35

Isu pendidikan di malaysia

  • Upload
    mickgun

  • View
    4.528

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

  • 1. 9-10-2013

2. KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN Kepelbagaian kaum yang wujud didalam bilik darjah di Malaysia adalah satu gambaran sebenar tentang kepelbagaian budaya dan bahasa dalam masyarakat. Kepelbagaian ini telah menimbulkan beberapa isu penting di dalam bilik darjah. 3. Sistem dan falsafah pendidikan telah lama bermula sejak zaman dahulu lagi. Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai satu aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran dimana meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal. Pendidikan juga merupakan satu usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya dalam usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. 4. Manakala pendidikan pelbagai budaya atau kaum boleh dikatakan sebagai sebuah struktur pendidikan, komitmen, dan proses yang menggambarkan realiti budaya majmuk di Malaysia. Kepelbagaian kaum atau budaya kadang kala dilihat menjadi satu bentuk ketaksamaan peluang dalam pendidikan. 5. Kepentingan pendidikan pelbagai budaya membantu dalam memahami budaya sesuatu kaum. Namun begitu masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih memerlukan usaha yang lebih dan berterusan dalam menjamin pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat. 6. Faktor-Faktor Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia Malaysia merupakan sebuah Negara yang lahir daripada kelompok masyarakat yang berbilang etnik sepeti Melayu, Cina, India , kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta masyrakat orang asli yang menjadi kaum minoriti. Oleh yang demikian, tidak dinafikan akan terdapatnya perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya. Sekiranya dilihat daripada sudut pendidikan, kepelbagaian sosio- budaya itu merangkumi skop yang lebih luas, bukan sahaja dilihat dari segi ras, etnik, dan adat budaya. 7. Menurut Slavian ( 1997), kepelbagaian murid terdapat dalam tahap prestasi,kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya,, kelas sosial,, bahasa, jantina, bakat dan minat. Kepelbagaian antara murid ini akan memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 8. Konsep ketidaksamaan dapat ditakifkan sebagai satu pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain. Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan wujud sejak zaman dahulu dimana kelas sosial masyrakat dari sistem feudal muncul. 9. Pada zaman sekarang, faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik murid ialah seperti tahap ekonomi dan tahap kesihatan. Perbezaan antara murid miskin dan murid berada dapat dilihat dari segi kemudahan mendapatkan bahan-bahan rujukan, kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau makanan berkhasiat. 10. Murid berada tentunya akan memperolehi peluang yang jauh lebih baik. Selain itu,faktor kelas sosial seperti suasana tempat tinggal yang lengkap, struktur kekeluargaan juga memainkan peranan dalam pembentukan kelas sosial dalam masyarakat. Faktor jantina juga memainkan peranan dalam ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. 11. Ini kerana, kebanyakkan murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk memilih matapelajaran yang bersifat lebih kearah mereka. Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000) menyatakan bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segreagasi mengikut gender terutamanya dlam pendidikan sekolah menengah teknik atau vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi seperti di politeknik. Selain daripada faktor kelas sosial dan jantina, terdapat juga faktor daripada kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas. 12. Terdapat 2 kelompok yang dikatakan sebagai kumpulan minoriti didalam faktor ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia, kelompok yang pertama ialah dari kumpulan etnik dalam sesebuah masyrakat dimana kumpulan etnik ini mempunyai jumlah yang sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan etnik yang lain. Mereka adalah kaum Siam, Baba dan Nyonya serta masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebagainya. 13. Mereka ini tidak menerima pendidikan formal malah sebaliknya melalui keturunan ibu bapa mereka sahaja. Kaum Siam contohnya, mengalami masalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana tiada sekolah yang khusus seperti SK, SKJC atau SKJT. Mereka hanya mempunyai pilihan untuk menghantar anak ke salah satu pilihan sekolah tersebut. 14. Kelompok yang kedua ialah kumpulan minoriti di sekolah yang dikategorikan sebagai kumpulan yang bersifat negatif. Tingkah laku mereka yang bermasalah boleh menggugat ketenteraman sekolah walaupun mereka dikategorikan sebagai kumpulan minoriti. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif lain supaya mereka ini tidak mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah. 15. Isu-Isu Utama Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia Melihat kepada sejarah negara, pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal hanya tertumpu kepada pembinaan sekolah di kawasan bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi. Namun pada masa yang sama peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman amat terhad. Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan wujudnya jurang dalam pendidikan, diantara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. 16. Kadar keciciran pelajar telah dikaji secara serius berdasarkan Laporan Murad yang membuat kajian penuh keatas masalah keciciran pelajar. Pada tahun 2002, Ketua Pengarah Pendidikan mengumumkan seramai 90 000 orang pelajar tidak dapat meneruskan persekolahan. 