24
KAEDAH ‘PEER-TEACHINGDALAM MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI FAUZI BIN RAMAN [email protected] Jabatan Pengajian Am Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

By Fauzi Raman

Citation preview

Page 1: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL

AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

FAUZI BIN [email protected]

 Jabatan Pengajian Am

Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Page 2: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

Peer-teaching:

Kaedah  Bimbingan  Rakan  Sebaya  -  salah  satu  kaedah  pengajaran  daripada pendekatan  Pembelajaran  Aktif  (Active  Learning).  Kaedah  ini  menuntut pensyarah mengenal pasti pelajar-pelajar yang mahir dan menguasai bacaan al-Quran untuk membantu pensyarah mengajar rakan-rakannya membaca al-Quran. 

Ayat Hafazan:

• Surah an-Nas-at-Takathur (13/13)- wajib• Surah al-Qaria’h - ad-Dhuha (14-22)- pilihan 7 surah sahaja

Page 3: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Amal  Islami  adalah mata  pelajaran wajib  yang  perlu  diambil  bagi  pelajar semester satu bagi program Diploma Perbankan dan Kewangan Islam (DBF) dan  program  Diploma  Keusahawanan  (DEN)  di  Kolej  Profesional  MARA Bandar Melaka. 

Bagi  pemarkahan  Amal  Islami,  terdapat  40% markah bagi  ayat hafazan bagi dua puluh surah yang terdapat dalam Juzu’ Amma. 

Page 4: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

Berdasarkan  pengalaman  lalu,  terdapat  ramai  pelajar  yang  tidak  dapat menghafal  kesemua  ayat  hafazan  yang  ditetapkan  dengan  alasan  tidak mendapat bimbingan bacaan secukupnya dari pensyarah dan kekangan masa untuk menghafal semua ayat hafazan.

 Selain  itu,  terdapat  juga  pelajar yang telah menghafal kesemua ayat

hafazan tetapi tidak dapat membaca dan memperdengarkan bacaan mereka kepada pensyarah dalam waktu yang ditetapkan. 

Ini  adalah  disebabkan  kekangan  masa  dan  jumlah  jam  pertemuan  yang terhad  untuk  pensyarah menyemak  dan mendengar  hafalan  pelajar  yang biasanya berjumlah 92 orang pelajar di dalam kelas pengajaran formal. 

Page 5: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

FOKUS KAJIAN

Terdapat  dua  isu  utama  yang  diutarakan  oleh  pensyarah  Pendidikan  Islam Pendidikan KPM Bandar Melaka, iaitu:

1. Bimbang akan berlaku kemerosotan prestasi  ke atas pencapaian pelajar di  hujung  semester  kerana markah ayat hafazan Amal  Islami membawa penilaian yang tinggi iaitu sebanyak 40% daripada 100%.

2. Kekangan masa  bagi  pensyarah  untuk memberi  bimbingan  bacaan  dan menyemak  ayat  hafazan  bagi  setiap  pelajar  bagi  mata  pelajaran  Amal Islami iaitu dua puluh surah yang terdapat dalam Juzu’ Amma.

Page 6: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Untuk meningkatkan kualiti pengajaran & pembelajaran dan sistem penilaian pensyarah Pendidikan Islam di KPMBM.

Objektif Khusus

1. Meningkatkan pencapaian pelajar bagi markah ayat hafazan dalam mata pelajaran Amal Islami bagi semester 1 sesi Jul-Dis tahun 2013.

2. Membantu  meningkatkan  kompetensi  pelajar  dalam  mengahafal  ayat hafazan  yang  telah  ditentukan  dalam  mata  pelajaran  Amal  Islami (semester 1 sesi Jul-Dis tahun 2013).

3. Memupuk  minat  untuk  membaca  dan  menghafal  ayat  al-Quran  dalam kalangan para pelajar.

Page 7: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

KUMPULAN SASARAN

Kajian  ini  melibatkan  45  orang  pelajar  semester  1  yang  terdiri  Diploma Perbankan  Islam  seramai  23  orang  (kelas  kawalan)  dan  Diploma Keusahawanan seramai 22 orang (kelas eksperimen). 

