ISI TPT KOSONG.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    1/24

    1

    wee phek hun / 2016

    Soalan 1

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    berlumba-lumba dimulakan berhijrah kepada

    dilahirkan asing mencipta kaedah

    Alexander Graham Bell (1)___________________________ pada tahun

    1847 di Scotland. Namanya tidak (2)___________________________ lagi di

    dunia ini dengan kejayaanya. Beliau merupakan orang pertama yang berjaya

    (3)___________________________ telefon. Pada tahun 1870, beliau

    sekeluarga (4)___________________________ ke Kanada. Kemudian,

    beliau ke Boston, Massachusetts. Pada zaman itu, ramai orang

    (5)___________________________ mencipta alat perhubungan komunikasi.

    Hasil usaha beliau ini membolehkan kita hidup dengan senang untuk

    berkomunikasi pada masa kini.

    [ 5 markah ]

    Soalan 2

    Isi tempat-tempat kosong dalam ayat dengan kata sendi nama yang paling

    sesuai.

    1) Rombongan itu datang ______________________ Universiti Pendidikan

    Sultan Idris.

    2) Pelbagai promosi dijalankan ______________________ menjayakan

    Tahun Melawat Malaysia 2015.

    3) Puan Salmah meminta anak perempuannya membeli kain batik sebagai

    cenderamata semasa menyertai lawatan ______________________

    Terengganu.

    4) Cahaya matahari jelas kelihatan ______________________ kaki langit

    pada waktu senja di Pantai Cherating.

    5) Walaupun dia berbangsa Cina, tetapi sangat fasih bertutur

    ______________________ bahasa India.

    [ 5 markah ]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    2/24

    2

    wee phek hun / 2016

    Soalan 3

    Isi tempat-tempat kosong dalam petikan dengan perkataan yang paling

    sesuai.

    Sisa buangan dari rumah dan ladang yang tidak digunakan lagi boleh

    diproses semula. Sisa buangan (1)___________________________ telah

    diproses ini amat bermanfaat kepada manusia dan alam sekitar. Sisa

    buangan (2)___________________________ rumah boleh

    menghasilkan baja organik. Baja ini amat bermanfaat

    (3)___________________________ menyuburkan tanah

    (4)___________________________ tumbuhan. Sisa buangan mempunyai

    nilai yang tinggi jika diurus (5)___________________________ baik. Sisa

    buangan yang bermanfaat ini juga dapat meningkatkan pendapatan serta

    pelestarian alam.

    [ 5 markah ]

    Soalan 4

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    pada terhadap dengan di

    daripada dalam kepada sebagai

    Banyak dugaan dan halangan yang perlu ditempuhi ___________ golongan

    remaja. Pada usia begini seseorang remaja mudah terpengaruh

    ___________ sesuatu yang benar atau salah. Tanggungjawab golongan

    muda ___________ agama, keluarga, masyarakat dan persekitaran amat

    luas. Jika remaja tahu menjaga dirinya, maruah dan nama baik keluarga,

    pasti remaja akan hidup tenteram ____________ dunia dan di akhirat.

    [ 4 markah ]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    3/24

    3

    wee phek hun / 2016

    Soalan 5

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    kerana supaya bahawa yang

    dengan telah kepada untuk

    Penduduk Taman Dahlia mengadakan gotong-royong _____________

    membersihkan kawasan taman perumahan mereka. Encik Fong, selaku

    Pengerusi Rukun Tetangga ________________ mengagihkan tugas kepada

    anak-anak buahnya agar semua kerja beijalan _______________ lancar. Ada

    yang memotong rumput, memungut sampah dan mengecat balai raya.

    Mereka melakukan tugas _______________ diamanahkan dengan

    bersungguh- sungguh tanpa mengharapkan balasan.

    [4 markah]

    Soalan 6Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    dan dengan kerana dalam

    daripada untuk pada ke

    Masalah demam denggi sukar diatasi. Hal ini demikian,

    ___________________ sebahagian masyarakat tidak terdidik

    ___________________ mengamalkan gaya hidup sihat ________________

    menjaga kebersihan. Kebersihan tempat tinggal perlu diberikan perhatian

    bagi menghindari pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan denggi.

