14
Kursus “Pengurusan Harta Keluarga Siri 2020’ pada 8-9 September 2020 di IKIM ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh Tan Sri Dr. Ibrahim bin Lembut Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Dan Datuk Seri Dr. Md Zabid bin Hj Abd Rashid Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak 1.0 PENGENALAN Al-Mafqud, atau orang yang hilang merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu telah hilang dari tempat asalnya, terputus hubungan dan tidak diketahui akan nasibnya, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Isu perbincangan yang biasa menyentuh mengenai Al-Mafqud ini adalah berkaitan dengan pewarisan harta pusaka serta status perkahwinan bagi waris yang ditinggalkan. Bab pertama ini akan membincangkan mengenai definisi bagi Al-Mafqud berdasarkan pandangan para ulama, jenis-jenis Al-Mafqud serta sebab berlakunya orang yang hilang ini. Secara keseluruhannya, istilah Al-Mafqud ini merujuk kepada seseorang individu yang telah lama meninggalkan tempat tinggalnya, terputus beritanya untuk suatu tempoh yang lama dan tidak diketahui di manakah tempat tinggalnya, malah tidak diketahui sama ada dia masih hidup atau telah meninggal dunia. Jenis-Jenis ‘Orang Yang Hilang’ Dalam membincangkan perkara berkaitan dengan orang yang hilang atau Al-Mafqud ini, terdapat beberapa jenis atau kategori yang boleh dikaitkan dengan keadaan ini. Berdasarkan mazhab Syafie dan Hanafi, jenis-jenis Al-Mafqud ini terbahagi kepada satu kategori sahaja. Manakala bagi mazhab Maliki, Al-Mafqud ini boleh dikelaskan kepada empat jenis (Ahmad Tarmizi & Shahrul Ridhwan, 2013), iaitu: 1. Al-Mafqud di negara Islam, iaitu keadaan orang yang hilang ketika situasi wabak penyakit dan perkara-perkara lain. 2. Al-Mafqud di negara bukan Islam. 3. Al-Mafqud ketika peperangan antara orang Islam dengan orang kafir. 4. Al-Mafqud ketika peperangan sesama orang Islam. Perkara yang paling penting dalam Al-Mafqud ini adalah bagaimana seseorang yang hilang itu boleh dikelaskan sebagai mati bagi menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengannya seperti pewarisan harta pusaka dan status perkahwinan. Terdapat tiga jenis kematian yang utama yang telah ditetapkan oleh para ulama fekah (Mohd Muslim & Siti Mashitoh, 2016), iaitu: 1. Mati hakiki (kematian yang sebenarnya) 2. Mati hukmi (anggapan kematian berdasarkan keputusan hakim) 3. Mati takdiri (mati mengikut dugaan)

ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

  • Upload
    others

  • View
    23

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

Kursus “Pengurusan Harta Keluarga Siri 2020’ pada 8-9 September 2020 di IKIM

ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA

Oleh Tan Sri Dr. Ibrahim bin Lembut

Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Dan Datuk Seri Dr. Md Zabid bin Hj Abd Rashid

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak

1.0 PENGENALAN

Al-Mafqud, atau orang yang hilang merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu telah hilang dari tempat asalnya, terputus hubungan dan tidak diketahui akan nasibnya, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Isu perbincangan yang biasa menyentuh mengenai Al-Mafqud ini adalah berkaitan dengan pewarisan harta pusaka serta status perkahwinan bagi waris yang ditinggalkan. Bab pertama ini akan membincangkan mengenai definisi bagi Al-Mafqud berdasarkan pandangan para ulama, jenis-jenis Al-Mafqud serta sebab berlakunya orang yang hilang ini.

Secara keseluruhannya, istilah Al-Mafqud ini merujuk kepada seseorang individu yang telah lama meninggalkan tempat tinggalnya, terputus beritanya untuk suatu tempoh yang lama dan tidak diketahui di manakah tempat tinggalnya, malah tidak diketahui sama ada dia masih hidup atau telah meninggal dunia.

Jenis-Jenis ‘Orang Yang Hilang’

Dalam membincangkan perkara berkaitan dengan orang yang hilang atau Al-Mafqud ini, terdapat beberapa jenis atau kategori yang boleh dikaitkan dengan keadaan ini. Berdasarkan mazhab Syafie dan Hanafi, jenis-jenis Al-Mafqud ini terbahagi kepada satu kategori sahaja. Manakala bagi mazhab Maliki, Al-Mafqud ini boleh dikelaskan kepada empat jenis (Ahmad Tarmizi & Shahrul Ridhwan, 2013), iaitu:

1. Al-Mafqud di negara Islam, iaitu keadaan orang yang hilang ketika situasi wabak penyakit dan perkara-perkara lain.

2. Al-Mafqud di negara bukan Islam. 3. Al-Mafqud ketika peperangan antara orang Islam dengan orang kafir. 4. Al-Mafqud ketika peperangan sesama orang Islam.

Perkara yang paling penting dalam Al-Mafqud ini adalah bagaimana seseorang yang hilang itu boleh dikelaskan sebagai mati bagi menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengannya seperti pewarisan harta pusaka dan status perkahwinan. Terdapat tiga jenis kematian yang utama yang telah ditetapkan oleh para ulama fekah (Mohd Muslim & Siti Mashitoh, 2016), iaitu:

1. Mati hakiki (kematian yang sebenarnya) 2. Mati hukmi (anggapan kematian berdasarkan keputusan hakim) 3. Mati takdiri (mati mengikut dugaan)

Page 2: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

2

Orang yang hilang ini sebenarnya mempunyai dua keadaan yang utama, iaitu masih hidup, atau telah meninggal dunia. Kedua-dua keadaan ini adalah penting bagi menentukan hukum-hukum yang berkaitan dengannya seperti untuk pewarisan harta

dan status perkahwinan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu tidak dapat dipastikan sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia, maka penentuan jangka masa waktu untuk mencarinya haruslah ditetapkan oleh ijtihad hakim (Mohamed Hadi, 2014). Sekiranya seseorang yang hilang itu telah diberi suatu anggapan kematian (mati hukmi) berdasarkan keputusan hakim mahkamah, maka ia akan membenarkan urusan-urusan lain yang berkaitan dengannya untuk diselesaikan.

