of 89 /89
Kajian Kes Program Keberkesanan Program Transisi Sekolah Ke Kerjaya 1.1 PENGENALAN Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu dan kemahiran untuk hidup sangat penting kepada individu. Ibu bapa sememangnya mengharapkan anak mereka menguasai kemahiran untuk hidup berdikari setelah dewasa kelak terutama kepada anak-anak istimewa. Jika dalam menguasai kemahiran ini kegagalan maka akan menyukarkan untuk anak-anak istimewa ini berhadapan dengan masa depannya terutama dalam kerjaya. Prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas adalah menjadi panduan dalam menyediakan individu agar berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan menguruskan diri mampu menyesuaikan diri dalam masyarakat. Kemahiran tersebut perlu dipelajari di sekolah terutama dalam program pendidikan khas intergrasi di mana ianya perlu disampaikan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Di peringkat sekolah menengah, pelajaran kemahiran hidup haruslah diajar kepada pelajar bermasalah pembelajaran bersama-sama dengan pelajaran latihan vokasional yang melibatkan latihan sambil bekerja (on job training) bagi melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran sebagai orang dewasa dan tanggungjawab (Cronin & Patton 1993). Cara yang dapat dilakukan agar program dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran tentang kemahiran serta menumpukan kepada peningkatan kebolehan berdikari di kalangan pelajar-pelajar pendidikan khas bermasalah pemembelajaran. Tumpuan kajian ini adalah khusus kepada tinjauan keberkesanan program transisi ke kerjaya bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dari perspektif guru-guru Pendidikan Khas. Diharapkan dengan kajian ini

Kajian Kes Program Keberkesanan Program Transisi Sekolah Ke Kerjaya Docx

Embed Size (px)

Text of Kajian Kes Program Keberkesanan Program Transisi Sekolah Ke Kerjaya Docx

Kajian Kes Program Keberkesanan Program Transisi Sekolah Ke Kerjaya1.1 PENGENALAN

Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu dan kemahiran untuk hidup sangat penting kepada individu. Ibu bapa sememangnya mengharapkan anak mereka menguasai kemahiran untuk hidup berdikari setelah dewasa kelak terutama kepada anak-anak istimewa. Jika dalam menguasai kemahiran ini kegagalan maka akan menyukarkan untuk anak-anak istimewa ini berhadapan dengan masa depannya terutama dalam kerjaya.Prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas adalah menjadi panduan dalam menyediakan individu agar berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan menguruskan diri mampu menyesuaikan diri dalam masyarakat. Kemahiran tersebut perlu dipelajari di sekolah terutama dalam program pendidikan khas intergrasi di mana ianya perlu disampaikan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran.Di peringkat sekolah menengah, pelajaran kemahiran hidup haruslah diajar kepada pelajar bermasalah pembelajaran bersama-sama dengan pelajaran latihan vokasional yang melibatkan latihan sambil bekerja (on job training) bagi melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran sebagai orang dewasa dan tanggungjawab (Cronin & Patton 1993).Cara yang dapat dilakukan agar program dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran tentang kemahiran serta menumpukan kepada peningkatan kebolehan berdikari di kalangan pelajar-pelajar pendidikan khas bermasalah pemembelajaran. Tumpuan kajian ini adalah khusus kepada tinjauan keberkesanan program transisi ke kerjaya bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dari perspektif guru-guru Pendidikan Khas. Diharapkan dengan kajian ini dapat memberikan penjelasan tentang keberkesanan program yang dijalankan.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Tidak dapat dinafikan bahawa pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah akademik seperti membaca, menulis, kefahaman, perkembangan bahasa, hubungan interpersonal, hubungan intrapersonal dan tingkahlaku. Maka adalah wajar mereka diberikan kemahiran dalam bidang vokasional kerana ianya bersesuaian dengan kemampuan dan perkembangan mereka. Program transisi ke kerja memberi peluang kepada mereka memperolehi kemahiran tersebut apabila tamat tempoh pembelajaran di sekolah. Ini adalah bertujuan membolehkan mereka berdikari, bersedia dalam alam pekerjaan bagi memenuhi keperluan diri dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga serta ahli komuniti di sekeliling mereka. (Molloy 1972).Hanya sebahagian kecil kecil sahaja pelajar-pelajar yang berkeperluan khas yang mendapat manfaat daripada program vokasional yang berkualiti. Sekolah-sekolah vokasional hanya berhasrat memilih pelajar-pelajar berkeperluan khas yang dirasakan sesuai serta senang didik dan sering mengabaikan sebahagian lagi pelajar berkeperluan khas ke arah latihan kerja yang realistik ( Matters 1974 ).Kajian White (1992) menunjukkan golongan bermasalah pembelajaran sukar untuk memperolehi pencapaian akademik yang baik. Walaupun memperolehi latihan vokasional, kebanyakan mereka masih sukar memperolehi pekerjaan. Mereka juga kurang berpuas hati dengan kehidupan mereka di tempat kerja. Secara keseluruhannya, golongan bermasalah pembelajaran tidak boleh mengadaptasikan kebolehan yang dipelajari untuk berkomunikasi dalam masyarakat.Menurut Meese (2001) setelah meneliti pelbagai kajian yang telah dijalankan untuk murid kurang upaya ringan didapati bahawa hanya 26.7% pelajar berkeperluan khas melanjutkan pelajaran selepas sekolah menengah (24 tahun di universiti atau sekolah teknik) berbanding dengan 70% pelajar biasa. Pelajar bermasalah pembelajaran juga mempunyai aspirasi pekerjaan yang lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya yang biasa.Keutamaan lebih diperlukan ke arah pendidikan latihan vokasional bagi persediaan transisi ke kerjaya daripada latihan akademik semata-mata. Jika pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ditawarkan dengan perancangan yang jitu tentang keperluan hidupnya, maka ianya akan meningkatkan lagi kualiti hidup mereka. Kejayaan dalam hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima semasa di sekolah (Goupil et al. 2002). Menurut McConkey (1998) penyataan yang tidak perlu diperjelaskan mengenai pendidikan di abad ke 21 iaitu pendidikan lebih dari persekolahan, pendidikan mendidik masyarakat dan pendidikan adalah untuk masa kini dan juga untuk masa depan.Kajian Abd Rahman (2003) mendapati di Malaysia, pelaksanaan program transisi tanpa perancangan jitu yang lebih sempurna kerana kebanyakkan aktiviti yang ditunjukkan oleh guru penyelaras dilaksanakan dalam keadaan yang tidak seragam. Ketidakseragaman ini menunjukkan pelaksanaan adalah lebih banyak bergantung kepada inisiatif guru penyelaras sendiri. Sememangnya tidak terdapat satu panduan khusus yang selaras di semua negeri untuk guru-guru penyelaras melaksanakan program transisi.OIeh itu pengkaji mengharapkan bahawa keperluan bagi mengkaji keberkesanan program transisi ke kerjaya yang terancang dan sistematik amat perlu untuk pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran peringkat sekolah menengah ke arah hidup berdikari dan diterima oleh masyarakat. Kajian ini juga diharapkan akan mendapatkan maklumat daripada guru-guru tentang sejauh manakah kurikulum program transisi kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran dilaksanakan di Program Khas Bermasalah Pembelajaran sekolah menengah. Ianya juga bertujuan untuk melihat apakah kekangan-kekangan yang ada dalam pelaksanaan kurikulum tersebut kepada pelajar khas.

1.3 RASIONAL KAJIAN

Program yang baik dan ideal adalah program yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Keberkesaan sesuatu program pula dapat diukur apabila ianya dapat memenuhi kehendak dan matlamat program itu sendiri. Kehendak serta matlamat tersebut hanya dapat dipenuhi apabila ianya mampu disesuaikan mengikut ciri-ciri tertentu seperti umur, minat, kemampuan fizikal dan fikiran pelajar. Sekiranya ciri-ciri ini tidak diambilkira maka program tersebut sukar untuk dilaksanakan denga berkesan.Bersesuaian dengan matlamat pendidikan bermasalah pembelajaran untuk melahirkan pelajar yang mampu berdikari setelah meninggalkan alam persekolahan, maka adalah wajar untuk memastikan mereka ini memperolehi serta menguasai kemahiran asas yang diperlukan. Pendidikan vokasional merupakan satu sistem pendidikan yang menyediakan tenaga separa mahir untuk industri, pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga. Manakala objektif yang terkandung dalam pendidikan vokasional adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian, pertanian dan perdagangan serta membina asas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional.Shamsuddin (2002) menyatakan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan peluang pekerjaan OKU amat terhad dan rendah berbanding dengan normal adalah berpunca daripada tahap kelayakan, kemampuan dan kemahiran yang tidak mencukupi. Setiap tahun di Amerika Utara dan United Kingdom, pelajar bermasalah pembelajaran meninggalkan alam persekolahan untuk memasuki dunia orang dewasa. Kebanyakan daripada mereka telah mendapat faedah dari pertambahan waktu persekolahan yang membolehkan mereka hadir ke sekolah sehingga berumur 21 tahun. Meskipun begitu, kebanyakan pelajar tidak mendapat pekerjaan dan peluang masa lapang yang terhad apabila mereka meninggalkan alam persekolahan (Goupil et al. 2002).Waterman et al. (2001) menyatakan fokus untuk mencari pekerjaan haruslah menekankan aspek kebolehupayaan perolehan kerja. Ia bermakna seseorang individu perlu mempunyai kemahiran bersaing terhadap pencarian kerja, menjadi pekerja berkepercayaan kendiri, dan sebagai tenaga kerja berdaya tahan berkerjaya. Pendidikan, kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran yang merangkumi kemahiran interpersonal, pengurusan diri, dan komunikasi perlu digabungkan untuk sesuatu rancangan kerjaya yang baik.Kekurangan latihan dan ketidakupayaan mendapat kerja menunjukkan pelajar bermasalah pembelajaran amat memerlukan satu program transisi untuk membolehkan mereka memperolehi pekerjaan. Clark dan Kolstoe (1995) menyatakan bahawa program transisi merupakan satu proses untuk menentukan pelajar-pelajar berjaya merentasi alam pekerjaan dan alam persekolahan mereka.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

1. Dapat menjelaskan bagaimana program transisi sekolah ke kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran dilaksanakan di sekolah menengah intergrasi pendidikan khas di daerah Muar, Johor.2. Mendapatkan maklumat lebih jelas daripada guru-guru tentang kesesuaian dan keberkesanan kurikulum tersebut dilaksanakan di semua sekolah di negeri Johor.3. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan kurikulum tersebut.

1.5 KERANGKA KONSEP

Sistem transisi ke kerjaya memerlukan penglibatan dari pelbaai pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan dan Tenaga Buruh. Tidak ketinggalan juga agensi badan bukan kerajaan seperti Persatuan Orang Kurang Upaya. Selain itu juga agensi yang terlibat secara langsung dari badan kerajaan adalah seperti Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Pendidikan Khas. Juga Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan, Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Jabatan Sekolah serta unit penilaian dan peperiksaan.Berpandukan kerangka konsep ini pendekatan yang menyeluruh adalah perlu dilaksanakan. Inisiatif dari pihak guru pendidikan khas khasnya adalah perkara asas kepada keberkesanan pelaksanaan program transisi ke kerjaya ini. Perkhidmatan dengan koordinasi ini akan membantu berjayanya program tersebut. Persiapan pelajar pendidikan khas memasuki alam kerjaya adalah bermula dari rumah. Namun ianya menjadi lebih penting apabila mereka berada di sekolah. Oleh itu guru pendidikan khas diperlukan untuk merancang program transisi ke kerjaya dengan menyediakan pelajar berkeperluan khas menghadapi situasi kerjaya selepas persekolahan.Pengalaman guru pendidikan khas menjadi aset penting dalam memainkan peranan sebagai perancang program tersebut. Ini dapat direalisasikan dengan tahap pengetahuan dalam membaca arah tuju pelajar berkeperluan khas berteraskan kepada kelebihan atau kekuatan pelajar. Pembinaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang bersesuaian dengan tahap kebolehan diri pelajar akan memberikan peluang mereka berdikari sebaik mungkin dengan bantuan yang minima. Guru bertindak sebagai koodinator bagi membolehkan proses kolaborasi perkhidmatan berlaku dengan jayanya dalam program transisi ke kerjaya.

