26
ABSTRAK Kajian kes ini bertujuan untuk menjawab tiga persoalan kajian iaitu a) profil murid, kategori dan cirri-ciri tidak keupayaan murid btahap pencapaian semasa dan c) bagaimana masalah ketidak upayaan menghalang kemajuannya dalam pembelajaran, d) kaedah intervensi yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan salah satu halangan yang dihadapi oleh pelajar. Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu dari Program Pendidikan Khas Integrasi telah dipilih sebagai sumber utama kajian . Kaedah pemerhatian dan temubual dengan instrument senarai semak dan soalan terbuka digunakan. Dapatan kajian menunjukkan keenam-enam telah dapat dikuasai oleh subjek tetapi belum menguasai beberapa sub kemahiran. Dapatan temubual menunjukkan faktor guru, persekitaran, rakan sebaya, dan kaedah mengajar membolehkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas sosial. Sebaliknya faktor kekurangan pendedahan mengenai autisme dan kaedah mengajar yang khusus, pertukaran guru dan kekurangan PENGENALAN

Kajian Kes Jebat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

panduan

Citation preview

ABSTRAK Kajian kes ini bertujuan untuk menjawab tiga persoalan kajian iaitu a) profil murid, kategori dan cirri-ciri tidak keupayaan murid btahap pencapaian semasa dan c) bagaimana masalah ketidak upayaan menghalang kemajuannya dalam pembelajaran, d) kaedah intervensi yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan salah satu halangan yang dihadapi oleh pelajar. Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu dari Program Pendidikan Khas Integrasi telah dipilih sebagai sumber utama kajian . Kaedah pemerhatian dan temubual dengan instrument senarai semak dan soalan terbuka digunakan. Dapatan kajian menunjukkan keenam-enam telah dapat dikuasai oleh subjek tetapi belum menguasai beberapa sub kemahiran. Dapatan temubual menunjukkan faktor guru, persekitaran, rakan sebaya, dan kaedah mengajar membolehkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas sosial. Sebaliknya faktor kekurangan pendedahan mengenai autisme dan kaedah mengajar yang khusus, pertukaran guru dan kekuranganPENGENALANAutisme merujuk kepada gangguan perkembangan pervasif (pervasif developmental disorder). Menurut American Psychiatric Association (1994), gangguan ini berkisar pada tiga perkara utama iaitu gangguan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku berulangan yang streotaip dan terhad. Menurut Trevarthen et al. (1998) hampir kesemua kes autisme menghadapi gangguan interaksi sosial, masalah kemahiran berkomunikasi dan aspek imaginasi. Namun begitu, tahap gangguan ini tidak sama di antara satu individu autisme berbanding yang lain (Wing 1976). Kanak-kanak autisme kategori teruk menghadapi masalah yang serius berbanding dengan kanak-kanak autisme kategori ringan dan berfungsi tinggi (Jordan 1997).

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan: a) untuk mengenal pasti pencapaian semasa yang diperolehi oleh kanak-kanak autism dari aspek, kognitif, social, emosi dan tingkah laku, psikomotor, bahasa dan komunikasi serta pengurusan diri, b) mengenal pasti masalah ketidakupayaan yang mengganggu murid dalam kemajuan pelajaran, c) kaedah intervensi yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan salah satu halangan utama dalam kemajuan pelajaran.SOALAN KAJIAN Kajian ini berfokus kepada tiga soalan kajian yang berikut: a. Apakah pencapaian-pencapaian semasa yang telah dikuasai oleh kanak-kanak autisme. b. Apakah halangan utama dalam pembelajaran yang di hadapi oleh kanak-kanak autisme. c. Apakah kaedah intervensi yang boleh digunakan untuk mengurangkan halangan utama yang dihadapi oleh pelajar

TINJAUAN LITERATUR

Kajian-kajian memberikan panduan kepada golongan professional untuk mencuba Pelbagai teknik dalam mengubah tingkahlaku kanak-kanak autisme (McClannahan & Krantz 1999). Kajian-kajian membuktikan bahawa tingkahlaku kearah meningkatkan interaksi kanak-kanak autisme dapat dijalankan. Namun begitu tahap pencapaian diperolehi mungkin berbeza mengikut tahap dan kategori kanak-kanak autisme yang diajar (Wing 1976; Barbara 1989). Peningkatan dalam tingkahlaku dalam kajian-kajian menyokong kenyataan Sharyn (1997) yang mengatakan bahawa program therapi dapat meningkatkan dan menggantikan tingkahlaku yang tidak sesuai dengan tingkahlaku sesuai (Thacker 1996).