Sebab Berlakunya ‘Orang Yang Hilang’

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada situasi orang yang hilang ini. Berdasarkan hasil tulisan Victoria Gregory (2008) dalam artikelnya, iaitu Types of Missing Persons Cases, sebab-sebab ini boleh dikelaskan kepada empat kategori utama, iaitu:

1. Lari dari rumah 2. Hilang perhubungan (terputus hubungan dengan keluarga) 3. Penyakit mental 4. Jenayah

Sementara itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula telah menyatakan pelbagai sebab serta faktor yang boleh membawa kepada keadaan orang yang hilang ini. Antara sebab yang disenaraikan ialah:

1. Penganiayaan secara fizikal 2. Keluar mencari pekerjaan 3. Pengaruh kawan rapat 4. Perselisihan dalam keluarga 5. Tidak waras/penyakit mental 6. Diculik 7. Malu kepada masyarakat 8. Hilang di laut/hutan

Antara contoh mafqud yang berlaku adalah Tragedi MH370 dan Tragedi Terowong Al-Muassim

2.0 ‘ORANG YANG HILANG’ DAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Umumnya, di Malaysia, terdapat dua jenis undang-undang berasingan, iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah yang membicarakan mengenai soal anggapan kematian (presumption of death) terhadap kes orang yang hilang ini. Perbezaan ketara yang memisahkan antara kedua-dua undang-undang ini adalah tempoh masa yang diperlukan bagi membentuk anggapan bahawa Al-Mafqud atau orang yang hilang itu telah meninggal dunia (Mohamed Hadi, 2014).

Page 3: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

3

Undang-Undang Sivil

Dalam undang-undang sivil, kedudukan orang yang hilang atau Al-Mafqud ini telah diletakkan di bawah Seksyen 108, Akta Keterangan 1950 (Akta 56), di mana ia memperuntukkan bahawa:

“Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar berita telah didengar mengenainya selama tujuh tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, beban membuktikan bahawa dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.”

Secara keseluruhannya, berdasarkan peruntukan tersebut, undang-undang sivil ini telah menetapkan bahawa waris atau rakan-rakan (iaitu orang yang mungkin dan sepatutnya mendengar khabar mengenai orang hilang itu sekiranya dia masih hidup) kepada orang yang hilang atau Al-Mafqud ini memerlukan tempoh sehingga tujuh tahun untuk membentuk anggapan bahawa Al-Mafqud telah meninggal dunia. Sekiranya tempoh tujuh tahun telah berlalu dan orang yang hilang tersebut masih tidak dapat ditemui, maka anggapan kematian (presumption of death) boleh dilakukan dan permohonan anggapan kematian juga boleh disahkan oleh pihak mahkamah (Muhammad Azwan & Wan Zahari, 2015).

Undang-undang Syariah Pada dasarnya, undang-undang syariah amat penting dalam memberikan anggapan kematian bagi orang yang hilang di mana ia bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah lain seperti masalah pewarisan harta dan penyelesaian bagi status perkahwinan. Malah, bidang kuasa undang-undang syariah ini tidak bercampur dengan undang-undang sivil, sepertimana yang disebutkan dalam Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa:

‘Mahkamah Tinggi Sivil tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah’.

Bagi kes orang yang hilang, pengisytiharan anggapan kematian oleh pihak Mahkamah Syariah berdasarkan undang-undang syariah adalah sangat penting bagi menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan status perkahwinan dan perceraian. Hal ini hanya terhad kepada penyelesaian berkaitan dengan status perceraian sahaja dan tidak melibatkan hal berkaitan pewarisan harta (Wan Noraini, 2012).

Secara keseluruhannya, berdasarkan peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan, kita dapat melihat bahawa undang-undang pusaka orang Islam (faraid) adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri, manakala pentadbiran keadilan termasuk pentadbiran pusaka bagi orang Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini, Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk memperakukan dan mengesahkan bahagian-bahagian yang akan diperoleh oleh waris-waris (benefisiari) dalam bentuk Sijil Faraid atau perakuan ahli waris.

Anggapan Kematian Bagi Orang Yang Hilang Secara asasnya, peruntukan yang disebutkan dalam Seksyen 108, Akta Keterangan 1950 (Akta 56) seperti dalam undang-undang sivil iaitu berkaitan dengan kedudukan orang yang hilang turut digunakan dalam peruntukan enakmen atau akta-akta negeri

Page 4: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

4

(Mohamed Hadi, 2014), contohnya seperti undang-undang syariah dan turut menggunakan struktur ayat yang serupa.

Perkara yang paling penting dalam penggunaan undang-undang syariah bagi proses penentuan status orang yang hilang ini seperti mana yang disebutkan dalam melalui Seksyen 53(1), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) di atas adalah khusus bagi membolehkan seseorang wanita itu untuk berkahwin semula setelah status perkahwinannya dibubarkan. Maka, keputusan anggapan kematian yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Syariah hanya terpakai bagi kes-kes berkaitan pembubaran perkahwinan tersebut sahaja. Seandainya keputusan anggapan kematian dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil, maka pengisytiharan yang telah dibuat itu tidak boleh digunakan oleh seseorang wanita dalam proses pembubaran perkahwinannya.

