24
PSZ 19:16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MOHD KAMIL MAT DERIS TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN UTM. mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. FAIZAH BTE ABD GHANI Nama Penyelia 9062 KAMPUNG WAKAF TENGAH, JALAN BATU RAKIT 21080 K. TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MOHD KAMIL MAT DERIS

TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKAN UTM.

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(HURUF BESAR)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

DR. FAIZAH BTE ABD GHANI

Nama Penyelia

9062 KAMPUNG WAKAF TENGAH, JALAN BATU RAKIT 21080 K. TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN

Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.

Tandatangan : ............................................

Nama Penyelia : Dr. Faizah Bte. Abd. Ghani

Tarikh : ............................................

Page 3: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

ii

TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP

PROFESIONALISME PERGURUAN

MOHD KAMIL BIN MAT DERIS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2009

Page 4: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ....................................

Nama Penulis : MOHD KAMIL BIN MAT DERIS

Tarikh : ....................................

Page 5: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

iv

Dedikasi Alhamdu lillah, segala puji dan syukur hanyalah untukMu, melalui pengizinanMu, maka

yang terjadi adalah kebenaranMu...

Cik dan Mak,

Kamu telah melaksanakan kehendak Allah, Aku tidak berdaya Mengikut kehendak kamu

melainkan Allah jua yang Berkehendak. Aku meminta ampun dan maaf di atas segalanya.

Jika dibenarkan sujud, kamu berdualah yang akan kusujud selepasNya, walaupun begitu

Aku tetap meminta Redha dari kamu berdua. Maaridhollahu illa, biridho ilwalidaini. Aku

doakan kesejahteraanmu di dunia dan akhirat..

Abah dan Mak Mbang,

Terimalah aku seadanya..sesungguhnya Aku Adalah Insan kerdil Yang serba

Kekurangan. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar kepada rona-rona kehidupan.

Adik beradik ku dan ipar-iparku,

Ada tanah ada rumput,

Kerana ada tempat kurnia,

Ada rumah bolehku jemput,

Kerana ada hajat yang mulia.

Isteriku dan anak-anakku.

Segala pengorbanan dan dugaan hidup dikecapi bersama. Kekurangan belaian dan kasih

sayang kau hadapi ibarat air yang memukul pasir.

Buat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan

dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan projek ini.

Moga-moga Allah permudahkanmu sepertimana kamu menerima segala keburukanku.

Page 6: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

v

Tidak lupa buat teman-teman seperjuangan yang banyak berkongsi pendapat

dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini

Di harap kajian ini menjadi panduan untuk kalian berusaha dan berjaya dalam

menempuhi hidup ini

Terima Kasih....

Page 7: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kepada Allah S.W.T yang yang menguruskan dunia dan segala

isinya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w., para rasul, ahli

keluarga baginda, para sahabat, shuhada dan sekelian mukmin dan mukminin.

Di kesempatan ini, saya ingin meluahkan perasaan terima kasih saya kepada

penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Faizah Bte. Abd. Ghani yang banyak bersabar

melayan karenah saya disamping tidak loket memberi bimbingan dan tunjuk ajar

sepanjang penghasilan projek ini sehingga ianya berjaya dihasilkan.

Ungkapan terima kasih ini juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi peluang

kepada penyelidik menjalankan penyelidikan di fakulti ini. Kerjasama daripada pelajar-

pelajar Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Awam tahun akhir yang menjadi

responden kajian amatlah dihargai.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan secara

tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 8: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

vi

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji trait personaliti di kalangan pelajar kemahiran hidup

Fakulti Pendidikan UTM. Sebanyak 99 responden telah dipilih menggunakan

persampelan purposif atau bertujuan. Terdapat dua jenis soal selidik yang digunakan

dalam kajian ini. Soal selidik pada bahagian A adalah tentang latar belakang

responden. Soal selidik pada bahagian B pula adalah berpusat kepada trait

personaliti berdasarkan teori Holland yang mempunyai nilai Croanbach alpha 0.85

hingga 0.97 (Amla, 1992). Analisis deskriptif menunjukkan trait personaliti yang

diperolehi oleh responden ini adalah sosial, artistik dan convensional(SAC) untuk

item kesukaan manakala sosial, enterprising dan realistik(SER) untuk item

kecekapan. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti responden mempunyai trait

personaliti SER dan trait ini berpadanan dengan kod tiga huruf Holland. Selain itu,

dapatan kajian juga menunjukkan 61.6% responden mempunyai tahap padanan yang

baik dari segi darjah kongruen personaliti yang berdasarkan kepada Indeks kongruen

Iachan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan terdapat keselarasan

antara trait personaliti dengan kerjaya perguruan yang dipilih.

