Jurnal Kajian Kajian Msia2

Embed Size (px)

Citation preview

1

KONSEP FIQH MALAYSIA DALAM PERUNDANGAN ISLAM: SATU PENGENALAN Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim* Prof. Madya Dr Shamsiah Mohamad* Prof. Madya Datin Dr Paizah Ismail** Nor Hayati Mohd Dahlal*** ABSTRAK Artikel ini memberikan fokus kepada konsep fiqh dalam perundangan Islam di Malaysia. Ianya merupakan usaha tinjauan (pilot studies) awal daripada projek penyelidikan ilmiah FRGS (FP027/2008C) tajaan Universiti Malaya dengan tajuk Pembinaan Modul Fiqh Malaysia: Kajian Terhadap Infrastruktur Intelektual Dan Pelaksanaan Dalam Masyarakat Majmuk Di Malaysia. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara perpustakaan dan kajian lapangan yang dianalisis kemudiannya bagi membentuk teori konsep Fiqh semasa yang lebih bersesuaian dengan realiti Malaysia. Hasil kajian ini mendapati konsep fiqh semasa telah mula difahami oleh masyarakat Malaysia. Namun begitu, kelangkaan masih lagi wujud dalam soal pemantapan konsep fiqh semasa ini dari segi kerangka konsep, rasionaliti, pendekatan dan epistemology, yang sepatutnya dijalankan oleh pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Untuk itu, kajian ini telah cuba mengemukakan jalan penyelesaian kepada usaha pemantapan ini. Keywords:Konsep Fiqh Malaysia, Perundangan Islam, Mazhab ShafiI, Penyelidikan Hukum Islam Pengenalan Dewasa ini, terdapat beberapa pandangan negatif yang dinisbahkan kepada sistem perundangan Islam. Antaranya, sistem fiqh Islam dikatakan ketinggalan zaman kerana lebih berasaskan paradigma pemikiran Islam silam daripada latar belakang Timur tengah di abad pertengahan, bias kepada golongan wanita dan bukan Islam dan ianya tertutup dengan perkembangan moden.1 Apa yang malangnya, pandangan ini telah mempengaruhi masyarakat awam dan turut mendapat pengabsahan daripada kalangan sarjana Islam sendiri, yang

1

* Associate Professor at Department of Fiqh and Usul, Academy of Islamic Studies, University Malaya. ** Associate Professor at Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia. *** Research Asisstant and Master Students at Department of Fiqh and Usul, Academy of Islamic Studies, University Malaya. Abd Moqsith Ghazali (2007), Mengubah Wajah Fiqh Islam , Abd Hakim Dan Yudi Latif (ed.), Bayang-Bayang Fanatisme : Esai-Esai Untuk Mengenang Nurcholish Madjid, Jakarta : PSIK (Universitas Paramadina), h. 412-431

2

dikembangkan secara meluas melalui penulisan dan media ICT (Information and communication technologies) arus perdana.2 Nisbah negatif tentang sistem perundangan Islam ini boleh dilihat daripada pegangan yang disebarluaskan oleh beberapa tokoh dan NGO (non-governmental organization) menggunakan nama Islam. Sebagai buktinya, terdapat perkembangan yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan kewujudan permasalahan ini. Pertama, selepas pengharaman buku Kassim Ahmad, Hadis : Satu Penilaian Semula, pada 3 Disember 1989 suatu perjumpaan telah diusahakan bagi menubuhkan Persatuan Falsafah Malaysia yang telah dianggotai oleh 40 orang terdiri daripada ahli akademik, peguam, penulis dan wakil daripada luar Negara.3 Namun begitu, persatuan ini telah ditolak oleh pihak kerajaan, yang kemudiannya kumpulan ini telah menubuhkan Jemaah Al-Quran Malaysia (JAM) pada 16 Mei 1993. JAM ini masih lagi meneruskan agenda perjuangan yang menolak hadis dan mempersoalkan kelemahan sistem fiqh Islam silam.4 Agenda JAM ini disebar luaskan ke dalam masyarakat melalui pelbagai medium, termasuklah melalui akhbar Berita Minggu, bila mana Syed Akhbar Ali (anggota pusat JAM) diberikan kolum khusus untuk membicarakan soal-soal perkembangan semasa di Malaysia.5 Kedua, timbulnya beberapa kumpulan yang menganut fahaman liberalism (seperti IKD, Sisters in Islam dan Middle Eastern Studies Group) dengan menggunakan dana asing barat ( seperti Asia foundation dan Konrad Adenauer Foundation). Kumpulan ini sering melakukan wacana yang dihadiri oleh semua lapisan masyarakat bagi membincangkan isu-isu yang mengkritik kelemahan sistem fiqh Islam silam. Lebih penting lagi, kumpulan ini sering menjemput tokoh liberal daripada Indonesia (seperti Luthfi Assyaukanie, Musdah Mulia, Abd Moqsith Ghazali, Kiai Hussein dan sebagainya) Hasilnya, pelbagai isu liberalism yang sering diperbincangkan di Indonesia merangkumi isu penindasan wanita, ketertutupan Islam dengan perkembangan moden dan sikap anti terhadap golongan bukan Islam, turut sama didedahkan kepada anggota wacana.6 Sebagai contohnya, Luthfi Assyaukanie, menegaskan bahawa sekularisme tidak bercanggah dengan Islam, malah ia memberi berkah kepada Islam dan agama-agama lain. Menurutnya lagi sebuah demokrasi yang baik hanya boleh dilaksanakan jika ia mampu menerapkan prinsip-prinsip sekularisasi yang benar. Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara lain tidak menganggap sekularisme sebagai musuh agama, bahkan pelindung agama. Penerapan yang sebeginilah yang disarankan oleh Luthfi Assyaukanie untuk mendapat berkah sekularisme.72

3

4 5

6

7

Rahimin Affandi Abd Rahim (2006), Islam Dan Dan Isu Penterjemahan Dalam Era Globalisasi , dalam Hamedi Mohd Adnan (ed.), Penerbitan Malaysia-Indonesia : Mengukuhkan Jaringan Penerbitan Serantau, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 151-164 Minggu Kota, Kassim Ahmad Dipilih Sebagai Yang Dipertua Falsafah Tauhid, Disember 10, 1989. Jemaah al-Quran Malaysia, Iqra, v. 1, no. 1, Julai 1993. Zulkifli Mohd (2002), Anti Sunnah Movement And Its Impact On The Muslim Ummah, Kuala Lumpur : Panawira Publication, h. 75-76., Dapatan kajian daripada grant FRGS tahun 2008 FR006/2007A, Bertajuk : Islam Antara Liberalisme Dan Konservatisme Di Malaysia Luthfi Assyaukanie (2007), Islam Benar versus Islam Salah, Kata Kita, Indonesia, h. 241-244.

3

Hal ini diikuti juga dengan usaha kumpulan liberal ini yang memterjemah dan membawa masuk buku-buku luar (daripada Timur Tengah, barat dan Indonesia) yang memperjuangkan agenda liberalism dalam soal agama.8 Ketiga, kajian ilmiah yang dihasilkan oleh Muhammad Hashim kamali, Hukuman Dalam Undang-Undang Islam : Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan Dan Terengganu,yang secara langsung mengkritik kelemahan Rang Undang-Undang Hudud Kelantan dan Terengganu. Antara isu yang dibawa adalah soal kedudukan bukan Islam dan penindasan wanita. 9Memandangkan beliau seorang tokoh perundangan Islam yang agak terkenal, sebahagian besar daripada pandangannya telah diterimapakai oleh anggota masyarakat dan pengamal undang-undang di Malaysia. Keempat, terdapat paparan negatif daripada akhbar di Malaysia yang mendedahkan kelemahan Mahkamah Syariah sendiri yang terlibat di dalam menanggani isu bias dan penindasan terhadap wanita Islam. Antara kritikan yang diberikan adalah institusi ini tidak cekap dalam pengendalian kes dan bias terhadap pelanggan wanita; bias against women must stop-Shariah court continued to treat women unfairly and often made decisions in favour of men, mainly because of the chauvinistic attitudes of the officers.10 Akibatnya, masyarakat yang tidak terlibat dengan Mahkamah Syariah pun merasa marah dengan situasi ini sehinggakan mereka kadangkala terikut-ikut untuk mengkritik Mahkamah Syariah.11 Sebagai langkah reaktif terhadap semua masalah ini, kita dapat menyaksikan pelbagai pihak cuba mengatasinya; 1) Pihak berkuasa agama di Malaysia telah mengharamkan kumpulan Anti Hadis dan Islam Liberal.12 Di samping itu telah turut menerimapakai pelbagai gagasan penambahbaikian terhadap isntitusi agama rasmi di Malaysia.13 2) Tindakan Persatuan Ulamak Malaysia yang mengadu keburukan bentuk penyebaran idea yang anti Islam seperti penolakan hadis Rasulullah,148

9

10

11

12

13

Antaranya adalah buku Charles Kurzman (1998), Liberal Islam : A Sourcebook, New York : Oxford University Press; Abd Hakim Dan Yudi Latif (2007), Bayang-Bayang Fanatisme : Esai-Esai Untuk Mengenang Nurcholish Madjid, Jakarta : PSIK (Universitas Paramadina) ; Ulil Abshar Abdalla ( 2007). Menyegarkan Kembali Pemikiran Islam. Cet.1. Jakarta: Nalar; Ilyas Supena (2002), Dekonstruksi Dan Rekonstruksi Hukum Islam, Yogyakarta : Gama Media,; Tim Penulis Paramadina (2004), Fiqh Lintas Agama : Membangun Masyarakat Inklusif-Pluralis, Jakarta : Yayasan Wakaf Paramadina; Budhy Munawar Rachman (2004). Islam Pluralis: Wacana Kesetaraan Kaum Beriman. Jakarta : RajaGrafindo Persada Muhammad Hashim kamali (2003), Hukuman Dalam Undang-Undang Islam : Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan Dan Terengganu, kuala lumpur : Ilmiah publication, h.46-54. New Straits Times, Syariah Court Officers Need More Exposure, Say Anwar, Bias Againt Women Must Stop , 26 Ogos 1996. Raihanah Abdullah (2009), Penangguhan Kes Di Mahkamah Syariah : Cabaran Dan Penyelesaian , Jurnal Syariah, v. 17, bil. 1, h. 2-3. Mohamad Nordin bin Ibrahim (2005). Pengaruh Fahaman Liberal Dalam Buku Fiqh Lintas Agama. Jurnal Penyelidikan Islam. Bil 18. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h. 158. W. Roff (1988) Patterns of Islamization in Malaysia 1890s-1990s : Exemplars, Institutions and Vectors , dalam Journal Of Islamic Studies, v. 9, no.2, h. 221-222.