Perkara utama yang membezakan peruntukan undang-undang sivil dengan undang-undang syariah bagi kes orang yang hilang ini, hanyalah tempoh masa yang perlu ditunggu oleh pihak waris sebelum sesuatu anggapan kematian terhadap orang yang hilang itu dibuat. Jika undang-undang sivil menetapkan tempoh masa selama tujuh tahun bagi para waris, undang-undang syariah pula memberi ketetapan tempoh masa selama empat tahun sebelum sesuatu anggapan kematian terhadap orang yang hilang dapat dikeluarkan (Ahmad Tarmizi & Shahrul Ridhwan, 2013). Tempoh masa selama empat tahun ini telah digunapakai oleh kesemua Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah negeri-negeri di Malaysia.

Penggunaan tempoh empat tahun yang ditetapkan dalam undang-undang syariah ini adalah berdasarkan kepada pandangan para ulama dan fuqaha yang terdahulu dalam memberikan penyelesaian terhadap isu orang yang hilang ini. Secara umumnya, tiada nas syarak yang menetapkan tempoh masa yang tertentu, dan ia merupakan suatu perkara ijtihadiyyah dalam kalangan ulama Islam.

Dalam mazhab Syafie, pandangan yang paling sahih dalam kes orang yang hilang ini ialah ia terserah kepada ijtihad para hakim dalam menentukannya. Tetapi, terdapat juga pandangan-pandangan lain yang turut diterima dalam mazhab Syafie, iaitu yang menyatakan bahawa ia ditentukan selepas 68 tahun, 70 tahun, 80 tahun, 100 tahun dan 120 tahun.

Keputusan anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Syariah ini hanya akan diakui oleh pihak Pendaftar Nikah Cerai bagi membolehkan seseorang isteri itu berkahwin lagi, namun tidak bagi maksud pembahagian harta pusaka dan pewarisan harta (Hasbullah, Zakaria, & Musa, 2016). Hal ini adalah kerana Unit Pembahagian Pusaka, Pejabat Tanah dan Galian Negeri yang bertanggungjawab menyelesaikan harta orang Islam yang hilang, hanya akan menerima anggapan kematian bagi orang hilang yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Tinggi sahaja. Keadaan ini sebenarnya adalah mengikut kepada peruntukan mengikut Seksyen 108, Akta Keterangan 1950 (disemak pada 1971).

Secara kesimpulannya, pihak isteri dan waris kepada orang yang hilang ini harus menerima dua perintah pembuktian kematian, iaitu:

1. Anggapan kematian/pembuktian kematian dari Mahkamah Syariah: Ini diperlukan bagi membolehkan penentuan cerai secara mati dibuat, dan seterusnya membolehkan seseorang isteri untuk berkahwin semula.

2. Anggapan kematian/pembuktian kematian dari Mahkamah Sivil:

Page 5: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

5

Ini diperlukan oleh ahli-ahli waris bagi orang yang hilang untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka dan pewarisan harta.

Terdapat dua pertimbangan utama yang diberi perhatian dalam bidang undang-undang sebelum perintah anggapan kematian terhadap Al-Mafqud ini dikeluarkan (Ahmad Tarmizi & Shahrul Ridhwan, 2013), iaitu:

1. Berdasarkan bukti-bukti yang kukuh yang dibenarkan oleh syariat, 2. Berdasarkan tempoh atau jangkamasa lamanya orang yang hilang itu telah pergi,

STATUS PERKAHWINAN BAGI ‘ORANG YANG HILANG’

Penyelesaian Bagi Status Perkahwinan Bagaimana untuk menyelesaikan status perkahwinan bagi Al-Mafqud ini? Seperti mana yang telah dijelaskan, setiap negeri di Malaysia mempunyai bidang kuasa enakmen dan seksyen mereka yang tersendiri dalam menyediakan perintah dan undang-undang bagi pembubaran perkahwinan untuk orang yang hilang.

Tempoh empat tahun merupakan tempoh yang telah ditetapkan sebelum sesuatu anggapan kematian oleh Mahkamah Syariah dikeluarkan. Dalam hal ini, tempoh masa yang ditetapkan ini dianggap sebagai lebih munasabah dan lebih singkat berbanding dengan tempoh tujuh tahun seperti yang ditetapkan melalui Akta Keterangan 1950 (Akta 56). Perakuan dan pengisytiharan bagi anggapan kematian seseorang yang hilang ini juga akan dikeluarkan setelah mengambil kira bukti-bukti kukuh yang dikemukakan oleh para waris. Perakuan anggapan kematian yang dikeluarkan oleh pihak hakim ini sebenarnya bukan sahaja memberi kesan kepada status perkahwinan, malah turut mempengaruhi proses pembahagian harta sepencarian, harta pusaka, wasiat dan lain-lain perkara.

Menurut pandangan pakar undang-undang, seseorang isteri yang suaminya telah hilang untuk suatu tempoh masa tertentu dan tidak dapat ditentukan sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia mempunyai dua pilihan dalam proses pembubaran perkahwinannya. Pertamanya ialah mengemukakan bukti-bukti yang kukuh dan memohon untuk perakuan bagi anggapan kematian setelah menunggu selama empat tahun atau lebih.

Cara yang kedua pula ialah sekiranya seseorang isteri itu tidak berhajat untuk membuat permohonan bagi anggapan kematian, tetapi ingin memohon perceraian, maka isteri berkenaan boleh memohon pembubaran perkahwinan secara fasakh.

