23
KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK JOHOR NUR DIYANA BINTI YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK JOHOR

NUR DIYANA BINTI YUSOFF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada
Page 3: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada
Page 4: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

ii

KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK JOHOR

NUR DIYANA BINTI YUSOFF

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

iii

Page 6: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

iv

DEDIKASI

Buat Ma & Aboh yang tersayang …

Yusoff bin Omar & Zawiah binti Mamat,

Semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh,

Kau tidak pernah merasa jemu dalam melayan kerenahku,

Semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah,

Terima kasih Ma…. Terima kasih Aboh,

Terima kasih untuk segala pengorbanan dan penat jerihmu,

Sungguh besar pengorbanan yang telah kau berikan padaku,

Akan ku balas segala pengorbananmu kepada ku,

Akan ku bayar segala jerih perihmu,

Keringat lelahmu itu yang membuatkan aku berjaya,

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ma & Aboh atas segala-galanya,

Terima kasih juga krpada adik-beradikku,

Segala jasa dan pengorbanan kalian tidak akan aku lupakan hingga akhir hayat.

Buat Tunang Tercinta….

Kaulah pembakar semangatku,

Kaulah penyuluh kehidupanku,

Terima kasih kerana sentiasa ada disisiku.

Teman-teman seperjuangan….

Dikala susah dan senang kau sentiasa ada untukku,

Sentiasa memberikan sokongan buatku,

Menjalani kehidupan sebagai warga kampus,

Dulu, kini dan selamanya,

Kau tetap teman-teman dihatiku.

Page 7: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

kurniaNya member kekuatan dan keupayaan kepada saya untuk menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr.Mohad Anizu Bin Hj. Mohd Noor selaku

pensyarah penyelia dan pembimbing yang telah banyak meluangkan masa, memberikan

tunjuk ajar, panduan dan bimbingan dalam menghasilkan dan menyiapkan projek sarjana

muda yang baik dan berkualiti ini amatlah dihargai dan disanjungi. Tidak lupa juga

kepada Pemain Bola Sepak Negeri Johor yang telah memberikan kerjasama dalam

menjayakan kajian ini.

Jutaan terima kasih ditujukan buat kedua ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu

memberikan sokongan dan dorongan yang tidak terhingga kepada saya. Penghargaan

seterusnya ditujukan kepada tunang tercinta yang telah memberikan pendapat dan idea

dalam proses menyiapkan kajian ini. Tanpa pengorbanan dan bimbingan dari kalian,

amatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari perjuangan sebagai seorang pelajar.

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada teman-teman seperjuangan yang banyak

menghabiskan masa bersama dalam menyiapkan kajian ini serta sentiasa ada disamping

saya dalam masa susah dan senang. Terima kasih sekali lagi kerana banyak membantu

serta saling berkongsi dan bertukar-tukar pendapat bagi melengkapkan kajian ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat samada secara langsung ataupun tidak dalam melaksanakan kajian ini. Tanpa

sokongan dari semua pihak, kemungkinan kajian ini tidak akan sempurna.

Sekian, terima kasih.

Page 8: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

vi

ABSTRAK

Emosi merupakan salah satu aspek penting dalam psikologi sukan yang perlu diberi

penekanan kerana ia melibatkan perubahan fisiologi dalam diri manusia. Kajian ini

bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis emosi yang didominasi oleh pemain bola

sepak sebelum dan selepas perlawanan. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif di mana ia

dijalankan dalam bentuk soalselidik yang telah diedarkan sebanyak dua kali pada 13

Oktober 2010 iaitu setengah jam sebelum dan selepas perlawanan Liga Super 2009/2010

yang telah berlangsung di Stadium Larkin, Johor Bahru.. Sampel kajian terdiri daripada

