36
KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI BP4 BESERAH DAERAH KUANTAN 2016 BAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PROJEK KHAS PLANMalaysia@Pahang (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) Negeri Pahang Darul Makmur

Kajian Kawasan Lapang Daerah Kuantan 2016ijpbd.pahang.gov.my/images/WEB/artikel/rancangan_pemajuan/kajian-TLKR... · .$-,$1 7$1$+ /$3$1* '$1 .$:$6$1 5(.5($6, %3 %(6(5$+ '$(5$+ .8$17$1

  • Upload
    others

  • View
    25

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI BP4 BESERAH DAERAH KUANTAN 2016

BAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PROJEK KHAS PLANMalaysia@Pahang (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) Negeri Pahang Darul Makmur

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

1 DAERAH KUANTAN 2016

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan 1.1 Matlamat Kajian 3 1.2 Objektif Kajian 3

2.0 Keperluan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi 2.1 Peruntukan Akta 172 4 2.2 Dasar Penyediaan Tanah Lapang 4 2.3 GPP Tanah Lapang & Kawasan Rekreasi 2013 4

3.0 Kawasan Kajian 3.1 Blok Perancangan (BP) 4 – Beserah 5

4.0 Profil Tanah Lapang berdasarkan Blok Perancangan Kecil (BPK) 4.1 Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.1 7 4.2 Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.2 7 4.3 Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.3 8 4.4 Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.4 9 4.5 Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.5 9 4.6 Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.7 10 4.7 Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.10 11 4.8 Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.11 12 4.9 Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.12 13

5.0 Profil Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Semasa 14 6.0 Keperluan Garis Panduan Perancangan (GPP) Mengikut BPK 15

6.1 Perbandingan Tanah Lapang Yang Disediakan Terhadap Keperluan GPP 7.0 Analisis SWOT

7.1 Analisis SWOT Mengikut BPK 16 7.2 Kekuatan 18 7.3 Kelemahan 18 7.4 Peluang 19 7.5 Ancaman 19

8.0 Cadangan / Penambahbaikan 20 9.0 Penutup 22

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

2 DAERAH KUANTAN 2016

1.0 PENDAHULUAN

Definisi tanah lapang dan kawasan rekreasi dari perspektif perundangan adalah ”mana-mana

tanah samada yang dikepong atau tidak yang dikhas atau direzabkan untuk dikhaskan

keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan

dan rekreasi awam atau sebagai suatu tempat awam” – Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan)

1995. Akta (A933), Seksyen 2(f).

Penyediaan tanah lapang dan kawasan rekreasi memberi implikasi secara langsung dan tidak

langsung kepada gaya hidup masyarakat setempat. Sungguhpun pelaksanaan dasar dan piawaian

perancangan telah digubal serta diaplikasi di setiap peringkat perancangan pembangunan, masih

terdapat pelbagai isu ditimbulkan seperti:-

a) Peratusan penyediaan tanah lapang yang disyaratkan untuk pembangunan berbeza di

setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

b) Penyediaan tanah lapang mengikut permohonan hanya memenuhi keperluan untuk

mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang.

c) Lokasi tanah lapang yang ditentukan kurang sesuai dan penyediaannya tidak mencukupi.

d) Terdapat tanah lapang yang tidak diwartakan setelah lulus Kebenaran Merancang.

e) Terdapat tanah lapang yang dibangunkan untuk aktiviti-aktiviti lain terutamanya

kemudahan masyarakat dan infrastruktur.

f) Permohonan pembangunan berskala kecil dikecualikan daripada menyediakan kawasan

lapang kerana keluasan pembangunan tidak tertakluk kepada syarat yang dikenakan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM) telah mengkaji

semula dan menambahbaik Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi yang disediakan

pada tahun 2000 (JPBD: 7/2000) dengan menerbitkan Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan

Kawasan Rekreasi edisi 2013.

Secara terperinci, tanah lapang dan kawasan rekreasi meliputi dua (2) kategori berikut:

a) Tanah lapang di dalam skim-skim pembangunan yang diserahkan kepada Pihak Berkuasa

Negeri (PBN) di peringkat kelulusan permohonan Kebenaran Merancang ataupun semasa

kelulusan permohonan pecah sempadan tanah.

b) Tanah lapang dan kawasan rekreasi dalam hierarki tertentu iaitu daripada skala terbesar iaitu

taman nasional sehingga skala terkecil iaitu lot permainan yang dibangunkan oleh Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) atau agensi-agensi yang berkenaan.

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

3 DAERAH KUANTAN 2016

1.1 Matlamat Kajian

Tanah lapang dan kawasan rekreasi perlu disediakan mengikut hierarki yang telah ditetapkan

iaitu lot permainan, padang permainan, padang kejiranan, taman tempatan, taman bandaran serta

taman wilayah. Perancangan tanah lapang dan kawasan rekreasi mengikut garis panduan serta

piawaian perancangan tersebut akan mewujudkan persekitaran yang kondusif disamping

menawarkan ruang interaksi antara penduduk setempat khususnya dan masyarakat luar amnya.