    Aktiviti gotong-royong___________________ masa lapang perlu diamalkan

    bagi menjamin kebersihan tempat tinggal.[4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    4/24

    4

    wee phek hun / 2016

    Soalan 7

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    sebahagian sesetengah beberapa

    setiap masing-masing semua

    Tidak ___________________ orang gemar makan sayur-sayuran,

    Terdapat ___________________ orang yang menikmati makanan dengan

    mengetepikan sayur dalam menu makanan mereka. Walaupun pilihan di

    tangan ___________________, namun pengambilan sayur-sayuran sangat

    penting untuk kesihatan tubuh badan. ___________________ orang

    sepatutnya mengambil sayur-sayuran dalam kuantiti yang diperlukan oleh

    badan.

    [4 markah]

    Soalan 8

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    merosakkan membuang menconteng melaporkan

    menasihati melemparkan menyaksikan mendenda

    Beberapa orang murid telah ___________________ dinding tandas.

    Mereka menulis perkataan dan ayat-ayat yang kesat dan tidak elok untuk

    dibaca oleh murid-murid lain. Seorang pengawas yang __________________

    kejadian tersebut telah ___________________ kepada guru disiplin. Guru

    disiplin telah ___________________ mereka dan memberikan amaran agar

    mereka tidak mengulangi perbuatann yang sama.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    5/24

    5

    wee phek hun / 2016

    Soalan 9

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    bagi yang oleh turut

    sementara walaupun dengan supaya

    Daniel dan keluarganya tinggal di Taman Setia. Penduduk Taman Setia hidup

    dalam keadaan aman dan harmoni __________________ berbilang bangsa.

    Daniel sering menyapa dan bermain __________________ anak-anak

    jirannya yang berlainan bangsa. Daniel juga sering menyertai gotong-royong

    yang diadakan oleh penduduk di situ __________________ membersihkan

    kawasan kediaman. Ayah Daniel pula merupakan anggota Rukun Tetangga

    Taman Setia. Ayahnya __________________ terlibat dalam rondaan pada

    waktu malam di kawasan taman bagi memastikan keselamatan penduduk

    terjamin.

    [4 markah]

    Soalan 10

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    tidak dalam antara bahawa

    yang benar supaya jangan

    Jika ke negeri Kedah, ___________________ lepaskan peluang berkunjungke Rimba Rekreasi Bukit Wang. Menurut cerita orang-orang tua, rimba ini

    dinamakan Bukit Wang ___________________ bermaksud kawasan air

    terjun. Rimba rekreasi ini terletak di ___________________ kawasan Hutan

    Simpan Bukit Perangin. Jalan-jalan hutan telah disediakan

    __________________ pengunjung mudah mengembara dan tidak sesat di

    bukit-bukit tersebut.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    6/24

    6

    wee phek hun / 2016

    Soalan 11

    Bulatkan perkataan yang paling sesuaidalam petikan yang diberi.

    [4 markah]

    Soalan 12

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalampetikan yang diberi.

    kerana supaya bahawa yang

    dengan telah kepada untuk

    Penduduk Taman Dahlia mengadakan gotong-royong __________________

    membersihkan kawasan taman perumahan mereka. Encik Fong, selaku

    Pengerusi Rukun Tetangga __________________ mengagihkan tugas

    kepada anak-anak buahnya agar semua kerja berjalan __________________

    lancar. Ada yang memotong rumput, memungut sampah dan mengecat

    balai raya. Mereka melakukan tugas __________________ diamanahkan

    dengan bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan balasan.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    7/24

    7

    wee phek hun / 2016

    Soalan 13

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    kraf tangan pasar tani alat tulis tikar mengkuang

    bakul rotan jam tangan beg tangan kamera digital

    Pada hujung minggu yang lalu, Jia Ying dan ibunya melawat ke pesta

    kraf tangan. Pelbagai hasil __________________ yang dipamerkan dan

    dijual di situ. Jia Ying berpeluang melihat cara-cara menganyam

    __________________ Ibu Jia Ying masuk ke gerai hasil rotan. Dia membeli

    sebuah __________________ untuk dibawa pulang. Sebelum pulang,

    mereka merakam gambar menggunakan __________________ sebagai

    kenang-kenangan.

