54
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik” Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik. 1.0 Pengenalan 1.1 Pendahuluan Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 4 terhadap mata pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan pertama, soal selidik minat murid, pemerhatian tidak berstruktur terhadap murid dan guru terlibat serta temu bual murid dan guru Matematik terlibat. Hasil tinjauan awal menunjukkan keputusan ujian bulanan pertama (PKSR 1) murid darjah 4 Venus adalah paling rendah berbanding murid daripada darjah 4 yang lain. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik kelihatan tidak menyeronokkan, murid mengharapkan semua jawapan dari persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) seperti dalam keadaan terkongkong dengan berdasarkan buku teks semata- KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 1

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 4 terhadap mata pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan pertama, soal selidik minat murid, pemerhatian tidak berstruktur terhadap murid dan guru terlibat serta temu bual murid dan guru Matematik terlibat. Hasil tinjauan awal menunjukkan keputusan ujian bulanan pertama (PKSR 1) murid darjah 4 Venus adalah paling rendah berbanding murid daripada darjah 4 yang lain. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik kelihatan tidak menyeronokkan, murid mengharapkan semua jawapan dari persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) seperti dalam keadaan terkongkong dengan berdasarkan buku teks semata-mata. Soal selidik daripada murid menunjukkan 81 peratus responden merasakan minat terhadap mata pelajaran tersebut semakin menurun. Perancangan kajian tindakan difokuskan bagi meningkatkan minat murid kepada mata pelajaran Matematik dengan menjalankan aktiviti “Kad Interaktif Bernombor”. Murid telah didedahkan kepada aktiviti “Kad Interaktif Bernombor” selama 2 minggu mulai tarikh 3 Ogos 2009 sehingga 14 Ogos 2009 bagi meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan kefahaman serta minat murid terhadap mata pelajaran Matematik selepas aktiviti “Kad Interaktif Bernombor” dijalankan.

Citation preview

Page 1: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4

Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata

Pelajaran Matematik.

1.0 Pengenalan

1.1 Pendahuluan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 4

terhadap mata pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan

pertama, soal selidik minat murid, pemerhatian tidak berstruktur terhadap

murid dan guru terlibat serta temu bual murid dan guru Matematik terlibat.

Hasil tinjauan awal menunjukkan keputusan ujian bulanan pertama

(PKSR 1) murid darjah 4 Venus adalah paling rendah berbanding murid

daripada darjah 4 yang lain. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi

proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik kelihatan tidak

menyeronokkan, murid mengharapkan semua jawapan dari persoalan

aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid menjalani proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) seperti dalam keadaan terkongkong dengan

berdasarkan buku teks semata-mata. Soal selidik daripada murid

menunjukkan 81 peratus responden merasakan minat terhadap mata

pelajaran tersebut semakin menurun. Perancangan kajian tindakan

difokuskan bagi meningkatkan minat murid kepada mata pelajaran

Matematik dengan menjalankan aktiviti “Kad Interaktif Bernombor”.

Murid telah didedahkan kepada aktiviti “Kad Interaktif Bernombor”

selama 2 minggu mulai tarikh 3 Ogos 2009 sehingga 14 Ogos 2009 bagi

meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap mata pelajaran

Matematik. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan kefahaman

serta minat murid terhadap mata pelajaran Matematik selepas aktiviti

“Kad Interaktif Bernombor” dijalankan.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 1

Page 2: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

1.2 Penyataan Masalah

Jadual 1 menunjukkan analisis keputusan Ujian Bulanan Pertama

(PKSR 1) dalam bulan Mac 2009, Peperiksaan Pertengahan Tahun

(PKSR 2) dalam bulan Mei 2009 dan Ujian Bulanan (PKSR 3) dalam

bulan Ogos telah memberikan tamparan hebat pada kewibawaan guru

Matematik Darjah 4 Venus. Perasaan kecewa, sedih dan pelbagai lagi rasa

perasaan negatif mula menyusuri guru Matematik kelas ini. Berdasarkan

ujian bulanan yang terbaru iaitu PKSR 3 telah dijalankan pada bulan Ogos

2009, daripada 27orang murid Darjah 4 Venus, hanya 3.70 peratus (1

orang murid) sahaja yang lulus dengan C, manakala 26 orang murid (96.3

peratus) Darjah 4 Venus kebanyakannya gred D dan E. Kami memberikan

tumpuan kepada murid Darjah 4 Venus kerana didapati kumpulan murid

ini berada di tahap kelulusan mereka paling rendah pada ketiga-tiga ujian

yang telah dijalankan di sekolah tersebut.

KelasPKSR 1 (Mac 2009)

A B C D E

4 Jupiter 1 20 12 3 -

4 Neptun - 2 15 15 1

4 Venus - - - 5 22

KelasPKSR 2 (Mei 2009)

A B C D E

4 Jupiter 13 15 8 - -

4 Neptun - 4 21 8 -

4 Venus - - - 9 18

KelasPKSR 3 (Ogos 2009)

A B C D E

4 Jupiter 12 16 8 - -

4 Neptun - 5 22 6 -

4 Venus - - 1 15 11

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 2

Page 3: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Jadual 1: Analisis PKSR 1, PKSR 2 & PKSR 3 Bagi 4 Kelas Darjah 4 Sek.Keb Balok, Kuantan.

