25

KAJIAN KE ATAS FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor- faktor yang mempengaruhi kelemahan dalam Matematik iaitu hubungan guru- pelajar,

Embed Size (px)

Citation preview

i

KAJIAN KE ATAS FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

KELEMAHAN PELAJAR- PELAJAR SEKOLAH BERASRAMA PENUH

DALAM MATEMATIK TINGKATAN SATU

GENEVY SEPTY ANAK UNING

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2006

ii

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat Ibu tercinta,

Pengorbananmu takkan kulupa,

Engkaulah ibu yang terbaik di dunia….

Kepada Audrey,

Ku berbangga mempunyai kakak sehebatmu,

Terima kasih di atas segala sokongan dan dorongan….

Secebis kata kepada Lincoln dan Adeline,

Setiap kejayaan bermula dari satu langkah,

Pastikan dirimu berpegang teguh pada cita- citamu…

Dan kepada mereka yang sentiasa berdiri di belakangku,

Pada saat susah dan senang,

Sesiapa saja anda,

Dan di mana jua anda berada,

Terima kasih di atas segalanya……

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, saya berupaya

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin

merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih

kepada PM Dr Mohini Mohammad selaku penyelia di atas bimbingan dan tunjuk ajar

yang diberikan sepanjang projek ini dijalankan.

Seterusnya, penghargaan ini juga ditujukan kepada pengetua Sekolah

Berasrama Penuh di Zon Johor yang telah memberikan kebenaran untuk

menjalankan kajian di sekolah tersebut dan paar reponden yang terlibat dalam kajian

ini, iaitu pelajar- pelajar Tingkatan Dua, pihak pentadbir sekolah dan guru- guru

Matematik di atas kerjasama sepenuhnya dan bantuan yang telah diberikan.

Tidak ketinggalan juga kepada rakan- rakan seperjuangan di Universiti

Teknologi Malaysia di atas sokongan dan dorongan serta teguran yang bernas

sepanjang tempoh kajian ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga turut

ditujukan kepada semua yang telah memberikan apa juga bantuan sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan projek ini.

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor- faktor yang

mempengaruhi kelemahan dalam Matematik iaitu hubungan guru- pelajar, keyakinan

terhadap Matematik, cara pembelajaran dan pengajaran dan pembelajaran Matematik

dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar- pelajar sekolah berasrama penuh di

Johor. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian

terdiri daripada guru- guru Matematik yang pernah mengajar Tingkatan Satu pada

tahun 2005 dan 48 orang pelajar Tingkatan Dua yang terpilih. Penyelidik

menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan maklumbalas

daripada responden. Daripada analisis yang telah dilakukan, didapati setiap faktor

yang dikaji mempengaruhi kelemahan pelajar- pelajar dalam Matematik Tingkatan

Satu. Hasil kajian menunjukkan hubungan guru- pelajar tidak begitu baik kerana

guru kurang mesra dan dan tidak menceriakan suasana pembelajaran. Keyakinan

pelajar terhadap Matematik amat rendah dan kebanyakannya memilih belajar

bersendirian dan jarang membuat membuat soalan- soalan peperiksaan bagi

membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan. Pelajar- pelajar turut

menghadapi kesukaran berkomunikasi dan pemahaman istilah Matematik dalam

Bahasa Inggeris menyebabkan mereka jarang menanya soalan Matematik yang tidak

difahami dalam Bahasa Inggeris. Bagi guru- guru Matematik, mereka banyak

melakukan persediaan mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris dan mengakui

mereka cuba mengelak dari terlalu mesra agar pelajar tidak terlampau bergantung

dengan guru. Cadangan kajian juga disertakan untuk memperbaiki kelemahan

pelajar- pelajar dalam Matematik.

vi

ABSTRACT

The aims of this research is to study the factors that affect achievement in

Mathematics mainly the relationship of teacher- students, confidence towards

Mathematics, style of learning and teaching and learning Mathematics in English

among full- boarding students in Johor. Purposive sampling method is used in the

research. The sample of this research consists of previous Mathematics teachers that

used to teach Form One students and 48 selected Form Two students. Questionnaires

and interview methods were used to get feedback from the respondents. From the

analysis, it shows that every factor had an effect on the achievement of the students

in Form One Mathematics. The results show that teachers were not friendly nor were

they cheerful. Confidence of the students was surprisingly low. Most of them choose

to study alone and they rarely familiarized themselves with the past year’s questions.