    [4 markah]

    Soalan 14

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.pesakit dikategorikan sukar khusus

    sentuhan imaginasi penghidap dimasukkan

    Menurut doktor, adikku seorang __________________ autisme. Adikku

    __________________ sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Biarpun

    begitu, adikku mempunyai bakat istimewa dalam bidang lukisan. Walaupun

    baru berusia tujuh tahun, adikku sangat pandai melukis. Adikku juga

    mempunyai daya __________________ yang tinggi. Guru di sekolah

    pendidikan khas turut memuji lukisan-lukisan adikku. Saya sekeluarga

    sentiasa memberikan sokongan dan perhatian yang __________________

    kepadanya.[4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    8/24

    8

    wee phek hun / 2016

    Soalan 15

    Garisi jawapan yang paling tepat dalam petikan yang diberi.

    Kakak Sanjeeta berjaya (memanjangkan / melanjutkan) pelajaran dalam

    bidang ekonomi di Jepun. Dia berasa sangat teruja kerana dapat (mencedok /

    menimba) ilmu di negara Matahari Terbit itu. Walaupun berasa berat hati,

    Sanjeeta dan keluarganya perlu (melepaskan / membebaskan) kakaknya

    belajar di luar negara demi masa hadapannya. Mereka menghantar kakak

    Sanjeeta ke lapangan terbang. Sebelum berlepas, ibu dan ayah Sanjeeta

    berpesan agar kakaknya (mengawal / menjaga) diri dengan baik di rantau

    orang.

    [4 markah]

    Soalan 16

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalampetikan yang diberi.

    agak pernah turut amat

    akan kerana tetapi untuk

    Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang popular pada masa ini

    sehinggakan murid-murid __________________ memilikinya. Namun,

    adakah alat ini __________________ diperlukan oleh murid? Sekiranya ada

    murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah, bunyi telefon itu

    __________________ mengganggu murid-murid lain di dalam kelas. Murid

    juga tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran

    __________________asyik menggunakan telefon tersebut.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    9/24

    9

    wee phek hun / 2016

    Soalan 17

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    tumpuan menumpukan pengeluaran dikeluarkan

    paparan memaparkan diposkan pengeposan

    Pameran Setem Sedunia telah diadakan di KLCC pada I hingga 6

    Disember. Salah satu pameran yang menjadi __________________ ramai

    ialah koleksi setem bersadur emas. Koleksi setem bersadur emas

    __________________ buat pertama kalinya di negara ini oleh Pos Malaysia

    Berhad. Setem yang bertemakan "Baba & Nyonya" ini boleh didapati dengan

    harga RM50 sekeping. Setem tersebut __________________ motif buah-

    buahan tempatan yang merupakan sulaman kebaya Nyonya iaitu pakaian

    tradisional Peranakan Cina di Melaka. Menariknya, setem itu boleh digunakan

    untuk tujuan __________________ . Setem tersebut sangat terhad kerana

    dicetak sebanyak 5,000 keping sahaja.

    [4 markah]

    Soalan 18

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    berpakaian menyanyangi mengucapkan kesatuan

    kesopanan kesejahteraan kehormatan kesihatan

    Maruah ialah __________________ diri yang ada pada seseorang.

    Maruah berkait rapat dengan __________________ dalam pertuturan,

    tingkah laku dan __________________ Apabila kita __________________

    diri sendiri, kita akan sentiasa menjaga maruah diri, maruah keluarga,

    masyarakat dan negara.[4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    10/24

    10

    wee phek hun / 2016

    Soalan 19

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    lesu cerdas sihat takut

    manis masam sedih gembira

    Obesiti dalam kalangan masyarakat kita semakin membimbangkan. Hal ini

    berpunca daripada pengambilan makanan yang berlemak dan ___________.

    Kita malas bersenam juga. Akibatnya, kita menjadi tidak ________________.

    Badan menjadi lemah dan ________________. Oleh itu, kita hendaklah

    menjaga pemakanan agar tidak mengalami obesiti. Orang yang sihat akan

    berasa __________________.

    [4 markah]

    Soalan 20

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    dan bahawa untuk atau

    yang lalu kerana sambil

    Salina terpaksa berjalan pulang ke rumah __________________ kereta

    ayahnya rosak. Pada hari itu, keadaan cuaca panas terik. Walaupun letih,

    Salina terpaksa bersabar dan meneruskan perjalanannya _______________

    pulang ke rumah. Sesampainya di pertengahan jalan, Salina berasa haus.

