of 6 /6
PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. 2(1): 63-68 (1994) ISSN: 0128-7702 © Universiti Pertanian Malaysia Press Kajian Kesesuaian dan Keberkesanan Raven SPM untuk Mengenal Pasti Kanak-kanak Melayu yang Pintar Cerdas ABD MAJID MOHD ISA Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darnl Ehsan, Malaysia Katakunci: pintar cerdas, inventori, keberkesanan, ujian piawai, kecerdasan ABSTRAK Kajian ini bertujuan menentukan kesesuaian inventori Raven SPM sebagai ujian kecerdasan secara kumpulan untuk menapis kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Seramai 100 pelajarMelayu tingkatan satu, Sekolah Menengah Datuk Abdullah, Rembau merupakan responden bagi kajian ini. Mereka terdiri daripada yang mempunyai pencapaian yang baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan layak ke sekolah asrama penuh seluruh Daerah Tampin/Rembau. Ujian Raven SPM dan WISC-R diberikan kepada mereka. Responden yang mendapat skor IQ melebihi 120 dari ujian WISC-R dikelaskan sebagai pintar cerdas. Korelasi antara skor Raven SPM dengan IQ WISC-R adalah tinggi dan kedua inventori ini berkongsi varians bagi konstruk kecerdasan (kriteria untuk pintar cerdas) sebanyak 65 peratus. Persamaan regresi untuk menganggarkan IQ (indeks kecerdasan) mendapati bahawa skor 50 boleh menganggarkan IQ 120 (pintar cerdas). Oleh kerana ralat bagi persamaan regresi ini tinggi, maka ramai kanak-kanak yang pintar cerdas mendapat skor kurang daripada 50 dan ini dinamakan false negative. Indeks keberkesanan dan kecekapan yang dikemukakan oleh Pegnato dan Birch (1959) diguna untuk menentukan sama ada skor 50 pada ujian Raven SPM dapat mengurangkan false negative. Oleh kerana skor yang kurang daripada itu akan menambahkan bilangan calon untuk diuji, satu skor yang ekonomikal dari segi kos perlu dikemukakan. Daripada dapatan penyelidikan ini, skor Raven SPM sebanyak 48 didapati dapat mengurangkan bilangan calon sebanyak 30 peratus dan skor ini mengandungi 85 peratus kanak-kanak pintar cerdas. Jika dibandingkan dengan skor yang lain, skor ini mempunyai indeks keberkesanan yang baik kerana seorang daripada tiga calon yang akan diuji seterusnya ialah kanak-kanak pintar cerdas. ABSTRACT The objective of this study is to determine the suitability of Raven's SPM as a group intelligence test for the screening of gifted children. One hundred Form One Malay students from Sekolah Menengah Datuk Abdullah, Rembau were the respondents in the study. They were among the high achievers in the 1990 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah at Tampin/Rembau District who qualified to be emplaced at residential schools. The Raven's SPM and WISC-R were administered. Students with IQ scores of more than 120 on the WISC-R are classified as gifted. The correlation between the Raven's SPM score and the IQ score derived from the WISC-R was high and seemed to share about 65 percent of the 'intelligence' costruct. From the regression equation, the giftedness construct could be drawn from a Raven's SPM score of 50. However, the standard error for this equation was also notably high. Therefore, many of the gifted children may be among those with a Raven's score ofless than 50 and this is known as false negative. The effectiveness and efficiency indexes forwarded by Pegnato and Birch (1959) were used in determining whether a score lowe, than 50 on the Raven's SPM would reduce the false negative. As the lower score would increase the number of children to be tested, the score recommended must be cost effective. A score of 48 was recommeded as it reduces the number to be tested to 30 percent, and includes 85 percent of the gifted children. Also, the efficiency is high compared with other scores. Using this procedure, it is estimated that one among three children studied is gifted.