The students also faced the problems in communication and understanding

Mathematics terminologies in English. This major problem causes students seldom

ask Mathematics questions they do not understand in English. As for the

Mathematics teachers, they were prepared to teach Mathematics in English but

admitted avoiding themselves from being too friendly with the students, with the

hope that the students would not be heavily dependent on them. Some suggestions

are recommended to overcome the weaknesses of the students in Mathematics.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

viii

1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Operasional 10

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kajian yang Berkaitan Dengan Hubungan 12

Guru- Pelajar

2.3 Kajian yang Berkaitan Dengan Keyakinan 14

Terhadap Matematik

2.4 Kajian yang Berkaitan Dengan Cara Pembelajaran. 18

2.5 Kajian yang Berkaitan Dengan Pengajaran Dan 23

Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Tempat Kajian 26

3.4 Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Kajian Rintis 30

ix

3.7 Prosedur Kajian 30

3.8 Analisis Data 31

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Soal Selidik Pelajar- Pelajar 33

Tingkatan Satu

4.2.1 Bahagian A 33

4.2.2 Bahagian B 39

4.3 Analisis Transkrip Temu Bual Dengan Pelajar 52

4.4 Analisis Transkrip Temu Bual Dengan Guru- Guru 61

Matematik

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Sejauh Manakah Faktor Hubungan Guru- Pelajar 71

Mempengaruhi Kelemahan Pelajar- Pelajar

Tingkatan Satu Dalam Matematik

5.3 Sejauh Manakah Faktor Tahap Keyakinan 74

Terhadap Matematik Mempengaruhi Kelemahan

Pelajar- Pelajar Tingkatan Satu Dalam Matematik

x

5.4 Sejauh Manakah Faktor Cara Pembelajaran 76

Mempengaruhi Kelemahan Pelajar- Pelajar

Tingkatan Satu Dalam Matematik

5.5 Sejauh Manakah Faktor Pengajaran Dan 79

Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Mempengaruhi Kelemahan Pelajar- Pelajar Tingkatan

Satu Dalam Matematik

5.6 Rumusan 82

5.7 Cadangan 83

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 84

5.9 Penutup 85

BAHAGIAN ENAM

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 86

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A – C 89 - 108

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Kategori Pelajar Mangikut Kumpulan 27

3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 28

3.3 Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Kelemahan 28

Pelajar- Pelajar SBP Dalam Matematik Tingkatan Satu

3.4 Jadual Pemeringkatan Skala Likert 29

3.5 Instrumen Kajian Yang Digunakan 30

4.1 Taburan Pelajar Mengikut Keturunan 33

4.2 Taburan Pelajar Mengikut Item 34

4.3 Taburan Pelajar Mengikut Item 35

4.4 Taburan Pelajar Mengikut Keputusan Peperiksaan Pertengahan 35

Tahun 2005 Bagi Mata Pelajaran Matematik

4.5 Taburan Pelajar Mengikut Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 36

2005 Bagi Mata Pelajaran Matematik

4.6 Taburan Pelajar Mengikut Item 37

4.7 Taburan Pelajar Mengikut Item 38

4.8 Item- Item Untuk Kajian Faktor Hubungan Guru- Pelajar 40

Yang Mempengaruhi Kelemahan Pelajar Tingkatan Satu

Dalam Matematik.

4.9 Taburan Peratus Jawapan Pelajar Untuk Kajian Ke Atas 41

Faktor Hubungan Guru- Pelajar Yang Mempengaruhi

Kelemahan Pelajar Tingkatan Satu Dalam Matematik.

4.10 Item- Item Untuk Kajian Ke Atas Faktor Tahap Keyakinan 43

Terhadap Matematik Yang Mempengaruhi Kelemahan Pelajar

Tingkatan Satu Dalam Matematik.

xii

4.11 Taburan Peratus Jawapan Pelajar Untuk Kajian Ke Atas Faktor 44

Tahap Keyakinan Terhadap Matematik yang Menpengaruhi

Kelemahan Pelajar Tingkatan Satu Dalam Matematik.

4.12 Item- Item Untuk Kajian Ke Atas Faktor Cara Pembelajaran 46

Yang Mempengaruhi Kelemahan Pelajar Tingkatan Satu Dalam

Matematik.

