24
Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka. oleh Mohd Khairi bin Abdul Rahman Suzana binti Mad Hezir Nurul Ainie binti Roosle Sharifah Huda binti Syed Ismail ABSTRAK Kajian bertujuan mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar dan hubungannya dengan prestasi akademik mereka. Untuk mencapai matlamat kajian, dua instrumen, iaitu Inventori Gaya Pembelajaran (Dunn, Dunn dan Price, 1978) yang diubahsuai dan Soal Selidik Persepsi Pemilihan Gaya Pembelajaran (Reid, 1984) telah diberi kepada pelajar- pelajar jurusan perakaunan sesi 2011/2012. Hasil kajian mendapati pelajar lelaki lebih dipengaruhi persekitaran sunyi dan tempat yang formal berbanding pelajar perempuan.. Kajian mendapati pelajar memilih awal pagi dan malam sebagai waktu untuk belajar. Dari sudut tempat belajar, pelajar suka persekitaran sunyi, mempunyai cahaya yang terang dan formal. Dari segi gaya pembelajaran, pelajar lelaki kurang mengamalkan gaya pembelajaran auditori, kinestetik dan taktil berbanding dengan pelajar perempuan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan dirangsangkan faktor persekitaran dan fizikal dalam pembelajaran mereka. Dari sudut perbezaan jantina dan gaya pembelajaran menunjukkan gaya pembelajaran pelajar lelaki adalah kurang auditori, kinestetik dan taktil berbanding dengan pelajar perempuan. Manakala dari segi gaya pembelajaran individu dan visual, pelajar lelaki lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Kajian turut mendapati terdapat hubungan kuat diantara rangsangan pembelajaran persekitaran dengan pencapaian akademik. Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang lemah dan positif di antara faktor fizikal, emosi dan psikologi dalam pencapaian akademik pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perhubungan di antara gaya pembelajaran auditori, visual, kinestetik dan taktil dengan pencapaian akademik pelajar. Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang lemah di antara gaya pembelajaran berkumpulan dan individu dengan pencapaian akademik. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dibuat untuk membantu pihak pengurusan kolej, pensyarah dan kaunselor dalam menyesuaikan pemilihan rangsangan dan gaya pembelajaran pelajar.

Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di kalangan

Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka.

oleh

Mohd Khairi bin Abdul Rahman

Suzana binti Mad Hezir

Nurul Ainie binti Roosle

Sharifah Huda binti Syed Ismail

ABSTRAK

Kajian bertujuan mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar dan hubungannya dengan

prestasi akademik mereka. Untuk mencapai matlamat kajian, dua instrumen, iaitu

Inventori Gaya Pembelajaran (Dunn, Dunn dan Price, 1978) yang diubahsuai dan Soal

Selidik Persepsi Pemilihan Gaya Pembelajaran (Reid, 1984) telah diberi kepada pelajar-

pelajar jurusan perakaunan sesi 2011/2012. Hasil kajian mendapati pelajar lelaki lebih

dipengaruhi persekitaran sunyi dan tempat yang formal berbanding pelajar perempuan..

Kajian mendapati pelajar memilih awal pagi dan malam sebagai waktu untuk belajar.

Dari sudut tempat belajar, pelajar suka persekitaran sunyi, mempunyai cahaya yang

terang dan formal. Dari segi gaya pembelajaran, pelajar lelaki kurang mengamalkan gaya

pembelajaran auditori, kinestetik dan taktil berbanding dengan pelajar perempuan.

Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan dirangsangkan faktor

persekitaran dan fizikal dalam pembelajaran mereka. Dari sudut perbezaan jantina dan

gaya pembelajaran menunjukkan gaya pembelajaran pelajar lelaki adalah kurang auditori,

kinestetik dan taktil berbanding dengan pelajar perempuan. Manakala dari segi gaya

pembelajaran individu dan visual, pelajar lelaki lebih tinggi daripada pelajar perempuan.

Kajian turut mendapati terdapat hubungan kuat diantara rangsangan pembelajaran

persekitaran dengan pencapaian akademik. Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang

lemah dan positif di antara faktor fizikal, emosi dan psikologi dalam pencapaian

akademik pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perhubungan di antara

gaya pembelajaran auditori, visual, kinestetik dan taktil dengan pencapaian akademik

pelajar. Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang lemah di antara gaya pembelajaran

berkumpulan dan individu dengan pencapaian akademik. Berdasarkan dapatan kajian,

beberapa cadangan dibuat untuk membantu pihak pengurusan kolej, pensyarah dan

kaunselor dalam menyesuaikan pemilihan rangsangan dan gaya pembelajaran pelajar.

Page 2: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

PENDAHULUAN

Pembelajaran merupakan satu proses reflektif di mana pelajar membangunkan

persepsi dan pemahaman baru dalam proses kematangan mentalnya. Oleh itu,

pembelajaran boleh dikatakan sebagai satu proses umum manakala pemikiran kritikal dan

kreativiti lebih tertumpu kepada aspek-aspek spesifik dalam pembelajaran. Menurut

teoris, gaya pembelajaran adalah gabungan ciri kognitif, afektif dan faktor-faktor fisiologi

yang memberi penunjuk yang stabil bagaimana seorang pelajar melihat, berinteraksi dan

bergerak balas terhadap persekitaran. (Keefe, 1979).

Oleh yang demikian, penting bagi pengajar mengetahui perbezaan-perbezaan

diantara individu dan bagaimana untuk mengajar secara produktif daripada pelbagai

model pengajaran. Bagi pembelajaran pasif, pelajar boleh mengawas dan mengawal

aktiviti-aktiviti kognitif. Pelajar memproses maklumat baru melalui asimilasi dan

integrasi dengan maklumat lama. Manakala pembelajaran aktif, pelajar perlu membuat

lebih daripada mendengar. Mereka perlu membaca, menulis dan berbincang dalam

menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar perlu terlibat dalam peringkat tinggi dalam

membuat analisis, sintesis dan penilaian.

