56
12/3/2011 1 Institusi Perundangan Nurazmallail Bin Marni Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad al-Idrus Institusi-Institusi Islam (UICI 2042)

Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

1

Institusi Perundangan

Nurazmallail Bin Marni

Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad al-Idrus

Institusi-Institusi Islam(UICI 2042)

Page 2: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

2

OBJEKTIF• Memberi gambaran umum mengenai perundangan

Islam dari segi konsep, ciri-ciri, sumber, dan skopperundangan

• Mengutarakan aspek perbandingan antaraperundangan Islam dan perundangan sivil

• Membincangkan kedudukan dan pelaksanaanundang-undang Islam di Malaysia berdasarkan latarbelakang sejarah dan realiti semasa

• Menjelaskan beberapa persoalan yang seringditimbulkan berkaitan pelaksanaan undang-undangIslam dan cadangan penyelesaiannya.

2

Page 3: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

3

Kenapa Manusia Perlukan SistemPerundangan Allah?

1. Manusia hidup secara bersosial dan perlukan peraturan yangadil dalam kesemua aspek kehidupan.

2. Manusia cenderung melakukan perkara positif atau negatif.Jadi, perlukan satu standard yang ditentukan oleh Tuhan danboleh mengembalikannya kepada nilai positif.

3. Definisi “adil” adalah berbeza-beza mengikut bangsa danwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh danzaman, pemikiran dan ideologi, pengaruh persekitaran danpendidikan, perbezaan jantina dan gender; dan sebagainya.Syariat diperlukan bagi menentukan nilai keadilan yangbersifat mutlak.

3

Page 4: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

4

4

KONSEP:KONSEP:PENGERTIAN SYARIAH ISLAMPENGERTIAN SYARIAH ISLAM

• Perundangan Islam = Syariah Islam• “Syariah” dari segi bahasa bererti

(1) sumber air yang menjadi tumpuan orang ramaiuntuk tujuan minum atau tujuan-tujuan lain

(2) jalan yang lurus.

• Dari segi istilah, syariah ialah

“apa sahaja yang diturunkan oleh Allah melaluiRasul-Nya Muhammad s.a.w. kepada manusiasebagai satu sistem hidup yang perlu diikuti”

Page 5: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

5

Sambungan…

• Dari segi teknikalnya istilah “undang-undang”dan “syariah” sedikit berbeza.

• Walau bagaimanapun, dari sudutpenggunaan, “undang-undang Islam” (IslamicLaw) adalah sama maksudnya dengan“undang-undang Syariah”

5

Page 6: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

6

CIRI-CIRI PERUNDANGAN ISLAM

6

1) Penggubaldan sumbernya

adalah Allah

2) Kemanusiaan

3) Universal4) Berkekalan

5) Komprehensif

Page 7: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

7

Ciri Pertama: Penggubal dansumbernya adalah Allah• Undang-undang Islam bersumberkan wahyu sama ada berupa

al-Quran atau al-Sunnah dan bukan direka-reka oleh manusiaatau kelompok tertentu.

• Dakwaan orientalis bahawa Islam dan undang-undangnyaadalah rekaan Muhammad s.a.w.

• Penentuan hukum oleh para mujtahid melalui ijtihad hanyalahpentafsiran terhadap sumber wahyu yang tidak jelas. Justeru,ulama mujtahid tidak boleh dikatakan sebagai penggubalkerana proses ijtihad dalam penentuan hukum adalah terikatdengan peraturan dan prinsip yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

7

Page 8: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

8

Dalam konteks Malaysia,undang-undangnya

• Bersumberkan undang-undang bertulis dan tidak bertulis.

• Undang-undang bertulis ialah undang-undang yang terdapatdalam Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri-negeri, serta dalam statut-statut tertentu.

• Undang-undang tidak bertulis pula terdapat dalam kes-kesyang dibicarakan oleh mahkamah-mahkamah, adat-adattempatan dan sebagainya. Undang-undang ini berasaldaripada prinsip-prinsip kepada undang-undang Inggeris yangbersumberkan Common Law dan Ekuiti.

8

Page 9: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

9

CONTOHNYA,

• Kanun Acara Jenayah di Malaysia diambil daripadaIndian Criminal Procedur Code yang berasaskanundang-undang jenayah yang berkuatkuasa diEngland dan Akta Undang-undang Sivil 1956 yangberdasarkan undang-undang sivil di England.

