Isu-Isu Berkaitan Warga Tua

  • View
    1.451

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kursus Polisi & Isu-isu Sosial

Citation preview

KUMPULAN 4 ISU-ISU BERKAITAN WARGA TUA.

WARGA EMAS GOLONGAN WARGA EMAS IALAH MEREKA YANG DITAKRIF SEBAGAI PENDUDUK BERUMUR 60 TAHUN KEATAS. DI MALAYSIA, WARGA TUA TERUS MENINGKAT DARI SETAHUN KESETAHUN. PADA TAHUN 1999, JUMLAH PENDUDUK DI NEGARA INI ADALAH SEBANYAK 21.8 JUTA ORANG DAN 6.5% DARIPADANYA ADALAH WARGA TUA. DIJANGKAKAN PADA TAHUN 2020 NANTI, JUMLAH WARGA TUA ADALAH SEBANYAK 11.3% DARIPADA JUMLAH KESELURUHAN PENDUDUK DI NEGARA INI.

Grace (1992) mengkategorikan zaman tua kepada empat peringkat yaitu : Warga tua pada peringkat awal (umur 60-69tahun) Warga tua pada peringkat pertengahan (umur 70-79tahun) Warga tua pada peringkat lewat (umur 80-89tahun) Warga tua pada peringkat sangat lewat (umur 90-90tahun keatas)

1) KESIHATAN WARGA TUA(SJOFWINDA HAROEN)

Isu Kemunduran Kesihatan Warga tuaKesihatan yang baik merupakan aset penting untuk menjamin kesejahteraan hidup. Ia bukan sahaja mempengaruhi kekuatan fizikal malahan kekuatan emosional kepada golongan berusia kerana mereka lebih berisiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Penyakit fizikal yang sering dihadapi golongan berusia ialah sakit jantung, stroke, kanser, arthitis, osteoporosis, sakit paru-paru, diabetes, buah pinggang, masalah pendengaran dan penglihatan. Sedangkan mental ialah kemurungan dan kebimbangan. (Zarina Mat Saat, 2005)

POLISIDasar Kesihatan Warga Emas NegaraUntuk memastikan penuaan yang sihat, aktif dan produktif dengan memperkasakan warga emas, keluarga dan komuniti dengan pengetahuan, kemahiran dan persekitaran yang sewajarnya; serta penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang optima di semua peringkat dan oleh pelbagai sektor

STRATEGIPromosi Kesihatan Menyediakan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

yang Komprehensif dan Berkesinambungan Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia Sistem Rangkaian Maklumat Penyelidikan dan Pembangunan Kerjasama Antara Agensi dan Sektor Perundangan

PROGRAM JOM TANGANI STRESDilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2008. Pendedahan kepada situasi yang memberi tekanan adalah faktor yang lazim dalam kehidupan manusia. Program ini berbentuk temuseru (outreach) yang melibatkan komuniti secara langsung dengan menggunakan konsep karnival di setiap pitstop di mana terdapat kumpulan sasaran. Aktivitinya ialah kumpulan sketsa komedi, tunjuk cara teknik relaksasi, perkhidmatan saringan kesihatan, terapi Minda Sihat, aktiviti rekreasi.

PROMOSI KESIHATAN MENTALDilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan malaysia bertujuan untuk mencapai Kesihatan Mental yang baik dan kehidupan berkualiti untuk semua golongan masyarakat. Promosi Kesihatan Mental adalah intervensi-intervensi atau tindakan-tindakan yang dilakukan bagi membantu/membolehkan individu meningkatkan dan mengekalkan kesihatan mental yang optima, kesejahteraan hidup dan melaksanakan fungsi-fungsi sosial. Kempen ini memberi penekanan kepada 10 kemahiran hidup yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik iaitu : Latihan Tegas Diri, Harga Diri, Membina Persahabatan, Pemikiran Positif, Komunikasi Berkesan, Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan, Pengurusan Konflik dan Kemarahan, Kemahiran Keibubapaan, Pengurusan Masa dan Teknik Relaksasi. Program ini dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

