24

JUDUL - core.ac.uk · Aishah Hamzah (1992). Menurut Aishah Hamzah (1992), negara kitajuga menghadapi masalah keJ. .. llrangan bukll teks serta kekllrangan buku bahasa Melayu dalam

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

JUDUL

SAYA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS •

: MODULPENGAJARAN KENDIRI BAGI MATA PELAJARAN TEKNOLOGJ KATERING

SESI PENGAJIAN : 2002 /2003

NORAIHAN BINTI AHMAD (ii) MOIIAMAD (780128065082) (liT 010032)

(HURUF BESAR)

mcngaku mcmbcnarkan tcsis (PSM/SarjanalDoktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan dcngan syarat-syarat kcgunaan scpcrti bcrikut :

1. Tcsis adalah hakmilik Kolcj Universiti Tcknologi Tun Hussein Onn. 2. Pcrpustakaan dibcnarkan mcmbuat salin an untuk tujuan pcngajian sahaja. 3. Pcrpustakan dibenarkan mcmbuat salinan tcsis ini scbagai bahan pcrtukaran antara

institusi pcngajian tinggi. 4. **Sila tandakan (~ )

II II SULIT

II II TERHAD

(Mcngandungai maklumat yang berdarjah kcselamatan atau Kcpentingan Malaysia scpcrti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mcngandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana pcnyclidikan dijalankan)

II " II TIDAK TERHAD

(T ANDAT ANGAN PENULIS)

Alamat Tctap : No. 338 Taman Pertama 27200 Kuala Lipis Nama Pcnyelia PAHANG DARUL MAKMUR Tuan Haji Ali bin Suradin

Tarikh:

Catatan: * **

Tarikh: ':)...1-( I r( 03

Potong yang tidak bcrkcnaan. ,Jika tcsis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan mcnyatakan sckali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan scbagai SULIT atau TERHAD .

Tcsis dimaksudkan scbagai tcsis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyclidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pad a pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah SaIjana

Pendidikan Teknik Dan Vokasional"

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh .:lLj FEBRUARI 2003

PENGHASILAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI BAGI MATA PELAJARAN

TEKNOLOGlKATERING

NORAlHAN BINTI AHMAD @ MOHAMAD

Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Fakulti Teknologi kejuruteraan

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

FEBRUARI 2003

11

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya".

Tandatangan

Nama penulis

Tarikh

. )

Noraihan Binti Ahmad @ Mohamad

24 Februari 2003

Untuk abah dan emak yang disayangi dan dikasihi :

Ahmad @Mohamad Bin Khatib Ngah dan Siti Sayiah Binti Mat Yassin.

Untuk adik-adikku yang disayangi ..

Noraliza, Hilmy, Munirah dan Ahmad Fitri

Untuk atuk yang dikasihi...

Haji Mat Yassin Bin Mat Lia

Tidak dilupakan juga buat pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang dikasihi ...

Pak Ngah & Mak Ngah

Pak Uda & Mak Uda

Pak Teh & Mak Teh

Pak Tam & Mak Tam

Pak Cik & Mak Cik

Ayah Cu & Mak Cu

Serta rakan-rakan seperjuangan sekalian ...

1Il

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdullah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana

dengan limpah taufik dan hidayahnya dapatlah saya menyiapkan projek smjana ini.

iv

Jutaan terima kasih penghargaan ikhlas kepada penyeJia projek sarjana iaitu, Tuan

Haji Ali bin Suradin atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

penyelidikan ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam menyiapkan projek sarjana ini. Ribuan terima kasihjuga

diucapkan kepada emak dan abah serta adik-adik tersayang yang banyak memberi

semangat dan dorongan dalam menyiapkan projek ini.