• Jelaslah bahawa undang-undang yang terdapat diMalaysia adalah berasal daripada undang-undangInggeris yang secara asasnya tidak ada kena mengenadengan masyarakat Malaysia sama ada Melayu, Cina,atau India.

9

Page 10: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

10

BEZA ANTARA UNDANG-UNDANG ISLAM DENGANUNDANG-UNDANG SIVIL

1. Segala prinsip dan peraturan dalam undang-undang Islamadalah bebas daripada unsur zalim, kekurangan ataumengikut hawa nafsu. Ini adalah kerana ia ditentukan sendirioleh Allah yang bersifat sempurna dan jauh daripadakekurangan serta tiada sebarang kepentingan terhadapmakhluk-Nya.

2. Kepatuhan kepada undang-undang Islam adalah dengan relahati, suka rela, tanpa dipaksa, dan oleh yang demikian bolehmenjamin undang-undang berkenaan berkuatkuasa denganbaik dalam masyarakat.

10

Page 11: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

11

Ciri Kedua: Kemanusiaan

• Maksudnya syariah Islam bersifat realistik dan selari denganfitrah manusia. Setiap perundangannya sesuai, bermanfaat,dan mampu dilaksanakan oleh manusia.

• Islam memperakui penggunaan dan potensi akal dalammenangani pelbagai masalah manusia yang tiadaketerangannya dalam sumber wahyu, asal sahaja tidakmenyalahi asas-asas wahyu.

• Justeru, selain al-Quran dan al-Sunnah, wujudnya sumber-sumber perundangan Islam yang berteraskan penggunaanakal yang terpimpin antaranya qiyas, istihsan, dan maslahahmursalah.

11

Page 12: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

12

Ciri Ketiga: Universal (Kesejagatan)

• Undang-undang Islam bukan hanya untuk masyarakat ataubangsa tertentu sahaja, bahkan untuk seluruh manusia.

• Maksud firman Allah S.W.T.“Katakanlah: “Hai manusiasesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua” (Surah

al-A’raf, 7:158).

• Maksud firman Allah S.W.T. “Dan Kami tidak mengutus kamu,melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagaipembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan,tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui” (Surah Saba’, 34:28).

• Keadilan ditegakkan tanpa bias kepada bangsa, warna kulit,kedudukan sama ada pemimpin atau rakyat, kaya atau miskinmalah kepada penganut agama lain sekalipun.

12

Page 13: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

13

Ciri Keempat: Berkekalan

• Dengan ciri ini, undang-undang Islam pasti sesuai untukdilaksanakan pada setiap zaman dan tempat.

• Undang-undang Islam berbeza dengan undang-undangciptaan manusia yang sentiasa berubah mengikut perubahankeperluan sesuatu masyarakat.

• Adalah lumrah bagi undang-undang mengalami perubahanakibat pindaan atau dimansuhkan serta diganti denganundang-undang baru. Oleh itu, dikatakan bahawa peraturandan undang-undang yang digubal dua puluh tahun dahulutidak sesuai dilaksanakan sekarang kerana keperluan dansituasinya telah berubah.

13

Page 14: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

14

Contohnya;

• Undang-undang Islam menetapkan hukuman bagijenayah tertentu (khususnya dalam kategori hududdan qisas) adalah bersifat tetap dan tidak berubahsehingga ke hari kiamat, walaupun hidup manusiatelah jauh berubah daripada zaman NabiMuhammad s.a.w.

• Pengharaman unsur judi dan riba dalam sistemekonomi juga adalah tetap dan tidak berubahwalaupun bentuk judi dan riba telah berubahberdasarkan perubahan corak hidup manusia.

14

Page 15: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

15

TUDUHAN ORIENTALIS

• bahawa undang-undang Islam adalah bersifat jumud, kaku,dan tidak bersifat responsif terhadap masa dan keadaan.

• Penjelasannya: Nas-nas syariah (teks perundangan dalam al-Quran dan al-Sunnah) kebanyakannya adalah bersifat umum,iaitu berupa kaedah atau prinsip-prinsip asas sahaja dan inimenjadikan syariah Islam fleksibel dari segi praktikalitinya.Sifat teks perundangan yang sebegini akan memberikankelonggaran bagi pihak legislatif untuk menetapkan peraturanatau hukum yang sesuai dengan keadaan tempat dan masa,asalkan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip umum yangtelah ditetapkan.

