of 36 /36
1 Jaiton Bee @ Zaitun Bee Bt Mohd Yaacob lwn Mohd Taha Bin Wan Ahmad [Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-016-0001-2003 (Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS)] [11 Ramadhan 1435H bersamaan 9 Julai 2014] Undang - Undang Keluarga Islam - Tuntutan Mut’ah – Penentuan Mahkamah Berkaitan Kadar Mutaah - Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes [1] Kes ini telah difailkan oleh Plaintif, Jaiton Bee @ Zaitun Bee Binti Mohd Yaacob terhadap Defendan yang bernama Mohd Taha Bin Wan Ahmad, iaitu bekas suami Plaintif di bawah peruntukan Seksyen 56 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 1984 yang mana selepas pindaan, kini adalah peruntukan 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [EUUKIS 2003]. [2] Tuntutan dibuat oleh Plaintif melalui Saman bertarikh 1hb. Mac 2005 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 27hb Disember 2002. Sementara penyampaian Saman kes ini kepada Defendan telah dibuat oleh Plaintif secara kediri pada 25hb. April 2005 sebagaimana Afidavit Penyampaian yang telah diikrarkan oleh Plaintif bertarikh 11hb Oktober 2005, Defendan tidak menfailkan apa-apa pembelaan bagi menjawab tuntutan Plaintif dalam kes ini sehinggalah ke tarikh keputusan kes ini dibacakan.

Jaiton Bee @ Zaitun Bee Bt Mohd Yaacob lwn Mohd Taha Bin Wan

Embed Size (px)

Text of Jaiton Bee @ Zaitun Bee Bt Mohd Yaacob lwn Mohd Taha Bin Wan

  • 1

    Jaiton Bee @ Zaitun Bee Bt Mohd Yaacob

    lwn

    Mohd Taha Bin Wan Ahmad

    [Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-016-0001-2003

    (Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS)]

    [11 Ramadhan 1435H bersamaan 9 Julai 2014]

    Undang - Undang Keluarga Islam - Tuntutan Mutah Penentuan Mahkamah

    Berkaitan Kadar Mutaah - Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

    (Negeri Selangor) 2003.

    Fakta Kes

    [1] Kes ini telah difailkan oleh Plaintif, Jaiton Bee @ Zaitun Bee Binti Mohd Yaacob

    terhadap Defendan yang bernama Mohd Taha Bin Wan Ahmad, iaitu bekas suami

    Plaintif di bawah peruntukan Seksyen 56 Enakmen Undang-undang Keluarga

    Islam Selangor 1984 yang mana selepas pindaan, kini adalah peruntukan 58

    Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [EUUKIS

    2003].

    [2] Tuntutan dibuat oleh Plaintif melalui Saman bertarikh 1hb. Mac 2005 dan

    Pernyataan Tuntutan bertarikh 27hb Disember 2002. Sementara penyampaian

    Saman kes ini kepada Defendan telah dibuat oleh Plaintif secara kediri pada 25hb.

    April 2005 sebagaimana Afidavit Penyampaian yang telah diikrarkan oleh Plaintif

    bertarikh 11hb Oktober 2005, Defendan tidak menfailkan apa-apa pembelaan bagi

    menjawab tuntutan Plaintif dalam kes ini sehinggalah ke tarikh keputusan kes ini

    dibacakan.

  • 2

    [3] Tuntutan yang dibuat oleh Plaintif di dalam Mahkamah ini adalah seperti berikut :

    a. Pihak Defendan difardhukan membayar mut'ah sebanyak RM 420,000.00

    berdasarkan peruntukan Seksyen 56 Enakmen Undang-undang Keluarga

    Islam Selangor 1984.

    b. Apa-apa relief yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia Ini.

    c. Kos tindakan ini ditanggung oleh Pihak Defendan.

    [4] Kes ini telah dibicarakan dengan keterangan lisan Plaintif, Defendan, saksi-saksi

    Plaintif dan saksi-saksi Defendan. Mahkamah telah menetapkan satu tarikh iaitu

    pada 21hb. April 2014 untuk pihak Peguam Syarie Plaintif dan Defendan

    memfailkan Hujahan Bertulis. Plaintif melalui Peguam Syarienya telah

    memfailkan sesalinan hujah pada 27hb. Mac 2014. Manakala, Peguam Syarie

    pihak Defendan pula telah memfailkan hujah balas secara bertulis pada 21hb. Mei

    2014.

    Diputuskan

    Setelah Mahkamah meneliti Saman bertarikh 1hb. Mac 2005 dan Pernyataan Tuntutan

    Plaintif bertarikh 27hb Disember 2002 serta mendengar keterangan lisan Plaintif,

    Defendan, saksi-saksi serta setelah meneliti Hujahan Bertulis Peguam Plaintif bertarikh

    27hb. Mac 2014 bersama Hujahan Balas bertulis Peguam Syarie Defendan bertarikh

    21hb. Mei 2014 serta setelah Defendan bersumpah Yamin Nafi, maka dengan ini

    Mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut :

    1) Mahkamah meluluskan tuntutan mutah Plaintif berdasarkan peruntukan seksyen

    58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

  • 3

    2) Mahkamah memerintah Defendan membayar sebanyak RM 2,000.00 sebagai

    bayaran mutah dan saguhati perceraian kepada Plaintif.

    3) Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) bulan mulai dari tarikh hari

    ini.

    4) Kos bagi kes ini ditanggung oleh masing-masing.

    Peguam Syarie

    Plaintif : diwakili oleh Encik Mohd Nooraizan Bin Md Idros dari

    Tetuan Noor Aizan & Partners.

    Defendan : diwakili oleh Encik Ab Kadir Bin Ismail dari Tetuan Ab

    Kadir Ismail.

    Surah al-Quran yang dirujuk

    1. Surah al-Ahzab : ayat 28.

    2. Surah al-Baqarah : ayat 236 dan 241.

    Kitab - kitab yang dirujuk

    1. Abi Bakr Uthman Bin Muhamad Syatta Al-Dimyati Al-Bakri, 1995, Ianah Al-

    Talibin. Juzu 3 dan 4, Beirut, Lubnan : Dar Kutub al-Ilmiyah.

    2. Sheikh Shamsuddin Bin Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, Mughni Al-Muhtaj,

    Jilid 4, Dar Al-Kitab Al-Ilmiah.

    3. Imam Taqiyuddin Abu Bakar Bin Muhammad Al-Husaini, Kifayatul Ahyar, Juzu

    2, Dar Al-Khair.

  • 4

    4. Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaily, 1997, Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, Jilid 7, Beirut

    Lubnan : Dar Al-Fikr.

    5. Syeikh Syihabuddin Al-Qalyubi dan Syeikh Umairah, Qalyubi Wa Umairah, Juzu

    3, Beirut : Dar Al-Kutub Al-Ilmiah.

    6. As-Sayyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Al-Husain, 1998, Bughyah Al-

    Mustarsyidin, Beirut, Lubnan : Dar al-Kutub.

    7. Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugha & Ali Asy-Syarbaji, 2000, Al-Fiqh

    Al-Manhaji Ala Mazhab Al-Imam Al-Syafie, Jilid 2, Dar Al-Syamiyyah.

    8. Mahmud Saedon A. Othman. 2003. Undang-Undang Keterangan Islam. Cet.

    Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Undang - undang yang dirujuk

    1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 61 (3) (b) (iv) .

    2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s. 121 (1) (b).

    3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 2, s. 4, s. 58.

    4. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s. 72, s. 73.

