KAEDAH FONETIK

Embed Size (px)

Citation preview

KAEDAH FONETIKAHLI KUMPULAN Helen Chia Siti Noor Anisah Onesiforus Juriah

Apa yang dimaksudkan dengan kaedah fonetik??? Memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja.

Berasaskan teori, kaedah ini melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang) hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Fokus kaedah : penekanan kepada aspek bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa

Rasional kaedah fonetik Sistem ejaan bahasa Melayu sistematik dan fonemik. Kebanyakan suku kata bahasa Melayu jelas dan mudah. Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan kaedah ini telah diketahui maknanya oleh kebanyakan murid

Kanak-kanak didedahkan dengan bunyibunyi konsonan dan vokal Contohnya : A = aaaa E = eh E = eh I = iiiii O = oooo B = beh C = ceh D = deh

Cara pengajaran fonik ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan pendek dan mudah dan mulakan dengan huruf vokal dahulu permulaan perkataan , akhiran, pertengahan dimasukan ng, ny, kh dan sy

Kebaikan kaedah Kanak-kanak menguasai kesemua bunyi abjad Boleh membaca dalam apa jua bahasa

Aktiviti

Latihan Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda dengan Bunyi Huruf Guru membunyikan dahulu beberapa huruf vokal dan konsonan yang dipilih. Guru membaca perkataan serta mengeja menggunakan suku kata berdasarkan gambar yang ditunjukan kemudian diikuti oleh murid. Contoh : A = a + yam

Latihan Membatang Suku Kata dan PerkataanPermainan siapa cepat dia dapat Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan akan diberi satu kadbod yang mengandungi gambar dan diberi beberapa kepingan suku kata. Di dalam kumpulan, murid dikehendaki menyesuaikan suku kata yang diberi untuk membentuk perkataan dan dilekatkan pada gambar yang sesuai. Permainan ini mementingkan masa. Kumpulan yang terpantas menyiapkannya adalah dikira sebagai pemenang. Oleh itu kerjasama dan pengetahuan adalah penting dalam permainan ini.

Latihan Membaca Frasa dan Ayat Guru menyediakan kad bacaan yang mengandungi frasa dan ayat Ayat tersebut mengandungi gambar yang sesuai bagi memudahkan pemahaman murid terhadap ayat yang ditunjukkan. Guru membaca ayat tersebut kemudian diikuti oleh murid. Murid disuruh menyalin frasa dan ayat tersebut di dalam buku latihan masing masing.

Sekian, terima kasih