45
PQE 3101 2014 ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN.....................................................2 BAHAGIAN A: ESEI-PENDAHULUAN....................................3 HUKUM BERKAITAN MEMBACA AL-QURAN ...............................3 KONSEP IBADAH MENURUT PANDANGAN ISLAM...........................8 HUKUM MEMBACA ISTIAZAH..........................................7 HUKUM MEMBACA BASMALLAH.........................................9 HUKUM TAKBIR DAN KHATAM AL-QURAN...............................12 22 BAHAGIAN B:PENGENALAN ISRAILLIYYAT.............................17 PERKEMBANGAN RINGKAS ISRAILLIYYAT..............................19 HUKUM MERIWAYATKAN ISRAILLIYYAT................................21 BAHAYA ISRAILLIYYAT TERHADAP UMAT ISLAM........................22 SATU CONTOH ISRAILLIYYAT DALAM TAFSIR..........................25 PENUTU/KESIMPUL ...............................................39 BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI TUGASAN.........................28 RUJUKAN........................................................31 1

Istiazah Basmalah Dan Takbir

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN.............................................................................................................2

BAHAGIAN A: ESEI-PENDAHULUAN.............................................................................3

HUKUM BERKAITAN MEMBACA AL-QURAN ...............................................................3

KONSEP IBADAH MENURUT PANDANGAN ISLAM......................................................8

HUKUM MEMBACA ISTIAZAH........................................................................................7

HUKUM MEMBACA BASMALLAH..................................................................................9

HUKUM TAKBIR DAN KHATAM AL-QURAN................................................................12

22

BAHAGIAN B:PENGENALAN ISRAILLIYYAT...............................................................17

PERKEMBANGAN RINGKAS ISRAILLIYYAT...............................................................19

HUKUM MERIWAYATKAN ISRAILLIYYAT...................................................................21

BAHAYA ISRAILLIYYAT TERHADAP UMAT ISLAM.....................................................22

SATU CONTOH ISRAILLIYYAT DALAM TAFSIR.........................................................25

PENUTU/KESIMPUL ....................................................................................................39

BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI TUGASAN......................................................28

RUJUKAN......................................................................................................................31

1

Page 2: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

KATA-KATA ALUAN DAN PENGHARGAAN

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia- Nya maka dapat saya menyiapkan

tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam jangka masa yang telah

ditetapkan.Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada dorongan dan sokongan

daripada pelbagai pihak. Pada kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada

Guru kami iaitu Ustaz Haji Mohd Sood bin Chik kerana memberi tunjuk ajar dan memberi jalan

penyelesaian dalam setiap permasalahan yang saya utarakan. Tanpa beliau, saya tidak

mungkin mampu menyelesaikan tugasan ini..Beliau sentiasa memberi kata semangat dan

sentiasa memberikan maklumat yang saya perlukan.Beliau juga tidak kedekut ilmu dengan

berkongsi pendapat dengan saya.Sekiranya saya mempunyai persoalan mengenai tugasan ini,

beliau sentiasa member penjelasan yang jelas sehinggalah saya faham dan tahu

menyelesaikan masalah yang timbul.Tidak saya lupakan juga jutaan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan yang bersama-sama membantu dan menyumbang idea bagi

menyempurnakan tugasan ini.Tanpa kerjasama dan sokongan, sesungguhnya tugasan ini tidak

mampu disiapkan dalam masa yang ditetapkan.Kerjasama dan pengurusan masa yang bijak

penting dalam menyelesaikan sesuatu tugas.Jika tidak, sesuatu tugas tidak dapat diselesaikan

pada masa yang ditetapkan dan tidak dapat disiapkan dengan sempurna.. Akhir sekali,kami

pohon sejuta kemaafan daripada semua pihak yang terlibat sekiranya terdapat silap dan salah

yang telah kami lakukan. Sesungguhnya manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan

kesilapan, Yang baik datangnya daripada Tuhan yang buruk datangnya daripada kelemahan

diri kami sendiri.

2

Page 3: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

BAHAGIAN A

PENDAHULUANAl-Qur`an adalah kalamullah Ta`ala yang diturunkan kepada rasul-Nya dan penutup para nabi,

yaitu Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang diawali dengan surat Al-Fatihah dan diakhiri

dengan surat An-Nas.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

تنزيال القرءان عليك لنا نز نحن إنا “Sesungguhnya telah Kami turunkan kepadamu (Muhammad) sebuah Al-Qur`an dengan

sebenar-benarnya turun”. [Al-Insaan 23]

Seorang muslim meyakini kesucian dan keutamaan kalamullah, kalam yang paling utama dan

sempurna; tidak ada cela dan kebatilan sedikitpun padanya. Al-Qur`an merupakan sebaik-baik

dan sebenar-benarnya kalam, barangsiapa yang berhukum dengan Al-Quran pasti ia akan

berada di atas keadilan dan jauh dari kezaliman. Dan barangsiapa yang berpegang teguh

dengan Al-Quran (dan Al-Hadits) sebagai jalan hidupnya dalam segala aspek kehidupannya,

maka dengan izin Allah Ta’ala- hidupnya akan berjaya di dunia dan di akhirat . Namun hal itu

tidak akan mampu tercapai kecuali jika kita mempelajari dan melaksanakannya dalam

kehidupan sehari-hari. Maka kita -sebagai seorang muslim, tidaklah sepatutnya melupakan Al-

Qur`an dan mengambil hukum lain dalam menyelesaikan permasalahan hidup. Dengan tilawah

(membaca) dan memahami Al-Qur`an terus menerus, akan kita mendapat berbagai macam

ilmu pengetahuan yang menambah keimanan kita.

1. Hukum Berkaitan Membaca Al-Quran Bagi Orang Berhadas

1. Para ulama bersepakat dalam membenarkan orang yang berhadas kecil untuk

membaca atau melihat al-Quran tanpa menyentuhnya, manakala bagi yang berhadas

besar tidak dibenarkan membacanya tetapi boleh melihatnya.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW bersabda:

القرآن من �ا شيئ الجنب وال الحائض تقرأ ال3

Page 4: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

Maksudnya: “Wanita yang haid dan juga orang yang junub tidak boleh membaca sedikit

pun dari al-Quran.”

2. Ulama-ulama Mazhab Syafi’e membolehkan umat Islam membawa, memegang dan

membaca kitab al-Quran bertafsir yang mana kandungan tafsirnya lebih banyak

daripada ayat-ayat al-Quran. Sekiranya kandungan tafsir dan kandungan ayat al-Quran

adalah bersamaan dari sudut kuantitinya maka hukumnya adalah makruh dan sekiranya

ayat al-Quran lebih banyak daripada tafsirannya, maka hukumnya menjadi haram

kembali. (Wahbah Az-Zuhaili, 2005)

3. Hanya ulama mazhab Maliki yang membenarkan perempuan yang haid atau nifas

membaca al-Quran dan memegangnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran

kerana darurah seumpama kelas hafazan. Sekiranya kelas yang lain, tidak dibenarkan

kerana mereka meletakkan syarat darurah iaitu mestilah keseluruhan kelas tersebut

bukan sedikit atau sebahagian daripadanya. Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa Nabi

SAW bersabda:

القرآن من �ا شيئ الجنب وال الحائض تقرأ الMaksudnya: “Wanita yang haid dan juga orang yang junub tidak boleh membaca sedikit

pun dari al-Quran

4. Diharamkan kepada orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya

walaupun satu huruf atau kurang satu ayat sekalipun pada mazhab Syafi’e dengan niat

membacanya. Sekiranya untuk tujuan doa, pujian, ucapan perasmian, memohon

perlindungan daripada Allah atau zikir, maka hukumnya dibolehkan. Sekiranya dengan

niat membaca ayat al-Quran atau niat membaca al-Quran beserta zikir, maka hukumnya

adalah haram. (Abdul Karim Zaidan, 1993)

Dari Ali RA secara marfu’:

الجنابة إال القرآن عن يحجبه يكن لمMaksudnya:“Tidak ada sesuatu pun yang memisahkan Nabi SAW dari al-Quran kecuali

junub.”