    Salina terus menuju ke sebuah warung yang berdekatan. Apabila sampai di

    warung itu, dia melihat makanan __________________ minuman yang dijual

    di situ tidak bertutup. Terdapat lalat dan semut __________________

    menghinggapi makanan.[4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    11/24

    11

    wee phek hun / 2016

    Soalan 21

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    kereta lumba kereta sewa tepi pantai air terjunpapan kenyataan papan tanda pinggan mangkuk alat solek

    Pada cuti sekolah yang lalu, ayah membawa kami sekeluarga makan

    angin di Pulau Langkawi. Kami pergi dengan menaiki kereta. Kemudian, kami

    menaiki feri menuju ke Jeti Kuah. Perjalanan yang mengambil masa hampir

    satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut biru. Tiba di jeti,

    kami menaiki sebuah __________________ untuk ke hotel. Hotel kami

    berdekatan dengan pantai. Setelah mandi dan menukar pakaian, kami

    bersiar-siar di __________________. Pantainya sangat bersih dan indah

    dengan pasir halus. Selepas itu kami sempat mengelilingi pulau dengan

    kereta yang disewa oleh ayah. Di pulau itu terdapat banyak

    __________________ agar pelawat tidak sesat. Ayah membawa kami

    untuk membeli-belah. Ibu sempat membeli beberapa set

    __________________ dan kain batik. Saya dan adik membeli pelbagai jenis

    coklat. Harganya sangat berpatutan.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    12/24

    12

    wee phek hun / 2016

    Soalan 22

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    bahagia kemas jauh jemu

    sakit tekun mulia sedih

    Pekerjaan sebagai guru sangat ___________________. Guru tidak

    pernah ___________________ mencurahkan ilmu kepada anak didiknya.

    Mereka sentiasa ___________________ dan bersungguh - sungguh semasa

    mendidik pra murid agar menjadi orang yang berguna. Apabila para murid

    berjaya meraih kejayaan, guru berasa sangat ___________________.

    [4 markah]

    Soalan 23

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    oleh sebab itu lagipun selain itu oleh itu

    lebih-lebih lagi di samping itu tambahan pula namun begitu

    Jasni :

    Taman perumahan kita sangat kotor. Longkang tersumbat dan

    mengeluarkan bau yang busuk __________________ ketika

    hujan lebat.

    Richard :Betul, Jasni. Taman perumahan kita ini perlu dibersihkan.

    __________________ , kita perlu mengadakan gotong-royong.

    Jasni :Saya setuju dengan cadangan itu. Dengan bergotong-royong,

    kita dapat membersihkan kawasan perumahan ini dengan cepat.

    __________________ , kita juga dapat mewujudkan semangat

    bekerjasama dan mengeratkan hubungan antara jiran.

    Richard :Kita perlu bertindak segera __________________ saya risau

    banyak haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan lalat akan

    bermaharajalela. Saya akan minta ahli jawatankuasa taman

    untuk mengumpulkan penduduk taman ini.

    Jasni :Saya berharap agar taman perumahan kita kembali ceria

    selepas gotong-royong itu.

    [4 markah]

    Soalan 24

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    13/24

    13

    wee phek hun / 2016

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    dukacita kerjasama alam sekitar juruacara

    daya fikir temu duga usaha sama Pengerusi majlis

    __________________ memberitahu hadirin bahawa perbincangan

    mereka pada hari itu akan menjurus kepada masalah pencemaran

    __________________. Beliau meminta mereka memikirkan bagaimana

    masalah tersebut boleh diselesaikan. Beliau menyatakan rasa

    __________________ kerana masalah tersebut masih berterusan walhal

    pelbagai tindakan telahpun diambil. Oleh itu, beliau menyeru kepada semua

    yang hadir agar memberikan __________________ untuk membanteras

    masalah itu.

    [4 markah]

    Soalan 25

    Garisi jawapan yang paling tepat dalam petikan yang diberi.

    Apabila semua bahan telah disediakan, Ai Lin membantu ibunya

    memasukkan semua bahan itu ke dalam mangkuk dan mengadunnya

    sehingga (sebati, lumat). Setelah itu, Ai Lin dan ibunya membiarkan adunan

    tadi (lemau, kembang) seketika. Kemudian, ibu Ai Lin memasukkan adunan

    pai yang sudah kembang ke dalam acuan lalu dibakar selama 20 minit.