LATARBELAKANG KAJIAN

Kajian bermula hasil daripada keputusan Peperiksaan Semester Program

Matrikulasi 1 sesi 2011/2012. Bagi pelajar jurusan perakaunan, bilangan pelajar yang

mendapat keputusan PNGK 4.0 bagi semua subjek adalah sedikit. Ini kerana terdapat

sebilangan pelajar yang tidak mencapai gred A dalam salah satu subjek peperiksaan. Ada

sebilangan kecil yang mencapai PNGK kurang 2.0. Ini menimbulkan persoalan adakah

pelajar tidak memberi fokus kepada semua subjek peperiksaan atau pelajar menggunakan

gaya pembelajaran yang berbeza bagi setap subjek tersebut.

Permasalahan kajian ini adalah mengenal pasti gaya pembelajaran di antara

pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi dengan pelajar yang

mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam semua subjek peperiksaan

secara keseluruhan. Antara subjek-subjek yang termasuk dalam pengiraan Purata Nilai

Gred Keseluruhan (PNGK) adalah Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan

Matematik.

Page 3: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Oleh itu, satu soal selidik diberikan kepada semua pelajar jurusan perakaunan. Di

dalam soal selidik ini, terbahagi kepada tiga bahagian utama. Bahagian A merupakan

maklumat berkaitan pelajar seperti jantina, jumlah jam belajar seminggu dan nilai PNGK

semester 1. Bahagian B dan C pula menggunakan dua instrumen utama, iaitu Inventori

Gaya Pembelajaran (Dunn, Dunn dan Price, 1978) dan Persepsi Pemilihan Gaya

Pembelajaran (Reid, 1984) untuk menentukan jenis rangsangan yang terlibat dalam

pembelajaran. Pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan yang menentukan persepsi

gaya pembelajaran seperti auditori, visual, taktil atau kinestetik. Pelajar turut dikenalpasti

dari segi corak pembelajaran, sama ada belajar secara bersendirian atau berkumpulan,

suasana persekitaran seperti sunyi, bising, cahaya terang atau gelap dan waktu belajar

sama ada pada waktu pagi, tengahari atau malam.

PERNYATAAN MASALAH

Objektif utama kolej adalah mewujudkan dan membina kesedaran pelajar ke arah

penghayatan budaya ilmu yang terancang dan sistematik. Untuk mencapai objektif ini,

pensyarah perlu memainkan peranan yang utama dalam menyelesaikan masalah

akademik dengan mengenalpasti corak dan gaya pembelajaran pelajar. Dengan

mengenalpasti masalah ini, pensyarah dapat membantu mengenalpasti strategi

pembelajaran yang sesuai supaya ianya dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung membantu meningkatkan pencapaian

pelajar dan kaedah pengajaran pensyarah, seterusnya membantu pihak kaunseling

merangka program-program khusus yang bersesuaian dengan pelajar.

Menurut Keefe (1979), gaya pembelajaran adalah gabungan ciri kognitif, afektif

dan faktor-faktor fisiologi yang memberi penunjuk yang stabil secara relatif tentang

bagaimana seorang pelajar melihat, berinteraksi dan bergerak balas terhadap persekitaran

pembelajaran mereka. Selain itu, pencapaian akademik banyak dikaitkan dengan gaya

pembelajaran yang dipraktikkan pelajar. Pelajar yang memperoleh pencapaian akademik

yang baik selalunya mempunyai gaya pembelajaran yang berkesan. (McCaulley dan

Nater, 1980; Miller, Always dan McKinley, 1987. Oleh yang demikian, kajian telah

memilih untuk menggunakan instrumen Perceptual Learning Style Survey dan Learning

Style Inventory yang telah dialih bahasa untuk mengkaji perhubungan gaya pembelajaran

dengan pencapaian akademik pelajar jurusan perakaunan di Kolej Matrikulasi Melaka.

Page 4: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

PERSOALAN KAJIAN

Di dalam kajian ini, beberapa persoalan telah dikenalpasti :

1. Adakah terdapat perbezaan rangsangan pembelajaran di antara pelajar lelaki dan

pelajar perempuan?

2. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan?

3. Apakah perhubungan yang wujud di antara jumlah jam belajar seminggu dengan

pencapaian akademik pelajar?

4. Apakah perhubungan yang wujud di antara pelbagai jenis rangsangan

pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar?

5. Adakah terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian

akademik pelajar?

TUJUAN KAJIAN

Umumnya, kajian ini adalah satu bentuk penilaian terhadap corak dan persekitaran

pembelajaran pelajar-pelajar jurusan perakaunan di Kolej Matrikulasi Melaka. Tujuannya

mengenal pasti faktor-faktor individu, rangsangan dan gaya pembelajaran pelajar dan

hubungannya dengan prestasi akademik. Antara objektif utama kajian ialah :

1. Mengenal pasti perbezaan rangsangan pembelajaran di antara pelajar lelaki dan

perempuan.

2. Mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan

perempuan.

3. Menentukan perhubungan di antara jumlah jam belajar seminggu dengan

pencapaian akademik pelajar.

4. Menentukan perhubungan pelbagai jenis rangsangan pembelajaran dengan

pencapaian akademik pelajar.

5. Menentukan perhubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian

akademik pelajar.

Page 5: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

HIPOTESIS

Berikut adalah hipotesis yang dibina bagi menjawab setiap persoalan kajian yang

dijalankan.

H01 : Tidak ada perbezaan rangsangan pembelajaran di antara pelajar lelaki dan

perempuan.

H02 : Tidak ada perbezaan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan

perempuan.

H03 : Tidak ada hubungan di antara jumlah jam belajar seminggu dengan pencapaian

akademik pelajar.

H04 : Tidak ada hubungan di antara berbagai rangsangan pembelajaran dengan

pencapaian akademik pelajar.

H05 : Tidak ada hubungan di antara gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian

akademik pelajar.