v

ABSTRAK

Perbezaan individu merupakan salah satu fakior yang merupakan penyebab kepada kesulitan pelajar menerima sesuatu pembelajaran. Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu di kalangan para pelajar seperti dari segi minat terhadap mata pelajaran, gaya belajar, dan motivasi. Oleh itu salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan mengindividukan pengajaran iaitu dengan menggunakan modul pengajaran kendiri (MPK) dalam proses pembelajaran supaya membolehkan kemudahlenturan dari segi pemilihan dan penggunaan bahan pengajaran. Sehubungan dengan ini, satu modul pengajaran kendiri bagi mata pelajaran Teknologi Katering dihasilkan bagi membantu pelajar kursus Teknologi Katering di Sekolah Menengah Vokasional Puteri (SMVP). Objektifkajian ini adalah untuk menghasilkan MPK yang dapat menarik minat, meningkatkan pemahaman dan memotivasikan. Set borang soal selidik digunakan merupakan instrumen yang digunakan di dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan nilai keseluruhan min bagi aspek menarik minat adalah 3.28, aspek pemahaman adalah 3.19 dan aspek motivasi adalah 3.15. Ini jelas membuktikan bahawa MPK yang dihasilkan adalah amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran pelajar.

VI

ABSTRACT

An individual differences between all the student is one of the factor of student's inabilities in learning process. Our educators was realized that the individual differences between all the students effected in terms of their interest to the subject, learning style and seft-motivation. So, in this situation, self-learning module (MPK) in learning process is a solution to solve the problem in order to know their students' abilities in learning. Teachers are recommended to use the self-learning module in learning process. This is because the methods gave the students more flexibility optional, and chances to study individually. According to the purpose of this study, self-learning module in Catering Technology was produced to enhance student in Catering Courses at Sekolah Menengah Vokasional Puteri (SMVP) to taking off. The objectives of this study are to produce MPK where it can attract student's interest in this subject, enhance their level of understanding and increased the motivation among students. This study was executing by using a questionnaire to get the data. The data was analyzed in SPSS program and it is represented by using the frequency, percentage and mean score. The results of this study have shown that mean of student's interest is 3.28, understanding aspect is 3.19 and motivation aspect is 3.15. It's clearly approved that MPK produced are appropriate as a learning and teaching resources.