Kajian Ball (1996) berfokus kepada meningkatkan interaksi sosial dengan menggunakan rakan sebaya. Kajian ini menggunakan lapan orang kanak-kanak autisme pra sekolah. Kanak-kanak ini diajar dalam kelas yang mempunyai lapan lagi pelajar normal yang sebaya. Sistem stesyen digunakan untuk mengajar kemahiran akdemik. Aktiviti kumpulan digunakan untuk mengajar konsep asas dan masa main digunakan untuk mengajar kemahiran sosial. Kumpulan kecil digunakan untuk menggalakkan interaksi kanak-kanak autisme dengan rakan sebaya yang normal. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah skill streaming, rakan sebaya dan bantuan kumpulan.

Dapatan kajian Ball (1996) menunjukkan bahawa tujuh daripada lapan kanak-kanak autisme menunjukkan peningkatan dalam aspek kontek mata, kemahiran bermain secara selari dan simbolik, ikut giliran dan respon-respon secara lisan dan bukan lisan. Ball (1996) mendapati, penggunaan rakan sebaya sebagai model dalam mengajar kemahiran sosial memberikan kesan yang tinggi dalam mengekalkan integrasi kanak-kanak di dalam bilik darjah. Dougen (1994) mengkaji penggunaan teknik pengajaran secara incidental untuk mengajar cara bertanya yang sesuai dengan menggunakan rakan sebaya kurang upaya. Dapatan menunjukkan bahawa pengajaran dengan teknik ini sangat efektif dalam meningkatkan kemahiran bertanya dengan cara yang sesuai. Teknik ini juga menghasilkan peningkatan dalam generalisasi. Penggunaan teknik ini bukan sahaja meningkatkan cara bertanya yang sesuai malah tahap vokalisasi subjek turut meningkat dan dikekalkan tanpa latihan. Peningkatan dalam interaksi juga berlaku disebabkan oleh pengukuhan positif yang diperolehi bagi setiap cubaan yang betul.

SUBJEK KAJIAN

Seorang pelajar lelaki autisme dan tiga orang guru dipilih sebagai sampel kajian secara persampelan bertujuan Subjek kajian dikenal pasti dengan bantuan guru. Subjek dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria. Kriteria utama ialah kehadiran pelajar dan murid autisme hyperaktif.Subjek ialah seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Amirruddin. Subjek ini berumur sebelas tahun. Subjek ini berupaya untuk berkomunikasi dengan rakan dan guru pada tahap sederhana. Tenaga pengajar subjek seramai tiga orang dipilih secara persampelan bertujuan untuk ditemubual. Rekod tentang subjek juga disemak untuk melihat laporan perkembangan subjek. Guru-guru ini juga dipilih kerana mempunyai hubungan yang erat dan mengenali subjek kajian secara mendalam dalam aspek kemahiran asas sosial dan merupakan pelaksana kurikulum pendidikan khas.