Disamping itu, penyediaan kawasan lapang ini perlu dikaji secara mendalam bagi memenuhi aspirasi

perancangan holistik dan lestari.

Oleh itu, matlamat Kajian Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Daerah Kuantan 2016 ini

adalah untuk:

‘Merencana Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Yang Lestari dan Berdaya Huni’

1.2 Objektif Kajian

Objektif Profil Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Daerah Kuantan 2016 ini disediakan untuk:-

i. Membantu PBT menyenarai dan mengkelaskan tanah lapang yang telah disediakan

ii. Memantau keadaan fizikal dan aktiviti semasa tanah lapang berdasarkan kajian lapangan

iii. Mengenalpasti status tanah lapang yang diwartakan dan belum diwartakan oleh Pejabat

Tanah dan Galian (PTG)

iv. Mengenalpasti potensi/penambahbaikan kepada tanah lapang sedia ada

v. Mengetengahkan isu/cabaran bagi tanah lapang yang disediakan tanpa perancangan rapi atau

kurang penyelenggaraan berkesan

vi. Menyediakan direktori tanah lapang daerah dalam bentuk data geospatial

vii. Menjadi rujukan kepada PBPN/PBPT dalam merancang penyediaan tanah lapang dan kawasan

rekreasi secara optimum

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

4 DAERAH KUANTAN 2016

2.0 KEPERLUAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI

2.1 Peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

Merujuk kepada subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), tanah

lapang ditafsirkan sebagai: `mana-mana tanah sama ada yang dikepung atau yang tidak disusun atur

atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga

awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan

kaki awam atau sebagai suatu tempat awam’.

2.2 Dasar Penyediaan Tanah Lapang

Dasar-dasar sedia ada berkaitan perancangan dan penyediaan tanah lapang awam adalah:

i. Skim-skim pembangunan tanah perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus

daripada keluasan kawasan pembangunan sebagai tanah lapang awam.

ii. Semua tanah lapang yang ditetapkan di dalam pelan susun atur pembangunan yang telah

diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) perlu diserahkan kepada PBN dan

diwartakan mengikut peruntukan Seksyen 62, Kanun Tanah Negara (KTN)

iii. PBN perlu mengambil langkah-langkah bagi merizab dan mewartakan tanah lapang awam

yang dicadangkan di dalam rancangan pemajuan mengikut peruntukan Seksyen 62, KTN.

iv. Rizab-rizab tanah lapang awam sedia ada perlu dikekalkan dan tidak boleh dibangunkan untuk

tujuan kemudahan awam lain atau untuk kegunaan pembangunan guna tanah lain.

2.3 Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi 2013

Garis panduan yang diterbitkan oleh JPBD SM telah menyenaraikan hierarki dan fungsi tanah lapang

seperti di dalam Jadual 2.1.

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

5 DAERAH KUANTAN 2016

Jadual 2.1 : Hierarki dan Fungsi Tanah Lapang

Hierarki Keluasan

(hektar)

Saiz

penduduk

Fungsi

Taman Nasional

Tiada had Seluruh negara

Kawasan rekreasi yang mempunyai kepentingan untuk penyelidikan, pengekalan alam semulajadi dan warisan kepada negara.

Taman Wilayah

100 Seluruh wilayah

Kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk sesebuah daerah dan sekitarnya untuk aktiviti rekreasi, sukan dan menikmati keindahan semulajadi.

Taman Bandaran

40 50,000 orang dan ke atas

Kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk bandar untuk aktiviti rekreasi, sukan dan menikmati keindahan semulajadi.

Taman Tempatan

8 12,000 – 50,000 orang

Kawasan rekreasi yang menampung beberapa unit kejiranan untuk aktiviti rekreasi, sukan dan kegiatan sosial penduduk setempat.

Taman Kejiranan

2 3,000 – 12,000 orang

Kawasan rekreasi di dalam sesebuah kawasan kejiranan untuk aktiviti rekreasi, sukan dan kegiatan sosial penduduk setempat.

Padang Permainan

0.6 1,000 – 3,000 orang

Kawasan rekreasi yang menampung keperluan 3 sub kejiranan untuk aktiviti rekreasi aktif dan sukan bagi kegunaan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

Lot Permainan

0.2 300 – 1,000 orang

Kawasan rekreasi aktif di sesebuah kawasan sub-kejiranan untuk kanak-kanak peringkat umur persekolahan rendah.

Laman Rekreasi

0.1 <300 orang Kawasan rekreasi kecil yang menampung beberapa unit kediaman untuk aktiviti rekreasi pasif kanak-kanak bawah umur persekolahan dan interaksi sosial penduduk.

*Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi (2013)

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

6 DAERAH KUANTAN 2016

3.0 KAWASAN KAJIAN

3.1 Blok Perancangan 4 – Beserah

Kawasan kajian merupakan Blok Perancangan (BP) 4 Beserah di dalam Rancangan Tempatan Daerah

Kuantan 2004 – 2015. BP 4 Beserah berkeluasan 4,935 hektar (12,194.6 ekar). Seluas 95.15 hektar

(235.12 ekar) tanah lapang telah disenaraikan di dalam BP 4 Beserah.