Page 8: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

1) TINJAUAN MASALAH

Data Markah Pelajar bagi Mata Pelajaran Amal Islami pada Semester Lepas (Semester 1 Januari-Jun 2013)

Didapati seramai 42%  iaitu  (40) pelajar dari  jumlah keseluruhan  (92) pelajar tidak dapat manghafal semua ayat hafazan yang masa yang telah ditetapkan.

Page 9: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

2) Pra Ujian

Pensyarah  mendengar  bacaan  dan  hafazan  5  orang  pelajar  bagi  setiap  kelas dengan mengambil sampel pelajar secara rawak. 

Ini bertujuan bagi mengukur tahap bacaan dan hafalan ayat hafazan oleh pelajar.Hasilnya, didapati masih ramai pelajar tidak dapat membaca dan menghafal ayat 

hafazan dengan baik.

3) Post Ujian

Kumpulan kawalan:  Hanya  50%  iaitu  (12)  pelajar  daripada  23  pelajar  dapat membaca dan menghafal ayat hafazan dengan baik manakala selebihnya masih tidak dapat menghabiskan bacaan dan hafalan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kumpulan eksperimen:  Hasilnya  seramai  90%  iaitu  (20)  pelajar  daripada  22 pelajar  dalam  kumpulan  eksperimen  telah  dapat membaca  dan menghafalnya ayat hafazan dengan baik dan menghabiskan bacaan dan hafalan dalam tempoh yang ditetapkan.

Page 10: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

PELAKSANAAN AKTIVITI

Kelas Kawalan:

Menggunakan  kaedah  tradisional  iaitu  pensyarah  memperdengarkan  bacaan terlebih dahulu seterusnya diikuti oleh para pelajar beramai-ramai.

Kemudian  pelajar  akan  meneruskan  bacaan  dan  hafalan  di  tempat  masing-masing secara bersendirian. 

Sekiranya  pelajar  telah  bersedia,  kaedah  talaqqi dan mushafahah  akan dijalankan di antara pensyarah dan pelajar. Talaqqi dan mushafahah adalah sesi ‘tasmik’ iaitu pelajar membaca dan memperdengarkan hafalan bagi ayat hafazan yang ditetapkan secara perseorangan kepada pensyarah.

Manakala pelajar yang  lain meneruskan bacaan dan hafalan di tempat masing-masing.

Proses yang sama ini berjalan selama 4 jam pertemuan (2 minggu) iaitu minggu ke 13 dan ke 14 waktu akademik.

Page 11: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

Kelas Eksperimen:

Pensyarah  menyemak  bacaan  dan  mendengar  hafalan  (tasmik)  5  orang pelajar yang mempunyai bacaan yang baik dalam kelas eksperimen. Pelajar terbaik  ini  dilantik  sebagai  pembimbing  bacaan  kepada  rakan-rakan  yang lain dan dinamakan sebagai “Pelajar Turus”.

Kemudian  kelas  dibahagikan  kepada  5  kumpulan  yang  setiap  satu kumpulan diketuai seorang Pelajar Turus yang telah dilantik.

Pelajar  Turus  ini  akan  membantu  pelajar  dalam  kumpulannya  dengan membimbing bacaan ayat hafazan dengan baik berpandukan pemerhatian pensyarah.

Seterusnya,  Pelajar  Turus  ini  akan  menyemak  hafalan  (sesi  tasmik)  ayat hafazan berpandukan pemerhatian pensyarah.

Proses  yang  sama  ini  berjalan  selama  4  jam  pertemuan  (2 minggu)  iaitu minggu ke 13 dan ke 14.

Page 12: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

DAPATAN KAJIAN

A. PEMERHATIAN

Pelajar  mempunyai  peluang  untuk  membaca  ayat  hafazan  dengan mendapat bimbingan rakan sebaya yang lebih mahir. 

Pelajar  juga  didapati  berasa  seronok  dengan  aktiviti  yang  dijalankan  dan wujudnya  semangat  berlumba-lumba  dalam  kalangan  pelajar  untuk menghafal ayat hafazan yang ditetapkan. 

Selain  itu,  didapati  beberapa  pelajar  yang  telah  habis  menghafal  dan disemak  oleh  Pelajar  Turus,  meluangkan  masa  dengan  meneruskan membaca  dan  menghafal  ayat  al-Quran  yang  lain.  Hal  ini  mewujudkan budaya membaca dan menghafal al-Quran dalam kelas pengajaran.

