24
KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER MUZIKAL SUZANA@60 DI KUCHING, SARAWAK Sumeira Lee Ak Empera Lee ML Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 1751 (Pengurusan Seni) S955 2007 2007

KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

  • Upload
    others

  • View
    35

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER MUZIKAL SUZANA@60 DI KUCHING, SARAWAK

Sumeira Lee Ak Empera Lee

ML Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 1751 (Pengurusan Seni) S955 2007 2007

Page 2: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

PKHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

1111111111111 lllNll11N 1000191122

i'usat Khidrnat maKtumat AKaaemth

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAI`

041(1(1 Knt. a Samarallan

KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER MUZIKAL

SUZANA(ýa., 60 DI KUCHING, SARAWAK

SUMEIRA LEE AK EMPERA LEE

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

11

Page 3: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

JUDUL: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER MUZIKAL SUZANA(7a, 60 DI KUCHING, SARAWAK

SESI PENGAJIAN : 2004/2007

Saya: SUMEIRA LEE AK EMPERA LEE

Mengaku membenarkan tesis / laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara instituisi pengajian tinggi.

5. * sila tandakan P],

(mengandungu maklumat yang berdarjah SULIT keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah

TERHAD ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHADDisahkan,

(Tandatangan Penulis) (Tangatangan Penyelia)

Tarikh: ýý - q- " ýooý Tarikh:

Alamat tetap: Lot 853, Taman Bintang, 96500 Bintangor, SARAWAK.

Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh Tesis / Laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

111

Page 4: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

PENGAKUAN

Projek bertajuk `Kajian Keberkesanan Promosi Pementasan Teater Muzikal

Suzana@60 di Kuching, Sarawak telah disediakan oleh Sumeira Lee Ak Empera

Lee dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi

syarat untuk Ijazah Saujana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

( Cik Karen Audrey Samy )

Tarikh: J` 0 ý , o

j

iv

Page 5: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

PENGHARGAAN

Dengan rasa syukur, akhirnya saya dapat menghabiskan Projek Tahun Akhir

Pengurusan Seni ini dengan jayanya. Berkat tunjuk ajar dan nasihat, telah banyak

membantu saya dalam menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Jutaan terima kasih saya

tujukan khas buat Cik Karen Audrey Samy, selaku penyelia saya di atas tujuk ajar

serta memberikan nasihat dan dorongan sepanjang saya menyiapkan Projek Tahun

Akhir saya ini. Beliau banyak memberikan panduan kepada saya semasa

menjalankan penyelidikan.

Sekalung perhargaan juga diucapkan kepada pihak Dewan Bandaraya

Kuching Utara, terutamanya para pegawai Bahagian Perhubungan Awam yang

banyak membantu saya dan memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan

penyelidikan di organisasi tersebut. Kerjasama yang baik daripada mereka dalam

memberikan maklumat dan pendapat amat saya hargai. Khasnya, Cik Norhayati

Bidin, yang banyak memberikan kerjasama dari segi memberikan maklumat dan ia

telah memudahkan saya menjalankan penyelidikan.

Akhir sekali ucapan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang telah

memberikan bantuan dan tunjuk ajar kepada saya. Sokongan dan bantuan yang

diberikan daripada semua pihak amat saya hargai dan jutaan terima kasih saya

ucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau secara tidak

langsung. Sekian terima kasih.

V

Page 6: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

ABSTRAK

Teater Muzikal Suzana@60 merupakan sebuah teater yang dibawa khas dari Istana

Budaya dan dipentaskan di Kuching, Sarawak. Teater ini berkisarkan zaman 60an

yang bertujuan mengimbau kembali suasana kehidupan pada zaman tersebut. Kajian

saya lebih memfokuskan keberkesanan promosi pihak Dewan Bandaraya Kuching

Utara sebagai penganjur bagi Pementasan Teater Muzikal Suzana@60 di Kuching.

V1

Page 7: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

ABSTRACT

The Musical Theatre entitled Suzana@60 is brought especially by Istana Budaya to

Kuching, Sarawak. This theatre is set in the 60's and it depicts life during that time.

