INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    1/26

    RBT 3103

    1

    PENDAHULUAN

    Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam

    konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya

    KBSR dan KSSR) adalah didasari oleh falsafah dan matlamatpendidikan negara yang

    menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepadasemua usaha dan

    rancangan dalam bidang pendidikan.

    Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting

    dalamsistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang

    pesatmembangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai

    untukmewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita

    dankehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).

    Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab

    yangmempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara

    dania dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    2/26

    RBT 3103

    2

    TUGASAN 1 : PEMEROLEHAN ILMU

    1.1 RINGKASAN BERSTRUKTUR

    INOVASI KURIKULUM

    1.2 PENGURUSAN GRAFIK

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    3/26

    RBT 3103

    3

    1.1 RINGKASAN BERSTRUKTUR INOVASI KURIKULUM

    MAKSUD INOVASI

    Sesuatu yang baru diperkenalkan (kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru) Kamus

    Dewan, Edisi 4 terbitan DBP

    Sesuatu pembaharuan untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik dan berkesan

    MAKSUD INOVASI KURIKULUM

    kurikulum yang sedia ada akan diperbaharui. Ia menjadi lebih berkesan dengan

    memasukkan elemen-elemen baru yang tidak terdapat pada kurikulum tertentu.

    TEORI PERUBAHAN INOVASI KURIKULUM

    Teori

    Kurikulum

    Budaya dan ilmu pengetahuan sentiasa berkembang maka kurikulum perlu

    diubah agar dapat merentasi masa dan sesuai dengan konteks sosial, politik dan

    ekonomi semasa. Inovasi terhadap kurikulum KHSR dilakukan dengan

    memperkenalkan aktiviti amali yang berunsurkan teknologi

    Teori

    Disiplin

    Mental

    Kurikulum perlu sentiasa diperhalusi / diperbaharui untuk membolehkan apa jua

    ilmu pengetahuan dapat diajar kepada kanak-kanak sebagai latihan pembinaan

    disiplin, keupayaan menaakul. Perubahan terhadap kurikulum KHSR

    menambaikbaik beberapa matapelajaran berkaitan seperti ketukangan,

    keusahawanan serta pengurusan diri dan keluarga

    Teori

    Kurikulum

    Saintifik

    Franklin Bobbit: sekolah merupakan kilang yang memproses murid sebagai

    bahan mentah agar menjadi output yang bersedia dan berupaya memikul

    peranan dalam kehidupan .Teori ini menegaskan kepentingan kanak-kanak

    dibezakan mengikut darjah kecerdasan, agar mereka mendapat latihan yang

    spesifik selaras dengan peranan mereka dalam masyarakat

    Teori

    Fungsi

    Kurikulum yang digubal perlu ke arah penyediaan kemahiran pekerjaan sesuai

    dengan keperluan tenaga manusia melibatkan pelbagai jenis pekerjaan yang

    melibatkan latihan peningkatan kemahiran dari semasa ke semasa. Inovasi

    terhadap kurikulum matapelajaran ini dilakukan dengan tumpuan utamanya

    adalah kepada penguasaan kemahiran dalam bidang Reka Bentuk Teknologi

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    4/26

    RBT 3103

    4

    serta Perniagaan dan Keusahawanan.

    FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM

    Kewujudan ilmu-ilmu yang baru, atau perkembangan atau penemuan ilmu baru

    Kurikulum yang telah dibentuk perlu sentiasa dikemaskini supaya murid-murid tidak

    akan mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman

    Pengaruh inovasi untuk memperbaiki kurikulum yang sedia ada mengambil kira atau

    memasukkan ilmu-ilmu yang terakhir ditemui kedalam kurikulum itu

    Keperluan masyarakat dan negara yang berubah

    KHSR telah diterapkan atau dimasukkan dengan satu matapelajaran yang dapat

    memberi kemahiran kepada murid-murid iaitu RBT

    Membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasakan kepada idea-

    idea yang kreatif.