Rajah 3.1 : Pelan Guna Tanah BP 4 Beserah dalam Rancangan Tempatan Kuantan 2015.

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

7 DAERAH KUANTAN 2016

4.0 PROFIL TANAH LAPANG BERDASARKAN BLOK PERANCANGAN KECIL (BPK)

Blok Perancangan (BP) 4 – Beserah mempunyai 12 Blok Perancangan Kecil (BPK) iaitu BPK 4.1 – BPK

4.12. Walau bagaimanapun, terdapat tiga (3) BPK yang tidak mempunyai tanah lapang dan kawasan

rekreasi iaitu BPK 4.6, BPK 4.8 dan BPK 4.9.

4.1 Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.1

Perincian tanah lapang dan kawasan rekreasi BPK 4.1 ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.1 berikut.

Jadual 4.1 : Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.1.

*Rujuk Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Daerah Kuantan 2016 – BPK 4.1

4.2 Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.2

Perincian tanah lapang dan kawasan rekreasi BPK 4.2 ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.2 berikut.

Jadual 4.2 : Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.2.

*Rujuk Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Daerah Kuantan 2016 – BPK 4.2

Bil Lokasi Luas (ekar)

Kategori Aktiviti Semasa No. Warta

1. Pelabuhan Kuantan

101.540 Zon penampan Persisiran pantai 3/3/S36 JLD.S.SJ:546(6)

2. Pelabuhan Kuantan

0.660 Lot Permainan Taman permainan -

Jumlah 102.200

Bil Lokasi Luas (ekar)

Kategori Aktiviti Semasa No. Warta

1. - 3.934 Zon penampan Persisiran pantai - 2. - 14.687 Zon penampan Persisiran pantai - 3. Seberang

Balok 0.898 Lot Permainan Taman permainan -

4. - 0.948 Zon penampan Persisiran pantai - 5. - 9.703 Zon penampan Persisiran pantai -

Jumlah 30.170

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

8 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

9 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

10 DAERAH KUANTAN 2016

4.3 Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.3

Perincian tanah lapang dan kawasan rekreasi BPK 4.3 ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.3 berikut.

Jadual 4.3 : Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.3.

*Rujuk Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Daerah Kuantan 2016 – BPK 4.3

Bil Lokasi Luas (ekar)

Kategori Aktiviti Semasa No. Warta

1. Balok Makmur 5.232 Zon Penampan Belukar 3/5/1091/3/5/78 2. Balok Makmur 1.145 Padang

Permainan Taman permainan,

tadika 3/5/123 WK-884-

17/4/13 3. Balok Makmur 2.835 Taman Kejiranan Padang bola dan

rekreasi WK-264-15-4.2004

(MPK) 4. Seberang

Balok 0.209 Zon penampan Belukar -

5. Seberang Balok

5.394 Zon penampan Belukar -

6. Seberang Balok

0.242 Lot Permainan Taman permainan -

7. Balok Perdana 0.940 Padang Permainan

Taman permainan dan rekreasi

LOT-11242

8. - 2.938 Hutan Belukar - 9. Balok Perdana 0.368 Lot Permainan Taman permainan -

10. Balok Perdana 0.410 Lot Permainan Taman permainan, IWK

-

11. Balok Perdana 2.670 Taman Kejiranan Padang bola dan rekreasi

-

12. Balok Perdana 0.538 Perumahan Banglo LOT-11083 13. Taman Balok

Baru 0.653 Lot Permainan Taman Permainan -

14. Taman Balok Baru

13.571 Taman Tempatan Padang SK Balok Makmur

-

15. Balok Baru 7.637 Taman Kejiranan Taman permainan, padang futsal, TNB

-

16. Balok Baru 0.075 Infrastruktur TNB - 17. Balok Baru 0.422 Lot Permainan Taman permainan,

IWK LOT-9794

18. Balok Baru 1.180 Padang Permainan

Taman permainan dan rekreasi

LOT-127199

19. Balok Baru 0.440 Lot Permainan Padang bola LOT-8794 & 10545 Jumlah 46.899

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

11 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

12 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

13 DAERAH KUANTAN 2016

4.4 Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.4

Perincian tanah lapang dan kawasan rekreasi BPK 4.4 ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.4 berikut.

Jadual 4.4 : Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.4.

*Rujuk Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Daerah Kuantan 2016 – BPK 4.4

4.5 Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.5

Perincian tanah lapang dan kawasan rekreasi BPK 4.5 ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.5 berikut.

Jadual 4.5 : Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.5.

