Isu-Isu Semasa Dalam Penguatkuasaan Undang-undang Syariah

Embed Size (px)

Citation preview

ISU-ISU SEMASA DALAM PENGUATKUASAAN UNDANGUNDANG SYARIAH

(Cabaran dan Permasalahan)BY Y.A IBRAHIM DERIS Mahkamah Syariah Putrajaya 24hb.mei 2007

SKOP PERBINCANGANPENDAHULUAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DI MALAYSIA PENGUATKUASA AGAMA PERMASALAHAN DAN ISU ISU-ISU SEMASA CADANGAN

1-PENDAHULUAN

Penguatkuasaan Undang-undang Syariah di Malaysia adalah tiga gabungan komponen iaitu: a-Penguatkuasa b-Pendakwa c-Mahkamah Tujuan:Menegakkan undang-undang

Tugas penguatkuasaan adalah untuk menegakkan keadilan selain daripada mencegah kemungkaran. Menjadi fardu kifayah-kerana tuntutan kearah keadilan dan mencegah kemungkaran adalah suatu kewajipan dalam Islam.

2-UNDANG-UNDANG SYARIAH DI MALAYSIASebelum kedatangan penjajah Semasa penjajahan Kedudukan undang-undang Syariah dalam perlembagaan(selepas Merdeka)

perbincangan adalah berkaitan dengan undang-undang yang dikanunkan.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan: 1- Islam Agama Persekutuan 2- Ketua Agama Jadual kesembilan- Senarai 2(senarai Negeri) Hukum syarak dan Undang-undang Keluarga bagi yang menganut Agama Islam terletak di bawah bidangkuasa Negeri, kecuali Wilayah Persekutuan.

Mengadakan dan menghukum kesalahankesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rukun-rukun Islam kecuali perkara-perkara termasuk dalam senarai Persekutuan. Menubuhkan Mahkamah Syariah dan bidangkuasanya hanya setakat yang di benarkan oleh Perlembagaan.

Akta Mahkamah Syariah Bidangkuasa Jenayah 1965 (pindaan) 1984: Memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah menjatuhkan Hukuman seperti berikut : a-Penjara maksimum 3 tahun b-Denda maksimum Rm 5000.00 c-Sebatan maksimum 6 rotan.

Perkara 121(1A)Memberi kuasa sepenuhnya kepada Mahkamah Syariah tampa boleh diganggu oleh Mahkamah Sivil. Berdasarkan Peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan ini lah Undang-undang Syariah telah dibina.

UNDANG-UNDANG SYARIAH YANG TELAH DIKANUN

Antara undang-undang yang wujud dan digunapakai oleh Negeri-negeri untuk mentadbir Hukum Syarak ialah: a-Enakmen Pentadbiran b-Enakmen Keluarga Islam c-Enakmen Tatacara Mal d-Enakmen Kesalahan jenayah e-Enakmen Tatacara jenayah

Setiap Negeri telah mengkanunkan undang-undang kesalahan yang boleh di katogeri seperti berikut: -Akidah -Kesucian Islam dan Institusinya -Kesusilaan -Kekeluargaan -Pelbagai

MATLAMAT PENGKANUNAN UNDANG-UNDANGMenyelamat Negara dari ancaman kumpulan rosak aqidah Membentuk keluarga harmoni Membina masyarakat sejahtera Melahir cendekiawan agama Membina kekuatan ummah

3-PENGUATKUASA AGAMA

A-PERLANTIKAN Sek 79 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan; Majlis, atas syor Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan atau perkhidmatan bersama, seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agamadan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama.

Tugas Penguatkuasa adalah untuk menjalankan penyiasatan kesalahankesalahan yang dikanunkan di bawah Enakmen bertulis. Boleh melantik orang lain untuk membantu mereka

Dalam menjalankan tugas-tugas penyiasatan berkaitan kesalahan yang dikanunkan , Penguatkuasa Agama diberi kuasa seperti yang diperuntukkan di dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 seperti berikut: -Memanggil mana-mana orang ke pejabat penguatkuasa untuk tujuan penyiasatan;

sek 58

Kuasa menangkap sek 10 Kuasa mengeledah- sek 11 Kuasa memeriksa orang di tempat yang digeledah- sek 12 Kuasa untuk memecah buka tempat bagi maksud pembebasan- sek 13 Kuasa memeriksa orang yang ditangkapsek 15

Kuasa menyita senjata merbahaya- sek 16

Selain Penguatkuasa Agama, Pegawai Polis dan Pegawai Masjid diberi kuasa menangkap tanpa waran dan tanpa perinta Mahkamah mana-mana Orang Islam yang melakukan kesalahan. sek 18

Pegawai Masjid ialah mana-mana orang dilantik di bawah sek. 100 Enakmen Pentadbiran Agama Islan Negeri Sembilan. sek 100(2) Walau apa pun subseksyen (1),

bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Besar atas nasihat Majlis, Imam dan Bilal hendaklah dilantik -samada penkhidmat Awam Negeri atau Persekutuan atau perkhidmatan bersama.