18 orang pemain Pasukan Bola Sepak Johor termasuk pemain simpanan dan juga

penjaga gol. Soalan kajiselidik yang diedarkan adalah diadaptasi berdasarkan soalan

kajiselidik The Brunel Mood Scale yang berkaitan dengan emosi seperti bertenaga,

marah, sedih, keliru, lesu dan tegang. Kepentingan kajian ini dijalankan adalah supaya

pemain dan juga jurulatih dapat memahami, memperbaiki dan mengawal emosi sebelum

dan selepas perlawanan dijalankan. Data dianalisis menggunakan Microsoft Office Excel

2007. Hasil kajian mendapati, jenis-jenis emosi yang berlaku sebelum dan selepas

perlawanan adalah sama tetapi berbeza dari segi peratusan dapatan data. Emosi

bersemangat merupakan emosi yang paling tinggi peratusannya bagi sebelum dan

selepas perlawanan. Manakala, bagi jenis-jenis emosi yang lain mendapati bahawa

kadar peratusannya adalah rendah. Dapatan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor

seperti faktor kecergasan fizikal, pengaruh persekitaran dan juga interpersonal pemain.

Untuk kajian akan datang, pengkaji mencadangkan responden menjalankan teknik

seperti teknik imagery, positive self talk dan relaxation sebelum menjawab soalan

kajiselidik untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat.

Page 9: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

vii

ABSTRACT

Emotion is one of a crucial aspect in the sport psychology since it is involving the

changes in the human physiology. With regards of that, the objective of this descriptive

study is to discover the types of emotion among the football player at the pre and post of

a football game. In order to validate the study, data were collected through 18 sets of

questionnaire which were distributed 30 minutes before and after the game during the

Liga Super 2009/2010 at the Larkin Stadium, Johor Bahru. The respondents were the

players, reserve players and the goal-keeper of Johor State Football Team who

participate in the game. For this study, the questionnaires were adapted from “ The

Brunel Mood Scale” which relate to the emotion such as vigorous, angry, depression,

confuse, fatigue and tension and the data was analysed using the Microsoft Excel 2007.

This study is significantly carried out to enable the players and the coach to understand,

improve and control the emotion before and after the game. From the findings revealed

that, the emotion which occur before and after the game were similar but different in the

percentage range. Vigorous showed the highest percentage before and after the game,

however, the other types of emotion were in low percentage due to other factors such as

the physically energetic, environment and the player interpersonal. For future research,

it is recommended to work on techniques such as imagery, positive talk and relaxation

before answering the research question to get the accuracy of the findings

Page 10: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

HALAMAN KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 5

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Limitasi Kajian 9

1.7 Definisi Operasional 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kajian Berkaitan 12

Page 11: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

ix

2.3 Penutup 20

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 21

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Populasi dan Persampelan 22

3.4 Pembolehubah 23

3.5 Instrumen Kajian 23

3.6 Lokasi Kajian 24

3.7 Prosedur Kajian 25

3.8 Analisis Data 27

3.9 Penutup 27

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 28

4.2 Taburan Sampel 29

4.3 Maklumat Peribadi Responden 30

4.4 Jenis-jenis Emosi Sebelum dan Selepas 36

Perlawanan

4.5 Perbandingan Jenis-jenis Emosi Sebelum 49

Dan Selepas Perlawanan

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan 51

5.3 Rumusan 54

5.4 Cadangan Kajian 54

5.5 Penutup 55

Page 12: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

x

RUJUKAN 56

LAMPIRAN A-C

Page 13: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Data analisis mengikut bahagian dalam soal selidik 29

Page 14: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model reaksi emosi (MOREM) 17

