24
ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM NURF ARAHEEN BINTI MOHD NASIR Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitif) Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK (2011)

ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

NURF ARAHEEN BINTI MOHD NASIR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

(Sains Kognitif)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

(2011)

Page 2: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

I""" ,

PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SA W. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT yang memberi kekuatan kepada saya bagi menyiapkan projek ini.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih terutamanya kepada penyelia projek, Dr. Zaimuariffudin Shukri b. Nordin di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau bagi menyiapkan projek ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya, En. Mohd Nasir dan Pn. Saliha yang sentiasa menjadi sumber inspirasi dan memberi sokongan sepanjang menyiapkan projek ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan baik yang sentiasa sedia membantu dan memberi semangat sepanjang melaksanakan projek ini.

Page 3: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

lSI KANDUNGAN

Penghargaan lsi Kandungan Senarai Gambarajah Abstrak Abstract

BABI-PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1.1 Falsafah 1.2 Falsafah Islam 1.3 Latar Belakang Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 Gambarajah 1.6 Kesimpulan

BAB 2 - SOROTAN KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan 2.1 Agama Islam 2.2 Falsafah

2.2.1 Ciri F alsafah 2.2.2 Persoalan Falsafah 2.2.3 Kategori Falsafah 2.2.4 Sejarah Falsafah di Tanah Melayu

2.3 Falsafah menurut Islam 2.3.1 Ciri Khas Falsafah Islam 2.3.2 Tokoh-tooh Falsafah Islam

2.4 Falsafah menurut Pandangan Barat 2.5 Materialisme 2.6 Dualisme 2.7 Naturalisme 2.8 Kesimpulan

Muka surat

11

IV

V

VI

1 1 2 6 8 8 9

10 10 11 12 13 14 15 16 18 19 21 21 23 24 25

11

Page 4: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

jiii '*

BAB 3 KAEDAH KAJIAN

3.0 Pengenalan 26 3.1 Bentuk Kajian 27 3.2 Bahan Kajian 28 3.3 Kaedah Kajian 28 3.4 Limitasi Kajian 29 3.5 Kesimpulan 29

BAB 4 - PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan 30 4.1 N aturalisme 30

4.1.1 Konsep Manusia 30 4.1.2 Kejadian Manusia Berdasarkan Sumber AI-Quran 31 4.1.3 Kejadian Manusia Pertama 39 4. 1.4 Ciri-Ciri Keistimewaan Manusia 40 4.1.5 Kejadian Manusia mengikut Falsafah Barat 40 4.1.6 Teori Evolusi 41

4.2 Materialisme 43 4.2.1 Fahaman Materialisme menurut Barat 43 4.2.2 Fahaman Materialisme berdasarkan Islam 43

4.3 Dualisme 46 4.3.1 Fahaman Dualisme menurut Barat 46 4.3.2 Fahaman Dualisme menurut Islam 47

4.4 Kesimpulan 48

BAB 5 - KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 49 5.1 Perbezaan di antara Falsafah Islam dan Falsafah Barat 49 5.2 Isu-isu yang bertentangan antara Falsafah Islam dah Falsafah Barat 50

5.2.1 Isu Ketuhanan 50 5.2.2 Isu Kebendaan 52 5.2.3 Isu kejadian Manusia 54

5.3 Persamaan antara Falsafah Islam dan Falsafah Barat 55 5.4 Limitasi Kajian 57 5.5 Cadangan 57 5.6 Kesimpulan 57

RUJUKAN 59

III

Page 5: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

'" F

SENARAIGAMBARAJAH

Gambarajah 1: Fa1safah Islam dan Cabangnya Gambarajah 2: Model Interaktif Analisis Data Kualitatif

SENARAI AYAT-AYAT AL-QURAN

Muka surat

8 28

BABI-PENDAHULUAN

Surah an-Nahl Surah al-Baqarah

BAB 4 PERBINCANGAN

Surah an-Nahl Surah al-Qiyamah Surah al-Mukminun Surah al-Insan Surah as-Sajdah Surah aI-Hajj Surah a1-A1aq Surah al-Mukminun Surah as-Sajdah Surah an-Najm Surah an-Nisa' Surah as-Sajdah Surah al-Hijr Surah an-An'am Surah al-Qaaf Surah al-' Ankabut

BAB 5 KESIMPULAN

Surah an-An'am Surah al-Waqiah Surah a1-Humazah Surah at -T aubah Surah at-Tiin Surah al-A'la Surah as-Sajdah

16:125 2:269

16:4 75:37 23:13 76:2 32:8 22:5 96:2 23:14 32:9 53:45 4:1 32:7 15:29 6:106 50:16 29:46

6:162 56:1 104:1-4 9:103 95:4 87:2 32:9

4 5

33 33 34 34 35 35 36 37 37 38 39 39 30 44 45 45

51 52 53 54 54 55 56

iv

Page 6: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

,. ....

