24
JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016 25 FIRST-ORDER POLITENESS UNTUK MELIHAT KEFAHAMAN KESANTUNAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR PASCASISWAZAH MELAYU MUSLIM Abd Ganing Laengkang Riduan Makhtar Abstrak Brown dan Levinson (1978/87) telah membina satu konsep kesantunan secara universal. Bagi mereka, masyarakat di mana-mana sahaja perlu memahami atau mengukur tahap kesantunan berdasarkan teori yang mereka bina. Namun demikian, kajian terkini mengatakan sebaliknya, iaitu tidak ada satu maksud kesantunan bahasa yang seragam. Pendekatan Brown dan Levinson dianggap pendekatan tradisional, dan kini pengkaji bahasa beralih kepada pendekatan diskursif yang lebih moden. Antara prinsip utama dalam pendekatan diskursif ialah perbezaan antara tafsiran peserta (first-order politeness) dengan tafsiran pengkaji (second-order politeness). Dalam konteks Malaysia, Suraiya Mohd. Ali (2004) telah mengkaji perbezaan konsep kesantunan bahasa dalam kalangan kaum China, India dan Melayu. Beliau mendapati ketiga-tiga kaum tersebut berbeza dari segi konsep kesantunan disebabkan perbezaan budaya dan kaum. Walau bagaimanapun, kajian ini 1 pula meneliti konsep kesantunan dalam kalangan kaum dan agama yang sama, iaitu kaum Melayu yang beragama Islam. Pengkaji berpendapat bahawa walaupun daripada kaum dan agama yang sama, perbezaan konsep kesantunan bahasa tetap wujud. Hal ini disebabkan perbezaan seperti latar belakang bidang pengajian, didikan oleh ibu bapa di rumah, taraf sosioekonomi (kemiskinan dan kekayaan), kedudukan geografi bandar dan luar bandar, dan sebagainya. Pendekatan first- order politeness berupaya memperlihatkan kepelbagaian itu kerana soal selidik yang diedarkan bersifat terbuka. Kata kunci: Pendekatan diskursif, first-order politeness, kefahaman, kesantunan, pascasiswazah Melayu Muslim. Abstract Brown and Levinson (1978/87) had developed a universal concept of politeness. They argued that, the people anywhere need to understand or measure the degree of politeness based on the theory that they built. However, recent studies say the opposite, that there is no a uniform concept of politeness. Brown and Levinson's approach is considered as the traditional approach, and now researchers switch to modern approach, known as discursive approach. Among the main principles of the discursive approach is a difference of interpretation between the participants (first-order politeness) with the interpretation of the researcher (second-order politeness). In the Malaysian context, Suraiya Mohd. Ali (2004) had studied the differences 1 Kajian ini dibiayai oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang bermula pada Jun 2015-Mei 2016. Tajuk asal kajian ini ialah Pendekatan Diskursif dalam Mengkaji Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya memberikan tumpuan terhadap “kefahaman” sahaja.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

  • Upload
    hatuyen

  • View
    253

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

25

FIRST-ORDER POLITENESS UNTUK MELIHAT KEFAHAMAN KESANTUNAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR

PASCASISWAZAH MELAYU MUSLIM

Abd Ganing Laengkang Riduan Makhtar

Abstrak

Brown dan Levinson (1978/87) telah membina satu konsep kesantunan secara universal. Bagi mereka, masyarakat di mana-mana sahaja perlu memahami atau mengukur tahap kesantunan berdasarkan teori yang mereka bina. Namun demikian, kajian terkini mengatakan sebaliknya, iaitu tidak ada satu maksud kesantunan bahasa yang seragam. Pendekatan Brown dan Levinson dianggap pendekatan tradisional, dan kini pengkaji bahasa beralih kepada pendekatan diskursif yang lebih moden. Antara prinsip utama dalam pendekatan diskursif ialah perbezaan antara tafsiran peserta (first-order politeness) dengan tafsiran pengkaji (second-order politeness). Dalam konteks Malaysia, Suraiya Mohd. Ali (2004) telah mengkaji perbezaan konsep kesantunan bahasa dalam kalangan kaum China, India dan Melayu. Beliau mendapati ketiga-tiga kaum tersebut berbeza dari segi konsep kesantunan disebabkan perbezaan budaya dan kaum. Walau bagaimanapun, kajian ini 1pula meneliti konsep kesantunan dalam kalangan kaum dan agama yang sama, iaitu kaum Melayu yang beragama Islam. Pengkaji berpendapat bahawa walaupun daripada kaum dan agama yang sama, perbezaan konsep kesantunan bahasa tetap wujud. Hal ini disebabkan perbezaan seperti latar belakang bidang pengajian, didikan oleh ibu bapa di rumah, taraf sosioekonomi (kemiskinan dan kekayaan), kedudukan geografi bandar dan luar bandar, dan sebagainya. Pendekatan first-order politeness berupaya memperlihatkan kepelbagaian itu kerana soal selidik yang diedarkan bersifat terbuka.

Kata kunci: Pendekatan diskursif, first-order politeness, kefahaman, kesantunan, pascasiswazah Melayu Muslim.

Abstract

Brown and Levinson (1978/87) had developed a universal concept of politeness. They argued that, the people anywhere need to understand or measure the degree of politeness based on the theory that they built. However, recent studies say the opposite, that there is no a uniform concept of politeness. Brown and Levinson's approach is considered as the traditional approach, and now researchers switch to modern approach, known as discursive approach. Among the main principles of the discursive approach is a difference of interpretation between the participants (first-order politeness) with the interpretation of the researcher (second-order politeness). In the Malaysian context, Suraiya Mohd. Ali (2004) had studied the differences

1 Kajian ini dibiayai oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang bermula pada Jun 2015-Mei 2016. Tajuk asal kajian ini ialah Pendekatan Diskursif dalam Mengkaji Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya memberikan tumpuan terhadap “kefahaman” sahaja.

Page 2: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

26

of politeness concept between Chinese, Indian and Malay. He found that the concept of politeness among all three races were different due to the different cultures and races. However, this study also examined the concept of politeness among the same races and religions, namely the Malay Muslims (Malay people who are biologically Islam). The researcher argued that even from the same race and religion, the differences of politeness concept is still exists. This is due to the differences, such as fields of study, background, education by parents at home, socio-economic status (poverty and wealth), and the geographical (urban and rural) and so on. First-order approach is able to show the diversity of politeness through an open questionnaire. Keyword: Discursive approach, first-order politeness, comprehension, postgraduate Malay Muslim.

Pengenalan Brown dan Levinson (1978/87) telah membina satu konsep kesantunan secara universal. Masyarakat di mana-mana sahaja di dunia ini perlu memahami kesantunan mengikut apa yang difahami oleh Brown dan Levinson. Bagi mereka, semua bangsa mempunyai nilai kesantunan yang sama seperti apa yang mereka gariskan. Namun demikian, kajian kebelakangan ini memperlihatkan sebaliknya, iaitu tidak ada satu maksud kesantunan bahasa yang seragam. Hal ini disebabkan oleh kepelbagaian agama, kepercayaan, bahasa, pandangan hidup, budaya, latar belakang pendidikan awal di rumah oleh ibu bapa, di sekolah oleh guru-guru, sosioekonomi, amalan, latar belakang pendidikan keluarga, persekitaran rakan sebaya, dan yang berlaian. Dalam konteks Malaysia, Suraiya Mohd Ali (2004) membuktikan bahawa perbezaan kaum dan agama mempunyai perbezaan kefahaman dan kelakuan berbahasa. Dengan menggunakan kaedah first-order politeness, Suraiya Mohd Ali telah menunjukkan bahawa kaum Cina, India dan Melayu (Islam) mempunyai kefahaman dan tindakan berbahasa yang berbeza. Beliau menapati bahawa kaum Melayu melihat kesantunan sebagai satu gentleness (kelembutan berbahasa), kaum Cina melihat kesantunan sebagai harmony, dan kaum India melihatnya sebagai moral refinement.