    Kes - kes yang dirujuk

    1. Faridah Binti Sulaiman lwn. Mohd. Noh Bin Othman, JH 19 (1).

    2. Noorbee lwn. Ahmad Sanusi, JH 1 (2).

    3. Piah Binti Said lwn. Che Lah Bin Awang, JH 3 (2).

    4. Bukhary Mohd Noor lwn Aisyah Ismail [2004] 18 JH 245.

    5. Zawiyah lwn. Ruslan, JH 1 (2).

    6. Yang Chik Binti Hashim lwn. Abdul Jamal Bin Abdul Rahim, JH 6 (1).

    7. Rusiah Binti. Ismail lwn. Mohd Rafi Heinges Bin Abdullah, JH 13 (2).

    8. Ida Hidayati Binti Taufiq lwn. Ahmad Shukri Bin Kassim, JH 18 (2).

    9. Normaidiah lwn. Azhari, JH 1 (2).

  • 5

    10. Nooraini Binti Rashid lwn. Hamzah Bin Zainudin, JH XVIII (2).

    11. Norma @ Normek Binti Ghazali lwn. Mohd Zain Bin Abdullah, JH XIX (1).

    12. Norizam Binti Mohd Lazim lwn. Halim Azman Bin Hj. Sulaiman, JH 10 (1).

    13. Jinah Binti Ahmad lwn. Abdul Aziz, JH 6 (2).

    14. Ismail lwn. Norsiah, JH 2 (1).

    15. Tengku Anum Zaharah Binti Tengku Abdul Hamid lwn. Dato Dr. Hussein Bin

    Mohamed Yusof, JH 3 (1).

    16. Timah lwn. Abdul Rahman, JH 14 (2).

    17. Safiyya lwn. Ruzainee, JH 16 (1).

    18. Suraiya Binti M.Shafie lwn. Abd Shukor Bin Mohd Hashim, JH 27 (2).

    Penghakiman Y.A Tuan Salehan Bin Haji Yatim, HMTS.

    [5] Terdapat tiga (3) isu utama yang Mahkamah perlu beri ulasan di dalam membuat

    keputusan bagi kes ini iaitu :

    a. Sama ada Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar, membicara dan

    memutuskan kes ini.

    b. Sama ada Plaintif berhak atau tidak untuk membuat tuntutan mutah.

    c. Berapakah penentuan kadar mutah tersebut?

  • 6

    Isu Pertama : Bidangkuasa Mahkamah

    [6] Tuntutan di dalam kes ini adalah untuk mendapatkan hak terhadap mutah di

    bawah peruntukan seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri

    Selangor) 2003 [EUUKIS 2003] yang memperuntukkan seperti berikut :

    Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan

    yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh

    memohon mutah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah,

    dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan

    apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan

    tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar

    sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak

    [7] Bidangkuasa Mahkamah ini terhadap tuntutan yang dibuat oleh Plaintif adalah

    tertakluk kepada peruntukkan sub seksyen 62 (2) (b) Enakmen Pentadbiran

    Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003) yang dibaca bersama

    dengan sub-seksyen 61(3) (b) (i) Enakmen yang sama. Sub seksyen 62 (2) (b)

    EPAINS 2003 memperuntukan :

    Mahkamah Rendah Syariah-

    (a) ....

    (b) dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi

    Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya,

    jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak

    melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan

    dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau

    harta sepencarian)

  • 7

    [8] Manakala peruntukan sub-seksyen 61 (3) (b) (i) enakmen yang sama dibaca

    bersama untuk menjelaskan mengenai kuasa yang sama diberikan kepada

    Mahkamah Tinggi :

    Mahkamah Tinggi hendaklah-

    (a) ...

    (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan

    semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam

    tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan

    atau prosiding itu adalah berhubungan dengan-

    i- pertunangan, perkahwinan, ruju, penceraian,

    pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau

    pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang

    berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri.

    [9] Mengenai pemastautinan, Plaintif telah memenuhi syarat yang diberikan di bawah

    kehendak peruntukan seksyen 2 dan 4 EUUKIS 2003 berdasarkan Kad

    Pengenalan Plaintif yang dilampirkan di dalam Pernyataan Tuntutan yang jelas

    menunjukkan beliau merupakan pemastautin yang tinggal dalam Negeri Selangor

    yang beralamat di Lot 287, Jalan Indah 14, Selayang Indah, 68100 Batu Caves,

    Selangor Darul Ehsan.

    [10] Oleh itu, berdasarkan peruntukan seksyen 61 (3) (b) (iv) EPAINS 2003, seksyen

    2, 4 dan 58 EUUKIS 2003, maka Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah ini

    berbidangkuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes ini.

  • 8

    Isu Kedua : Sama ada Plaintif berhak atau tidak untuk membuat tuntutan mutah

    [11] Dalam mengulas isu kedua ini, pertamanya Mahkamah akan menilai kelayakkan

    Plaintif dalam membuat tuntutan mutah tersebut. Jika Mahkamah mendapati

    bahawa Plaintif sememangnya layak dan berhak untuk membuat tuntutan mutah

    ini, maka Mahkamah akan menentukan pula suatu kadar atau jumlah yang mutah

    munasabah yang patut diterima oleh pihak Plaintif.

    [12] Berdasarkan keterangan utama Plaintif, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif

    dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau dan Defendan telah bernikah

    pada 21hb. Mei 1967 dan telah bercerai pada 14hb Oktober 2002. Perceraian

    pasangan ini adalah perceraian secara baik sebagaimana keputusan perbicaraan

    kes mal bil. : 10008-014-13/2002 yang ditanda sebagai P-2 yang jelas

    menyatakan bahawa penceraian pihak-pihak adalah di bawah peruntukan seksyen

    47 EUUKIS.

    [13] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Syarie Plaintif bahawa Plaintif

    adalah berhak untuk mendapat bayaran saguhati mutah daripada Defendan

    kerana pihak Defendan dalam kes ini tidak mencabar hak Plaintif untuk mendapat

    mutah melalui tindakan pihak Defendan sendiri yang tidak menfailkan

    Pembelaan serta di dalam Afidavit Keterangannya juga Defendan tidak

    menyatakan bahawa Plaintif adalah seorang yang tidak berhak untuk mendapat

    mutah walaupun Defendan tidak memberikan apa-apa tawaran kepada Plaintif

    tentang jumlah mutah yang beliau mampu untuk diberikan kepada Plaintif.

    .

    [14] Mahkamah juga ingin menjelaskan di sini bahawa mutah adalah suatu pemberian

    dari bekas suami kepada bekas isterinya yang diceraikan. Ia adalah wajib bagi

    seorang bekas suami yang telah menceraikan isteri samada isterinya telah

    disetubuhi ataupun tidak, sama ada telah ditentukan mahar (maskahwin) ataupun

  • 9

    tidak. Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Ahzab,

    ayat 28 iaitu :

    $p r' t < 9$# % y7_u X{ ) F. ? n 4 uys9$# $u 9$# $ytFt u s9$ytFs 3 nG t& 3 mh| &u % [n#u| Wsd

    Bermaksud :

    Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu

    semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya

    (yang indah), maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu

    pemberian mut'ah (saguhati), dan Aku lepaskan kamu dengan cara

    yang sebaik-baiknya

    [15] Juga di dalam firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah, ayat 241 yang

    berbunyi :

    M s)=s =9u 7 tFt y 9$$/ ( $)ym n? t )G 9$# Bermaksud :

    Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mutah

    (pemberian saguhati) dengan cara yang patut sebagai cara

    tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa.

    [16] Hak seseorang perempuan yang diceraikan untuk memohon mutah telah diulas

    melalui nas atau pendapat muktabar, antaranya dinyatakan oleh Imam Taqiyuddin

    Abu Bakar Bin Muhammad Al-Husaini di dalam kitab Kifayatul Akhyar, Juzu 2,

    hlm. 42 menyatakan :

  • 10

    Bermaksud :

    Mutah ialah nama bagi harta yang dibayar atau diberikan oleh

    seseorang lelaki kepada isteri disebabkan oleh perpisahan dengan

    perempuan itu

    [17] Manakala menurut peruntukan seksyen 2 EUUKIS 2003 pula menafsirkan

    maksud mutah seperti berikut :

    Mutah ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum

    Syarak kepada isteri yang diceraikan.

    [18] Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaily pula telah menjelaskan pengertian mutah di dalam

    kitabnya al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, Jilid 7, hlm. 316 iaitu :

    ...