15

Page 16: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

16

Buktinya,

• Selama 14 kurun syariah Islam mampu menangani segala isudan permasalahan yang timbul dalam kehidupan manusiadaripada pelbagai bangsa, negara, dan tamadun.

• Kesemua persoalan baru yang tidak pernah berlaku padazaman Rasulullah s.a.w. dapat diselesaikan oleh para mujtahid(jurist) bermula pada zaman Sahabat, para pengikut Sahabatdan seterusnya para mujtahid sekarang.

• Semua isu, peristiwa dan permasalahan tersebut mampuditangani oleh mujtahid dengan meletakkan kedudukannyadalam konteks taklif seorang muslim berpandukan kepadakaedah-kaedah yang bersifat umum.

16

Page 17: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

17

ANTARA CONTOHNYA,

• Ulama mujtahid berjaya menangani isu-isu sains dan teknologiseperti permanian beradas (bayi tabung uji), pengklonanmanusia, pendermaan organ, dan pembuktian DNA.

• Pada zaman sahabat pun berlaku isu-isu yang dianggap barukerana tiada nas dan tidak pernah berlaku pada zamanRasulullah s.a.w. Misalnya kadar hukuman bagi peminum arak,zakat kuda, kedudukan orang mu’allaf sebagai penerimaagihan zakat, kedudukan talak yang dilafazkan sekali gus,pembahagian tanah taklukan, serta pengumpulan danpenulisan al-Quran.

17

Page 18: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

18

5 Faktor Yang Menjadikan SyariatIslam Sentiasa Relevan

1. Luasnya kekosongan yang ditinggalkan oleh teksperundangan (nas-nas syarak) yangmembolehkan ijtihad dilakukan terhadap perkarayang tidak dinyatakan kedudukannya dalam nas.Dengan kekosongan ini, maka wujudnyametodologi pengeluaran hukum yang dikenalisebagai qiyas, istihsan, maslahah mursalah, ‘urufdan lain-lain.

18

Page 19: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

19

Sambungan...

2. Sebahagian besar teks perundangan Islam –berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia– adalah bersifat umum dan berupa hukum yangbersifat universal.

19

Page 20: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

20

Sambungan...

3. Sebahagian teks perundangan Islam adalahbersifat fleksibel dari segi pemahaman danpentafsiran. Perbezaan dari segi inilah yangmenyebabkan kemunculan mazhab-mazhab(schools of law) yang kita ketahui pada hari ini.Namun perlu difahami bahawa perbezaan inihanya wujud dalam perkara-perkara cabang(furu’) dan bukannya dalam perkara prinsip(usul).

20

Page 21: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

21

Sambungan...

4. Perundangan Islam meraikan manusia dalam keadaankesusahan, menghadapi halangan dan situasi khusus(yang dikecualikan daripada memakai hukum asal).Maksud firman Allah “Allah menghendaki kemudahanbagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu (al-Baqarah,2:185), “Allah hendak memberikan keringanankepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah (al-Nisa’,4:28), dan firman Allah S.W.T. “Allah tidak hendakmenyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkankamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supayakamu bersyukur (al-Ma’idah,5:6).

21

Page 22: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

22

Sambungan...

Beberapa hukum asal dikecualikan apabila terdapatnyaunsur-unsur yang mendatangkan bahaya dan kesusahankepada manusia seperti;

1. diharuskan berbuka puasa ketika sakit yangmembahayakan kesihatan

2. diharuskan solat secara jama’ dan qasar ketikabermusafir

3. diharuskan membuka aurat (sekadar perlu) untuk tujuanrawatan penyakit

4. diharuskan memakan makanan yang diharamkan ketikaterdesak yang mengancam nyawa dan seumpamanya.

22

Page 23: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

23

Sambungan...

5. Fatwa (Keputusan hukum syarak oleh seorang mujtahidboleh berubah dengan sebab perubahan masa, tempatdan keadaan. Hukum syarak yang diputuskan melaluifatwa adalah fleksibel, tidak bersifat prinsip dan bolehberubah berasaskan kepentingan masyarakat, sepertipenentuan hukuman jenayah berbentuk ta‘zir.