4

penghinaan terhadap Rasulullah15 dan krisis murtad di kalangan anak gadis Melayu.16 kepada Majlis Raja-Raja Melayu.17 Ia dibuat memandangkan tindakan ini dianggap sebagai cubaan mengugat asas jati diri Melayu-Islam. 3) Usaha penyelidikan yang dijalankan oleh ahli akademik bagi mengenalpasti permasalahan ini secara lebih holistik yang kemudiannya disertakan dengan kaedah penyelesaian yang terbaik. Apa yang boleh dibanggakan, pihak kerajaan telah memperuntukan sebahagian besar dana keewangan negara bagi meneliti elemen perubahan yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia. Dana ataupun bantuan penyelidikan sains/sains sosial dalam bentuk research grant (seperti IRFA, Fundamental, FRGS dan vote F) telah diperuntukan kepada beberapa IPTA, sebagai contohnya, bagi menghasilkan kajian sosiologi masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai tambah (value added), demi untuk memastikan kelancaran program pembangunan yang sedang giat dijalankan.18 Data yang terhasil daripada kajian sosiologi ini secara langsung dapat membantu pihak kerajaan mengurus, mengawal dan memonitor sesuatu perubahan yang berlaku dengan kaedah tuntas.19 Kita boleh mengemukakan beberapa contoh kajian yang menggunakan dana penyelidikan kerajaan yang menjurus kepada usaha penelitian fenomena perubahan masyarakat ini, seperti; a) Kajian di bawah tajaan IRFA yang dilakukan oleh Ahmad Hidayat Buang tentang institusi Fatwa dan Mahkamah Syariah di Malaysia, yang mendapati bagaimana perubahan masyarakat Malaysia yang semakin kompleks telah menuntut pihak berkuasa agama seperti institusi fatwa dan Mahkamah Syariah melakukan perubahan struktur organisasi dan metodologi yang lebih moden bagi menjadikannya lebih bersesuaian dengan kehendak masyarakat semasa.20 b) Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) di bawah Mahmood Zuhdi Abdul Majid terhadap impak dan pelan tindakan yang perlu dilakukan oleh graduan Universiti Azhar di dalam pembangunan sosial di Malaysia, yang14

15

16

17

18

19

20

Mohd. Napiah Abdullah (1998), Penolakan Hadith Oleh Orientalis Dan Penulis Islam , dalam Islam Dalam Persepsi Orientalisme, Terbitan Tak berkala no. 3, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, h. 41-44. Farish A. Noor (2000), Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality , dalam NST, 4 November, 2000. Lihat Mohd Farid Mohd Shahran (2001), ABIM 30 Tahun, Beberapa Isu Penting Sepanjang Tiga Dekad, Kuala Lumpur : ABIM, h. 28-30. Lihat Kontroversi Mengenai Memo Kepada Majlis Raja-Raja Melayu : Islam Dicabar, Rasulullah S.A.W. dan Ulama Dihina, Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Ulama Kedah, Pulau Pinang, 2002, h. 1-5. Lihat Sebagai Contohnya Ahmad Fawzi Mohd. Basri (1996), Perubahan Nilai Dalam Budaya Politik Melayu , Dalam Ed. Oleh Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Nilai Orang Melayu, Sintok : Sekolah Pembangunan Sosial, UUM,; Mohd Razali Agus (2000) Pembangunan Dan Dinamika Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan Publication. Rahimin Affandi Abdul Rahim (1997), Gerakan Tajdid Di Malaysia : Teori Dan Realiti , Dalam Dinamisme Pengajian Syariah, Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (ed.), Kuala Lumpur, h. 93-106. Ahmad Hidayat Buang (2004), Fatwa Di Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Syariah Dan Undang-Undang APIUM; Ahmad Hidayat Buang (2005) Mahkamah Syariah Di Malaysia : Pencapaian Dan Cabaran, Kuala Lumpur : Penerbit UM.

5

membabitkan pelbagai sektor kehidupan yang utama. Pelan tindakan proaktif ini menuntut graduan Universiti Azhar perlu memiliki kemahiran hard dan soft skill yang secukupnya sebelum mereka memasuki pelbagai sektor penting di dalam masyarakat.21 Berhadapan dengan isu ini, artikel ini akan cuba menolak dakwaan negatif ini dengan mengemukakan konsep fiqh Islam yang lebih bersesuaian dengan realiti Malaysia semasa. Untuk itu, kajian ini bakal menggunakan pendekatan wasatiyyah (pertengahan dan objektif)22 yang bakal menonjolkan konsep fiqh Malaysia yang dipakai di dalam sistem perundangan Islam dan IPTA aliran Islam di Malaysia. Hal ini ditegaskan, bertepatan dengan gagasan kepentingan budaya ilmu di dalam pembentukan sesuatu tamadun dunia yang diutarakan oleh Hashim Musa dan Wan Mohd Nor Wan Daud. Intipati utama dari gagasan ini antara lainya menegaskan bahawa kejayaan sesuatu tamadun dunia, bergantung sepenuhnya kepada pengamalan budaya ilmu yang berterusan oleh anggota masyarakat yang terbabit.23 Ringkasnya, kelangsungan sesuatu tamadun akan terhasil daripada usaha golongan ilmuan mewujudkan infranstruktur intelektual menanggani persoalan hidup. Metodologi kajian Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dan kajian lapangan sekaligus dalam usaha mengumpulkan data yang kemudiannya dianalisa secara mendalam bagi menghasilkan kerangka teori dan epistemologi konsep fiqh Malaysia. Hal ini bakal dijadikan sebagai kaedah terbaik untuk tujuan penyelesaian masalah kajian. Bagi membentuk landasan konsep dan teori bagi kajian ini, maka rujukan dibuat terhadap bahan-bahan semasa yang terdapat dalam depositori perpustakaan dalam tajuk yang berkaitan. Di samping bahan-bahan literatur dalam simpanan perpustakaan, dokumen-dokumen penting dan rasmi seperti minit mesyuarat, laporan penyelidikan dan laporan-laporan lain, statistik, dokumen-dokumen rasmi Jabatan Perdana Menteri, agensi Islam juga merupakan data-data penting bagi kajian ini. Manakala bagi pengumpulan data melalui kajian lapangan, data-data utama diperolehi melalui temubual secara mendalam (in-depth interview) dan soal selidik. Untuk kaedah temubual, kajian hanya memilih responden terpenting sahaja, yang dibuat menggunakan beberapa kaedah utama; 1) Mengadakan temujanji dengan setiap anggota yang bakal ditemuduga bagi memastikan mereka dapat meluangkan masa yang terbaik untuk proses temuduga. 2) Penyelidik akan membahagikan proses temubual ini kepada dua sessi yang utama, dimulakan dengan (i) sessi pengenalan yang menjelaskan maksud dan tujuan kajian secara tidak langsung yang bakal merapatkan hubungan antara21

22

23

Mahmood Zuhdi Abdul Majid Dkk (2006), Impak Graduan Universiti Al-Azhar Dalam Pembangunan Social Di Malaysia ,Jurnal Pengajian Melayu, V. 16, h. 1-36. Lihat sebagai contohnya Mohd kamil Abdul Majid (2009), Paradigma Wasatiyyah Dan Dailog Peradaban : Satu Analisis, dalam Jurnal Peradaban, Pusat Dailog peradaban UM, v. 2. Wan Mohd Nor Wan Daud (1997), Penjelasan Budaya Ilmu, Kuala Lumpur : DBP, h.10-31.

6

3)

4) 5)6)

7) 8)

9)

penulis dengan orang yang bakal ditemubual, (ii) sessi temuduga sebenar yang lebih serious dan berfokus kepada isi kandungan sebenar kajian ini dibuat.24 Untuk memastikan kebolehpercayaan maklumat dan kedudukan orang ditemuduga tidak terjejas, penyelidik akan memaklumkan kepada mereka objektif kajian dan menyediakan borang persetujuan yang mengambilkira etika persetujuan berpengetahuan (informed consent) seperti mana ditegaskan di dalam code of ethical conduct for research involving humans.25 Temuduga akan dilakukan secara terancang dengan menggunakan pita rakaman dan catitan, yang kemudiannya dipindahkan ke dalam bentuk transcipt penulisan. Soalan yang agak rapi dan terancang telah disediakan terlebih dahulu. Di samping juga, terdapat beberapa soalan spontan yang digunakan akibat daripada beberapa isu dan jawapan yang diberikan oleh orang ditemuduga. Kesemua orang yang ditemuduga adalah merupakan kakitangan yang memegang jawatan penting atau pun mempunyai autoriti di dalam agensi Islam (institusi Fatwa, Majlis Agama Islam Negeri dan IPTA yang menawarkan pengajian Islam). Hal ini dilakukan demi untuk memastikan datadata yang diperolihi adalah tepat dan boleh menjadi sumber rujukan utama. Isi kandungan temuduga ini telah dipastikan agar ianya lebih bersifat menjurus kepada skop dan tumpuan kajian. Proses pengumpulan data melalui temuduga dan pemerhatian kerap kali dibantu dengan pengumpulan data dokumen rasmi yang berupakan laporan mesyuarat, minit mesyuarat, pamplet, brosure dan sebagainya yang dikategorikan sebagai dukomen sulit. Kaedah tringulasi telah digunakan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan data yang terkumpul melalui temuduga.26 Melalui kaedah ini penyelidik tidak hanya bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh seorang anggota koleksi sahaja, sebaliknya merujuk kepada anggota lain supaya data yang diperolihi adalah tepat dan konsisten.

Bagi Kaedah Soal Selidik - Satu set soal selidik telah dibentuk untuk mengenal pasti aspek-apsek kefahaman tentang konsep fiqh Malaysia di kalangan responden. Ia juga dibentuk untuk menilai tahap pemahaman, pencapaian, faktor penolak dan penarik untuk skop yang dikaji- berkaitan konsep fiqh tempatan di IPTA dan agensi Islam. Konsep Asas Fiqh Malaysia Semasa : Satu Pengenalan Pada dasarnya, dilihat dari segi susunan konsepnya, gagasan Fiqh semasa ini ialah suatu percubaan untuk menyediakan sistem fiqh Islam yang difikirkan24

25 26

Lihat Sebagai Contohnya Dalam Suseela Malakolunthu (2001), Pengumpulan Dan Analisis Data Kualitatif : Satu Imbasan , Dalam Marohaini Yusoff(ed.) Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman Kerja Lapangan Kajian, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, h 123-125. Ibid, Hlm 4-7. Lihat Janesik Velerie J (1994)., The Dance Of Qualitative Research Design , Dalam Norman K. Denzin Yvonna S. Lincoln(ed.) Handbook Of Qualitative Research, London, Sage Publication, h. 214-215.

7

paling sesuai untuk masyarakat Malaysia.27 Dari sudut pemahaman asasnya, konsep ini mempunyai beberapa intipati penting. Pertama, ia tercetus daripada usaha pembaharuan (tajdid) undang-undang Islam demi untuk menjadikannya sebagai sebuah undang-undang yang bersifat syumul, hidup dan proaktif walaupun terpaksa berhadapan dengan perubahan semasa masyarakat. Kedua, ia bukan sebuah konsep yang longgar dan liberal di pandang dari sudut pengajian hukum Islam. Sebaliknya, ia cuba untuk menghidupkan kembali peranan fuqaha dengan penggunaan kaedah usul al-fiqh28 dalam beberapa aspek iaitu: 1) Proses menilai pandangan fuqaha klasik agar ianya bersesuaian dengan realiti semasa. 2) Proses menilai, mengubah dan melakukan ijtihad terhadap permasalahan semasa di Malaysia29 yang tiada jawapan daripada nas-nas al-Quran dan alSunnah, dan kitab fiqh klasik. Lebih tepat lagi, ianya bukan bersifat umum dan retorik semata-mata, bahkan turut menyediakan alternatif lengkap dan terperinci. 3) Proses mengenalpasti dan mewujudkan database Malaysia terutamanya dalam, pertama, gambaran yang lengkap tentang realiti semasa Malaysia dari segi latarbelakang sejarah, struktur sosial, politik, ekonomi dan beberapa isu semasa30 .Keduanya; keperluan mendalami ilmu-ilmu moden selain dari bidang hukum Islam seperti ilmu sains sosial, budaya, ekonomi, perubatan, politik dan sebagainya. Kewujudan database Malaysia ini dapat dijadikan panduan untuk membantu fuqaha menghasilkan proses penentuan hukum yang bersifat semasa31. 4) Proses menyediakan kaedah-kaedah dan methodologi asas di dalam ilmu usul al-fiqh yang dapat membantu gologan fuqaha menyelesaikan persoalan baru di Malaysia. Antara metodologi berkaitan yang kerap digunakan adalah kaedah c urf, ijtihad jamaci, tarjih, talfiq, ijmac, maqasid al-sharicah, maslahah, Siyasah Sharciyyah 32dan sebagainya.27

28

29

30

31

32

Dalam konteks Malaysia, gagasan mewujudkan konsep Fiqh Malaysia ini telah pertama kalinya diutarakan oleh Professor Datuk Mahmood Zuhdi Abdul Majid. Lihat teks syarahan perdana beliau yang bertajuk Hukum Islam Semasa Di Malaysia : Prospek Dan Cabaran, pada 16hb. Ogos 1997 Maksud Usul al-Fiqh iaitu ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili; Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1999), Hukum Islam semasa bagi Masyarakat Malaysia yang membangun , dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 4-5. Raihanah haji Abdullah (1999), Pegawai Syariah wanita di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia, dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, h. 221232; Anisah Ab. Ghani (1999), Batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat Islam kini: Satu Huraian Hukum Islam Semasa, dalam: Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, h. 239-248. Abdullah Alwi Haji Hassan (1999), Permasalahan Intelektual Dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa Di Malaysia, dalam: Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, h. 125-130. Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1999), Hukum Islam Semasa, h. 5-6. 'Urf ialah sesuatu yang dibiasai oleh manusia, samada berbentuk perbuatan atau perkataan, ijtihad jamai adalah persetujuan yang disepakati oleh ramai pihak , tarjih bermakna membandingkan pendapat satu dengan yang lain untuk memilih pendapat yang paling kuat,