KEPENTINGAN KAJIAN

Dengan adanya kajian ini, ianya diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman

pensyarah mengenai gaya pembelajaran pelajar di Kolej Matrikulasi Melaka agar

mencapai prestasi yang lebih baik dalam pembelajaran mereka. Kajian juga diharap dapat

memberi kefahaman kepada semua pihak tentang sejauh mana gaya pengajaran dan

pembelajaran boleh disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Ini membolehkan

pensyarah membuat persediaan pengajaran dengan memperkembangkan bahan-bahan

pengajaran.

Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, pensyarah

bukan sahaja perlu mengetahui latarbelakang pelajar, tetapi perlu mengetahui gaya

pengajaran dan pembelajaran yang boleh disesuaikan dengan potensi dan kebolehan

pelajar. Selain itu, kajian diharap dapat memberikan maklumat serta panduan kepada

pihak kaunselor dalam membantu pelajar mengenalpasti ciri-ciri gaya pembelajaran

peribadi. Dengan itu, pihak kaunselor dapat merangka program berkaitan kemahiran

belajar yang boleh menjadi panduan kepada pelajar.

Page 6: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

TINJAUAN LITERATUR

Menurut teori gaya pembelajaran, pelajar menggemari lebih daripada satu gaya

pembelajaran. Teori turut mengandaikan dengan merekabentuk pengalaman pendidikan,

kurikulum dan pengajaran yang sepadan dengan gaya pembelajaran pelajar mungkin

dapat memperbaiki pencapaian akademik pelajar (Irvine dan York, 1995).

Walaubagaimanapun, seseorang individu boleh mengubah gaya pembelajarannya

mengikut kehendak kerja pada waktu itu (Kolb, 1976).

Menurut model gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Dunn, Dunn dan Price,

terdapat lima kategori utama rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran.

Antaranya ialah :

1. Persekitaran - Merujuk kepada faktor cahaya, bunyi, suhu dan rekabentuk bilik.

Reaksi pelajar kepada rangsangan ini ditentukan oleh faktor biologi. Oleh itu, ia

tidak dapat mengubah pendengaran, penglihatan, suhu dan sensitiviti badan.

2. Emosi – Merangkumi aspek perancangan berstruktur, ketekunan, motivasi dan

kebertanggungjawaban. Elemen ini mempengaruhi pelajar melalui pengalaman di

rumah, sekolah, taman permainan, perjalanan dan sebagainya

3. Sosial - Merujuk kepada faktor pasangan, rakan sebaya, sendiri dan kumpulan.

Faktor ini mempengaruhi corak pembelajaran pelajar itu sendiri dan membantu

mereka belajar daripada maklumat yang diperolehi dari pengalaman tersebut.

4. Fizikal – Merangkumi kekuatan persepsi, mobiliti, pengambilan dan masa

seharian. Elemen fizikal pelajar adalah biologikal secara semulajadi dan

berhubung dengan bagaimana seseorang individu itu belajar melalui pancaindera

iaitu auditori, visual, taktil dan kinestatik.

5. Psikologi – Merujuk kepada faktor seperti sifat global/analitik, impulsif/reflektif

dan kedominan otak kanan atau kiri. Perbezaan dalam fungsi otak menyumbang

kepada perbezaan gaya pembelajaran dalam individu yang berlainan.

Pembelajaran yang baik dapat dicapai apabila individu melalui pendekatan

pembelajaran yang berbeza mrngikut tahap kesukaran.

Selain itu, Perceptual Learning-Style Preference Questionnaire (Reid, 1984)

merupakan salah satu instrumen yang boleh digunakan dalam kajian berkaitan gaya

Page 7: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

pembelajaran. Menurut instrumen ini, pemilihan gaya pembelajaran yang utama

menunjukkan ciri-ciri pelajar seperti berikut :

1. Visual

Mempelajari sesuatu dengan baik dengan melihat perkataan dalam

buku, di atas papan hitam dan di dalam buku kerja.

Mengingati, memahami maklumat dan arahan dengan baik jika membaca.

Tidak memerlukan penerangan lisan dan boleh belajar secara bersendirian

dengan sebuah buku.

Mengambil nota dan arahan secara lisan untuk mengingati maklumat.

2. Auditori

Belajar daripada mendengar perkataan yang diucap dan penerangan lisan.

Dapat mengingati maklumat dengan cara membaca kuat atau

menggerakkan bibir semasa membaca, terutama semasa mempelajari

bahan yang baru.

Mendapat keuntungan daripada mendengar pita audio, kuliah dan

perbincangan kelas.

3. Kinestetik

Belajar melalui pengalaman secara fizikal di bilik darjah.

Mengingati maklumat dengan baik apabila mengambil bahagian dalam

aktiviti, field trips dan mainkan peranan di bilik darjah.

4. Taktil

Mempunyai peluang mencari pengalaman hands-on dengan bahan-bahan.

Melaksanakan eksperimen di makmal, mengawal dan membina model.

Menulis nota atau arahan yang boleh membantu mengingati dan

memahami maklumat baru melalui penglibatan fizikal di dalam kelas.

5. Belajar Berkumpulan

Lebih mudah, sekurang-kurangnya dengan seorang pelajar dan lebih

berjaya menyiapkan kerja apabila bekerja dengan orang lain.

Menghargai interaksi dan kerja berpasukan dengan pelajar lain dan mudah

mengingati maklumat apabila bekerja dengan dua atau tiga rakan lain.

Page 8: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

6. Belajar Bersendirian

Dapat berfikir dengan lebih baik apabila belajar bersendirian.

Dapat mengingati maklumat yang dipelajari sendiri.

Memahami dan lebih berjaya dalam pelajaran apabila bekerja sendirian.

Selain itu, kebanyakan penyelidikan menunjukkam gaya pembelajaran boleh

menghalang atau meningkatkan pencapaian akademik dalam beberapa aspek (Riding dan

Grimley, 1999). Kejayaan dan kegagalan seseorang berpunca dari cara pembelajarannya

sendiri sama ada berkesan atau sebaliknya. Menurut Maznah Ismail dan Yoong Suan

(1995), pendekatan pembelajaran yang digunakan bergantung kepada ciri-ciri diri, motif

pembelajaran dan persepsi mereka terhadap tugasan yang diberi.

Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran spesifik didapati mendapat

pencapaian akademik yang lebih baik (McCaulley dan Natter, 1980 ; Miller, Always dan

McKinley, 1987). Kajian lain ke atas gaya pembelajaran dan pencapaian akademik

menunjukkan bahawa mengajar pelajar bagaimana untuk mengawas dan mengurus gaya

pembelajaran adalah penting untuk kejayaan akademik (Matthews, 1991; Atkinson, 1998;

Biggs dan Moore, 1993). Kajian yang lain oleh Nelson et al. (1993) mendapati pelajar

yang terlibat dalam bengkel gaya pembelajaran mempunyai PNGK yang lebih tinggi

daripada pelajar yang tidak terlibat dalam bengkel tersebut.

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Lai (1994) menunjukkan faktor jantina

mempunyai perhubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik dalam kursus

pengenalan perakaunan di Universiti Melaya. Doran et al (1991) juga mendapati jantina

adalah pembolehubah yang signifikan dalam pencapaian pelajar dalam kursus

perakaunan di kolej. Walaubagaimanapun, kajian pencapaian perakaunan oleh Hanks

(1985), Lipe (1989) dan Carpenter et al (1993), tidak memperolehi perbezaan yang

signifikan dalam pencapaian pelajar lelaki atau perempuan.

Ramai penyelidik memfokuskan jumlah masa yang digunakan untuk belajar dan

tugasan di dalam dan di luar kelas. Ini diperolehi daripada cadangan yang menyatakan

bahawa pencapaian pelajar akan meningkat dengan jumlah masa yang digunakan untuk

belajar. Dari segi penggunaan masa untuk belajar, Keith (1982) mendapati masa yang

digunakan membuat kerja rumah adalah berhubung secara positif dengan gred pelajar di

sekolah menengah. Secara bandingan, Schuman et al (1985), Delucchi, Rohwer dan

Page 9: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Thomas (1987) mendapati tiada perhubungan di antara penggunaan masa untuk belajar

dan pencapaian pelajar.

Kajian oleh Dunn, Cavanaugh, Eberle dan Zenhausern (1982) menunjukkan

pelajar yang menggunakan otak kiri secara dominan memerlukan persekitaran yang

sunyi, cahaya yang terang, reka bentuk yang formal, tabah dan tidak memerlukan

pengambilan makanan secara belajar. Sebaliknya, pelajar yang menggunakan otak kanan

secara dominan, mengutamakan cahaya rendah dan tempat duduk yang tidak formal,

tidak tabah dan biasanya memerlukan pengambilan makanan semasa belajar.

METODOLOGI

Kajian dijalankan bagi mengenalpasti hubungan beberapa pembolehubah yang

dipilih dengan pencapaian akademik pelajar dalam PSPM 1 iaitu :

(i) Ciri-ciri pelajar seperti jantina, jumlah jam belajar dan PNGK.

(ii) Rangsangan pembelajaran pelajar.

(iii) Gaya pembelajaran pelajar.

Pada keseluruhannya, kajian ini merupakan kajian deskriptif dan inferensi kerana

cuba mengenalpasti korelasi di antara jumlah jam belajar dalam seminggu dan gaya

pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Oleh itu, analisis ujian –t dan analisis varians

sehala (ANOVA) digunakan bagi menganalisis dapatan soal selidik bagi kajian ini.

Pemboleh ubah bersandar bagi kajian ini adalah pencapaian akademik, manakala

pemboleh ubah tidak bersandar terdiri daripada faktor demografik (jantina, jumlah jam

belajar seminggu dan PNGK), rangsangan pembelajaran dan gaya pembelajaran. Rajah

menunjukkan kerangka konseptual bagi kajian ini.

Page 10: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Pembolehubah tidak bersandar Pembolehubah bersandar

Demografik

Jantina

Jumlah jam belajar dalam seminggu

Purata Nilai Gred Keseluruhan

Rangsangan

Persekitaran

Fizikal

Emosi

Psikologi

Gaya Pembelajaran

Auditori

Visual

Taktil

Kinestetik

Individu

Kumpulan

Kajian menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengumpul data yang diperlukan

untuk menjawab persoalan kajian. Oleh itu, soal selidik merupakan pendekatan yang

digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini. Instrumen yang dibina berpandukan

Learning Style Inventory (Dunn, Dunn dan Price, 1978) dan Perceptual Learning Style

Preference Survey (Reid, 1984). Instrumen terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu :

Bahagian A : Maklumat demografik yang merangkumi maklumat berkenaan jantina,

jumlah jam belajar seminggu dan PNGK.

Bahagian B : Inventori Gaya Pembelajaran yang mengukur keadaan rangsangan yang

digemari semasa pembelajaran.

Bahagian C : Persepsi Pemilihan Gaya Pembelajaran yang mengukur keutamaan gaya

pembelajaran pelajar.

Setiap item bagi Bahagian B dan C mempunyai empat pilihan yang pelajar bulatkan atas

skala 4 poin, iaitu 1 = Sangat Tidak Setuju (STS), 2 = Tidak Setuju (TS), 3 = Setuju (S)

dan 4 = Sangat Setuju (SS).

Data-data dikumpul melalui maklum balas responden terhadap soal selidik yang

diedarkan kepada mereka. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar melalui

Pencapaian

Akademik

Page 11: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

pensyarah tutoran masing-masing. Persampelan dibuat di kelas-kelas tutoran pada

minggu ke 14 oleh pensyarah tutoran pada 10 minit sebelum kelas berakhir. Daripada

sebanyak 276 soal selidik yang telah diedarkan, hanya 245 (88.77%) daripadanya

dikembalikan. Semua data mentah dikumpul dan diproses dengan menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science (SPSS 11.5). Statistik deskriptif seperti min,

peratus dan sisihan piawai digunakan untuk menghuraikan skor-skor bagi pembolehubah

yang terdapat di dalam instrumen.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan pada sampel, berikut ialah latarbelakang responden berdasarkan

faktor jantina, jumlah jam belajar seminggu dan pencapaian akademik berdasarkan purata

nilai gred keseluruhan (PNGK). Ditinjau dari segi faktor jantina, didapati 26.1% terdiri

daripada lelaki dan 73.9% ialah perempuan. (Jadual 1)

Frekuensi Peratus

Lelaki 64 26.1

Perempuan 181 73.9

Jumlah 245 100.0

Jadual 1 : Jantina

Seterusnya, Jadual 2 menunjukkan skor min bagi jumlah jam belajar dalam

seminggu ialah 17 jam seminggu, manakala skor min bagi pencapaian akademik pelajar

berdasarkan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) ialah 3.33 (Jadual 3).

