35
1.0 Pengenalan Kajian ini membincangkan aspek kajian teks sastera klasik melayu iaitu Hikayat Raja Pasai. Teks ini dikatakan sebuah kitab sastera sejarah Melayu yang tertua yang pernah dihasilkan di alam Melayu sebelum munculnya Sejarah Melayu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hikayat inilah yang pertama menghasilkan gaya sastera Melayu yang tersendiri, kemudiannya diikuti pula oleh karya sastera yang lain. Justeru, Hikayat Raja Pasai, sememangnya mendapat tempat tersendiri di kalangan para pengkaji sastera yang mengundang untuk mengkajinya. Di antara sarjana Barat yang pernah memilih teks ini sebagai bahan kajian mereka ialah R. Roolvink, R.O. Winstedt, H. Hill, dan A.Teuw. Namun kebanyakan perbincangan sarjana ini hanya tertumpu kepada aspek persejarahan dan perbandingan teks. Dalam kajian mereka, yang menarik perhatian ialah soal- soal persamaan dan perbezaan antara Sejarah Melayu dengan Hikayat Raja Pasai dari sudut isi kandungannya.Perbincangan beliau, membawa kepada kesimpulannya bahawa teks ini lebih baik dianggap sebagai hikayat yang bersifat romantis. Memang tidak dinafikan bahawa ada persamaan antara Hikayat Raja Pasai dengan Sejarah Melayu di mana cerita raja-raja Pasai yang terdapat dalam teks ini sama seperti teks Sejarah Melayu. Cerita-cerita ini mengandungi tiga persoalan iaitu asal usul, jurai geneologi raja Pasai dan sejarah pembukaan negeri, kedatangan Islam dan peristiwa yang berlaku semasa dalam pemerintahan kesultanan Pasai. Oleh itu, terbitnya buku ini, perbincangan dalam bab pertama adalah mengenai sejarah

Kajian Hikayat Raja Pasai

  • Upload
    miz

  • View
    588

  • Download
    15

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hikayat raja pasai

Citation preview

1.0 PengenalanKajian ini membincangkan aspek kajian teks sastera klasik melayu iaitu Hikayat Raja Pasai. Teks ini dikatakan sebuah kitab sastera sejarah Melayu yang tertua yang pernah dihasilkan di alam Melayu sebelum munculnya Sejarah Melayu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hikayat inilah yang pertama menghasilkan gaya sastera Melayu yang tersendiri, kemudiannya diikuti pula oleh karya sastera yang lain. Justeru, Hikayat Raja Pasai, sememangnya mendapat tempat tersendiri di kalangan para pengkaji sastera yang mengundang untuk mengkajinya. Di antara sarjana Barat yang pernah memilih teks ini sebagai bahan kajian mereka ialah R. Roolvink, R.O. Winstedt, H. Hill, dan A.Teuw. Namun kebanyakan perbincangan sarjana ini hanya tertumpu kepada aspek persejarahan dan perbandingan teks.

Dalam kajian mereka, yang menarik perhatian ialah soal-soal persamaan dan perbezaan antara Sejarah Melayu dengan Hikayat Raja Pasai dari sudut isi kandungannya.Perbincangan beliau, membawa kepada kesimpulannya bahawa teks ini lebih baik dianggap sebagai hikayat yang bersifat romantis. Memang tidak dinafikan bahawa ada persamaan antara Hikayat Raja Pasai dengan Sejarah Melayu di mana cerita raja-raja Pasai yang terdapat dalam teks ini sama seperti teks Sejarah Melayu. Cerita-cerita ini mengandungi tiga persoalan iaitu asal usul, jurai geneologi raja Pasai dan sejarah pembukaan negeri, kedatangan Islam dan peristiwa yang berlaku semasa dalam pemerintahan kesultanan Pasai. Oleh itu, terbitnya buku ini, perbincangan dalam bab pertama adalah mengenai sejarah perkembangan tradisi lisan dan tulisan dalam kesusasteraan Melayu.Kesimpulannya, kajian sesuatu teks klasik dapat mendekatkan kita dengan karya-karya zaman dahulu. Mungkin pada masa kini bukan ramai masyarakat yang cakna mengenai karya klasik. Sebagai guru, kita harus memartabatkan karya-karya melayu tanah air dan memperkenalkan karya tersebut kepada generasi muda pada masa hadapan.2.0 Kajian Teks Hikayat Raja-Raja Pasai(Rujuk Lampiran)2.1Kajian Mengenai Strategi Pemerengganan

Pemerengganan karangan mungkin kelihatan sebagai suatu perkara yang mudah tetapi perkara ini tidak harus dipandang ringan. Semua orang tahu bahawa pendahuluan, setiap isi dan penutup harus ditempatkan di perenggan-perenggan yang berbeza. Walau bagaimanapun pemerengganan karangan meliputi kemahiran yang lebih daripada itu. Pelajar harus bijak dalam menyusun isi-isi mengikut urutan kepentingan dan logiknya. Pemerengganan isi harus bergerak daripada yang paling penting kepada yang kurang penting. Pemerengganan menjadi lebih kompleks dalam karangan-karangan tertentu. Sebagai contoh sebuah surat kiriman mempunyai perenggan pembuka surat, pengenalan, jambatan, pendahuluan, isi-isi, penutup isi dan penutup surat. Kekompleksan yang sama juga dapat diperhatikan dalam karangan ulasan dan rencana. Para pelajar perlu memahami peranan dan kandungan yang perlu dimuatkan di dalam setiap perenggan tersebut.

Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa penulisan karangan merupakan satu tugasan yang memerlukan pelbagai kemahiran. Pendek kata tidak ada satu kemahiran atau aspek khusus yang boleh menjamin kecemerlangan sesebuah karangan. Sebaliknya kecemerlangan karangan bergantung kepada perancangan yang teliti serta pengabungjalinan pelbagai kebolehan dankemahiran.Analisi kajian strategi pemerengganan Hikayat Raja Pasai dibuat melalui tiga perenggan utama iaitu perenggan pengenalan, pengembang dan penutup. Ketiga-tiga perenggan ini amat penting bagi memastikan cerita yang akan disampaikan dapat difahami oleh pembaca dengan baik. Tambahan lagi, cerita hikayat merupakan sebuah kisah zaman dahulu yang mungkin membosankan pembaca tetapi sekiranya isi yang ingin disampaikan dapat disusun dengan baik tidak mustahil cerita ini mampu menarik ramai pembaca untuk membacanya.Perenggan Pengenalan

Perenggan pengenalan mempunyai fungsi tarikan yang penting kerana ia akan menentukan sama ada pembaca berminat untuk meneruskan pembacaan atau tidak. Selain itu perenggan pengenalan mesti menggambarkan tajuk karangan dan pernyataan penulis tentang tujuan penulisannya. Pengenalan yang menarik akan mengundang minat pembaca untuk menelaah karangan sehingga tamat. Isi perenggan pemulaan bertujuan mengutarakan aspek pokok perbincangan dan memberi latar belakang penting tentang tajuk yang ditulis. Manakala pengenalan yang lemah dan membosankan akan memudarkan minat pembaca dan sekali gus menunjukkan kegagalan seseorang pengarang. Perenggan pengenalan dapat dibina melalui teknik-teknik berikut, iaitu:

i. Kutipan, peribahasa, anekdot

ii. Pendapat atau pernyataan seseorang tokoh

iii. Menyatakan maksud dan tujuan penulisan

iv. Mengemukakan pertanyaan

v. Catatan pengalaman peribadiContoh Perenggan Pengenalan Berdasarkan Hikayat Raja Pasai

Teknik yang telah digunakan dalam perenggan di atas ialah teknik kutipan iaitu dapatan yang telah dikumpul oleh penulis mengenai cerita hikayat tersebut. Ia dapat dilihat melalui ayat, Hikayat Raja Pasai bermula dengan kisah dua orang raja yang bersaudara, iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Di sini kita dapat lihat bahawa penulis ingin memulakan cerita dengan memberitahu pembaca mengenai siapakah hikayat yang sedang mereka baca ini ditujukan.

Selain itu, penulis juga telah memperkenalkan negeri yang raja-raja tersebut baru buka dan menemui bayi. Mereka telah mengambil bayi tersebut untuk dijadikan anak angkat mereka. Contohnya, Pada awalnya, mereka ingin membuka negeri di Samarlangga. Ketika menebas hutan untuk membuka negeri, Raja Muhammad telah menemui seorang kanak-kanak perempuan dari sebuah pokok buluh. Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja Ahmad pula mendapat seorang anak lelaki yang dijaga oleh seekor gajah. Anak lelaki itu dinamakan Merah Gajah. Melalui penerangan ini saya dapati penulis telah meringkaskan keseluruhannya cerita mengenai kewujudan anak-anak mereka sehinggalah dengan memperkenalkan watak lain pula iaitu Merah Silau dan Merah Hasum.

Dengan wujudnya, watak tersebut pembaca akan tertanya-tanya siapakah mereka dan apakah kaitannya dengan Hikayat Raja Pasai. Oleh itu, pembaca haruslah meneruskan pembacaannya dengan helaian berikutnya untuk mengetahui cerita selanjutnya. Dengan ini, saya dapati penulis telah berjaya menarik minat pembaca untuk mengetaui apa yang akan berlaku seterusnya.

Rumusannya, perenggan pengenalan amat penting bagi memastikan tujuan utama hikayat ini ditulis supaya pembaca akan lebih tertanya-tanya dan ingin mengetahui isi seterusnya. Selalunya, perenggan ini tidaklah terlalu panjang dan terlalu pendek kerana jika terlalu pendek isi yang ingin disampaikan tidak disampaikn sepenuhnya. Pembaca selalunya akan menilai sebuah cerita melalui pengenalannya. Jika pengenalan sudah hambar sudah pasti pembaca tidak berminat untuk meneruskan pembacaan.Perenggan Pengembang/ Badan Karangan Perenggan pengembang bertujuan menjelaskan pokok perbincangan yang sebelumnya telah dinyatakan dalam perenggan permulaan. Perenggan pengembang berfungsi sebagai:

i. mengemukakan inti persoalan

ii. memberi ilustrasi dan contoh

iii. menjelaskan hal yang akan dibicarakan pada perenggan berikutnya

iv. meringkas atau mengejapkan isi perenggan sebelumnya

v. mempersiapkan dasar atau landasan bagi kesimpulan

Sehubungan peranan tersebut, perenggan pengembang yang bermutu harus mengandungi ciri-ciri berikut, iaitu:

i. Ayat topik yang berkait langsung dengan pernyataan tesis (ayat tesis).

ii. Mengandungi bukti yang sahih seperti fakta, contoh, deskripsi fizikal dan pengalaman sendiri.

iii. Menggandingkan maklumat lama dan maklumat baharu.

iv. Mengandungi ayat penyangga yang memberi penerangan dan gambaran tentang ayat topik dalam sesebuah perenggan.

v. Mengandungi kesinambungan idea antara perenggan dengan perenggan dan ayat dengan ayat.

Perengan pengembangan amat penting dalam sesebuah hikayat dan cerita kerana melalui perenggan ini banyak maklumat penting yang ingin disampaikan kepada pembaca dapat diberitahu. Sebagaimana dalam Hikayat Raja Pasai di mana penulis ingin memberitahu mengenai kezaliman seorang raja yang sanggup membunuh keluarga sendiri untuk membalas dendam dan kepentingan peribadi. Hal ini dapat dilihat dalam petikan di bawah.

Perenggan di atas, jelas sekali kezaliman yang dilakukan oleh Merah Gajah yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh isterinya bagi mendapatkan uban emas. Dalam perenggan tersebut juga penulis telah meringkaskan cerita dengan memberitahu bahawa Raja Muhammad juga telah membunuh Merah Raja kerana terlalu marah mengenai kematian anaknya. Setelah kejadian itu, Raja Ahmad pula melancarkan perang terhadap Raja Muhammad sehingga menyebabkan kedua-dua raja tersebut menemu ajal. Dalam satu perenggan sahaja pembaca telah mengetahui sebab kematian meraka semua. Di sebabkan dendam dan ketamakan harta, seorang raja sanggup membunuh ahli keluarga sendiri.

