141 30 2 1766 1.212

Dari

Selatan

- terus 95 30 2 1766 0.054

- ke kiri 1826 70 2 931 1.961

Dari Barat

- ke kanan 1859 30 2 1766 1.053

- ke kiri 721 70 2 931 0.774

Jadual 3.2 Perbandingan isipadu lalulintas dengan muatan persimpangan bagi

simpang PKNS

Page 43: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

43

Rajah dibawah menunjukkan perlebaran laluan yang akan dilakukan dikawasan

persimpangan hadapan PKNS menuju ke simpang lebuhraya SILK (Kajang). Garisan

bewarna merah menunjukkan pertambahan lorong yang akan dibina.

Rajah 3.4 Memperbaiki persimpangan jalan di seksyen Satu

Page 44: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

44

3.5.5 Meningkatkan sistem perkhidmatan bas

Perkhidmatan bas yang sedia ada pada masa ini adalah tidak terancang dan

menyebabkan kesusahan kepada pengguna awam untuk menggunakan perkhidmatan

tersebut. Oleh itu peningkatan sistem perkhidmatan bas perlu dilakukan dimana setiap

seksyen didalam Bandar Baru Bangi akan dilalui oleh perkhidmatan bas awam. Oleh

itu 10 buah bas diperlukan bagi memenuhi permintaan ini.

Rajah 3.5 Model bas yang dicadangkan

Page 45: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

45

4.0 PERMINTAAN PERJALANAN MASA DEPAN

4.1 Kaedah bagi meramalkan guna tanah bagi kawasan bandar baru bangi

sehngga tahun 2020

4.1.1 Kaedah Pengambilan data

Bagi mendapatkan data ramalan bagi kajian ini, ia meliputi:

o Mendapatkan pelan struktur sediada bagi kawasan kajian sediada meliputi

perancangan pembangunan masa terdekat dan jangka panjang

o Mendapatkan data melalui pelan-pelan seperti pelan jalanraya, pelan kawasan

perumahan.

o Mengumpul data bagi kawasan kajian meliputi bilangan penduduk terkini serta

masa hadapan.

o Mendapatkan data bagi kawasan major serta minor dalam kawasan kajian

berkenaan pembangunan masa panjang yang akan dijalankan.

Jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat bagi mendapatkan Data-data meliputi:

• Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

• Jabatan Kerja Raya Hulu Langat

• Jabatan Perangkaan Negara

Page 46: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

46

4.1.2 Pembahagian Data

Data perancangan dirujuk kepada data yang diperolehi pada tahun 2005 bagi membuat

ramalan pada masa hadapan.

Perancangan dibuat berdasarkan perancangan sediada serta ramalan dibuat dengan

membahagikan seksyen-seksyen dalam Bandar Baru Bangi Kepada 9 zon dan

kawasan luar kepada 4 zon.

Data perancangan dikategorikan kepada beberapa bahagian mengikut jenis

pembangunan:

• Perumahan } residential data

• Komersial

• Perindustrian/institusi } non-residential data

Peringkat mendapatkan data guna tanah sediada meliputi proses:

1) Data jenis pembangunan sediada bagi kawasan zon dalaman dan zon luaran.

2) Plan pembangunan sediada bagi kawasan kajian: plan struktur dan plan konsep

pembangunan.

3) Data yang diperolehi daripada pelan struktur meliputi;

- Bilangan rumah

- Bilangan isi rumah

- Bilangan orang bekerja

- Plot ratio

4) Data-data yang diperolehi dikategorikan bagi setiap zon meliputi bilangan rumah,

kepadatan penduduk serta jenis pembangunan sediada mengikut tahun and

dijumlahkan bagi mendapatkan data bagi kawasan kajian.

Page 47: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

47

4.1.3 Ramalan

Mengenalpasti dan mengesahkan ramalan bagi pertambahan penduduk bagi kawasan

kajian berdasarkan data guna tanah, mengikut tahun.