4.13 Taburan Peratus Jawapan Pelajar Untuk Kajian Ke Atas Faktor 47

Cara Pembelajaran Yang Mempengaruhi Kelemahan Pelajar

Tingkatan Satu Dalam Matematik.

4.14 Item- Item Untuk Kajian Ke Atas Faktor Pengajaran Dan 49

Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Yang

Mempengaruhi Kelemahan Pelajar Tingkatan Satu Dalam

Matematik.

4.15 Taburan Peratus Jawapan Pelajar Untuk Kajian Ke Atas Faktor 50

Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Yang Mempengaruhi Kelemahan Pelajar Tingkatan Satu Dalam

Matematik.

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Spektrum Keyakinan 15

2.2 Ciri- Ciri Spektrum Keyakinan 16

4.1 Carta Pai Taburan Pelajar Mengikut Peratusan Keturunan 33

4.2 Carta Pai Taburan Pelajar Mengikut Item 34

4.3 Peratus Taburan Pelajar Mengikut Keputusan Peperiksaan 36

Pertengahan Tahun 2005 Bagi Matapelajaran Matematik

4.4 Peratus Taburan Pelajar Mengikut Keputusan Peperiksaan 37

Akhir Tahun 2005 Bagi Matapelajaran Matematik

4.5 Peratus Taburan Pelajar Mengikut Item 38

4.6 Carta Pai Taburan Pelajar Mengikut Item 39

xiv

SENARAI SINGKATAN

ETeMS - English for the Teaching of Mathematics and Science

LCD - Liquid Crystal Display

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SBP - Sekolah Berasrama Penuh

SMAP - Sekolah Menengah Agama Persekutuan

SPSS - Statistical Package For Science Social

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Bagi Pelajar- Pelajar Tingkatan Dua 89

B Soalan Temu Bual Dengan Pelajar- Pelajar Tingkatan 99

Dua dan Guru- Guru Matematik

C Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pendidikan 104

Malaysia Dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor Serta

Surat Akuan Daripada Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia Untuk Menjalankan Kajian

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Seramai 2101 lagi lulusan cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 ditawarkan memasuki

Tingkatan Satu dan Empat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara.

Pengarah Bahagian Sekolah, Salleh Husin, berkata daripada jumlah pelajar

pengambilan kedua ini seramai 408 memasuki Tingkatan Satu manakala 1297 lagi

Tingkatan Empat di 40 SBP, 11 SBP Integrasi dan 2 di Sekolah Menengah Agama

Persekutuan (SMAP). Pemilihan diutamakan kepada pelajar luar bandar dan datang

dari keluarga yang berpendapatan rendah, selain aktif ko-kurikulum. Pemilihan

kelompok kedua ini bagi memenuhi jumlah kemasukan keseluruhan ke Tingkatan

Satu tahun 2004, iaitu 6100 pelajar dan Tingkatan Empat seramai 4432 pelajar.

Antara SBP yang terbabit dalam pengambilan kedua ini ialah SMS Muar, SMS Johor

dan Sekolah Tun Fatimah, Johor. (Berita Harian, 2 April 2004).

Pengambilan pelajar- pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh sememangnya

melalui prosedur yang rumit dengan mengambil kira pelbagai faktor yang

menyokong kepada penawaran tempat kepada pelajar- pelajar yang layak di seluruh

negara. Falsafah Sekolah Berasrama Penuh menekankan bahawa pendidikan di

Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana

persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk

memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar- pelajar berpotensi ke arah

2

kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan

bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu

pengetahuan dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan Matematik. Antara

usaha ke arah mencapai wawasan ini ialah perlu memastikan masyarakat

membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian. Justeru, kemahiran

penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam Matematik perlu dipupuk supaya

dapat membuat keputusan dengan berkesan. Matematik merupakan jentera atau

penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan

teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu Matematik perlu dipertingkatkan dari

semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan

dan keperluan negara maju. Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan negara yang

berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran penyelidikan dan

pembangunan dalam bidang Matematik perlu dibina dari peringkat sekolah.

Kebelakangan ini, kurikulum Matematik di sekolah Malaysia telah

mengalami beberapa perubahan. Tarikh 6 Januari 2003 merupakan satu tanggal

penting dalam sejarah pendidikan di negara ini kerana setelah berpolemik selama

setahun, pendidikan kita bergerak setapak dengan memulakan pengajaran dan

pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Cadangan pengajaran Matematik dalam

Bahasa Inggeris pada mulanya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan

daripada masyarakat, baik pakar bahasa, tokoh budaya, ahli akademik. (MASSA,

Januari 2003). Namun, dengan adanya pelbagai program bagi meningkatkan mutu

kerja guru- guru yang mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris, tanpa disedari

telah 3 tahun berlalu dengan meninggalkan segala bentuk kelemahan dan kekurangan

sepanjang projek ini dilaksanakan. Apa yang pasti, perubahan demi perubahan terus

dilakukan bagi membaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada.