BAUCAR ERAMASKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melancarkan Baucar Eramas bernilai RM140 melalui Program Nur Sejahtera bagi membolehkan warga tua mendapatkan khidmat saringan kesihatan secara lebih teratur. Menurut Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan pakej berharga RM140 itu, warga tua boleh mendapatkan 10 jenis rawatan antaranya, tekanan darah tinggi, pengiraan indeks jisim badan, demonstrasi dan pemeriksaan payu dara, pemeriksaan random glukos/kolestrol, pemeriksaan , imbasan tulang dan konsultasi oleh pakar di samping disaran menjalani ujian darah. Tujuan program ini agar warga tua boleh mengetahui penyakit yang dihadapinya dan mendapatkan rawatan pada peringkat awal lagi.

KLINIK KESIHATANPerkhidmatan Kesihatan Warga Emas mula diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan yang dijalankan di klinikklinik kesihatan adalah promosi dan pendidikan kesihatan, ujian saringan dan penilaian status kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan pengubatan, khidmat kaunseling, senaman untuk warga tua serta aktiviti-aktiviti rekreasi, sosial dan kebajikan.

2) KWSP DAN KEHIDUPAN SELEPAS PERSARAAN GOLONGAN TUA.SITI NORIZAN BT MOHD ASRI

2) Apa itu kwsp ? KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan

sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Peningkatan umur persaraan dari umur 56

kepada 60 Memudahkan warga tua mendapat peluang untk terus berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara. KWSP yang diterima oleh warga tua tidak dapat menampung kehidupan mereka di hari tua. Memerlukan banyak perbelanjaan untuk keperluan hidup dan kesihatan. Wang KWSP hanya mampu bertahan selama 2 tahun sahaja.

Kewujudan KWSP (bagi kakitangan swasta),

simpanan tersebut masih tidak dapat menampung perbelanjaan di hari tua kelak terutamanya bagi menampung kos perubatan. kemiskinan dalamkalangan warga tua selepas umur persaraan meningkat.

PROGRAM YANG DIJALANKAN kerajaan menawarkan opsyen skim pencen kepada anggota sektor awam yang telah

memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi peluang kepada mereka untuk menikmati faedah persaraan yang lebih baik.oleh Datuk Dr S Subramaniam menteri sumber manusia. kerajaan telah memperkenalkan Skim Persaraan 1Malaysia bagi membantu golongan yang tidak mempunyai majikan, bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan yang tetap.Oleh perdana menteri dalam bajet 2010.

Syed Shahir turut mengusulkan supaya

kerajaan membangunkan sistem 'multipillar' untuk perlindungan hari tua sepertimana yang telah diamalkan oleh negara membangun lain seperti Australia. Keselamatan Sosial - Satu skim keselamatan sosial yang komprehensif untuk menjamin masa depan warga tua perlu disediakan. Dilaksananakn di bawah dasar warga tua negara.

Skim pencen sosial sebagai satu ukuran

untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan warga tua.- Oleh kementerian pembangunan wanita , keluarga dan masyarakat.

AKTA DAN DASAR YANG TERLIBAT Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan

simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. Dasar warga tua negara. memajukan potensi warga tua agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari.

3) KURANG PENYERTAAN WARGA TUA DALAM PEMBANGUNAN

Suriani binti abdullah

faktor-faktor Warga tua tidak menggunakan kemampuan sebaik

mungkin Mengambil keputusan merehatkan diri. Selesa dengan penghargaan yng diberi(skim, pencen)KESAN-KESAN Pembangunan kekurangan idea dari golongan yang berpengalaman Tenaga yang pakar oleh golongan warga tua dibiarkan tanpa sumbangan warga tua Kemerosotan kesihatan warga tua yang tidak aktif

Mohd Razali Agus & Fashbir Noor Sidin (1998) -Jurnal JKM- Setiap golongan harus mengambil tempat dalam pembangunan dan warga tua wajar diberi peluang untuk turut serta dalam pembangunan.