5. Begitu juga diharuskan membawa atau membaca al-Quran dalam proses pengajaran,

hanya para guru sahaja yang dibenarkan untuk membaca dan membawa al-Quran

tetapi hukum ini tidak termasuk para pelajar. Hal ini kerana seorang guru agama yang

4

Page 5: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

mengajar al-Quran sangat sulit sekali kepadanya untuk tidak menggunakan al-Quran

dalam pengajarannya. Manakala para pelajar tidak menghadapi kesukaran seumpama

ini.

6. Ulama membenarkan orang kafir (kafir adalah tergolong dalam hadas besar pada

Mazhab Syafie) membaca ayat-ayat al-Quran, mempelajarinya atau mengajarinya

sekiranya terlihat tanda-tanda kecenderungannya kepada agama Islam. Sekiranya atas

tujuan menghina al-Quran, hukumnya adalah haram. (Wahbah Az-Zuhaili, 2005)

2. Hukum Menyentuh al-Quran Bagi Orang Berhadas

Firman Allah di dalam surah al-Waqiah ayat 77-79:

المطهرون إال ه يمس ال مكنون كتاب في كريم لقرآن ه إنMaksudnya: “Sesungguhnya Al-Quraan ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang

terpelihara (Lauhul Mahfuzh), tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan

1. Di dalam Surah Al Waqiah ini para Pentafsir al-Quran berselisih pendapat tentang Kata Ganti

Nama Ketiga yang terdapat dalam ayat yang ke 79 (ه :iaitu ( يمس

i) Adakah ia kembali kepada perkataan الكريم atau perkataan القرءان yang الكتاب

membawa maksud Kitab yang berada di Lauh Mahfuz?.

ii) Kata Ganti Nama ini akan menentukan maksud sebenar bagi perkataan seterusnya iaitu

.المطهرونiii) Di sinilah titik perbincangan hukum menyentuh dan membawa al-Quran bagi seseorang

dalam keadaan berhadas.

iv) Setengah daripada pendapat pentafsir al-Quran sekiranya Kata Ganti Nama Ketiga itu

kembali kepada perkataan الكريم ia القرءان akan membawa maksud tidak

dibenarkan menyentuh atau membawa Al Quran kecuali orang yang suci) المطهرون

dari hadas kecil dan hadas besar).

v) Manakala setengah pendapat yang lain pula sekiranya Kata Ganti Nama Ketiga itu

kembali kepada perkataan الكتاب yang membawa maksud Kitab yang berada di Lauh

Mahfuz, maka ia akan membawa maksud tidak dibenarkan menyentuh atau

5

Page 6: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

membawanya kecuali Para) المطهرون Malaikat), kerana al-Kitab al-Aziz tidak

diturunkan dengannya Syaitan. Tetapi ia diturunkan dengan para Malaikat yang Suci.

3.Hukum mengajar dan mengambil upah mengajar al-quran Hukum mengajar al-Quran fardhu kifayah. Jika dalam sebuah kampung tidak ada orang yang

layak mengajar al-Quran kecuali seorang sahaja maka ketika itu fardhu ain ke atasnya

mengajar al-Quran kepada orang lain. Ulama berselisih pendapat mengenai mengambil upah

mengajar a[-Quran.Huraiannya seperti:

Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah mengajar al-Quran secara

mutlak

Imam Hassan al-Basri, al-Sya'bi dan Ibnu Sirin mengatakan harus mengambil upah

mengajar al-Quran jika tidak mensyaratkan upahnya.

Imam Syafie, Imam Malik dan ' Ata ' al-Tabie mengatakan harus mengambil upah

mengajar al-Quran jika mensyaratkan upahnya dengan upah yang sah.

Orang yang mengajar al-quran terbahagi kepada tiga golongan.

Huraiannya ialah seperti berikut:

I. Golongan yang mengajar al-Quran semata-mata kerana Allah tanpa mengambil sebarang balasan atau keuntungan. Mereka diberi pahala di sisi Allah dan amalannya

disifatkan sebagai amalan para Nabi ' Alaihim al-Shalatu Wassalam

II. .Golongan yang mengajar al-Quran dengan mensyaratkan upahnya dan mereka layak

mengambil upahnya

III. Golongan yang mengajar al-Quran tanpa mensyaratkan upahnya, jika diberi hadiah

mereka akan menerimanya. Harus bagi mereka menerima hadiah.

) الله)) كتاب أجرا عليه أخذتم ما أحق إن“Sesungguhnya sesuatu yang paling berhak untuk kalian ambil sebagai upah adalah kitab Allah Berdasarkan kisah seorang yang disengat kalajengking lalu dibacakan ruqyah oleh

6

Page 7: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

sebagian sahabat namun ia mensyaratkan (kepada orang tersebut) adanya upah dan Nabi –

shallallahu ‘alaihi wa sallam- pun membiarkannya.

            Maka kesimpulannya adalah bahwa memberikan sesuatu kepada seseorang yang telah

membacakan kepada manusia dan mengobati mereka dengan bacaan Al-Qur`an; memberikan

upah kepadanya untuk perkara ini maka (hukumnya) tidak mengapa, sebagaimana memberikan

upah kepada seorang pengajar (Al-Qur`an), ini semua masuk dalam bab tolong-menolong pada

perkara yang dapat bermanfaat bagi manusia.

            Seorang pengajar Al-Qur`an memberikan manfaat kepada manusia dengan cara

mengajarkan, membimbing dan memberi pengarahan kepada mereka. Dan orang yang

membacakan Al-Qur`an kepada orang yang sakit demikian pula keadaannya ia berhajatkan

bantuan sehingga ia dapat menyelesaikan kesibukannya ini. Ia membacakan kepada ini dan itu,

Allah telah menjadikan kitab-Nya penyembuh bagi setiap penyakit hati dan badan, meskipun

pada asalnya Dia menurunkan (Al-Qur`an) untuk menyelamatkan hati dan menyucikannya dari

penyakit kesyirikan serta kemaksiatan dan mengarahkannya kepada kebaikan.

Jikalau seorang mukmin melakukannya dalam keadaan ikhlas kepada Allah ‘Azza wa Jalla,

mengetahui bahwa Dialah Yang Maha menyembuhkan, bahwa di tangan-Nyalah segala

sesuatu (niscaya akan nyata hasilnya). Maka apabila seorang pengajar diberikan sesuatu yang

dapat membantunya dan seorang peruqyah juga diberikan sesuatu yang dapat membantunya

lantaran ia mengobati manusia dengan cara meruqyah, maka hukumnya tidak mengapa..

Al-Istiazah

Makna istiazah dari segi bahasa ialah berlindung

Dari segi istilah ialah lafaz doa yang menghasilkan perlindungan dan naungan daripada syaitan

yang dilaknat . Juga dikenali taawudz

Firman Allah Taala:

  جيم الر يطن الش من ه بالل فاستعذ القرءان قرأت فإذا“Apabila kamu hendak membaca Al-Quran maka hendaklah kamu meminta pertolongan kepada

Allah daripada syaitan yang direjam.”

(surah An-Nahl ayat 98)

7

Page 8: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

Lafadz

Maksudnya: Aku memohon perlindungan dengan Allah dari gangguan syaitan yang direjam

Hukum

Jumhur ulama berpendapat hukum membacanya sunat. Ada sesetengah ulama berpendapat

hukum membacanya wajib berdasarkan firman Allah swt:

  جيم الر يطن الش من ه بالل فاستعذ القرءان قرأت فإذا

Maksudnya: Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada

Allah dari syaitan yang terkutuk

Hukum membacanya:

Ulamak berselisih pendapat mengenai tahap tuntutan membaca istiazah ketika hendak

membaca al-quran.Huraiannya seperti berikut:

Jumhur Ulamak mengatakan sunat muakad.