INSTRUMENT KAJIANKajian ini menggunakan dua instrumen iaitu senarai semak dan soalan terbuka. Senarai semak digunakan dalam pemerhatian untuk mengumpul data mengenai kemahiran-kemahiran asas sosial yang digunakan oleh kanak-kanak autisme dalam interaksi di kalangan pelajar dan dengan guru di persekitaran sekolah.KATEGORI MURID KHAS Amir ( Nama sebenar dirahsiakan) disahkan oleh pakar perubatan mengalamai masalah pembelajaran atau lebih khusus lagi mempunyai masalah Autisma HyperActive.CIRI-CIRI KETIDAKUPAYAAN Pada dasarnya Amir adalah pelajar normal jika dilihat oleh mereka yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Tetapi setelah melihat sikap dan perlakuan Amir, didapati beliau suka menyendiri pada waktu-waktu tertentu, tidak mahu melakukan arahan yang diberi dan kadang kala bising sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh doctor menunjukkan cirri-ciri Autisma Hyperactive. Pada dasarnya Amir mampu mengurus diri dengan baik. Datang ke sekolah dengan pakaian yang kemas dan sentiasa bersih.PERKEMBANGAN FIZIKAL Perkembangan fizikal Amir adalah seperti kanak-kanak lain yang normal. Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan perkembangannya lambat atau terencat. Dari segi berat badan juga bertambah mengikut kadar yang diharapkan seperti kanak-kanak normal. Hingga kini tumbesaran fizikalnya adalah lebih ketara dengan menunjukkan ketinggian dan perkembangan badan yang besar. Kekuatan tenaga fizikal yang ditunjukkan adalah lebih daripada pelajar-pelajar normal. Faktor-faktor makanan yang diberikan kepada pelajar tersebut menyumbang kepada pertumbuhanan fizikal yang baik. Keistimewaan pelajar ini adalah mempunyai wajah keanak-anakan. Dalam konteks ini teori yang dinyatakan oleh Piaget adalah berasaskan kepada kematangan biologi iaitu perubahan-perubahan biologi adalah telah diprogramkan oleh gen dalam setiap individu. Ianya berlalu secara normal kecuali disebabkan oleh kebuluran atau deprivasi.PERKEMBANGAN KOGNITIF Tingkah laku yang ditunjukkan oleh Amir adalah berasaskan kepada perkembangan dan kebolehan kognitif kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Sering mengganggu kelas dan gemar menunjukkan sesuatu secara spontan dan kadang kala Amir kerap meminta perhatian guru-guru atau orang lain.. Amir kerap menunjuk-nunjuk sambil menyebut objek yang dilihat secara berulang-ulang. Jika diberi respon akan merasa seronok segera berhenti menunjuk dan menyebut. Kelebihan pelajar ini adalah mudah mengingati nama-nama guru terutamanya guru pendidikan khas. Jika dia tidak pasti nama guru tersebut dalam perbualananya dia akan segera bertanya rakan yang ada di sebelahnya.Biarpuan adakala Amir menunjukkan rasa tidak puas hati kerana tidak diberi perhatian, dia akan mencari perhati dari orang lain pula sehingga apa yang menjadi perkara yang menarik pada dirinya akan menjadi bahan perkongsian kepada orang lain. Amir akan cuba untuk memastikan orang lain berkongsi dengan apa yang menjadi keseronokannya Kaedaan ini menurut Piaget menyatakan bahawa dalam pengalaman fizikal pelajar ini aktiviti yang dilakukan ke atas persekitaran adalah untuk membina pengetahuan. Pengalaman yang konkrit adalah penting bagi membentuk skema yang berkesan.PERKEMBANGAN BAHASA Amir mampu bertutur dengan baik dan pertuturannya kadang kala tidak menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah autism. Sebutan sesuatu objek atau sebarang perkataan adalah jelas dan meyakinkan pendengar. Amir sering menyebut nama objek dan meminta perhatian dari rakan-rakan atau orang di sekelilingnya. Perkembangan bahasanya begitu baik. Kekerapan perbualannya dengan rakan-rakan sebaya menyumbang kepada pemerolehan perbendaharaan kata yang baik. Bahasa yang digunakan oleh ibu bapa dan keluarganya di rumah juga memberi kesan yang positif kepada pelajar ini.Selain itu, Amir juga mampu menamakan beberapa situasi dengan istilah yang tepat. Sebagai contoh, apabila dia dimarahi kerana satu-satu kesilapan, Amir akan terus memberikan bantahan dengan merujuk kepada perkataan stress seperti awak sedang stress. Ini bemakna Amir Berjaya menaakul situasi dengan baik dan menamakan dengan istilah yang tepat walaupun sekali sahaja perkataan tersebut diperdengarkan kepadanya. Jika dilihat dari persamaan ini dengan teori-teori pakar, pemikiran kanak-kanak untuk memahami dunia bahasa sangat bergantung kepada aktiviti-aktiviti sensori dan motor seperti melihat, mendengar, menggerak, menyentuh dan merasa. Dalam tahap perkembangan ini Piaget meletakkan tahap tersebut dalam tahap sensori motor di mana pelajar ini belajar mendengar dan melihat kelompok keluarganya berbahasa dan boleh melakukan peniruan untuk diadaptasikan secara langsung.SOSIALHasil pemerhatian selama satu minggu menunjukkan bahawa Amir boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tetapi ada kalanya Amir gemar menyendiri sama ada Amir akan melakukan kerjanya sendiri atau bermain sendiri.Dalam hubungan dengan guru-guru pendidikan khas menunjukkan Amir mengenali setiap orang guru dan orang-orang rapat dengannya. Amir mampu mengingati nama guru atau sesiapa yang datang ke kelasnya dalam masa masa yang singkat. Malah setiap kali bertemu