Page 9: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

vii

ABSTRACT

This study examined the personality trait among student engineering from the

Education Faculty of UTM. A total 99 respondents were selected using purposive

sampling method. There is two types of questionnaires. Questionaire for A part is

for the student background while questionaire for B part is centered to personality

trait refer to Theory of Holland where the cronbach alpha is 0.85 to 0.97 (Amla,

1992). The descriptive analysis show that the personality trait of the respondent is

social, artistic and convensional(SAC) for the like item while sosial, enterprising

dan realistik(SER) for the skill item. The result of this study shows majority of

respondent have the SER personality trait that is matching to the Holland Alpha

Three Code. Beside, the result also shows 61.6% of respondents have good condition

for the degrees of personality congruen refer to Iachan Congruen Indeks. Totally,

results of this study shows that there are the matching between personality trait with

teacher’s profession that have been choose.

Page 10: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Terminologi 8

Page 11: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

ix

1.8.1 Trait 8

1.8.2 Personaliti Kerjaya 8

1.8.3 Guru 11

1.8.4 Profesionisme 11

1.8.5 perguruan 11

1.9 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Teori Kerjaya Holland 13

2.3 Kajian-Kajian Lepas 17

2.4 Kesimpulan 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Tempat Kajian 25

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 25

3.5 Instrumen Kajian 26

3.5.1 Bahagian A 26

3.5.2 Bahagian B 27

3.5.2.1 Skor Manual (SDS) 28

3.6 Kajian Rintis 29

3.7 Indeks Kongruen Iachan 29

3.8 prosedur mengumpul data kajian 31

3.9 Analisis Data 31

3.9.1 Statistik Deskriptif 32

3.10 Kesimpulan 32

Page 12: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

x

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Data 35

4.3 Analisis Deskriptif Maklumat

Latar Belakang Responden 35

4.3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.3.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 36

4.3.3 Taburan Responden Mengikut Umur 36

4.3.4 Taburan Responden Mengikut Tahap

Pencapaian Akademik 37

4.3.5 Taburan Responden Mengikut

Tempat membesar 37

4.4 Analisis Deskriptif Profil Personaliti Responden 38

4.5 Trait Personaliti Pelajar SPH 38

4.5.1 Kod Tiga Huruf Pengkaji Berbanding Kod

Tiga Huruf Holland 40

4.5.2 Tahap Darjah Kongruen Responden 40

4.6 Analisis Deskriptif Profil Personaliti

Individu Responden 42

4.6.1 Klasifikasi Bagi Hasil Taburan

Analisis Padanan Darjah Kongruen

Personaliti Responden Dengan Bidang

Kursus Yang Diikuti 50

4.7 Kesimpulan

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 52

5.3 Hasil Dapatan Taburan Maklumat Peribadi

Responden 52

Page 13: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

xi

5.4 Hasil Dapatan Profil Personaliti Responden

Dengan Kod Tiga Huruf Penyelidik Berbanding

Kod Tiga Huruf Holland 53

5.5 Hasil Analisis Taburan Tahap Padanan

Profil Personaliti Responden Dengan Bidang

Kursus Yang Diikuti 54

5.6 Implikasi Kajian 56

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 58

5.8 Rumusan 59

5.9 Kesimpulan 60

Page 14: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

xii

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kaitan Antara Cara Hidup, Ciri-Ciri Dan Persekitaran Pekerjaan 15