Vll

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHANSTATUSPROJEKSARJANA

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL ii

PERAKUAN PELAJAR iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

1.1 Latar Belakang Masalah 5

1.2 Pemyataan Masalah 8

1.3 Soalan Kajian 11

1.4 ObjektifKajian 11

1.5 Kepentingan Kajian 12

1.6 Skop Kajian 13

1.7 Definisi Istilah 14

\'11 J

1.7.1 Modul 14

1.7.2 Teknologi Katering 14

II SOROT AN PENULlSAN

2.0 Pendahuluan 16

2.1 Modul Pengajaran Kendiri 18

2.2 Tujuan Pengajaran Bermodul 19

2.3 Kebaikan Penggunaan MPK 20

2.4 Ciri-ciri Pengajaran Bermodul 27

2.5 Penggunaan Teknologi Dan Media Dalam 31

Pengajaran Bermodul

2.6 Penutup 35

ill METODOLOGIKAJIAN

3.0 Pendahuluan 36

3.1 Rekabentuk Kajian 36

3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 37

3.3 Instrumentasi Kajian 38

3.3.1 Format Borang Soal Selidik 38

3.3.2 Kajian Rintis 41

3.3.3 Ujian Kebolehpercayaan 41

3.4 Prosedur Kajian 42

3.5 Kaedah Analisis Data 43

3.5.1 Soalan Kajian, Item-Item 44

Soalan Dan Kaedah Analisis

3.6 Andaian Kajian 45

3.7 Batasan Kajian 46

IX

3.8 Penutup 47

IV REKABENTUKPRODUK

4.0 Pendahuluan 48

4.1 Latar Belakang Teori Penghasilan 48

Produk

4.2 Rekabentuk Produk 49

4.2.1 Bentuk dan Ciri-ciri Produk 50

4.2.2 Kronologi Pembinaan Produk 52

4.2.3 Permasalahan Dalam 55

Membina Produk

4.2.4 Masa Membina Produk 56

4.2.5 Dokumentasi Produk 56

4.3 Penilaian Produk 56

4.2.6 Pemilihan Dan Pembinaan 57

Instrumen Untuk Menilai Produk

4.2.7 Instrumen Penilaian Produk 57

4.2.8 Pemilihan Sampel Kajian 59

4.2.9 Fokus Penilaian 60

4.2.10 Cadangan Pembaikan 60

4.3 Penutup 62

V ANALISIS DATA

5.0 Pendahuluan 63

5.1 Latar Belakang Responden 64

5.1.1 Pelajar 64

5.1.1.1 Jantina Pelajar 64

VI

5.2

5.3

5.4

5.1.1.2 Kumpulan Bangsa

Pelajar

5.1.1.3 Kumpulan Pelajar

Yang Pernah Mengikuti

Pengajaran Bermodul

Kebolehlaksanaan Modul Pengajaran kendiri

5.2.1 Menarik Minat

5.2.2 Pemahaman

5.2.3 Motivasi

Analisis Perbandingan Purata Min

Penutup

KESIMPULAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

6.0 Pendahuluan

6.1 Kesimpulan

6.2 Cadangan

6.3 Penutup

BmLIOGRAFI

LAMP IRAN

65

66

67

68

71

75

77

78

79

80

82

84

85

88

x

XI

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TA,JUK MUKA SURAT

3.1 Fonnat Borang Soalselidik 38

3.2 Format Skala Likert 41

3.3 Soalan Kajian, Item Soalan & Kaedah 44

Analisis

4.1 Fonnat Borang SoaIselidik 57

5.1 Taburan Pelajar Mengikut lantina 64

5.2 Taburan Pelajar Mengikut Bangsa 65

5.3 Kumpulan Pelajar Yang Pemah Mengikuti 66

Pembelajaran Bennodul

5.4 Skala Tafsiran lulat Min 69

5.5 Ringkasan Item Bagi Aspek Menarik Minat 70

5.6 ladual Analisis Min Bagi Aspek Menarik Minat 72

5.7 Ringkasan Item Bagi Aspek Pemahaman 74

5.8 Analisis Min Bagi Setiap Hem Untuk Aspek 76

Pemahaman

5.9 Ringkasan Item Bagi Aspek Motivasi 77

5.10 Analisis Min Bagi Setiap Hem Untuk Aspek 79

Motivasi

5.11 laduaI Ringkasan Kesesuaian Modul Pengajaran 80

Kendiri

XII

SENARAI LAMP IRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A. Set Borang Soal Selidik 89

B. Jadual Peratusan Bagi Setiap Item 90

C. ladual Skor Min Bagi Setiap Item 91

D. Nilai Alpha Cronbach 92

E. Modul Pengajaran Kendiri 93

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Industri penyediaan dan perkhidrnatan makanan terutama sekali di

Malaysia didapati masih pada tahap yang rendah dari segi mutu makanan, layanan

dan kebersihan. Sememangnya Malaysia masih memerlukan lebih ramai lagi

orang yang terlatih dalam bidang ini. Harapan ini dapat dicapai dengan adanya

mata pelajaran seperti kursus katering di sekolah-sekolah vokasional

Aishah Hamzah (1992).

Menurut Aishah Hamzah (1992), negara kitajuga menghadapi masalah

keJ. .. llrangan bukll teks serta kekllrangan buku bahasa Melayu dalam bidang ini.

Bagi mengatasi masalah kekurangan buku teks dan kekurangan buku dalam

bahasa Melayu ini, maka Modul Pengajaran Kendiri berbantukan komputer ini

adalah sebagai satu us aha menyahut permintaan kerajaan untuk mengatasinya.

