34
Kabinet malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Senator Datuk Seri Idris Jala Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah Kementerian Kewangan Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai Kementerian Pelajaran Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi Kementerian Dalam Negeri Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D Cruz Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui Timbalan Menteri: Noriah Kasnon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Kabinet Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kabinet Malaysia

Kabinet malaysia

Perdana MenteriDatuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana MenteriSenator Tan Sri Dr Koh Tsu KoonDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizSenator Datuk Seri Idris JalaSenator Tan Sri Nor Mohamed YakcopSenator Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui KeongTimbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah IbrahimTimbalan Menteri: Datuk SK DevamanyTimbalan Menteri: Datuk Ahmad MaslanTimbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian KewanganMenteri I: Datuk Seri Najib Tun RazakMenteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek HussinTimbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian PelajaranMenteri: Tan Sri Muhyiddin YassinTimbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka SiongTimbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam NegeriMenteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun HussienTimbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman YusopTimbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan KebudayaanMenteri: Datuk Seri Dr Rais YatimTimbalan Menteri: Datuk Joseph Salang GandumTimbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan AirMenteri: Datuk Seri Peter Chin Fah KuiTimbalan Menteri: Noriah Kasnon

Page 2: Kabinet Malaysia

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan WilayahMenteri: Datuk Seri Mohd Shafie ApdalTimbalan Menteri: Datuk Hasan MalekTimbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian TinggiMenteri: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinTimbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok ChungTimbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan IndustriMenteri: Datuk Seri Mustapa MohamedTimbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr MahathirTimbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan InovasiMenteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity OngkiliTimbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam SekitarMenteri: Datuk Seri Douglas Uggah EmbasTimbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian PengangkutanMenteri: Datuk Seri Kong Cho HaTimbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim BakriTimbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian PelanconganMenteri: Datuk Seri Dr Ng Yen YenTimbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniMenteri: Datuk Seri Noh OmarTimbalan Menteri: Datuk Johari BaharumTimbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian PertahananMenteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTimbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja RayaMenteri: Datuk Shaziman Abu MansorTimbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Page 3: Kabinet Malaysia

Kementerian KesihatanMenteri: Datuk Seri Liow Tiong LaiTimbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan SukanMenteri: Datuk Ahmad Shabery CheekTimbalan Menteri: Senator Gan Ping SieuTimbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber ManusiaMenteri: Datuk Dr S SubramaniamTimbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanMenteri: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobTimbalan Menteri: Datuk Tan Lian HoeTimbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanMenteri: Datuk Wira Chor Chee HeungTimbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatMenteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul JalilTimbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar NegeriMenteri: Datuk Seri Anifah AmanTimbalan Menteri: A Kohilan PillayTimbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan BandarMenteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal AbidinTimbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan KomoditiMenteri: Tan Sri Bernard Giluk DompokTimbalan Menteri: Datuk Hamzah ZainudinTimbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:

Menteri

Page 4: Kabinet Malaysia

1. Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;

2. Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.

Timbalan Menteri

1. Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;

2. Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan; 3. Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan

Datuk Wee Jeck Seng yang  ditamatkan pelantikan. 4. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri

Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 5. Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan

dan Komuniti; 6. Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu:

1. Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;

2. Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;

3. Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda pada jam 3.30 petang Jumaat ini (4 Jun) di Istana Negara.

Page 5: Kabinet Malaysia

Struktur dan org kpm

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu organisasi yang besar yang merujuk kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara. Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab.  Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, dan negara.  Justeru itu pendidikan berfungsi sebagai alat memenuhi keperluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi ataupun sosial. (Yahaya Don, 2005).

Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang mampu menjana bangsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan yang luas dan keupayaan generasi muda meningkatkan daya saing untuk menjadi bangsa yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Definisi Pengurusan Dan Pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia

Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal  dan menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matklamat pendidikan. Beliau melihat pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan,  penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan.

Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi.  Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan.  Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai  matlamat pendidikan.

Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas kedua-duanya terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan (Rosy Talin 2002).

Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat.