Maklum balas yang kami terima dari guru Matematik dan Guru Kelas

Darjah 4 Venus dalam temu bual yang telah diadakan ialah:

a) Murid tidak memahami isi kandungan buku teks kerana

buku teks di dalam Bahasa Inggeris.

b) Murid hanya mengharapkan semua jawapan dari latihan

dan soalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) daripada

guru sahaja.

c) Murid tidak memberi tumpuan di dalam kelas kerana tidak

memahami apa yang diucapkan oleh guru.

d) Murid seolah-olah tidak berminat atau hilang minat

mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)

mata pelajaran Matematik.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 3

Page 4: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Kami telah mencadangkan kepada guru mata pelajaran Matematik untuk

mengatasi masalah yang mereka hadapi berdasarkan pengalaman dan

pengetahuan namun kreativiti serta tindakan guru agak kurang

memberangsangkan. Keseluruhan pendapat memperlihatkan murid tidak

ada minat kerana sukar menguasai Bahasa Inggeris. Kami telah memberi

cadangan penggunaan kaedah Kad Interaktif Bernombor ketika

Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dijalankan selepas pemerhatian

dilakukan setelah PKSR 3 diadakan. Mengikut pemerhatian ini, guru

didapati lebih gemar mengajar di dalam kelas dengan berpandukan Buku

Teks serta tidak menggunakan alat bantuan mengajar yang lain. Ini

menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran

Matematik menjadi bosan dan tidak menarik. Lebih menyedihkan, apabila

keadaan menjadi kelam kabut dan menghuru-harakan proses Pengajaran

dan Pembelajaran (P & P). Perjalanan proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) berjalan seperti ‘melepaskan batuk di tangga’ untuk

menghabiskan sukatan pelajaran.

Kami rasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan

ini. Pada pandangan kami, keadaan tekanan yang tidak terkawal dari guru

dan murid boleh mendatangkan akibat yang amat negatif dalam proses

pendidikan. Kami telah menjalankan temu bual dengan murid Darjah 4

Venus secara rawak dan tidak formal mengenai proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) Matematik.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 4

Page 5: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Maklum balas yang kami terima dari murid adalah seperti berikut:

a) “kami suka matematik, tetapi sejak cikgu ajar dalam

Bahasa Inggeris kami hilang minat.”

b) “kami tak tahu apa yang cikgu hendak dan apa yang buku

matematik hendak.”

c) “Bosan di dalam kelas, mengantuk dengar cikgu cakap.”

Pelbagai perkataan negatif yang keluar daripada kebanyakan mulut murid

yang kami temui. Mereka seolah-olah merasakan belajar Matematik satu

perkara yang terpaksa dan tidak menyeronokkan lagi. Markah rendah yang

diperoleh dalam ujian seolah-olah mengurangkan minat mereka untuk

mempelajari mata pelajaran Matematik dengan seronok dan tanpa tekanan.

Lantas, kami merasakan sebelum perkara ini sampai ke tahap kritikal, satu

kajian tindakan dengan bermatlamat agar kefahaman terhadap mata

pelajaran ini meningkat serta minat pelajar terhadap mata pelajaran

tersebut tidak semakin menurun. Kami juga ingin memperlihatkan kepada

guru Matematik Darjah 4 Venus bahawa pendekatan Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) boleh dipelbagai dengan pelaksanaan Kad Interaktif

Bernombor.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 5

Page 6: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman asas

Matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi

serta minat murid Darjah 4 Venus, Sekolah Kebangsaan

Balok, Kuantan Pahang terhadap mata pelajaran

Matematik.

1.3.2 Objektif Khusus

i. Murid dapat memahami cara menggunakan Kad

Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Matematik.

ii. Murid dapat menggunakan Kad Interaktif untuk

menyelesaikan kemahiran-kemahiran asas

Matematik seperti tambah, tolak, bahagi dan darab.

iii. Guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai

salah satu alat bantu mengajar dalam pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 6

Page 7: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

iv. Untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran

Matematik dengan menggunakan Kad Interaktif.

v. Meningkatkan tahap penguasaan asas mata

pelajaran Matematik melalui Kad Interaktif.

1.4 Soalan kajian

a. Apakah tahap minat murid-murid Darjah 4 Venus

terhadap mata pelajaran Matematik?

b. Apakah sikap belajar murid Darjah 4 Venus terhadap

matapelajaran Matematik?

c. Adakah dengan menggunakan Kad Interaktif pencapaian

terhadap mata pelajaran Matematik di kalangan murid

Darjah 4 Venus akan meningkat?

d. Apakah masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid

Darjah 4 Venus dalam matapelajaran Matematik?

1.5 Definisi Konsep

1.5.1 Murid

Murid merujuk kepada 27 orang murid Darjah 4 Venus,

Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan yang telah dijadikan

sampel untuk kajian tindakan ini.

1.5.2 Guru Matematik

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 7

Page 8: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Merujuk kepada guru Matematik kelas tersebut yang akan

menggunakan kaedah Kad Interaktif Bernombor sebagai

bahan & cara di dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran

(P & P)

1.5.3 Guru Kelas

Merujuk kepada guru kelas Darjah 4 Venus yang

menyokong tindakan guru Matematik dalam meningkatkan

kemahiran asas penguasaan Matematik khususnya operasi

tambah, tolak, darab dan bahagi.

1.5.4 Matematik

Carl Friedrich Gauss merujuk Matematik sebagai "ratu

kepada sains (ilmu pengetahuan)". Matematik selalunya

didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai

corak struktur, perubahan dan ruang atau dalam erti kata

lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik

juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan

struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik.

Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa

perbualan dan penulisan dengan kosa kata dan tatabahasa

yang sangat jelas untuk menghurai dan mendalami

hubungan fizikal dan konsep.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 8

Page 9: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Albert Einstein pula menyatakan "sejauh mana

hukum-hukum matematik merujuk kepada realiti, maka

tiada kepastian baginya; dan sejauh mana kepastian wujud

bagi hukum-hukum tersebut; ia tidak merujuk kepada

realiti." Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada

konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, perubahan

dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya.

Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis

kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang,

melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik,

daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian

bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-

ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan

untuk merumuskan tekaan-tekaan kemungkinan baru dan

mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat

yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.

1.5.5 Kad Interaktif

Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan

pengguna untuk berinteraksi dengan media yang

disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa

yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju

masing-masing semasa berinteraksi.

Kad Interaktif merupakan kepingan kad-kad manila kecil

yang di depannya dilekatkan gambar untuk membantu

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik

dan berkesan (Gambarajah 1).

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 9

Page 10: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Gambarajah 1: Contoh Kad Interaktif

1.6 Kepentingan Kajian

Kami telah berbincang dengan guru kelas dan guru matematik

mengenai masalah ini. Kedua-dua guru ini menggalakkan dan

memberi laluan positif kepada idea kami untuk penggunaan kad

interaktif bernombor pada proses Pengajaran dan Pembelajaran

(P & P) yang akan dijalankan untuk kelas tersebut.

Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara

kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh

menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap

sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat kami kaedah pengajaran

guru Matematik tersebut boleh diperbaiki dari semasa ke semasa

mengikut profil kecerdasan murid di dalam kelas namun

kehilangan minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya

pada diri seorang murid khususnya dan sekolah amnya. Kami

yakin jika kami dapat membantu meningkatkan kefahaman serta

minat murid terhadap mata pelajaran ini atau sekurang-kurangnya

mengekalkan minat sedia ada. Selain daripada itu, guru Matematik

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 10

Page 11: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

kelas tersebut dapat pula meneruskan proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) menggunakan pelbagai pendekatan di dalam

kelas dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid

Darjah 4 Venus dalam mata pelajaran Matematik.

Jelaslah di sini bahawa kajian ini amat penting dari sudut

pembelajaran kerana ianya memberikan peluang kepada murid

untuk lebih memahami dan meminati mata pelajaran ini. Apabila

murid dapat menguasai asas matematik ini, maka teknik ini dapat

membantu murid untuk menguasai ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi guru pula, kaedah ini dapat membantu dalam proses

pengajaran kerana kaedah ini memberi peluang untuk murid

berinteraksi antara satu sama lain. Lantaran itu, kaedah ini dapat

menarik perhatian murid ketika proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) dijalankan.

Lantaran itu, kami telah merangka satu kaedah iaitu penggunaan

Kad Interaktif Bernombor dengan melibatkan seluruh murid

Darjah 4 Venus dan guru Matematik kelas tersebut. Tumpuan

tindakan saya adalah pada murid Darjah 4 Venus. Keadaan ini

disebabkan oleh perkara berikut:

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 11

Page 12: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

a) Peratus kelulusan dalam PKSR 1, PKSR 2, & PKSR 3 paling

rendah dibandingkan dengan kelas darjah 4 yang lain.

b) Penguasan terhadap matematik amat penting bagi persediaan

menghadapi UPSR pada 2 tahun lagi.

c) Perlu mengekalkan minat dan menambahkan kefahaman murid

agar proses pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)

di dalam kelas oleh guru matematik lebih mudah disesuaikan.

1.7 Tempat Kajian

Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, 26100 Kuantan, Pahang Darul

Makmur.

1.8 Populasi dan Sampel Kajian

Semua murid Darjah 4 Venus, Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan

Pahang iaitu sampel seramai 27 orang sebagai responden bagi memberi

peluang semua murid menyertai aktiviti Kad Interaktif Bernombor ini.

Darjah 4 Venus mempunyai 12 orang murid perempuan dan 15 orang

murid lelaki berumur 10 tahun.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 12

Page 13: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

1.9 Batasan Kajian

Mungkin keputusan tidak dapat mencukupi semua perkara atau boleh

memberi penyelesaian kepada semua perkara atau boleh memberi

penyelesaian kepada semua soalan berkaitan. Batasan-batasan boleh

wujud disebabkan oleh instrument, metodologi, pelaksanaan, masa,

logistik, kewangan, sampel dan kaedah analisis.

Selepas melalui proses kajian ini, kami mendapati beberapa

batasan-batasan yang tidak dapat dielakkan. Antara batasannya adalah:

a. Masa

Dalam tempoh masa yang terhad, kami tidak dapat

menyempurnakan kepada sampel yang lebih ramai.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 13

Page 14: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

b. Pengalaman

Oleh kerana kami tidak mempunyai pengalaman dalam

membuat kajian, menjadikan ianya batasan terhadap

kajian ini.

c. Keseragaman

Oleh kerana kajian ini berbentuk eksperimen yang

mana hanya satu kelas yang menggunakan Kad

Interaktif ini manakala kelas yang lain menggunakan

strategi pembelajaran tradisional. Jadi, hasil kajian ini

adalah tidak menyeluruh kepada semua murid darjah 4.

1.10 Kaedah Kajian dan Tinjauan Masalah

Sebelum memulakan kajian ini, kami juga telah menjalankan kajian

terhadap minat murid Darjah 4 Venus terhadap mata pelajaran Matematik.

Kajian telah menggunakan soal selidik untuk dijawab oleh kesemua

murid.

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan

pemerhatian, analisis peperiksaan pertengahan tahun dan ujian bulanan

kedua, temu bual dan soal selidik.