    Kehendak masyarakat dan Negara melatih lebih banyak tenaga mahir

    Kurikulum KHSR turut diperbaharui dengan memasukan pengetahuan tentang teknologi,

    bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi membentuk

    minda kreatif dan inovatif

    Perkembangan Sains dan Teknologi

    Memberi tumpuan kepada matapelajaran yang dapat mengaplikasikan penggunaan

    teknologi dalam pembelajaran murid-murid

    Komputer didapati banyak kurikulum yang telah sedia ada dibentuk, dirombak untuk

    membawa masuk ilmu komputer ke dalam kurikulum

    Ilmu keusahawanan, perniagaan, perkebunan dan perindustrian turut diperkenalkan

    Pembentukan masyarakat yang produktif tumpuan negara mencapai matlamat

    Wawasan 2020

    Perkembangan Dasar Kerajaan

    Ingin melahirkan murid yang seimbang dari semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani,

    intelek dan sahsiah

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    5/26

    RBT 3103

    5

    Kurikulum KHSR telah dimasukkan unsur-unsur dari segi perkembangan individu

    memenuhi naluri ingin tahu murid terhadap alatan, bahan dan mesin

    Memberi peluang untuk mencuba, mereka cipta, mengubahsuai, mengendali dan

    meneliti hasil teknologi, sesuai dengan perkembangan intelek murid

    Pedagogi

    Sebarang perubahan dalam strategi p & p mempengaruhi reformasi kurikulum

    Kaedah pengajaran baru diperkenalkan dan dipelbagaikan apabila KBSR dan KBSM

    diwujudkan

    Dahulunya kaedah pengajaran hanya berpusatkan guru kini berubah kepada

    berpusatkan murid

    Penyusunan tempat murid penglibatan murid dalam p & p dipertingkatkan dengan

    wujudnya suasana yang kondusif bagi merangsang pemikiran murid

    Keperluan Sumber Manusia

    Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara perindustrian

    setanding negara maju

    Tenaga rakyat berilmu, berwibawa dan berketrampilan perlu dilatih bagi memenuhi

    kehendak wawasan

    Kurikulum KHSR turut mengalami perubahan bagi memenuhi kehendak ini.

    Kelemahan Pelaksanaan Kurikulum Sedia Ada

    Pelaksana kurikulum gagal memilih objektif atau isi kandungan kurikulum dengan

    sempurna bersesuaian dengan keadaan semasa

    Alat yang digunakan untuk memilih objektif kurikulum tidak lagi sesuai digunakan dan

    dengan itu menyebabkan objektif yang dicapai oleh sesuatu kurikulum tidak tepat

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    6/26

    RBT 3103

    6

    TEKNIK DAN KONTEKS INOVASI KURIKULUM

    Perubahan yang dibuat tanpa memasukkan elemen-elemenpembaharuan yang bermakna Contohnya: Guru Besar B menggantikan Guru Besar A disebabkanGuru Besar A telah bersara Perubahan homeostatik ini membawa perubahan yang berciri ataubersifat kebiasaan

    Perubahan Homeostatik

    Perubahan ini bercorak pembaharuan kepada yang lama dan dalamkonteks bentuk kurikulum yang telah dibentuk

    Dilaksanakan untuk mengatasi aktiviti-aktiviti yang lemah setelahdikenalpasti

    Contoh: Penukaran dalam beberapa objektif kurikulum tersebut

    Perubahan Perkembangan

    Wujud berdasarkan faktor-faktor luaran seperti perkembangan ilmudan penemuan teori baru serta prinsip baru

    Idea-idea atau pengetahuan baru itu perlu diambil kira ataudimasukkan ke dalam kurikulum yang sedia ada

    Kurikulum tersebut akan selari dengan keadaan semasa serta lebihberfaedah

    Perubahan Neomobilistik

    Wujud disebabkan kemasukan idea-idea baru kepada kurikulum Faktor-faktor perubahan: Terdapat orientasi baru atau persepsi baru

    mengenai fungsi dan objektif pendidikan Perubahan kurikulum : perkembangan mental atau kognitif kepada

    penekanan ke atas bidang-bidang afektif, psikomotor dan kerohanian

    Perubahan Metamorphistik

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    7/26

    RBT 3103

    7

    MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM INOVASI KURIKULUM

    Kenalpasti

    Keperluan,

    Situasi & Masalah

    Kepentingan Darjah kepentingan masalah tersebut

    Kerumitan Bagaimanakah rumitnya untuk mencari

    penyelesaian

    Masa Jangka masa yang akan didapati daripada

    menyelesaikan masalah tersebut

    Sumber Sumber yang diperlukan

    Diagnosis &

    Analisis Sebab

    Dalam menganalisis sesuatu masalah, kita boleh mengumpulkan semua

    data dan mempamerkan maklumat yang berkaitan supaya membantu

    dalam membuat keputusan dalam inovasi kurikulum

    Pembentukan

    Alternatif

    Kita boleh mengembang atau satukan alternatif atau mencipta

    alternatif baru.