17. Setelah meneliti masalah tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati bahawa masalah kemiskinan, penceraian,dan ibu tunggal serta kesukaran menghantar ibu bapa di pedalaman untuk menghantar anak ke sekolah. Oleh yang demikian, Kemeterian Pelajaran Malaysia telah mengenalpasti beberapa jurang pendidikan yang membawa kepada ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. 18. Jurang yang utama ialah jurang diantara bandar dan luar bandar dimana ketaksamarataan dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di sekolah Orang Asli dan pedalaman. Jurang seterusnya ialah jurang digital iaitu perbezaan dari segi akses kepaada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi dan jurang antara murid. Jurang ini ialah jurang antara tahap pencapaian murid dimana kelemaha murid dalam menguasai 3 M. 19. Seterusnya ialah jurang anatara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dimana perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas. Namun begitu, isu yang utama dalam ketaksamaan peluang pendidikan ialah berkaitan dengan Orang Asli, Indigenous dan masyarakat pedalaman. 20. Orang Asli merupakan masyarakat yang tinggal di dalam atau pinggir hutan. Menurut Rusli Zaenal, (2002), keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka. Mereka disitu dirujuk sebagai Orang Asli. Hal ini menjadikan Orang Asli satu komuniti yang kaya dengan ilmu pengetahuan mengenai lama semulajadi. 21. Namun begitu, kadar keciciran di kalangan murid Orang Asli dalam pendidikan adalah yang tertinggi. Ini terbukti apabila pada tahun 2006 , Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengeluarkan laporan yang menunjukkan seramai 24.31% murid Orang Asli yang tidak meneruskan persekolahan setelah tamat tahun enam. Masalah ini perlu ditangani bersama selaras dengan dasar pendemokrasian pendidikan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada semua kanak-kanak mendapat peluang belajar yang sama rata. 22. Masalah ini mempunyai kaitan dengan taraf sosioekonomi yang rendah dalam kalangan Orang Asli. Kemampuan ibu bapa Orang Asli terbatas untuk menghantar dan menyekolahkan anak-anak mereka kerana beranggapan mencari nafkah lebih menjadi keutamaan dari mendapatkan pendidikan. Taraf ekonomi yang rendah juga menyebabkan kebanyakkan kanak-kanak Orang Asli menghadapi masalah kesihatan kerana tidak mendapat makanan yang seimbang. 23. Cara sebagai Seorang Guru untuk Menangani Isu Tersebut di dalam Bilik Darjah. Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini penting bila murid keluar dari sistem persekolahan kelak, mereka mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. 24. Untuk merealisasikannya, guru perlu menerapkan amalan-amalan berikut didalam bilik darjah.Bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran yang membantu keinginan murid untuk belajar. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga penting terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar belakang. 25. Guru perlu bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang terdapat di dalam kelas. 26. Guru juga harus mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan dan membuat kumpulan murid mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu berkumpulan dengan kaum Melayu sahaja. 27. Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak membantu mereka untuk mempelajari secar tidak langsung mengenai budaya kaum kaum lain. 28. Sekiranya di dalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial dikalangan murid, guru harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan. Guru harus bijak dalam menggalakkan murid murid untuk bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya. Guru juga dapat menerapkan nilai murni didalam kelas yangmempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan. 29. Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan dari menyentuh atau mempertikaikan amalan kepercayaan murid. Ini penting sekiranya seorang guru itu mempunyai murid berketurunan Orang Asli yang mengamalkan amalan nenek moyang mereka. Guru perlu memikirkan dan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak tersinggung. 30. Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai kepercayaan, guru perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu sebagai contoh kerana dikhuatiri akan menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh itu, guru perlu mengetahui dan mengkaji latar belakang murid agar perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan semua kepercayaan, nilai, dan agama murid. 31. Guru harus bijak bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi dimana berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang melibatkan kaum yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan jantina. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk melihat masalah dari sudut pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi pengantara apabila konflik menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan kerjasama dalam kehidupan dan pembelajaran di sekolah. 32. Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yang melibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guru perempuan bias kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan kerana akan wujudnya jurang diantara murid. Guru sememangnya harus mengelakkan dari melakukan perkara-perkara begini. 33. Selain itu, dalam sesetengah matapelajaran, wujud ketaksamaan peluang antara pelajar permpuan dan pelajar lelaki seperti matapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan menjadi kebiasaan, kebanyakan murid lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat melibatkan lebih ramai murid perempuan. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki. 34. TERIMA KASIH