Teknik Menulis Perenggan Terdapat pelbagai teknik menulis perenggan bergantung kepada jenis dan motif karangan. Perhatikan teknik-teknik perenggan berikut yang telah diaplikasikan ketika penulis menulis Hikayat Raja Pasai tersebut.Teknik Kontras Masa

Teknik kontras masa digunakan bertujuan untuk menceritakan mengenai pemerintahan siapakah apa masa tersebut. Setiap pemerintahan telah diambil alih oleh keturunan raja tersebut pada masa-masa tertentu sehinggalah berlakunya zaman kejatuhan Pasai. Contoh ayat , Pemerintah negeri Pasai diakhiri oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal kerana berlakunya zaman kejatuhan Pasai.Teknik Urutan Ruang

Ciri- ciri yang menunjukkan teknik ruang digunakan ialah negeri Samudera, negeri Barus, Lamuri dan Perlak. Di sini dapat kita huraikan bahawa rombongan mencari negeri Samudera yang telah diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah terlajak ke negeri Barus, Lamuri dan Perlak sebelum menjumpai negeri Samudera.Kepelbagaian Teknik Dalam Perenggan Kita telah belajar bahawa terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasi dalam sesebuah perenggan. Tambahan lagi. dalam sebuah perenggan terdapat pelbagai teknik yang boleh digandingkan untuk menghasilkan sebuah perenggan yang bermutu. Pengarang yang mahir tidak bergantung kepada satu teknik sahaja, tetapi akan mencantumkan pelbagai teknik untuk memberi kesan kepada pembaca. Oleh sebab itu, apabila kita membincangkan strategi pemerengganan, kita mestilah melihat dalam konteks yang luas, misalnya:

Seperti dinyatakan terdahulu bahawa teknik yang digunakan dalam perenggan di atas adalah jenis uratan waktu, tetapi kita juga boleh menyatakan bahawa terdapat satu lagi teknik yang digunakan oleh pengarang, iaitu teknik urutan ruang. Antara ciri teknik ini ialah Samudera, Menggiri, Mekah, Madinah dan Hijaz. Jelas bahawa semua lokasi-lokasi ini merupakan ruang dalam skala besar, iaitu sebuah negeri (Madinah, Samudera, Mengiri), negara (Mekah), dan wilayah (Hijaz). Kesimpulannya, sesebuah perenggan boleh mengandungi lebih daripada satu teknik. Kebijaksanaan menggandingkan pelbagai teknik dalam satu perenggan memerlukan latihan, kemahiran dan pembacaan yang meluas tentang selok belok penulisan.

Perenggan Penutup Perenggan penutup berbeza dengan perenggan lain kerana fungsinya menyimpulkan buah fikiran dalam satu atau dua perenggan sahaja. Selain itu perenggan penutup merupakan kesimpulan bagi seluruh isi karangan. Perenggan ini juga merupakan pernyataan kembali maksud penulis dengan tujuan mengejapkan kefahaman pembaca. Begitupun, sebagai perenggan terakhir, seharusnya struktur perenggan penutup mematuhi ciri-ciri berikut:

i. Mestilah berkait langsung dengan pernyataan tesis.

ii. Pernyataannya dapat mencerminkan keseluruhan isi utama.

iii. Mengandungi kesimpulan daripada suatu penyelesaian, ramalan dan cadangan (jika berkaitan).

iv. Memberi nilai judgement oleh penulis agar pembaca merasa puas hati terhadap hujah-hujah pengarang.

Contoh perenggan penutup berdasarkan cerita Hikayat Raja Pasai :

Perenggan penutup yang dibuat oleh penulis dalam hikayat ini sangat ringkas dan hanya menggunakan satu ayat sahaja untuk mengambarkan keseluruhannya cerita yang berlaku dalam hikayat ini. Walau bagaimanapun, pernyataan tersebut talah mampu mencerminkan keseluruhan isi utama iaitu mengenai raja yang zalim telah menyebabkan runtunya sesebuah negara yang ditadbir.

Berdasarkan penutup yang dibuat, tidak dinyatakan cadangan dan jalan penyelesaian yang boleh dikongsi bersama pembaca mengenai perangai raja yang zalim tersebut. Pengajaran dan nilai berdasarkan hikayat tersebut juga boleh diserap bagi memastikan pembaca mengetahui apa yang boleh dipelajari oleh mereka secara tersirap dan tersurat apabila membaca Hikayat Raja Pasai ini.

Secara ringkas, Hikayat Raja Pasai ini dapatlah dibahagikan kepada tiga bahagian yang umum, iaitu mengenai asal usul pembukaan negeri-negeri Pasai dan Samudera, pengislaman Merah Silau dan kejatuhan kerajaan Pasai ke Majapahit; seperti yang tercatat dalam sejarah iaitu pada tahun 1350.2.2Kajian Mengenai Gaya Bahasa

Gaya BahasaDefinisi Gaya Dan Bahasa

Sebelum dihurai dengan lebih lanjut tentang gaya bahasa dalam karya-karya (sama ada karya berbentuk puisi ataupun prosa), terlebih dahulu hendaklah dilihat apakah definisi atau yang dimaksudkan dengan gaya dan bahasa itu.

Definisi gaya

Yang dimaksudkan dengan gaya dalam bidang penghasilan karya bertulis ialah: corak, bentuk, rupa, atau pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat. Gaya juga bermaksud: satu cara menulis atau bercakap.

Definisi bahasa

Sebagaimana definisi tentang gaya, definisi mengenai bahasa juga agak banyak. Walaubagaimanapun, kesemua definisi itu tidak terhindar dari konsep sebagai alat perhubungan dan yang terbina dari kalimat-kalimat. Di antara definisi yang boleh dianggap terkenal ialah definisi yang diutarakan oleh pengkaji dan pakar beahasa bernama Bloch & Trager. Mereka berpendapat bahawa: bahasa ialah salah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbiterari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung.