Matlamat Kementerian Pendidikan adalah untuk membangunkan sistem

pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu

sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat ini tidak pernah berubah sejak

mula dicanangkan, malah pendekatan dan metodologinya sering diperkemaskan

supaya lebih mudah dicapai.

3

Memetik ucapan Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

“Cabaran utama dalam sistem pendidikan kita ialah menentukan kualiti pendidikan di semua peringkat terus dapat dipertingkatkan. Oleh itu, pemikiran-pemikiran yang strategik akan menyebabkan cabaran tersebut bertukar menjadi peluang iaitu untuk mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan. Dalam suasana yang semakin mencabar ini, semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) perlu melihat kembali tugas utama atau "core business " yang perlu dilaksanakan, iaitu mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Warga SBP perlu menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan beriltizam, menggunakan seluruh potensi bagi mencapai kecemerlangan pendidikan. Kita perlu keluar daripada "mindset" lama dan melihat perspektif baru dengan objektif dan pengharapan baru yang sesuai dengan cita-cita mencapai kecemerlangan pendidikan”.

(Berita Harian, 2 April 2004)

Pendidikan secara total diperlukan bagi pelajar untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan dan mengembangkan kekuatan minda bagi membolehkan seseorang itu

bertindak dengan bijak dalam mengatur hidupnya di tengah masyarakat. Berdasarkan

sejarah peradaban manusia, telah terbukti bahawa kekuatan akal sahaja tidak dapat

menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara, malah perlu mengambil kira akhlak

yang terpuji. Ini sejajar dengan saranan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun

Dr. Mahathir Mohammad yang ingin menjadikan Malaysia berstatus negara maju

dalam Wawasan 2020 dengan mewujudkan masyarakat saintifik, progresif, inovatif

dan penyumbang kepada kemajuan saintifik pada masa kini dan hadapan. (Hussein

Ahmad, 1992).

1.2 Latar Belakang Masalah

Lulus subjek Matematik dengan mendapat gred A adalah antara kriteria

penting bagi setiap pelajar yang ingin memohon untuk memasuki Sekolah Berasrama

Penuh (SBP) di Malaysia sama ada bagi pelajar- pelajar lepasan Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sememangnya,

bagi pelajar- pelajar Tingkatan Satu yang telah mencapai keputusan cemerlang

4

dalam peperiksaan UPSR, memasuki mana- mana sekolah yang terpilih di negara ini

merupakan sesuatu yang amat membanggakan terutamanya bagi pelajar- pelajar yang

berasal dari kawasan luar bandar. Kekurangan kemudahan dan kelengkapan

persekolahan sewaktu di sekolah rendah menjadi perangsang kepada sesetengah

pelajar pintar yang kurang bernasib baik untuk merebut peluang menimba ilmu di

sekolah yang mampu menyediakan persekitaran dan prasarana pembelajaran yang

lebih efektif dan berkualiti.

Tidak dapat dinafikan, kerajaan telah menyediakan peruntukkan yang banyak

untuk mendirikan sekolah- sekolah berasrama penuh yang lengkap dan berkualiti.

Kemudahan asrama merupakan prasarana yang terpenting dalam menentukan jenis

sekolah berasrama penuh atau sekolah harian biasa. Pengetua yang dilantik untuk

menerajui pentadbiran di SBP juga antara mereka yang telah berpengalaman

bertugas sebagai Pengetua selama beberapa tahun, malah ada yang pernah menimba

pengalaman bertugas di Jabatan Pendidikan. Guru- guru yang mempunyai rekod

perkhidmatan cemerlang juga turut diserap masuk untuk mencurahkan ilmu kepada

pelajar- pelajar pintar di SBP. Dengan begitu banyak keutamaan diberikan, dikesan

terdapat pelajar- pelajar Tingkatan Satu yang baru memulakan pembelajaran mereka

masih belum dapat menguasai subjek Matematik dengan baik. Sememangnya,

masyarakat sering beranggapan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam

peperiksaan umum seperti UPSR dan PMR akan sentiasa cemerlang dalam pelajaran

mereka. Tetapi bagi pelajar Tingkatan Satu, mendapat gred A dalam Matematik

UPSR belum tentu lagi dapat menjamin kecemerlangan yang sama semasa berada di

alam sekolah menengah.