Kajian Kesesuaian dan Keberkesanan Raven SPM untuk Mengenal

Embed Size (px)

Text of Kajian Kesesuaian dan Keberkesanan Raven SPM untuk Mengenal

  • PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. 2(1): 63-68 (1994) ISSN: 0128-7702 Universiti Pertanian Malaysia Press

    Kajian Kesesuaian dan Keberkesanan Raven SPMuntuk Mengenal Pasti Kanak-kanak Melayu yang Pintar Cerdas

    ABD MAJID MOHD ISAFakulti Pengajian PendidikanUniversiti Pertanian Malaysia,

    43400 UPM Serdang, Selangor Darnl Ehsan, Malaysia

    Katakunci: pintar cerdas, inventori, keberkesanan, ujian piawai, kecerdasan

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan menentukan kesesuaian inventori Raven SPM sebagai ujian kecerdasan secara kumpulanuntuk menapis kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Seramai 100 pelajar Melayu tingkatan satu, Sekolah MenengahDatuk Abdullah, Rembau merupakan responden bagi kajian ini. Mereka terdiri daripada yang mempunyaipencapaian yang baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan layak ke sekolah asrama penuh seluruhDaerah Tampin/Rembau. Ujian Raven SPM dan WISC-R diberikan kepada mereka. Responden yang mendapatskor IQ melebihi 120 dari ujian WISC-R dikelaskan sebagai pintar cerdas. Korelasi antara skor Raven SPMdengan IQ WISC-R adalah tinggi dan kedua inventori ini berkongsi varians bagi konstruk kecerdasan (kriteriauntuk pintar cerdas) sebanyak 65 peratus. Persamaan regresi untuk menganggarkan IQ (indeks kecerdasan)mendapati bahawa skor 50 boleh menganggarkan IQ 120 (pintar cerdas). Oleh kerana ralat bagi persamaanregresi ini tinggi, maka ramai kanak-kanak yang pintar cerdas mendapat skor kurang daripada 50 dan ini dinamakanfalse negative. Indeks keberkesanan dan kecekapan yang dikemukakan oleh Pegnato dan Birch (1959) digunauntuk menentukan sama ada skor 50 pada ujian Raven SPM dapat mengurangkan false negative. Oleh kerana skoryang kurang daripada itu akan menambahkan bilangan calon untuk diuji, satu skor yang ekonomikal dari segikos perlu dikemukakan. Daripada dapatan penyelidikan ini, skor Raven SPM sebanyak 48 didapati dapatmengurangkan bilangan calon sebanyak 30 peratus dan skor ini mengandungi 85 peratus kanak-kanak pintarcerdas. Jika dibandingkan dengan skor yang lain, skor ini mempunyai indeks keberkesanan yang baik keranaseorang daripada tiga calon yang akan diuji seterusnya ialah kanak-kanak pintar cerdas.

    ABSTRACT

    The objective of this study is to determine the suitability of Raven's SPM as a group intelligence test for thescreening of gifted children. One hundred Form One Malay students from Sekolah Menengah Datuk Abdullah,Rembau were the respondents in the study. They were among the high achievers in the 1990 Ujian PencapaianSekolah Rendah at Tampin/Rembau District who qualified to be emplaced at residential schools. The Raven'sSPM and WISC-R were administered. Students with IQ scores of more than 120 on the WISC-R are classified asgifted. The correlation between the Raven's SPM score and the IQ score derived from the WISC-R was high andseemed to share about 65 percent of the 'intelligence' costruct. From the regression equation, the giftednessconstruct could be drawn from a Raven's SPM score of50. However, the standard error for this equation was alsonotably high. Therefore, many of the gifted children may be among those with a Raven's score ofless than 50 andthis is known as false negative. The effectiveness and efficiency indexes forwarded by Pegnato and Birch (1959)were used in determining whether a score lowe, than 50 on the Raven's SPM would reduce the false negative. Asthe lower score would increase the number of children to be tested, the score recommended must be costeffective. A score of 48 was recommeded as it reduces the number to be tested to 30 percent, and includes 85percent of the gifted children. Also, the efficiency is high compared with other scores. Using this procedure, it isestimated that one among three children studied is gifted.

  • Abd Majid Mohd Isa

    PENGENALAN

    Bagi mencapai Wawasan 2020, Perdana MenteriMalaysia, Majlis Arnanah Rakyat (MARA), sebuahagensi kerajaan yang ditubuhkan untukmemajukan Bumiputra, telah mengumumkanuntuk menghasilkan 1000 pintar cerdas (gifted)Melayu pada tahun 2020 (Utusan Malaysia,llNovember, 1991). Salah sebuah daripada 18Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang adapada masa ini, akan menjadi sekolah bagi kanak-kanak pintar cerdas. Dalam masa yang sarna,Kementerian Pendidikan yang sedang mengkajiAkta Pendidikan, 1961 juga akan memberitumpuan khas kepada kanak-kanak pintar cerdasdan program pendidikan ini akan dijalankanmelalui sekolah berasrama penuh (Awang HadSalleh, 1990).

    Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) ialahkanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yangtinggi. Kecerdasan ini diukur melalui skor IQyangdihasilkan oleh ujian kecerdasan (intelligencetest). Kanak-kanak yang mempunyai skor IQyangtinggi selalunya menjadi orang dewasa betjaya:mendapat kelayakan akademik yang tinggi,menjadi profesional yang menghasilkan reka cipta(patent) dan mendapat pendapatan yang lumayan(Oden, 1968; Martison, 1961; Reynold, 1962).Oleh itu, semua institusi pendidikan kanak-kanakpintar cerdas memilih calon mereka berdasarkanskor IQ.

    Skor IQ daripada duajenis ujian kecerdasansecara individu yang sering digunakan untukmemilih kanak-kanak pintar cerdas ialah WeschlerIntelligence Scale for Children-Revised (WISC-R) danStanford-Binet. Bancian yang dijalankan olehKarnes dan Collins (1987), mendapati WISC-Rlebih popular dan banyak dikaji terutama bagikanak-kanak yang tidak beruntung (diadvant-aged) dan tidak menggunakan bahasa Inggerissebagai bahasa utama. Ujian kecerdasan secaraindividu hanya boleh digunakan oleh ahlipsikologi yang bertauliah. Untuk seorang kanak-kanak, ujian ini memerlukan lebih daripada 60minit. Sudah pasti ianya tidak ekonomikaldigunakan untuk semua calon.

    Selalunya, terdapat sekurang-kurangnya duaproses kanak-kanak pintar cerdas ini dikenal pasti.Proses pertama ialah proses tapisan atau screening.Alat atau maklumat yang digunakan untuk

    menapis calon ini selalunya ialah penamaan guru,pencapaian ujian akademik, ujian kreativiti danujian kecerdasan secara berkumpulan. MenurutPegnato dan Birch (1959), ujian kecerdasan secaraberkumpulan adalah alat tapisan yang palingefektif, sementara penamaan guru selalunya akanmenyingkirkan ramai calon pintar cerdas. Proseskedua ialah proses pengesahan ataupun prosesfinal confirmation. Dalam proses ini, kanak-kanakyang berjaya dalam proses tapisan tadi akanmelalui ujian kecerdasan secara individu sarna adaStanford-Binet ataupun WISC-R.

    Didapati korelasi skor ujian kecerdasan secarakumpulan dengan skor ujian kecerdasan secaraindividu adalah tinggi (Covin, 1977; Lowrence danAnderson, 1979; Rust dan Lose, 1980). Ujiankecerdasan secara kumpulan tidak memerlukanahli psikologi bertauliah untuk melaksanakannya.Selain daripada itu, ianya boleh juga dijalankanserentak dan mudah untuk dikira skornya.

    Oleh itu, ujian kecerdasan secara kumpulanhampir sarna dengan ujian pencapaian sepertiUjian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Perbezaannya dengan UPSR hanyalah dari segiitem ujian di mana ujian kecerdasan secarakumpulan tidak dipengaruhi oleh pengalamansekolah dan latar belakang kanak-kanak. Terdapatsatu kelemahan ujian kecerdasan secarakumpulan dengan ujian kecerdasan secaraindividu iaitu ujian kecerdasan secara kumpulangagal untuk membezakan IQ di kalangankumpulan kanak-kanak yang kecerdasannyatinggi. Untuk menentukan kesesuaian dalammemilih kanak-kanak cerdas pintar, ianya perlulahdikaji terlebih dahulu.

    Raven's Standard Progressive Matrices (RavenSPM) adalah antara ujian penapisan yang seringdigunakan untuk memilih kanak-kanak pintarcerdas yang kurang beruntung (disadvantaged).Di Malaysia, kajian tentang keberkesanan RavenSPM untuk menapis kanak-kanak pintar cerdasbelum lagi dijalankan. Jika didapati ujian RavenSPM mempunyai keberkesanan yang baik, maka,kos untuk mengendalikan ujian individu sarna adaStanford Binet atau WISC-R bolehlah dijimatkandan ramai pintar cerdas dapat dikenal pasti.Objektif utama kajian ini ialah untuk meninjausejauh mana berkesannya ujian Raven SPM untukmenapis calon pintar cerdas.