8

Mekanisme dan Rasionaliti Konsep Fiqh Malaysia Semasa Secara dasarnya, mekanisme penerapan sebarang usaha reformasi perundangan Islam di Malaysia dimainkan oleh empat institusi yang utama, kesemuanya saling berkait antara satu sama lain. Ianya terdiri: Pertama, IPTA yang menawarkan subjek pengajian syariah, bertindak melatih graduan tentang konsep fiqh semasa (KFS) secara teori dan praktikal (melalui kajian ilmiah di peringkat ijazah pertama dan lanjutan). Hal ini penting bila mana graduan ini akan menerapkan KFS di dalam institusi agama Islam yang diceburi apabila mereka tamat belajar. Terdapat sebahagian besar daripada graduan ini yang berkhidmat di institusi fatwa setiap negeri sebagai pengawai Istimbat yang membantu Ahli Jawatan kuasa Fatwa di dalam tugas penyelidikan hukum terhadap permasalahan hukum yang ditanyakan kepada pihak institusi fatwa.33 Kedua, institusi fatwa di peringkat negeri dan pusat yang sepatutnya memahami dan mengeluarkan hukum Islam yang bersesuaian dengan realiti Malaysia semasa. Mengikut amalan semasa, agensi Islam seperti JAKIM dan institusi fatwa ini sering meminta bantuan khidmat nasihat daripada pakar di IPTA, khususnya membabitkan kajian ilmiah daripada IPTA (tesis di peringkat ijazah lanjutan) dalam isu yang dikehendaki jawapan oleh anggota masyarakat. Kebanyakan tokoh-tokoh daripada institusi fatwa dan IPTA juga menjadi penasihat kepada bank komersial yang menawarkan produk Islam.34Dalam soal ini, sebahagian besar daripada KFS yang dipegang oleh tokoh terbabit memang diterapkan di dalam institusi terbabit. Ketiga, Mahkamah Syariah di peringkat negeri dan pusat yang bertugas mengadili dan memutuskan setiap persoalan praktikal membabitkan perundangan Islam. Semua keputusan yang dikeluarkan ini selain bergantung kepada budi bicara hakim yang terlibat, ianya tertakluk kepada pelbagai Akta dan Enakmen Islam yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan, sebahagian besar daripada Akta dan Enakmen ini telah direview dan dilakukan

33

34

talfiq ialah bermakna meniru dan mengikut orang lain , ijmaialah kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan AlQuran dan Hadis tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasululullah S.A.W, Maqasid al-Syariyyah bermaksud Objektif Syarak, Maslahah ialah menjaga kepentingan dan kebaikan, Siasah Syariyyah bermaksud politik Islam. Kesemua perbincangan yang agak detail tentang kaedah-kaedah ini ada diterangkan oleh serangkaian tokoh tempatan di dalam bahagian metodologi (ii) buku: Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, disunting oleh Dr. Abdul Karim Ali dan Raihanah Haji Azhari, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 1999. Ahmad Hidayat Buang (2004), Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Syariah. dan Undang-undang, APIUM Abdul Halim El-Muhammady (2008), Undang-Undang Muamalat Dan Aplikasinya Kepada Produk-Produk Perbankan Islam, Kajang : Jawatankuasa Penerbitan, Fakulti Undang-Undang UKM

9

reformasi berteraskan kesedaran Tajdid semasa, yang juga menjadi tema utama KFS .35 Keempat, industri penerbitan buku Islam yang boleh diperolihi dengan mudah oleh pengamal undang-undang dan masyarakat awam. Dalam perkembangan terkini, kita dapat menyaksikan tersebar luasnya buku-buku fiqh kontemporari samada dalam bentuk terjemahan kitab daripada Timur tengah (karya Yusuf Qardawi, Sayyid Sabiq, Wahbah Zuhayli, Muhammad al-Ghazali dan sebagainya) ataupun karya ulamak tempatan sendiri. Semua buku-buku ini yang mengupas pelbagai isu penting yang membabitkan persoalan amali masyarakat agak mudah didapati di kebanyakan kedai buku yang kecil ataupun besar. Antaranya di kedai buku IPTA, MPH, Pustaka Minerva, Pustaka Salam, DBP, Pustaka Antara dan banyak lagi kedai buku lain. Mengikut kajian ilmiah yang dilakukan terhadap tabiat pembacaan tentang isu keagamaan masyarakat Islam di Malaysia, ternyata sekali secara relatifnya minat masyarakat awam terhadap isu fiqh semasa telah bertambah.36 Sebagai contohnya, di dalam setiap majalah yang bertemakan Islam, sudah menjadi kebiasaan diwujudkan suatu kolum khusus yang berkaitan dengan isu fiqh amali. Formatnya dilakukan dalam bentuk soal jawab agama di antara ahli akademik dengan penanya daripada masyarakat awam. Demi untuk memberikan jawapan hukum yang lebih meyakinkan dan mampu menyelesaikan masalah si penanya, didapati penulis kolum sering memberikan jawapan yang menggunakan pendekatan KFS. Hal ini berbeza sekali dengan perkembangan di tahun-tahun 1970-1980an, di mana masyarakat awam melalui kebanjiran buku-buku Islam daripada luar negeri di pasaran lebih menyukai isu-isu dakwah dan politik Islam mengatasi isu fiqh amali itu sendiri.37 Di sebalik kesemua institusi di atas, kajian ini hanya akan menumpukan perhatian kepada peranan yang dimainkan oleh IPTA Islam, memandang ianya merupakan institusi terpenting di dalam mendidik dan menyedarkan masyarakat tentang KFS. Daripada pengamatan dan kajian lapangan yang dilakukan, kita boleh berbangga kerana konsep asas KFS telah secara positifnya diterima oleh kalangan masyarakat awam dan pengamal undang-undang Islam di Malaysia. Hal ini didasarkan kepada beberapa perkembangan yang timbul samada di peringkat warga IPTA dan masyarakat awam. Bagi warga IPTA, kita dapat menyaksikan bagaimana konsep fiqh Islam semasa telah diterima secara positif. Kenyataan ini didasarkan kepada beberapa fakta yang utama, antaranya; Pertama, Seminar Hukum Islam semasa yang dianjurkan oleh pihak jabatan fiqh dan usul, APIUM dalam pelbagai tema ( seperti tema pengajian syariah38,35

36

37

38

Donald L. Horowitz (1994), The Quran And The Common Law : Islamic Law Reform And The Theory Of Legal Change , dalam The American Journal Of Comparative law, v. 42, h. 571 dan 575 Grant penyelidikan di taja oleh UM yang diketuai oleh Abdul Karim Ali, FP002/2007A : Karya-Karya Fiqh. Islam Di Malaysia Selepas Merdeka : Satu Penilaian. Fred R. Von Der Mehden (1993), Two Worlds Of Islam: Interaction Between South.east Asia And Th.e Middle East, Florida. Hasil seminar ini telah dibukukan; Dinamisme Pengajian Syariah, Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (ed) (1997), Kuala Lumpur : Berita Publishing.

10

pembangunan39, kebudayaan Melayu40 dan cabaran pemikiran Islam moden) telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada warga IPTA dan agensi Islam. Hal ini terbukti apabila kemudiannya beberapa IPTA lain seperti UIAM41 , USIM42 dan UKM43 telah turut sama mengadakan seminar bagi membincangkan isu hukum Islam semasa. Kedua, isu hukum Islam semasa sering dijadikan tumpuan khusus oleh para ahli akademik di dalam pelbagai monograf 44dan jurnal ilmiah yang terujuk.45 Hal yang sama turut dijadikan tumpuan oleh sejumlah besar pelajar pasca siswazah yang mengkaji pelbagai isu urgent 46yang timbul di dalam masyarakat menggunakan pendekatan hukum Islam semasa.47 Berasaskan kepada grand theory tentang proses pembangunan tamadun Islam yang bermutu tinggi, kita dapat mengesan beberapa rasionaliti penerapan konsep fiqh semasa (KFS) boleh dibuat oleh IPTA Islam seperti APIUM di dalam usaha pembentukan tamadun Islam di Malaysia. Kesemuanya membabitkan39

40

41

42

43

44

45

46

47

Seminar yang bertemakan Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun telah dianjurkan oleh APIUM pada 26-27hb. Jun 1997, yang kemudiannya mengh.asilkan koleksi kertas kerja yang dibukukan dengan tajuk Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun Seminar yang menekankan tema ini telah dianjurkan oleh APIUM pada 23-24h.b. Jun 1999, yang menghasilkan koleksi kertas kerja bertajuk Fiqh Malaysia : Ke arah pembinaan Fiqh. tempatan yang terkini. International Conference : Islamic Jurisprudence and th.e Ch.allenges of the 21 st century, Anjuran UIAM, 8 Ogos 2006 Seminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI) 2004, Anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia, pada 15-16hb Disember 2004 Seminar Kebangsaan Fiqh Semasa menghadapi cabaran Globalisasi, Anjuran Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM - 24h.b September 2003 Muhammad Firdaus Nurul Huda (2002), Kesan perubah.an sosial terhadap h.ukum Islam : Satu kajian tentang Metodologi Syariah. dan pelaksanaannya, Kuala Lumpur : Thinkers Library. Lih.at sebagai contohnya S. Mohamed Hatta (1995), Sains dan ijtihad , dalam Jurnal Syariah., v. 3, bil. 2, h.. 198-207; Umar A.M. Kasule (2001), Scientific Revolution : wh.y it occured in Europe instead of th.e Muslim world , dalam Jurnal Usuluddin, bil. 14, h. 123-136; Hashim Musa (2001), Islam : An overview in h.istory and contemporary world , dalam Jurnal Afkar, bil. 2, 2001, h. 17-42; Donald L. Horowitz (1994), The Quran and the Common law : Islamic law reform and the theory of legal change , dalam Th.e American Journal Of Comparative law, v. 42, 1994; Abdulmajid H. Mohamed (2004), E-Fiqh.: Foundations for ICT-Supported Fiqh. , dalam Prosiding Islam : Past, Present and Future- International Seminar on Islamic Thoughts, anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM dengan Jabatan Hal Ehwal Kh.as, Kementerian Penerangan Malaysia, pada 7-9hb. Disember 2004 Azhar Abdul Aziz (2002), Peranan Sains Perubatan Dalam Menentukan H.okum Keh.arusan Fasakh. Kerana Penyakit, tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh. dan Usul, APIUM; Nizaita Omar (1999), Beberapa Kaedah. Perubatan Moden Menurut Perspektif Islam, Tesis Sarjana Untuk Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM Lih.at sebagai contohnya Anuar Ramli (2002), Asas hukum dalam budaya : Kajian terh.adap beberapa aspek h.ubungan social dalam kebudayaan Malaysia, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, 2002 dan Mohd Fauzi bin Audzir (2002), Uruf tempatan di Negeri Kedah. dan kesannya terh.adap perubah.an h.ukum : satu analisis, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM; Nadzirah Ismail (2003), Status Kesucian Air Kumbah.an Yang Dirawat Melalui Kaedah. Rawatan Oleh. Indah. Water Konsortium, Tesis Sarjana Untuk Jabatan Fiqh. Dan Usul, APIUM.