3.1 Tahap Darjah Kongruen Berdasarkan

Indeks Kongruen Iachan 30

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 34

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 35

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur 35

4.4 Taburan Responden Berdasarkan

Tahap Pencapaian Akademik 36

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Tempat Membesar 37

4.6 Bilangan Item Mengikut Subskala SDS-Form Easy

(Versi Terjemahan Amla) 37

4.7 Skor Min Mengikut Subskala SDS-Form Easy

(Versi Terjemahan Amla) 38

4.8 Analisis Kod Tiga Huruf Penyelidik Berbanding

Kod Tiga Huruf Holland 39

4.9 Analisis Tahap Darjah Kongruen Responden 39

4.10 Kaedah Pengiraan Darjah Kongruen 40

4.11 Kod Tiga Huruf Setiap Responden 41-44

4.12 Klasifikasi Indeks Kongruen Iachan 45-46

4.13 Susunan Klasifikasi Indeks Kongruen Iachan 46-47

4.14 Klasifikasi Indeks Kongruen Iachan 48

Page 15: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

xiii

SENARAI SINGKATAN

UTM Universiti Teknologi Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

PMR Penilaian Menengah Rendah

R Realistik

I Investigatif

A Artistik

S Sosial

E Enterprising

C Conventional

SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPSS Statistical Package for Social Science

SDS-E Self Directed Search – Form Easy

Page 16: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

xiv

SENARAI SIMBOL

% Peratus

Page 17: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

xv

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik

B Surat Pengesahan Pelajar dari Fakulti

Page 18: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kerjaya bidang perguruan memerlukan seorang individu yang mempunyai

personaliti yang baik. Pemilihan dalam pekerjaan yang bakal ditempuhi oleh pelajar

perlu berdasarkan pada personaliti diri yang dimiliki oleh seorang pelajar atau individu

itu. Menurut Amir Awang (1983), pemilihan pekerjaan yang selaras dengan personaliti

merupakan penentu penting bagi taraf atau kedudukan seseorang dalam masyarakat yang

boleh memberi kesan kepada nilai hidup, sikap dan gaya hidup seseorang.

Pendidik merupakan golongan manusia yang memberi impak besar kepada

masyarakat dan negara. Bersesuaian dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, golongan

pendidik mengambil peranan kedua selepas ibubapa dalam membentuk sahsiah dan

perwatakan pelajar (Khairina Yasin, 2001). Malah tidak dapat disangkalkan lagi, guru

mempunyai pengaruh terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap

manusia (Noran dan Ahmad Mahdzan, 1992).

Page 19: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

2

Barrick dan Mount (1991, 1995 dan 1998), Salgado (2003) menyatakan prestasi

individu di tempat kerja adalah berhubungan dengan personaliti yang baik. Memiliki

personaliti yang baik dan bersesuaian dengan bidang perguruan adalah menjadi tonggak

utama dalam merealisasikan impian negara melahirkan insan yang cemerlang dan

terbilang.

Personaliti yang baik semestinya diterapkan di dalam diri individu itu.

Personaliti yang ada pada seorang guru menjamin kecermerlangan pencapaian akademik

secara menyeluruh kerana personaliti yang baik dapat meningkatkan motivasi dan

pelajar. Hal ini didokong oleh Barrick dan Mount (1991) ; Hough dan Ones (2001) ;

Salgado (1997) yang menegaskan personaliti berupaya untuk menjadi peramal yang sah

kepada prestasi kerja individu, terutamanya dalam bidang perguruan.

Lourdusamy (1994) juga berpendapat bahawa, jika para pendidik hanya

mempunyai kemampuan yang tinggi dan pengetahuan yang luas tetapi tidak

menunjukkan kekuatan di dalam imej diri serta berpandangan sempit, maka kejayaan

yang diimpikan tidak akan kesampaian. Lantaran itu, para pendidik seharusnya

mengambil kira beberapa aspek tertentu untuk menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) menjadi lebih menarik di samping mampu melahirkan produk yang

cemerlang. Antara aspek tersebut merangkumi sahsiah yang baik, persediaan awal dan

minat yang mendalam terhadap profession tersebut. Di samping itu, mereka hendaklah

mewujudkan suasana pembelajaran yang baik serta sanggup untuk berbincang dan

berkongsi pengalaman dengan pelajarnya (Ali Jaafar, 1999).