    64 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 2 No.1 1994

  • Kajian Kesesuaian dan Keberkesanan Raven SPM

    METODOLOGI KAJIAN

    Pensampelan

    Kajian ini merupakan satu penerokaan. Untukmengurangkan kejadian Ralat I dan Ralat II, saizsampel yang secukupnya perlu dikenal pasti. Saizsampel yang minimum bagi kajian ini ditentukandengan menggunakan formula yang dikemu-kakan oleh Cohen, iaitu,

    Sumber: Robert S. Barcikowski (1987) pl1-12

    di mana:(J = 15 (sisihan lazim bagi WISC-R)ap = .05 (iaitu tahap signifikan)Zl _up = 1.645 (skor z pada persentil 95)11

    0= 100 (min bagi WISC-R)

    ~ = .85 (l-kuasa)I1

    A= 120 (skor minima pintar cerdas)

    Zl_~ = 1.04 (skor z pada persentil85)

    Berdasarkan kepada perkiraan di atas, saizsampel yang minimum bagi kajian ini ialahsebanyak 40 sahaja.

    Responden

    Untuk meninggikan lagi kesahan dapatanpenyelidikan ini, seramai 100 (53 lelaki dan 47perempuan) pelajar tingkatan satu tahun 1991Sekolah Menengah Datuk Abdullah, Rembau,adalah responden kajian ini. Kesemuanyaberbangsa Melayu dan mereka terdiri daripadapelajaryang mendapat gred UPSR yang baik padatahun 1990 di Daerah Tampin/Rembau. Olehkerana tempat di sekolah berasrama penuh adalahterhad, mereka dikumpulkan untuk belajar disekolah ini yang mempunyai asrama dankemudahan yang dianggap baik.

    Tiada sebarang piawai untuk mengkla-sifikasikan kanak-kanak pintar cerdas. Terman(1925) menggunakan skor 140 ke atas ujianStanford Binet untuk mengklasifikasikan kanak-kanak pintar cerdas. Sejak akhir-akhir ini, kanak-kanak pintar cerdas diklasifikasikan sebagai yangtergolong 10 peratus teratas. Ini ialah kerana skorujian IQ berbeza mengikut latar belakang kanak-kanak. Untuk kajian ini, responden yangmendapat skor 1.33 sisihan lazim di atas min iaitu

    skor 120 Full IQWISC-R ke atas dikelaskan sebagaikanak-kanak pintar cerdas. Seramai 12 orangresponden mempunyai IQ 120 ke atas.

    Instrumen Kajian

    Kajian ini menggunakan dua instrumen ujiankecerdasan iaitu WISC-R (ujian kecerdasan secaraindividu) dan Raven SPM (ujian kecerdasan secarakumpulan) .

    a. WISC-R

    Ujian WISC-R ataupun Wechsler Intelligence ScaleforChildren-Revised terbitan 'The Pschological Corpo-ration' pada tahun 1974 adalah semakan semulaWISC, yang pertama kali digunakan pada tahun1949. Ia mempunyai 10 bahagian (sub-tests); in-formation, similarities, arithmatic, vocabulary, compre-hension, picture completion, picture arrangement, blockdesign, object assembly, dan coding. WISC-Rmelaporkan riga skor IQ iaitu verbalIQ (terdiridari jumlah 5 bahagian iaitu information hinggacomprehension), performance IQ Uumlah bagi picturecompletion hingga coding) dan Full IQ Uumlahkesemua 10 bahagian).

    Semua item dalam ujian WISC-R ditetjemahke Bahasa Melayu mengikut prosedur yangdicadangkan oleh buku panduan (Wechsler,1974). Setelah diterjemah, item ini diuji denganmenggunakan 20 (10 lelaki dan 10 perempuan)kanak-kanak kakitangan Universiti PertanianMalaysia yang berumur berumur 12 tahun. Min,sisihan lazim dan reliabiliti (ketekalan dalamandan ujian semula) hasil tetjemahan ini adalahsepertiJadual1.