11

pemakaian paradigma keilmuan dan pemikiran Islam yang lebih bersifat progressif. Antaranya; Pertama, KFS merupakan usaha tajdid dalam bentuk yang lebih praktikal bagi menghakis dominasi taqlid di dalam pengajian Islam di Malaysia. KFS berusaha untuk menghapuskan budaya taqlid yang menyebabkan kelesuan sistem fiqh Islam berhadapan proses pemodenan.48Dalam kurikulum pengajian keilmuan Islam subjek fiqh Islam seolah-olah telah dianggap sebagai pelajaran sejarah perundangan Islam semata-mata yang bukan lagi mampu menanggani situasi semasa.49 Fiqh sudah begitu lama dibiarkan beku dan statik, dan ini telah menyebabkan banyak persoalan hidup masyarakat tidak menepati kehendak syara yang sebenar.50 Sikap beku, jumud dan taqlid di kalangan fuqaha yang sepatutnya bertindak sebagai inteligensia Muslim membangun sistem fiqh yang up to date telah menimbulkan beberapa kesan buruk,51 seperti :1) Kecenderungan ini telah menimbulkan suatu kekosongan fikiran yang berbentuk ilmu. Kekosongan ini kemudiannya telah direbut atau diambil peluang oleh aliran politik luar seperti Kominis, Sekularisme dan sebagainya. 2) Kecenderungan ini menyebabkan berlakunya kesempitan dalam pelaksanaan hukum Islam, yang hanya dibataskan kepada bidang undang-undang kekeluargaan sahaja. 3) Kecenderungan ini juga menjadi sebab lahirnya tindak balas yang berlebihan dari sesetengah pihak sehingga mereka mahu mengikut model barat secara mutlak tanpa menilai kesesuaiannya dengan lunas-lunas Islam dan perkiraan ketimuran. Atas dasar ini, demi untuk menghapuskan ketiga-tiga elemen yang terhasil akibat dari kelesuan dan kegagalan sistem fiqh, kita terpaksa mengambil sikap proaktif dengan membangunkan sistem fiqh Islam yang bersifat semasa di dalam institusi membabitkan pengajian keilmuan Islam yang bermatlamatkan; pertamanya, melatih pelajar untuk menganalisis institusi Islam dan kaitannya dengan realiti semasa, berbanding dengan sistem pengajian ala Taqlid silam yang menggunakan pendekatan yang tidak kritikal, tertutup dan berasaskan latar belakang yang bukan bersifat Malaysia.52 Keduanya, bentuk pengajian fiqh Malaysia ini dapat dijadikan sebagai asas utama untuk menyediakan infranstruktur intelektual sebelum sesuatu cita-cita negara Islam boleh tercapai.53Ketiganya, dapat menunjukkan ciri-ciri kesempurnaan yang terkandung di dalam sistem penyelesaian fiqh Islam yang merangkumi keperluan menjaga kepentingan hubungan dengan Allah, sesama makhluk dan hubungan manusia dengan alam.48

49

50

51

52 53

Taha Jabir al-Alwani (1991), Taqlid And The Stagnation Of The Muslim Mind , dalam The American Journal of Social Sciences, v. 8, no. 3, h. 513. Rahimin Affandi Abdul Rahim (1995), Budaya Taqlid di dalam masyarakat Melayu : satu tinjauan ringkas , dalam Jurnal Syariah, v. 3, bil. 1, h. 30-32. Muhammad Nabil Muhammad Syukri (2000), Pembaharuan Fiqh : Keperluan Dan Metodologi , dalam Pengasoh, bil. 562, h. 57. Rahimin Affandi Abdul Rahim (1997), Gerakan Tajdid di Malaysia : Teori dan realiti , dalam Dinamisme pengajian Syariah, Kuala Lumpur, h. 102-103. Ibid, h. 106. Mohd. Kamil Ab. Majid (1993), Sejarah perkembangan penulisan hukum Islam di Malaysia : Tumpuan khusus di negeri Kelantan , dalam Jurnal Syariah, v. 1, bil. 1, h. 86-89.

12

Kedua, KFS dalam pendekatan asasnya amat mementingkan penggunaan kaedah penyelidikan hukum Islam yang agak ketat. Seandainya elemen ini kurang dititik beratkan, kita dapat menjangkakan bagaimana nisbah negatif yang bakal terkena kepada sistem fiqh Islam. Ianya bakal menyemarakkan lagi budaya taqlid yang memang begitu berakar di dalam masyarakat Islam semasa. KFS berusaha mengalakkan penyelidikan hukum Islam berasaskan konsep fiqh semasa di kalangan ahli akademik dan pelajar pasca siswazah. Terpenting sekali, ianya perlu membabitkan realiti praktis apa yang berkembang di dalam masyarakat dan sesuatu institusi agama yang disertakan pula dengan alternatif pilihan.54 Mengikut Mahmood Zuhdi, kajian di peringkat pasca siswazah ini boleh dianggap sebagai penyelidikan semi ijtihad yang perlu membabitkan pelbagai masalah hukum Islam yang timbul di dalam masyarakat. Atas dasar ini, standard ataupun mutu penyeliaan yang rapi dan ketat oleh ahli akademik yang kompeten perlu ditetapkan kepada setiap pelajar yang terbabit.55 Ketiga, KFS berusaha melanjutkan usaha penggilapan dan pemahaman fiqh sebenar. Memandangkan unsur-unsur kemanusiaan (kefahaman) terlibat di dalam fiqh, maka sepanjang zaman harus ada usaha menggilap semula unsur pemahaman berkenaan kerana pemahaman suatu generasi tentunya tidak sama dengan generasi yang mendatang,56 Dalam soal ini, al-Quran dan al-Sunnah sebagai pedoman utama untuk kejayaan hidup di dunia dan akhirat telah menetapkan suatu pandangan yang cukup dinamis tentang kehidupan manusia. Hal ini dijelaskan oleh Muhammad Iqbal sebagai : the teaching of the Quran that life is a progressive creation necessitates that each generation, guided but unhampered by the work of its predecessors, should be permitted to solve its own problems.57 Dinamisme pandangan Quran ini antara lainnya menegaskan bahawa setiap generasi perlu diberi kebebasan untuk menentukan hidup mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri dengan pertunjuk fuqaha sebelumnya, tetapi tidak sampai kepada taqlid membuta tuli, membiarkan jawapan terhadap masalah masa kini ditentukan oleh fuqaha yang sebelumnya.58 Peluasan peranan fuqaha untuk setiap zaman ini antara lainnya bertujuan untuk; pertama, memperbetulkan segala bentuk kelemahan dan keburukan yang selama ini dinisbahkan kepada syariah Islam,59dan membuktikan idea kemajuan yang terkandung di dalam Islam.60 Keduanya, mengingatkan fuqaha bahawa54

55

56 57 58 59

60

Norhashimah. Mohd Yasin (1994), Islamisation or Malaynisation : A study on th.e role of Islamic law in th.e economic development of Malaysia : 1969-1993, tesis Ph..D untuk Sch.ool of Law, University of Warwick, England; Ahmad Hidayat Buang (1997), Muamalat di Malaysia : suatu tajdid atau reaksi pasaran , dalam Dinamisme Pengajian Syariah., Berita Publish.ing Sdn Bh.d, Kuala Lumpur, h.. 107-124; Rahimin Affandi Abdul Rahim (1999), Islamic Legal Reform In Th.e Administration Of Islamic Law In Malaysia : A Critical Analysis, Tesis PhD untuk University of Birmingham. Rahimin Affandi Abd Rahim (2005), Isu Pendekatan di dalam Pengajian Syariah di Malaysia : Satu Telaah Awal ,dalam Jurnal SYARIAH, v. 13, bil. 1, h. 105-134 E. Ezzati (1970), An Introduction To Shii Islamic Law And Jurisprudence, Lahore, h. 99-100. Muhammad Iqbal (1982), Reconstruction Of Religious Thought In Islam, Lahore, h. 168. Abu Bakar al-Ashari (1954), Kemerdekaan Berfikir Dalam Islam, Penang, h. 54. Mahmood Zuhdi Abd. Majid (1998), Pengajian syariah : Satu pentakrifan , dalam Dinamisme Pengajian Syariah, h. 6-10. Muhammad Abu Bakar (1982), Penghayatan Sebuah Ideal, Kuala Lumpur, h. 27-53.

13

mereka patut menjadi agen perubahan yang bersikap prihatin dan proaktif dengan isu-isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.61Bersesuaian dengan tugas fuqaha sebagai pewaris nabi-nabi, sepatutnya tugas mereka bukan terhad kepada menjadi penyaksi kepada peristiwa sejarah di zamannya, tetapi apa yang lebih penting lagi mereka patut menjadi tenaga utama yang mengerakkan peristiwa sejarah tersebut dengan menganalisis permasalahan semasa dan mengemukakan jawapan yang terbaik.62 Keempat, KFS berusaha untuk berpegang kepada prinsip Al-Aslahah wa Muasarah (mengekalkan warisan turath silam dan mengambilkira elemen pemodenan). Dalam soal ini, umat Islam perlu menjaga warisan tradisi yang berupakan formula susunan sarjana Islam silam dan berusaha membangunkan tamadun terkini berasaskan adunan intipati tradisi ini dengan elemen pemodenan. Contoh terbaik yang boleh diberikan adalah kajian ilmiah di peringkat pasca siswazah APIUM yang mengkaji status rawatan kumbahan air yang diamalkan oleh Indah Water Konsortium. Dalam kajian ini, Nadzirah Ismail telah menggunakan prinsip Al-Aslahah wa Muasarah, apabila meneliti pandangan fuqaha silam yang berkaitan dengan status dan bahan yang menyucikan air-yang dikaitkan pula dengan kaedah teknologi rawatan kumbahan air yang terkini. Hasilnya, beliau mendapati status air kumbahan yang dirawat ini benar-benar bersih dan bertaraf air mutlaq, yang boleh digunakan untuk keperluan seharian oleh kalangan pengguna Islam.63 Sedapat mungkin KFS cuba mengaplikasikan prinsip wasatiyyah (pertengahan) dalam pengamalan keilmuan. Dalam dunia akademik, prinsip wasatiyyah ini boleh digunakan sebagai salah satu alat untuk menilai, menganalisa dan menerima sesuatu pandangan yang dikemukakan oleh pihak lain, tanpa terpengaruh dengan kecenderungan si penilai itu sendiri (Pre Conceived Idea). Dalam amalan keilmuan Islam, sesuatu khabar, riwayat, teori, pandangan, formula dan apa-apa dapatan kajian yang dilahirkan perlu dinilai secara kritikal, futuristic, berpandangan jauh dan terpenting sekali perlu mengambilkira prinsip wasatiyyah ini. Ianya boleh dikatakan sebagai suatu tindakan adil (bertindak sebagai orang tengah) dalam menilai sesuatu perkara. Melalui pemakaian prinsip ini, sesuatu pandangan yang diteliti perlu mengambilkira beberapa perkara penting; 1) mengambil sikap selektif (tidak menerima dan menolak secara melulu), yang menuntut ianya dilihat secara holistik (menyeluruh).64 2) memastikan ketepatan sesuatu berita atau teori itu didapati daripada sumber yang tepat dan betul, seperti mana penegasan Allah agar kita mengamalkan sikap berhati-hati terhadap berita yang dibawa oleh orang fasiq, kerana ianya akan membawa fitnah yang bakal merosakkan kehidupan. Untuk tujuan pengesahan, ianya perlu dinilai dan dikritik secara luaran dan dalaman.61

62

63

64

Mahmood Zuhdi Abd. Majid (1997), Pengantar Undang-Undang Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur, h. 34-40. Mohd Kamil Ab. Majid (1999), Ulama Dan Perubahan Social Dalam Islam , dalam Jurnal Usuluddin, bil. 10, h. 84-93. Nadzirah Ismail (2003), Status Kesucian Air Kumbahan Yang Dirawat Melalui Kaedah Rawatan Oleh Indah Water Konsortium, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. Rahimin Affandi Abd Rahim (2000), Etika Penyelidikan Islam : suatu analisa , dalam Jurnal Afkar, v. 1, h. 177-196.