ABSTRAK

ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

NURF ARAHEEN MOHD NASIR

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan antara isu-isu yang terdapat di dalam falsafah terutama yang berkaitan dengan falsafah minda. Ia juga akan mengkaji mengenai falsafah perbandingan sesuatu isu itu dan sudut pandangan Islam dan barat. Perbandingan antara kedua ini akan menghasilkan persamaan dan perbezaan mengenai sesuatu isu itu. Teon yang dikemukakan di dalam isu ini adalah mengenai dualisme, materialisme, dan Darwin. Huraian mengenai teori menunjukkan sebahagiannya boleh diterima dan ada sebahagian lagi yang bertentangan dengan Islam. Kajian ini adalah kajian yang berpaksikan Islam sebagai penanda aras. Isi-isi yang berkenaan dan sesuai dengan Islam diterima di dalam kajian ini walaupun ianya adalah dari falsafah barat. Teori dualisme adalah bersesuaian dengan Islam dan juga barat sementara teon materialisme bertentangan dengan Islam kerana lebih mementingkan aspek material tanpa ada nilai roh atau kerohanian.

v

Page 7: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

'" 1'"

ABSTRACT

EXAMINE THE ISSUES IN THE WESTERN PHILOSOPHICAL POINT OF VIEW ISLAM

NURFARAHEEN MOHD NASIR

This study aimed to compare the issues in the philosophy, especially which related to the philosophy ofmind. It will also examine the comparative philosophy ofan issue from the vieHcpoint of Islam and the West. Comparison between the vieHcpoint of Islam and the West -would result in similarities and differences on that issue. The theory is set out in this issue are about the dualism, materialism, and Darwin. The description of the theory shows some acceptable and some more are in conflict with Islam. This research is centered on the study ofIslam as a benchmark. Fill-relevant content, and in accordance with accepted L",lam in this study even though they are from Western philosophy. The theory of dualism is compatible with Islam and the west while the materialism theory opposed from Islam because the material aspects is more importantfor materialist without any soul or spiritual value.

VI

Page 8: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

t'

BABI

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini mempunyai dua bahagian yang membincangkan secara umum

mengenm falsafah Islam dan falsafah barat. Di dalam bahagian ini Juga

membincangkan permasalahan yang berkaitan antara kedua-dua falsafah.

1.1 Falsafah

Perkataan "falsafah" berasal dari bahasa Greek (Y unani) mengandungi dua

sukukata, iaitu philo yang membawa maksud cinta, dan sophia membawa maksud

hikmat (Abdul Jalil, 1979). Apabila kedua-dua sukukata ini dicanturnkan akan

menjadi Philosophia yang membawa erti cintakan hikmat. Perkataan ini te1ah

digunakan secara meluas oleh orang Arab dan Islam dengan mengubah sedikit

pada bunyinya sehingga menjadi falsafah, dan ahli-ahli yang terlibat dalam bidang

ini digelar failasuf Dalam bahasa Inggeris perkataan Philo sophia ini disebut

Philosophy, dan individu yang mahir dalam ilmu ini disebut Philosopher (Abdul

Jalil, 1979).

Menurut pakar-pakar bahasa, perkataan philosophia mula digunakan kira­

kira dalam abad ketujuh sebelum Masihi. Individu yang mula-mula menggunakan

1

Page 9: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

perkataan ini ialah seorang ahli falsafah berbangsa Greek bernama Pythagoras

yang dilahirkan dalam 588 sebelum Masihi (Abdul Jalil, 1979). Perkataan

Philo sophia ini wujud disebabkan peningkatan kegiatan-kegiatan yang melibatkan

pemikiran yang begitu pesat pada mas a itu, menyelidik dan membahaskan rahsia­

rahsia kejadian alam, persoalan metafisika dan masalah-masalah yang berhubung

dengan persoalan etika.