dengan orang yang biasa dikenali dan ditemuinya, Amir akan menghulurkan tangan untuk bersalaman atau bertanya khabar.Tetapi terdapat juga masa-masa Amir tidak memperdulikan sesiapa terutama jika Amir sedang seronok melakukan sesuatu yang diminati. Setelah keseronokannya tamat, Amir akan kembali mencari perhatian dari sesiapa sahaja. Amir akan bercakap tentang pelbagai perkara yang dilihat.Berdasarkan Lampiran 1, laporan yang diberikan menyatakan bahawa Amir mampu membezakan pelbagai jenis perasaan seperti sedih, gembira marah atau sebagainya secara spontan. Setiap kali dia merasai pengalaman tersebut, Amir merekodkan sebagai pengalaman dalam dirinya dan digunakan kembali untuk menyatakan dalam bentuk komunikasi atau pernyataan yang tepat tentang sesuatu situasi .Jika melihat pada teori Piaget yang menyatakan perkembangan pelajar ini adalah menjurus kepada pengalaman sosial. Ianya memberi peluang tambahan kepada kanak-kanak untuk membina pengetahuan. Di samping itu juga menguji pengetahuan (skema) dengan pengetahuan orang lain contohnya permainan kumpulan, pembelajaran kooperatif dan aktivit kokurikulum.EMOSI DAN TINGKAH LAKU Berdasarkan temubual dengan guru Pendidikan Khas, Amir sentiasa menunjukkan perrkembangan emosi yang baik dan stabil.Keceriaan adalah salah satu cirri kehidupannya. Semakin baik respons orang lain terhadap perkara yang diperkatakan atau yang menjadi objek penglihatannya, semakin banyak keceriaan akan terlahir pada wajah Amir. Ini dapat dilihat dengan melihat reaksi wajah yang sentiasa ceria dalam jangka waktu sepanjang berada di sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa sekali sekala Amir akan menunjukkan kemurungan jika tiada respon daripada guru mengenai suatu yang dirasakan menjadi perhatiannya dan apa yang dilakukannya adalah sangat benar baginya. Jika dibandingkan situasi ini dengan pernyataan Piaget mengklasifikasikan pelajar ini sebagai egosentrisme.Sentiasa dalam keadaan seronok dan selesa dengan semua aktiviti yang dijalankan bersama rakan-rakan sekelasnya.Kadang kala akan bercakap-sendiri dengan jelas jika rakan-rakan lain memperolehi sesuatu benda sedangkan dia tidak memperolehinya. Dia merasakan seperti tidak berapa puas hati dan cuba untuk mendapatkkan dengan mendekati rakan-rakannya sambil memegang dan membelek objek yang diperolehi rakannya tadi. Tidak menunjukkan rasa ingin memberontak jika dia tidak memperolehinya. Kadang-kala menunjukkan sikap merajuk jika ditegur apabila melakukan sesuatu yang negatif. Dalam situasi yang sedemikian tahap formal umur 12 tahun ke atas berlaku pada pelajar ini di mana egosentrisme remaja mengambil tempat dalam dirinya. Pelajar ini terlalu memberikan perhatian kepada idea-idea mereka sendiri tanpa menghiraukan idea atau pandangan orang lain samada rakannya atau juga guru.PERKEMBANGAN PSIKOMOTORDari sudut psikomotor pula, laporan yang dilakukan berdasarkan pemerhatian oleh guru pendidikan khas yang mengajar Amir dikatakan mampu untuk mengawal pelbagai kemahiran dalam dirinya. Jika dilihat dalam Lampiran 2, Amir mampu mengawal tangan untuk membuat satu guntingan lurus seperti yang diarahkan. Ini bermakna, perkembangan tersebut berlaku menurut tahap umur Amir.Dalam Lampiran 2, memperlihatkan perkembangan yang diperolehi oleh Amir dalam latihan melipat saputangan. Ini menunjukkan bahawa Amir boleh menguasai kemahiran motor dan mengawal pergerakan jari-jari dalam melaksanakan tugasan yang diarahkan. Manakala menurut pernyataan dalam Lampiran 2, Amir boleh mengawal jari-jari untuk menghasilkan warna dalam bentuk yang diberikan. Ini bermakna, kemahiran yang dimiliki sentiasa berkembang berdasarkan perkembangan umur yang dialaminya. Ini menunjukkan perkembangan motor halus yang berkembang dalam dirinya.BAHASA DAN KOMUNIKASIDari aspek bahasa dan komunikasi pula, seperti yang dinyatakan pada perenggan di atas, Amir boleh menggunakan perkataan yang didengar dan memahami penggunaan perkataan tersebut pada sesuatu situasi. Manakala menurut pernyataan pada Lampiran 3, Amir Amir Berjaya menguasai 80 peratus kemahiran membaca dalam mata pelajaran Pendidikan islam disamping mampu membaca dan menyebut perkataan dengan jelas dalam menghafaz Surah Al-Fatihah.Keadaan ini menunjukkan bahawa sebagai seorang pelajar Autisme, Amir dapat melakukan perkara-perkara ini pada tahap umurnya yang tertentu. Dilihat murid ini seronok menyebut objek yang dilihat secara spontan dan menarik perhatiannya. Kekarapan perbualan yang dilakukan bersama guru atau rakan-rakan menyumbang kearahpemerolehan perbendaharaan kata baik.Selain dari itu, ibubapa Amir juga sering melakukan komunikasi dua hala dengan Amir dan ini membantu perkembangan Amir dalam pertambahan penggunaa n perbendaharaan kata. Selain menguasai sebutan dalam Bahasa Melayu, Amir juga mampu menguasai dan mengingati perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab dan Inggeris seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 3.Jika melihat teori Piaget yang meletakkan tahap tersebut dalam tahap sensori motor di mana pelajar ini belajar mendengar dan melihat kelompok keluarganya berbahasa dan boleh melakukan peniruan untuk diadaptasikan secara langsung.