    Dicadangkan supaya membincangkan setiap idea dan juga

    mempertimbangkan alternatif lama kepada masalah yang sama

    KenalpastiKeperluan,Situasi &Masalah

    Diagnosis &Analisis Sebab

    PembentukanAlternatif

    PemilihanAlternatif

    PelaksanaanAlternatif

    Penilaian &Maklum Balas

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    8/26

    RBT 3103

    8

    Pemilihan

    Alternatif

    Kesesuaian Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah

    tersebut?

    Faedah Adakah ia berfaedah?

    Kebolehterimaan Adakah ahli dalam organisasi akan

    menerimanya?

    Pelaksanaan

    Alternatif

    Kebolehterimaan Bagaimanakah kita boleh mendapatkan

    penerimaan dari orang lain?

    Jangkaan Apakah tentangan yang boleh kita jangka kepada

    alternatif ini?

    Bantuan Bagaimanakah kita boleh mendapat bantuan dari

    orang atau kumpulan lain?

    Penilaian &Maklum balas

    Ukuran Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan?Ujian Apakah ujian atau trial run yang akan kita awasi untuk

    melihat keberkesanan alternatif itu? Bagaimanakah akan kita

    menilai keputusannya?

    Keputusan Apakah kriteria yang akan kita gunakan? Apakah

    bukti alternatif kita berkesan?

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    9/26

    RBT 3103

    9

    PEMBANGUNAN DAN PEMUPUKAN PEMIKIRAN DALAM INOVASI KURIKULUM

    Pembangunan dalam kurikulum:

    -idea baru

    Terdapat 4 peringkat yang terlibat dalam pembangunan kurikulum :

    Terdiri daripada Menteri Pelajaran, KetuaPengarah Pelajaran dan PengarahPelajaran

    Memikirkan idea-idea baru jika kurikulumsedia ada kurang berkesan

    Per ingkatAtasan

    Terdiri daripada pendidik iaitu guru-guru, pensyarah, pengetua dan

    pegawai pendidikan Mengesyorkan pembaharuan

    berdasarkan pengalaman jikaterdapat kelemahan dalam sistem

    pendidikan

    Per ingkatPer tengahan

    Terdiri daripada murid-muridsekolah

    Kumpulan yang menjadisasaran dalam menerimakurikulum

    Per ingkat Bawahan

    Terdiri daripada ibubapa, pihak swasta,dan syarikat firma

    Memberi cadangan

    tentang keperluanmurid-murid sekolahyang perlu dipenuhi

    Pihak Luar

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    10/26

    RBT 3103

    10

    1.2 PENGURUSAN GRAFIK

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    11/26

    RBT 3103

    11

    TUGASAN 2 : PENGUASAAN ILMU

    DAN KEMAHIRAN

    2.1 ANALISIS STANDARD KANDUNGAN

    DAN STANDARD PEMBELAJARAN RBT

    TAHUN 4

    2.2 KESESUAIAN PENEMPATAN TAJUKDALAM KSSR RBT TAHUN 4

    2.3 CADANGAN INOVASI KSSR RBT

    TAHUN 4

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    12/26

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    13/26

    RBT 3103

    13

    ANALISIS STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN TAHUN 4

    Bidang 1.0 Organisasi Bengkel

    Kandungan

    Bidang

    Memberi pendedahan kepada murid dengan suasana bengkel RBT di

    sekolah rendah

    Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui, memahami dan

    mengamalkan peraturan dan aspek keselamatan semasa mereka

    berada dalam bengkel

    Jumlah masa 60 minit (2 waktu )

    Murid dapat :

    Mengetahui tentang struktur organisasi dan keselamatan bengkel.

    - Menyatakan dua jawatankuasa dalam struktur organisasi bengkel.

    - Menyatakan tiga peraturan dan keselamatan bengkel.

    Mengetahui dan memahami tentang struktur organisasi dan keselamatan bengkel.

    - Menerangkan satu tugas jawatankuasa dalam struktur organisasi bengkel.

    Bidang 2.0 Asas Teknologi

    Kandungan

    Bidang

    Kemahiran memasang dan membuka kit model berfungsi

    secara mekanikal berpandukan manual.