Falsafah adalah bidang ilmu yang te1ah wujud bersamaan dengan

kewujudan manusia ke dunia ini, namun falsafah sebagai satu ilmu hanya bermula

pada zaman permulaan Yunani Kuno di Eropah pada permulaan abad. Bidang

perbahasan falsafah adalah sangat luas, ia meliputi perbahasan dan perbicaraan

tentang segala benda hidup yang wujud di alam ini, sarna ada berkaitan manusia,

binatang ataupun alam sekitar serta makhluk hidup yang lain. Perbahasan falsafah

akan kembali kepada pertanyaan yang penuh keraguan seperti 'Siapakah pencipta

alam iniT , 'Siapakah yang menggerakkan tangan?' atau 'Siapakah tuan punya

keindahan alam ini?'. Semua pertanyaan ini menembusi ruang metafizik yang

tidak dapat ditembusi oleh lima pancaindera yang lain, hanya pancaindera keenam

yang dapat menembusi ruang tersebut iaitu dengan cara berfikir dan menggunakan

akal sebaik-baiknya.

Falsafah merupakan induk kepada segala ilmu, kerana itulah para tokoh

Yunani yang terkenal sebagai filosuf agung, seperti Socrates, Aristotle dan Plato

terus diikuti dan banyak buku-buku karangan mereka menjadi rujukan oleh para

mahasiswa sehingga kini.

1.2 Falsafah Islam

Sebelum kelahiran Islam, tiada istilah falsafah di Tanah Arab. AI-Ghazali,

seorang tokoh fldsafah Islam menegaskan ilmu kalam tidak dapat menghasilkan

kesan pernik iran falsafah Islam yang sebenar walaupun para ahli ilmu kalam cuba

menyakinkan peranan akal, namun mereka sendiri tidak terdaya untuk mencapai

kebebasan akal yang sebenar (Mahmud Hamdi, 1993). Falsafah Yunani yang

2

Page 10: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

F ,.

diterjemahkan ke dalam bahasa Arab mempunyai pengaruh yang besar terhadap

pemikiran Islam. Pada ketika itu, falsafah dilihat sebagai salah satu cara yang

dapat membuka pandangan baru kepada pemikiran yang lebih kritis dan logik

tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya dalam bidang

ketuhanan.

Dalam bidang ketuhanan mereka telah membuat keputusan, kesimpulan dan

rumusan hanya mengikut sangkaan dan andaian sahaja. Al-Ghazali menolak

sekeras-kerasnya aliran falsafah sezaman beliau dan telah membuat kritikan yang

keras dan hebat (Mahmud Hamdi, 1993). Di sebalik motifkritikan beliau itu yang

bukan sahaja berusaha untuk membasmi ajaran falsafah yang merosakkan akidah,

malah kritikan beliau juga mempunyai motif atau dorongan yang bersifat falsafah.

Beliau merasakan bahawa ahli falsafah yang lain tidak dapat memelihara kesucian

akal kerana mereka tidak dapat mewujudkan syarat-syarat sebenar yang

diperlukan dalam bidang falsafah menerusi bidang ketuhanan. Mereka memaksa

akal manusia supaya menguasai sepenuhnya ke atas segala sesuatu kejadian

walaupun ianya mengorbankan akidah dan mengubah ajaran falsafah yang tidak

adil untuk kepentingan akidah. Namun, Al-Ghazali telah menjelaskan bahawa

huraian yang benar-benar tepat tentang falsafah Aristotle di kalangan bangsa Arab

hanya dapat diungkapkan oleh Al-Farabi dan Ibnu Sina (Mahmud Hamdi, 1993).

Hasil terjemahan daripada falsafah Aristotle oleh pemikir lain tidak sempurna dan

tidak tepat serta mengelirukan pembaca.

Menurut pemahaman Islam yang sebenar, falsafah merupakan satu usaha

untuk mencari kebenaran. Pencarian kebenaran maksud disebalik hakikat hidup

juga merujuk kepada falsafah dalam Islam. Hakikat hidup yang sebenar hanya

Allah sahaja yang mengetahuinya. Segala yang difikirkan menggunakan akal

fikiran sendiri merupakan falsafah individu itu sendiri dan jika tidak bersandarkan

kepada kitab Allah, adalah tidak benar, tidak mutlak dan hanya bersifat relatif

maka, timbullah pelbagai falsafah hasil pemikiran manusia seperti liberalisme,

idealisme dan kapitalisme. Jika sesuatu falsafah itu datangnya dari Allah, prinsip

dan matlamatnya adalah sarna (Mahmud Hamdi, 1993).

3

Page 11: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

f' .,..

Falsafah Islam ialah falsafah yang mencintai hikmat atau kebenaran

berteraskan wahyu, iaitu AI-Quran dan As-Sunnah. Maka apabila seseorang Islam

yang faham Islam memb incangkan mengenai falsafah, tidak kira sarna ada

falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya

tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam Sebaliknya, seorang Islam

yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu mendalami

falsafah lain daripada Islam, menjadikannya sangat susah untuk menerima

falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal

bertentangan dengan kehendak Islam.

Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam AI-Quran dengan maksud

yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Menurut surah An-Nahl ayat 125,

hikmah dapat membezakan antara yang hak dan yang batii.

Maksudnya:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang

baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat

dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.

(Surah an-NahI16:125)

Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "hikmah itu ialah

memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya". Ilmu diperlukan kerana ilmulah

penyuluh untuk mengenal dan memahami sesuatu perkara (Muhammad Nasir,

1978). Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. Menurut versi yang lain

4

Page 12: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

r

Muhammad Abduh mengatakan bahawa "hikmah itu ilmu yang benar yang

menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah."

Orang yang mempunyai hikmah ini digelar 'Hakeem'. Ia bermaksud orang

yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus

(Muhammad Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu

yang tinggi martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah:

Maksudnya:

Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa diberi

hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang

dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai aka1 sihat.

(Surah al-Baqarah 2:269)

Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan

setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. Ini

jelas seperti cerita Luqman aI-Hake em di dalam AI-Quran. Falsafah Islam cuba

mencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah berusaha mencari dan

berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa manusia dijadikan

oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian mereka

akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang

diberikan oleh Allah. lni adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah Az­

Zariyat, 30 AI-Baqarah, 72 AI-Ahzab, 172 Al-A'rafdan lain-lain.

5

Page 13: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

f

1.3 Latar belakang kajian

Para pemikir falsafah Barat tidak sepakat dalam memberikan definisi

agama. Mereka menyifatkan agama dari sudut yang berbeza. Hal ini

menyebabkan kefahaman mereka terhadap agama cetek dan tidak adil terhadap

Islam. Ahli falsafah terkenal memberikan definisi masing-masing, ada yang

mengatakan agama itu tidak lebih daripada konsep akhlak, ada juga yang

mengatakan agama itu sesuatu yang menyentuh hal-hal rohaniah sahaja, ada pula

yang mendefmisikan agama dengan upacara penyembahan. Pendapat-pendapat

tersebut bertentangan dengan agama Islam (Mohd Sulaiman, 1982).

Falsafah moden pada hari ini lebih menyerupai kepada falsafah barat

semasa zaman kebangkitan ahli-ahli falsafah seperti Socrates, Plato, AristotIes

dan Descartes. Terdapat banyak pertentangan atau perbezaan dalam perdebatan

yang berlaku antara falsafah Islam dan falsafah barat. Perbezaan ini telah

didedahkan sendiri oleh beberapa penulis sejarah falsafah dari Barat sendiri

seperti Oswal Ku1pe, profesor di beberapa Universiti Jerman dalam buku yang

bertajuk Penghantar Ilmu Falsafah, 1895 (Mohd Sulaiman, 1982); J. Dewey

da1am bukunya yang bertajuk Mencari Keyakinan (Mohd Sulaiman, 1982),

demikian juga daripada beberapa penulis sejarah falsafah Islam seperti Prof Dr.

Ahmad Amin, Dr. Naguib Mahfuz, Dr. Taufiq Tawil dan Prof Yusof Karam

dalam buku yang bertajuk Sejarah Falsafah Moden (Mohd Sulaiman, 1982).

Prof Yusof Karam (Mohd Sulaiman, 1982) merupakan seorang yang

berpengetahuan luas samada dalam ilmu pengetahuan atau pengalamannya, di

samping tegas dan mendalam dalam penyelidikannya telah men cat atkan:

"Kurun ke-16 merupakan satu kurun yang penuh dUst dengan

perlentangan, percanggahan, dan kesimpang-siuran dalam pemikiran.

hilang peraturan dan disiplin, putus ikatan agama dan pertalian

keluarga serta perhubungan sosial; fanatik kesllkuan dan perkauman

yang menjadi punca peperangan kerana menjaga kepentingan­

6

Page 14: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

F r

kepentingan golongan agama dan politik. Perkara yang menjadi

tegahan bias a telah menjadi harus dan halal demi keselamatan raja

dan pemerintah. Inilah di antara keistimewaan falsafah zaman

kebangkitan yang juga menjadi keistimewaan falsafah moden yang

dapat dikembalikan kepada dua sebab. Pertama, sikap egoisme yang

melampaui batas sarna ada dalam bidang kesusasteraan, agama atau

dalam bidang politik. Kedua, pemusatan yang berlebihan kepada

sains atau ilmu alat serta usaha untuk mempraktikkannya untuk

menambah keseronokan atau kemewahan hidup. Kesemuanya ini

telah mengesani falsafah yang dipisahkan dari agama. Di samping

itu, ada juga yang mencampur-adukkan beberapa aliran falsafah

yang berlainan dan bertentangan ke dalam satu acuan. Tetapi

generasi manusia masih tetap dalam kebimbangan dan hilang tempat

pegangan. Jikalau ada yang mempunyai pegangan tetapi kerap dan

cepat mengubah pegangan tersebut. "(m.sl?)