1.6 TUJUAN KAJIAN

Mendapatkan maklumat daripada guru-guru tentang sejauh manakah program transisi kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran dilaksanakan di Program Khas Bermasalah Pembelajaran sekolah menengah. Ianya juga bertujuan untuk melihat apakah kekangan-kekangan yang ada dalam pelaksanaan kurikulum tersebut kepada pelajar khas.Latihan melalui program transisi ini merupakan satu siri aktiviti yang berguna untuk memastikan pelajar-pelajar mempunyai kemahiran, peluang dan sokongan yang diperlukan untuk memasuki alam pekerjaan dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial masyarakat dan seterusnya membuat keputusan tentang kehidupannya (Taylor 2000).

1.7 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah :1. Melihat bagaimana program transisi sekolah ke kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran dilaksanakan.2. Melihat dari segi keupayaan guru dan pelajar melaksanakan program transisi sekolah ke kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah menengah.3. Mengenalpasti kekangan yang wujud dalam pelaksanaan program transisi sekolah ke kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah menengah.

1.8 PERSOALAN KAJIAN

1. Bagaimanakah program transisi ke kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran dilaksanakan di program integrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah menengah.2. Bagaimanakah keupayaan guru dan pelajar dalam pelaksanaan program transisi ke kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah menengah.3. Apakah kekangan yang wujud dalam pelaksanaan program transisi ke kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah menengah.

1.9 DEFINISI ISTILAH

1.9.1 Program Transisi Ke Kejaya

Menurut Hawaii Transition Project (1987) program transisi ke kerjaya merupakan penyediaan peluang dan perkhidmatan yang akan menyokong kehidupan dewasa yang berkualiti. Ia dibentuk untuk meningkatkan penyertaan dalam komuniti, hidup berdikari, dan produktiviti pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran yang memasuki dunia orang dewasa.Program transisi merupakan asas utama pendidikan yang memantau dan mengawal perkembangan keseluruhan pendidikan tersebut. Ia mengarah kepada hasilan menjadi individu dewasa yang mempunyai pendidikan, kerjaya, aktiviti dan arahan kurikulum yang padat, serta dijalankan melalui pelbagai pendekatan dan perkhidmatan transisi, bergantung kepada keadaan setempat, pembelajaran pelajar dan keperluan-keperluan sokongan ( Kohler, 1998 )Menurut IDEA pula, transisi merupakan satu set aktiviti yang dikoordinasikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas yang dibentuk dalam proses berorentasikan hasil atau kesan bagi membolehkan pelajar-pelajar bergerak atau beralih dan alam persekolahan ke alam selepas sekolah. Ini termasuklah pendidikan selepas sekolah menengah, latihan vokasional, pekerjaan, perkhidmatan kemasyarakatan, latihan hidup berdikari dan sebagainya. Program ini dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan individu pelajar dengan mengambil kira kecenderungan dan minat pelajar tersebut (Heward, 2000).Pindaan Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya atau The Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) 1997, menyatakan bahawa dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap pelajar mestilah disertakan dengan keperluan perkhidmatan transisi sesuai dengan kursus yang dipelajari oleh mereka apabila pelajar itu mencapai umur 14 tahun. Polisi tersebut menyatakan bahawa kandungan pendidikan pelajar mestilah berfokus kepada aspirasi mereka setelah meninggalkan alam persekolahan.Dalam kajian ini, program transisi adalah merujuk kepada keberkesanan program yang membimbing pelajar bermasalah pembelajaran ke arah mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari dengan kemahiran-kemahiran vokasional, kemahiran sosial dan kemahiran hidup seharian. Ia merupakan perancangan pilihan pendidikan yang ditentukan berdasarkan matlamat, visi dan minat pelajar bermasalah pembelajaran untuk menyediakan mereka memasuki alam pekerjaan yang sebenar dan dilakukan semasa pelajar berada di peringkat sekolah menengah serta seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan sosial. Ianya memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif pelbagai pihak termasuklah pelajar, ibu bapa, guru dan juga kolaborasi antara pelbagai agensi. Program ini adalah persediaan awal yang diberikan kepada pelajar bermasalah pembelajaran untuk menghadapi alam pekerjaan selepas tamat alam persekolahan mereka.Ia juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada guru-guru tentang sejauh manakah kurikulum program transisi kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran dilaksanakan di Program Khas Bermasalah Pembelajaran sekolah menengah. Ianya juga bertujuan untuk melihat apakah kekangan-kekangan yang ada dalam pelaksanaan kurikulum tersebut kepada pelajar khas.

1.9.2 Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1990), Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah merujuk kepada pelajar-pelajar yangmenghadapi gangguan dalam satu proses asas psikologikal termasuklah dalam memahami atau dalam menggunakan bahasa, bercakap atau menulis yang mana gangguan ini jelas menunjukkan ketidaksempurnaan keupayaan untuk mendengar, berfikir, bercakap, membaca, menulis, mengeja atau membuat pengiraan matematik. Istilah ini termasuklah contoh-contoh keadaan kecacatan persepsi. Kecerdaan otak, ketidakfungsian otak yang minima, dyslexia dan perkembangan afasia. Istilah ini tidak termasuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran di mana keputusan yang berpunca dari penglihatan, pendengaran, kerencatan akal, gangguan emosi atau persekitaran, budaya atau kelemahan ekonomi. Dalam hal ini mereka merupakan kanak-kanak yang dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.

Kecacatan yang dialami dikategorikan mengikut kefungsian dan kebolehan seperti berikut:i. Kebolehan kognitif.ii. Tingkahlaku sosial atau perkembangan sosial.iii. Penguasaan lisan atau pertuturan.iv. Penguasaan membaca.v. Kemahiran perkembangan.vi. Kemahiran matematik.

Menurut The Individuals with Disablities Education Act (IDEA 1990) pelajar bermasalah pembelajaran adalah pelajar yang menghadapi masalah khusus dalam satu atau lebih proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa pertuturan dan penulisan yang mengakibatkan kurang kebolehan memikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Golongan yang temasuk dalam kategori ini adalah seperti berikut:i. Hiperaktifii. Autistik yang ringaniii. Sindrom Downiv. Lembab (Slow learner)v. Terencat akalvi. Gangguan emosi yang ringanvii. Multiple problem children

Menurut Bender (1996), pelajar bermasalah pembelajaran ialah pelajar yang tidak berfungsi secara optima dalarn aspek-aspek akademik dan tingkahlaku. Mereka juga mempunyai gangguan emosi yang mungkin mempengaruhi aspek-aspek lain seperti komunikasi dan sebagainya. ini menyebabkan pembelajaran terjejas dan ketinggalan daripada kanak-kanak biasa. pengajaran dan pembelajaran biasa. Mereka memerlukan modifikasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk mencapai keupayaan yang maksima. Oleh kerana mengalami penguasaan yang rendah dalam akademik, maka pelajar-pelajar ini memerlukan latihan yang boleh menjamin masa depan sekurang-kurangnya untuk hidup berdikari selepas tamat alam persekolahan.Manakala dalam kajian ini, pelajar bermasalah pembelajaran yang boleh menyertai program transisi adalah merujuk kepada pelajar yang menerima pendidikan di sekolah menengah dalam program intergrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia juga merujuk kepada pelajar yang mengalami kecacatan fizikal atau kecacatan akal yang berbangkit sama ada semulajadi atau akibat kecelakaan atau penyakit tetapi mereka boleh menjalankan pekerjaan.

1.10 BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah terbatas kepada guru-guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah menengah intergrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran di daerah Muar, Johor. Oleh yang demikian ianya bukanlah satu kajian yang menyeluruh. Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumbalas dari borang soal selidik dan temu bual. Kebolehpercayaan dapatan ini adalah bergantung sepenuhnya kepada kerjasama, keikhlasan dan kejujuran daripada responden yang menjawab item-item yang terdapat di dalam borang soal selidik yang diberikan.

ULASAN PERPUSTAKAAN

2.1 PENGENALAN

Bahagian bab ini membincangkan keberkesanan pelaksanaan program transisi sekolah ke kerjaya bagi pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah menengah intergrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Tumpuan juga diberikan kepada bentuk program transisi, jenis kerjaya yang bersesuaian dengan pelajar berkeperluan khas, cara perlaksanaannya, cabaran dan halangan yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Di samping itu bab ini juga membincangkan keupayaan guru dalam melaksanakan program, perkhidmatan kolaborasi yang terlibat, penglibatan keluarga dan struktur program.

2.2 PROGRAM TRANSISI SEKOLAH KE KERJAYA

Tidak dapat dinafikan bahawa masih ramai individu berkeperluan khas masih memerlukan pergantungan hidup kepada keluarga oleh kerana mereka tidak mampu untuk mengadaptasikan diri dalam pekerjaan. Elemen penting dalam hidup adalah soal pekerjaan yang akan membina masa depan. Bagi pelajar-pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran ianya juga menjadi persoalan hidup yang perlu dijawab oleh semua pihak. Mereka juga memerlukan pekerjaan seperti mana individu yang tidak berkeperluan khas. Kejayaan dalam hidup semasa dewasa banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima semasa di sekolah (Goupil, Tassse, Garcin Dore, 2002).Menurut Sorrells et al.(2004), transisi ialah satu proses yang kompleks. Kejayaannya memerlukan usaha sama dan koordinasi serta komunikasi pelbagai pihak termasuklah guru-guru, ibu bapa atau keluarga serta agensi-agensi yang mempunyai kaitan dengan pelajar tersebut. Program yang dirancang dan dilaksanakan di peringkat sekolah adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar-pelajar agar dapat dimanfaatkan oleh mereka. Salah satu program yang dirancang dan dilaksanakan adalah program transisi ke kerjaya bagi pelajar-pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Di Malaysia, Pendidikan Khas mempunyai kaitan rapat dengan konsep masyarakat penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada individu berkeperluan khas berintegrasi dengan ahli masyarakat lain membina sikap positif terhadap warga berkeperluan khas serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan dan jaminan kehidupan berkualiti (Noraini et al. 2001).Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran perlu didedahkan kepada realiti kehidupan setelah tamat alam persekolahan melalui satu program yang sistematik. Kebiasaannya, dalam persediaan kepada realiti kehidupan orang dewasa, penekanan hanya diberi terhadap keperluan vokasional semata-mata. Di samping itu, pendidikan yang diterima juga seharusnya bertujuan untuk mengembangkan potensinya sebagai individu seberapa yang mungkin, dan untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang dipentingkan bagi memenuhi tugas-tugas masa depan kelak (Koh Boh Boon & Chua Tee Tee 1992).Falsafah Pendidikan Khas menjadi teras panduan dalam memberikan jaminan kehidupan kepada golongan berkeperluan khas iaitu suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran dan menyediakan perkembangan yang optima agar mereka dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, boleh merancang, boleh mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi diri serta berupaya unuk menyesuaikan diri dalam masyarakat dan produktiviti serta selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

2.3 PROGRAM TRANSISI SEKOLAH KE KERJAYA UNTUK PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN

Program transisi sekolah ke kerjaya bagi pelajar bermasalah pembelajaran adalah dibentuk mengikut keperluan dan potensi pelajar itu sendiri serta semasa mengikut pasaran kerja. Menurut Howard (2000), program ini dilaksankan berdasarkan kepada keperluan individu pelajar dengan mengambil kira kecenderungan dan minat pelajar tersebut. Ianya adalah juga program yang beroreantasikan kepada hasil yang membolehkan pelajar-pelajar berkeperluan khas beralih alam persekolahan ke alam pekerjaan. Ianya memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas mempraktikkan latihan yang diterima di peringkat sekolah menengah apabila mereka mendapat pekerjaan kelak.Latihan yang diterima oleh pelajar-pelajar berkeperluan ini termasuklah latihan selepas sekolah menengah, latihan kemahiran hidup berdikari, latihan pekerjaan dengan agensi swasta dan latihan perkhidmatan kemasyarakatan. Bagi setiap kategori kecacatan program transisi mempunyai reka bentuknya sendiri dan harus sisesuaikan dengan keadaan di sesuatu tempat atau persekitarannya (Smith, 2000) Ianya adalah proses yang komprehensif yang melibatkan ibu bapa, guru-guru dan agensi-agensi . yang terlibat secara langsung dengan pelajar tersebut. Maka program transisi ini merupakan proses awal dalam menyediakan kemahiran diri kepada pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi alam pekerjaan.Program transisi sekolah ke kerjaya bagi pelajar bermasalah pembelajaran dibentuk berasaskan dengan latihan vokasional di sekolah menengah teknik dan vokasional. Namun ianya dirancang dengan lebih spasifik kerana mengambilkira kepada keupayaan dan kebolehan individu berkeperluan khas. Ianya juga mementingkan langkah-langkah permulaan yang lebih kemas dan teratur seperti memberikan pendedahan awal yang luas tentang jenis peluang pekerjaan yang bersesuaian. Poloway, Patton dan Serna (2001) mencadangkan bentuk latihan voksional yang boleh diterapkan dalam program transisi ke kerjaya seperti dalam rajah 2.