Pengiraan ramalan penduduk dirujuk kepada kepada nilai pertambahan penduduk

antara tahun kajian dan tahun ramalan 2020. Data tahun kajian dibuat sebagai rujukan

sehingga tahun ramalan.

Membuat ramalan dengan mengandaikan pertambahan penduduk adalah berdasarkan

kadar pertumbuhan dan kadar pertumbuhan sediada.

4.1.4 Kaedah anggapan data bagi mendapatkakan ramalan bilangan penduduk

dan pekerjaan,

Bilangan Penduduk

• Tafsiran ramalan pertmbahan kawasan perumahan Bandar Baru Bangi (BBB)-

50% pertumbuhan daripada jumlah kawasan perumahan.

• Tafsiran kepadatan bagi kawasan perumahan:

- purata 15 unit rumah bagi per ekar kawasan perumahan

- kawasan rizab Melayu purat 2 unit per ekar.

- Bagi kawasan luaran dirujuk kepada pelan pembangunan kawasan tersebut.

Bilangan Pekerja:

• Andaian dibuat purata bilangan pekerja bagi zon komersial dan industri 5%-

7% daripada jumlah bagi kawasan pembangunan.

• Kepadatan bilangan pekerja bagi zon industri dan institusi ialah 55 orang per

hektar atau 22 orang pekerja per ekar.

• Plot ratio 1:3

Page 48: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

48

4.1.5 Ramalan Guna Tanah

Berdasarkan pelan pembangunan Bandar Baru Bangi didapati ramalan sebanyak 80%

kawasan Bandar Baru Bangi akan dibangunkan pada tahun 2020. trend menunjukkan

terdapat perkembangan positif bagi kawasan Bandar Baru Bangi terus di bangunkan.

Pada tahun kajian 2005 terdapat pembangunan baru seperti dikawasan pusat bandar

Baru Bangi dibangunan kawasan komersial serta seksyen-seksyen 1, 2 dan 3 di

bangunkan dengan kawasan perumahan.

Berdasarkan kawasan kajian pada tahun 2005, data bagi guna tanah bagi kawasan

Bandar Baru Bangi pada tahun 2020 adalah seperti berikut:

Zone Perumahan kawasan

Industri/intitusi Komersial Jumlah 1 132.6 7.918326 0 140.5183 2 99.36 0 0.129823 99.48982 3 181.68 79.32464 10.37385 271.3785 4 255.24 24.3254 2.177206 281.7426

5 178.32 22.96804 0 201.288 6 0 0 0 0 7 241.2 18.08766 0 259.2877 8 129.72 7.988573 0 137.7086 9 39 4.563374 0 43.56337 10 13.08 378.9904 0 392.0704

11 0 360.4657 0 360.4657 12 17.64 737.6701 0.57798 755.8881 13 0 354.9344 0 354.9344 14 0 210.575 0 210.575 15 25.44 155.5438 36.05306 217.0368 16 156.96 155.9163 7.700472 320.5768 PBBB 0 2.6676 10.28849 12.95609

Jumlah 1470.24 2521.939 67.30088 4059.48

Jadual 2.1: Guna tanah Kawasan Bandar Baru Bangi Tahun 2020

Page 49: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

49

4.2 Bilangan Penduduk Dan Jangkaan bilangan Pekerja

Bagi mengangar bilangan penduduk dan jangkaan bilangan pekerja pada tahun 2020,

ia dinilai melalui taksiran guna tanah yang dibuat seperti claus di atas. Parameter yang

digunakan dalam menganggar bilangan penduduk serta bilangan pekerja dalah seperti

berikut:

Bilangan Penduduk - Purata 15 unit rumah per ekar kawasan

perumahan

- bilangan ahli rumah seramai 5.0 orang/rumah

Bilangan pekerja - purata pekerja bagi zon industri dan komersial

ialah 55 orang per hektar atau 22 orang per ekar

- Purata 4 pekerja bagi zon komersial bagi setiap

keluasan 1000 kaki persegi

Daripada data guna tanah yang dianalisis. Seramai 110268 orang penduduk yang

tinggal dikawasan Bandar Baru Bangi (BBB) pada tahun 2020 serta seramai 56963

bilangan pekerja pada tahun2020

Ringkasan bilangan penduduk serta bilangan pekerja mengikut seksyen dalam Bandar

Baru Bangi:

Page 50: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

50

Jadual 2.2: Bilangan Penduduk Dan Pekerja Tahun 2020

zone Bilangan penduduk tahun 2020

Bilangan Pekerja pusat intitusi/industri dan komersial tahun 2020

1 9945 174.2032

2 7452 2.85611

3 13626 1973.367

4 19143 583.0573

5 13374 505.2968

6 0 0

7 18090 397.9286

8 9729 175.7486

9 2925 100.3942

10 981 8337.788

11 0 7930.245

12 1323 16241.46

13 0 7808.557

14 0 4632.65

15 1908 4215.13

16 11772 3599.57

PBBB 0 285.0339

Jumlah 110268 56963.28

Page 51: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

51

5.0 PLAN JANGKA PANJANG

Plan jangka panjang ialah peracangan penyediaan pengangkutan yang melebihi 5

tahun. Kebiasaannya projek-projek yang dicadangkan adalah besar dan sukar atau

tidak diperlukan dalam masa yang singkat. Perlaksanaannya biasanya memerlukan

masa yang panjang dan kos yang tinggi. Bagi menjalankan perancangan pada masa

hadapan analisis keadaan pada ini perlu dilakukan. Analisis pisah ragaman bagi tahun

2005 Bagi Bandar Baru Bangi ditunjukkan pada Jadual 5.1

Jadual 5.1 Model Pisah Ragaman Bagi Setiap Seksyen Bandar Baru Bangi (BBB)

Pada Tahun 2005.

SEKSYEN BAS (%) KERETA (%) MOTOSIKAL (%)

1 37.00 49.51 11.89

2 43.20 41.68 15.12

3 32.60 57.98 9.4

4 40.27 47.74 11.99

5 41.56 47.65 10.79

6 - - -

7 40.77 46.38 12.85

8 38.92 50.06 11.02

9 36.67 54.94 8.38

10 42.10 48.50 9.4

11 - - -

12 42.10 48.10 9.4

13 - - -

14 - - -

15 42.10 48.50 9.4

16 47.25 35.10 17.75

Page 52: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

52

Daripada jadual diatas menunjukkan corak perjalanan bagi kawasan Bandar Baru

Bangi (BBB) pada tahun 2005. Bagi perancangan jangka panjang, mengandaikan

bahawa penduduk Bandar Baru Bangi menggunakan sistem pengangkutan awam bagi

perjalanan dalam kawasan zon ataupun kawasan zon luar seperti Kuala Lumpur,

Putrajaya dan Seremban.

Daripada analisis ragaman di buat pada tahun 2005, andaian di buat pertambahan

sebanyak 30% bagi setiap jenis pengangkutan yang digunakan oleh pengguna pada

tahun 2020. Jadual 3.2 menunjukkan peratus penggunaan pengangkutan awam dan

kenderaan persendirian.

Jenis

Pengangkutan

2005 2020

Pengangkutan

awam

175 227

kereta 6885 8950

motosukal 2800 3641

Daripada jadual diatas menunjukkan berlaku pertambahan kepada corak perjalanan

pengguna bandar Baru Bangi. Bagi cadangan masa panjang, antara cadangan-

cadangan penambahbaikan sistem pengangkutan awam dalam bandar baru Bangi serta

Zon luaran adalah seperti Berikut:

1. Mewujudkan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang akan disambungkan

dari Bandar MSC (berdasarkan laporan kajian pengangkutan MSC) ke Bandar

Baru Bangi dan seterusnya hingga di Kajang.