14

Kritikan luaran bertujuan untuk menentukan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber tersebut. (kajian sanad)65 Manakala kritikan dalaman pula bertujuan untuk memastikan kemunasabahan dan kewarasan isi kandungan sesuatu sumber itu dinilai dari perspektif Islam.(kajian matan).66 3) melihat keserasian sesuatu hujah yang dipakai dengan pandangan sumber yang berautoriti, samada ianya daripada nas wahyu (al-Quran dan al-Sunnah), fakta sejarah ataupun teori serta aksioma pemikiran yang telah diterima ramai (seperti terkandung dalam konsep ijma dan tawattur).67 4) Tidak boleh menyalahi dengan apa yang telah ditetapkan secara qatI oleh sumber al-Quran dan al-Sunnah, manakala sesuatu warisan silam yang dihasilkan melalui pemikiran manusia berasaskan kepada sumber akalnya sendiri baik dari segi pentafsirannya terhadap nas ataupun responnya terhadap situasi sosial yang timbul di zamannya-perlu dinilai secara kritikal, kerana ianya masih bertaraf zanni, yang perlu sentiasa diulangkaji dan diperlengkapkan oleh setiap sarjana di setiap zaman.68 5) perlu menolak pendekatan kajian dan penilaian Islam yang bersifat legal formalistik. (hitam ataupun puteh) yang akan menghasilkan kajian yang bersifat kaku dan cenderung kepada tindakan menghukum dan bukannya bersifat konstruktif bagi tujuan dakwah mendidik golongan sasaran kajian, anggota masyarakat. Sebaiknya, sarjana Islam perlu memikirkan untuk menggunakan pendekatan kajian yang lebih terbuka dan holistik (menyeluruh) dalam proses penilaian sesuatu objek kajian.69 Dalam soal pengaplikasian prinsip wasatiyyah ini, KFS sebagai contohnya telah mengambil sikap pertengahan di antara pandangan golongan Salafi dan liberalis. Bagi golongan Salafi, mereka terlalu menentang pemodenan barat secara melampau, dan golongan liberalis pula terlalu taasub dengan semua formula dan epistemologi keilmuaan barat sehingga sanggup memperkecilkan semua warisan fuqaha silam. Kelima, KFS menekankan keperluan untuk mengenalpasti garis panduan ataupun piawaian pendekatan yang bersesuaian dengan realiti mayarakat Malaysia semasa di dalam proses pengeluaran sesuatu hukum di dalam sistem fiqh Islam. Antara pendekatan yang dicadangkan; 1) Perlu menghargai keunggulan sentuhan kebudayaan manusia Melayu yang pernah melahirkan tamadun material dan intelektual yang tinggi di rantau Alam Melayu suatu masa dahulu. Ianya merujuk kepada pelbagai nilai positif budaya Melayu seperti ;65

66 67

68

69

Maklumat Lanjut boleh didapati dalam Che Cob Che Mat (1996), Kriteria Penerimaan Dan Penolakan Hadith : Satu Kajian Perbandingan Antara Ahl Al-Sunnah Dan Shiah, Tesis Untuk Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya, h.482-535. Ibid, h. 642-657. Rahimin Affandi Abd Rahim (1993), The Concept Of Ijma In Islamic Law : A Comparative, dalam The Journal of Hamdard Islamicus, Pakistan, v. 16, h. 91-104. Rahimin Affandi Abd Rahim (2002), Epistemologi Hukum Islam : satu pengenalan , dalam Jurnal Usuluddin, bil. 15, 2002. Rahimin Affandi Abd Rahim (2006), Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu , dalam Hashim Awang, Othman Yatim dan Nor Azita Che Din (ed.), Wacana Budaya, Kuala Lumpur : APMUM, h. 55-80

15 a) Masyarakat yang ditakdirkan mendiami kawasan iklim sederhana yang

kemudiannya telah melahirkan manusia yang berjiwa lembut, berbanding dengan penduduk kawasan iklim yang panas seperti Timur tengah.70 Hal ini terbukti apabila Islam secara mudah telah diterima oleh manusia Alam Melayu tanpa menumpahkan darah seperti mana yang berlaku di Timur Tengah, Afrika dan Eropah.71 b) masyarakat yang mengamalkan paradigm mesra alam dan mementingkan prinsip penjagaan keseimbangan alam semesta c) masyarakat yang mementingkan elemen kesederhanaan di dalam proses berfikir dan bertindak72 d) Masyarakat yang mementingkan soal menjaga kerukunan hidup bermasyarakat dan menentang keras sebarang elemen yang bersifat individualism.73 Ianya juga dapat dirujuk sebagai manusia yang memiliki semangat yang mementingkan kerukunan hidup bermasyarakat (Egalitarian) yang cukup tinggi.74 Pendekatan ini bukan terhad kepada anggota masyarakat Melayu semata-mata, bahkan juga kepada masyarakat asing.75 e) Masyarakat yang kuat berpegang kepada falsafah yang mementingkan pertimbangan agama dan nilai (perennial and ultimate perspective), berbanding dengan masyarakat barat yang lebih mementingkan persoalan kebendaan dan individualism mengatasi persoalan agama.76 f) Manusia yang memiliki kepintaran pemikiran yang cukup advance yang diperincikan dengan empat bentuk pemikiran; (i) Teologis-Rasional, (ii) Alegorikal (simbolik), (iii) Analogis dan pragmatik.77 g) Mengamalkan sikap terbuka, sanggup belajar dan selektif dengan pengaruh budaya dan agama asing.78 2) Perlu memaklumi bahawa Islam telah menjadi intipati terpenting ataupun asas jatidiri masyarakat Melayu (Teori Receptio in complex) sehingga menjadikan70 71

72

73

74

75

76

77

78

Ibn Khaldun (t,t), Muqaddimah. Al-Allamah. Ibn Khaldun, Dar Al-Fikr, h. 82-95. Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003) Analisis Sejarah. Dakwah. Dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia , Dalam Zulkiple Abd. Ghani(ed.) Jaringan Dakwah. MalaysiaIndonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah. Dan Kepimpinan, UKM Dan Universitas Muh.ammadiyah. Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h. 47-74. Abdul Halim Othman Dan Md. Shuaib Che Din (1993), Sifat Kesederhanaan , Dalam Psikologi Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 102-109. Norazit Selat (1994), Nilai Kerja Dalam Masyarakat Melayu , Dalam Budi Kencana : Kumpulan Makalah. Memperingati Persaraan Profesor Tan Sri Dato Ismail H.ussien, Kuala Lumpur : APMUM, h. 133-141. Wan Abdul Halim Othman (1993), H.ubungan Kekeluargaan Dalam Masyarakat Melayu , Dalam Psikologi Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 61-101. Idris Zakaria (2003), Islam Dan Amalan Tolenrasi Di Nusantara , Dalam (Edit) Zulkiple Abd Ghani, Jaringan Dakwah. Malaysia Indonesia, Bangi : Jabatan Dakwah. Dan Kepimpinan, Ukm, h. 150-165 Abdul Rahman Abdullah (2001), Falsafah Dan Kaedah. Pemikiran, Kuala Lumpur : Utusan Publication, h. 134-140. Hassan Ahmad (2004), Bah.asa Dan Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan , Dalam (Edit) Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan, Kuala Lumpur : DBP, h. 1-12. Abdul Rahman Abdullah (1981)., Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur : DBP, h. 54-56.

16

sebahagian besar kebudayaan Melayu bertepatan dengan ajaran Islam. Atas dasar ini penilaian yang lebih kondusif dan terbuka perlu digunakan untuk menilai dan menghargai elemen kebudayaan Melayu. 3) Walaupun masyarakat Melayu merupakan golongan terpenting di Malaysia, jika dirujuk kepada penguasaan politik dan pelbagai dasar yang bersifat pro bumiputera, tetapi masih banyak lagi kelemahan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu. Hal ini boleh dilihat dari sector sosio-politik dan ekonomi. Beberapa contoh boleh diberikan, seperti kadar kemiskinan masyarakat Melayu di Bandar dan luar Bandar yang masih tinggi sehingga menuntut pihak kerajaan menjalankan dasar pembasmian kemiskinan golongan miskin ini yang berterusan, di samping pihak berkuasa Agama juga perlu sentiasa mengambilkira unsur kemiskinan ini di dalam program pengagihan zakat setiap tahun. 4) Nisbah masyarakat majmuk di Malaysia yang sangat rendah dari segi integrasi kaum. Dalam realiti ini, api perpecahan agak senang timbul, khususnya yang membabitkan kepentigan sosio, politik dan keagamaan semua kaum di Malaysia. Kita boleh merujuk kepada usaha yang dijalankan oleh NGO tertentu yang memperjuangkan penyebaran faham liberalisme (kebebasan dan hak asasi manusia) dalam setiap perlakuan dan pemikiran manusia. Dalam soal ini, pelbagai syiar dan autoriti Islam dipersoalkan, kerana kesemua autoriti Islam ini dilihat bertanggungjawab menghalang agenda liberalisme ini. Sebagai contohnya, terdapat NGO Islam di Malaysia yang bergiat cergas menimbulkan beberapa isu; a) Tuntutan IFC (Inter Faith Council) agar pihak kerajaan menyamatarafkan semua pemeluk agama di Malaysia tanpa mengiranya Islam ataupun bukan Islam. b) Isu yang mencabar dominasi dan keistimewaan hak bumiputera MelayuIslam kononnya bertentangan dengan nisbah persamaan hak asasi semua warganegara bukan Islam di Malaysia. Isu yang mencabar konsep jati diri (malayness) Melayu yang sinonim dengan penganut Islam. Sebaliknya isu jati diri Melayu cuba ditolak dengan cara bertolak ansur dan mendokong peluang untuk seseorang Melayu murtad79 serta sanggup memberikan khidmat guaman untuk mempertahankan hak ini. Antara kes yang terlibat adalah kes Ayah Pin, Kumpulan Artikel 11, Lina Joy dan Kamariah Ali.80 c) Isu pluralisme agama, yang menganggap semua agama adalah sama di sisi tuhan dan boleh membawa kesejahteraan kepada umat manusia. d) Isu yang mempersoalkan kesan psikologi dan perundangan yang timbul akibat seseorang penganut agama bukan Islam memeluk agama Islam. e) Isu menentang cadangan pelaksanaan undang-undang Hudud yang dikatakan ketinggalan zaman dan bakal menindas penganut bukan Islam.79

80

Rahimin Affandi Abd Rahim (2006), Islam dan perkembangan Emosi Melayu Selepas Merdeka : Satu Analisis , dalam Hashim Musa (ed.), Emosi Melayu, Kuala Lumpur : APMUM, h. 405-425 Ummu Atiyah Ahmad Zakuan (2007), Hak Asasi Manusia Dan Demokrasi Dari Persepktif Islam Dan Barat , Dalam Mohd Izani Mohd Zain(ed.), Demokrasi Dan Dunia Islam : Perspektif Teori Dan Praktik, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 106-112

17

5) Masyarakat di Malaysia amat mudah terpengaruh dengan perkembangan moden yang dibawa oleh arus globalisasi dunia. Memanglah diakui terlalu unsur positif yang dibawa oleh arus globalisasi ini, namun pada masa yang sama juga pelbagai perkembangan fahaman sekularisme yang menyesatkan telah turut sama berkembang pesat sehingga mempengaruhi sejumlah besar masyarakat Malaysia. Bagi menghadapi realiti ini, semua pihak termasuklah kerajaan dan pakar perundangan Islam perlu mengamalkan sikap proaktif dan selektif dengan menyediakan pelbagai elemen mendidik dan pencegahan yang sepatutnya.81 6) Perlu mengelakkan sikap yang terlalu politiking dalam menanggani sesuatu isu yang membabitkan kepentingan negara. Ini termasuklah isu permasalahan dalaman negara yang bakal menjejaskan pencapaian pembangunan, yang memerlukan kedua pihak, parti pemerintah dan pembangkang sama-sama bersatu untuk mengatasinya. Hal ini antara lainnya termasuklah isu keruntuhan moral, dadah, peningkatan kadar jenayah, keruntuhan rumahtangga orang Melayu, kemiskinan, pengaruh budaya kuning, pencemaran alam, penurunan semangat patriotisme di kalangan muda dan banyak lagi. Keenam, KFS berusaha memperjelaskan tentang elemen epistemologi hukum Islam di dalam proses penyediaan sistem fiqh semasa. Di dalam sesuatu kajian ilmiah, terdapat suatu pendekatan yang menetapkan bahawa proses pengkajian yang mendalam terhadap sesuatu hakikat ilmu ataupun disiplin tertentu perlu dilihat kepada aspek epistemologi disiplin tersebut.82 Hal ini bersesuaian dengan takrif dan ruang lingkup epistemologi yang menyelidik asal usul, sumber, sifat, kaedah dan had sesuatu ilmu tersebut.83 Dalam menghadapi cabaran zaman moden ini, sepatutnya sesuatu pengajian syariah yang diusahakan perlu menitikberatkan persoalan epistemologi hukum Islam yang bakal memberikan gambaran yang jelas kepada penganut Islam dan bukan Islam tentang bagaimana syariah Islam itu bukannya didasarkan kepada kepercayaan dogmatik yang tidak boleh dipertikaikan, tetapi ianya dibina atas dasar yang emperikal, rasional dan mempunyai sumber, sebab musabab dan kaedah yang rapi, sebelum menetapkan sesuatu hukum yang berkaitan dengan persoalan kemanusiaan.84 Ianya termasuk juga perlu memperkembangkan elemen ontologi, epistemologi dan aksiologi disiplin usul al-fiqh dengan perkiraan dan keilmuan semasa.85Dengan mengambilkira tiga prinsip utama yang sering ditekankan penggunaannya dalam gagasan fiqh semasa iaitu urf, maslahah dan ilmu sains sosial moden, ternyata sekali usaha untuk memperkemaskan elemen epistemologi (sumber dan metode) usul al-fiqh adalah amat mendesak sekali. Hal ini dapat dilakukan dengan tiga pendekatan yang utama;81

82

83

84 85

Rah.imin Affandi Abd Rahim (2005) , Pendekatan Pluralisme dalam pengajian Islam : Satu pengenalan ,dalam Jurnal KATHA, Pusat Dailog Peradaban UM, v. 2. Fadzulullah. Hj. Shuib (1995), Kecermelangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur, h. 33. Muhammad Zainiy Uthman (2001), Islam, Sains Dan Pemikiran Objektif : Suatu Perbandingan Ringkas , dalam Jurnal YADIM, bil. 2, November 2001, h. 146-148. Harun Nasution (1989), Islam Rasional : Gagasan Dan Pemikiran, Jakarta, h. 328-334. Dr. Ainurrafiq Dawam (2004), Menawarkan Epistemology JamaI Sebagai Epistemology Usul Al-Fiqh. : Sebuah Tinjauan Filosofis , Dalam Riyanto (ed.), Neo Usul Fiqh. : Menuju Ijtihad Kontekstual, Yogyakarta : Fakultas Syariah press, h. 1-23.