Tempoh iddah seorang isteri yang ditetapkan dalam kes orang yang hilang ini ialah selama empat bulan sepuluh hari. Dalam hal ini, ia adalah terpakai bagi seseorang isteri yang telah menunggu selama empat tahun dan selepas tempoh tersebut, isteri wajib pula beriddah dengan iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. Bagi wanita yang beriddah kerana kematian suami, Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjang mereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah (Mukhtar, 2017):

Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi.

Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja.

Page 6: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

6

Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan.

Pewarisan Isteri Bagi Harta Al-Mafqud

Dalam konteks pewarisan harta bagi isteri Al-Mafqud, para fuqaha telah berselisih pendapat dengannya. Imam Sya’bi yang bermazhab Hanafi berpandangan bahawa jika isteri Al-Mafqud itu telah berkahwin, kemudian disahkan Al-Mafqud telah meninggal dunia, maka dia hendaklah beriddah dan kemudian mewarisi harta Al-Mafqud.

Bagi mazhab Maliki pula, sekiranya orang yang hilang itu telah disahkan sebagai meninggal dunia dan isterinya belum berkahwin lain, maka isterinya berhak mewarisi harta tersebut. Sekiranya isterinya itu telah berkahwin lain dan belum disetubuhi kemudian didapati bahawa suaminya yang hilang telah meninggal dunia, maka dia masih lagi mewarisi harta tersebut dan terpisah isteri Al-Mafqud dengan suaminya kedua dan hendaklah dia menyempurnakan iddah bermula daripada hari kematian. Sebaliknya, jika dia telah disetubuhi oleh suaminya kedua, maka isteri orang yang hilang itu tidak boleh mewarisi hartanya dan dia tidak terpisah dengan suaminya kedua. Namun, jika perkahwinan dengan suami kedua itu berlaku ketika dalam iddah kematian suami pertama (Al-Mafqud) maka dia tetap mewarisi harta suami pertamanya, namun hubungannya dengan suami kedua akan terpisah (Ahmad Tarmizi & Shahrul Ridhwan, 2013).

Mazhab Hanbali pula menetapkan bahawa isteri Al-Mafqud mewarisi hartanya apabila dia disahkan meninggal dunia selagi mana dia tidak berkahwin dengan lelaki lain. Namun jika dia telah berkahwin dan belum lagi disetubuhi oleh suaminya kedua, dia tidak akan mewarisi harta tersebut. Apabila isteri itu telah disetubuhi oleh suaminya kedua, kemudian muncul suami Al-Mafqud dan memilihnya kemudian meninggal dunia, maka dia mewarisi hartanya dan begitulah sebaliknya. Sebaliknya, jika salah seorang daripada suami berkenaan meninggal dunia sebelum isteri tersebut membuat pilihannya, maka isteri itu hanya boleh mewarisi harta daripada suami keduanya sahaja dan tidak boleh mewarisi harta daripada suami Al-Mafqud (Ahmad Tarmizi & Shahrul Ridhwan, 2013).

3.0 PEWARISAN HARTA BAGI ‘ORANG YANG HILANG’

Pengurusan dan Pentabiran Harta Pusaka Harta yang dimaksudkan ini ialah segala harta peninggalan si mati yang meliputi harta alih dan harta tak alih setelah ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang berhak menurut undang-undang. Harta pusaka ini juga boleh disebut sebagai ‘harta warisan’, yang mana berdasarkan Seksyen 2, Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999, telah mendefinisikan harta pusaka sebagai “termasuk harta alih dan tak alih, ialah apa- apa manfaat dalam harta alih atau tak alih, hak, hak milik, tuntutan, hak dalam tindakan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau yang selainnya mempunyai nilai menurut hukum syarak” (Resali, 2016).

Page 7: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

7

Kaedah ‘Orang Yang Hilang’ Mewariskan Harta Secara dasarnya, para fuqaha telah bersepakat bahawa orang yang hilang (Al-Mafqud) tidak dianggap sebagai mati kerana asalnya adalah hidup kecuali adanya bukti-bukti yang menunjukkan orang yang hilang itu telah mati, atau telah sampai tempoh pada kebiasaan secara Ẓannī bahawa dia (Al-Mafqūd) tidak dapat hidup lebih daripada usia tersebut (Mohamed Hadi, 2014). Oleh itu, orang yang hilang tidak boleh dianggap sebagai telah meninggal dunia terus apabila ia hilang, dan hartanya tidak boleh dijadikan sebagai harta pusaka. Ini adalah kerana syarat mewarisi harta pusaka terdiri daripada tiga syarat iaitu: mati pemilik harta (Mautul Muwarrith), waris hidup ketika pemilik harta mati (Hayātul Wārith Waqtu Mauti al-Muwarrith) dan mengetahui salasilah ahli waris (al-‘Ilmu Bi Jihati al-Irthi) (Mohd Muslim, 2016).

Ini bermakna, segala harta alih atau tidak alih hak milik orang yang hilang tidak boleh dijadikan sebagai harta pusaka, dan tidak boleh dibelanjakan atau dibinasakan harta tersebut, kerana harta tersebut masih kekal menjadi hak milik orang yang hilang itu sehinggalah ditetapkan oleh hakim atau pihak yang berkewajipan bahawa dia telah mati atau dikira sebagai mati hukmi. Kaedah ini telah digunapakai di Malaysia dalam proses pembahagian harta pusaka iaitu syaratnya ialah dengan memperoleh surat pengisytiharan anggapan kematian daripada Mahkamah Tinggi Malaysia sebelum harta tersebut dapat dibahagikan kepada para waris yang berhak

Dalam hal pengisytiharan anggapan kematian ini, sekiranya seseorang yang hilang itu disahkan telah meninggal dunia berdasarkan bukti-bukti yang diakui oleh syarak, maka keputusan yang dibuat oleh hakim berkaitan dengan pengisytiharan kematian tersebut adalah bersandarkan kepada tarikh yang ditentukan oleh bukti-bukti itu. Manakala, para waris kepada orang yang hilang itu pula akan mewarisi hartanya bermula pada tarikh tersebut (Ahmad Tarmizi & Shahrul Ridhwan, 2013).