2

Usaha kerajaan kementerian Pendidikan Malaysia untuk meninggikan lagi

tahap pengajaran dan pembelajaran dalam bidang katering akan dapat

mewujudkan satu generasi muda yang mampu menceburi dan memperbaiki

industri penyediaan makanan di Malaysia. Secara tidak langsung usaha ini akan

memberikan kesan positifterhadap industri pelancongan di negara kita.

Sehubungan dengan perkembangan teknologi maklumat yang berlaku kini

memberikan peluang seluas-luasnya kepada pelajar meneroka ilmu mengikut

kehendaknya dan memberikan peluang kepada mereka untuk melahirkan

pendapat dan kreativiti. Sejak awal tahun 1980 teknologi seperti komputer

peribadi telah digunakan di Malaysia. Walau bagaimanapun, potensi teknologi

tidak digunakan sepenuhnya di sekolah kerana sering digunakan sebagai alat

pandang dengar sahaja. Contohnya, komputer diletakkan di bilik khas dan hanya

digunakan untuk mengajar literasi komputer dan kadang-kadang untuk tujuan

pemulihan dan pengkayaan. Oleh itu komputer tidak digunakan sepenuhnya

dalam proses pembelajaran dan guru masih memainkan peranan sebagai

pembekal dan penyampai maklumat yang mutlak. Walaupun komputer

digunakan masa kini, guru masih gagal menerokai potensi teknologi secara

maksimum (Hanafi Atan et a/2000).

Menurut Khairuddin Hashim (1999), hari ini kita terdedah kepada

kecanggihan tekllologi yang kita tidak pemah mimpi pada generasi dahulu.

Contohnya, penghantaran data, suara dan video boleh dilakukan serta merta dan

serentak dalam beberapa bahasa ke serata dunia. Tidak dipertikaikan bahawa

teknologi maklumat merupakan revolusi ketiga selepas abjad (revolusi pertama),

dan percetakan (revolusi kedua). lni akan mengubah secara radikal cara

pemikiran dan penyelesaian masalah di kalangan pelajar. Walaupun teknologi

barn biasa digunakan di dalam pemiagaan dan kadang kala terdapat di rumah

pelajar, ia hampir tidak wujud di bilik daIjah.

3

Menumt Hanafi Atan et af (2001), pembelajaran elektronik yang semakin

luas diprakiikkan menjadi pelengkap kepada kaedah pembelajaran konvensionaI.

Ia juga membantu kerajaan memastikan 40 peratus rakyat di negara ini

memperolehi kemudahan pendidikan tinggi menjelang tahun 2010.

Selain memudahkan proses pendidikan menemsi pembelajaran

berbantukan komputer, sistem bunyi dan grafik yang dilengkapkan tumt

mewujudkan persekitaran menarik buat pe1ajar. Pendek kata pendidikan

berbantukan komputer adalah kaedah pembelajaran yang sangat unik berbanding

kaedah pembelajaran biasa (Tengku Mohd. Azman, 1991).

Pendidikan berbantukan komputer memberikan kelebihan yang nyata

khususnya bagi individu yang inginkan kebebasan belajar di luar kekangan masa

dan mango Perkembangan pes at yang berlaku dalam bidang teknologi maklumat

menjanjikan masa depan pendidikan yang lebih canggih. Teknologi akan tems

berkembang mengaburkan sempadan pendidikan tradisional (conventional)

(Khaimddin Hashim, 1999).

Di dalam Falsafah Pendidikan Negara ada menyatakan, mengembangkan

potensi individu pelajar mempakan hasrat mumi yang sehamsnya diberikan

perhatian sewajamya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Bagi mencapai

hasrat tersebut semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan di negara ini

sehamsnya bemsaha untuk memastikan ia menjadi kenyataan. Proses pengajaran

sedang mengalami pembahan yang pesat temtama sekali menerusi penggunaan

teknologi maklumat yang sedang berkembang di negara kita. Ia akan 1ebih

bersifat individu dan menekankan pad a pembelajaran mampu diri serta

membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, produhif dan

eekap (Teng1:u Mohd. Azman, 1991).