18 1) Mengabungkan (sentesis) di antara ilmu usul al-fiqh ini dengan keilmuan

moden lain (seperti ilmu sains sosial moden) yang sekaligus bakal melengkapkan lagi kaedah penyelidikan hukum Islam alternatif untuk zaman moden ini.86 Walaupun diakui ilmu usul al-fiqh ini memang hebat dan berteraskan world-view Islam sepenuhnya, tetapi untuk konteks zaman moden ini ianya tidak boleh berdiri sendiri dan perlu disokong serta digabungkan dengan disiplin keilmuan lain. 2) Membangunkan kaedah Urf Malaysia yang berbeza dengan Urf Timur Tengah, dari segi kerangka konsepnya dan kaedah aplikasi yang lebih sesuai dengan realiti Malaysia semasa.87 3) Membangunkan prinsip dan standard maslahah dalam tiga jenis, khususnya maslahah Daruriyyah, Hajjiyyah dan Tahsiniyyah yang lebih sesuai dengan realiti Malaysia semasa.88 Ketujuh, KFS menetapkan model sistem fiqh Islam semasa perlu berasaskan kepada Mazhab Shafii dalam bentuk yang bersifat selektif. Bertentangan dengan pandangan yang terlalu memandang negatif terhadap amalan bermazhab, kita sepatutnya mengamalkan sikap positif dan selektif terhadap amalan bermazhab.89 Secara kasarnya, mazhab adalah merupakan paradigma90 berfikir masyarakat Islam mengikut world-view dan kaedah syariah yang diasaskan oleh seseorang fuqaha tertentu. Ianya lahir daripada tradisi Islam sendiri dan bukannya berasal daripada pengaruh asing seperti didakwa oleh orientalis barat.91 Ianya merupakan kemuncak dari satu proses pembentukan world-view yang panjang. World-view adalah pandangan dunia, hidup, kepercayaan dan pemikiran yang berfungsi sebagai pemankin untuk segala perilaku manusia.92 Mengikut Hamid Zarkashi, world-view Islam adalah : visi tentang realiti dan kebenaran, berupa kesatuan pemikiran yang arsitektonik, yang berperanan sebagai asas yang tidak nampak (non86

87

88

89

90

91

92

Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003), Pengajian Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembinaan Hukum Islam Semasa : Satu Analisa dalam Isu-isu Sains Sosial dari perspektif Islam, (ed) oleh Rahminah Muharam, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, h. 1-34. Lih.at sebagai contoh.nya tesis sarjana yang cuba mengupas tentang isu ini, yang dilakukan oleh Noor Haslina Binti Osman (2003), Adat Melayu Sebagai Sumber Hukum : Penilaian Dari Perspektif Teori Al-Urf Wa Al-Adah., Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. Hal ini telah antara lainnya dikupas oleh. Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Paizah. Ismail (2004), Pengantar Pengajian Syariah., Kuala Lumpur : al-Baian corporation sdn bhd, h. 177191. Rahimin Affandi Abdul Rahim dan Noor Naemah Abdul Rahman (2005), Pemikiran Reformasi Melayu Semasa : Satu Analisis , Dalam Hashim Musa(ed.), Bahasa Dan Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur : APMUM, h. 332-265. Paradigma adalah satu set proposisi (rancangan usulan) yang menerangkan bagaimana dunia harus difahami. Ia berisikan sebuah pandangan dunia (world-view), suatu cara untuk memecahkan kerumitan dunia, yang memberitahu seseorang ilmuan tentang apa yang penting, apa yang sah dan apa yang bersesuaian dengan logik. Lihat Mona Abdul-Fadl (1989), Paradigms In Political Science Revisited, Herndon : AMSS & IIIT. T.J. De Boer (1994), The History Of Philosophy In Islam, Richmond : Curson press, h. 28-29 dan 309 Muhammad Abu Bakar (1993), Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan : Islam, Proses Sejarah Dan Rekonstruksi Realiti Sosial , dalam Tinta Kenangan, Sumbangan Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur, h. 307-309.

19

observable) bagi semua perilaku manusia, termasuk aktiviti ilmiah dan teknologi. Antara elemen asas untuk world-view Islam terdiri dari konsep tuhan, wahyu dan penciptaannya, psikologi manusia, ilmu, agama, kebebasan, nilai dan kebajikan dan kebahagiaan. Elemen-elemen inilah yang kemudiannya yang menentukan bentuk perubahan (change), perkembangan (development) dan kemajuan (progress) dalam Islam.93 Berasaskan kepada paparan di atas, dapat kita rumuskan bahawa pegangan umat Islam terhadap Mazhab Shafii bukanlah sesuatu amalan dan paradigma yang salah dalam pengamalan ajaran Islam, tetapi ianya merupakan formula yang bersifat flexible yang memberikan garis panduan terhadap setiap persoalan yang muncul dalam kehidupan manusia. Untuk konteks realiti Malaysia, amalan berpegang (taqlid) kepada mazhab Shafii boleh dianggap sebagai masih relevan lagi. Ianya dibuat kerana beberapa faktor yang utama; 1) Ianya menetapkan kalangan ulamak sebagai pentafsir utama kepada ajaran agama. Hal ini boleh dirujuk kepada keabsahan konsep Taqlid dan ijtihad. Dalam konsep taqlid, ianya mengharuskan masyarakat awam untuk bertaqlid kepada seseorang mujtahid, berasaskan kepada nisbah ketidakmampuan seseorang awam untuk memahami ajaran agama Islam secara mendalam.94 Sikap yang hanya bergantung sepenuhnya kepada prinsip Taqlid ini kemudiannya cuba dibataskan dengan penerimaan kepada konsep ijtihad dan Tajdid. 2) Pendekatan ini ditetapkan bukannya bertujuan untuk memonopolikan usaha pentafsiran agama kepada golongan ulamak semata-mata, tetapi ianya dibuat bagi mengelakkan sebarang tindakan rakus daripada masyarakat awam yang jahil tentang prinsip asas Islam, melakukan tafsiran melulu dan boleh merosakkan nama baik Islam itu sendiri. 3) Faktor perpaduan dan keseragaman diperlukan bagi memastikan wujudnya kestabilan hidup sosio-politik umat Islam. Hal ini kemudiannya bakal memudahkan proses penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang Islam dijalankan.95 Hal ini boleh dikatakan sebagai asas perpaduan umat Melayu sehingga tidak wujudnya perbalahan dan fanatik mazhab yang menimbulkan pertumpahan darah seperti mana berlaku di tempat-tempat lain. Cumanya, penekanan yang agak keterlaluan terhadap dominasi taqlid yang agak ketat ini dilihat bakal membuahkan hasil yang kurang sihat kepada perkembangan pemikiran hukum Islam itu sendiri.96 Hal ini kemudiannya turut disedari sendiri oleh kalangan mufti di Malaysia yang disertakan pula dengan pelbagai usaha untuk menerapkan pendekatan reformism bagi menghadkan penggunaan

93

94

95

96

Hamid Fahmy Zarkasyi (2004), Tantangan Sekularisasi Dan Liberalisasi Di Dunia Islam, Surabaya : Penerbit Khairul Bayan, h. 1-6. Rahimin Affandi Abdul Rahim (1993), The Concept Of Ijma In Islamic Law : A Comparative, Dalam The Journal Of Hamdard Islamicus, Pakistan, V. 16, h. 91-104. Abdul Halim El-Muhammady (1992), Ikhtilaf And Its Development In Malaysia , Dalam International Islamic University Law Journal, V. 2, No.2, h. 54-55 Dan 57. Yusuf Qardawi (2004), Sanggahan Salah Tafsiran Islam, Terjemahan Oleh Abdul Rahman Rukaini, Kajang : Synergymate Sdn. Bhd, h. 85-88.

20

taqlid secara berlebihan, khususnya di dalam metodologi pengeluaran sesuatu fatwa.97 4) Sikap pro mazhab ini bukan bermakna kita perlu terjebak dengan fenomena fanatik mazhab yang boleh menyumbang kepada ketertutupan minda, tetapi perlu berpegang kepada kerangka metodologi (manhaj) usuli sesuatu mazhab yang dilihat terbukti mampu menyelesaikan masalah hukum umat Islam. Kita tidak boleh memandang institusi taqlid ini secara negatif keseluruhannya, memandangkan mengikut persepktif tajdid yang tertanam di dalam hukum Islam itu sendiri, pelbagai perubahan yang diperlukan masih dibolehkan bagi menunjukkan sifat dinamisme syariah itu sendiri berhadapan dengan keperluan masyarakat.98 Maknanya, penerimaan konsep mazhab ini tidak membataskan amalan ijtihad itu dipraktikkan demi penyelesaian masalah umat Islam. Dewasa ini, teori yang mengatakan bahawa perundangan Islam telah tertutup dan beku selepas tertutupnya pintu ijtihad pada abab keempat hijrah telah mula dicabar. Sebaliknya seperti mana ditegaskan oleh Hallaq, proses dialektika antara sistem fiqh Islam dengan realiti sesuatu masyarakat masih lagi berlangsung di zaman taqlid, kerana seseorang sarjana Islam yang melakukan aktiviti syarah dan muhktasar terhadap karya imam mujtahid turut memasukkan komentar pandangan mereka sendiri terhadap realiti yang berlaku di zaman mereka.99 5) Kita perlu mengamalkan sikap selektif terhadap pemikiran barat yang kerap menisbahkan penerimaan amalan bermazhab ini dengan istilah tradisionalisme, suatu nisbah yang hina. Paparan negatif ini sepatutnya tidak diterima secara melulu dan perlu dinilai secara berhikmah.100 Bagi penganut Islam, kita tidak boleh menganggap istilah tradisi membawa nisbah negatif seperti difahami dalam dunia akademik barat. Sebaliknya, istilah tradisionalism ini patut dibanggakan kerana ianya merujuk kepada pemahaman dan penghayatan wahyu Allah di dalam kehidupan yang mencakupi tiga aspek;101(i) Al-Din, agama sebagai panduan untuk keseluruhan aspek kehidupan membabit tiga bentuk hubungan, dengan Allah, Mahkluk dan alam; (ii) Sunnah, amalan yang terbentuk dan berkembang berdasarkan model sacral (berasaskan wahyu) sehingga menjadi amalan kebudayaan masyarakat yang berpanjangan; (iii) Salsilah, mata rantai yang menghubungkan setiap zaman dan pemikiran kepada asasnya yang utama, wahyu Allah. 6) Kita patut menghargai precedent silam yang disumbangkan oleh mazhab Shafii di Malaysia. Penerimaan ini kemudiannya perlu dipelajari dan diperkembangkan dalam bentuk paradigma keilmuan moden yang lebih sesuai97

98

99

100

101

Naemah Abd Rahman (2003), Fatwa Jemaah Ulamak Kelantan Tahun 1920an Hingga 1990an : Satu Analisis, Tesis PhD untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, h. 183-185. Amir Mualim (2006), Ijtihad Dan Legislasi Muslim Kontemporer, Yogyakarta : UII Press, h. ix-xiii Weal Hallaq (1996), Ifta And Ijtihad In Sunni Legal Theory : A Development Account , Dalam Islamic Legal Interpretation : Muftis And Their Fatwas, Cambridge : Harvard University press, h. 33-43. Rahimin Affandi Abd. Rahim (2000), Etika Penyelidikan Islam : Satu Analisa , Dalam Jurnal AFKAR, BIL. 1, h. 190-191. S. Hossein Nasr (1990), Traditional Islam In The Modern World, London : Kegan Paul International, h. 13.