N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

Jam Belajar Seminggu 245 0 49 17.22 0.58

Jadual 2 : Skor Min Jumlah Jam Belajar Seminggu

N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

GPA 245 1.70 4.00 3.33 0.58

Jadual 3 : Skor Min Pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan

Jadual 4 menunjukkan skor min persekitaran pembelajaran dengan jantina.

Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki mempunyai skor min yang lebih tinggi (3.31)

untuk persekitaran yang sunyi daripada skor min pelajar perempuan (3.18), manakala

pelajar lelaki mempunyai skor min yang lebih rendah untuk belajar dalah cahaya yang

terang (3.45) berbanding pelajar perempuan (3.56). Skor min yang lebih tinggi untuk

pelajar lelaki (2.42) juga dicapai untuk persekitaran belajar di tempat yang formal

berbanding dengan skor min pelajar perempuan (2.36)

Page 12: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Persekitaran Pembelajaran

Jantina

Sunyi Cahaya Terang Tempat Formal

Min Sisihan

Piawai

Min Sisihan

Piawai

Min Sisihan

Piawai

Lelaki 3.31 0.69 3.45 0.64 2.42 0.89

Perempuan 3.18 0.72 3.56 0.54 2.36 0.76

Keseluruhan 3.25 0.71 3.51 0.59 2.39 0.83

Jadual 4 : Skor Min Persekitaran Pembelajaran Dengan Jantina

Daripada respon pelajar terhadap rangsangan persekitaran (Jadual 5), didapati

87.3% suka belajar dalam persekitaran yang sunyi, 96.3% suka belajar di bawah cahaya

yang terang, 72.7% suka belajar dalam perekitaran yang sejuk, 81.2% suka belajar di

meja dan 41.7% memilih untuk belajar di perpustakaan.

Rangsangan Persekitaran

Respon

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)

Saya suka belajar

dalam persekitaran

yang sunyi

5 (2) 26 (10.6) 124 (50.6) 90 (36.7)

Saya suka belajar

dalam cahaya terang

0 (0) 9 (3.7) 97 (39.6) 139 (56.7)

Saya suka belajar

dalam persekitaran

yang sejuk

7 (2.9) 60 (24.5) 141 (57.6) 37 (15.1)

Saya suka belajar di

meja apabila

mempelajari sesuatu

bahan yang baru atau

rumit

7 (2.9) 39 (15.9) 97 (39.6) 102 (41.6)

Saya suka belajar di

perpustakaan

29 (11.8) 114 (46.5) 83 (33.9) 19 (7.8)

Jadual 5 : Respon Pelajar Terhadap Rangsangan Persekitaran.

Manakala dari rangsangan fizikal (Jadual 6), didapati 69.8% menyukai sesuatu

untuk diminum atau dimakan semasa belajar, 76.3% sangat segar dan produktif pada

waktu awal pagi, 87.4% waktu malam, manakala 27% pada waktu lebih kurang jam dua

petang. Kajian turut mendapati 61.6% pelajar boleh belajar secara berterusan lebih

daripada 20 minit tanpa perlu bangun dan bergerak atau mengambil waktu rehat.

Page 13: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Rangsangan Fizikal

Respon

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)

Saya suka

mempunyai sesuatu

untuk diminum atau

dimakan semasa

belajar

9 (3.7) 65 (26.5) 118 (48.2) 53 (21.6)

Saya sungguh segar

dan produktif pada

waktu awal pagi

9 (3.7) 49 (20) 116 (47.3) 71 (29)

Saya sungguh segar

dan produktif pada

waktu malam

3 (1.2) 28 (11.4) 134 (54.7) 80 (32.7)

Saya amat produktif

pada waktu lebih

kurang 2 petang

46 (18.8) 133 (54.3) 57 (23.30) 9 (3.7)

Saya boleh belajar

secara berterusan

lebih daripada 20

minit tanpa perlu

bangun dan bergerak

atau mengambil

waktu rehat.

14 (5.7) 80 (32.7) 101 (41.2) 50 (20.4)

Jadual 6 : Respon Pelajar Terhadap Rangsangan Fizikal

Dari segi rangsangan emosi (Jadual 7), sebanyak 49.4% pelajar mempunyai

masalah belajar dan 53.5% pelajar tidak mempunyai masa belajar yang konsisten.

Manakala peratusan pelajar yang mempunyai keyakinan mencapai kejayaan yang

cemerlang sebanyak 94.3%, 51% pelajar mempunyai perancangan yang sistematik

terhadap pembelajaran dan peratusan pelajar yang sentiasa berusaha keras bagi

matapelajaran yang sukar adalah tinggi, iaitu sebanyak 86.9%..