1.10.1 Pemerhatian

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 14

Page 15: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Pemerhatian dilakukan dengan menggunakan cara tidak

berstruktur. Kami memerhatikan perubahan tingkah laku

murid, “body language” dan pergerakan sebelum

mengikuti aktiviti Kad Interaktif Bernombor dan selepas

mengikuti aktiviti. Sebelum aktiviti dijalankan pelajar

kurang bermaya menjalani proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) mata pelajaran Matematik,

pergerakan murid di dalam aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) lambat dan “body language”

menunjukkan keadaan yang tidak berminat. Guru mata

pelajaran Matematik kelas ini sering terjerit-jerit atau

mengulang-ulang arahan semasa proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P).

Kebanyakan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)

dihabiskan dengan proses mengawal pelajar yang

melakukan kerja-kerja lain dari arahan Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) mata pelajaran Matematik. Hanya

segelintir murid sahaja yang mendengar arahan tetapi

pergerakan begitu pasif dengan mengikut sahaja arahan

guru. Tiada wajah keseronokan murid dalam situasi

Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Matematik. Guru

Matematik kelas ini tiada kesempatan waktu untuk

merangka kreativiti menghindarkan wajah-wajah tidak

bermaya murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran

(P & P). Keseluruhan Pengajaran dan Pembelajaran

(P & P) berlangsung secara teori di dalam kelas. Murid

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 15

Page 16: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

lebih banyak diarahkan menjawab soalan-soalan

berdasarkan Buku Teks Matematik dan kebanyakan murid

bergantung sepenuhnya kepada jawapan guru kerana

kurang mahir menggunakan operasi matematik untuk

menjawab soalan. Untuk menghindarkan tekanan

berpanjangan, guru Matematik ini hanya menggunakan

kaedah “spoon feeding” kepada murid. Memenuhkan

ruang-ruang di dalam Buku latihan telah mendatangkan

kepuasan pada guru dan murid, walaupun hakikat

kefahaman proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)

telah terpinggir. Penggunaan Buku Teks tidak

memberangsangkan. Penggunaan bekalan ICT (kadang

kala) yang ada hanya dapat merangsang pelajar untuk

menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) ala

kadar sahaja.

1.10.2 Analisa PKSR 1, PKSR 2 & PKSR 3

Graf 1 menunjukkan analisis PKSR 1, PKSR 2 & PKSR 3

menunjukkan keputusan yang tidak memuaskan. Daripada

27 orang murid Darjah 4 Venus, hanya 3.70 peratus

(1 orang murid) sahaja yang lulus dengan C, manakala 15

orang murid (55.5 peratus) mendapat gred D dan 11 orang

murid (40.7 peratus) mendapat gred E. Kami akan

menganalisis peningkatan prestasi akademik murid

berdasarkan ujian pos yang akan dijalankan selepas

aktiviti Kad Interaktif Bernombor.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 16

Page 17: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

A B C D E0

2

4

6

8

10

12

14

16

Bilangan murid berdasarkan gred pada PKSR 3

Bilangan murid

Graf 1: Keputusan PKSR 3 (Ogos 2009)

1.10.3 Ujian Pra dan Pos

Ujian Pra dan Ujian Pos diberikan kepada kumpulan

sasaran untuk mengesan sejauh mana murid dapat

mengenal pasti cara menggunakan operasi nombor

(penggunaan terhadap opersai tambah, tolak, bahagi, dan

darab). Soalan hanya meminta murid menyelesaikan

masalah pengiraan ringkas yang melibatkan operasi

tambah, tolak, darab dan bahagi. Ujian ini untuk

memperlihatkan kepada murid bahawa penguasaan

terhadap operasi pengiraan amat penting. Ujian Pos

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 17

Page 18: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

diberikan selepas murid menjalani aktiviti Penggunaan

Kad Interakrif Bernombor selama 2 minggu. Set soalan

Ujian Pos merupakan set soalan yang sama dengan Ujian

Pra.

1.10.4 Soal Selidik Minat

Jenis Soal Selidik Dikotomus digunakan dalam soal

selidik bagi mendapatkan persetujuan responden terhadap

pernyataan minat serta kesukaran responden terhadap mata

pelajaran Matematik dengan menggunakan skala pengukur

“Ya” dan “Tidak”. Borang soal selidik telah disediakan

dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum

balas murid mengenai minat mereka terhadap mata

pelajaran Matematik sebelum aktiviti Penggunaan Kad

Interaktif Bernombor dijalankan.

1.10.5 Temu Bual

Proses temu bual dilakukan kepada responden sebelum

dan selepas aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor

dijalankan bagi mendapatkan komen menyeluruh aktiviti.

Temu bual dijalankan kepada guru Matematik, guru kelas

tersebut dan guru matematik kelas lain. Teknik temu bual

secara tidak berstruktur bagi meneroka idea atau perasaan

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 18

Page 19: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

informan. Hasil temu bual dengan guru Matematik

tersebut yang terlibat sebelum aktiviti Penggunaan Kad

Interaktif Bernombor dijalankan dalam kelas sewaktu

proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dijalankan,

guru tersebut menyatakan tiada masa menjalankan aktiviti

yang lebih menarik di dalam kelas.

2.0 Dapatan Kajian

2.1 Latar Belakang/ Demografi sampel

Kami telah memilih Darjah 4 Venus, Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan

Pahang. Kelas ini mempunyai murid iaitu seramai 27 orang. Ini adalah

kerana peratusan ujian bulanan yang telah diadakan rendah berbanding

kelas darjah 4 yang lain. Selain itu, tahap penguasaan terhadap asas

matematik bagi kelas ini adalah kurang dan sangat lemah. Darjah 4 Venus

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 19

Page 20: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

mempunyai 12 orang murid perempuan dan 15 orang murid lelaki.