Tanpa menolak hasil kajian Suraiya Moh. Ali, pengkaji pula berpendapat bahawa perbezaan kefahaman dan amalan kesantunan berbahasa masih wujud walaupun daripada kaum dan agama yang sama. Bagi membuktikan hal ini, kajian ini memilih 75 responden daripada kaum Melayu yang beragama Islam dan responden dipilih secara rawak di empat universiti awam. Dengan menggunakan pendekatan first-order politeness yang sama dengan Suraiya Mohd Ali, kajian ini akan memperincikan lebih mendalam lagi bahawa persamaan kaum dan agama masih lagi memperlihatkan

Page 3: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

27

perbezaan kefahaman dan amalan kesantunan berbahasa. Dengan perkataan lain, persamaan agama dan kaum bukan penentu bagi persamaan kefahaman dan amalan kesantunan berbahasa. Kajian ini percaya bahawa terdapat perbezaan latar belakang pendidikan rasmi, bidang pengajian, cara ibu bapa mendidik di peringkat awal, latar belakang keluarga, taraf hidup dan sosioekonomi, persekitaran bandar dan luar bandar dalam masyarakat Melayu Islam. Perbezaan-perbezaan ini memainkan peranan penting dalam membentuk kefahaman dan amalan kesantunan, bukan hanya faktor persamaan agama dan keturunan.

Pendekatan Diskursif: First-Order Politeness

Pendekatan diskursif merupakan pendekatan terkini dalam menganalisis kesantunan berbahasa. Pendekatan diskursif ini berbeza dengan pendekatan tradisional yang lebih bersifat teoritikal perspektif, iaitu kajian yang mengutamakan perspektif pengkaji (second-order politeness). Antara isu penting yang sering mendapat perhatian dalam pendekatan diskursif ialah perbezaan tafsiran peserta dengan tafsiran pengkaji. Watt (et.al.,1992) memperkenalan istilah first-order politeness bagi mewakili tafsiran peserta (responden), dan second-order politeness bagi mewakili tafsiran pengkaji. Kajian yang bersifat second-order politeness dilihat sebagai pendekatan tradisional yang tidak dapat memberikan dapatan yang tepat dan menyeluruh. Hal ini kerana pendekatan second-order politeness hanya melibatkan persepsi pangkaji tanpa menganalisis latar belakang respoden untuk mengenal pasti pemahaman mereka tentang kesantunan bahasa.

Miriam A. Locher dan Andreas Langlotz berpendapat bahawa Lakoff (1973), Brown dan Levinson (1978/87), Leech (1993) boleh dianggap sebagai pengkaji yang menggunakan pendekatan tradisional terhadap kesantunan bahasa. Pendekatan tradisional ini diistilahkan sebagai second-order politeness, yang bertujuan untuk mencari konsep kesantunan sejagat. Menurut mereka lagi, golongan tradisional ini tetap menggunakan data sebenar, namun demikian, mereka menggunakan data sebenar ini untuk membina kefahaman teoritikal berdasarkan corak linguistik yang diperhatikan. Pengkaji first-order politeness, seperti Miriam Locher mengatakan bahawa first-order politeness bekerja dengan data sebenar atas nama teori.

Dalam pendekatan tradisional, kajian dilakukan melalui proses

mengutip data perbualan, kemudian menganalisis, dan seterusnya memberikan penilaian santun atau tidak tanpa mengambil kira latar belakang

Page 4: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

28

pendidikan, latar belakang keluarga, jenis pekerjaan, sosioekonomi sesebuah kumpulan masyarakat. Kajian seperti ini tidak dapat memberikan penilaian yang tepat kerana pendekatan tradisional mengukur kesantunan bahasa sesuatu kumpulan masyarakat dengan menggunakan kefahaman pengkaji terhadap yang dikaji. Dengan analogi mudah, masyarakat Barat mengukur kesantunan berbahasa masyarakat Timur sudah pasti menghasilkan ukuran yang tidak tepat. Hal ini kerana budaya, bahasa dan pandangan hidup Barat amat berbeza dengan budaya, bahasa dan pandangan hidup Timur.

Melalui kaedah first-order politeness yang terdapat dalam pendekatan

diskursif, pengkaji berupaya memperlihatkan kepelbagaian kefahaman dan tindakan berbahasa dalam kalangan pelajar pascasiswazah. Kaedah ini mengelak pengkaji memberikan penilaian yang tidak adil terhadap kumpulan masyarakat tertentu. Dengan pengertian bahawa tidak adil sekiranya pengkaji (second-order politeness) memberikan penilaian santun atau tidak kepada para pelajar pascasiswazah hanya berdasarkan analisis perbualan tanpa melihat latar belakang mereka. First-order politeness ini menggunakan teknik soal selidik secara terbuka bagi mendapatkan maklumat dan pemahaman yang asli tanpa ada “campur tangan” pengkaji. Teknik soal selidik ini memberikan kebebasan responden mengemukakann kefahaman mereka tanpa dibentuk oleh soal selidik yang bersifat pilihan hasil daripada kerangka konsep dan pemikiran pengkaji.

Malah pendekatan disrkursif sejak kebelakangan telah memberi

perhatian terhadap pandangan hidup yang melibatkan persoalan-persoalan epistimologi dan ontologi. Penekanan terhadap pandangan hidup amat penting bagi mendapatkan konsep kesantunan bahasa. Selain Helen Spencer pula (2007) mencadangkan agar menggunakan teori-teori yang ada dalam disiplin ilmu psikologi, khususnya teori identiti dalam mengkaji kefahaman dan amalan kajian kesantunan berbahasa. Bagi beliau, teori identiti memberikan maklumat yang tepat tentang kepercayaan, amalan, pandangan hidup seseorang atau sekumpulan masyarakat. Semua maklumat diri ini mempengaruhi kefahaman dan amalan berbahasa. Hal ini yang membezakan pendekatan diskursif dengan pendekatan tradisional. Secara umumnya, pendekatan diskursif peka dengan latar belakang pendidikan, budaya, amalan hidup, kepercayaan, zaman, pandangan hidup dan sebagainya. Hal ini kerana setiap budaya, bahasa, kepercayaan dan pandangan hidup mempunyai konsep masing-masing tentang sesuatu perkara, termasuklah konsep dan amalan kesantunan berbahasa.

Page 5: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

29

Seperti yang disebut sebelum ini, pendekatan diskursif membezakan konsep kesantunan yang difahami oleh pengkaji (second-order politeness) dengan konsep kesantunan yang difahami oleh responden kajian (first-order politeness). Dengan perkataan lain, pendekatan diskursif membezakan antara konsep kesantunan secara amali (practical concept of politeness) dengan konsep kesantunan secara teori (theoritical concept of politeness). Dalam kajian ini, pengkaji memberikan beberapa contoh ahli bahasa Malaysia yang mengkaji kesantunan berbahasa secara mendalam. Mereka telah memberikan konsep kesantunan yang berbeza dengan masyarakat umum. Antara ahli bahasa yang dimaksudkan ialah Awang Sariyan, Sanat Md. Nasir, dan Munif Zarirruddin Fikri Nordin, dan beberapa ahli bahasa yang lain. Namun demikian, tidak bermakna pengkaji menolak konsep kesantunan bahasa yang mereka berikan. Hal ini kerana ahli-ahli bahasa ini telah memperincikan maksud kesantunan dari sudut Islam. Sebagai pengkaji Muslim, penulis kajian ini berpandangan bahawa konsep kesantunan yang dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa Muslim, yang disebut di atas, hendaklah diterima baik sebagai ajaran Islam yang benar. Antara konsep-konsep kesantunan penting yang mereka kemukakan ialah kesantunan sebagai ibadah, sebahagian daripada akhlak, dan merupakan manifestasi keimanan seseorang. Dalam konteks dakwah, ahli-ahli bahasa tersebut bertanggungjawab untuk menyampaikan konsep-konsep tersebut kepada masayarakat umum. Hal ini penting kerana kajian ini mendapati 64% responden mendefinisikan kesantunan tanpa ada unsur agama Islam. Di sinilah manfaat pendekatan diskursif dalam konteks dakwah. Pendekatan diskursif yang membezakan maksud kesantunan dengan masyarakat umum dengan pengkaji yang pakar dalam bidang ini amat bermanfaat untuk melihat sejauah mana masyarakat umum memahami kesantunan bahasa menurut Islam. Persoalan Kajian Pendekatan moden membuat penilaian dengan mengambil kira kefahaman dan latar belakang responden, seperti budaya, amalan harian, cara didikan di peringkat awal, perubahan zaman dan sebagainya. Kajian Suraiya Mohd Ali (2004) telah memperlihatkan bahawa perbezaan agama dan kaum mempunyai perbezaan kefahaman dan amalan kesantunan berbahasa. Beliau telah membuktikan perbezaan kefahaman dan amalan dalam kalangan kaum Cina, India, dan Melayu. Persoalan kajian ini ialah sejauh mana pandangan mengatakan Orang Melayu Islam mempunyai persamaan kefahaman dan amalan kesantunan tanpa melihat cara mereka dididik di peringkat awal oleh ibu bapa, guru-guru; tanpa melihat sosioekonomi mereka, tanpa melihat persekitaran dan suasana bandar degan luar bandar, dan sebagainya.