Page 6: Kabinet Malaysia

Struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu;

1. Eksekutif 2. Pengurusan 3. Penyeliaan 4. Teknikal 5. Pelaksana

Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah.

Rajah 1 berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran terdiri daripada dua puluh bahagian. Dua belas bahagian professional dan lapan bahagian pentadbiran. Tiap-tiap bahagian professional diketuai oleh seorang pengarah sementara bahagian pendaftaran Sekolah dan Guru di ketuai oleh Timbalan pendaftar Besar dan bahagian Nazir diketuai oleh seorang ketua Nazir persekutuan. Tiap-tiap bahagian pentadbiran pula diketuai oleh seorang setiausaha kecuali bahagian pentadbiran diketuai oleh seorang ketua penolong setiausaha.

Page 7: Kabinet Malaysia

Perkembangan pendidikan

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957); Zaman Pasca Merdeka (1957-1970); Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990); Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman pramerdeka (sebelum 1957)Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;

2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina; 3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak

sistem persekolahan kebangsaan; dan 4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan

untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang

Page 8: Kabinet Malaysia

menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.

Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.

Page 9: Kabinet Malaysia

Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:

1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari; 2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada

tahun 1999; 3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma; 4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI); dan 5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah

Teknik.

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.

Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

Page 10: Kabinet Malaysia

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukanlah suatu perkara yang baru. Seingat saya, beberapa siri taklimat berkenaannya telah dibuat sekitar akhir tahun lepas (2009) lepas dan saya sendiri telah menghadiri taklimat pertama bagi seluruh negeri Sabah yang melibatkan salah satu sub-NKRA berkenaan. Taklimat berkenaan waktu itu diadakan di Labuan.

Setelah beberapa bulan pelaksanaannya, kedengaran juga perbualan tidak rasmi berkenaan beberapa isu yang berkaitan dengan NKRA (Pendidikan) ini. Bahkan saya pernah menerima pertanyaan daripada email untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang bidang yang terkandung dalam NKRA dan isu-isu yang mula dibangkitkan.

Bagaimanapun kali ini saya tidak akan terus menyentuh tentang isu-isu yang melibatkan NKRA. Lebih elok sekiranya  buat permulaan dimuatkan secara ringkas kandungan Sub-NKRA Pendidikan di blog ini dan jika ada kelapangan nanti, isu-isu yang berkenaan akan dibincangkan kemudian.

NKRA – National Key Result Area

“The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system”

“ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians”

“ Our real work will begin as we make the transformation of government services happen”

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Page 11: Kabinet Malaysia

Sub-NKRA 1:  Prasekolah

7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:

Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan

pedalaman Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi

NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3

tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 *Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah

pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi

Page 12: Kabinet Malaysia

-  Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik

Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)

-  Menghasilkan pelajar yang cemerlang

Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang

-  Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem

Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah

Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

1.0 DASAR LUAR NEGARA

Page 13: Kabinet Malaysia

1.1 DefinisiTerdapat banyak definisi atau pendapat yang diutarakan oleh penulis berkenaan Dasar Luar Malaysia. Menurut Lew Hee Men, et al. (2005), Dasar Luar bermaksud “berbaik-baik dengan semua negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia”. Menurut beliau juga, dasar luar dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu Hubungan Bilateral (hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, dan Hubungan Multilateral (hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan). Azizi Ahmad pula memberikan definisi dasar luar sebagai polisi menjalani perhubungan antarabangsa dengan negara lain. Dasar luar merupakan tindakan yang diambil oleh pembuat dasar sesuatu kerajaan membentuk dan menyelesaikan sesuatu masalah. Ia merupakan strategi atau tindakan menghapus, mengurang, mengekal atau memperluaskan kerjasama antara negara.

Selain itu, Mohd. Nor Mat Yazid (1994) pula menyatakan, “dasar luar dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara”. Akhir sekali, definisi yang dikeluarkan oleh OUM adalah, Dasar luar negera merangkumi matlamat, perancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara sehubungan dengan negara-negara lain. Dasar luar negera mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan diluar bidang kuasanya.

