KAJIAN MENGENAI TRANSFORMASI SOSIAL - · PDF file5.4 Jumlah terbanyak, ... Kecemerlangan Pendidikan (Peperiksaan UPSR, PMR, ... modul yang berupaya menjadi mangkin kepada pembinaan

Embed Size (px)

Citation preview

  • KAJIAN MENGENAI TRANSFORMASI SOSIAL Pengenalan

    5.1 Transformasi sosial ialah perubahan yang mendalam dan berjangka

    panjang yang berlaku meliputi segala yang berkaitan dengan

    masyarakat. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada proses

    transformasi sosial yang dialami oleh masyarakat dalam sesebuah

    negara. Dalam konteks penyelidikan ini, perbincangan proses

    transformasi ini dianalisis dan diteliti dari aspek pembangunan

    sosialnya. Justeru, tiga elemen utama pembandaran, pendidikan,

    perubahan masyarakat dan teknologi menjadi tumpuan utama

    penelitian bab ini.

    5.2 Setiap pembangunan yang dilakukan pastinya membawa kepada

    perubahan yang berbeza-beza. Sejak 50 tahun negara mencapai

    kemerdekaan, masyarakat Malaysia telah melalui pelbagai proses

    transformasi sosial yang meliputi aspek ekonomi, sosial, pendidikan,

    budaya, politik, teknologi dan lain-lain lagi.

    BAB

    5

  • Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 5 Kajian Mengenai Transformasi Sosial

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5--2

    5.3 Justeru itu, setakat manakah proses transformasi sosial tersebut

    berlaku, dan bagaimana kesannya kepada pembangunan sosial

    negara? Inilah antara persoalan yang menarik perhatian para

    penyelidik tema ini. Keluasan skop dan pemahaman tema

    penyelidikan transformasi sosial ini dibuktikan dengan hakikat lebih

    separuh kajian pembangunan sosial ini adalah di bawah payung tema

    transformasi sosial.

    Bilangan Kajian dan Dana

    5.4 Jumlah terbanyak, iaitu lebih separuh (54%) ataupun 1,777 buah

    kajian penyelidikan pembangunan sosial ialah berkaitan dengan tema

    transformasi sosial. Daripada jumlah tersebut, dua disiplin sains sosial

    yang menjadi tunjang penyelidikan di bawah tema transformasi sosial

    ialah disiplin antropologi dan sosiologi, dan pendidikan. Bidang-

    bidang sains sosial lain ialah ekonomi, teknologi maklumat dan

    psikologi dan sebilangan kecil bidang sains sosial lain. Ada juga kerja

    itu, bersifat multi disiplin.

    5.5 Daripada semua kajian ini, lebih separuh (57%) kajian adalah

    penyelidikan tesis, dengan tesis peringkat Sarjana mewakili jumlah

    terbanyak 834 (47%), dan penyelidikan peringkat PhD sebanyak 174

    (10%). Selebihnya, sebanyak 726 (41%) adalah penyelidikan

    asas/gunaan, dan 2% penyelidikan rundingan. Berbanding dengan

    tema penyelidikan lain, penyelidikan rundingan menerusi tema

  • Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 5 Kajian Mengenai Transformasi Sosial

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5--3

    transformasi sosial adalah jumlah terbanyak, iaitu sebanyak 45 buah

    kajian.

    5.6 Dari segi dana pula, memandangkan 45 buah kajian tema ini adalah

    berbentuk rundingan/kontrak, maka hampir sepertiga (34 kajian) telah

    mendapat dana RM100,000 dan ke atas bagi setiap satu manakala

    sebuah kajian telah memperolehi dana yang cukup besar iaitu RM1.5

    juta.

    Kategori dan Tema Kajian

    5.7 Kajian-kajian mengenai transformasi sosial cukup luas yang

    merangkumi pelbagai aspek. Antaranya ialah:

    1. Perubahan masyarakat dan urbanisasi

    2. Impak sains dan teknologi

    3. Isu pendidikan: masalah dan masa depan

    4. Pendidikan agama dan implikasi pemodenan

    5. Program pembangunan belia

    6. Pembangunan ekonomi negara

    7. Pembangunan bidang ICT

    8. Isu psikologi dan impaknya

    Perubahan Masyarakat dan Urbanisasi

    5.8 Perubahan sesebuah masyarakat sering dikaitkan dengan proses

    pemodenan yang dialami oleh sesebuah negara itu. Terdapat beberapa

    kajian yang dilakukan merujuk kepada kesan pembangunan dan

  • Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 5 Kajian Mengenai Transformasi Sosial

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5--4

    kemajuan terhadap masyarakat luar bandar dan juga di bandar.