RAJAH 2 Latihan Vokasional Berasaskan SekolahSumber: Poloway, Patton dan Serna (2001)

Latihan VokasionalLatihan VokasionalBiasaLatihan Vokasional KomunitiLatihan Vokasional AdaptasiLatihan DistributifLatihan KerjaPengalaman KerjaSokongan PekerjaanLatihan Kerja Kampus

Latihan vokasional yang berasaskan sekolah merangkumi aspek-aspek yang menjadi pemangkin dalam latihan yang diberikan. Latihan kerja dan pengalaman kerja yang menjadi pemudah dalam menyesuaikan diri dengan pekerjaan adalah aspek yang membantu dalam latihan vokasional ini.Latihan vokasional adaptasi adalah pengubahsuaian mengikut kekebolehan serta keupayaan pelajar berkeperluan khas. Sementara latihan vokasional komuniti pula adalah merujuk kepada latihan tentang perkara-perkara yang bersangkutan dengan pekerjaan yang ada dalam komuniti berkenaan.Cegelka dan Berdine (1995) menggariskan beberapa matlamat dalam pendidikan vokasional iaitu:

i. Kemahiran kendiri dan sikap.ii. Komunikasi, kemahiran mengira dan asas teknologi.iii. Kemahiran bekerja.iv. Kemahiran umum dan tertentu.v. Kemahiran asas kepada pekerjaan dan kehidupan pembelajaran yang berterusan.

2.3.1 Bentuk Program Transisi Sekolah Ke kerjaya

Program transisi yang dirancang dan dilaksanakan pada peringkat sekolah menengah adalah berbentuk spara dan penuh. Pelajar berkeperluan khas yang dipilih akan menjalankan latihan pekerjaan pada waktu persekolahan di agensi yang didaftarkan. Pelajar tersebut akan bertugas di agensi terlibat selama tiga hari seminggu dan dipantau oleh guru pendidikan khas. Pada dua hari berikutnya pelajar tersebut akan berada di sekolah untuk tujuan pembelajaran serta motivasi. Manakala program transisi yang berbentuk penuh adalah memerlukan pelajar berkeperluan khas berada sepenuh masa pada lima hari persekolahan di agensi terlibat. Pelajar tersebut akan juga dipantau oleh guru pendidikan khas sekali seminggu untuk mendapatkan laporan pelaksanaan program dari pihak agensi terlibat. Gajar, Goodman dan McAfee (1993) menyatakan bahawa dalam program transisi, guru pendidikan khas adalah orang yang bertanggungjawab mengkoordinasikan pelaksanaannya.Dalam hal yang demikian guru adalah orang yang paling hampir untuk memberikan sokongan dan motivasi kepada pelajar tersebut. Oleh itu pemantauan yang dibuat dan sokongan yang diberi akan memberikan rangsangan kepada pelajar berkeperluan khas di mana mereka menjalani latihan bekerja dalam situasi yang berbeza dengan keperluan khasnya. Kualiti hidup pelajar bergantung besar kepada keupayaan dan matlamat yang dibina dengan sokongan individu-individu yang hampir (Morningstar et. Al, 1999).Makabentuk program dan pelaksanaannya adalah terletak kepada guru-guru pendidikan khas yang mengambilkira kepada aspek kerjaya dan berdikari. Ini bertepatan dengan falsafah pendidikan khas itu sendiri yang memberi keterbukaan dalam merancang kurikulum dengan mengubahsuai kurikulum kebangsaan dalam program transisi.

2.3.2 Jenis Kerjaya

Kerjaya yang dicadangkan dalam perancangan program transisi sekolah ke kerjaya mengambil kira beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut adalah melihat kepada keperluan pelajar berkeperluan khas itu sendiri seperti kebolehan atau potensi yang ada, minat serta keupayaan untuk melaksanakan tugas. Kesesuaian jenis kerjaya ini juga akan menentukan kejayaan program yang dirancang. Kajian Ramlee Mustapha (2000) mendapati bahawa bentuk pendidikan teknik dan vokasional memainkan peranan penting dalam pendidikan dan bagi mendapatkan pekerjaan. Lazimnya latihan kerjaya yang dipilih adalah berbentuk teknikal seperti mencuci kereta, mendobi, pembantu penjagaan tandas awam, pembantu am kedai dan pembantu pusat jagaan anak-anak benih pokok. Ini adalah kerana jenis kerjaya tersebut tidak banyak memerlukan daya fikir dan hanya memerlukan latihan kebiasaan serta kelaziman yang berulang-ulang.

2.4 CABARAN PELAKSANAAN

Tidak dapat dinafikan bahawa pelajar-pelajar berkeperluan khas memerlukan sokongan yang jitu dalam persekitaran pekerjaan. Ini adalah cabaran utama yang terpaksa mereka hadapi. Jika kurangnya motivasi serta sokongan yang diberikan ianya akan memberi impak kepada sosio emosi dan sosial golongan tersebut. Besar kemungkinan akan berlakunya ketidaksuaian kerja akibat faktor penerimaan masyarakat. Banyak kajian yang dijalankan mendapati salah satu punca masalah ketidaksesuaian kerja bagi golongan berkeperluan khas adalah disebabkan faktor penerimaan masyarakat terhadap golongan berkeperluan khas. Masyarakat sering kali memandang serong terhadap kemampuan golongan berkeperluan khas. Mereka dilihat sebagai gologan yang mempunyai masalah. Akibatnya golongan berkeperluan khas ini tidak mendapat layanan yang sempurna dan mereka dianggap pengundang masalah.Dalam menghadapi cabaran tersebut pelajar berkeperluan khas ini memerlukan suatu kemahiran yang mantap untuk diaplikasikan di tempat kerja. Kemahiran sosial yang ditekankan dalam program ini ialah kemahiran mengikut arahan, menerima kritikan, meminta bantuan bila perlu, boleh bekerjasama dengan rakan sekerja dan berkemahiran berinteraksi dengan pelanggan (Heward, 2000). Pelajar-pelajar berkeperluan khas perlu melibatkan diri dalam masyarakat untuk meningkatkan tahap kemahiran sosial sebagai persediaan mereka sebelum memasuki alam pekerjaan. Lebih banyak pelajar berkeperluan khas berinteraksi, lebih berjaya proses sosialisasi berlaku (Farber dan Radziewidz, 1988).Cabaran yang wujud dan diharungi oleh pelajar berkeperluan khas adalah melibatkan elemen kolaborasi. Elemen tersebut akan menentukan kejayaan kepada persediaan awal ke alam pekerjaan. Pelajar perlu melibatkan diri dalam persekitaran sosial yang baik dengan mengambilkira keupayaan kemahiran, sikap serta motivasi kendiri untuk bekerja. Pelajar yang keluar ke alam pekerjaan akan menempuh berbagai-bagai cabaran dan keputusan yang perlu dibuat. Ini bermakna pelajar-pelajar khas perlu perlu faham dan boleh menyatakan hasrat mereka. Harapan ini terlalu tinggi bagi pelajar-pelajar khas yang bermasalah pembelajaran (Morningstar et, al.1999). Sementara Bullis dan Cheney (1999) menyatakan bahawa kejayaan sukar dicapai dengan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri emosi dan tingkahlaku.Menurut Sorrells, Rieth dan Sindelar (2004) pelajar khas merupakan watak pasif dalam program pendidikan. Kekuatan mereka perlu disuntik dan dibentuk semula untuk menjadikan mereka manusia yang boleh menyumbang ke tahap optima sekurang-kurangnya untuk diri sendiri dan lebih baik jika dapat menyumbang kepada keluarga dan negara. Pelajar-pelajar yang begini jika dibiarkan dan terus dilabel tanpa diberi motivasi dan kemahiran tidak dapat menjalani proses transisi dengan berkesan jauh sekali untuk berdikari. Pelajar-pelajar yang tidak diberi latihan yang mencukupi untuk berdepan dengan karenah alam pekerjaan terpaksa berdepan dengan kegagalan untuk bekerja. Terdapat beberapa faktor halangan yang menjadi cabaran dalam mencapai kejayaan program adalah berpunca daripada komunikasi yang kurang berkesan. Morningstar et, al. (1999) menyatakan empat halangan dan penyebab utama iaitu :a. Persepsi yang silap antara guru dengan ibu bapa.b. Percanggahan ekpektasi.c. Kurang diberikan peluang.d. Tekanan yang dialami semasa proses transisi.Ibu bapa dan guru masaing-masing mempunyai tanggapan yang tersendiri. Kadang kala terdapat guru yang tidak menyatakan maksud sebenar program kepada ibu bapa terhadap anak mereka dan terdapat juga ibu bapa yang tidak memahami tujuan program. Komunikasi dan interaksi yang kurang berkesan ini menimbulkan salah tanggapan. Sorrells et, al. (2004) menggariskan faktor guru khas idak menerima pandangan ibu bapa, pendapat ibu bapa tidak diminta, guru menguasai perbincangan dan sebagainya. Perancangan transisi dikatakan diadakan oleh guru untuk keluarga bukannya bersama keluarga pelajar.Wujudnya percanggahan ekpektasi kerana masing-masing mempunyai perancangan yang berbeza dan akan lebih mengusutkan keadaan apabila agensi yang menyediakan perkhidmatan latihan pekerjaan gagal menyediakan latihan yang sewajarnya di luar sekolah. Perancangan yang dibuat tidak menampakkan hasil yang baik dan berlakunya pembaziran tenaga serta masa. Kerugian yang total adalah kepada pelajar berkeperluan khas.Masyarakat masih lagi memandang bahawa individu berkeperluan khas ini sukar untuk mencapai keupayaan perkembangan yang baik. Kesediaan serta kepercayaan masyarakat dan agensi tertentu masih menjadi cabaran dan halangan kepada keupayaan potensi pelajar-pelajar berkeperluan khas untuk mencapai kejayaa. Masih wujud jurang dalam mendapatkan peluang pekerjaan bagi golongan berkeperluan khas ini walaupun kuota 1 % peluang pekerjaan di sektor awam dan penubuhan jawatankuasa Penggalak Penggajian Orang cacat di bawah jabatan buruh oleh pihak swasta. Kehadiran golongan berkeperluan khas dalam sektor pekerjaan masih belum dapat diterima oleh majikan akibat pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh pelatih atau pekarja berkeprluan khas ini. Peranan pendidikan khas dalam isu ini adalah melihat akan keperluan latihan kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas agar mampu berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berhaluan dan boleh berdikari.