    Bermaksud :

    harta yang wajib ke atas lelaki membayar kepada isterinya

    yang diceraikan pada masa hidup denga talaq dengan beberapa

    syarat yang tertentu

    [19] Mahkamah selain itu merujuk kepada kitab Qalyubi Wa Umairah, Juzu 3, hlm.

    290-292 menyatakan pengertian mutah dari segi syarak adalah seperti berikut :

    ...... ......

    ....

  • 11

    .......

    Bermaksud :

    dan dari segi syarak mutah adalah harta yang wajib ke atas

    suami kerana mencuai dengan memenuhi syarat-syarat. dan

    perpisahan bukan kerana sebab isteri seperti suami menjadi

    murtad atau masuk Islam Adalah hak mutah tidak kurang

    daripada 30 dirham dan kadar itu tidak boleh melebihi ke atas

    suami yang hamba, tetapi tidak ada had bagi kadar wajib..

    Kesimpulannya, maka jika bertelingkah Kadi akan takdirkan

    mengikut pandangan dan ijtihad dengan mengambil kira kedua

    suami isteri senang susah isteri, senang susah suami dan

    keturunan isteri dan sifatnya.

    [20] Menurut undang-undang bertulis yang terdapat di Negeri Selangor, hak isteri

    untuk menuntut mutah diperuntukkan berdasarkan seksyen 58 EUUKIS 2003

    iaitu :

    Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan

    yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh

    memohon mutah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah,

    dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan

    apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan

    tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar

    sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

    [21] Disamping itu juga, Mahkamah mendapati bahawa pengorbanan Plaintif sebagai

    isteri yang mana telah hampir 35 tahun mendirikan rumah tangganya dengan

    Defendan dan telah dikurniakan 4 orang anak daripada hasil perkahwinan

  • 12

    tersebut, disamping Plainti tidak pernah diisytiharkan sebagai nusyuz adalah layak

    untuk menerima mutah. Mahkamah selain itu mempertimbangkan berkenaan

    perasaan malu yang terpaksa ditanggung oleh Plaintif selepas penceraian juga

    adalah menjadi faktor yang melayakkan Plaintif untuk menerima mutah. Di sini,

    Mahkamah beranggapan bahawa asas hukum pemberian mutah adalah untuk

    mengelakkan pihak isteri yang diceraikan daripada dipandang serong oleh

    masyarakat yang membuat anggapan perceraian berlaku disebabkan oleh keaiban

    isteri. Melalui pemberian mutah ini, anggapan masyarakat dapat diubah.

    [22] Seterusnya dari sudut rujukan kes pula, Mahkamah merujuk kepada keputusan

    Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, YA Tuan

    Abu Bakar Bin Ahmad di dalam kes Faridah Binti Sulaiman lwn. Mohd. Noh

    Bin Othman, JH 19 (1), hlm. 135, di mana Y.A Hakim merujuk kepada prinsip

    yang digariskan di dalam kes Noorbee lwn. Ahmad Sanusi, JH 1 (2), hlm.63

    menyatakan bahawa :

    Mutah adalah pemberian yang diwajibkan oleh syarak kerana

    perceraian yang bukan dari sebab isteri kerana keaiban yang ada

    pada dirinya atau fasakh dari isteri dengan sebab iksar suami

    (suami tidak mampu beri nafkah) atau aib yang ada pada dirinya.

    Ia bukan diwajibkan kerana kehilangan kasih sayang sahaja

    kerana mutah itu juga diwajibkan dalam keadaan di mana isteri

    menebus talaq dari suami. Mutah juga bertujuan untuk menutup

    rasa malu yang dialami oleh isteri dan menghindarkan fitnah serta

    sebagai asas untuk memulakan hidup bersendirian. Seorang isteri

    yang diceraikan akan merasa malu dan mungkin akan menerima

    prasangka buruk daripada masyarakat sekelilingnya. Untuk

    menghilangkan prasangka buruk bahawa seorang isteri itu

    diceraikan bukanlah kerana keaiban yang ada pada dirinya maka

    lazim mutah diwajibkan ke atas suami

  • 13

    [23] Berdasarkan panduan di atas jelas sekali mutah adalah hak isteri dan ia tidak

    akan gugur sekalipun isteri dalam keadaan nusyuz disebabkan tiada halangan

    seperti itu dinyatakan di dalam perbahasan ayat al-Quran, kitab fiqh dan kes yang

    dirujuk sebelum ini. Selain itu, di dalam kes Piah Binti Said lwn. Che Lah Bin

    Awang, JH 3 (2), hlm. 220, Kadi Besar dalam keputusannya menyatakan bahawa :

    ...dalam kes ini jelas perceraian itu berlaku dengan talaq oleh

    suami terhadap isterinya sekalipun ada tanda-tanda nusyuz. Tetapi

    nusyuz tidak menafikan hak mutah sekiranya ia berlaku.

    [24] Mahkamah merujuk kepada kes Zawiyah lwn. Ruslan, JH 1 (2), hlm. 102, Kadi

    Besar telah memerintah Pihak Kena Tuntut membayar mut'ah sebanyak RM700.00

    dan beliau ada menyatakan di dalam penghakimannya :

    Mut'ah menurut takrif di dalam kitab Kifayatul Akhyar ialah

    nama bagi harta yang diberikan seseorang lelaki kepada isterinya

    disebabkan perceraian dengannya. Perceraian yang kena dibayar

    mut'ah ialah setiap perceraian daripada suami tidak dari sebab

    pihak perempuan seperti fasakh kerana aib yang ada pada diri

    perempuan itu, atau perempuan memfasakh nikahnya dengan

    suaminya disebabkan sara nafkah atau sebagainya. Dalam kes

    ini perceraian berlaku bukan kerana kecacatan yang ada pada

    diri perempuan, dan tidak pula dengan sebab perempuan

    memfasakh nikah. Yang Kena Tuntut mendakwa bahawa

    perceraian ini disebabkan oleh perangai pihak isteri tetapi tidak

    membuktikan apa-apa kesalahan, yang didakwanya dilakukan

    oleh pihak isteri yang boleh menggugurkan hak mut'ah ini.

    Pada asal syarak, mut'ah digalakkan tetapi jika berlaku

    pertikaian mengenai kadar mut'ah maka hendaklah diselesaikan

    oleh Mahkamah. Asas penentuan yang mesti diikuti ialah panduan

    ayat 230 : Surah Al-Baqarah yang bermaksud :

  • 14

    Dan berilah mut'ah mengikut kadar yang kaya menurut

    kekayaannya dan yang susah mengikut kesusahannya. Pasangan

    dalam kes ini adalah pasangan yang sederhana

    [25] Pendapat ini juga selari dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh YA Kadhi

    Besar Wilayah Persekutuan, Sheikh Ghazali Bin Abd Rahman dalam

    penghakimannya bagi kes Yang Chik Binti Hashim lwn. Abdul Jamal Bin Abdul

    Rahim, JH 6 (1).

    [26] Berdasarkan rujukan nas syarak dan kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini,

    gugurnya hak mutah seseorang perempuan yang diceraikan hanyalah merujuk

    kepada faktor-faktor yang telah dijelaskan sebelum ini dan sepertimana yang

    dinyatakan di dalam kitab Ianah al-Talibin, Juzu 3, hlm. 406 yang dapat

    disimpulkan seperti berikut :

    :

    :

    (: ) :

    :

    Secara kesimpulannya bermaksud :

    a. Perceraian disebabkan isteri telah masuk Islam.

    b. Perceraian disebabkan isteri telah keluar dari Islam.

    c. Apabila suami isteri menjadi murtad serentak.

    d. Semasa perceraian isteri masih status hamba kepada suami.

    e. Semasa perceraian suami masih status hamba kepada isteri.

    f. Perceraian fasakh disebabkan aib suami.

  • 15

    g. Perceraian fasakh disebabkan aib isteri.

    h. Perceraian dengan kematian salah satu pihak suami isteri atau

    keduanya sekali.