Tangkapan oleh Pegawai Masjid, tanpa kelengahan yang tidak perlu; hendaklah membawa orang yang ditangkap itu samada kepada: Pegawai Penguatkuasa Agama atau; Pegawai Polis. -Hendaklah ditangkap semula oleh Penguatkuasa atau Polis itu. Sek. 20

4-PERMASALAHAN DAN ISU

1-PENTADBIRAN a-Pengasingan Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan: -Perlantikan dan fungsi berbeza -Kebanyakan Negeri masih meletakkan di bawah satu Bahagian yang sama -Prinsip yang digunapakai oleh Polis dan Pendakwa Raya wajar di contohi.

b-Bilangan anggota Penguatkuasa: Merujuk Rekod (2005) yang diperolehi daripada JAKIM, bilangan Pegawai dan Kakitangan Bahagian Penguatkuasa Agama Islam Negeri adalah seperti berikut: Johor Melaka Negeri Sembilan 71 22 29

Selangor Wilayah Persekutuan Perak Kedah Pulau Pinang Perlis Pahang

118 26 16 6 21 4 17

Terengganu Kelantan Sabah Sarawak Jumlah

21 69 29 27 476

c-Skim Perkhidmatan dan Gred Jawatan tidak seimbang dengan tugas yang dijalankan. Gred yang ada sekarang: -Ketua Penguatkuasa bergantung kepada Negeri (52-48-44-41) -Pegawi 41 (bilangan tidak mencukupi) -Anggota sokongan lain(17 hingga 32)

d-Perkhidmatan Mengikut Negeri: -Tidak mempunyai ketua dan Agensi Pusat yang boleh merancang,memanggil, membiayai dan menjadi rujukan kepada hal ehwal penguatkuasaan Agama Islam; -Tidak ada penyelarasan antara Negeri; -Tidak ada spesifik tugas; -Kuasa terhad.

e-Ketua Perkhidmatan: -Satu Bahagian bawah Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri -Tumpuan kurang dapat diberikan ; -Kadang-kadang pegawai penguatkuasa perlu menjalankan tugas-tugas lain yang tidak ada kaitan boleh mengurangkan tumpuan terhadap tugas hakiki.

f- Keperluan logistik tidak mencukupi dan yang sedia ada amat tidak memuaskan; i- Kenderaan ii- Lain-lain peralatan untuk kegunaan penguatkuasaan iii- Peralatan saintifik iv- Suasana dan persekitaran

g- Penglibatan Pegawai-pegawai Masjid untuk tugas penguatkuasaan ; - Latihan tidak diberikan dengan sewajarnya; -Tugas sebagai penguatkuasa tidak dinyatakan dalam tauliah.

2-Kepakaran a- Latihan tidak diberi secukupnya

kepada Penguatkuasa sebelum diberikan tugas

b- Modul Latihan tidak dirancang dengan sempurna c- Kekurangan peruntukan kewangan d- Sering berlaku pertukaran-kehendak Jabatan-kenaikan pangkat.

3- SIKAP a- Budaya keustazan telah dominan dalam diri penguatkuasa- merasa rendah diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih berpangkat;

b- Keupayaan mengarah dan kepatuhan menerima arahan adalah terlalu lemah

e- Kurang kerjasama antara penguatkuasa dan pendakwa f- Tidak mahu mengambil risiko dan cuba mengelak daripada kes-kes yang agak mencabar dan nampak sukar.

5- ISU-ISU SEMASA

Ekoran daripada kelemahan yang wujud menyebabkan tindakan Penguatkuasaan sering di pertikaikan oleh pihak-pihak tertentu, antaranya: a-Wilayah Persekutuan; -Kes tangkapan di The Zouk Club -Kes tangkapan sembahyang dua Imam -Kes Rahim Razak

b- Terengganu; - Kes tangkapan ajaran sesat Aripin

c- Selangor; - Kes tangkapan pengikut-Bonjol - Kes Abdul Kahar mengaku Nabi - Kes tangkapan al-Arqam

- Antara isu-isu lain adalah berhubung dengan tindakan dan tingkah laku pegawai penguatkuasa yang tidak bermoral dan tidak profesional. Kenapa keadaan ini berlaku kepada pegawai penguatkuasa Agama yang di kenali dengan panggilan ustaz.

6- CADANGANa- Pengasingan Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan; b- Skim Perkhidmatan dan Gred perjawatan bersesuaian;

c- Penyelarasan Undang-undang yang digunapakai

d- Sediakan modul latihan yang bersesuaian; e- Peruntukan dan kelengkapan mencukupi;

f- Pembinaan budaya kepenguatkuasaan;

g- Memahami tanggungjawab Ketua Penguatkuasa dan penguatkuasa bawahan; h- Gunakan sepenuhnya kekuatan yang ada h- Peranan pegawai atasan

KESIMPULANSemua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung hendaklah memberi perhatian yang sewajarnya kearah memperkemaskan institusi penguatkuasaan.

Gunakanlah segala apa yang ada dengan sebaiknya dan tunjukan kepada pihak atasan bahawa penguatkuasa yang ada sekarang mampu melaksanakan tugas dengan baik jika diberi peluang sewajarnya. Bukti kehebatan hasil cemerlang.

SEKIAN, TERIMA KASIH, WASSALAM.