Peringkat umur mereka ialah 10 tahun.

2.2 Tindakan yang dijalankan

Sebelum melaksanakan aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor ini,

kami telah mentadbir soal selidik kefahaman dan minat murid terhadap

mata pelajaran Matematik. Kami juga telah memberikan taklimat kepada

guru Matematik 4 Venus dan guru kelas tersebut mengenai perlaksanaan

dan persiapan aktiviti. Sebelum aktiviti dijalankan, satu ujian pra telah

diadakan bagi melihat tahap kefahaman murid.

Tindakan yang dijalankan semasa aktiviti penggunaan Kad Interaktif

Bernombor merupakan kaedah memahami asas matematik iaitu operasi

tambah, tolak, darab dan bahagi berdasarkan tugasan yang diberikan.

Arahan setiap tugasan dan latih tubi di sampaikan oleh guru matematik

melalui lisan dan satu salinan bertulis di atas kertas A4 untuk semua

murid.

Pada permulaannya guru matematik telah membahagikan 27 orang murid

kepada 6 kumpulan kecil di mana satu kumpulan mempunyai 4 orang ahli

dan 1 kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) ini dijalankan secara berkumpulan agar murid-

murid dapat membantu antara mereka ketika soalan diajukan. Proses

membimbing berdasarkan rakan sekelas digunakan agar murid-murid

senang berinteraksi sesama mereka.

Setiap murid yang berjaya menyelesaikan latihan atau latih tubi tugasan

dengan kadar yang segera akan diberi hadiah sebagai motivasi. Jadi secara

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 20

Page 21: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

tidak langsung, murid akan berlumba-lumba untuk memahami sekaligus

menyelesaikan latih tubi yang diberikan. Aktiviti ini dilakukan secara

berkumpulan. Namun begitu, bagi murid yang tidak berjaya, hadiah

saguhati juga diberikan sebagai tanda penghargaan.

Dalam penggunaan Kad Interaktif ini, kami telah membina beberapa

langkah untuk guru mata pelajaran Matematik mengikutinya. Terdapat

tiga langkah yang harus diikuti dalam proses penggunaan Kad Interaktif

bernombor ini. Langkah pertama ialah, guru hendaklah membahagikan

murid-murid di dalam kelas. Selepas kumpulan telah dibahagikan, aktiviti

menggunakan Kad Interaktif Bernombor dimulakan dengan menulis

nombor-nombor dan dilekatkan pada kad manila. Para pelajar juga

dikehendaki menulis dan menampalkan operasi seperti tambah, tolak,

bahagi dan juga darab pada kad manila.

Seterusnya, langkah kedua ialah murid-murid hendaklah menggunakan

kreativiti mereka dengan melukis dan mewarnakan imej-imej yang dipilih.

Sebagai contoh, lukisan kereta. Dan langkah terakhir ialah murid-murid

hendaklah merujuk soalan-soalan yang diberikan oleh guru dan

menggunakan hasil-hasil kad interaktif yang mereka lakukan sebelum ini

dan menampal mengikut kehendak soalan-soalan. Pelajar juga hendaklah

menulis dan menampal jawapan yang betul pada kad manila tersebut

(Gambarajah 2).

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 21

Langkah Pertama

Selepas kumpulan telah dibahagikan, aktiviti menggunakan Kad Interaktif Bernombor dimulakan dengan menulis nombor-nombor dan dilekatkan pada kad manila. Para pelajar juga dikehendaki menulis dan menampalkan operasi seperti tambah, tolak, bahagi dan juga darab pada kad manila.

Langkah Kedua

Langkah seterusnya adalah dengan melukis

dan mewarnakan imej-imej yang dipilih.

Page 22: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Gambarajah 2: Carta Aliran Penggunaan Kad Interaktif Bernombor

Selepas tamat aktiviti penggunaan Kad Interaktif Bernombor, Ujian Pos

telah dijalankan kepada responden. Soalan Ujian Pos sama dengan soalan

Ujian Pra bagi mengurangkan bias. Peningkatan kelulusan responden

dalam Ujian Pra memperlihatkan keberkesanan aktiviti Kad Interaktif

Bernombor terhadap peningkatan kefahaman dan minat responden pada

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 22

Langkah Pertama

Selepas kumpulan telah dibahagikan, aktiviti menggunakan Kad Interaktif Bernombor dimulakan dengan menulis nombor-nombor dan dilekatkan pada kad manila. Para pelajar juga dikehendaki menulis dan menampalkan operasi seperti tambah, tolak, bahagi dan juga darab pada kad manila.

Langkah Kedua

Langkah seterusnya adalah dengan melukis

dan mewarnakan imej-imej yang dipilih.

Page 23: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

mata pelajaran Matematik. Temubual dengan responden selepas aktiviti

Kad Interaktif Bernombor dijalankan untuk melihat sejauh mana

peningkatan minat responden terhadap mata pelajaran Matematik selepas

menjalani aktiviti Kad Interaktif Bernombor. Temubual ini juga

merupakan refleksi kepada aktiviti Kad Interaktif Bernombor.