AKTA (Akta orang papa1977) Mengatakan sekiranya warga tua yang tinggal di sesuatu tempat kebajikan dikehendaki melibatkan diri dalam program @ aktiviti yang sesuai sama ada untuk

melayakkan diri bagi mendapat peluang pekerjaan di luar rumah kebajikan @ membolehkan mereka menyenggarakan rumah kebajikan itu.

POLISI Dasar Warga Tua Kebangsaan Negara -Penyertaan-

-Membolehkan warga tua memainkan peranan dalam m asyarakat dan melibatkan diri secara aktif dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan kesejahteraan mereka serta menurunkan pengetahuan dan kemahiran kepada generasi muda -Memberi peluang kepada warga tua untuk menyumbang kepada masyarakat secara sukarela sesuai dengan keupayaan dan minat mereka -Menggalakkan warga tua menubuhkan Persatuan atau Pertubuhan bagi menjalankan aktiviti untuk kesejahteraan mereka.

Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara (1989) Bagi menjayakan perlaksanaan Dasar Warga Tua Negara maka usaha-usaha bersepadu dan menyeluruh perlu diambil oleh Agensi-agensi yang berkenaan, antaranya ialah pendidikan, pekerjaan, penyertaan dalam masyarakat, riadah, pengangkutan, perumahan, sistem sokongan keluarga, kesihatan, keselamatan sosial, media & penyelidikan dan pembangunan.Penyertaan dalam Masyarakat Warga tua digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan, untuk membolehkan mereka memainkan peranan dalam keluarga dan masyarakat disamping dapat berinteraksi di antara mereka.

PROGRAM-PROGRAM1)PROGRAM PEMBelajaran sepanjang hayat

-Di bawah tempoh RMK-9 yang dilaksanakan oleh kerajaan serta turut melibatkan NGO & Swasta yang menggalakkan sukarelawan di kalangan dewasa termasuk warga tua untuk terus memberi sumbangan kepada keluarga ,masyarakat & negara. - Merupakan program sepanjang umur yang bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khusunya gol dewasa termasuk warga tua yang merangkumi pendekatan pelajaran spt amalan membaca, penyertaan ceramah serta kursus. - Usaha ini adalah selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara yang ingin mewujudkan masyarakat warga tua yang berdikari serta mampu memberi sumbangan terhadap pembangunan.

2) MASYARAKAT BERMARUAH BERMULA DENGANMU

- Dilancarkan oleh KPWKM Dato Sri Shahrizat Abdul - Jalil- bertanggungjawab untuk meningkatkan

kesedaran terhadap pentingnya penglibatan gol masyarakat termasuk warga tua dalam mencapai agenda pembangunan negara. - Selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara yg ingin melahirkan masyarakat warga tua yang mempunyai harga diri & bermaruah tinggi melaui penguasaan dalam ekonomi & pembangunan. - Memberikan pengetahuan kepada warga tua mengenai kemahiran diri & membantu mereka menjadi lebih cekap dalam menangani perubahan sosial dan ekonomi dalam arus pembangunan.

3) penyediaan PEKERJAAN BAGI WARGA EMAS

-Dilaksanakan oleh Presiden Persatuan Pesara Kerajaan MalaysiaDatuk Wan Mahmood Pawanteh yang memberi ruang kepada warga tua untuk kembali bekerja. - Disambut baik warga emas kerana kebanyakan mereka mempunyai pengalaman & kepakaran. - Menghalang warga emas daripada sakit ekoran tidak bergiat aktif. -Membantu warga emas memperoleh pendapatan tambahan di samping menghilangkan kebosanan mereka. - Bidang yg boleh diceburi adalah khidmat sebagai penasihat berasaskan kepakaran masing-masing.

ISU PENGABAIAN WARGA TUANUR SYAZWANI BT ROSDI

MAKSUD PENGABAIAN ?Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (m/s 1), pengabaian merupakan perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab dan teguran, peluang, kemudahan dan lain-lain).