Prof Yusof Karam (Mohd Sulaiman, 1982) mengakhiri penulisannya

dengan satu hukuman yang tepat dengan kedudukan falsafah barat atau moden.

"Zaman sekarang sangat memerlukan kepada pembinaan falsafah

yang menjamin atau dijamin oleh agama dan akhlaq, te tap i

malangnya zaman sekarang tidak mempunyai syarat dan asas yang

cukup mengenai ilmu falsafah. memang tidak dinafikan segala usaha

telah dicurahkan sehabis-habisan te tap i binaan falsafah itu tidak

dapat berdiri dengan teguh dan kukuh selagi tidak didirikan atas asas

yang konkrit iaitu asas keimanan dan keprcayaan kepada aka!.

Falsafah moden sekarang terumbang-ambing antara penepian dan

keingkaran pada aka I, sebaliknya tunduk kepada kecetekan dan

kesulitan yang lahir dari kebendaan semata-mata. " (m.s 18)

7

Page 15: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

.. t

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji isu-isu falsafah mind a

menurut pandangan Islam berdasarkan beberapa kajian soalan.

1. Adakah terdapat perbezaan di antara falsafah Islam dan falsafah barat?

2. Adakah isu-isu yang terkandung dalam falsafah barat bertentangan

dengan Islam?

3. Adakah terdapat persamaan antara kedua-dua teori falsafah barat

dengan falsafah Islam?

1.5 Gambarajah

Allah

D Ma'arifat (Ghayah)

D Hikmat

~ ~ Haqiqat Haqiqat

Ketuhanan Kebaikan

/~ Cinta

D WasilaFalsafah ,/

lalan Akal lalan Hati

Gambarajah 1: Falsafah Islam dan cabangnya. (Mohd Sulaiman, 1982, m.s48)

8

Page 16: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

Berdasarkan falsafah menurut prmSlp agama Islam, falsafah diistilahkan

sebagai cintakan hikmat. Meurut Islam, hikmat terbahagi kepada dua iaitu

berdasarkan Ma'rifatu'Llah (haqiqat ketuhanan) dan juga Ma'rifatu'l-Khayr

(haqiqat kebaikan). Oleh kerana hikmat itu hanya kepunyaan dan kekuasaan pada

Allah S.W.T sahaja, maka manusia yang inginkan hikmat itu perlu mencintai dan

mempercayai kewujudan hikmat tersebut. Cinta di sini mempunyai pengertian

yang positif sebagai pemyataan dari rasa cinta iaitu daya usaha atau percubaan

manusia untuk mendapatkan hikmat. Hikmat atau nama lain ialah Ghayah atau

matlamat manakala falsafah pula dikenali sebagai nama Wasilah. Ertinya di sini,

Wasilah atau falsafah merupakan jalan atau asas manusia untuk mencintai,

mencari dan memburu Ghayah atau Hikmat. Falsafah berdasarkan prinsip agama

Islam (Mohd Sulaiman, 1982).

1.6 Kesimpulan

Bidang falsafah yang sebenar adalah bidang metafizik. Dalam bidang ini,

Islam menekankan akidah ketuhanan sebagai asas dalam intisarinya. Falsafah

yang menyisihkan unsur ketuhanan dan akhlaq, atau menyisihkan unsur

kebenaran adalah falsafah yang telah ke1uar dari keadaan falsafah itu sendiri. Ia

akan menjadi falsafah kebendaan yang akan me1ahirkan pertentangan atau

percanggahan dan kemudiannya akan menghasilkan perbalahan antara manusia.

Kesimpulan ini adalah selaras dengan falsafah berdasarkan prinsip agama Islam.

9

Page 17: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

T

BAB2

SOROTAN KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan

Bab ini mengandungi tiga bahagian yang menerangkan mengenai sorotan

kajian lepas yang berkaitan dengan falsafah barat serta teori-teori yang berkaitan

iaitu materialisme, dualisme serta naturalisme, falsafah Islam dan sedikit

penerangan mengenai Agama Islam.