21

dengan realiti Malaysia semasa. Seperti mana direkodkan dalam catatan sejarah, walaupun kedatangan Mazhab Shafii di Alam Melayu agak lewat berbanding dengan Mazhab Syiah, namun kemudiannya mazhab ini telah mampu mengatasi mazhab Syiah dan meninggalkan pelbagai elemen positif jangka panjang kepada masyarakat Alam Melayu. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor utama; a) Sifat Mazhab Shafii yang berupa paradigma sentesis di antara pandangan Ahl Ray dan ahli hadis. Ianya lebih adaptif dengan budaya tempatan Melayu. Mubaligh Shafii yang awal telah mengamalkan sikap mesra budaya yang mendapat dokongan penguasa politik serta kemudiannya mampu menyebarkan ajaran Islam secara cukup berkesan di Alam Melayu.102 Hal ini boleh dilihat daripada kesannya di dalam Legal Digest Melayu seperti Hukum Kanun Melayu103 dan penyerapan nilai-nilai Islam di dalam sistem adat Melayu sehingga melahirkan ungkapan Adat bersendikan Hukum, hukum bersendikan Kitabullah.104 b) Gabungan antara paradigma Sufi dan Fiqh (Neo-Sufism) di dalam Mazhab Shafii memberi kesan langsung kepada kepesatan proses pengislaman masyarakat Alam Melayu.105 Tidak seperti mazhab selain Shafii yang mengamalkan sikap negatif terhadap paradigma sufi, pendekatan ini tidak kedapatan dalam sejarah Alam Melayu.106 c) Fuqaha Mazhab Shafii telah mengasaskan sistem pendidikan Islam yang lebih sistematik di rantau Alam Melayu.107 Hal ini merujuk kepada pengenalan sistem Pondok yang mengandungi pasarana fizikal yang khusus, falsafah pengajian, struktur organisasi, susunan jadual waktu, kurikulum dan kaedah penilaian yang cukup sistematik.108102

103

104

105

106

107

108

Rahimin Affandi Abd. Rahim (2006), Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu , Dalam Hashim Awang(ed.), Othman Yatim Dan Nor Azita Che Din, Wacana Budaya, Kuala Lumpur : APMUM, h. 55-80. Rahimin Affandi Abd. Rahim (2003), Pengamalan Ilmu Usul Al-Fiqh Di Dalam Sastera Undang-Undang Melayu : Satu Analisa , Dalam (Edit Oleh Muhammad Mokhtar Hassan) Kesusasteraan Dan Undang-Undang, Penerbitan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, h. 158-179. Siddiq Fadhil (2006), Pertembungan Islam Dengan Budaya Peribumi : Pengalaman Alam Melayu ,Dalam Md Salleh Haji Ahmad(ed.), Hukum Islam Dan Budaya Tempatan, Kuala Lumpur : Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM, h. 142-145. A.H. John (1961), Muslim Mystics And Historical Writing , Dalam Historians Of SouthEast Asia, London, h. 40-41. Che Zarrina Saari Dan Wan Suhaimi Wan Abdullah (2006), Budaya Dan Etika Di Kalangan Ahli Tasauf Dan Pengaruhnya Terhadap Ketentuan Hukum , Dalam Md Salleh Haji Ahmad(ed.), Hukum Islam Dan Budaya Tempatan, Kuala Lumpur : Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM, h. 517-527. Abdul Latif Hamindong (1993), Institusi Pondok Dalam Tradisi Budaya Ilmu , Dalam Tamadun Melayu, Kuala Lumpur, V. 2, h. 748. Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur : DBP, h. 212-218 ; Shafie Abu Bakar (1994), Keilmuan Islam Dan Tradisi Pengajian Pondok , Dalam Budi Kencana, Kuala Lumpur, h. 104-111 dan Rahimin Affandi Abd. Rahim (2003), Al-Quran Dan Peranan Ulamak Melayu Dalam Pemodenan Rantau Alam Melayu ,Dalam Mohd Radzi Othman(ed.) Warisan Al-Quran Dan Peradaban Manusia Siri 1, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, h. 1-31.

22

Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, dapat dirumuskan beberapa perkara yang utama. Pertama, proses pembangunan tamadun Islam di Malaysia tidak harus dihadkan penumpuannya kepada elemen material semata-mata, tetapi patut diperkasakan lagi dengan penjanaan idea dan paradigma pemikiran Islam yang bersifat progressif. Salah satu daripada elemen pemikiran Islam ini boleh dimasukkan dengan idea dan gagasan fiqh Islam semasa (Fiqh Malaysia). Ianya dilihat boleh digunakan untuk mengisi program pengisian kemerdekaan dan pasca era kebangkitan semula Islam di Malaysia. Kedua, artikel ini telah memperincikan dengan panjang lebar sumbangan bermakna yang boleh disumbangkan oleh gagasan fiqh semasa ini di dalam pembinaan tamadun Islam moden di Malaysia. Sebahagian besar daripada butiran sumbangan ini terletak di dalam kemampuan konsep fiqh semasa mengisi pemerkasaan pemikiran fiqh Islam di Malaysia. Selanjutnya, gagasan fiqh semasa ini perlu sama-sama disokong oleh kalangan ilmuan Islam di Malaysia, khususnya bagi memperlengkapkan lagi gagasan ini yang bakal diwariskan kepada generasi yang akan datang. BIBLIOGRAFI A.H. John (1961), Muslim Mystics And Historical Writing , Dalam Historians Of South-East Asia, London. Abd Hakim Dan Yudi Latif (2007), Bayang-Bayang Fanatisme : Esai-Esai Untuk Mengenang Nurcholish Madjid, Jakarta : PSIK (Universitas Paramadina). Abd Moqsith Ghazali (2007), Mengubah Wajah Fiqh Islam , Abd Hakim Dan Yudi Latif (ed.), Bayang-Bayang Fanatisme : Esai-Esai Untuk Mengenang Nurcholish Madjid, Jakarta : PSIK (Universitas Paramadina). Abdul Halim El-Muhammady (1992), Ikhtilaf And Its Development In Malaysia , Dalam International Islamic University Law Journal, V. 2, No.2. ____________ (2008), Undang-Undang Muamalat Dan Aplikasinya Kepada Produk-Produk Perbankan Islam, Kajang : Jawatankuasa Penerbitan, Fakulti Undang-Undang UKM. Abdul Halim Othman Dan Md. Shuaib Che Din (1993), Sifat Kesederhanaan , Dalam Psikologi Melayu, Kuala Lumpur : DBP. Abdul Latif Hamindong (1993), Institusi Pondok Dalam Tradisi Budaya Ilmu , Dalam Tamadun Melayu, Kuala Lumpur, V. 2. Abdul Rahman Abdullah (1981)., Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur : DBP. ____________(2001), Falsafah Dan Kaedah. Pemikiran, Kuala Lumpur : Utusan Publication. Abdullah Alwi Haji Hassan (1999), Permasalahan Intelektual Dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa Di Malaysia, dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur: Penerbit UM.

23

Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur : DBP. Abdulmajid H. Mohamed (2004), E-Fiqh: Foundations for ICT-Supported Fiqh , dalam Prosiding Islam : Past, Present and Future- International Seminar on Islamic Thoughts, anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM dengan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, pada 7-9hb. Disember 2004 Abu Bakar al-Ashari (1954), Kemerdekaan Berfikir Dalam Islam, Penang. Ahmad Fawzi Mohd. Basri (1996), Perubahan Nilai Dalam Budaya Politik Melayu , Dalam Ahmad Fawzi Mohd. Basri (ed.), Nilai Orang Melayu, Sintok : Sekolah Pembangunan Sosial, UUM. Ahmad Hidayat Buang (1997), Muamalat di Malaysia : suatu tajdid atau reaksi pasaran , dalam Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd. ____________(2004), Fatwa Di Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Syariah Dan Undang-Undang APIUM ____________ (2005) Mahkamah Syariah Di Malaysia : Pencapaian Dan Cabaran, Kuala Lumpur : Penerbit UM. Amir Mualim (2006), Ijtihad Dan Legislasi Muslim Kontemporer, Yogyakarta : UII Press, h. ix-xiii Anisah Ab. Ghani (1999), Batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat Islam kini: Satu Huraian Hukum Islam Semasa, dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur: Penerbit UM. Anuar Ramli (2002), Asas hukum dalam budaya : Kajian terh.adap beberapa aspek h.ubungan social dalam kebudayaan Malaysia, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. Azhar Abdul Aziz (2002), Peranan Sains Perubatan Dalam Menentukan H.okum Keh.arusan Fasakh. Kerana Penyakit, tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh. dan Usul, APIUM. Budhy Munawar Rachman (2004). Islam Pluralis: Wacana Kesetaraan Kaum Beriman. Jakarta : RajaGrafindo Persada. Charles Kurzman (1998), Liberal Islam : A Sourcebook, New York : Oxford University Press. Che Cob Che Mat (1996), Kriteria Penerimaan Dan Penolakan Hadith : Satu Kajian Perbandingan Antara Ahl Al-Sunnah Dan Shiah, Tesis Untuk Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Che Zarrina Saari Dan Wan Suhaimi Wan Abdullah (2006), Budaya Dan Etika Di Kalangan Ahli Tasauf Dan Pengaruhnya Terhadap Ketentuan Hukum , Dalam Md Salleh Haji Ahmad(ed.), Hukum Islam Dan Budaya Tempatan, Kuala Lumpur : Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM. Donald L. Horowitz (1994), The Quran And The Common Law : Islamic Law Reform And The Theory Of Legal Change , dalam The American Journal Of Comparative law, v. 42. Dr. Ainurrafiq Dawam (2004), Menawarkan Epistemology JamaI Sebagai Epistemology Usul Al-Fiqh. : Sebuah. Tinjauan Filosofis , Dalam Ed.

24

Riyanto Neo Usul Fiqh. : Menuju Ijtihad Kontekstual, Yogyakarta : Fakultas Syariah. Press. E. Ezzati (1970), An Introduction To Shii Islamic Law And Jurisprudence, Lahore. Fadzulullah. Hj. Shuib (1995), Kecermelangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur. Farish A. Noor (2000), Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality , dalam NST, 4 November, 2000. Fred R. Von Der Mehden (1993), Two Worlds Of Islam: Interaction Between South.east Asia And Th.e Middle East, Florida. Grant penyelidikan tahun 2008 di taja oleh UM yang diketuai oleh Abdul Karim Ali, FP002/2007A : Karya-Karya Fiqh. Islam Di Malaysia Selepas Merdeka : Satu Penilaian. Grant FRGS tahun 2008 di taja oleh UM yang diketuai oleh Muhammad Kamil Ab. Majid, FR006/2007A, Bertajuk : Islam Antara Liberalisme Dan Konservatisme Di Malaysia. Hamid Fahmy Zarkasyi (2004), Tantangan Sekularisasi Dan Liberalisasi Di Dunia Islam, Surabaya : Penerbit Khairul Bayan. Harun Nasution (1989), Islam Rasional : Gagasan Dan Pemikiran, Jakarta. Hashim Musa (2001), Islam : An overview in h.istory and contemporary world , dalam Jurnal Afkar, bil. 2, 2001. Hasil seminar ini telah dibukukan; Dinamisme Pengajian Syariah, Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (ed) (1997), Kuala Lumpur : Berita Publishing. Hassan Ahmad (2004), Bah.asa Dan Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan , Dalam (Edit) Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan, Kuala Lumpur : DBP. Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, disunting oleh Dr. Abdul Karim Ali dan Raihanah Haji Azhari, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 1999. Ibn Khaldun (t,t), Muqaddimah. Al-Allamah. Ibn Khaldun, Beirut: Dar Al-Fikr. Idris Zakaria (2003), Islam Dan Amalan Tolenrasi Di Nusantara , Dalam Zulkiple Abd Ghani (ed.), Jaringan Dakwah. Malaysia Indonesia, Bangi : Jabatan Dakwah. Dan Kepimpinan, UKM. Ilyas Supena (2002), Dekonstruksi Dan Rekonstruksi Hukum Islam, Yogyakarta : Gama Media. International Conference : Islamic Jurisprudence and th.e Ch.allenges of th.e 21st century, Anjuran UIAM, 8 Ogos 2006 Janesik Velerie J (1994)., The Dance Of Qualitative Research Design , Dalam Norman K. Denzin Yvonna S. Lincoln(ed.) Handbook Of Qualitative Research, London, Sage Publication. Jemaah al-Quran Malaysia, Iqra, v. 1, no. 1, Julai 1993. Kontroversi Mengenai Memo Kepada Majlis Raja-Raja Melayu : Islam Dicabar, Rasulullah S.A.W. dan Ulama Dihina, Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Ulama Kedah, Pulau Pinang, 2002. Luthfi Assyaukanie (2007), Islam Benar versus Islam Salah, Kata Kita, Indonesia.