Page 6: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

30

Tujuan Kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa tujuan untuk

i. Mengenal pasti kepelbagaian kefahaman kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar pascasiswazah Melayu Muslim dengan menggunakan kaedah first-order politeness.

ii. Mengkategorikan kepelbagaian kefahaman berbahasa dalam kalangan pelajar pascasiswazah Melayu Muslim.

iii. Mengemukakan cadangan berdasarkan hasil perbincangan dan penafsiran

Hipotesis Hipotesis kajian ini ialah persamaan agama dan keturunan kaum tidak semestinya melambangkan persamaan kefahaman dan amalan kesantunan berbahasa. Hal ini kerana banyak faktor lain yang menyebabkan perbezaan kefahaman dan amalan kesantunan dalam kalangan mereka, seperti cara mereka dididik di peringkat awal oleh ibu bapa dan guru-guru di sekolah, taraf pendidikan keluarga, perubahan zaman, persekitaran dan suasana bandar dan luar bandar, taraf sosioekonomi keluarga (kemiskinan dan kekayaan), dan sebagainya. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan kepelbagaian kefahaman dan amalan kesantunan bahasa dalam kumpulan agama dan kaum yang sama. Oleh itu, kajian ini memilih 75 responden pascasiswazah Melayu Muslim di empat buah universiti untuk membuktikan pernyataan ini. Mereka daripada golongan terpelajar, iaitu pelajar pascasiswazah, tetapi lahir daripada pelbagai latar belakang keluarga dan pengalaman hidup yang berlainan. Skop Kajian Kajian ini memberi tumpuan terhadap kefahaman kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar pascasiswazah Melayu Muslim. Sebanyak 6 soalan yang terdapat dalam Bahagian C soal selidik tersebut. Namun demikian, kajian ini memberi tumpuan terhadap soalan 1 dan soalan 6. Kedua-dua soalan ini berkaitan dengan kefahaman kesantunan berbahasa. Kajian ini menggunakan kaedah first-order politeness yang terdapat dalam pendekatan diskursif untuk melihat kefahaman mereka.

Page 7: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

31

Metodologi Kajian Kajian ini melibatkan kajian kepustakaan dan lapangan. Kajian kepustakaan dilakukan untuk menentukan hala tuju kajian. Kajian literatur ini dilakukan di perpustakaan-perpustakaan utama di empat buah universiti, iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putera Malaysia, dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berdasarkan kajian kepustakaan ini, pengkaji mendapati kajian kesantunan berbahasa yang menggunakan pendekatan diskursif agak baharu di Malaysia. Berdasarkan kajian literatur itu, kajian ini memberi tumpuan terhadap pelajar pascasiswazah Melayu Muslim. Dari segi kajian lapangan, kajian ini melibatkan kajian lapangan di empat buah universiti untuk mendapatkan kefahaman responden tentang kesantunan bahasa. Dalam kajian lapangan, pengkaji telah mengedarkan satu set soal selidik kepada para pelajar pascasiswazah di empat buah universiti awam sepanjang bulan Januari 2016, iaitu semasa cuti semester bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pada waktu tersebut, universiti awam hanya dilawati oleh sebahagian besar pelajar pascasiswazah sahaja dan keadaan ini memudahkan proses pemilihan responden secara rawak. Responden dan Kawasan Kajian Kajian ini menganalisis 75 responden sahaja, yang terdiri daripada 22 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 21 pelajar Universiti Malaya, 24 pelajar Universiti Putera Malaysia, dan 8 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini memilih responden daripada kalangan pelajar pascasiwazah Melayu Muslim sahaja. Mereka dipilih adalah untuk membuktikan bahawa pegangan agama dan keturunan yang sama tidak semestinya mempunyai kefahaman dan amalan kesantunan yang sama. Struktur Soal Selidik Dalam pendekatan diskursif, soal selidik adalah bersifat terbuka agar responden dapat menjawab berdasarkan pemahaman mereka sendiri tanpa pengaruh daripada pengkaji. Soal selidik ini ditulis dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia, dan di empat buah universiti yang dikaji. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian utama, Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden dan soalan ini bersifat pilihan bergantung pada latar belakang responden seperti soalan jantina, umur, kelulusan, keturunan, agama, institusi/ universiti, bidang pengajian, fakulti dan tempoh pengajian. Bahagian B pula melibatkan soalan pendidikan peringkat awal tentang

Page 8: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

32

kefahaman kesantunan berbahasa. Soalan ini bersifat darjah kekerapan 1-5. Bahagian ini juga bersifat pilihan kekerapan bagi melihat latar belakang pendidikan peringkat awal tentang kesantunan bahasaBahagian C soal selidik ini bersifat subjektif atau terbuka. Kaedah Analisis Kajian

Seperti yang disebutkan sebelum ini, soal selidik ini bersifat terbuka, dan jawapan yang diberikan oleh responden berbentuk subjektif dan definisi yang berbentuk penerangan. Oleh itu, kaedah analisis yang terlibat ialah mentranskripsi hasil soal selidik terlebih dahulu, kemudian dapatan kajian tersebut diasingkan mengikut bahagian dan tema. Hasil analisis akan diperlihatkan dalam bentuk jadual, jumlah kekerapan dan peratus. Kemudian jadual tersebut dibincang dan ditafsir untuk membuat kesimpulan. Dapatan Kajian

Bahagian ini akan menunjukkan hasil soal selidik Bahagian A, Bahagian B, dan dua soalan di Bahagian C. Hasil kajian ditunjukkan dalam bentuk jadual, jumlah kekerapan dan peratusan. Dapatan Kajian Bahagian A: Latar Belakang Bahagian A ini bertanyakan soalan tentang jantina, umur, taraf pendidikan, bidang pengajian dan sebagainya. Kajian mendapati 26 responden lelaki dan 49 responden wanita. Namun demikian, kajian ini tidak bersifat gender antara lelaki dan perempuan. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa kategori tertinggi ialah umur antara 23-30 tahun, iaitu seramai 62 responden. Hal ini diikuti kategori umur 31 hingga 40 tahun dengan jumlah 11 responden. Manakala dua orang yang berumur 41 hingga 49 tahun, dan tidak ada responden yang berumur 50 tahun. Dari segi taraf pendidikan tertinggi, 37 responden bertaraf Ijazah Sarjana Muda, 35 responden Ijazah Sarjana dan 3 Doktor Falsafah. Ini bermaksud 37 responden sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan 35 sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah. Dari segi kaum dan agama, semua responden berketurunan Melayu dan beragama Islam. Hal ini dilakukan selari dengan persoalan kajian. Responden dipilih secara rawak di empat univesiti Awam, iaitu 21 responden di Universiti Malaya, 8 di Universiti Kebangsaan Malaysia, 24 di Universiti Putera Malaysia dan 22 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain itu, pengkaji mendapati tiga bidang pengajian, iaitu 47% (35 orang) responden

Page 9: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

33

dalam bidang Kejuruteraan, 23% (17 orang) responden) dalam bidang Pengajian Islam dan 31% (23 orang) responden dalam bidang Sains Sosial. Dapatan Kajian Bahagian B: Didikan Peringkat Awal Bahagian B adalah tentang latar belakang pendidikan awal di rumah dan pendidikan di sekolah. Jadual 1 berikut merupakan hasil kajian berkenaan dengan didikan ibu bapa di rumah dan guru-guru di sekolah.