2. Membina stesen besepadu bas dan LRT di pusat Bandar Baru Bangi.

3. Membina jalan perhubungan antara seksyen 11 dan seksyen 12 yang bermula

dar bangunan RHB Bank di seksyen 11 ke ILIM di seksyen 12

4. Membina jejambat yang menghubungkan jalan mati dari masjid Al-Hasanah di

seksyen 9 ke jalan baru yang dibina dari RHB ke ILIM merentasi Lebuhraya

Utara Selatan.

Page 53: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

53

5.1 Cadangan mewujudkan system LRT dan perkhidmatan bas bersepadu

Pada masa kini di Bandar Baru Bangi telah disediakan perkhidmatan komuter yang

dihubungkan dari pusat bandar Kuala Lumpur melalui Bandar Baru Bangi sehingga ke

Seremban. Namun begitu, memandangkan masih belum ada sistem pengangkutan

awam yang effektif yang menghubungkan Bandar Baru Bangi ke Putrajaya dan

bandar MSC. Maka kami mencadangkan supaya cadangan sistem rangkaian yang

akan dibangunkan di MSC supaya disambungkan terus ke Kajang dan melalui Bandar

Baru Bangi. Rajah 8.1 menunjukkan cadangan rangkaian laluan LRT yang akan

menghubungkan Putrajaya ke Kajang.

Rajah 5.1 Rangkaian Laluan LRT Dari Putrajaya ke Kajang.

Kemudahan pengangkutan bas juga disepadukan dengan pengangkutan LRT dimana

satu stesyen bas dan stesyen LRT disatukan di Bangi Sentral yang terletak di Pusat

Bandar Bandar Baru Bangi. Ini memudahkan pengaliran pengguna yang ingin

mengunakan kedua-dua kemudahan tersebut.

Perkhidmatan bas juga telah diperbaiki system laluannya dengan menghubungkan

setiap seksyen didalam Bandar baru bangi dan juga menghubungkan dengan bandar

besar di sekitar Bandar Baru Bangi seperti Putrajaya dan Kajang rajah dibawah

Page 54: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

54

menunjukkan pelan kedudukan stesyen bas Bangi sentral dan rangkaian laluan

perjalanan bas kesetiap destinasi tesebut:

Rajah 5.2 Kedudukan stesen bas di Pusat Bandar BBB

Page 55: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

55

.

Rajah 5.3 Laluan perjalanan bas antara seksyen dalam Bandar Baru Bangi

Rajah diatas menunjukkan pelan laluan perjalanan bas yang dicadangkan antara dalam

kawasan Bandar Baru Bangi. Perjalanan bermula di stesyen bas yang terletak di Pusat

Bandar Bandar Baru Bangi melalui seksyen 13, seksyen 12, melalui jalan baru yang

akan dibina merentasi PLUS , seksyen 9, seksyen 8 seksyen 4, seksyen 3, seksyen 1 ,

seksyen 16 dan akhirnya kembali ke stesyen bas.

Page 56: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

56

Rajah 5.4 Laluan perjalanan bas dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya

Page 57: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

57

Rajah 5.5 Laluan perjalanan bas dari Bandar Baru Bangi ke Kajang

Rajah diatas menunjukkan laluan perjalanan bas yang bermula dari Pusat Bandar BBB

dan melalui kawasan seksyen 16, seksyen 1, UKM, Jalan Reko dan seterusnya ke

kajang.

Page 58: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

58

5.2 Cadangan mewujudkan jalan pintas yang menghubungkan seksyen 9,

seksyen 11 dan seksyen 12

Sebuah jalan baru dicadangkan menghubungkan seksyen 11 dan seksyen 12.

Cadangan jalan baru ini akan bermula dari jalan sedia ada berhadapan

dengan Institut latihan Islam Malaysia (ILIM) di seksyen 12 menuju ke jalan

sedia ada bersebelahan dengan Pusat Latihan RHB Bank di seksyen 11.

Terdapat sebuah simpang tiga juga akan dibina. Simpang ini akan

menghubungkan kedua-dua seksyen ini ke seksyen 9 di mana ianya akan

melalui jejambat yang telah dicadangkan pembinaannya. Rajah 5.7 dan rajah

5.8 menunujukkan lokasi cadangan projek ini.