2.3 Data-data kajian

2.3.1 Analisis Pemerhatian

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 23

Page 24: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Berdasarkan pemerhatian kepada responden, guru Matematik kelas

tersebut & guru kelas selepas aktiviti Penggunaan Kad Interaktif

Bernombor dijalankan didapati :

2.3.1.1 Murid

a) Murid seronok mengikuti setiap aktiviti

Penggunaan Kad Interaktif Bernombor.

b) Murid teruja untuk menggunakan kad Interaktif

bernombor untuk operasi tambah, tolak, darab &

bahagi.

c) Murid lebih berkeyakinan untuk bertanya soalan

kepada guru bagi menyelesaikan masalah

bernombor yang dikemukakan dalam aktiviti

Penggunaan Kad Interaktif Bernombor.

d) Murid berinteraksi sesama sendiri dengan aktif bagi

menyelesaikan masalah bernombor yang

dikemukakan dalam aktiviti Penggunaan Kad

Interaktif Bernombor.

e) Murid boleh membuat kumpulan sendiri dan

berbincang dengan aktif bagi aktiviti Penggunaan

Kad Interaktif Bernombor yang memerlukan

penyelesaian secara kumpulan.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 24

Page 25: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

f) Murid yang berjaya kepada setiap peringkat aktiviti

seronok menerima hadiah sebagai motivasi dan

ganjaran.

g) Murid telah memberikan kerjasama dan menjalani

aktiviti bersama dengan seronok.

h) Menambahkan ikatan yang positif dalam mencapai

matlamat yang positif.

2.3.1.2 Guru Matematik dan Guru Kelas

a) Guru Matematik kelas tersebut melibatkan diri

dengan aktif dalam aktiviti Penggunaan Kad

Interaktif Bernombor.

b) Guru Panitia Matematik & guru kelas memberikan

pujian di atas perlaksanaan aktiviti Penggunaan Kad

Interaktif Bernombor yang dapat mengembangkan

potensi positif di kalangan murid terhadap aplikasi

matematik.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 25

Page 26: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

2.3.2 Analisa Ujian Pra & Ujian Pos

Jadual 2 dan Graf 2 menunjukkan peningkatan kelulusan pelajar

pada Ujian Pos dibandingkan dengan Ujian Pra. Walaupun Ujian

Pra dan Ujian Pos hanya menguji tajuk-tajuk tertentu dan asas

matematik, namun peningkatan ini memperlihatkan kemampuan

pelajar menguasai sesuatu proses P & P apabila mereka

didedahkan dengan keseronokan aktiviti. Kebolehan pelajar

menguasai tajuk dalam sukatan pelajaran dapat ditingkatkan

dengan minat mereka terhadap subjek. Jadual 3 dan Rajah 1 juga

menunjukkan peningkatan pelajar pada setiap gred keputusan ujian

pra dan ujian pos.

GredUjian Pra Ujian Pos

Bil Murid Peratus Bil Murid Peratus

A - 0% - 0%

B - 0% 2 7.4%

C - 0% 15 55.6%

D 15 55.6% 10 37.0%

E 12 44.4% - 0%

Jumlah 27 100% 27 100%

Jadual 2: Keputusan Ujian Pra (sebelum aktiviti) dan

Ujian Pos (selepas aktiviti)

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 26

Page 27: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

A B C D E0

5

10

15

20

25

Ujian PosUjian Pra

Graf 2: Keputusan Ujian Pra (sebelum aktiviti) dan

Ujian Pos (selepas aktiviti).

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 27

Page 28: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

2.3.3 Analisa Soal Selidik

Berdasarkan Jadual 3 dan Graf 3 di bawah, menunjukkan

keputusan soal selidik selepas kaedah penggunaan Kad Interaktif

Bernombor di kelas 4 Venus. Soalan nombor 15 ingin

mendapatkan maklumat tentang sama ada penggunaan Kad

Interaktif dapat menarik minat murid-murid terhadap mata

pelajaran Matematik. Keputusan dari soal selidik mendapati

bahawa 93 peratus murid-murid daripada kelas 4 Venus lebih

berminat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan

Kad Interaktif berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran

menggunakan kaedah tradisi atau kaedah biasa.

Daripada Soalan 16, kami mendapati bahawa penggunaan Kad

Interaktif benar-benar membantu murid-murid kelas 4 Venus

untuk menyelesaikan masalah asas Matematik. Ini adalah kerana

96 peratus daripada murid-murid kelas 4 Venus mengatakan

mereka bersetuju bahawa penggunaan Kad Interaktif membantu

mereka dalam menyelesaikan masalah asas Matematik.

Hasil keputusan Soalan 17 di dalam borang soal selidik kami

mendapati 96 peratus daripada murid-murid kelas 4 Venus lebih

memahami mata pelajaran Matematik dengan menggunakan Kad

Interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini

menunjukkan bahawa, penggunaan Kad Interaktif Bernombor ini

benar-benar menarik perhatian murid-murid kelas 4 Venus dan

seterusnya mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka

di dalam kelas.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 28

Page 29: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Analisa daripada Soalan 18 mendapati murid-murid kelas daripada

4 Venus, sekiranya mereka diberi peluang membuat pilihan,

sebanyak 85 peratus murid-murid kelas 4 Venus ingin mempelajari

mata pelajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran dan

pembelajaran secara Kad Interaktif. Hasil daripada soalan kaji

selidik ini menunjukkan bahawa sekiranya diberi peluang

membuat pilihan, murid-murid lebih cenderung kepada kaedah

pengajaran dan pembelajaran dengan pilihan penggunaan Kad

Interaktif.