4

Untuk meneapai matlamat pendidikan Malaysia, satu perubahan

diperlukan dalam eara kita memikir tentang penggunaan teknologi di sekolah atau

di institusi pengajian tinggi. Jika sekolah dan IPT ingin mendapat faedah

sepenuhnya, teknologi perlu menjadi as as dalam infrastruhur, proses pengajaran

dan pembelajaran, dan bukan hanya sebagai bahan tambahan. Teknologi

maklumat mesti digunakan sepenubnya dan diberi peranan penting dalam

pengajaran dan pembelajaran serta tugas harian peJajar

Menurut Bums, dalam Shaharom Noordin (2000), perubahan ini dapat

membantu para pendidik menangani masaJah perbezaan individu yang wujud di

kalangan para pelajar dalam usaha untuk mempelbagai dan mengindividu

pengajaran supaya perbezaan tersebut mendapat perhatian yang sewajamya.

Teori pembelajaran semasa mementingkan perlunya guru mengambil kira

gaya pembelajaran dan kepelbagaian keeerdasan pelajar. Oleh itu pelbagai

kaedah pengajaran perlu digunakan untuk menyesuaikan gaya pembelajaran

pelajar. Kemajuan teknologi multimedia mampu mengubah situasi bilik daIjah,

peranan guru dan pelajar (Ee Ah Meng, 1997).

Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998), terdapat masalah yang

wujud dalam perbezaan kesediaan belajar iaitu ada pelajar yang dapat belajar

dengan eepat dan ada yang sangat berminat dalam mengikuti pembelajaran guru.

Tetapi ada pelajar yang lambat dan tidak terdorong untuk melibatkan diri dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

5

Masalah yang timbul berkaitan dengan perbezaan kesediaan belajar ialah,

perbezaan individu. Aspek perbezaan individu menyebabkan kebolehan pelajar

berbeza dalam pelbagai bidang. Sebagai contohnya ada pelajar yang lemah dalam

sains dan ada yang lemah dalam matematik. Sementara itu, ada pelajar yang

mempunyai kemahiran psikomotor yang tinggi dan ada yang mempunyai

pencapaian akademik yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa faktor perbezaan

individu menyebabkan kesediaan belajar yang berlainan. Oleh itu gum perlu

mempertimbangkan aspek ini dalam perancangan dan persediaan mengajamya.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat memenuhi perbezaan

kesediaan pelajar yang berlainan.

1.1 Latar Belakang Masalah

Sebelum merdeka, guru lebih banyak berperanan sebagai penyampai

maklumat dan ilmu kerana ketika itu peluang untuk mendapatkan maklumat at au

ilmu secara mudah tidak diperolehi kerana teknologi belum membenarkannya

Tetapi kini kemunculan teknologi maklumat telah merubah peranan guru dalam

mendidik (Khairuddin Hashim, 1999).

Pengajaran tradisional tidak berkesan kerana bergantung kepada beberapa

deria sahaja. Menurut Syarifah Alawiah Alsagof (l 987), pelajar-pelajar ingat 20

peratus daripada apa yang mereka dengar, 30 peratus daripada apa yang mereka

lihat, 50 peratus daripada apa yang mereka den gar dan lihat, 80 peratus daripada

apa yang mereka tutur dan 90 peratus daripada apa yang mereka tutur dan buat.

Setiap individu mempunyai stail pembelajarannya yang tersendiri. Ada yang

belajar lebih baik secara bersendirian, ada dalam kumpulan, ada yang belajar

dengan visual yang banyak, ada pula yang belajar dengan lebih efektif dengan

mendengar, ada yang suka teks sahaja, ada yang suka belajar dengan menyentuh

dan ada yang suka bergerak semasa belajar. Pengajaran secara lebih tradisional

tidak dapat mengatasi masalah stail pembelajaran yang berbeza ini.