Suffian Assauri dan Daud Azzahairi serta pengikutnya mengatakan wajib.

Ibnu Sirin mengatakan wajib untuk sekali seumur hidup

Menurut Jumhur Ulama Isti’azah amat dituntut bila mana seseorang hendak memulakan

bacaan Al-Quran sama ada di permulaan surah atau dipertengahannya.

Namun para ulama berselisih dalam menafsirkan perkataan tuntut samaada wajib atau

sunat

Cara membaca istiazah atau at-ta’uz

I. Dibaca kuat)jihar):ketika membaca Al-Quran di dalam majlis atau ketika waktu belajar

II. Dibaca perlahan)sir/khafa’):ketika membaca AL-Quran ketika membaca dengan nada

perlahan walaupun di tempat orangramai,ketika membaca di tempat yang sunyi

8

Page 9: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

walaupun dengan suara yang kuat,ketika membaca bergilir-gilir sedangkan kita

bukanlah orang yang pertama dan ketika dalam sembahyang.

BASMALLAH

Basmallah ialah ringkasan bagi Bismillahirrahmanirrahim

Lafaznya

Inilah lafaz yang terdapat dalam surah an-naml ayat 30.

9

Hukum MembacaMembaca Basmalah di pertengahan SurahBasmalah Di Antara Dua surahBasmalah Antara Al-Anfal dengan At-TaubahSebab Larangan

Page 10: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

Maksudnya:Sesungguhnya ia surah daripada Sulaiman dan sesungguhnya isi kandungannya

Hukum membaca:

Hukum

Hukum membaca Basmalah pada setiap kali membaca Al-Qur’an, ada 4 (empat) iaitu;

1.WajibMembaca Basmalah, pada permulaan surat Al-Fatihah, hukumnya wajib, sebab basmalah

adalah sebagian (ayat pertama) dari surat Al-fatihah. Demikian menurut Qaul yang paling

shahin di kalangan madzhab Imam Asy-Syafi’i

2.Sunnah

Dalil : Sabda Rasullullah s.a.w

Maksudnya : Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan Basmalah maka ia terputus

(keberkatannya)

Para ulama bersepakat bahawa hukum membaca basmalah adalah sunat kerana tertulis

basmalah pada setiap awal surah kecuali surah At-Taubah

Membaca Basmalah di awal setiap surat, selain surat Al-fatihah, dan surat At-Taubah (Bara-

ah), dihukumi sunnah, begitu juga ketika (memulai membaca Al-Qur’an) di tengah-tengah surat,

selain ke-dua surat tersebut (Al-Fatihah dan At-Taubah).

3.HaramMembaca basmalah di awal surat, At-Taubah (Bara-ah), menurut pendapat Imam Ibnu Hajar,

hukumnya haram.

4. Harus Membaca Basmalah di tengah-tengah surat At-Taubah (ketika memulai membaca lagi, setelah

berhenti), hukumnya jaiz, artinya boleh membaca Basmalah, dan boleh juga tidak membaca

Basmalah. Tetapi menurut pendapat sebagian besar Ulama’ Qurra’, lebih baik, tidak membaca

basmalah.

10

Page 11: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

6. Hukum Basmalah

1. Menurut Imam Ibnu al-Kathir RA yang bermazhab Shafie, ulama-ulama bersepakat

bahawa kalimah الرحيم الرحمن الله Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi) بسم

Maha Penyayang), adalah pemisah antara surah. (Azahari Ibrahim, 2000)

2. Dalam kitab tafsir Ibnu al-Kathir RA juga dinukilkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas

RA:

ه الل بسم عليه ينزل حتى ة السور� فصل يعرف ال كان وسلم عليه الله صلى الله رسول أن

حيم الر حمن الر

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW tidak tahu pemisah antara surah sehinggalah

turun kepadanya حيم الر حمن الر ه الل بسم3. Dalam hal ini, Imam Nawawi RA berpendapat sesungguhnya masalah atau perkara

tentang menguatkan bacaan Basmalah bukanlah peraturan dalam penetapan perkara

Basmalah. Dan demikian, menjadi hujah bagi orang-orang yang berhujah dengan

hadits-hadits yang meniadakan (menghilangkan) bacaan basmalah atas alasan bahawa

ia bukan daripada ayat-ayat Al-Quran.

4. Daripada kenyataan ulama di atas, maka dapat kita ambil beberapa isi penting iaitu:

a) Majoriti ulama yang berpendapat bahawa basmalah adalah sebahagian daripada

ayat-ayat al-Quran, berdalil dengan tidak menjaharkan bacaan basmalah dalam solat.

b) Majoriti ulama yang berpendapat bahawa basmalah adalah bukan sebahagian

daripada ayat-ayat Al-Quran, berdalil dengan menjaharkan bacaan basmalah dalam

solat. Walaubagaimanapun, mereka berpendapat bahawa hukumnya sunnat, bukan

wajib.

c) Imam Nawawi RA, sebagai seorang ulama mazhab Shafi’i mengatakan bahawa

masalah menguatkan bacaan basmalah dalam solat adalah bukan antara peraturan

atau tertib dalam hal mengenai Basmalah ini. (Abu Al-Fida` Ismail Ibn Katsir, 1999)

Sebab larangan Basmallah

Basmalah tidak tertulis di awal At-taubah. Sebaliknya Basmalah tertulis di awal surah-surah

yang lain.

11

Page 12: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

Surah Bara’ah (At-Taubah) diturunkan waktu peperangan seperti yang ditegaskan oleh ibnu

Abbas

-Yang Bermaksud :

“ Aku bertanya Saidina Ali ( � kenapa tidak ditulis Basmalah di awal surah Bara’ah, jawabnya عه(

kerana basmalah itu aman sedangkan Bara’ah tidak aman kerana ia diturunkan di waktu

peperangan.

7. Hukum Takbir dan Khatam al-Quran

Untuk memulakan majlis khatam al-Quran adalah seeloknya ianya dibuka dengan bacaan al-

Fatihah (الفاتحة). Kemudian barulah majlis khatam dimulakan dengan bacaan surah الضحى sehingga sampai surah .الناس Apabila sampai pada ayat terakhir dalam surah الضحى sehingga surah الناس, disunatkan bagi pembaca al-Quran menyebut lafaz Takbir ( أكبر .(الله

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah terputus menerima wahyu dari Allah

S.W.T seketika sehingga orang-orang Musyrik menuduh Allah SWT telah meninggalkan

Rasulullah SAW . Tidak berapa lama selepas itu turunlah surah .الضحى Rasulullah SAW

berkata أكبر (Allah Maha Besar) الله dan Baginda SAW mengarahkan kepada pembaca al-

Quran supaya membaca “Takbir” apabila sampai pada surah dan الضحى seterusya pada

surah-surah selepas itu sehingga tamat bacaan.

Sebahagian ulama meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAWbertakbir atas sebab

bersyukur kepada Allah SWT kerana menafikan kata-kata orang-orang Musyrik. Manakala

sebahagian yang lain mentafsirkannya sebagai kegembiraan Nabi diatas turunnya wahyu

selepas beberapa ketika terhenti.

Bacaan takbir telah diriwayatkan oleh kebanyakan pembaca al-Quran dan ianya menjadi

suatu adat ke atas pembaca al-Quran sebagaimana ianya menjadi amalan bagi setiap pembaca

al-Quran di daerah negara lain ketika dalam perayaan atau majlis membaca al-Quran dan

begitu juga ketika mereka mendirikan Qiamullail pada bulan Ramadhan. Mereka tidak

meninggalkan perkara ini ketika mereka mengkhatamkan al-Quran dalam apa-apa keadaan

sekalipun.

