22
BML3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU TUGASAN 1 Kajian Korpus Berkomputer Peluasan Makna Kata Kaki dalam Bahasa Melayu KUMPULAN UPSI 01(A141PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON MOHD NOOR AZAM BIN AYUB D20112055134 016-5426462 PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 E FORUM JUMLAH

Kajian Korpus BML3083

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bml3083

Citation preview

PEMARKAHAN

1TUGASAN 1

2E FORUM

JUMLAH

BML3083

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

TUGASAN 1Kajian Korpus Berkomputer Peluasan Makna Kata Kaki dalam Bahasa Melayu

KUMPULAN

UPSI 01(A141PJJ)DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. IDNO. TELEFON

MOHD NOOR AZAM BIN AYUB D20112055134016-5426462

NAMA PENSYARAH

: ENCIK ABDULLAH BIN YUSOF

Tarikh Hantar

: 15 November 2014PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniaNya saya Mohd Noor Azam bin Ayub, kupulan UPSI01 (A141PJJ) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian berjaya menyiapkan kerja kursus Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu (BML3083) berdasarkan tempoh yang telah diberi. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Pada kesempatan ini,saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Abdullah bin Yusof kerana banyak memberi panduan serta dorongan dan bimbingan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Sekalung budi juga untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini. Akhir kata , saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sehingga terhasilnya kerja kursus ini.Hanya ALLAh yang mampu membalas jasa baik semua.

Sekian, terima kasih. Kandungan

Muka Surat1.0 Pengenalan

11.1 Perluasan makna dalam Bahasa Melayu

22.0 Literatur

32.1 Kajian Jonathan Charteris Black (2000)

2.2 Kajian Hassan Ahmad (2003)2.3 Kajian Rogayah Osman (2011)3.0 Methodologi

43.1 Kaedah pengumpulan data

43.1.1 Data Korpus

43.1.2 Kokodus

53.1.3 Kolokasi

53.2 Kaedah penganalisisan data bagi kata kaki

64.0 Analisis dapatan kajian kata kaki

75.0 Rumusan

136.0 Rujukan

137.0 Lampiran

15 1.0 PengenalanKajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menyelidik peluasan dan perubahan makna kata kaki dalam bahasa Melayu. Secara umumnya kaki ialah satu anggota badan yang berfungsi untuk berjalan, berdiri, melompat dan sebagainya. Namun begitu dalam bahasa Melayu wujud panggilan kaki botol yang membawa maksud orang yang suka minum arak dan kaki persegi yang merujuk kepada ukuran keluasan sesuatu tempat atau kawasan. Dalam konteks ini, kaki masih merujuk kepada perbuatan orang yang melakukan aktiviti tetapi bukan lagi merujuk kepada anggota badan. Justeru, kajian ini akan melihat peluasan dan perubahan makna kata kaki melalui pangkalan Data Korpus Berkomputer DBP.Abdul Hamid Mahmood (2004) telah menyatakan bahawa perkataan boleh berubah mengikut perkembangan zaman dan kebudayaan serta berdasarkan perkembangan sains dan teknologi. Jika dulu makna konotasi diambil dan diletakan dalam kamus dan hanya satu perkataan merujuk kepada satu makna sahaja, namun perubahan masa dan arus menjadikan makna konotasi itu bergerak seiring dengan zaman.S. Nathesan (2011) menegaskan bahawa makna konotasi itu adalah tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah mengikut konteks penggunaan sosiobudaya sesebuah masyarakat pengguna. Pendapat ini disokong oleh Abdullah Chaer (1994) yang mengatakan bahawa perubahan sesuatu makna kata disebabkan oleh beberapa faktor iaitu;i. Perkembangan dalam bidang ilmu dan teknologi

ii. Perkembangan sosiobudaya1iii. Perkembangan pemakaian kata

iv. Pertukaran tanggapan pancaindera

v. Asosiasi

Kajian ini mengambil kata mulut untuk dianalisis bagi tujuan melihat perluasan dan perubahan maknanya apabila dikolokasikan dengan kata lain bagi membentuk satu simpulan bahasa yang mempunyai pelbagai makna tersirat. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), makna bagi kata kaki memberi tujuh kata masukan iaitu kaki sebagai anggota badan, bahagian kaki yang disebelah bawah, sebagai tempat sesuatu benda berdiri, bahagian sebelah bawah benda atau tempat, penjodoh bilangan, ukuran panjang dan sebagai kiasan. Kajian ini mengambil data kata kaki daripada pengkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