    Seterusnya, pai itu dibiarkan sejuk. Apabila pai itu telah (lama-lama, benar-

    benar) sejuk, ibu Ai Lin membubuh jem strawberi di (tengah-tengah, tepi-tepi)

    pai. Kemudian, pai dibakar sekali lagi selama 15 minit.

    [4 markah]

    Soalan 26

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    14/24

    14

    wee phek hun / 2016

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    kebaikan terpahat sambutan impian lawatan

    pujian unjuran mencipta tersembunyi keindahan

    1) Shamira telah mengemukakan beberapa _____________________

    tempat pembuatan batik di Negeri Terengganu.

    2) Keenakan masakan di restoran Pak Yaakob mendapat

    ________________ pelanggannya yang datang.

    3) ______________________ anak sulung Puan Yati untuk menjadi seorang

    doktor akhirnya tercapai.

    4) ______________________ Pulau Kapas menjadi tarikan pelancong luar

    negara.

    5) Peristiwa ngeri itu sentiasa ______________________ dalam ingatannya

    sehingga kini.

    [ 5 markah ]

    Soalan 27

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    pagi hampir malam cermat

    bengis lembut jauh lewat

    Jam menunjukkan pukul 7.00 __________________ Sally terlewat bangun

    kerana tidur __________________ malam. Sally tidak sempat bersarapan.

    Sally cuma sempat minum seteguk air teh yang terletak di atas meja makan.

    Sally mengayuh basikal ke sekolah dengan __________________ walaupun

    dia sudah terlewat. Sally terbayang wajah __________________ guru

    disiplinnya yang tercegat di pintu pagar sekolah. Namun, dia tetap mengayuh

    basikalnya dengan berhati-hati.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    15/24

    15

    wee phek hun / 2016

    Soalan 28

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    bahawa tetapi atau yangkerana dan untuk lalu

    Mei Sin berasal dari Kampung Jenderak. Setiap hari, dia membantu ibunya

    menjual nasi lemak di gerai __________________ berdekatan dengan

    rumahnya. Kepayahan hidup yang dilalui oleh Mei Sin mengajarnya menjadi

    lebih tabah mengharungi onak __________________ ranjau kehidupan.

    Dia berazam __________________ menjadi insan yang berjaya. Dia tidak

    pernah ponteng sekolah __________________ kelas bimbingan yang

    dianjurkan oleh pihak sekolah.

    [4 markah]

    Soalan 29Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    pada tentang umpama seperti

    kepada sejak oleh terhadap

    Penerapan nilai-nilai integriti dalam kalangan murid adalah penting

    kerana mereka merupakan pelapis __________________ kepimpinan

    Negara __________________ masa hadapan. Murid diibaratkan sebagai

    "rebung" kerana mudah dilentur dan dibentuk mengikut acuan

    __________________ yang dikehendaki _________________ ibu bapa dan

    guru.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    16/24

    16

    wee phek hun / 2016

    Soalan 30

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    antara di pada kepada

    akan seperti dalam daripada

    Penduduk Kampung Setia yang terdiri __________________ pelbagai kaum

    sering mengadakan gotong-royong. Mereka juga mengambil daya usaha

    meronda __________________ waktu malam. Hal ini bagi mengelakkan

    kecurian __________________ kampung mereka. Ketika bertugas,

    mereka tidak pernah ponteng atau curi tulang. Mereka juga menubuhkan

    tabung kebajikan. Mereka yang berada akan menderma untuk membantu ibu

    tunggal dan anak yatim meneruskan kehidupan. Setiap hujung bulan pula,

    mereka __________________ membersihkan kawasan kampung. Rumput

    yang panjang dipotong, longkang yang tersumbat akan dibersihkan. Pokok-

    pokok bunga disirami dan dibajai. Lantaran itu, Kampung Setia dipilih sebagai

    johan Desa Wawasan peringkat negeri.

    [4 markah]

    Soalan 31

    Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata kerja pasif yang betul.

    1) Pinggan mangkuk yang ____________________ untuk meletakkan

    makanan hendaklah bersih.2) Airil ____________________ oleh ibunya kerana mengotorkan

    permaidani itu.