2.5 KEBERKESANAN PROGRAM TRANSISI SEKOLAH KE KERJAYA

Kejayaan sesuatu program lazimnya dapat dilihat adalah berkaitan dengan banyak faktor yang saling berkaitan dan menjadi pra syarat dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan. Dalam kajian Mac Kenzie (1964), beliau meletakkan enam komponen yang menjadi faktor penentu kurikulum iaitu guru, pelajar, isi kandungan, kaedah serta bahan dan masa. Dalam hal yang demikian perubahan perlu dilakukan terhadap salah satu komponen tersebut. Penglibatan ibu bapa menjadi faktor penyumbang kepada keberkesanan proses transisi ke kerjaya. Kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa dan sekolah dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan sekolah dan keluarga, kaunseling, konsultasi dan kolaborasi (Muro & Kottman, 1995). Dalam proses transisi sekolah ke kerjaya penglibatan ibu bapa akan mengukuhkan lagi usaha guru untuk menyediakan pendidikan dan latihan yang lebih bermakna.Menurut Morningstar, Tramill dan Lattin (1999) dan Faridah (2002), terdapat empat komponan utama dalam proses transisi iaitu perancangan individu, penglibatan ibu bapa dan keluarga, latihan kemahiran sosial dan kolaborasai antara agensi.Menurut Morningstar et, al.(1999), dalam membuat perancangan individu, perkara yang perlu difokuskan ialah keperluan pelajar serta melihat kepada kecenderungan dan minat pelajar (Heward, 2000). Apabila pelajar-pelajar ini menjangkau usia 16 atau 17 tahun, Rancangan Transisi Individu (RTI) perlu dibina. Elemen-elemennya seperti Rancangan Pendidikan Individu (RPI), ditambah agensi-agensi perkhidmatan pekerjaan (Heward, 2000). Perancangan ini sebolehnya memerlukan pelajar mempunyai keazaman kendiri yang tinggi serta aktif (Morningstar et, al. 1999).Setiap individu harus didedahkan dengan maklumat yang relevan dan praktikal untuk kehidupan dalam komuniti dan keperluan pekerjaan dalam dunia sebenar (Brolin 1982). Clark (1998) menyenaraikan beberapa prinsip dalam dan pendidikan transisi agar memenuhi perkembangan kerjaya pelajar berkeperluan khas, iaitu:

a. Pendidikan untuk perkembangan kerjaya dan transisi adalah untuk setiap individu bermasalah pembelajaran pada semua umur.b. Perkembangan kerjaya bermula sejak kecil dan berterusan sepanjang hayatc Perkembangan awal kerjaya penting dalam memberikan kepuasan pemilihan kerjaya.d. Pengubalan perkembangan asas kehidupan manusia akan memberi kesan terhadapperkembangan kerjaya dan transisi daripada satu peringkat kehidupan kepada peringkat yang lain.e. Perkembangan kerjaya berkait dengan intervensi dan penyediaan program, iaitu apabila ianya melibatkan arahan secara langsung mengikut keperluan individu.

Berpandukan prinsip-prinsip di atas, pihak sekolah perlu menyediakan mekanisme yang memudahkan perkembangan kerjaya pelajar berkeperluan khas. Clark (1998), mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh dibuat pada peringkat awal, iaitu:

a. Menyediakan arahan dan panduan untuk membentuk habit yang positif, sikap, dan nilai berkaitan dengan pekerjaan dan hidup seharian.b. Menyediakan arahan dan panduan bagi mengukuhkan dan mengekalkan hubungan kemanusiaan yang positif sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja.c. Menyediakan arahan bagi orentasi mengenai realiti dunia pekerjaan, iaitu sebagai pengeluar mahupun sebagai pengguna.d. Menyediakan arahan untuk memperoleh sesuatu pekerjaan dan kemahiran hidup seharian.

Usaha mestilah dilakukan untuk menyediakan guru mengenai arahan yang tersusun, sumber, dan teknik untuk mengajar mengenai kerjaya supaya usaha-usaha implementasinya dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu, Polloway et al. (2001) membuat penambahan matlamat yang dirasakan penting dalam senarai yang dilakukan oleh Clark supaya pelajar berkeperluan khas mengetahui peranan penting menjadi orang dewasa. Antara matlamatnya ialah:

a. Meneroka pelbagai aktiviti masa lapang, termasuk hobi dan aktiviti rekreasi.b. Membincangkan mengenai kehendak dan harapan masyarakat, dan seperti yang diketahui, persediaan pekerjaan yang spesifik menjadi agenda penting maka beberapa matlamat mengenainya juga amat perlu.a. Menambah kesedaran dan aspirasi pelajar mengenai pekerjaan melalui kaunseling kerjaya.b. Mengadakan penilaian kepada setiap pelajar mengenai minat dan kemahiran mereka,c. Menyertakan hasil penilaian yang diperolehi ke dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dan perancangan pengajaran bagi setiap pelajar.d. Menyediakan rancangan transisi individu yang hampir sama seperti Rancangan Pendidikan Individu (RPI)c. Menyediakan pelajar dengan peluang-peluang latihan dalam komuniti.f. Menyediakan penempatan kerja dan sokongan kepada pelajar seperti yang diperlukan.

Keberkesanan program transisi sekolah ke kerjaya akan membantu pelajar berkeperluan khas mencapai matlamat yang maksimum dengan menggunakan kemahiran dan pengalaman di kedua-dua persekitaran iaitu di sekolah atau di komuniti kerja. Pengalaman pekerjaan, kemahiran akademik, kemahiran sosial dan kemahiran mencari pekerjaan memperbaiki lepasan sekolah dalam mendapatkan pekerjaan (Benz et, al. (1997). Seterusnya (Benz et, al. (2000) mendapati bahawa pengalaman pekerjaan dan kejayaan pelajar menamatkan matlamat transisi dengan sepenuhnya berkait rapat dengan pekerjaan. Colley dan Jamison (1998) mendapati pengalaman kerja, pendidikan pekerjaan dan pengkhususan akademik menyumbang kepada mendapatkan pekerjaan.Parley dan Johnson (1999) menghuraikan bahawa strategi yang khusus untuk meningkatkan keyakinan pelajar dalam membuat keputusan, ketegasan memilih kerjaya, kemahiran mencari pekerjaan di mana semua perkara tersebut penting dalam persediaan vokasional pelajar. Kohier dan Hood (2000) mendapati kepelbagaian program meningkatkan kemahiran pelajar dan hasilan lepasan sekolah. Ia juga menunjukkan contoh yang spesifik dalam memberikan latihan pekerjaan, pengalaman kerja, kemajuan pendidikan, dan juga aspek-aspek lain dalam perkembangan diri pelajar. Sebagai contoh, perkembangan kemahiran pekerjaan, dan pengalaman kerja dengan sokongan yang baik akan menyebabkan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran konsisten dalam pekerjaan di sektor swasta. Leuking dan Fabian (2000) juga mendapati bahawa ia memberi kesan positif dalam pemberian gaji bagi pekerjaan pelajar.

2.6 KEUPAYAAN GURU

Avolos (1980) menyatakan bahawa peluang murid melibatkan diri secara aktif adalah sangat terbatas sekiranya guru-guru kurang pengetahuan untuk disampaikan kepada murid-muridnya. Murid-murid sangat bergantung kepada guru untuk mendapatkan pengetahuan secara langsung. Selagi guru tidak mempunyai keupayaan dari segi kefahaman dan kemahiran untuk melaksanakan sesuatu perubahan dan innovasi tersebut sukar untuk dilaksanakan denagan berkesan ( Hurst, 1981). Dalam hal ini faktor keupayaan guru diukur dari segi kefahaman dan kemahiran berkaitan dengan kurikulum.Peranan guru pendidikan khas amat penting. Sekiranya seorang guru itu tidak mempunyai pengalaman dan latihan untuk mengajar pelajar bermasalah pembelajaran, guru tersebut tidak akan mencungkil potensi pelajar tersebut melalui kemahiran-kemahiran dalam latihan vokasional (Smith, 1981).Janning-Wrays (1984) menegaskan bahawa gurulah yang menjadi penentu utama kepada kejayaan pelaksanaan sesuatu kurikulum. Faktor tersebut mempunyai kaitan yang rapat dengan faktor keupayaan guru dalam pelaksanaannya. Lewin (1985) menyatakan bahawa reaksi negatif guru-guru terhadap pelaksanaan kurikulum adalah disebabkan mereka tidak nampak akan kebaikan perubahan tersebut. Menurut Wehman, Kregel & Barcus (1985) menyatakan bahawa aspek latihan vokasional yang ditawarkan di sekolah menengah perlu mencerminkan kemahiran pekerjaan yang membolehkan pelajar hidup berdikari. Oleh itu ianya perlulah disediakan dalam pelbagai ragam untuk memenuhi kehendak perbezaan kebolehan pelajar-pelajar kurang upaya. Siti Hawa (1986) dan Azizah (1987) menyatakan bahawa punca kegagalan pelaksanaan kurikulum adalah disebabkan kurangnya pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang perubahan dan innovasi di kalangan guru.Dalam kajian oleh Safani, Salleh dan Mohd Arief (2000) di pusat-pusat latihan dan institusi di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka telah mendapati antara punca utama pelajar-pelajar berkeperluan khas ini gagal dalam menjalani latihan pekerjaan adalah tidak mampu untuk menyesuaikan diri serta sukar berinteraksi dengan orang lain. Keupayaan guru pendidikan khas menjadi perkara utama dalam memainkan peranan bagi memahami konsep kerjaya yang berkaitan dengan pelajar-pelajar berkeperluan khas. Dalam hal yang demikian R.Regev dan S.Katz (1994) mendapati 19 individu bermasalah pembelajaran berjaya menjalani kehidupan kecuali dalam hal kewangan dan sosial.

2.7 PERKHIDMATAN KOLABORASI

Peranan yang dilaksanakan oleh masyarakat dan agensi kolaborasi adalah mengikut fungsi masing-masing iaitu mengubah persepsi negatif , mempertingkatkan sistem dan amalan yang melibatkan kerjaya golongan berkeperluan khas serta meninggikan lagi tahap sokongan kepada kepada mereka untuk memastikan mereka berkerjaya.Devileger dan Trach (1999) mendapati sokongan dan kolaborasi antara agensi kepada seseorang pelajar dan keluarganya merupakan faktor penting dan jika dilakukan dengan sempurna. Ia akan meningkatkan pencapaian matlamat transisi. Namun sekiranya ia dilakukan dengan lemah atau sambil lewa maka matlamat transisi akan terbatas dan tersekat. Benz et al. (1995) menyatakan Model Pasukan Komuniti Program Transisi amat efektif dalam membangunkan kapasiti sekolah dan komuniti untuk memberi perkhidmatan transisi yang lebih baik kepada pelajar. Collet Klingenberg (1998) juga mendapati pasukan transisi berasaskan sekolah dan komuniti merupakan alat dalam memperkenalkan dan melaksanakan rancangan transisi berfokuskan pelajar.Keseluruhannya, kolaborasi antara agensi amat membantu dalam perkembangan seseorang pelajar dalam meningkatkan pencapaian matlamat transisi. Kolaborasi bukan sahaja merupakan elemen penting dalam usaha menyelesaikan masalah berkaitan dengan pelajar bermasalah pembelajaran malah ia dapat memberi manafaat kepada kehidupan pelajar tersebut kelak.

2.8 PENGLIBATAN KELUARGA

Penglibatan ibu bapa telah menunjukkan pembaikan dalam kedatangan ke sekolah serta markah prestasi penilaian, meningkatkan nilai kendiri serta keyakinan pelajar dan mengurangkan kadar keciciran (Blackorby & Wagner 1996). Ryan et al. (1994) menyatakan terdapat hubungan yang positif antara ibu bapa dan kuasa autonomi remaja, yakni sebagai kunci komponen penentuan diri mereka. Momingstar et al. (1995) pula mendapati pelajar turut menyatakan bahawa ahli keluarga mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan penentuan diri dan misi mereka terhadap masa depan.Terdapat juga cadangan daripada keluarga berkaitan dengan strategi penglibatan yang aktif. Dalam kajian yang menfokuskan untuk memperbaiki kolaborasi yang dijalankan oleh Benz et al. (1995) ibu bapa mencadangkan bahan-bahan maklumat yang lebih baik, bergabung latihan untuk latihan vokasional, pameran, resos, individu yang berpengetahuan untuk dihubungi, kumpulan sokongan, dan peluang-peluang kerjasama dapat memperbaiki proses program transisi dan kualiti penglibatan ibu bapa.De Fur et al. (2001) mendapati bahawa faktor ibu bapa yang dikenalpasti memperbaiki penglibatan mereka dalam program transisi adalah berdasarkan perkembangan peribadi lebih dari hubungan birokratik. Keluarga tersebut mengenalpasti bahawa profesional yang membuatkan mereka berbeza dalam penglibatan program transisi adalah profesional yang berkomunikasi secara efektif serta berkongsi maklumat, membentuk perkongsian kolaboratif, menghubungkan mereka dengan keluarga lain, menampakkan perhatian, dan mengenali anak-anak mereka dengan tulus.Secara keseluruhannya, penglibatan ibu bapa akan membantu meningkatkan kualiti pendidikan kepada pelajar bermasalah pembelajaran. Bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama ada sewaktu pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti tambahan di luar waktu sekolah, kerjasama ibu bapa dapat membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran yang dipelajari. Penglibatan ibu bapa merupakan tunggak kejayaan dalam program transisi bagi pelajar bermasalah pembelajaran.