    [27] Oleh itu, Mahkamah berpuashati bahawa tiada satu pun alasan lain yang wujud

    dan menjadi sebab penceraian di antara Plaintif dan Defendan berlaku sehingga

    menghalang Plaintif daripada menuntut mutah daripada Defendan. Mahkamah

    juga berkeyakinan bahawa Plaintif adalah mempunyai kelayakkan dan berhak

    untuk menuntut mutah daripada penceraian yang berlaku serta wajar diberikan

    sejumlah wang atau nilai terhadap tuntutannya itu.

    Isu Ketiga : Berapakah penentuan kadar mutah tersebut?

    [28] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Syarie Plaintif berkenaan Panduan

    asas tentang penentuan kadar mutah adalah sebagaimana yang terdapat dalam

    Surah Al-Baqarah, ayat 236 yang berbunyi :

    yy$u_ / 3 n=t ) )=s u !$| i9$# $t s9 y s? r& (# s? s9 Z s 4 nFtu n? t RQ$# ys% n? t u I) 9$# ys% $J tG t

    y 9$$/ ( $)ym n? t t sRQ$#

    Bermaksud :

    Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung

    bayaran mas kahwin). Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu

    sebelum kamu sentuh (bercampur dengan mereka) atau (sebelum)

    kamu menetapkan maskahwin untuk mereka walaupun demikian

    hendaklah kamu memberi mutah (saguhati) kepada mereka (yang

    diceraikan) iaitu suami yang senang (hendaklah memberi

  • 16

    saguhati) menurut ukuran kemampuannya dan suami yang

    susah menurut kemampuannya sebagai pemberian (saguhati)

    menurut yang patut lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang

    yang mahu membuat kebaikan

    [29] Selain itu, Mahkamah juga merujuk kepada panduan yang diberikan oleh para

    ulama di dalam kitab Ianah al-Talibin, Juzu 3, hlm. 595 yang mana ia

    menyatakan bahawa :

    Bermaksud :

    Sekiranya berlaku perselisihan mengenai kadar mutah yang

    patut dibayar oleh suami kepada isterinya, maka Hakim hendaklah

    bertindak sebagai penentu kadar mutaah itu berdasarkan kriteria-

    kriteria berikut, kesenangan suami, kesusahan suami, keturunan

    isteri dan sifat isteri itu

    [30] Bagi kes-kes terdahulu, terdapat prinsip-prinsip yang telah digunapakai sebelum

    menentukan kadar mutah oleh Hakim Bicara seperti dalam kes Faridah Binti

    Sulaiman lwn. Mohd. Noh Bin Othman, yang mana Hakim Bicara menyatakan

    seperti berikut :

    Dasar mutah adalah keredhaan kedua-dua pihak tetapi jika

    tidak tercapai persetujuan, maka penentuan boleh dibuat oleh

    Qadhi. Penentuan kadar mutah telah digariskan oleh syarak

    dengan nilai kedudukan kaya atau miskinnya suami serta sifat dan

    keadaan isteri. Sifat ialah perwatakan dan keadaan pula ialah

    kedudukan keluarga atau status keluarga dalam masyarakat. Kaya

    dan miskin ialah nilai semasa dari segi perolehan dan pemilikan.

    Tentang kadar yang harus diberikan tidaklah ditetapkan oleh

  • 17

    Hukum Syarak tetapi diserahkan mengikut keadaan semasa

    sebagaimana dinyatakan di dalam ayat 236 : surah Al-Baqarah

    ...... Walaubagaimanapun tentang kadar mutah mengikut al-quran

    yang dikemukakan diambil kira di atas kemampuan suami ketika

    berlaku perceraian

    [31] Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, YAA Dato Hussin Bin Hj.

    Harun di dalam kes Rusiah Binti Ismail lwn. Mohd Rafi Heinges Bin Abdullah,

    JH 13 (2), hlm. 232, telah mengambilkira kemampuan suami dalam menentukan

    kadar mutah yang tidak dipersetujui oleh kedua pihak. Y.A.A Hakim

    menyatakan :

    Defendan dalam kes ini tidak menafikan pembayaran mutah

    tersebut tetapi kadar tuntutan yang tidak sepatutnya atau merujuk

    kepada kehendak syarak bahkan keterlaluan malahan Defendan

    dengan tidak mempunyai kemampuannya untuk memberi mutah

    seperti yang dituntut.

    [32] Manakala dalam kes Suraiya Binti M. Shafie lwn. Abd Shukor Bin Mohd

    Hashim, JH 27 (2), hlm. 350, Y.A Hakim menyatakan bahawa :

    Perkara utama yang menjadi sandaran saya ialah kemampuan

    suami, kedudukan suami isteri dan melihat kepada faktor-faktor

    sampingan lain seperti pengorbanan isteri, menutup malu dan

    kesedihan dan sebagainya. Ini bermakna kemampuan kewangan

    hendaklah disokong dengan faktor-faktor lain seperti kedudukan,

    status dan taraf suami isteri dan sebagainya. Kemampuan semata-

    mata akan menyebabkan ketidakadilan dan akan berlakunya

    tuntutan yang tidak munasabah. Kedudukan, status atau taraf

    kehidupan pula hendaklah dinilai dari segi kemampuan kewangan

  • 18

    kerana tidak semestinya kedudukan yang baik dalam masyarakat

    bermakna berkemampuan membayar mutah yang tinggi.

    [33] Manakala di dalam kes Ida Hidayati Binti Taufiq lwn. Ahmad Shukri Bin

    Kassim, JH 18 (2), hlm. 266, Y.A.A Dato Hj. Zohdi Bin Hj.Toha di dalam

    penghakimannya menyifatkan bahawa terdapat dua pertimbangan baru yang

    diketengahkan oleh Y.A.A Hakim dalam menentukan jumlah mutah di dalam

    kes tersebut iaitu tempoh lama perkahwinan dan kesengsaraan isteri semasa

    bersama suami :

    Mutah sebagai saguhati adalah merupakan bayaran

    khidmat/layanan isteri termasuk mengurus rumahtangga dan anak

    yang dicurahkan setiap hari sepanjang tempoh perkahwinan

    kepada suaminya.. Beliau menyatakan dalam pertimbangannya

    dalam menentukan kadar mutah Sekalipun tidak ada nas atau

    dalil yang menunjukkan bayaran mutah boleh dibayar

    berpandukan tempoh lama perkahwinan berkuatkuasa. Saya

    berpendapat adalah wajar menjadi satu ukuran untuk

    mempertimbangkan kadar bayaran mutah adalah mengikut lama

    tempoh perkahwinan di samping melihat kemampuan suami dan

    taraf kedudukan isteri. Beliau juga menyatakan : Setelah

    mengambil kira lama tempoh perkahwinan dan kesengsaraannya

    yang menjadi sejarah titik hitam yang mungkin tidak dapat

    dilupakan seumur hayatnya

    [34] Berdasarkan keseluruhan panduan yang telah dinyatakan di atas, Mahkamah

    membuat kesimpulan bahawa dalam menentukan kadar mutah Plaintif di dalam

    kes ini adalah boleh dilihat dan diambilkira dari sudut-sudut yang berikut :

  • 19

    a. Keadaan kemampuan Defendan

    [35] Bagi menentukan status kemampuan Defendan Mahkamah perlu melihat kepada

    keadaan Defendan sewaktu penceraian. Sepertimana Hakim dalam dalam kes

    Faridah Binti Sulaiman lwn. Mohd. Noh Bin Othman menjelaskan bahawa :

    Mutah diambil kira semasa berlaku perceraian atas kemampuan

    suami atau ada juga pendapat yang lain menyatakan diambil kira

    taraf kedua-dua pihak, tetapi walaubagaimanapun, tentang kadar

    mutah mengikut al-Quran yang dikemukakan diambil kira di atas

    kemampuan suami ketika berlaku perceraian.