Berdasarkan kepada beberapa definisi yang dikemukan oleh penulis di atas, dapatlah saya rumuskan bahawa dasar luar merupakan satu dasar yang dirangka dan dilaksanakan oleh Malaysia bertujuan untuk mengadakan hubungan baik dengan negara-negara luar bagi tujuan mewujudkan dan mengekalkan keselamatan, kedamaian, keharmonian serta kesejahteraan dari aspek ekonomi, politik, sosial dan lain-lain isu yang mempunyai kepentingan-kepentingan bersama.

Menurut Azizi Ahmad, objektif utama dasar luar Malaysia adalah:i. Pengiktirafan yang merujuk kepada keinginan sesebuah negara untuk diterima oleh negara lain sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat serta mempunyai sistem pentadbiran sendiri. Dasar luar ini perlu terkawal serta berjaya membawa pembangunan dan keamanan kepada rakyat.ii. Keselamatan mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengiktirafan. Negara perlu wujud sebagai satu kesatuan. Sesebuah negara akan dapat mempertahankan diri dari ancaman luar pada bila-bila masa walaupun terpaksa melalui kekerasan atau peperangan.iii. Menjalinkan kerjasama dua hala erat dikalangan negara jiran dan serantau serta meningkat kerjasama di kalangan negara lain yang mempunyai matlamat yang sama.

Lew Hee Man, et. Al (2005) pula menyenaraikan beberapa objektif dan matlamat dasar luar Malaysia, iaitu:i. menjamin keselamatan rakyat dan negara;ii. memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara;iii. menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi; daniv. mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.

Page 14: Kabinet Malaysia

Selain itu terdapat beberapa objektif dasar luar Malaysia, yang pernah dikemukakan, di antaranya ialah:

i. Kepentingan pengujudan kedamaian dan keharmonian adalah penting dan ini terpancar dalam dasar luar Malaysia yang merupakan kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan-kepentingan negara dan persekitaran.ii. Kebanyakan pembentukan dasar luar Malaysia secara lazimnya berusaha keras bagimembantu perkembangan ekonomi dalam negeri dengan membawa masuk seberapa ramai pelabur-pelabur asing.

Meskipun terdapat sedikit perbezaan dari segi matlamat dan objektif yang dinyatakan oleh penulis di atas, kita dapat rumuskan bahawa objektif dasar luar yang paling utama adalah sama, iaitu ke arah menjaga kedamaian, keharmonian dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa seterusnya berusaha memakmurkan negara jiran.

2.0 PRINSIP ASAS DAN FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMBEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA

2.1 Prinsip-Prinsip Asas Pembentukan Dasar Luar Malaysia

Malaysia mempunyai beberapa prinsip atau tafsiran yang menjadi panduan dalam membentuk dan melaksanakan dasar luarnya. Antara prinsip-prinsip yang diamalkan ialah, pertama, dasar luar Malaysia adalah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, terutamanya dalam konteks hubungan serantau. Dalam hal ini, Malaysia mendokong prinsip penyelesaian sengketa dan kewujudan bersama secara aman (non-confrontational). Prinsip ini terbukti dengan pendirian Malaysia untuk menjadi negara berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana negara lain dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasa-kuasa besar yang lain. Sebagai contoh menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau Non-Alligned Movment (NAM) pada tahun 1970.

Page 15: Kabinet Malaysia

Prinsip yang kedua adalah kerana Malaysia sentiasa menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara serta terhindar daripada penindasan. Berdasarkan prinsip ini, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua masyarakat di dunia ini dapat hidup dengan aman dan harmoni serta terhindar daripada penindasan. Dalam hal ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D. Sebagai contoh, Malaysia telah menghantar tentera pendamai ke Congo, Afrika (Zaire) pada tahun 1960 bagi menamatkan perang saudara di sana . Malaysia juga memberikan sokongan terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara-Negara 77 untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada negara maju sahaja.

Ketiga, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara.

Keempat, Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998.

Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia

Page 16: Kabinet Malaysia

telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya.

Huraian yang diberikan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada prinsip yang dijadikan asas dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini kerana dasar luar tidak berbentuk statik. Ia sentiasa berubah mengikut dasar yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin semasa.