4.1 Taburan peratusan responden mengikut umur 30

4.2 Taburan peratusan responden mengikut status perkahwinan 31

4.3 Taburan peratusan responden mengikut jenis bangsa 32

4.4 Taburan peratusan responden mengikut berat (kg) 33

4.5 Taburan peratusan responden mengikut tinggi (cm) 34

4.6 Taburan peratusan responden berdasarkan pengalaman 35

4.7 Taburan peratusan emosi marah (sebelum perlawanan) 37

4.8 Taburan peratusan emosi bertenaga (sebelum perlawanan) 38

4.9 Taburan peratusan emosi keliru (sebelum perlawanan) 39

4.10 Taburan peratusan emosi sedih (sebelum perlawanan) 40

4.11 Taburan peratusan emosi lesu (sebelum perlawanan) 41

4.12 Taburan peratusan emosi tegang (sebelum perlawanan) 42

4.13 Taburan peratusan emosi marah (selepas perlawanan) 43

4.14 Taburan peratusan emosi bertenaga (selepas perlawanan) 44

4.15 Taburan peratusan emosi keliru (selepas perlawanan) 45

4.16 Taburan peratusan emosi sedih (selepas perlawanan) 46

Page 15: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

xiii

4.17 Taburan peratusan emosi lesu (selepas perlawanan) 47

4.18 Taburan peratusan emosi tegang (selepas perlawanan) 48

4.19 Taburan peratusan perbandingan jenis-jenis emosi sebelum 49

dan selepas perlawanan

Page 16: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Lantikan 62

B Surat Perjanjian 63

C Borang Soal Selidik 64

Page 17: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sukan bola sepak adalah suatu sukan yang telah berkembang sejak beberapa

zaman yang dulu. Seperti kebanyakan permainan yang terdapat pada hari ini, bola sepak

juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Menurut “Federation Internationale de

Football Assosiation” (FIFA), permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola

sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan

bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang

mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular.

Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan

bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-

pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan

pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-

undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian

berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.

Page 18: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

2

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan

Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini

ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil

persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan

Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola

sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan

penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat

professional di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak

untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat

perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak

pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan ole FIFA, badan pentadbir bola sepak, yang

diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain

bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang

mudah dan memerlukan peralatan yang minimum menolong penyebaran dan tumbesaran

dalam popularitinya (Wikipedia Bahasa Melayu). Banyak pihak dalam dunia bola sepak

membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia

merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar

sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Page 19: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

3

1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia (FAM) dikenali

sebagai Pasukan Bola Sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan

terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an. Selepas pembentukan Malaysia

pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai Pasukan

Bola Sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan

Malaysia dan berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali

lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea

Utara. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia

pada 1976 dan 1980. Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di

Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah

pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak

Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Kegemilangan dan

kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar

yang melanda bola sepak Malaysia.

Page 20: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

4

1.1.2 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Pada tahun 1926 asas penubuhan FAM dilakukan sebelum ia menjadi rasmi

sebagai badan induk pada 1933. FAM merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola

sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak

kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia.

Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau

FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954.

Nama Persatuan Bola Sepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bola Sepak

Malaysia pada 1960. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman

adalah presiden FAM yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak

Hussein mengambil alih untuk tempoh setahun pada 1975.

FAM kemudiannya diterajui oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian,

Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983 dan bermula tahun 1984,

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengambil alih kepimpinan badan induk itu dan

kekal sehingga kini. Malaysia merupakan salah satu sebab mengapa Malaysia gagal

kembali ke era kegemilangannya pada 1970-an sehinggalah penghujung 1980-an.

Page 21: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

5

1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam permainan bolasepak, terdapat pelbagai-bagai faktor yang boleh

mempengaruhi mutu permainan. Di antara faktor-faktor penting yang boleh memberi

pengaruh yang besar adalah merangkumi aspek taktikal dan teknikal. Oleh itu,

persediaan teknikal, taktikal, psikologikal dan fizikal adalah tunjang utama dalam

meningkatkan prestasi dalam sukan. Kecergasan fizikal memainkan peranan penting

bagi mencapai sesuatu prestasi dalam sukan kerana ia dapat meningkatkan kualiti

pergerakkan tubuh badan, penguasaan kemahiran dan dapat mengelakkan daripada

berlakunya kecederaan. Selain daripada faktor-faktor tesebut faktor psikologikal juga

sangat memainkan peranan salam sukan, sebagai contoh, faktor yang perlu diambil kira

adalah seperti faktor emosi (mood), persediaan mental, tekanan (stress), dan fokus,

konsentrasi dan perhatian.