1.1 Perluasan Makna Dalam Bahasa Melayu Abdullah Yusof (2009), kepesatan bidang ilmu dan teknologi membolehkan bahasa Melayu disesuaikan dengan keperluang para pengguna bahasa Melayu. Dalam bidang yang khusus seperti perluasan makna bahasa Melayu. Kini dengan perubahan zaman menjadikan sesuatu perkataan mendukung makna yang lebih besar bebanding dahulu dengan penggunaan teknologi perkomputeran. Jika dahulu sesuatu perkataan terhad dalam mendukung makna, tetapi kini dengan adanya penggunaan teknologi menyebabkan sesuatu perkataan dapat ditafsirkan dengan pelbagai makna. Oleh itu, untuk melihat sesuatu perluasan makna, penggunaan teknologi komputer amat diperlukan bagi merealisasikan perkembangan bahasa terutama yang melibatkan pemberian makna. 22.0 Literatur 2.1 Kajian Jonatahan Charteris Black (2000)Pengkaji mengkaji simpulan bahasa Melayu dengan menggunakan pangkalan Data Korpus DBP dengan menumpukan surat khabar, majalah dan fiksyen sahaja. Penulis memilih dua simpulan bahasa kaki dan mata dan menggunakan kunci konsepsi untuk mencari idea yang tersembunyi di sebalik penggunaan kaki dan mata.2.2 Kajian Hassan Ahmad (2003)

Pengkaji melakukan kajian berkenaan Metafora Melayu : Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistemologinya. Kajian ini membincangkan apa itu metafora, asal usul metafora dan mengaitkannya dengan metafora Melayu. Pengakaji juga menyatakan dalam kajianya bahawa metafora yang berbentuk analogi menggunakan dua objek yang berbeza iaitu satu daripadanya mestilah boleh dilihat dengan mata kasar dan dapat difahami oleh manusia biasa supaya konsep yang abstrak lebih mudah untuk difahami oleh manusia biasa.2.3 Kajian Rogayah Osman (2011)

Pengkaji mengkaji Kesisteman Metafora dalam Peluasan Makna Simpulan Bahasa : Satu Analisis Semantik Kognitif. Kajian ini membincangkan metafora Melayu dengan melihat kepada peluasan makna penggunaan anggota badan dalam simpulan bahasa. Pengkaji menampilkan tiga objektif dalam kajian beliau iaitu memperlihatkan bahawa setiap pemetaan silang domain adalah set hubungan antara entiti dalam domain sumber, entiti dalam domain sasaran dan melihat kepada proses kognitif yang3

menghasilkan peluasan makna anggota badan dalam simpulan bahasa dan cuba menghuraikan bahawa metafora Melayu bukanlah semata-mata fenomena bahasa sahaja.3.0 Methodologi Kajian

Kajian ini menggunakan pangkalan Data Korpus DBP sebagai sumber utama. Data korpus dipilih kerana data ini merupakan himpunan teks yang dianggap sahih yang menggunakan sistem teknologi pengkomputeran. Selain itu, data korpus juga dapat menggambarkan contoh sebenar penggunaan bahasa. Kajian ini akan dijana dengan carian konkordans.

Setelah dijana menggunakan pangkalan Data Korpus DBP, kajian ini hanya menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) untuk dijadikan panduan bagi menentukan makna teras dan makna pinggiran bagi leksikal kaki. Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) dipilih sebagai sumber data kerana kewibawaan kamus ini dan kamus ini ialah kamus utama dalam mencari makna kosa kata dalam penyelidikan bahasa Melayu dan pendidikan bahasa Melayu.

3.1Kaedah Pengumpulan Data

3.1.1Data Korpus

Pangkalan Data Korpus (PDK) ialah sebuah pangkalan data yang dibangunkan hasil daripada kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Universiti Sains Malaysia. Pangkalan Data Korpus ini merupakan satu-satunya pangkalan data korpus 4

bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia yang menyimpan data korpus bahasa Melayu dalam bentuk digital.

Sistem ini dilengkapi dengan kemudahan untuk mencapai bentuk kata, kata terbitan dan rangkai kata. Hasil carian akan dipaparkan dalam bentuk baris-baris konkordans dengan kata kunci yang tersusun dan tersisih di tengah-tengah baris. Kata kunci carian ialah kata-kata tertentu yang digunakan untuk membuat carian atau mencapai data yang diperlukan.