Bil Lokasi Luas (ekar)

Kategori Aktiviti Semasa No. Warta

1. Balok Maju 1.215 Padang Permainan

Taman permainan, gelanggang papan

luncur

LOT-2894 3/5/122

2. Balok Sejahtera

0.160 Laman Rekreasi Taman permainan LOT-3777 3/5/119 [W.K-

1103(29/5/2013)] 3. Balok

Sejahtera 0.452 Lot Permainan Taman permainan LOT-3872

4. Balok Sejahtera

0.194 Laman Rekreasi Semak samun LOT-4131 3/5/608 [(W.K-

325(30/3/2006)] 5. Balok

Sejahtera 0.653 Padang

Permainan Padang dan taman

permainan LOT-4020

3/5/117 (PTG)(L) 6. Balok

Sejahtera 45.155 Taman Bandaran Kawasan rekreasi

persisir pantai 3/5/130 (L)

Jumlah 47.830

Bil Lokasi Luas (ekar)

Kategori Aktiviti Semasa No. Warta

1. Balok Permai 0.249 Lot Permainan Taman permainan LOT-6289 3/5/125 [W.K-

1573(23/7/2013)] 2. Chengal

Lempong 0.797 Padang

Permainan Padang LOT-105665

3. Balok Baru 0.922 Padang Permainan

Padang dan taman permainan

LOT-7054 3/5/130 (L)

4. Balok Baru 1.397 Padang Permainan

Taman permainan dan rekreasi

LOT-7049

5. Balok Baru 0.452 Lot Permainan Padang LOT-7055

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

14 DAERAH KUANTAN 2016

*Rujuk Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Daerah Kuantan 2016 – BPK 4.5

4.6 Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.7

Perincian tanah lapang dan kawasan rekreasi BPK 4.7 ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.7 berikut.

Jadual 4.7 : Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.7.

*Rujuk Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Daerah Kuantan 2016 – BPK 4.7

6. Kg. Cengal Lempung

0.615 Padang Permainan

Taman permainan, IWK

LOT-10359 3/5/134 (L)

7. Kg. Sungai Karang Darat

0.831 Padang Permainan

Taman permainan, TNB

LOT-7324

8. Kg. Sungai Karang Darat

0.309 Infrastruktur IWK LOT-9637 3/5/51 (L)

9. Kg. Sungai Karang Darat

0.482 Lot Permainan Taman permainan, TNB, IWK

LOT-30257 & 6378

Jumlah 6.060

Bil Lokasi Luas (ekar)

Kategori Aktiviti Semasa No. Warta

1. Sungai Karang 0.223 Lot Permainan Taman permainan LOT-9921 2. Damansara 3.139 Taman Kejiranan Taman permainan,

TNB LOT-8091

3. Damansara 3.447 Taman Kejiranan Zon penampan - 4. Damansara 1.402 Padang

Permainan Taman permainan

dan rekreasi LOT-4093

5. Damansara 1.102 Zon penampan Tanah kosong - 6. Damansara 0.418 Zon penampan Tanah kosong - 7. Komited 0.625 Lot Permainan Belukar - 8. Komited 2.850 Taman Kejiranan Belukar LOT-3748 9. Damansara 2.006 Taman Kejiranan Taman permainan LOT-3741

3/5/127 (L) 10. Taman Dato’

Rashid 0.599 Lot Permainan Taman permainan LOT-3742

3/5/128 (BAK) 11. Taman Dato’

Rashid 3.182 Taman Kejiranan Taman permainan LOT-3743

3/5/129 [W.K-492(30/1/12)]

Jumlah 18.993

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

15 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

16 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

17 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

18 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

19 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

20 DAERAH KUANTAN 2016

4.7 Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.10

Perincian tanah lapang & kawasan rekreasi BPK 4.10 ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.10 berikut.

Jadual 4.10 : Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.10.

Bil Lokasi Luas (ekar)

Kategori GPP Aktiviti Semasa No. Warta

1. Sungai Karang Darat

0.060 Lot Permainan Taman permainan -

2. Sungai Karang Darat

0.439 Lot Permainan Taman permainan LOT-30353 & 30354

3. Sungai Karang Darat

0.660 Lot Permainan Tanah kosong LOT-30356

4. Kg. Pantai Batu Hitam

0.663 Lot Permainan Taman permainan LOT-27771

5. Kg. Pantai Batu Hitam

0.439 Lot Permainan Tanah kosong -

6. Kg. Pantai Batu Hitam

2.530 Taman Kejiranan Padang bola LOT-28172

7. Kg. Pantai Batu Hitam

0.504 Lot Permainan Taman permainan LOT-105390

8. Kg. Pantai Batu Hitam

0.465 Lot Permainan Taman permainan LOT-30158

9. Kg. Pantai Batu Hitam

0.531 Lot Permainan Taman permainan LOT-30222

10. Kg. Pantai Batu Hitam

0.177 Laman Rekreasi Taman permainan LOT-5563 3/5/1102 (L)

11. Kg. Pantai Batu Hitam

0.492 Lot Permainan Taman permainan LOT-3743 3/5/129 [W.K-492(30/1/12)]

12. Kg. Pantai Batu Hitam

0.501 Lot Permainan Taman permainan LOT-10057

13. Kg. Pantai Batu Hitam

0.223 Lot Permainan Taman permainan LOT-10132

14. - 18.890 Zon Penampan Persisiran Pantai - 15. Kampung

Bahagia 0.168 Laman Rekreasi Lot permainan LOT-5333

16. Kampung Bahagia

0.248 Lot Permainan Taman permainan -

17. Kampung Bahagia

0.126 Zon penampan IWK LOT-5322

18. Kampung Bahagia

0.474 Lot Permainan Taman permainan LOT-1706 3/3/26766(MUIP)

19. Taman Beserah

0.860 Padang Permainan

Tanah Kosong LOT-2401, 2402, 2403 3/5/135 (L)

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

21 DAERAH KUANTAN 2016

*Rujuk Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Daerah Kuantan 2016 – BPK 4.10

4.8 Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.11

Perincian tanah lapang & kawasan rekreasi BPK 4.11 ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.11 berikut.