Namun begitu, sekiranya tidak terdapat sebarang bukti-bukti kukuh yang dikemukakan bagi membuat pengisytiharan anggapan kematian terhadap orang yang hilang tersebut, keputusan anggapan kematian akan dibuat berdasarkan kepada ijtihad hakim (bukan berasaskan bukti yang syarie). (Ahmad Tarmizi & Shahrul Ridhwan, 2013).

Pewarisan Harta Orang Yang Hilang Secara Serentak (Suami Isteri)

Terdapat juga situasi dan keadaan di mana berlakunya kehilangan secara serentak pasangan suami isteri, seperti peristiwa tsunami di Acheh pada tahun 2004 serta di Jepun pada tahun 2011. Bagi keadaan ini, kedua-dua suami isteri boleh diberi anggapan sebagai mati secara serentak dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu. Jumhur ulama, kecuali bagi Mazhab Hanbali telah memberikan pandangan bahawa suami isteri yang mati secara serentak ini tidak akan mewarisi harta satu sama lain kerana syarat bagi pewarisan harta itu ialah waris haruslah masih hidup ketika kematian orang yang mewariskan harta kepadanya.

Perkara ini telah dijelaskan melalui Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Ke-83, yang bersidang pada 22 hingga 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan, yang telah memutuskan hukum pewarisan harta kes kematian serentak sebagai:

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah telah memutuskan bahawa mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat

Page 8: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

8

ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain, kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-warith) hendaklah masih hidup ketika kematian orang yang mewariskan (al-muwarith). Oleh itu, harta warisan si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya. Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterima pakai dan dicatatkan di dalam sijil kematian.” (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, 2008)

Cara Pembahagian Harta Pusaka Orang Yang Hilang (Al-Mafqud)

Persoalan mengenai pembahagian harta pusaka orang yang hilang ini boleh disegerakan bagi pengurusan oleh ahli warisnya melalui teori al-Taqdīr, iaitu diagihkan harta pusaka tersebut kepada ahli waris yang layak menerimanya dengan kadar yang paling minimum. Dalam hal ini, Al-Mafqud itu dianggapkan kepada dua keadaan iaitu mati dan hidup, sekiranya ada perbezaan kadar di antara anggap mati atau anggap hidup maka harta pusaka itu diagihkan kepada ahli waris dalam kadar yang paling sedikit bahagiannya (Mohd Muslim, 2016).

Berdasarkan teori al-Taqdīr ini, orang yang hilang itu diberi dua anggapan, iaitu pertamanya, pengiraan pembahagian dengan anggapan bahawa dia telah meninggal dunia dan kedua, pengiraan pembahagian dengan anggapan bahawa dia masih hidup. Setelah itu dibuat pengiraan al-Jam’u iaitu digabungkan di antara pengiraan anggapan hidup dengan pengiraan anggapan mati, dan dipilih kadar yang paling sikit bahagiannya yang ahli waris dapat di antara dua anggapan tersebut. Sekiranya ada bahagian yang lebih, ia akan disimpan sehingga status orang yang hilang tersebut tersebut diputuskan oleh mahkamah sama ada hidup atau mati, seterusnya barulah diagihkan bahagian yang disimpan tersebut kepada ahli waris yang layak setelah diputuskan status orang yang hilang berkenaan (Mohd Muslim, 2016).

Rajah 4.1 Kaedah pengiraan mengikut teori al-Taqdīr (Mohd Muslim, Nasrul Hisyam, & Ezwan Rafiq, 2017).

Orang Yang Hilang Sebagai Waris (Muwaris)

Setelah melihat kepada situasi di mana orang yang hilang atau Al-Mafqud ini sebagai pewaris kepada harta peninggalannya, kita akan meneliti pula kepada situasi di mana orang yang hilang ini sebagai waris kepada harta yang ditinggalkan. Hukum bagi

Page 9: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

9

orang yang hilang adalah seperti yang dinyatakan dalam perbincangan sebelum ini, yang mana orang yang hilang itu dikira masih hidup sehinggalah ada bukti yang menunjukkan bahawa orang yang hilang itu telah mati, atau telah melalui suatu tempoh yang membolehkannya dianggap telah mati. Oleh itu, orang yang hilang adalah berhak mewarisi pusaka selagi tidak disabitkan sebagai telah mati atau selagi tidak disabitkan telah mati oleh hakim melalui anggapan kematian (Wan Abdul Halim, 2006).

Kelayakan dan syarat bagi seseorang ahli waris untuk mewarisi harta pusaka adalah waris masih hidup ketika matinya pemilik harta, dan dalam hal ini, orang yang hilang masih dikira sebagai ahli waris yang masih hidup selagi mana belum disabitkan sebagai mati hukmi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan pendapat antara ulama berkaitan dengan penetapan hak orang yang hilang dalam mewarisi harta pusaka (Mohd Muslim & Siti Mashitoh, 2016), iaitu:

1. Orang yang hilang tiada hak dalam mewarisi harta pusaka 2. Orang yang hilang berhak mewarisi harta pusaka

Bagi keadaan di mana orang yang hilang (Al-Mafqud) mewarisi harta daripada seseorang yang telah meninggal dunia, sebelum kematian orang yang hilang itu disahkan atau disabitkan, ia boleh berlaku dalam dua situasi, iaitu:

1. Situasi pertama: Orang yang hilang tersebut merupakan waris tunggal kepada si mati, ataupun beliau merupakan pendinding (hajib) kepada waris-waris yang lain. Dalam situasi ini, ditangguhkan segala pembahagian harta si mati sehingga jelas keadaan orang hilang tersebut atau setelah hakim mengesahkan kematian orang yang hilang tersebut (Mushaddad, Mohamad Zaharuddin, & Zahari, 2016).