2.9 STRUKTUR PROGRAM

Struktur program merupakan ciri-ciri yang berkait dengan perjalanan program transisi yang efisyen dan efektif mengandungi falsafah, perancangan, polisi, penilaian, dan pembangunan resos, (Koh1er 1998). Struktur-struktur atribut sesebuah sekolah menyediakan rangka kerja untuk memperkenalkan program transisi berfokuskan pendidikan. Amalan yang memperkenalkan hasilan berasaskan sekolah dan memperkembangkan pilihan atau opsyen kurikulum termasuk perancangan strategik di peringkat komuniti, sensitiviti budaya dan etnik, misi dan nilai yang jelas, kakitangan yang berkelayakan, dan sumber peruntukan yang mencukupi (Kohler 1996). Transisi berorentasikan sekolah juga perlu menfokuskan penglibatan komuniti yang sistematik dalam kemajuan pendidikan, peluang-peluang pendidikan berasaskan komuniti, penyertaan pelajar secara sistematik dalam kehidupan sosial di sekolah, dan meningkatkan jangkaan berkaitan dengan nilai dan hasilan untuk semua pelajar (Edgar & Polloway 1994).Furney et al. (1997) mendapati perkongsian nilai dan kepercayaan berhubung dengan perkhidmatan transisi, pendekatan polisi secara langsung, struktur yang kolaboratif untuk perubahan keseluruhan dalam pertubuhan, perubahan dalam kajian dan penilaian, juga kapasiti aktiviti pembangunan merupakan ciri yang utama dalam falsafah dan polisi sesebuah program.Secara keseluruhan, struktur program yang lengkap dan tersusun serta mengandungi e1emen-e1emen yang penting seperti falsafah, perancangan, polisi, penilaian dan pembangunan resos akan meningkatkan hasilan perkhidmatan transisi yang ingin dihasilkan. Ia merupakan rangka kerja yang tersusun serta dirancang dengan baik untuk memperkenalkan program transisi yang berfokuskan hasilan berasaskan sekolah serta peluang-peluang pendidikan berasaskan komuniti.

2.10 KESIMPULAN

Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa keberkesanan pelaksanaan sesuatu program adalah banyak bergantung kepada faktor-faktor yang saling berkait antara satu sama lain. Ianya juga dapat menjadikan panduan dalam melihat ianya dilaksanakan dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Banyak faktor yang mempengaruhi dan membantu dalam menyumbang kepada keberkesanan program transisi sekolah ke kerjaya di mana pelajar berkeperluan khas mendapat memperkembangkan potensi secara maksimum melalui pengalaman pembelajaran samada berasaskan sekolah atau tempat kerja. Proses yang utama semasa berlakunya pembelajaran ialah mengenalpasti sokongan serta kemudahan yang diperlukan oleh pelajar untuk mencapai kejayaan di kedua-dua persekitaran tersebut. Pelajar berkeperluan khas dapat menggunakan kemahiran pekerjaan, kesedaran kerjaya dan tingkahlaku semasa bekerja untuk meningkatkan keyakinan dalam menyediakan diri ke alam pekerjaan.METADOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Kajian ini memfokuskan tinjauan kepada keberkesanan program transisi sekolah ke kerjaya bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dari perspektif guru. Pemerolehan data adalah dalam bentuk kajian kes. Maklumat-maklumat dikumpul melalui proses temu bual dan soal selidik.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah kajian yang berbentuk penilaian keberkesanan program transisi sekolah ke kerjaya. Pengkaji menggunakan kaedah temubual. Kaedah ini digunakan adalah kerana ianya selaras dengan persoalan dan objektif kajian iaitu untuk melihat pelaksanaan program transisi, keupayaan guru dalam melaksanakan program dan halangan-halangan yang wujud dalam pelaksanaan kurikulum transisi sekolah ke kerjaya dari perspektif guru. Kaedah temubual ini juga memberikan komunikasi dua hala. Iannya juga memberikan kebebasan responden menerangkan kepada pengkaji secara langsung pengalaman serta kesukaran mereka dan sebagainya. Pengkaji juga boleh meminta penjelasan lanjut seandainya memerlukan penjelasan yang lebih mendalam. Daripada temubual juga terdapat banyak maklumat yang di luar skop kajian tetapi ada kaitannya dengan kajian mampu diperolehi. Temubual dijalankan tidak mengira tempat dan mengikut kesesuaian responden sama ada di dalam atau di luar bilik.

3.3 MODEL AMALAN TRANSISI SEKOLAH KE KERJAYA

Konsep program transisi merupakan pendekatan untuk memperbaiki program pendidikan yang sedia ada dengan menyediakan pendekatan perkhidmatan berasaskan kemampuan, pilihan dan keyakinan diri pelajar (Kohler & Rusch 1996).Rajah 1 menunjukkan satu model amalan yang menjadi asas kepada kejayaan sesuatu program transisi. Ianya disusun dalam lima kategori iaitu;a) perancangan berpusatkan pelajar.b) perkembangan pelajarc) kolaborasi antara agensi dan pelbagai disiplin.d) penglibatan ibu bapa.e) struktur dan atribut program.Berdasarkan model tersebut, beberapa aspek yang menjadi penentu kejayaan dalam amalan program transisi. Ianya melibatkan kefahaman dan kerjasama pelbagai pihak. Setiap perancangan pembelajaran yang dibentuk adalah berdasarkan matlamat, visi dan minat. Maka pelajar adalah fokus utama dalam program ini. Taksonomi ini memberi penekanan kepada perkembangan pelajar yang menyediakan individu berkeperluan khas ke arah peranan berdikari orang dewasa melalui pengalaman kerja, kemahiran akademik, kemahiran sosial dan kemahiran mencari pekerjaan.

Rajah 1 Taksonomi Bagi Program TransisiSumber: Kohier dan Field (2003)

Perancangan Berfokuskan Pelajar

Perkembangan Pelajar

Kolaborasi Antara Agensi danPelbagai Disiplin

Penglibatan lbu bapa

Struktur dan Atribut Program

Kolaborasi pula mengaitkan peranan pelbagai agensi seperti persatuan, perniagaan-perniagaan dalam komuniti setempat, jabatan kerajaan atau swasta, dan sebagainya di mana ini memahami tugas dan peranan masing-masing secara saling bekerjasama menjayakan program transisi tersebut. Dalam membuat penilaian, keputusan, perkembangan polisi dan sebagai jurulatih, ianya mengambil kira penglibatan ibu bapa dan keluarga dalam perancangan dan perjalanan perkhidmatan transisi. Falsafah, perancangan, polisi, penilaian dan perkembangan sumber merupakan ciri yang mempunyai hubungkait dengan perkhidmatan transisi yang efektif adalah merupakan struktur program.Menerusi amalan yang ditunjukkan dan dijelaskan di atas, perlaksanaan program transisi memerlukan strategi serta pendekatan yang menyeluruh bagi menjayakan proses transisi ke kerjaya. Guru, ibu bapa, komuniti dan pelajar berkeperluan khas merupakan penggerak utama bagi meelaksanakan program transisi. Perkara inilah yang hendak dilihat oleh pengkaji iaitu untuk mendapatkan maklumat daripada mengenai keberkesanan program transisi sekolah ke kerjaya di sekolah menengah bagi pelajar bermasalah pembelajaran.

3.4 POPULASI KAJIAN

Populasi kajian adalah terdiri daripada penyelaras pendidikan khas, 10 orang guru pendidikan khas yang mengajar pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dan terlibat secara langsung dengan program transisi sekolah ke kerjaya di sebuah sekolah menengah intergrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran, ibu bapa pelajar pendidikan khas, pelajar pendidikan khas dan majikan swasta. Mereka ini adalah sebagai subjek kajian bagi tujuan temubual. Responden dalam temubual dipilih menggunakan kaedah sampling bertujuan (Patton, 1987, 1990) iaitu memilih responden yang dapat memberikan maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini adalah satu kajian kes di sebuah sekolah intergrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran untuk mengkaji keberkesanan program transisi sekolah ke kerjaya. Kaedah temubual digunakan dengan menggunakan satu set panduan temubual separa berstruktur. Ianya adalah satu set panduan temubual yang hampir seragam telah digunakan untuk pungutan data daripada guru-guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang terlibat dengan program transisi sekolah ke kerjaya. Data yang temubual yang dipungut khas untuk menjawab soalan kajian dalam aspek-aspek yang sama dengan soal selidik.

3.6 PROSEDUR PENGENDALIAN KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, kerjasama daripada pengetua, guru-guru pendidikan khas, ibu bapa, pelajar pendidikan khas dan majikan yang terlibat sangat diperlukan. Setelah persetujuan diperolehi maka proses temu bual dijalankan secara individu dan kumpulan. Temubual dijalankan secara perseorangan dan bersemuka dengannya.

3.7 MENGANALISA DATA

Hasil dapatan daripada temubual, maklumat-maklumat diambil, dikumpulkan dan dianalisa secara kualitatif. Data yang telah dikumpul, dikelaskan, dianalisa dan diringkaskan untuk mendapatkan data sebenar kajian. Maklumat yang tidak berkaitan akan diabaikan dan hanya memberi tumpuan kepada yang berkaitan dengan kajIan.

3.8 KESIMPULAN

Pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan perlaksanaan program transisi sekolah ke kerjaya bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dari perspektif guru di sebuah sekolah menengah intergrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif dan menghuraikan maklumat daripada responden dengan menjawab persoalan kajian.

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini semua item didapati dari kajian kes berbentuk tinjauan dan temu bual (soalan-soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan soalan yang telah disediakan seperti kaedah soal selidik) dalam tinjauan kajian kes. Meninjau keberkesanan pelaksanaan kurikulum transisi yang dijalankan di program pendidikan khas bermasalah pembelajaran daripada persepsi guru pendidikan khas, ibu bapa pelajar pendidikan khas, pelajar pendidikan khas dan majikan. Pendapat serta pandangan daripada soalan temubual mengenai keberkesanan pelaksanaan kurikulum transisi pendidikan khas dilaksanakan secara individu dan kumpulan. Analisis menentukan keberkesanan situasinya mengikut pencapaian objektif penyelidikan. Data-data yang diperolehi dianalisis secara kualitatif.Penganalisaan data dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil agar boleh dianalisis secara terperinci. Ianya meliputi beberapa item iaitu maklumat guru, pengalaman dan kemahiran guru serta data mengikut item. Temubual adalah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu mengenai latihan dan kemahiran guru, sikap dan minat pelajar, sukatan pelajaran program transisi, kemudahan alat dan bengkel, sikap dan sokongan ibu bapa serta sikap dan sokongan sekolah.Bagi maklumat responden pula dibahagikan kepada bahagian iaitu penyelaras pendidikan khas, tiga kumpulan guru pendidikan khas, dua orang ibu bapa pelajar bermasalah pembelajaran, dua orang pelajar pendidikan khas dan dua majikan yang terlibat secara langsung dengan program transisi sekolah ke kerjaya. Ianya merangkumi maklumat diri responden dan soalan-soalan yang dikemukakan.