Lafaz ini disebut sebelum membaca Basmalah pada awal surah. Secara mudahnya,

lafaz ini disebut setiap kali selepas selesai membaca ayat terakhir dalam surah.

12

Page 13: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

1. أكبر الله2. أكبر والله الله إال إله ال3. الحمد ولله أكبر والله الله إال إله ال

8.KHATAM AL-QURAN

Khatam Al-Quran bermaksud menghabiskan pembacaan Al-Quran bermula daripada surah al-

fatihah hingga surah an nas dalam masa tertentu.

Hukum khatam al-quran:

• Hukum khatam al-quran ialah sunat. tidak ada nas yang mewajibkan amalan khatam al-

quran ini.

Dari Abdullah bin `Amru R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda yang maksudnya :

“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata: ”Sesungguhnya aku

mampu untuk lebih dari itu.” Rasulullah s.a.w bersabda: “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari,

jangan kurang dari itu.” (HR al-Bukhari)

Khatam al-quran Zaman Rasulullah

• Sepanjang bulan Ramadan setiap tahun, Rasulullah akan bertadarus dengan Jibrail

hingga khatam.

• Bertujuan memperbaiki sebutan dan mendalami isi kandungan dan pelaksanaan

tuntutan Al-Quran.

• Tahun kewafatannya, baginda khatam sebanyak dua kali.Masih belum terdapat majlis

khatam Al-Quran beramai-ramai seperti sekarang

Khatam al-quran Zaman Sahabat

• Terdapat sahabat yang dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam masa yang singkat.

• 1 malam > Abdullah bin Zubair, Said bin Jubair,Uthman bin Affan, Saleh bin Kaisan.

• 1 hari > Thabit Bunani, Abu Harrah RA.

13

Page 14: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

• Rasulullah s.a.w bersabda bahawa seseorang yang mengkhatamkan bacaan al-Quran kurang daripada tiga hari tidak akan dapat merenung makna al-Quran. 

• Namun, hadis ini hanya untuk orang awam sahaja.

Khatam al-quran Zaman ulama’ salaf

Mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang tidak lebih daripada empat puluh hari.

Mampu khatam dalam masa yang lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan

Ramadhan.

Imam Syafie diriwayatkan mampu khatam al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan

Ramadhan. 

Terdapatnya amalan menghimpun keluarga dan berdoa khatam Al-Quran oleh Anas bin Malik.

Tetapi ini hanya amalan peribadi Anas dan keluarganya sahaja bukannya majlis

khatam seperti sekarang.

Ada yang tidak berdoa setelah khatam al Quran. Sebaliknya mereka hanya beristighfar

kepada Allah dengan penuh perasaan malu.

Ada daripada ulama salaf yang berdoa dengan penuh perasaan mengharapkan rahmat

daripada Allah dan sebagai hamba sangat berhajat kepada Tuhan.

Ada daripada ulama salaf apabila selesai khatam al Quran terus menyambung bacaan

dengan awal surah al Fatihah tanpa diselangi dengan doa.

Ada pula ulama salaf apabila selesai khatam al Quran menyambung bacaan dengan awal

surah al Fatihah dan surah al Baqarah sampai ayat 5, kemudian mereka berdoa. Inilah cara

yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam

Panduan perlaksanaan

1. Memilih waktu yang sesuai untuk mengkhatamkan Al-Quran.Jika pengkhataman Al-

Quran dilakukan di dalam solat maka waktu yang afdal adalah pada solat Subuh.Jika

pengkhataman Al-Quran dilakukan di luar solat maka waktu yang afdal adalah di awal

pagi ataupun di awal malam. Disunatkan berpuasa pada hari mengkhatamkan Al-Quran.

14

Page 15: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

2. Disunatkan mengucapkan takbir bermula surah Ad-Duha sehingga surah An-Nas.

3. Selepas selesai membaca surah An-Nas disunatkan membaca surah Al-Fatihah dan

diikuti awal surah Al-Baqarah sebanyak lima ayat.

. : : المرتحل الحال قال أفضل؟ األعمال أي الله يارسول قال � رجال أن : القرآن: أول من يضرب قال المرتحل؟ الحال وما الله، يارسول قال

أوله إلى آخره ومن آخره إلى“Seorang lelaki bertanya : “Wahai Rasulullah s.a.w., apakah amalan yg lebih afdhal?” Sabda

Baginda s.a.w. : “al-Hal wa al-Murtahil”. Kata lelaki itu : “Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?”.

Jawab Nabi s.a.w. : “Membaca dari awal al-Quran sehingga akhirnya, dan dari akhirnya

hingga awalnya” (HR. at-Tirmidzi)

افتتح الناس برب أعوذ قل قرأ إذا كان وسلم عليه الله صلى النبي أنالمفلحون هم أولئك إلى البقرة من قرأ ثم الحمد من

4.Adalah Nabi s.a.w. apabila membaca membaca sampai surah an-Nas, dibuka kembali

dengan al-Fatihah, kemudian Nabi s.a.w membaca surah al-Baqarah sampai ayat 5

5.Disunatkan berdoa selepas selesai mengkhatamkan pembacaan Al-Quran.

.

 Maksudnya :

"Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan

rahmat bagi kami. Ya Allah, ingatkan kami apa yang kami lupa, dan ajarkan kami apa yang

kami jahil. Kurniakanlah kepada kami agar dapat membacanya pada waktu malam dan pada

waktu siang. Jadikanlah ia perisai.kami, wahai Tuhan sekelian alam."

15

Page 16: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

 Fadilat khatam al-quran Mendapat ketenangan hati dan jiwa:

Daripada Abi Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Tidaklah berhimpun satu kaum itu di

dalam rumah Allah yang mana mereka membaca Al-Quran dan bertadarus di antara

mereka melainkan turun kepada mereka itu ketenangan serta kerahmatan daripada Allah

s.w.t… ”

Mendapat rahmat daripada Allah s.w.t:

Diriwayatkan daripada Mujahid katanya: “Sesungguhnya mereka (sahabat-sahabat Nabi

s.a.w) berkumpul ketika majlis khatam Al Quran dan mereka berkata: Sesungguhnya telah

turun rahmat Allah.”

Doa di aminkan oleh malaikat:

Diriwayatkan daripada Hamid Al A’raj katanya: “ Sesiapa yang membaca Al-Quran

kemudian berdoa, maka sebanyak 4000 malaikat akan mengaminkan doanya.”

Waktu doa dimustajab )diperkenan(:

Diriwayatkan daripada Hikam Bin U’taibah katanya: “…sesungguhnya doa dimustajabkan

(diperkenankan) ketika majlis khatam Al-Quran.”

Dijanjikan pohon di dalam syurga:

Diriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Ketika majlis khatam Al Quran itu

doa dimustajabkan serta disediakan sebatang pohon di dalam syurga (bagi sesiapa yang

menghadiri majlis tersebut).”

16

Page 17: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

BAHAGIAN B

1.Pengenalan Al-Quran merupakan satu mukjizat yang sesuai untuk semua zaman, keadaan,dan juga

tempat. Oleh itu, ia memerlukan satu penafsiran yang kukuh untuk memudahkan orang awam

memahami kandungan al-Quran dan seterusnya dapat menghayati segala isi kandungannya.

