Jurnal Minggu Pertama.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

Tajuk Jurnal :

:

:

:1Minggu Pertama21 jun - 25 jun 2015Minggu Pertama di SK SERI GADING

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melapor diri kepada En Abdul Rahim bin jamaludin, Guru Besar, SK Seri Gading, Batu Pahat. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah :

sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;

struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan;

latar belakang murid dan masyarakat setempat;

tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;

pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Kemudian, kami diperkenalkan kepada guru pembimbing kami iaitu Puan Ruzeanna Bt Abdullah. Puan Ruzeanna memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester. Kami kemudiannya dibawa ke Bengkel Kemahiran Hidup yang dijaga oleh ketua panitia iaitu En firdaus selaku guru pembimbing saya. Seterusnya, kami dibawa oleh guru pembimbing ke Bilik Guru untuk memperkenalkan diri dengan semua guru SK Seri Gading.Pada hari kedua saya menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan Kemahiran Hidup Tahun 4 dan 5. Saya diagihkan 6 waktu mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 CL , 5 CS dan 4 CK. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam penyediaan rancangan semester tersebut kerana telah banyak kali mempelajari rancangan pengajaran ketika di institut. Tambahan pula, kami dibekalkan oleh pensyarah mata pelajaran dengan format dan contoh rancangan semester, mingguan dan rancangan pengajaran harian. Saya juga menyiapkan segala maklumat yang diminta didalam portfolio praktikum seperti maklumat sekolah. Dalam Buku RPH, saya menyiapkan Rancangan Pengajaran Mingguan dan saya sudah mula menulis RPH pada hari pertama dan hari seterusnya.

Saya tidak dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran pada hari pertama minggu pertama ini kerana saya menerima jadual akhir persekolahan hari Ahad.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................

Nama: .............................................

Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................