-Hukum syarak yang bersifat prinsip dan dianggap terasdalam agama seperti wajib dan haramnya sesuatuperkara, hukuman hudud bagi kesalahan-kesalahanjenayah tertentu dan seumpamanya yang tidak bolehdiijtihadkan dan tidak boleh berubah.

23

Page 24: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

24

Ciri Kelima: Komprehensif (Syumul)

• Maksudnya syariah Islam adalah satu sistem hidup yanglengkap, merangkumi segenap aspek kehidupan di dunia danakhirat.

• Berbanding dengan agama-agama lain yang hanyamembataskan skop perbahasan agama kepada soal hubunganantara makhluk dengan Tuhan sahaja.

• Syariah Islam mengajarkan manusia kaedah untuk menjalintiga bentuk hubungan; hubungan manusia dengan Allah,manusia dengan manusia, dan manusia dengan alam.

24

Page 25: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

25

SUMBER PERUNDANGAN ISLAMSUMBER PERUNDANGAN ISLAM

• Sumber ialah dalil (proofs) yang menjadi sandaran bagisesuatu hukum itu ditentukan.

• Perbincangan mengenai sumber perundangan bukan sahajaberkisar mengenai persoalan apakah dalil bagi sesuatuketetapan hukum, bahkan juga berkait dengan persoalanepistemologi, iaitu hierarki sumber dari sudut turutan sumberyang paling tinggi dan berautoriti, kemudian diikuti oleh yangseterusnya. Perkara inilah antara yang ditekankan dalampengajian metodologi hukum Islam yang terdapat dalamkitab-kitab usul fiqh (Islamic Jurisprudence) termasuklah ­al-Risalah karya Imam al-Shafi’i, kitab yang pertama disusunsecara sistematik dalam bidang usul fiqh.

25

Page 26: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

26

SUMBER PERUNDANGAN ISLAMSUMBER PERUNDANGAN ISLAM

1 •AL-QURAN

2 •AL-SUNNAH

3 • Ijma‘ (Concensus of Legal Opinion)

4 •Qiyas (Analogical Deduction)

5 • Istihsan (Jurisric Preference)

26

Page 27: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

27

Umumnya, sumber perundanganIslam terbahagi kepada ;

1. SUMBER UTAMA, iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

2. SUMBER SAMPINGAN, iaitu sumber yang lahirdaripada sumber-sumber utama seperti ijma’, qiyas,maslahah mursalah dan banyak lagi yang berfungsisebagai metodologi atau alat untuk“menterjemahkan” wahyu dalam bentuk hukumkepada manusia. Justeru, sebarang hukum yangdikeluarkan menerusi sumber sampingan tidakboleh bercanggah dengan sumber utama/wahyu,sama ada secara langsung atau semangatnya.

27

Page 28: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

28

Sumber perundangan Islam jugaboleh dibahagikan kepada:

1. Sumber yang disepakati oleh ulama’, iaitu al-Quran, al-Sunnah, ijma’ dan qiyas.

2. Sumber-sumber yang tidak disepakati olehulama’. Antaranya ialah istihsan, maslahahmursalah, istishab, ‘urf, pendapat sahabatRasulullah s.a.w. dan perundangan sebelumIslam.

28

Page 29: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

29

SUMBER PERTAMA: Al-Quran

• al-Quran adalah “kalam Allah yang diturunkan kepada Rasul-Nya Muhammad s.a.w. dalam bahasa Arab sebagai mukjizatyang membuktikan kerasulan baginda, tertulis di dalammashaf, sampai kepada kita secara mutawatir danmembacanya dikira sebagai ibadat, bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah al-Nas.”

• Al-Quran adalah perlembagaan yang menjadi panduan hidupdan mengandungi keseluruhan aspek kehidupan manusiayang secara umumnya terbahagi kepada tiga, iaitu aspekakidah (keimanan kepada Allah dan juga rukun-rukun Imanyang lain), akhlak, dan hukum-hakam berkenaan tindak-tanduk dan tutur kata seorang mukallaf.

29

Page 30: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

30

Pendekatan Hukum al-Quran

• Sebahagian besar daripada hukum dalam al-Quranditerangkan dalam bentuk kulli dan ijmali.