    [36] Berdasarkan kes tersebut, Mahkamah amat bersetuju dengan penghakiman

    tersebut bahawa kemampuan suami ketika berlaku penceraian perlu diambilkira

    sebelum sesuatu kadar mutah ditentukan. Oleh itu, adalah menjadi tugas

    Mahkamah ketika ini untuk menentukan taraf kemampuan Defendan sama ada

    susah, sederhana atau senang / kaya. Pada pandangan Mahkamah, inilah amalan

    yang berlaku di dalam kes-kes terdahulu dan ia boleh dijadikan panduan

    walaupun Mahkamah tidak terikat dengannya. Kes Piah Binti Said lwn. Che Lah

    Bin Awang, Kadi Besar Pulau Pinang, Hj. Harussani Bin Haji Zakaria

    menyatakan diakhir ulasannya terhadap kemampuan suami :

    Dalam kes ini keadaan pihak kena tuntut bukanlah seorang yang

    tergolong dalam golongan orang berada dan tidak pula tergolong

    dalam golongan orang yang tidak berkemampuan langsung

  • 20

    [37] Kes Nooraini Binti Rashid lwn. Hamzah Bin Zainudin, JH XVIII (2), hlm. 294 di

    mana YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak di dalam penghakimannya

    menyatakan :

    Dalam kes ini Defendan seorang yang berkemampuan dan boleh

    membayar tuntutan mutah Plaintif kerana kemampuan Defendan

    dibuktikan dengan nilai saham semasa perkahwinan dengan

    Defendan dalam beberapa Syarikat Hexagon sebanyak RM

    3,013,957.00, Syarikat Evermaster Group Bhd. (EMB) sebanyak

    RM 24,478,307.00 dan syarikat Asia PAC Bhd. (APB) sebanyak

    RM 56, 682,000.00

    [38] Kes Norma @ Normek Binti Ghazali lwn. Mohd Zain Bin Abdullah, JH XIX

    (2), hlm. 282 di mana Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan, Y.A.A

    Dato Hj. Daud Bin Muhammad, dalam penghakimannya menyatakan :

    Jumlah (kadar hukuman Mutah ) sebanyak RM10,000.00 yang

    diputuskan oleh Mahkamah ini adalah jumlah yang munasabah

    dan berpatutan memandangkan Respondan seorang yang

    tergolong dalam golongan orang yang senang dan dihormati serta

    mempunyai pendapatan tetap sebanyak RM 2,400.00 sebulan

    daripada pencen bulanan bekas Ahli Parlimen Bachok dan Perayu

    sebagai seorang yang mempunyai taraf dan kedudukan yang baik

    dan juga dihormati

    Beban Pembuktian.

    [39] Apabila pihak plaintif membuat sesuatu tuntutan, maka Plaintif hendaklah

    memikul beban membuktikan kes tuntutannya dengan membawa bukti-bukti yang

    berkaitan sehingga meyakinkan pihak Mahkamah serta membolehkan pihak

  • 21

    Mahkamah membuat keputusan di dalam mempertimbangkan apa-apa

    tuntutannya. Sekiranya tidak meyakinkan atau tidak mencapai tahap yang boleh

    dikatakan sebagai terbukti [Seksyen 3(2)(c) Enakmen Keterangan Mahkamah

    Syariah (Negeri Selangor) 2003] maka ianya tidaklah boleh diberikan perhatian

    dan pertimbangan oleh pihak Mahkamah sebagaimana yang dinyatakan dalam

    Hadith Nabi s.a.w. :

    Bermaksud :

    Keterangan itu diwajibkan ke atas pendakwa dan sumpah yamin itu

    diwajibkan ke atas pihak yang kena dakwa.

    [40] Mahkamah ingin menekankan di sini bahawa adalah menjadi beban ke atas

    Plaintif dalam kes tuntutan mutah ini untuk membuktikan kepada Mahkamah

    bahawa Defendan mampu untuk membayar jumlah mutah yang dituntut olehnya

    sebanyak RM 420,000.00. Prinsip beban pembuktian ini jelas dinyatakan di dalam

    kes Norizam Binti Mohd Lazim lwn. Halim Azman Bin Hj. Sulaiman, di mana

    Kadi Besar menyatakan :

    Kenyataan perbelanjaan yang dibuat oleh yang kena tuntut itu

    tidak dipertikaikan oleh yang menuntut. Pihak menuntut pula tidak

    dapat membuktikan kepada Mahkamah kemampuan sebenar Pihak

    Kena Tuntut. Pihak Yang Menuntut pernah mengesyorkan kadar

    tuntutannya daripada RM 10,800.00 kepada RM 5,000.00 dalam

    usaha mencari penyelesaian tetapi tidak dapat diterima oleh Pihak

    Yang Kena Tuntut. Apabila tidak ada persetujuan atas kadar

    mutah di antara Yang Menuntut dan Yang Kena Tuntut maka

    Kadi akan menentukannya

    [41] Mahkamah juga merujuk kepada Kes Jinah Binti Ahmad lwn. Abdul Aziz, JH 6

    (2), Kadi besar dalam keputusannya menyatakan :

  • 22

    Pemohon dan saksi-saksinya semasa mengemukakan keterangan

    kepada Mahkamah tidak dapat membuktikan dan tidak dapat

    meyakinkan Mahkamah bahawa penentang adalah seorang yang

    berkemampuan tinggi atau pun penentang adalah seorang yang

    berpendapatan lumayan dan mempunyai harta-harta yang banyak

    dan sebagainya, bahkan Pihak Menuntut tidak dapat menolak

    keterangan Pihak Menentang yang sekarang beliau adalah

    seorang yang tidak berkemampuan lagi kerana beliau sedang

    menanggung berbagai beban hutang baik sebagai penjamin atau

    sebagai sipiutang hukuman

    [42] Prinsip-prinsip beban pembuktian yang ditegaskan di dalam kes yang dirujuk

    adalah selari dengan kehendak peruntukan seksyen 72 dan 73 Enakmen

    Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [EKMSS 2003] iaitu :

    72. Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes

    mal terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan

    sesuatu fakta (Al-Muddaii) dan orang yang mengangkat sumpah

    untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta (Al-Mudaa

    Alaih).

    73. Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah

    memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan

    di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta

    yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu

    wujud.

    Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa

    fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada

    orang itu.

  • 23

    [43] Pihak Plaintif melalui hujah bertulisnya di perenggan 19 hanya menyatakan

    bahawa Defendan mempunyai pendapatan yang tinggi kerana Defendan adalah

    seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri iaitu Klinik Fatimah. Plaintif

    mendakwa Defendan ketika perceraian pada 14hb Oktober 2002, mempunyai

    pendapatan sebanyak RM10,000.00 sebulan daripada pendapatan klinik serta

    mempunyai pendapatan lain daripada tugasnya sebagai doktor panel bagi agensi

    seperti Felda, Bank dan lain-lain.

    [44] Mahkamah mendapati Plaintif hanya membuktikan pendapatan Defendan melalui:

    i. Keterangan SP-1 iaitu sepupu Plaintif bernama Jamaayah Binti Syed

    Husin yang menyatakan beliau menganggarkan pendapatan Defendan

    sebagai seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri adalah

    RM10,000.00 sebulan berdasarkan pengalaman SP-1 yang pernah

    bekerja di hospital sebelum ini dan tahu berkenaan gaji seorang doktor.

    ii. Keterangan SP-2 iaitu anak sulung Plaintif dan Defendan bernama Wan

    Norhaliza Binti Mohd Taha yang menyatakan pendapatan kasar Defendan

    ketika itu adalah kira-kira RM250.00 hingga RM450.00 sehari

    berdasarkan kepada penglihatan SP-2 tentang kira-kira kewangan yang

    dibuat oleh Plaintif, serta rutin Defendan yang membawa pulang wang

    setiap hari selepas klinik ditutup untuk dikira.