PENGURUSAN DIRISebagaimana yang dikatakan pada awal tadi bahawa Amir merupakan murid yang mementingkan kekemasan dan kebersihan. Selain itu, kelihatan juga pada masa-masa tertentu dia akan memperbaiki kedudukan baju atau talileher yang digunakan.Dalam konteks lain menurut Lampiran 4, menyatakan bahawa teguran yang sering dilakukan oleh guru dapat membuat Amir menjalani aspek pengurusan diri dengan baik. Mampu menggunakan peralatan dapur dengan baik dan mampu pula menyatakan perlakuan-perlakuan yang tidak mencederakan diri. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam aspek pengurusan diri, pelajar Autisme faham dan mengenal setiap perkara yang boleh menyebabkan kemalangan diriDalam pengurusan peribadi, Amir juga dilihat mampu memberikan bantuan kepada rakan sekelas untuk melakukan pengurusan diri seperti menemani rakan ke tandas dan kemudiannya membantu mengemaskan pakaian. Dan ada waktu, akan menegur tentang pakaian yang tidak kemas pada diri rakannya.Selain dari mengawal dan memahami situasi keselamatan diri, Amir dilihat mampu melahirkan emosi seperti melafazkan ucapan terima kasih apabila menerima sebarang bentuk pemberian, merakamkan penghargaan terhadap sesuatu yang menerik yang dilihatnya pada rakan-rakan serta tahu dan dapat mengawal kehilangan peralatan peribadi. ADAPTASI DENGAN PERSEKITARAN Hasil temu bual dengan ibu bapa pelajar tersebut didapati bahawa pelajar ini mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada keluarga. Kelaziman yang dilakukan adalah membantu tugas-tugas ringan di rumah dan adakalanya mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab dengan baik dan jaya. Tidak ketinggalan juga pelajar ini diberikan kemudahan computer di rumah dan beliau mampu menggunakan computer untuk melakukan kerja-kerja yang digemari malah menguasai beberapa permainan yang melibatkan penggunaan IQ dengan baik. Selain itu, Amir akan kembali mengingati semua jenis permainan yang pernah dimainkan tanpa perlu diberikan tunjuk ajar kali kedua. Pelajar ini juga dilihat sangat manja dengan keluarga kerana belaian yang diberikan oleh semua ahli keluarga menjadikan pelajar ini stabil dari segi emosinya. Kasih sayang yang diterima cukup untuk pelajar ini hidup dengan gembira. Kasih saying yang diberikan menjadikan mereka merasa dihargai dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk mendapatkan pujian kerana perasaan ego sebagai remaja wujud juga dalam diri mereka.Amir mengenali kenderaan yang digunakan sewaktu menjemputnya dan menghantarnya ke sekolah serta dapat memberikan alasan mengapa ayahnya atau ibunya tidak dapat menghantar beliau. Sama ada kerana bekerja, menghadiri mesyuarat ataupun tidak berada di rumah. Sebagai anak kepada anggota Polis, dia mampu membuat perbandingan kenderaan Polis dan menyebut jenis kenderaan yang dilihat dan membuat pernyataan untuk membezakan kenderaan tersebut seperti tiada siren, warna ataupun bentuk seperti besar, kecil atau sebagainya.Malah, dapat membuat hurai ringkas tentang tugas ayah beliau sebagai anggota Polis sebagai contoh menangkap orang salah, mengawal keselamatan dan juga memabntu orang. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar autisme seperti Amir boleh membuat penilaian kendiri hasil dari perbualan yang dilakukan dengan ahli keluarga mereka.Juga dapat dilihat, Amir mengenali pemandu yang menghantar dan menjemputnya ke sekolah, tahu di mana harus turun dan menunggu serta mengucapkan salam sewaktu bertemu dengan ayahnya atau pemandu yang menggantikan ayahnya.Menurut ibubapanya , pelajar ini juga akan lebih aktif apabila diberikan pujian dan sokongan kepada setiap perkara yang berjaya dilaksanakan. Setiap pujian yang diberikan