Keputusan daripada borang soal selidik Soalan 19 pula

menunjukkan bahawa penggunaan Kad Interaktif membolehkan

murid-murid kelas 4 Venus lebih berkeyakinan dalam

menyelesaikan masalah asas mata pelajaran Matematik. Sebanyak

93 peratus murid-murid mengatakan bahawa hasil kaedah

penggunaan Kad Interaktif membolehkan mereka lebih

berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah asas mata pelajaran

Matematik berbanding kaedah tradisi dan biasa.

Keputusan Soalan 20 borang soal selidik menunjukkan bahawa

dengan menggunakan Kad Interaktif, sebanyak 89 peratus

murid-murid kelas 4 Venus mengatakan bahawa mereka dapat

lebih menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Ini membuktikan bahawa

penggunaan Kad Interaktif dapat membolehkan murid-murid lebih

menumpukan perhatian dalam kelas.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 29

Page 30: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

NO SOALAN YA TIDAK

15Anda rasa lebih minat, selepas guru anda menggunakan Kad Interaktif semasa pengajaran mata pelajaran Matematik.

25(93%)

2(7%)

16Kad Interaktif ini benar-benar membantu anda dalam menyelesaikan masalah asas mata pelajaran Matematik.

26(96%)

1(3%)

17Adakah anda lebih memahami mata pelajaran matematik ini dengan menggunakan Kad Interaktif?

26(96%)

1(3%)

18Jika diberikan peluang, adakah anda ingin mempelajari semua mata pelajaran menggunakan Kad Interaktif?

23(85%)

4(15%)

19Kad Interaktif membuatkan saya lebih berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah asas mata pelajaran Matematik.

25(93%)

2(7%)

20Dengan menggunakan Kad Interaktif, saya tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas.

3(11%)

24(89%)

Jadual 3: Soal Selidik Minat Pelajar Darjah 4 Venus terhadap Subjek Matematik selepas guru menggunakan kaedah Kad Interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (n=27)

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 30

Page 31: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Soalan 15 Soalan 16 Soalan 17 Soalan 18 Soalan 19 Soalan 200

5

10

15

20

25

30

YaTidak

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 31

Page 32: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Rajah 3: Hasil Keputusan Soal Selidik Soalan 15 hingga Soalan 20

daripada borang soal selidik kajian.

2.3.4 Analisa Aktiviti Melalui Kaedah Temu Bual

Jadual 4 menunjukkan respons positif terhadap aktiviti Kad

Interaktif Bernombor. Sebanyak 63.0% responden merasa sangat

seronok dan gembira mengikuti aktiviti ini. Manakala 37.0 %

responden hanya gembira dengan aktiviti ini. Namun ianya tidak

menghalang responden untuk memahami apa yang disampaikan

oleh guru. Responden mengatakan mereka dapat belajar matematik

dalam aktiviti Kad Interaktif Bernombor. Mereka juga dapat

mempelajari asas matematik melalui aktiviti ini. Kesemua

responden semakin bertambah minat mempelajari mata pelajaran

Matematik dan mereka mahukan aktiviti Kad Interaktif Bernombor

dilakukan lagi.

Item Bilangan Murid Peratus

Sangat seronok 17 63.0%

Seronok 10 37.0%

Tidak seronok - 0%

Jumlah 27 100%

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 32

Page 33: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Jadual 4: Analisa respons murid terhadap aktiviti melalui

temu bual

3.0 Perbincangan

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu, iaitu pada awal

bulan Ogos 2009 sebelum cuti persekolahan. Semasa kami menjalankan kajian ini

kami telah memasukkan unsur motivasi dan kemahiran memahami asas

matematik. Bagi menjayakan kajian ini kami amat memerlukan kerjasama semua

pihak. Perancangan yang rapi diperlukan sebelum kajian dijalankan.

Kebanyakan aktiviti di dalam Kad Interaktif Bernombor dijalankan pada waktu

Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) matematik Darjah 4 Venus. Sepanjang

aktiviti Kad Interaktif Bernombor terdapat beberapa latih tubi atau latihan yang

perlu diselesaikan oleh murid. Jumlah murid yang berjaya menyelesaikan latih

tubi yang diberikan juga meningkat dari sehari ke sehari. Walaupun begitu murid

yang tidak dapat menyiapkan latih tubi yang diberikan mengikut masa yang

ditetapkan akan diberi pilihan untuk menyiapkan latih tubi tersebut atau kumpulan

murid tersebut akan dikenakan penalti atau denda.

Untuk meransang murid memahami dan meminati mata pelajaran Matematik ini,

aktiviti menguji semangat murid dijalankan semasa proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) iaitu guru memberi peluang kepada murid untuk

menggunakan kad Interaktif Bernombor di hadapan kelas dan menerangkannya

kepada rakan murid yang lain. Jadi proses komunikasi dua hala antara murid

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 33

Page 34: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

dengan murid dan murid dengan guru dapat dilaksanakan, tambahan pula, aktiviti

ini meningkatkan keyakinan murid dalam menguasai mata pelajaran Matematik.

Kami mendapati penyertaan murid pada setiap latih tubi atau latihan yang

diberikan amat memberangsangkan. Kesemua latih tubi yang diberikan ketika

waktu pengajaran matematik dapat disiapkan dengan jayanya. Proses

perbincangan dalam kumpulan memberi peluang kepada murid untuk membantu

antara satu sama lain. Perkongsian ilmu matematik dapat memberikan impak

positif kerana ini akan menambahkan daya ingatan terhadap apa yang dipelajari.

Berdasarkan pemerhatian kami aktiviti Kad Interaktif Bernombor ini berjaya

meningkatkan minat Murid Darjah 4 Venus terhadap mata pelajaran Matematik.