Jadual 1: Latar Belakang Pendidikan di Peringkat Awal

BAHAGIAN B

NO SOALAN

KEKERAPAN 1 2 3 4 5

1

Ibu bapa/penjaga saya memberikan penekanan tentang maksud dan amalan kesantunan berbahasa sejak kecil

1 (1%)

31

(43%)

43

(57%)

2

Ibu bapa/ahli keluarga terdekat di rumah mengawal cara percakapan saya

7

(9%) 33

(44%) 35

(47%)

3

Guru-guru di sekolah rendah/menengah mengajar atau menasihati saya tentang kesantunan bahasa.

7 (9%)

40

(53%)

28

(38%)

4

Ibu bapa/penjaga saya menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap.

46

(61%) 29

(39%)

5

Persekitaran atau masyarakat di tempat tinggal saya mengawal cara percakapan saya.

2

(3%)

1

(1%)

28

(38%)

33

(44%)

11

(15%)

Jadual 1 di atas berkaitan dengan didikan awal tentang konsep

kesantunan. Soalan 1 bertanya tentang peranan ibu bapa/penjaga mendidik maksud dan amalan kesantunan berbahasa sejak kecil. Hasil soalan 1 ini menunjukkan 57% (43 orang) responden mengatakan sangat kerap, 44% (33 orang) responden kerap, dan hanya 1% mengatakan jarang. Soalan 2 tentang kawalan percakapan oleh ibu bapa atau ahli keluarga terdekat dan mendapati 9% (7 orang) responden mengatakan jarang, 44% (33 orang) responden mengatakan kerap, dan 47% (35 orang) responden mengatakan sangat kerap. Soalan 3 berkenaan dengan sama ada guru-guru di sekolah rendah/menengah

Page 10: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

34

sentiasa mengajar responden tentang kefahaman dan amalan kesantunan berbahasa. Hasil soal selidik 3 ini pula mendapati 9% (7 orang) mengatakan jarang, 53% (40 orang) responden mengatakan kerap, dan 38% (28 orang) mengatakan sangat kerap terhadap soalan 3. Hasil soal selidik nombor 4 pula mendapati 61% (46 orang) responden mengatakan kerap, dan 39% (29 orang) responden mengatakan sangat kera, manakala soalan 5 mendapati 3% mengatakan tidak pernah, 1% mangatakan sangat jarang, 38% mengatakan jarang, 44% berkata kerap dan 15% mengatakan sangat kerap persekitaran mengawal percakapan mereka. Dapatan Kajian Bahagian C: Kefahaman dan Amalan Bahagian ini terdiri daripada 6 soalan yang merangkumi kefahaman, amalan dan penilaian diri dan penilaian terhadap orang lain. Selain itu, bahagian ini turut menyentuh soalan berkenaan dengan pengertian kesantunan berbahasa dari sudut Islam. Huraian setiap soalan akan disertakan dengan contoh-contoh jawapan yang diberikan oleh responden.

Soalan 1: Kefahaman Tentang Kesantunan Soalan 1 berbunyi “Sila berikan kefahaman anda tentang kesantunan/kesopanan berbahasa”. Oleh sebab soalan bersifat terbuka, pelbagai tema jawapan telah diterima kerana sebahagian besar responden memberikan jawapan lebih daripada satu tema. Namun demikian, kajian ini membentuk lima tema utama. Setiap tema ini dibentuk dengan menggunakan kaedah tautan makna leksikal, tautan makna frasa, makna klausa atau tautan makna kolokasi. Antara tema yang wujud dalam kefahaman para pelajar pascasiswazah adalah seperti berikut:

1. Tuntutan Agama, Akhlak dan Keperibadian 2. Peraturan Sosial, Etika, adat dan Budaya 3. Bahasa Menghormati Orang 4. Mematuhi Hukum Bahasa (Tatabahasa dan Makna) 5. Kelembutan dan Kehalusan Bahasa (Termasuk bahasa

bukan lisan)

Jadual berikut ialah dapat kajian berkenaan dengan kefahaman kesantunan bahasa dalam kalangan 75 responden.

Page 11: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

35

Jadual 2: Kepelbagaian Kefahaman Kesantunan

NO TEMA JUMLAH PERATUS Tema 1

Tuntutan Agama, Keperibadian dan Ahklak.

27

36%

Tema 2

Peraturan Sosial, Etika, Adat dan Budaya

9

12%

Tema 3 Hormat Orang, Status dan Jawatan 18 24% Tema 4 Peraturan Bahasa 18 24% Tema 5 Maksud Umum, Kehalusan dan

Kelembutan

43

57% Tema 1 merujuk kepada maksud kesantunan yang dikaitkan dengan tuntutan agama, keperibadian dan akhlak Islam. Dengan pengertian, responden membeberikan definisi kesantunan dari sudut agama, keperibadian dan akhlak Islam. Maksud kesantunan yang dikaitkan dengan tema 1 dapat dilihat melalui tautan makna leksikal atau tautan makna frasa, seperti adanya perkataan akhlak, al-Quran dan Sunah, ajaran agama, keperibadian, berhemah, adab dan istilah-istilah agama Islam yang lain. Tema 2 pula merujuk kepada maksud kesantunan yang dilihat dari sudut peraturan sosial, etika, adat dan budaya. Kaitan ini dapat dilihat melalui tautan makna leksikal atau tautan makna frasa, seperti adanya perkataan etika, budaya, adat, dan sebagainya. Tema 3 merupakan maksud kesantunan yang dilihat dari sudut amalan atau sikap menghormati orang lain, khususnya menghormati orang yang lebih tua. Tema 3 ini ditandai oleh penanda linguistik seperti menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya, tidak menghina orang, menghormati jawatan, dan sebagainya. Selain tu, Tema 4 pula merupakan definisi kesantunan yang dikaitkan dengan peraturan bahasa. Tema ini ditandai oleh tautan makna leksikal, makna frasa, seperti adanya perkataan penggunaan ayat yang betul, nada suara, intonasi, komunikasi, makna yang jelas dan sebagainya. Akhir sekali, Tema 5 merujuk kepada maksud kesantunan yang berkaitan sikap kelembutan, kehalusan, dan jawapan ini digambarkan sebagai maksud yang universal atau umum. Tema ini ditandai dengan penanda linguistik seperti adanya perkataan baik, bahasa sopan dan sebagainya. Analisis kajian menunjukkan sebanyak 36% (27 orang) responden mendefinisikan kesantunan dari sudut tuntutan agama, keperibadian dan akhlak. Hanya 12% (9 orang) responden mendefinisikan kesantunan dengan peraturan sosial, etika, adat dan budaya. Sebanyak 24% (18 orang) responden melihat kesantunan sebagai satu bentuk menghormati sesama manusia,

Page 12: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

36

menghormati status sosial dan jawatan. Seramai 24% (18 orang) responden memahami kesantunan sebagai satu peraturan bahasa. Sejumlah 57% (43orang) mentakrifkan kesantunan secara umum. Berikut ialah Tema-tema kesantunan dengan contoh-contoh yang diperolehi daripada jawapan responden: Tema 1: Tuntutan Agama, Akhlak dan Keperibadian

1. “...perbuatan atau akhlak yang baik... (Responden ke-22) 2. “...bertutur dan berperilaku sopan dan berakhlak mulia,

seseuai dengan tuntutan al-Quran dan Sunah, serta adat istiadat Melayu”. (Responden ke-30)