    Standard Kandungan Standard Pembelajaran

    1.1 Mengenal pasti struktur

    organisasi bengkel ( 30

    minit )

    1.1.1 Menyatakan struktur organisasi bengkel berpandukan carta.

    1.1.2 Menyediakan jadual tugas berpandukan struktur organisasi

    bengkel

    1.2 Mengenal pasti

    peraturan dan keselamatan

    bengkel

    1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan am, diri, alatan dan

    bahan berpandukan carta.

    1.2.2 Mengamalkan peraturan dan keselamatan ketika berada di

    dalam bengkel berpandukan peraturan keselamatan.

    http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/1.1.1,%201.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/1.1.1,%201.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/1.1.1,%201.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/1.2.1.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/1.2.1.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/1.2.1.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/1.2.1.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/1.2.1.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/1.1.1,%201.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/1.1.1,%201.1.2.docx
  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    14/26

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    15/26

    RBT 3103

    15

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kit model berfungsi secara sistematik.

    - Memasang komponen kit model berpandukan manual mengikut prosedur.

    Bidang 3.0 Reka Bentuk

    Kandungan

    Bidang

    Menyatakan masalah berdasarkan situasi

    Pengumpulan maklumat

    Menjana idea kreatif

    Membuat lakaran projek

    Mengenal pasti jenis alatan dan bahan

    Proses pembinaan, pengujian & penambahbaikan

    Pendokumentasian

    Jumlah masa 180 minit ( 6 waktu )

    Standard Kandungan Standard Pembelajaran3.1 Mereka bentuk projek

    eksperimental

    3.1.1 menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi.

    3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah.

    3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran bagi

    menyelesaikan masalah.

    3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental.

    3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan bahan berdasarkan

    projek eksperimental.

    3.1.6 Membina, menguji dan menambah baik projekeksperimental

    3.1.7 Membuat persembahan projek eksperimental secara

    lisan.

    3.1.8 Mengumpulkan catatan dan lakaran mengenai projek

    eksperimental sebagai dokumentasi projek

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    16/26

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    17/26

    RBT 3103

    17

    membina projek iaitu pita pengukur, pembaris keluli, sesiku L, pensel tukang

    kayu, gunting serba guna, gergaji putting, gergaji rencong manual ( manual

    mitre saw ), apit G, gerudi mudah alih, gerimit, tukul warrington, tukul kuku

    kambing, pemotong sisi dan pelucut wayar.

    4.1.5 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru, glu, boldan nat.

    4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan.

    4.1.7 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk

    membuat projek.

    4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan.

    4.1.7 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk

    membuat projek.

    4.18 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum.4.1.9 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat sembur atau

    pelekat.

    4.1.10 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektrik iaitu mentol,

    bateri dan suis.

    4.1.11 Membuat penyambungan litar elektrik.

    4.1.12 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan manual

    4.1.13 Membuat penyambungan litar elektrik pada projek.

    4.1.14 Menguji kefungsian projek.4.1.15 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.

    Murid dapat :

    Mengetahui tentang penghasilan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik.

    - Menyatakan empat alatan tangan yang digunakan untuk membina projek.

    - Menyatakan dua komponen elektrik

    Mengetahui dan memahami tentang penghasilan projek berasaskan bahan bukan logam

    dengan litar elektrik.

    - Menerangkan tiga alatan t angan penghasilan projek dari segi fungsinya.

    - Menerangkan dua komponen elektrik dari segi fungsinya.

    http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/4.1.4.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/4.1.4.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/4.1.4.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/4.1.4.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/4.1.4.docx
  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    18/26

    RBT 3103

    18

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penghasilan projek berasaskan bahan

    bukan logam dengan litar elektrik.

    - Mengukur, menanda dan memotong bahan projek.

    - Membuat penyambungan litar elektrik pada projek.

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penghasilan projek berasaskan bahan

    bukan logam dengan litar elektrik secara sistematik

    - Mengukur, menanda dan memotong bahan projek mengikut prosedur

    - Membuat penyambungan litar elektrik pada projek mengikut prosedur

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penghasilan projek berasaskan bahan

    bukan logam dengan litar elektrik secara berinisiatif.

    - Membuat penyambungan litar elektrik pada projek dengan daya usaha

    Bidang 6.0 Sains Rumah Tangga

    Kandungan

    Bidang

    Dua komponen utama :

    1. Jahitan

    Penghasilan artikel mudah merangkumi proses seperti menentukan

    jenis bahan dan kuantiti, mengenal pasti alatan tangan, menyusun dan

    memindahkan pola, menjahit artikel dan menghias artikel.