My research focuses on the promotion by the Kuching City North Council as the

organizer of the Suzana@60 Musical Theatre in Kuching.

vll

Page 8: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

rusat Khidmat MaKiumat AKaaemiw UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

U4W1 Kora Samaratum

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SURAT PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

BAB 1 PENGENALAN

iv

V

V1

Vll

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Latarbelakang Dewan Bandaraya Kuching Utara 1

1.1.2 Sejarah Awal Teater 3

1.1.3 Teater Muzikal Suzana@60 4

1.1.4 Sinopsis Teater Muzikal Suzana@60 6

1.2 Definisi 8

1.3 Objektif 9

1.4 Hipotesis 10

1.5 Skop Kajian 11

1.6 Permasalahan Kajian 12

1.7 Kepentingan Kajian 14

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Kaitan dengan teater 15

2.2 Kaitan dengan promosi 20

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Lokasi Kajian 26

vii

Page 9: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

3.3 Sumber Data

3.3. 1 Data Primer

3.3.2 Data Sekunder

3.4 Populasi

3.5 Persampelan

3.6 Instrumen Kajian

3.7 Limitasi Kajian

3.8 Rumusan dan Kesimpulan

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

27

27

28

29

31

32

33

36

4.1 Pengenalan 37

4.2 Penganalisaan Data 39

4.2.1 Borang Soal Selidik 39

4.3 Kesimpulan 70

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Rumusan 72

5.3 Cadangan 75

5.4 Cadangan kepada pengkaji akan datang 78

5.5 Kesimpulan 80

BIBLIOGRAFI 81

LAMPIRAN

V111

Page 10: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.1.1 Latarbelakang Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Dewan Bandaraya Kuching Utara atau singkatannya DBKU merupakan

mercu pentadbiran Bandaraya Kuching. Menurut petikan yang diambil darf

http: //www. dbku. gov. my/latarbelakang. htm, tanggal 1 Ogos 1988, Kuching telah

dinaikkan status ke taraf Bandaraya yang kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur.

Bandaraya Kuching dibahagikan kepada dua kuasa pentadbiran iaitu Dewan

Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)

kerana Bandaraya Kuching mempunyai keluasan yang agak besar berbanding dengan

bandaraya lain di Malaysia. Kawasan Utara Bandaraya ditadbir oleh DBKU

manakala kawasan Selatan pula di bawah bidangkuasa MBKS.

Sistem pentadbiran pengurusan DBKU adalah berbeza berbanding dengan

MBKS dan pihak berkuasa di Malaysia. DBKU dipimpin oleh seorang Datuk Bandar

yang dilantik oleh TYT Yang Di Pertua Negeri dan beliau melapor terus kepada

YAB Ketua Menteri Sarawak. Sekarang, DBKU di bawah pimpinan Datuk Bandar

yang ke-4 iaitu YBhg. Encik Abdul Hamid b. Mohd Yusoff dan beliau telah

mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar DBKU pada tanggal 1 Februari 2005.

1

Page 11: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

Bandaraya Kuching mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti

Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya. Berlatarbelakangkan budaya

hidup yang pelbagai etnik dan unik ini, merupakan satu aset utama menjadi tarikan

pelancong luar kerana dengan kekayaan muka buminya yang mempunyai tempat

rekreasi semulajadi yang indah, menarik dan bersejarah.

2

Page 12: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

1.1.2 Sejarah Awal Teater

Sejarah awal kewujudan teater tidak pemah diketahui asal usulnya. Tiada

buku yang menyatakan sejarah teater ini secara tepat. Menurut Mohamed Ghouse

Nasuruddin (2000), terdapat teori yang meyakinkan iaitu teori yang merujuk kepada

ritual sebagai permulaan teater.

Semenjak permulaan ritual, teater tradisional Melayu telah dipengaruhi oleh

agama Hindu dan Islam. Sebelum kemunculan budaya Hindu, teater tradisional

berasaskan agama animisme dan dijadikan sebagai saluran perantaraan di antara alam

nyata suku kaum dengan alam ghaib semangat. Dua (2) epik Hindu yang terkemuka

iaitu Ramayana dan Mahabharata menjadi bahan persembahan wayang kulit.

Kemunculan Islam sekitar abad ke-7 Masihi, telah membawa kepadanya

perubahan dalam teater tradisional Melayu. Contohnya, unsur-unsur Islam telah

diserapkan dalam teater. Walau bagaimanapun, Islam tidak dapat menghapuskan

keseluruhan unsur Hindu-Animisme yang menjadi asas teater tradisional.