3. “...menampilkan akhlak, keperibadian yang sopan atau tutur kata yang baik mencerminkan akhlak seseorang itu dengan Muslim yang lain.” (Responden ke-51)

Tiga responden di atas telah menepati Tema 1, iaitu tema yang mendefinisikan kesantunan dari sudut agama. Responden ke-22 mendefinisikan kesantunan dari sudut agama. Hal ini dapat dilihat melalui tautan leksikal akhlak yang amat sinonim dengan ajaran Islam. Oleh itu, responden ke-22 dianggap melihat kesantunan bahasa dari sudut Islam. Manakala responden ke-30 pula mendefinisikan kesantunan dari sudut dua tema, iaitu Tema 1 dan Tema 2. Jawapan responden ke-30 berkait rapat dengan agama melalui perkataan-perkataan seperti berakhlak, al-Quran dan Sunah, manakala kaitan dengan Tema 2 dapat dilihat melalui frasa adat istiadat Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa pemikiran responden ke-30 ini melihat kesantunan dari sudut agama Islam dan budaya Melayu. Responden ke-51 turut mendefinisikan kesantunan berdasarkan nilai-nilai Islam, yang ditandai oleh tautan makan makna frasa, seperti menampilkan akhlak, keperibadian, dan seseorang itu dengan Muslim. Tema 2: Peraturan Sosial, Etika, adat dan Budaya

1. “...ialah kelakuan perilaku seseorang, ia juga berkait rapat dengan adat sesebuah kaum, etnik dan budaya”. (Responden ke-3)

2. Kesopanan bersifat kontekstual iaitu bergantung kepada budaya... (responden ke-43)

3. ...menggunakan bahasa sesuai dengan tahap pemikiran pendengar dan situasi keadaan setempat. (Responden ke-45)

Page 13: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

37

Ketiga-tiga responden di atas telah mematuhi tema 2, iaitu tema yang berkaitan dengan peraturan sosial, etika, adat dan budaya. Responden ke-3 mendefinisikan kesantunan dengan menitikberatkan persoalan adat dan budaya yang ditandai oleh tautan leksikal dan frasa, seperti adanya perkataan sesebuah kaum, etnik dan budaya. Responden ke-43 mengaitkan kesantunan dengan budaya, melalui perkataan budaya. Begitu juga dengan responden ke-45, mengaitkan kesantunan sebagai budaya melalui frasa situasa keadaan setempat. Tema 3: Bahasa Menghormati Orang Tua dan Muda

1. Menggunakan bahasa yang sopan dan betul apabila bercakap

dengan orang tua...(Responden ke-31) 2. “...ia merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan

kepada generasi muda supaya menghormati yang lebih tua” (Responden ke-77)

3. ...perlu dipraktikkan sepanjang masa tidak kira seseorang itu lebih muda daripada umur anda/pangkat jauh lebih rendah dari anda. (Responden ke-44)

Tiga responden di atas mendefinisikan kesantunan sebagai satu amalan menghormati orang tua dan muda, dan rakan-rakan. Contohnya, responden ke-31 mendefinisikan kesantunan dengan mengatakan bercakap dengan orang tua dan rakan sebagai tanda hormat kepada mereka. Responden ke-77 pula mengatakan kesantunan perlu ditekankan kepada golongan remaja agar golongan ini mengamalkan sikap menghormati orang tua. Selaini tu, responden ke-44 turut menyarankan agar kesantunan dijadikan amalan harian sebagai satu bentuk menghormati orang lain. Tema 4: Mematuhi Hukum Bahasa (Tatabahasa dan Makna)

1. ...penggunaan ayat yang baik tidak melampaui batas. (Responden ke-8)

2. ..menggunakan bahasa baku dan penuh tanpa campur dengan bahasa asing (responden ke-14)

3. ..menggunakan laras bahasa (perkataan, nada dan cara) yang indah dan baik mengikut kesesuaian keadaan. (Respondenn ke-18)

Tiga contoh di atas berkaitan maksud kesantunan yang dilihat dari sudut peraturan bahasa. Peraturan bahasa ini merangkumi hukum tatabahasa dan

Page 14: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

38

makna. Contohnya responden ke-8 mengatakan bahawa kesantunan bahasa sebagai penggunaan ayat yang baik. Hal ini juga dapat dilihat dengan jelas melalui jawapan yang diberikan oleh responden ke-14. Responden ini dengan jelas menyebut bahawa kesantunan bahasa merupakan penggunaan bahasa baku, dan bukan bahasa rojak. Jawapan responden ke-18 memberikan jawapan yang agak terperinci. Responden ini mendefinisikan kesantunan bahasa dari sudut laras bahasa, iaitu penggunaan bahasa mengikut bidang dan konteks perbualan. Responden ke-43 turut mendefinsikan kesantunan berdasarkan peraturan bahasa, dengan memberi tumpuan pada cara perbualan, pemilihan kata dan penggunaan intonasi. Jawapan-jawapan di atas menunjukkan bahawa responden melihat kesantunan bahasa berkait rapat dengan bahasa baku. Tema 5: Umum, Kelembutan dan Kehalusan Bahasa

1. Menggunakan bahasa yang sopan dan tidak kasar ketika

berkomunikasi dengan individu...(responden ke-25) 2. Bercakap dengan rasa rendah diri dan berhalus mengikut

tahap usia/latar dan persekitaran. (responden ke-29) 3. Bercakap dengan menggunakan perkataan yang sopan dan

nada yang lebih rendah kepada orang yang lebih tua. (responden ke-48)

4. ...ialah cara percakapan yang lemah lembut..(responden ke-68)

Empat contoh di atas telah mendefinisikan kesantunan bahasa dari sudut kelembutan dan kehalusan. Penanda linguistik kelembutan dan kehalusan dapat dilihat melalui perkataan-perkataan seperti tidak kasar, berhalus, rasa rendah diri, nada yang lebih rendah, dan percakapan yang lemah lembut. Kajian ini menunjukkan bilangan tertinggi berbanding dengan 4 tema yang lain. Hal ini menggambarkan bahawa sebahagian besar responden memberikan jawapan secara umum dan lebih berfokus kepada kelembutan dan kehalusan bahasa. Soalan 6: Kaitan Kesantunan Bahasa Dengan Islam Soalan 6 ini berbunyi berdasarkan amalan dan kefahaman anda tentang kesantunnan bahasa, apakah yang anda dapat kaitkan kesantunan bahasa dengan ajaran Islam. Data kajian mendapati semua responden bersetuju untuk mengatakan bahawa kesantunan bahasa mempunyai kaitan rapat dengan ajaran Islam. Namun demikian, kajian ini telah mengenal pasti pelbagai jenis

Page 15: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

39

jawapan yang diberikan oleh responden. Hampir 100% responden menjelaskan bahasa kesantunan bahasa berkaitan dengan akhlak dan adab. Mereka bersetuju Islam menekankan dan mengajar umatnya untuk bersopan santun ketika bercakap. Para responden menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh kesantunan berbahasa (akhlak) terbaik. Selain itu, terdapat dua responden mengatakan bahawa kesantunan berbahasa merupakan satu bentuk ibadah. Hal ini bermaksud amalan kesantunan berbahasa akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Berikut ialah contoh jawapan yang diberikan oleh responden tentang kaitan kesantunan bahasa dengan Islam.