Jadual 4.11 : Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.11.

*Rujuk Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Daerah Kuantan 2016 – BPK 4.11

20. Taman Beserah

0.192 Laman Rekreasi Belukar -

21. Taman Beserah

1.045 Padang Permainan

Taman permainan, TNB

LOT-1881

22. Taman Beserah

0.286 Kemudahan Masyarakat

Surau -

Jumlah 29.980

Bil Lokasi Luas (ekar)

Kategori GPP Aktiviti Semasa No. Warta

1. Kampung Pelindung

20.03 Tanah lapang Belukar -

2. Pelindung Bayu

0.520 Lot permainan Taman permainan, surau, TNB

LOT-2096 3/5/126 [W.K-591(7/3/2013)]

3. Pelindung Maju

0.219 Lot permainan Taman permainan LOT-10015

4. Pelindung Perdana

0.472 Lot permainan Taman permainan, masjid

LOT-5465 & 5466

5. Pelindung Damai

0.195 Lot permainan Taman permainan, gerai

LOT-2793

6. Kampung Pelindung

0.358 Lot permainan Taman permainan, TNB

LOT-2572

7. Pelindung Damai

37.54 Taman tempatan Padang bola, tasik, laluan pejalan kaki

3/5/623 (L)

8. Pelindung Damai

0.454 Lot permainan Taman permainan LOT-5217 & 5097

Jumlah 59.790

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

22 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

23 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

24 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

25 DAERAH KUANTAN 2016

4.9 Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.12

Perincian tanah lapang & kawasan rekreasi BPK 4.12 ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.12 berikut.

Jadual 4.12 : Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi BPK 4.12.

*Rujuk Pelan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Daerah Kuantan 2016 – BPK 4.12

Bil Lokasi Luas (ekar)

Kategori Aktiviti Semasa No. Warta

1. Kampung Pelindung

0.894 Tanah kosong Belukar -

2. Kampung Pelindung Jaya

7.033 Zon penampan Persisiran pantai -

3. Kampung Pelindung Jaya

10.670 Zon penampan Persisiran pantai -

4. Kampung Pelindung Jaya

1.208 Zon penampan Persisiran pantai -

Jumlah 19.806

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

26 DAERAH KUANTAN 2016

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

27 DAERAH KUANTAN 2016

5.0 PROFIL TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI SEMASA

5.1 Tanah Lapang & Kawasan Rekreasi Yang Diwartakan Dan Ditukar Akitiviti Guna Tanah

Keluasan serta peratusan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Blok Perancangan 4 – Beserah

yang telah diwartakan dan ditukar aktiviti guna tanah ditunjukkan di dalam Jadual 5.1 berikut.

Jadual 5.1 : Kawasan Lapang dan Rekreasi Semasa yang Diwartakan dan Ditukar Aktiviti Guna Tanah

Daripada sejumlah 361.654 ekar keluasan tanah lapang dan rekreasi di BP 4 Beserah, hanya

231.188 ekar (63.93%) telah diwartakan dan 1.334 ekar (0.36%) ditukar kepada aktiviti guna tanah

yang lain. Pewartaan dapat memastikan tanah lapang yang disediakan dapat dikekalkan dari sudut

perundangan selain mengurangkan risiko aktiviti tanah lapang dan kawasan rekreasi ditukar kepada

aktiviti guna tanah yang lain seperti infrastruktur, kemudahan masyarakat dan perumahan.

BPK Keluasan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi

(ekar)

Diwartakan Ditukar Aktiviti Guna Tanah

Keluasan (ekar)

Peratus (%)

Keluasan (ekar)

Peratus (%)

4.1 102.200 101.54 99.35 - 0.00

4.2 30.170 - 0.00 - 0.00

4.3 46.899 12.732 27.15 0.613 1.31

4.4 47.830 47.830 100.00 - 0.00

4.5 6.060 6.060 100.00 0.309 5.10

4.7 18.993 13.401 70.56 - 0.00

4.10 29.980 9.865 32.91 0.412 1.37

4.11 59.790 39.760 66.50 - 0.00

4.12 19.806 - 0.00 - 0.00

Jumlah Keseluruhan 361.654 231.188 63.93 1.334 0.36

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

28 DAERAH KUANTAN 2016

6.0 PERBANDINGAN TERHADAP GARIS PANDUAN PERANCANGAN (GPP)

6.1 Perbandingan Tanah Lapang Yang Disediakan Terhadap Keperluan GPP

Perbandingan penawaran tanah lapang semasa dan Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan

Kawasan Rekreasi 2013 bagi Blok Perancangan 4 – Beserah ditunjukkan di dalam Jadual 6.1 berikut.