4.2 PROFIL SAMPEL KAJIAN

Bahagian ini menggambarkan latarbelakang responden secara menyeluruh yang terlibat dalam kajian ini. Oleh kerana kajian ini meninjau keberkesanan pelaksanaan kurikulum transisi pendidikan khas di sebuah sekolah menengah intergrasi, maka ianya berbentuk kajian kes dan hanya melibatkan responden seramai 10 orang guru pendidikan khas. Bahagian profil lengkap responden guru pendidikan khas sekolah menengah intergrasi yang ditunjukkan dalam jadual 4.3.1 dan 4.3.2 adalah berdasarkan kepada umur, bangsa, jantina, kelayakan iktisas, bilangan tahun mengajar, pengalaman mengajar pendidikan khas ditunjukkan dalam bentuk ferkuansi dan peratusan dalam jadual

4.3 PENGANALISAAN DATA

Jadual 4.3.1 menunjukkan taburan data berkaitan dengan jumlah responden, jantina, umur, bangsa dan kelulusan iktisas. 10 orang responden terdiri daripada guru-guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Ianya terdiri daripada 4 orang atau 40 % lelaki dan 6 orang atau 60 % perempuan.Dari segi umur pula seramai 5 orang atau 50 % guru yang berumur antara 21 30 tahun, 2 orang atau 20 % guru yang berumur antara 31- 40 tahun dan 3 orang atau 30 % guru yang berumur antara 41 50 tahun.Dari segi kelulusan akademik pula, hanya seorang atau 10 % guru yang mempunyai Diploma dan 9 orang atau 90 % guru yang mempunyai ijazah.Dari segi bangsa pula 20 orang atau 20 % guru berbangsa Cina dan 8 orang atau 80 % guru berbangsa Melayu.

Jadual 4.3.2 menunjukkan taburan data berkaitan dengan pengalaman mengajar pendidikan, bidang pengkhususan, bilangan waktu mengajar seminggu, bidang kemahiran diajar dan kursus kemahiran dihadiri. Berdasarkan pengalaman mengajar pendidikan khas seramai 5 orang atau 50 % guru yang mengajar kurang 5 tahun, 2 orang atau 20 % guru yang mengajar antara 5 10 tahun dan 3 orang atau 30 % guru yang mengajar aantara 11 15 tahun.Berdasarkan bidang pengkhususan pula, terdapat 2 orang atau 20 % guru dari bidang kemahiran hidup, seorang atau 10 % bidang pertanian, seorang atau 10 % dari bidang pendidikan seni, seorang atau 10 % dari bidang pertanian, seorang atau 10 % dari bidang sains rumahtangga. Bakinya iaitu 5 orang atau 50 % guru adalah bidang perdagangan.Bilangan waktu mengajar seminggu didapati bahawa terdapat 2 orang atau 20 % guru mengajar antara 15 20 minit waktu mengajar, 2 orang atau 20 % guru mengajar antara 21 25 minit dan 2 orang atau 60 % guru yang mengajar antara 26 30 waktu seminggu.Bidang kemahiran pula terdapat 2 orang atau 20 % guru yang mempunyai kemahiran asas masakan, 3 orang atau 30 % guru yang mempunyai kemahiran asas jahitan, 2 orang atau 20 % guru yang mempunyai kemahiran asas kraf dan 3 orang atau 30 % guru yang mempunyai kemahiran asas masakan.Dari segi kursus kemahiran yang dihadiri pula menunjukkan bilangan yang sama iaitu 5 orang atau 50 % guru yang pernah menghadiri kursus kemahiran, sementara 5 orang atau 50 % guru yang tidak pernah menghadiri kursus kemahiran.

4.4 ANALISA DAPATAN TEMU BUAL DENGAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

4.4.1 Latihan Dan Kemahiran Guru

Dalam item-item berkaitan dengan latihan dan kemahiran guru guru penyelaras pendidikan khas menjadikan matlamat Falsafah pendidikan Khas sebagai teras pengajaran. Sementara itu tujuan kurikulum program transisi dalam pendidikan khas adalah untuk diaplikasikan kepada pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran agar dapat membina kemahiran bekerja untuk mereka menjalani kehidupan setelah tamat persekolahan. Ianya dibantu dengan kursus orientasi pendidikan khas yang diikuti bagi mengatasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.Guru penyelaras tidak menghadapi sebarang masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus orentasi yang diikuti olehnya juga memberikan kesan positif iaitu menambahkan keyakinan dalam mengimpmentasikan kurikulum transisi pendidikan khas sekolah ke kerjaya dalam kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Beliau juga mencadangkan agar kursus oreantasi diadakan dari semasa ke semasa bertujuan memberikan kemantapan kemahiran kepada guru-guru pendidikan khas.4.4.2 Sikap Dan Minat Pelajar

Program transisi sekolah ke kerjaya yang dijalankan di sekolah intergrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah di daerah Muar adalah dalam pengetahuan pelajar-pelajarnya di mana mereka mengetahui tujuan pelaksanaannya. Mereka begitu seronok dan gembira dengan latihan yang diberikan oleh guru. Ini menjadikan pelajar-pelajar mudah untuk memahami kemahiran-kemahiran yang diajar.Agihan masa bagi setiap bidang adalah mencukupi dan wajar ditambah jika perlu bergantung kepada keperluan pelajar. Ini adalah kerana peruntukan masa sebanyak 16 waktu seminggu dirasakan agak kekurangan kerana faktor-faktor pelajar yang berbeza dari segi kebolehan dan keupayaannya. Pelajar akan mudah menguasai isi kandungan kemahiran yang dicadangkan jika diajar secara berulangan.

4.4.3 Sukatan Pelajaran Program Transisi Dan Latihan

Program transisi sekolah ke kerjaya yang dilaksanakan di sekolah tersebut telah memberi peluang untuk pelajar pendidikan khas bekerja di sektor swasta seperti di stesen minyak Petronas, kilang perabut, pengawal keselamatan, pembantu jualan kedai telekomunikasi, pembantu jualan kedai aiskrim, chalet dan katering majlis perkahwinan serta pembantu jualan kedai. Maka setiap pelajar diberi peluang untuk memilih jenis kemahiran yang sesuai berdasarkan keupayaan mereka semasa di kelas pendidikan khas. Kejayaan telah dicapai iaitu seramai 6 orang pelajar yang telah tamat persekolahan mendapat peluang bekerja di sektor swasta berdasarkan keupayaan mereka dan hasil perundingan dengan pihak sekolah.Dalam situasi pekerjaan pula pelajar pendidikan khas mempunyai konsep diri yang sederhana dan sebagai penyelaras program beliau kerap bertemu mereka pelajar untuk memberikan nasihat serta perangsang. Program yang ada di sekolah belum cukup untuk menyediakan diri di luar iaitu di dunia kerja sebenar kerana ianya memerlukan latihan kerja yang sebenar iaitu lanjutan kemahiran yang ada di sekolah.

4.4.4 Kemudahan Alat Dan Bengkel

Sebagai penyelaras beliau tidak menghadapi masalah dari pihak sekolah dalam menggunakan segala kemudahan bengkel di sekolah. Dari segi kemudahan alatan dan bengkel ianya mencukupi untuk semua komponen seperti peralatan tangan. Dalam bidang kemahiran perkebunan pihak sekolah memperuntukan kawasan. Juga tidak menghadapi masalah dalam menempatkan dan menyimpan alatan kerana stor mencukupi.Dalam menyediakan alatan dan bahan sebelum pengajaran masa yang ada adalah mencukupi. Begitu juga dengan masa menyelenggara alatan selepas pengajaran. Kerja-kerja penyelenggaraan stok alatan juga dilakukan oleh guru-guru pendidikan khas yang lain. Ini adalah kerana beliau mempunyai cukup pengetahuan dalam pengurusan bengkel.

4.4.5 Bimbingan Dan Motivasi

Dari segi bimbingan dan motivasi pelajar pula jika mereka tidak mendapat bimbingan, pelajar saya akan hilang arah untuk mencapai matlamat transisi. Keperluan bimbingan ini begitu mendesak jika tidak dilaksanakan dan jika tidak bermula sekarang. Keseluruhannya guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran memberikan kerjasama dalam menjayakan program transisi. Ini juga merupakan motivasi unggul daripada guru-guru.Ianya adalah berdasarkan kepada falsafah pendididkan khas yang mementingkan kemahiran berdikari mengikut keupayaannya.Pemantauan di tempat kerja pelajar dilakukan sekali setiap minggu bagi memberikan lebih keyakinan diri pelajar. Mereka yakin diri dan rasa tak sabar untuk latihan kerja dan cuba membuktikan bahawa mereka boleh bekerja. Mereka juga yakin lebih-lebih jika guru yang memberikan sokongan. Sesekali mereka perlukan guru untuk membimbing. Mereka cuba menyelesaikan kerja seperti yang ditetapkan, tapi perlu juga tunjuk ajar daripada rakan. Ini menunjukkan bahawa mereka sentiasa bertanggungjawab dan amanah tetapi perlu dibimbing untuk mencapai tahap yang terbaik dalam kerja.

4.4.6 Sikap Dan Sokongan Ibu Bapa

Dalam mengikuti pembelajaran dalam program transisi ibu bapa di mana anak mereka yang terlibat menunjukkan sikap positif dan sokongan mereka adalah menggalakkan dan mereka mempercayai keupayaan anak-anak mereka. Ibu bapa juga memahami tujuan program transisi dalam pendidikan khas.Ini memberikan keyakinan kepada mereka untuk tidak bimbang akan keselamatan anak-anak mereka sewaktu mengikuti pembelajaran dalam program transisi yang dilaksanakan. Di samping itu ibu bapa sentiasa bersedia membantu guru dalam menjayakan program transisi.Ibu bapa juga dapat mengetahui minat dan cita-cita anak berkeperluan khas mereka. Mereka juga setuju jika anak mereka dihantar untuk menjalani latihan pekerjaan di institusi pekerjaan yang sesuai. Ini adalah kerana mereka mempunyai harapan yang tidak kurang tinggi agar anak khas mereka memperolehi pekerjaan selepas menjalani program transisi. Namun begitu ada juga ibu bapa yang tidak menaruh harapan tinggi untuk anak mereka memperolehi pekerjaan selepas menjalani program transisi dan sekadar hanya mahukan anak mereka memperolehi kemahiran sosialisasi sahaja.

4.4.7 Sikap Dan Sokongan Sekolah

Sikap dan sokongan pihak sekolah juga adalah sangat baik di mana pengetua menyokong segala aktiviti yang dirancang dan yang dijalankan. Pengetua sekolah juga memahami tujuan pelaksanaan kurikulum transisi dalam pendidikan khas dan bersedia untuk menyediakan segala kemudahan yang diperlukan agar program berjalan lancar. Di samping itu juga pengetua sentiasa sentiasa memberi sokongan dengan membuat pemantauan pelaksanaan program transisi sekolah ke kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

4.4.8 Sikap Dan Sokongan Majikan

Dari segi sikap dan sokongan majikan pula mereka mendapat layanan yang baik. Ada yang telah mendapat kerja setelah tamat program transisi di sekolah. Layanan yang diberikan sangat baik dan sama seperti pekarja-pekerja lain. Mereka mendapat elaun. Latihan kerja tersebut memberikan ruang kepada mereka untuk menepati jadual hidup yang betul. Pada mulanya mereka agak berasa kekok untuk menerimanya, juga pelajar tersebut juga kekok untuk menerima mereka.Namun sekarang mereka bersedia menerima dan saling membantu dalam kerja. Pada mulanya agak sukar namun sekarang sudahpun mula berasa sesuai dan terasa seperti orang lain juga. Mereka yakin dengan sokongan rakan-rakan sekerja. Layanan mereka sama sahaja seperti orang lain. Arahan yang diberi boleh diterima dan dapat memahami kehendak majikan

4.5 ANALISA DAPATAN TEMUBUAL DENGAN IBU BAPA PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN

4.5.1 Latihan Dan Kemahiran Guru

Hasil dapatan temubual dengan ibu bapa pelajar pendidikah khas bemasalah pembelajaran mengenai latihan dan kemahiran guru yang mengendalikan program transisi sekolah ke kejaya mendapati bahawa guru-guru pada asasnya memperlihatkan kemahiran seiring dengan program. Mereka mampu menunjuk ajar serta membimbing dalam menguasai kemahiran yang seharusnya dikuasai oleh pelajar mereka. Ini menunjukkan guru-guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah tersebut sememangnya telah mendapat latihan yang sewajarnya sebelum mengendalikan program sepenuhnya. Keyakinan guru dalam memberikan latihan dan membimbing pelajar akan menjadikan pelajar lebih yakin dengan latihan dan kemahiran yang diterima.