Berhubung dengan definisi gaya bahasa dalm karya penulisan juga terdapat berbagai-bagai. Mislanya, mengikut pendita Zaaba, beliau mengatakan, gaya bahasa ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang. Gaya bahasa juga dikatakan sebagai kekuatan perbandingan yang dipakai dalam karangan. Bahasa yang dipakai itu ialah untuk menimbulkan daya (iaitu kata-kata biasa, sindiran dan perbandingan) yang mana ianya terhasil dari peribadi seseorang pengarang. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa gaya bahasa merupakan satu corak, bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan sewaktu berhubung di antara satu sama lain secara lisan mahupun tulisan.

Cara Penggunaan Gaya Bahasa

Setiap pengarang akan cuba sedaya upaya mencari satu gaya bahasa yang terbaik sebagai satu cara menarik minat pembaca di samping menghasilkan satu karya yang benar-benar bermutu. Sebab itu, bila kita membaca apa-apa sahaja bentuk tulisan (sama ada bentuk puisi atau prosa), kita akan tersua dengan berbagai gaya bahasa yang menarik. Dan, kemahiran menggunakan gaya bahasa ini merupakan sesuatu kekuatan berkarya bagi seorang pengarang. Sekiranya, pengarang tidak pandai atau tidak memasukkan gaya bahasa tertentu, nyata sekali karyanya tawar dan hambar, laksana gulai tidak bergaram. Gaya bahasa bolehlah diibaratkan sebagai perencah, pelazat rasa atau berbagai ramuan untuk menyedapkan makanan. Gaya bahasa merangkumi perkataan, ikatan ayat, jalan bahasa corak susunan ataupun betuk pembahasaanya. Dalam Bahasa Malaysia, terdapat dua jenis penggunaan gaya bahasa iaitu, gaya cakap mulut dan gaya cakap surat. Kedua-dua jenis gaya bahasa ini boleh jadi terbina dari gaya bahasa Melayu betul dan gaya bukan Melayu betul.

Penggunaan peribahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, simpulan bahasa, bahasa kiasan, petikan hadis nabi dan ayat suci al-quran, madah pujanggan, seloka, jenis-jenis bentuk puisi dan seumpamanya, boleh juga dianggap sebagai salah satu gaya bahasa. Jika seseorang berkata, tulisan dia macam cakar ayam, ini bermakna tulisan yang ditulis tidak cantik, kucar-kacir dan tidak boleh dibaca. Ini merupakan satu gaya bahasa yang menggunakan simpulan bahasa cakar ayam. Begitu juga dengan kata-kata orang rumah (suami atau isteri), dan sebagainya

Jenis Jenis Gaya Bahasa

Jenis Gaya BahasaHuraiannya

(a) Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya

Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

(b) Ayat Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang

(c) Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan

Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.

Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan

(d) Simile Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)

Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran

(e) Metafora Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya

Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran

(f) Hiperbola Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya

Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi

(g) Sinkope Bermaksud penyingkatan perkataan

Contohnya: "Apa dah jadi ni?"

(h) Rima Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi

Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir

(i) Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak

Contohnya: pengulangan vokal u dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku

(j) Aliterasi Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak

Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan

(k) Pengulangan Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak

anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA ! epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku

repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga

(l) Perlambangan merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam

contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda

Analisis Gaya Bahasa Yang Digunakan Dalam Hikayat Raja PasaiSimileMerupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung). Gaya bahasa ini juga menggunakan kata seperti bagai, umpama, seperti, sebagai dan sebagai bagi tujuan membandingkan atau menyamakan sesuatu benda. Antara contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai ialah :

1. Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya sendiri.2. Lalu, baginda menamakan negeri itu sebagai Samudera, sempena semut besar yang ditemuinya.3. Sebaik sahaja beliau mendapat tahu ada kapal hendak berlabuh di negerinya bagi memenuhi permintaan Sharif Mekah, baginda terus turun takhta lalu menabalkan seorang anaknya sebagai Raja Meringi yang baru.Dalam ayat 1, 2 dan 3 gaya bahasa yang digunakan ialah gaya bahasa simile iaitu perkataan sebagai. Gaya bahasa ini digunakan untuk menerangkan maksud sesuatu ayat. Contoh ayat 1 ialah 1.Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya sendiri. Memberi maksud bahawa anak itu telah dijadikan anaknya sendiri walaupun beliau tidak tahu siapakah ibu dan bapa sebenar anak tersebut.

Begitu juga dengan penggunaan kata sebagai dalam ayat 2 dan 3 iaitu untuk memberitahu atau menyamakan dan membandingkan sesuatu contoh menamakan negeri itu sebagai Samudera. menabalkan seorang anaknya sebagai Raja Meringi yang baru.

Hiperbola / Bahasa melampau-lampau / Bahasa besar

Perkataan ini juga berasal dari perkataan Latin ballein (yang bermaksud melemparkan), iaitu satu gaya bahasa yang cuba menunjukkan atau membesar-besarkan ataupun melebih-lebihkan sesuatu perkara atau benda. Contohnya penggunaan hiperbola dalam hikayat yang dikaji ialah :

1. Lalu Merah Silau melihat di sana terdapat seekor semut yang sangat besar, sebesar seekor kucing.Di dalam ayat di atas hiperbola yang digunakan dalam hikayat tersebut ialah sebesar seekor kucing. Ia digunakan bagi menggambarkan seekor semut yang besar yang dilihat sebagai seekor kucing. Jika dilihat secara logik tiada semut yang sebesar seekor kucing. Oleh sebab itu, pelambangan semut sama besar dengan seekor kucing merupakan hiperbola iaitu sesuatu yang mustahil berlaku.

