3
5/22/2018 USM News Portal - USM LEBAR SAYAP KE CHINA, JALIN KERJASAMA BIDANG KAJIAN BAHASA MELAYU DAN TERJEMAHAN https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5673-usm-lebar-sayap-ke-china-jalin-kerjasama-bidang-kajian-bahasa-melayu-dan-terjemahan 1/3 NANNING, CHINA, 21 Mac 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus melebarkan sayapnya ke negara China dengan menjalin kerjasama strategik dua hala dengan Guangxi University for Nationalities (GXUFN), China. Delegasi USM yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein, mewakili Naib Canselor bersama dengan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Profesor Dr. Narimah Samat dan Penyelaras Bahagian Pengajian Penterjemahan dan Interpretasi PPIK, Profesor Madya Dr. Goh Sang Seong, telah mengadakan lawatan rasmi ke GXUFN, di sini baru-baru ini. Adnan berkata, USM bersedia menerima pelajar jurusan Bahasa Melayu dari GXUFN untuk mengikuti Program Pemindahan Kredit Pengajian Melayu/Bahasa Melayu yang berlangsung selama 1-2 semester di PPIK. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... USM LEBAR SAYAP KE CHINA, JALIN KERJASAMA BIDANG KAJIAN BAHASA MELAYU DAN TERJEMAHAN 23 MAR

KA JIAN BAHASA MELAYU DAN TERJEMAHAN · China-Melayu kepada pensyarah dan pelajar jurusan Bahasa Melayu GXUFN. Teks asal dan Foto: Dr. Goh Sang Seong/Suntingan: Tan Ewe Hoe 5/22/2018

  • Upload
    others

  • View
    31

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KA JIAN BAHASA MELAYU DAN TERJEMAHAN · China-Melayu kepada pensyarah dan pelajar jurusan Bahasa Melayu GXUFN. Teks asal dan Foto: Dr. Goh Sang Seong/Suntingan: Tan Ewe Hoe 5/22/2018

5/22/2018 USM News Portal - USM LEBAR SAYAP KE CHINA, JALIN KERJASAMA BIDANG KAJIAN BAHASA MELAYU DAN TERJEMAHAN

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5673-usm-lebar-sayap-ke-china-jalin-kerjasama-bidang-kajian-bahasa-melayu-dan-terjemahan 1/3

NANNING, CHINA, 21 Mac 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus melebarkan sayapnya kenegara China dengan menjalin kerjasama strategik dua hala dengan Guangxi University forNationalities (GXUFN), China.

Delegasi USM yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar danAlumni), Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein, mewakili Naib Canselor bersama dengan Dekan PusatPengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Profesor Dr. Narimah Samat dan Penyelaras Bahagian PengajianPenterjemahan dan Interpretasi PPIK, Profesor Madya Dr. Goh Sang Seong, telah mengadakan lawatanrasmi ke GXUFN, di sini baru-baru ini.

Adnan berkata, USM bersedia menerima pelajar jurusan Bahasa Melayu dari GXUFN untuk mengikutiProgram Pemindahan Kredit Pengajian Melayu/Bahasa Melayu yang berlangsung selama 1-2 semesterdi PPIK.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

USM LEBAR SAYAP KE CHINA, JALIN KERJASAMA BIDANGKA JIAN BAHASA MELAYU DAN TERJEMAHAN23

MAR

Page 2: KA JIAN BAHASA MELAYU DAN TERJEMAHAN · China-Melayu kepada pensyarah dan pelajar jurusan Bahasa Melayu GXUFN. Teks asal dan Foto: Dr. Goh Sang Seong/Suntingan: Tan Ewe Hoe 5/22/2018

5/22/2018 USM News Portal - USM LEBAR SAYAP KE CHINA, JALIN KERJASAMA BIDANG KAJIAN BAHASA MELAYU DAN TERJEMAHAN

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5673-usm-lebar-sayap-ke-china-jalin-kerjasama-bidang-kajian-bahasa-melayu-dan-terjemahan 2/3

“Program ini menawarkan kursus-kursus yang melibatkan bahasa, budaya, kesusasteraan, sejarah dantamadun Melayu. Pakej ini amat sesuai dengan keperluan pelajar antarabangsa yang mengikutijurusan Bahasa Melayu bagi tujuan pelatihan kemahiran berbahasa khususnya untuk tujuanpenterjemahan," katanya.

Timbalan Presiden GXUFN, Profesor Dr. Cui Xiaolin, dalam ucapan alu-aluan beliau menyatakanbahawa universiti mereka amat berbesar hati untuk menerima kunjungan delegasi USM.

“Sebagai sebuah universiti yang berteraskan bahasa-bahasa asing, GXUFN sentiasa mencari peluanguntuk menjalin kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran, serta penyelidikan dan penerbitandengan universiti-universiti dari seluruh dunia terutamanya dengan universiti cemerlang seperti USM,”katanya.

Semasa lawatan rasmi ini, memorandum persefahaman (MoU) antara USM dan GXUFN turut dimeterai.

Melalui MoU ini, USM dijangkakan akan menerima kumpulan pelajar jurusan Bahasa Melayu GXUFNyang pertama mulai tahun 2019 di samping pelbagai kerjasama lain dalam pengajaran danpembelajaran serta penyelidikan dan penerbitan.

Sementara itu, Goh turut diundang untuk menyampaikan syarahan tentang kebolehterjemahan budayaChina-Melayu kepada pensyarah dan pelajar jurusan Bahasa Melayu GXUFN.

Teks asal dan Foto: Dr. Goh Sang Seong/Suntingan: Tan Ewe Hoe

Page 3: KA JIAN BAHASA MELAYU DAN TERJEMAHAN · China-Melayu kepada pensyarah dan pelajar jurusan Bahasa Melayu GXUFN. Teks asal dan Foto: Dr. Goh Sang Seong/Suntingan: Tan Ewe Hoe 5/22/2018

5/22/2018 USM News Portal - USM LEBAR SAYAP KE CHINA, JALIN KERJASAMA BIDANG KAJIAN BAHASA MELAYU DAN TERJEMAHAN

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5673-usm-lebar-sayap-ke-china-jalin-kerjasama-bidang-kajian-bahasa-melayu-dan-terjemahan 3/3

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015