Tema 1: Kesantunan Sebagai Lambang Akhlak

1. Islam mengajar kita menggunakan akhlak yang baik ketika bercakap. Bercakap dengan santun adalah sebahagian dari akhlak. (Responden ke-14)

2. Islam mengajar uamtnya sentiasa berakhlak mulia. Kesantunan berbahasa merupakan salah satu cabang akhlak untuk dipraktikkan oleh umatnya. Tambahan pula, konsep

hablu minallah dan hablu minannas iaitu hubungan dengan Allah dan hibungan dengan manusia dapat dipraktikkan dengan kesopanan berbahasa. (Responden ke-44)

3. Islam mengangkat setinggi-tinggi orang yang berakhlak sebagaimana dilihat kepada pengutusan Baginda S.A.W. adalah untuk menyempurkan akhlak. Salah satu akhlak yang baik adalah kesantunan berbahasa. (Responden ke-47)

Responden ke-14 di atas bersetuju bahasa kesantunan bahasa berkait rapat dengan Islam. Responden tersebut mengaitkan kesantunan bahasa sebagai satu bentuk akhlak. Hal ini dapat dilihat melalui tautan leksikal, seperti perkataan akhlak. Responden ke-44 turut mengaitkan kesantunan bahasa dengan akhlak, dan memperincikan bahawa hubungan yang baik dengan manusia dan Pencipta dilakukan melalui amalan kesantunan berbahasa. Selain itu, responden ke47 memperjelas bahawa darjatorang yang mengamalkan kesantunan bahasa akan diangkat oleh Islam ke darjat yang lebih tinggi.

Tema 2: Kesantunan Amat Dititikberatkan Oleh Islam

1. Islam sangat menekankan tentang budi pekerti yang mulia. Sebagaimana Rasulullah S.A.W yang sering menasihati para

Page 16: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

40

sahabat agar menahan marah dan berkata-kata yang baik. (Responden ke-7)

2. Sangat penting, agama Islam sangat menitikberatkan kesantunan. Bahkan ada dalam hadis (lebih kurang) Nabi dihantar untuk menyempurnakan akhlak. Dan ini merangkumi kesantunan dalam berbahasa. Kesantunan bahasa boleh menyentuh hati seseorang untuk dekat dengan agama. (Responden ke-48)

Kedua-dua responden di atas bersetuju bahawa kesantunan bahasa berkait rapat dengan Islam, dan kedua-duanya mengatakan Islam amat menitikberatkan kesantunan bahasa.

Tema 2: Kesantunan Sebagai Ibadah

1. Semestinya ia merupakan satu ibadah apabila manusia menggunakan bahasa sopan dan tutur kata yang baik. Ianya tercatat sebagai kebaikan. (Responden ke-42)

2. Masyarakat Islam sering mengaitkan santun dengan ibadah yang harus dilakukan untuk mewujudkan hubungan yang baik sesama manusi. Ia juga berkait rapat dengan dosa dan pahala. (responden ke-53)

Responden ke-42 dan responden ke-53 melihat kesantunan bahasa sebagai satu bentuk ibadah. Hal ini ditandai dengan kehadiran frasa, seperti merupakan satu ibadah dan mengaitkan santun dengan ibadah. Hal ini selari dengan pandangan ahli-ahli bahasa yang mengkaji kesantunan secara mendalam. Perbincangan dan Pentafsiran Dalam bahagian ini, pengkaji membincang dan mentafsir angka-angka yang ditunjukkan dalam jadual hasil daripada soal selidik yang dilakukan. Kajian ini memberi tumpuan perbincangan dan penafsiran terhdap bahagian B dan Bahagian 2 soalan daripada Bahagian C, iaitu soalan 1 dan soalan 6. Perbincangan dan Pentafsiran Bahagian B: Soalan 1 Berdasarkan data kajian, soalan 1 bahagian B berkenaan ibu bapa/penjaga saya memberikan penekanan tentang maksud dan amalan kesantunan

Page 17: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

41

berbahasa sejak kecil telah memperlihatkan bahawa sebahagian besar ibu bapa telah memainkan peranan mendidik dan memberikan kefahaman tentang kesantunan berbahasa. Sebanyak 57% (43 orang) responden mendapat pendidikan awal dengan sangat kerap, manakala 43% (31 orang) responden mengatakan kerap. Hanya seorang responden yang jarang mendapatkan pendidikan awal tentang kesantunan dan amalan berbahasa. Hal ini boleh dikaitkan dengan golongan terpelajar, iaitu pelajar pascasiswazah. Hal ini turut memperlihatkan ibu bapa telah menekankan soal pendidikan anak-anak mereka di peringkat awal, bukan sahaja pendidikan akademik, malah didikan akhlak dan adab berbahasa sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah.

Hasil kajian mendapati ibu bapa atau keluarga terdekat agak berbeza sedikit dengan didikan awal dan kawalan. Dari segi kawalan, 47% mengatakan sangat kerap dan keadaan ini menunjukkan kurang 10% berbanding peranan mendidik seperti yang ditunjukkan dalam soalan 1. Hal ini menggambarkan bahawa kawalan adalah kurang dilakukan oleh ibu bapa atau keluarga terdekat. Selain itu, 44% responden mengatakan kerap dan hal ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi didikan awal yang dimainkan oleh ibu bapa atau keluarga terdekat. Namun demikian, 9% responden memilih jarang dikawal. Secara umumnya, ibu bapa/penjaga dan keluarga terdekat telah memberikan pendidikan lebih daripada kawalan terhadap amalan kesantunan berbahasa.

Soalan 3 pula berkaitan dengan peranan guru-guru mendidik pelajar-

pelajar tentang kesantunan bahasa di sekolah rendah dan menengah. Secara umumnya, dari segi kekerapan, 38% (28 orang) responden mengatakan sangat kerap dan 53% kerap, dan 9% jarang. Hal ini menunjukkan bahawa responden lebih kerap menerima didikan ibu bapa berbanding dengan peranan guru mendidik pelajar di sekolah. Hal ini terbukti dari segi hasil kajian di atas, iaitu 57% respoden mengatakan sangat kerap menerima didikan ibu bapa berbanding peranan yang dimainkan oleh para guru yang hanya 38% sahaja, 19% perbezaanya. Namun demikian, dari segi darjah kekerapan, guru-guru masih memberikan didikan dan menasihati para pelajar tentang kesantunan berbahasa, iaitu dengan memperoleh 53% responden mengatakan kerap. Walau bagaimanapun, 9% mengatakan jarang. Hal ini bermakna terdapat segelintir guru masih kurang memainkan peranan dalam mendidik dan menasihati anak-anak tentang kesantunan berbahasa.

Soalan 4 pula berkaitan dengan penggunaan bahasa sopan dalam

kalangan ibu bapa ketika bercakap. Berdasarkan data kajian, secara

Page 18: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

42

keseluruhannya pengkaji mendapati ibu bapa kerap dan sangat kerap menggunakan bahasa sopan. Sebanyak 61% mengatakan ibu bapa atau penjaga kerap menggunakan bahasa sopan ketika bercakap, dan 39% responden melihat ibu bapa mereka sangat kerap memperlihatkan kesopanan berbahasa. Hal ini selari dengan ibu bapa yang sentiasa mendidik dan menasihati responden tentang kefahaman dan amalan berbahasa yang beradab.

Soalan selidik 5 ini berkaitan dengan kawalan persekitaran terhadap

penggunaan bahasa sopan dalam kalangan responen. Hasil kajian mennunjukkan 3% responden mengatakan persekitaran mereka tidak pernah mengawal amalan berbahasa, 1% mengatakan sangat jarang, dan 38% jarang. Berdasarkan angka ini, pengkaji menyimpulkan bahawa lebih kurang 40% (jika dijumlahkan tidak pernah, sangat jaranag dan jarang) persekitaran tidak memainkan peranan dalam mengawal percakapan masyarakat. Sebanyak 44% mengawal amalan berbahasa dengan kerap, dan 15 mengatakan sangat kerap. Secara umumnya, kajian ini menggambarkan bahawa hampir separuh persekitaran responden jarang mengawal percakapan masyarakat. Jika dibandingkan dengan soalan 2, pengkaji mendapati kawalan keluarga terdekat lebih tinggi berbanding kawalan masyarakat. Oleh itu, kajian ini menyarankan agar masyarakat lebih peka dengan cara percakapan kita agar sentiasa bersopan. Perbincangan dan Tafsiran Bahagian C: Soalan 1 dan Soalan 6 Bahagian C terdiri daripada 6 soalan, tetapi kajian ini akan menganalisis dua soalan, iaitu soalan 1 dan soalan 6. Soalan 1 dan 6 merupakan soalan yang bertanya tentang kefahaman kesantunan para responden. Sebelum memperincikan perbincangan dan penafsiran soalan 1 dan 6, pengkaji terlebih dahulu memberikan sebab mengapa soalan kefahaman (soalan 1 dan soalan 6) diasingkan di muka surat yang berlainan. Kedua-dua soalan ini sengaja diasingkan untuk melihat bagaimana pelajar pascasiswazah Melayu Muslim menjawab kedua-dua soalan tersebut. Berikut ialah soalan yang diamksudkan.