Kamus Linguistik (1997:141) mendefinisikan korpus sebagai data mentah linguistik yang dikutip daripada kerja lapangan atau teks bertulis dan dianalisis untuk membuat pernyataan saintifik tentang ciri fonologi, tatabahasa dan lesikal sesuatu bahasa.

3.1.2Konkordans

Menurut Kamus Linguistik (1997:137), konkordans merupakan senarai kata yang disusun menurut abjad, perkara atau susunan kronologi dengan merujuk kepada tempat dan keseringan kehadirannya dalam teks tertentu. Noresah Baharom (1994) dalam Abdullah Yusof dan Mohd Rain Shaari (2008:17) pula menyatakan bahawa konkordans sebagai baris-baris petikan sesuatu kata daripada sekumpulan data korpus dengan kata-kata yang hendak dikaji diletakkan di tengah-tengah baris.3.1.3KolokasiKamus Linguistik (1997:135) menjelaskan kolokasi sebagai keadaan dua kata atau lebih yang dianggap sebagai butir lesikal yang tersendiri tetapi lazimnya dikaitkan 5

antara satu sama lain dalam sesuatu bahasa. Di samping itu, Abdullah Yusof dan Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir et al (2007:1994) pula menyatakan bahawa kolokasi merujuk kepada kata-kata yang wujud sama ada sebelum atau selepas kata kunci yang berfungsi memberi konotasi makna yang berbeza apabila wujud dalam konteks ayat yang berbeza.3.2Kaedah Penganalisisan Data Bagi Kata kakiSeterusnya, dapatan data akan dianalisis berdasarkan teori prototaip dan skema imej untuk melihat makna teras.

i. Teori Prototaip

Menurut Rozaimah (2009), dalam teori prototaip, setiap entiti dikategorikan mengikut ciri-ciri dan contoh-contoh yang masdar. Contoh yang masdar ini dinamakan prototaip. Ahli yang tidak menyerupai masdar dikategorikan sebagai ahli pinggiran (Hawiyah dalam Rozaimah Rashidin, 2009). Tambah Rozaimah (2009) lagi, kedudukan ahli dalam satu-satu kategori tidak sama, ada yang menjadi ahli teras dan ada yang menjadi ahli pinggiran.

ii. Skema Imej

Menurut Gibbs dan Steven dalam Rozaimah Rashidin (2009) adalah satu skema pengetahuan yang memperkemas dan menyusun atur pengalaman hidup manusia yang berlaku secara berulang kali dalam satu pola ayat yang koheren dan bermakna sifatnya. Secara ringkasnya, skema imej adalah satu 6

penyusunan pengalaman dalam bentuk imej dan disimpan dalam pemikiran manusia.4.0 Analisis Dapatan Kajian Kata kaki

Berdasarkan akhbar dan teks sastera, terdapat sebanyak 18,580 daripada 116,834 kekerapan konkordans kaki yang hadir dalam pangkalan data korpus. Ianya membawa peratusan sebanyak 0.01626 % dan kekerapan turut mengandungi kata kaki yang menjadi simpulan bahasa seperti kaki bangku dan kaki lima. Simpulan bahasa menggunakan kata kaki seterusnya diambil dan dianalisis dengan menggunakan teori prototaip dan skema imej.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:659) menyenaraikan tujuh kata masukan untuk kata kaki. Selain itu, kata kaki juga merupakan kata dasar yang berupa homonim yang diperturunkan berasingan. Terdapat lima homonim yang terperturunkan iaitu; kaki I (anggota badan), kaki II (datuk,kakek), kaki III (sejenis burung), kaki IV (sejenis ikan laut) dan kaki V (sejenis tumbuhan)

Kata kaki juga mempunyai maksud yang lain dengan organ anggota badan dan bahagian kaki disebelah bawah. Peluasan makna kata kaki dari domain fizikal kepada domain-domain lain dapat dilihat dalam simpulan bahasa simpulan bahasa yang melibatkan anggota badan tersebut. Makna prototaip kata kaki, iaitu anggota badan telah dimotivasikan kepada beberapa makna pinggiran yang lain;

i. Kaki sebagai simpulan bahasaii. Kaki sebagai unit ukuran7iii. Kaki sebagai wakil4.1Kaki sebagai simpulan bahasaKaki dimetaforakan sebagai sifat negatif melalui pemetaan silang domain sifat negatif iaitu kaki. Sifat boleh ditakrifkan sebagi pembawaan seseorang, perangai, tabiat, dan watak seseorang (Kamus Dewan, 2013). Dilabel sebagai sifat negatif menunjukkan bahawa anggota turut mendukung suatu makna yang merujuk kepada kelakuan-kelakuan negatif seseorang individu. Contohnya dapat dilihat dalam simpulan bahasa berikut;

i. Kaki perempuanMakna : orang yang suka main perempuanii. Kaki judiMakna : orang yang suka berjudi

iii. Kaki pukulMakna : orang yang suka memukul orang (samseng)