Jadual 6.1 : Penawaran dan Keperluan 10% Tanah Lapang berdasarkan GPP di setiap BPK

*Nota:-

Melebihi keperluan yang disarankan oleh GPP

Kurang daripada keperluan yang disarankan oleh GPP

Tiada maklumat tanah lapang & rekreasi

Bil. BPK Zon Perumahan

(Ekar)

Zon Perniagaan

(Ekar)

Keluasan minimum

berdasarkan GPP

(Ekar)

Tanah Lapang

Yang Disediakan

(Ekar)

A B 10%(A+B) C

1. 4.1 26.837 - 2.683 102.200

2. 4.2 117.120 30.030 14.715 30.170

3. 4.3 209.363 6.505 21.586 46.899

4. 4.4 47.830 106.275 15.085 47.830

5. 4.5 456.063 28.479 48.454 6.060

6. 4.6

7. 4.7 818.420 24.754 84.317 18.993

8. 4.8

9. 4.9

10. 4.10 451.931 24.867 47.670 29.980

11. 4.11 300.828 12.354 31.318 59.790

12. 4.12 - 216.694 21.694 19.806

Jumlah 2,425.135 449.957 287.522 361.654

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

29 DAERAH KUANTAN 2016

7.0 ANALISIS SWOT

Analisis SWOT dijalankan untuk menilai kawasan lapang sedia ada daripada 4 sudut berbeza

iaitu Kekuatan, Kelemahan, Peluang Dan Ancaman. Aplikasi analisis SWOT dapat membantu:-

Memanipulasi kekuatan terhadap peluang yang ada

Mengatasi kelemahan yang menghalang peluang

Menggunakan kekuatan untuk menghadapi ancaman

Mengatasi kelemahan yang mengundang ancaman

7.1 Analisis SWOT setiap BPK ditunjukkan di dalam Jadual 6.1 berikut.

Jadual 6.1 : Analisis SWOT Mengikut BPK

BPK Kekuatan

(Strength)

Kelemahan

(Weakness)

Peluang

(Opportunity)

Ancaman

(Threat)

4.1 Tanah lapang sebagai kawasan penampan di sepanjang pantai

Majoriti kawasan penampan adalah belukar dan semak yang sukar diselenggara

Berpotensi untuk pembangunan berhadapan laut untuk komersil atau perumahan

Risiko hakisan tanah di pantai mengurangkan kawasan penampan

4.2 Tanah lapang

sebagai kawasan penampan di sepanjang pantai

Majoriti kawasan penampan adalah belukar dan semak yang sukar diselenggara

Berpotensi untuk pembangunan berhadapan laut untuk komersil atau perumahan

Risiko hakisan tanah di pantai mengurangkan kawasan penampan

4.3 Skim perumahan

terancang mempunyai piawaian tanah lapang yang mencukupi

Sebahagian tanah lapang di kawasan perumahan tidak diselenggara dengan baik

Mewartaan tanah lapang mampu mengelakkan tanah lapang daripada disalahguna / ditukar kepada aktiviti lain

Gejala sosial boleh memberi kesan negatif kepada penggunaan tanah lapang dan rekreasi

4.4 Majoriti tanah lapang yang disediakan telah diwartakan

Hierarki tanah lapang yang jelas dan berkesan

Sesetengah tanah lapang yang disediakan kurang cekap dan berkesan untuk aktiviti riadah / rekreasi

Penglibatan komuniti dalam menjaga tanah lapang menjamin kesejahteraan umum

Gejala sosial boleh memberi kesan negatif kepada penggunaan tanah lapang dan rekreasi

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

30 DAERAH KUANTAN 2016

4.5 Majoriti tanah lapang yang disediakan telah diwartakan

Sebahagian tanah lapang di kawasan perumahan tidak diselenggara dengan baik

Penglibatan komuniti dalam menjaga tanah lapang menjamin kesejahteraan umum

Tanah lapang yang tidak diwartakan berisiko untuk ditukarguna kepada aktiviti lain

4.7 Majoriti tanah

lapang yang disediakan telah diwartakan

Hierarki tanah lapang yang jelas dan berkesan

Sebahagian tanah lapang di kawasan perumahan tidak diselenggara dengan baik

Mewartaan tanah lapang mampu mengelakkan tanah lapang daripada disalahguna / ditukar kepada aktiviti lain

Tanah lapang yang tidak diwartakan berisiko untuk ditukarguna kepada aktiviti lain

4.10 Skim perumahan terancang mempunyai piawaian tanah lapang yang mencukupi

Sebahagian tanah lapang di kawasan perumahan tidak diselenggara dengan baik

Majoriti kawasan penampan adalah belukar dan semak yang sukar diselenggara

Penglibatan komuniti dalam menjaga tanah lapang menjamin kesejahteraan umum

Mewartaan tanah lapang mampu mengelakkan tanah lapang daripada disalahguna / ditukar kepada aktiviti lain