Penafsiran yang dilakukan tidak berhati-hati akan memudahkan unsur-unsur Israiliyyat dan

khurafat memasuki ke dalam kitab-kitab tafsir. Unsur-unsur Israiliyyat ini menyerap masuk ke

dalam kitab tafsir kerana sikap ambil mudah pentafsir. Mereka terus menukilkan tafsir tanpa

mengira kesahihan cerita tersebut Islam adalah agama yang syumul. Segala pengajaran,

arahan dan larangannya adalah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Sejajar

dengan itu, al-Quran diturunkan sebagai kitabullah yang mempunyai panduan dan hidayah

kepada seluruh umat manusia, lengkap dengan segala isi kandungannya sama ada dari segi

aqidah, ibadah, perundangan, akhlak, sejarah dan sebagainya. Al-Quran dinukilkan secara

mutawatir dan merupakan kitab yang sentiasa dipelihara isi kandungannya oleh Allah daripada

diseleweng oleh musuh-musuh-Nya.

Namun begitu, terdapat sesetengah para pentafsir dahulu atau masa kini yang memasukkan

unsur-unsur Israiliyyat dalam pentafsiran mereka. Unsur-unsur ini banyak dikesan terutamanya

dalam menggambarkan perihal cerita-cerita para nabi dan rasul. Faktor ini adalah antara

penyebab berlakunya kelemahan dalam tafsir ma’thur.

2.Pengertian israilliyyatPada asalnya apabila disebut Israiliyyat  ائيليات ianya merujuk kepada khabar-khabar yang االسر

dibawa oleh Bani Israil atau kaum Yahudi. Namun begitu, para ulama meluaskan

maksudIsrailiyyat sehingga ianya meliputi khabar atau cerita yang bersumberkan golongan

Yahudi dan Kristian.

Kata al-Syeikh Muhammad Husain al-Zahabi di dalam Al-Tafsir wa Al-Mufassirun :

"Perkataan al-Israiliyyat walaupun pada zahirnya menunjukkan maksud corak Yahudi dan

pemikiran mereka secara jelas kepada tafsir al-Quran, namun kita maksudkan al-Israiliyyat apa

yang lebih luas dan merangkumi; iaitu corak Yahudi dan Kristian kepada tafsir, juga apa yang

mempengaruhi tafsir al-Quran daripada pemikiran Yahudi dan Kristian" 

17

Page 18: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

Ada banyak kalangan ahli tafsir zaman dahulu dan sekarang yang memasukkan unsur-unsur

Israiliyyat dalam penafsiran mereka. Unsur-unsur tersebut biasanya banyak terserak dalam

menggambarkan kisah atau cerita para nabi dan rasul. Faktor ini menjadi penyebab kelemahan

dalam tafsir ma’tsur.

Kata ‘Israiliyyat’ adalah kata jamak. Mufradnya berasal dari kataIsrailiyyah, yang dinisbatkan

kepada Bani Israil (keturunan Israil). Sementara, Israil adalah gelar bagi Nabi Yakub as. yang

berarti Abdullah atau hamba Allah. Jadi, Bani Israil atau keturunan Israil berarti keturunan Nabi

Yakub as.

Keturunan Nabi Yakub as. atau Bani Israil dikenal pula dengan sebutan Yahudi. Yahudi berasal

dari kataYahuda, salah satu suku dalam Bani Israil yang jumlah anggotanya paling banyak.

Karena hal itu, Bani Israel identik dengan kata Yahudi, walau tidak semua orang Bani Israel

termasuk dalam suku Yahuda. Suku Yahuda sendiri merupakan keturunan dari Yahuda bin

Yakub, salah satu dari duabelas putera Nabi Yakub as.

Definisi Israiliyyat, menurut sebagian besar ahli tafsir, ialah kisah-kisah berkaitan bangsa

Yahudi yang terserap masuk ke dalam tradisi Islam melalui tafsir Al Quran yang banyak terjadi

di zaman tabi’in. Bahkan sebagian ulama tafsir dan hadits mendefinisikan Israiliyyat sebagai

kisah-kisah yang sengaja diciptakan dan disusupkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir

Al Qur’an dengan tujuan untuk merosak kesucian Islam dan Al Qur’an (Al Zahabi 1990: 13).

3.Bagaimana israiliyyat boleh masuk ke dalam tafsir al-quranApabila Islam berkembang pesat, maka golongan ahli kitab yang terdiri daripada Yahudi dan

Kristian turut menganut Islam. Mereka ini membawa masuk bersama mereka pengetahuan

lama mereka ambil daripada Taurat dan Injil. Apabila mereka mendengar Al-Quran

menceritakan sesuatu peristiwa umat zaman dahulu, mereka pun menyebut apa yang mereka

tahu daripada kitab mereka. Sedangkan isi kandungan kitab-kitab mereka telah diubah dan

dicemeri kisah-kisah karut yang merobek ketulenannya. Ini seperti yang disebut oleh Allah

S.W.T dalam Al-Quran : (surah Al-Baqarah 2:75)

18

Page 19: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

Maksudnya :

"Sesungguhnya segolongan mereka (Yahudi) mendengar firman Allah, lalu mereka

mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedangkan mereka mengetahuinya."

(surah Al-Baqarah 2:75)

Allah berfirman lagi :

"Mereka menulis kitab yang dengan tangan mereka, lalu mereka menyatakan, ini daripada

Allah"

(surah Al-Baqarah 2:79)

4. Perkembangan ringkas israiliyyat

Menurut sejarah, orang-orang Yahudi telah pun menetap bersama dengan orang-orang

Arab sejak zaman sebelum Islam. Mereka memiliki ilmu pengetahuan yang diambil dari

ajaran Kitab Taurat dan buku-buku ugama  mereka yang lain. Orang-orang Arab sering kali

bertanya orang-orang Yahudi tentang perkara-perkara yang berhubung sejarah lama

berkenaan tokoh, peristiwa dan cerita tertentu.

19

Page 20: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

Sebahagian sahabat nabi seperti Abu Hurairah dan Abu ‘Abbas r.a ada bertanya ahli kitab

Yahudi yang memeluk Islam tentang beberapa perincian cerita terdahulu tetapi pertanyaan

mereka adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu, tidak termasuk persoalan akidah.

Mereka melakukan demikian kerana mereka faham keharusan yang diberikan nabi SAW

dalam meriwayatkan cerita Israiliyyat.

Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif disebabkan

kecenderungan masyarakat mendengar  cerita-cerita yang agak luar biasa.

Apabila datangnya tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius dengan munculnya

golongan  “ القصاص”(al-Qassas)iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab.

Era pembukuan karya Islam kemudiannya menyaksikan  bagaimana tafsir al-Quran

termuat dicelah-celah tajuk kitab-kitab hadis sebelum ia terpisah dan dapat menentukan 

kedudukannya sendiri.

Pada peringkat awalnya, tafsir al-Quran dipersembahkan dengan lengkap bersanad

kemudiannya sanad-sanad yang menghiasi matan-matan riwayat dibuang dengan tujuan

untuk meringkaskan dan meringankan saiz kitab-kitab tafsir yang penuh sarat dengan

muatan rangkaian perawi itu.

Justeru terbuangnya sanad, maka riwayat-riwayat tafsir mula menempuh  keadaan yang amat

sukar dan bermasaalah  di mana tidak dapat  dipastikan lagi  riwayat yang boleh diterima dan

riwayat yang tidak boleh diterima. Dari timbunan riwayat inilah terdapat Israiliyyaat yang

akhirnya melengkapi sebahagian besar tafsiran ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku bukan sahaja

kepada kitab-kitab Tafsir Bil Ma’tsur bahkan menular kepada kitab-kitab Tafsir Birra’yi dengan

kadar yang berbeza.

5.Pembahagian, perawi dan hukum meriwayatkan israiliyyat

   Merujuk kepada pembahagian ulamak antaranya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah

rahimahullah ) Ibnu Taimiyyah,Muqaddimah dalam Usul Tafsir, muka surat 100( Israiliyyat dapat dibahagikan kepada tiga bahagian :

1. Pertama : Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber Islam, al-

Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: riwayat yang menyebut rakan

seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Khidir.