2.1 Agama Islam

Perkataan agama, ugama atau igama, berasal dari bahasa Sanskrit yang

memberi maksud kepercayaan dan pegangan berkenaan ibadat dan perkara­

perkara ghaib seperti Tuhan dan hari kiamat (Abdul Jalil, 1979). Dalam bahasa

Inggeris, agama disebut sebagai religion yang berasal dari bahasa Latin iaitu

religio yang membawa maksud kepercayaan tentang Tuhan serta rendah diri.

Menurut Endang Saifuddin Anshari di dalam bukunya yang bertajuk Sains

Falsafah dan Agama menerangkan agama secara umumnya membawa maksud

suatu sistem kepercayaan terhadap adanya sesuatu yang mutlak di luar

kemampuan manusia. Menurut bahasa Arab, perkataan agama diterjemahkan

10

Page 18: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

,..

kepada "Ad-Din" yang bermaksud satu cara hidup yang ditentukan oleh Allah

S.W.T.

Agama Islam menurut Endang Saifuddin Anshari, ialah agama yang

diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasul-Nya untuk disampaikan kepada

manusia setiap masa. Agama Islam juga merupakan suatu sistem keyakinan dan

tata ketentuan Ilahi yang mengatur segala kehidupan manusia dalam pelbagai

hubungan, baik hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia sesama

manusia, atau hubungan manusia dengan alam lain. Agama Islam bersumberkan

kitab suci Al-Quran sebagai penyempurnaan wahyu-wahyu Allah S.W.T yang

ingin disampaikan kepada manusia. Menurut bahasa Arab, Islam bermaksud

tunduk atau patuh. Agama Islam merupakan agama yang tunduk dan patuh kepada

Allah S.W.T. Islam telah lahir dalam suasana Semenanjung Tanah Arab dipenuhi

dengan pelbagai corak agama.

Definisi Islam juga dapat difahami ketika Jibril dtg bertanya Rasulullah

tentang Islam: "Ceritakan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam" Rasulullah

menjawab "Engkau mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi

Muhammmad ialah pesuruh-Nya, mendirikan solat, mengeluarjkan zakat, puasa

bulan ramadhan dan menunaikan haji ke baitullah jika engkau mampu".

2.2 Falsafah

Menurut Al-Farabi seorang tokoh falsafah muslim terkenal sebagai penafsir

Aristotles mengatakan bahawa falsafah berasal dari bahasa Greek (Yunani) yang

dipinjam oleh bahasa Arab, iaitu berasal dari kata philo sophia. Philo bererti cinta

dan sophia bererti hikmah, dan oleh kerana itu philo sophia bererti cintakan

hikmah atau cintakan kebenaran. AI-Farabi (Ahmad Rafaai, 1994) juga

merumuskan, falsafah adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang maujud dan

bertujuan meyelidiki hakikatnya yang sebenar. Ahli-ahli falsafah membuat

banyak rumusan mengenai kandungan makna falsafah. Antaranya adalah seperti

(Ahmad Rafaai, 1994):

11

Page 19: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

T,

f :!

)0- Plato( 427sm-348sm)

Seorang ahli falsafah Yunani yang menyatakan falsafah tidaklah lain

daripada segala yang ada. Falsafah adalah ilmu pengetahuan yang berminat

mencapai kebenaran yang asH.

)0- Aristotles (382sm-322sm)

Falsafah menyelidiki sebab dan as as segala benda.

)0- Immanuel Kant (1724sm-1804sm) menyatakan bahawa falsafah ialah

ilmu pokok pangkal segala pengetahuan yang melibatkan empat persoalan

iaitu (Endang Saifuddin Anshari,1982):

,,( Apakah yang dapat kita ketahui?

Jawapan: Metafisika

,,( Apakah yang boleh kita lakukan?

Jawapan: Etika

,,( Sampai dimanakah pengharapan kita?

J awapan: Agama

,,( Apakah sebenarnya yang dinamakan sebagai manusia?

Jawapan: Antropologi

Drs. H. Hasbullah Bakry membuat rumusan bahawa ilmu falsafah adalah

ilmu yang menyelidiki sesuatu dengan mendalam mengenai ketuhanan, alam

semesta dan manusia sehingga dapat menghasilkan pengetahuan tentang

bagaimana hakikatnya sejauh yang yang dapat dicapai akal manusia dan

bagaimana sikap manusia itu seharusnya setelah mencapai pengetahuan itu

(Ahmad Rafaai, 1994).