Page 13: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

B. KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS

• Skor maksimum dalam markah  hafazan  adalah  40%  (20  surah).  Skor-skor yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu baik, sederhana dan lemah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Skor Markah Ayat Hafazan dan Tahap Pencapaian Pelajar

SKOR (%) TAHAP PENCAPAIAN

35-40 (18-20 surah) Sangat Baik

25-34 (13-17 surah) Baik

15-24 (8-12 surah) Sederhana

5-14 (3-7 surah) Lemah

0-4 (0-2 surah) Sangat Lemah

Page 14: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

Berdasarkan  kepada  keputusan  Ujian  Pra  dan  Ujian  Pos,  jelas  terdapat peningkatan yang ketara dari  segi  jumlah pelajar yang berjaya menghafal ayat  hafazan  yang  ditetapkan.  Jadual  2  menunjukkan  skor  markah  ayat hafazan  dan  jumlah  pelajar  bagi  pelajar  kelas  kawalan  dan  kelas eksperimen.

Jadual 2: Skor Markah Ayat Hafazan dan Jumlah Pelajar

SKOR (40%) TAHAP PENCAPAIAN

KELAS KAWALAN

KELAS EKSPERIMEN

35-40 Sangat Baik 4 8

25-34 Baik 8 12

15-24 Sederhana 5 2

5-14 Lemah 5 0

0-4 Sangat Lemah 0 0

JUMLAH 23 22

Page 15: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

Berdasarkan Jadual 2, terdapat perbezaan yang ketara dari segi pencapaian pelajar secara keseluruhan.

Peratus  markah  pelajar  membaca  ayat  hafazan  dengan  baik  kelas eksperimen  ialah  90% (20) orang manakala  hanya  50%  (12)  orang  pada kelas  kawalan.  Ini  bermakna  terdapat  perbezaan ketara ialah  sebanyak 40% (8) orang.

Kelas  kawalan  (tradisional)  menunjukkan  pencapaian  pelajar  dari  segi hafalan  ayat  hafazan  agak  kurang  dan  kebanyakan  pelajar  hanya memperolehi  markah  25-34%  iaitu  seramai  8  orang  bagi  tahap  baik, markah 15-24% seramai 5 orang masing-masing bagi tahap sederhana dan lemah dan markah 35-40% iaitu 4 pelajar berada tahap sangat baik.

Manakala  kelas  eksperimen  (peer-teaching)  menunjukkan  peningkatan markah  pelajar  yang  ketara.  Sebanyak  25-34%  (12)  orang  mendapat markah  baik,  35-40%  seramai  8  orang  berada  tahap  sangat  baik  dan markah  15-24%  seramai  2  orang  berada  pada  tahap  sederhana.  Tiada pelajar pada tahap lemah.

Page 16: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

BORANG SOAL SELIDIK

• Soal  selidik hanya dijalankan ke atas pelajar kumpulan eksperimen sahaja (Diploma Keusahawanan) selepas tamat penggunaan kaedah peer-teaching selama lebih kurang dua minggu. 

• Soal  selidik  ini  bertujuan  untuk  meninjau  persepsi  pelajar  terhadap penggunaan kaedah peer-teaching yang telah mereka lalui. 

• Item  soal  selidik  kajian  mengandungi  10  item  yang  dikemukakan berdasarkan skala Likert. 

Page 17: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI
Page 18: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI
Page 19: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

Dapatan kajian menunjukkan:

1. Sebanyak  91%  (20)  pelajar  menyatakan  setuju  bahawa  kaedah  peer-teaching  dapat  membantu  dalam  meningkatkan  hafazan  pelajar berbanding 9% (2) pelajar menyatakan sebaliknya.

2. Kaedah  peer-teaching  berjaya  mengekalkan  minat  pelajar  terhadap subjek  Penghayatan  Islam  95%  (21)  pelajar  berbanding  5%  (1)  pelajar menyatakan tidak berminat dengan subjek ini. 

Rumusannya,  Kaedah  peer-teaching  dapat  membantu  dalam  meningkatkan tahap kompetensi pelajar dalam menghafal ayat hafazan. 