Maka tidak hairanlah pada tanggal 16 Mei setiap tahun sambutan Hari Guru

diraikan untuk memberikan penghargaan dan sanjungan kepada para pendidik yang

banyak berkorban untuk menjadi pemangkin terhadap pembangunan negara (Khairina

Yasin, 2001). Namun dalam menghadapi era maklumat yang semakin global ini, para

pendidik hendaklah menekankan bukan sahaja kandungan kurikulum tetapi juga

pembentukan personaliti pelajar di bawah bimbingannya (Abd. Majid, 1999). Menurut

Page 20: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

3

Abd. Ghani (2001), meskipun pembelajaran secara multimedia telah

diperkenalkan dan menjadi semakin berkembang pengaruhnya namun ianya masih tidak

mampu untuk menafikan status dan peranan guru dalam membentuk warganegara yang

dinamis dan berguna. Lantaran ketidakupayaan guru menunjukkan model dan tauladan

yang baik akan menjadi batu penghalang terhadap pembentukan pelajar yang cemerlang

dari segi rohaniah dan jasmaniah.

Kepentingan pendidikan terbukti melalui potongan ayat yang dipetik dari ayat

suci Al-Quran;

“Katakan tiada serupa orang-orang yang berilmu perngetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan” (Az-Zumar : 9)

Jelas ayat tersebut menunjukkan bahawa pendidikan sangat penting kepada seluruh

generasi sebagai cahaya menerangi kegelapan. Justeru itu para pendidik haruslah

memainkan peranan penting untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwar-warkan

selama ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Stephen dan Crawlly (1994) menyatakan bahawa personaliti guru memberi kesan

terhadap perlakuannya di dalam bilik darjah. Cruickshank, Bainer danMetcalf (1999)

berpendapat bahawa perlakuan individu dipengaruhi oleh personaliti dirinya begitu juga

di dalam pengajaran seseorang guru. Daripada penyelidikan yang dijalankan oleh Cook,

Leeds dan Callis (1951), didapati bahawa sikap dan sahsiah guru dapat diukur dengan

menunjukkan ukuran tinggi dan rendah menerusi ujian “Minnesota Teachers Attitudes

Inventory” atau ringkasnya MTAI (Gage, 1971). Berdasarkan kepada MTAI guru yang

berkesan termasuklah sentiasa mengekalkan keadaan yang harmoni di dalam

perhubungannya dengan para pelajarnya.

Page 21: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

4

Di samping itu, para guru hendaklah memperlihatkan kemesraan, bertoleransi

dan menyayangi serta menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan.

Pengurusan bilik darjah secara autokratik akan menimbulkan suasana yang tegang

menyebabkan pelajar ketakutan dan memaksa murid tunduk kepadanya. Pendidik yang

bersikap demikian akan hanya memikirkan mata pelajaran yang diajar dan bukannya

melihat dari aspek perlakuan dan perkembangan pelajar. Sikap yang dinyatakan

merupakan sebahagian daripada guru yang didapati rendah di dalam ukuran MTAI (Atan

Long , 1976).

Murray (1963) seorang ahli psikologi yang berpengaruh mengenai personaliti

dalam kajiannya mendapati bahawa setiap manusia itu mempunyai beberapa keperluan

personaliti (personality needs), merangkumi pencapaian (achievement), penggabungan

(affiliation) iaitu keperluan untuk bersama-sama dan membina persahabatan dan

dominasi iaitu keperluan untuk mengawal dan mempengaruhi. Justeru itu, pendekatan

pengajaran seseorang guru biasanya dipengaruhi oleh keperluan-keperluan personaliti

dalam dirinya (Cruickshank, Bainer, Metcalf, 1999). Pada tahun 1969, Henjun telah

mengkaji mengenai karektor dan personaliti guru pelatih yang paling disukai di sekolah

menengah dan sekolah rendah. Hasil kajian beliau mendapati bahawa guru-guru pelatih

yang disukai untuk peringkat sekolah rendah mestilah bersikap matang, sanggup untuk

mengkaji dan boleh bergaul dengan baik. Manakala untuk guru pelatih di sekolah

menengah pula, para pelajar mengharap guru tersebut mestilah bijak dan bersemangat

atau dedikasi.

Zainol (1997), menyatakan sebahagian besar guru meletakkan tuntutan agama

sebagai pendorong, tugas sebagai guru mempunyai nilai yang tinggi dan satu

tanggungjawab yang dikira ibadah kepada Allah s.w.t. Hal ini dibuktikan dengan kajian

Hamidi (1997), yang mendapati motif utama yang mempengaruhi pelajar dari kursus

Diploma Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia memilih profesion perguruan ialah

keinginan memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan juga keinginan menyampaikan

ilmu kepada orang lain.