    2. Masakan

    Penyediaan sajian ringkas, pengenalpastian alatan dan bahan sajian ,

    langkah penyediaan, menghidang dan membungkus.

    Jumlah masa 300 minit ( 10 waktu )

    Standard

    Kandungan

    Standard Pembelajaran

    6.1 Menghasilkan

    artikel jahitan

    6.1.1 Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya seperti beg pensel, sarung

    kusyen, kusyen mini dan penggantung surat.

    6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu gunting kertas, gunting fabrik, pembaris

    lurus, pita pengukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit, kapur tukang jahit,

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    19/26

    RBT 3103

    19

    peretas jahitan, jarum peniti dan jarum jahit tangan.

    6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang.

    6.1.4 Mengenal pasti jenis mata jahitan tangan iaitu jahitan kia, jelujur kasar dan

    jelujur halus.

    6.1.5 Memilih artikel jahitan berpandukan manual.6.1.6 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan manual yang dipilih.

    6.1.7 Menyusun atur pola, menggunting fabrik dan memindahkan tanda pola.

    6.1.8 Menjahit artikel jahitan dengan jahitan tangan.

    6.1.9 Menyatakan jenis bahan hiasan seperti butang, renda dan riben.

    6.1.10 Memilih bahan hiasan mengikut artikel jahitan.

    6.1.11 Menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan yang dipilih.

    Murid dapat :

    Mengetahui tentang penghasilan artikel jahitan.

    - Menyatakan tiga alatan yang digunakan untuk membuat artikel jahitan.

    Mengetahui dan memahami tentang penghasilan artikel jahitan.

    - Menerangkan dua alatan jahitan dari segi fungsinya.

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penghasilan artikel jahitan.

    - Menjahit artikel jahitan dengan jahitan tangan.

    - Menghias artikel jahitan mengunakan bahan hiasan yang dipilih

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penghasilan artikel jahitan secara

    sistematik.

    - Menjahit artikel jahitan dengan jahitan tangan mengikut prosedur

    - Menghias artikel jahitan mengunakan bahan hiasan yang dipilih mengikut prosedur

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penghasilan artikel jahitan secara

    berinisiatif.

    - Menghias artikel jahitan mengunakan bahan hiasan yang dipilih dengan daya usaha

    http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_9/contoh%20Instrumen/6.1.2.docx
  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    20/26

    RBT 3103

    20

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penghasilan artikel jahitan secara kreatif

    dan inovatif.

    - Menghias artikel jahitan mengunakan bahan hiasan yang dipilih dan melahirkan idea

    baharu sebagai nilai tambah.

    2.2 KESESUAIAN KANDUNGAN DAN PENEMPATAN TAJUK TAJUK DI DALAM KSSR

    RBT TAHUN 4

    Berdasarkan gambar rajah pemetaan tersebut, terdapat beberapa perubahan yang besar yang

    dilakukan dalam penempatan tajuk tajuk di dalam kurikulum ini. Antaranya ialah :

    Pecahan Bidang

    - Di dalam KBSR tahun 4, hanya terdapat dua bidang besar iaitu Reka Bentuk dan

    Teknologi dan Perniagaan dan Keusahawan.

    - Di dalam KSSR pula, bidang Reka Bentuk dan Teknologi yang dahulunya dipecahkan

    kepada 6 bidang iaitu Organisasi dan Keselamatan Bengkel, Asas Teknologi, Reka

    Bentuk, Penghasilan Projek, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga.

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    21/26

    RBT 3103

    21

    - Manakala bidang yang kedua di dalam KBSR iaitu Perniagaan dan Keusahawanan

    dimansuhkan. Seperti yang kita tahu, di dalam KSSR elemen keusahawanan ditambah

    sebagai elemen merentas kurikulum, mungkin oleh kerana itu, topik terus digugurkan.

    - Tajuk tanaman hiasan yang ditukar nama kepada Teknologi Pertanian tidak lagi diajar

    kepada tahun 4.

    Bidang : Organisasi dan Keselamatan Bengkel

    - Terdapat perubahan susunan di dalam bidang ini dimana di dalam KBSR, topik

    peraturan keselamatan diajar terlebih dahulu kemudiannya topik organisasi bengkel.