Sebilangan besar pelajar- pelajar yang terpilih ke sekolah berasrama penuh

berasal dari kawasan luar bandar dengan latar belakang keluarga yang berpendapatan

rendah. Namun, disebabkan kecemerlangan akademik di samping aktif ko-

kurikulum melayakkan pelajar- pelajar ini untuk memasuki sekolah berasrama

penuh. Pendedahan dengan Bahasa Inggeris dan kemudahan komputer mungkin

masih belum terbuka luas dan ini semestinya mendatangkan masalah kepada pelajar-

pelajar berkenaan. Ini disebabkan, pembelajaran Matematik Tingkatan Satu

dijalankan dalam Bahasa Inggeris dengan berbantukan komputer. Ada di kalangan

pelajar- pelajar yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah tidak

5

mampu memiliki komputer. Tambahan pula, semasa di sekolah rendah, pelajar-

pelajar didedahkan dengan pembelajaran dalam Bahasa Melayu. Perubahan medium

pengajaran dan pembelajaran ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelajar.

Masalah komunikasi juga turut timbul jika pelajar- pelajar ini tidak biasa bertutur

dalam Bahasa Inggeris. Maka kesediaan pelajar- pelajar untuk belajar Matematik

dalam Bahasa Inggeris juga boleh mempengaruhi pencapaian akademik.

Dr. Wan Zahid Wan Nordin (bekas Pengarah Pendidikan Malaysia) pula

menyatakan, guru perlu menggaris dan melaksanakan pendekatan pengajaran sendiri

di sekolah masing- masing dalam usaha menjayakan reformasi pendidikan di negara

ini. Menurutnya, pelajar bukan sahaja menimba ilmu berpandukan kurikulum di

dalam buku teks, malah perlu didedahkan dengan kemahiran, pemerhatian dan

kebebasan membuat rumusan untuk melahirkan keyakinan melalui pendekatan

pengajaran oleh guru masing- masing (Mohd. Husni, 1996). Dalam situasi yang

sama, pelajar sendiri perlu mencorakkan teknik dan cara pembelajaran bagi

memastikan pelajar benar- benar boleh menghayati Matematik dan ini dapat

memberikan kefahaman yang lebih. Tahap pembelajaran semasa di sekolah rendah

adalah berlainan berbanding dengan sekolah menengah, justeru, ia perlulah diubah

selaras dengan perkembangan pembelajaran semasa. Peringkat pembelajaran

Matematik sekolah menengah adalah lebih tinggi berbanding Matematik sekolah

rendah, maka pelajar- pelajar Tingkatan Satu sememangnya berhadapan dengan

cabaran untuk memasuki aras kognitif yang lebih tinggi. Maka cara pembelajaran

turut mempengaruhi pencapaian akademik.

Keyakinan pelajar terhadap Matematik juga turut dikaji dalam kajian ini.

Walaupun pelajar- pelajar yang terpilih ini adalah pelajar cemerlang dalam UPSR

dan memperolehi gred A dalam Matematik, namun, peningkatan tahap pembelajaran

Matematik sekolah rendah ke sekolah menengah sedikit sebanyak mempengaruhi

persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini. Ada pelajar- pelajar berpendapat

Matematik sekolah rendah jauh lebih mudah berbanding dengan Matematik sekolah

menengah. Selain daripada skop pembelajaran yang lebih luas dan mendalam,

Matematik Tingkatan Satu mula menekankan proses hafalan bagi rumus- rumus

tertentu. Ini menyebabkan pelajar- pelajar harus menyesuaikan diri dengan corak

pembelajaran yang berbeza dengan sekolah rendah yang lebih menekankan proses

6

aritmetik. Maka, penyelidik berpendapat, keyakinan pelajar- pelajar turut berubah

seiring dengan perubahan pembelajaran yang dialaminya. Kajian pakar- pakar

psikologi mendapati kejayaan dipengaruhi oleh faktor seperti keyakinan terhadap

keupayaan diri . Walaupun memiliki pengetahuan, tetapi jika tidak yakin untuk

memperolehi A dalam peperiksaan, seseorang itu akan gagal mendapatnya. Faktor

ini jelasnya mempengaruhi pengharapan pelajar terhadap diri sendiri (Ainon Mohd

dan Abdullah Hassan, 2002). Maka, keyakinan terhadap Matematik mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar.