1. Sila berikan kefahaman anda tentang kesantunan/kesopanan berbahasa ...

6. Berdasarkan amalan dan kefahaman anda tentang kesantunan berbahasa, apakah yang anda dapat kaitkan

Page 19: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

43

kesantunan bahasa dengan ajaran Islam. (Lihat lampiran 1 bagi soal selidik penuh)

Mengikut amalan biasa, responden akan membaca soalan dan terus menjawab soalan tersebut, tanpa membaca secara keseluruhan soalan sampai habis kemudian kembali ke soalan pertama untuk mula menjawab. Dengan mengasingkan kedua-dua soalan ini di muka surat yang berlainan, pengkaji mendapati terdapat perbezaan cara menjawab konsep kesantunan antara soalan 1 dan soalan 6. Seramai 64% menjawab soalan 1 tanpa ada kaitan dengan ajaran Islam. Hanya 36% mendefinisikan kesantunan bahasa dari sudut Islam walaupun soalan tersebut bersifat umum, iaitu soalan yang tidak meminta responden menjawab dari sudut Islam. Pengkaji menganggap pelajar pascasiswazah Melayu Muslim yang mendefinisikan kesantunan bahasa dari sudut Islam merupakan pelajar yang mempunyai minda Islamik, iaitu hubungannya dengan Islam cukup rapat. Hal ini kerana mereka mendefinisikan kesantunan bahasa dari sudut Islam walaupun soalan tersebut tidak meminta mereka menjawab demikian. Mereka melihat, menanggapi dan mengkonsepkan sesuatu dari sudut Islam.

Namun demikian, analisis soalan 6 menunjukkan semua responden bersetuju bahawa kesantunan bahasa amat berkait rapat dengan Islam. Jawapan yang seragam ini disebabkan oleh soalan 6 tersebut meminta responden mengaitkan kesantunan bahasa dengan Islam, dan sudah pasti mereka sebagai orang Melayu Muslim akan bersetuju. Keadaan ini menggambarkan bahawa 64% responden yang menjawab soalan 1 tanpa ada kaitan agama hanya akan menjawab konsep kesantunan bahasa dari sudut Islam apabila diminta berbuat demikian. Hal ini juga menggambarkan bahawa minda mereka mempunyai hubungan yang “jauh” daripada Islam. Mereka hanya mengingati Islam apabila diingatkan. Hal ini berbeza dengan 36% responden yang mendefinisikan kesantunan bahasa dari sudut Islam walaupun tidak “diingatkan” berbuat demikian.

Perbincangan dan Penafsiran Soalan 1: Kefahaman Kesantunan Bahasa

Seperti yang disebutkan sebelum ini, pengkaji dengan sengaja mengasingkan soalan 1 dan soalan 6, iaitu kefahaman kesantunan bahasa di muka surat berlainan. Hal ini dilakukan bagi melihat bagaimana responden menjawab

Page 20: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

44

soalan 1 tanpa ada pengaruh daripada soalan 6. Hasil pemisahan soalan ini, pengkaji mendapati lima tema kesantunan berbahasa telah diberikan oleh 75 responden. Hal ini juga bermaksud, terdapat 5 konsep kesantunan bahasa daripada 75 responden. Dengan perkataan lain, terdapat 5 jenis kefahaman tentang kesantunan bahasa dalam kalangan rseponden. Mereka memberikan kefahaman berdasarkan apa yang sedang mereka fikirkan untuk menjawab soalan tersebut.

Tema 1 berkaitan dengan kefahaman kesantunan berbahasa dari sudut agama Islam. Kaitan ini dapat dilihat melalui tautan makna leksikal atau frasa, seperti perkataan al-Quran dan Sunah, agama Islam, akhlak, adab, atau keperibadian. Perkataan-perkataan ini mempunyai tautan makna kolokasi dengan ajaran Islam. Dari segi dapatan kajian, Tema 1 berada di tempat kedua tertinggi, iaitu sebanyak 36% (27 orang) responden. Peratus ini menunjukkan jumlah yang rendah dalam mengaitkan agama dengan kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar Melayu Islam. Berdasarkan data ini, pengkaji menyimpulkan bahawa para pelajar memberikan kefahaman mereka dari sudut pemikiran biasa tanpa mengaitkan kesantunan bahasa dengan ajaran Islam. Dengan ayat lain, 64% (jika digabungkan 4 tema yang lain) responden memberikan definisi kesantunan berbahasa tanpa ada kaitan dengan agama. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar para pelajar Melayu Islam perlu melihat konsep-konsep atau istilah-istilah yang penting dalam kehidupan dari sudut Islam. Walaupun mereka di luar bidang pengajian Islam, mereka perlu berfikir menurut pandangan Islam, atau mengaitkan sesuatu perkara dari sudut Islam.

Tema 2 merujuk kepada kefahaman kesantunan berbahasa yang

dikaitkan dengan peraturan sosial, etika, adat dan budaya. Kaitan kesantunan bahasa dengan adat, etika, budaya, peraturan sosial dengan adanya tautan leksikal seperti perkataan etika, budaya, adat, dan sebagainya. Tema ini menduduki tempat terendah, iatu hanya 12% (9 orang) yang mengaitkan kesantunan sebagai satu peraturan sosial, budaya atau etika. Keadaan ini menggambarkan bahawa para responden tidak terlalu melihat kesantunan ini sebagai satu bentuk amalan budaya.

Tema 3 merujuk kepada kefahaman kesantunan berbahasa yang

dikaitkan dengan sikap menghormati umur, status dan jawatan seseorang. Kaitan ini ditunjukkan melalui tautan makna leksikal atau tautan makna frasa, seperti frasa menghormati orang yang lebih tua, tidak menghina orang,

Page 21: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

45

menghormati jawatan, dan sebagainya. Tema ini menduduki tempat ketiga, iaitu 24 % (18 orang) responden. Maksud kesantunan seperti ini bersifat umum universal, iaitu seperti maksud kesantunan yang diberikan oleh masyarakat Barat, seperti konsep muka oleh Brown dan Levinson, dan Maksim Leech. Namun demikian, maksud yang diberikan itu tidak bertentangan dengan Islam, malah ia menjadi sebahagian daripada Islam.

Tema 4 pula merujuk kepada kefahaman kesantunan yang dikaitkan

dengan peraturan bahasa. Kaitan antara kesantunan berbahasa dengan peraturan bahasa dapat dilihat melalui tautan makna leksikal seperti penggunaan ayat yang betul, nada suara, intonasi, komunikasi, makna yang jelas dan sebagainya. Dari segi kedudukan, tema ini mempunyai kedudukan yang sama dengan tema 3, iaitu 24% (18 orang) responden. Maksud kesantunan yang dikaitkan dengan bahasa ini juga boleh disifatkan sebagai universal.

Peratus yang tertinggi ialah Tema 5. Tema 5 ialah kefahaman

kesantunan berbahasa secara umum yang diberikan oleh responden. Mereka hanya mendefinisikan kesantunan dengan menggunakan perkataan bahasa yang baik, bahasa yang halus, bahasa lembut, dan sopan. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar pascasiswazah Melayu Muslim masih memahami kesantunan berbahasa pada peringkat permukaan sahaja. Oleh itu, pihak universiti perlu memainkan peranan penting dalam memberikan kefahaman tentang kesantunan berbahasa sesuai dengan tahap pendidikan mereka. Perbincangan dan Penafsiran Bahagian C: Soalan 6 Data kajian menunjukkan bahawa semua responden bersetuju bahawa kesantunan bahasa berkaitan dengan Islam. Oleh itu, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa golongan pelajar pascasiswazah hanya menjawab soalan berunsurkan Islam sekiranya diminta berbuat demikian. Hal ini dibuktikan melalui dapatan kajian soalan 1 Bahagian C yang memperlihatkan hanya 36% menjawab soalan tersebut dari sudut Islam. Melalui hasil analisis ini juga, pengkaji beranggapan bahawa bahawa kemungkinan besar keadaan ini berlaku akibat daripada hubungan Islam dengan minda pelajar pascasiswazah Melayu Muslim agak jauh sehingga mereka perlu “diingatkan” baru menjawab kesantunan berbahasa dari sudut Islam.