    3) Pakaian yang baru dibasuh itu belum ____________________.

    4) Periuk belanga yang ____________________ oleh Mak Cik Leha sudah

    kering.

    5) Semua kerusi di dewan itu ____________________ oleh murid tahun

    enam semalam secara bergotong-royong.[ 5 markah ]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    17/24

    17

    wee phek hun / 2016

    Soalan 32

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    tiap - tiap riuh - rendah masing - masing huru - hara

    sayur - sayuran kuih - muih buah-buahan dolak-dalik

    Hari ini merupakan Hari Kantin sekolah. Pagi-pagi lagi guru-guru dan peserta

    bekerjasama menghiaskan gerai __________________. Pelbagai barang

    dijual oleh para peserta. Ada yang menjual ______________ seperti karipap,

    keria dan donat. Ada juga yang menjual air dan __________________ potong

    seperti tembikai, jambu batu, nenas dan mangga. Selain itu, terdapat gerai

    yang menjual barang-barang terpakai dengan harga yang sangat murah.

    Suasana pada hari itu sangat meriah dan __________________ dengan

    laungan daripada para peserta yang ingin menarik perhatian pelanggan.

    [4 markah]

    Soalan 33Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    Selain itu lalu malahan Hal ini demikian kerana

    namun dan Tambahan pula Oleh sebab itu

    Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan perumahan di pinggir

    Bandar. __________________ kecuaian atau kelalaian penghuni itu sendiri.

    __________________ sikap penduduk yang tidak memberikan kerjasama

    __________________ tidak mempunyai semangat kejiranan menjadikan

    masalah ini sukar dibendung. __________________ pihak berkuasa telah

    mengarahkan ahli Rukun Tetangga menjalankan kerja-kerja rondaan dengan

    lebih kerap.[4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    18/24

    18

    wee phek hun / 2016

    Soalan 34

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.dan atau untuk yang

    hingga kerana agar bahawa

    Han Jun murid Tahun Lima Bijak. Dia telah belajar bcrsungguh-sungguh

    __________________ mencapai keputusan yang cemerlang dalam

    peperiksaan. Tetapi, keputusan peperiksaan kali ini tidak memuaskan

    hatinya. Dia sedar __________________ usaha sangat penting jika ingin

    berjaya. Di dalam kelas, dia memberi tumpuan ketika guru sedang mengajar

    dan rajin bertanya jika ada yang tidak difahaminya. Dia juga rajin mengulang

    kaji pelajaran dan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakannya. Akhir

    sekali, Han Jun berjaya mendapat keputusan __________________

    cemerlang. Ibu bapanya sangat gembira. Han Jun mengucapkan terima kasih

    kepada guru dan rakan-rakannya __________________ banyak

    membantunya.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    19/24

    19

    wee phek hun / 2016

    Soalan 35

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    segera lampau awal lama

    baharu sementara lewat suntuk

    Hujan turun dengan lebat sekali. Kilat sabung-menyabung. Ayah

    kelihatan risau. Dia mundar-mandir di ruang tamu. Dia bimbang sekiranya

    kejadian __________________ itu berlaku lagi. Beberapa bulan yang lepas

    telah berlaku tanah runtuh akibat hujan lebat. Sepatutnya tindakan

    __________________ telah diambil untuk mengelakkan tanah itu runtuh

    dengan lebih teruk. Perkara ini telah __________________ diadukan,

    namun tiada tindakan dilakukan oleh pihak tertentu. Ayah telah nekad, esok

    pagi dia akan __________________ mengumpulkan penduduk taman untuk

    menyelesaikan masalah tersebut.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    20/24

    20

    wee phek hun / 2016

    Soalan 36

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    dilakukan perhatian mengelakkan keselamatan

    dikehendaki mengawasi peraturan penggunaan

    __________________ murid di makmal sains merupakan aspek utama

    yang perlu diberi perhatian. Kemalangan yang biasa berlaku di makmal sains

    adalah seperti kebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas dan Iain-

    Iain. Dengan itu, guru perlu bijak dan sentiasa peka semasa mengawasi

    murid-murid di makmal sains. Murid-murid pula harus mematuhi

    __________________ semasa di makmal sains. Murid-murid juga diajar

    menggunakan alat-alatan sains dengan betul. Selepas membuat uji kaji

    menggunakan bahan kimia, murid-murid __________________ membasuh

    tangan dengan segera. Kita dapat __________________ kemalaangan

    sekiranya kita berhati-hati dan berdisiplin.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    21/24

    21

    wee phek hun / 2016

    Soalan 37

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    dengan dan yang untuk

    tetapi pada kerana dalam

    Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Setapak telah

    mengadakan Larian Muhibah __________________ 22 November 2015.