Selain itu, hubungan guru- pelajar juga turut mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar. Campell (1973) menyatakan pencapaian pelajar berkait rapat

dengan ciri- ciri guru yang mesra dan peramah serta memberi penerangan yang jelas.

Guru yang mesra dan sentiasa mengambil berat kebajikan pelajar akan meningkatkan

motivasi diri pelajar- pelajar berkenaan. Sebaliknya, guru yang kurang mesra dan

peka dengan keadaan pelajar boleh menimbulkan rasa kurang selesa. Pelajar menjadi

segan untuk merapati guru berkenaan dan keadaan ini boleh menjejaskan interaksi

guru- pelajar di dalam dan di luar kelas. Menurut Atan Long (1952), pelajar memang

memerlukan seorang guru yang bersifat peramah dan mesra.

Justeru itu, untuk kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti empat faktor

utama yang mempengaruhi kelemahan pelajar- pelajar Sekolah Berasrama Penuh

(SBP) dalam Matematik Tingkatan Satu iaitu Faktor Hubungan Guru- Pelajar, Faktor

Keyakinan Terhadap Matematik, Faktor Cara Pembelajaran dan Faktor Pengajaran

dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris.

1.3 Pernyataan Masalah

Umum mengetahui, pelajar- pelajar yang terpilih ke Sekolah Berasrama

Penuh merupakan pelajar- pelajar yang dianggap “cream student” atau pelajar pintar.

Kecemerlangan yang diperolehi diharapkan akan berterusan sebaik melangkah ke

alam sekolah menengah, namun pada permulaan sesi persekolahan Tingkatan Satu,

pelajar- pelajar masih didapati belum dapat menguasai Matematik dengan

cemerlangnya. Kecemerlangan dalam konteks kajian ini ialah mendapat gred A

7

dalam peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Persoalannya,

mengapakah terdapat segelintir pelajar yang mendapat B dan C untuk kedua- dua

peperiksaan tersebut? Jika perkara ini tidak diatasi pada peringkat awal, dikhuatiri

akan memberi kesan pada tahun- tahun mendatang.

Maka kajian ini adalah bertujuan mengkaji faktor- faktor yang telah

dikenalpasti menjadi punca yang mempengaruhi kelemahan pelajar- pelajar SBP

dalam Matematik Tingkatan Satu. Empat faktor tersebut ialah Faktor Hubungan

Guru- Pelajar, Faktor Keyakinan Terhadap Matematik, Faktor Cara Pembelajaran

dan Faktor Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan permasalahan yang dikemukakan ini, objektif kajian

ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti sejauh mana Faktor Hubungan Guru- Pelajar mempengaruhi

kelemahan pelajar- pelajar SBP dalam Matematik Tingkatan Satu.

2. Mengenalpasti sejauh mana Faktor Keyakinan Terhadap Matematik

mempengaruhi kelemahan pelajar- pelajar SBP dalam Matematik Tingkatan

Satu.

3. Mengenalpasti sejauh mana Faktor Cara Pembelajaran mempengaruhi

kelemahan pelajar- pelajar SBP dalam Matematik Tingkatan Satu.

4. Mengenalpasti sejauh mana Faktor Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

dalam Bahasa Inggeris mempengaruhi kelemahan pelajar- pelajar SBP dalam

Matematik Tingkatan Satu.

8

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, persoalan kajian yang boleh

dibentuk:

1. Bagaimanakah Faktor Hubungan Guru- Pelajar boleh mempengaruhi

kelemahan pelajar- pelajar SBP dalam Matematik Tingkatan Satu?

2. Bagaimanakah Faktor Keyakinan Terhadap Matematik boleh mempengaruhi

kelemahan pelajar- pelajar SBP dalam Matematik Tingkatan Satu?

3. Bagaimanakah Faktor Cara Pembelajaran boleh mempengaruhi kelemahan

pelajar- pelajar SBP dalam Matematik Tingkatan Satu?

4. Bagaimanakah Faktor Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam

Bahasa Inggeris boleh mempengaruhi kelemahan pelajar- pelajar SBP dalam

Matematik Tingkatan Satu?