• Bentuk kulli bermaksud al-Quran hanya menerangkan hukumsecara keseluruhan dengan menyebut prinsip umum yangakan menjadi asas kepada hukum-hukum terperinci.

• Contohnya, perintah supaya berpegang dengan dasar syura(Surah Ali ‘Imran, 3:152), perintah supaya berlaku adil (Surahal-Nahl, 16:90; al-Nisa’, 4:59), haram mengambil harta milikorang lain (Surah al-Baqarah, 2:188), dan perintahmenunaikan janji (Surah al-Ma’idah, 5:1).

30

Page 31: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

31

Sambungan …

• Bentuk ijmali (brevity) pula bermaksud penerangan hukumsecara umum, iaitu tidak secara terperinci. Hukum-hukumsebegini memerlukan perincian daripada al-Sunnah.

• Misalnya hukum kewajipan solat (tidak diterangkan dalam al-Quran bilangan rakaat dan cara melakukannya, kewajipanmengeluarkan zakat (tidak dinyatakan kadar dan cara), haji(tidak diterangkan cara) dan pengharaman riba (tidakdiperincikan maksud dan bentuknya).

31

Page 32: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

32

Sambungan …

• Penerangan hukum dengan cara kulli dan ijmali banyakberlaku pada hukum-hukum yang bersifat amali.

• Terdapat juga ayat-ayat al-Quran yang menerangkan hukumsecara terperinci (tafsili/detail). Contohnya ayat-ayatmengenai kadar pembahagian pusaka, dan hukuman bagisesetengah jenayah hudud.

• Hukum-hukum yang berkaitan dengan akidah dan akhlak jugaditerangkan dalam bentuk terperinci.

32

Page 33: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

33

Sumber Kedua: Al-Sunnah

• Definisi al-Sunnah/Hadis ialah “Segala yangdatangnya daripada Rasulullah s.a.w. samaada berupa perkataan (sunnah qawliyyah),perbuatan (sunnah fi’liyyah) atau perakuan(sunnah taqririyyah).

33

Page 34: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

34

Al-Sunnah Berperanan Sebagai;

1. Mengakui dan menegaskan hukum-hukum yang terdapatdalam al-Quran. Misalnya, kewajipan solat, zakat, puasa danhaji; larangan syirik dan menjadi saksi palsu.

2. Menjelas dan memperincikan hukum-hukum daripada al-Quran yang bersifat umum. Misalnya, perincian carapelaksanaan solat, zakat, haji, puasa, dan berjual beli.

3. Menerangkan hukum-hukum yang tidak dinyatakan dalam al-Quran. Misalnya, larangan “memadukan” anak saudaradengan ibu saudara, pengharaman memakai sutera bagilelaki, serta penerimaan seorang saksi dan satu sumpahuntuk memutuskan hukum.

34

Page 35: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

35

SUMBER KETIGA:Ijma‘ (Concensus of Legal Opinion)

• Ijma‘ ialah persetujuan kesemua ulama’ mujtahidin daripadakalangan umat Islam dalam satu masa selepas kewafatanRasulullah s.a.w. dalam perkara hukum syarak.

• Apabila berlakunya ijma‘ ke atas sesuatu perkara, makahukum yang ditetapkan melalui ijma‘ adalah sabit (tetap).

• Walau apa pun, ijma‘ mestilah diputuskan denganbersandarkan dalil, sama ada al-Quran, al-Sunnah, qiyas, ‘urufdan sumber-sumber hukum yang lain. Hal ini adalah bagimengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya kesalahandalam berijtihad.

35

Page 36: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

36

Ijma‘ terbahagi kepada :

1. Ijma‘ sarih – iaitu ijma‘ yang dinyatakan secara jelasoleh semua mujtahid ke atas satu-satu persoalan.

2. Ijma‘ sukuti – iaitu ijma‘ yang berlaku secara senyapyang mana sebahagian mujtahid menyuarakanpandangannya berkenaan suatu persoalan hukum,sedangkan mujtahid yang lain hanya mendiamkandiri tanpa menyetujuinya dan tidak membantahnya.

36

Page 37: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

37

SUMBER KEEMPAT:Qiyas (Analogical Deduction)

• Qiyas ialah “menyamakan sesuatu perkara yang tidak ada nasmengenai kedudukan hukumnya dengan perkara yang telahsedia ada hukumnya dengan nas berdasarkan persamaan‘illah yang wujud antara kedua-dua perkara tersebut.