Page 14: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Rangsangan Emosi

Respon

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)

Saya tidak

mempunyai masalah

untuk belajar

16 (6.5) 105 (42.9) 105 (42.9) 19 (7.8)

Saya yakin boleh

mencapai kejayaan

yang cemerlang

1 (0.4) 13 (5.3) 132 (53.9) 99 (40.4)

Saya belajar secara

konsisten sepanjang

masa

7 (2.9) 124 (50.6) 107 (43.9) 7 (2.9)

Saya mempunyai

perancangan yang

sistematik

9 (3.7) 111 (45.3) 113 (46.1) 12 (4.9)

Saya sentiasa

berusaha keras bagi

mata pelajaran yang

sukar

2 (0.8) 30 (12.2) 153 (62.4) 60 (24.5)

Jadual 7 : Respon Pelajar Terhadap Rangsangan Emosi

Rangsangan Psikologi

Respon

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)

Saya suka

menghabiskan satu

tugas dahulu

sebelum memulakan

yang lain

2 (0.8) 53 (21.6) 114 (46.5) 76 (31.0)

Apabila

mempertimbangkan

sesuatu maklumat,

saya lebih suka

memfokus kepada

butir-butir secara

terperinci

0 (0.0) 33 (13.5) 153 (62.4) 59 (24.1)

Apabila

mempertimbangkan

sesuatu maklumat,

saya cuba

memahami

gambaran

keseluruhan sebelum

mendapat butir-butir

1 (0.4) 27 (11.0) 153 (62.4) 64 (26.1)

Page 15: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

terperinci.

Apabila seseorang

menunjukkan saya

data, saya lebih suka

melihat carta atau

graf

17 (6.9) 122 (49.8) 86 (35.1) 20 (8.2)

Apabila seseorang

menunjukkan saya

data, saya lebih suka

membaca teks yang

meringkaskan

sesuatu keputusan.

5 (2.0) 41 (16.7) 148 (60.4) 51 (20.8)

Jadual 8 : Respon Pelajar Terhadap Rangsangan Psikologi

Gaya Pembelajaran

Jadual 9 menunjukkan skor min gaya pembelajaran untuk lelaki dan perempuan.

Dapatan menunjukkan skor min gaya pembelajaran auditori bagi pelajar lelaki lebih

rendah (3.19) berbanding skor min pelajar perempuan (3.21). Skor min gaya

pembelajaran visual pelajar lelaki lebih tinggi (3.00) daripada skor min pelajar

perempuan (2.95). Untuk gaya pembelajaran kinestatik, skor min pelajar lelaki lebih

rendah (3.03) daripada skor min pelajar perempuan (3.07). Didapati juga skor min gaya

pembelajaran taktil adalah sama bagi lelaki dan perempuan (2.91). Skor min

pembelajaran berkumpulan bagi pelajar lelaki lebih tinggi (2.98) berbanding skor min

pelajar perempuan (2.96), manakala skor min untuk belajar secara individu bagi pelajar

lelaki adalah lebih tinggi (2.97) daripada skor min pelajar perempuan (2.87).

Gaya

Pembelajaran Jantina N Min

Sisihan

Piawai

Auditori Lelaki 64 3.19 0.48

Perempuan 180 3.21 0.40

Visual Lelaki 64 3.00 0.40

Perempuan 180 2.95 0.44

Kinestetik Lelaki 64 3.03 0.44

Perempuan 180 3.07 0.48

Taktil Lelaki 64 2.91 0.46

Perempuan 180 2.91 0.40

Kumpulan Lelaki 64 2.98 0.58

Perempuan 180 2.96 0.58

Individu Lelaki 64 2.97 0.61

Perempuan 180 2.87 0.58

Jadual 9 : Skor Min Gaya Pembelajaran Dengan Jantina

Page 16: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Gaya Pembelajaran Auditori

Respon

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)

Saya lebih

memahami sesuatu

apabila pensyarah

memberikan arahan

10 (4.1) 106 (43.3) 129 (52.7)

Saya belajar dengan

lebih baik apabila

seseorang

memberitahu

bagaimana

melaksanakan

sesuatu dalam kelas

1 (0.4) 9 (3.7) 124 (50.6) 111 (45.3)

Saya lebih

mengingati sesuatu

yang saya dengar

dalam kelas daripada

membaca

8 (3.3) 56 (22.9) 106 (43.3) 75 (30.6)

Saya lebih

mempelajari sesuatu

dalam kelas apabila

pensyarah memberi

kuliah

2 (0.8) 38 (15.5) 152 (62) 53 (21.6)

Saya belajar lebih

baik dalam kelas

apabila saya

mendengar

seseorang.

3 (1.2) 44 (18.0) 133 (54.3) 65 (26.5)

Jadual 10 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Auditori

Bagi gaya pembelajaran visual (Jadual 11), didapati 89% bersetuju bahawa

mereka lebih banyak belajar apabila pensyarah menulis di papan putih, 71.8% lebih

mengingati apabila membaca peraturan, 79.6% belajar dengan lebih baik dengan

membaca daripada mendengar seseorang dan 57.2% lebih banyak belajar dengan

membaca buku teks daripada mendengar kuliah.

Page 17: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Gaya Pembelajaran Visual

Respon

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)

Dalam kelas, saya

lebih banyak belajar

apabila pensyarah

menulis di papan

putih.

2 (0.8) 25 (10.2) 111 (45.3) 107 (43.7)

Apabila saya

membaca peraturan,

saya lebih

mengingatinya.

5 (2.1) 64 (26.1) 138 (56.3) 38 (15.5)

Saya lebih

memahami apabila

saya membaca

peraturannya.

1 (0.5) 49 (20) 132 (53.9) 63 (21.6)

Saya belajar dengan

lebih baik dengan

membaca daripada

mendengar daripada

seseorang

4 (1.6) 69 (28.2) 119 (48.6) 53 (21.6)

Saya lebih banyak

belajar dengan

membaca buku teks

daripada mendengar

kuliah.

16 (6.5) 89 (36.3) 95 (38.8) 45 (18.4)

Jadual 11 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Visual

Dari konteks gaya pembelajaran kinestatik (Jadual 12), didapati 80.9% responden

bersetuju suka belajar dengan membuat sesuatu dalam kelas, 87.8% belajar lebih baik

apabila membuat sesuatu tindakan dalam kelas, 69.8% seronok belajar dalam kelas

apabila membuatnya dalam bentuk perbentangan, 86.5% memahami sesuatu perkara

dalam kelas apabila memainkan peranan dalam sesi perbentangan dan tugasan. dan

84.8% belajar paling baik dalam kelas apabila menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Page 18: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Gaya Pembelajaran Kinestetik

Respon

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)

Saya suka belajar

dengan membuat

sesuatu di dalam

kelas

5 (2.0) 42 (17.1) 130 (53.1) 68 (27.8)

Saya belajar lebih

baik apabila saya

membuat sesuatu

tindakan dalam

kelas.