4.5.2 Sikap Dan Minat Pelajar

Berdasarkan dapatan temubual dengan dua orang ibu dan bapa pelajar bermasalah pembelajaran yang mengikuti program transisi sekolah ke kerjaya di sebuah sekolah di daerah Muar didapati bahawa minat anak mereka dikenalpasti dengan cara selalu berbincang dengan guru dan mengikuti perkembangannya. Setelah melihat program transisi ini dijalankan di sekolah maka maklumbalas daripada pihak ibu bapa adalah positif iaitu anak mereka telah menunjukkan sikap yang lebih positif apabila berada di rumah.Sebagai contoh anak mereka cuba menunjukkan bahawa mereka mampu berdikari dengan melakukan kerja-kerja di rumah dengan cuba membantu ibu bapa tanpa disuruh. Wujud pula sikap ingin tahu yang ditunjukkan oleh anak-anak istimewa mereka kepada keluarga dan sentiasa menyatakan hasrat ingin bekerja dan membina kerjaya seperti orang lain. Ini menunjukkan bahawa program transisi yang dilaksanakan di sekolah membuka peluang kepada mereka untuk mencungkil minat dan sikap sebenar dalam diri.

4.5.3 Sukatan Pelajaran Program Transisi Dan Latihan

Latihan kemahiran yang diikuti oleh pelajar-pelajar pendidikan khas adalah dalam pengetahuan ibu bapa mereka. Mereka menyedari tentang kekuatan, kebolehan dan bakat anak mereka dengan melihat sendiri semua program yang dijalankan di sekolah dan berbincang mengenainya bersama guru. Namun begitu pada awalnya mereka menyatakan rasa risau akan masa depan anak mereka jika tidak mendapat latihan yang secukupnya untuk hidup berdikari.Maka dengan adanya program transisi sekolah ke kerjaya di sekolah dengan perancangan kemahiran yang mantap akan membantu memastikan anak-anak mereka mampu memperolehi kemahiran asas berdikari yang kukuh. Sukatan pelajaran yang menekankan kepada aspek latihan dan kemahiran vokasional memberikan peluang kepada anak mereka mengenengahkan bakat sebenar. Sukatan pelajaran program transisi adalah sumber atau medium dalam menonjolkan kekuatan sebenar kopetensi pelajar pendidikan khas.

4.5.4 Bimbingan Dan Motivasi

Perkara utama dalam memastikan pelajar pendidikan khas terus berasa yakin dan selamat adalam sentiasa mendapat bimbingan dan motivasi daripada guru-guru. Program transisi yang dijalankan di sekolah membantu anak-anak mereka dari segi sosial dan membantu membina kemahiran berdikari yang nyata. Bagi mencapai kemahiran yang maksima ibu bapa berpendapat bahawa perlu diberi latihan yang berulang-ulang pada kemahiran yang sama, kemahiran sosial serta komunikasi, kemahiran asas berdikari di sekolah dan di tempat latihan kerja supaya mereka memperolehi kemahiran bersesuaian dengan minat dan kebolehannya. Peranan guru dalam membimbing pelajar adalah faktor utama untuk mencapai kejayaan dalam setiap program transisi yang dilaksanakan di samping sokongan daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

4.5.5 Sikap Dan Sokongan Ibu Bapa

Salah satu faktor yang menentukan kejayaan anak-anak pendidikan khas dalam program transisi ini adalah ibu bapa. Ibu bapa adalah orang paling rapat dengan pelajar. Ibu bapa juga adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan corak kehidupan anak khas. Maka ibu bapa jugalah sebagai penjana bakat awal anak-anak khas ini. Maka ibu bapa yang sentiasa ingin tahu perkembangan dari segi emosi anak-anak akan memberi sumber innspirasi anak untuk mengharungi kehidupan masa akan datang.Ibu bapa mengharapkan agar anak mereka kelak akan diterima bekerja dengan kemahiran yang telah diajar di sekolah dan latihan kerja yang dijalankan. Ibu bapa juga mengharapkan agar program transisi sekolah ke kerjaya berjalan lancar untuk mencapai matlamatnya. Ibu bapa juga berharap agar program transisi ini dijalankan terus dari peringkat awal anak mereka berada di sekolah menengah dan diperkenalkan secara berperingkat di sekolah rendah. Reaksi positif sentiasa diterima daripada pihak ibu bapa dalam merealisasikan impian mereka dan hasrat anak-anak istimewa mereka.

4.5.6 Sikap Dan Sokongan Sekolah

Jika dilihat dari sudut pandangan pihak sekolah maka ibu bapa sememangnya sentiasa mendapat sokongan yang sangat baik. Ibu bapa sentiasa mendapat maklumat dan maklumbalas dari pihak sekolah mengenai anak mereka. Sikap dan sokongan pihak sekolah memberikan keyakinan yang tinggi kepada diri anak-anak pendidikan khas untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap program transisi yang dirancangkan. Ini memberikan peluang anak-anak pendidikan khas mengikuti program dengan rasa selesa.

4.5.7 Sikap Dan Sokongan Majikan

Dari segi sikap dan sokongan majikan pelajar pendidikan khas yang terlibat dengan program transisi ini adalah positif. Latihan kerja yang dialami oleh anak pendidikan khas ini mereka berpendapat bahawa ianya memberikan keyakinan yang tinggi kepadanya dan menjadikan anak mereka lebih berkebolehan berinteraksi dengan baik dalam masyarakat serta memberikan ruang kepada anak saya untuk menetapi jadual hidup dengan betul.Dari segi penglibatan agensi lain dalam program transisi yang dijalankan ibu bapa berpendapat bahawa pihak sektor swasta dan juga kerajaan perlu berperanan lebih aktif dalam memberi latihan dan peluang kerja kepada anak-anak berkeperluan khas ini. Sokongan utama dalam memastikan program transisi ini mencapai matlamatnya adalah ibu bapa. Ibu bapa juga berpendapat bahawa bagi meningkatkan kualiti program ransisi sekolah ke kerjaya ini adalah pemantapan kemahiran serta pengurusan kerja yang berkaitan secara langsung dengan latihan bagi melatih pelajar berkeperluan khas.

4.6 ANALISA DAPATAN TEMUBUAL DENGAN KUMPULAN PERTAMA GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

4.6.1 Latihan Dan Kemahiran Guru

Teras pengajaran guru dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah berpandukan kepada matlamat falsafah pendidikan khas dan falsafah pendidikan negara. Berdasarkan dapatan tujuan program transisi dalam pendidikan khas adalah merangkumi kepada memberikan pendedahan dan kemahiran asas berdikari agar dapat diaplikasikan selepas tamat persekolahan. Dari segi kursus pula kursus oreantasi dan pengurusan pendidikan khas yang diikuti oleh guru pendidikan khas membantu menangani pelbagai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada keseluruhannya dapatan temubual menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan khas tidak menghadapi banyak masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.Kursus yang dihadiri juga memberikan keyakinan dalam mengimplimentasikan kurikulum transisi di sekolah. Kursus oreantasi ini juga memberikan pendedahan awal kepada guru dalam melaksanakan program yang dirancang. Dalam meningkatkan lagi kemahiran guru adalah dicadangkan agar kursus berkaitan diadakan dari semasa ke semasa dan pihak majikan swasta yang dirasakan bersesuaian dipelawa menyertai dalam perancangan program tersebut. Berkaitan dengan kurikulum pula, pengubahsuaian adalah digalakkan dalam melaksanakan program yang bersifat global bersesuaian dengan keperluan pelajar pada masa kini

4.6.2 Sikap Dan Minat Pelajar

Dalam melihat keberkesanan program transisi yang dilaksanakan di sekolah dapatan temubual menunjukkan bahawa pelajar pendidikan khas mampu menunjukkan minat dan kecenderungan yang tinggi semasa program dilaksanakan. Mereka menunjukkan rasa seronok dan yakin dalam menjalani latihan mengikut program di sekolah. Ini adalah kerana dengan setiap program yang diikuti adalah dengan mengambilkira sikap dan minat mereka.Hasilnya adalah dapat ditunjukkan oleh pelajar yang telah menjalani proses latihan di luar sekolah memberikan respon positif dengan kerja mereka serta tidak menimbulkan masalah dengan majikan. Apa yang lebih mengembirakan lagi adalah pihak ibu bapa yang menyatakan rasa gembira dengan komitmen anak mereka semasa latihan kerja. Mereka juga berpuas hati dengan latihan asas yang diterima oleh anak mereka di sekolah dan diberi peluang mengimplimentasikan di tempat kerja sebenar.

4.6.3 Sukatan Pelajaran Program Transisi Dan Latihan

Kebanyakan pelajar pendidikan khas lebih cenderung kepada latihan kemahiran yang boleh dicapai dan bersesuaian dengan tahap kebolehannya dan berasa selesa untuk menunjukkan potensi sebenar mereka. Jika tiada sebarang latihan asas berdikari sangat sukar bagi pelajar berkeperluan khas ini mengharungi masa depan. Bimbingan sangat diperlukan oleh mereka untuk mencapai matlamat hidup berdikari dalam program transisi ini. Pengisian program transisi sekolah kerjaya ini perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut kategori kecacatan supaya ianya tidak menjadi keperluan yang mendesak pada masa akan datang.Dari segi perancangan perkara utama yang perlu diambil kira adalah persediaan keperluan dari segi emosi dan mental selain kesediaan fizikal. Kebaikan yang dapat dilihat adalah ianya mencungkil bakat sebenar pelajar dalam pengurusan diri dan kemahiran kerjaya. Dalam pemerolehan kerja pula berdasarkan latihan yang diterima di sekolah, program transisi ini membuka ruang dan peluang kepada pelajar menerima latihan kerja daripada majikan swasta. Peranan utama yang dimainkan dalam merialisasikan pelaksanaannya adalah guru-guru pendidikan khas di sekolah.Keseragaman kurikulum dalam program transisi sekolah ke kerjaya perlu dilaksanakan seluruh negara agar matlamat utama akan dapat dicapai dan selari dengan falsafah pendidikan khas itu sendiri. Program transisi ini sebaiknya perlu diajar pada peringkat awal di sekolah menengah atau setelah pelajar iaitu antara umur 15 hingga 19 tahun. Ianya perlu menepati kehendak pelajar itu sendiri iaitu berdasarkan minat serta kebolehan dan menerapkan pembentukan sahsiah. Dari segi peruntukan masa program transisi yang dijalankan peruntukan masa 16 waktu dalam seminggu sesuai untuk program transisi. Namun begitu untuk lebih mantap program yang dilaksanakan.dirasakan perlu ditambah lagi peruntukan yang sedia ada menjadi 20 waktu. Kurikulum transisi yang sedia ada perlu diubahsuai mengikut keupayaan sebenar pelajar. Mungkin pada dasarnya ianya sesuai untuk sebilangan pelajar, dan sebahagiannya tidak sesuai, maka dengan alasan inilah ia perlu diubahsuai.Kurikulum transisi yang diajar di sekolah dapat memenuhi keperluan berdikari serta keperluan emosi pelajar bermasalah pembelajaran apabila tamat persekolahan nanti dalam menempuh alam pekerjaan. Dalam pada itu keperluan asas yang perlu dikuasai oleh guru dalam melaksanankan program adalah kemahiran asas vokasional. Bagaimanapun kurikulum transisi harus disediakan secara kerjasama antara pendidikan khas dan pendidikan vokasional dan diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar pendidikan khas. Perancangan dan pelaksanaan program transisi ini perlu diteruskan dengan lebih spesifik agar setiap kemahiran adalah menepati sasaran kerja pada masa depan.Di samping itu pelajar-pelajar mampu menyiapkan diri dari segi emosi dalam menghadapi cabaran hidup berdikari pada masa akan datang. Perancangan yang lebih efektif akan membantu pelaksanaan program transisi sekolah ke kerjaya mencapai matlamat yang disasarkan. Adalah dicadangkan agar usaha ini dapat dimantapkan dengan memastikan penglibatan semua pihak yang berkaitan secara maksima supaya hasilnya juga maksima.