25

Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Paizah. Ismail (2004), Pengantar Pengajian Syariah., Kuala Lumpur : al-Baian corporation Sdn Bhd. _____________ (1997), Pengantar Undang-Undang Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur. _____________ (1998), Pengajian syariah : Satu pentakrifan , dalam Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: al-Bayaian. _____________ (1999), Hukum Islam semasa bagi Masyarakat Malaysia yang membangun , dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. _____________ (2006), Impak Graduan Universiti Al-Azhar Dalam Pembangunan Social Di Malaysia ,Jurnal Pengajian Melayu, V. 16, h. 1-36. Minggu Kota, Kassim Ahmad Dipilih Sebagai Yang Dipertua Falsafah Tauhid, Disember 10, 1989. Mohamad Nordin bin Ibrahim (2005). Pengaruh Fahaman Liberal Dalam Buku Fiqh Lintas Agama. Jurnal Penyelidikan Islam. Bil 18. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h. 158. Mohd Farid Mohd Shahran (2001), ABIM 30 Tahun, Beberapa Isu Penting Sepanjang Tiga Dekad, Kuala Lumpur : ABIM, h. 28-30. Mohd Fauzi bin Audzir (2002), Uruf tempatan di Negeri Kedah. dan kesannya terh.adap perubah.an h.ukum : satu analisis, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM; Mohd Kamil Ab. Majid (1999), Ulama Dan Perubahan Social Dalam Islam , dalam Jurnal Usuluddin, bil. 10. _____________ (2009), Paradigma Wasatiyyah Dan Dailog Peradaban : Satu Analisis, dalam Jurnal Peradaban, Pusat Dailog peradaban UM, v. 2. _____________ (1993), Sejarah perkembangan penulisan hukum Islam di Malaysia : Tumpuan khusus di negeri Kelantan , dalam Jurnal Syariah, v. 1, bil. 1. Mohd Razali Agus (2000) Pembangunan Dan Dinamika Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan Publication. Mohd. Napiah Abdullah (1998), Penolakan Hadith Oleh Orientalis Dan Penulis Islam , dalam Islam Dalam Persepsi Orientalisme, Terbitan Tak berkala no. 3, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi. Mona Abdul-Fadl (1989), Paradigms In Political Science Revisited, Herndon : AMSS & IIIT. Muhammad Firdaus Nurul Huda (2002), Kesan perubah.an sosial terh.adap h.ukum Islam : Satu kajian tentang Metodologi Syariah dan pelaksanaannya, Kuala Lumpur : Th.inkers Library. Muhammad Abu Bakar (1982), Penghayatan Sebuah Ideal, Kuala Lumpur. Muhammad Abu Bakar (1993), Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan : Islam, Proses Sejarah Dan Rekonstruksi Realiti Sosial , dalam Tinta Kenangan, Sumbangan Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur.

26

Muhammad Hashim Kamali (2003), Hukuman Dalam Undang-Undang Islam : Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan Dan Terengganu, kuala lumpur : Ilmiah publication. Muhammad Iqbal (1982), Reconstruction Of Religious Thought In Islam, Lahore. Muhammad Nabil Muhammad Syukri (2000), Pembaharuan Fiqh : Keperluan Dan Metodologi , dalam Pengasoh, bil. 562. Muhammad Zainiy Uthman (2001), Islam, Sains Dan Pemikiran Objektif : Suatu Perbandingan Ringkas , dalam Jurnal YADIM, bil. 2, November 2001. Nadzirah Ismail (2003), Status Kesucian Air Kumbah.an Yang Dirawat Melalui Kaedah. Rawatan Oleh. Indah. Water Konsortium, Tesis Sarjana Untuk Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM. Nadzirah Ismail (2003), Status Kesucian Air Kumbahan Yang Dirawat Melalui Kaedah Rawatan Oleh Indah Water Konsortium, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. Naemah Abd Rahman (2003), Fatwa Jemaah Ulamak Kelantan Tahun 1920an Hingga 1990an : Satu Analisis, Tesis PhD untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. New Straits Times, Syariah Court Officers Need More Exposure, Say Anwar, Bias Againt Women Must Stop , 26 Ogos 1996. Nizaita Omar (1999), Beberapa Kaedah. Perubatan Moden Menurut Perspektif Islam, Tesis Sarjana Untuk Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM. Noor Haslina Binti Osman (2003), Adat Melayu Sebagai Sumber H.ukum : Penilaian Dari Perspektif Teori Al-Urf Wa Al-Adah., Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh. dan Usul, APIUM. Norazit Selat (1994), Nilai Kerja Dalam Masyarakat Melayu , Dalam Budi Kencana : Kumpulan Makalah Memperingati Persaraan Profesor Tan Sri Dato Ismail H.ussien, Kuala Lumpur : APMUM. Norhashimah Mohd Yasin (1994), Islamisation or Malaynisation : A study on th.e role of Islamic law in th.e economic development of Malaysia : 19691993, tesis Ph..D untuk Sch.ool of Law, University of Warwick, England Professor Datuk Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1997), teks syarahan perdana beliau yang bertajuk Hukum Islam Semasa Di Malaysia : Prospek Dan Cabaran, pada 16hb. Ogos 1997. Rahimin Affandi Abd Rahim (2005) , Pendekatan Pluralisme dalam pengajian Islam : Satu pengenalan ,dalam Jurnal KATHA, Pusat Dailog Peradaban UM, v. 2. ____________ (2000), Etika Penyelidikan Islam : suatu analisa , dalam Jurnal Afkar, v. 1. ____________ (1993), The Concept Of Ijma In Islamic Law : A Comparative, dalam The Journal of Hamdard Islamicus, Pakistan, v. 16. ____________ (2002), Epistemologi Hukum Islam : satu pengenalan , dalam Jurnal Usuluddin, bil. 15, 2002. ____________ (2005), Isu Pendekatan di dalam Pengajian Syariah di Malaysia : Satu Telaah Awal ,dalam Jurnal SYARIAH, v. 13, bil. 1. ____________ (2006), Islam Dan Dan Isu Penterjemahan Dalam Era Globalisasi , dalam Hamedi Mohd Adnan (ed.), Penerbitan Malaysia-Indonesia :

27

Mengukuhkan Jaringan Penerbitan Serantau, Kuala Lumpur : Penerbit UM. ____________ (2006), Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu , dalam Hashim Awang, Othman Yatim dan Nor Azita Che Din (ed.), Wacana Budaya, Kuala Lumpur : APMUM. ____________ (2003), Pengamalan Ilmu Usul Al-Fiqh Di Dalam Sastera Undang-Undang Melayu : Satu Analisa , Dalam Muhammad Mokhtar Hassan(ed.) Kesusasteraan Dan Undang-Undang, Penerbitan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. ____________ (2003), Al-Quran Dan Peranan Ulamak Melayu Dalam Pemodenan Rantau Alam Melayu ,Dalam Mohd Radzi Othman(ed.) Warisan Al-Quran Dan Peradaban Manusia Siri 1, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. ____________ (1993), The Concept Of Ijma In Islamic Law : A Comparative, Dalam The Journal Of Hamdard Islamicus, Pakistan, V. 16. ____________ (1995), Budaya Taqlid di dalam masyarakat Melayu : satu tinjauan ringkas , dalam Jurnal Syariah, v. 3, bil. 1. ____________ (1997), Gerakan Tajdid di Malaysia : Teori dan realiti , dalam Dinamisme pengajian Syariah, Kuala Lumpur. ____________ (1999), Islamic Legal Reform In Th.e Administration Of Islamic Law In Malaysia : A Critical Analysis, Tesis PhD untuk University of Birmingham. ____________ (2003) Analisis Sejarah. Dakwah. Dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia , Dalam Zulkiple Abd. Ghani(ed.) Jaringan Dakwah. Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, UKM Dan Universitas Muhammadiyah. Sumatera Utara (UMSU), Bangi. ____________ (2003), Pengajian Sosial Dan H.ubungannya Dengan Pembinaan H.ukum Islam Semasa : Satu Analisa dalam Isu-isu Sains Sosial dari perspektif Islam, (ed) oleh. Rahminah Muharam, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. ____________ dan Noor Naemah Abdul Rahman (2005), Pemikiran Reformasi Melayu Semasa : Satu Analisis , Dalam Hashim Musa(ed.), Bahasa Dan Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur : APMUM. Raihanah Abdullah (2009), Penangguhan Kes Di Mahkamah Syariah : Cabaran Dan Penyelesaian , Jurnal Syariah, v. 17, bil. 1. ____________ (1999), Pegawai Syariah wanita di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia, dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur: Penerbit UM. S. Hossein Nasr (1990), Traditional Islam In The Modern World, London : Kegan Paul International. S. Mohamed Hatta (1995), Sains dan ijtih.ad , dalam Jurnal Syariah., v. 3, bil. 2. Seminar Kebangsaan Fiqh Semasa menghadapi cabaran Globalisasi, Anjuran Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM - 24hb September 2003.

28

Seminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI) 2004, Anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia, pada 15-16hb Disember 2004. Seminar yang bertemakan Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun telah dianjurkan oleh APIUM pada 26-27hb. Jun 1997, yang kemudiannya mengh.asilkan koleksi kertas kerja yang dibukukan dengan tajuk Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun Seminar yang menekankan tema ini telah dianjurkan oleh APIUM pada 23-24h.b. Jun 1999, yang menghasilkan koleksi kertas kerja bertajuk Fiqh Malaysia : Ke arah pembinaan Fiqh tempatan yang terkini. Shafie Abu Bakar (1994), Keilmuan Islam Dan Tradisi Pengajian Pondok , Dalam Budi Kencana, Kuala Lumpur. Siddiq Fadhil (2006), Pertembungan Islam Dengan Budaya Peribumi : Pengalaman Alam Melayu ,Dalam Md Salleh Haji Ahmad(ed.), Hukum Islam Dan Budaya Tempatan, Kuala Lumpur : Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM. Suseela Malakolunthu (2001), Pengumpulan Dan Analisis Data Kualitatif : Satu Imbasan , Dalam Marohaini Yusoff(ed.) Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman Kerja Lapangan Kajian, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. T.J. De Boer (1994), The History Of Philosophy In Islam, Richmond : Curson press. Taha Jabir al-Alwani (1991), Taqlid And The Stagnation Of The Muslim Mind , dalam The American Journal of Social Sciences, v. 8, no. 3. Tim Penulis Paramadina (2004), Fiqh Lintas Agama : Membangun Masyarakat Inklusif-Pluralis, Jakarta : Yayasan Wakaf Paramadina. Ulil Abshar Abdalla ( 2007), Menyegarkan Kembali Pemikiran Islam. Cet.1. Jakarta: Nalar Umar A.M. Kasule (2001), Scientific Revolution : wh.y it occured in Europe instead of th.e Muslim world , dalam Jurnal Usuluddin, bil. 14. Ummu Atiyah Ahmad Zakuan (2007), Hak Asasi Manusia Dan Demokrasi Dari Persepktif Islam Dan Barat , Dalam Mohd Izani Moh.d Zain(ed.), Demokrasi Dan Dunia Islam : Perspektif Teori Dan Praktik, Kuala Lumpur : Penerbit UM. W. Roff (1988) Patterns of Islamization in Malaysia 1890s-1990s : Exemplars, Institutions and Vectors , dalam Journal Of Islamic Studies, v. 9, no.2. Wan Abdul Halim Othman (1993), H.ubungan Kekeluargaan Dalam Masyarakat Melayu , Dalam Psikologi Melayu, Kuala Lumpur : DBP. Wan Mohd Nor Wan Daud (1997), Penjelasan Budaya Ilmu, Kuala Lumpur : DBP. Weal Hallaq (1996), Ifta And Ijtihad In Sunni Legal Theory : A Development Account , Dalam Islamic Legal Interpretation : Muftis And Their Fatwas, Cambridge : Harvard University press. Yusuf Qardawi (2004), Sanggahan Salah Tafsiran Islam, Terjemahan Oleh Abdul Rahman Rukaini, Kajang : Synergymate Sdn. Bhd.

29

Zulkifli Mohd (2002), Anti Sunnah Movement And Its Impact On The Muslim Ummah, Kuala Lumpur : Panawira Publication.