• Maksud ‘illah dalam definisi qiyas ialah sifat yang ada padaperkara asal yang hukumnya terbina atas sifat tersebut. Sifatinilah yang dipastikan wujud pada perkara baru bagimenentukan hukum perkara baru itu sama dengan perkaraasal. Secara longgarnya, ‘illah bolehlah disamakan dengankonsep ratio decidendi dalam undang-undang Inggeris.

37

Page 38: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

38

Contoh hukum diputuskanberasaskan kaedah qiyas ialah:

• Pengharaman dadah dan semua bentuk makanan atauminuman yang memabukkan. Hukum ini adalah berasaskanpersamaan ‘illah (iaitu memabukkan) pada hukum haramnyaarak yang telah dinaskan dalam al-Quran dan al-Sunnah.

• Penerima wasiat yang membunuh pewasiat ditegah daripadamenerima harta wasiat. Hukum ini berasaskan persamaan‘illah (iaitu mempercepatkan penerimaan harta sebelumwaktu yang dia berhak menerimanya) dengan hukum ahliwaris yang membunuh orang yang diwarisinya adalah tidakberhak menerima pusaka yang telah dinaskan.

38

Page 39: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

39

SUMBER KELIMA:Istihsan (Jurisric Preference)

• Istihsan ialah tindakan seseorang mujtahid yang tidakmengamalkan qiyas nyata (qiyas jali) kerana menggunakanqiyas tersembunyi (qiyas khafi), atau mengambil hukumpengecualian dan bukannya hukum keseluruhan (kulli) keranaterdapat dalil yang meyakinkan untuk dia melakukansedemikian.

• Secara mudahnya, apabila seseorang mujtahid berhadapandengan isu baru yang tidak terdapat dalam nas, dia akanmenggunakan kuasa budi bicaranya untuk sampai kepadahukuman yang paling adil dan lebih bermaslahah sesuaidengan roh perundangan Islam, walaupun ia bertentangandengan kaedah qiyas.

39

Page 40: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

40

CONTOH ISTIHSAN

• Keharusan mewakafkan harta alih termasuklah wakaf tunaidan saham wakaf yang terdapat sekarang, sungguhpunmengikut kaedah asalnya wakaf tidak boleh dibuat terhadapharta alih.

• Begitu juga keharusan keharusan jualan tempahan/salam(prepaid forward sale) dan istisna’ (commission tomanufacture) yang sangat banyak diamalkan masa kini.

40

Page 41: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

41

SUMBER KEENAM: MASLAHAH MURSALAH(Consideration of Public Interest)

• Maslahah mursalah ialah kepentingan yang tidak mendapatsokongan atau tentangan daripada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, namun ia mempunyai lebih banyak kesamaan denganmaslahah yang diperakui oleh al-Quran dan al-Sunnah.

• Contohnya ialah pengumpulan al-Quran selepas kewafatanRasulullah s.a.w., hukuman qisas ke atas pembunuh secaraberkumpulan terhadap seorang mangsa, pengenaan cukaikepada rakyat untuk menampung keperluan jihad, sertamewujudkan jabatan dan kementerian dalam pentadbirannegara.

41

Page 42: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

42

Sambungan…

• Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa seseorangtidak boleh mendakwa bahawa apa yang dilakukannya adalahberdasarkan maslahah kalau ia bertentangan dengan nas al-Quran dan al-Sunnah yang jelas.

• Misalnya, minum arak atas dasar maslahah untukmenyelesaikan masalah yang membelenggu fikirannya,mengeluarkan lesen judi atau pertaruhan atas dasarmaslahah untuk mendapat keuntungan cukai kepada negara,berurusan dengan riba atas alasan maslahah untuk mendapatkeuntungan yang lebih dan seumpamanya.

42

Page 43: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

43

SUMBER KETUJUH:‘Uruf (Custom)

• ‘Uruf atau adat ialah sesuatu yang telah menjadikebiasaan kepada masyarakat dalam kehidupanharian sama ada ia berupa amalan perbuatan ataukata-kata.