Pengulangan

Gaya bahasa pengulangan ialah gaya bahasa yang mengulang-ulang sesuatu perkataan berulang kali dalam satu ayat. Dalam hikayat tersebut saya dapati terdapat unsur pengulangan perkataan contohnya :

1. Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut Puteri Betung yang berwarna emas2. Dia meminta untuk mencabut rambut itu dari Puteri Betung tetapi Puteri Betung tidak mengizinkannya.3. Namun demikian, Merah Gajah tetap mencabut rambut itu ketika Puteri Betung sedang tidur.Berdasarkan ketiga-tiga ayat di atas, unsur pengulangan yang digunakan berulang kali ialah kata Merah Gajah dan Puteri Betung. Perkataan Merah Gajah diulang sebanyak dua kali manakala perkataan Puteri Betung diulang sebanyak tiga kali dalam ayat yang berturutan. Pengulangan ini berlaku kerana dalam ayat yang seterusnya penulis masih lagi menggunakan nama yang sama sebagai subjek utama dalam ayat.Sinkope

Sinkope merupakan gaya bahasa yang menyingkatkan sesuatu perkataan menjadi lebih pendek tetapi makna perkataan tersebut masih lagi boleh difahami. Contoh sinkope yang digunakan dalam hikayat dikaji ialah :

1. Rombongan itu pun belayar mencari negeri Samudera.Singkatan perkataan pun merupakan perkataan yang dipendekkan penggunaannya menjadi yang pendek. Ia disingkatkan daripada kata sudah pun kata sudah telah digugurkan.Pertentangan

Gaya bahasa ini merupakan perbanding dua benda yang berbeza dalam satu ayat. Ia menunjukkan perbandingan yang dibuat berdasarkan dua perkara yang berlaku. Contoh penggunaan gaya bahasa pertentangan dalam petikan tersebut ialah :

1. Malikul Mahmud memerintah Samudera manakala Malikul Mansur memerintah negeri Pasai.Berdasarkan ayat di atas perkataan manakala digunakan untuk memberi makna pertentangan dengan perkara pertama iaitu Malikul Mahmud memerintah Samudera dan Malikul Mansur memerintah negeri Pasai. Hal ini menunjukkan perbandingan antara dua negeri yang berbeza yang diperintah oleh dua orang raja.Penggunaan Bahasa Asing Dalam Petikan Melayu

Dalam Bahasa Melayu (seperti juga dalam bahasa-bahasa lain) banyak sekali perkataan asing yang telah terpinjam atau termasuk sehati menjadi sebahagian daripada perkataan Melayu jati. Perkataan-perkataan demikian hampir kesemuanya telah diubahkan bunyinya yang sebanar mengikut tabii lidah Melayu. Kerap kali berlaku juga maknanya juga telah berubah atau bertambah daripada makna dalam bahasa asal. Kebanyakan perkataan pinjaman ini terasa seolah-olah sebagai bahasa Melayu sendiri kerana kerap sangat kita menggunakanya dalam percakapan dan penulisan kita sehari-harian. Hal ini berlaku disebabkan oleh eratnya hubungan bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa lain sejak zaman awal lagi. Ianya akan ketara sebagai bahasa cedukan bila orang mengetahui bahasa asalnya. Misalnya dalam Hikayat Raja Pasai terdapat beberapa contoh bahasa asing yang digunakan :Bahasa Arab

1. Rasulullah juga berwasiat supaya rombongan yang bakal pergi ke sana singgah terlebih dahulu di negeri Mengiri untuk mengambil seorang fakir untuk dibawa ke Samudera.

2. Seorang ulamak yang bernama Sheikh Ismail dijadikan mualim atau nakhoda kapal bagi menjayakan wasiat Rasulullah itu.Kesimpulan

Secara keseluruhannya, analisis teks karya klasik Melayu merupakan sebuah kajian mengenai karya-karya agung zaman dahulu kala. Dengan adanya tugasan ini, saya akui banyak belajar mengenai karya klasik. Hal ini demikian kerana bukan ramai yang berminat untuk membuat kajian mengenai karya klasik seperti karya Hikayat Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lain karya klasik lagi. Dalam kajian analisis ini antara aspek yang telah saya pilih untuk dianalisis dalam petikan Hikayat Raja Pasai ialah dari aspek strategi pemerengganan dan aspek gaya bahasa.

Dari aspek strategi pemerengganan, saya perlu mengkaji struktur-struktur perengganan yang telah digunakan dalam karya tersebut. Di samping itu, saya juga melihat dari segi kesesuaian perenggan yang digunakan. Terdapat tiga perenggan utama iaitu perenggan pengenalan, perenggan perkembangan dan perenggan penutup. Kesemua perenggan ini haruslah ada dalam setiap cerita hikayat Melayu Klasik. Manakala dari aspek gaya bahasa pula, saya telah memilih beberapa gaya bahasa yang digunakan dalam petikan tersebut seperti simile, hiperbola, pengulangan, sinkope dan sebagainya. Rumusanya, segala jenis kajian yang dibuat adalah berdasarkan aspek soalan yang dikehendaki oleh pensyarah subjek ini.

BibliografiAsmah Hj.Omar. (1993). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaAli Ahmad. (1962). Hikayat Raja-raja Pasai. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala

Lumpur.

Ismail Hussein. (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaJones .R. (1987). Hikayat Raja Pasai. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Kamus Dewan. (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamal Ariffin. (1984). Sejarah Sastera Melayu Klasik dan Moden. Kuala Lumpur: Supreme Marketing.

Khalid Hussin. (1966). Hikayat Raja-raja Pasai (ringkasan cerita). Dewan Bahasa

dan Pustaka Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim, Faris M Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj Sabran. (1984). Kajian bahasa untuk pelatih maktab perguruan. Petaling Jaya Selangor : Fajar Bakti.

W.G Shellabear.(1981). Sejarah Melayu. Petaling Jaya Selangor : Fajar Bakti. Lampiran

TEKS SULALATUS SALATIN(Ringkasan Hikayat Raja Pasai)

Hikayat Raja Pasai bermula dengan kisah dua orang raja yang bersaudara, iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Pada awalnya, mereka ingin membuka negeri di Samarlangga. Ketika menebas hutan untuk membuka negeri, Raja Muhammad telah menemui seorang kanak-kanak perempuan dari sebuah pokok buluh. Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja Ahmad pula mendapat seorang anak lelaki yang dijaga oleh seekor gajah. Anak lelaki itu dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Puteri Betung dan Merah Gajah dinikahkan. Mereka mendapat dua orang anak lelaki yang diberi nama Merah Silau dan Merah Hasum.

Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut Puteri Betung yang berwarna emas. Dia meminta untuk mencabut rambut itu dari Puteri Betung tetapi Puteri Betung tidak mengizinkannya. Namun demikian, Merah Gajah tetap mencabut rambut itu ketika Puteri Betung sedang tidur. Akibat daripada perbuatan itu, keluarlah darah putih dari kepala Puteri Betung kemudian beliau meninggal dunia. Apabila diketahui oleh Raja Muhammad, baginda sangat marah lalu membunuh Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad mengetahui bahawa anaknya dibunuh, baginda terus melancarkan perang terhadap Raja Muhammad. Akhirnya, kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan tersebut.