6

Pelajar kita hari ini banyak didedahkan kepada maklumat daripada media

elektronik. Cara pengajaran yang bergantung kepada percakapan dan papan tulis

tidak dapat menarik minat mereka lagi. Mengikut Fiske (1992)

"Ieacherlalk violales everylhing we know about how students learn and

Ihe diversify of learning slyles".

(Fiske 1992 : 24)

Pelajar kita perlu cabaran di bilik darjah. Cara pengajaran yang

menyemburkan maklumat ke at as pelajar tidak dapat mengekalkan minat serta

membcri cabaran kepada pelajar. Guru-guru pula menghadapi masalah kesukaran

untuk mendapatkan sumber apabila diperlukan. Jika bahan yang hendak

digunakan didapati dengan cepat dan senang dalam bentuk CD ROM dan

sebagainya, ini akan mengatasi masalah guru (Tengku Mohd Azman

Shariffadeen, 1991).

Kebanyakan guru tidak menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang

bcrkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya guru-guru

7

menggunakan kaedah syarahan atau penerangan yang mana pendekatan ini tidak

mudah difahami oleh pelajar dan juga suasana pembelajaran yang membosankan.

(Shaharom Noordin, 1996).

Menurut Mok Soon Sang (2000), di dalam bidang pendidikan terdapat

banyak pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang disarankan oleh pakar­

pakar pendidikan. Kesemua ini boleh digolongkan mengikut tiga unsur yang

utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu guru, murid dan bah an

pelajaran. Oleh itll., strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan

mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama ini iaitu strategi pemusatan guru,

pemusatan murid dan pemusatan bahan. Di bawah strategi pemusatan bahan

pelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh

menyampaikan pelajaran dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan,

manakala pelajar-pelajar pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna

serta boleh menjalankan ah.1iviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara

kumpulan tanpa kehadiran guru.

Menurut Mok Soon Sang (2000), lagi di antara kaedah-kaedah yang

berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual

dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projector dan video, pengajaran

terancang melalui mesin-mesin mengajar seperti komputer dan modul.

Menurut Ee Ah Meng (1997), sumber pengajaran dan pembelajaran yang

dipilih harus sejajar dengan kehendak objeh.1ifpelajaran. Guru digalakkan

menggunakan pelbagai deria pelajar. Di antara sumber yang biasa digunakan

ialah modul. Selain daripada sumber hendaklah sesuai dengan objeh.1if pelajaran,

iajuga haruslah dapat menambahkan keberkesanan pengajaran guru, hendaklah

8

menank dan dapat memudahkan pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep

yang disampaikan, memudahkan guru menyampaikan konsep dan dapat

menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan dan sumber

hendaklah dipelbagaikan agar semua dena pelajar-pelajar dapat digunakan. Cara

ini akan memudahkan pembinaan konsep dan meluaskan pengalaman pelajar.

Oleh itu modul pengajaran kendin berbantukan komputer ini dapat memenuhi

Kritena-kntena yang telah disebutkan di atas.

Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) menggunakan

banyak dena yang terlibat dalam menenma rangsangan, tidak membosankan,

mengekalkan konsentrasi pelajar, menyeronokkan. Oleh itu, penggunaan

pembelajaran bermodul adalah bersesuaian. Penggunaan modul pengajaran

kendiri (MPK) berbantukan komputer dalam bidang pendidikan dan minat pelajar

menggunakannya secara berkesan kini dilihat sebagai perkara yang perlu dalam

mana-mana sistem pendidikan.

1.2 Pemyataan Masalah

Perbezaan individu merupakan salah satu fak1:or yang merupakan

penyebab kepada kesulitan pelajar menenma sesuatu pembelajaran. Menurut

Shaharom Noordin (J 996), kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan

perbezaan individu di kalangan para pelajar seperti dan segi minat terhadap mata

pelajaran, latarbelakang, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain. Dalam

beberapa keadaan, mereka berkebolehan untuk membantu meringankan kesulitan

yang dihadapi oleh individu pelajar berkenaan akibat dan perbezaan tadi. Walau