    Larian yang mendapat sambutan menggalakkan ini bertujuan

    __________________ menanam sikap muhibah dalam kalangan murid-

    murid. Di samping itu, larian ini juga diadakan untuk menggalakkan

    murid-murid bergiat aktif. Acara larian ini bermula dari sekolah

    __________________ melalui beberapa batang jalan. Setiap kilometer telah

    diadakan lima perhentian dan disediakan minuman oleh pelajar dan guru

    __________________ terlibat. Larian Muhibah ini telah berjalan denngan

    lancar. Semua peserta sangat bersemangat untuk menamatkan larian

    mereka.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    22/24

    22

    wee phek hun / 2016

    Soalan 38

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    rumah dapur satelit telefon

    paip kertas mesin robot

    Ketika Helen sedang mencuci pinggan di __________________ , tiba-

    tiba kepala paip tercabut. Air melimpah keluar dari paip itu. Dengan segera,

    Helen memanggil bapanya yang ketika itu sedang membasuh kereta. Bapa

    Helen terus masuk ke dapur. Bapa Helen cuba untuk mencantumkan kembali

    kepala paip itu tetapi tidak berjaya. Bapa Helen pun mengambil

    __________________ untuk menghubungi tukang paip. Lebih kurang 15

    minit, tukang paip tiba. Dia meminta bapa Helen menutup

    __________________ besar terlebih dahulu. Tukang paip itu menyatakan

    bahawa kepala paip itu telah rosak dan perlu diganti dengarn yang baru.

    Nasib baik tukang paip telah membawa perkakasnya dan

    __________________ untuk memotong batang paip. Tukang paip itu sangat

    pantas bekerja. Tidak sampai satu jam, kepala paip itu telah ditukar. Bapa

    Helen mengucapkan terima kasih kepada tukang paip itu.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    23/24

    23

    wee phek hun / 2016

    Soalan 39

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    untuk dan dengan yang

    bagi kerana dari pada

    Sayur-sayuran merupakan salah satu sumber nutrien

    __________________ diperlukan oleh tubuh kita. Peningkatan harga sayur-

    sayuran menjadi pendorong kepada masyarakat untuk menanam sayur-

    sayuran sendiri. Aktiviti berkebun dapat menyihatkan badan. Kerja-kerja

    seperti menyangkul, menggemburkan tanah __________________ menyiram

    tanaman boleh mengeluarkan peluh dan toksin daripada tubuh kita. Selain itu,

    aktiviti ini boleh dilakuakn bersama keluarga __________________

    mengeratkan hubungan kekeluargaan. Berkebun juga membolehkan kita

    menanam sayur-sayuran segar yang bebas daripada penggunaan bahan-

    bahan kimia seperti racun serangga. Bahan-bahan sebegini berbahaya

    __________________ boleh memberikan kesan kepada kesihatan kita.

    [4 markah]

  • 7/25/2019 ISI TPT KOSONG.pdf

    24/24

    24

    wee phek hun / 2016

    Soalan 40

    Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

    petikan yang diberi.

    menjalankan membantu menghadapi menyertai

    mengamalkan melaksanakan merancang memberi

    Berjimat cermat merupakan amalan yang baik. Golongan masyarakat

    terutamanya ibu bapa perlulah __________________ amalan berjimat

    cermat. Hal ini akan dapat __________________ mereka membiayai

    perbelanjaan pendidikan anak-anak apabila melanjutkan pelajaran ke menara

    gading. Masyarakat terutamanya generasi muda perlu __________________

    perbelanjaan mereka agar tidak berdepan dengan masalah apabila

    menempuh usia emas kelak. Kebanyakan warga emas _________________

    masalah kerana mereka gagal merancang kewangan ketika usia muda. Hal

    ini perlu dielakkan supaya tidak seperti pepatah "sudah terhantuk baru

    tengadah".

    [4 markah]