• ‘Uruf yang diiktiraf sebagai sumber perundanganadalah ‘uruf yang tidak berlawanan dengan kehendaksyarak. Jika ‘uruf itu menghalalkan yang haram ataumengharamkan yang halal, maka ia adalah ditolaksama sekali.

43

Page 44: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

44

CONTOH URUF MASYARAKAT DIMALAYSIA

• Pemberian oleh lelaki yang meminang kepada pihakperempuan tidak dianggap sebagai sebahagian maskahwin

• Berjual beli tanpa akad oleh kedua-dua pihak penjualdan pembeli atau salah seorang daripadanya

• Menghidangkan makanan kepada tetamu dianggapsebagai keizinan kepada tetamu untukmengambilnya.

44

Page 45: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

45

ANTARA FUNGSI URUF DALAMPENENTUAN HUKUM

• Uruf menjadi penentu bagi sesuatu hukum misalnya;

1. barang kemas yang dipakai wajib dikeluarkan zakatjika melebihi kadar ‘uruf masyarakat setempat

2. hukuman potong tangan hanya dikenakan jikabarang yang dicuri itu diletakkan di tempat yangbiasa disimpan dan dianggap selamat – persoalantempat simpanan ini ditentukan oleh ‘uruf sesuatumasyarakat.

45

Page 46: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

46

SKOP PERUNDANGAN ISLAM

1) Ibadah (hubungan manusia & Tuhan).Contoh: solat, puasa, zakat, dan haji.

2) Muamalah (hubungan sesama manusia).Contoh: undang-undang keluarga, sivil, jenayah, danpentadbiran.

• Pembahagian berdasarkan tujuan utama perlakuanmanusia. Apabila tingkah laku itu bertujuan untukmencari keredaan Allah, maka ia diistilahkan sebagaiibadat. Manakala yang bertujuan untuk mencapaikepentingan hidup duniawi, ia diistilahkan sebagaimuamalat.

46

Page 47: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

47

MAKSUD IBADAT & MUAMALATMAKSUD IBADAT & MUAMALAT

• Ibadat ialah hukum-hukum (rules) yang mengaturusaha manusia untuk mencari keredaan Allah, atauurusan berkenaan hubungan langsung antaramanusia dengan Allah seperti solat, puasa, zakat, hajidan ibadah-ibadah khusus yang lain sama ada wajibatau pun sunat.

• Mu’amalat pula ialah hukum-hukum yang mengaturtentang urusan hidup manusia seharian, baik secaraindividu ataupun secara berkelompok.

47

Page 48: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

48

KATEGORI UNDANGKATEGORI UNDANG--UNDANG ISLAMUNDANG ISLAM

1• Undang-undang keluarga (personal law)

2• Undang-undang sivil

3• Undang-undang urusan perdagangan

4• Undang-undang kehakiman

5• Undang-undang mengenai hubungan warganegara non-muslim di dalam negara Islam

6• Undang-undang mengenai hubungan negara Islam dengan negara-negara bukan Islam

7• Undang-undang Perlembagaan dan pentadbiran negara

8• Undang-undang mengenai kewangan awam

9• Undang-undang Jenayah (criminal law)

48

Page 49: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

49

KATEGORI UNDANGKATEGORI UNDANG--UNDANG ISLAMUNDANG ISLAM

1. Undang-undang keluarga (personal law), iaitu peraturan yangberkaitan dengan pembentukan keluarga, perkahwinan,perceraian, nafkah, nasab, hak-hak suami isteri danseumpamanya. Di Malaysia, undang-undang inidikodifikasikan dalam Akta/Enakmen Undang-undangKeluarga Islam di setiap negeri.

2. Undang-undang mengenai peraturan sivil (al-ahkam al-madaniyyah atau diistilahkan sebagai fiqh al-mu’amalah)yang berkaitan dengan pelaksanaan muamalah individudengan yang lain seperti jual beli, sewaan, gadaian danpemberian.

3. Undang-undang mengenai urusan perdagangan sepertipensyarikatan, muflis, kredit dan seumpamanya.

49

Page 50: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

50

SAMBUNGAN ...4. Undang-undang kehakiman iaitu yang berkaitan dengan

pengadilan, mahkamah dan bidang kuasanya, pendakwaan,pembuktian, penyaksian, sumpah dan seumpamanya.