1 (0.4) 29 (11.8) 141 (57.6) 74 (30.2)

Saya seronok belajar

dalam kelas apabila

membuatnya dalam

bentuk

perbentangan.

15 (6.1) 59 (24.1) 122 (49.8) 49 (20.0)

Saya boleh

memahami sesuatu

perkara dalam kelas

apabila memainkan

peranan dalam sesi

perbentangan dan

tugasan.

7 (2.9) 26 (10.6) 136 (55.5) 76 (31.0)

Saya belajar lebih

baik dalam kelas

apabila saya boleh

menyertai aktiviti-

aktiviti yang

berkaitan.

5 (2.1) 32 (13.1) 153 (62.4) 55 (22.4)

Jadual 12 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Kinestatik

Bagi gaya pembelajaran taktil (Jadual 13), didapati 70.3% daripada responden

bersetuju bahawa mereka lebih mempelajari sesuatu apabila membuatnya dalam bentuk

peta minda / model, 70.2% belajar dengan lebih baik apabila membuat sesuatu dalam

bentuk projek / tugasan, 49.4% lebih mempelajari sesuatu apabila mereka melukis

semasa belajar, 95.5% cuba menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengingati apa yang

telah dipelajari dan 77.5% suka membuat sesuatu untuk tugasan kelas yang diberikan.

Page 19: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Gaya Pembelajaran Taktil

Respon

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)

Saya lebih

mempelajari sesuatu

apabila saya

membuatnya dalam

bentuk peta minda /

model.

9 (3.7) 64 (26.1) 129 (52.7) 43 (17.5)

Saya belajar dengan

lebih baik apabila

saya membuatnya

dalam bentuk projek

/ tugasan.

7 (2.9) 66 (26.9) 121 (49.4) 51 (20.8)

Saya lebih

mempelajari sesuatu

apabila saya melukis

semasa belajar.

17 (6.9) 107 (43.7) 97 (39.6) 24 (9.8)

Apabila saya cuba

menyelesaikan

sesuatu masalah,

saya dapat

mengingati apa yang

telah dipelajari

dengan lebih baik

2 (0.8) 9 (3.7) 125 (51) 109 (44.5)

Saya suka membuat

sesuatu untuk

tugasan kelas yang

diberikan.

6 (2.4) 49 (20.1) 149 (60.8) 41 (16.7)

Jadual 13 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Taktil

Bagi gaya pembelajaran secara berkumpulan (Jadual 14), didapati 69.4% daripada

responden bersetuju dapat menyempurnakan lebih banyak kerja apabila bekerja dengan

orang lain, 65.7% lebih banyak belajar dalam berkumpulan, 88.2% dapat belajar dengan

baik apabila bekerjasama dengan rakan lain, 81.2% seronok membuat tugasan dengan

dua atau tiga rakan sekelas dan 73.5% lebih suka belajar dengan rakan yang lain.

Page 20: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Gaya Pembelajaran Berkumpulan

Respon

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)

Saya dapat

menyempurnakan

lebih banyak kerja

apabila bekerja

dengan orang lain.

16 (6.5) 59 (24.1) 111 (45.3) 59 (24.1)

Saya lebih banyak

belajar apabila

belajar dalam bentuk

berkumpulan.

17 (6.9) 67 (27.4) 99 (40.4) 62 (25.3)

Dalam kelas, saya

dapat belajar dengan

baik apabila saya

bekerjasama dengan

rakan lain.

3 (1.2) 26 (10.6) 148 (60.4) 68 (27.8)

Saya seronok

membuat tugasan

dengan dua atau tiga

rakan sekelas.

8 (3.3) 38 (15.5) 135 (55.1) 64 (26.1)

Saya lebih suka

belajar dengan rakan

yang lain.

6 (2.4) 59 (24.1) 130 (53.1) 50 (20.4)

Jadual 14 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Kumpulan

Jadual 15 menunjukkan respon pelajar terhadap gaya pembelajaran secara

individu. Dapatan menunjukkan 87.8% daripada responden bersetuju mereka lebih

mengingati sesuatu perkara apabila belajar bersendirian, 80.4% lebih mempelajari

sesuatu apabila belajar bersendirian, 53.8% belajar lebih baik apabila bersendirian, 51.4%

suka membuat projek bersendirian dan 58.4% lebih suka kerja bersendirian.

Gaya Pembelajaran Individu

Respon

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)

Saya lebih

mengingati sesuatu

perkara apabila

belajar secara

bersendirian.

3 (1.2) 27 (11) 105 (42.9) 110 (44.9)

Apabila saya belajar

sendiri, saya lebih

mempelajari sesuatu.

4 (1.6) 44 (18) 118 (48.2) 79 (32.2)

Page 21: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Dalam kelas, saya

belajar dengan lebih

baik apabila

melakukannya

secara bersendirian.

8 (3.3) 105 (42.9) 93 (38) 39 (15.8)

Saya lebih suka

membuat tugasan

yang diberikan

secara bersendirian.

14 (5.7) 105 (42.9) 82 (33.4) 44 (18)

Saya lebih suka kerja

bersendirian

17 (6.9) 85 (34.7) 86 (35.1) 57 (23.3)

Jadual 15 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Individu

Ujian Hipotesis

Perbezaan Di Antara Jantina dan Rangsangan Pembelajaran

Penyelidik telah menggunakan kaedah ujian-t untuk menguji perbezaan antara

jantina dan rangsangan pembelajaran. Nilai positif menunjukkan pelajar lelaki dan

perempuan dirangsangkan oleh faktor persekitaran dan fizikal dalam pembelajaran

mereka. Oleh itu, hipotesis 1 (H01) yang menyatakan tidak terdapat perbezaan di antara

jantina dan rangsangan pelajar diterima.