Setelah perang selesai, Merah Silau dan Merah Hasum bersepakat untuk meninggalkan negeri Samarlangga dan berniat untuk membuka negeri lain. Merah Silu membuka negeri Samudera. Setelah diislamkan, Merah Silau menukar namanya menjadi Malikul Saleh. Baginda kemudiannya mengahwini puteri Sultan Perlak, iaitu Puteri Ganggang. Daripada perkahwinan itu, lahir seorang anak lelaki yang diberi nama Malikul Tahir. Tampuk pemerintahan diambil alih pula oleh Malikul Tahil. Setelah baginda mangkat, kedua putera Malikul Tahir iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur yang mengambil alih tugas bapanya. Malikul Mahmud memerintah Samudera manakala Malikul Mansur memerintah negeri Pasai. Setelah Malikul Mahmud mangkat, takhta kerajaan jatuh ke tangan puteranya, Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Pemerintah negeri Pasai diakhiri oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal kerana berlakunya zaman kejatuhan Pasai.

Pada suatu hari, Merah Silau pergi berburu dengan membawa anjingnya, Si Pasai. Apabila baginda melepaskan Si Pasai, anjing itu terus menyalak di atas sebuah bukit yang tinggi. Lalu Merah Silau melihat di sana terdapat seekor semut yang sangat besar, sebesar seekor kucing. Kemudian, Merah Silau menangkap semut tersebut lalu dimakannya. Merah Silau kemudiannya menyuruh para pengikutnya menebas hutan untuk menjadikan kawasan itu sebuah negeri. Setelah siap, Merah Silau tinggal di kawasan itu dengan membuat istana miliknya bersama-sama dengan segala hulu balang dan rakyat jelata. Lalu, baginda menamakan negeri itu sebagai Samudera, sempena semut besar yang ditemuinya.

Nama negeri Pasai pula diambil daripada nama anjing Sultan Malikul Saleh. Pada suatu hari, Sultan Malikul Saleh pergi berburu dengan para pengikutnya di tepi laut. Turut bersama baginda ialah anjang peliharannya, Si Pasai. Setelah tiba di tepi laut, Si Pasai dilepaskan lalu masuk ke dalam hutan. Kemudian, Si Pasai bertemu dengan seekor pelanduk yang sedang duduk berehat di atas suatu kawasan tanah tinggi. Si Pasai kemudiannya menyalak kepada pelanduk tersebut dan ingin menangkapnya. Sesuatu yang ganjil telah berlaku apabila pelanduk itu membalas salakan Si Pasai. Apabila Si Pasai mendengar salakan pelanduk tadi, ia pun kembali ke belakang iaitu di tempat asalnya. Setelah Sultan Malikul Saleh melihat kejadian yang berlaku itu, baginda pun cuba untuk menangkap pelanduk itu tadi. Namun, pelanduk itu dapat melarikan diri dari ditangkap oleh Sultan Malikul Saleh. Baginda kemudiannya menanyakan kepada semua hulu baling sama ada pernah melihat seekor pelanduk yang gagah sekali. Setelah itu, terlintas di fikiran Sultan Malikul Saleh untuk membuka negeri baru khas untuk anakandanya, Sultan Malikul Tahir. Setelah kembali ke negeri Samudera, baginda memerintahkan agar kawasan tersebut dibersihkan, lalu baginda mendirikan sebuah istana di kawasan itu. Tidak berapa lama kemudian, maka selesailah semua pembinaan di kawasan tanah tinggi tersebut kemudian anjing baginda, Si Pasai pun mati. Baginda kemudian memerintahkan agar Si Pasai ditanam di negeri yang baru dibuka itu. Sempena kematian Si Pasai, maka Sultan Malikul Saleh menamakan negeri baru itu sebagai negeri Pasai.

Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan kepada seorang sahabat bahawa suatu hari nanti akan muncul negeri di bawah angin yang bernama Samudera. Apabila berlakunya hal ini, maka hendaklah dihantar orang untuk mengislamkan orang-orang di negeri ini kerana di sinilah akan melahirkan ramai wali-wali Allah. Rasulullah juga berwasiat supaya rombongan yang bakal pergi ke sana singgah terlebih dahulu di negeri Mengiri untuk mengambil seorang fakir untuk dibawa ke Samudera. Wasiat tersebut kemudiannya sampai kepada Sharif Mekah iaitu Raja yang memerintah Mekah dan sekitarnya, Madinah dan wilayah Hijaz. Seorang ulamak yang bernama Sheikh Ismail dijadikan mualim atau nakhoda kapal bagi menjayakan wasiat Rasulullah itu. Beliau dan orang-orangnya pun kemudiannya berlayar ke negeri Mengiri seperti yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad, iaitu sebuah negeri yang terletak di benua Hindi.

Negeri Meringi ini diperintah oleh seorang raja yang bernama Raja Muhammad. Menurut cerita, Raja Muhammad adalah daripada keturunan sahabat baginda S.A.W iaitu Saidina Abu Bakar. Sebaik sahaja beliau mendapat tahu ada kapal hendak berlabuh di negerinya bagi memenuhi permintaan Sharif Mekah, baginda terus turun takhta lalu menabalkan seorang anaknya sebagai Raja Meringi yang baru. Selain itu, baginda juga melucutkan pakaian bangsawan yang ada di tubuhnya lalu menukar kepada pakaian orang fakir. Raja Muhammad yang telah menjadi fakir ini membawa pula seorang anaknya yang muda untuk meninggalkan istana dan bersama-sama menjadi fakir. Mereka pergi berjumpa Sheikh Ismail lalu meminta supaya dibawa belayar ke Samudera untuk bersama-sama menunaikan wasiat Nabi S.A.W.