5. Undang-undang mengenai hubungan warganegara non-muslim di dalam negara Islam. Ini termasuklah berkenaanhak dan tanggung jawab mereka di negara Islam,tanggungjawab negara Islam terhadap mereka sertamengatur hubungan antara muslim dan non-muslim dinegara Islam.

6. Undang-undang mengenai hubungan negara Islam dengannegara-negara bukan Islam.

50

Page 51: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

51

SAMBUNGAN ...

7. Undang-undang Perlembagaan dan jugapentadbiran negara, iaitu undang-undang asasmengenai pemerintahan sesebuah negara. Antarayang terpenting dalam undang-undang ini ialahlimitasi kuasa-kuasa eksekutif, legislatif(perundangan) dan judisiari (kehakiman) sesebuahnegara Islam. Perkara-perkara ini dibicarakan olehsarjana Islam dalam topik “Siyasah Syar’iyyah” atauboleh difahami sebagai kaedah-kaedah pentadbiransesebuah negara.

51

Page 52: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

52

SAMBUNGAN ...

8. Undang-undang mengenai kewangan awam, iaitu berkenaansumber dan perbelanjaan sesebuah negara. Ia jugamenyatakan hak dan tanggungjawab kewangan individu(rakyat) dan juga negara. Dalam sejarah Islam, institusi yangmemainkan peranan ini ialah baitulmal. Dalam dunia moden,peranan ini bolehlah disamakan dengan perbendaharaannegara.

9. Undang-undang Jenayah (criminal law), iaitu peraturan yangmenentukan kesalahan jenayah dan bentuk hukuman yangdijatuhkan ke atas pesalah. Tujuannya adalah untukmemelihara anggota masyarakat daripada tindakankejahatan yang boleh menggugat keamanan masyarakat.

52

Page 53: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

53

PELAKSANAAN SYARIAT ISLAMSECARA MENYELURUH

• Keindahan dan keunggulan syariat Islam hanya akan dikecapijika kesemua ruang lingkup undang-undang yang disebutkanini dilaksanakan.

• Syariat Islam tidak boleh dilihat secara “sekerat-sekerat” ataudiambil juzuk-juzuk tertentu sahaja untuk memperlihatkankeunggulannya.

• Sebahagian besar sarjana Barat yang mengkaji syariahmemeluk agama Islam kerana didorong oleh keindahansyariah Islam itu sendiri – misalnya, Martin Lingg, WilliamChittick, Maryam Jamelah, Sachiko Murata, Leanard Binder,Muhammad Asad dan Maurice Bucaille.

53

Page 54: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

54

SAMBUNGAN …

• Seandainya keindahan syariah Islam itu dikaji dan dipelajarisecara objektif oleh penganut bukan Islam di Malaysia,nescaya kekeliruan yang timbul itu akan terhapus.

• Buktinya, boleh dilihat bahawa selepas “Peristiwa 11September”, masyarakat Barat telah berusaha mengkaji ajaranIslam daripada sumbernya yang betul, iaitu al-Quran dan al-Sunnah, bukan hanya membaca sumber-sumber propagandayang tidak berasas.

• Hasilnya, sebahagian besar masyarakat Barat berasa hairankerana sebahagian besar ajaran Islam didapati penuh dengannilai kemanusiaan yang amat baik dan kemuncaknya ramaiyang telah memeluk Islam.

54

Page 55: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

55

PRINSIPPRINSIP--PRINSIP ASAS PERUNDANGAN ISLAMPRINSIP ASAS PERUNDANGAN ISLAM

55

1) Pembalasan

2) Pencegahan3) Pemulihan

Page 56: Institusi-Institusi Islam (UICI 2042) Institusi Perundanganocw.utm.my/file.php/33/utmocw-UICI2042-8.pdfwarna kulit, sempadan geografi dan negara, tempoh dan zaman, pemikiran dan ideologi,

12/3/2011

56

KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAMMenurut Abdullah Nasih Ulwan

1• Ketuhanan (Rabbani)

2• Universal (Alamiyy)

3• Menyeluruh (Syumul)

4• Asli & Mantap (Thabat)

5• Fleksibel Memelihara Keperluan Insan (Murunah)

6• Keseimbangan (Tawazun)

7• Saling mengikat dan berkaitan antara akidah & kehidupan (Talazum & Ijabiyyah)

8• Keadilan (al-Adl)

56