    [45] Mahkamah berpuashati bahawa Defendan pernah bekerja sebagai seorang doktor

    perubatan dengan berpendapatan RM10,000 sebulan semasa tempoh perkahwinan

    Defendan dengan Plaintif melalui pengakuan dari Defendan sendiri di dalam

    perbicaraan bertarikh 5hb. Februari 2012. Namun, pihak Defendan di dalam

    keterangannya juga menafikan dakwaan Plaintif berkenaan pada masa penceraian

    Defendan masih berpendapatan RM 10, 000.00. Manakala, Defendan mendakwa

    beliau hanya berpendapatan kurang RM500.00 sahaja sehingga tahun 2004 kerana

    Defendan kerap keluar masuk hospital setelah menjalani pembedahan jantung dan

  • 24

    menyebabkan pendapatan klinik Defendan merosot. Keterangan Defendan ini

    disokong oleh SD-1 yang merupakan isteri ketiga Defendan yang pada ketika

    itu menguruskan kewangan klinik Defendan.

    [46] Dalam kes ini, Mahkamah tidak dinyatakan dengan sebenarnya berapakah jumlah

    pendapatan Defendan semasa bercerai dengan Plaintif. Mahkamah di sini melihat

    Plaintif selaku orang yang mendakwa telah gagal membuktikan pendapatan

    bulanan Defendan sama ada secara tahunan ataupun bulanan secara jelas. Hal ini

    telah menyukarkan pihak Mahkamah untuk mengetahui sejauh manakah

    keuntungan ataupun pendapatan klinik Defendan tersebut. Keterangan pihak

    Plaintif tidak disokong dengan apa-apa dokumen dan tiada saksi yang jelas untuk

    menerangkan jumlah pendapatan Defendan. Melalui penelitian Mahkamah, secara

    hakikatnya umur Defendan pada masa penceraiannya dengan Plaintif iaitu

    berumur 73 tahun itu, kebiasaanya telah mencapai umur persaraan dan Defendan

    yang merupakan doktor swasta tiada pendapatan persaraan diterima secara

    bulanan. Plaintif juga tidak membuktikan sama ada Defendan ada menerima wang

    persaraan daripada mana-mana agensi ataupun tidak. Mahkamah selain itu juga

    mendapati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan Defendan mempunyai

    harta alih atau tak alih yang boleh menunjukkan jumlah pendapatan Defendan

    setiap bulan. Dakwaan Plaintif berkenaan Defendan yang mempunyai pendapatan

    tinggi sebanyak RM10,000.00 sebulan ketika penceraian dengannya hanyalah

    sekadar kenyataan yang tidak dibuktikan.

    [47] Keterangan SP1 dan SP2 juga tidak membantu kenyataan Plaintif kerana

    Mahkamah mendapati kedua-dua saksi tersebut telah gagal menyatakan

    sepertimana situasi di atas. Mahkamah berkeyakinan bahawa keadaan

    kemampuan Defendan semasa berkahwin dan ketika bercerai dengan Plaintif

    adalah dua keadaan yang berbeza. Namun begitu perkara ini tidak dijelaskan dan

    dibuktikan oleh pihak Plaintif. Berdasarkan maklumat yang dinyatakan kepada

    Mahkamah hanyalah sekadar anggaran pendapatan bulanan Defendan dan

  • 25

    bukannya jumlah pendapatan klinik kepunyaan Defendan yang menyebabkan

    Defendan mampu untuk membayar sejumlah mutah seperti yang dituntut oleh

    Plaintif .

    [48] Oleh itu dalam kes ini, Mahkamah tiada apa-apa sandaran yang jelas berkenaan

    pendapatan tahunan atau bulanan Defendan sama ada melalui penyata akaun bank

    klinik ataupun Defendan sendiri serta dokumen-dokumen harta kepunyaan

    Defendan. Oleh itu, Mahkamah tidak boleh menganggap Defendan adalah

    seorang yang kaya dan mampu untuk membayar mutah sebanyak RM420,000.00

    tanpa keterangan sokongan dokumen atau saksi yang jelas. Maka, Mahkamah

    berpandangan bahawa tuntutan mutah sebanyak RM 420,000.00 adalah jumlah

    yang tidak munasabah kerana tiada pembuktian yang jelas oleh pihak Plaintif

    [49] Secara kesimpulannya melalui kes ini, Mahkamah mendapati terdapatnya

    kekurangan dari sudut keterangan sokongan ke atas dakwaan oleh pihak Plaintif.

    Oleh yang demikian, pihak Defendan selaku pihak yang kena tuntut (muddaa

    alaih) perlu bersumpah bagi menafikan tuntutan Plaintif (muddaai). Menurut

    Mahmud Saedon A. Othman dalam bukunya yang bertajuk Undang-Undang

    Keterangan Islam. Cet. Ketiga, halaman 129 menyatakan apabila yang mendakwa

    telah berjaya mengemukakan keterangan atas dakwaannya, maka hukuman

    hendaklah diberikan baginya kerana kejayaan keterangannya itu. Tetapi

    sebaliknya, jika yang mendakwa gagal untuk mengemukakan saksi atau

    keterangan, atau keterangannya lemah dan tidak meyakinkan hakim bagi

    memperkukuh tuntutan itu, maka yang mendakwa bolehlah memohon supaya

    yang kena dakwa bersumpah.

    [50] Mahkamah berpandangan bahawa adalah sukar untuk Mahkamah ini memutuskan

    kes ini semata-mata hanya berdasarkan dakwaan Plaintif tanpa ada keterangan

    yang meyakinkan Mahkamah. Oleh itu kaedah terakhir perlu digunapakai di

    dalam kes ini iaitu melalui kaedah sumpah. Ini bersesuaian dengan Arahan 8,

  • 26

    Arahan Amalan No. 2 Tahun 2006 berkaitan Sumpah Syarie ada menyatakan

    seperti berikut :

    8. (1) Dalam mana-mana peringkat prosiding kes mal, muddaa alaih

    perlu bersumpah dengan kebenaran Hakim apabila -

    (a) muddaai gagal mengemukakan keterangan yang

    mencukupi;

    (b) muddaa alaih menafikan tuntutan muddaai; dan

    (c) muddaai menuntut muddaa alaih bersumpah atas

    penafiannya; atau

    [51] Mahkamah berpandangan dalam memutuskan kes mutah ini dengan

    menggunakan kaedah sumpah adalah diharuskan dan dibolehkan. Apatah lagi

    keharusannya itu telah dinyatakan dengan jelas di dalam Arahan 1, Arahan

    Amalan No. 2 Tahun 2006 berkaitan Sumpah Syarie ada menyatakan :

    Hak-hak yang boleh menerima pakai sumpah.

    a) pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, nusyuz atau

    apa-apa perkara yang berkaitan dengan hubungan suami

    isteri;

    (b)apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit

    daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam

    subperenggan (a);

    (c) nafkah orang-orang tanggungan;

    (d) kesahtarafan;

    (e) penjagaan atau jagaan (hadhanah) kanak-kanak;

    (f) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

    (g) perkara-perkara lain yang dibenarkan oleh Hukum Syarak

    di bawah bidangkuasa Mahkamah yang dinyatakan oleh

    mana-mana undang-undang bertulis.

  • 27

    [52] Menurut Prof. Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Nidzam al-Qada Fi al-

    Syariti al-Islami halaman 204 telah menyatakan berkenaan syarat-syarat yang

    mewajibkan pihak yang kena dakwa (muddaa alaih) perlu bersumpah adalah

    seperti berikut :

    Bermaksud :

    Yang kena dakwa itu diwajibkan bersumpah apabila lengkap syarat-

    syarat berikut :

    Pertama : Yang kena dakwa telah mengingkari hak yang didakwa ke

    atasnya, maka jika dia mengaku dengan hak yang didakwa itu tidak

    wajib berseumpah ke atasnya lagi.

    Kedua : Yang mendakwa menuntut yang kena dakwa itu bersumpah,

    maka jika yang mendakwa tidak menuntutnya bersumpah tidaklah

    diwajibkan ke atasnya bersumpah kerana sumpah itu adalah hak

  • 28

    pendakwa dan tidak boleh dipaksa sesorang itu menggunakan haknya

    atau dituntut menggunakannya.