Jawatan guru pembantu 2 dwujudkan

Saya amat tertarik tentang cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkenaan pengambilan guru pembantu atau disebut guru kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah. Antara rasional yang dikemukakan ialah, ia mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Berita hari ini turut memetik yang kalangan guru juga sangat menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas yang mempunyai ramai murid walaupun Kementerian Pelajaran belum mempunyai perancangan melaksanakannya. Ini bermakna cadangan diterima baik dan mereka tentunya mempunyai pendapat masing-masing berhubung perkara ini. Pada pandangan saya (secara peribadi) dengan merujuk kepada pemerhatian dan pengamatan hasil pemantauan di beberapa buah sekolah termasuk kategori pedalaman, luar bandar dan bandar di kawasan setempat, saya berpendapat bahawa cadangan itu memang bertepatan dengan keperluan pendidikan masa kini.

Guru Pembantu/KeduaSecara umum, guru pembantu atau guru kedua yang dimaksudkan bukan melaksanakan tugas mengajar secara langsung seperti tugas guru sedia ada. Ia lebih kepada membantu melaksanakan tugas-tugas perkeranian di dalam kelas termasuk pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi serta menguruskan perkara-perkara yang melibatkan murid/pelajar, misalnya masalah sakit atau demam ketika berada dalam kelas. Ringkasnya, kebanyakan tugas guru kedua yang dicadangkan itu hampir sama dengan tugas Jawatan Pembantu Pengurusan Murid yang ditempatkan di pra sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan senarai tugas umum yang ditetapkan pada cadangan berkenaan. Guru kedua hanya membantu dalam tugas-tugas sampingan. Jadi isu pertindihan tugas terutamanya yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara teorinya tidak timbul.

Guru Terbeban dengan pelbagai tugas dalam dan luar sekolahSaya berpendapat bahawa adalah wajar khidmat guru kedua diwujudkan bukan sahaja disediakan di kelas yang bilangan muridnya melebihi 35 orang murid sekolah rendah dan 40 orang murid sekolah menengah, tetapi guru kedua patut ada di semua sekolah rendah dan menengah di negara ini. Bukan bermaksud setiap kelas pembelajaran perlu ada guru pengganti. Memang tidak logik jika Sekolah Kurang Murid (SKM) yang muridnya cuma

Page 17: Kabinet Malaysia

5 orang dalam sebuah kelas juga disediakan guru kedua, tetapi mungkin ada baiknya digunakan satu standard yang boleh diguna pakai untuk menentukan bilangan yang sesuai ditempatkan berdasarkan nisbah murid di sekolah, misalnya 1 guru pengganti untuk 50 orang murid. Jadi sekolah yang memiliki saiz murid kurang daripada 100 orang boleh ditempatkan 1-2 orang guru pengganti. Manakala bagi sekolah yang berskala besar, cadangan 1 guru pengganti bagi kelas melebihi 35/40 orang boleh diteruskan.

Cadangan ini bukan bermakna kita tidak pernah bersyukur atau terlalu meminta tanpa mengenal makna kepuasan ibarat “diberi betis hendakkan paha”, tetapi menurut Laporan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010, guru-guru hari ini secara umumnya banyak terlibat dengan program-program di luar sekolah, antaranya termasuklah terlalu banyak penyertaan dalam kokurikulum dan sukan sehingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan. Itu memang jelas dan sudah lama berlaku dalam pelaksanaan pendidikan di negara kita. Bukan sekadar aktiviti kokurikulum dan sukan, guru-guru juga terlibat dalam menguruskan hal-hal berkaitan murid seperti pengurusan bantuan persekolahan, pengurusan data maklumat murid dan pentadbiran sekolah. Dalam bidang kurikulum pula, setiap kali kementerian melaksanakan program pendidikan yang baru, contohnya pada masa ini program Literacy and Numeracy Screening (LINUS), Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Semakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), guru-guru akan menghabiskan masa beberapa hari di luar sekolah untuk mengikuti kursus/taklimat berkenaan. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan guru terpaksa meninggalkan murid mereka di sekolah.