2. Situasi kedua: Terdapat ahli waris lain yang turut berkongsi bahagian harta bersama orang yang hilang tersebut, di mana dalam keadaan ini para ulama berselisih pendapat kepada tiga pandangan utama, iaitu:

Pandangan pertama: Jumhur ulama yang terdiri daripada mazhab Hanafi,

Maliki, dan Syafie dalam pandangan yang paling sahih serta Mazhab Hanbali. Mereka berpandangan bahawa waris tersebut diberikan bahagian yang paling yakin iaitu bahagian yang paling rendah antara dua keadaan iaitu antara bahagian yang mereka perolehi sekiranya orang yang hilang tersebut masih hidup ataupun bahagian yang diperoleh seandainya orang yang hilang tersebut meninggal dunia. Manakala baki daripada pembahagian tersebut hendaklah ditangguhkan pembahagiannya sehingga mendapat kepastian keadaan sebenar orang yang hilang tersebut. Keadaan ini adalah kerana bahagian yang paling rendah itu adalah bahagian yang paling meyakinkan dan apa yang lebih daripada jumlah berkenaan adalah meragukan untuk diberikan kepada waris tersebut (Mushaddad et al., 2016).

Pandangan kedua: Para ulama mazhab Syafie dalam pandangan yang

kedua menyatakan bahawa masalah tersebut perlu diselesaikan dengan menganggap orang yang hilang tersebut telah meninggal dunia untuk kemaslahatan dan kesenangan semua ahli waris kerana hak mereka terhadap harta tersebut adalah pasti manakala hak orang hilang terhadap

Page 10: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

10

harta tersebut masih lagi diragui, namun sekiranya keputusan tersebut bercanggah dengan keadaan yang sebenar, maka hukum tersebut akan diubah mengikut keadaan yang sebenar. Pendapat ini juga merupakan pendapat kedua di sisi Mazhab Hanbali (Mushaddad et al., 2016).

Pandangan ketiga: Para ulama dalam mazhab Syafie menyatakan bahawa

harta tersebut hendak dibahagikan kepada semua waris yang berhak berdasarkan anggapan bahawa orang yang hilang tersebut masih hidup. Ini kerana berdasarkan hukum asal, orang yang hilang tersebut dikira masih hidup, dan sekiranya berlaku kesilapan maka hukum tersebut akan berubah berdasarkan situasi sebenar (Mushaddad et al., 2016).

Secara asasnya, pandangan yang paling kuat di antara ketiga-tiga pandangan ini ialah pandangan yang pertama, iaitu pendapat jumhur ulama yang membenarkan pembahagian harta kepada waris berdasarkan bahagian yang paling rendah antara dua keadaan, iaitu sama ada dengan kebarangkalian orang yang hilang tersebut masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Pewarisan Harta Bagi Orang Yang Hilang Yang Kembali Setelah Disabitkan Sebagai Mati

Apabila hakim telah mensabitkan serta memutuskan bahawa seseorang yang hilang itu telah meninggal dunia kerana melebihi tempoh tertentu dan mengeluarkan surat anggapan kematian, maka segala harta dan haknya telah dijadikan sebagai harta pusaka. Namun, bagaimanakah keadaannya seandainya orang yang hilang tersebut kembali semula selepas itu dan masih hidup, sedangkan harta dan haknya telah dijadikan sebagai harta pusaka. Adakah orang hilang yang kembali semula ini masih dianggap sebagai telah mati dan bagaimana pula dengan hak dan hartanya?

Dalam hal ini, para ulama sepakat bahawa orang yang hilang itu atau ahli warisnya boleh tampil ke mahkamah untuk menuntut kembali haknya sebagai suami atau pemilik kepada harta tersebut. Perkara ini turut telah dijelaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru, iaitu Yang Arif Muhammad Khaldun Bin Mohamad Sharif, yang menyatakan bahawa (Mohd Muslim & Siti Mashitoh, 2016):

“Mahkamah dah memutuskan kes dia (Mafqūd) telah mati tiba-tiba dia (Mafqūd) masih hidupkan a.. yang pertama yang mengikut prosedur mal kita biasanya mana perintah tiba- tiba berubah matannya maka pihak-pihak boleh memohon mengubah perintah mahkamah, perintah mahkamah itu sendiri tiada masalah, pihak-pihak untuk rujuk kembali ke mahkamah bagi pungutan permohonan mengubah perintah terdahulu itu tiada masalah, jadi sebarang perubahan tu berlaku.”

Oleh itu, jelaslah bahawa sekiraanya orang yang hilang yang dianggap mati itu muncul kembali, maka hartanya harus dipulangkan kembali kepada dirinya. Sekiranya dia menjadi salah seorang ahli waris, atau penerima pusaka, maka dia juga berhak menerima bahagiannya daripada pembahagian pusaka tersebut (Mohd Muslim & Siti Mashitoh, 2016).

Penyelesaian Hutang ‘Orang Yang Hilang’

Seperti yang diterangkan dalam jumhur ulama, yang merangkumi mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie, hak-hak yang berkaitan dengan harta pusaka atau harta warisan ini termasuklah hak-hak barangan, hak bagi persiapan untuk pengurusan jenazah si mati,

Page 11: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

11

hak untuk melangsaikan hutang piutang si mati, hak untuk melaksanakan wasiat si mati serta hak untuk membahagikan harta peninggalan yang masih berbaki kepada para waris yang berhak mengikut kedudukan mereka (Ibrahim, 2012). Bagi kes orang yang hilang, hak-hak yang termaktub ini juga adalah sama untuk mereka setelah orang yang hilang ini disabitkan atau dihukumkan sebagai telah meninggal dunia.