Tambahan pula pemahaman murid terhadap mata pelajaran ini telah meningkat

berdasarkan ujian pos yang telah dijalankan. Murid rasa seronok dan gembira

mengikuti pembelajaran aktif seperti Kad Interaktif Bernombor. Keadaan ini

memang bersesuaian dengan usia dan tenaga yang dimiliki oleh murid darjah 4.

Kebanyakan murid ini merupakan murid yang mudah merasa bosan di dalam

kelas akibat hanya mendengar sahaja atau mengikut arahan secara pasif. Mereka

memerlukan aktiviti yang merangsang pemikiran mereka dan menggunakan

tenaga mereka. Jika kita tidak mengasah pemikiran mereka ke arah sesuatu yang

positif maka mereka akan menggunakan pemikiran mereka ke arah memikirkan

aktiviti negatif.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 34

Page 35: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Keseluruhan aktiviti Kad Interaktif Bernombor merupakan satu kaedah

Pembelajaran Aktif.

Aktiviti Kajian Tindakan ini telah dapat memenuhi aspek berikut:

i. Memotivasikan murid untuk belajar dan minat terhadap mata pelajaran

Matematik;

ii. Meningkatkan perolehan Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Berfikir

murid;

iii. Mempersembahkan fakta dan pengetahuan dalam mata pelajaran

Matematik; dan

iv. Memperlihatkan sikap positif murid dalam menghadapi kegagalan.

Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang

agak ketara. Aktiviti Kad Interaktif Bernombor merupakan aktiviti yang dapat

memenuhi kehendak murid yang kebanyakan bersifat kinestatik mengikut

klasifikasi Howard Gardner. Penumpuan yang tinggi dalam aktiviti yang

dijalankan bagi mencapai matlamat aktiviti menjadikan pelajar tidak

menumpukan pemikiran mereka kepada perkara-perkara luar dari aktiviti yang

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 35

Page 36: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

sedang dijalankan. Pemikiran mereka menumpu kepada mencapai objektif

aktiviti, di samping mengejar ganjaran dan motivasi.

Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah Kad Interaktif Bernombor dapat

meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Mereka juga

memperoleh kemahiran belajar Matematik secara tidak langsung dan dapat

menggunakan pendekatan kontekstual pada sesuatu konsep asas matematik.

Aktiviti ini dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri, kefahaman

terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) lebih ceria dan menyeronokkan.

Melalui kajian ini juga, kami dapati aktiviti seperti ini sebenarnya lebih menarik

minat murid. Ini dibuktikan melalui perlaksanaan aktiviti Kad Interaktif

Bernombor di mana mereka kelihatan gembira semasa menjalankan aktiviti.

Walaupun aktiviti tersebut agak padat, namun murid Darjah 4 Venus lebih

bersemangat untuk belajar. Aktiviti begini juga lebih menggalakkan murid

menggunakan kelima-lima deria dan merasai sendiri pengalaman melihat dan

menyentuh seperti yang diperlukan dalam kemahiran memerhati. Pengalaman itu

juga lebih mengekalkan pemerhatian mereka berbanding dengan hanya

mendengar guru mengajar.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 36

Page 37: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

Kami juga merasa terharu apabila guru kelas Darjah 4 Venus dan guru panitia

Matematik memberi sokongan, galakan serta bantuan bagi menjalankan aktiviti

ini. Kami juga mendapati murid sentiasa bersifat ingin tahu untuk mencari

penyelesaian masalah dalam setiap latih tubi atau latihan yang diberikan.

4.0 Kesimpulan dan Cadangan

Kami berharap agar aktiviti Kad Interaktif Bernombor ini dapat membantu murid

meminati Matematik serta membantu guru-guru matematik yang lain untuk

meneruskan kreativiti mereka di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran

(P & P) Matematik di dalam kelas, seterusnya membantu peningkatan prestasi

akademik yang memuaskan di Peperiksaan Akhir Tahun 2009 dan seterusnya

UPSR 2011. Kami dapati guru matematik kelas ini dan murid Darjah 4 Venus

lebih berkeyakinan untuk meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran

(P & P)Matematik. Murid sentiasa menginginkan aktiviti Kad Interaktif

Bernombor dilakukan semula dan mereka telah mencuba menggunakan konsep

aktiviti ini pada peringkat yang lebih tinggi bagi mata pelajaran Matematik.

Kami mencadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

i. Guru-guru matematik digalakkan mengubahsuai kaedah Kad

Interaktif Bernombor dalam pendekatan proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P) di dalam kelas - kelas tertentu terutamanya

kelas sederhana.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 37

Page 38: Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”

ii. Menggunakan kaedah Kad Interaktif Bernombor bagi mengulang

kaji sesuatu topik dalam sukatan mata pelajaran Matematik.

iii. Menggunakan kaedah Kad Interaktif Bernombor dalam proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) bagi menguasai sesuatu

konsep Matematik dengan lebih berkesan.

iv. Guru-guru Matematik boleh menggunakan kaedah Kad Interaktif

Bernombor pada pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas,

panitia atau sekolah.

Hasil dari kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif

dari segi minat guru dan minat murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran

(P & P) Matematik. Semoga minat pelajar dan guru dalam aktiviti ini boleh

menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses Pengajaran dan Pembelajaran

(P & P) Matematik yang lebih menyeronokkan dan berkesan, seterusnya

menjadikan peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan. Proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) yang perlu disesuaikan dengan kemajuan

sains dan teknologi masa kini.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 38