Pendidikan di Malaysia Bertaraf DuniaSaya tidak nafikan tentu ada pandangan berlawanan dengan pandangan di atas, antaranya segelintir individu mungkin beranggapan yang khidmat guru kedua akan menyebabkan tugas guru bertambah mudah. Guru hanya setengah hari dan mendapat kemudahan cuti yang lebih banyak berbanding kakitangan awam lain di negara ini. Khidmat guru kedua pula tentu akan menggalakkan guru-guru untuk meninggalkan kelas dengan pelbagai alasan. Di pihak kementerian pula, “kajian mendalam perlu dilakukan dengan teliti dan tentu mengambil masa yang lama untuk diputuskan” atau “peruntukan kerajaan tidak mencukupi untuk membayar emolumen kakitangan baru” tentunya akan menjadi jawapan yang paling asas.

Bagaimanapun, kerajaan khususnya melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah lama bertekad untuk memastikan guru-guru di Malaysia memiliki kemahiran dan kualiti kerja cemerlang supaya pendidikan negara kita setanding dengan pendidikan negara lain di dunia. Malah “Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia” pernah dipilih sebagai tema Hari Guru pada tahun 1996. Manakala pada tahun 1999, “Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang” menjadi sasaran untuk dicapai.

Malangnya, bagaimana kita hendak melahirkan guru yang berkesan seterusnya menghasilkan “produk” kita setaraf dengan negara-negara lain di dunia sedangkan dari segi pelaksanaan kita sudah jauh berbeza. Satu contoh yang mungkin boleh saya kongsikan di sini. Nisbah guru dan murid di negara lain berbanding negara kita:

Page 18: Kabinet Malaysia

Belgium: 15 murid Amerika Syarikat: 14 murid Denmark: 10 murid Singapura: 17 murid Thailand: lebih 30 murid Indonesia: lebih 30 murid Malaysia : lebih 30 murid

Sumber: Institusi pendidikan negara terbabit dan UNICEF (Dipetik daripada Berita Harian Online 14 Disember 2010)

Tidak dinafikan, adalah cukup sukar untuk negara kita menetapkan nisbah guru dan murid sama seperti negara maju dalam senarai di atas kerana ia bukan sahaja melibatkan perjawatan, tetapi juga melibatkan peruntukan besar dalam menyediakan prasarana pendidikan yang mencukupi. Namun, langkah menyediakan khidmat guru pengganti di sekolah tentunya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban tugas guru dan seterusnya mereka akan dapat menumpukan perhatian yang lebih terhadap tugas mengajar. Guru pembantu/kedua pula boleh menumpukan perhatian pada tugas sampingan di dalam kelas

Page 19: Kabinet Malaysia

Bajet 2011

Datuk Seri Najib Razak menjelaskan Bajet 2011 yang akan dibentangkannya petang ini, mengambil kira pandangan rakyat kerana sebahagian besar intipatinya adalah cadangan dan pandangan orang ramai. Oleh sebab itu Perdana Menteri menyifatkannya sebagai ‘bajet oleh rakyat’.

Berikut adalah antara ringkasan intipati utama pembentangan Bajet 2011 yang disampaikan Perdana Menteri petang tadi.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilionPerbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion

Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh

Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

Page 20: Kabinet Malaysia

Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

Page 21: Kabinet Malaysia

Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah

Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.

Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.

RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.

Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan

Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. (Bersyukur juga. Walaupun tiada bonus, bantuan kewangan ini pun sudah memadai).

Secara umum bagaimana pandangan anda. Adakah Bajet 2011 ini benar-benar menepati konsep Bajet Rakyat atau berdasarkan pandangan daripada rakyat? Intipati lengkap Bajet 2011/ucapan pembentangan boleh dirujuk di sini.

Page 22: Kabinet Malaysia

Ciri-ciri pemimpin

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.

Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah.

Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah:

1. Mentaliti

Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.

Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.

Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak.

Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.

2. Kemasyarakatan

Kesediaan memberi dan menerima pendapat. Sikap positif dan terbuka. Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.