    - Di dalam KSSR pula ianya sebaliknya. Hal ini secara rasionalnya dapat kita fikirkan

    bahawa dalam setiap sebuah organisasi itu haruslah diperkenalkan terlebih dahulu

    kemudian peraturan sesebuah organisasi diterapkan.

    - Perubahan ini adalah sesuatu perkara yang memang patut dilakukan.

    Bidang : Asas Teknologi

    - Di dalam KBSR, bidang ini diletakkan di bawah tajuk kreativiti dan reka cipta dimana

    ianya bercampur dengan bidang reka bentuk dan perkara ini mengelirukan.

    - Bidang ini kemudiannya diletakkan di bawah satu bidang yang lebih jelas dan mudah

    untuk difahami susun aturnya. Bidang ini menyentuh kemahiran memasang dan

    membuka kit model berfungsi secara mekanikal berpandukan manual, membaca dan

    memahami manual, mengenal pasti fungsi komponen , kemahiran memasang, mengujidan membuka kit model berpandukan manual, penyimpanan dan keselamatan

    komponen

    Bidang : Reka Bentuk

    - Bidang ini meliputi perkara menyatakan masalah berdasarkan situasi, pengumpulan

    maklumat, menjana idea kreatif, membuat lakaran projek, mengenal pasti jenis alatan

    dan bahan, proses pembinaan, pengujian & penambahbaikan, dan pendokumentasian

    - Antara perubahan ketara yang berlaku di dalam bidang ini ialah murid tidakdiperkenalkan lagi dengan asas reka bentuk seperti bentuk 2D dan 3D. Hal ini kerana di

    dalam matapelajaran Matematik KSSR tahun 2, murid telah diperkenalkan dengan asas

    bentuk yang mempunyai kandungan yang sama dengan KBSR KH dahulu. Perkara ini

    menjimatkan waktu pelajaran, dan murid tidak bosan mengulang perkara yang sama.

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    22/26

    RBT 3103

    22

    - Malah, di dalam KSSR ini, standard pembelajarannya mengikut aliran proses reka

    bentuk yang betul iaitu daripada lakaran idea awal hingga pendokumentasian. Di dalam

    KBSR, aliran proses reka bentuk itu tidak jelas dinyatakan di dalam hasil pembelajaran.

    Bidang : Penghasilan Projek

    - Di dalam bidang ini murid akan menghasilkan projek menggunakan bahan bukan logam

    dengan litar elektrik; bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik; dan bahan

    bukan logam dengan litar elektrik dan elektronik. Murid juga dapat memahirakan diri

    dengan kemahiran seperti mengukur, menanda dan memotong, menggunakan alatan

    dan membuat anggaran kos.

    - KSSR RBT menggabungkan dua topik di dalam KBSR iaitu Reka Bentuk dan

    Penghasilan Projek dan Elektrik dan Elektronik di dalam bidang ini.

    - Apa yang jelas di dalam bidang ini ialah pengenalan kepada alatan tangan di dalampenghasilan tiga projek ini digabungkan.

    Bidang : Sains Rumah Tangga

    - Bidang ini ada dua komponen utama iaitu jahitan dan masakan. Murid akan

    menghasilkan artikel mudah merangkumi proses seperti menentukan jenis bahan dan

    kuantiti, mengenal pasti alatan tangan, menyusun dan memindahkan pola, menjahit

    artikel dan menghias artikel serta menyediakan sajian ringkas, mengenalpasti alatan

    dan bahan sajian serta langkah penyediaan, menghidang dan membungkus.- Dahulunya bidang ini tidak diajar kepada murid tahun 4, ianya diajar pada murid tahun 5

    dan 6 sahaja.

    - Bidang ini dahulunya hanya terdiri daripada satu komponen iaitu jahitan tapi kini

    ditambah dengan komponen masakan.

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    23/26

    RBT 3103

    23

    2.3 CADANGAN INOVASI

    Berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

    serta Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup, terdapat beberapa cadangan

    penambahbaikan yang mungkin boleh ditimbal balik. Antaranya ialah :

    Bidang Perniagaan dan Keusahawan dimasukkan kembali di dalam kurikulum.

    Mengikut standard kandungan di dalam KSSR RBT, bidang perniagaan dan keusahawanan

    dimansuhkan. Tindakan ini mungkin agak kurang sesuai kerana transformasi kurikulum ini

    ditambah dengan tiga elemen yang baru diantaranya ialah elemen keusahawanan. Oleh itu

    mengapa harus topik ini digugurkan. Murid patut didedahkan dari kecil tentang keusahawanan.