20

Page 21: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

2. Kedua : Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-

Sohihah. Contohnya: cerita malaikat Harut dan Marut yang terlibat  dengan dosa besar.

Minum arak, berzina dan membunuh.

3. Ketiga :  Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya  (maskut anhu).

Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk

memukul si mati dalam kisah bani Israil.

6.Perawi israiliyyat

a) Kaabul Ahbar ( Abu Ishaq Ka’ab bin Maati ) terkenal dengan Ka’bul Ahbar, pada zaman

Jahiliyyah merupakan ilmuan besar Yahudi di yaman, pada masa khalifah Abu Bakar

dan awal kekhalifahan Umar memeluk islam dan mendapat izin dari khalifah umar untuk

menasihati kaum muslimin. Riwayatnya banyak dinukil dalam sohih Bukhari, sunan Abi

daud, sunan Tarmizi dan sunan Nisai.

b) Wahab bin Munabbah ( Abu Abdillah Wahab bin Munabbah Sna’ni ) merupakan ilmuan

besar serta muarrikh ahli kitab di Yaman, banyak menukil dari pengetahuan-

pengetahuan ahli kitab dan mempunyai pengetahuan yang sangat luas mengenai cerita-

cerita kaum terdahulu khususnya ani Israil.

c) Abdullah bin Salam ( Abu Yusuf Abdullah bin salam ) seorang petani yahudi ansor dan

tergolong dari sahabat nabi SAW, ia seorang ilmuan besar Yahudi yang mana nama

aslinya Al- Hushoin kemudian setelah memeluk islam Rasulullah memberinya nama

Abdullah ( peristiwa pembecaan Taurat dan Quran)

d) Tamin bin Aus Daary yang memiliki kunyah Abu Raqayyah terkenal sebagai alim

nasrani yang baru memeluk islam. Ia sebagai pendita di zamannya serta orang yang

paling ahli ibadah di kalangan masyarakat Palestin, menurut para peneliti ia orang yang

pertama kali yang memulai pembacaan cerita.

7. Hukum meriwayatkan israiliyyat

Terdapat dua pandangan ulamak dalam masalah ini, iaitu :

Pandangan pertama: Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi

S.A.W:

21

Page 22: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

قوا تصد ب  أهل  وال ال  الكتا ,  و لوا وقو منا  تكذبوهم  انزل  وما  بالله  آ  الينا

Maksudnya: “ Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai

mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada

kami...” )Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485( .   Hadis ini melarang orang –

orang Islam menaruh kepercayaan kepada cerita-cerita Ahli Kitab berkenaan Kitab Taurat

dan sebagainya (Az-Zahbi, al-Israiliyyat dalamTafsir dan hadis muka surat 55-56(.

Pandangan kedua: Harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi

ولو عنى , بلغوا اسرائيل  عن  وحدثوا  آية ,  بنى ومن حرج على  ال فليتبوأ  متعمدا  كذبالنار  من  مقعده Maksudnya; “Sampaikanlah

daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa

melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan

tempatnya dalam neraka” )Bukhori, Sohih al-Bukhari,Hadis nombor 3461(

         

Kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing tetapi setelah dibuat

penelitian, kedua-dua pandangan tersebut dapat disesuaikan mengikut pertimbangan berikut:

1. Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan cerita-cerita tentang umat

terdahulu. Ia juga mengisyaratkan keharusan merujuk  kepada Ahli Kitab.

2. Nabi S.A.W pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti A-Abros, Al-‘Ama,

Al-Akro’dan cerita A-Ghor.

3. Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa

keharusan itu adalah mutlak. Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau

perkara yang tidak dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta,

tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya.

4. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang

waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya.

8. Bahaya israiliyyat terhadap umat islam

22

Page 23: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

Israiliyyat hakikatnya merugikan dan melekakan umat Islam dengan sibuk perihal cerita-cerita

yang sia-sia dan tiada kepentingannya seperti Israiliyyat mengenai warna anjing Ashab al-Kahfi,

jenis tongkat Nabi Musa, nama budak yang dibunuh oleh Khidir, rupa paras kaki Ratu Balqis

ketika mengadap Sulaiman dan seumpamanya. 

Terdapat sebahagian daripada kisah-kisah Israiliyyat yang boleh menyebabkan kekeliruan dan

mengganggu kemurnian ajaran Islam. Antara kisah-kisah tersebut ialah yang berbentuk

dongeng dan khurafat, yang bersalahan dengan akal dan syarak. Kisah-kisah ini boleh

mengakibatkan kesan berikut:

1. Memberi gambaran bahawa Islam agama yang khurafat dan penuh pembohongan contohnya seperti : “Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut

berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan

tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi.”

(Disahkan palsu oleh Ibnul Qayyim dalam al-manar al-munir)

Riwayat ini agak bertentangan dengan HAKIKAT bumi terapung diangkasa dan gempa

bumi adalah disebabkan pergerakan kerak bumi. Riwayat-riwayat seperti ini hanya

membuat Islam itu rendah martabatnya disisi orang yang bukan Islam. Natijahnya

keindahan agama ini semakin lama semakin terlindung dek kisah-kisah yang tidak

masuk akal dan orang bukan Islam akan mempunyai tanggapan yang buruk terhadap

Islam.

2. Dalam Israiliyyat terdapat unsur penafian terhadap sifat maksum para anbiya’ dan mursalin, dan menggambarkan mereka menolak kelazatan dan kenikmatan

pemberian Tuhan kepada kekejian dan keaiban yang tidak layak bagi manusia biasa,

sebagai anugerah Tuhan kerana dilantik menjadi nabi. Sebagai contoh apa yang

digambarkan oleh kisah Israiliyyat tersebut terhadap apa yang menimpa Nabi Allah

Ayub (a.s.).

Kalau kita perhatikan dalam al-Quran cerita-cerita nabi kebanyakannya

diterangkan/diceritakan secara umum sahaja. Contohnya kisah Nabi Ayub yang ditimpa

sakit. Memang Nabi ayub diceritakan dalam al-Quran bahawa dia diuji oleh Allah

dengan penyakit (Lihat surah sod ayat 41) tetapi perincian Baginda alaihi salam sakit

apa tidak pula diceritakan dengan lanjut. Sesetengah buku “murahan” memperincikan

lagi bahawa Nabi ayub ditimpa sakit sehingga badan beliau berulat. Tafsiran yang

melampau-lampau pula mengatakan bahawa daging beliau berguguran sehingga tinggal

23

Page 24: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

tulang sahaja. Menurut para ulama kisah ini adalah kisah Israiliyyat yang cuba

merendah-rendahkan martabat para Nabi yang diutus oleh Allah.

Antara kisah yang lain ialah kisah Nabi Sulaiman yang tertinggal solat asar kerana

mengira kuda untuk berjihad, cerita nabi sulaiman membina istana kaca untuk melihat

betis balqis dan banyak lagi cerita yang berbentuk perincian apa yang umum di dalam

al-Quran.

3. Israiliyyat juga hampir-hampir memalingkan manusia dari tujuan asal penurunan al-Quran dan melalaikan mereka daripada meneliti dan memahami maksud

ayat-ayat al-Quran, lalai daripada mengambil manfaat dan iktibar, serta nasihat-nasihat

yang terkandung di dalamnya atau membahaskan tentang hukum-hukum yang terdapat

di dalamnya. Memalingkan mereka kepada perkara sia-sia yang tiada kebaikan

padanya. Contohnya membahaskan warna anjing Ashabul Kahfi dan namanya, tentang

tongkat Nabi Musa (a.s.), daripada pokok apakah ianya dibuat, tentang nama budak

kecil yang dibunuh oleh Khidir dan sebagainya.