Page 23: Kabinet Malaysia

Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

3. Moraliti

Mempunyai disiplin diri yang unggul. Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran,

keteguhan pendirian dan ketahanan diri. Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.

Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati. Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang

bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.

Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.

Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:

Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.

Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.

Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.

Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya.

Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.

Page 24: Kabinet Malaysia

Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.

Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.

Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.

Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.

Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.

Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.

Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .

Page 25: Kabinet Malaysia

Sekolah berprestasi tinggi

Baharu sahaja lebih kurang 3 hari lepas, Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penambahan 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort kedua 2011. Penarafan ini dibuat sejajar dengan salah satu tumpuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, khususnya untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing.

Jadi sebagai rekod dan juga perkongsian, berikut adalah 23 buah yang diberi penarafan Sekolah Berprestasi Tinggi tahun 2011:

1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak15. SK Convent Muar, Johor16. SK Seri Biram, Pahang17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang20. SK Sultan Ismail, Terengganu21. SK Jalan Tiga, Selangor22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) merupakan tumpuan ketiga dalam NKRA Pendidikan

Penambahan ini menjadikan bilangan keseluruhan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di negara ini sebanyak 43 buah. 20 buah sekolah sebelum ini (tahun 2010) telah diumumkan pada Kohot 1 lepas:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

Page 26: Kabinet Malaysia

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Apa yang lebih membanggakan, salah sebuah sekolah yang tersenarai dalam SBT tahun ini, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak merupakan sebuah sekolah pedalaman. Pemilihan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai membuktikan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah tidak terbatas di kalangan sekolah bandar yang serba lengkap dengan kemudahan prasarana tetapi juga boleh dicapai oleh mana-mana sekolah tanpa mengira status lokasi.

Semoga pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi di atas akan menjadi motivasi kepada pihak pengurusan, guru-guru dan warga sekolah-sekolah lain untuk mencapai kecemerlangan.

Page 27: Kabinet Malaysia

Sejarah spm wajib lulus

Dalam banyak perkara yang difokuskan sempena Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, salah satu yang menarik perhatian saya ialah pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan penetapan syarat wajib lulus mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2013 nanti.

Maknanya mata pelajaran Sejarah akan jadi macam Bahasa Malaysia juga calon wajib lulus untuk mendapatkan sijil. Bagaimanapun semasa menulis artikel ini saya belum mendapati mana-mana pernyataan yang menjelaskan sama ada pengumuman ini adalah keputusan rasmi kerajaan (Kementerian Pelajaran Malaysia) atau baru di peringkat cadangan. Kita tunggu perkembangannya nanti dan jika ada penyataan mengenainya saya akan kemaskini kemudian.

Untuk lebih jelas, berikut adalah berita berkenaan yang saya petik:

Mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subjek syarat wajib lulus itu sama seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

Pengumuman itu dibuat Muhyiddin semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Sabtu.

Selain itu Timbalan Presiden Umno itu berkata, kementeriannya akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan Perlembagaan negara.

“Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini,” katanya.

Pada masa ini Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil di peringkat sekolah menengah. (Sumber: mstar online)

p/s: Berharap dalam jangka masa terdekat ini ada syarat dikuatkuasa supaya semua wakil rakyat atau mereka yang memegang jawatan dalam politik wajib lulus ujian kenegaraan sebelum dibenarkan memegang atau bertanding mana-mana jawatan dalam politik. Tujuannya, tak lain tak bukan untuk “membentuk kefahaman yang mendalam di kalangan ahli politik terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini”. Ada setuju?

Page 28: Kabinet Malaysia

Upsr n pmr dimansuhkan

Sebagai mukadimah, sebelum ini banyak pandangan-pandangan individu (secara rawak sama ada yang tertulis atau diucapkan secara lisan) menyatakan bahawa Sistem Pendidikan di Malaysia adalah terlalu berorientasikan peperiksaan untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar. Salah satu contoh adalah seperti berikut:

Berbanding negara maju sistem pendidikan di malaysia masih menggunakan peperiksaan sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang pelajar. Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dianggap mampu mencapai kecemerlangan hidup apabila mereka meninggalkan alam persekolahan.