Rajah 5.7 Cadangan jejambat dan jalanraya

Page 59: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

59

Rajah 5.7 Cadangan jejambat dan jalanraya

Page 60: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

60

5.2 Strategi Pengurusan Trafik Untuk Meningkatkan Pengangkutan Awam.

5.2.1 Intelligent Transport System (ITS)

Keseluruhan kompenan ITS dijangkakan sebagai satu sistem yang sangat wajar

diaplikasikan didalam Bandar Baru Bangi. Gabungan semua sistem ini adalah sebagai

suatu perkara penting untuk mengintegrasikan ITS di keseluruhan kawasan.

Keseluruhan pusat kawalan untuk pengurusan dan informasi trafik di cadangkan

merangkumi Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Lembah Klang.

Melalui perkhidmatan pengurusan trafik pula segala kawalan trafik akan

dikawal secara berpusat. Untuk itu, sesuatu kitaran lampu trafik akan diubah mengikut

kesesuian kepadatan kereta. Ramalan trafik juga akan dibuat melalui data-data yang

diperolehi. Arah pengaliran laluan perjalanan disesuatu tempat juga boleh diubah

mengikut kesesakan. Selain itu, dengan adanya informasi maklumat pengembara

dapat memudahkan pengunjung yang datang buat pertama kali ke bandar ini dapat

menuju ke destinasi yang dituju dengan cepat kerana dipandu oleh pelan yang

diberikan.

Perkara yang menjadi tumpuan pihak kami juga adalah untuk meningkatkan

taraf perkhidmatan pengangkutan awam. Perjalanan menggunakan bas merupakan

pilihan yang paling popular dan ini memerlukan peningkatan perkhidmatan bas yang

lebih effektif dan selesa. Teknologi maklumat masa sebenar perlu diguna pakai

sebagai operator pantas yang dijangka dilaksanakan sebelum tahun 2020. Maka

pengumpulan data perpusat mampu untuk menguruskan arah pengaliran laluan bas

supaya tidak terjebak dengan laluan yang sibuk. Ini juga dapat memastikan supaya bas

dapat tiba ke destinasi yang ditetapkan dalam masa yang betul menyebabkan

penumpang bas dapat menguruskan perjalanan mereka dengan lebih baik.

Perkhidmatan pembayaran elekronik perlu diperluaskan penggunaannya di

Bandar ini. Antaranya memperbanyakkan pemungutan tol elektronik di tol lebuhraya

yang menjadi pintu keluar masuk ke bandar ini dari Lebuhraya Utara Selatan. Perkara

Page 61: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

61

ini dapat melancarkan perjalanan trafik terutamanya pada waktu puncak kerana ramai

penduduk di sini yang menggunakan lebuhraya ini untuk pergi bekerja di Kuala

Lumpur dan Seremban.

Page 62: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

62

6.0 ANGGARAN KOS

Kos jangka pendek

BIL PERKARA KUANTITI KOS (RM)

1 Menyediakan laluan lintasan

pejalan kaki

Lump sump 3000

2 Papan tanda berhenti dan

membuat garisan berhenti

4 set 2000

3 Membaiki persimpangan

jalan di seksyen 1

2 unit 600 ribu

4 Melebarkan jalan daripada 4

lorong kepada 6 lorong dari

persimpangan hadapan

PKNNS ke lebuhraya SILK

2.5 km 20.2 juta

8 Menambah bilangan

perkhidmatan bas

8 unit 5 juta

Kos jangka panjang

Bil Perkara Kuantiti Kos (RM)

1 Membina jejambat dan jalan

dari Masjid Al- hasanah

Seksyen 9 merentasi

Lebuhraya Utara Selatan

0.8 km 25 juta

2 Membina jalan 4 lorong dari

RHB Bank seksyen 11 ke

ILIM seksyen 12

1.5km 12.75 juta

3 Membina stesyen bas dan

LRT di PBBB

1unit 40 juta

4 Intelligent transport system

(ITS)