Selain itu, masyarakat kita hari ini juga sibuk memikirkan rupa bentuk Luqman yang

diceritakan dalam al-Quran sebagai orang yang mempunyai hikmah. Konon-kononnya

dia ini seorang hamba habsyi, kulit hitam, bibir lebar, hidung pendek dan macam-macam

lagi. Selain itu ada juga yang sibuk dengan memikirkan di mana lokasi sebenar bahtera

Nabi nuh terdampar, kayu yang dijadikan tongkat nabi musa dan banyak lagi. Al-Quran

diturunkan sebagai panduan dan untuk memberikan pengajaran. Adapun kisah-kisah

perincian yang tidak ada kaitan dengan pengajaran maka ianya tidak ada motif lain

melainkan untuk memalingkan kita daripada tujuan asal al-Quran diturunkan. Namun

yang demikian, walaupun kisah-kisah ini tidak memberi manfaat dan berlawanan

dengan fakta al-Quran dan as-sunnah yang sahih serta logik akal, Namun terdapat juga

di antara kita yang masih lemas dalam membongkar “misteri-misteri” tersebut.

4. Merosakkan akidah umat Islam.Kisah-kisah israiliyat juga dapat merosakkan akidah umat ini dengan mengikis ketulenan agama Islam yang sebenar sehingga

membuat seseorang itu ragu terhadap Islam. Selain daripada it, pencemaran kisah-

kisah al-Quran juga dapat membuat seseorang itu mempunyai iqtiqad yang berlawan

dengan al-Quran dan as-sunnah yang sahih. Contohnya seperti kepercayaan harut dan

marut adalah malaikat yang diazab Allah. Menurut Dr Muhammad bin Abu syahbah

24

Page 25: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

خطيئتهما على يعذبان ملكان أنهما وماروت هاروت في اعتقد من أنفهو: كافربالله

Maksudnya : Sesiapa yang beri'tiqad dalam kisah Harut dan Marut bahawasanya

mereka berdua adalah malaikat yang diazab atas kesalahan mereka, maka orang itu

kafir terhadap ALLAH yang maha agung.". (al-Israiliyyat al-maudhuat fi kutub al-tafsir,

Muhammad abu syahbah)

5.Israiliyyat hampir-hampir menghilangkan kepercayaan umat Islam terhadap sebahagian ulama salaf dari kalangan sahabat dan Tabi’in. Bukan sedikit dongeng

Israiliyyat yang disandarkan riwayatnya kepada segolongan daripada salafus salih yang

terkenal dengan kepercayaan orang dan keadilannya. Mereka juga terkenal di kalangan

orang-orang Islam dengan tafsir dan Hadith. Antara yang ditohmah ialah Abu Hurairah,

Abdullah bin Salam, Ka’ab al-Ahbar dan Wahab bin Munabih.

Inilah antara kesan terhadap aqidah umat Islam dan juga terhadap kesucian ajaran

Islam hasil daripada riwayat Israiliyyat. Kaum Yahudi berusaha dengan bersungguh-

sungguh untuk merosakkan aqidah umat Islam dan melemahkan kepercayaan mereka

terhadap pegangan suci mereka terhadap al-Quran dan al- Sunnah. Mereka juga

berusaha untuk menggoncang kepercayaan umat Islam terhadap Salafussoleh yang

telah berperanan untuk memikul risalah umat Islam dan menyebarkannya ke setiap

penjuru Timur dan Barat. Oleh itu, umat Islam seharusnya memberi perhatian dan

mengambil berat terhadap penyerapan Israiliyyat dalam tafsir-tafsir dan

menghapuskannya (al-Dhahabi 1990: 29-34).

9..Satu contoh kisah israiliyyat dalam tafsir

Kisah Nabi Syu’aib )a.s.( dan Nabi Musa )a.s.(Firman Allah:

ما على ه والل علي عدوان فال قضيت األجلين ما أي وبينك بيني ذلك قالوكيل نقول

25

Page 26: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

Musa menjawab, perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama) yang

mana sahaja dari dua tempoh itu aku tunaikan, maka janganlah aku disalahkan. Dan Allah

jualah menjadi pengawas di atas apa yang kita katakan (al-Qasas 28: 28).

Pengarang kitab Tafsir Anwar Baidhawi didapati mentafsirkan ayat 28, surah al-Qasas ini

dengan satu kisah, iaitu: Menurut kata mufassir, setelah selesainya akad Nabi Shu’aib (a.s.)

telah menyuruh anak perempuannya memberi kepada Nabi Musa (a.s.) satu tongkat untuk

menyelamatkan baginda daripada segala binatang yang buas ketika menjaga kambing.

Pengarang kitab Tafsir Anwar Baidhawi ini juga didapati meriwayatkan bahawa tongkat

semua nabi berada pada tangan Nabi Shu’aib. Manakala tongkat yang berada pada anak

perempuan Nabi Shu’aib (a.s.) adalah tongkat Nabi Adam (a.s.) yang diperbuat daripada

sejenis kayu, yang bernamaAs Asol yang diambil daripada syurga, kemudian diambil oleh Nabi

Musa (a.s.) dengan pengetahuan Nabi Shu’aib (al-Fansurit.th.: 320). Apabila dirujuk kepada

kitab-kitab yang peka terhadap persoalan Israiliyyat, seperti Sayyid Qutub (1974: 58-59), di

dapati beliau mentafsirkan ayat 28, surah al-Qasas ini dengan menyatakan bahawa apabila

Nabi Musa (a.s.) menerima tawaran dan perjanjian itu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

oleh Nabi Syu’aib (a.s.), maka Nabi Musa (a.s.) pun berkata: “Dan mana-mana sahaja daripada

dua tempoh kerja itu saya tunaikan maka hendaklah tidak ada apa-apa tuntutan yang lain lagi

ke atas saya. Dan Allah juga yang menjadi saksi di atas apa yang kita katakan ini”. Ertinya

apabila cukup tempoh selama lapan tahun Nabi Musa (a.s.) bekerja maka hendaklah tidak ada

lagi tuntutan yang lain melebihi tugas-tugas kerja tersebut kerana kerja yang lebih itu hanyalah

merupakan kerja sukarela sahaja. Nabi Musa (a.s.) telah membuat penjelasan ini sesuai

dengan kejujuran hatinya dan ketegasan sahsiahnya, sedangkan beliau sendiri telah berniat

untuk menunaikan kerja yang lebih baik.

Ibn Kathir (1966: 274) pula menyatakan bahawa di dalam ayat sebelumnya iaitu ayat 27, surah

al-Qasas, Nabi Syu’aib telah menerima cadangan puterinya supaya mengambil Musa (a.s.)

bekerja dengan baginda, lalu Nabi Syu’aib (a.s.) pun memanggil Nabi Musa (a.s.) dan berkata:

Wahai Musa, aku ingin mengahwinkan engkau dengan salah seorang daripada puteriku ini

dengan mas kahwinnya engkau hendaklah bekerja denganku selama lapan tahun. Jika engkau

hendak memanjangkan tempoh kerjamu selama sepuluh tahun, maka itu aku anggap sebagai

kerja sukarela dan aku tidak memaksa. Kemudian dalam ayat 28, surah al-Qasas ini, Nabi

Musa (a.s.) menjawab:

26

Page 27: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

Aku menerima tawaranmu ini dengan perjanjian sebagaimana yang engkau tetapkan iaitu

bekerja selama lapan tahun dan sekiranya aku bersetuju, aku boleh memanjangkan masa

kerjaku sehingga sepuluh tahun. Allahlah yang menjadi saksi atas apa yang telah kita ucapkan.