4.6.4 Bimbingan Dan Motivasi

Dari segi keperluan pelajar mereka memerlukan bimbingan dalam mengurus kehidupan, kemahiran asas berdikari dan perancangan pembelajaran yang lebih kepada praktikal sebagai persediaan untuk menghadapi dunia pekerjaan. Ini dapat dilaksanakan dengan pendidikan yang berbentuk vokasional. Secara keseluruhannya kurikulum transisi yang dilaksanakan kepada pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di peringkat sekolah adalah satu usaha yang baik. Ianya boleh memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang pelbagai kategori mencungkil kebolehan dan potensi sebenar mereka. Ianya dapat memberi kesan psikologi yang mendalam kepada pelajar khas dalam mendapatkan kemahiran asas pekerjaan.Pembelajaran transisi sekolah ke kerjaya di peringkat sekolah seharusnya bermula dari peringkat awal ketika pelajar memasuki sekolah menengah lagi. Pada peringkat awal pelaksanaan program ini pasti akan mendapatkan kesan positif apabila akhir persekolahan peringkat menengah. Ianya adalah langkah yang sangat baik dilaksanakan. Hasil yang diharapkan adalah pelajar telah memperolehi pekerjaan setelah tamat persekolahan. Ini adalah kerana komponen kemahiran yang dilatih di peringkat sekolah adalah bersesuai dengan keupayaan pelajar pelbagai kecacatan.

4.6.5 Sikap Dan Sokongan Ibu Bapa

Pemantauan dilakukan setiap minggu oleh guru penyelaras dengan mengunakan senarai semak iaitu borang khas untuk memastikan tahap pencapaiannya dalam menguasai sesuatu bidang kemahiran sebagai alternatif melihat pencapaian. Penentuan kemahiran yang dinilai adalah atas cadangan oleh guru, pendapat pelajar sendiri dan dengan persetujuan ibu bapa serta majikan. Selain itu kerjasama dari pelbagai agensi penting dalam menjayakan program transisi seperti ibubapa, badan kerajaan dan swasta. Penglibatan utama dalam program ini adalah ibu bapa.Guru adalah sebagai pencetus minat pelajar dan melihat kreateria utama dalam diri pelajar iaitu dari segi kekuatan, kebolehan dan minat yang ditunjukkan. Maka hasilnya hingga kini 6 orang pelajar yang mengikuti program transisi di sekolah berjaya mendapat kerja walaupun bidang yang tidak sama semasa program transisi di sekolah. Dari segi kekekalan bekerja 4 orang pelajar kekal dengan kerja asal yang ditawarkan dan 2 orang pelajar lagi bertukar kerja, namun mereka tetap diterima bekerja.

4.6.6 Sikap Dan Sokongan Sekolah

Di kalangan guru pendidikan khas perkara utama yang mereka fikirkan adalah memikirkan masa depan pelajar apabila telah tamat persekolahan dan jalan keluar permasalahan tersebut. Dalam soal kerjasama guru pula semua guru pendidikan khas mengambil peranan menjayakan program transisi secara aktif terutama penyelaras kerana tugasnya yang memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Pemahaman guru pendidikan khas dalam pelaksanaan program transisi ini adalah menjurus pelaksanaan kepada peringkat perancangan bagi memenuhi keperluan setiap pelajar pendidikan khas berdasarkan kebolehuapayaanya.Bermula di sinilah pemahaman guru dalam konsep sebanar transisi sekolah ke kerjaya melaksanakan program berlandaskan falsafah pendidikan khas yang mementingkan kemahiran berdikari mengikut keupayaannya agar mencapai matlamatnya. Maka dari segi kekangannya mampu diatasi terutama di sekolah dengan cara memahamkan konsep sebenar kurikulum transisi serta draf konsep transisi diperjelaskan kepada pihak pentadbiran.Dalam merealisasikan program transisi ini kerja guru pendidikan khas adalah tidak terhad pada waktu persekolahan sahaja malah ianya adalah berlanjutan di luar waktu sekolah.

4.6.7 Sikap Dan Sokongan Majikan

Bagi pihak majikan pula layanan yang diberi kepada pelajar pendidikan khas adalah sangat baik iaitu sama seperti pekerja-pekerja yang lain tanpa ada sikap diskriminasi. Maka pelajar pendidikan khas yang bekerja berasa gembira dan begitu seronok kerana dapat bekerja seperti orang lain. Pelajar berkeperluan khas yang terlibat dalam program transisi boleh menyesuaikan diri dengan orang lain di tempat kerja dengan cara mendampingi rakan sekerja sambil berbual-bual semasa waktu rehat. Juga tiada aduan yang nagatif terhadap mereka oleh penyelia.Di samping itu mereka juga mempamerkan sikap rajin dalam menjalankan tugas dan tiada laporan ponteng kerja oleh penyelia. Mereka juga diberikan imbuhan berupa elaun kerja sebanyak RM 250 hingga RM 300 sebulan. Mereka akan cuti sehari pada hari Khamis untuk hadir ke sekolah bagi tujuan mendapatkan maklumbalas serta motivasi dan nasihat daripad guru. Dalam waktu bekerja pelajar-pelajar ini juga mendapat perlindungan insurans khas dari Takaful Malaysia. Di tempat kerja mereka diagihkan kepada tugas yang selari dengan minat dan kebolehan mereka.

4.7 ANALISA DAPATAN TEMUBUAL DENGAN KUMPULAN KEDUA GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

4.7.1 Latihan Dan Kemahiran Guru

Bagi kumpulan kedua tidak jauh bezanya pendapat mengenai teras pengajaran guru dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran iaitu berpandukan kepada matlamat falsafah pendidikan khas dan falsafah pendidikan negara. Berdasarkan dapatan tujuan program transisi dalam pendidikan khas adalah untuk diaplikasikan kepada pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran agar dapat membina kemahiran bekerja untuk mereka menjalani kehidupan setelah tamat persekolahan. Dari segi kursus pula kursus oreantasi dan pengurusan pendidikan khas yang diikuti oleh guru pendidikan khas membantu mengatasi pelbagai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada keseluruhannya dapatan temubual bagi kumpulan kedua menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan khas kurang menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.Keyakinan dalam mengimplimentasikan kurikulum transisi di sekolah adalah kerana adanya kursus oreantasi yang diikuti berkaitan dengan program transisi sekolah ke kerjaya. Ianya juga memberikan pendedahan awal kepada guru untuk melaksanakan program yang dirancang. Temubual kumpulan kedua juga memberikan pandangan yang sama bagi meningkatkan lagi kemahiran guru iaitu agar kursus berkaitan diadakan dari semasa ke semasa melibatkan pihak majikan swasta bersama menyertai dalam perancangan program tersebut. Pengubahsuaian kurikulum adalah diperlukan dalam melaksanakan program yang bersesuaian dengan keperluan pelajar mengikut kebolehan dan keupayaannya.

4.7.2 Sikap Dan Minat Pelajar

Dalam melihat keberkesanan program transisi yang dilaksanakan di sekolah dapatan temubual dengan kumpulan guru kedua juga menunjukkan bahawa pelajar pendidikan khas menunjukkan minat serta kecenderungan yang tinggi semasa berjalannya program transisi. Mereka menunjukkan minat dan yakin dalam menjalani latihan. Dengan mengambilkira minat serta kebolehan pelajar, sikap mereka terhadap program transisi sangat memberangsangkan.Dapatan hasil temubual menunjukkan bahawa pelajar pendidikan khas yang telah menjalani proses latihan di luar sekolah memberikan respon positif dengan kerja mereka serta tidak menimbulkan sebarang masalah dengan majikan. Pihak ibu bapa juga yang menyatakan rasa bangga dengan komitmen anak mereka dalam menjalani latihan kerja. Mereka juga berpuas hati dengan latihan asas yang diterima oleh anak mereka di sekolah dan jika diberi peluang mengimplimentasikan di tempat kerja sebenar mereka yakin anak khas mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik

4.7.3 Sukatan Pelajaran Program Transisi Dan Latihan

Guru kumpulan kedua juga berpendapat bahawa pelajar pendidikan khas lebih cenderung kepada latihan kemahiran yang bersesuaian dengan tahap kebolehannya sebenar mereka. Mereka juga memberikan pendapat yang sama bahawa jika tiada sebarang latihan asas berdikari sukar bagi pelajar berkeperluan khas ini menghadapi masa depan dalam terutama dalam kerjaya. Oleh yang demikian mereka sangat memerlukan bimbingan bagi mencapai matlamat hidup berdikari melalui program transisi. Mereka juga berpendapat program transisi sekolah kerjaya ini perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut kategori keupayaan pelajar agar ianya tidak menjadi keperluan yang mendesak pada masa akan datang.Selain kesediaan fizikal perkara utama yang perlu diambil kira dalam perancangan adalah persediaan keperluan dari segi mental dan emosi. Kesan yang dapat dilihat adalah ianya mampu untuk mencungkil potensi sebenar pelajar dalam pengurusan diri dan kemahiran kerjaya. Dalam pemerolehan kerja pula berdasarkan latihan yang diterima di sekolah, guru juga memberikan pendapat bahawa program transisi ini membuka peluang kepada pelajar menerima latihan kerja daripada majikan swasta. Guru-guru pendidikan khas di sekolah berperanan dalam merealisasikan pelaksanaan program supaya berjalan lancar dan berkesan mengikut perancangan.Hasil temubual juga mendapati bahawa guru berpendapat agar program transisi sekolah ke kerjaya pendidikan khas bermasalah pembelajaran perlu dilaksanakan secara menyeluruh serta seragam agar matlamat utama akan dapat dicapai selari dengan falsafah pendidikan khas. Program transisi ini juga dicadangkan supaya diajar pada peringkat awal sekolah menengah. Ianya selaras kehendak pelajar itu sendiri yang berdasarkan minat serta kebolehan dan membantu dalam pembentukan sahsiah. Dari segi peruntukan masa program transisi yang dijalankan guru-guru juga berpendapat peruntukan 16 waktu dalam seminggu sudah mencukupi. Bagi memantapkan lagi program yang dilaksanakan kurikulum transisi yang sedia ada perlu diubahsuai mengikut keupayaan sebenar pelajar kerana kepelbagaian pelajar wujud dalam kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran.Hasil dapatan temubual juga menunjukkan guru-guru berpendapat bahawa kurikulum transisi yang diajar di sekolah dapat memenuhi keperluan berdikari serta keperluan emosi pelajar bermasalah pembelajaran apabila tamat persekolahan dalam menempuh alam pekerjaan. Keperluan asas vokasional yang dikuasai oleh guru memberi kesan kepada berjayanya pelajar dalam menguasai kemahiran tertentu dalam program transisi. Guru-guru juga berpendapat agar kurikulum transisi perlu disediakan secara kerjasama antara pendidikan khas dengan pendidikan vokasional dan diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar pendidikan khas. Perancangan dalam program transisi ini perlu diteruskan dengan lebih teliti agar setiap kemahiran menepati sasaran kerja pada masa akan datang dan mengikut keperluan semasa.Pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk menyiapkan diri dari segi emosi dalam menghadapi cabaran hidup berdikari pada masa depan. Bagi mencapai matlamat yang disasarkan perancangan yang lebih efektif akan membantu berjayanya program transisi sekolah ke kerjaya yang dilaksanakan di sekolah integrasi pendidikan khas sekolah menengah. Bagi mencapai semua yang diharapkan secara maksima dapatan temubual dengan guru-guru adalah mencadangkan supaya usaha ini dimantapkan dengan memastikan penglibatan semua pihak yang berkaitan secara optimum.

4.7.4 Bimbingan Dan Motivasi

Hasil temubual dengan kumpulan kedua guru-guru pend