Dalam hal penyelesaian hutang, bagi seseorang yang telah disabitkan sebagai meninggal dunia, maka hutangnya juga harus dilunaskan dengan secepat mungkin setelah selesai urusan haknya yang lain seperti pengurusan jenazahnya. Hal ini adalah berpandukan kepada firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa’, ayat 12, yang bermaksud:

“Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.”

Berdasarkan ayat ini, kita dapat melihat bahawa penyelesaian hutang bagi orang yang telah meninggal dunia itu adalah lebih utama berbanding dengan urusan pembahagian harta pusaka mereka. Malah, situasi mendahulukan pelunasan hutang ini juga adalah terpakai buat kes orang yang hilang yang telah disabitkan sebagai meninggal dunia. Hutang ini boleh terbahagi kepada dua, iaitu sama ada hutang kepada Allah S.W.T. atau hutang kepada manusia. Hutang kepada Allah S.W.T ini adalah seperti nazar, kafarah, zakat dan menunaikan fardu haji, manakala bagi hutang sesama manusia pula ia merangkumi hutang berkaitan barang-barang peninggalan sebelum terjadinya kematian serta hutang yang tidak berkaitan dengan harta daripada harta peninggalan si mati (Ibrahim, 2012).

Pelaksanaan Wasiat ‘Orang Yang Hilang’ Selain daripada melunaskan hutang, proses melaksanakan wasiat yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal dunia juga harus disempurnakan oleh warisnya. Wasiat ini adalah pemberian harta, hak atau manfaat oleh seseorang kepada seseorang semasa hayatnya tanpa apa-apa balasan dan berkuatkuasa selepas kematiannya. Wasiat itu hendaklah bukan kepada ahli warisnya dan tidak melebihi kadar satu pertiga daripada keseluruhan hartanya (Mukhtar, 2018). Firman Allah dalam Surah Al-Maidah, ayat 106 turut menyatakan akan kepentingan berwasiat bagi orang Islam, yang bermaksud:

Page 12: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

12

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi, lalu kamu ditimpa bahaya kematian.”

Bagi orang yang hilang yang telah dihukumkan sebagai meninggal dunia, sekiranya dia ada membuat wasiat sebelum hilang dan disahkan sebagai meninggal dunia, maka pelaksanaan wasiatnya perlu diselesaikan dengan secepat mungkin. Dalam hal ini, sekiranya wasiat tersebut meliputi satu pertiga daripada harta yang dimilikinya, maka ia boleh dilaksanakan tanpa memerlukan kepada persetujuan dan izin daripada ahli waris yang lain. Sebaliknya, sekiranya wasiat yang ditinggalkan tersebut adalah melebihi daripada satu pertiga daripada hartanya yang berbaki (setelah ditolak pengurusan jenazah dan hutangnya), maka wasiat yang harus dilaksanakan hanyalah yang meliputi setakat satu pertiga sahaja. Manakala, selebihnya perlu mendapat izin serta persetujuan daripada ahli waris yang lain. Jika ahli waris bersetuju, maka wasiat tersebut boleh dilaksanakan mengikut jumlah yang dibuat, dan jika ahli waris tidak bersetuju, maka wasiat yang boleh ditunaikan hanyalah setakat satu pertiga daripada harta tersebut sahaja (Mukhtar, 2018).

Situasi ini juga meliputi sekiranya dalam wasiat orang yang meninggal dunia itu menyebut mengenai arahan bagi mewakafkan hartanya, sama ada wakaf umum atau wakaf khusus, maka jumlah harta yang boleh diwakafkan hanyaalah setakat satu pertiga sahaja. Walau bagaimanapun, jika terdapat keizinan daripada waris, ia boleh dilaksanakan dalam kadar melebihi satu pertiga tersebut (Ibrahim, 2012).

4.0 RUJUKAN

Abdul Monir, Y. (2009). Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia: Satu Penilaian. Journal of Fiqh, 6, 1–20.

Ahmad Tarmizi, M., & Shahrul Ridhwan, S. A. (2013). Harta Al-Mafqud: Satu Analisis Menurut Perspektif Syariah Dan Undang-Undang. Jurnal Muamalat, 6, 1–24.

Alias, A., Mohammad Azam, H., Muhammad Hafiz, B., & Fauziah, M. N. (2014). Pengurusan Harta Dalam Islam: Perspektif Hibah Di Malaysia. Journal of Human Development and Communication, 3, 115–128.

Bibi Nur Adila, Z., & Md Yazid, A. (2016). Kekangan dan Penyelesaian Kelewatan Pengurusan Aset Pusaka Tak Alih Orang Islam di Malaysia. Islamiyyat, 38(1), 53–63.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Terengganu (2017). Retrieved February 20, 2019, from http://syariah.terengganu.gov.my/doc/Enakmen UUKI (2017) (BM).pdf

Ghazali, I. (2011). RM42 Billion Pusaka Belum Dituntut? Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn. Bhd.

Halimatun Sa’adiah, M. M. (2012). Permohonan Anggapan Mati Dari Aspek Kekeluargaan Islam: Kajian di Mahkamah Syariah di Malaysia. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Page 13: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

13

Hasbullah, M., Zakaria, M. Z., & Musa, Z. M. (2016). Pewarisan Harta Orang Hilang (Al-Mafqud), 4(November 2014), 1–12.