MENGAPA WARGA TUA DIABAIKAN ? a) Sikap individu itu sendiri (anak). b) Memastikan ibu bapa dapat layanan yang sempurna di rumah kebajikan. C) Tindakan warga tua itu sendiri. d) Tidak berdaya untuk merawat atau menjaga warga tua yang sakit/uzur. KESAN WARGA TUA TERABAI : a) Keperluan warga tua tidak terurus. b) Warga tua merempat, mengemis di jalanan serta disisihkan oleh keluarga. c) Meningkatkan keganasan atau kekerasan kepada ibu bapa jika mereka didenda. d) Jumlah penghuni di rumah kebajikan warga tua meningkat.

POLISI/AKTA MELIBATKAN WARGA TUA DASAR WARGA TUA NEGARA - Digubal pada tahun 1995 iaitu dibentuk dengan matlamat untuk meningkatkan kehormatan dan martabatkan diri warga tua dalam keluarga, masyarakat dan negara. - Strategi pembentukan dasar tersebut berkenaan dengan penjagaan dan perlindungan terhadap golongan warga tua dengan mewujudkan perkhidmatan institusi jagaan, perlindunagn sosial dan menjamin hak jagaan serta rawatan

AKTA PUSAT JAGAAN 1993 (AKTA 506) - Diadakan untuk tujuan menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan golongan tertentu seperti penubuhan institusi Rumah Orang Tua dan Rumah Perlindungan dan lain-lain dimana ia hasil kerjasama kerajaan dan badan sukarela NGO bagi membolehkan warga tua menerima jagaan yang rapi dari segi pemakanan, tempat tinggal, rawatan kesihatan dan aktiviti harian.

PROGRAMPROGRAM MASYARAKAT PENYAYANG - Program ini dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu bekas perdana menteri malaysia. Program ini termasuk dalam cabaran ketujuh dalam wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat penyayang ( caring society) dan budaya penyayang dalam diri setiap masyarakat terutama anak-anak. - Tujuan : a) mengelakkan masalah pengabaian terhadap warga tua oleh anak-anak dan ahli keluarga.

b) menerapkan nilai kasih sayang dalam diri antara anak, ahli keluarga dan masyarakat terhadap warga tua yang terabai. c) warga tua tidak hidup merempat dan mengemis. PROGRAM UNIT PENYAYANG WARGA EMAS- Program ini dilaksanakan oleh Majlis Pusat Kebajikan

Semenanjung Malaysia (MPKSM) dengan pemantauan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia dilaksanakan untuk memberi kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik. Malahan program ini mensasarkan warga emas yang tinggal bersendirian atau dengan keluarga yang kurang kemampuan.

SISTEM SOKONGAN BAGI KELUARGA- Dilaksanakan melalui pelaksanaan Dasar Warga Tua

Negara iaitu memastikan warga tua dapat tinggal terus bersama keluarga tanpa berlaku pengabaian oleh anak-anak atau ahli keluarga lain daripada merempat di jalanan tanpa perhatian. - contohnya,sistem ini diwujudkan di kawasankawasan perumahan untuk membantu keluarga dalam penjagaan dan melindungi warga tua untuk mengelakkan pengabaian.

5) ISU KEBAJIKAN TERHADAP WARGA TUANOOR AMIRA BINTI ABDUL RAZAK

KESIMPULANWarga tua merupakan sumber dan pedoman kepada generasi muda untuk mengharungi pancaroba hidup. Malangnya, golongan ini sering diabaikan, manakala jumlah penghuni di rumah orang tua kian hari kian meningkat. Aliran ini jelas memaparkan nasib warga tuatidak sebaik dahulu. Dalam usahauntuk kita mencegah sesuatu, kita hendaklahmencari punca asal yang menyebabkan berlakunya peningkatan warga tua dirumah orang tua. Oleh itu, langkah-langkah yang ampuh lagi bersepadu harus diambil demi untuk membela warga tua yang banyak memberisumbangan dalam masyarakat.

SEKIAN TERIMA KASIH