Page 22: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

5

Holland (1973) menyatakan bahawa kepuasan dan pencapaian seseorang

individu adalah hasil daripada keselarasan antara jenis personaliti dan persekitaran

mereka. Pemilihan atau hubung kait kerjaya adalah berdasarkan kepada personaliti di

mana personaliti seseorang individu berkembang dalam konteks biologikal, psikologi

dan persekitaran. Ciri-ciri yang wujud akan dapat menyediakan peluang-peluang

aktiviti, tugas dan peranan yang kongruen dengan kecekapan dan minat mereka serta

persepsi diri yang selaras dengan jenis personaliti. Secara khususnya, keselarasan antara

individu dengan persekitaran adalah dikaitkan dengan kestabilan pendidikan, kepuasan

dan pencapaian yang tinggi. Kepuasan yang wujud akan mendorong seseorang individu

melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh dan lebih berkesan. Sekiranya

kesedaran tidak wujud di kalangan para guru, maka akan memberi implikasi dalam

profesion perguruan. Sehubungan itu, tidak hairan mengapa di masa kini kita saling

mendengar rungutan terhadap guru-guru yang bermasalah seperti yang terjadi di

sekolah-sekolah Malaysia.

1.3 Pernyataan Masalah

Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang semakin ketara

dengan wujudnya kurikulum dan mata pelajaran yang baru diperkenalkan oleh

Kementerian Pendidikan seperti mata pelajaran Kemahiran Asas Industri yang akan

dimulakan pada tahun hadapan (Musa Mohammad, 2000). Sekali imbas tampak seperti

tugas mudah namun para pendidik harus menyedari bahawa pengajaran hari ini

memerlukan mereka melangkaui pelbagai kemahiran dan kepakaran dalam mengajar

sesuatu mata pelajaran tersebut disamping mereka mempunyai personaliti yang sesuai

dengan kerjaya guru.

Page 23: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

6

Oleh itu, kewujudan guru-guru yang mempunyai kemahiran teknikal adalah amat

diperlukan. Selain itu guru-guru ini juga hendaklah mempunyai personaliti yang bagus

untuk mengelakkan pandangan negatif masyarakat.

Personaliti yang baik adalah sangat penting dalam profesionalisme

perguruan. Seorang guru perlu mempunyai personaliti yang cemerlang dan terbilang.

Ini kerana banyaknya kes-kes polis yang melibatkan guru-guru di malaysia ini antaranya

adalah berpunca dari guru yang tidak mempunyai personaliti dan sahsiah yang baik.

Kes-kes seperti pencabulan, rogol, mendenda sehingga menyebabkan luka dan guru

ponteng adalah satu perkara yang tidak patut berlaku kepada guru itu sendiri.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keselarasan profil

personaliti terhadap profesionalisme perguruan yang diutarakan oleh teori Holland serta

mengetahui personaliti yang lebih baik untuk menjadi guru dikalangan pelajar Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (kemahiran hidup) diFakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah :

1.4.1 Mengenalpasti trait personaliti pelajar-pelajar SPH tahun 4.

1.4.2 Mengenalpasti ciri-ciri trait personaliti yang dominan dengan pelajar-pelajar

SPH di Fakulti Pendidikan UTM Skudai?

1.4.3 Mengenalpasti keselarasan trait personaliti pelajar dengan bidang perguruan

yang diceburi..

Page 24: JUDUL TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH … fileBuat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan

7

1.5 Persoalan Kajian

Menurut Abd Majid (2001), persoalan kajian adalah saranan sementara yang

menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini

membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam kajian

ini persoalan-persoalan kajian ini adalah :-

a. Apakah trait personaliti pelajar-pelajar SPH di Fakulti Pendidikan UTM Skudai?

b. Apakah ciri-ciri trait personaliti yang dominan dengan pelajar-pelajar SPH di

Fakulti Pendidikan UTM Skudai?

c. Apakah keselarasan trait personaliti dengan bidang perguruan yang diceburi?