Ibrahim, L. (2012). Al-Mafqud: Problematika dan Penyelesaian Menurut Perundangan Syariah di Malaysia. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau.

Lukman, A. M., Zulfaqar, M., Wan Abdul Fattah, W. I., Syahirah, A. S., & Hasnizam, H. (2018). Langkau Wali: Punca, Kesan dan Penyelesaiannya Kepada Perkahwinan Menurut Fiqh dan Perundangan di Negeri Sembilan. In 4th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2018) (pp. 113–127).

Mariyatul Qibtiyah, M., & Noralfishah, S. (2015). Isu Dalam Menguruskan Harta Al-Mafqud di Malaysia. In International Conference and Ph.D. Colloquium on Islamic Economics and Finance 2015 (pp. 1–9). Mataram, Indonesia.

Mohamed Hadi, A. H. (2014). Anggapan Kematian Al-Mafqud Menurut Undang-Undang Sivil dan Syariah: Satu Penilaian Semasa. Kanun, Jun, 26–37.

Mohd Khairy, K., & Azwan, A. (2016). Amalan pembahagian faraid di Malaysia. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 2(3), 11–19.

Mohd Muslim, S. (2016). Hukum dan pelaksanaan agihan harta pusaka dalam kes mafqūd, munāsakhāt dan ḥaml. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Muslim, S., & Siti Mashitoh, M. (2016). Konsep Hukum Dan Perundangan Serta Model Penyelesaian Bagi Kes Al-Mafqūd Dalam Pentadbiran Harta Pusaka. Proceeding International Conference on Islamic Jurisprudence (ICIJ) 2016, 216–231. Retrieved from http://ukmsyariah.org/terbitan/index.php

Mohd Muslim, S., Nasrul Hisyam, N. M., & Ezwan Rafiq, H. (2017). Penyelesaian Harta Pusaka Mafqud Menurut Perspektif Undang-Undang Islam. International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 04, 41–55.

Muhammad Azwan, S., & Wan Zahari, W. Y. (2015). Management of Missing Person’s Property : In Malaysia Civil and Shariah Law Prospective. Proceedings of the Second Asia-Pacific Conference on Global Business, Economics, Finance and Social Sciences (AP15Vietnam Conference), (July), 10–12.

Mukhtar, A. (2018). Tuntutan Wasiat di Mahkamah Syariah di Malaysia. Kuala Terengganu: Sky Global Printing.

Musa, A. (2014). Merungkai status orang hilang. Retrieved January 28, 2019, from https://peguamsyariemalaysia.blogspot.com/2014/07/merungkai-status-orang-hilang.html

Mushaddad, H., Mohamad Zaharuddin, Z., & Zahari, M. M. (2016). Pewarisan Harta Orang Hilang (Al-Mafqud). Malaysian Journal of Syariah and Law, 4, 1–12.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (2008). Hukum Pewaris Bagi Kes Kematian Serentak.

Nik Rahim, N. W., Lukman, A. M., Azman, A. R., Mualimin, M. S., Nik Salida Suhaila, N. S., Mohd Hazmi, M. R., … Atiq Syamimi, A. (2018). Harta Tidak Dituntut: Punca dan Kaedah Penyelesaiannya. Malaysian Journal of Syariah and Law, 7(June), 129–141.

Noorizan, M. H., Hairunnizam, W., Mohd Zamro, M., & Mohd Yassin, M. Y. (2017). Pindaan Akta GSA (2002) dan Cadangan Model Pembahagian Harta Pusaka

Page 14: ISU-ISU BERKENAAN MAFQUD DAN PENYELESAIANNYA Oleh …

14

Tanah Rancangan Felda. In Prosiding PERKEM 12 (pp. 1172–1180). Selangor: Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM.

Rabiatul Hasanah, M., Nazifah, M., Latifa Bibi, M. H., & Norhanizah, J. (2017). Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaran. In Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (pp. 43–51). Selangor.

Resali, M. (2016). Harta Pusaka Islam di Malaysia: Antara Perundangan dan Pentadbiran. Malaysian Journal of Syariah and Law, 4, 1–10.

Rusnadewi, A. R., & Noor Inayah, Y. (2010). Masalah Kegagalan dan Kelewatan Pengagihan Harta Pusaka di Malaysia.

Rusnadewi, A. R., & Nor Hisyam, A. (2013). Pengurusan Harta Melalui Hibah: Kepentingan dan Manfaat Dari Pelbagai Aspek Untuk Kemajuan Ummah. Jurnal Hadhari, 5(1), 91–104.

Ruzman, M. N., & Mohd Istajib, M. (2011). Ulasan Kes Dari Aspek Pembuktian : Rosmah Binti Suly & Seorang Yang Lain Lwn Ismail bin Mohamad & Seorang Yang Lain (JH 32/2, Jun 2011, 223). Kanun, 26, 130–146.

Suhaizad, S., Ruzian, M., & Mohd Munzil, M. (2019). Kaedah Pembuktian Dalam Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan. Kanun, 31(January), 1–35.

Sulaiman, M. A., Wan Yusoff, W. Z., Al-Edrus, S. M. D., & Shafie, F. (2017). Management Of Missing Person’s Properties In Maqasid Syariah Dimension. Sains Humanika, 9(1–4), 9–13. https://doi.org/10.11113/sh.v9n1-4.1117

Wan Abdul Halim, W. H. (2006). Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Noraini, M. S. (2012). Islamic Law of Succession: A Practical Guide to the Laws of Faraid. Ampang, Kuala Lumpur: The Malaysian Current Law Journal Sdn Bhd.

Zaain, Z. (2013). RM66 bilion tidak dituntut. Retrieved January 29, 2019, from http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130911/dn_15/RM66-bilion-tidak-dituntut