Jantina

Rangsangan Pembelajaran t Df Sig. Perbezaan Min

Persekitaran .210 242 .834 .0115

Fizikal 1.252 242 .212 .0693

Emosi .792 242 .429 .0492

Psikologi -.683 242 .495 -.0394

Jadual 16 : Jadual Ujian-t Jantina dan Rangsangan Pembelajaran

Perbezaan Di Antara Jantina Dan Gaya Pembelajaran

Hipotesis kedua (H01) kajian cuba menguji perbezaan di antara faktor jantina dan

gaya pembelajaran pelajar. Nilai negatif menunjukkan gaya pembelajaran pelajar lelaki

adalah kurang auditori, kinestetik dan taktil berbanding dengan pelajar perempuan,

manakala dari segi skor gaya pembelajaran secara individu dan visual, pelajar lelaki

adalah lebih tinggi skornya daripada pelajar perempuan (Jadual 17). Oleh itu, hipotesis

kedua (H02) yang menyatakan tidak ada perbezaan di antara faktor janitna dengan gaya

pembelajaran dapat diterima.

Page 22: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Jantina

Gaya Pembelajaran t Df Sig. Perbezaan Min

Auditori -.263 242 .793 -.0160

Visual .761 242 .447 .0478

Kinestetik -.454 242 .650 -.0312

Taktil -.014 242 .989 -.0008

Kumpulan .176 242 .860 .0150

Individu 1.149 242 .252 .0978

Jadual 17 : Perbezaan Di Antara Jantina Dan Gaya Pembelajaran

Perhubungan Di Antara Jumlah Jam Belajar Seminggu Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar

Hipotesis 3 (H03) dalam kajian ini mengkaji perhubungan di antara jumlah jam

belajar dalam seminggu dengan pencapaian akademik pelajar. Untuk menguji hipotesis

ini, Ujian Korelasi Pearson telah digunakan. Hasil ujian menunjukkan tidak terdapat

perhubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Hubungan antara

kedua pemboleh ubah adalah sangat lemah, iaitu nilai korelasi ialah 0.135 (Jadual 18).

Oleh itu, hipotesis 3 (H03) yang menyatakan tidak terdapat perhubungan di antara jumlah

jam belajar dalam seminggu dengan pencapaian akademik pelajar tidak dapat ditolak.

Pembolehubah PNGK

Jumlah Jam Belajar Seminggu Korelasi .135

Sig. .34

N 2.45

Jadual 18 : Perhubungan Di Antara Jumlah Jam Belajar Seminggu Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar.

Perhubungan Di Antara Rangsangan Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik

Pelajar.

Bagi Hipotesis 4 (H04), hasil ujian menunjukkan terdapat hubungan yang kuat

diantara rangsangan pembelajaran persekitaran dengan pencapaian akademik.

Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang lemah dan positif di antara faktor fizikal,

emosi dan psikologi dalam pencapaian akademik pelajar. (Jadual 19)

Page 23: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Pembolehubah PNGK

Persekitaran Korelasi 1

Sig. .

N 245

Fizikal Korelasi .178

Sig. .005

N 245

Emosi Korelasi .297

Sig. .000

N 245

Psikologi Korelasi .240

Sig. .000

N 245

Nota : Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01

Jadual 19 : Perhubungan Rangsangan Pembelajaran Dengan PNGK

Perhubungan Di Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Hipotesis 5 (H05) menunjukkan tidak terdapat perhubungan di antara gaya

pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Hasil ujian menunjukkan tidak

terdapat perhubungan di antara gaya pembelajaran auditori, visual, kinestetik dan taktil

dengan pencapaian akademik pelajar. Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang

lemah di antara gaya pembelajaran berkumpulan dan individu dengan pencapaian

akademik, di mana nilai korelasi ialah -0.240 dan 0.185 pada paras signifikan 0.01

(Jadual 20).

Pembolehubah PNGK

Auditori Korelasi .059

Sig. .360

N 245

Visual Korelasi .059

Sig. .357

N 245

Kinestetik Korelasi -.097

Sig. .128

N 245

Taktil Korelasi -.094

Sig. .143

N 245

Kumpulan Korelasi -.240

Sig. .000

N 245

Individu Korelasi .185

Page 24: Kajian Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka

Sig. .004

N 245

Nota : Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01

Jadual 20 : Perhubungan Gaya Pembelajaran Dengan PNGK

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan daripada kajian yang dilakukan, pengkaji telah menjawab

setiap persoalan dan menguji hipotesis-hipotesis yang telah dikemukakan. Pada asasnya,

pelajar yang memperolehi pencapaian akademik yang baik selalunya mempunyai gaya

pembelajaran yang berkesan (McCaulley dan Nater, 1980 ; Miller, Always dan

McKinley, 1987). Selain itu, rangsangan pembelajaran juga turut diambilkira dalam

menentukan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Jadual 19 dan 20

menunjukkan penerimaan dan penolakan hipotesis daripada kajian yang telah dijalankan.

Kesimpulannya, dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar, para pensyarah perlu

mengenalpasti ciri-ciri pelajar, rangsangan pembelajaran dan gaya pembelajaran yang

menjadi amalan pelajar bagi membantu dan meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Oleh yang demikian, elemen kerjasama di antara pihak pengurusan kolej, pensyarah dan

kaunselor amat penting bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Di pihak pengurusan

kolej khususnya, hendaklah memperbaiki dan menambahbaikan budaya persekitaran

pembelajaran yang sedia ada. Selain itu, bagi pensyarah, amalan pengajaran dan

pembelajaran yang bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, rangsangan dan gaya

pembelajaran pelajar hendaklah diambil kira. Akhirnya, pihak kaunselor perlu

mengenalpasti dan mengadakan program-program yang dapat memberi pendedahan

kepada pelajar tentang corak pembelajaran yang sebenar. Akhirnya, jika semua pihak

bekerjasama dan menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing, tidak mustahil

matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek akan tercapai, selaras

dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.