Ketiga-tiga simpulan bahasa di atas menunjukkan pemetaforaan kaki sebagai sifat negatif. Merujuk kepada ketiga-tiga simpulan bahasa di atas, di dapati bahawa kaki dikonsepsikan sebagai bersifat negatif kerana kaki dikaitkan dengan kelakuan negatif seseorang. Tindakan seseorang yang suka mempermainkan perempuan serta tidak setia pada seorang pasangan perempuan dikatakan sebagai sifat yang negatif.8

Korpus dibawah menun jukkan contoh penggunaan simpulan bahasa kaki yang sering digunakan untuk menggambar sifat negatif seseorang yang suka main perempuan, suka bejudi dan suka memukul orang (samseng). Contohnya

i. Terdapat juga pelbagai panggilan seperti 'kasino kambing', 'kasino kaki lima' dan 'kasino ber-AC (hawa dingin) bagi mereka yang kaki judi. ii. "Mak berpesan supaya aku buangkan tabiat seperti ayah. Jangan jadi kaki todi. Jangan jadi tahi judi. Dan jangan jadi kaki perempuaniii. Selain dipaksa ditutup, beratus-ratus buah lagi premis hiburan terpaksa gulung tikar akibat dari krisis ekonomi. Penutupan banyak premis hiburan ini menyebabkan ribuan orang samseng termasuk yang bekerja sebagai kaki pukul menjadi penganggur. Berdasarkan ketiga-tiga contoh data yang menunjukkan simpulan bahasa kaki seperti di atas, dapat dilihat simpulan bahasa kaki yang makna pinggirannya percakapan itu lazimnya dikaitkan dengan nilai negatif. Simpulan bahasa yang digunakan bagi ketiga-tiga contoh ini melambangkan kepada individu-individu yang mempunyai nilai moral yang rendah dalam masyarakat.4.2Kaki sebagai unit ukuran

Seterusnya, kata kaki berkolokasi dengan perkataan lain bagi membentuk unit ukuran. Hal ini dapat dilihat dalam tiga ayat dibawah :

9

Merujuk kepada unit ukuran dalam ayat di atas, di dapati bahawa kaki dikonsepsikan sebagai unit ukuran bagi menentukan jarak. Contohnya, dalam ayat berikut;i. Kedai buku Borders yang berkeluasan 60,000 kaki persegi, terbesar di kalangan lebih 1,200 gedung Borders dan Waldenbooks di seluruh dunia, menerapkan konsep 'infotainment' dengan menawarkan buku dan bahan hiburan seperti muzik dan filem serta dilengkapi kafe serta ruang membaca.ii. Ruang pameran langsir yang di kenali sebagai Macy Home Fashion seluas 12,000 kaki persegi, di Wisma Minlon di Batu 12, Lebuhraya Sungai Besi, Seri Kembangan memberikan anda pelbagai corak langsir menarik.iii. Lim berkata, syarikat turut melabur RM600,000 bagi kos inventori dan RM160,000 untuk menaik taraf cawangan SenHeng Pandan Jaya yang mempunyai keluasan 7,000 kaki persegi.iv. Perumahan Awam DBKL satu bilik mempunyai sebanyak 9,111 unit dengan keluasan 500 kaki persegi. Bagi rumah pangsa dua bilik keluasannya ialah 600 kaki persegi dengan jumlah unit sebanyak 14,000 unit.Berdasarkan keempat-empat contoh data korpus di atas menunjukkan kaki dikaitkan dengan unit ukuran. Kaki digunakan bagi keempat-empat contoh ini 10

melambangkan keluasan ruang atau kawasan.

Makna pinggiran bagi kaki dalam ukuran, kaki persegi dianggap sebagai skema imej kawasan atau ruang kerana kaki persegi merujuk kepada keluasan ruang atau kawasan.