    Murid patut didedahkan untuk menyediakan jualan,mempromosi dan mengurus jualan.

    Elemen keusahawanan ini mungkin ada diterapkan di dalam matapelajaran yang lain namun,

    murid tidak dapat belajar secara ilmiah tentang ilmu perniagaan dan keusahawanan yang betul.

    Sekiranya bidang ini tidak dijadikan sebagai satu bidang yang besar, pihak penggubal mungkin

    perlu memasukkan elemen keusahawanan di dalam topik topik RBT seperti penghasilan

    projek, teknologi pertanian, dan sains rumah tangga. Projek yang dihasilkan murid seperti litar

    elektronik, tanaman yang ditanam, artikel jahitan mungkin boleh dijual dan dipromosikan di

    dalam sekolah.

    Penambahbaikan prasarana sekolah

    Seperti yang sedia maklum, tidak semua sekolah di Malaysia mempunyai kemudahan

    prasarana yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Matapelajaran ini yang

    memerlukan prasarana seperti bengkel, kawasan untuk cucuk tanam dan alat bantu mengajar

    memerlukan dana yang besar untuk ditambahbaik oleh sekolah.

    Kekurangan ini menjadi rungutan para guru yang mengajar di sekolah seperti di sekolah

    pedalaman dan sekolah kurang murid. Kementerian haruslah sentiasa memantau dan member

    dana kepada pihak sekolah dalam menyediakan yang terbaik kepada murid supaya objektifpembelajaran tercapai.

    Pemantapan guru

    Berdasarkan kajian yang telah dibuat di antara guru guru kemahiran hidupp di sekolah,

    terdapat beberapa perkara berbangkit yang diutarakan oleh mereka antaranya :

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    24/26

    RBT 3103

    24

    - Kekurangan guru lelaki mengajar Kemahiran Hidup.

    - Guru tidak menepati opsyen yang diperlukan.

    - Tiada peruntukan komputer dan kemudahan ICT untuk guru KH.

    - Tiada peruntukan waktu masa untuk menyelenggara bilik KH.

    - Tiada pembantu pengurusan bengkel sepertimana pembantu makmal sains.- Masalah kenaikan pangkat bagi guru cemerlang KH.

    Masalah ini membebenkan guru- guru kemahiran hidup, antara cadangan untuk menyelesaikan

    masalah ini ialah :

    1. Kenaikan pangkat bagi guru cemerlang KH PPPLD ke DGA38.

    2. Kenaikan pangkat bagi guru cemerlang KH PPPS dilanjutkan ke pangkat JUSA C.

    3. Pertambahan guru lelaki.

    4. Hanya guru opsyen mengajar KH.5. Menyediakan pembantu pengurusan bengkel.

    6. Mengwujudkan elaun penyelenggaraan bengkel.

    7. Peruntukan penggunaan ICT.

    8. Diberikan waktu penyelenggaraan bengkel seperti guru pusat sumber sekurang-kurangnya 2

    waktu seminggu.

    GURU OPSYEN & BUKAN OPSYEN KEMAHIRAN HIDUP DI RENDAH & MENENGAH

    MENGIKUT NEGERI DATA PADA 31 MEI 2011

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    25/26

    RBT 3103

    25

    Berdasarkan data, bilangan guru bukan opsyen yang mengajar kemahiran hidup amat tinggi

    dan guru opsyen yang tidak mengajar kemahiran hidup juga amat tinggi. Pihak kementerian

    perlu mengambil berat perkara ini. Adalah satu kerugian sekiranya guru opsyen tidak dapat

    mengajar KH kerana mereka mempunyai kepakaran di dalam bidang berbanding guru bukan

    opsyen. Kadangkala guru bukan opsyen yang terpaksa mengajar KH menjadikan perkara inisebagai satu beban dan menyebabkan PnP menjadi sesuatu yang tidak seronok ataupun

    sambil lewa Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan, pihak kementerian juga boleh

    mengadakan kursus khas kepada guru-guru bukan opsyen ini supaya mereka memahirkan diri

    dalam bidang KH.

  • 8/14/2019 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH.docx

    26/26

    RBT 3103

    TUGASAN 3 :PEMINDAHAN PEMBELAJARAN