    Pengukur IQyang penting; VerbalIQ, Perform-ance IQ dan Full IQ, tidak mempunyai perbezaanyang signifikan dengan kumpulan bandinganseperti dalam buku panduan (manual). Skor FullIQ digunakan untuk memilih calon pintar cerdasmempunyai min sebanyak 103 dan sisihan lazimlebih kurang 15. Ini tidak berbeza dengankumpulan bandingan di mana minnya ialah 100dan sisihan lazimnya 15.

    Formula Cronbach-Alpha digunakan untukmengukur ketekalan dalaman WISC-Rmenunjukkan ketekalan dalamannya bagi tigaskor IQ ialah antara .89 hingga .91. Dari indeksini, Standard Error ofMeasurement (SEM) bagi FullIQ ialah 6. Ini bermakna, jika seseorang kanak-kanak itu mendapat skor 110, maka, skor sebenar

    PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 2 No.1 1994 65

  • Abd Majid Mohd Isa

    JADUAL 1Reliabiliti WlSC-R dalam Bahasa Melayu

    WlSC-R Min SL Cronbach Alpha SEM Ujian Semula*

    VerbalIQPerformance IQFull IQ

    49.155.3

    103.1

    11.311.314.9

    .89

    .87

    .91

    5.175.576.19

    .90

    .91

    .91

    Nota: SL =sisihan IazimSEM = Standard Error ofMeasurement

    *selepas 30 han

    (true score) kanak-kanak itu ialah di antara 104hingga 116 (pada 95 % paras keyakinan). Inimenggambarkan bahawa WISC-R dalam BahasaMelayu mempunyai ketekalan dalaman yangtinggi. Korelasi antara ujian pertama dengan ujiankedua selepas 30 hari pula sekitar .90. Oleh itu,kestabilan item WISC-R dalam Bahasa Melayujugatinggi.

    b. Raven SPM

    Raven SPM mengandungi 60 item berbentukmatrik yang mana kanak-kanak memilih matrikyang ganjil atau tidak sesuai. Selain daripadaarahan sebelum kanak-kanak dibenarkanmenjawab, ia tidak perlu diteIjemahkan ke dalamBahasa Melayu. Mengikut buku panduan ataumanual ujian tahun 1977, ketekalan dalaman(menggunakan kaedah split-halfialah antara .60hingga .97. Korelasi ujian semula selepas setahunialah di antara .55 hingga .84.

    Pengumpulan Data

    Data untuk kajian ini mula dikumpulkan padabulan Julai, 1991 iaitu selepas respondenmenduduki peperiksaan pertengahan tahun dansebelum cuti penggal kedua bermula. Pada haripertama, dengan bantuan dua orang kaunselorsekolah tersebut, responden dikumpulkan didewan sekolah dan ujian Raven SPM diberikan.Masa untuk responden menjalankan ujian RavenSPM tidak dihadkan. Pelajar yang telah selesaidibenarkan balik ke bilik daIjah mereka. Daripemerhatian, masa yang diambil ialah di antara30 hingga 45 minit.

    Selang beberapa hari selepas itu, respondendipanggil seorang demi seorang untuk menjalaniujian WISC-R. Ujian ini dijalankan oleh penyelidikdi bilik kaunseling. Secara purata seorangresponden rnengambil masa 70 minit (sisihan

    lazim 12 rninit) seorang untuk rnenjalani ujianWISC-R. Untuk waktu persekolahan iaitu daripukul 8 pagi hingga 1 tengahari hanya 4 orangresponden dapat diuji. Penyelidik rnengarnbilmasa 30 hari persekolahan untuk tujuan mengujiWISC-R kepada 100 responden.

    DAPATAN KAJIAN

    Korelasi an tara skor Raven SPM dan skor WISC-R(verbal IQ, performance IQ dan full IQ) ialah antara.74 hingga .82 Qadual 2). Dengan korelasi inijumlah varians (ganda dua r) yang dikongsi olehkedua ujian ini ialah lebih kurang 65 peratus. Olehitu, dapatlah dirumuskan bahawa kedua ujian inirnengukur konstruk yang sarna iaitu konstruk'kecerdasan' .