    Pembangunan di sesebuah bandar misalnya, adalah satu proses yang

    ada kaitannya dengan pertambahan saiz penduduk dan peningkatan

    fungsinya sebagai pusat aktiviti sosial masyarakat sekitar dan

    berhampiran. Kajian oleh Md Akbal Abdullah (tanpa tarikh), UTHM

    bertajuk Kajian Pembangunan: Kesan Urbanisasi Bandar, Batu Pahat

    Terhadap Sosioekonomi Mukim, mendapati bahawa hubung kait

    urbanisasi dan kawasan pinggirnya amat akrab dan kesan saling

    mempengaruhi antaranya boleh dikesan dengan mudah. Hasil kajian

    ini mendapati Mukim Simpang Kanan (Mukim V) adalah sebuah

    mukim yang cukup membangun di daerah Batu Pahat. Mukim ini

    didapati mengalami banyak perubahan dari pembangunan sedia ada

    kepada pembangunan yang dirancang oleh Bahagian Perancang

    Bandar dan Desa.

    Impak Sains dan Teknologi

    5.9 Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan sains dan teknologi

    memberi impak yang besar kepada perubahan dan kemajuan

    masyarakat. Satu kajian yang meluas dilakukan oleh Pusat Sains dan

    Teknologi Maklumat Malaysia (MASTIC) bertajuk, Public

    Awareness And The Impact Of Science And Technology In Melaka

    dengan tujuan utama melihat impak sains dan teknologi dan kesedaran

    masyarakat umum mengenainya. Empat kajian sebelum ini dilakukan

    diseluruh negara secara berturut-turut selang setiap dua tahun bermula

    pada 1994, dan diteruskan pada 1996, 1998 dan 2000. Dapatan kajian

    ini khususnya berguna kepada pembuat dasar untuk merancang

  • Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 5 Kajian Mengenai Transformasi Sosial

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5--5

    strategi yang lebih baik untuk menjadikan sains dan teknologi kurang

    menggerunkan atau sukar, iaitu supaya lebih kelihatan menarik pada

    kaca mata rakyat Malaysia. Hasil kajian yang diperolehi ini juga

    membolehkan kita untuk melihat dengan lebih dekat penggunaan

    sains dan teknologi untuk mendapat lebih kebaikan, dan yang lebih

    penting bagi menguatkan lagi kedudukan negara dalam arena

    antarabangsa.

    5.10 Penyebaran tentang kepentingan sains dan teknologi ini perlu

    dipeluaskan pada setiap peringkat lapisan masyarakat. Kajian oleh

    Mohd Radhi Ibrahim et.al (2004), USIM yang bertajuk Pandangan

    Ibu Bapa Yang Menghantar Anak-Anak Ke Sekolah Agama Rakyat

    Di Negeri Kedah Dan Kelantan Terhadap Sains Dan Teknologi

    (asas/gunaan) adalah untuk melihat sejauhmana kadar kefahaman

    tentang sains dan teknologi golongan ibu bapa yang menghantar anak-

    anak mereka ke Sekolah Agama Rakyat berkenan sains dan teknologi.

    Umumnya analisa kajian mendapati masih terdapat ibu bapa yang

    tidak begitu jelas berkenaan kepentingan sains dan teknologi dan

    hubunganya dengan Islam. Isu Pendidikan: Masalah dan Masa Depan

    5.11 Pendidikan adalah wadah utama bagi melahirkan masyarakat yang

    berkualiti untuk membangunkan negara. Pendidikan juga sebagai

    saluran utama untuk membawa transformasi kepada sesebuah

    masyarakat itu. Selaras dengan tujuan tersebut, golongan tenaga

    pengajar sering menjadi cermin yang seolah-olah diawasi oleh

  • Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 5 Kajian Mengenai Transformasi Sosial

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5--6

    masyarakat dalam setiap tindakan mereka. Pelbagai cara dilakukan

    untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pengajaran yang tinggi

    berterusan, samada di peringkat sekolah atau di institusi pengajian

    tinggi (IPT). Kajian oleh Mahadi Abu Hassan et.al (2004), UTeM

    bertajuk Kompetensi Pensyarah Di Dalam Pengajaran Dan

    Pembelajaran (P&P): Satu Kajian Di KUTKM bertujuan untuk

    mengenalpasti kompetensi yang diperlukan oleh pensyarah dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian yang

    dijalankan ini dapat membantu pihak pentadbir universiti dan juga

    pensyarah mengenalpasti permasalahan, pelaksanaan dan

    keberkesanan yang wujud di dalam proses P&P yang dijalankan. Hasil

    kajian juga sekaligus memberi kesedaran di kalangan pensyarah

    tentang kompetensi yang mereka perlukan, kelemahan dan kelebihan

    yang ada pada diri mereka dan seterusnya meningkatkan iltizam untuk

    mencapai kompetensi dan prestasi kerja selaras dengan misi dan visi

    KUTKM (kini UteM).

    5.12 Tidak dapat dinafikan bahawa pensyarah memainkan peranan penting

    untuk melahirkan graduan yang cemerlang. Kajian oleh Abdullah

    Sulaiman (tanpa tarikh), UTHM bertajuk Kepimpinan Pensyarah dan

    Hubungannya dengan Pencapaian Pelajar: Kajian di IPTA Dan IPTS

    (Sarjana) adalah untuk melihat hubungan gaya kepimpinan pensyarah

    dengan pencapaian pelajar bidang teknikal di IPTA. Hasil kajian

    menunjukkan, ramai pelajar di universiti mengaitkan tahap kefahaman

    terhadap pelajaran, minat belajar, keberkesanan pembelajaran dan