3

Page 13: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

1.1.3 Teater Muzikal Suzana@60

Pementasan Teater merupakan salah satu aktiviti tahunan Dewan Bandaraya

Kuching Utara (DBKU) sejak tahun 2001 dalam Calender Event 2006 Kuching.

Seperti pada tahun 2005, Teater Muzikal Puteri Hang Li Po telah dipentaskan di

Bandaraya Kuching. Pada tahun 2006, Teater Muzikal Suzana@60 telah dipentaskan

di Bandaraya Kuching. Selaras dengan motto DBKU `Untuk Masyarakat

Berbudaya', DBKU berusaha untuk menerapkan nilai-nilai seni dan budaya dengan

penganjuran aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan untuk wargakotanya.

Justeru itu, DBKU akan menganjurkan Pementasan Teater Muzikal

Suzana@60 dengan kerjasama Istana Budaya dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian

dan Warisan Sarawak (KeKKWa). Teater Muzikal Suzana@60 dibawa khas dari

Istana Budaya Kuala Lumpur ke Bandaraya Kuching. Pementasan ini akan diadakan

selama tiga malam berturut iaitu pada 8, 9, dan 10 September 2006 bertempat di

Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak jam 8.00 malam.

Menurut Cik Norhayati Bt. Bidin, Ketua Bahagian Perhubungan Awam

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hasil daripada temuramah yang dibuat,

pementasan ini dianjurkan bagi mengimbau kembali kegemilangan muzik serta

kehidupan masyarakat tahun 60-an di mana ia merupakan tahun-tahun awal Malaysia

mencapai kemerdekaan.

4

Page 14: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

Selain itu juga ia bertujuan untuk mengetengahkan corak pementasan teater

yang bertaraf dunia kepada pengiat teater di Negeri Sarawak khususnya dan

wargakota amnya. Secara tidak langsung pementasan ini mampu memberi

pendedahan baru kepada anak seni teater serta kumpulan dan pengiat seni teater yang

bergiat aktif di Bandaraya Kuching.

5

Page 15: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

1.1.4 Sinopsis Teater Muzikal Suzana@60

Sinopsis ini menceritakan serba sedikit gambaran jalan cerita Teater Muzikal

Suzana@60, menurut petikan sinopsis daripada brochure Pementasan Teater Muzikal

Suzana@60, teater Suzana@60 ini berkisarkan irama zaman 60-an.

Teater ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Suzana. Suzana

merupakan watak utama dalam cerita teater tersebut. Seorang promoter yang

bernama Jeffry, sedang mencari bakat barn dalam bidang nyanyian. Jeffry sudah

mempunyai kekasih yang benama Zunika. Mereka sering keluar ke fun fair dan

majlis kenduri kahwin dengan menaiki kereta sport yang dimiliki oleh Jeffry. Walau

bagaimanapun, Jeffry adalah seorang 'buaya darat'.

Pada suatu hari, semasa di satu maj lis fun fair, Jeffry telah terpikat dengan

kemerduan suara Suzana ketika membuat persembahan. Jeffry telah menemui Suzana

dan memberi tawaran kepada Suzana untuk menjadi artis rakamannya. Suzana terus

bersetuju walaupun sudah ditegah oleh A. Mahmud.

A. Mahmud berasa khuatir untuk membiarkan Suzana menjadi artis rakaman

Jeffry kerana tidak mahu Suzana terlepas ke tangan orang lain. Suzana tetap dengan

pendiriannya kerana dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi bintang.

Suzana menemui Jeffry dan dia mulai merasakan dirinya popular.

6

Page 16: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

A. Mahmud telah merasakan dirinya dipinggirkan oleh Suzana setelah Suzana

bergelar artis rakaman bersama Jeffry. A. Mahmud cuba menemui Suzana tetapi

dihalang dan dipukul oleh kuncu-kuncu Jeffry. Dalam kejadian tersebur, A. Mahmud

telah berkenalan dengan Zunika dan mereka telah berkawan rapat.