    JADUAL2Matrik Korelasi Raven SPM dengan WlSC-R

    Ujian WlSC-R IQ

    verbal performance full

    Raven SPM .74 .78 .82WlSC-R:

    IQverbal .67 .92IQ performance .89

    Oleh kerana korelasi antara skor Raven SPMdengan IQ adalah tinggi dan perkaitannya pulalinear, rnaka IQ boleh diramalkan rnelalui skorRaven SPM. Persamaan untuk meramalkan IQresponden berdasarkan skor ujian Raven didapatirnelalui analisis regresi seperti berikut:

    IQ= 1.56 (Raven SPM) + 40.32

    di mana, ganda dua R ialah .5429 dan ralat (SE) =8.46. Persamaan ini didapati signifikan ber-dasarkan pada nilai F (rujuk jadual 3).

    66 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 2 No.1 1994

  • Kajian Kesesuaian dan Keberkesanan Raven SPM

    JADUAL3Analisis Varians bagi Regresi

    Sumber

  • Abd M~id Mohd Isa

    peratus. Ini akan menjimatkan kos dan menjadikanproses pemilihan akhir dengan menggunakan ujianWISC-R atau Stanford-Binet dapat dijalankandengan berkesan.

    Kajian ini cuma satu penerokaan. Untukkesimpulan yang lebih konklusif, kajian yangserupa hendaklah dijalankan kepada kumpulankanak-kanak yang lain. Ini adalah kerana ujiankecerdasan ini dikatakan peka kepada budaya danlatar belakang kanak-kanak itu. Alat atau inventorilain pedu diuji kesesuaiannya kerana adakemungkinan alat atau inventori lain yang lebihefektif dari Raven SPM. Juga, jika programpendidikan kanak-kanak pin tar cerdas inidilaksanakan, penggunaan Raven SPM untuk setiaptahun tidak lagi efektif dan inventori gantianamatlah diperiukan.

    RUJUKAN

    AWANG HAn SALLEH. 1990. Kertas Dasar Seminar Kanak-Kanak Pintar Cerdas, di Universiti Malaya anjuranIPI dan Universiti Malaya.

    BARCIKOWSKl, R.S. 1987. STATPRO Statistics Handbook:A guide for Data Analysis Part 2. Professional Pub-lishing.

    COVIN, T.M. 1977. Comparison of SIT and WISC-R IQsamong special education candidates. Psychology inthe Schools 14: 19-23.

    FINEMAN dan CARRAN, 1986. An epidemiologic ap-proach to screening gifted students utilizingWISC-R subtests. Psychology in the Schools 23: 142-147.

    KARNES, FA dan COLLINS, E.G 1987. State definitionson the gifted and talented: A report and analysis.Journal for Education of the Gifted 22: 44-62.

    LOWRENCE, D. dan ANDERSON, H.N. 1979. A compari-son of the Slosson Intelligence Test and theWISC-R with elementary school children. Psy-chology in the Schools 16: 361-364.

    MARTISON, R.A. 1961. California State Study ofEduca-tional Programs for Gifted Children. Sacramento:California State Department of Education.

    ODEN, M.H. 1968. The fulfillment of promise: 40year follow-up of Terman gifted group. GeneticPsychology Monographs 77: 3-93.

    PEGNATO, e. dan BIRCH, j.W. 1959. Locating giftedchildren in junior schools: a comparison ofmethods. Exceptional Children 25: 300-304.

    RAVEN,j.C. 1977. The Mannualfor Raven's StandardProgressive Matrices. London: H.K. Lewis.

    REYNOLD, M.e. 1962. Early School Admission for Men-tally Advanced Children: A review of Research andPractice. Washington D.e.:Council for Excep-tional Children.

    RUST,j.O. dan LOSE, B.D. 1980. Screening for gift-edness with Slossen and SRBCSS. Psychology inthe Schools 17: 446-451.

    TERMAN, L.M. 1925. Mental and Physical Traits of aThousand Gifted Children, Genetics Studies ofGenius, Vol. I, Stanford University Press.

    Temuramah Khas dengan Pengerusi MARA, VBTamrin Ghafar. Utusan Malaysia, 11 Novem-ber, 1991.

    WECHSLER, D. 1974. Manual for WISC-R New York:Psychological Corporation.

    (Received 17 September 1993)

    68 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 2 No.1 1994