Dari segi hubungan Islam dengan minda pelajar seperti yang ditunjukkan dalam sitausi di atas, ada dua kemungkinan keadaan ini berlaku. Kemungkinan pertama ialah ibu bapa mendidik anak-anak tentang kesantunan

Page 22: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

46

bahasa secara umum, atau kekurangan unsur-unsur keislaman sehingga anak-anak tidak dapat melihat dan mendefinisikan kesantunan dari sudut Islam. Walaupun jadual 1 menunjukkan ibu bapa dan guru-guru memberikan didikan yang baik, namun demikian 64 responden menjawab soalan 1 Bahagian C agak “jauh” dengan Islam. Kemungkinan kedua ialah Kamus Dewan yang menjadi kamus rujukan utama di Malaysia. Kamus Dewan tidak mendefinisikan kesantunan bahasa dengan memberikan unsur-unsur Islam. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar Dewan Bahasa dan Pustaka mewujudkan satu kamus baharu yang bersifat Islam seperti yang telah dilakukan oleh Raja Ali Haji pada abad ke-19 melalui Kitab Pengetahuan Bahasa. Pengkaji mencadangkan kamus tersebut dengan nama Kamus Dewan Islamik sebagai rujukan masyarakat Muslim di Malaysia. Kamus ini penting untuk menanamkan maksud yang berunsurkan Islam bagi setiap perkataan-perkataan dan konsep-konsep penting dalam kehidupan harian.

Analisis kajian ini juga memperlihatkan bahawa terdapat tiga tema

dalam mengaitkan kesantunan bahasa dengan Islam, iaitu kesantunan sebagai akhlak, sebagai ajaran yang dititikberatkan oleh Islam dan sebagai ibadah. Tiga tema yang diberikan ini amat selari dengan pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Muslim yang mendalami kesantunan bahasa, seperti Sand Md. Nasir, Awang Sariyan, Munfi Zarirruddin Fikri Nordin dan beberapa ahli bahasa lain. Namun demikian, berdasarkan tiga tema tersebut, satu tema penting yang tidak dikaitkan oleh responden, iaitu kesantunan bahasa sebagai manifestasi keimanan seseorang, seperti yang dikemukakan oleh Munif Zarirruddin Fikir Nordin. Cadangan

Berdasarkan hasil perbincangan dan tafsiran, kajian ini mencadangkan beberapa perkara agar kefahaman dan amalan kesantunan bahasa dalam kalangan anak-anak dapat ditiupkan dengan kefahaman dan amalan kesantunan bahasa dari sudut Isalam. Antara cadangan kajian ini ialah 1. Ibu bapa atau penjaga terdekat hendaklah memberikan kefahaman dan

amalan kesantunan bahasa berdasarkan ajaran Islam. Ibu bapa perlu melihat kesantunan bahasa sebagai satu bentuk ibadah, dan kesantunan sebagai manifestasi keimanan seseorang.

2. Sistem pendidikan rasmi perlu menitikberatkan kefahaman dan amalan kesantunan bahasa. Hal ini penting bagi meneruskan sistem pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa di rumah.

Page 23: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

47

3. Dengen mengekalkan Kamus Dewan yang ada, pengkaji mencadangkan agar Kamus Dewan Islamik perlu dihasilkan, seperti apa yang telah dilakukan oleh Raja Ali Haji melalui Kitab Pengetahuan Bahasa. Penghasilan kamus ini juga selari dengan pengislaman ilmu seperti yang dikemukakan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Ketiga-tiga cadangan di atas amat penting bagi melahirkan generasi yang cemerlang dalam pelbagai bidang, termasuk bidang akhlak yang diperlihatkan melalui kefahaman dan amalan kesantunan berbahasa. Kesantunan bahasa juga merupakan salah satu ciri utama ketamadunan bangsa. Oleh itu, pendidikan di rumah, di sekolah, dan sumber ilmu al-Quran dan Sunnah, dan dibantu oleh Kamus Dewan Islamik akan dapat membentuk generasi yang berjaya di dunia dan di akhirat. Penutup

Secara keseluruhannya kajian yang dilakukan ini telah mencapai objektif sebenar, iaitu untuk mengenal pasti kepelbagaian konsep kesantunan berbahasa dalam kalangan ahli akademik atau para pelajar pascasiswazah Melayu Muslim. Kajian ini mendapati 5 jenis kefahaman atau konsep tentang kesantunan bahasa dalam kalangan responden. Kajian ini juga menjawab persoalan kajian, iaitu persamaan kaum dan agama tidak menggambarkan kefahaman dan amalan kesantunan bahasa yang sama. Hal ini kerana pelbagai faktor lain yang memainkan peranan dalam membentuk pemikiran dan amalan kesantunan bahasa. Selain itu, kajian ini juga mendapti hubungan Islam dengan minda responden agak jauh apabila diminta mendefinisikan sesuatu. Akhir sekali, pendekatan diskursif yang diaplikasikan dalam kajian ini berjaya mendapatkan maklumat yang lengkap dan sekali gus menghasilkan dapatan kajian yang menyeluruh.

Bibliografi Brown, P. dan Levinson S., 1987. Politeness: Some Universal in Language

Usage. Cambridge: Cambridge University Press. Dániel Z. Kádár dan Sara Mills (ed.), 2011. Politeness in East Asia.

Cambridge: Cambridge University Press. Geoffery Leech, 1993. Prinsip Pragmatik. Diterjemah oleh Azhar Simin.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam bahasa Inggeris).

Page 24: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kefahaman dan Amalan Kesantunan Bahasa. Makalah ini hanya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

48

Goffman, E., 1967. Interaction Ritual: Essays in Face to Face Interaction. New York: Anchor.

Grice, H. P, 1975. “Logic and Conversation” dlm. Cole, P., & Morgan, Syntax and Semantic: Speech Act. New York: Academic Press, 41-58.

Grice, H. P, 1978. “Futher Notes on Logic and Conversation” dlm. Peter Cole. Syntax and Semantic: Pragmatics. New York: Academic Press, hlm 113-127.

Hashim Musa, 2004. Pengajian Bahasa Melayu Sebagai Wahana Ke Arah Pencapaian Ilmu Makrifat dan Ketakwaan dlm. Darwis Harahap (peny.). Mutiara Budi, hlm. 45-69. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khadijah Ibrahim, 1993. “Politeness in Malay Directive”. Ijazah Sarjana.

Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Leech, Geoffrey, N, 1983. Principle of Pragmatics. London: Longman. Lakoff, r. 1975. Language and Women’s Place New York: Harper and Row. Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar dan Maslida Yusof (peny.), 2012.

Prinsip dan Aplikasi: Kesantunan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Michael Haugh, 2007. The Discursive Challenge To Politeness Research: An Interactional Alternative: Journal of Politeness Research. 3 (2). 259-317.

Mustafa Hj Daud, 1995. Budi Bahasa dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Spencer-Oatey, Helen. 2007a. Identity, Face And (Im)Politeness. Journal of Pragmatics 39 (4). 635638.

Suraiya Mohd. Ali, 2004. “Politeness in Language: Perception and Behaviour Within a Multi-racial Society. dlm. Gerald Knowles et. al (ed.), Language, Linguistic and The Real World, Vol I, hlm. 177-208. Kuala Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Watts, Richard J. (2003). Politeness. Cambridge: Cambridge University Pres