2.2.1 Ciri Falsafah

Berfalsafah ertinya berfikir. T etapi tidak semua orang yang berfikir digelar

ahli falsafah atau filsuf Berfalsafah adalah berfikir secara bersungguh-sungguh

12

Page 20: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

T dengan ketentuan batas atau aturan. BerfIkir secara falsafah rnengandungi tiga

ciri, iaitu (Ahmad Rafaai, 1994):

~ Radikal

Radikal berasal daripada perkataan bahasa Yunani iaitu radix yang bererti

akar. Falsafah rnernerlukan corak pernikiran yang tajarn supaya dapat

berfIkir sedalarn-dalamnya kepada akar sesuatu rnasalah dan

rnenyelesaikannya dengan penuh tanggungjawab.

~ Sisternatik

BerfIkiran secara sisternatik bererti berfIkiran secara logik rnengikut

langkah atau susunan yang betul dan saling berhubung dengan teratuf.

~ Sejagat

Sejagat berrnaksud urnurn atau rnenyeluruh. Dalarn corak pernik iran ini,

pernikiran tidak terbatas pada bahagian-bahagian tertentu, tetapi

rnerangkurni keseluruhan persoalan. BerfIkir rnengenai rnanUSla, bukan

sahaja rnengetahui rnasyarakat Melayu, tetapi juga rnerangkurni rnasyarakat

benua Afrika, Eropah, India dan lain-lain.

2.2.2 Persoalan Falsafah

Persoalan atau rnasalah falsafah rnerupakan topik yang sering diperdebatkan

dalarn bidang falsafah. Persoalan falsafah sentiasa disifatkan sebagai soalan yang

sangat rurnit, dan rnernerlukan pernikiran yang bersungguh-sungguh untuk

rnenyelesaikannya. Sesuatu persoalan akan rnenjadi soalan falsafah apabila so alan

itu tidak dapat diselesaikan rnelalui kaedah kajian atau kaedah sains. Biasanya,

persoalan falsafah rnelibatkan persoalan yang berkaitan konsep, ideologi, dan juga

perkara-perkara lain yang abstrak. Contoh soalan falsafah adalah seperti:

~ Apakah kehidupan?

~ Apakah cantik?

13

Page 21: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

", Apakah yang dimaksudkan dengan kepandaian?

", Apakah ilmu pengetahuan?

Bidang falsafah memberikan nilai yang tinggi kepada so alan yang baik

ataupun nilai yang mempunyai nilai falsafah kerana soalan yang baik menjanjikan

jawapan yang baik. lni bermaksud soalan-soalan epistemologi yang ditanyakan

pada zaman dahulu seperti, "Apakah kebenaran? Apakah ilmu pengetahuan?"

sebenarnya pada zaman kini telah memajukan bidang sains dan tekno logi dimana

untuk mencari kebenaran, bidang sains dan teknologi perlu membuat kajian yang

teliti.

2.2.3 Kategori Falsafah

Falsafah dapat dikategorikan kepada lima bidang berdasarkan persoalannya,

iaitu (Mohd Sulaiman, 1982):

", Metafizik

Bidang falsafah illl memikirkan tentang kewujudan sesuatu.

Soalannya berbentuk.

../ Apakah jenis benda yang wujud?

../ Apakah sifat semulajadi(nature) benda tersebut?

../ Apakah yang dikatakan sedar?

../ Adakah Tuhan wujud?

", Epistemologi

Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Contoh

soalannya adalah seperti:

../ Apa itu pengetahuan?

../ Adakah ilmu pengetahuan benar-benar wujud?

../ Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu?

../ Bagaimana kita tahu terdapat minda yang lain?

14

Page 22: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

T )- Etika

Bidang falsafah ini memikirkan tentang kemoralan manusia. Antara

soalannya adalah:

./ Adakah terdapat perbezaan antara tindakan bermoral dan

tindakan yang salah? Jika ada, apakah perbezaannya? Tindakan

yang mana adalah betul dan tindakan mana yang salah? Adakah

nilai tersebut mutlak atau perbandingan semata-mata?

)- Logik

Logik merupakan satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan

manusIa.

)- Estetika

Bidang falsafah yang memikirkan tentang keindahan sesuatu. Contoh

soalannya adalah seperti:

./ Apakah itu indah?

./ Apakah cantik?

2.2.4 Sejarah Falsafah di Tanah Melayu

Kira-kira 450 tahun dahulu, ilmu falsafah telah sampai ke Tanah Melayu

melalui perantaraan orang Melayu yang pergi menuntut ke Mekah dan

mempelajari ilmu agama Islam. Sebelum itu, ilmu ini telah dipelajari di sebuah

sekolah tinggi di Palembang pada zaman kerajaan Sriwijaya. Kebanyakan

penuntut Melayu yang pergi ke Mekah menjadi ulama besar dan mufti di Mekah.