Rombongan itu pun belayar mencari negeri Samudera. Tetapi,mereka tidak pasti kedudukan negeri tersebut sehinggalah mereka tersasar ke negeri Barus, Lamuri dan Perlak. Walau bagaimanapun, rombongan ini turut singgah di negeri-negeri untuk mengislamkan raja dan penduduknya tetapi apabila disuruh membaca al-Quran yang dibawa dari Mekah, tidak ada seorang pun yang pandai membacanya.

Pada suatu malam, Merah Silau sedang tidur. Dalam tidur baginda bermimpi melihat seorang tua berjubah datang dan memegang dagunya. Kemudian, orang itu menutup mata baginda dengan tangannya. Orang dalam mimpi tersebut menyuruh Merah Silau mengucap dua kalimah syahadah. Merah Silau bertanya kepada lelaki tersebut cara untuk mengucap, lalu lelaki itu menyuruh Merah Silau membuka mulutnya lantas meludah ke dalam mulutnya. Orang itu kemudiannya mengisytiharkan bahawa Merah Silau sebagai raja, dan nama barunya ialah Sultan Malikul Saleh. Orang itu juga berpesan kepada Merah Silau agar hanya memakan makanan yang halal dan menjauhi makanan yang haram, iaitu memakan binatang yang disembelih sahaja. Selain itu, orang tua itu juga memberitahu Merah Silau bahawa baginda sekarang berada dalam syariat agama Isam, iaitu agama Allah. Orang tua itu juga sempat mengingatkan Merah Silau bahawa dalam masa empat hari sahaja lagi akan sampai sebuah kapal dari Mekah, dan Merah Silau hendaklah mengikut apa sahaja yang dibawa oleh rombongan tersebut tanpa banyak bantahan. Merah Silau kemudian dapat tahu bahawa orang lelaki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W. setelah terjaga, Merah Silau merasakan bahawa dirinya sudah dikhatankan. Kesan itu boleh dilihat nyata pada tubuhnya. Baginda juga sentiasa mengucapkan dua kalimah syahadah tanpa henti. Kemudian, baginda membaca al-Quran tiga puluh juzuk dengan lancar sehingga tamat. Semua menteri dan hulu balang merasa hairan mendengar perkataan demi perkataan yang disebut oleh raja mereka, kerana sebelum ini mereka tidak pernah mendengarnya.

Tidak lama kemudian, rombongan Sheikh Ismail sampai ke Teluk Terli lalu berlabuh di situ. Fakir Muhammad terjumpa dengan seorang lelaki yang sedang menjala ikan lalu bertanya nama negeri tersebut dan nama ketuanya. Lelaki itu menjawab bahawa negeri itu ialah Samudera dan rajanya ialah Merah Silau atau nama islamnya, Malikul Saleh.

Pada keesokan harinya, Syeikh Ismail pun turun ke darat lalu pergi menemui Sultan Malikul Saleh. Syeikh Ismail meminta Sultan Malikul Saleh mengucap dua kalimah syahadah. Lalu mengucaplah Sultan Malikul Saleh tanpa sebarang kesalahan. Pada keesokan harinya pula, Syeikh Ismail bersama fakir Muhammad datang kembali menemui Sultan Malikul Saleh dengan membawa al-Quran tiga puluh juzuk. Sultan Malikul Saleh membaca al-Quran itu dengan betul tanpa perlu diajar. Syeikh Ismail dan fakir Muhammad akhirnya bersyukur kerana telah menemui orang yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Syeikh Ismail kemudiannya meminta Sultan Malikul Saleh untuk menghimpunkan segala hulubalang dan seluruh rakyat yang terdiri daripada semua peringkat umur dan jantina. Setelah dihimpunkan, mereka diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh Syeikh Ismail. Mereka mengucapkannya dengan penuh keyakinan dan keikhlasan. Oleh sebab itu, negeri Samudera disebut juga sebagai Negeri Darulsalam. Hal ini kerana, setelah memeluk Islam, negeri itu berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera.

Setelah Sultan Malikul Mahmud mangkat, takhta kerajaan jatuh ke tangan puteranya, Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Sultan Ahmad dirajakan oleh Sultan Malikul Saleh itu sendiri di Pasai. Sultan Ahmad ini ialah seorang pemerintah yang zalim. Dia sanggup membunuh anaknya sendiri. Kezalimannya juga diketahui oleh kerajaan Majapahit.

Sultan Ahmad Perumudal Perumal ini sangat menyukai perempuan dan akan mengahwini mana-mana sahaja perempuan yang baginda inginkan. Oleh sebab itu, baginda mempunyai anak seramai 30 orang. Lima orang anaknya ialah seibu dan sebapa, iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Abul Fadil, Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara. Anaknya Tun Beraim Bapa itu merupakan seorang pahlawan yang sangat kuat dan tidak ada bandingnya pada zaman tersebut. Manakala, Tun Abdul Jalil merupakan seorang lelaki yang sangat kacak rupa parasnya. Tun Abul Fadil pula seorang anak yang kuat agama dan bijaksana dalam soal keagamaan. Dua orang anak perempuannya Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara sangat cantik dan tidak ada tandingannya pada zaman itu.

Kezaliman Sultan Ahmad dapat dilihat apabila baginda berahikan kedua-dua anak kandungnya sendiri dan memberitahu para pembesarnya bahawa dia ingin mengahwini dua puteri kandungnya tersebut. Setelah Tun Beraim Bapa mendengar berita tersebut, segera baginda melarikan kedua-dua adiknya ke Tukas. Apabila Sultan Ahmad mengetahui akan hal tersebut, baginda sangat marah. Sultan Ahmad bertambah marah apabila mengetahui puteranya bergurau senda dengan seorang dayang yang cantik bernama Fatimah Lampau. Oleh sebab itu, baginda kemudiannya merancang untuk membunuh anaknya Tun Beraim Bapa. Pelbagai cara yang dibuatnya untuk membunuh Tun Beraim Bapa, namun semuanya gagal kerana keperkasaan Tun Beraim Bapa.

Raja Ahmad kemudiannya menghantarkan makanan beracun kepada Tun Beraim Bapa. Tun Beraim bapa memberikan makanan tersebut kepada anjing lalu anjing itu pun mati. Baginda memberikan pula kepada ayam, ayam tersebut juga mati. Oleh sebab Tun Beraim Bapa tidak mahu menderhaka, maka dia juga turut memakan makanan itu. Lalu gatal-gatal seluruh tubuhnya. Adik-adik perempuannya juga meninggal dunia kerana memakan makanan itu. Akhirnya, Tun Beraim Bapa mati dan dikuburkan di Bukit Fudul Allah.