Semalam, Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan yang berkemungkinan kementerian itu akan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Cadangan itu dibuat berikutan pandangan yang kaedah pelaksanaan atau sistem pendidikan negara masa kini terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding ke arah pencapaian Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat Kurikulum Sekolah Rendah/Menengah itu sendiri hingga menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Jika kita terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya. – Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada pandangan saya sendiri. Cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR itu memang sangat wajar. Sudah tiba masanya kerajaan memberi peluang kepada Kementerian Pelajaran sendiri mengambil inisiatif untuk melaksanakan strategi pendidikan yang selari dengan matlamat asal kurikulum sekolah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan seterusnya memperbaiki kesilapan pelaksanaan sebelum ini. Kesilapan yang sama ada disedari atau tidak disedari.

Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.

Bukan bermakna sistem sekarang tidak memberi penekanan terhadap ilmu, sahsiah dan penerapan nilai, tetapi matlamat itu kadang kala menjadi perkara nombor 2 untuk dicapai. Matlamat paling utama, pelajar mesti lulus peperiksaan UPSR dan PMR dan mendapat keputusan yang cemerlang. Itu realitinya. Tidak perlu saya sebutan secara terperinci tetapi, kita boleh lihat banyak program-program sokongan yang dilaksanakan/dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan Pelajaran lebih menjurus kepada usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dan bukannya cemerlang secara menyeluruh.

Page 29: Kabinet Malaysia

Akibat daripada itu, timbul pelbagai tekanan dan beban kepada pelajar terutamanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan. Tekanan yang dimaksudkan itu mungkin datang daripada guru, ibu bapa, rakan sekolah atau diri sendiri. Selain itu, pendidikan berorientasikan peperiksaan juga turut memberi tekanan kepada guru-guru untuk melaksanakan pelbagai program yang dirancang oleh Kementerian/Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan program sekolah masing-masing.

Pentadbir sekolah tertekan oleh Pegawai Pelajaran Daerah yang ditekan oleh Pengarah Pelajaran Negeri akibat tidak tahan tekanan oleh Kementerian Pelajaran disebabkan tekanan oleh kerajaan yang ditekan oleh masyarakat, terutamanya ibu bapa yang tertekan kerana terpaksa menunggu anak lewat balik dari sekolah (tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan pihak sekolah). Akhirnya pelajar akan menyanyi lagu “Bangau oh Bangau”.

Daripada perkara ini berlaku, ada baiknya satu sistem pendidikan yang dipersetujui bersama (oleh semua pihak) dapat diwujudkan di negara ini. Mungkin ianya agak sukar dan saya faham bukan mudah untuk merancang atau melaksanakan satu tranformasi pendidikan, apatah lagi kalau ianya melibatkan perubahan pada sistem pendidikan itu sendiri. Kajian yang mendalam perlu dilakukan dan berkemungkinan memerlukan kos termasuk mewujudkan makmal kajian. Namun, saya percaya yang rakyat tidak kisah sekiranya peruntukan besar digunakan oleh kerajaan untuk tujuan penambahbaikan dasar atau sistem dan perlaksanaan pendidikan berbanding menjadikan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah dan guru-guru ‘KAMBING HITAM’, mengaburi mata masyarakat dengan melaksanakan program/projek yang kononnya bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar dengan penambahbaikan infrastruktur dan segala kemudahan pendidikan, tetapi hakikatnya keuntungan hanya dinikmati oleh satu-dua pihak. Sama-samalah kita fikirkan!

Isu2 pendidikan

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang

Page 30: Kabinet Malaysia

ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Struktur PendidikanBeberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:

Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;

Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;

Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan

Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Akses PendidikanSelaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:

pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;

perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di

sekolah yang kurang berkesan; penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Ekuiti PendidikanDalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung

Page 31: Kabinet Malaysia

(advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Tenaga pengajarKekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

Program PPSMISejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

Kesan globalisasiSelain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain

Page 32: Kabinet Malaysia

yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.

Sahsiah PelajarKualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

Isu-isu lain dalam sistem pendidikanSelain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:

Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;

Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;

Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;

Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di

negara maju adalah terhad; Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara

menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;

Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan

Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.