Selebihnya pulang ke tempat asal di kepulauan Melayu bagi mengembangkan

ajaran falsafah di samping ilmu-ilmu agama.

2.3 Falsafah menurut Islam

Apabila membicarakan mengenai falsafah Islam, persoalan apakah yang

dimaksudkan dengan falsafah Islam dan apakah falsafah Islam adalah falsafah

15

Page 23: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

T Arab. Pada dasarnya, para ahli tidak sependapat dalam memberikan nama

terhadap falsafah Islam, ada yang menamakannya falsafah Arab dan ada pula

yang menamakannya sebagai falsafah Islam kerana perbezaan sudut pandangan.

Kebanyakan tokoh sarjana ketimuran lebih cenderung dengan nama falsafah

Arab. Pendapat mereka berdasarkan dua alasan iaitu (Ahmad Rafaai, 1 994):

1. Jika menamakannya falsafah Islam, bererti sumbangan atau pendapat

orang-orang Arab yang bukan Islam dalam falsafah diketepikan dan

disingkirkan sama sekali. Sedangkan mereka berjasa dalam banyak bidang

terutamanya dalam bidang perubatan, fizik, kimia dan matematik.

11. Jika dinamakan falsafah Islam, buku-buku yang dicetak dalam bahasa

lain seperti Parsi dan Turki harus diasingkan.

Oleh kerana dua alasan ini, mereka sependapat menamakan Falsafah Arab

dan bukan Falsafah Islam. Sementara itu, golongan yang lebih cenderung untuk

menamakannya sebagai falsafah Islam mempunyai sebab-sebab dan hujah-hujah

yang tersendiri. Di antara penulis yang menyokong Falsafah Islam adalah (Ahmad

Rafaai,1994):

a. Shaykh Mustafa Abdul Raziq

"Falsafah ini telah diberikan oleh para ahlinya suatu

nama yang telah merupakan istilah di kalangan mereka,

sehingga kita tidak boleh lagi meninggalkannya dan

memperdebatkannya."(m. s24)

Falsafah Islam ini adalah nama asal yang diberikan oleh para Filosuf,

malah falsafah ini juga berkembang di dalam negara Islam, di kalangan

orang Islam tanpa mengira darjat dan keagamaannya, kerana perbicaraan

falsafah adalah perbicaraan yang berasaskan pemikiran dan tidak hanya

difokuskan kepada bangsa Arab sahaja.

16

Page 24: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM falsafah barat menurut... · Agama Islam . 2.2 . Falsafah . 2.2.1 . ... tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya

T b. Prof. Tara Cand

Beliau adalah Naib Canselor di salah satu Universiti di India. Menurut

beliau, istilah falsafah Arab adalah tidak tepat di atas alasan-alasan berikut.

./ Orang-orang yang menyumbang dalam pelbagai bidang falsafah

di dunia Islam bukan semuanya berbangsa Arab. Meskipun

sumber-sumber dalam falsafah ini ditulis dalam bahasa Arab,

tetapi bahasa-bahasa lain turut digunakan seperti bahasa Parsi .

./ Falsafah ini lahir dari keperluan Islam dan perdebatan

keagamaan yang pada dasarnya lahir berlandaskan akidah dan

tidak dianggap bebas kerana berkisar mengenai keagamaan.

Jika diperhatikan pendapat-pendapat para ahli di atas, maka perbezaan di

antara mereka hanyalah perbezaan daripada segi istilah sahaja, kerana

perkembangan pemikiran falsafah ill! semasa pemerintahan Islam dan berkait

rapat dengan pemikiran Islam.

Seandainya falsafah Islam yang dimaksudkan tersebut adalah merupakan

hasil pemikiran filsuf Arab semata-mata, maka pendapat ini tidak benar kerana

kenyataan telah menunjukkan bahawa Islam telah memberikan pedoman utama

berdasarkan al-Quran dan al-Hadis bahawa Islam adalah agama universal tidak

mengira kaum, bangsa dan keturunan, kesemua mereka turut memberikan

sumbangan yang berkesan terhadap perkembangan falsafah Islam (Ahmad

Rafaai, 1994).

Jika diperkatakan falsafah Islam adalah falsafah yang merupakan hasil

pemikiran kaum muslimin semata-mata, pendapat ini juga berlawanan dengan

sejarah, kerana sejarah telah mencatat bahawa ahli falsafah Islam juga telah

berguru dan mengambil maklumat dari falsafah barat seperti AI-Kindi yang

banyak dipengaruhi oleh Aristotles, Plato dan Neo-Platonisme.

17