100 juta

5 Stesyen LRT-Bangi-

Putrajaya

25km 20 bilion

Jadual 6.1 Anggaran Kos Jangka Panjang Dan Jangka Pendek

Page 63: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

63

7.0 PLAN PERLAKSANAAN

Perlaksanaaan projek pengangkutan Bandar di Bandar Bangi merupakan satu kerja

yang rumit kerana ia melibatkan kawasan yang besar dan pengguna awam. Oleh itu

perlaksanaan nya perlulah dilakukan dengan berperingkat supaya satu perancangan

yang berkesan dapat dicapai. Antara proses yaneliputig perlu dilakukan adalah seperti:

1. Kajian awal

Kajian awal perlu dijalankan bertujuan untuk memberikan gambaran

keadaan semasa Bandar Baru Bangi (BBB) dan arah serta bentuk

perkembangannya. Kajian awal dijalankan sebelum kerja sebenar dibentuk

dan dilakukan.

Dalam peringkat ini, perkara-perkara berikut ditentukan terlebih dahulu:

• Objektif Kajian

• Kawasan Kajian

• Menentukan organisasi pasukan kajian dan jawatan-jawatan

kuasa khas dengan pihak penguasa Bandar.

2. Odit Keadaan Semasa

Dalam kerja-kerja odit keadaan semasa, perancangan kerja meliputi:

• Laporan berdasarkan pandangan dan pemerhatian

• Laporan bancian lalu lintas

• Laporan peluang-peluang dan halangan-halangan untuk

memperbaiki keadaan pengangkutan.

• Penyataan masalah.

3. Menyediakan Plan Tindakan

Page 64: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

64

Daripada keadaan odit semasa, antara permasalahan yang dikenalpasti dan

perlu diambil tindakan sebagai plan jangka pendek seperti disenaraikan di

bawah:

1. Menyediakan laluan lintasan pejalan kaki.

2. Papan tanda berhenti dan membuat garisan berhenti.

3. Membaiki persimpangan jalan di seksyen 1.

4. Melebarkan jalan daripada 4 lorong kepada 6 lorong diseksyen 10.

5. Menambah bilangan perkhidmatan bas.

4. Menyediakan Plan Jangka Panjang

Aktiviti yang terlibat dalam penyediaan plan jangka panjang meliputi:

Panduan Dasar.

- Bandar Baru Bangi menyediakan jalan-jalan yang lebar bagi

memenuhi matlamat meningkatkan taraf kecekapan ekomomi.

- Kemudahan bas di kawasan kajian tidak memuaskan disebabkan

purata penggunaan adalah rendah.

Anggaran Kos cadangan-cadangan.

Anggaran kos meliputi:

1. kos pembinaan.

2. kos professional

3. kos pengambilan tanah.

Angaran kos bagi perancangan Bandar Baru Bangi boleh dirujuk pada jadual 4.1

diatas.

Penilaian cadangan

Page 65: KAJIAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI report... · kajian pengangkutan bandar baru bangi kerajaan malaysia jabatan perancang jalan kementerian kerja raya disediakan oleh jurutera

Perancangan Pengangkutan Bandar Baru Bangi

_____________________________________________________________________

Jurutera Perunding Jtts Sdn Bhd

65

Penilaian di buat berdasarkan:

o Harga projek

- Dirujuk seperti jadual pada jadual 6.1 diatas.

o Pulangan Kewangan

– Dirujuk seperti jadual 6.2 di bawah.

o Kesesuaian projek

8.0 KESIMPULAN

� Hasil kajian terhadap keadaan semasa, pelan-pelan yg dicadangkan dapat

menyelesaikan masalah pengangkutan di Bandar Baru Bango

� Kos jangka pendek = 25.8 juta

� Kos jangka panjang = 21 billion

� Perancangan menepati permintaan penduduk pada masa depan