seolah-olah bonus kepada dirinya untuk melakukan perbuatan-perbuatan lain.BAGAIMANA MASALAH KETIADUPAYAAN MENGHALANG PELAJAR INI DALAM KEMAJUAN PEMBELAJARANSecara umumnya, saya merasakan bahawa, beberapa sifat semulajadi yang dimiliki oleh pelajar Autisme ini sebenarnya menjadi penghalang kepada kemajuan pembelajarannya. Sebagai contoh, Amir kerap mengganggu pembelajaran apabila melihat sesuatu yang disukai dan terus memberikan respons atas apa yang dilihat. Ini mengganggu pelajar lain dan sekiranya guru lambat bertuindak balas, Amir akan terus menarik perhatian sesiapa sahaja agar memberikan perhatian kepadanya.Selian dari itu, teguran sentiasa perlu diberikan atas apa yang dilakukan seperti penghargaan. Apabila merasakan emosinya terkawal dan gembira, maka suasana pembelajaran akan menjadi menarik padanya. Pengulangan sesuatu perkara yang dilakukan juga membuatkan pelajar dari kategori ini menjadi cepat bosan. Atau kelewatan memberikan penghargaan sering menyebabkan dia kehilangan mood untuk belajar atau meneruskan aktiviti.APAKAH KAEDAH INTERVENSI YANG SESUAIPada pandangan saya, pelajar yang mengalami masalah Autisme bukanlah pelajar yang lemah dalam semua bidang. Mereka ini boleh dilatih dengan menggunakan beberapa cara. Antara yang dapat saya cadangkan adalah penggunaan symbol-simbol kerana mereka ini mudah mengenali dan memahami symbol.Dalam kes pelajar ini ianya ada kaitan dengan teori Piaget yang menyatakan bahawa kanak-kanak biasanya belajar secara bersendirian daripada minat dalaman diri mereka terhadap dunia kehidupan. Kanak-kanak sangat ingin mengetahui tentang dorongan yang baik dan tidak sesuai dengan struktur kognitif yang ada. Piaget juga menyatakan bahawa kanak-kanak membina struktur kognitif sendiri semasa mereka membuat penyelesaian masalah secara dalaman. Dalam proses ini, pemikiran mereka akan melalui beberapa siri kerangka perubahan yang disebut stage. Peringkat-peringkat ini menunjukkan kepada jenis-jenis masalah baru yang akan memberi keseronokan dan menambah rasa keinginan mengetahui lebih lanjut dalam aktiviti yang melepasi tahap semasa mereka ketika itu. Perbezaaan yang berlaku ini memerlukan peniruan.. Oleh yang demikian dilihat kanak-kanak akan kerap rapat dengan orang yang lebih dewasa dan cuba untuk melakukan sesuatu perkara yang sama. Maka setiap peringkat kanak-kanak akan menentukan sendiri model model yang akan mereka perhatikan dan diikuti.Peniruan tingkah laku orang yang rapat dengan boleh digunakan untuk membantupelajar dari kategori ini menyelesaikan masalah pembelajaran. Peniruan yang dimaksudkan dari segi sebutan, binaan-binaan ayat mudah kerana pelajar Autisme boleh mengingat dan meniru dengan baik apa yang mereka lihat dan dengar. Jadi guru boleh menggunakan teknik ini agar pelajar dapat membuat peniruan tentang sesuatu perkara yang diajar. Contohnya bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Pelajar diajar cara mencantumkan dua keping papan menggunakan gam. Guru memperlihatkan cara dan pelajar akan mengulangi semula cara tersebut hingga berjaya. Tingkahlaku model pelajar dalam kes ini berkait dengan satu teori Piaget iaitu mempunyai dua peringkat penilaian moral iaitu aspek yang menekankan tentang niat dan kesan tingkahlaku kanak-kanak. Kanak-kanak sering kali menilai perbuatan yang salah berdasarkan akibat yang akan diterima. Manakala penilaian kanak-kanak yang lebih dewasa adalah berdasarkan niat disebalik sesuatu perbuatan itu. Contohnya seorang kanak-kanak akan mengatakan jahat jika seorang budak dengan tidak sengaja terlanggar dan pecah 10 cawan yang disusun jika dibandingkan dengan seorang budak yang hanya cuba mencuri dan memecahkan sebiji cawan.