4.3Kaki sebagai wakil

Kaki juga turut dimetaforakan sebagai wakil. Wakil ialah orang yang diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain atau pengganti (Kamus Dewan 2013). Dilabel sebagai wakil menunjukkan bahawa anggota badan ini merujuk kepada individu atau benda atau sesuatu yang disuruh untuk dijadikan sebagai asas perjanjian atau untuk kehadirannya adalah sebagai pelengkap kepada sebarang tujuan.i. Aku, Abang Noh jarang-jarang sangat dibawa oleh bapa ke balaisah kerana bapa jarang ada di rumah. Lagipun balaisah itu terletak di sebelah kaki bukit. Dan kami yang tinggal di sebelah Sungai Ceper terpaksalah menyeberang bendang untuk ke balaisah, tapi taklah begitu jauh. Hanya bilamana Abang Noh sudah besar saja, bapa membenarkan kami berdua pergi berjemaah waktu malam. Kami pergilah bilamana terasa hendak pergi. Selalunya kami tak pergi pun. Dan di rumah pun tak sembahyang juga. Jusuh, Usop dan Saad keraplah pergi kerana mereka tinggal sebaris dengan balaisah. Paling ramai di balaisah ialah dalam bulan puasa bilamana kami pakat buat more. Riuh-rendahlah kami menunggu orang habis sembahyang 11tarawih kerana lepas itu nasi akan dijamu. Dan nasi biasanya bergulai daging lembu dengan rias pisang. Aku suka sangat makan gulai daging lembu dengan rias pisang hutan ini.ii. Apakah rakyat Kedah akan kembali mundur dan kemudian apabila nasi sudah menjadi bubur, baru mereka akan menyesal kerana terpedaya dengan gula-gula agama yang didendangkan oleh Pas ibarat penjual ubat di kaki lima Jalan Masjid India dan Chow Kit?iii. Lihatlah banjaran gunung yang berbeza tingginya, kukuh berdiri mengikat bumi dengan akar-akar batunya sesama sendiri. Renunglah garis-garis alam yang merentang di kaki langit, yang melintang bagaikan lebuh raya laluan angin. Indah awan bergerak mengikut alunan tiupan angin mengengsot, manakala garisan yang membujur pula bagaikan lorong aliran hujan yang setia menyimbah bumi. Semuanya nikmat anugerah Tuhan.Sebagai contoh, tiga simpulan bahasa yang dikategorikan sebagai wakil iaitu kaki bukit, kaki lima dan kaki langit. Makna ketiga-tiga simpulan bahasa tersebut adalah seperti berikut;i. Kaki bukitMakna: tepi bukit atau pinggir bukit

ii. Kaki limaMakna: lantai di antara depan kedai atau rumah dengan tepi jalan

12

iii. Kaki langitMakna: pinggir langit

Ketiga-tiga kata kaki dalam simpulan bahasa tersebut dikatakan sebagai wakil Kerana menjadi prantaraan antara sesuatu.

5.0 Rumusan

Kajian ini berjaya membuktikan kata kaki akan menerima perubahan makna teras. Pendekatan teori prototaip dapat menganalisis peluasan makna kaki dalam bahasa Melayu. Setelah dianalisis, makna teras bagi kata kaki dalam simpulan bahasa telah berubah daripada entri yang terdapat di dalam Kamus Dewan (2013) kepada sifat, wakil dan tingkah laku.

Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa criteria dan pandangan. Perbincangan ilmu semantik juga mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna. Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan, tindakan, proses atau benda. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Bahasa merupakan elemen yang digunakan dalam melakukan interaksi sosial. Secara amnya, pemikir melayu menggunakan kata kaki dalam penulisan simpulan bahasa kerana kaki merupakan anggota yang penting bagi manusia terutamanya untuk berjalan. Dalam simpulan bahasa kata kaki, dikonotasikan sebagai percakapan positif dan negatif.136.0 Rujukan

Abdullah Hassan (1992). Semantik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustkaka.Abdullah Hussein. 1990. Kamus Simpulan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Hussain (2004). Kamus Istimewa:Peribahasa Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdul Hamid Mahmood (2004). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu

Melalui Latihan. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Sultan Idris

Abdullah Yusof et.al (2009). Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Chaer, Abdul (1994). Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta. Pt Rineka Cipta

Hassan Ahmad. 2003. Metafora Melayu:bagaimana pemikir Melayu mencipta makna

dan membentuk epistemolginya. Akademi kajian ketamadunan

Kamus Dewan Edisi Keempat, (2013). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.S.Nathesan (2001). Makna dalam Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.147.0Lampiran

15