    Ketiga : Hendaklah dakwaan itu sah, kerana jikalau dakwaan itu

    tidak sah (fasidah) maka tidaklah diwajibkan yang kena sumpah itu

    bersumpah, hatta jikalau diarahkan supaya dia bersumpah, kemudian

    dia tidak mahu bersumpah maka tidaklah dianggap dia sebagai

    (nakil) yakni orang yang enggan bersumpah, kerana bahawasanya

    keengganan bersumpah (al-Nukul) yang diambil kira ialah pada

    dakwaan yang sah sahaja, tiada pada dakwaan yang fasidah.

    Keempat : Hendaklah benda yang didakwa itu termasuk dalam kes-

    kes yang boleh dilakukan tuntutan bersumpah sebagaimana yang

    telah diterangkan.

    [53] Mengenai penggunaan Sumpah Nafi yang dikenakan ke atas pihak Defendan,

    Mahkamah merujuk kepada kes Bukhary Mohd Noor lwn Aisyah Ismail [2004]

    18 JH 245, yang mana dalam kes ini plaintif merupakan anak kandung kepada

    defendan. Semasa hidupnya Almarhum bapa plaintif telah menamakan kesemua

    hartanya (tujuh lot tanah) kepada defendan sebagai syarat kepadanya untuk

    berkahwin lagi. Defendan dalam tuntutan balasnya menuntut plaintif membayar

    balik wang pampasan pengambilan semula tanah sebanyak RM 757, 000.00 yang

    telah membuat perjanjian bertulis dan akuan bersumpah untuk tidak menuntut

    sebarang harta daripada defendan setelah mendapat wang pampasan tersebut.

    Mahkamah telah mengetepikan tuntutan plaintif berdasarkan ikrar yang telah

    dibuat dan tuntutan defendan telah ditarik balik. Plaintif/perayu telah membuat

    rayuan dan Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan telah membatalkan

    keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak tuntutan harta sepencarian

    oleh perayu, serta memutuskan bahawa perayu boleh memohon dan menuntut

    harta sepencarian Almarhum bapanya berupa tujuh lot tanah. Mahkamah telah

    memerintahkan responden bersumpah menafikan bahawa tiada sebarang amanah

    yang ditinggalkan oleh si mati untuk membahagikan harta tersebut kepada anak-

  • 29

    anaknya. Defendan telah bersumpah nafi dan dengan itu mahkamah menolak

    tuntutan perayu.

    b. Keadaan atau kedudukan status keluarga Plaintif

    [54] Mahkamah akan melihat faktor keadaan Plaintif dan akan diambilkira dari segi

    keadaan kehidupan Plaintif semasa hidup dengan Defendan dan juga kedudukan

    status keluarga Plaintif. Faktor ini diambil kira menjadi sandaran dalam

    menentukan kadar mutah. Bagi melihat sejauh mana faktor ini dijadikan sandaran

    menentukan kadar mutah, Mahkamah merujuk kepada kes Normaidiah lwn.

    Azhari, yang mana Yang Arif Hakim menyatakan :

    Dalam kes ini Yang Kena Tuntut bukanlah orang kaya tetapi tidak

    pula tergolong dalam golongan seorang miskin. Begitu juga

    kedudukan keluarga yang menuntut (isteri) bukanlah orang

    ternama keadaannya tidak pula kaya tapi juga bukan miskin.

    Diputuskan Pihak Kena Tuntut membayar mutah sebanyak RM

    1000.00 kepada Pihak Menuntut

    [55] Mahkamah merujuk kepada kes Ismail lwn. Norsiah, JH 2 (1), hlm. 111 iaitu

    Kadi Besar telah menghukum suami itu membayar RM 300.00 sebagai mutah

    dan suami dalam kes tersebut telah merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

    Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan itu serta menyatakan :

    Memandangkan Pihak Menuntut (suami) sebagai seorang pekerja

    yang berpendapatan sederhana dan Pihak Kena Tuntut (isteri)

    adalah seorang yang bertaraf dalam masyarakat maka Mahkamah

    ini berpendapat bahawa kadar mutah patut dibayar oleh suami

    lebih daripada kadar yang telah diputuskan oleh Hakim dalam

    perbicaraan terdahulu, tetapi Mahkamah Ulangbicara enggan

  • 30

    mengubah hukuman itu dan menetapkan kadar mutah sebanyak

    RM 300.00 hendaklah dibayar sepenuhnya dalam tempoh 14 hari

    dari tarikh hukuman

    [56] Bagi kes Tengku Anum Zaharah Binti Tengku Abdul Hamid lwn. Dato Dr.

    Hussein Bin Mohamed Yusof, JH 3 (1) hlm. 125, oleh sebab pihak-pihak

    daripada keluarga yang berada dan isteri juga merupakan kerabat Diraja, jumlah

    yang diperuntukkan ialah RM 25,200.00.

    [57] Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha dan Ali Asy-Syarbaji di dalam kitab

    Al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab Al-Imam Al-Syafie, Jilid 2, hlm. 82

    menyatakan:

    : ...

    Bermaksud :

    ... dan maka sesungguhnya Kadilah yang akan menentukan

    kadarnya dengan mengambil kira keadaan keduanya : dari sudut

    susah senang suami, keturunan isteri dan sifatnya

    [58] Berdasarkan pengamatan Mahkamah, keadaan kehidupan Plaintif dalam kes ini

    adalah sederhana begitu juga semasa hidup dengan Defendan yang mana Plaintif

    juga dilihat turut bekerja sebagai seorang guru dan selepas itu bersara dan

    bersama-sama membantu menguruskan kewangan klinik kepunyaan Defendan.

    Status kedudukan keluarga Plaintif juga bukanlah orang seorang yang bertaraf

    dalam masyarakat dan keadaannya tidak pula kaya tapi juga bukan miskin

    c. Tempoh perkahwinan dan kesengsaraan isteri.

  • 31

    [59] Perkongsian hidup di antara Plaintif dan Defendan dalam kes ini bermula dengan

    pernikahan pada 21hb. Mei 1967 dan penceraian pihak-pihak pada 14hb Oktober

    2002. Perceraian pihak-pihak adalah perceraian secara baik sebagaimana

    keputusan perbicaraan kes mal bil. : 10008-014-13/2002 yang bertanda P-2

    yang jelas menyatakan bahawa penceraian pihak-pihak adalah di bawah

    peruntukan seksyen 47 EUUKIS. Berdasarkan fakta ini, Mahkamah mendapati

    bahawa tempoh perkahwinan di antara mereka telah mencecah usia lebih kurang

    35 tahun.

    [60] Merujuk kepada Kes Timah lwn. Abdul Rahman, JH 14 (2), hlm. 297, Plaintif

    menuntut RM 100,800.00 sebagai mutah dengan mengambil kira usia

    perkahwinan selama 25 tahun yang dikira sebanyak RM 8.00 sehari. Jumlah

    tersebut tidak dipersetujui oleh Defendan. YA Hakim Bicara mengambil kira

    Plaintif yang terpaksa tinggal di rumah saudara mara sehingga kes selesai. Dia

    juga mungkin menerima prasangka buruk daripada masyarakat akibat penceraian

    tersebut. Jumlah mutah yang dibenarkan ialah 1/3 daripada jumlah yang dipohon.

    [61] Manakala bagi kes Safiyya lwn. Ruzainee, JH 16 (1), hlm. 29, Plaintif menuntut

    mutah sebanyak RM 41,052.50 iaitu RM 7.50 sehari selama 15 tahun. Y.A

    Hakim bersetuju dengan kiraan tersebut dan memerintahkan bayaran mutah

    sebanyak RM 27,373.00 selama 15 tahun kahwin dengan kadar RM 5.00 sehari

    dengan mengambil kira kemampuan Defendan yang bekerja sebagai arkitek dan

    lamanya tempoh perkahwinan.