Emosi adalah komponen penting yang hadir di dalam semua aspek kehidupan

manusia, tidak kira dalam melakukan apa jua perkara. Walaubagaimanapun, emosi juga

turut memberikan aspek yang penting bagi seseorang yang terlibat dalam sukan

(Vallerand,1983). Ia juga merupakan faktor yang kritikal yang boleh digunakan dalam

meningkatkan dan memperbaiki mutu prestasi individu dan juga kumpulan, tidak kira

samada dalam kehidupan harian mahupun aktiviti yang dilakukan seperti sukan

bolasepak.

Terdapat pelbagai situasi yang mungkin berlaku yang melibatkan emosi.

Contohnya dalam aktiviti sukan bolasepak, pemain mungkin merasa cemas untuk

menghadapi sesuatu perlawanan, jurulatih mungkin memberikan tekanan kepada pemain

dengan membuatkan pemain merasa meluat dengan tindakan yang diberikan, peminat

mungkin merasa sedih sekiranya pasukan kegemarannya kalah atau peserta dalam

sesuatu kelab sukan bolasepak mungkin merasa malu sekiranya tidak dapat menguasai

kemahiran dan tidak cekap dalam menjalankan rutin dalam kumpulan.

Page 22: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

6

Emosi-emosi yang dinyatakan merupakan suatu fenomena emosi yang tidak

menarik yang sering berlaku dalam dunia sukan bolasepak, ia juga mempunyai akibat

yang kritikal sekiranya ia melebihi jangkauan pengalaman emosi yang pernah dilalui

oleh mangsa keadaan. Jika dilihat pada situasi yang digambarkan, pemain yang begitu

cemas tidak dapat memberikan mutu persembahan pada tahap yang optimal, jurulatih

yang memarahi pemain akan membuatkan pemain bermain dengan lebih teruk lagi, dan

peserta yang merasa malu semasa latihan akan mengambil keputusan untuk berhenti dari

menghadiri latihan bersama ahli kelab pasukan.

Dengan itu, fenomena emosi juga memainkan peranan yang penting di dalam

sukan bolasepak. Vallerand (1983) menyatakan bahawa kajian berkaitan emosi dalam

persekitaran sukan jarang di lakukan. Perkara ini telah membangkitkan ramai pengkaji

lain untuk menjalankan kajian berkaitan emosi dalam sukan. Sekarang telah terdapat

perkembangan aktiviti kajian berkaitan emosi yang telah dijalankan (Crocker dan

Graham, 1995). Melalui apa yang telah diperkatakan oleh pengkaji berkaitan emosi

dalam sukan, kini telah terdapat perkembangan yang meningkat dalam kajian yang

dijalankan dan terdapat ramai pakar-pakar psikologi sukan.

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis emosi yang berlaku

di dalam diri pemain bola sepak sebelum dan selepas perlawanan. Sekaligus ianya

adalah untuk membantu pemain dalam mengawal emosi semasa perlawanan untuk

mendapatkan mutu permainan yang lebih mantap.

Page 23: KAJIAN JENIS-JENIS EMOSI PEMAIN PASUKAN BOLA · PDF fileamatlah sukar bagi saya untuk meniti hari-hari ... 1.1.1 Sejarah Bola Sepak Malaysia ... an. Selepas pembentukan Malaysia pada

7

1.3 Objektif

1.3.1 Mengenalpasti jenis-jenis emosi (mood) yang didominasi oleh pemain sebelum

dan selepas perlawanan.

1.3.2 Membuat perbandingan emosi yang berlaku di dalam diri pemain sebelum dan

selepas perlawanan.

1.4 Persoalan Kajian

1.4.1 Apakah emosi yang di dominasi oleh pemain sebelum dan selepas perlawanan

dijalankan ?

1.4.2 Apakah perbandingan emosi yang berlaku terhadap pemain sebelum dan selepas

menghadapi perlawanan?