BIBLIOGRAFI American Psychiatric Association. (1994). Diagnostic criteria from DSM-III-R. Washington D.C: American Psychiatric Association.

Artwood, T. & Gray, C. (1999). Understanding and teaching friendship skills. Available: http://www.tonyartwood.com/paper3.htm

Ball, J. (1996). Increasing social interaction of preschoolers with autism through relationships with typicially developing peers. Available: http://www.edrs.com/DocLibrary4/0397/ED400654.PDF.

Barbara, P.(1989). Growing towards independence by learning functional skills and behaviors. programming for people with autism. Available http://www.edrs.com/DocLibrary4/0394/ED363065.PDF.

Charlop & Trasowesh. (1991). Reseachers trained parents of children with autism to use a time delay procedure, a technique of behavior analysis, to increase spontaneous speech in natural occuring daily settings. Available: http://www.feat.org/autism/language.htm

Dougen, F. (1994). Using incidental teaching by peers. http://www.feat.org/autism/language.htm10Gay, L.R. (1996). Educational research competencies for analysis and application. Ed. Ke 5. New Jersey: Prentice Hall.

Howlin, P. & Yates, P. (1999). The potencial effectiveness of social skills groups for adults with autism. Autism. 3(3): 299 307.

Jordan, R. (1997). Education of Children and young people with autism. Guide for Special education no. 10. Paris: Basic Education Div.

Koegel, R. L., & Koegel. L. K. (1995). Teaching children with autism. Baltimore: Brookes.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Kurikulum Program Bermasalah Pembelajaran Peringkat Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.