    [62] Jika dirujuk kepada penghakiman kes Ida Hidayati Binti Taufiq lwn. Ahmad

    Shukri Bin Kassim sebagaimana dijelaskan di atas, tempoh perkahwinan yang

    diambilkira oleh Mahkamah adalah selama empat (4) tahun. Bagi kes tersebut,

    Plaintif memohon kadar mutah dikira kadar 1/3 daripada pendapatan tahunan

    Defendan dan jumlah tuntutan Plaintif adalah RM 144,000.00. Cara pengiraan itu

    ditolak oleh Mahkamah, bahkan Mahkamah hanya menetapkan kepada RM

    48,000.00 sahaja sebagai mutah untuk Plaintif. Selepas Defendan

  • 32

    mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah, jumlah tersebut

    dikurangkan kepada RM 24,000.00.

    [63] Mahkamah ingin menekankan di sini bahawa tiada formula pengiraan yang tetap

    ataupun jelas dalam menentukan sesuatu jumlah mutah itu diperolehi dari kiraan

    tempoh suatu perkahwinan. Mutah bukanlah dihasilkan dengan formula tertentu

    dan bukanlah berasaskan formula matematik. Ianya adalah berdasarkan budibicara

    ataupun ijtihad Hakim. Tiada nas yang jelas bagaimana nilaian mutah ini

    ditentukan. Oleh itu, penentuan kadar mutah ini adalah termasuk dalam perkara

    budibicara seorang Hakim. Mahkamah merujuk kes Suraiya Binti M. Shafie lwn.

    Abd Shukor Bin Mohd Hashim kes Mal Bil. : 05100-016-0489-2006 (kes belum

    dilaporkan) YA Hakim Tuan Mohd Nadzri Abdul Rahman telah memutuskan

    seperti berikut :

    Jumlah mutah sebanyak RM70, 000 adalah lebih munasabah

    melihatkan kepada purata pendapatan bulanan Defendan dan

    jumlah tersebut bagi mengubat duka bekas isteri yang

    diceraikan.

    [64] Soal budibicara Hakim dalam penentuan kadar mutah ini wujud apabila

    perselisihan berlaku antara pihak-pihak atau tiada persetujuan. Ini dijelaskan di

    dalam kitab Ianat al-Talibin, Juzu 3, hlm. 356 :

    . : . ) :

    :

    Bermaksud :

    Jika keduanya berselisih tentang kadar mutah maka hakim perlu

    menetapkan kadarnya iaitu dengan ijtihadnya dengan

    mengambilkira hal kedua-duanya sewaktu berpisah

  • 33

    [65] Berkaitan dengan isu kesengsaraan yang dialami oleh pihak isteri, Mahkamah

    mendapati bahawa oleh kerana sifat dan konsep mutah bukan sebagai suatu

    bentuk pampasan, faktor kesengsaraan tersebut bukanlah perkara utama dalam

    penentuan kadar mutah, namun ianya wajar diambilkira kerana mutah juga

    adalah sebagai satu perkara yang mengembirakan hati isteri yang telah diceraikan.

    Dalam kes Ida Hidayati Binti Taufiq lwn. Ahmad Shukri Bin Kassim, Y.A

    Hakim berkata :

    Setelah mengambil kira lama tempoh perkahwinan dan

    kesengsaraannya yang menjadi sejarah titik hitam yang mungkin

    tidak dapat dilupakan seumur hayatnya.

    [66] Antara tujuan mutah juga ialah untuk mententeramkan perasaan isteri apabila

    diceraikan. Oleh itu dengan mengambil kira kesengsaraan yang dialami oleh isteri

    juga adalah wajar dalam menentukan kadar mutah. Mengenai kesengsaraan yang

    dialami Plaintif ini, dilihat melalui pernyataan tuntutannya di perenggan 7 yang

    mana selama tempoh 13 tahun Defendan berada di luar negara Plaintif telah

    ditinggalkan tanpa sebarang nafkah dan Plaintif sendiri terpaksa menyara

    kehidupannya bersama seorang anak dengan bergantung kepada sumber

    pendapatannya sebagai guru dan berniaga sambilan. Hal ini turut disokong oleh

    keterangan Defendan ketika perbicaraan bertarikh 5hb. Februari 2014. Di

    perenggan 17 Pernyataan Tuntutan Plaintif juga ada menyatakan dalam tempoh

    perkahwinan, Defendan telah beberapa kali bernikah dengan wanita lain tanpa

    pengetahuan pihak Plaintif dan tidak melaksanakan giliran bermalam dengan adil

    sehingga menyebabkan Plaintif hilang sabar dan mengalami tekanan perasaan.

    [67] Oleh itu sepertimana yang telah dijelaskan oleh Mahkamah, Mahkamah dengan

    ini berpuashati untuk memutuskan jumlah mutah yang munasabah yang perlu

    dibayar oleh Defendan kepada Plaintif adalah sebanyak RM 2,000.00 setelah

    melihat kepada faktor tempoh perkahwinan pihak-pihak, kemampuan Defendan

  • 34

    dan juga bagi mengubat hati Plaintif akibat menanggung kesengsaraan serta akibat

    daripada penceraian.

    [68] Memandangkan pembuktian pendapatan bulanan Defendan adalah kabur, maka

    Mahkamah dengan ini memohon kebenaran pihak Plaintif supaya Defendan

    bersumpah Yamin Nafi berkenaan penafian Defendan tentang pendapatannya

    berjumlah RM10,000.00 sebulan ketika masa penceraian.

    [69] Oleh kerana Defendan telah bersumpah nafi, maka Mahkamah menerima

    dakwaan Defendan dalam kes ini. Mahkamah menerima dakwaan Defendan

    berkenaan pendapatannya semasa bercerai dengan Plaintif adalah kurang

    RM500.00 sebulan. Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini akan

    memutuskan satu jumlah mutah yang wajar berdasarkan kemampuan dan jumlah

    pendapatan Defendan tersebut.

    KEPUTUSAN

    Setelah Mahkamah meneliti Saman bertarikh 1hb. Mac 2005 dan Pernyataan Tuntutan

    Plaintif bertarikh 27hb Disember 2002 serta mendengar keterangan lisan Plaintif,

    Defendan, saksi-saksi serta setelah meneliti Hujahan Bertulis Peguam Plaintif bertarikh

    27hb. Mac 2014 bersama Hujahan Balas bertulis Peguam Syarie Defendan bertarikh

    21hb. Mei 2014 serta setelah Defendan bersumpah Yamin Nafi, maka dengan ini

    Mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut :

    1) Mahkamah meluluskan tuntutan mutah Plaintif berdasarkan peruntukan seksyen

    58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [EUUKIS

    2003].

    2) Mahkamah memerintah Defendan membayar sebanyak RM 2,000.00 sebagai

    bayaran mutah dan saguhati perceraian kepada Plaintif.

  • 35

    3) Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) bulan mulai dari tarikh hari

    ini.

    4) Kos bagi kes ini ditanggung oleh masing-masing.

  • 36

    BORANG 1

    Amalan Sumpah Mahkamah Syariah

    (Amalan 8(1)(b))

    Lafaz Sumpah Syarie Al-Muddaa `Alaih (Yamin Nafi)

    Wallahi, Wabillahi, Watallahi, demi Allah aku Mohd Taha Bin Wan Ahmad (No.K/P:

    290730-07-5003) bersumpah dengan nama Allah bahawasanya aku menafikan tuntutan

    Al-Muddai iaitu Jaiton Bee @ Zaitun Bee Bt Mohd Yaacob berhubung dengan

    dakwaan jumlah pendapatan aku sebanyak RM10, 000.00 sebulan semasa penceraian

    antara aku dengan plaintif berlaku. Pada masa itu, pendapatan aku hanya lebih kurang

    RM500.00 sebulan sahaja.

    Dan jika aku berdusta pada sumpah aku nescaya dimurkai Allah dan laknat-Nya di atas

    aku dunia dan akhirat.

    Bertarikh pada 9 hari bulan Julai tahun 2014.

    .

    Tandatangan Orang Yang Bersumpah

    Di hadapan :

    ..

    ( Tandatangan Hakim )