Kezaliman Sultan Ahmad Perumudal Perumal tidak berhenti setakat itu sahaja. Baginda kemudiannya membunuh puteranya Tun Abdul Jalil. Baginda membunuh anak-anaknya hanya kerana puteri Majapahit jatuh cinta dengan anaknya. Puteri itu bernama Tuan Puteri Gemerencang. Puteri Gemerencang jatuh hati setelah melihat gambar Tun Abdul Jalil yang sangat kacak. Oleh sebab itu, Tuan Puteri Gemerencang pun pergi belayar ke negeri Pasai. Apabila Sultan Ahmad mengetahui Tuan Puteri Gemercangan ingin datang ke Pasai kerana mahu berkahwin dengan Tun Abdul Jalil, maka Sultan Ahmad sangat cemburu lalu membunuh puteranya itu. Apabila Tuan Puteri Gemercangan mendengar berita kematian Tun Abdul Jalil, dia pun berdoa agar dimatikan oleh Allah. Lalu, kapalnya tenggelam dalam laut Jambu Air, tempat mayat Tun Abdul Jalil dibuang. Angkatan yang membawa Tuan Puteri Gemercangan pulang kembali ke benua Jawa. Apabila mendengar berita kematian Tuan Puteri Gemercangan, Sultan Ahmad berasa sangat menyesal.

Setelah angkatan yang membawa Tuan Puteri Gemercangan sampai ke benua Jawa, mereka memberitahu akan hal yang berlaku. Oleh sebab itu, maka Sang Nata sebagai raja Majapahit mengambil keputusan untuk menyerang Pasai. Oleh sebab panglima perang Pasai yang handal, iaitu Tun Beraim Bapa sudah tiada, maka Pasai pun kalah. Akhirnya, Sultan Ahmad melarikan diri ke Menduga dengan penuh sesalan. Akhirnya, negeri Pasai berjaya ditawan oleh Majapahit.

Melalui peristiwa-peristiwa di atas, jelas menunjukkan bahawa kezaliman seseorang raja boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah negara.

Hikayat Raja Pasai bermula dengan kisah dua orang raja yang bersaudara, iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Pada awalnya, mereka ingin membuka negeri di Samarlangga. Ketika menebas hutan untuk membuka negeri, Raja Muhammad telah menemui seorang kanak-kanak perempuan dari sebuah pokok buluh. Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja Ahmad pula mendapat seorang anak lelaki yang dijaga oleh seekor gajah. Anak lelaki itu dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Puteri Betung dan Merah Gajah dinikahkan. Mereka mendapat dua orang anak lelaki yang diberi nama Merah Silau dan Merah Hasum.

Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut Puteri Betung yang berwarna emas. Dia meminta untuk mencabut rambut itu dari Puteri Betung tetapi Puteri Betung tidak mengizinkannya. Namun demikian, Merah Gajah tetap mencabut rambut itu ketika Puteri Betung sedang tidur. Akibat daripada perbuatan itu, keluarlah darah putih dari kepala Puteri Betung kemudian beliau meninggal dunia. Apabila diketahui oleh Raja Muhammad, baginda sangat marah lalu membunuh Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad mengetahui bahawa anaknya dibunuh, baginda terus melancarkan perang terhadap Raja Muhammad. Akhirnya, kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan tersebut.

Setelah perang selesai, Merah Silau dan Merah Hasum bersepakat untuk meninggalkan negeri Samarlangga dan berniat untuk membuka negeri lain. Merah Silu membuka negeri Samudera. Setelah diislamkan, Merah Silau menukar namanya menjadi Malikul Saleh. Baginda kemudiannya mengahwini puteri Sultan Perlak, iaitu Puteri Ganggang. Daripada perkahwinan itu, lahir seorang anak lelaki yang diberi nama Malikul Tahir. Tampuk pemerintahan diambil alih pula oleh Malikul Tahil. Setelah baginda mangkat, kedua putera Malikul Tahir iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur yang mengambil alih tugas bapanya. Malikul Mahmud memerintah Samudera manakala Malikul Mansur memerintah negeri Pasai. Setelah Malikul Mahmud mangkat, takhta kerajaan jatuh ke tangan puteranya, Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Pemerintah negeri Pasai diakhiri oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal kerana berlakunya zaman kejatuhan Pasai.

Rombongan itu pun belayar mencari negeri Samudera. Tetapi,mereka tidak pasti kedudukan negeri tersebut sehinggalah mereka tersasar ke negeri Barus, Lamuri dan Perlak. Walau bagaimanapun, rombongan ini turut singgah di negeri-negeri untuk mengislamkan raja dan penduduknya tetapi apabila disuruh membaca al-Quran yang dibawa dari Mekah, tidak ada seorang pun yang pandai membacanya.

Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan kepada seorang sahabat bahawa suatu hari nanti akan muncul negeri di bawah angin yang bernama Samudera. Apabila berlakunya hal ini, maka hendaklah dihantar orang untuk mengislamkan orang-orang di negeri ini kerana di sinilah akan melahirkan ramai wali-wali Allah. Rasulullah juga berwasiat supaya rombongan yang bakal pergi ke sana singgah terlebih dahulu di negeri Mengiri untuk mengambil seorang fakir untuk dibawa ke Samudera. Wasiat tersebut kemudiannya sampai kepada Sharif Mekah iaitu Raja yang memerintah Mekah dan sekitarnya, Madinah dan wilayah Hijaz. Seorang ulamak yang bernama Sheikh Ismail dijadikan mualim atau nakhoda kapal bagi menjayakan wasiat Rasulullah itu. Beliau dan orang-orangnya pun kemudiannya berlayar ke negeri Mengiri seperti yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad, iaitu sebuah negeri yang terletak di benua Hindi.

Melalui peristiwa-peristiwa di atas, jelas menunjukkan bahawa kezaliman seseorang raja boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah negara.