Al-Maraghi (1974: 52-53) dalam mengutarakan pendapatnya berhubung maksud ayat

28, surah al-Qasas ini menyatakan bahawa Nabi Musa (a.s.) telah berkata: Apa yang engkau

syaratkan kepadaku adalah untukmu dan apa yang engkau syaratkan kepadaku untuk

mengahwini di antara salah seorang daripada puterimu adalah untukku. Kita masing-masing

tidak boleh keluar dari syarat yang telah kita persetujui ini”. Kemudian Nabi Musa (a.s.)

menyambung lagi: “Apabila aku telah menyempurnakan lapan atau sepuluh tahun untuk

mengembala kambing, itu bermakna aku telah menyempurnakan syaratmu. Oleh itu, engkau

tidak berhak yang lebih daripada itu. Dan sesungguhnya Allahlah yang menjadi saksi kepada

perjanjian kita.

Dalam mentafsirkan ayat 28, surah al-Qasas ini, para ahli tafsir tidak pernah menyebut

tentang adanya tongkat yang diberikan oleh anak perempuan Nabi Syu’aib (a.s.) kepada Nabi

Musa (a.s.). Apatah lagi tentang asal-usul tongkat tersebut yang dikatakan salah satu daripada

tongkat nabi-nabi dan berasal dari syurga. Al-Quran hanya menceritakan tentang akad

perjanjian yang berlaku di antara Nabi Syu’aib (a.s.) dan Nabi Musa (a.s.). Dalam perjanjian

tersebut, Nabi Syu’aib telah berjanji akan mengahwinkan Nabi Musa (a.s.) dengan salah

seorang daripada anak perempuannya sekiranya Nabi Musa (a.s.) bersetuju untuk bekerja

selama lapan tahun bersama baginda dan syarat ini dipersetujui oleh Nabi Musa (a.s.).

10.Penutup / kesimpulan

Israiliyyaat merupakan cerita-cerita berkaitan rapat dengan warisan Yahudi. Ia tersebar melalui

berbagai peringkat dan suasana sehingga mampu bertapak di dalam karya warisan Islam, tafsir

dan hadis. Kehadirannya perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui pengkelasan yang

ajar berdasarkan pembahagian ulamak terhadap Israiliyyaat.Tiada jalan pilihan bagi kita

melainkan kita menolak segala rupa bentuk Israiliyyaat yang menyalahi pegangan kita sebagai

orang Islam dan boleh menjahanamkan aqidah kita terhadap Allah, malaikatnya serta para

Rasulnya.

          Israiliyyaat yang statusnya tidak jelas “maskut ‘anhu” hendaklah diriwayati dengan bijak

walaupun ia harus diriwayatkan namun kita diingatkan untuk tidak memberi perhatian kepada

perkara yang tidak memberi faedah, tidak mendekatkan diri kita memahami dan menghayati al-

quran, sebaliknya ia hanya menghabiskan masa sahaja. Pengamatan pelbagai dimensi penting

27

Page 28: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

bagi mengenal pasti riwayat Israiliyyaat. Penganalisis Israiliyyaat perlu mempunyai daya kritik

yang tinggi serta sifat berani demi memperjuangkan kebenaran. Hanyalah Islam

yang Syumul dan Ad-Din yang menolak khurafat, tahyul dan karut marut yang tiada asasnya. Ini

membuktikan hanya Islam sahaja yang dapat menghadapi perkembangan apa sahaja

termasuklah ketuhanan. Islam yang tulen tetap utuh kerana mesej dan tujuannya jelas tidak

dicemari kekarutan. Inilah mesej al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah yang sahih

BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan

peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN.

PENGALAMAN PERMULAAN MENULIS TUGASAN

1. Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul

di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini

memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang

lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama.

2. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk

melaksanakan tugasan tersebut.

3. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah

untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan.

4. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut

arahan yang telah diberikan.

5. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu

sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru

dan asing bagi kami. Malah, bahan-bahan yang perlu disediakan berdasarkan kehendak

tugasan sebenarnya telah disediakan lebih awal dalam amali pada setiap minggu.

28

Page 29: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

PENGALAMAN SEMASA MENULIS TUGASAN

1. Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah

mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah

pembimbing.

2. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan

tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-

rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan

hasil yang sangat memuaskan.

3. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan semasa

penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu sekali.

4. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik,

perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan

rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan

dengan baik.

PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI MENULIS TUGASAN

1. Tugasan yang diberikan kepada kami ialah menjelaskan kelebihan dan hukum berkaitan

dengan al-Quran dan tilawah. Selain itu kami juga diminta menjelaskan perkara-perkara

yang berkaitan israiliyyat serta bahayanya terhadap ajaran agama islam.. Pencarian

maklumat berdasarkan tugasan ini, telah memberi ruang kepada saya mengetahui

dengan lebih dekat lagi tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan israiliyyat serta

perincian mengenai hukum membaca dan menyentuh al-Quran bagi orang yang

berhadas, samada hadas kecil mahupun hadas besar. Setelah direnung dengan teliti

saya dapati tugasan yang diberikan kepada kami ini telah membuka ruang yang lebih

luas kepada kami dalam memahami dengan lebih jelas dan terperinci khususnya

maklumat tentang Israiliyyat yang mana pada awalnya kefahaman dan pengetahuan

tentangnya agak kurang jelas.

2. Namun setelah pencarian maklumat yang bersungguh-sungguh bersama-sama

kumpulan kami, dan juga hasil temuramah dari dua orang ustaz, ianya telah membuka

kefahaman yang lebih mendalam kepada kami khususnya di dalam menyiapkan

tugasan yang diberikan. Kini barulah saya sedar dan faham rupa-rupanya banyak fakta-

29

Page 30: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

fakta sejarah yang sebenar telah diputar belitkan dengan memasukkan cerita-cerita

yang tidak saheh yang mana ianya telah merosakkan akidah, contohnya celaan kepada

nabi dan ulama’-ulama’.

3. .Kami sedar dan faham untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang yang

berkesan dan menarik, sewajarnyalah seseorang guru itu mempunyai bekalan

pengetahuan yang secukupnya untuk dicurahkan kepada anak didik saya.Secara tidak

langsung, apabila ilmu yang disampaikan oleh seseorang guru itu tepat dan sahih maka

terlaksanalah amanah yang yang dipikul oleh guru terhadap anak didiknya.

4. .Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan

tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan

tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada

pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini

dengan seberapa langsung.

5. .Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan

berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya

semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

.Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai

kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit

pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya

saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan.

Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain

menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

6. Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang

diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari

sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada

pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

30

Page 31: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan. (1993). al-Mufaasal fi Ahkam al-Mar'ah. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Abu Al-Fida` Ismail Ibn Katsir. (1999). Tafsir Al-Qur`aan Al-‘Azhiim. al-Qaherah: Daar Thayyibah

Li An-Nashr wa At-Tawzi’ .

Azahari Ibrahim. (2000). Kitab Pelajaran Tajwid. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Ibn Hajar Al-‘Asqalani. (2008). Bulughul Maram: Terjemahan Melayu, diterjemahkan oleh

Muhammad Idris Al-Marbawi. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa.

Muhadir bin Hj Joll. (2011). Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama, Inilah Jawapannya.

Cetakan Pertama. Selangor: Mawleed Publishing.

Muhammad Husayn Zahabi. (1988). al-Isrā’iliyyāt fi al-tafsir wa al-Hadith. (terj.), Didin

Hafidhuddin, Israiliyyat Dalam Tafsir dan Hadis. singapura: Pustaka Nasional.

Wahbah Az-Zuhaili. (2005). al-Fiqh Islami wa Adillatuhu. Beirut: Darul Fikir.

31

Page 32: Istiazah Basmalah Dan Takbir

PQE 3101 2014

Mazlan Ibrahim & Ahmed Kamel Mohamad. 2004. Israiliyyat dalam Kitab Tafsir Anwar

Baidhawi.Selangor: Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia

32