Timbul kekesalan pada Suzana apabila Jeffry telah meminggirkan Suzana

setelah Jeffry menemui bintang baru. Suzana berasa kecewa dan ingin kembali

kepada A. Mahmud. Pada mulanya, A. Mahmud enggan menerima. Oleh kerana

perasaan cintanya terhadap Suzana, akhirnya A. Mahmud kembali bersama Suzana

dan saling meluahkan perasaan antara satu sama lain.

7

Page 17: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

1.2 Definisi

Mark Fortier (1997), telah mendefinisikan teater sebagai "... performance,

though often the performance of a drama text, and entails not only words but space,

actors, props, audience and the complex relations among these elements. " la

membawa makna teater merupakan satu bentuk persembahan dalam bentuk teks

drama dan tidak hanya dalam bentuk perkataan tetapi juga merangkumi ruang, para

pelakon, prop, para penonton dan perkara-perkara rumit yang berhubungkait dengan

semua elemen persembahan teater.

George E. Belch and Michael A. Belch (2004), telah mendefinisikan promosi

sebagai "... the coordination of all seller-initiated efforts to set up channels of

information and persuasion in order to sell goods and services or promate an idea. "

Promosi didefinisikan sebagai penyelarasan segala bentuk produk yang hendak

diperkenalkan melalui rangkaian informasi dan pemujukan untuk menjual produk,

perkhidmatan ataupun mempromosikan sesuatu idea.

Menurut Zainal Abidin Safarwan (1995), dalam Kamus Dewan telah

mendefinisikan pementasan sebagai pertunjukan, permainan, persembahan,

hidangan, sandiwara, tonil atau setambul. Dalam konteks kajian pengkaji definisi

pertunjukan dan persembahan memberi makna yang tepat kepada pementasan.

8

Page 18: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

1.3 Objektif

Dalam sesebuah kajian, objektif kajian adalah amat penting untuk

memastikan sama ada kajian yang dibuat adalah tercapai atau tidak. Melalui objektif

kajian, pengkaji dapat menjalankan kajian dengan lebih baik dan lebih tersusun.

Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji bercadang akan membahagikan objektif

kajian kepada dua bahagian iaitu objektif secara am dan secara khusus.

Objektif secara am:

Pengkaji melihat dan mengkaji tahap keberkesanan pihak penganjur iaitu

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam mempromosikan Pementasan

Teater Muzikal Teater Suzana@60 di Kuching, Sarawak.

Objektif secara khusus:

i. Mengkaji saluran-saluran media massa yang digunakan oleh DBKU dalam

strategi promosi bagi Pementasan Teater Musikal Suzana@60

ii. Mengkaji keberkesanan kerjasama dalam pengurusan promosi bagi

memperhebatkan strategi promosi teater antara DBKU, Istana Budaya dan

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Sarawak (KeKKWa)

iii. Mempelajari strategi promosi yang dapat membantu menjayakan sesuatu

pementasan atau aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian.

9

Page 19: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

1.4 Hipotesis

Hipotesis kajian pengkaji adalah kaedah atau strategi promosi yang

dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam

mempromosikan Pementasan Teater Muzikal Suzana@60 adalah strategik dari segi

promosi dalam mendapatkan sambutan yang mengalakkan daripada wargakota

Kuching.

10

Page 20: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

1.5 Skop Kajian

Kajian akan dilakukan sekitar Kuching iaitu kawasan tumpuan orang ramai di

mana kaunter perjualan tiket dilakukan. Maka, lebih mudah bagi pengkaji

mendapatkan respon orang ramai. Selain itu, kumpulan responden juga daripada

penonton yang datang semasa malam pementasan dan juga sebelum pementasan.

Dalam kajian ini, pengkaji melihat sambutan daripada wargakota Kuching

terhadap Pementasan Teater Muzikal Suzana@60 ini. Pengkaji dapat menilai secara

rambang terhadap keberkesanan pengurusan promosi yang dibuat oleh pihak

pengajur.

Selain itu, pengkaji ingin juga melihat peranan media massa dalam

memberikan kerjasama menjayakan promosi Pementasan Teater Muzikal

Suzana@60. Peranan media massa adalah merangkumi media elektronik dan media

cetak.