Tanah lapang yang tidak diwartakan berisiko untuk ditukarguna kepada aktiviti lain

4.11 Majoriti tanah lapang yang disediakan telah diwartakan

Sesetengah tanah lapang yang disediakan kurang cekap dan berkesan untuk aktiviti riadah / rekreasi

Penglibatan komuniti dalam menjaga tanah lapang menjamin kesejahteraan umum

Gejala sosial boleh memberi kesan negatif kepada penggunaan tanah lapang dan rekreasi

Tanah lapang yang tidak diwartakan berisiko untuk ditukarguna kepada aktiviti lain

4.12 Tanah lapang sebagai kawasan penampan di sepanjang pantai

Majoriti kawasan penampan adalah belukar dan semak yang sukar diselenggara

Berpotensi untuk pembangunan berhadapan laut untuk komersil atau perumahan

Risiko hakisan tanah di pantai mengurangkan kawasan penampan

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

31 DAERAH KUANTAN 2016

7.2 KEKUATAN

Tanah Lapang Sebagai Kawasan Penampan

Kawasan penampan bertindak untuk menyerap / mengurangkan mudarat daripada

aktiviti bersebelahan yang boleh menggangu gugat tapak sedia ada, seperti pencemaran

udara dan bunyi. Selain itu, kawasan ini turut membantu memelihara Kawasan Sensitif

Alam Sekitar (KSAS) seperti badan air daripada impak pembangunan berhampiran.

Tanah Lapang di dalam Perumahan Terancang

Perumahan terancang menawarkan bilangan dan keluasan tanah lapang yang sesuai

kepada penduduk. Hal ini kerana penyediaan sesebuah skim perumahan perlu mematuhi

piawaian perancangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum kelulusan

pembangunan diberikan.

Hierarki Tanah Lapang yang Jelas

Mengikut garis panduan, penyediaan tanah lapang dan rekreasi mempunyai hierarki

berdasarkan jumlah penduduk. Oleh itu, penawaran tanah lapang berbeza dari segi

keluasan dan kemudahan yang disediakan. Perumahan yang dihuni ramai penduduk

mempunyai hierarki tanah lapang yang lebih tinggi maka memerlukan tanah lapang yang

lebih luas untuk memenuhi kehendak komuniti tersebut.

Pewartaan Tanah lapang

Tanah lapang yang diwartakan memberi jaminan kepada tanah tersebut dari sudut

perundangan. Sebarang salahguna aktiviti atau pencerobohan terhadap tanah lapang

tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang. Namun begitu, binaan tidak kekal

boleh didirikan dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan.

7.3 KELEMAHAN

Kurang atau Sukar Diselenggara

Tanah lapang yang dipenuhi semak samun dan belukar sukar diselenggara. Oleh yang

demikian, kawasan ini akan terbiar dan tidak terurus. Selain itu, bilangan tanah lapang

sedia ada yang banyak menyebabkan pihak PBT tidak dapat menyelenggara setiap tanah

lapang dengan baik.

Keadaan Fizikal yang Tidak Sesuai

Sesetengah kawasan lapang yang disediakan tidak memenuhi piawaian perancangan.

Perkara ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti keluasan tanah lapang yang kecil,

permukaan tanah yang tidak sekata dan ditukarguna kepada aktiviti lain seperti

kemudahan masyarakat atau infrastruktur.

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

32 DAERAH KUANTAN 2016

7.4 PELUANG

Pembangunan Waterfront

Tanah lapang yang tidak efektif berhampiran atau berhadapan badan air boleh dijadikan

pembangunan ‘waterfront’ yang menarik dan menguntungkan. Ini disebabkan oleh trend

pembangunan semasa yang sentiasa berubah dan menampilkan konsep-konsep baru

dalam membangunkan hartanah.

Mewartakan Tanah Lapang

Pewartaan tanah lapang boleh menjamin kawasan tersebut dari sudut perundangan.

Penglibatan Komuniti

Komuniti yang baik akan membantu memelihara tanah lapang yang sedia ada dengan

aktiviti riadah dan rekreasi untuk kesejahteraan semua penduduk. Mereka juga akan

memantau dan memastikan penggunaan tanah lapang tidak bercanggah dari segi

perundangan dan gejala sosial yang negatif.

7.5 ANCAMAN

Risiko Hakisan Pantai

Tanah lapang yang berada di tepi pantai sering terdedah kepada hakisan tanah kerana

aktiviti perkapalan yang berhampiran pelabuhan. Justeru itu, keluasan kawasan

penampan ini akan berkurangan akibat terhakis oleh ombak laut setiap hari.

Gejala Sosial di Tanah Lapang

Sesetengah remaja gemar berkumpul atau menghabiskan masa secara tidak berfaedah di

tanah lapang. Oleh kerana kawasan ini terbuka dan umum, tiada sekatan terhadap aktiviti

yang mereka lakukan walaupun terlibat dengan gejala sosial seperti vandalisme, melepak,

merokok dan lain-lain. Bagi pengunjung lain, mereka akan terganggu dengan golongan ini

dan lebih membimbangkan terpengaruh dengan gejala sosial tersebut.