Page 20: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

1. Keberkesanan Tindakan

• Melalui  kaedah  peer-teaching,  pelajar  diberi  ruang  melakukan  refleksi terhadap amalan yang digunakan.

• Terdapat di kalangan pelajar yang tampil ke hadapan dan secara sukarela bertindak  sebagai  rakan  pembimbing  dengan  mendengar  ayat  hafazan pelajar yang lain. 

• Ini  secara  tidak  langsung  meningkatkan  keyakinan  dan  jati  diri  serta keterampilan pelajar.

2. Peluang Berkolaborasi

• Peserta  berasa  gembira  dapat  berkolaborasi  bersama  Pelajar  Turus, pelajar  lain  dan  pensyarah  dalam  bilik  kuliah  dan  membantu merungkaikan  masalah  semasa  yang  dihadapi  berkaitan  isu  bimbingan bacaan dan tasmik. 

Page 21: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

3. Peningkatan Pencapaian Pelajar

• Peningkatan  pencapaian  yang  mendadak  daripada  segi  jumlah  bilangan pelajar yang memperolehi skor 35-40% (sangat baik) dari kelas eksperimen iaitu  seramai  8  orang  pelajar  berbanding  4  orang  sahaja  dari  kumpulan kawalan. 

• Begitu juga jumlah pelajar baik kategori baik meningkat apabila pelajar dari kumpulan eksperimen seramai 12 orang berbanding kelas kawalan seramai 8 orang sahaja. 

• Hal ini secara tidak langsung telah menyuntik semangat dan keyakinan diri yang  tinggi  dalam  kalangan  peserta  untuk  mendapatkan  markah  yang tinggi  dalam  subjek Penghayatan  Islam  seterusnya memotivasikan pelajar untuk menghadapi baki kertas peperiksaan bagi subjek-subjek lain dengan jayanya sebelum habis semester.

Page 22: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

PENUTUP

• Penyelidik  berharap  dapatan  kajian  dapat  merangsang  kajian-kajian lanjutan  ke  arah membuktikan  bahawa peer-teaching  boleh membantu meningkatkan tahap kompetensi pelajar dalam menghafal ayat hafazan. 

• Selain itu, dapatan juga dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada usaha penyelidik  sendiri  untuk  terus  mencari  instrumen  alternatif  dalam membantu  meningkatkan  kualiti  pengajaran  dan  pembelajaran  guru Pendidikan Islam dan organisasi yang disertai mereka. 

• Ini  secara  tidak  langsung  menepati  hasrat  Program  Pembangunan Pendidikan  Malaysia  yang  dilancarkan  iaitu  guru  berperanan  penting untuk melahirkan pelajar dan modal insan yang berkualiti dan berkesan. 

• Semoga dapatan kajian ini mendapat sokongan, bimbingan dan dorongan yang sewajarnya daripada semua pihak dan dikembangkan dengan lebih menyeluruh ke arah meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.

Page 23: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

SEKIAN TERIMA KASIH

Page 24: KAEDAH ‘PEER-TEACHING’ DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN  TAHAP KOMPETENSI PELAJAR DALAM MENGHAFAL AYAT HAFAZAN BAGI MATA PELAJARAN AMAL ISLAMI

RUJUKAN

Al- Quran Al- Karim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul  Rahim  M.  Ali.  (2001).  Ilmu pendidikan untuk KPLI.  Kuala  Lumpur:  Utusan  Publications  dan Distributors Sdn Bhd.

Ahmad Mohd. Salleh.  (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan metodologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Boud, D., Cohen, R.,  and Sampson,  J.  (2001).   Peer learning in higher education: Learning from and with each other.  London: Kogan Press.

Elliot, J. (1994). Action Research for Educational Change. Buckingham: Open University Press.

Kamus Dewan Bahasa. Ed. Ke-4. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Sukatan Pelajaran Pendidikan  Islam KBSM: Pendidikan  Islam. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malayisa. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur.

Kemmis,  S. & Mc Taggart, R.  (1988). The Action Research Planner. 3rd  ed. Victoria, Australia: Deakin University Press.

Mc Niff, J. (1994). Action Research: Principles and Practice. London: Routledge.