Secara keseluruhan, pengkaji lebih menfokuskan kepada keberkesanan

promosi yang dilakukan oleh pihak pengajur iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara

(DBKU) dalam menjayakan Pementasan Teater Muzikal Suzana@60. Malah,

kerjasama dan komitmen pihak Istana Budaya dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian

dan Warisan Sarawak (KeKKWa) dari segi kewangan bagi menampung kos promosi

pementasan teater ini.

11

Page 21: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

1.6 Permasalahan Kajian

Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa permasalahan dalam kajian ini.

Antaranya, orang ramai masih tidak mengetahui dan tidak mendapat

maklumat mengenai Pementasan Teater Muzikal Suzana@60 di Kuching. Hal ini

mungkin kerana promosi yang dilakukan hanya bertumpu kepada sesebuah kawasan

dan tidak merangkumi seluruh Bandaraya Kuching. Contohnya, bertumpu kepada

satu kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti kawasan Satok, Kuching.

Pemasalahan kedua ialah masih terdapat kelemahan dari segi permilihan

kaedah promosi yang dibuat oleh pihak penganjur. Pihak penganjur harus lebih peka

dalam pemilihan saluran promosi di mana ia perlu memenuhi keadaan semasa.

Selain itu, melihat permasalahan apabila tidak semua yang membeli tiket

akan datang menonton pementasan teater. Kemungkinan berlaku masalah yang

menyebabkan pembeli tidak dapat menghadiri pementasan. Keadaan ini juga akan

mempengaruhi kelemahan pengurusan promosi Pementasan Teater Muzikal

Suzana@60.

12

Page 22: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

1.7 Kepentingan Kajian

Setiap kajian mempunyai kepentingannya tersendiri kepada orang

perseorangan mahupun kepada sesebuah organisasi. Kepentingan kajian amat

penting dalam setiap kajian yang dilakukan.

Antara kepentingan kajian saya ialah:

I. Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Dengan kajian ini, pihak DBKU dapat melihat keberkesanan kaedah promosi

yang digunakan bagi pementasan tersebut. Pihak pengurusan juga dapat

mengetahui kelemahan dan kelebihan dari segi cara pengurusan promosi.

II. Istana Budaya

Dengan adanya hasil kajian ini, ia akan menggalakkan pihak Istana Budaya untuk

bekerjasama di masa akan datang. Sebagai contoh membawa teater-teater yang

pernah dipentaskan di Istana Budaya untuk dipertontonkan kepada wargakota

Kuching.

III. Penggiat Teater Tempatan

Mereka dapat melihat peluang yang ada bagi mengembangkan lagi aktiviti teater

tempatan kerana adanya sambutan yang menggalakkan daripada penduduk

tempatan (Kuching).

13

Page 23: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

IV. Bahan kajian saya ini akan memberikan maklumat kepada pelajar-pelajar sama

ada dalam peringkat sekolah mahupun institusi pendidikan tinggi untuk

penyelidikan mereka, terutamanya pelajar dalam bidang teater.

V. Selain itu, ia berpotensi untuk menyakinkan pihak penaja untuk menaja sesuatu

aktiviti yang berbentuk pementasan teater pada masa hadapan kerana sebelum

ini, segelintir penaja tidak berminat menaja aktiviti-aktiviti seni.

Dengan adanya kajian saya ini, ia mampu dijadikan rujukan dan panduan kepada

pengkaji yang akan datang.

14

Page 24: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER … keberkesanan...96500 Bintangor, SARAWAK. Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana

rusat Khidmat Maktumat Akadenim UNIVEIZSITI MALAYSIA SARAWAiG

Q4300 Kota Samatat

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Kaitan darf segi sejarah teater.

2.1.1 Sporre, D. J. (1993). The Art Of Theatre: An Introduction. London & New

York: Routledge.

Kandungan Umum

Sporre (1993), dalam bukunya yang bertajuk The Art Of Theatre, telah

menerangkan tentang asas teater serta memperkenalkan isu teori dan prinsip dalam

teater. Selain itu juga, buku ini mengandungi konsep tentang alam teater, kritikan,

analisis, jenis-jenis teater, dan bentuk teater.

Penulis telah menerangkan sebab kenapa kita menghadiri atau menonton

teater. Secara keseluruhan, buku ini memberikan pemahaman tentang teater iaitu

berkaitan tentang amalan teater sepanjang zaman dari permulaan tradisi Barat dalam

zaman Greek Kuno sehingga sekarang.