Tanah Lapang Tidak Diwartakan

Tidak semua tanah lapang yang disediakan diwartakan sebagai tanah kerajaan. Tindakan

tersebut perlu diambil supaya tanah yang disediakan tidak ditukarguna kepada aktiviti lain

atau diambil semula oleh pemaju untuk cadangan pembangunan yang lebih

menguntungkan. Penduduk juga tidak boleh sewenang-wenangnya menceroboh tanah

lapang untuk kepentingan sendiri seperti bercucuk tanam, parking dan sebagainya.

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

33 DAERAH KUANTAN 2016

8.0 CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN

8.1 Berdasarkan analisis SWOT yang dijalankan, terdapat beberapa cadangan atau

penambahbaikan kepada tanah lapang dan rekreasi seperti berikut:-

Cadangan / Penambahbaikan

Piawaian Setiap pembangunan baru mestilah mematuhi keluasan minimum

penyediaan tanah lapang berdasarkan jumlah penduduk yang

dicadangkan dengan merujuk Garis Panduan Perancangan (GPP)

Tanah Lapang dan Rekreasi 2013.

Pembangunan tanah lapang yang menjadi zon penampan di

kawasan pesisir pantai perlu merujuk kepada Garis Panduan

Perancangan (GPP) Kawasan Pesisiran Pantai

Lokasi penyediaan tanah lapang hendaklah berada di pusat /

tengah kawasan perumahan bagi meningkatkan kemudahsampian

kepada semua penduduk.

Tanah lapang yang disediakan perlu diwartakan sebagai tanah

kerajaan demi kesejahteraan penduduk dan umum.

Ciri-ciri Fizikal Permukaan tanah lapang hendaklah rata dan mudah diakses dari

setiap kawasan berjiran dengan laluan pejalan kaki, lorong basikal

dan tempat letak kenderaan yang berkesan.

Bentuk tapak yang baik juga membolehkan aktiviti riadah dan

rekreasi dilakukan secara optimum.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan perlulah mesra Orang

Kelainan Upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas agar semua

lapisan masyarakat dapat menerima manfaat bersama.

Penyelenggaraan terhadap semua kemudahan dan infrastruktur di

atanh lapang perlu dititikberatkan seperti besi karat, longkang

pecah, sampah bersepah dan sebagainya.

Pemasangan CCTV di tanah lapang dapat membantu pemantauan

disamping menjamin penggunaan tanah lapang yang positif.

Tanah lapang yang dipenuhi semak dan belukar hendaklah dipagar

serta diletakkan papan tanda agar tidak diceroboh sesuka hati.

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

34 DAERAH KUANTAN 2016

Aktiviti

Masyarakat

Kerjasama dan penglibatan semua penduduk memantau tanah

lapang mampu mengelakkan gejala sosial menular terutamanya di

kawasan tanah lapang

Komuniti atau persatuan penduduk boleh menganjurkan aktiviti

kejiranan di tanah lapang supaya mendidik masyarakat agar

menghargai tanah lapang yang disediakan

Aktivit bersama PBT seperti ‘senam robik hujung minggu’ turut

membantu menggalakkan penggunaan tanah lapang secara sihat.

Proses Pewartaan

Tanah Lapang

Proses pewartaan tanah lapang sedia ada yang memakan masa 18

bulan juga boleh diringkaskan supaya lebih cepat dan efisyen.

Berikut cadangan carta alir pewartaan tanah lapang yang

mempunyai tempoh 133 hari sahaja.

Draf Carta Alir Pewartaan Tanah Lapang Awam Negeri Pahang

(Hasil Bengkel Tanah Lapang anjuran JPBD Pahang pada 30 Mac 2016)

KAJIAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI | BP4 BESERAH

35 DAERAH KUANTAN 2016

9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penyediaan kawasan hijau bagi tujuan tanah lapang dan rekreasi di sesebuah

kawasan terutamanya dalam skim pembangunan baru amat penting. Keperluan penyediaannya boleh

ditambahbaik melalui kajian semula piawaian perancangan sedia ada dan proses pewartaan oleh

jabatan yang berkaitan manakala kaedah penyediaannya haruslah menepati ciri-ciri fizikal serta

dilengkapi kemudahan yang bersesuaian.

Penglibatan komuniti yang aktif penting dalam memastikan kesejahteraan dan kemampanan

kawasan hijau yang disediakan. Kawasan hijau yang ideal menyumbang kepada gaya hidup yang sihat

dan meningkatkan taraf hidup berkualiti. Disamping itu, kawasan hijau juga membantu mengurangkan

jejak karbon dan membantu mengurangkan risiko pulau haba terjadi. Malahan, kawasan hijau turut

meningkat nilai estetika dan landskap sesebuah kawasan menjadi lebih berdaya huni.

Justeru itu, penyediaan kawasan hijau penting dan wajar dikekalkan untuk kelestarian

masyarakat pada masa hadapan sejajar dengan aspirasi pembangunan holistik yang direncanakan

pada setiap peringkat perancangan.